akhirnya ku temui kebenaran - ahmad tijani

248
AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN Ahmad Tijani; Bab:12345678 Kandungan Persembahan Sejarah Ringkas Hidupku Haji Ke Baitullah Perjalanan Yang Berjaya Perjumpaan di Atas Kapal Pertama Kali Melawat Iraq Abdul Kadir Jailani dan Musa al-Kazim Ragu-ragu Berangkat ke Najaf Perjumpaan dengan ulama Perjumpaan dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr Ragu-ragu dan Bingung Berangkat ke Hijaz Mulanya Suatu Kajian Awal Kajian Secara Mendalam Sahabat Dalam Pandangan Syi'ah dan Sunnah Pandangan al-Qur'an Tentang Sahabat Pandangan Rasul Tentang Sahabat Pandangan Sahabat Di Antara Satu Sama Lain Mulanya Perubahan Dialog Dengan Orang Alim Sebab-sebab Ikut Madzhab Ahlul Bayt AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARAN Pustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 1

Upload: api-19482307

Post on 13-Jun-2015

1.645 views

Category:

Documents


54 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANAhmad Tijani; Bab:12345678

Kandungan

Persembahan Sejarah Ringkas Hidupku Haji Ke Baitullah Perjalanan Yang Berjaya Perjumpaan di Atas Kapal Pertama Kali Melawat Iraq Abdul Kadir Jailani dan Musa al-Kazim Ragu-ragu Berangkat ke Najaf Perjumpaan dengan ulama Perjumpaan dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr Ragu-ragu dan Bingung Berangkat ke Hijaz Mulanya Suatu Kajian Awal Kajian Secara Mendalam Sahabat Dalam Pandangan Syi'ah dan Sunnah Pandangan al-Qur'an Tentang Sahabat Pandangan Rasul Tentang Sahabat Pandangan Sahabat Di Antara Satu Sama Lain Mulanya Perubahan Dialog Dengan Orang Alim Sebab-sebab Ikut Madzhab Ahlul Bayt

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 1

Page 2: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Persembahan

Buku saya ini adalah suatu hasil kerja yang sederhana. Ia menceritakan tentang suatu perjalanan… cerita mengenai suatu penemuan yang baru, bukan teknikal atau penemuan alam semula jadi, tetapi khusus dalam bidang keagamaan dan pemikiran filosofi. Oleh kerana sebarang penemuan pada dasarnya bergantung pada yang utamaannya minda yang sihat dan pemahaman yang jelas, yang membezakan antara manusia dari makhluk-makhluk lainnya. Saya ingin membaktikan buku ini kepada segala minda-minda yang sihat itu. Minda yang sihat mengambil kebenaran untuk diteliti dan mengetahuinya dari timbunan-timbunan yang salah. Minda yang menimbang segala yang diperkatakan pada neraca keadilan, dan selalu berpihak kepada yang mempunyai pembuktian.

Minda yang membezakan antara perkataan dan percakapan, dan mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang logik dan yang kurang logiknya, dan antara yang sahih dan yang daif. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: Mereka yang mendengar apa yang diperkatakan dan mengikuti yang terbaik daripadanya, merekalah yang mendapat pertunjuk dan merekalah yang mempunyai fikiran. (al-Zumar : 18) Kepada mereka-mereka yang saya baktikan buku ini, berharap semoga Allah, segala pujian tertentu bagiNya yang MahaTinggi, membuka minda kita dihadapan mata kita, untuk memandu kita, untuk memberi petunjuk kepada hati kita, untuk menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang betul supaya kita mengikutinya, dan menunjukkan kepada kita dengan jelas jalan yang salah, supaya dapat kita menjauhinya, dan terimalah kami bersama hamba-hambaMu yang sholeh, kerana Engkau Maha Mendengar dan Mengkabulkan.

Muhammad al Tijani Samawi.

Kata Pendahuluan Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.

Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Dia menjadikan manusia daripada tanah, dan dibentukkannya kepada sebaik-baik rupa. Dia meninggikannya lebih dari makhluk-makhluk yang lain, dan dijadikan malaikat-malaikat (mukarrabin, terhampir) sujud kepadanya. Dia menganugerahkan nya dengan akal yang dapat menggubahkan keraguan kepada keyakinan. Dia memberinya dengan sepasang mata, satu lidah, sepasang bibir

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 2

Page 3: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dan menunjukkan dia kepada dua laluan. Dia mengirimkan kepada mereka Pemberitahu tentang khabar gembira, memperingatkan mereka, dan menyedarkan mereka, dan menghalang mereka dari kesesatan bersama dengan syaitan terkutuk.

Dia menyuruh mereka jangan menyembah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh mereka, dan menyuruh mereka supaya menyembah Allah [swt] sahaja dan ikutilah jalanNya yang benar dengan kefahaman dan kepercayaan yang yakin, dan janganlah hanya mengikuti kepercayaan datuk-datuk mereka, rakan-rakan, dan saudara-mara yang telah mengikuti orang-orang yang sebelumnya tanpa sebarang keterangan yang nyata.

Siapakah yang boleh mengatakan sesuatu yang terlebih baik daripada memanggil mereka kejalan Allah dan melakukan kebaikkan dan mengatakan bahawa dia adalah salah seorang dari orang-orang Islam, semoga rahmat Allah, salam dan kesejahteraan keatas pesuruhNya yang membawa rahmat kepada manusia…..penolong kepada yang tertindas dan yang lemah….penyelamat kepada semua manusia dari kegelapan dan kejahilan…dia yang akan menunjukkan mereka kejalan kebenaran, jalan bagi mereka-mereka yang taat dan sholeh.

Penghulu kami Muhammad ibn Abdullah…rasul bagi orang-orang Islam dan ketua yang penuh bercahaya. Semoga rahmat dan kesejahteraan keatas keluarganya yang terpilih lagi suci serta telah menjadi pilihan Allah daripada orang-orang yang beriman. Firmannya didalam al Quran bahawa kita disuruh untuk mencintai mereka, setelah mereka disucikan dan dijadikan mereka ‘maksum’. Dia berjanji bahawa sesiapa yang menaiki bahtera mereka akan terselamat, dan mereka yang tidak melakukannya akan binasa.

Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga ditujukan terhadap sahabat-sahabatnya yang mulia, yang menyokongnya, memuliakannya, mengorbankan diri untuknya dan untuk kemenangan Islam. Mereka mengetahui yang sebenar, maka mereka memberi sumpah setia kepadanya dengan bertekad dan tinggal tetap dijalan yang lurus tanpa menukar arah dan banyak berterima kasih.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka diatas jasa-jasa mereka terhadap Islam dan orang-orang Islam. Semoga rahmat dan kesejahteraan ini juga kepada pengikut-pengikut mereka dan terhadap mereka yang tetap tinggal dijalan yang lurus dan mendapat petunjuk dengan nur ….sehingga kehari pengadilan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 3

Page 4: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Wahai Allah, terimalah permintaan kami, Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Allah Tuhan kami bukakan lah hati kami untuk Mu dan Engkaulah yang memberi petunjuk kepada yang benar.

Wahai Allah bantulah kami untuk menyatakannya, kerana Engkau menganugerahkan kebijaksanaan kepada sesiapa yang Engkau pilih daripada kalangan hamba-hamba Mu yang sholeh. Wahai Allah berilah hambaMu ini kebijaksanaan dan pengetahuan serta masukkan hamba Mu bersama mereka-mereka yang benar.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 4

Page 5: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Sejarah Ringkas Hidupku

Saya masih ingat bagaimana ayah membawaku untuk pertama kalinya ke masjid daerah dimana solat Tarawih didirikan didalam bulan Ramadan.Aku pada ketika itu baru berusia sepuluh tahun. Ayah memperkenalkan saya kepada para jemaah, yang tidak dapat menyembunyikan perasaan kagum mereka.

Saya tahu, sabelum itu guru telah mengaturkan untuk saya supaya mengerjakan sholat al-Ishfa untuk dua atau tiga malam. Telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk solat dibelakang jamaah lelaki bersama kanak-kanak setempat, dan menunggu ketibaan imam pada bahgian kedua al Quran, i.e surah Mariam. Ayah mempastikan kami belajar al Quran di madrasah dan juga dirumah. Secara persendirian, yang mengajar kami adalah seorang buta, yang masih mempunyai talian persaudaraan, yang boleh membaca al Quran secara hafalan. Memandangkan kepada kebolehan saya membaca al Quran pada peringkat kanak-kanak lagi, guru telah cuba menunjukkan pengaruhnya terhadap saya dengan mengajarkan kepada saya tempat sujud sajadah didalam surah itu. Dia menguji saya berulang kali untuk mempastikan saya benar-benar faham arahan nya.

Setelah saya lulus ujian dan selesai mununaikan solat serta bacaannya, sebaik mana yang telah mereka harapkan, semua jamaah datang dan menggucapkan tahniah kepada saya dan ayah, dan berterima kasih kepada guru diatas usaha baik dan restunya dan bersyukur kepada Allah kerana Islam.

Ingatan pada hari-hari berikutnya masih bersama saya hingga kehari ini…saya menerima banyak sanjungan dan reputasi saya meluas dari daerah saya hinggalah kesegenap bandar. Malam-malam Ramadan tersebut telah meninggalkan kesan keagamaan kepada saya hingga kehari ini, dan setiap kali saya melalui episod kekeliruan, saya merasakan seakan ada suatu kuasa ghaib yang akan menarik saya dan meletak saya kejalannya semula. Setiap kali saya rasakan kelemahan pada jiwa saya dan kosongnya hidup ini, ingatan tersebut akan datang kepada saya dan menaikkan semangat kerohanian saya dan menyalakan kepada kesedaran saya api kepercayaan supaya saya dapat memikul tanggung jawab ini. Tanggung jawab yang diberikan oleh ayah, atau yang lebih tepat lagi guru, untuk menjadi Imam solat pada umur yang muda, membuat saya merasakan seakan saya belum melakukan secukupnya, atau sekurang-kurangnya tidak mencapai tahap yang diharapkan dari saya.

Maka saya menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dalam

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 5

Page 6: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

keadaan ketulusan, tetapi tidaklah sehingga tidak bermain serta keinginan mahu tahu dan juga meniru sesuatu. Selama tempuh itu saya dikelilingi dengan pemiliharaan ilahi yang mana saya dapat dibezakan diantara saudara-saudara yang lain dengan ketenangan dan kesabaran, saya selalu berada pada jalan yang benar dan terjauh dari segala perbuatan yang tidak bermoral.

Saya tidak akan lupa untuk menyatakan bahawa ibu saya…semoga Allah merahmati rohnya…mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri saya. Dia membukakan mata saya semasa mengajar surah yang pendek-pendek dari al Quran, cara bersolat dan cara-cara berwudhu. Saya diberi olehnya keutamaan kerana saya adalah anaknya yang pertama, dan mungkin dia mendapat kepuasan didalam mendidik saya, kerana dia berkongsi rumah bersama isteri pertama bapa dan anak-anaknya.

Nama Tijani, diberikan kepada saya oleh ibu, mempunyai maksud yang khas bagi keluarga al-Samawi yang mengikut cara Tariqa Sufi Tijani, semenjak ianya dilawati oleh anak Shaykh Sidi Ahmed al-Tijani, yang datang dari Algeria. Kebanyakkan orang di Gafsa - pekan kampong saya - mengikuti cara sufi Tijani, terutama keluarga yang kaya dan terpelajar yang telah membantu untuk mengembangkannya.

Kerana nama saya, saya menjadi popular didalam rumah Samawi dan disekitarnya, terutama dengan mereka yang ada kaitan dengan sufi Tijani. Maka, ramai orang dewasa yang ada pada malam yang tersebut diatas dibulan Ramadan, datang untuk mengucapkan tahniah kepada ayah dan kemudian mencium kepala dan tangan saya dan berkata, " Ini adalah berkat dari ketua kita Shaykh Ahmad al-Tijani." Elok juga dinyatakan bahawa sufi Tijani berkembang luas di Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan dan Mesir, dan mereka yang mempercayainya, seakan-akan fanatik terhadapnya. Mereka tidak menziarahi kuburan ulama lain, kerana mengikut pada kepercayaan mereka, ulama’-ulama’ tersebut mendapat ilmu dari satu sama lain, sedangkan Shaykh Ahmed al-Tijani mendapat pengetahuan terus dari pesuruh Allah Muhammad (saw), walaupun pada kenyataan nya dia berada 13 abad selepas Rasul Allah (saw)

Ia telah dikatakan bahawa Shaykh Ahmed al-Tijani pernah berhubung dengan Rasul Allah yang agung (saw), dengan berkata-kata dengannya diwaktu dia sedang jaga, tidak didalam tidur. Dipercayai juga bahawa kesempurnaan sholat yang digubal oleh Shaykh adalah terlebih baik dari khatam al Quran 40 kali.

Untuk meringkaskan nya saya akan berhenti dari mengatakan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 6

Page 7: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tentang sufi Tijani pada peringkat ini, jika dikehendaki Allah, saya akan merujukannya ditempat yang lain.

Maka saya membesar dengan kefahaman ini, begitu juga dengan remaja-remaja didaerah saya. Kami semua….segala pujian untuk Allah…. Sunni Muslim mengikuti ajaran Imam Malik ibn Anas, Imam pada Dar al-Hijra. Bagaimanapun kami di Afrika Utara, terbahagi kepada penganut-penanut sufi. Sebagai contoh di Gafsa sahaja terdapat al-Tijani, al-Qadiriyya, al-Rahmaniyya, al-Salamiyya dan al-Isaiyya. Bagi setiap golonggan mempunyai pengikut dan penyokong yang boleh membaca cara syair dan zikir (doa dan pujian untuk Allah) didalam semua keramaian seperti perkahwinan, berkhatan dan perjanjian (bersumpah). Walaupun terdapat aspek-aspek negatif, sufi tariqa memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan upacara keagamaan dan penghormatan pada mereka yang berilmu.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 7

Page 8: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Haji Ke Baitullah

Waktu itu usiaku lapan belas tahun ketika Himpunan Penelitian Kebangsaan Tunisia (HPKT) memberiku kepercayaan untuk mewakili negara bersama lima orang lain, di dalam menghadiri Seminar Pertama Penelitian Arab Dan Islam yang diadakan di Mekah. Ketika itu aku adalah delegasi yang paling muda, sama ada dari aspek usia atau kematangan. Dua dari mereka adalah kepala sekolah; ketiga guru di pusat ibu kota; keempat wakil dari akhbat\r tempatan dan kelima seorang kerabat Menteri Pendidikan Kebangsaan waktu itu.

Perjalanan kami tidak langsung. Kami transit di Athena tiga hari, kemudian Amman, ibu kota Jordan empat hari lalu ke Saudi untuk mengikuti Seminar sambil melaksanakan fardhu haji dan umrah.

Tidak terlukiskan bagaimana perasaanku pertama kali memasuki Baitullah al-Haram. Degupan jantungku yang kuat seakan-akan ingin memecah dinding penghalang untuk keluar melihat sendiri Baitul A'tiq ini yang sejak lama diimpi-impikannya. Air mataku terus mengalir seakan tidak mahu berhenti. Aku terlena dengan khayalan yang malaikat membawaku untuk sampai ke bumbung Ka'bah lalu menyahuti seruan Allah SWT dari sana:"Labbaik Allahumma Labbaik. Inilah hambaMu yang datang menghadapMu."

Ketika aku dengar suara talbiah jamaah haji, aku terfikir bahawa mereka telah menghabiskan usia mereka untuk menyediakan bekal dan harta demi datang ke Baitullah ini. Tetapi aku datang secara mengejut dan tanpa persiapan dari diriku sendiri.

Masih teringat dibenakku betapa ayahku menangis dan menciumku ketika melihat tiket pesawatku dan yakin akan kepergianku untuk menunaikan fardhu haji. Ketika melepaskan pemergianku, belia berkata:"Tahniah untukmu hai anakku. Allah telah menginginkanmu pergi haji sebelumku dalam usia yang sebegini muda. Engkau adalah anakku Sayyid Ahmad Tijani. Doakan aku di rumah Allah agar aku diampuniNya dan diberikanNya rezeki untuk pergi haji ke tanah suci."

Itulah kenapa aku menduga bahawa Allah SWT telah memanggilku dan melimpahkan kurniaNya kepadaku dengan menyampaikan aku ke tempat yang sangat diidamkan oleh setiap jiwa. Adakah orang yang berhak menyahuti panggilan itu lebih daripadaku. Waktu itu aku melebihkan ibadah tawafku, solatku, sa'iku, bahkan ketika minum air zamzam sekalipun. Ketika semua orang berlumba-lumba untuk nak ke gunung Jabal Nur yang terdapat Gua Hira', tidak seorang pun yang dapat mengalahkanku kecuali seorang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 8

Page 9: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

anak muda dari Sudan. Aku rukuk di sana seakan-akan aku mencium baunya Nabi SAWA dan merasakan nafasnya. Alangkah indahnya kenangan itu, suatu pengalaman yang sangat membekas diingatanku dan tidak mungkin akan terlupa selama-lamanya.

Ada satu limpahan kurnia Illahi lain atas diriku dimana setiap delegasi lain yang melihatku, dia akan menyukaiku dan meminta alamatku untuk dapat berutus surat. Teman-teman seperjalananku yang dari awal masa keberangkatan bersikap hina terhadapku, kini mula menyukaiku. Sebelum ini aku hanya bersabar lantaran sikap mereka. Kerana aku tahu bahawa penduduk utara memang menghina penduduk yang mempekecil-kecilkan orang-orang yang datang dari kawasan selatan dan menganggap mereka sebagai orang-orang yang belum maju. Pandangan mereka terhadapku akhirnya berubah ketika dalam perjalanan, seminar dan musim haji ini. Aku telah banyak mengukir prestasi di hadapan para delegasi dengan syair-syair dan qasidah-qasidah yang aku hafal. Aku juga telah berhasil membawa pulang berbagai ijazah kecemerlangan di dalam berbagai pertandingan yang diadakan sempena acara itu. Ketika aku pulang ke negeriku, aku telah membawa lebih dari dua puluh alamat teman-teman dari berbagai bangsa.

Kami berada di Saudi selama dua puluh lima hari. Kami berjumpa dengan berbagai ulama dan mendengar ucapan-ucapan mereka. Aku sangat terkesan dengan sebahagian kepercayaan Wahabiyyah dan bahkan berangan-angan agar kaum Muslimin seluruhnya berpegang kepada kepercayaan ini. Waktu itu aku menyangka bahawa Allah SWT telah memilih mereka dari sekian banyak hamba-hambaNya ini untuk menjaga Baitullah al-Haram. Mereka adalah makhluk Allah yang paling suci dan paling alim di atas muka bumi ini. Allah telah memperkayakan mereka dengan minyak agar dapat berkhidmat kepada jamaah haji yang datang sebagai tetamu Allah, dan menjamin keselamatan mereka.

Ketika aku pulang dari haji ke tanah airku, aku memakai pakaian ala Saudi lengkap dengan lqal melilit kepala. Aku sangat terkejut dengan sambutan yang telah dipersiapkan oleh ayahku. Orang ramai telah berkumpul di stesyen keretapi dipimpin sendiri oleh Syaikh Terekat I'sawiyah, Syaikh Tijaniyyah dan Syaikh Qadiriyyah yang lengkap dengan gendang kebesaran sufi.

Mereka membawaku mengelilingi jalan-jalan kota Qafsah sambil mengumandangkan laungan takbir dan tahlil. Setiap kali kami lalu pada sebuah masjid, maka mereka akan memintaku berhenti sejenak. Orang ramai yang ada disekitarku berdesak-desak mahu menciumku, terutamanya orang-orang tua. Mereka menangis kerana sangat merindukan untuk melihat Baitullah dan berdiri

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 9

Page 10: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dekat pusara Nabi SAWA. Mereka belum pernah melihat orang balik haji seusiaku, apa lagi di kota Qafsah ini.

Itulah hari-hariku yang sangat bahagia. Pemuka-pemuka tempatan datang ke rumah kami untuk mengucapkan salam dan tahniah sambil meminta doa. Kebanyakan mereka memintaku membacakan surah al-Fatihah dan doa di kehadiran ayahku. Sekali-sekali aku berasa malu juga. Setiap kali para tetamu keluar, ibuku akan masuk sambil meniupkan asap gaharu dan memohon perlindungan dari tipu daya orang-orang yang jahat dan syaitan yang terkutuk.

Ayahku mengadakan kenduri selama tiga hari berturut-turut demi Yang Mulia Tijaniyyah. Setiap hari beliau menyembelih seekor kambing. Dan orang-orang yang hadir bertanya segala sesuatu hatta perkara yang kecil sekalipun. Jawapanku rata-rata berkisar antara rasa kekagumanku terhadap Saudi dan kegiatan mereka di dalam menyebarkan Islam dan membela kaum Muslimin.

Penduduk kota kami memanggilku dengan sebutan "Tuan Haji". Jika nama itu disebutkan maka maksudnya tidak lain kecuali diriku. Dan sejak itu aku lebih dikenal oleh khalayak ramai terutamanya di kalangan akivis-aktivis agama seperti Jamaah Ikhwanul Muslimin. Aku pergi ke masjid-masjid dan melarang orang-orang dari mencium nisan kuburan atau mengusap-usap kayu-kayunya. Aku berusaha menyakinkan mereka bahawa perbuatan itu adalah syirik kepada Allah. Aktivitiku bertambah luas. Aku mulai mengajar di beberapa masjid pada hari Jumaat sebelum khutbah. Aku berpindah-pindah dari masjid Abi Ya'qub ke masjid jamik agung. Mengingat solat Jumaat didirikan pada waktu yang berlainan. Masjid Abu Ya'qub mendirikan solat Jumaat pada waktu Zuhur sementara masjid jamik pada waktu Asar. Pengajian-pengajian hari Ahad juga banyak dihadiri oleh pelajar tingkatan atas tempat aku mengajar subjek teknologi dan ilmu teknik. Mereka sangat suka menghadiri pengajianku, mengingatkan bahawa aku banyak meluangkan masa untuk menghilangkan segala kemusykilan yang ada pada benak mereka lantaran indoktrinasi sebahagian daripada guru-guru falsafah atheis, sekularis dan komunis. Mereka menunggu dengan penuh kesabaran ketika pengajian itu. Sebahagian mereka ada yang datang ke rumah. Aku juga telah membeli beberapa buku agama sebagai bahan bacaan yang akan dapat menambah pengetahuanku dan dapat menjawab setiap pertanyaan dengan baik.

Di tahun-tahun hajiku itu juga aku telah dikurniakan memiliki separuh agamaku yang lain. Ibuku sangat menginginkan aku berkeluarga sebelum tiba akhir hayatnya. Beliaulah yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 10

Page 11: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

membesarkan semua anak-anak suaminya dan menghadiri perkahwinan mereka. Cita-citanya juga ingin melihat aku berkeluarga. Akhirnya Allah SWT menyampaikan cita-citanya dan aku mematuhinya untuk mengahwini seorang anak gadis yang belum aku lihat sebelumnya. Ibuku juga menyaksikan anak pertama dan keduaku. Kemudian beliau meninggal dunia dalam keadaan redha kepadaku, menyusuli kepergian ayahku dua tahun sebelumnya. Ayahku juga telah menunaikan fardhu haji dan bertaubat kepada Allah, Taubatan Nasuha dua tahun sebelum beliau menghadap Allah SWT.

Revolusi Libya muncul di saat kaum Muslimin dan Arab mengalami kekalahan yang memalukan dalam peperangannya dengan Israel. Anak muda pemimpin revolusi itu muncul dan berbicara atas nama Islam. Beliau solat dengan ummat di masjid dan menyeru akan pembebasan al-Quds. Beliau sangat menarik perhatianku dan perhatian seluruh pemuda-pemuda Arab dan Islam yang lain. Rasa ingin tahu kami akhirnya mendorong kami untuk mengadakan kunjungan kebudayaan ke Libya. Bersama dengan empat puluh orang terpelajar, kami pun berangkat menuju ke sana pada awal revolusi itu. Kemudian kami kembali dengan rasa kekaguman yang luar biasa itu. Kami berasa sangat optimis dengan masa depan yang diharapkan akan menguntungkan semua umat Islam dan Arab secara keseluruhan.

Korespondensi aku dengan beberapa teman berjalan di tahun-tahun itu. Aku telah mengadakan suatu hubungan rapat dengan beberapa orang dari mereka yang terus mendesakku untuk datang. di suatu cuti panjang musim panas, aku berencana ingin mengadakan sautu perjalanan selama tiga bulan. Perjalanan darat melalui Libya, lalu kemudian ke Mesir. Dari sana aku akan melalui jalan laut menuju Lebanon, Syria, Jordan, dan Saudi. Di sana aku akan menunaikan ibadah murah dan memperbaharui janji setiaku terhadap fahaman Wahabiyyah yang banyak aku propagandakan di kalangan para mahasiswa dan pelajar serta masjid-masjid yang dihadiri oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin.

Kemasyhuranku menjangkau negeri-negeri yang berhampiran. Seorang musafir kadang-kala berlalu di tempat kami lalu solat Jumaat dan menghadiri kuliahku. Ketika pulang dia menceritakan ehwal kami kepada masyarakat sekitarnya, sehingga sampailah ke telinga Syaikh Ismail al-Hadifi, pemimpin tarekat sufi yang terkena di kota Tuzer, ibu negeri al-Juraid dan tempat persemadian Abul Qasim as-Syabi. seorang penyair yang termasyhur. Syaikh ini mempunyai pengikut dan penggemar di serata pelusuk Tunisia; bahkan di luar negeri sekalipun di kalangan para pekerja di Perancis dan Jerman.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 11

Page 12: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Suatu hari menerusi para wakilnya di Qafsah beliau menjemputku untuk melawatnya. Diutusnya sepucuk surat yang panjang untukku dengan ucapan rasa terima kasih kerana khidmatku terhadap Islam dan Muslimin. Mereka mendakwa bahawa kesemua itu tidak akan mendekatkanku pada Allah sedikit pun jika aku tidak melalui jalannya Syaikh yang arif itu. Ini berdasarkan hadith yang sangat masyhur di kalangan mereka:"Sesiapa yang tidak memiliki Syaikh maka syaikhnya adalah syaitan. Mereka berkata:"Engkau juga mesti memiliki Syaikh yang akan menunjukkanmu kepada jalan-jalan yang sebenarnya kalau tidak maka separuh ilmumu bermakna kurang....."Mereka juga berkata bahawa "Sohib Zaman", yakni Syaikh Ismail ini telah memilihku untuk menjadi Khasal-Khas, yakni kalangan yang paling dekat dengannya.

Mendengar ini hatiku terasa gembira sekali. Aku menangis lantaran sangat terharunya pada kurnia Allah yang terus mengangkatku dari makam tinggi ke makam yang lebih tinggi lagi dari kedudukan yang baik kepada yang lebih baik. Sebelum ini aku pernah mengikut Sayyidi Soleh Bis Saih dan Sayyidi al-Jilani serta berbagai guru tarekat yang ada. Aku tunggu waktu perjumpaan yang dijanjikan itu dengan penuh kesabaran.

Ketika kau masuk ke rumah Syaikh aku jumpai berbagai wajah sedang menantinya dengan penuh semangat. Murid-muridnya ramai yang hadir di majlis itu. Di antara mereka ada sejumlah orang-orang tua yang memakai serban serba putih. Setelah acara Tahiyyah (ucapan salam) maka Syaikh Ismail keluar. Semua yang hadir mencium tangannya dengan penuh hormat. Dan wakilnya yang membawaku ini menggenggam tanganku sambil mengatakan bahwa inilah Syaikh Ismail. Aku tidak berasa kagum sama sekali melihat rupanya - tidak sehebat seperti apa yang aku bayangkan di benakku. Wakil dan para mengikutnya telah menceritakan berbagai macam keramat dan mukjizat Syaikh ini sehingga kehebatan dan ketokohannya terukir besar di dalam bayangan fikiranku. Namun apa yang aku lihat, beliau hanyalah seorang syaikh biasa yang tidak mempunyai wibawa dan keagungan. Si-wakil memperkenalkan aku kepadanya di pertengahan majlis. Beliau menyambutku dan mempersilakan aku duduk di sebelah kanannya. Setelah makan dan minum maka acara dimulakan. Kemudian wakil ini memintaku mengambil perjanjian dan wirid dari Syaikh ini. Setelah itu maka semua yang hadir mengucapkan tahniah sambil memelukku.

Dari percakapan mereka aku faham bahawa mereka sebenarnya telah sering mendengar namaku. Sebahagian jawapan Syaikh kepada orang-orang yang bertanya kadang-kadangku sanggah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 12

Page 13: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

berdasarkan hujah-hujah al-Qur'an dan Sunnah. Tetapi sebahagian yang hadir menganggapnya buruk dan bersikap kurang ajar kepada Syaikh kerana kebiasaannya mereka tidak bercakap jika berada di hadapan kecuali dengan izinnya. Sikap tidak puas hati mereka ini dirasakan oleh Syaikh. Dengan cara yang bijak beliau meredakan perasaan mereka seraya berkata:"Sesiapa yang bersikap berani-api maka pada akhirnya akan cemerlang." Para hadirin menganggap ini sebagai 'isyarat baik' dari Syaikh, dan akan menjadi jaminan paling besar bagi kecemerlangan akhirku. Mereka memberikan tahniah kepadaku. Tetapi Syaikh ini adalah seorang yang pandai dan terlatih. Beliau tidak memberikan kesempatan kepadaku untuk melanjutkan sanggahan yang 'mengejutkan' itu. Diceritakankan hikayat seorang yang Arif Billah (wali) ketika duduk bersama sejumlah ulama. Kepada salah seorang dari ulama ini si-wali berkata: bangun dan pergilah mandi. Si-alim pergi dan mandi. Kemudian dia datang semula ke majlis. Sebelum sempat duduk, si-wali berkata lagi kepadanya: pergi mandi lagi. Lalu dia pergi dan mengulangi mandinya dengan cara yang paling baik. khuatir mandinya tadi tidak betul. Kemudian dia datang lagi untuk duduk di majlis itu, namun Syaikh tetap sahaja menyuruhnya pergi dan mandi. Kemudian si-alim ini menangis dan berkata: Ya Tuan Syaikh. Aku telah mandi dengan cara ilmuku dan amalku. Tiada apa-apa lain dalam diriku melainkan apa yang akan Allah bukakan kelak melalui kedua tanganmu. Lalu Syaikh ini berkata: sekarang duduklah.

Aku tahu bahawa yang dimaksudkan dari cerita ini adalah diriku. Para hadirin juga tahu. Setelah keluarnya Syaikh dari majlis mereka mencelaku dan menyuruhku berdiam dan wajib hormat bila duduk di hadapannya. Mengingatkan bahawa Syaikh ini adalah Sohib Zaman. Dan sikapku ini dikhuatirkan akan melucutkan segala amal-amal baikku selama ini. Hujah mereka adalah firman Allah seperti berikut:"Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari." [Al-Hujurat:2]

Aku tahu harga diriku. Aku ikuti perintah dan nasihat-nasihatnya, dan lebih dari itu aku dekatkan lagi diriku kepadanya. Aku tinggal bersamanya selama tiga hari dimana aku juga bertanya berbagai masalah kepadanya yang sebahagiannya sekadar ingin mengujinya. Syaikh ini juga sedar akan sikapku ini lalu berkata bahawa al-Qur'an memiliki makna zahir dan batin sehinggalah ke tujuh batin.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 13

Page 14: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Allah juga telah membukakan untukku peti rahsiaNya, dan menunjukkan kepadaku KursiNya yang khas di mana terdapat salasilah orang-orang yang soleh dan arif secara musnad dan bersambung kepada Abul Hasan as-Syazali dan terus kepada sejumlah para wali sehinggalah sanadnya sampai kepada Imam Ali Karamallah Wajhahu.

Perlulah diberitahu bahawa majlis-majlis mereka adalah bersifat ritualistik atau kerohanian. Mula-mula Syaikh akan membukakannya dengan bacaan beberapa ayat al-Qur'an yang mudah secara tajwid. Kemudian membaca qasidah yang diikuti oleh para muridnya yang hafal berbagai madah dan zikir yang kebanyakannya mencela dunia dan mengajak pada akhirat, makna zuhud serta warak. Setelah itu murid yang duduk di sisi kanan Syaikh akan memulakan bacaan ayat-ayat al-Qur'an yang baru dan Syaikh serta merta akan membacakan qasidah yang lain pula diikuti oleh semua yang hadir.

Begitulah seterusnya secara bergilir-gilir walau sekadar satu ayat sehinggalah para hadiirin seakan tidak sedar. Mulalah mereka mengoyang-goyangkan badannya ke kanan dan ke kiri mengikut rentak madah tadi sampaikan tuan Syaikh berdiri dan berdirilah semua yang hadir sehingga membentuk satu bulatan di mana Syaikh berada di tengah-tengah. Kemudian mereka menyebutkan "zikir-dada": ah..ah..ah..Dan Syaikh di tengah-tengah mereka dan menghadap setiap seorang dari mereka dengan suara bacaan yang keras sekali.

Kemudian sebahagian daripada mereka melompat-lompat dalam satu gerakan bak kegilaan sambil mengangkat suara tinggi-tinggi yang berirama tetapi menakutkan. Setelah keletihan maka majlis menjadi tenang kembali dengan diakhiri qasidah Syaikh. Dan setelah mencium kepala Syaikh dan bahunya secara bergilir-gilir maka semua yang hadir akan duduk semula.

Aku telah mengikuti majlis mereka beberapa kali sebagai tanda simpati tanpa diiringi dengan sikap rela hati. Aku dapati jiwaku berkecamuk dengan kepercayaan yang aku pegang selama ini yakni cuba tidak mensyirikkan Allah seperti bertawasul kepada selain daripada Allah SWT. Aku jatuh ke bumi sambil menangis tersedu-sedu kerana bingung dengan dua aliran yang sangat kontradiktif ini; aliran sufi yang penuh dengan acara-acara ritualistik (kebatinan) di mana jiwa manusia akan terasa sesuatu kezuhudan dan kedekatan pada Allah SWT melalui para waliNya yang soleh dan hambaNya yang arif, dan aliran Wahabiyyah yang mengajarku bahawa kesemua itu adalah syirik pada Allah. Dan syirik adalah dosa yang tidak diampunkan.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 14

Page 15: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Jika Muhammad Rasulullah SAWA tidak memberi apa-apa manfa'at dan tidak boleh dijadikan tawasul antara Allah SWT maka apalah ertinya mereka para wali dan orang-orang soleh itu?

Walaupun Syaikh menempatkan aku pada 'maqam' yang tinggi sebagai wakilnya di Qafsah tetapi jiwaku belum merasa puas sama sekali. Walau kadang-kadang aku condong kepada tarekat sufi dan sering menyimpan rasa hormat dan takzim disebabkan para wali Allah dan orang-orang soleh tersebut, namun aku juga memprotes berhujahkan firman Allah:"Jangan kamu menyeru bersama Allah Tuhan yang tiada lain selain Dia,"[Al-Qishos:88]. Jika ada orang berkata bahawa Allah berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan carilah wasilah yang mendekatkan diri kepadaNya"[Al-Maidah:35] maka aku akan menjawab seperti apa yang diajarkan kepadaku oleh ulama-ulama Saudi bahawa wasilah yang dimaksudkan adalah amal yang soleh.

Al-hasil aku hidup waktu ini dengan perasaan yang gelisah dan pemikiran yang kacau. Kadang-kadang sebahagian murid-murid Syaikh datang ke rumahku dan mengadakan acara-acara serupa dalam bentuk halaqah-halaqah sehinggalah para tetanggaku merasa cukup terganggu dengan suara 'ah....ah...ah...kami. Setelah aku tahu itu maka aku minta agar mereka mengadakannya di rumah lain dan aku minta maaf lantaran ingin keluar negeri selama tiga bulan. Kemudian aku berpisah dengan keluarga dan kaum kerabatku menuju Tuhanku dengan penuh rasa tawakal kepadaNya tanpa mensyirikkanNya sekali-kali.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 15

Page 16: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Perjalanan Berjaya

Di Mesir

Aku berada di Tripoli hanya selama masa visa yang mereka berikan kepadaku melalui kedutaan Mesir di Tunisia sahaja. Di sana aku berjumpa dengan beberapa orang temanku. Mereka banyak membantuku. Semoga Allah membalas jasa mereka itu. Dan di dalam perjalananku ke Kaherah yang memakan selama tiga hari tiga malam, aku menaiki sebuah teksi bersama empat orang Mesir lain yang pulang kerja dari Libya. Di dalam perjalanan itu aku banyak bercakap dengan mereka dan membacakan beberapa ayat-ayat suci al-Qur'an. Mereka menyukaiku dan masing-masing mengajakku singgah ke rumahnya. Di antara mereka seorang sahaja yang aku pilih dan bersedia pergi ke rumahnya, lantaran sifat warak dan taqwa yang nampak dalam dirinya. Namanya Ahmad. Beliau menyambutku dan menerima hangat kedatanganku. Mudah-mudahan Allah berkenan membalas jasanya.

Aku berada selama dua puluh har di Kaherah. Aku sempat berkunjung ke tempat penyanyi terkenal, Farid at-Atharsy di rumahnya yang menghadap sungai Nil. Aku sejak lama mengkaguminya lantaran berita tentang peribadinya dan sikap rendah dirinya seringkali aku baca di dalam majalah-majalah Mesir yang dijual di Tunisia. Sayang aku hanya dapat berjumpa dengannya selama 20 minit sahaja kerana waktu itu dia akan berangkat ke Lebanon. Aku juga berkunjung ke tempatnya Syaikh Abdul Basit Abdus Samad seorang qari al-Qur'an yang sangat terkenal itu. Aku juga sangat mengkaguminya. Aku hanya sempat bersamanya selama tiga hari. Kami banyak berdiskusi dalam pelbagai masalah bersama kerabat dan sahabat-sahabatnya. Mereka juga kagum dengan semangatku, ketegasanku dan luasnya informasi yang aku miliki. Jika mereka bercakap mengenai seni, maka aku juga bercakap mengenai seni dengan panjang lebar. Dan jika mereka bercakap tentang zuhud dan tawasuf, maka aku katakan yang aku adalah dari tarekat Tijaniyyah dan sekaligus berperadaban tinggi. Jika mereka bercakap tentang dunia barat, maka aku ceritakan kepada mereka tentang Paris, London, Belgik, Holand, Itali, dan Sepanyol yang aku lawati di cuti-cuti musim panas yang lalu. Bila mereka bercakap tentang haji maka aku katakan yang aku telah pergi haji dan kini akan pergi menunaikan umrah pula. Aku ceritakan kepada mereka tempat-tempat yang tidak mereka ketahui hatta oleh mereka yang pernah menunaikan haji sebanyak tujuh kali sekalipun seperti Gua Hira', Gua Thur, dan tempat Nabi Ismail disembelih. Dan bila mereka bercakap tentang sains dan penemuan-penemuannya, maka aku perincikan kepada

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 16

Page 17: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka dengan bilangan dan istilah-istilahnya sekali. Dan bila mereka bercakap tentang politik, maka aku dapat patahkan hujah-hujah mereka sambil berkata:"Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Nasir Salahuddin al-Ayyubi yang telah mengharamkan dirinya dari tersenyum apalagi tertawa. Ketika orang-orang dekatnya mencela dan berkata: dahulunya Nabi SAWA sentiasa dilihat dalam keadaan tersenyum, maka Ayyubi menjawab: bagaimana kamu menginginkan aku tersenyum sementara Masjidul Aqsa masih berada di bawah tangan musuh-musuh Allah. Tidak, demi Allah, aku tidak akan tersenyum sehinggalah aku dapat membebaskannya atau mati kerananya.

