11 okt neurologi dan bahasa-1

Upload: suriani80

Post on 06-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

  • MASALAH

    PEMBELAJARAN

    BAHASA

    Aspek Neurologi dalam

    Pembelajaran Bahasa

  • Definisi Neurologi

    Satu cabang perubatan yang berhubung dengan

    sistem saraf manusia

    (Terjemahan daripada Random House Websters College Dictionary)

    Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-

    penyakit sistem saraf

    (Halaman 927, Kamus Dewan Edisi Ketiga)

  • Mengapakah Penting untuk Kita Menghalusi Aspek Neurologi dalam Pembelajaran Bahasa?

    Kita dapat memahami aktiviti dalam otak manusia yang dapat memproses, menjana, dan mencerakinkan ciri-ciri kebahasaan dan linguistik

    Kita dapat merangka sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa yang lebih mujarab selaras dengan perkembangan kognitif individu

    Kita dapat mengetahui jenis-jenis kecacatan dalam otak yang menjejaskan pembelajaran bahasa seseorang

    Kita dapat mengkaji pendekatan saintifik untuk memulihkan atau mempermudah proses pemerolehan bahasa oleh individu yang bermasalah

  • Hubungan antara Otak dengan Bahasa

    Kajian menunjukkan bahawa hemisfera kiri otak manusia merupakan bahagian yang berperanan terhadap mekanisme pemerolehan bahasa

    Bahasa berperanan sebagai wahana aktiviti kognitif dalam otak. Misalnya, perkara yang kita fikirkan (aktiviti kognitif) dapat diartikulasikan kepada orang lain melalui pertuturan (bahasa)

  • Maklumat Persekitaran

    RANGSANGAN

    OTAK MEMPROSES

    PANCAINDERA

    INPUT

    AUDITORI

    NIAT INGATAN

    KEUPAYAAN

    LINGUISTIK

    DAN

    ARTIKULASI

    BAHASA

  • Persediaan Minda untuk Mempelajari sesuatu Bahasa

    Dapat menanggapi kejadian yang berturutan dan akustik dalam jangka masa yang singkat lantas memberikan makna terhadapnya

    Berkeupayaan untuk terlibat secara aktif, peka, responsif dan menelah hasil sesuatu rangsangan

    Berkeupayaan untuk menggunakan simbol memandangkan bahasa bersifat simbolik

    Berkeupayaan mencipta dan menguasai sintaksis melalui rangsangan daripada bahasa di persekitaran seseorang

    Mempunyai tenaga mental mencukupi untuk mempelajari bahasa

  • Apakah kemungkinan yang mengakibatkan seseorang itu menghadapi masalah pembelajaran bahasa?

    GANGGUAN

    PADA PUSAT

    MEKANISME

    NEUROLOGI(OTAK)

    GANGGUAN

    PERIFERI

    FAKTOR

    PERSEKITARAN

    DAN EMOSI

    FAKTOR

    GANGGUAN

    BAHASA

  • Maksud Gangguan Bahasa

    Gangguan bahasa atau Language Disorder dapat ditandai atau

    dikesan daripada tahap pemahaman, penghasilan (verbal)

    atau penggunaan bahasa yang rendah pada seseorang

    individu

  • Contoh-contoh Gangguan Bahasa pada Pusat Mekanisme Neurologi (OTAK)

    Specific Language Disability (SLD)

    Kerencatan Mental

    Pervasive Development Disorder (PDD) Autisme

    Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

    Afasia - Kecederaan/ Kecacatan pada Otak

  • Ciri-ciri Umum Individu yang Menghadapi Gangguan Bahasa

    Mempunyai tahap kecerdasan yang biasa (tidak terencat akal)

    Keupayaan verbal yang tidak memuaskan

    Mempunyai daya tanggapan yang luar biasa sehingga mempengaruhi pendengaran, pembacaan, penulisan, pertuturan, malah matematik

    Menghadapi masalah sosial dan behavioral seperti tidak memahami humor, sindiran, bahasa tubuh, perasaan orang lain, gagal membuat interpretasi, gagal berkomunikasi sehingga dicap sebagai malas atau tidak memberikan tumpuan.

    Biasanya menghadapi masalah motor dan koordinasi yang menjejaskan pengucapan

    Gagal menunjukkan respons terhadap rangsangan yang mendorong kepada penguasaan bahasa

  • Apa itu Afasia?

