karnival pendidikan mara 2013 temui kami di sini: â€wadah impian

1
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013 ‘WADAH IMPIAN DAN KEJAYAAN’ 3 3 MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memasti- kan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan. Selain itu, KPM juga merupakan penghubung bagi memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan IPTA/S untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA juga menggerakkan tujuh (7) IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian akademik serta pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dalam KPM 2013. KPM juga menjadi platform untuk MARA menyampaikan informasi berkaitan kemudahan penajaan atau penganjuran pelajaran, penyemakan baki pinjaman serta program-program terkini MARA melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan. Lebih menarik lagi, KPM 2013, dengan kerjasama JobsMalaysia, dileng- kapkan dengan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima (5) buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga. Lebih 200 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan. Dengan kehadiran pengunjung melebihi 200,000 pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA merupakan antara pameran pendidikan terbesar di negara ini dengan fokus utama membangunkan modal insan kelas pertama yang diperlukan negara. Justeru itu, IPTA/S, majikan dan usahawan terutama dalam perniagaan berkaitan pendidikan perlu merebut peluang ini untuk menyertai jelajah KPM 2013 di 10 lokasi yang terpilih. TEMUI KAMI DI SINI: TARIKH LOKASI 16 - 17 Mac 2013 Kuala Lumpur (Sabtu & Ahad) Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur 23 - 24 Mac 2013 Pahang (Sabtu & Ahad) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 30 - 31 Mac 2013 Johor (Sabtu & Ahad) Plaza Angsana Johor Bahru, Johor 2 - 3 April 2013 Sabah (Selasa & Rabu) Dewan Masyarakat Tawau, Sabah 5 - 6 April 2013 Sarawak (Jumaat & Sabtu) Dewan Pameran Permata, Kuching, Sarawak 13 - 14 April 2013 Perak (Sabtu & Ahad) Pasaraya Mydin, Jelapang, Ipoh, Perak 17 - 18 April 2013 Kelantan (Rabu & Khamis) Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan 20 - 21 April 2013 Kedah (Sabtu & Ahad) Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Tingkat 7, Menara MBAS, Alor Setar, Kedah 24 - 25 April 2013 Terengganu (Rabu & Khamis) Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu 27 - 28 April 2013 Pulau Pinang (Sabtu & Ahad) Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Nota : Pameran bermula jam 10.00 pagi - 6.00 petang kecuali Sabah & Sarawak bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang BOOTH PAMERAN Penyertaan terbuka kepada IPTA/S, majikan dan perniagaan berkaitan pendidikan. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di www.mara.gov.my atau www.facebook.com/karnivalpendidikanmara Faksimilikan borang lengkap tempahan ke alamat: Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Tel : 03-26134859/47/54 atau Faks : 03-26927386 Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bagi lepasan sekolah Pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TVET), IPTA & IPTS tempatan dan luar negara Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran Yuran pengajian PERCUMA di IPMa terpilih Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak Kaunseling pendidikan dan kerjaya Permohonan terus dan temu duga terbuka Semakan baki tunggakan pinjaman MARA Ujian Personaliti Bagi pencari kerja Pameran syarikat dan usahawan Peluang pekerjaan dan keusahawanan Peluang bertemu bakal majikan Temu duga kerja terbuka Ceramah Kerjaya Penulisan resume Tips menghadiri temu duga Grooming & etiquette Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA Pendaftaran JobsMalaysia Ujian Personaliti Apa yang menarik di sini Pameran Kerjaya Ada Di Sini! Pameran Kerjaya Ada Di Sini! Pameran Kerjaya Ada Di Sini! Pameran Kerjaya Ada Di Sini! Pameran Kerjaya Ada Di Sini!

Upload: others

Post on 03-Feb-2022

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013‘WADAH IMPIAN DAN KEJAYAAN’

33 MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memasti-kan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.

Selain itu, KPM juga merupakan penghubung bagi memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan IPTA/S untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA juga menggerakkan tujuh (7) IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian akademik serta pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Dijangkakan sejumlah 400 buah institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dalam KPM 2013. KPM juga menjadi platform untuk MARA menyampaikan informasi berkaitan kemudahan penajaan atau penganjuran pelajaran, penyemakan baki pinjaman serta program-program terkini MARA melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan.

Lebih menarik lagi, KPM 2013, dengan kerjasama JobsMalaysia, dileng-kapkan dengan Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima (5) buah lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga.

Lebih 200 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Dengan kehadiran pengunjung melebihi 200,000 pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA merupakan antara pameran pendidikan terbesar di negara ini dengan fokus utama membangunkan modal insan kelas pertama yang diperlukan negara. Justeru itu, IPTA/S, majikan dan usahawan terutama dalam perniagaan berkaitan pendidikan perlu merebut peluang ini untuk menyertai jelajah KPM 2013 di 10 lokasi yang terpilih.

TEMUI KAMI DI SINI:

TARIKH LOKASI

16 - 17 Mac 2013 Kuala Lumpur(Sabtu & Ahad) Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC, Kuala Lumpur

23 - 24 Mac 2013 Pahang(Sabtu & Ahad) Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

30 - 31 Mac 2013 Johor(Sabtu & Ahad) Plaza Angsana Johor Bahru, Johor

2 - 3 April 2013 Sabah(Selasa & Rabu) Dewan Masyarakat Tawau, Sabah

5 - 6 April 2013 Sarawak(Jumaat & Sabtu) Dewan Pameran Permata, Kuching, Sarawak

13 - 14 April 2013 Perak (Sabtu & Ahad) Pasaraya Mydin, Jelapang, Ipoh, Perak

17 - 18 April 2013 Kelantan (Rabu & Khamis) Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan

20 - 21 April 2013 Kedah (Sabtu & Ahad) Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Tingkat 7, Menara MBAS, Alor Setar, Kedah

24 - 25 April 2013 Terengganu (Rabu & Khamis) Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu

27 - 28 April 2013 Pulau Pinang(Sabtu & Ahad) Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Nota : Pameran bermula jam 10.00 pagi - 6.00 petang kecuali Sabah & Sarawak bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

BOOTH PAMERANPenyertaan terbuka kepada IPTA/S, majikan dan perniagaan berkaitan pendidikan. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di

www.mara.gov.my atau www.facebook.com/karnivalpendidikanmara

Faksimilikan borang lengkap tempahan ke alamat:Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Tel : 03-26134859/47/54 atau Faks : 03-26927386Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Bagi lepasan sekolahPameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TVET), IPTA & IPTS tempatan dan luar negara

Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran

Yuran pengajian PERCUMA di IPMa terpilih

Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak

Kaunseling pendidikan dan kerjaya

Permohonan terus dan temu duga terbuka

Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Ujian Personaliti

Bagi pencari kerjaPameran syarikat dan usahawan

Peluang pekerjaan dan keusahawanan

Peluang bertemu bakal majikan

Temu duga kerja terbuka

Ceramah Kerjaya

Penulisan resume

Tips menghadiri temu duga

Grooming & etiquette

Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA

Pendaftaran JobsMalaysia

Ujian Personaliti

Apa yang menarik di sini

Pameran Kerjaya Ada Di Sini!

Pameran Kerjaya Ada Di Sini!

Pameran Kerjaya Ada Di Sini!

Pameran Kerjaya Ada Di Sini!

Pameran Kerjaya Ada Di Sini!