Beberapa syaikh dari al-Azhar ikut hadir dalam majlis kami. Mereka sangat kagum dengan apa-apa yang aku hafal seperti hadith, ayat-ayat dan hujah-hujah yang kuat lainnya. Mereka bertanya dari universiti manakah aku dapat sarjana. Aku menjawab aku adalah sarjana keluaran Universiti Zaitun. yang telah didirikan sebelum Universiti al-Azhar. Aku katakan lagi bahawa orang-orang dari kalangan Fatimiyyah yang mendirikan al-Azhar itu sebenarnya berasal dari kota Mahdiah di Tunisia.

Aku juga sempat berkenalan dengan sejumlah ulama dari Universiti al-Azhar. Mereka pinjamkan kepadaku beberapa buah buku. Suatu hari aku berada di pejabat salah seorang pegawai pentadbiran al-Azhar. Tiba-tiba datang seorang ahli Dewan Kepimpinan Revolusi Mesir dan menjemputnya untuk hadir dalam suatu perhimpunan kaum Muslimin di salah sebuah syarikat besi waja Mesir yang besar di Kaherah yang rosak akibat Perang Oktober ketika itu. Beliau tidak mahu melainkan aku ikut serta. Di sana mereka memintaku memberikan ceramah kepada para hadirin. Dan aku lakukan tugas ini dengan mudah lantaran kebiasaanku dalam memberikan berbagai ceramah di masjid-masjid dan markas-markas kebudayaan di negeriku.

Yang penting dari apa yang aku ceritakan dalam bab ini adalah perasaanku yang mulai membesar dan sikap mengkagumi diri sendiri mulai timbul. Aku berfikir ketika itu bahawa aku memang telah menjadi seorang alim yang berpengetahuan tinggi. Betapa tidak. Ulama-ulama al-Azhar sendiri menyaksikan sendiri hal itu. Antara lain mereka berkata:"Tempatmu sudah sewajibnya di al-Azhar di sini." Dan yang lebih membanggakan diriku lagi adalah "izin" Rasulullah SAWA yang diberikannya kepadaku untuk melihat peninggalan-peninggalannya seperti yang dikatakan oleh pegawai yang mengurus Masjid Saidina Husayn di Kaherah. Beliau hanya mengajakku seorang untuk masuk ke dalam hujrah iaitu ruang yang tidak dibuka kecuali olehnya sendiri. Dan ketika kami masuk beliau menutupnya semula dari dalam. Dibukanya sebuah almari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 17

Page 18: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dan dikeluarkannya sehelai baju Nabi SAWA. Lalu aku cium baju tersebut. Juga diperlihatkannya kepadaku sejumlah peninggalan yang lain. Setelah keluar dari sana aku menangis kerana begitu terkesan dengan perhatian Nabi SAWA terhadapku secara peribadi. Orang ini juga tidak memintaku sebarang upah. Dia hanya mengambil sesuatu yang sangat sedikit setelah aku paksa dan mendesaknya. Diucapkannya tahniah kepadaku sambil berkata yang aku ini adalah di antara orang-orang yang diterima di sisi Nabi SAWA.

Peristiwa ini barangkali sangat memberi kesan kepadaku sehingga aku berkali-kali berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Wahabiyyah bahawa Nabi SAWA telah meninggal dan selesailah sudah riwayatnya sebagaimana orang-orang lain yang mati. Aku menolak fikiran seperti itu. Bahkan aku yakin bahawa iqtiqad seperti itu adalah karut. Seandainya seorang syahid di jalan Allah tidak "mati", bahkan hidup mendapatka rezeki di sisi Tuhannya, maka betapa pula penghulu para nabi dan rasul. Perasaanku ini bertambah kuat lantaran dahulunya aku memang percaya akan pelajaran-pelajaran tasawuf yang memberikan hak dan kebenaran kepada para wali dan syaikh-syaikh mereka "campur tangan" di dalam perjalanan alam ini. Mereka percaya bahawa Allah SWT telah memberikan izin kepada mereka lantaran mereka taat kepadaNya dan patuh pada segala perintahNya. Bukankah ada suatu hadith qudsi menyebut:"Wahai hambaKu, taatlah kepadaKu nescaya kau akan menjadi sepertiKu, mengatakan kepada sesuatu: jadilah maka ia akan menjadi." Dari situ maka mulailah pertarungan-pertarungan menyala dalam fikiranku.

Akhirnya aku akhiri kunjungan ke Mesir dengan melawat berbagai masjid dan solat di dalamnya seperti Masjid Malik, Masjid Abu Hanifah, Masjid Syafie dan Masjid Ahmad bin Hanbal. Kemudian aku juga melawat Sayyidah Zainab dan Sayyidina Husayn. Juga tidak ketinggalan Pondok Tijaniyyah yang menyirat banyak cerita.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 18

Page 19: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Perjumpaan Di Atas Kapal

Aku berangkat ke Iskandariyah pada hari yang telah ditentukan untuk dapat ikut sebuah kapal Mesir yang akan menuju Beirut. Waktu itu aku sangat lelah dan fikiranku juga letih. Aku berbaring dan tidur barang sejenak. Setelah dua atau tiga jam perjalanan, aku dkejutkan oleh suara sebelahku yang berkata yang berkata : "Nampaknya saudara yang satu ini sangat keletihan." Lalu ku jawab : "Ya, memang. Aku sangat letih kerana perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah. Aku mesti sampai ke pelabuhan dengan seberapa segera dan terpaksa tidur sedikit semalam."

Dari perbualan kami, aku fahami yang beliau bukanlah orang Mesir. Seperti biasa rasa ingin-tahuku mendorongku untuk mengenalnya lebih. Lalu ku kenalkan diriku dan aku juga mengenalnya. Beliau berasal dari Iraq dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Baghdad. Namanya Mun'im. Beliau datang ke Kaherah untuk mengambil gelar doktor dari Universiti al-Azhar.

Perbincangan kami sekitar Mesir, dunia Arab dan dunia Islam yang lain. Kami juga membincangkan tentang kekalahan Arab dan kemenangan Yahudi serta berbagai topik lain. Antara lain ku katakan bahawa punca kekalahan adalah terpecahnya Arab dan Muslimin kepada berbagai negara, bangsa dan mazhab. Walaupun bilangan mereka banyak tetapi tidak ada nilai sama sekali di mata musuh-musuh mereka.

Kami juga berbincang tentang banyak tentang Mesir dan rakyatnya. Kami sepakat tentang punca kekalahan mereka. Ku tambahkan lagi bahawa aku sebenarnya anti dengan perpecahan yang telah dirancang oleh para penjajah seperti ini. Tujuan mereka semata-mata ingin dengan mudah menguasai dan mengalahkan kita. Kita masih membezakan antara Maliki dengan Hanafi. Dan kuceritakan kepadanya tentang peristiwa pahit yang kualami ketika masuk ke masjid Abu Hanifah di Kaherah. Waktu itu aku ikut sembahyang Asar berjemaah. Selepas sembahyang tiba-tiba orang yang berdiri di sampingku dengan nada marah berkata kepadaku : "Kenapa kau tidak sedekapkan tanganmu ketika sembahyang tadi?" Ku jawab dengan penuh adab dan hormat bahawa Mazhab Maliki mengatakan bahawa tangan mesti lurus ketika sembahyang dan aku ikut mazhab Maliki". Kalau begitu sembahyang saja di Masjid Malik!" Katanya geram. lalu aku keluar dari masjid dengan perasaan kesal dan kecewa.

Tiba-tiba ustaz Iraq ini tersenyum dan berkata kepadaku bahawa dia bermazhab Syi'ah. aku terkejut mendengarnya. Tanpa mau peduli ku katakan kepadanya bahawa jika aku tahu anda adalah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 19

Page 20: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

seorang Syi'ah maka aku tidak akan mahu bercakap denganmu. "Kenapa?" Tanyanya. "Kerana kalian bukan orang-orang Muslim. Kalian menyembah Ali bin Abi Thalib. Orang yang paling moderat dari kalian memang menyembah Allah, namun mereka tidak beriman dengan Risalah Nabi Muhammada s.a.w. Mereka mencaci Malaikat Jibril dan berkata bahawa dia telah berbuat salah. yang sepatutnya wahyu diturunkan kepada Ali tetapi dia turunkan kepada Muhammad. Aku terus bercakap kata-kata seumpama itu sementara temanku ini kadang-kadang tersenyum dan sekali-sekali mengucap. Setelah selesai dia bertanya kepadaku : "Adakah anda seorang guru?" "Ya". Jawabku. "Jika guru yang berfikir seperti ini maka tidak hairan kalau orang-orang awam yang tidak terpelajar juga akan berfikir demikian." "Apa maksud anda?" Tanyaku mengulang "Maaf. Dari mana anda mendapatkan propaganda-propaganda bohong seperti ini?" "Dari buku-buku sejarah dan dari ucapan orang banyak." "Tinggalkan apa yang dikatakan orang. Tetapi buku sejarah mana yang anda baca?" "Seperti buku Fajrul Islam, Dhuhal Islam dan Zuhrul Islam karya Ahmad Amin dan lain-lainnya." "Bila Ahmad Amin jadi hujah kepada Syi'ah? Untuk berlaku adil dan objektif anda mesti merujuk kepada sumbernya yang asli." "Kenapa aku mesti mengkaji sesuatu perkara yang telah dikenal oleh kalangan khusus dan umum?" jawabku lagi. "Ahmad Amin sendiri telah berkunjung ke Iraq. Dan aku di antara orang yang sempat berjumpa dengannya di Najaf. Ketika kami sentuh mengenai tulisannya tentang Syiah, beliau meminta maaf sambil berkata: aku tidak tahu apa-apa tentang kalian dan aku tidak pernah berhubungan dengan Syi'ah sebelum ini. Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan orang-orang Syiah. Kami berkata kepadanya bahawa satu permohonan maaf kadangkala lebih buruk dari berbuat kesalahan. Bagaimana anda tidak tahu apa-apa tentang kami lalu anda tulis segala yang buruk tentang kami."

Kemudian beliau melanjutkan: "Ya akhi, jika hukumkan kesalahan Yahudi dan Nasrani melalui al-Qur'an, walaupun ianya merupakan hujah kuat bagi kita, tetapi mereka tidak mengiktirafnya. Suatu hujah akan menjadi sangat kuat jika kesalahan mereka kita buktikan melalui kitab-kitab yang dipercayainya."

Perkataan ini menyentuh hatiku bagaikan tersiramnya air yang deras ke dalam kalbu orang yang dahaga. Aku perhatikan diriku

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 20

Page 21: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

berubah dari seorang yang berasa hasad dan dengki kepada rasa ingin tahu dan mengkaji. Aku rasakan mantiknya yang sihat dan hujahnya yang kuat. Apa salahnya jika aku mengambil sikap rendah hati sedikit dan mendengar kata-katanya. Aku katakan kepadanya: "Kalau begitu anda di antara orang yang percaya kepada kenabian Muhammad?" "Salallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam," Jawabnya. Semua orang syiah percaya pada kenabian itu. Anda, ya akhi mesti mengkajinya sendiri sehingga anda betul-betul membuktikannya dan tidak menaruh prasangka terhadap saudara-saudara anda orang syiah, mengingat "sebahagian dari prasangka itu adalah dosa." Beliau menambah lagi: "Jika anda benar-benar ingin mengetahui yang hak dengan mata kepala anda sendiri dan diyakini pula oleh hati anda, saya menjemput anda untuk melawat Iraq dan ulama-ulama Syiah serta orang-orang awamnya. Waktu itu anda akan tahu pembohongan orang-orang yang hasad dengki dan berniat buruk."

"Memang cita-citaku ingin melawat Iraq pada suatu hari kelak,"Jawabku spontan."Aku ingin melihat peninggalan-peninggalan sejarah Islam yang ditinggalkan oleh orang-orang Abbasiyyah terutamanya Harun al-Rashid tetapi pertama-tamanya wang perbelanjaanku terbatas dan aku telah bercadang akan pergi umrah. Kedua, pasport yang aku bawa tidak mengizinkan aku masuk ke Iraq."

"Ketika aku katakan yang aku mahu menjemputmu datang ke Iraq bermakna aku akan menjamin perbelanjaanmu dari Beirut sehingga Baghdad, pergi dan balik. Dan anda, akan menginap di rumahku, kelak sebagai tetamuku. Kedua, berkenaan dengan pasport yang anda katakan tadi tidak boleh masuk ke Iraq, biarlah kita serahkan pada Allah SWT. Jika Allah SWT telah mentakdirkanmu untuk melawat Iraq, hatta tanpa pasport sekalipun anda akan pergi juga. Kita akan berusaha mendapatkan visa masuk seketika kita sampai di Beirut kelak."

Mendengar hal ini, aku sangat gembira sekali. Aku berjanji kepadanya akan memberi jawapan esok, Insya Allah.

Aku keluar dari kamar tidur dan naik ke atas kapal mencari udara baru. Aku berfikir sesuatu yang baru. Fikiranku melayang-layang di lautan yang tidak terbatas itu. Aku mengucapkan Tasbih kepada Tuhanku yang telah menciptakan alam semesta dan memujiNya. Aku ucapkan rasa terima kasihku kepadaNya yang telah menyampaikan aku ke tempat ini sambil memohon kepadaNya agar melindungiku dari segala kejahatan dan menjagaku dari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 21

Page 22: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

segala kesalahan. Ingatanku juga melayang-layang merakam kembali berbagai ingatan yang aku alami dan berbagai kebahagiaan yang aku lalui dari sejak masa kecilku sehinggalah hari ini. Aku bercita-cita akan masa depan yang lebih baik. Aku berasa seakan Allah dan RasulNya menganugerahkan kepadaku suatu kurnia tersendiri.

Aku lihat kembali arah Mesir yang sekali-kali masih memperlihatkan sebahagian pantainya, sambil mengucapkan selamat tinggal kepada bumi yang di dalamnya aku cium baju Rasulullah SAWA. Betapa indahnya kenangan itu. Kata-kata orang syiah tadi juga masih terus berdengung di telingaku dan sangat menggembirakanku. Betapa tidak kerana cita-citaku untuk melawat Iraq memang ada di dalam benakku sejak masa kecil lagi. Dan kini nampaknya hampir menjadi nyata. Iraq seperti yang aku bayangkan adalah tanah airnya Harun ar-Rashid dan Makmun pengasas Darul Hikmah, pusat di masa berbagai pelajar dari barat datang menuntut ilmu pada kurun kegemilangan peradaban Islam dahulu. Sebagaimana ia juga adalah tanah airnya al-Qutb ar-Rabbani wa-Syaikh as-Somadani Sayyidi Abdul Kadir al-Jilani di mana namanya dikenal di seluruh pelusuk dunia dan tarekat ajarannya memasuki semua tempat. Dan ini bagiku adalah anugerah baru dari Allah SWT.

Lama aku berkhayal dan berangan-angan sehinggalah suara pembesar kapal tiba-tiba mengejutkanku. Suara itu memanggil semua penumpang kapal agar pergi ke kantin untuk makan malam. Aku pergi ke sana dan seperti biasa - manusia bersesak-sesak dan hiruk-pikuk. Tiba-tiba orang syiah tadi memegang bajuku dan dengan perlahan menarikku ke belakang. Katanya:"Mar yan akhi. Tak perlu anda menyusahkan diri anda. Biarlah kita makan sebentar lagi setelah kesesakan seperti itu menjadi reda. Aku sejak tadi mencarimu. Anda sudah solat?" Tanyanya kepadaku."Belum", jawabku."Biarlah kita solat dahulu kemudian makan setelah orang ramai selesai,"ajaknya. Aku setuju dengan pendapatnya dan kami pergi ke tempat yang agak kosong untuk berwudhu. Kemudian aku memintanya menjadi imam lantaran ingin 'mengujinya' bagaimana dia solat, untuk kemudian aku ulangi solatku semula. Setelah dia solat maghrib dan membaca bacaan dan doanya dengan baik, serta merta aku ubah niatku tadi. Aku berfikir seakan-akan aku solat berjamaah dengan salah seorang dari sahabat yang mulia di mana aku belajar darinya, dari sifat waraknya dan taqwanya. Setelah solat, beliau membaca doa yang panjang yang tidak aku dengar seumpamanya di negeri kami dan di negeri-negeri yang aku kenal. Setiap kali aku dengar beliau berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya dan memuji-mujinya hatiku terasa sangat tenteram dan gembira.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 22

Page 23: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Setelah selesai solat aku perhatikan bekas-bekas tangis membekas dalam kedua belah matanya. Aku juga mendengar beliau mendoakanku semoga Allah bukakan mata dan hatiku dan membimbingku.

Kami pergi ke kantin. Tempat duduk sudah nampak kosong. Beliau tidak mahu duduk sebelum aku sendiri duduk. Pelayan menghantarkan kepada kami dua pinggan makanan. Dan aku lihat temanku ini menggantikan pingganku dengan pinggannya kerana bahagian dagingku kurang sedikit daripada bahagian dagingnya. Beliau melayanku seakan-akan aku ini adalah tetamunya. Diceritakannya kepadaku berbagai riwayat tentang makanan, minuman dan adab makanan yang tidak pernah aku dengar seumpamanya sebelum ini.

Aku sangat kagum dengan akhlaknya ini. Beliau juga menjadi imam kami di dalam solat Isya' dan membaca doa-doa yang panjang sehingga membuatku menangis. Aku bermohon kepada Allah agar merubah prasangkaku kepadanya kerana mengingatkan bahawa sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Tetapi siapa tahu?!

Aku tidur dan memimpikan Iraq serta seribu satu malamnya. Aku terbangun setelah beliau membangunkanku untuk solat Subuh. Kami solat berjamaah dan berbincang-bincang tentang berbagai nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kaum Muslimin.

Kami pergi tidur lagi. Ketika aku bangun aku lihat beliau sedang duduk di atas katilnya sambil memegang tasbih berzikir kepada Allah SWT. Melihatnya hatiku terasa tenteram dan jiwa ini terasa tenang. Lalu aku bermohon ampun kepada Tuhanku.

Ketika kami sedang bersarapan di kantin tiba-tiba pembesar suara mengumumkan bahawa kapal telah menghampiri pantai Lebanon. Dengan izin Allah kami akan berada di pelabuhan Beirut dalam masa dua jam lagi. Beliau bertanya kepadaku apa keputusanku? Aku jawab jika Allah SWT memudahkan perkara visa masuk, maka tiada alasan untuk menolak jemputan anda; sambil mengucapkan ribuan terima kasih.

Kami turun di Beirut dan bermalam di sana. Dari sana kami berangkat ke Damsyik dan terus ke kedutaan Iraq. Di sana aku berjaya mendapatkan visa untuk masuk dengan cepat sekali, tidak seperti mana yang aku sangkakan. Sekeluarnya aku dari sana, beliau mengucapkan tahniah kepadaku dan memuji Allah atas kurniaNya.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 23

Page 24: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 24

Page 25: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Pertama Kali Melawat Iraq

Kami berangkat dari Damsyik ke Baghdad dengan sebuah bas milik Syarikat an-Najaf al-A'lamiyyah yang berhawa dingin. Waktu itu suhu panas kota Baghdad sehingga empat puluh darjah celsius. Sesampainya kami di sana, kami segera pergi ke rumahnya di suatu kawasan yang indah, Mantiqah al-I'qal. Aku masuk ke rumahnya yang berhawa dingin. Sebentar kemudian dia datang membawa sehelai baju gamis panjang yang mereka panggil "Dasydasyah."

Dihidangkan buah-buahan dan makanan lain. Kemudian ahli keluarganya masuk dan mengucapkan salam kepadaku dengan penuh adab dan hormat. Ayahnya memelukku yang seakan-akan dia telah mengenalku sejak lama dulu. Ibunya berdiri di tepi pintu dengan memakai kain panjang (a'baah) yang hitam sambil mengucapkan salam dan kata-kata selamat datang lainya. Temanku ini atas nama ibunya meminta maaf kepadaku kerana tidak bersalaman. Katanya bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram.

Aku berasakan lebih hairan lagi. Aku katakan kepada diriku: mereka yang kita tuduh sebagai orang yang telah terkeluar dari agama ini, justeru lebih menjaganya dibandingkan dengan kita. dan dari beberapa perjalananku bersamanya, aku lihat dia mempunyai akhlak yang sangat tinggi dan jiwa yang bersih. Sikap rendah dirinya dan sifat waraknya belum pernah aku temuinya seumpamanya sebelum ini. Benar-benar aku rasakan aku bukanlah seorang asing yang bertamu di rumahnya.

Pada waktu malam kami naik ke atas atap rumah. Tempat tidur telah dibentangkan untuk kami di sana. Aku masih terjaga sehingga larut malam. Aku merasa seperti tidak percaya, apakah aku dalam keadaan mimpi atau benar-benar sedar. Benarkah aku kini berada di Baghdad di sisi maqam Sayyidi Abdul Kadir al-Jailani?

Temanku tertawa dan bertanya apa yang dikatakan oleh orang-orang Tunisia tentang Abdul Kadir al-Jailani? Mula aku ceritakan kepadanya tentang beberapa karamahnya yang sangat masyhur di tempat kami. Begitu jua tempat-tempat yang menggunakan namanya. Beliau adalah pusat dari suatu bulatan. Sebagaimana Muhammad Rasulullah SAWA penghulu para Nabi, maka Abdul Kadir al-Jailani adalah penghulu para wali. Telapak kakinya di atas pundak seluruh wali. Beliau yang berkata:"Seluruh orang tawaf sekitar Rumah Ka'bah untuk tujuh kali dan aku tawaf di sekitar Rumah itu dengan kemahku."

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 25

Page 26: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Aku cuba menyakinkannya bahawa Syaikh Abdul Kadir al-Jailani mendatangi sejumlah murid-murid dan pencintanya secara nyata, mengubati mereka dan menolong kesukaran mereka. Waktu itu aku lupa atau berpura-pura lupa tentang aqidah Wahabiyyah yang aku ketahui, di mana mereka mengatakan bahawa kesemua itu adalah syirik kepada Allah. Ketika aku rasakan bahwa temankan ini tidak ghairah (mendengar penjelasanku), aku cuba menyakinkan diriku pula bahawa apa yang aku katakan tadi adalah tidak benar, lalu aku tanyakan pendapatnya.

Sambil tertawa teman ini berkata kepadaku:"Tidurlah dan beristirehatlah dari segala keletihan yang kau alami. Esok, Insya Allah, kita akan berziarah ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jilani."

Mendengar berita ini aku sangat gembira sekali. Sedemikian hingga kalaulah waktu itu fajar segera menyingsing tetapi rasa letih yang amat sangat menyebabkan aku tidur sangat nyenyak sehinggalah matahari terbit dan hilanglah waktu solat Subuh. Temanku memberitahu bahawa dia berkali-kali cuba membangunkanku tetapi mungkin lantaran terlalu letih aku tidak mendengarnya.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 26

Page 27: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Abdul Kadir Jailani Dan Musa al-Kazim

Setelah sarapan pagi kami pergi ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani. Dari jauh aku dapat melihat maqam yang selama ini aku bermimpi untuk menziarahinya. Aku bergegas seakan-akan aku sangat merindukannya. Dengan keseronokan yang tersendiri aku masuk ke dalam seakan aku akan segera berada di pelukannya. Temanku ini mengikuti ke mana juga aku pergi. Akhirnya aku tenggelam dalam kumpulan penziarah makam ini yang bagaikan jamaah haji Baitullah al-Haram. Ada di antara mereka menebarkan segenggaman manisan, sementara para penziarah berebut-rebut untuk mengutipnya. Aku cepat-cepat mengambil dua biji manisan itu. Yang satu aku makan sebagai berkat dan satu lagi aku simpan dalam poketku sebagai kenangan.

Aku solat di sana dan berdoa pendek. Kemudian aku minum airnya yang seakan air zamzam. Aku minta temanku menunggu sejenak lantaran aku ingin menulis surat ringkas kepada sejumlah sahabatku di Tunisia, dengan menggunakan poskad yang kesemuanya berlatarbelakangkan gambar kubah makam Syaikh Abdul Kadir al-Jailani yang berwarna hijau. Tujuanku semata-mata ingin membuktikan kepada sahabat-sahabat dan keluargaku di Tunisia betapa baiknya 'nasibku' sehingga aku dapat sampai ke tempat makam yang mereka sendiri belum pernah sampai ke sana.

Sekembalinya dari sana kami makan tengahari di suatu restoran tempatan yang terletak di tengah-tengah kota Baghdad. Kemudian temanku mengajakku pergi ke Kazimiah dengan menaiki teksi. Nama ini aku ketahui setelah mendengar temanku menyebutkannya kepada pemandu teksi tadi. Setelah beberapa langkah kami berjalan kami terlihat pada sekumpulan ramai orang lelaki dan perempuan, yang lengkap dengan bekalannya berjalan ke satu arah. Hal ini mengingatkanku pada waktu musim haji. Aku masih belum tahu arah tempat tujuan mereka sehinggalah nampak pandanganku beberapa kubah dan menara keemasan yang menarik perhatian. Aku faham yang itu adalah salah satu dari masjid syiah, kerana mengikut pengetahuanku mereka memang menghias masjid-masjid mereka dengan emas dan perak yang diharamkan oleh Islam.

Aku merasa sangat berat untuk masuk ke dalam. Namun kerana ingin menjaga perasaan temanku, akhirnya aku ikut tanpa ada pilihan.

Kami masuk dari pintu pertama. Aku perhatikan orang-orang tua mengusap dan mencium pintu-pintu masuk itu. Mataku terpandang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 27

Page 28: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

pada suatu papan besar yang bertulisan "Dilarang Masuk Wanita Yang Tidak Menutup Aurat". Di sana juga ada tulisan kata-kata Imam Ali "Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana wanita-wanitanya keluar dengan memakai pakaian yang tipis..."Kami tiba di makam. Ketika temanku membaca bacaan izin masuk, aku melihat-lihat pintu itu dan kagum dengan ukiran-ukiran emas ayat-ayat al-Qur'an.

Temanku masuk ke dalam dan aku juga ikut di belakangnya. Aku sangat berhati-hati kerana fikiranku masih teringat akan sejumlah buku-buku yang mengkafirkan syiah. Aku lihat bahagian dalam makam penuh dengan ukiran dan hiasan yang tidak pernah terbayangkan oleh fikiranku. Aku sangat terkejut dengan apa yang aku saksikan itu. Aku bayangkan diriku berada di suatu tempat yang asing dan tidak biasa sama sekali. Kadang-kadang aku melihat dengan jijik pada mereka yang mengelilingi sekitar kuburan itu sambil menangis dan mencium-cium tiang dan besi-besinya. Ada sebahagian yang lain berdiri solat dekat dengan kuburan itu. Aku teringat pada hadith Rasul yang bermaksud:"Allah melaknat kaum Yahudi dan Nasrani lantaran mereka menjadikan kuburan para wali mereka sebagai masjid."

Aku menjauhkan diri dari temanku yang seketika terus sahaja menangis. Kemudian dia solat. Aku mendekat pada suatu tulisan yang mengandungi doa ziarah yang tergantung di atas makam. Aku membacanya tetapi banyak yang tidak mengerti. Ianya mengandungi sejumlah mana yang asing bagiku. Kemudian aku berdiri di satu sudut yang agak jauh lalu membacakan al-Fatehah kepada orang yang ada dalam kuburan itu. Aku berdoa:"Ya Allah, sekiranya orang yang ada dalam kubur ini adalah dari golongan Muslimin maka kasihanilah dia. Dan Kau lebih mengetahui dariku."

Temanku mendekat dan membisikkan kepadaku: seandainya kau mempunyai apa-apa hajat maka mintalah kepada Allah di tempat ini. Kami menamakan tempat ini dengan Bab al-Hawaij (Pintu Hajat). Aku tidak memperdulikan kata-katanya, semoga Allah memaafkanku. Aku terus memandang orang-orang tua yang memakai serban hitam dan putih, sementara dahi-dahi mereka nampak hitam bekas tanda sujud. Mereka nampak lebih berwibawa dengan janggut mereka yang terjulur rapi dan memberikan semerbak wangi. Pandangan mereka sangat tajam dan menakutkan. Setiap kali mereka masuk ke tempat itu mereka menangis tersedu-sedu. Aku bertanya sendiri apakah mungkin airmata itu adalah airmata yang tidak jujur? Apakah mungkin mereka yang tua-tua itu salah?

Aku keluar dari sana dengan rasa penuh hairan dan bingung dari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 28

Page 29: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

apa yang aku saksikan tadi. Sementara temanku ini keluar sambil mengundurkan diri agar tidak membelakangi kuburan tersebut. Aku bertanya kepadanya: "Siapa tuan makam ini?" "Imam Musa al-Kazim,"jawabnya. "Siapa Imam Musa al-Kazim?" "Subhanallah, kalian sebagai saudara-saudara kami Ahlul Sunnah Wal-Jamaah meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit semata-mata." "Apa maksud anda mengatakan yang kami hanya memegang kulit dan meninggalkan isi?", tanyaku dengan geram. "Ya Akhi!" Dia cuba menenangkan aku."Sejak kau tiba di Iraq, anda sentiasa menyebut-nyebut nama Abdul Kadir al-Jailani. Siapa itu Abdul Kadir al-Jailani sehingga menyebabkan anda memberikan seluruh perhatian anda kepadanya?" "Beliau adalah dari anak-zuriat Nabi. Seandainya ada Nabi lain selepas Nabi Muhammad maka Abdul Kadir al-Jailanilah yang akan menjadi nabi." "Ya akhi Samawi. Apakah anda tahu tentang sejarah Islam?". "Ya,"jawabku tanpa ragu-ragu.

Padahal aku tidak tahu sama sekali sejarah Islam. Mengingatkan guru-guru kami dahulu melarang kami membaca sejarah. Mereka berkata bahawa itu adalah sejarah hitam dan gelap, tidak ada guna membacanya. Aku masih ingat contohnya seorang guru mengajar kami subjek Ilmu Balaghah. Waktu itu beliau mengajar kami Khutbah Syiqsyiqiyah dari kitab Nahjul Balaghah himpunan khutbah-khutbah Imam Ali. Aku dan sebilangan murid-murid yang lain merasa hairan ketika membacanya. Aku beranikan diri untuk bertanya apakah benar ianya kata-kata Imam Ali. Guruku menjawab:"Ya. Apakah ada orang lain yang mempunyai balaghah sedemikian tinggi selain darinya. Kalaulah ini bukan kata-kata Imam Ali Karamallah Wajhahu, maka ulama-ulama Muslimin seperti Syaikh Muhammad Abduh, Mufti Besar Mesir tidak akan mahu mensyarahkannya." Kemudian aku katakan: Imam Ali telah menuduh Abu Bakar dan Umar merampas haknya dalam kekhalifahan. Mendengar ini guruku melenting dan sangat marah sehingga mengecamku keluar jika mengulangi soalan yang serupa. Katanya: kami mengajar ilmu Balaghah, bukn ilmu sejarah. Kita jangan ambil peduli dengan sejarah yang telah dihitamkan lembarannya oleh berbagai fitnah dan pertumpahan-pertumpahan darah di antara sesama Muslimin. Sebagaimana Allah telah sucikan pedang kita dari darah-darah mereka, maka kita sucikan juga lidah-lidah kita dari mencari mereka."

Aku tidak puas hati dengan hujah guruku di atas. Aku masih menaruh rasa 'dendam' kepada guruku yang mengajar ilmu

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 29

Page 30: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

balaghah tanpa maknanya itu. Aku berkali-kali berusaha mengkaji sejarah Islam tetapi aku tidak mempunyai buku rujukan yang cukup. Aku tidak jumpai satu pun dari ulama kami yang memberikan perhatian kepadanya, yang seakan-akan mereka sepakat untuk menutup lembarannya. Anda tidak akan dapati yang mereka mempunyai buku sejarah yang sempurna.

Ketika temanku menanyakanku tentang pengetahuan ilmu sejarah aku ingin sekadar membantahnya dengan mengatakan: ya. Padahal dalam benakku aku berfikir tiada gunanya sama sekali, ia adalah sejarah hitam dan gelap; tiada lain kecuali fitnah, perang dan berbagai kotradiksi.

Temanku bertanya lagi kepadaku: "Tahukah anda bila Abdul Kadir al-Jailani dilahirkan dan di zaman apa?" "Kira-kira pada kurun keenam atau ketujuh." "Berapa lama jaraknya dengan zaman Rasulullah?" "Enam abad,"jawabku. "Jika satu abad ada dua generasi - paling sedikit - maknanya antara Abdul Kadir al-Jailani dengan Rasulullah dipisahkan oleh dua belas keturunan." "Ya,"jawabku. "Yang ini adalah Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin Husayn bin Fatimah az-Zahra, yang nasabnya sampai kepada datuknya Nabi SAWA hanya empat ayah sahaja. Atau lebih tepat beliau dilahirkan pada kurun kedua Hijrah. Mana yang lebih dekat kepada Rasulullah SAWA, Musa atau Abdul Kadir?" "Tentu yang ini," jawabku tanpa berfikir lagi."Tetapi kenapa kami tidak mengenalnya dan tidak pernah mendengar tentang dirinya?" "Inilah perkara yang mesti kita fikirkan. Itulah kenapa aku katakan tadi bahwa kalian - maaf - meninggalkan isi dan berpegang hanya pada kulit sahaja. Maafkan saya mengatakam demikian."

Kami berbincang sambil berjalan sehinggalah kami tiba di suatu perhimpunan ilmu di mana para pelajar dan sejumlah ustaza sedang asyik berdiskusi dan bertukar fikiran. Kami duduk di sana. Temanku nampak mencari-cari seseorang yang seakan ada janji dengannya. Seorang datang menghampirinya setelah mengucapkan salam. Aku fahami bahawa dia adalah teman pelajarnya dari satu universiti. Ditanyanya tentang seseorang yang dari jawapannya aku fahami bahawa dia adalah seorang doktor. Dia akan datang dalam masa tidak lama lagi. Kemudian temanku ini berkata kepadaku: Aku membawamu ke tempat ini kerana ingin mengenalkanmu dengan seorang doktor pakar ilmu sejarah beliau adalah pensyarah di Universiti Baghdad. Tesisnya dahulu adalah tentang sejarah Abdul Kadir al-Jailani. Insya Allah dia akan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 30

Page 31: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

memberimu manfa'at kerana aku sendiri bukan pakar dalam bidang ini.

Kami minum air sari buah yang sejuk. Tidak lama kemudian, Doktor pakar sejarah itu tiba. Sambil berdiri temanku mengucapkan salam kepadanya. Diperkenalkannya aku kepadanya dan dimintanya agar Doktor ini menceritakan kepadaku tentang sejarah Abdul Kadir al-Jailani secara ringkas. Lalu dia sendiri minta izin sebentar kerana beberapa perkara penting yang mesti dilakukannya. Doktor ini pun memesan lagi untukku segelas minuman sejuk lain. Lalu mula menanyakan namaku, negeriku dan kerjaku. Dia juga memintaku bercerita tentang kemasyhuran Abdul Kadir al-Jailani di Tunisia.

Banyak aku ceritakan kepadanya kisah-kisah berkenaan dengan Abdul Kadir al-Jailani ini, hingga aku katakan - sebahagian orang percaya bahawa Abdul Kadir al-Jailani telah memikul Nabi SAWA pada malam mikrajnya baginda ketika malaikat Jibril berundur dan takut terbakar. Kemudian Nabi SAWA berkata kepadanya: telapak kakiku di atas bahumu dan telapak kakimu di atas bahu para wali sehinggalah hari kiamat.

Mendengar ini Doktor itu tertawa. Entahlah apakah kerana riwayat ceritanya ataukah kerana ustaz Tunisia yang berada di hadapannya. Setelah diskusi ringkas tentang wali-wali dan orang-orang soleh beliau berkata bahawa beliau telah mengkaji sepanjang tujuh tahun tentang Abdul Kadir al-Jailani ini. Beliau telah berangkat ke Lahore Pakistan, Turki, Mesir, England, dan tempat-tempat lain yang menyimpan manuskrip tulisan tangan tentang Abdul Kadir al-Jailani. Semua manuskrip ini dibaca bahkan digambar. Kesemua manuskrip yang ada tidak membuktikan bahawa Abdul Kadir al-Jailani adalah dari keturunan Nabi SAWA. Paling hampir ada sebuah syair yang dinisbahkan kepada salah seorang dari cucunya, antara lain berbunyi:" Dan datukku Rasulullah." Sebahagian ulama mengertikannya bahawa ucapan itu adalah takwil dari sebuah hadith Nabi yang bermaksud:"Aku adalah datuk bagi setiap orang yang bertaqwa." Sejarah yang sohih juga membuktikan bahawa Abdul Kadir al-Jailani adalah berasal dari Parsi, bukan Arab. Beliau dilahirkan di suatu negeri di Iran yang bernama Jilan, dan kepada negeri itulah Syaikh Abdul Kadir dinisbahkan. kemudian beliau pergi ke Baghdad belajar dan mengajar pada masa di mana akhlak masyarakat saat itu sudah sangat runtuh.

Syaikh Abdul Kadir al-Jailani adalah seorang yang zahid (mempunyai sifat zuhud). Masyarakat sekitarnya sangat mencintainya. Selepas wafatnya maka mereka dirikan suatu

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 31

Page 32: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tarekat atas nama Syaikh Qadiriyyah seperti yang biasa dilakukan olen pengikut-pengikut orang-orang sufi. Kemudian beliau menambahkan lagi:"Sungguh, dari segi ini keadaan orang-orang Arab sangat mengecewakan."

Tiba-tiba rasa keWahabiyyahan timbul dalam diriku. Aku katakan kepadanya: "Kalau begitu anda ini berfikiran Wahabi hai Doktor. Mereka berkata seperti anda bahawa istilah wali sama sekali tidak ada (dalam Islam)." "Tidak. Aku tidak sepakat dengan pendapat Wahabiyyah. Yang sangat mengecewakan kaum Muslimin adalah sikap mereka sama ada i'frat (berlebih-lebihan) atau tafrit (jumud). Sama ada mereka percaya dengan semua khurafaat yang tidak bersandarkan pada hujah syarak atau akal atau mereka menolak sama sekali hatta kepada mukizat Nabi kita Muhammad SAWA dan hadith-hadithnya. Lantaran tidak sejalan dengan aqidah ini dan kecenderungan yang mereka percayai. Satu puak terbit dan yang lainnya tenggelam. Orang-orang sufi berkata bahawa Syaikh Abdul Kadir al-Jailani misalnya pada suatu masa boleh berada di Baghdad dan dalam masa yang sama juga boleh berada di Tunisia. Atau beliau mengubati seorang yang sakit di Tunisia dan dalam masa yang sama juga menyelamatkan seorang yang tenggelam di dalam sungai Dajlah di Iraq. Ini adalah sikap berlebih-lebihan. Sementara Wahabi sebagai reaksi kepada sufi menolak semua ini bahkan mengatakan syirik kepada mereka yang bertawasul kepada Nabi SAWA. Ini adalah sikap yang jumud, ya akhi. Kita sepatutnya seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitabNya yang bermaksud:"Demikianlah Kami jadikan kamu sebagai ummat yang pertengahan agar kelak menjadi saksi kepada ummat manusia "[Al-Baqarah: 143]

Kata-katanya itu sangat mengkagumkanku dan secara prinsip aku berterima kasih kepadanya. aku juga menampakkan kepadanya rasa kepuasanku atas apa yang dicakapkannya. Kemudian beliau membuka begnya dan mengeluarkan sebuah buku tentang Abdul Kadir al-Jailani, lalu dihadiahkannya kepadaku. Dijemputnya aku datang ke rumahnya tetapi aku meminta maaf lantaran beberapa hal. Kami terus berbual tentang Tunisia dan Afrika Utara hinggalah temanku itu datang. Pada waktu malam kami pulang ke rumah setelah satu hari penuh kami berziarah dan berdiskusi. Aku rasakan badan sangat letih sehingga aku menyerah diri untuk tidur.

