1.1 apakah yang telah kita temui

Upload: jira-ibrahim

Post on 10-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1.1 Apakah Yang Telah Kita Temui

TRANSCRIPT

  • Modul: EkosistemEPISOD 1: Sungai

    Maklumat

    Tenaga cahaya datang dari matahari.

    Pengeluar ialah benda hidup yang membuat makanan sendiri menggunakan tenaga daripada matahari melalui proses fotosin-tesis.

    Pengguna ialah benda hidup yang memakan bendahidup atau bahagian benda hidup yang lain, kerana pengguna tidak boleh membuat makanan sendiri. Organisma ini meng-gunakan sebahagian makanan semasa proses pernafasan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan oleh semua sel-sel dalam badan mereka.

    Pengurai mendapat makanan mereka melalui pereputan haiwan dan tumbuhan yang mati.

    Kerja Kumpulan

    Anda telah diberi 4 set kad - gambar, nama, maklumat dan kad pengguna/pengeluar. Gambar-gambar tersebut ialah benda hidup yang kita jumpai semasa lawatan tapak kajian.

    1.1 Apakah yang telah kita temui?

    Siput babi PenggunaMemakan tumbuhan air

    1

  • Modul: EkosistemEPISOD 1: Sungai

    1. Letakkan kad gambar dalam satu barisan di hadapan anda di atas meja.

    2. Padankan setiap kad nama dengan kad gambar yang betul.3. Sekarang padankan setiap kad maklumat dengan gambar

    dan kad nama yang betul.4. Akhir sekali padankan kad pengeluar atau pengguna dengan

    setiap set tiga kad untuk menunjukkan anda berpendapat bahawa benda hidup membuat makanan sendiri atau makan benda-benda hidup lain untuk mendapatkan makanannya.

    Kumpulan anda mesti bersetuju dengan kad yang dipadan-kan. Dengan memadankan kad, anda akan menghasilkan satu jadual seperti berikut:

    Gambar Nama Maklumat Pengeluar / Pengguna

    Kongsikan hasil padanan kad anda dengan kumpulan yang lain. Berikan sebab kepada pilihan anda.

    Soalan Penilaian

    S1. Apakah jenis benda hidup sebagai pengeluar?

    S2. Bagaimanakah pengeluar membuat makanan mereka sendiri? Terangkan proses tersebut.

    S3. Apakah jenis benda hidup sebagai pengguna?

    S4. Apakah jenis benda hidup yang merupakan pengguna makan?

    S5. Mengapakah pengguna perlu memakan bendahidup yang lain?

    1.1 Apakah yang telah kita temui?

    2