    The loss of a previously held ability to speak or understand spoken or written language, due to disease or injury of the brain.

    Random House Websters College Dictionary, p 64

    Ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yang disebabkan kecederaan pada otak.

    Hlm 11, Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP.

    Aphasia means partial or total loss of the ability to articulate ideas due to brain damage.

    National Institutes of Health Information, U.S.

  • Siapakah yang berisiko Menghidap Afasia?

    Penghidap afasia biasanya terdiri daripada warga tua, tetapi afasia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

    Pesakit hipertensi dan strok paling berisiko tinggi menghidap afasia

    Kajian menunjukkan bahawa afasia menyerang kedua-dua jantina

    Afasia tidak membezakan kaum, latar pendidikan dan latar sosioekonomi.

    Ringkasnya, afasia bersifat non-discriminatory

  • Apakah implikasi afasia kepada penghidapnya?

    Kebanyakan pesakit yang menjalani terapi masih tidak berupaya untuk bekerja.

    Mereka yang menceburi alam kerjaya semula hanya dapat menyandang jawatan yang berkeperluan minimum ekoran daripada keterbatasan penggunaan bahasa.

    Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit afasia disisihkan oleh masyarakat kerana kesukaran dalam komunikasi.

  • Implikasi Afasia terhadap Aspek Pembelajaran Bahasa

    1. Kekurangan dari segi Penerimaan Bahasa

    Masalah Pemahaman Auditori menghadapi kesukaran untuk memahami perkara yang diperkatakan.

    Masalah Membaca Petikan Perkataan atau diksi tidak memberikan makna kepada penghidap afasia. Tidak dapat mengecam huruf dan kata.

  • 2. Kekurangan dari segi Mengekspresikan Buah Fikiran

    Ekspresi Lisan

    Afasia Fasih - Fasih bertutur tetapi ayat yang diujarkan tidak bermakna

    Afasia Tidak Fasih Ujaran terputus-putus, tidak berkesinambungan, terpaksa bergelut dengan perkataan. Hanya menggunakan kata kunci untuk menyampaikan sesuatu.

    3. Kemahiran Penulisan yang Terhad hanya dapat menggunakan beberapa patah perkataan malah ada yang langsung tidak dapat menulis apa-apa.

  • Ciri-ciri Pesakit Afasia

    Anomia masalah pengenalpastian diksi. Pesakit afasia mengetahui perkara yang hendak diucapkan oleh mereka tetapi tidak berupaya mengenal pasti perkataan yang tepat. Gerak badan seseorang mungkin dapat mencetuskan ingatan mereka terhadap perkataan itu.

    Paraphasia penggantian perkataan; mungkin menggunakan perkataan dengan bunyi yang hampir sama atau menggunakan perkataan yang hampir seerti.

    Neologisme menggunakan perkataan ciptaan sendiri secara yakin seolah-olah perkataan itu wujud dan tepat.

  • Ciri-ciri Pesakit Afasia (sambungan)

    Agramatisme- meninggalkan kata-kata yang berfungsi, ujaran terputus-putus ; amat biasa dalam kalangan pesakit Afasia Tidak Fasih.

    Jargon Ucapan yang berkesan dan lancar tetapi tidak relevan dan tidak bermakna.

    Stereotaip Verbal menggunakan beberapa patah kata atau ayat yang sama sahaja secara berulang-ulang untuk menyampaikan apa-apa atau menjawab apa-apa sahaja

  • Jenis-jenis Afasia

    Walaupun penyelelidikan demi penyelidikan telah

    dijalankan sehingga pelbagai dapatan tentang

    taksonomi kecederaan otak yang berhubung

    dengan kebahasaan telah dianalisiskan secara

    terperinci, jenis-jenis afasia masih berasaskan dua

    orang penyelidik abad ke-19, iaitu Paul Broca dan

    Carl Wernicke.

  • Jenis-jenis Afasia

    Afasia Broca Berpunca daripada

    kecederaan pada bahagian

    hadapan di kawasan otak

    yang dominan untuk bahasa

    Afasia Wernicke Berpunca daripada

    kecederaan pada bahagian

    belakang di kawasan otak

    yang dominan untuk bahasa

  • Kedudukan Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke

  • Afasia Broca

    Afasia Broca kadangkala dikenal sebagai disfluent aphasia atau

    afasia agramatik.