Pada waktu subuh aku bangun dan solat. Kemudian aku duduk membaca kitab yang mengkaji tentang kehidupan Abdul Kadir al-Jailani sehinggalah aku dapat selesaikan setengahnya sebelum

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 32

Page 33: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kedatangan temanku. Dia berulang kali memanggilku untuk bersarapan pagi, tetapi aku menolaknya sehinggalah aku selesaikan terlebih dahulu buku yang aku baca itu. Buku tersebut sangat memukauku dan berhasil memasukkan rasa keraguan dalam diriku. Namun ianya sirna sebelum aku meninggalkan Iraq.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 33

Page 34: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ragu-ragu

Aku telah berada di rumah temanku selama tiga hari. Dalam masa itu aku juga sering merenungkan kata-kata yang aku dengar dari mulut mereka. Bagiku mereka adalah orang-orang asing yang aku temui yang seakan selama ini mereka hidup di permukaan bulan. Kenapa tiada seorang pun yang memberitahu kami tentang mereka melainkan perkara-perkara buruk dan dusta sahaja. Kenapa aku mesti membenci dan mendengki mereka tanpa terlebih dahulu mengenal mereka. Mungkin ini adalah hasil dari fitnah-fitnah yang kami dengar tentang mereka, kononnya mereka menyembah Ali, menempatkan imam-imam mereka setaraf dengan Tuhan, mempercayai hulul (inkarnasi), menyembah batu selain dari Allah, dan mereka - seperti yang diceritakan oleh ayahku sepulangnya dari haji - mendatangi kuburan Nabi untuk melemparnya dengan berbagai kotoran dan najis lalu mereka ditangkap oleh kerajaan Saudi dan dihukum mati. Dan berbagai lagi tuduhan yang tidak dapat dimuatkan di sini.

Tidak hairanlah kalau kaum Muslimin mendengar ini lalu bersikap dengki kepada mereka bahkan membenci mereka dan mungkin juga memerangi mereka?!

Tetapi bagaimana mungkin aku dapat percaya pada fitnah-fitnah seperti itu sementara mata dan telingaku sendiri menyaksikan lain dari itu semua. Kini aku telah berada di sekitar mereka lebih dari seminggu, namun tidak aku lihat atau aku dengar dari mereka kecuali kata-kata yang logik yang menembus akal fikiran tanpa hambatan sedikitpun. Bahkan cara mereka beribadah, solat, berdoa, akhak, dan sikap hormat mereka kepada para ulama mereka sangat mengkagumkanku hatta aku sendiri berangan-angan untuk menjadi seperti mereka.

Aku masih bertanya-tanya benarkah mereka membenci Rasulullah SAWA? Setiap kali aku sebut tentang Muhammad untuk menguji mereka, serta merta mereka akan mengangkat suara menyebut salawat kepada Muhammad dan keluarganya.

Mula-mula aku fikir bahawa mereka mungkin berpura-pura tetapi dugaanku meleset setelah aku buka lembaran-lembaran buku mereka yang aku baca sedikit. Di dalamnya aku dapati sikap hormat dan memuliakan Nabi lebih dari apa yang tertulis di dalam kitab-kitab kami sendiri. Mereka mengatakan bahawa Nabi itu maksum dalam segala hal, sama ada sebelum baginda diutus sebagai Nabi atau selepas diutus. Sementara kita Ahlul Sunnah Wal-Jamaah mengatakan bahawa Nabi maksum hanya di dalam menyampaikan al-Qur'an sahaja. Selebihnya baginda adalah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 34

Page 35: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

manusia biasa yang juga bersalah. Seringkali kita juga berdalih atas kesalahannya dengan membenarkan tindakan atau pendapat sebahagian sahabat. Kita banyak mempunyai contoh-contoh dalam hal ini. Namun orang syiah menolak mengatakan bahawa Rasulullah SAWA melakukan kesalahan sementara sahabat benar semata-mata. Nah, bagaimana mungkin aku akan mempercayai bahawa orang-orang syiah membenci Nabi SAWA?

Suatu hari aku bercakap kepada temanku dan memintanya bersumpah agar menjawab soalan-soalanku dengan tegas. Antara lain: "Kalian (orang syiah) meletakkan Ali RA pada kedudukan para nabi, setiap kali aku dengar kalian menyebut nama Ali, maka kalian akan mengiringkannya dengan sebutan alaihis-salam."

"Ya, memang benar kami mengucapkan alahis-salam setiap kali kami menyebut nama Ali atau para Imam dari keturunannya. Itu tidak bererti bahawa mereka adalah para nabi. Mereka adalah zuriat Nabi Muhammad SAWA dan keluarganya di mana Allah perintahkan kita untuk mengucapkan salawat kepadanya. Dengan demikian maka boleh juga kita ucapkan kepada mereka alahi-mussolatu wa-salam."

"Tidak, ya akhi. Kami hanya mengkhususkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan para nabi sebelumnya sahaja. Ali dan anak-anaknya RA tidak termasuk dalam kategori ini."

"Aku harap anda perlu membaca lebih banyak lagi agar dapat mengetahui hakikat yang sebenarnya."

"Kitab apa yang mesti aku baca, ya akhi. Bukankah anda yang mengatakan bahawa kitab-kitab karya Ahmad Amin tidak hujah kepada syiah. Demikian juga kitab-kitab syiah tidak hujah kepada kami dan tidak dapat dipegang. Bukahkah kitab-kitab Nasrani yang dipegang mengatakan bahawa Isa AS pernah mengatakan dirinya,"Sesungguhnya aku adalah anak Allah...."Sementara al-Qur'an - kitab yang paling benar - menuliskan kata-kata Isa bin Maryam..." Aku tidak katakan kepada mereka kecuali apa yang Kau perintahkan aku bahawa sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhan kalian."

"Baik. Sungguh baik. Apa yang aku inginkan hanya ini, yakni penggunaan akal dan logik serta berhujah dengan al-Qur'an al-Karim dan Sunnah yang sahih selagi kita sebagai orang-orang Muslimin. Seandainya percakapan kita dengan orang-orang Yahudi atau Nasrai, maka hujah kita akan lain lagi bentuknya."

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 35

Page 36: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

"Lalu di kitab manakah aku akan dapatkan kebenaran. Setiap pengarang, setiap puak dan setiap madzhab mengaku dirinya di atas jalan yang benar."

"Aku akan berikan kepadamu suatu dalil yang nyata di mana semua kaum Muslimin dalam berbagai madzhab dan puak tidak akan berselisih tentangnya. Sayangnya anda juga tidak mengetahuinya. Dan katakanlah, Tuhanku tambahkan kepadaku ilmu pengetahuan."

Apakah anda pernah membaca tafsir ayat berikut: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kalian ke atasnya dan ucapkanlah salam (Al-Ahzab: 56). Para ahli tafsir, sunnah dan syiah meriwayatkan bahawa sahabat datang kepada Nabi SAWA dan bertanya: ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara mengucapkan salam kepadamu tetapi kami tidak tahu bagaimana cara mengucapkan salawat kepadamu. Kemudian baginda menjawab - katakanlah, ya Allah, kirimlah salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad (Allahumma Solli 'ala Muhammad wa-ali Muhammad) sebagaimana kau kirimkan salawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim di alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Dan jangan kalian ucapkan salawat kepadaku dengan salawat yang terputus. Sahabat bertanya, ya Rasulullah apa itu salawat yang terputus. Baginda menjawab: kalian mengucapkan salawat kepada Muhammad namun setelah itu kalian diam. Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan tidak menerima melainkan yang sempurna juga."

Itulah kenapa para sahabat dan generasi berikutnya tahu bagaimana cara mengucapkan salawat kepada Rasulullah SAWA secara sempurna. Hinggakan Imam Syafie pernah berkata di dalam sebuah syairnya: "Wahai keluarga Rasulullah mencintai kalian adalah fardhu dari Allah di dalam al-Qur'an yang diturunkanNya sudah cukup suatu keagungan bagi kalian siapa yang tidak bersalawat kepada kalian maka tiada akan sah solatnya."

Kata-kata ini benar-benar mengetuk telingaku dan menembus jauh ke dalaman hatiku. Aku dapati suatu reaksi yang positif berlaku dalam jiwaku. Secara jujur harus aku akui bahawa aku pernah membaca tulisan serupa itu dalam sebuah buku. Tetapi aku tidak ingat nama kitab itu secara pasti. Aku katakan kepadanya bahawa ketika kami mengucapkan salawat kepada Nabi kami juga

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 36

Page 37: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mengucapkan salawat kepada keluarganya dan seluruh sahabatnya. Kami tidak mengkhaskan salam kepada Ali seperti yang dilakukan oleh orang-orang syiah.

"Apa pendapatmu tentang Bukhari? Apakah beliau orang syiah?", tanyanya kepadaku. "Beliau adalah seorang Imam yang agung dari kalangan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah, Kitabnya adalah kitab yang paling sahih selepas kitab Allah."

Kemudian beliau berdiri dan mengambil kitab al-Bukhari dari perpustakaannya. Di carinya halaman yang diinginkannya lalu diberikanya kepadaku untuk dibaca. Isinya:"Diriwayatkan oleh Fulan bin Fulan dari Ali alahis-salam. Melihat ini mataku tidak percaya sama sekali. Aku terkejut bahkan ragu-ragu apakah benar kitab ini adalah kitab Sahih Bukhari. Berkali-kali aku lihat halaman dan nama buku ini apakah benar ianya adalah Sahih Bukhari. Ketika temanku ini merasakan keraguan-keraguanku, maka ia ambil kitab tersebut dari tanganku dan dibukanya lagi halaman lain. Isinya: diriwayatkan oleh Ali bin Husayn alaihimas-salam. Waktu itu juga jawapanku kepadanya hanyalah mengucapkan kalimah Subhanallah. Kemudian beliau meninggalkanku dan keluar.

Aku terus berfikir dan mengulangi membaca halaman-halaman yang ditunjukkannya padaku. Aku teliti cetakan mana yang mengeluarkan kitab ini. Aku dapati ia dicetak oleh Syarikat "al-Halabi dan Anak-anak" di Mesir.

Ya Ilahi! Kenapa aku mesti membantah dan bersikap sombong. Dia telah memberikanku suatu hujah yang nyata dari kitab yang paling sahih di sisi kami. Bukhari pasti bukan seorang syiah. Beliau adalah di antara imam-imam Ahli Sunnah dan ahli hadith mereka yang agung. Apakah aku mesti menyerah pada kebenaran ini, yakni mengatakan alaihis-salam ketika menyebut nama Ali. Tetapi aku takut akan hakikat ini, mengingatkan mungkin ada hakikat lain yang menyusul yang tidak ingin aku akui. Aku telah kalah hujah di hadapan temanku ini sebanyak dua kali. Aku telah mengendurkan kepercayaanku tentang kesucian Abdul Kadir al-Jailani dan aku menerima bahawa Musa al-Kazim adalah lebih utama darinya. Aku juga menerima kenyataan bahawa Ali patut menerima kelayakan alaihis-salam. Tetapi aku tidak mahu menerima kekalahan yang lain. Aku yang sebelum ini dikenal di Mesir sebagai seorang alim, bahkan ulama-ulama al-Azhar memuji kehebatanku, tiba-tiba hari ini aku dapati diriku kalah dan tidak berdaya. Dari siapa? Dari mereka yang sebelum ini dan sampai sekarang masih aku percayai sebagai puak yang salah. Aku tidak terbiasa mengetahui bahawa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 37

Page 38: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kalimat syiah adalah identik dengan cacian.

Sungguh ini adalah sikap sombong dan ego, rasa taasub dan membantah. Ya Allah, bimbinglah aku. Bantulah aku di dalam menerima kebenaran walau itu pahit. Ya Allah, bukalah pandangan mata dan hatiku. Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus. Jadikanlah aku di antara orang-orang yang mendengar perkataan lalu mengikuti yang terbaik. Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami kebenaran, lalu kurniakan kepada kami untuk mengikutinya. Perlihatkanlah juga kepada kami kebatilan, lalu kurniakan kami untuk menghindarinya.

Sambil membaca-baca doa ini kami kembali pulang ke rumah. Sambil tersenyum beliau berkata: semoga Allah membimbing kami dan anda serta semua kaum Muslimin. Allah telah berfirman di dalam KitabNya:"Dan sesiapa yang berjuang di jalan Kami, maka Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang baik(Al-Ankabut:69).

Kalimah berjuang di dalam ayat ini bermaksud mengkaji ilmu yang mungkin akan menbawa kepada suatu kebenaran. Dan Allah SWT akan membimbing kepada kebenaran bagi mereka yang mencari kebenaran itu sendiri.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 38

Page 39: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Berangkat Ke Najaf

Malam itu temanku memberitahuku bahawa besok Insya Allah kami akan pergi ke Najaf. "Apa itu Najaf?,"tanyaku."Satu kota ilmu, tempat maqam Imam Ali,"jawabnya. Aku merasa sangat hairan bagaimana Imam Ali mempunyai kuburan yang dikenal. Bukankah syaikh-syaikh kami mengatakan bahawa Sayyidina Ali tidak diketahui dengan pasti di mana kuburannya?

Kami berangkat dengan kenderaan umum sehinggalah sampai di Kufah. Di sana kami melawat Jami' al-Kufah, salah satu di antara peninggalan Islam yang terkenal. Temanku menunjukkan kepadaku berbaga tempat bersejarah seperti Jami' Muslim bin Aqil dan Hani' bin Urwah. Diceritakannya kepadaku secara ringkas bagaimana mereka berdua syahid. Ditunjukkannya juga kepadaku Mihrab tempat syahidnya Imam Ali, dan rumah tempat kediaman beliau bersama dua putranya Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husayn. Di rumah itu masih ada telaga tempat mereka mengambil air minum dan berwudhuk. Untuk seketika aku rasakan keasyikan jiwa menyaksikan betapa zuhudnya kehidupan Imam dan betapa sederhananya beliau, seorang Amirul Mukminin dan Khalifah yang keempat.

Aku juga tidak dapat melupakan sikap rendah diri dan hormat yang aku saksikan dari penduduk Kufah. Setiap kali kami berlalu pada suatu kumpulan, mereka akan berdiri sambil mengucapkan salam kepada kami. Salah seorang dari mereka - ketua sebuah kolej di Kufah - menjemput juga dengan anak-anaknya dan sempat bermalam. Aku rasakan yang seakan aku berada di tengah keluargaku. Setiap kali mereka akan menyebutnya dengan kata-kata "Saudara-saudara kita dari Mazhab Ahlul Sunnah". Aku sangat senang dengan ucapan-ucapan mereka. Dan aku tanyakan kepada mereka beberapa soalan untuk menguji sejauh mana kejujuran kata-kata mereka.

Kemudian kami menuji Najaf, sejauh sepuluh kilometer dari Kufah. Setibanya di sana gambaran tentang masjid al-Kazimiah terukir kembali dalam fikiranku. Menara-menara keemasan nampak mengelilingi kubah yang diperbuat dari emas tulen. Kami masuk ke Haraam Imam setelah membaca izin masuk seperti kebiasaan para penziarah syiah. Di sini aku saksikan sesuatu yang lebih hebat dari yang pernah aku lihat di Jami' Musa al-Kazim. Seperti biasa aku membaca Surah al-Fatihah tanpa menaruh keyakinan bahawa orang yang berada di kubur ini adalah Imam Ali. Aku seakan lebih percaya tentang kesederhanaan rumah yang dihuni oleh Imam Ali di Kufah. Aku berkata kepada diriku, jah sekali Imam Ali akan rela dengan kemegahan emas dan perak seperti ini sementara orang-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 39

Page 40: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

orang Islam mati kelaparan di bahagian lain di dunia. Khususnya setelah aku saksikan beberapa orang miskin yang meminta-minta sedekah di jalan-jalan sekitar kawasan itu. Jiwaku memprotes: wahai orang-orang syiah, kalian keliru. Paling tidak akuilah kesalahan ini. Imam Ali adalah orang yang diutus oleh Rasul untuk menyamaratakan kuburan, lalu apa ertinya kuburan yang dihiasi dengan emas dan perak ini. Walaupun ini tidak merupakan syirik kepada Allah, paling tidak ia adalah suatu kesalahan yang besar yang tidak akan diampuni oleh Islam.

Temanku bertanya kepadaku sambil menghulurkan sepotong tanah kering apakah aku mahu solat? Aku menjawabnya dengan tegas - kami tidak solat di sekitar kuburan !? " Kalau begitu tunggu aku sebentar untuk solat dua rakaat sunat."

Sambil menunggu aku membaca beberapa tulisan yang tergantung di atas maqam. Dari celah-celah besi perak yang berukir aku lihat berbagai wang yang terhimpun. Dirham, riyal, dinar, dan lerah. Semuanya itu diberikan oleh para penziarah sebaga tabaruk (mengambil barakah) di dalam kerja-kerja amal yang berkaitan dengan maqam ini. Kerana banyaknya, aku sangka ia telah terkumpul dalam masa berbulan-bulan. Tetapi temanku berkata bahawa para petugas yang bertanggungjawab mengutipnya setiap malam selepas solat Isyak.

Aku keluar dan sana sambil menyimpan rasa geram. Aku bayangkan tentu lebih baik kalau mereka memberikan sedikit atau membahagi-bahagikannya kepada para fakir miskin yang begitu banyak di sana. Di sekitar maqam aku perhatikan berbagai kumpulan orang solat dan sebahagian yang lain mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah di atas mimbar. Aku dengar sebahagian mereka ada yang menangis tersedu-sedu dan sebahagian yang lain ada yang memukul-mukul dada. Aku ingin sekali menanyakan kepada temanku apakah sebabnya mereka menangis begitu sekali dan memukul-mukul dada. Tiba-tiba satu jenazah diusung berdekatan kami, dan aku saksikan juga sebahagian mereka mengangkat kerandanya di tengah-tengah ruangan lalu menurunkannya di sana. Aku fikir tangisan mereka mungkin kerana si mati yang meninggal itu.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 40

Page 41: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Perjumpaan Dengan Ulama

Temanku mengajakku pergi ke suatu masjid yang berada di sisi jamik. Di dalamnya terbentang permaidani yang indah dan mihrabnya juga terukir ayat-ayat al-Qur'an yang sangat menarik. Tiba-tiba mataku terpandang pada sekumpulan anak-anak remaja yang berserban yang sedang duduk berhampiran mihrab. Mereka sedang belajar bersama-sama sambil memegang kitab masing-masing. Aku sangat terpesona dengan pemandangan yang indah ini kerana begitu muda, yang berumur sekitar tiga belas tahun hingga enam belas tahun. Yang lebih menambahkan kecantikan adalah pakaian yang mereka pakai itu. Betul-betul mereka seperti bulan purnama yang bersinar.

Temanku bertanya kepada mereka tentang "Sayyid". Lalu diberitahu bahawa beliau sedang solat berjamaah. Aku tidak tahu siapa "Sayyid" yang dimaksudkan. Cuma aku fikir bahawa beliau pastilah seorang ulama. Kemudian aku diberitahu bahwa beliau adalah Sayyid al-Khui, pemimpin Hauzah Ilmiyyah bagi Madzhab Syiah. Perlu diketahui bahawa gelaran "Sayyid" di dalam Madzhab Syiah adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang berketurunan Nabi SAWA. Seorang Sayyid yang alim atau yang belajar ilmu-ilmu Islam akan memakai serban hitam. Sementara ulama-ulama yang lain akan memakai serban putih dan dipanggil dengan gelaran "Syaikh". Orang-orang Sayyid yang tidak alim, biasanya memakai serban berwarna hijau.

Temanku meminta mereka menemaniku sejenak, sementara dia sendiri akan pergi berjumpa Sayyid. Mereka menyambutku dengan penuh hangat sambil duduk mengelilingiku. Aku perhatikan wajah-wajah mereka dan aku rasakan kebersihan hati mereka. Aku teringat pada sebuah hadith Nabi SAWA yang bermaksud:"Manusia dilahirkan dalam keadaan suci. Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi." Lalu aku katakan juga pada diriku: menjadikan mereka syiah.

Mereka bertanya dari mana aku berasal. Dari Tunisia, ku jawab. "Apakah di sana ada Hauzah Ilmiah?" Tanya mereka lagi. "Hanya ada universiti dan sekolah-sekolah biasa." jawabku. Berbagai soalan dilemparkan kepadaku, yang kesemuanya menyulitkanku untuk menjawab. Apa yang harus ku katakan kepada anak-anak tak berdosa seperti ini yang mengira bahawa dunia Islam semuanya memiliki Hauzah Ilmiah yang mengajar Fiqh, Usu-fiqh, Usuluddin, Syariah dan Tafsir. Mereka tidak tahu bahawa dunia Islam dan negara-negara kita sekarang ini telah maju sangat pesat. Kita telah gantikan madrasah-madrasah yang mengajar Al-Quran dengan taman kanak-kanak yang dipimpin oleh paderi-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 41

Page 42: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

paderi Kristian. Apakah harus ku katakan bahawa mereka masih ketinggalan berbanding dengan kita ?

Seorang di antara mereka bertanya : "Mazhab apa yang diikuti di Tunisia?". "Mazhab Maliki", jawabku. Ku perhatikan sebahagian mereka ada yang ketawa, tetapi aku tidak peduli. "Apakah anda pernah tahu tentang mazhab Ja'fari?" tanyanya lagi. "Nama baru apa ini? Tidak, kami tidak tahu selain dari empat mazhab ini. Selain dari mereka bukan tergolong dari kalangan Islam."

Sambil tersenyum, dia berkata lagi. "Maaf, sebenarnya mazhab Ja'farilah yang benar-benar Islam. Bukankah Imam Abu Hanifah berguru kepada Imam Ja'far as-Shodiq? Itulah kenapa Abu Hanifah berkata : "Kalau bukan kerana dua tahun, maka Nu'man telah celaka." Aku hanya diam saja. Nama itu baru bagiku, nama yang tidak pernah ku dengar sebelum ini. Namun aku memuji Allah bahawa Imam mereka Ja'far as-Shodiq tidak pernah menjadi guru kepada Imam Malik. "Kami ikut mazhab Maliki bukan Hanafi." Aku cuba menjawab. "Imam empat mazhab belajar satu sama lain", sambungnya. "Ahmad bin Hanbal belajar dari Syafie; Syafie belajar dari Malik dan Malik belajar dari Abu Hanifah sementara Abu Hanifah belajar sendiri dari Ja'far as- Shodiq. Dengan demikian maka kesemua mereka adalah anak murid kepada Ja'far as-Shodiq. Beliau juga adalah orang pertama yang membuka "universiti" Islam di masjid datuknya Rasulullah s.a.w. Lebih dari empat ribu ahli hadis dan ahli fikih berguru dengannya."

Aku sangat terkejut dengan anak muda yang bijak ini, yang hafal dengan apa yang dikatakannya seperti hafalnya anak-anak kami suatu surah Al-Quran. Lebih terkejut lagi ketika dia menyebutkan kepadaku sebahagian buku-buku rujukan sejarah beserta bilangan jilid dan babnya sekali. Dia begitu lancar berbicara yang seakan seorang guru sedang mengajar muridnya. Aku merasa lemah di hadapannya. Aku harap-harap kalaulah aku keluar bersama temanku dan tidak duduk dengan anak-anak seperti ini. Setiap kali mereka tanyakan kepadaku tentang fikih atau sejarah, aku tak mampu menjawabnya. Ditanyanya, kepada siapa aku bertaklid? "Imam Malik", jawabku. "Bagaimana anda mentaklid seorang yang telah mati, di mana jaraknya antara anda dan beliau sekitar empat belas abad. Jika anda sekarang ingin bertanya kepadanya tentang masalah-masalah zaman ini, apakah dia akan menjawab anda?" Ku fikir sejenak pertanyaaan ini lalu ku jawab :"Ja'farmu juga telah mati empat belas abad yang lalu. Lalu kepada siapa anda mentaklid?" "Kami mentaklid Sayyid al-Khui. Beliau adalah Imam kami." Jawabnya yang kemudian diikuti oleh teman-temannya yang lain.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 42

Page 43: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Aku tidak tahu apakah Khui lebih alim ataukan Ja'far as-Shodiq. Aku coba untuk mengubah topik permasalahan dengan bertanya hal-hal lain. Aku bertanya bilangan penduduk di Najaf, berapa jauh jarak antara Najaf dan baghdad, apakah mereka tahu negara-negara selain Iraq. Setiap kali mereka menjawab, ku ajukan soalan-soalan lain sehingga mereka tidak sempat bertanya apa-apa dariku. Mengingat aku tidak mampu menjawab dan kurasakan jahil. Tetapi jauh sekali untuk mengakui itu walaupun jauh di dalam kalbuku mengakuinya. Segala sanjungan, kemuliaan dan penghormatan yang ku dapati di Mesir, dalam waktu sekejap luluh di sini, khususnya setelah berjumpa dengan anak-anak seperti ini. Di situ aku memahami maksud sebuah syair yang berkata : Katakan kepada mereka yang mengaku berfilsafat di dalam ilmu Hanya sedikit yang kau tahu Sementara banyak yang kau tidak tahu.

Aku membayangkan bahawa akal anak-anak muda ini lebih tinggi dari akal syaikh-syaikh yang kujumpai di al-Azhar; dan bahkan lebih tinggi dari akal ulama-ulama yang ku kenal di Tunisia.

Sayyid Khui masuk disertai serombongan ulama yang menunjukkan keagungan dan kewibawaan. Anak-anak ini berdiri, dan aku juga ikut berdiri. Mereka menghadap Sayyid dan mencium tangannya sementara aku tidak bergerak dari tempatku. Sayyid tidak duduk sehinggalah semua yang hadir duduk terlebih dahulu. Beliau memulakan kata-katanya : Massakum Bil Khoir, selamat petang kepada sekelian yang hadir. Kemudia dijawab dengan kata-kata yang sama oleh mereka. Beliau juga mengucapkan kata-kata itu kepadaku dan ku jawab dengan jawapan yang sama.

Kulihat temanku berbisik sesuatu kepada Sayyid, lalu kemudian mengisyaratkanku agar mendekat dan duduk di sisi kanan Sayyid. Setelah mengucapkan salam, temanku berkata kepadaku: "Ceritakan kepada Sayyid apa yang kalian dengar tentang syiah di Tunisia ?" Kukatakan kepadanya. "Ya akhi, buanglah jauh-jauh segala cerita yang kami dengar tentang Syiah di sana sini. Yang penting adalah aku ingin tahu dengan mata kepalaku sendiri apa yang dikatakan oleh Syiah. Aku ada beberapa pertanyaan yang kuinginkan jawapannya secara terus terang." Temanku ini mengisyaratkanku agar aku mengatakan secara terus terang kepada Sayyid tentang bagaimana pandangan kami terhadap Syiah. Kukatakan bahawa Syiah menurut pandangan kami lebih berbahaya kepada Islam dibandingkan dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini kerana mereka menyembah Allah dan beriman kepada Rislaah Nabi Musa a.s. sementara Syiah - yang kami

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 43

Page 44: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dengar - menyembah Ali dan mengkultuskannya. Ada juga di antara mereka yang menyembah Allah, tetapi menempatkan Ali sejajar dengan Rasulullah s.a.w. Ku bawakan cerita yang mengatakan konon Syiah percaya bahawa Jibril telah berkhianat di dalam menyampaikan amanah Allah; di mana sepatutnya amanah tersebut diberikan kepada Ali tetapi Jibril memberikannya kepada Muhammad.

Sayyid menunduk sejenak, lalu kemudian memandangku dan berkata : "Kami menyaksikan tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad s.a.w. adalah Rasul Allah dan Ali hanyalah seorang hamba Allah." Kemudian beliau menoleh ke arah para hadirin dan berkata :"Lihatlah kepada mereka yang tak berdosa ini, betapa tuduhan-tuduhan yang dusta mengorbankan mereka. Ini tidak begitu aneh. Kerana saya sendiri pernah mendengar tuduhan-tuduhan yang lebih berat dari itu dari orang-orang lain. Fala Haula Wala Quwwata Illah Billah a-A'li al-A'zim. Kemudia beliau menoleh ke arahku sambil bertanya :

- "Apakah anda membaca AlQuran ?" - "Aku bahkan telah hafal setengahnya ketika dalam umur kurang dari sepuluh tahun." Jawabku. - "Tahukan anda bahawa semua kelompok Islam yang beraneka ragam ini sepakat tentang Al Quran al-Karim. Al Quran yang ada di sisi kami adalah sama dengan Al Quran yang ada di sisi kalian." - "Ya, aku tahu." Jawabku. - "Nah, bukankah anda telah membaca firman Allah yang bermaksud :"Muhammad hanyalah seorang Rasul di mana sebelumnya (telah datang) para rasul (yang lain)." (S: Ali Imran: 144) Dan juga firmanNya yang bermaksud: "Muhammad adalah Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya sangat keras terhadap orang-orang kafir." (S: al-Fath: 29). Juga firmanNya: "Muhammad bukanlah ayah salah seorang di antara laki-laki kalian, namun beliau adalah Rasulullah dan penutup segala Nabi." (S: al-Ahzab: 40) - "Ya, aku tahu ayat-ayat tersebut." Jawabku. - "Lalu di mana Ali? Jika Al Quran berkata bahawa Muhammad adalah Rasulullah, maka dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini ?".

Aku diam saja tanpa mempunyai sebarang jawapan. Lalu beliau menyambung lagi : - "Tentang pengkhianatan Jibril, oh....(tuduhan) ini lebih buruk dari yang pertama tadi. Ini kerana Jibril ketika diutus oleh Allah kepada Muhammad waktu itu umur Muhammad empat puluh tahun manakala Ali seorang anak kecil yang berumur sekitar enam atau tujuh tahun. Bagaimana mungkin Jibril melakukan kesalahan dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 44

Page 45: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tidak dapat membezakan antara Muhammad yang dewasa dan Ali anak yang kecil."

Kemudian aku terdiam lama merenungkan kata-katanya dan menikmati logikanya yang benar-benar masuk dalam fikiranku serta menghilangkan keraguan-keraguanku. Aku tertanya-tanya di dalam benakku kenapa kita tidak pernah menganalisanya dengan cara mantik seperti itu. Kemudian Sayyid al-Khui ini menyambung kata-katanya: "Saya tambahkan kepadamu bahawa Syiah adalah satu-satunya di antara Madzhab Islam yang mempercayai tentang maksumnya para Nabi dan Imam. Jika para Imam kami maksum dari segala kesalahan, manakala mereka adalah manusia seperti kita, maka bagaimana malaikat Jibril, malaikat muqarrab yang digelar oleh Allah sebagai Ruhul Amin."

"Lalu dari mana datangnya tuduhan-tuduhan seumpama ini?", tanyaku kemudian.

"Dari musuh-musuh Islam yang ingin memecahbelahkan kaum Muslimin dan memporakperandakan mereka. Kaum Muslimin adalah bersaudara, sama ada Syiah atau Sunnah. Mereka menyembah Allah yang Maha Esa dan mensyirikkanNya. Al-Qur'an mereka satu. Nabi mereka satu dan kiblat mereka juga satu. Syiah dan Sunnah tidak berselisih apa-apa melainkan di dalam sebahagian perkara fiqh sahaja sebagaimana yang berlaku di antara mazhab Sunnah sendiri. Malik menyalahi Abu Hanifah, dan Abu Hanifah menyalahi Syafie dan seterusnya..."

"Jadi, segala apa yang dituduhkan kepada kalian adalah dusta belaka."

"Alhamdulillah, anda adalah seorang yang berakal dan memahami segala sesuatu. Anda telah melawat negara Syiah dan hidup di sekitar mereka. Apakah anda pernah melihat atau mendengar ucapan-ucapan dusta seumpama itu?"

"Tidak, sama sekali. Yang aku lihat hanya kebaikan sahaja. Al-Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkanku dengan ustaz Mun'im ini di kapal tempoh hari. Dialah sebab kedatanganku ke Iraq ini dan banyak tahu tentang berbagai hal yang selama ini aku jahil."

Temanku Mun'im juga tertawa sambil berkata:"Itu juga berkat kuburan Imam Ali ini." Kemudian aku pegang tangannya dan berkata:"Di sini aku telah banyak belajar hatta dari anak-anak muda itu. Aku bercita-cita jika ada masa aku akan belajar di

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 45

Page 46: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Hauzah ini seperti mereka."

"Ahlan Wa-Sahlan," jawab Sayyid serta merta."Jika anda ingin belajar dan menuntut ilmu, maka Hauzah akan menanggungmu dan kami akan berkhidmat kepadamu."

Para hadirin menyambut baik gagasan ini, terutama sekali Mun'im yang nampak lebih berseri. Kemudian aku berkata lagi:"Saya telah berkeluarga dan mempunyai dua anak."

"Kami akan menanggung semua keperluan anda dari tempat tinggal, biaya hidup dan segala yang anda perlukan. Yang penting anda menuntut ilmu sahaja,"jawab Sayyid.

Aku berfikir sejenak. Lalu aku fikirkan kepada diriku rasanya tidak mungkin aku duduk belajar lagi setelah lima tahun aku mengajar dan mendidik generasi muda. Dan tidak mudah untuk mengambil keputusan dalam waktu yang begitu singkat. Akhirnya aku mengucapkan terima kasih kepada Sayyid al-Khui atas tawarannya itu. Aku katakan bahawa aku akan memikirkan hal ini sepulangnya aku dari umrah kelak, Insya Allah. Tetapi aku perlu dengan sebahagian buku. Kemudian Sayyid berkata:berikan kepadanya beberapa buah buku. Lalu beberapa ulama yang ada di sekitarnya berdiri dan membuka beberapa buah almari yang ada. Tidak lama kemudian mereka memberikan aku buku sebanyak tujuh puluh jilid lebih dan beberapa set buku lain. Sayyid berkata bahawa ini adalah hadiah darinya untukku. Melihat ini aku rasakan tidak mungkin dapat membawanya, apalagi kini akan pergi ke Saudi yang biasanya melarang segala jenis kitab dibawa masuk ke dalam negeri mereka, kerana khuatir pada berbagai aqidah yang berlainan dengan madzhab mereka. Tetapi aku juga tidak mahu kehilangan buku-buku seumpama ini yang tidak pernah aku lihat sepanjang hidupku. Aku katakan kepada temanku dan kepada yang hadir bahawa perjalananku sangat jauh, melalui Damsyik, Jordan, kemudian baru ke Saudi. Dan ketika pulang pula lebih jauh lagi. Mengingatkan bahawa aku akan melalui Mesir, Libya sehingga Tunisia. Selain dari beratnya buku-buku tersebut - kebanyakan negara juga melarang membawa masuk buku.

Kemudian, Sayyid berkata, biarlah aku tinggalkan alamatku dan beliau kelak akan mengirimnya ke sana. Aku berikan kepadanya kad alamatku di Tunisia dan aku ucapkan rasa terima kasih kepadanya yang begitu murah hati. Ketika kau berdiri untuk pulang, beliau juga berdiri sambil berkata:"Semoga Allah menyelamatkanmu di dalam perjalanan. Jika kelak anda berdiri di hadapan maqam datukku Rasulullah, maka sampaikan salamku kepadanya."

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 46

Page 47: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Para hadirin merasa terharu dan aku juga demikian. Aku lihat betapa air matanya tergenang. Aku katakan kepada diriku, tidak mungkin beliau ini orang yang salah atau orang yang berdusta. Sungguh berwibawa, keagungan, dan sikap rendah dirinya menandakan dengan jujur bahawa beliau adalah dari anak keturunan Nabi SAWA. Lalu aku menjabat tangannya dan menciumnya walau dia cuba menolaknya. Semua berdiri dan bersalaman denganku. Anak-anak muda yang mendebatku tadi juga mengikutiku dan meminta alamatku untuk koresponden. Dan aku tidak mengabaikan permintaan ini.

Kami menuju Kufah kerana jemputan salah seorang yang hadir di majlis Sayyid al-Khui tadi. Beliau adalah temannya Mu'nim. Namanya Abu Syubbar. Kami menginap di rumahnya. Malam itu kami berdiskusi panjang dengan sejumlah pemuda yang intelektual. Di antara mereka adalah sejumlah murid Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Mereka menyarankanku untuk berjumpa dengannya, dan pertemuan itu aka diatur esok hari. Temanku sangat setuju dengan saranan itu, tetapi sayang dia tidak dapat hadir lantaran ada beberapa urusan penting yang tidak dapat ditinggalkan di Baghdad. Kami sepakat untuk tinggal di rumah Sayyid Abu Syubbar tiga atau empat hari sehinggalah Mun'im kembali. Setelah solat Subuh Mun'im pergi ke Baghdad dan kami pergi tidur setelah satu malam suntuk kami berdiskusi panjang.

Malam itu aku banyak sekali belajar dari mereka. Aku sangat kagum dengan berbagai ilmu yang mereka pelajari di Hauzah Ilmiyyah. Selain dari ilmu-ilmu Islam seperti Fiqh, Syariah, dan Tauhid, mereka juga belajar ilmu-ilmu seperti ekonomi, sosiologi, dan politik. Begitu juga dengan ilmu-ilmu sejarah, sastera, astronomi dan lain-lain lagi. Perjumpaan Dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr

Bersama Abu Syubbar aku ke rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Dalam perjalanan, beliau sangat mesra denganku dan bercerita secara ringkas tentang beberapa ulama yang masyhur dan tentang taklid dan sebagainya. Setibanya kami di rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr, aku dapati rumahnya penuh sesak dengan para pelajar Hauzah yang kebanyakannya para pemuda yang memakai serban. Sayyid berdiri menyambut kedatangan kami. Setelah diperkenalkan, beliau menyambutku begitu mesra dan mendudukkanku di sisinya. Beliau bertanya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 47

Page 48: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tentang Tunisia dan al-Jazair dan beberapa ulama yang terkenal seperti al-Khidir Husayn, Thahir bin A'syur dan lain-lain lagi. Aku sangat gembira dengan percakapannya. Walaupun kewibawaannya yang agung dan penghormatan yang tinggi yang diberika oleh orang-orang sekitarnya, tetapi aku dapati diriku tidak begitu kaku seakan-akan aku telah mengenalnya sejak lama sebelum itu.

Aku banyak belajar dari majlis itu. Aku dengar berbagai pertanyaan diajukan kepada Sayyid, lalu kemudian dijawabnya dengan bijak. Waktu itu aku betul-betul mengetahui betapa tingginya nilai mentaklid ulama yang masih hidup yang menjawab setiap persoalan secara langsung dan dengan jelas sekali. Aku juga mulai yakin bahawa Syiah adalah kaum Muslimin yang menyembah Allah SWT dan beriman kepada Risalah Nabi kita Muhammad SAWA. Sebelum ini aku meragukan, syaitan juga menanamkan rasa waswas bahawa setiap apa yang aku lihat adalah suatu sandiwara semata-mata. Dan mungkin inilah yang dikatakan oleh mereka sebagai taqiyah, yakni menampakkan sesuatu yang tidak mereka percayai. Tetapi sikap demikian akhirnya segera lenyap dari benakku kerana tidak mungkin setiap orang yang aku lihat dan aku dengar di mana bilangan mereka berjumlaj ratusan semuanya bersandiwara. Untuk apa mereka bersandiwara? Siapa aku? Apa yang mereka khuatirkan dariku sehingga harus bertaqiyah di hadapanku? Bukankah di sini ada kitab-kitab mereka cetakan lama dan baru. Kesemuanya mengesakan Allah dan memuji-muji RasulNya Muhammad SAWA seperti yang aku baca di dalam berbagai muqadimmahnya. Sekarang ini aku berada di rumah Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr, seorang marja' Syiah yang amat terkenal di Iraq dan di luar Iraq. Dan setiap kali nama Muhammad disebut, maka semua akan mengangkat suara agak keras membawa salawat: Allahumma Solli 'ala Muhammad wa-ali Muhammad.

Waktu solat tiba. Kami pergi ke masjid yang terletak di samping rumah. Sayyid Muhammad Baqir mengimamkan kami solat Zuhur dan Asar. Aku rasakan seakan-akan aku hidup di tengah para sahabat yang mulia. Di antara dua solat diselangi pembacaan doa yang sangat memilukan hati. Suara pembacanya begitu mengharukan dan memukau. Setelah selesai membaca doa, semua membaca salawat beramai-ramai. Allahumma Solli 'ala Muhammad Wa-ali Muhammad. Semua isi doa adalah pujian kepada Allah SWT dan Muhammad serta keluarganya yang suci dan baik.

Setelah solat, Sayyid duduk di mihrab. Sebahagian orang datang menyalaminya dan menanyakan berbagai soalan secara perlahan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 48

Page 49: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

atau dengan agak keras. Beliau juga menjawab secara perlahan setiap pertanyaan yang memang diajukan secara perlahan yang akhirnya aku fahami menyangkut masalah-masalah peribadi. Jika jawapan yang diharapkan telah didapati maka sipenyoal akan mencium tangannya lalu pergi. Berbahagialah mereka dengan orang alim yang mulia ini yang menyelesaikan segala permasalahan-permasalahan mereka dan ikut serta di dalam dukacita mereka.

Sambutan Sayyid yang demikian hangat serta perhatian yang diberikannya yang begitu berat membuatku terlupa dengan sanak saudaraku di kampung halaman. Aku rasakan jika aku berada bersamanya selama sebulan sahaja maka aku akan menjadi Syiah kerana akhlaknya yang tinggi, sikap rendah dirinya dan kemurahan hatinya. Setiap kali aku melihat wajahnya beliau tersenyum dan memulakan percakapan. Ditanyanya apa kekuranganku. Selama empat hari itu aku tidak meninggalkannya melainkan waktu tidur sahaja, walau orang-orang yang datang berziarah atau ulama yang datang mengunjungi cukup banyak sekali. Aku juga dapati orang-orang Saudi ada di sana. Aku tidak pernah tahu yang orang-orang Syiah juga ada di Hjaz. Demikian juga ulama dari Bahrain, Qatar Emiriyyah Arab Bersatu, Lebanon, Syria, Iran, Afghanistan, Turki dan Afrika. Sayyid berbicara dengan mereka dan membantu hajat-hajat mereka. Semua yang keluar dari rumahnya nampak sekali senang dan puas hati. Aku tidak akan terlupa dengan suatu kes yang aku saksikan dan sangat kagum dengan cara penyelesaiannya. Aku sebutkan ini sebagai suatu sejarah lantaran menyirat suatu pelajaran yang sangat penting agar kaum Muslimin tahu betapa ruginya mereka dengan meninggalkan hukum-hukum Allah.

Empat orang datang menghadap Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr. Aku rasa mereka adalah orang-orang Iraq kerana loghat bahasanya aku fahami demikian. Seorang dari mereka telah mendapatkan warisan sebuah rumah dari datuknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya. Kemudian rumah tersebut dijualnya kepada orang kedua yang juga hadir di sana. Setelah setahun dari tarikh penjualan, datang dua orang yang mengaku sebagai pewaris yang sah (syari'e) dari simati. Keempat-empat mereka duduk di hadapan Sayyid, dan masing-masing mengeluarkan berbagai kertas dan surat bukti. Setelah Sayyid membaca surat-surat tersebut dan berbicara dengan mereka sejenak maka beliau memberikan hukum secara adil. Diberinya sipembeli hak untuk menggunakan rumah tersebut, dan disuruhnya sipenjual untuk membayar hak waris bahagian dua saudara tadi dari hasil jualan. Setelah itu semua mereka berdiri dan mencium tangan Sayyid lalu saling berpelukan.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 49

Page 50: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Aku sangat terkejut dan tidak percaya. Aku tanyakan kepada Abu Syubbar apakah kes itu telah selesai. Ya, jawabnya. Setiap mereka telah mendapatkan haknya masing-masing. Subhanallah. "Semudah ini ada dalam waktu yang demikian singkat, hanya beberapa saat sahaja permasalahan ini dapat diselesaikan!!! Kes seperti ini jika berlaku di negeri kami, paling tidak ia akan memakan waktu sepuluh tahun sehinggalah mereka telah mati dan diteruskan kemudiannya oleh anak-anaknya. Tambahan lagi, mereka harus membayar kos mahkamah, peguam, dan sebagainya yang kebanyakannya tidak kurang dari harga rumah itu sendiri. Bermula dari mahkamah umum, kemudian negeri lalu mahkamah agung dan akhirnya semua pihak tidak puas hati setelah mengalami kesusahan, kos yang mahal dan rasuah yang tidak sedikit jumlahnya. Tambahan lagi permusuhan dan kebencian yang timbul antara sesama keluarga dan sanak keluarga."Kami juga punya hal serupa itu atau bahkan lebih,"kata Abu Syubbar,"Maksud anda?"Tanyaku."Jika orang mengangkat permasalahan mereka kepada mahkamah pemerintah, maka hasilnya seperti yang anda ceritakan tadi. Namun jika mereka mentaqlid kepada seorang Marja' agama dan terikat dengan hukum-hukum Islam maka mereka tidak akan mengangkat permasalahan mereka kecuali kepada marja' sahaja, dan marja' juga akan menyelesaikan perkara mereka dalam masa beberapa saat sahaja seperti yang anda saksikan sebentar tadi. Adakah hakim yang lebih baik selain daripada Allah bagi orang-orang yang berakal? Sayyid Sadr juga tidak mengambil apa-apa bayaran pun dari mereka. Jika mereka pergi ke mahkamah-mahkamah pemerintah yang ada maka mereka akan menderita banyak."

"Subhanallah. Aku masih tidak percaya dari apa yang aku lihat. Kalaulah mata ini tidak menyaksikannya sendiri maka tidak mungkin aku akan mempercayai."

"Begitulah, ya akhi. Kes ini masih ringan jika dibandingkan dengan kes-kes lain yang lebih rumit dan menyangkut nyawa. Tetapi para marja' dapat menyelesaikannya dalam waktu yang relatif singkat."

"Jadi di Iraq ini ada dua pemerintahan, pemerintahan negara dan pemerintahan ulama, begitu?"Tanyaku hairan.

"Tidak. Di sini ada pemerintahan negara sahaja, tetapi kaum Muslimin dari Mazhab Syiah yang bertaqlid pada marja' mereka tidak ada apa-apa hubungan dengan pemerintahan. Mengingat di sini adalah pemeritahan Ba'ath bukan pemerintahan Islam. Mereka patuh pada hukum-hukum seperti kewarganegaraan, pajak, peraturan-peraturan kota dan hal-hal peribadi lainya. Seandainya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 50

Page 51: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

berlaku suatu kes antara seorang Muslim yang beragama, maka pasti ia akan terpaksa mengangkatnya kepada mahkamah pemerintah. Kerana yang kedua ini tidak suka dengan keputusan ulama. Namun jika yang bersengketa adalah antara sesama Mukmin, maka mereka merujuk kepada para marja'. Apa sahaja yang dihukumkan oleh marja' tersebut akan diterima oleh semua tanpa ada sebarang keberatan. Itulah kenapa kes-kes yang berlaku dapat diselesaikan dalam waktu sehari sahaja oleh para marja', sementara di mahkamah-mahkaman lain memakan masa waktu berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun."

Kejadian itu menggerakkan jiwaku merasa rela terhadap segala hukum Allah SWT.

Dari situ aku faham makna firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim. Sesiapa yang tidak tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Al-Maidah: 44, 45, 47).

Ia juga menggerakkan dalam diriku suatu dendam dan memberontak terhadap mereka yang zalim yang telah merubah hukum-hukum Allah SWT yang adil kepada hukum buatan manusia yang zalim. Bahkan mereka mengejek hukum-hukum Allah dengan cara yang keji. Mereka mengatakan bahawa hukum Allah adalah barbarisme dan kejam kerana menegakkan hukum hudud yang memotong tangan pencuri dan merejam penzina serta membunuh sipembunuh. Dari mana datangnya teori-teori yang asing seperti ini? Sudah pasti ianya datang dari barat dan musuh-musuh Islam yang melihat bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam bermakna penamatan terhadap kekuasaan mereka secara total. Ini kerana mereka adalah para pencuri, pengkhianat, penzina, penjenayah, dan pembunuh. Jika hukum-hukum Allah dilaksanakan terhadap mereka maka kita telah aman dari mereka.

Di hari-hari itu berlaku banyak diskusi antara aku dan Sayyid Sadr. Aku tanyakan kepadanya berbagai soalan, besar atau kecil dari kesimpulan yang aku buat setelah berbagai diskusi dengan teman-teman, sama ada tentang aqidah mereka, tentang sahabat, semoga Allah meredhai mereka, tentang aqidah mereka terhadap Imam dua belas, Ali dan anak-anaknya dan lain-lain lagi yang tidak sama dengan aqidah kami.

Aku tanyakan kepada Sayyid Sadr tentang Imam Ali, kenapa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 51

Page 52: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

diucapkan ketika azan dengan sebutan Waliyullah? Beliau menjawab:"Amirul Mukminin Ali AS adalah di antara hamba Allah yang dipilihNya untuk meneruskan tanggungjawab menyampaikan RisalahNya setelah para NabiNya. Mereka adalah para wasi Nabi SAWA. Setiap Nabi ada wasi, dan wasi Nabi Muhammad SAWA adalah Ali AS. Kami mengutamakannya di atas semua sahabat kerana Allah dan RasulNya mengutamakanNya. Dan kami mempunyai dalil aqli dan naqli, al-Qur'an dan Sunnah dalam hal ini. Dalil-dalil ini tidak dapat diragukan kebenarannya, lantaran ia mutawatir dan sahih di dalam jalur sanad kami, dan hatta di jalur sanad Ahlul Sunnah Wal-Jamaah. Para ulama kami telah menuliskan berbagai buku tentang hal ini. Ketika pemerintahan Bani Umayyah cuba menghapuskan kebenaran ini dan memerangi Amirul Mukminin Ali AS dan anak-anaknya serta membunuh mereka; bahkan mencaci dan melaknatnya di atas mimbar-mimbar kaum Muslimin serta memaksa manusia untuk berbuat serupa, melihat ini maka Syiahnya dan para pengikutnya, semoga meredhai mereka, menyaksikan bahawa beliau adalah Waliyullah. Sikap ini sebagai bantahan mereka terhadap penguasa yang zalim saat itu sehingga kemuliaan sebenarnya dapat dikembalikan kepada Allah, RasulNya dan orang-orang Mukminin sahaja. Dan supaya ini terjadi sebagai bukti sejarah kepada segenap kaum Muslimin yang datang berikutnya, agar mereka tahu tentang kebenaran Ali dan kebatilan musuh-musuhnya.

Para fuqaha kami mengatakan bahawa syahadah kepada wilayah Ali sewaktu azan adalah hukumnya sunat, dengan niat ianya bukan dari bahagian azan dan iqamah. Jika seorang muazin menganggap ianya bahagian dari azan dan iqamah maka azannya dianggap tidak sah. Perkara-perkara sunat di dalam ibadah dan muamalat banyak sekali jumlahnya. Seorang Muslim akan diberi ganjaran jika melakukannya dan tidak akan berdosa jika meninggalkannya. Sebagai contoh, dalam suatu hadith ada disebutkan bahawa setelah mengucapkan syahadah kepada Allah dan Muhammad di dalam azan, maka disunatkan bersyahadah bahawa syurga itu adalah benar, neraka itu benar, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya."

Aku katakan bahawa para ulama kami mengajarkan bahawa Sayyidina Abu Bakar as-Sidiq adalah khalifah yang paling utama, kemudian Sayyidina Umar al-Faruq, Sayyidina Uthman, dan kemudian barulah Sayyidina Ali, semoga Allah meredhai mereka semua.

Sayyid diam sejenak lalu berkata: Mereka boleh berkata apa sahaja tetapi jauh sekali untuk membuktikannya secara dalil syariah. Lalu ianya sangat bertentangan dengan apa yang tertulis

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 52

Page 53: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

di dalam kitab-kitab mereka yang sahih dan muktabar. Di sana tertulis bahawa manusia yang paling utama adalah Abu Bakar, kemudian Uthman. Tidak ada kata-kata Ali sama sekali. Justeru Ali dijadikan sebagai manusia awam sahaja. Namun para ahli sejarah menyebutkannya para Khulafa ar-Rasyidin sahaja."

Aku tanyakan juga tentang tanah yang digunakan untuk sujud atau biasa disebut Turbah Husainiyyah. Beliau menjawab:"Pertama-tama wajib diketahui bahawa kami bukan sujud kepada tanah, seperti yang disangka oleh mereka yang bencikan Syiah tetapi kami sujud di atas tanah. Sujud hanya kepada Allah semata-mata. Apa yang terbukti secara dalil bagi kami dan juga di sisi Ahlul Sunnah bahawa yang utama adalah sujud di atas tanah atau di atas sesuatu yang tumbuh dari tanah tetapi bukan sejenis dari bahan makanan. Selain dari itu tidak sah sujud di atasnya. Dahulunya Rasulullah SAWA duduk di atas tanah dan menjadikan sebongkah tanah sebagai tempat sujudnya. Beliau juga mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya demikian juga sehingga mereka sujud di atasnya, dan di atas hujung bajunya. Hal ini diketahui sangat lumrah sekali di sisi kami.

Imam Zainal Abidin dan Sayyid as-Sajidin Ali bin Husayn AS mengambil tanah dari kuburan ayahnya Abu Abdillah al-Husayn as-Syahid sebagai turbahnya. Ini kerana tanahnya bersih dan suci dan telah disiram oleh darah Sayyidis-Syuhada' (Penghulu Para Syuhada - Imam Husayn AS). Dan para Syiahnya meneruskan kebiasaan ini sehingga ke hari ini. Kami tidak mengatakan bahawa sujud di atas selainnya bermakna tidak sah. Sujud akan sah di atas sebarang tanah atau sebarang batu suci, sebagaimana ia juga akan sah sujud di atas tikar atau hamparan yang dibuat dari pelepah kurma dan sejenisnya."

Aku tanya lagi tentang peringatan Sayyidina Husayn AS, kenapa Syiah menangis dan memukul-mukul dada sehingga berdarah? Bukankah ini haram di dalam Islam. Nabi juga telah bersabda:"Bukan dari golongan kami mereka yang memukul-mukul pipi dan mengoyak-ngoyak baju serta melakukan seperti perbuatan Jahiliyyah."

Sayyid menjawab:"Hadith ini memang sahih tetapi ia tidak dapat diterapkan untuk peringatan Abu Abdillah al-Husayn. Mereka yang menyeru pada perjuangan Husayn da nmengikut jejaknya, perbuatan ini bukan sejenis perbuatan Jahiliyyah. Lalu di dalam Madzab Syiah ada manusia yang beragama, ada yang alim, dan ada juga yang jahil. Kesemua mereka mempunyai rasa emosi. Jika di dalam mengingati kesyahidan Husayn dan apa yang terjadi kepada keluarganya serta para sahabatnya, sama ada yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 53

Page 54: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dibunuh atau yang ditawan lalu perasaan emosinya menguasai mereka maka mereka akan mendapatkan pahala di sisi Tuhannya kerana niat adalah fisabillah semata-mata. Dan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya sekadar niat mereka masing-masing.

Seminggu yang lalu saya membaca suatu kenyataan rasmi dari pemerintah Mesir sempena kematian Jamal Abdul Nasir. Dikatakan bahawa mereka telah mencatat lapan belas kes bunuh diri kerana mendengar kematian Jamal Abdul Nasir. Ada yang terjun dari tingkat atas bangunan yang bertingkat; ada yang terjun ke bawah rel keretapi dan lain-lain lagi. Ini saya sebutkan sebagai contoh bagaimana emosi manusia kadang-kadang boleh menguasai manusia itu sendiri. Jika manusia Muslim boleh membunuh diri lantaran kematian Jamal Abdul Nasir, walhal dia mati secara wajar, maka tidak ada hak bagi kita untuk menghukum bahawa Ahlul Sunnah adalah salah. Dan tidak ada hak bagi Ahlul Sunnah menghukum saudara-saudara mereka dari Syiah sebagai salah lantaran menangisi Sayyid as-Syuhada al-Husayn. Mereka meratapi penderitaan Husayn dan bahkan hingga ke hari ini. Rasulullah sendiri pernah menangis untuk Husayn, dan Jibril juga menangis kerana tangisnya Rasulullah."

"Kenapa Syiah menghiasi kuburan wali-wali mereka dengan emas dan perak sedangkan ia haram di dalam Islam?", Tanyaku lagi.

"Ini tidak hanya ada di dalam Syiah sahaja,"jawab Sayyid."Ia juga tidak haram. Lihatlah masjid-masjid saudara kami dari golongan Ahlul Sunnah, sama ada di Iraq, Mesir, Turki atau negara-negara Islam yang lain. Rata-rata dihiasi dengan emas dan perak. Begitu juga dengan masjid Rasulullah SAWA di Madinah al-Munawarah dan Baitullah al-Haram di Mekah yang setiap tahun dipakaikan dengan perhiasan emas yang baru dengan perbelanjaan berjuta-juta. Ini tidak hanya ada pada Madzhab Syiah sahaja.

"Ulama Saudi berkata bahawa mengusap tangan di atas kubur, minta doa dari orang-orang yang soleh serta mengambil barakah dari mereka semua itu adalah syirik kepada Allah. Bagaimana pendapat anda dalam hal ini?"

"Jika mengusap tangan di atas kubur dan menyebut nama-nama penghuninya dengan niat bahawa mereka memberi manfaat atau mendatangkan mudarat maka tidak ragu-ragu lagi ia adalah syirik. Orang-orang Muslim adalah orang yang muwahid (bertauhid) dan mengetahui bahawa Allah sahajalah yang memberi manfaat atau mudarat. Mereka menyeru para wali dan imam AS adalah untuk menjadikan mereka sebagai wasilah atau perantara mereka

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 54

Page 55: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kepada Allah SWT. Ini tidak syirik. Kaum Muslimin, Sunnah dan Syiah sepakat dalam hal ini sejak zaman Rasul sehingga sekarang melainkan Wahabiyyah atau ulama Saudi yang seperti anda sebutkan. Mereka telah memfitnah kaum Muslimin dengan aqidah mereka ini, mengkafirkan mereka dan bahkan menghalalkan darah mereka. Para jamaah haji Baitullah al-Haram dipukul lantaran mereka berkata: As-Salamu Alaika Ya Rasulullah. Dan tidak diperkenankan siapapun untuk menyentuh kuburan suci Nabi Muhammad SAWA. Mereka telah berdiskusi dengan ulama kami beberapa kali tetapi mereka tetap degil dan sombong."

"Sayyid Syarafuddin, seorang di antara ulama Syiah ketika pergi haji ke Baitullah al-Haram di zaman raja Abdul Aziz Ali Saud, adalah di antara ulama yang dijemput ke istana raja untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidul Adha kepada raja. Ketika tiba gilirannya untuk bersalaman dengan raja, dihadiahkannya kepada raja sebuah mushaf al-Qur'an yang berkulitkan kulit binantang. Raja menerima hadiah tersebut lalu diciumnya dan diletakkannya di atas dahi sebagai tanda penghormatan dan pentakziman. Lalu Sayyid Syarafuddin berkata ketika itu: Wahai Raja, kenapa anda mencium kulit dan mengagungkannya. Ia hanya berupa kulit kambing, tidak lebih?" Yang aku maksudkan adalah pentakziman kepada al-Qur'an al-Karim yang di dalamnya, bukan kepada kulit ini." Kemudian Sayyid Syarafuddin menjawab:"Anda bijak hai Raja. Begitulah juga ketika kami mencium pintu-pintu kuburan Nabi atau dinding-dindingnya. Kami tahu bahawa ia adalah besi yang tidak memberi apa-apa manfaat atau mudarat. Tetapi yang kami maksudkan adalah orang yang ada di sebalik besi dan kayu-kayu itu. Kami bermaksud mentakzimkan Rasulullah SAWA sebagaimana anda bermaksud mentakzimkan al-Qur'an dengan mencium kulit kambing yang membungkus al-Qur'an ini."

"Para hadirin mengucapkan takbir sebagai tanda kagum atas Sayyid ini. Mereka berkata: anda benar, anda benar. Akhirnya Raja terpaksa mengizinkan para jamaah haji untuk melakukan tabaruk (mengambil barakah) dari peninggalan-peninggalan Nabi SAWA sehinggalah datang raja berikutnya. Lalu larangan itu dikenakan semula."

"Hal yang sebenarnya bukanlah kerana mereka takut kaum Muslimin akan syirik kepada Allah tetapi ia ada menyirat suatu masalah politik untuk menguasai kaum Muslimin dan memperkuatkan kerajaan mereka. Sejarah adalah sebaik-baik bukti atas apa yang mereka lakukan terhadap ummat Muhammad SAWA."

Aku tanya juga tentang tarekat-tarekat sufi. Jawabnya singkat:"Ada

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 55

Page 56: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

yang positif seperti membina diri dan mendidiknya untuk sederhana di dalam hidup dan bersikap zuhud atas kenikmatan-kenikmatan dunia serta melatih diri untuk berangkat tinggi ke alam ruh yang suci. Sementara yang negatif seperti mengasingkan diri dan lari dari realiti kehidupan, terbatas hanya berzikir kepada Allah secara lafzi (lafaz) dan lain-lain lagi. Islam seperti yang diketahui membenarkan yang positif dan membuang jauh-jauh yang negatif. Kita patut katakan bahawa semua prinsip-prinsip Islam adalah positif."

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 56

Page 57: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ragu-ragu Dan Bingung

Jawapan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadir jelas dan menyakinkan tetapi apakah mungkin ia akan mempengaruhi orang seumpamaku yang telah menghabiskan umurnya selama dua puluh lima tahun di dalam prinsip mensucikan para sahabat dan menghormati mereka terutamanya Khulafa al-Rasyidin yang Rasulullah SAWA menyuruh kita berpegang teguh dengan sunnah mereka dan berjalan di bawah bimbingan mereka. Di atas semua mereka adalah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayyidina Umar al-Faruq.

Dan sejak kedatanganku ke Iraq tidak pernah aku dengar nama mereka. Yang aku dengar adalah nama-nama lain yang asing bagiku dan nama dua belas imam. Mereka juga mendakwa bahawa Rasulullah SAWA telah menunjuk Ali sebagai khalifah sebelum wafatnya. Bagaimana mungkin aku dapat mempercayainya bahawa para sahabat yang mulia, manusia yang paling utama selepas Nabi, bersepakat di dalam menentang Ali Karamallah wajhahu. Dan sejak kecil lagi kami diajar bahawa para sahabat RA sangat menghormati Imam Ali dan mengetahui haknya. Beliau adalah suaminya Fatimah az-Zahra', ayahnya Hasan dan Husayn dan pintu kota ilmu. Begitu juga Sayyidina Ali. Beliau tahu haknya Abu Bakar as-Siddiq, orang pertama yang masuk Islam dan menemui Rasul sewaktu beliau berada di gua sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Rasulullah SAWA juga telah menyuruhnya menjadi imam jamaah ketika baginda sakit dan bersabda untuknya:"Seandainya aku harus mengambil Khalil (teman dekatku) maka Aku Bakar yang aku akan ambil sebagai Khalilku." Itulah kenapa kaum Muslimin memilihnya sebagai Khalifah mereka. Imam Ali juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Umar kerananya Islam telah diangkat oleh Allah dan Rasul telah memberinya gelaran sebagai al-Faruq, yakni yang memisahkan antara haq dan batil. Beliau juga tahu tentang keutamaan Sayyidina Uthman di mana Malaikat Rahman malu kepadanya dan yang telah menyediakan Pasukan al-U'srah serta dinamakan Rasulullah sebagai Zun Nurain (yang mempunyai dua cahaya).

Kenapa saudara-saudara kami kaum Syiah tidak mengetahui semua ini, ataukah mungkin mereka berpura-pura tidak tahu dan menjadikan mereka sebagai manusia-manusia diumbang-ambingkan oleh hawa nafsu dan kerakusan duniawi daripada mengikuti yang haq. Kerana itu maka mereka melanggar perintah Nabi setelah wafatnya, padahal sebelumnya mereka berlumba-lumba untuk menjalankan perintahnya; bahkan ada yang membunuh anak-anak mereka, ayah-ayah mereka dan keluarga mereka demi kemuliaan Islam dan kejayaannya. Mereka yang membunuh ayah dan anaknya lantaran patuh kepada Allah dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 57

Page 58: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

RasulNya tidak mungkin akan dipengaruhi oleh dunia yang fana ini, seperti merebut jawatan khalifah, lalu berpura-pura jahil dengan perintah Rasulullah dan meninggalkannya.

Kerana alasan-alasan itu aku tidak percaya pada apa yang dikatakan oleh Syiah walaupun dalam banyak hal aku yakin dengan hujah-hujah mereka. Aku bingung dan ragu-ragu. Ragu-ragu lantaran kata-kata ulama Syiah sangat rasional dan logik. Bingung dan tidak percaya lantaran para sahabat RA dipandang sedemikian rupa sehingga mereka seperti manusia biasa bagaikan diri kita ini. Tiada cahaya Risalah menyinari mereka dan tiada pula bimbingan Muhammad mendidik mereka. Ya Ilahi, bagaimana mungkin terjadi begini? Mungkinkah para sahabat dalam taraf yang dikatakan oleh orang-orang Syiah itu? Yang penting sikap ragu-ragu dan bingung ini adalah mulanya kelemahan dan pengakuan bahawa di sana ada hal-hal tersembunyi yang harus dibongkar agar dapat sampai kepada kebenaran.

Temanku Mu'nim datang dan kami pergi ke Karbala. Di sana aku ikut serta dalam majlis musibahnya Sayyidina Husayan sebagaimana yang dihayati oleh orang-orang Syiah. Waktu itu aku sedar bahawa Sayyidina Husayn sebenarnya 'belum mati.' Orang-orang begitu ramai dan saling bersesak-sesak di sekitar kuburannya Sayyidina Husayn. Mereka menangis teresak-esak yang tidak pernah aku saksikan seumpama ini sebelum ini yang bagaikan Husayn baru sahaja syahid. Aku dengar para penceramah menggugah emosi dan perasaan para hadirin dengan menceritakan tragegi Karbala dengan suara yang mengharukan. Hampir setiap orang yang mendengarnya tidak dapat menahan diri kecuali ikut menangis. Aku menangis dan terus menangis. Aku biarkan diriku melepaskan deritanya yang seakan-akan sebelum ini terbelenggu. Aku rasakan suatu kelegaan jiwa yang luar biasa yang tidak pernah aku ketahui sebelum ini. Seakan-akan dahulunya aku berada di barisan musuh-musuh Imam Husayn, dan tiba-tiba sekarang aku berbalik dan ikut serta para sahabatnya dan para pengikutnya yang berkorban untuknya.

Waktu itu sipenceramah membawakan cerita al-Hur, salah seorang komandan pasukan tentera musuh yang diperintahkan untuk memerangi Husayn. Namun ketika beliau berdiri di barisan peperangan, dia gementar dahsyat. Ketika ditanya oleh sebahagian temannya: apakah anda takut mati hai Hur? Hur menjawab: demi Allah tidak. Tetapi aku kini sedang mempertaruhkan nyawaku di antara syurga dan neraka. Kemudian dia menyebat kudanya dan pergi ke arah Husayn. Dia berkata: wahai putra Rasulullah, adakah jalan bagiku untuk bertaubat?

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 58

Page 59: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Mendengar ini aku tidak dapat menahan diriku. Aku jatuh dan menangis seakan-akan aku sedang melakukan peranan Hur. Aku berkata: wahai putra Rasulullah, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat? Maafkan aku wahai putra Rasulullah!

Ketika itu suara penceramah sangat mengharukan. Terdengar suara tangisan para hadirin menguak suasana. Ketika itu temanku mendengar suara jeritanku lalu dia datang dan memelukku. Sambil menangis dia memelukku bagaikan seorang ibu memeluk anaknya. Dia menyebutkan kata-kata, ya Husayn......ya Husayn.....secara perlahan. Saat-saat itu benar-benar mengajarku makna suatu tangisan. Air mataku seakan membasuh semua kalbuku dan jasadku dari dalam. Waktu itu aku baru faham maksud hadith Rasul:"Jika kalian tahu apa yang aku ketahui maka kalian tertawa sejenak dan menangis banyak."

Separuh daripada hari ini aku hanya berdiam diri. Temanku berusaha menghiburkanku dan mengucapkan takziah kepadaku. Diberinya aku sedikit manisan, tetapi rasa keinginanku untuk makan hari itu sama sekali hilang. Aku minta temanku menceritakan kepadaku kisah syahidnya Sayyidina Husayn kerana aku tidak tahu sama sekali tentang tragedi Karbala ini. Apa yang aku tahu adalah cerita orang-orang tua kami yang mengatakan bahawa orang-orang munafiq membunuh Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, mereka jugalah yang membunuh Sayyidina Husayn. Selebihnya kami tidak tahu lagi. Bahkan pada Hari Asyura kami menyambutnya dengan sukaria kerana dianggap sebagai hari raya Islam. Hari itu zakat-zakat harta dikeluarkan, berbagai makanan yang lazat dihidangkan dan anak-anak pergi meminta wang dari orang-orang tua untuk membeli mainan dan manisan.

Memang ada sebahagian adat dibeberapa daerah di mana penduduknya menyalakan api, tidak bekerja, tidak berkahwin, dan tidak bersukaria pada hari itu. Tetapi itu kami katakan sebagai adat sahaja tanpa mengetahui makna yang tersirat di sebalik itu. Ulama kami meriwayatkan berbagai hadith tentang keutamaan Hari Asyura serta berbagai barakah dan rahmat yang ada di dalamnya. Sungguh aneh perkara itu.

Setelah itu kami berziarah ke kuburan Abbas, adiknya Husayn. Waktu itu aku tidak kenal siapa beliau. Temanku telah menceritakan kepadaku tentang kegagahan dan kepahlawanannya. Di sana juga kami berjumpa dengan berbagai ulama yang tidak aku ingat betul nama-nama mereka, melainkan gelaran-gelaran tertentu seperti Bahrul Ulum, Sayyid Hakim, Kasyf al-Ghito', Ali Yasin, Tabatabai, Fairuz Abadi, Asad Haidar, dan lain-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 59

Page 60: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

lain lagi.

Secara jujur harus dikatakan bahawa mereka sebenarnya adalah ulama yang bertaqwa, berwibawa dan terhormat. Orang-orang Syiah sangat menghormati mereka dan memberikan khums dan harta mereka kepada mereka. Dengan wang itu mereka mentadbir urusan Hauzah Ilmiah, mendirikan berbagai sekolah dan percetakan, serta memberikan biasiswa kepada para talabah (penuntut) yang datang dari seluruh dunia Islam. Mereka benar-benar berdikari dan tidak bergantung kepada para penguasa, sama ada yang dekat atau yang jauh, tidak seperti keadaan ulama kita yang tidak akan memberikan fatwa atau sependapat kecuali melihat apa pendapat para penguasanya yang menjamin kehidupan mereka dan yang dapat menyingkirkan atau melantik seseorang.

Sungguh ia merupakan suatu dunia baru yang aku temukan atau diketemukan oleh Allah untukku. Kini aku meyenanginya dan dapat menyesuaikan diri bersamanya setelah sekian lama aku memusuhinya. Orang alim ini telah membukakan untukku berbagai pemikiran-pemikiran yang baru. Beliau juga telah membangkitkan diriku untuk mencintai pengkajian, penelitian, dan belajar bersungguh-sungguh sehingga harus aku temui kebenaran yang dicari.

Apa lagi hadith Nabi yang bermaksud, "Bani Israel telah berpecah kepada tujuh puluh satu firqah, Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh firqah dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga firqah. Semuanya di neraka kecuali satu sahaja." Hadith ini sangat mengusikku untuk mengetahui lebih jauh tentang suatu kebenaran yang dimaksudkan.

Kini tidak ada kaitan dengan berbagai agama yang mendakwa bahawa ia adalah yang benar sementara yang lain salah. Yang aku hairankan dan membingungkan adalah maksud hadith ini. Lebih menghairankan lagi adalah sikap kaum Muslimin yang sering membaca dan mengulang-ulangi hadith ini di dalam khutbah-khutbah mereka tetapi tidak pernah mahu untuk mengkaji maksudnya agar dapat membedakan mana golongan yang hak dari yang golongan yang batil.

Anehnya, setiap golongan mendakwa bahawa ia satu-satunya yang kelak akan selamat. Di dalam urusan hadith itu tertulis, "Sahabat bertanya, siapa mereka ya Rasulullah?" Nabi menjawab:"Apa yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 60

Page 61: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

aku dan sahabat-sahabatku ada di atasnya." Adakah suatu golongan yang tidak berpegang kepada Kitab dan Sunnah, atau mendakwa selain dari al-Qur'an dan Sunnah? Seandainya Imam Malik, atau Abu Hanifah, atau Syafie, atau Ahmad bin Hanbal ditanya, apakah mereka akan mendakwa selain dari berpegang kepada al-Qur'an dan Sunnah yang sahih? Ini baru madzhab-madzhab yang ada di dalam dunia Sunni. Bagaimana pula dengan golongan Syiah? Madzhab ini juga mendakwa bahawa ia berpegang kepada Kitab Allah dan Sunnah yang sahih yang diriwayatkan kesemuanya oleh Ahlul Bayt yang suci."Dan Ahlul Bayt lebih mengetahui apa isi rumahnya dibandingkan dengan yang lain,"kata mereka. Apakah mungkin kesemuanya dalam kebenaran seperti yang didakwa. Ini tidak mungkin sama sekali; mengingatkan bahawa hadith tersebut bermaksud sebaliknya. Lain halnya jika dikatakan bahawa hadith tersebut palsu atau dusta. Tetapi ini tidak mungkin, mengingatkan bahawa hadith tersebut bersifat mutawatir sama ada menurut Sunnah atau pun Syiah. Apakah mungkin hadith ini tidak mempunyai makna dan maksud? Tetapi jauh sekali bagi Rasulullah untuk mengatakan sesuatu yang tiada bermaksud, kerana baginda tidak berkata sesuatu kecuali merupakan wahyu ; dan setiap hadisnya mengandungi hikmat dan pelajaran. Nah, kita terpaksa harus mengakui bahawa ada satu golongan yang benar dan lainnya salah. Hadis ini memang menimbulkan kebingungan, tetapi ia juga membangkitkan sikap ingin tahu dan meneliti bagi mereka yang inginkan keselamatan.

Kerana itulah timbul sikap ragu-ragu dan bingung setelah perjumpaanku dengan orang-orang Syiah. Siapa tahu mungkin mereka mengatakan sesuatu yang hak dan berkata jujur. Kenapa aku tidak teliti dan kaji. Islam telah mewajibkanku mengkaji, memperbandingkan dan meneliti seperti yang disebutkan di dalam Al Quran dan Sunnah. Allah berfirman :"Mereka yang berjihad di jalan Kami maka Kami pasti akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami: (S: al-Ankabut :69). Dia juga berfirman: "Mereka yang mendengar suatu perkataan lalu mengikuti yang terbaik di antaranya, maka mereka adalah orang-orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka adalah orang-orang yang berfikir." (S: az-Zumar :18)

Dengan keputusan dan azam yang jujur ini aku berjanji kepada diriku dan teman-teman Syiahku di Iraq. Aku sangat terharu kerana berpisah dengan mereka. Aku telah sangat mencintai mereka dan mereka juga mencintaiku. Aku telah tinggalkan teman-teman yang mukhlis dan mulia, yang telah mengorbankan waktu mereka keranaku dan tiada menyimpan sebarang maksud. Tujuan mereka semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Di dalam sebuah hadis disebutkan : "Satu orang yang mendapatkan hidayah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 61

Page 62: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Allah di tanganmu adalah lebih baik bagimu dari apa yang diterbitkan matahari."

Aku meninggalkan Iraq setelah dua puluh hari berada di sekitar makam Imam-imam dan Syiah mereka. Kesemua itu berlalu seakan suatu mimpi indah yang enggan dilepaskan oleh yang tidur. Kutinggalkan Iraq dengan rasa agak kesal lantaran waktunya yang begitu singkat, dan perpisahan yang mesti dengan orang-orang yang sangat baik hati dan berpaut cinta kepada Ahlul Bait Nabi s.a.w.. Aku pergi menuju Hijaz bermaksud berkunjung ke Baitullah al-Haram dan makam Sayyidul Awwalin Wal Akhirin Sallallahu Alaihi Wa Alihi at-Tayyibin at-Tahirin.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 62

Page 63: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Berangkat ke Hijaz

Aku tiba di Jeddah. Di sana aku berjumpa dengan temanku Bashir yang sangat hangat menyambut kedatanganku. Dibawanya aku kerumahnya dan dihormatinya aku dengan penuh kesempurnaan. Dia menghabiskan masa-masa lapangnya bersamaku pergi bersiar dan ziarah dengan keretanya. Kami pergi umrah bersama-sama dan kami lalui waktu-waktu kami dengan amal ibadah dan ketaqwaan. Aku meminta maaf kerana terlambat sampai lantaran kepergianku ke Iraq sebelum ini. Kuceritakan kepadanya penemuan atau pembukaan baruku. Dia bersikap terbuka dan ingin tahu. Katanya: "Memang aku dengar mereka memiliki banyak ulama yang agung dan mempunyai dalil yang kuat. Tetapi mereka juga mempunyai banyak golongan yang kafir dan tersesat. Di setiap musim haji mereka menciptakan berbagai kesusahan kepada kami." Ku tanya kesusahan apa yang mereka ciptakan? "Mereka sembahyang di sekitar kuburan." Jawabnya. "Mereka juga masuk ke kuburan Baqi' secara beramai-ramai lalu menangis. Mereka membawa sepotong batu untuk sujud. Jika mereka pergi ke kuburan Sayyidina Hamzah di Uhud, mereka akan mengadakan takziah, memukul-mukul dada dan menangis kuat seakan-akan Hamzah baru saja meninggal hari itu. Kerana itulah kerajaan Saudi melarang mereka masuk ke makam-makam ziarah."

Aku tersenyum saja. Kukatakan kepadanya apakah dengan ini maka anda menghukumkan mereka telah keluar dari Islam? "Ini dan lain lagi," jawabnya. "Mereka datang berziarah ke kuburan Nabi, tetapi pada masa yang sama mereka berdiri di depan kuburan Abu Bakar dan Umar lalu mencaci dan melaknat mereka. Sebahagian mereka ada yang melempari kuburan Abu Bakar dan Umar dengan benda-benda najis dan kotoran."

Kata-kata ini mengingatkanku pada cerita ayahku ketika beliau pulang dari Haji tempoh dulu. Katanya orang-orang Syiah melemparkan najis ke kuburan Nabi. Dan secara pasti ayahku memang tidak melihatnya sendiri. Katanya dia hanya melihat askar-askar Saudi memukul sebahagian jemaah haji dengan tongkat. Lalu kemudian diprotesnya kerana sikap penghinaan terhadap jemaah seperti ini. Dalam jawapannya, askar-askar ini berkata: "Mereka bukanlah orang-orang Islam. Mereka adalah orang-orang Syiah. Mereka datang membawa benda-benda najis untuk melemparkannya ke kuburan Nabi s.a.w. " Ayahku kemudian berkata: "Ketika itu juga kami melaknat mereka dan meludahi muka mereka."

Sekarang ini aku dengar dari temanku orang Saudi yang dilahirkan di Madinah bahawa mereka datang berziarah ke kuburan Nabi,

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 63

Page 64: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tetapi melemparkan benda-benda najis ke kuburan Abu Bakar dan Umar. Aku meragukan kebenaran dua cerita ini, mengingat kamar kuburan Nabi dan kuburan Abu Bakar dan Umar yang kulihat semuanya tertutup. Dan tidak mungkin siapapun akan dapat mendekat untuk memegang dan mengusap dari pintu atau jendelanya. Apalagi ingin melemparkan sesuatu ke dalamnya. Pertama-tama, tidak adanya celah-celah. Kedua, ia dijaga ketat oleh askar-askar yang kasar yang silih berganti berdiri di hadapan setiap pintu. Apalagi mereka memegang cambuk-cambuk dan memukul setiap orang yang mendekat atau yang berusaha melihat dalam kamar. Kebanyakan askar tersebut adalah orang-orang Saudi. Mereka mengkafirkan Syiah agar mempunyai alasan untuk memukul mereka; dan supaya kaum muslimin tergugah untuk memerangi mereka atau paling tidak akan diam atas penghinaan terhadap mereka. Kelak nanti kalau pulang ke negeri masing-masing, mereka akan mengatakan bahawa Syi’ah adalah mazhab yang membenci Rasulullah s.a.w. dan melemparkan benda-benda najis ke kuburannya. Dengan demikian maka mereka telah dapat melempar dua burung dengan satu batu.