    Dijelaskan sindromnya dan hubungannya dengan kecederaan di

    sesuatu kawasan spesifik pada otak oleh seorang pakar bedah

    dan antroplogi Perancis, Pierre-Paul Broca(1824-1880)

  • Afasia Broca (sambungan)

    Agramatisme secara tipikalnya membabitkan ujaran yang terkial-kial (laboured speech) barangkali disebabkan oleh kerosakan pada jalur motor(motor strip) yang terletak bersebelahan dengan kawasan Broca

    Agramatisme juga memperlihatkan kekuranagn penggunaan sintaksis dalam penghasilan ucapan dan proses pemahaman

  • Contoh Ujaran Agramatik

    Ah ... Isnin ... ah, Abah dan Hanif [pesakit sendiri] and abah ...

    hospital. Dua .. .ah, doktor ... dan ah ... Tiga puluh minit .. .dan ya

    ... ah ... hospital. Dan, er, Rabu ... Pukul sembilan. Dan er

    Khamis, sepuluh .. .doktor. Dua doktor ... Dan ah ... gigi. Ya, ...

    baik.

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS(Terjemahan))

  • Afasia Wernicke

    Afasia Wernicke dikenal juga sebagai sensory aphasia atau Afasia Fasih.

    Ujaran pesakit Afasia Wernicke biasanya memperlihatkan aliran yang lancar serta berlandaskan hukum tatabahasa tetapi menghadapi kesukaran mengingati perkataan yang tepat dengan isi kandungan wacana, terutamanya kata nama (anomia). Perkataan yang digunakan mungkin langsung tidak bermakna (neologisme atau parafasia)

  • Contoh Ujaran Pesakit Afasia Wernicke

    Apabila ditanya tentang kejadian yang berlaku di sesuatu tempat, pesakit afasia Wernicke berkata:

    I can't tell you what that is, but I know what it is, but I don't now where it is. But I don't know what's under. I know it's you couldn't say it's ... I couldn't say what it is. I couldn't say what that is. This shu-- that should be right in here. That's very bad in there. Anyway, this one here, and that, and that's it. This is the getting in here and that's the getting around here, and that, and that's it. This is getting in here and that's the getting around here, this one and one with this one. And this one, and that's it, isn't it? I don't know what else you'd want

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS)

  • Perbandingan secara Ringkas Antara Afasia Broca dan Afasia Wernicke

    Afasia Broca

    Masalah pada jalur motor

    Sindromnya menyifatkannya sebagai afasia penghasilan

    Ekspresi idea tidak fasih

    Ujaran bermakna, namun kurang jelas kerana tidak lancar

    Pesakit berasa lebih terseksa

    Kurang serius secara bandingan dengan Afasia Wernicke

    Afasia Wernicke

    Masalah pada korteks auditori

    Sindromnya menyifatkannya sebagai afasia penerimaan

    Gagal menerima dan memahami ujaran orang lain

    Ujaran tidak bermakna, wacana tidak koheran

    Pesakit berasa kurang terseksa (tidak sedar)

    Lebih serius secara bandingan dengan Afasia Broca

  • Terapi untuk Afasia

    Secara individu atau berkumpulan. Terapi individu paling berkesan jika dijalankan sebaik sahaja setelah simptom mula dikesan. Terapi secara berkumpulan dijalankan pada peringkat yang seterusnya

    Terapi berkumpulan bermatlamat untuk mewujudkan komunikasi secara berkesan

    Teknik-teknik khusus

    Meniru atau mengulangi bunyi ; mengikut arahan.

    Berfokus pada komponen bahasa yang telah dikuasai.

    Meningkatkan kemahiran berbahasa melalui muzik.

    Komunikasi dalam Keluarga

    Ahli keluarga perlu dilatih untuk mewujudkan persekitaran yang dapat melahirkan komunikasi berkesan dengan pesakit afasia

  • Kesimpulan

    Aspek neurologi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan proses pembelajaran bahasa

    Pakar linguistik dan pakar neurologi perlulah menggembleng tenaga untuk merangka terapi dan merencanakan pedagogi yang mujarab supaya pesakit yang bermasalah neurologi mampu menggunakan bahasa - wahana komunikasi sesama manusia.