Ini serupa dengan cerita seorang alim yang kupercaya. Katanya: "Ketika kami sedang tawaf di Baitullah, ada seorang anak muda yang merasa mual lalu termuntah kerana desakan manusia yang terlalu ramai. Askar-askar yang menjaga Hajar Aswad lalu datang dan memukulnya. Diseretnya anak muda ini dengan keadaan yang memilukan lalu dituduh bahawa dia datang membawa benda najis untuk mengotori Kaabah. Setelah "dibuktikan" maka anak muda ini dihukum mati pada hari itu juga."

Kenangan-kenanganku di sana mulai terukir di benakku. Aku sejenak merenungkan kata-kata temanku Saudi ini yang mengkafirkan Syi’ah. Sebabnya tiada lain hanyalah kerana mereka menangis, memukul-mukul dada, sujud di atas tanah dan sembahyang di sekitar kuburan. Aku tertanya-tanya apakah ini dalilnya untuk menkafirkan orang yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah HambaNya dan UtusanNya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadhan, pergi ke Baitullah al-Haram dan melaksanakan amar ma'ruf dan nahi a'nil munkar.

Aku tidak ingin membantah temanku dan bertikai dengannya. Aku hanya berkata: semoga Allah membimbing kita dan mereka ke jalan yang lurus, dn semoga laknat Allah ditimpakan kepada musuh-musuh agama yang telah menipu daya Islam dan kaum Muslimin.

Setiap kali aku bertawaf ketika umrah dan ketika berziarah ke

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 64

Page 65: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Makkah al-Mukarramah, yang ada hanya segelintir manusia sahaja. Aku sholat dan memohon kepada Allah dengan segala jiwa ragaku agar dibukanya hatiku dan dibimbingnya aku ke jalan yang benar.

Aku berdiri di belakang maqam Ibrahim AS. Aku membaca ayat berikut:"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak akan menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu. Dan (begitu pula) dalam (al-Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dn sebaik-baik Penolong"(Al-Haj: 78)

Lalu aku mula bermunajat dengan Sayyidina Ibrahim atau bapa kita Ibrahim seperti yang dikatakan di dalam al-Qur'an."Wahai bapa kami, Wahai yang menamakan kami dengan Muslimin. Lihatlah anak-anakmu telah berselisih menjadi Yahudi, Nasrani dan Muslimin. Dan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh tiga firqah Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua firqah. Dan kaum Muslimin telah berpecah juga kepada tujuh puluh tiga firqah. Semua mereka tersesat seperti yang diberitakan oleh puteramu Muhammad dan satu golongan sahaja yang masih setia di jalanmu wahai bapa."

Apakah ini telah menjadi sunnah Allah seperti yang dikatakan oleh Qadariyyah, sehingga Allah SWT telah menetapkan kepada semua manusia untuk menjadi Yahudi atau Nasrani atau Muslim, atau atheis, atau musyrik. Ataukah lantaran kecintaan kepada dunia dan menjauh dari ajaran-ajaran Allah. Mereka telah lupa kepada Allah lalu Allah melupakan diri mereka. Akalku tidak berdaya mempercayai bahawa qadha dan qadar itu menentukan nasib manusia. Bahkan aku condong mengatakan hatta hampir-hampir pasti mengatakan bahawa Allah SWT setelah menciptakan kami, Dia juga membimbing kami dan menunjukkan kami mana yang baik dan mana yang buruk. DiutusNya kepada kami para RasulNya untuk menjelaskan apa yang kami tidak tahu dan mengajarkan mana yang haq dari yang batil tetapi manusia telah ditipu oleh dunia dan hiasannya. Manusia kerana sikap egonya, sombongnya, jahilnya, angkuhnya, kezalimannya, dan sikap melampaunya menyebabkan berpaling dari kebenaran dan mengikuti syaitan. Mereka telah lari dari ar-Rahman dan masuk ke jalan yang lain. Al-Qur'an telah mengungkapkan ini dengan ungkapan yang sangat baik dan ringkas. FirmanNya:"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi manusia, tetapi manusia itu sendiri yang menzalimi diri

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 65

Page 66: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka"(Yunus: 44).

Duhai, bapa kami Ibrahim. Tiada cela bagi Yahudi dan Nasrani yang telah mengingkari kebenaran setelah datangnya bukti-bukti yang jelas dengan sikap mereka yang angkuh. Lihatlah ummah ini yang telah diselamatkan oleh Allah dengan datangnya puteramu Muhammad, dan telah dikeluarkan dari kegelapan menuju terang dan telah dijadikan sebagai ummah yang terbaik yang pernah diciptakan untuk manusia. Lihatlah mereka juga bertengkar dan berpecah, bahkan saling mengkafirkan. Rasullullah telah memperingatkan mereka dan membatasi mereka dengan sabdanya:"Seorang Muslim tidak diperkenankan meninggalkan saudara Muslimnya selama lebih dari tiga hari." Kenapa ummat ini setelah mereka menjadi sebaik-baik ummat sebelum ini. Dulunya mereka telah memiliki barat dan timur dan membawa manusia kepada kebenaran ilmu pengetahuan, kesedaran dan peradaban. Tetapi sekarang mereka telah menjadi ummat yang hina dan tidak penting. Tanah-tanah mereka dirampas. Rakyat mereka dihalau. Masjid Aqsa mereka diduduki oleh segelintir orang-orang Zionis tanpa mereka sanggup membebaskannya. Kalaulah engkau mengunjungi negara-negara mereka, maka yang kau lihat hanyalah kemiskinan, kelaparan, ketandusan, penyakit-penyakit berbahaya, moral-moral yang rosak, ketinggalan dari segi pemikiran dan teknologi, penindasan, dan kekotoran. Cukup engkau bandingkan antara tandas-tandas umum mereka di Eropah dengan tandas-tandas umum di negara-negara kami. Jika seorang musafir masuk ke tandas negara Eropah maka mereka akan melihatnya bersih dan tidak berbau. Sementara jika ia pergi ke negara-negara Islam maka ia akan melihatnya kotor dan berbau. Padahal agama Islam kita mengajarkan bahawa "kebersihan itu adalah sebahagian dari iman dan kekotoran dari syaitan."Apakah iman telah berhijrah ke Eropah dan syaitan datang ke mari? Kenapa kaum Muslimin sendiri takut menampakkan aqidah mereka hatta di negara mereka sendiri, dan tidak berani hatta sekadar menunjukkan wajah. Mereka takut memelihara janggut mereka atau memakai pakaian Islam. Sementara orang-orang fasiq secara terang-terangan meminum arak, berzina, dan memperkosa kehormatan Islam tanpa orang Islam mampu menolak mereka bahkan hatta menyuruh yang berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari mungkar. Aku dengar sebahagian negara Islam seperti Mesir dam Morocco, ayah menyuruh anak-anak perempuan mereka melacur lantaran terlalu faqir dan miskin. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah al-'Ali al-'Azim.

Ya Ilahi. Kenapa Engkau menjauh dari ummat ini dan meninggalkannya jatuh ke dalam kegelapan. Tidak....tidak. Aku bermohon kemampunanMu ya Ilahi dan memohon taubat dari Mu.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 66

Page 67: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Merekalah yang menjauh dariMu dan memilih jalan syaitan. Maha Agung HikmahMu dan Maha Tinggi KekuasaanMu. Kau telah berfirman:"Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami (Allah) adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya "(Az-Zukhruf: 36). Engkau yang berfirman:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelum ini beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh maka kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang , maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Ali Imran: 144)

Tidak syak lagi bahawa kemuduran, keterbelakangan, kehinaan, dan kemiskinan adalah bukti jelas akan jauhnya mereka dari jalan yang lurus. Dan tidak syak lagi bahawa kelompok yang sedikit atau kelompok yang satu dari tujuh puluh tiga kelompok yang ada tidak akan dapat mempengaruhi perjalanan ummat ini secara keseluruhan. Rasulullah SAWA telah bersabda:"Kalian menyuruh yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar atau Allah akan menempatkan orang-orang jahat di antara kalian menguasai kalian, lalu orang-orang yang terbaik di antara kalian berdoa dan Allah tidak kabulkan."

Ya Tuhan kami. Kami telah beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami telah mengikuti Rasul. Maka golongkan kami bersama orang-orang yang menyaksikan.

Ya Tuhan kami. Janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau berikan kami hidayah. Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Penganugerah.

Ya Tuhan kami. Kami telah menzalimi diri kami, kalaulah Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihi kami maka kami pasti akan menjadi orang-orang yang merugi.

Aku berangkat ke Madinah al-Munawarah sambil membawa sepucuk surat dari temanku Basyir untuk salah seorang kerabatnya di sana. Maksudnya agar aku dapat tinggal bersamanya di sana kelak. Sebelum itu Basyir juga telah memberitahunya melalui telefon. Setibanya di sana, aku disambut dengan hangat dan diajak tinggal di rumahnya. Segera setelah itu aku pergi berziarah ke kuburan Rasul SAWA. Aku mandi dan mengenakan pakaianku yang paling baik dan bersih. Tidak lupa juga aku memakai wangi-wangian yang harum semerbak. Waktu itu para pengunjung tidak seramai di musim haji kerana itu aku

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 67

Page 68: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dapat berdiri di hadapan kuburan Nabi SAWA dan kuburan Abu Bakar dan Umar. Pada musim haji tempoh hari kerana sesaknya pengunjung aku tidak dapat berdiri seperti ini. Secara bersahaja aku cuba untuk menyentuh salah satu dari pintu kuburan Nabi sebagai tabaruk. Tiba-tiba seorang penjaga yang berdiri di situ menghentakku. Di setiap pintu ada seorang penjaga yang berdiri. Ketika aku berdiri lama untuk berdoa dan menyampaikan salam temanku, para penjaga di situ menyuruhku pergi. Aku cuba untuk bercakap dengan salah seorang dari mereka tetapi tidak ada kesan apa-apa. Aku kembali ke taman Raudhah. Di sana aku membaca ayat-ayat al-Qur'an dengan bacaan yang terbaik. Aku ulangi berkali-kali kerana aku bayangkan seakan Nabi sedang mendengar bacaanku. Aku katakan kepada diriku apakah mungkin Nabi wafat seperti kematian orang-orang lain. lalu kenapa kita baca salam kepadanya di waktu-waktu solat kita "Assalamu Alaika Ayyuhan Nabiyyu Wa Rahmatullahi Wabarakatuh ". Jika kaum Muslimin percaya bahawa Nabi Khidhir AS tidak mati dan menyahut salam kepada setiap orang yang mengucapkan kepadanya bahkan jika syaikh-syaikh tarekat sufi percaya bahawa syaikh mereka Ahmad Tijani atau Abdul Kadir al-Jailani dapat kepada mereka secara nyata atau dalam tidur, lalu kenapa kita meragukan jika Rasulullah SAWA mempunyai karamah seumpama ini. Padahal baginda Nabi adalah makhluk Allah yang paling utama.

Sebenarnya kaum Muslimin tidak meragukan kebolehan Rasulullah seperti ini melainkan puak Wahabbiyah yang aku sendiri mula tidak menyukainya. Selain dari sebab ini, juga kerana mereka bersikap kasar dan keras terhadap sesama orang-orang Mukmin yang tidak seaqidah dengan mereka.

Suatu hari aku berziarah ke Taman Baqi'. Aku berdiri di sana membaca Fatihah untuk arwah Ahlul Bayt. Berdekatan dengan aku ada seorang tua yang sedang menangis. Dari tangisannya aku bahawa dia adalah seorang Syi’ah. Kemudian dia menghadap kiblat dan solat. Tiba-tiba secepat kilat seorang askar datang menghampirinya yang seakan-akan dia memang memerhatikan gerak-geriknya dari awal. Dalam keadaan sujud orang tua ini ditendang dengan kasut sehingga dia jatuh tersungkur. Dia pengsan tidak sedarkan diri untuk beberapa saat. Kemudian askar tadi memukulnya lagi dan mencaci hamun kepadanya. Hatiku tidak tergamak melihat orang tua ini, takut-takut dia akan mati. Aku katakan kepada askar ini:"Haram bagimu memperlakukan orang tua seperti ini. Kenapa kau pukul dia ketika solat? Dihentaknya aku sambil berkata: diam kau dan jangan ikut campur agar tidak aku perlakukan seperti itu kepadamu. Ketika aku lihat matanya merah padam dan marah kepadaku aku pergi menghindarinya dengan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 68

Page 69: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

hati yang sangat kesal lantaran tidak dapat menolong seseorang yang sedang dianiaya. Aku juga sangat geram kepada orang-orang Saudi yang memperlakukan manusia menurut kemahuannya sahaja, tanpa ada yang berani mencegah. Sebahagian penziarah menyaksikan kejadian itu. Ada yang berkata: La Haula Wala Quwwata Illa Billahi al-Ali al-Azim Ada juga yang menyokong tindakan itu kerana kononnya dia solat di sekitar kubur, dan ini hukumnya haram. Aku tidak dapat menahan diriku melihat sikap orang ini. Aku katakan kepadanya, siapa yang berkata bahawa solat di sekitar kuburan adalah haram? "Rasulullah yang melarangnya,"jawabnya." Kalian berdusta atas nama Rasulullah,"kataku tanpa sedar. Aku khuatir orang-orang yang berada di sekitar akan menangkapku atau memanggil askar itu lalau menangkapku seperti orang tua itu. Akhirnya aku berkata lemah-lembut kepada orang ini:"Jika memang Nabi SAWA melarang ini, kenapa jutaan jamaah haji dan penziarah tidak melaksanakannya dan terus mengamalkan perbuatan yang haram. Mengingat mereka solat di sekitar kuburan Nabi dan kuburan Abu Bakar dan Umar ketika solat di Masjid Nabawi atau di berbagai masjid kaum Muslimin yang lain di serata dunia ini. Katakanlah bahawa solat di sekitar kuburnya haram, apakah dengan cara kasar ini kita melarangnya' ataukah dengan cara yang halus dan lemah lembut?

Izinkan aku menceritakan kisah seorang Badwi yang kencing di Masjid Nabi di hadapan baginda Nabi dan sahabat-sahabatnya tanpa segan silu. Ketika sebahagian sahabat berdiri menghunuskan pedang untuk membunuhnya, Nabi melarang mereka. Katanya:"Biarkan dia dan jangan kalian bertindak keras. Siramkan setimba air pada air kencingnya, kerana kalian dibangkitkan untuk mempermudahkan bukan untuk mempersulit; untuk membawa berita gembira bukan untuk menimbulkan rasa enggan". Semua sahabat mematuhi perintahnya. Kemudian Rasulullah memanggil si Badwi ini dan didudukkannya di sisinya. Disambutnya dengan mesra dan dikatakan kepadanya dengan lemah lembut bahawa tempat ini adalah Rumah Allah dan tidak boleh dinajisi. Akhirnya si Badwi masuk Islam. Pada hari-hari kemudiannya dia datang ke masjid dengan pakaiannya yang paling suci. Benarlah firman Allah kepada RasulNya:"Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu" (Ali Imran: 159)

Mendengar cerita ini sebahagian yang hadir merasa terkesan. Salah seorang dari mereka mengajakku ke tepi dan bertanya siapa aku. Dari Tunisia, jawabku. Disalamnya aku dan berkata:"Ya akhi, demi Allah, jagalah dirimu dan jangan bercakap serupa itu lagi di sini. Aku menasihatimu hanya kerana Allah semata-mata."

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 69

Page 70: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Sejak saat itu aku bertambah benci kepada mereka yang mengaku sebagai penjaga dua Haram (Khadam Haramain) sementara memperlakukan tamu-tamu Allah dengan cara kasar seperti itu. Di sana tidak ada orang yang berani mengeluarkan pendapatnya atau meriwayatkan hadith-hadith yagn tidak sesuai dengan cara mereka; atau percaya sesuatu yang tidak sama dengan kepercayaan mereka.

Aku kembali ke rumah temanku yang baru yang masih tidak aku kenal namanya. Dia membawakan untukku makan malam sambil duduk bersama di hadapanku. Sebelum mulai makan, ditanyanya ke mana aku pergi. Aku ceritakan kepadanya apa yang aku saksikan dari awal hingga akhir. Aku katakan juga kepadanya:" Ya akhi, terus terang aku katakan kepadamu bahawa aku mulai muak kepada Waahabi dan mulai condong kepada Syiah." Tiba-tiba mukanya berubah. Katanya kepadaku:" Jangan kau ucapkan kata-kata serupa itu sekali lagi!" Ditinggalkannya aku sendirian dan tidak kembali sehinggalah aku tertidur. Pagi-pagi lagi aku bangun setelah mendengar suara azan Masjid Nabawi, aku lihat makanan malam tadi masih berada di tempatnya. Aku sedar bahawa dia tidak kembali malam tadi. Aku berasa khuatir kalau-kalau dia seorang agen perisik. Aku segera berdiri dan bergegas meninggalkan rumah. Sepanjang hari itu aku berada di masjid saja, berziarah dan bersolat. Aku hanya keluar untuk berwudhu atau buang hajat.

Setelah solat Asar aku dengar seorang penceramah sedang memberikan kuliah kepada sekumpulan jamaah di sekitar. Aku ikut serta dalam majlis itu. Melalui orang yang hadirnya akhirnya aku tahu bahawa beliau adalah Kadhi Kota Madinah. Aku mendengarkan kuliah tafsir al-Qur'an yang diajarnya. Setelah masjlis, aku menhadapnya dan bertanya tentang sesuatu kepadanya. Kataku: Tuan, dapatkah anda memberikan penjelasan kepadaku maksud ayat "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kekotoran dari kamu hai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya " (Al-Ahzab: 33). Siapa Ahlul Bayt yang dimaksudkan dalam ayat ini?" Jawabnya segera:" Mereka adalah isteri-isteri Nabi. Sebab ayat ini bermula dengan menyebut mereka," Hai isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain...."

Aku katakan kepadanya:" Ulama Syiah berkata bahawa ayat ini adalah khusus untuk Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn. Aku juga telah memprotes mereka dan aku katakan bahawa permulaan ayat tersebut adalah kata-kata" Hai isteri-isteri Nabi...." Mereka menjawab:" Ketika ayat tersebut berkata kepada isteri-isteri Nabi,

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 70

Page 71: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dhomir (ganti nama) yang digunakan semuanya Nun Niswah (menunjuk perempuan). Firman Allah,"Lastunna init-taqitunna", "Fala Takhdo'na", "Wa Qulna", "Wa urna Fi Buyutiqunna", " wa la tabarrajna", "Wa aqimmas solah wa atinaz zakat", "Wa athi' nallaha wa rasulahu". Ketika bahagian ayat itu khusus kepada Ahlul Bayt, maka dhomir ayat itu pun berubah (menunjuk lelaki). Firmannya "Li Yuzhiba A'nkum" "Wa Yutohirakum".

Sambil mengangkat cermin matanya, dia memandang mukaku dan berkata:" Hati-hati engkau dari jenis pemikiran yang bahaya ini. Orang-orang Syiah mentakwilkan Kalam Allah mengikut hawa nafsu mereka. Mereka juga mempunyai berbagai ayat yang kita tidak tahu mengenai Ali dan anak-anaknya. Mereka juga mempunyai al-Qur'an tersendiri yang dinamakan dengan Mashaf Fatimah. Aku peringatkan engkau jangan sampai tertipu ". "Jangan khuatir hai Tuan!" Kataku kepadanya," Aku sentiasa waspada dan banyak tahu tentang mereka. Aku hanya ingin mengkaji. "Anda berasal dari mana?" Tanyanya kepadaku. "Dari Tunisia". "Siapa namamu?" "At-Tijani". Dia tertawa lebar." Anda tahu siapa itu Ahmad Tijani", tanyanya. "Syaikh Tarekat,"jawabku. "Dia adalah boneka kepada penjajah Perancis. Perancis dapat bertapak di Algeria, dan Tunisia kerana bantuannya. Jika kau pergi ke Paris, kau pergi ke Perpustakaan Nasional dan baca suatu kamus Perancis dalam Bab "A". Di sana kau akan lihat bahawa negeri Perancis telah memberi medal kehormatan kepada Ahmad Tijani kerana telah memberikan khidmat yang tidak terhingga kepada mereka. Aku berasa sangat hairan dengan kata-katanya. Lalu aku ucapkan rasa terima kasih dan kami pun berpisah.

Aku berada di Madinah selama seminggu di mana aku telah dapat solat sebanyak empat puluh solat di sana. Aku juga mengunjungi semua tempat-tempat ziarah. Selama masa keberadaanku di sana aku sangat menaruh perhatian. Perasaanku terhadap Wahabiyyah semakin hari semakin muak dan marah. Aku berangkat dari Madinah ke Jordan. Di sana aku berjumpa dengan teman-teman yang aku kenal pada waktu musim haji, seperti yang aku sebutkan di atas.

Di sana aku berada selama tiga hari. Aku lihat rasa dengki mereka kepada Syiah lebih banyak dari yang ada di Tunisia. Cerita dan kisahnya satu. Setiap kali aku tanya apa dalilnya, mereka berkata bahawa mereka juga telah mendengarnya dari orang lain. Tidak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 71

Page 72: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

satu pun yang aku tanya pernah duduk bersama orang Syiah atau membaca kitab orang Syiah bahkan bertemu dengan orang Syiah sekalipun.

Dari sana aku pergi ke Syria. Aku berkunjung ke Jami' Umawiyyah di Damsyik. Di sebelahnya ada tempat makam kepalanya Sayyidina Husayn. Aku juga sempat mengunjungi kuburannya Salahuddin al-Ayyubi dan Sayyidina Zainab.

Dari Beirut aku terus pergi ke Tripoli. Perjalanan laut memakan waktu selama tiga hari. Di saat itulah aku benar-benar beristirehat. Aku ulangi kaset rakaman perjalananku yang hampir habis. Akhirnya aku berkesimpulan bahawa aku condong dan menaruh rasa hormat kepada Syiah. Dan sebaliknya merasa benci dan muak kepada Wahabiyyah yang aku kenal liku-likunya. Aku memuji Allah atas kurnia yang diberikanNya kepadaku sambil berdoa kepadaNya agar ditunjukkanNya kepadaku jalan yang benar.

Aku kembali ke tanah airku dengan penuh kerinduan kepada keluargaku dan teman-temanku. Semuanya aku dapati dalam keadaan baik. Ketika masuk ke rumah, aku terkejut dengan bungkusan buku yang banyak yang telah sampai sebelumku. Aku tahu siapa pengirimnya. Ketika aku buka buku-buku yang memenuhi ruangan rumahku tersebut, hatiku semakin cinta dan menghargai mereka yang tidak mengingkari janjinya. Aku lihat buku-buku yang dikirim lebih banyak dari yang dihadiahkannya kepadaku waktu itu.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 72

Page 73: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Mulanya Satu Kajian

Aku sangat gembira. Aku susun buku-buku itu di ruangan khas yang aku namakan perpustakaan. Beberapa hari aku beristirehat. Daftar kerja untuk awal tahun pelajaran baru telah aku terima. Tugasku mengajar tiga hari berturut-turut dan selebihnya aku cuti.

Aku mula membaca buku-buku itu. Aku baca buku Aqaid al-Imamiyyah dan Aslus Syiah Wa Usuluha. Hatiku tenang melihat aqidah dan pemikiran-pemikiran yang dimiliki oleh Syiah. Kemudian aku baca kitab al-Murujaat (Dialog Sunah-Syiah) oleh Sayyid Syarafuddin al-Musawi. Setelah beberapa lembar aku baca, ianya sangat memikat sehingga tidak aku tinggalkan kecuali betul-betul terdesak. Kadang-kadang aku bawa kitab itu ke sekolah. Kitab itu sangat menarik perhatianku lantaran sikap dan ketegasan orang alim Syiah itu dan kemampuannya di dalam menjawab setiap soalan yang diajukan oleh seorang alim Sunni Syaikh al-Azhar.

Kitab itu sangat menusuk jiwaku kerana ia berbeza dengan kitab-kitab lain. Biasanya penulis sebuah buku akan menulis apa sahaja yang ia kehendaki tanpa ada orang yang akan menyangkal atau mengkritik. Tetapi kitab ini adalah dialog antara dua alim dari dua madzhab yang berbeza.

Masing-masing membahas secara terperinci setiap apa yang mereka permasalahkan, kecil atau besar, dengan berpegangkan kepada dua asas segenap kaum Muslimin, yakni al-Qur'an dan Sunnah sahih yang disepakati. Buku itu benar-benar mewakiliku sebagai seorang yang sedang mencari suatu kebenaran. Ia akan menerima setiap kebenaran yang didapatinya. Itulah kenapa buku itu sangat berguna sekali bagiku dan mempunyai jasa yang besar yang tidak terhingga kepadaku.

Aku sangat hairan ketika si penulis berbicara tentang ketidakpatuhan sebahagian sahabat terhadap perintah-perintah Rasul SAWA. Dibawanya berbagai contoh, antara lain ialah Tragedi Hari Khamis. Tidak terbayangkan betapa Sayyidina Umar bin Khattab memprotes perintah Nabi dan mengatakan bahawa Nabi meracau. Mula-mula aku ingat bahawa riwayat itu mesti dari kitab-kitab Syiah. Lebih menghairankan lagi ketika aku lihat bahawa orang alim Syiah itu meriwayatkannya dari kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Aku katakan kepada diriku bahawa jika memang aku jumpai ini di dalam Sahih Bukhari maka ia akan menjadi sebuah pendapat bagiku.

Aku berangkat ke ibu kota. Di sana aku membeli kitab Sahih

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 73

Page 74: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Tirmidzi, Muwatta Imam Malik dan kitab-kitab lain yang terkenal. Belum sempat sampai ke rumah, sepanjang jalan ke Qafsah dengan bas umum, aku buka lembaran-lembaran Kitab Bukhari. Aku cari riwayat Tragedi Hari Khamis, dengan harapan aku tidak akan menjumpainya di sana. Di luar dugaan aku dapati ada di sana dan aku baca berulang kali. Teksnya sama dengan apa yang ditulis oleh Sayyid Syarafuddin.

Aku berusaha untuk tidak mempercayai berlakunya tragedi ini secara keseluruhan kerana rasanya tidak mungking Sayyidina Umar melakukan perbuatan yang sangat 'bahaya' ini terhadap Nabi SAWA tetapi bagaimana aku akan mendustakan riwayat yang ada di dalam kitab sahih kami sendiri, yakni kitab sahihnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukankah kita telah mewajibkan diri kita untuk mempercayai bahawa kitab itu adalah kitab sahih. Meragukan atau mendustakan hatta sebahagian darinya bermakna kita telah mengabaikannya? Mengingatkan akibatnya kita akan mengabaikan seluruh kepercayaan kita.

Seandainya orang alim Syiah itu menukilnya dari kitab mereka maka aku tidak akan mempercayainya sama sekali. Tetapi ketika beliau menukilnya dari kitab sahih Ahlul Sunnah sendiri yang tidak ada jalan untuk mencelanya, sementara kita juga mengatakan bahawa itu adalah kitab yang paling sahih setelah turunya al-Qur'an, maka perkara tersebut menjadi lain dan menyirat suatu kemestian. Kalau tidak maka bermakna kita telah meragukan terhadap kesahihan kitab ini. Itu bermakna kita tidak mempunyai sebarang pegangan di dalam melihat hukum-hukum Allah SWT. Mengingatkan hukum-hukum yang ada di dalam Kitab Allah datang secara umum dan tidak terperinci. Dan kerana jarak kita dengan Rasulullah begitu jauh, maka kita telah mewarisi hukum-hukum agama kita melalui leluhur kita dengan perantara kitab sahih seperti ini. Dengan demikian maka kita tidak boleh mengabaikan kitab-kitab seumpama ini sama sekali.

Aku berjanji kepada diriku ketika mula mengkaji masalah yang panjang dan rumit ini untuk semata-mata berpegang kepada hadith yang sahih yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Aku akan mengabaikan setiap hadith yang hanya dipegang oleh satu madzhab sahaja dan ditolak oleh yang lain. Dengan cara yang adil seperti ini, aku akan dapat menjauhi diriku dari segala jenis pengaruh-pengaruh yang emosional, sikap taksub madzhab atau perselisihan kaum dan bangsa. Dalam waktu yang sama aku akan memohon jalan keragu-raguan untuk dapat sampai ke puncak keyakinan, yakni jalan Allah yang lurus.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 74

Page 75: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Sahabat Dalam Pandangan Sunnah dan Syiah

Di antara masalah penting yang aku anggap sebagai asas pokok setiap permasalahan yang akan membawa pada suatu kebenaran adalah masalah kehidupan para sahabat, tingkahlaku mereka dan kepercayaan mereka. Mengingat mereka adalah tiang segala sesuatu. Dari mereka kita mengambil ajaran agama kita. Dan dengan mereka kita bersinar dari bawah kegelapan untuk mengetahui hukum-hukum Allah SWT. Dahulunya ulama Islam telah meneliti mereka dan mempelajari kehidupan para sahabat. Mereka telah menulis berbagai buku tentang ini, seperti Usud al-Ghabah Fi Tamyiz as-Sahabat, Kitabal-Isobah Fi Ma'rifat as-Sahabat, Kitab Mizan al-I'tidal dan lain-lain lagi yang berbicara tentang kehidupan para sahabat secara teliti dan kritikal. Kesemuanya ini adalah dari sudut pandangan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah.

Ada beberapa keberatan timbul yang dapat kita ringkaskan sebagai berikut. Bahawa para ulama terdahulu kebanyakannya ketika menulis sejarah, akan mengikut rentak pendapat para penguasa, sama ada Bani Umaiyyah atau Bani Abbasiyyah. Sementara sikap permusuhan mereka terhadap Ahlul Bayt Nabi dan bahkan terhadap orang-orang yang mengikuti mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Itulah kenapa adalah tidak adil jika hanya berpegang kepada kata-kata mereka tanpa melihat pandangan ulama Muslimin yang lain yang ditekan, dihalau dan diburu oleh para penguasa itu. Dosanya hanya kerana mereka adalah pengikut setia Ahlul Bayt dan sumber setiap penentangan terhadap penguasa-penguasa yang zalim dan sesat.

Kemusykilan yang paling asas adalah masalah sahabat. Mereka telah berselisih ketika Rasul SAWA ingin menuliskan kepada mereka suatu wasiat yang akan menjamin mereka dari kesesatan sehingga akhir zaman. Perselisihan mereka ini telah mengakibatkan ummat Islam tidak mendapatkan kurnia ini dan menghantar mereka pada kesesatan sehingga mereka terpecah, berselisih dan hilang kekuatan.

Mereka juga telah berselisih di dalam masalah khilafah sehingga mereka terpecah kepada penyokong parti yang memerintah dan parti pembangkang. Akibatnya ummat Islam terkorban dan terbahagi kepada Syi’ahnya Ali dan Syiahnya Mu’awiyah.

Mereka juga berselisih di dalam menafsirkan Kitab Allah dan hadith-hadith Rasul SAWA. Akibatnya terciptalah berbagai madzhab, puak, kelompok, dan golongan. Dari sana tumbuh berbagai aliran Ilmu Kalam dan aliran-aliran pemikiran yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 75

Page 76: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

beragam. Juga muncul berbagai aliran falsafah yang bermotifkan kepentingan politik melulu serta berkaitan rapat dengan kekuasaan.

Kalaulah bukan kerana sahabat maka kaum Muslimin tidaklah terpecah dan berselisih. Setiap perselisihan yang berlaku pasti berakar umbi daripada perselisihan mereka tentang sahabat. Tuhan satu, al-Quran satu, Rasul satu dan kiblat satu. Semua kaum Muslimin sepakat dalam semua itu. Perselisihan bermula dan berlaku berkenaan dengan sahabat sejak dari hari pertama setelah wafatnya Rasul SAWA di Saqifah Bani Sai'dah sehingga hari ini dan akan terus berlanjutan sampai masa yang dikehendaki Allah.

Dari diskusiku dengan beberapa ulama Syiah, dalam pandangan mereka sahabat terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan sahabat yang baik yang telah mengenal Allah dan RasulNya dengan pengetahuan yang sempurna. Mereka telah membaiat Rasul dan bersedia berkorban, menemaninya dengan jujur di dalam ucapan, dan ikhlas di dalam tindakan, tidak berpaling setelah wafatnya bahkan tetap setia dengan janji-janjinya. Mereka ini telah dipuji oleh Allah di dalam KitabNya di berbagai ayat al-Qur'an. Rasul juga telah memujinya di dalam berbagai tempat. Orang-orang Syiah menyebut mereka dengan penuh hormat dan takzim. Mereka mengucapkan Radhiallah Anhum kepada mereka sebagaimana Ahli Sunnah juga.

Kedua, golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengikut Rasul SAWA kerana suatu tujuan, sama ada inginkan sesuatu atau takutkan kepada sesuatu. Mereka meminta jasa kepada Rasul atas keislaman mereka. Kadang-kadang mereka menganggunya dan tidak patuh pada perintah atau larangannya. Bahkan berpegang kepada pendapat sendiri di hadapan nas-nas yang jelas. Sehingga Allah turunkan ayat mencela mereka atau kadang-kadang mengancam mereka; dan Rasul juga telah memperingatkan mereka di dalam berbagai sabdanya. Orang-orang Syiah tidak menghormati perbuatan mereka apalagi mensucikan mereka.

Ketiga, golongan munafiq yang menemani Rasul untuk memperdayakannya. Mereka menampakkan diri sebagai Muslim sementara hati mereka menyimpan kekufuran. Mereka mendekat kepada Islam agar dapat memperdayakan kaum Muslimin. Allah telah menurunkan kepada mereka suatu surah yang sempurna. Disebutkan mereka di dalam berbagai tempat dan diancamnya mereka dengan siksa api neraka yang paling dahsyat. Rasul juga telah menyebut mereka dan mengancam mereka. Sebahagian mereka telah diberitahu nama-nama mereka dan tanda-tandanya. Sunnah dan Syiah sepakat untuk melaknat dan menjauhkan diri

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 76

Page 77: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dari mereka.

Tambahan lagi ada satu golongan sahabat yang khusus. Mereka lebih istimewa lantaran kekerabatan mereka dengan Nabi, ketinggian akhlak, dan kemurnian jiwa yang dimiliki dan kekuasaan yang telah dikurniakan Allah dan RasulNya kepada mereka sehinggalah tidak satu pun orang dapat menyainginya. Mereka adalah golongan Ahlul Bayt yang telah dibersihkan oleh Allah dari segala dosa dan dibersihkan sesuci-sucinya (S:33:33), diwajibkan bersalawat ke atas mereka sebagaimana yang diwajibkam kepada Rasul SAWA, disertakan mereka sebagai golongan yang wajib diberikan khumus (S:8:41), diwajibkan kepada orang-orang Islam untuk mencintai mereka sebagai imbalan bagi Risalah Muhammad SAWA (S:42:23), sebagai ulil amri yang wajib dipatuhi (S:4:59), sebagai orang-orang yang rusukh di dalam ilmu pengetahuan dan tahu memberikan takwilan kepada al-Qur'an dan membezakan antara yang mutasyabih dengan yang muhkam (S:3:7), sebagai Ahl Zikr yang dijadikan oleh Rasul sebagai pendambing al-Qur'an dan wajib berpegang teguh kepadanya seperti di dalam hadith as-Tsaqalain (Lihat Kanz Ummal, Jilid 1, hlm. 44; dan Musnad Ahmad, Jilid 5, hlm. 182), sebagai bahtera penyelamat Nabi Nuh sehingga siapa yang mengikutinya aka selamat dan yang tinggal akan tenggelam (Lihat Mustadrak al-Hakim, Jilid 3, hlm.151; dan Sawaiq al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, hlm. 184 dan 234).

Para sahabat mengetahui kedudukan Ahlul Bayt, menghormati bahkan metakzimkan mereka. Dan Syiah menuruti jejak mereka serta mendahulukan mereka di atas semua sahabat yang lain. Dalam hal ini mereka mempunyai dalil-dalil yang sangat bernas.

Sementara Ahlul Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka menghormati, mengutamakan, dan mentakzimkan Ahlul Bayt, namun mereka tidak menerima adanya pembahagian sahabat seperti ini. Mereka tidak menganggap orang-orang munafik sebagai sebahagian dari sahabat. Bagi mereka sahabat adalah manusia yang paling baik selepas Rasul SAWA. Jika ada pembahagian, maka pembahagiannya di sisi lain, seperti golongan orang-orang yang mula pertama masuk Islam, golongan sahabat yang menderita kerana agama Islam dan sebagainya. Empat Khulafa Rasyidin ditempatkan pada peringkat pertama, kemudian enam orang yang lain yang telah dijamin masuk syurga seperti yang diriwayatkan. Itulah kenapa mereka bersalawat ke atas Nabi dan Ahlul Baytnya maka mereka akan sebut juga para sahabat secara keseluruhan (Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma'in). Inilah yang aku tahu dari ulama-ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan begitulah juga yang aku dengar dari ulama-ulama Syiah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 77

Page 78: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tentang pembahagian sahabat. Dan ini mendorongku untuk membuat kajian secara mendalam tentang sahabat. Aku berjanji kepada Tuhanku - jika Dia perkenankan - untuk menghindarkanku dari segala jenis taksub dan emosional agar dapat berlaku objektif di dalam menilai pendapat kedua madzhab ini, lalu mengambil yang terbaik darinya.

Rujukanku di dalam hal ini: 1. Kaedah mantik yang benar. Iaitu aku tidak akan berpegang

kecuali apa yang disepakati oleh kedua golongan di dalam menafsirkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi yang sahih.

2. Akal. Ia adalah nikmat Allah yang paling besar kepada manusia. Kerananya maka manusia dimuliakan dan diutamakan di atas segenap makhluk-makhluk yang lain. Bukankah Allah SWT ketika berhujah dengan hamba-hambaNya, menyeru mereka supaya berfikir. FirmanNya "Apakah kalian tidak berfikir", "Apakah mereka tidak memahami", "Apakah mereka tidak meneliti", "Apakah mereka tidak melihat", dan lain-lain lagi (Sila lihat contoh-contoh dalam al-Qur'an).

Prinsip kajianku mestilah Islami; beriman kepada Allah, para malaikatNya, para RasulNya, kitab-kitabNya, dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya dan hanya Islam sebagai Din yang ada di sisi Allah SWT. Aku tidak akan berpegang kepada mana-mana sahabat walaupun kekerabatannya yang dekat dengan Nabi atau kedudukannya yang tinggi. Aku bukanlah seorang dari golongan Bani Umaiyyah atau Bani Abbasiyyah atau Fatimiyyah atau Sunnah ataupun Syiah. Aku juga tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan Abu Bakar, Umar, Uthman atau Ali bahkan Wahsyi pembunuh Sayyidina Hamzah sekalipun selama ini dia telah mengikuti agama Islam. Bukankah Islam mengampuni segala apa yang telah dilalui di alam kekufuran dan Rasul telah memaafkannya?

Kerana itu aku telah bertekad untuk mengkaji secara mendalam agar dapat sampai kepada suara kebenaran, dan kerana aku telah mengambil keputusan untuk membebaskan fikiranku dari segala ikatan maka aku memulakan penelitianku mengenai sahabat dengan penuh tawakal dan mengharapkan barakah dari sisi Allah SWT.

1. Perdamaian Hudaibiyyah Dan Sahabat

Ringkasan peristiwa adalah seperti berikut: Pada tahun keenam Hijrah Rasulullah bersama seribu empat ratus sahabatnya keluar dari Madinah dengan tujuan umrah. Disuruhnya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 78

Page 79: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

para sahabat menyarungkan pedangnya masing-masing. Mereka berihram di Zul Hulaifah dan membawa binatang korban agar orang-orang Quraisy tahu bahawa mereka datang untuk umrah bukan untuk berperang. Kerana sifat angkuhnya, orang-orang Quraisy tidak mahu kelak orang Arab mendengar bahawa Muhammad telah masuk ke Mekah dan memecahkan benteng mereka. Diutusnya serombongan delegasi yang diketuai oleh Suhail bin Amru bin Abdu Wud al-Amiri agar meminta Nabi kembali ke tempat asalnya. Tahun depan mereka akan dizinkan untuk selama tiga hari. Orang-orang Quraisy juga meletakkan syarat yang berat yang kemudiannya diterima oleh Rasul SAWA berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya dan wahyu Allah kepadanya.

Namun sebahagian sahabat tidak senang dengan sikap Nabi seperti ini. Mereka menentangnya dengan keras. Umar bin Khattab datang dan berkata: "Apakah benar engkau adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?" "Ya", jawab Nabi. "Bukankah kita dalam hak dan musuh kita dalam kebatilan?" "Ya", sahut Nabi lagi. "Lalu kenapa kita hinakan agama kita?", desak Umar. "Aku adalah Rasulullah. Aku tidak melanggar perintahNya dan Dialah Penolongku", jawab Nabi. "Bukankah engkau mengatakan kepada kami bahawa kita akan mendatangi Rumah Allah dan bertawaf di sana?" "Ya, tetapi apakah aku mengatakan kepadamu pada tahun ini juga?", tanya Nabi. "Tidak,"jawab Umar. "Engkau akan datang ke sana dan tawaf di sekitarnya".

Kemudian Umar datang kepada Abu Bakar dan bertanya: "Hai Abu Bakar! Benarkah ini adalah Nabi Allah yang sesungguhnya?" "Ya", jawab Abu Bakar.

Kemudian Umar mengajukan pertanyaan yang serupa kepada Abu Bakar dan dijawabnya dengan jawapan yang serupa juga. "Hai saudara!", kata Abu Bakar. "Beliau adalah Rasulullah yang sesungguhnya. Beliau tidak melanggar perintahNya dan Dialah PenolongNya maka percayalah dengannya."

Setelah Rasulullah selesai menulis piagam perdamaian, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya:" Pergilah kalian sembelih binatang-binatang korban itu dan cukurlah rambut!" Demi Allah tidak satu sahabatpun berdiri memenuhi perintah itu sehingga Nabi mengucapkannya sebanyak tiga kali. Ketika dilihatnya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 79

Page 80: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka tidak mematuhi perintahnya baginda masuk ke khemahnya dan keluar kembali tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menyembelih binatang korbannya dengan tangannya sendiri lalu memanggil tukang cukurnya dan beliau mencukur rambutnya. Ketika para sahabat melihat ini mereka berdiri dan menyembelih korban mereka lalu saling mencukur sehingga hampir-hampir mereka saling berbunuh-bunuhan.... (Lihat buku-buku sejarah dan sirah. Juga lihat Sahih Bukhari di dalam Bab as-Syurut fil Jihad, Jilid 2, hlm. 122; juga Sahih Muslim Bab Sulhul Hudaibiyyah Jilid 2).

Demikianlah ringkasan kisah Perdamaian Hudaibiyyah yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Para ahli sejarah dan sirah seperti Tabari, Ibnul Athir, dan Ibnu Saad menuliskan cerita ini di buku mereka masing-masing. Begitu juga Bukhari dan Muslim.

Di sini aku terdiam dan terhenti. Tidak mungkin aku baca cerita seumpama ini tanpa menimbulkan apa-apa kesan dan hairan atas sikap para sahabat terhadap Nabi mereka. Apakah seorang yang rasional akan dapat menerima ucapan orang mengatakan bahawa semua sahabat Nabi telah mematuhi seluruh perintah Nabi dan melaksanakannya. Bukti sejarah ini menafikan kebenaran ucapan seperti itu. Dapatkah seorang yang rasional menilai bahawa sikap seperti ini terhadap Nabi adalah perkara yang kecil, atau dapat diterima atau dimaafkan? Allah berfirman:"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya (Surah 4: 65).

Apakah di sini Umar tidak berat menerima keputusan Nabi SAWA ataukah dia bersikap ragu-ragu terhadap perintah Nabi khususnya ketika dia berkata: apakah engkau benar-benar Nabi Allah yang sesungguhnya? Bukankah engkau berkata kepada kami.....dan seterusnya. Apakah Umar juga menerima jawapan Nabi yang memuaskan itu? Tidak. Dia tidak puas hati dengan jawapan Nabi lalu pergi kepada Abu Bakar dan mengajukan pertanyaan yang serupa. Apakah dia menerima jawapan Abu Bakar dan nasihatnya agar mematuhi perintah Nabi? Tidak tahu aku apakah dia menerimanya lantaran jawapan Abu Bakar atau jawapan Nabi! Kalau tidak kenapa dia berkata terhadap dirinya," Lalu aku telah lakukan beberapa perkara yang ...."Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang tahu apa yang dilakukan oleh Umar. Dan aku juga tidak tahu sebab keengganan sahabat-sahabat lain atas perintah Nabi setelah itu ketika baginda berkata:"Pergilah sembelih binatang korban dan cukurlah rambut kalian!" Tidak satupun dari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 80

Page 81: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka mendengar perintah Nabi ini sehingga beliau terpaksa mengulangi tiga kali tanpa apa-apa kesan.

Subhanallah! Aku hampir-hampir tidak percaya apa yang aku baca ini. Apakah sampai tahap ini para sahabat bersikap terhadap perintah Nabi? Jika cerita ini diriwayatkan hanya oleh golongan Syiah sahaja, maka aku akan katakan bahawa ini adalah tuduhan Syiah kepada para sahabat yang mulia. Masalahnya begitu terkenal dan benarnya cerita ini sehingga semua ahli hadith Ahlul Sunnah Wal Jamaah meriwayatkannya di buku mereka masing-masing. Dan kerana aku telah berjanji untuk menerima apa yang telah aku disepakati, maka aku tidak ada pilihan kecuali menerima dan bingung. Apa yang harus aku katakan? Dengan apa aku harus memaafkan terhadap sahabat-sahabat yang telah hidup bersama Nabi selama hampir dua puluh tahun, dari awal masa kebangkitan sehinggalah Perdamaian Hudaibiyyah di mana mereka saksikan berbagai mukjizat dan cahaya kenabian. Al-Qur'an juga mengajarkan kepada mereka, siang dan malam bagaimana semestinya bersikap dan beradab di hadapan baginda Nabi dan bagaimana cara bercakap dengannya, sehingga Allah pernah mengancam untuk menggugurkan amal-amal baik mereka jika suara mereka diangkat lebih keras dari suara Nabi.

Aku memungkinkan bahawa Umar bin Khatablah yang mempengaruhi sahabat-sahabat lain untuk mengabaikan perintah Nabi. Ini dapat aku lihat melalui pengakuannya bahawa dia telah melakukan beberapa perkara yang tidak mahu disebutkannya atau sebahagian ucapannya yang berkata:"Aku terus berpuasa, bersedekah, solat, dan membebaskan hamba kerana takutkan kata-kataku yang aku ucapkan ini....." dan seterusnya seperti yang tercatat di dalam berbagai buku (Lihat as-Sirah Halabiyyah Bab Sulhul Hudaibiyyah, Jilid 1, hlm. 706).

Ini menunjukkan bahawa Umar sendiri sebenarnya mengetahui implikasi dari sikapnya seperti ini. Suatu cerita yang aneh, dan ajaib, tetapi benar dan nyata.

II. Tragedi Hari Khamis Dan Sahabat

Ringkasan cerita adalah seperti berikut: Para sahabat sedang berhimpun di rumah Rasul SAWA tiga hari sebelum hari wafatnya. Rasul memerintahkan mereka untuk mengambil kertas dan dakwat agar dituliskan kepada mereka suatu wasiat yang akan memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat berselisih. Sebahagian mereka enggan mematuhinya dan menuduhnya telah meracau sehingga baginda marah dan mengusir mereka dari rumahnya tanpa menuliskan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 81

Page 82: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

apa-apa. Perinciannya sebagai berikut: Ibnu Abbas berkata:"Hari Khamis, oh Hari Khamis. Waktu Rasul merintih kesakitan, beliau berkata,'mari aku tuliskan untuk kalian suatu pesanan agar kalian kelak tidak akan tersesat.' Umar berkata bahawa Nabi sudah terlalu sakit sementara al-Qur'an ada di sisi kalian. Cukuplah bagi kita Kitab Allah. Orang yang berada di rumah berselisih dan bertengkar. Ada yang mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar dituliskannya suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat setelahnya. Ada sebahagian lain berpendapat seperti pendapat Umar. Ketika pertengkaran di sisi Nabi semakin hangat dan riuh Nabi pun lalu berkata,"Pergilah kalian dari sisiku". Ibnu Abbas berkata:"Tragedi yang paling menyayat hati Rasullullah SAWA adalah larangan serta pertengkaran mereka di hadapan Rasul yang ingin menuliskan suatu pesanan untuk mereka." [1]

Kes ini benar-benar berlaku. Para ulama, ahli hadith dan ahli sejarah Syiah dan Sunnah menuliskan riwayat ini di dalam buku-buku mereka. Dan ini harus aku terima lantaran ikrarku dan janji yang telah aku buat. Di sini juga aku berasa hairan di atas sikap yang dilakukan oleh Umar terhadap perintah Nabi SAWA. Perintah apa itu? Perintah yang akan menyelamatkan ummat ini dari kesesatan. Tidak syak lagi bahawa wasiat ini menyirat sesuatu yang baru bagi kalangan kaum Muslimin dan akan menghapuskan segala keraguan-keraguan yang ada dalam diri mereka.

Kita tinggalkan pendapat Syiah yang berkata bahawa Nabi sebenarnya ingin menuliskan nama Ali sebagai khalifahnya lalu Umar lebih cerdik dan segera melarangnya. Ini kerana tafsiran mereka tidak dapat kita terima secara prinsip Tetapi apakah kita mempunyai kita mempunyai tafsiran lain yang logik dari peristiwa yang menyakitkan hati ini, sehingga baginda marah dan mengusir mereka dari kamarnya. Bahkan menyebabkan Ibnu Abbas menangis sehingga membasahi tanah, dan dikatakannya sebagai tragedi yang paling besar.

Ahlul Sunnah berkata bahawa Umar merasakan penderitaan Nabi, lalu kasihan dan semata-mata tidak ingin membebankannya. Namun tafsiran serupa ini tidak dapat diterima oleh orang-orang awam, apa lagi orang-orang yang alim. Aku berkali-kali berusaha mencari alasan untuk memaafkan Umar tetapi realiti kejadian enggan menerimanya. Bahkan hatta kalimat "yahjur" (meracau) telah diganti (semoga Allah melindungi kita) dengan kalimat "ghalabahul waja" (kerana terlalu sakit). Kita juga masih tidak akan dapat menemukan alasan apologetik lain atas kata-kata Umar, "Indakum Al-Quran" (di sisi kalian al-Quran) dan "Hasbuna Kitabullah" (cukup bagi kami Kitabullah). Apakah beliau lebih arif

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 82

Page 83: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tentang al-Quran daripada Nabi yang telah menerimanya, ataukah baginda tidak sedar apa yang diucapkannya? (semoga Allah melindungi kita). Ataukah baginda ingin meniupkan api perpecahan dan pertengkaran dengan perintahnya ini? (Astagfirullah).

Kalau memang tafsiran Ahlul Sunnah ini benar, maka Rasulullah akan tahu niat baik Umar ini dan berterima kasih kepadanya. Bahkan baginda akan lebih mendekatkannya daripada harus marah dan berkata,"Keluar kalian daripadaku".

Aku juga ingin bertanya kenapa mereka ikut perintah Nabi ketika diusirnya keluar dari kamarnya dan tidak berkata bahawa baginda sedang meracau. Sungguh mereka telah berhasil dalam perencanaan mereka untuk menyekat Nabi dari menuliskan suatu wasiat. Itulah kenapa tiada sebab mereka harus terus berada di sana. Bukti bahawa mereka bertengkar di hadapan baginda dan terbahagi kepada dua golongan adalah isi riwayat berkenaan,"Ada yang berkata dekatkan kepada Rasulullah apa yang dimintanya agar dituliskannya untuk kalian pesanan itu, dan ada sebahagian lagi berkata seperti kata-kata Umar, yakni Nabi sedang meracau."

Perkara ini tidak sesederhana seperti yang dibayangkan lantaran ianya berkaitan dengan diri Umar seorang. Kalau memang demikian maka Nabi akan memarahinya dan berdalih bahawa beliau tidak berkata apa-apa mengikut hawa nafsunya, dan beliau tidak meracau di dalam membimbing umat ini. Namun masalahnya lebih serius dari itu dan dilihatnya bahawa Umar bersama sahabat-sahabatnya telah bersepakat sebelum kejadian itu. Kerana itu mereka bertengkar dan berselisih di hadapan baginda sehingga mereka lupa atau pura-pura lupa dengan firman Allah SWT,"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak gugur (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari" (Al-Quran: 49: 2).

Di dalam kes ini mereka telah melampaui dari batasan "meninggikan suara" dan "berkata keras". Mereka telah mengatakan bahawa Nabi telah meracau. (Semoga Allah melindungi kita). Lalu bertengkar ramai dan hiruk-pikuk di hadapannya.

Aku hampir memastikan bahawa kebanyakan yang hadir berpihak pada Umar. Kerana itu maka Rasulullah melihat adalah tidak berguna lagi menuliskan pesanan itu. Baginda juga tahu bahawa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 83

Page 84: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka sudah tidak menghormatinya dan tidak patuh pada perintah Allah atas haknya sebagai Nabi di mana kaum Muslimin dilarang berkata kasar dan keras di hadapannya. Nah, jika mereka enggan patuh pada perintah Allah, maka apa lagi pada perintah RasulNya SAWA.

Kebijaksanaan Rasul memutuskan untuk tidak menuliskan wasiat itu kerana ia merupakan celaan pada masa hidupnya, maka bagaimana pula nanti selepas wafatnya. Kelak orang-orang yang mencelanya akan berkata bahawa Nabi waktu itu sedang meracau, dan mungkin juga mereka akan meragukan sebahagian hukum yang disyariatkan Nabi pada masa sakitnya itu juga kerana keyakinan mereka akan meracaunya baginda.

Aku memohon ampunan dari Allah dan ucapan seperti itu terhadap Nabi Rasul Allah. Bagaimana aku dapat menyakinkan diriku bahawa Umar bin Khatab tidak bermaksud sungguh-sungguh ketika mengucapkan itu. Padahal sebahagian sahabat yang hadir menangis dalam kejadian ini sehingga air matanya membasahi tanah dan dikatakan sebagai tragedi Hari Khamis.

Aku berkesimpulan untuk menolak setiap alasan yang diajukan untuk menjustifikasikan kejadian itu, dan berusaha juga untuk mengingkarinya secara total agar hati ini dapat tenteram. Tetapi sayangnya semua buku-buku sahih telah meriwayatkannya dan membuktikan kebenarannya.

Aku lebih condong kepada pendapat Syiah di dalam menafsirkan kejadian ini, kerana tafsirannya rasional dan mempunyai bukti yang kuat. Aku masih teringat jawapan Sayyid Muhammad Baqir Sadr ketika aku tanya bagaimana Sayyidina Umar dari segenap sahabat dapat mengerti maksud Nabi yang ingin menjadikan Ali sebagai khalifahnya seperti kalian duga. Bukankah ini adalah bukti kepandaiannya?

Sayyid Sadr menjawab:"Bukan Umar sendiri yang tahu maksud Rasul. Semua yang hadir juga tahu kerana sebelum itu pun Rasul juga pernah berkata kepada mereka,"Aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat (thaqalain): Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku. Jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Di waktu sakitnya baginda berkata kepada mereka,"Biar aku tuliskan kepada kalian suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Semua yang hadir termasuk Umar tahu maksud Nabi yang ingin menegaskan secara tertulis apa yang diucapkannya di Ghadir Khum sebelum itu. Yakni berpegang teguh pada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Baytnya. Dan penghulu Itrah adalah Ali. Jadi seakan-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 84

Page 85: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

akan Nabi ingin berkata,"Berpeganglah kalian kepada Al-Qur'an dan Ali. Ucapan-ucapan seperti ini pernah dikatakanya juga di berbagai tempat yang lain seperti yang diungkapkan oleh berbagai ahli hadith.

Majoriti Quraisy tidak suka dengan Ali kerana beliau adalah yang paling muda, yang pernah menghancurkan pembesar-pembesar mereka dan membunuh pahlawan-pahlawan mereka. Tetapi mereka tidak berani menentang Nabi ke tahap yang pernah berlaku di Perdamaian Hudaibiyyah, atau penentangan keras mereka terhadap Nabi ketika baginda menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, seorang munafik, dan di dalam berbagai kejadian yang telah dicatatkan oleh sejarah. Sikap seperti ini, seperti yang anda lihat penentangan mereka atas penulisan wasiat di saat-saat akhir hayatnya, menimbulkan keberanian kepada yang lain untuk menentang dan bertengkar di hadapan baginda. Ucapan "al-Qur'an sudah ada di sisi kalian; cukuplah bagi kita Kitab Allah", adalah bantahan yang nyata kepada maksud hadith yang menyuruh mereka berpegang kepada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Bayt Nabi. Seakan maksud bantahan itu begini:"Cukup bagi kami Kitab Allah dan tidak perlu kepada Itrah". Selain itu tidak ada penafsiran lain yang dapat diterima, melainkan kalau kita katakan bahawa maksudnya adalah taat pada Allah tanpa perlu taat kepada Rasul. Hal demikian sudah pasti tidak benar dan tidak dapat diterima.

Jika aku buang jauh-jauh rasa taksub buta dan emosi serta berfikir secara rasional dan objektif aku mesti menerima tafsiran seperti ini; adalah lebih mudah untuk menuduh Umar sebagai orang pertama yang menolak Sunnah dengan kata-katanya,"Cukuplah bagi kita Kitab Allah".

Jika sebahagian penguasa menolak Sunnah Nabi kerana alasan ianya kontradiktif, sebenarnya ia hanya mengikut pengalaman sejarah kehidupan kaum Muslimin sebelumnya. Aku juga tidak mengatakan bahawa Umar adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab atas tragedi ini sehingga umat kehilangan bimbingan yang sepatutnya diterimanya. Agar lebih adil harus aku katakan bahawa ada sahabat lain yang bersamanya dan mempunyai pendapat seperti pendapatnya Umar. Mereka menyebelahi Umar di dalam sikapnya yang menentang perintah Nabi SAWA.

Aku hairan kepada mereka yang membaca peristiwa ini lalu menganggapnya ringan yang seakan tidak ada apa-apa makna. Padahal ia adalah tragedi yang paling besar seperti yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 85

Page 86: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

diungkapkan oleh Ibnu Abbas. Lebih hairan lagi adalah usaha mereka yang cub menjaga kemuliaan seorang sahabat dan membenarkan perbuatan salahnya dengan mengorbankan kemuliaan Rasulullah dan prinsip-prinsip Islam.

Kenapa kita harus lari dari suatu fakta dan berusaha menguburkannya ketika ianya tidak sejalan dengan kehendak kita? Kenapa kita tidak menerima dan mengakui bahawa sahabat sebenarnya manusia seperti kita juga. Mereka juga mempunyai hawa nafsu, kehendak, dan keinginan serta berlaku benar dan salah. Bagaimanapun rasa hairan ini akhirnya juga hilang ketika aku baca Kitab Allah yang mengisahkan kepada kita kisah-kisah para Nabi AS dan penderitaan yang mereka alami kerana sikap ummatnya yang menentang mereka walaupun setelah mereka saksikan berbagai mukjizat. Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah kepada kami. Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Aku mulai mengerti latar belakang sikap Syiah terhadap Khalifah Kedua yang dikatakan sebagai orang yang paling bertanggungjawab di atas segala tragedi yang berlaku di dalam kehidupan kaum Muslimin sejak Tragedi Hari Khamis yang telah menyekat penulisan wasiat yang kelak akan menyelamatkan manusia dari kesesatan itu. Hendaklah kita akui bahawa orang yang rasional yang mengetahui kebenaran adalah bukan lantaran seorang tokoh yang memahami sikap Syiah seperti ini. Namun bagi mereka yang tidak tahu kebenaran melainkan kerana tokoh tertentu, maka perbicaraan ini tidak akan bermanfaat bagi mereka.

III Sariyah (Ekspedisi) Usamah Dan Sahabat

Ringkasan peristiwa adalah seperti berikut: Rasulullah dua hari sebelum wafatnya telah menyiapkan satu pasukan untuk memerangi tentera Rom. Usamah bin Zaid yang berusia lapan belas tahun dijadikan sebagai komandan pasukan tentera perang. Tokoh-tokoh Muhajirin dan Ansar seperti Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, dan sahabat-sahabat besar lainnya diperintahkan untuk berada di bawah pasukan Usamah ini. Sebahagian mereka mencela pengangkatan Usamah (sebagai komandan tentera). Mereka berkata: bagaimana Nabi menunjukkan seorang muda yang belum berjanggut sebagai komandan pasukan kami. Sebelum itu mereka juga telah mencela pengangkatan ayahnya oleh Nabi. Mereka banyak memprotes sehingga Nabi sangat marah mendengar celaan dan sikap mereka ini. Sambil kepalanya diikat kerana demam panas baginda keluar dipapah oleh dua orang dalam keadaan dua kakinya diheret

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 86

Page 87: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menyentuh bumi (semoga ayah dan ibuku terselamat lantaran derita yang dialaminya). Baginda naik ke atas mimbar, memuji Allah dan bertahmid kepadaNya. Sabdanya,"Wahai Muslimin apa gerangan ucapan-ucapan sebahagian di antara kamu yang telah sampai ke telingaku berkenaan dengan pengangkatanku terhadap Usamah sebagai pemimpin. Demi Allah, jika kamu kini mengecam pengangkatannya; sungguh hal itu sama seperti dahulu kamu telah mengecam pengangkatanku terhadap ayahnya sebagai pemimpin. Demi Allah, sesungguhnya ia amat layak memegang jawatan kepimpinan itu. Begitu juga puteranya - setelah ia - sungguh amat layak untuk itu".[2]

Kemudian baginda mendesak mereka untuk segera berangkat. Baginda berkata,"Siapkan pasukan Usamah. Lepaskan pasukan Usamah. Berangkatkah Sariyyah Usamah". Baginda mengulang-ulang ucapannya sedangkan mereka tetap merasa segan dan bermalas-malasan di Jurf.

Sikap seperti ini mendorongku untuk bertanya, alangkah beraninya mereka terhadap Allah dan RasulNya? Kenapa harus derhaka terhadap Nabi SAWA yang begitu kasih dan sayang kepada kaum Muslimin? Aku tidak dapat membayangkannya, begitu juga orang lain, tafsiran apa yang boleh membenarkan pelanggaran dan pengabaian seperti ini?

Seperti biasa ketika membaca peristiwa-peristiwa yang menyentuh tentang kemuliaan para sahabat, maka aku berusaha untuk tidak mempercayai kebenarannya. Namun bagaimana mungkin aku dapat bersikap demikian sementara para ahli sejarah dan ahli hadith Sunnah dan Syiah bersepakat dalam meriwayatkannya.]

Aku telah berjanji kepada Tuhanku untuk berlaku adil dan jujur. Aku tidak boleh bersikap taksub dengan madzhabku, dan menjadikan kebenarannya semata-mata sebagai ukuran. Dan memang kebenaran adalah pahit seperti yang dikatakan. Nabi bersabda,"Katakanlah kebenaran itu walau untuk diriku sekalipun; katakanlah kebenaran itu walau pahit sekalipun". Kebenaran dalam hal ini adalah para sahabat yang telah mengecam Nabi dalam pengangkatan Usamah sebagai pemimpin mereka, sebenarnya mereka telah tidak patuh pada perintah Tuhan mereka. Mereka telah mengabaikan nas-nas yang sangat jelas yang tidak dapat diragukan lagi atau ditakwilkan. Mereka tidak mempunyai alasan dalam hal ini. Usaha sebahagian orang untuk menjaga kemuliaan sahabat atau salaf as-soleh dengan mengajukan berbagai alasan yang apologetik sangatlah rapuh. Seorang yang rasional tidak dapat menerimanya, melainkan mereka yang tidak berfikir, atau mereka yang taksub buta yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 87

Page 88: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tidak dapat membezakan antara yang wajib dipatuhi dengan yang wajib dihindari.

Aku juga sering merenungkan kalau-kalau aku boleh dapatkan suatu jawapan yang memuaskan tetapi sayang semua itu gagal untuk menyakinkanku. Aku baca alasan-alasan Ahlul Sunnah yang mengatakan bahawa mereka sebenarnya adalah tokoh-tokoh dan pemuka-pemuka Quraisy. Mereka adalah orang yang pertama memeluk Islam sementara Usamah masih baru dan tidak pernah ikut serta di dalam berbagai peperangan yang menentukan seperti Perang Badar, Perang Hunain, dan Perang Uhud. Usamah juga waktu itu masih terlalu muda. Dan kebiasaannya jiwa orang-orang tua tidak akan rela berada di bawah perintah anak muda. Itulah kenapa mereka mengecam Nabi dalam pengangkatannya ini dengan maksud agar menggantikannya dengan salah seorang tokoh sahabat lain.

Alasan seumpama ini sama sekali tidak bersandarkan pada hujah akal atau naql (nas syariat). Seorang Muslim yang membaca al-Qur'an dan mengetahui hukum-hukumnya akan menolak hujah ini kerana Allah berfirman:"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah" (Al-Quran: 59:7). Juga firmanNya:"Dan tidaklah patut bagi lelaki Mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Alllah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa yang menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata" (Al-Qur'an: 33: 36)

Setelah adanya nas-nas yang jelas ini alasan apa kiranya dapat diterima oleh orang-orang yang berakal. Apa yang harus dikatakan kepada kaum yang telah menyebabkan Allah akan marah kerana kemarahan RasulNya. Mereka telah menuduhnya "meracau" dan bertengkar di hadapanya, padahal - demi ayah dan ibuku - baginda sedang sakit sehingga mereka dihalau dari kamarnya.

Tidak sampai di situ. Yang sepatutnya mereka kembali ke jalan yang benar dan memohon ampun kepada Allah atas apa juga yang telah mereka lakukan, dan memohon kepada Rasul agar memintakan ampunan bagi mereka seperti yang diajarkan oleh al-Qur'an, tetapi mereka terus melakukan protes terhadapnya tanpa mempedulikan kasih sayang yang diberikannya kepada mereka. Mereka tidak memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada baginda. Dua hari setelah tuduhan yang mereka lontarkan kepadanya, mereka pula mengecam pengangkatan Usamah sebagai pemimpin pasukannya sehingga baginda terpaksa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 88

Page 89: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mendesak mereka keluar dengan keadaan yang menyedihkan seperti yang dikatakan oleh para ahli sejarah. Lantaran terlalu sakit, baginda tidak dapat berjalan dan terpaksa diapit oleh dua orang. Kemudian baginda bersumpah kepada Allah bahawa Usamah sebenarnya sangat layak dalam memimpin. Rasul juga mengatakan bahawa sebelum ini mereka juga telah mengecamnya kerana mengangkat Zaid bin Harithah sebagai pemimpin pasukan agar kita tahu betapa sikap seperti ini telah mereka lakukan jauh sebelum hari itu. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bukan di antara orang-orang yang mudah menerima ketentuan baginda dan berserah sepenuhnya kepadanya. Tetapi mereka tergolong di antara orang-orang yang rela memprotes dan mengkritik walaupun ianya bertentangan dengan hukum-hukum Allah dan RasulNya.

Bukti yang menunjukkan kita atas sikap protes mereka ini adalah tindakan mereka yang enggan pergi walaupun Nabi sendiri memberikan bendera kepemimpinan kepada Usamah dan dengan marah-marah menyuruh mereka segera pergi berangkat. Demi ayah dan ibuku, mereka tidak juga pergi sehinggalah beliau SAWA wafat dengan hati yang kesal atas sikap umatnya yang dikhuatirkan kelak akan berbalik ke belakang dan terjerumus ke neraka; tiada yang selamat melainkan sedikit sekali bagaikan segelintir binatang ternak seperti yang diumpamakan Nabi SAWA.

Jika kita ingin jujur di dalam melihat peristiwa ini maka kita akan dapati bahawa Khalifah Kedua adalah tokoh yang paling berperanan di sini. Kerana beliaulah yang datang menghadap Khalifah Abu Bakar setelah wafatnya Rasulullah dan memintanya menyingkirkan Usamah serta menggantikannya dengan orang lain. Abu Bakar menjawab:"Wahai Ibnu Khatab, apakah kau suruh aku menyingkirkannya sementara Rasulullah telah mengangkatnya?"

Di mana Umar dibandingkan dengan Abu Bakar yang mengetahui kebenaran ini? Ataukah di sana ada rahsia tersendiri yang tidak diketahui oleh ahli-ahli sejarah. Atau mungkin juga mereka yang menyembunyikannya lantaran ingin menjaga "kemuliaan" sahabat, seperti yang mereka lakukan di dalam menggantikan kalimat "yahjur" dengan kalimat "ghalabahu al-waja".

Aku sangat hairan dengan sikap para sahabat yang membangkitkan amarah Nabi pada hari Khamis itu dan menuduhnya telah meracau serta berkata,"cukup bagi kami Kitab Allah". Sementara Kitab Allah sendiri menyatakan:"Katakanlah jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku (Muhammad) kelak Allah akan mencintai kalian" (Ali Imran: 31). Seakan-akan mereka lebih tahu akan Kitab Allah daripada orang yang menerimanya sendiri.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 89

Page 90: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Kitab Allah daripada orang yang menerimanya sendiri. Lihatlah hanya setelah dua hari tragedi yang menyayat hati itu dan dua hari sebelum hari pertemuannya dengan Allah SWT mereka telah membangkitkan amarahnya lebih banyak dengan mengecam pengangkatan Usamah dan tidak mematuhi perintahnya. Jika dalam tragedi pertama baginda terbaring sakit di atas tilamnya, tetapi di kali kedua ini baginda terpaksa keluar dengan kepala yang berikat dan badan yang berbalut selimut sambil berjalan bertatih-tatih diapit oleh dua orang. Baginda naik ke atas mimbar dan berkhutbah lengkap. Mula-mula memuji Allah dan mengucapkan Tauhid atasNya agar menunjukkan kepada mereka bahawa dirinya tidaklah meracau.Kemudian diberitahunya bahawa beliau sedar akan protes dan kecaman mereka. Diingatkannya mereka dengan suatu peristiwa di mana mereka telah memprotesnya juga empat tahun yang lalu. Apakah setelah itu mereka masih menganggap bahawa baginda meracau dan tidak sedar apa yang diucapkannya?

Mah Suci Engkau Ya Allah dan segala puji bagiMu. Bagaimana mereka begitu berani terhadap RasulMu, tidak setuju dan menentang keras dengan perjanjian damai yang dilakukannya sehingga beliau sebanyak tiga kali menyuruh mereka berkorban dan mencukur rambut masing-masing tetapi tiada siapa pun yang mematuhinya. Di waktu lain mereka menarik bajunya dan melarangnya menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai. Mereka berkata kepada beliau:"Sesungguhnya Allah telah melarangmu menyembahyangkan jenazah orang-orang munafik." Seakan-akan mereka mengajarkan apa yang diturunkan Allah kepadanya. Padahal Allah berfirman di dalam kitabNya:"Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka" (Al-Qur;an: 16:44). Dan firmanNya:"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu" (Al-Qur;an: 4: 105). Dan firmanNya:"Sebagaimana (Kami telah menyempurnaka nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui" (Al-Qur'an: 2: 151)

Hairan sungguh terhadap mereka yang meletakkan diri mereka lebih tinggi dari diri Rasulullah SAWA. Kadang-kadang mereka tidak patuh pada perintahnya, atau menuduhnya telah meracau, atau bertengkar di hadapannya tanpa beradab, dan pada tempat

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 90

Page 91: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

yang lain mengecam pemilihan Usamah sebagai pemimpin pasukan mereka sebagaimana yang mereka lakukan terhadap ayahnya Zaid bin Harithah sebelum ini. Apa yang harus diragukan lagi bagi orang yang meneliti bahawa Syiah sebenarnya mempunyai alasan yang sangat kuat ketika menyoal sikap sebahagian sabahat seperti itu. Mereka memang lebih menghormati dan mencintai Nabi SAWA dan kerabat keluarganya.

Empat atau lima contoh yang aku sebutkan di atas hanyalah sebagai contoh yang sedikit sahaja. Ulama Syiah telah memperincikannya hingga ratusan di mana para sahabat telah mengabaikan nas-nas yang nyata dan jelas. Mereka tidak berhujah melainkan dengan riwayat ulama Ahlul Sunnah sendiri di dalam berbagai kitab sahih yang muktabar.

Ketika aku ketahui sikap sebahagian sahabat terhadap Rasullullah SAWA adalah demikian, maka aku merasa bingung dan hairan. Sebagaimana aku juga hairan melihat sikap ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menggambarkan kepada kita bahawa para sahabat sentiasa dalam keadaan benar dan tidak boleh dikritik. Ini bermakna mereka tidak mengizinkan seorang peneliti untuk sampai kepada suatu kebenaran, dan membiarkan mereka terus tenggelam dalam suasana pemikiran yang kontradiktif. Aku ingin membawa beberapa contoh sebagai tambahan sahaja, yang kiranya akan dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang sahabat. Dan dari sini kita akan memahami sikap Syiah terhadap mereka.

Bukhari telah meriwayatkannya di dalam kitabnya Jilid 4 halamn 47, di dalam Bab as-Sabru 'ala adza (Sabar dari Gangguan); dan firman Allah yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan ganjaran" di dalam Bab Adab. Katanya,"al-A'masy meriwayatkan kepada kami bahawa beliau pernah mendengar Syaqiq bercerita tentang Abdullah yang berkata:"Suatu hari Nabi membahagikan sesuatu kepada sahabat-sahabatnya sebagaimana yang biasa beliau buat. Seorang dari Ansar memprotes dan berkata: pembahagian ini bukan kerana Allah SWT. Aku katakan kepadanya bahawa aku akan bilang kepada Nabi yang ketika itu berada di antara para sahabatnya. Aku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan sangat marah sekali sehingga aku menyesal memberitahunya hal tersebut:" Baginda Nabi kemudian berkata:"Nabi Musa AS telah diganggu lebih dari itu, tetapi beliau bersabar."

Bukhari juga meriwayatkan dari bab yang sama di dalam fasal Bab at-Tabassum wa ad-Dhank (Bab Tersenyum dan Tertawa). Katanya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 91

Page 92: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Anas bin Malik meriwayatkan:" Suatu hari aku berjalan bersama Rasulullah yang pada ketika itu memakai syal Najrani yang bertepi tebal. Datang seorang Badwi yang tibaa-tiba sahaja menarik dengan kuat syalnya baginda. Anas berkata, aku lihat kulit leher Nabi lebam akibat tarikan keras yang dilakukan oleh si Badwi ini. Kemudian dia berkata:"Hai Muhammad. berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu". Lalu Nabi melihatnya sambil tertawa dan menyuruh sahabatnya untuk memberikannya.

Di dalam bab yang sama, fasal Man Lam Yuwajih an-Nas Bil Atab, Bukhari meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata bahawa pernah melakukan sesuatu dan mengizinkan para sahabatnya untuk melakukan yang serupa. Tiba-tiba sebahagian sahabatnya menolak melakukan yang sama. Berita ini sampai ke telinga Nabi lalu baginda berkhutbah dan memuji-muji Allah. Kemudian baginda berkata:" Kenapa orang-orang ini menghindarkan dari sesuatu yang aku lakukan. Demi Allah aku lebih tahu dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dibandingkan dengan mereka".

Siapa yang merenungkan contoh riwayat serupa ini dia akan merasakan bahawa para sahabat telah meletakkan diri mereka lebih tinggi dari kedudukan Nabi sendiri. Mereka percaya bahawa Nabi boleh berbuat salah dan mereka yang benar. Sebahagian ahli sejarah terikut-ikut di dalam membenarkan tindakan sahabat walaupun jika ianya bertentangan dengan perbuatan Nabi atau kadang-kadang menunjukkan bahawa kedudukan ilmu dan ketaqwaan para sahabat adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan Nabi, seperti yang dikatakan kononya Nabi keliru di dalam menyelesaikan masalah tawanan perang Badar dan Umar bin Khatab yang benar, Mereka telah meriwayatkan berbagai hadith palsu yang kononnya Nabi SAWA bersabda:" Seandainya Allah timpakan kepada kita suatu musibah, maka tiada akan selamat melainkan Umar bin Khatab". Seakan-akan mereka ingin berkata " Kalaulah Umar tiada maka celakalah Nabi ". Semoga Allah melindungi kita daripada kepercayaan yang salah seperti ini. Demi jiwaku, mereka yang mempunyai kepercayaan seperti ini akan jauh dari Islam sejauh dua kutub barat dan timur. Dia wajib merujuk kembali akalnya atau menghalau syaitan dari hatinya. Allah berfirman:" Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (Al-Qur'an: 45: 23)

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 92

Page 93: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Demi jiwaku. Mereka yang percaya bahawa Rasulullah SAWA boleh diumbang-ambingkan oleh nafsunya dan lari dari jalan yang benar sehingga pernah membahagikan sesuatu bukan kerana Allah semata-mata, tetapi kerana nafsu dan emosinya, dan mereka yang menghindari dari berbuat sesuatu yang Rasulullah lakukan lantaran menduga yang mereka lebih bertaqwa dan lebih arif kepada Allah dibandingkan dengan RasulNya; orang-orang seperti ini memang sangat tidak layak untuk dihormati oleh kaum Muslimin apalagi menempatkan mereka seperti para malaikat. Lalu menghukumkan bahawa mereka adalah makhluk yang terbaik setelah Rasulullah, dan kaum Muslimin mesti mengikut mereka dan berjalan di bawah naungan sunnah mereka hanya semata-mata mereka adalah sahabat Rasul SAWA. Hal ini bercanggah dengan sikap Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menyertakan semua sahabat di dalam salawat mereka kepada Nabi dan keluarganya. Jika Allah telah tahu kedudukan mereka dan menempatkannya di posisi yang memang layak bagi mereka, lalu memerintahkan mereka bersalawat kepada Nabi dan keluarganya yang suci agar mereka tunduk dan tahu kedudukan Ahlul Bayt yang sebenarnya di sisiNya, maka bagaimana kita kemudian menempatkan mereka, para sahabat lebih tinggi dari kedudukan keluarga Nabi atau menyamakan mereka dengan orang-orang yang telah diutamakan oleh Allah di atas semua makhluk alam semesta ini.

Aku membuat kesimpulan bahawa Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah yang telah memusuhi Ahlul Bayt Nabi, memburu mereka, dan membunuh mereka berserta para Syiah, dan pengikutnya, mereka ini tahu tentang keutamaan keluarga Nabi dan kedudukan mereka yang tinggi. Jika Allah tiak akan menerima solat seseorang melainkan dengan bersalawat ke atas mereka, maka bagaimana mereka akan memberikan alasan atas permusuhan dan sikap mereka yang lari dari garis Ahlul Bayt? Itulah kenapa kita lihat mereka telah mengiringkan sahabat dengan Ahlul Bayt agar dapat memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa antara sahabat dan Ahlul Bayt sebenarnya adalah sama. Terutama sekali jika kita mengetahui bahawa "master mind" mereka yang sebenarnya adalah sebahagian sahabat itu sendiri. Mereka telah mengupah sebahagian sahabat lain yang lemah akan dan karektor atau bahkan golongan tabi'in agar meriwayatkan berbagai hadith palsu tentang keutamaan sahabat khususnya untuk mereka yang pernah menjawat kedudukan khalifah, yang merupakan sebagai sebab utama naiknya mereka - Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah ke puncak kekuasaan. Sejarah adalah sebaik-baik bukti atas apa yang aku katakan ini. Lihatkah Umar bin Khatab yang sangat terkenal dengan penguasaannya kepada semua gabenornya dan akan memecat mereka serta merta lantaran suatu keraguan yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 93

Page 94: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dilihatnya, lihatlah betapa beliau sangat berlemah lembut terhadap Muawiyah bin Abi Sufian dan tidak pernah mengawalnya sama sekali. Dahulunya Abu Bakarlah yang melantik Muawiyah sebagai gabenor Syam, lalu kemudian dikekalkan oleh Umar di sepanjang hayatnya. Beliau juga tidak pernah memprotesnya bahkan menegur atau mengecamnya sekalipun, walau banyak pengaduan yang dibuat mengatakan bahawa Muawiyah memakai emas dan sutera yang telah diharamkan oleh Rasulullah SAWA kepada kaum lelaki. Umar menjawab kepada mereka:" Biarkan dia. Dia adala Kisra (Raja) Arab". Dan Muawiyah terus berkuasa selama dua puluh tahun tanpa ada yang menegur dan memecatnya. Ketika Uthman berkuasa diberikannya lagi wilayah-wilayah lain untuk ditadbirnya, sehingga dia dapat menguasai tidak sedikit dari kekayaan negara Islam dan dapat memobilisasikan kekuatan tentera menentang kepemimpinan Imam Ali. Kemudian secara kekerasan dan dengan tangan besi, dia dapat menguasai semua kaum Muslimin, lalu kemudian memaksa mereka memberikan bai'ah kepada Yazid, puteranya yang fasik dan kaki botol. Kisah Yazid ini adalah cerita panjang yang tidak dapat kita muatkan dalam buku yang ringkas seperti ini. Apa yang penting adalah pengetahuan kita akan mentaliti para sahabat yang duduk di jabatan khalifah dan yang telah menyiapkan secara langsung berdirinya suatu kerajaan Bani Umaiyyah berdasarkan keputusan Quraisy yang enggan menerima Nubuwah dan khalifah di tangan Bani Hasyim. [3]

Kerajaan Bani Umaiyyah mempunyai hak, bahkan kewajipan untuk berterima kepada mereka yang telah menyiapkan untuk berdirinya kerajaannya itu. Paling tidak sebagai ungkapan terima kasih ini adalah mengupah sejumlah "perawi" yang mahu meriwayatkan berbagai "hadith" tentang keutamaan para leluhur mereka dengan mengangkatnya lebih tinggi dari kedudukan Ahlul Bayt, musuh utama mereka. Jika hadith-hadith keutamaan ini dikaji berdasarkan hujah-hujah syariah da akliah (rasional), maka keabsahannya akan cepat diragukan melainkan jika ada kelainan di dalam fikiran kita dan tidak mampu membezakan antara perkara-perkara yang berkontradiktif.

Sebagai contoh, kita banyak mendengar tentang keadilan Umar yang diceritakan oleh berbagai perawi. Sehingga dikatakan:"Ya Umar, kau telah berlaku adil maka itu kau dapat tidur". Atau kononnya Umar dikebumikan di dalam keadaan berdiri agar keadilan tidak mati bersamanya, dan berbagai cerita lain yang menarik tentang keadilannya. Namun sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahawa Umar ketika membahagi-bahagikan harta Baitul Mal pada tahun dua puluh Hijrah, beliau tidak mengikut sunnah Nabi. Nabi SAWA telah membahagi sama

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 94

Page 95: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

rata antara segenap kaum Muslimin dan tidak mengutamakan satu dari yang lainnya. Begitu juga Abu Bakar di dalam masa kekhalifahannya. Tetapi Umar menciptakan suatu cara baru mengutamakan golongan yang sabiqun (Muslimin senior) di atas yang lainnya, dan golongan Muhajirin Quraisy di atas Muhajirin selain Quraisy, golongan Muhajirin di atas golongan Ansar, golongn Arab di atas bukan Arab, golongan bebas di atas hamba-hamba [4] mengutamakan suku Mudhir di atas suku Rabi'ah dengan memberikan suku pertama tiga ratus dan kedua dua ratus [5] serta mengutamakan suku Aus di atas suku Khazraj [6].

Di manakah letaknya keadilan dalam sistem kelas seperti ini wahai orang-orang yang berfikir? Kita telah banyak mendengar tentang cerita-cerita Umar. Bahkan dikatakan bahawa beliau adalah sahabat yang paling alim. Kononnya Allah banyak membenarkan pendapat Umar ketika berlaku perselisihan antara Nabi dan Umar, dengan menurunkan ayat-ayat yang menyokong pendapatnya. Namun sejara yang membuktikan kepada kita bahawa Umar banyak menyalahi ayat-ayat al-Qur'an hatta setelah turunnya sekalipun. Ketika seorang sahabat bertanya kepadanya di zaman khalifahnya:"Ya Amirul Mukminin, aku kini janabah tetapi tidak ada air, bagaimana hukumnya?" Umar menjawab:"Jangan solat!" Ammar bin Yasir mengingatkan khalifah agar melakukan tayamum tetapi Umar tidak peduli. Katanya:"Ya Ammar, engkau hanya bertanggungjawab atas tugas-tugasmu sahaja" [7].

Di mana ilmu Umar tentang ayat tayammum yang diturunkan di dalam al-Qur'an? Mana ilmu Umar tentang sunnah Nabi yang mengajarkan kepada mereka bagaimana bertayammum sebagaimana baginda ajarkan mereka tentang wudhu? Di dalam berbagai peristiwa, Umar banyak mengakui dirinya tidak alim bahkan menurutnya semua orang lebih alim dari dirinya hatta orang-orang wanita sekalipun. Beliau juga berulang kali mengatakan demikian,"Kalaulah tiada Ali maka Umar telah celaka". Sehigga akhir hayatnya beliau tidak tahu hukum Kalalah, yang sering dihukumkannya di zaman pemerintahannya seperti yang dicatat di dalam sejarah.

Mana ilmunya hai orang-orang yang berakal? Kita juga sering mendengar akan kepahlawanan, keperkasaan dan keberaniannya sehingga dikatakan bahawa kaum Quraisy merasa gentar setelah Islamnya Umar, dan agama Islam sendiri menjadi kuat. Kononnya Allah telah memuliakan Islam kerana Umar bin Khatab, dan Nabi tidak menyatakan dakwahnya secara terang-terangan melainkan setelah Islamnya Umar. Namun sejarah yang benar tidak menunjukkan kepada kita keperkasaan dan kepahlawanan itu bahkan sejarah juga tidak pernah menunjukkan kepada kita ada

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 95

Page 96: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

seorang yang dikenal atau orang biasa sekalipun yang dibunuh oleh Umar di dalam peperangan seperti Badar, Uhud, dan Khandak dan sebagainya. Bahkan sejarah membuktikan sebaliknya, di mana Umar pernah lari bersama sahabat-sahabat lain di dalam peperangan Uhud Hunain. Ketika Rasulullah mengutusnya untuk membebaskan kota Khaibar, beliau kembali dalam keadaan kalah. Bahkan di dalam berbagai peperangan sariyyah (peperangan yang tidak diikuti oleh Nabi) sekalipun, Umar tidak pernah menjadi komandan pasukannya. Di dalam sariyyah terakhir juga beliau hanya ditunjuk sebagai anak buah kepada Usamah bin Zaid, seorang anak muda berusia belasan tahun. Mana dakwaan keperkasaan tersebut wahai orang-orang yang berakal?

Kita juga sering mendengar tentang ketaqwaan Umar bin Khataba serta rasa takutnya yang amat sangat sehingga menangis kerana takutkan Allah SWT, Konon dikatakan bahawa beliau takut dihisab Allah SWT jika seekor baghal di Iraq sekalipun tersesat lantaran tidak disediakan jalan untuknya. Tetapi sejarah yang benar mengatakan kepada kita bahawa beliau sesungguhnya seorang yang keras dan kasar. Beliau tidak berhati-hati dan malu untuk memukul orang yang bertanya kepadanya tentang suatu ayat Kitab Allah sehingga melukai tanpa suatu dosa yang dilakukannya. Bahkan seorang wanita pernah jatuh dan tergugur kandungannya lantaran melihatnya dengan penuh ketakutan. Kenapa beliau tidak takut kepada Allah ketika menghunus pedangnnya dan mengancam setiap orang yang mengatakan bahawa Muhammad telah mati. Beliau bersumpah bahawa Muhammd sebenarnya tidak mati, dia hanya pergi bermunajat kepada Tuhannya seperti yang dilakukan oleh Musa bin Imran. Umar mengancam akan memukul leher setiap orang yang mengatakan bahawa Nabi telah mati [8]. Kenapa beliau tidak takut kepada Allah ketika mengancam akan membakar rumah Fatimah jika orang-orang yang berada di dalamnya tidak mahu keluar untuk membai'ah (Abu Bakar) [9]. Dikatakan kepadanya bahawa Fatimah ada di dalamnya."Sekalipun ada", Jawab Umar.Beliau juga "berani" terhadap Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dengan mengamalkan berbagai hukum - di masa pemerintahannya - yang bertentangan dengan nas-nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA [10].

Nah di mana letaknya warak dan ketakwaan setelah menyaksikan serangkaian fakta yang menyedihkan ini wahai hamba-hamba Allah yang soleh?

Aku ambil sahabat yang besar dan terkenal ini sebagai contoh semata-mataa. Itupun aku ringkaskan sedemikian rupa agar tidak panjang dan biarlah sederhana. Jika aku ingin tuliskan secara terperinci maka ia akan memuatkan berjilid-jilid buku. Seperti yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 96

Page 97: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

aku katakan di atas, aku hanya mengetengahkannya sebagaia contoh semata-mata, tidak lebih dari itu.

Apa yang aku sebutkan di atas, hanya segelintir dari peristiwa yang berlaku tetapi ia telah memberikan kepada kita suatu pengetahuan yang jelas tentang mentaliti para sahabat dari sikap para ulama Ahlul Sunnah yang kontradiktif. Mereka melarang setiap orang untuk mengkritik dan meragukan sahabat, tetapi dalam masa yang sama mereka meriwayatkan di dalam berbagai buku mereka fakta-fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan kecaman. Kalaulah ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak menyebutkan fakta-fakta yang jelas menyentuh tentang sahabat dan melukai keadilan mereka, maka mereka akan berjasa di dalam menghilangkan segala jenis keraguan dari benak kita.

Aku teringat akan perjumpaanku dengan salah seorang ulama dari Najaf al-Asyraf, Asad Haidar, penulis buku al-Imam as-Sodiq Wal al-mazahib al-Arba'ah (Imam Sodiq dan Empat Mazhab). Waktu itu kami berbicara tentang Sunnah-Syiah. Diceritakannya kepadaku tentang ayahnya yang berjumpa dengan seorang alim dari Tunisia di masa musim haji lima puluh tahun yang lalu. Mereka berdua berdiskusi panjang tentang kepimpinan Amirul Mukmimin Ali bin Abi Talib. Orang alim Tunisia ini mendengar ayahku membilang hadith-hadith yang membuktikan tentang kepimpinan Imam Ali AS dan haknya di dalam masalah khilafah. Dihitungnya sehingga empat atau lima dalil. Ketika selesai, ditanyainya apakah dalil selain ini."Tidak", jawabnya. Kemudian dia berkata:"Keluarkan tasbihmu dan mula hitung". Orang alim dari Tunisia ini menyebutkan dalil-dalil berkenaan sehingga seratus, yang hatta ayahku sendiri tidak tahu". Syaikh Asad meneruskan:"Jika Ahlul Sunnah membaca kitab-kitab mereka, maka mereka akan berpendapat seperti kami, dan perselisihan ini telah selesai sejak dari dulu lagi".Demi jiwaku. Sesungguhnya ini adalah kebenaran yang tidak dapat dihindari bagi mereka yang telah membebaskan dirinya dari taksub buta dan setia kepada dalil yang bernas.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 97

Page 98: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Pandangan Al-Qur'an Tentang Sahabat Pertama-tama harus aku ingatkan bahawa Allah SWT telah memuji di dalam berbagai ayat al-Qur'an tentang sahabat-sahabat Rasul SAWA yang memang benar-benar mencintainya dan mematuhinya tanpa ada suatu tujuan atau tentangan atau keangkuhan. Mereka semata-mata hanya inginkan keredhaan Allah dan RasulNya, dan Allah juga redha kepada mereka lantaran ketaqwaan mereka kepadaNya. Ini adalah golongan sahabat yang dinilai tinggi oleh segenap kaum Muslimin lantaran sikap dan perilaku mereka yang luhur terhadap baginda Nabi SAWA. Setiap kali mereka disebut, maka kaum Muslimin akan mencintai mereka, mentakzimkan kedudukan mereka dan mengucapkan kalimah Radhiallahu A'nhum kepada mereka.

Kajianku bukan pada golongan sahabat jenis ini yang sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh Sunnah dan Syiah. Sebagaimana aku juga tidak akan menyentuh pada golongan yang dikenal dengan sifat munafiknya dan yang dilaknat oleh segenap kaum Muslimin, Sunnah dan Syiah. Aku hanya akan mengkaji pada golongan sahabat yang dipertikaikan oleh kaum Muslimin, dan yang kadang-kadang dicela dan diancam oleh al-Qur'an. Sahabat-sahabat jenis ini seringkali diperingatkan oleh Rasulullah SAWA di dalam berbagai kesempatan atau baginda memperingatkan kaum Muslimin dari mereka. Dan di sinilah letak perbezaan antara Sunnah dan Syiah di dalam menilai sahabat. Syiah meragukan keadilan mereka da nmengkritik ucapan dan tindak-tanduk mereka sementara Ahlul Sunnah Wal Jamaah menghormati mereka walau terbukti mereka telah melakukan berbagai pelanggaran.

Kajianku hanya pada golongna sahabat jenis ini agar aku dapat sampai - dari penelitian ini - pada suatu kebenaran atau sebahagian kebenaran sekalipun. Aku nyatakan ini agar jangan sampai ada orang yang berkata bahawa aku telah melupakan berbagai ayat yang memuji para sahabat Rasulullah SAWA, dan hanya mengungkapkan ayat-ayat yang mencela sahaja. Namun dalam penelitianku, aku menjumpai ada berbagai ayat yang bernada memuji tetapi ia juga menyirat suatu celaan atau sebaliknya.

Aku tidak akan memuatkan di sini semua hasil penelitianku selama tiga tahun yang aku telah lakukan. Aku hanya akan sebutkan sebahagian ayat sahaja sebagai contoh demi ringkasnya tulisan ini. Tetapi bag mereka yang inginkan perincian dan perluasan, mereka hendaklah menyempatkan masa untuk mengkaji, membuat perbandingan dan meneliti seperti yang aku lakukan agar kebenaran yang didapati adah benar-benar hasil titik peluh sendiri seperti yang dituntut oleh Allah dari setiap kita, dan seperti

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 98

Page 99: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

yang dituntut juga oleh hati nurani masing-masing. Kerana ia akan memberikan keyakinan yang sangat mendalam yang tidak akan dapat digoyahkan oleh sebarang angin yang bertiup. Sudah pasti bahawa kebenaran yang didapati lantaran kepuasan sendiri (qina'ah nafsiyyah) adalah lebih baik dari sekadar unsur luar yang mempengaruhi.

Allah SWT berfirman ketika memuji NabiNya,"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk" (Al-Qur'an:93: 7). Ia bermaksud Dia menunjukkanmu kepada kebenaran ketika kau mencarinya. Allah juga berfirman,"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di dalam (mencari) jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-kalan Kami" (Al-Qur'an:29: 69).

I Ayat Inqilab

Allah berfirman,"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Al-Qur'an 3: 144)

Ayat ini amat jelas menunjukkan bahawa sahabat akan berbalik ke belakang setelah wafatnya Rasulullah SAWA dan hanya sedikit yang masih tetap konsisten seperti yang tersirat di dalam kandungan ayat tersebut. Ini dapat kita fahami dari ungkapan kalimah "as-Syakirin" yang menunjukkan masih adanya orang-orang yang tetap dan konsiten dan tidak berbalik ke belakang. Orang-orang as-Syakirin ini tidak berjumlah banyak seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam ayat lain:"Dan sedikit sekali dan hamba-hambaKu yang berterima kasih" (Al-Qur'an 34:13).

Serangkaian hadith-hadith Nabi juga menafsirkan ayat ini seperti yang akan kita sebutkan sebahagiannya. Walaupun Allah tidak sebutka balasan yang akan ditimpakan kepada orang-orang yang berbalik ke belakang di dalam ayat ini dan hanya memuji serta akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur sahaja, namun sudah sangat jelas bahawa mereka yang berbalik ke belakang sudah pasti tidak akan mendapatkan apa-apa ganjaran. Hal ini akan kita bincangkan Insya Allah di dalam melihat hadith-hadith Nabi yang berkenaan dengannya. Ayat ini juga tidak dapat ditafsirkan kepada orang-orang seperti Tulaihah, Sujah, dan al-Aswad al-Ansi, lantaran inginkan memelihara kemuliaan sahabat. Sebab tiga orang di atas telah murtad di zaman baginda sendiri. Nabi telah memerangi mereka dan mengalahkan mereka.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 99

Page 100: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ayat ini juga tidak dapat ditasfirkan kepada Malik bin Nuwairah dan para pengikutnya yang enggan memberikan zakat di zaman Abu Bakar lantaran berbagai sebab. Antara lain: kerana mereka berhati-hati dan ingin tahu perkara yang sebenarnya. Mengingat mereka pergi haji bersama Rasulullah di Hujjah al-Wada' (haji Nabi yang terakhir) dan di sana mereka telah membai'ah Imam Ali bin Abi Talib di Ghadir Khum setelah beliau dilantik oleh baginda sebagai khalifahnya. Abu Bakar juga memberikan bai'ah. Tiba-tiba mereka terkejut dengan kedatangan seorang utusan sang khalifah (Abu Bakar) yang memberitahu mereka bahawa Nabi SAWA telah wafat, dan atas nama khalifah baru, yakni Abu Bakar, mereka meminta harta zakat. Peristiwa ini juga hampir diabaikan oleh sejarah kerana beralasan ingin menjaga kemuliaan sahabat. Sedangkan Malik dan para pengikutnya juga adalah orang-orang Muslim. Hal ini di saksikan sendiri oleh Umar dan Abu Bakar serta beberapa sahabat yang lain. Mereka membantah Khalid bin Walid kerana membunuh Malik bin Nuwairah ini. Dan sejarah sendiri membuktikan bahawa Abu Bakar membayar diat (ganti rugi akibat pembunuhan) Malik kepada saudaranya Mutammin dari harta Baitul Mal dan meminta maaf atas pembunuhan ini. Padahal di dalam Islam sangat jelas bahawa mereka yang murtad wajib dibunuh, diatnya tidak boleh diberikan dari Baitul Mal dan tidak perlu meminta maaf.

Apa yang penting adalah ayat inqilab ini yang memberi maksud kepada para sahabat yang hidup di zaman Nabi dan di kota Madinah itu sendiri. Ianya menunjukkan bahawa mereka akan berbalik ke belakang segera setelah wafatnya baginda Nabi SAWA. Hadith-hadith Nabi menerangkannya sejelas-jelasnya tentang hal ini dan tidak menyiratkan sebarang keraguan. Dan kita akan bincangkan hal ini di dalam perbahasan kemudian, Insya Allah. Sejarah juga sebaik-baik bukti atas inqilab (berbalik ke belakang) mereka setelah wafatnya Nabi ini. Dan kita akan lihat betapa sedikitnya yang selamat ketika kita teliti peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara kalangan para sahabat itu sendiri.

II Ayat Jihad

Allah berfirman,"Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:"Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 100

Page 101: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu" (Al-Qur'an 38: 39). Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

Ayat ini juga sangat jelas mengatakan bahawa sahabat merasa berat untuk pergi berjihad di jalanNya. Mereka lebih memilih untuk hidup di dunia walau mereka tahu kenikmatannya hanya sedikit sekali. Sikap mereka ini dicela oleh Alla dan diancam dengan azab yang pedih. Dan Allah akan mengganti mereka dengan orang-orang Mukmin lain yang jujur. Ancaman penggantian ini tersurat di dalam berbagai ayat Al-Qur'an. Ini menunjukkan bahawa mereka seringkali menunjukkan rasa berat di dalam berjihad di jalan Allah SWT. Di dalam ayat lain Allah berfirman," Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)" (Al-Qur'an 47: 38). Atau firman Allah yang lain,"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Qur'an 5:54).

Kalau kita ingin memperincikan ayat-ayat yang menyirat makna seperti ini dan mengungkapkan kebenaran adanya pembahagian taraf sahabat seperti yang dikatakan oleh Syiah, khususnya sahabat seperti yang kita bincangkan ini, maka tak syak lagi ia akan memerlukan suatu buku tersendiri. Al-Qur'an telah mengungkapkannya dengan nada yang ringkas dan sangat fasih. Firman Allah,"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'aruf dan mencegah dari mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksaan yang berat. Pada hari yang di waktu itu ada muka menjadi hitam muram. Adapun orang-orang yang menjadi hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan):"Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu?" Adapun orang-orang yang menjadi putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya" (Al-Qur;an 3: 104-107). Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung.

Bagi para pengkaji dan peneliti, mereka tahu bahawa ayat ini bercakap dengan para sahabat dan mengingatkan mereka dari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 101

Page 102: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

perselisihan dan perpecahan setelah datangnya hujah-hujah yang jelas. Ia mengancam mereka dengan azab yang pedih dan membahagi mereka kepada dua golongan. Yang satu akan dibangkitkan kelak dengan muka berseri-seri; mereka adalah orang-orang yang bersyukur yang berhak menerima rahmat Allah SWT. Yang lain akan dibangkitkan kelak dengan muka yang hitam dan muram; mereka adalah orang-orang yang telah murtad setelah mereka beriman. Dan Allah telah mengecam mereka dengan azab yang pedih.

Jadi, jelas bahawa para sahabat telah berpecah dan berselisih setelah wafatnya Nabi SAWA. Mereka telah menyalakan api fitnah sehingga mereka saling berperang dan menumpahkan darah yang mengakibatkan kemunduran kaum Muslimin dan menjadi sasaran musuh-musuhnya. Ayat di atas tidak dapat ditakwilkan atau diubah pengertiannya lain dari apa yang difahami oleh akal.

III Ayat Khusyuk

Firman Allah,"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik" (Al-Qur'an 57: 16). Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung.

Di antara kitab al-Dur al-Manthur oleh Jallaluddin as-Suyuti, beliau berkata,"Ketika sahabat-sahabat Nabi datang ke Madinah, mereka merasakan kenyamanan hidup dibandingkan dengan penderitaan yang mereka alami sebelumnya. Seakan-akan mereka menjadi lemah atas sebahagian kewajipan yang sepatutnya dilakukan sehingga mereka dihukum seperti yang tersurat dalam ayat ini. Di dalam riwayat lain dari Nabi SAWA yang bersabda, bahawa Allah SWT melihat keengganan hati para Muhajirin walau setelah tujuh belas tahun dari turunnya ayat berikut,"Bukankah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman...."

Nah, jika para sahabat - manusia yang paling baik dalam pandangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah - masih belum mempunyai hati yang khusyuk dan tunduk ketika mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah diturunkan sepanjang tujuh belas tahun, sehingga Allah melihat keengganan mereka dan menegur mereka serta mengingatkan mereka dari memiliki hati yang keras yang mungkin boleh membawa kepada kefasikan, maka kita tidak dapat

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 102

Page 103: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menyalahkan orang-orang Quraisy yang masuk Islam pada tahun ke tujuh Hijrah setelah pembukaan Mekah.

Demikianlah sebahagian contoh yang dapat aku simpulkan dari Kitab Allah. Buktinya sangat kuat menunjukkan bahawa tidak semua sahabat adalah adil seperti yang dikatakan oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Dan jika kita teliti di dalam hadith-hadith Nabi, maka kita akan dapati contoh-contoh lain yang berlipat ganda. Mengingat aku telah berjanji untuk membuatnya secara ringkas, maka aku tuliskan sebahagian contoh sahaja, dan biarlah pengkaji-pengkaji lain meneliti permasalahan ini dengan lebih dalam lagi.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 103

Page 104: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Pandangan Rasul Tentang SahabatI Hadith Telaga

Bersabda Rasulullah SAWA: ketika aku sedang berdiri tiba-tiba datang sekelompok orang yang aku kenal. Lalu keluarlah seorang di antara kami dan berkata,"Mari". Aku tanya,"Ke mana?" Jawabnya,"Ke neraka, demi Allah". "Apa kesalahan mereka?" Tanyaku. "Mereka telah murtad setelahmu dan berbalik kebelakang dari kebenaran, dan aku perhatikan tiada yang tersisa melainkan (sedikit sekali) seperti sekelompok unta yang tertinggal", jawabnya [11].

Rasulullah SAWA bersabda: Aku akan mendahului kalian di Telaga Haudh. Siapa yang berlalu dariku dia akan minum dan siapa yang minum tidak akan dahaga selama-lamanya. Kelak ada sekelompok orang yang aku kenal dan mereka juga mengenalku datang kepadaku; kemudian mereka dipisahkan dariku. Aku akan berkata: apa yang telah mereka lakukan setelah ketiadaanmu. Dan aku pun berkata: Nyahlah, nyahlah mereka yang telah berubah setelah ketiadaanku".

Orang yang merenungkan makna hadith-hadith seumpama ini yang diriwayatkan sendiri oleh ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam berbagai kitab sahih mereka, akan tidak akan ragu lagi membuat kesimpulan bahawa kebanyakan sahabat telah berubah bahkan telah berbalik ke belakang setelah wafatnya Nabi SAWA melainkan segelintir kecil sahaja yang diibaratkan oleh Nabi SAWA seperti sekelompok unta yang tertinggal. Hadith ini tidak dapat ditafsirkan bahawa ianya bermaksud kepada golongan orang-orang munafik, mengingat nas itu sendiri berkata: sahabatku, sahabatku (ashabi). Dan ianya juga sebagai tafsir atau realisasi dari ayat-ayat al-Qur'an yang menyebutkan tentang sikap mereka yang berbalik ke belakang sehingga diancam oleh Allah dengan api neraka, seperti yang telah disentuh di atas.

II Hadith: Bersaing Untuk Dunia

Bersabda Nabi SAWA,"Aku akan mendahului kalian dan akan menjadi saksi kepada kalian. Demi Allah aku kini melihat Haudhku (telaga di syurga) dan aku juga telah diberikan kunci kekayaan bumi (atau kunci bumi). Demi Allah aku tidak khuatir kalian akan mensyirikkan Allah setelahku, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing untuknya (dunia)" [12].

Sungguh benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAWA. Mereka telah bersaing dan berlumba-lumba untuk dunia ini sehingga pedang-pedang mereka dihunuskan, berperang, dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 104

Page 105: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

saling mengkafirkan. Sebahagian sahabat yang besar menimbunkan emas dan perak. Para ahli sejarah seperti al-Masu'di di dalam kitabnya Muruj az-Zahab dan Tabari dan lain-lainya lagi mencatatkan bahawa kekayaan Zubair sahaja mencapai lima puluh ribu dinar, seribu ekor kuda, seribu orang hamba sahaya dan sejumlah tanah di Basrah, Kufah, Mesir, dan lain-lain lagi [13]. Dan Talhah mempunyai kekayaan pertanian di Iraq di mana setiap harinya menghasilkan seribu dinar, konon lebih dari itu. Abdul Rahman bin Auf mempunyai seratus ekor kuda, seribu unta, dan sepuluh ribu kambing. Sesuku dari seperlapan hartanya yang dibahagi-bahagikan kepada isterinya selepas meninggalnya mencapai lapan puluh empat ribu [14]. Ketika Uthman bin Affan meninggal dunia, beliau telah meninggalkan sejumlah seratus lima puluh ribu dinar, tidak terhitung binatang ternakdan tanah-tanah subur tidak terkira. Emas dan perak yang ditinggalkan oleh Zaid bin Thabit sedemikian banyaknya sehingga harus dipecahkan dengan kapak. selain dari harta dan tanah yang bernilai seratus ribu dinar [15].

Demikianlah sebahagian contoh yang dapat kita lihat di dalam sejarah. Kita tidak bermaksud membahasnya secara terperinci dan cukup sekadar sebagai bukti betapa mereka tergoda oleh kemewahan dunia dan kenikmatannya.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 105

Page 106: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Pandangan Sahabat Antara Satu Sama Lain1. Kesaksian Mereka Atas Perubahan Sunnah Nabi

Abu Sai'id al-Khudri berkata,"Pada Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha, Rasulullah SAWA keluar untuk solat. Setelah itu beliau berdiri menghadap para hadirin yang masih duduk di saf lalu berkhutbah menasihati mereka dan mengeluarkan perintahnya". Abu Sa'id melanjutkan,"Cara seperti ini terus dilanjutkan oleh para sahabat Nabi sehinggalah suatu hari aku keluar bersama Marwan yang pada waktu itu merupakan Gabenor Kota Madinah untuk pergi solat Hari Raya Eidul Fitri atau Eidul Adha. Ketika kami tiba di tempat solat, Marwan terus naik ke atas mimbar yang dibuat oleh Kathir bin Shalt. Aku tarik bajunya tetapi ditolaknya aku. Kemudian beliau berkhutbah sebelum memulakan solat. Aku katakan kepadanya:"Demi Allah, kalian telah mengubah."Hai Aba Sai'd! Telah sirna apa yang engkau ketahui", jawabnya. Aku katakan kepadanya:"Demi Allah, apa yang aku tahu adalah lebih baik dari apa yang tidak aku aku ketahui". Kemudian Marwan berkata lagi:"Orang-orang ini tidak akan duduk mendengar khutbah kami setelah solat kerana itu aku lakukan khutbah sebelumnya" [16].

Aku cuba meneliti gerangan apakah yang menyebabkan sahabat seperti ini mengubah sunnah Nabi. Akhirnya aku temukan bahawa Bani Umaiyyah - yang majoritinya sebagai sahabat Nabi - terutama sekali Muawiyah bin Abu Sufian yang kononnya sebagai Penulis Wahyu, sentiasa memaksa orang untuk mencaci dan melaknat Ali bin Abi Talib dari atas mimbar-mimbar masjid. Muawiyah menyuruh para pekerjanya di setiap negeri untuk menjadikannya sebagai suatu "sunnah" (tradisi) yang mesti diikuti oleh para khatib. Ketika sebahagian sahabat memprotes ketetapan ini, Muawiyah tidak segan-silu menyuruh mereka dibunuh atau dibakar. Muawiyah telah membunuh sebahagian sahabat yang sangat terkenal seperti Hujr bin U'dai berserta para pengikutnya, dan sebahagian lain dikuburkan hidup-hidup."Kesalahan" mereka adalah kerana mereka enggan mengutuk Ali dan memprotes Muawiyah.

Abu A'la al-Maududi di dalam kitabnya al-Khalifah Wal Muluk (Khalifah dan Kerajaan) menukilkan dari Hasan al-Basri yang berkata,"Ada empat perkara dalam diri Muawiyah, yang seandainya ada satu sahaja, sudah cukup untuk mencelakakannya: 1. Dia berkuasa tanpa melakukan sebarang musyawarah sementara sahabat-sahabat lain yang merupakan cahaya kemuliaan masih hidup. 2. Dia melantik puteranya sebagai pemimpin setelahnya, padahal puteranya itu seorang yang pemabuk dan pencandu minuman keras serta bemain muzik.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 106

Page 107: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

3. Dia menganggap Ziyad (Ziyad bin Abihi atau bapanya - seorang anak zina), padaha Rasulullah SAWA bersabda:"Anak adalah milik bapanya dan bagi yang melacur dikenakan hukum rejam dengan batu". 4. Dia membunuh Hujr dan para pengikutnya. Maka celakalah dia kerana Hujr; maka celakalah dia kerana Hujr dan para pengikut Hujr" [17].

Sebahagian sahabat-sahabat yang Mukmin lari dari masjid setelah selesai solat kerana tidak mahu mendengar khutbah yang diakhiri dengan kutukan kepada ali dan keluarganya. Itulah kenapa Bani Umaiyyah mengubah Sunnah Nabi dengan mendahulukan khutbah sebelum solat agar yang hadir terpaksa mendengarnya. Nah, sahabat jenis apa ini yang tidak takut merubah Sunnah Nabinya, bahkan hukum-hukum Allah agar dapat meraih cita-citanya yang rendah dan mengungkapkan rasa dengkinya yang sudah terukir. Bagaimana mereka boleh melaknat seorang yang telah Allah bersihkan dia dari segala dosa dan nista dan diwajibkan oleh Allah untuk bersalawat kepadanya sebagaimana kepada RasulNya, dan Allah wajibkan kepada semua manusia untuk mencintainya sehingga Nabi bersabda:"Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak" [18].

Namun sahabat-sahabat ini telah merubahnya dan berkata: kami telah dengar tetapi kami tidak mematuhinya; yang sepatutnya mereka bersalawat kepadanya, mencintainya dan taat patuh kepadanya, tetapi mereka caci dan melaknatnya sepanjang enam puluh tahun seperti yang dicatat oleh sejarah. Jika sahabat-sahabat Musa telah berpakat terhadap Harun dan hampir-hampir membunuhnya "Harunnya"(Alli) dan mengejar-ngejar anak keturunannya serta para Syiahnya di setiap tempat dan ruang. Mereka telah hapuskan nama-nama dan bahkan melarang orang menggunakan nama mereka. Tidak sekadar itu, mereka juga melaknat dan memaksa para sahabat yang agung untuk melaknat.

Demi Allah, aku berdiri hairan dan terpaku ketika aku baca buku-buku sahih kita dan apa yang dimuatkannya tentang berbaga hadith yang menceritakan betapa kecintaan Rasul kepada saudaranya dan anak pamannya iaitu Ali bin Ali Talib serta pengutamaannya dari sahabat-sahabat yang lain. Sehingga baginda bersabda,"Engkau (wahai Ali) di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya sahaja tiada Nabi selepasku"[19]. Atau sabdanya,"Engkau daripadaku dan aku daripadamu"[20]. Dan sabdanya lagi,"Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak"[21]. Sabdanya,"Aku adalah kota ilmu dan Ali pintunya"[22]. Dan sabdanya,"Ali adalah wali (pemimpin) selepasku"[23]. Dan sabdanya,"Siapa yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 107

Page 108: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menganggap aku sebaga maulanya (pemimpinnya), maka Ali adalah maulanya juga. Ya Allah sokonglah mereka yang mewilanya dan musuhilah mereka yang memusuhinya"[24].

Jika kita ingin menuliskan semua keutamaan Ali yang disabdakan oleh Nabi SAWA dan diriwayatkan oleh ulama-ulama kita dengan sanadnya yang sahih, maka ia pasti memerlukan suatu buku tersendiri. Bagaimana sahabat-sahabat seperti itu pura-pura tidak tahu akan hadith ini, lalu mencacinya, memusuhinya, melaknatinya dari atas mimbar dan membunuh atau memerangi mereka?

Aku tidak menemukan sebarang alasan atas tindakan mereka ini melainkan kerana cinta kepada dunia dan berlumba-lumba kerananya atau kerana sifat nifak ata berbalik ke belakang dan berpaling dari kebenaran. Aku juga cuba melemparkan tanggungjawab ini kepada sebahagian sahabat yang terkenal jahat atau sebahagian orang-orang munafik. Namun sayang sekali, yang aku temukan adalah para sahabat agung dan yang terkenal. Orang yang pertama mengancam akan membakar rumahnya berserta para penghuninya adalah Umar bin Khatab, orang pertama yang memeranginya adalah Talhah, Zubair, Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar, Muawiyah bin Abu Sufian, dan Amru bin As serta lain-lain lagi.

Saya amat terkejut, dan rasa terkejut saya tidak akan ada kesudahannya, dan mereka yang berfikiran rasional dan bertanggong jawab akan bersetuju dengan saya, bagaimanakah agaknya ulama’ Sunni boleh bersetuju pada kebenaran para sahabat semuanya dan bermohon kesejahteraan kepada Allah untuk mereka dan berdoa’ untuk mereka semua tanpa pengecualian, walaupun sebahagian mereka berkata, "Laknatlah kepada Yazid tetapi jangan berlebihan".. Tetapi dimana-kah Yazid diantara segala trajedi ini yang mana tiada agama atau logik boleh terima? Saya merayu kepada manusia Sunni, jika mereka benar-benar mengikuti hadith Rasul (saw), agar meninjau hukum Al-Qur'an dan Sunnah Nabi secara cermat dan seadil-adilnya tentang kefasikan Yazid dan kekufurannya. Rasulullah (saw) bersabda:" Sesiapa yang mencaci Ali, maka dia telah mencaciku, dan sesiapa yang mencaciku, maka dia mencaci Allah. Dan sesiapa yang mencaci Allah, Allah akan mencampaknya kedalam neraka" [25].

Demikianlah orang yang orang yang mencaci Ali. Maka, jadi apakah jenis hukuman bagi mereka yang melaknat dan memeranginya.. Apakah pendapat ulama’ kita terhadap kesemua kenyataan (fakta) ini, Ataukah hati mereka telah terkunci rapat?!

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 108

Page 109: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Katakanlah, ya Allah, lindungilah kami dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya.

1.Para Sahabat Membuat Perubahan juga di Dalam Solat

Anas ibn Malik berkata: Saya tidak mengetahui apa-apa semasa hayat baginda rasul (saw) lebih baik dari solat. Dia berkata: Tidakkah kamu kehilangan sesuatu dalam solat?"Al-Zuhri berkata: Saya pergi bertemu Anas ibn Malik di Damasyik, dan mendapati dia menangis, saya bertanya kepada dia, "Apa yang membuat kamu menangis?" Dia menjawab, "Aku telah lupa segala yang aku ketahui melainkan solat ini. Itupun aku telah sia-siakannya" [26] .

Saya suka untuk menyatakan bahawa bukan para Tabi'in yang merubah segala sesuatu setelah berlakunya fitnah dan peperangan ini. Di sini ingin aku nyatakan bahawa orang yang pertama sekali membuat perubahan didalam Sunnah Rasul Allah (saw) mengenai solat adalah khalifah Muslimin yang ketika, Uthman bin Affan. Begitu juga Umm al-Mukminin Aisyah yang terlibat didalam perubahan ini. Al Bukhari dan Muslim, kedua-duanya menyatakan didalam buku mereka bahawa Rasul Allah (saw) mengerjakan dua rakaat di Mina, dan Abu Bakar dan Umar serta di masa awal zaman kekhalifah Uthman. Setelah itu Uthman, yang kemudiannya mengerjakan solat empat rakaat" [27].

Muslim juga meriwayatkan didalam kitab sahihnya bahawa al-Zuhri bertanya Urwah, "Mengapa Aisha solat empat rakaat semasa musafir? Dia menjawab, "Aisyah melakukan takwil sebagaimana yang dilakukan oleh Uthman" [28]

Umar bin Khatab juga berijtihad dan bertakwil di hadapan nas-nas yang nyata dari Nabi(saw), dan juga di hadapan nas-nas al-Quran. Sebagaimana dia pernah mengatakan: Ada dua muta'ah yang diperbolehkan pada zaman Nabi, , tetapi sekarang saya menegahnya dan menghukum sesiapa yang melakukannya (dua muta'ah - muta'ah haji dan muta'ah nikah). Beliau juga berkata kepada orang yang berjunub tetapi tidak menjumpai air untuk mandi,"janganlah bersolat". Walaupun terdapat firman Allah (awj) didalam surah al-Maidah: 6:...".Lalu jika kamu tidak menjumpai air, maka bertayammumlah dengan menggunakan tanah yang bersih".

Al Bukhari menyatakan didalam kitabnya, didalam bab Idza Khofa al-Junub A'la Nafsihi (Jika Orang Yang Berjunub Takut Akan Dirinya):" Saya mendengar Shaqiq ibn Salmah berkata: Saya bersama dengan Abdullah dan Abu Musa, dan Abu Musa bertanya, "Apa yang kamu kata kepada seorang yang berjunub tetapi tidak menjumpai air?" Abdullah menjawab, "Dia tidak boleh bersolat

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 109

Page 110: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

sehingga dia menjumpai air" Abu Musa kemudian bertanya, "Apa pada fikiran kamu tentang apa yang dikatakan Rasul Allah (saw) kepada Ammar mengenai masalah yang sama ini?" Abdullah berkata, " Untuk sebab itu Umar tidak begitu yakin hati [dengannya]" Abu Musa berkata, "Lupakan mengenai peristiwa Ammar ini, tetapi apa yang kamu katakan mengenai dengan ayat Quran?" Abdullah diam dan tidak menjawab. Kemudian dia menerangkan pendiriannya dengan berkata, "Jika kita izinkan mereka (melakukan tayammum) ini, maka setiap kali jika dirasakan sejuk, mereka akan bertayammum sahaja". Saya berkata kepada Shaqiq, "Pastinya Abdullah membenci untuk itu" Dia berkata, "Ya"[29].

III Para Sahabat Membuat Pengakuan Terhadap Diri Mereka Sendiri

Anas ibn Malik berkata bahawa suatu hari Rasul Allah (saw) berkata kepada kaum Ansar: Kamu akan lihat selepas saya kebahilan yang amat sangat, tetapi bersabarlah sahingga kamu bertemu Allah danRasulNya di Telaga Haudh. Anas berkata: Kami tidak sabar [30].

Al-Ala ibn al-Musayyab mendengar ayahnya berkata: Saya bertemu al-Bara ibn Azib (ra), dan berkata kepadanya, "Berbahagialah bagi kamu, kerana kamu dapat bersahabat dengan Nabi(saw), dan kamu membaiahnya di bawah pohon(Bai'ah Takhta Syajarah - Bai'ah Ridhwan)". Barra berkata, "Wahai putera saudaraku, kamu tidak mengetahui apa yang telah kami lakukan selepas ketiadaannya" [31].

Jika sahabat yang utama, yang terjumlah salah saorang dari As-Sabiqun al-Awwalin ini, yang pernah yang membai'ah Rasul Allah {saw] dibawah pohon, dan Allah rela kepada mereka kerana Allah mengetahui apa yang didalam hati mereka sehingga diberikan ganjaran yang besar, lalu dia mengaku terhadap dirinya dan sahabat-sahabat lain bahawa mereka telah melakukan "sesuatu" selepas Nabi, maka bukankah pengakuan ini adalah satu bukti pengesahan kepada apa yang dikatakan oleh rasul Allah (saw) terhadap para sahabat yang berpatah kebelakang dan berpaling darinya selepas wafatnya.

Bagaimana seorang yang berakal, selepas segala pembuktian ini, percaya kepada keadilan bagi semua para sahabat, sebagaimana yang dilakukan oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 110

Page 111: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Mereka yang mengatakan demikian jelas telah menyalahi nas dan akal. Ini bererti hilanglah segala ciri-ciri intelektual yang sepatutnya dijadikan pegangan di dalam sebuah kajian.

IV Pengakuan Dua Shaykh (Syaikhain) dan Terhadap Diri Mereka Sendiri

Didalam bab bertajuk ,"Manaqib Umar ibn Al-Khattab", al-Bukhari menulis didalam bukunya, Apabila Umar ditikam, dia merasa amat sakit dan Ibn Abbas mahu mententeramkannya, maka dia berkata kepadanya, "Wahai Amirul Mukminin, jika memang sudah sampai waktunya, bukankah kamu adalah sahabat Rasulullah yang baik, dan apabila baginda meninggalkan kamu, dia merasa redha dengan kamu. Kemudian kamu bersama Abu Bakr, dan kamu adalah sahabat yang baik baginya, dan apabila dia meninggalkan kamu dia merasa redha dengan kamu. Kemudian kamu bersama para-para sahabat mereka, dan kamu adalah sahabat yang baik kepada mereka, dan jika kamu meninggalkan mereka, mereka akan terus rela kepada kamu." Kemudian Umar menjawab," "Adapun tentang persahabatan dan kerelaan Rasulullah yang engkau sentuh tadi, maka itu adalah anugerah yang Allah telah berikan kepadaku. Adapun persahabatan dan kerelaan Abu Bakr dan, itu adalah anugerah dari Allah (awj) telah dikurniakan kepada saya. Tetapi sebabnya kamu melihat dari rasa takutku adalah kerana kamu dan para sahabat kamu. Demi Allah, jika saya mempunyai segunung emas didunia ini, maka aku akan korbankan untuk menebus diriku dari azab Allah (awj) sebelum aku bertemuNya" [32].

Sejarah juga mencatatkan beliau pernah di katakan sebagai telah berkata seperti berikutnya:, "Oh alangkah baiknya jika aku hanyalah seekor kambing keluargaku. Mereka tentu akan mengemukkan aku kepada tahap yang mereka suka. Mereka hiriskan sebahagian dariku dan dipanggangnya sebahagian yang lain. Kemudian mereka tentu akan memakanku, dan akhirnya dikeluarkan pula sebagai najis. Oh kalaulah aku menjadi seperti itu dan tidak menjadi manusia" [33]

Nampaknya Abu Bakr juga menyatakan perkara yang sama seperti yang diatas. Ketika dia melihat seekor burung yang hinggap diatas pokok, kemudian berkata, "Berbahagialah kamu burung….kamu memakan buah-buahan, dan kamu hinggap di atas pokok tanpa ada hisab dan balasan. Aku lebih sukan kalau aku ini adalah sebatang pohon yang tumbuh di tepi jalan. Lalu seekor unta berjalan di sana, dan memakanku, kemudian aku dikeluarkannya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 111

Page 112: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

pula dan tidak menjadi seorang manusia" [34]. Dia juga berkata, "Oh kalaulah ibuku tidak melahirkanku…Oh kalaulah aku adalah hanya sebiji pasir dari satu batu-bata" [35].

Dan ini adalah firman Allah yang memberi khabar gembira kepada hamba-hambaNya yang Mukmin: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah, tiada ketakutan terhadap mereka, dan tiada pula mereka berdukacita. Mereka yang beriman dan bertakwa. Untuk mereka khabar gembira waktu hidup di dunia dan di akhirat, tiada bertukar-tukar kalimah (jani-janji) Allah, demikian itu adalah kemenangan yang besar" [10:62 – 64]

Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka dijalan yang lurus, para malaikat turun kepada mereka berkata: Janganlah takut dan berdukacita, dan terimalah khabar gembira dengan taman [syurga] yang telah dijanjikan. Kami adalah wali-wali kamu didunia ini dan diakhirat, dan untukmu di sana apa-apa yang dihajati oleh jiwamu dan apa-apa yang kamu minta. Sebagai pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. [41:30 – 32]

Mana boleh dengan dua shaykh ini, Abu Bakr dan Umar, berangan-angan untuk tidak menjadi manusia, yang mana Allah telah muliakan dan meletaknya diatas segala makhluk-makhluk yang lain? Walaupun berimannya seorang Mukmin awam, yang beristiqamah dijalan yang lurus semasa hayatnya, menerima kedatangan malaikat untuk memberitahu dia khabar gembira mengenai tempatnya di syurga, dan bahawa dia tidak perlu takut akan siksaan Allah, atau berdukacita mengenai peninggalannya didalam hidup, dan bahawa dia mendapat khabar gembira sedang dia didalam hidup ini sebelum sampai kepada hidupan akhirat. Jadi bagaimana boleh terjadi pada sahabat yang agung, kejadian yang terbaik selepas rasul Allah (saw) [sebagaimana kita telah diajari], berangan-angan ingin menjadi najis, ataupun sehelai rambut atau sebiji pasir?, Seandainya apabila malaikat telah memberi mereka khabar gembira yang mereka akan memasuki syurga maka mereka tentu tidak mengharap untuk memiliki segala emas didunia untuk menebus diri dari siksaan Allah sebelum menemuiNya.

Allah (awj) berfirman: "Kalau tiap-tiap jiwa yang telah melakukan ketidakadilan [kezaliman] mempunyai segala-gala yang dibumi ini, dan memberikannya sebagai tebusan, dan mereka akan meyatakan kekesalan apabila mereka menyasikan siksaan, dan perkara itu akan ditentukan diantara mereka dengan keadilan dan mereka tidak akan dianiaya. [10:54]

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 112

Page 113: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Allah juga berfirman, "Dan telah dipunyai oleh mereka yang zalim segalanya yang didunia ini, serta ditambah lagi yang sebanyaknya, mereka tentunya menawarkan sebagai tebusan {supaya terselamat] dari kekejaman siksaan pada hari kebangkitan: dan apa yang tiada mereka fikirkan akan menjadi nyata kepada mereka dari Allah. Dan segala kejahatan yang telah mereka lakukan akan menjadi nyata kepada mereka, dan perkara-perkara yang mereka olok-olokkan akan mengelilingi mereka." [39:47 – 48]

Aku berharap dengan ikhlas bahawa ayat-ayat Quran ini tidak melibatkan sahabat besar seperti Abu Bakr al-Saddiq dan Umar al-Faruq…Tetapi aku kadang-kadang terjebak dengan adanya nas-nas seperti ini. Itulah kenapa aku dapat melihat beberapa aspek yang menarik tentang pertalian mereka dengan Rasul Allah (saw). Namun di situ jug aku dihadapkan dengan sikap mereka yang enggan melaksanakan perintah-perintah baginda, khususnya disaat-saat akhir hayat usia baginda yang barakah itu, telah membuat baginda amat marah sahingga baginda mengusir mereka semua keluar dari kamarnya. Aku juga teringat rantaian peristiwa yang berlaku selepas pemergian baginda serta sikap mereka yang menganggu puteri baginda Fatimah al-Zahra. Sedangkan Nabi (saw) berkata: "Fatimah adalah sebahagian dari aku, sesiapa yang membuat dia marah, bermakna dia telah menyebabkan aku marah" [36].

Fatimah pernah berkata kepada Abu Bakr dan Umar: Aku minta persaksian dari Allah (awj) kepada kamu berdua, tidakkah kamu mendengar rasul Allah (saw) berkata: Keredhaan Fatimah adalah keredhaanku, dan kemarahan Fatimah adalah kemarahanku, dan siapa yang mencintai anakku Fatimah mencintaiku, dan siapa yang mencintai Fatimah, maka dia telah mencintaiku, siapa yang membuat Fatimah rela maka dia telah membuatkanku rela, dan siapa yang membuat Fatimah marah, maka dia telah membuatku marah". Mereka berkata, "Ya, kami mendengarnya dari rasul Allah (saw)" Kemudian Fatimah berkata, "Sungguh, aku minta persaksian Allah dan malaikat-malaikatNya, bahawa kamu telah membuatkan aku marah, dan tidak rela, dan jika aku bertemu rasul Allah (saw) aku akan mengadu kepada baginda mengenai kamu" [37].

Biar kita tinggalkan cerita yang trajik ini sementara waktu, tetapi Ibn Qutaybah, yang dianggap sebagai ulama’ sunni yang agung, dan yang terkemuka dalam berbagai ilmu pengetahuan, dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 113

Page 114: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menulis banyak buku sama ada tafsir al-Quran, hadith, bahasa, nahu, dan sejarah. Mungkin belia juga telah bertukar menjadi Shiah, sebagaimana sesaorang yang aku kenali pernah berkata apabila aku menunjukkan kepada dia buku Ibn Qutaybah, "Tarikh al-Khulafa".

Inilah hanyalah sekadar alasan yang dicari-cari oleh ulama’ kita apabila mereka harus mengakui fakta-fakta tersebut.Begitu juga al-Tabari adalah Shiah, dan al-Nasa’i, yang menulis buku mengenai berbagai aspek Imam Ali adalah Shiah dan Taha Husayn saorang ulama’ yang menulis "Al-Fitnah al-Kubra" dan menyebut di sana hadith-hadith al-Ghadir serta mengakui kebenaran-kebenaran yang lain juga dikatakan telah mengikut Shiah.

Yang sebenarnya adalah, mereka semuanya ini bukanlah Shiah, dan apabila mereka mengatakan mengenai Shiah, mereka akan mengatakan segala perkara yang buruk mengenainya, dan mereka membela keadilan para sahabat dengan segala yang terdaya. Tetapi yang sebenarnya bahawa apabila sesaorang menyebut kemuliaan Ali ibn Abi Talib, dan mengaku kesalahan yang dilakukan oleh sahabat yang agung, tiba-tiba kita tuduh mereka telah bertukar menjadi Shiah. Cukuplah apabila kamu berkata di hadapan mereka salawat Nabi yang diiringi dengan Wa Alaihi atau menyebutkan asaihissalam kepada Imam Ali, maka kamu akan dicop sebagai Shiah. Dengan kedudukan yang begitu, suatu hari, semasa perbahasan, aku bertanya kepada saorang ulama’ kita, "Apa pendapat kamu terhadap al-Bukhari?" Dia berkata, "Dia adalah seorang yang terkemuka didalam hadith dan kami terima bukunya sebagai paling sahih [betul] selepas kitab Allah, sebagaimana yang dipersetujui oleh semua ulama’" Aku berkata kepadanya, "Dia adalah Shiah" Dia tertawa dan berkata, "Jauh sekali Imam Bukhari akan jadi Shiah". Aku berkata, "Tidakkah anda yang berkata bahawa sesiapa yang berkata Ali, alaihissalam diatasnya, adalah seorang Shiah?" Dia berkata, "Ya" Lalu aku tunjukkan kepadanya dan orang-orang yang bersamanya buku al-Bukhari, dan dibanyak tempat, apabila nama Ali dan Husayn bin Ali muncul, dia menulis "Alaihissalam" begitu juga dengan nama Fatimah puteri Nabi dia menyebutkan Alaihassalam [38]. Dia sangat terkejut dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Mari kita kembali kepada insiden yang dinyatakan oleh Ibn Qutaybah dalam mana Fatimah dikatakan telah marah pada Abu Bakar dan Umar. Jika akumeragui kesahihan cerita ini, maka aku tidak boleh meragui kesahihan buku al-Bukhari, yang kita terima sebagai buku yang benar selepas kitab Allah. Setelah kita sanggup menerima bahawa ianya adalah betul, maka Shia mempunyai hak untuk menggunakannya didalam protes mereka terhadap kita dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 114

Page 115: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

memaksa kita kepada apa yang kita janjikan, ini adalah adil bagi mereka yang rasioanal untuk menerimanya.

Didalam bukunya al-Bukhari menulis didalam bab bertajuk "Keistimewaan Kerabat Nabi" sebagai berikut: Rasul Allah (saw) bersabda:"Fatimah adalah sebahagian dari aku, dan sesiapa membuatnya marah,maka dia telah membuatku marah." Begitu juga dibab mengenai "Ghazwah Khaybar" dia menulis: Mengikut pada Aishah, Fatimah (as), puteri Nabi(saw), menghantar seorang utusan kepada Abu Bakar meminta hak pusakanya dari pewarisan Nabi(saw). Abu Bakar enggan untuk memberi Fatimah (as) walau sedikit sekalipun. Fatimah menjadi amat marah kepada Abu Bakar dan meninggalkan dia dan tidak pernah bercakap kepadanya sahinggalah beliau meninggal dunia [39].

Rumusannya, natijahnya adalah satu, al-Bukhari menyatakannya secara ringkas dan Ibn Qutaybah berkata mengenainya secara khusus, dan inilah dia: Rasul Allah (saw) marah apabila Fatimah menjadi marah, dan baginda rela, apabila Fatimah rela, dan bahawa beliau meninggal dunia sedangkan beliau masih marah dengan Abu Bakr dan Umar.

Jika al-Bukhari berkata: Fatimah meninggal sedangkan beliau masih dalam keadaan marah kepada Abu Bakar, dan sehingga ajalnya beliau tidak bercakap dengan Abu Bakar, maka kalimah riwayat Bukhari ini sama maknanya dengan riwayat Ibnu Qutaibah di atas. Dan jika Fatimah adalah, "Penghulu Wanita Alam Semesta (Saidati-Nisa Fil-'Alamin)" sebagaimana dikatakan oleh al-Bukhari didalam bahagian al-Isti’dzan, dan jika Fatimah adalah wanita yang seorang dari ummat ini yang dibersihkan dari segala dosa dan disucikankan sebersih-bersihnya, maka itu bermakna bahawa sikap kemarahan beliau tentunya adalah kebenaran semata-mata. Itulah kenapa Allah dan pesuruhNya menjadi marah oleh kemarahan beliau. Oleh kerana itu Abu Bakr berkata, "Aku berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan kemurkaanmu wahai Fatimah". Kemudian Abu Bakr menangis tersedu-sedu sehingga dadanya sesak. Fatimah juga berkata: "Demi Allah, aku akan memohon keburukanmu di dalam setiap doa yang aku panjatkam setelah solat". Kemudian Abu Bakr keluar sambil menangis dan berkata: "Saya tidak perlu dengar bai'ah kalian dan lepaskanlah aku dari bai'ah kalian" [40].

Kebanyakkan ahli sejarah dan ulama’ kita mengakui bahawa Fatimah (as) telah mendakwa Abu Bakr di dalam banyak kes,

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 115

Page 116: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

seperti kes harta pusaka, bahagian hak kerabat Nabi, tetapi tuntutan beliau ditolak, dan beliau meninggal dengan perasaan marah kepadanya. Bagaimana pun, ulama kita kelihatan melepaskan insiden-insiden ini tanpa mempunyai keinginan untuk memperkatakannya dengan lebih khusus lagi, alasannya seperti biasa supaya mereka dapat menjaga kemuliaan Abu Bakar.

Satu perkara yang pelik yang telah aku baca mengenai cerita ini, adalah apa yang seorang pengarang katakan setelah dia menceritakan secara agak khusus [mendalam] insiden ini: Jauh sekali, bahawa Fatimah membuat tuntutan kepada sesuatu yang bukan haknya, dan jauh sekali Abu Bakr akan melarang Fatimah dari haknya". Penulis itu beranggapan bahawa melalui kenyataan-kenyataan yang lemah itu, dia dapat menyelesaikan masaalah ini dan meyakinkan para penyelidik. Dia kelihatan seperti berkata sesuatu yang serupa dengan yang berikut: Jauh sekali Al-Qur'an akan berkata sesuatu yang bukan hak atau jauh sekali Bani Israel akan menyembah anak lembu.

Kita telah dihantui oleh ulama’ yang mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami atau mempercayai sesuatu yang kontradiktif (bertentangan). Dalam kes ini Fatimah menuntut dan Abu Bakr menolak tuntutan beliau, jadi sama ada beliau adalah seorang yang penipu – ampunan Allah – atau Abu Bakr berlaku zalim terhadapnya. Tidak ada penyelesaian yang ketiga untuk kes ini, sebagaimana sebahagian dari ulama’ kita mahukan. Jika kemungkinan Fatimah Berbohong adalah tertolak, kerana oleh pengesahan dari ayahnya didalam kata-kata baginda: "Fatimah adalah sebahagian dariku, dan sesiapa saja yang mengganggunya, bermakna menggangguku". Dari itu, sesiapa yang berbohong tidak berhak menerima sabda Nabi seperti ini; dan hadith ini sendiri adalah bukti kemaksumannya dari bercakap dusta dan dari segala perbuatan yang munkar sebagaimana ayat Tathir yang diturunkan untuknya, suaminya, dan dua orang puteranya dengan persaksian dari Aisyah [41] juga sebagai bukti akan kemaksumannya. Jika ini tertolak maka tiada lagi jawapan lagi bagi orang yang berfikiran rasional kecuali harus menerima kenyataan bahawa beliau telah dizalimi, dan sikap menolak dakwaannya ini adalah perkara yang mudah bagi mereka yang berani hatta membakar rumahnya, jika orang-orang yang enggan memberikan bai'ah tidak keluar dari rumahnya [42]. Itulah kenapa Fatimah AS tidak memberikan izin kepada Abu Bakar dan Umar masuk ke rumahnya. dan ketika Ali membawa mereka masuk, Fatimah juga memalingkan wajahnya dan tidak mahu melihat mereka berdua [43].

Fatimah telah meninggal dunia, dan berdasarkan wasiatnya, beliau dikuburkan secara rahsia, dan pada malam hari, supaya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 116

Page 117: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tiada seorang pun dari mereka dapat hadir diperkebumian beliau [44] dan sehingga kehari ini, pusara anak perempuan Rasul Allah (saw) tidak diketahui.

Aku sangat suka untuk bertanya mengapa ulama’ kita diam membisu terhadap fakta ini, dan keberatan untuk melihat kedalamnya, atau pun untuk menyebutnya. Mereka memberi kita gambaran bahawa para sahabat adalah seperti malaikat suci dan tidak mempunyai dosa, dan apabila kamu bertanya mereka mengapa khalifah Uthman boleh terbunuh? Maka, mereka akan menjawab: bahawa penduduk Mesirlah - orang-orang kafir - yang membunuhnya, maka tamatlah perkara itu dengan dua kalimah itu sahaja.

Apabila saya mendapat peluang untuk membuat penyelidikan di dalam sejarah, saya dapati bahawa tokoh-tokoh utama disebalik pembunuhan Uthman adalah para sahabat itu sendiri, dan bahawa Aisyah yang menyeru pembunuhanya di khalayak ramai.Aisyah berkata: "Bunuh Na’thal [orang tua yang keras kepala] itu. Ia telah kafir" [45]. Di sana kita mengetahui bahawa Talhah, al-Zubayr, Muhammad ibn Abi Bakr dan para sahabat yang terkenal lainnya mengepong dia didalam rumah dan menghalang dia dari mengambil air minuman, supaya mereka dapat memaksanya untuk meletak jawatan. Lebih lagi, para sejarah menyatakan bahawa mereka tidak membenarkan mayatnya ditanam di perkuburan kaum Muslimin, dan akhirnya dia ditanam di "Hashsh Kawkab" tanpa dimandikan atau dikafankan. Subhanallah. Bagaimana mereka boleh mengatakan kepada kita bahawa dia dibunuh secara zalim, dan bahawa mereka yang membunuhnya bukan Muslim.

Ini satu lagi kes yang sama dengan permasalahan Fatimah dan Abu Bakr: Sama ada Uthman dilayan secara zalim, maka kita boleh menjatuhkan hukuman kepada para sahabat yang membunuh dia atau mereka yang mengambil bahagian di dalam pembunuhan itu bahawa mereka adalah penjenayah yang jahat kerana mereka membunuh khalifah kaum Muslimin dengan penuh kezaliman dan permusuhan, bahkan membaling batu keatas jenazahnya, sehingga Uthman dizalimi ketika hidupnya dan setelah matinya. Atau pun para sahabat telah menghalalkan darahnya kerana dia telah melakukan berbagai tindakan yang bercanggah dengan Islam, sebagaimana punca sejarah mengatakan kepada kita. Tidak terdapat kemungkinan ketiga, melainkan kita menolak fakta sejarah dan menerima gambaran yang salah bahawa orang-orang "kafir" Mesir yang membunuh Uthman. Didalam kedua-dua kes ini terdapat penolakkan yang total pada kepercayaan umum bahawa para sahabat adalah adil dan benar, tanpa pengecualian, kerana

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 117

Page 118: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

sama ada Uthman yang bersalah atau pembunuhnya yang bersalah, tetapi kesemuanya adalah para sahabat, maka andaian kita ditolak [salah]. Jadi kita hanya tinggal dengan andaian dari pengikut Ahl al-Bayt, dan bahawa sebahagian para sahabat adalah adil, dan bukan kesemuanya.

Kita boleh bertanya beberapa soalan mengenai peperangan al-Jamal, yang telah dimulakan oleh Umm al-Mukminin Aishah, yang memainkan peranan utama didalamnya. Bagaimana boleh Umm al-Mumineen Aishah meninggalkan rumahnya yang mana Allah (awj) telah mengarahkannya untuk tinggal didalamnya. Firman Allah:" Tetaplah kamu didalam rumah dan janganlah kamu berhias seperti perempuan jahiliyah" [33:33]

Kita juga boleh bertanya, atas hak apa Aishah membolehkan dirinya mengistiharkan perang dengan khalifah Muslim, Ali ibn Abi Talib? Bukankah beliau Wali (pemimpin) bagi orang-orang Mukmin dan Mukminah? Seperti biasa, ulama’ kita, dengan mudah menjawab bahawa dia tidak suka kepada Imam Ali kerana dia menasihatkan rasul Allah (saw) untuk menceraikannya di dalam peristiwa al-Ifk. Kelihatan seperti mereka-mereka ini cuba untuk meyakinkan kita bahawa insiden itu adalah alasan yang mencukupi untuk dia melanggar perintah Tuhannya dan suaminya Rasul Allah (saw). Dia menunggang unta, bahawa rasul Allah (saw) telah melarangnya dari menunggang dan mengingatkannya mengenai salakkan anjing al-Haw'ab [46]. Aishah telah membuat perjalanan yang jauh, dari al-Medinah ke Mekah kemudian ke Basrah, hanya untuk memerangi Amirul Mukminin dan sahabat-sahabat lain yang membai'ahnya, dan menyebabkan kematian ribuan orang Islam, seperti yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah [47]. Dia melakukan ini semua kerana dia tidak suka kepada Ali kerana menasihatkan rasul untuk menceraikannya. Bagaimana pun rasul tidak menceraikannya, jadi mengapa sampai begini sekali kebenciannya terhadap Imam Ali?

Sejarah telah merakamkan beberapa tindakkan agressifnya terhadap Ali yang tidak dapat diterangkan dan ini adalah sebahagian darinya. Apabila dia {Aisha] sedang dalam perjalanan pulang dari Mekah, Aishah telah diberitahu bahawa Uthman telah dibunuh, maka dia merasa gembira, tetapi apabila dia mengetahui bahawa mereka telah melantik Ali sebagai pengganti, dia menjadi amat marah dan berkata: "Bawa saya kembali" Makanya dia telah memulakan perang saudara terhadap Ali, yang mana nama beliau

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 118

Page 119: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dia tidak suka untuk menyebutnya, sebagaimana dipersetujui oleh kebanyakkan ahli sejarah.

Tidak terdengar ke Aisha kata-kata rasul Allah (saw): Mencintai Ali adalah beriman, dan membencinya adalah (tanda) nifaq (munafik)? [48] Sehinggakan bahawa sebahagian para sahabat pernah berkata: "Kami mengenali mereka yang munafik dengan kebencian mereka terhadap Ali" Tidakkah Aisha pernah mendengar kata-kata rasul Allah (saw): Sesiapa yang menerima aku sebagai pemimpin (wali) mereka, maka Ali adalah pemimpin mereka? Sudah tentu dia mendengar itu semua, tetapi dia tidak menyukainya, dan dia tidak suka untuk menyebut namanya, dan apabila dia mengetahui kematian beliau [Ali] dia sujud dan bersyukur kepada Allah [49].

Biarlah kita tinggalkan semua ini, kerana aku tidak mahu membincang riwayat hidup Umm al-Mumineen Aishah, tetapi saya telah cuba untuk menunjukkan beberapa ramai para sahabat yang melanggar asas-asas Islam dan melangar perintah rasul Allah (saw) dan mencukupilah untuk menyatakan insiden yang berikutnya yang berlaku kepada Aishah semasa perang saudara, dan yang mana telah disahkan oleh semua ahli sejarah dan sebagai bukti kuat atas kesimpulanku.

Telah dikatakan bahawa apabila Aishah melalui pinggir air al-Hawab dan mendengar salakkan anjing, dia teringat akan peringatan dari suaminya,Rasul Allah (saw), dan bagaimana dia menghalangnya dari menjadi penyebab kepada peperangan "al-Jamal" Dia menangis, dan kemudian berkata, "Bawalah aku pulang, bawalah aku pulang!" Tetapi Talhah dan al-Zubayr membawa lima puluh orang dan meminta mereka bersumpah bahawa tempat air itu bukanlah al-Hawab. Kemudian dia menyambung perjalanan sehingga sampai ke Basrah. Kebanyakkan ahli sejarah mempercayai bahawa mereka yang lima puluh orang itu adalah yang pertama didalam sejarah Islam memberi kesaksian palsu [50].

Wahai orang-orang yang berfikiran cerdik, tunjukkan kepada kami bagaimana caranya menyelesaikan kemusykilan ini? Adakah ini benar-benar para sahabat yang agung, yang kita selalu menghukum mereka sebagai orang-orang yang adil bahkan mengatakannya bahawa mereka adalah manusia yang paling mulia selepas Rasul Allah (saw) namun mereka memberi kesaksian palsu, sedangkan Rasul Allah menganggapnya sebagai sebahagian dari dosa-dosa yang besar yang boleh membawa ke neraka.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 119

Page 120: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Soalan yang sama timbul lagi. Siapa yang benar dan siapa yang salah? Sama ada Ali dan pengikut-pengikutnya yang salah, atau Aishah dan pengikutnya dan Talhah dan al-Zubayr dan pengikutnya yang salah. Tidak terdapat kemungkinan yang ketiga. Tetapi saya tidak mempunyai keraguan bahawa penyelidik yang adil akan memihak kepada Ali yang (disabdakan oleh Nabi) sentiasa bersama kebenaran, dan cuba mematikan fitnah yang dinyalakan oleh Umm Mukminin Aishah dan dan pengikutnya yang menyebabkan peperangan saudara yang telah menghancurkan ummah, dan meninggalkan kesan yang trajik hingga kehari ini.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, dan untuk kepuasan diriku, aku sertakan riwayat-riwayat berikut: al-Bukhari telah meriwayatkan didalam kitabnya dalam Bab al-Fitnah, fasal al-Fitnah Allati Tamuju Kamauji al-Bahri (Fitnah Yang Mengamuk Seperti Gelombang Lautan), riwayat seperti berikut: Apabila Talhah, al-Zubayr dan Aishah pergi ke Basrah, Ali menghantar Ammar ibn Yasir dan al-Hasan ibn Ali ke Kufah. Setibanya mereka disana, mereka terus kemasjid dan berkata kepada para jamaah, dan kami mendengar Ammar berkata: Aishah telah pergi ke Basrah….dan demi Allah, dia adalah isteri rasul kamu didalam dunia ini dan juga diakhirat, tetapi Allah (awj) sedang menguji kamu agar Dia tahu kepada Alikah kalian akan taati, ataukah kepada Aisyah?[51]

Juga Bukhari meriwayatkan di dalam Bab as-Syurut fasal Ma Ja Fi Buyut Azwaj an-Nabi(Apa Yang Berlaku Di Rumah Isteri-isteri Nabi):" Suatu ketika Nabi (saw) sedang berucap, dan baginda menunjukkan kerumah dimana Aishah tinggal, dan baginda berkata: Di sinilah fitnah, di sinilah fitnah, di sinilah fitnah dari mana munculnya tanduk syaitan" [52].

Al-Bukhari banyak menulis perkara yang aneh mengenai Aisha dan tabiat buruknya terhadap rasul, sahinggakan bahawa ayahnya telah memukulnya sahingga berdarah. Dia juga menulis mengenai tuntutannya terhadap nabi sahingga Allah mengugutnya dengan penceraian dan digantikan dengan isteri yang lain yang lebih baik dan terdapat banyak lagi cerita-cerita lain yang akan memakan ruang yang panjang jika dijelaskan.

Selepas itu semua saya bertanya kenapa Aishah berhak mendapat segala penghormatan dari Sunni; adakah kerana dia isteri rasul? Tetapi baginda mempunyai isteri yang ramai, dan sebahagian mereka lebih utama dari Aishah, sebagaimana yang dikatakan oleh rasul sendiri [53] Atau mungkin kerana dia adalah anak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 120

Page 121: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

perempuan Abu Bakar! Atau mungkin kerana dia memainkan peranan yang penting didalam penafian wasiat rasul untuk Ali, dan apabila dia diberitahu bahawa Nabi telah berwasiat kepada Ali, dia berkata, "Siapa yang berkata begitu? Aku yang bersama rasul (saw) memangku kepala baginda di dadaku. Kemudian baginda meminta talam, semasa aku tunduk baginda meninggal, tanpa aku rasakan apa-apa.Jadi aku tidak nampak bagaimana dikatakan bahawa Nabi telah berwasiat kepada Ali?[54]. Atau adakah kerana dia melancarkan peperangan yang habis-habisan terhadap Ali dan anak-anaknya sesudah beliau [Ali], dan sehingga menghalang perarakkan jenazah al-Hasan – penghulu pemuda disyurga – dan melarang persemadian beliau disebelah datuknya,Rasul Allah dan berkata: "Jangan izinkan sesiapa yang aku tidak suka untuk memasuki rumahku".

Entahlah apakah Dia [Aisha] terlupa, atau mengabaikan kata-kata rasul Allah (saw) mengenai Hasan dan saudaranya: "Allah akan suka kepada orang yang menyukai keduanya, dan membenci orang yang membenci keduanya" atau kata-kata baginda: "Aku berperang dengan mereka yang berperang dengan kamu, dan aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan kamu". Dan terdapat banyak lagi sabda-sabdanya yang lain. Betapa tidak bukankah mereka berdua adalah bunga yang harumnya semerbak bagi umat ini?

Tidak menghairan sebelumnya dia [Aisha] mendengar banyak lagi kata-kata pada penghormatan Ali; walaupun terdapat peringatan dari rasul, dia telah bertekad untuk memerangi beliau dan memisahkan manusia darinya serta mengingkari segala keutamaan-keutamaannya. Kerana itulah, bani Umaiyyah mengasihi dia dan meletakkannya ditempat yang tinggi dan memuatkan buku-buku dengan kemuliannya dan menjadikannya marja' (pakar rujuk) pada ummat Islam kerana dia memiliki setengah dari agama. Mungkin mereka memberi setengah lagi agama kepada Abu Hurayrah, yang memberitahu mereka apa yang mereka inginkan. Lantaran itu maka Abu Hurayrah mereka letakkan sebagai orang dekat, mereka memberikan kepadanya kekuasaan sebagai gabenor al-Madinah, mereka memberi dia istana al-Aqiq dan memberi dia gelaran "Rawiat al-Islam(Perawi Islam)". Dengan demikian dia memudahkan BaniUmayyah untuk membentuk agama yang baru yang sempurna, yang tidak memiliki apa-apa dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul melainkan yang sesuai dengan kehendak dan nafsu mereka dan yang dapat menguatkan kerajaan dan kekuasaan mereka sahaja.

Agama yang sedemikian sangat sesuai jika dikatakan sebagai bahan mainan dan olok-olok sahaja yang penuh dengan khurafat

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 121

Page 122: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dan kontradiksi.Makanya kebanyakkan dari fakta kebenaran telah lenyap berkubur dan digantikan dengan kebatilan. Kemudian mereka memaksa mereka [manusia] atau menggelabui orang ramai dengan cara keagamaan mereka sehingga agama Allah yang sejati tiada nilai, tiada siapa yang takut kepada Allah sebagaimana mereka takut kepada Muawiyah.

Apabila kita bertanya kepada sebahagian ulama’ mengenai peperangan Muawiah menentang Ali, yang telah dipersetujui oleh al-Muhajireen dan al-Ansar, peperangan yang membawa perpecahan Islam kepada Sunni dan Shiah dan telah meninggalkan bekas sehingga kehari ini, dengan senang mereka menjawab dengan berkata: "Ali dan Muawiyah keduanya adalah para sahabat yang baik, dan keduanya berijtihad secara mereka sendiri. Bagaimana pun Ali adalah benar, makanya dia berhak dengan dua ganjaran, tetapi Muawiyah telah tersalah, makanya dia menerima satu ganjaran. Ianya tidaklah didalam kuasa kita untuk menghukum mereka atau menyebelahi mereka, Allah (awj) berfirman: Demikian itulah suatu ummat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang telah diushakan dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan. [2:134]

Sungguh mengecewakan, kita telah diberikan dengan jawapan yang sangat lemah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras atau pun agama, ataupun syarak. Ya Allah, aku bersihkan diri dari pendapat yang salah dan nafsu yang terjerat. Saya bermohon kepada Engkau untuk melindungi saya dari bisikan syaitan dan kehadirannya.

Bagaimana fikiran yang waras boleh menerima bahawa Muawiyah telah berkerja keras untuk berijtihad, dan tersalah memberinya satu pahala kerana tindakannya menentang Imam bagi sekelian kaum Muslimin, dan kerana pembunuhannya terhadap orang-orang Mukmin yang tidak bersalah, serta perlakuan jenayah yang lain yang tidak terhitung banyaknya yang telah dilakukannya? Dia telah dikenali oleh para sejarah dengan cara pembunuhannya terhadap lawannya dengan cara yang tersendiri yang sangat terkenal melalui memberi mereka makan madu yang mengandungi racun, dan dia pernah berkata, "Allah mempunyai bala tentera yang dari madu".

Bagaimana mereka ini menghukumnya sebagai seorang yang berijtihad, dan tersalah, padahal dia adalah seorang ketua kelompok baghi (kelompok yang memerangi kaum Muslimin yang sah).Terdapat satu hadith rasul yang masyhur, dan kebanyakkan ulama’ bersetuju tentang kesahihannya, "Berbahagialah bagi

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 122

Page 123: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ammar…….dia akan dibunuh oleh kumpulan yang baghi". Dan beliau dibunuh oleh Muawiyah dan pengikutnya.

Bagaimana mereka boleh menghukumkan Muawiyah berijtiihad, apabila dia membunuh Hijr Ibn Adi dan sahabat-sahabatnya dan menanam mereka di kawasan sampah di padang pasir Syam kerana mereka enggan mencerca Ali ibn Abi Talib? Bagaimana mereka boleh menghukumkan dia sebagai sahabat yang adil apabila dia membunuh al-Hasan, pemimpin pemuda disyurga, dengan meracuni beliau?

Bagaimana mereka menghukumkan dia sebagai bersih setelah dia memaksa ummat ini untuk membai'ahnya sebagai khalifah dan membai'ah anaknya yang rosak akhlak Yazid al-Fasik sebagai pengantinya, dan menukar sistem shura kepada sistem kerajaan bercorak dinasti keturunan [55]. Bagaimana mereka menghukumkan Muawiyah telah berijthiad dan memberinya satu pahala, setelah dia memaksa kepada manusia untuk mencerca Ali dan Ahl al-Bayt dari setiap mimbar.Dia telah membunuh para sahabat yang enggan melakukannya, dan menjadikan cercaan kepada Ali sebagai satu sunnah? Fala Huwl Quwwata Illa Billah al-A'li al-A'zim.

Persoalan ini timbul lagi dan akan timbul lagi seterusnya. Kumpulan mana yang benar dan kumpulan mana yang salah? Sama ada Ali dan syiahnya sebagai orang-orang yang zalim dan di pihak yang salah atau Muawiyah dan pengikutnya yang salah, dan Rasul Allah (saw) telah menerangkan segala sesuatu di sana.Dalam kedua-dua kes ini, kenyataan tentang keadilan kepada semua para sahabat tanpa kecuali adalah perkara yang mustahil dan bertentangan dengan akal yang sihat.

Terdapat banyak contoh di dalam setiap pandangan di atas, dan jika aku mahu menuliskan secara terperinci, maka saya akan memerlukan berjilid-jilid buku banyaknya. Tetapi saya mahu ringkaskan didalam pengajian ini, maka saya nyatakan beberapa contoh saja, tetapi syukur kepada Allah, kerana ianya mencukupi untuk mematahkan kepercayaan-kepercayan orang-orang sekitarku yang telah membekukan fikiranku untuk sekian lama, dan menghalang aku dari memahami hadith dan peristiwa sejarah dengan kriteria akal dan syariah yang telah diajarkani oleh al-Quran dan Sunnah Nabi SAWA.

Aku akan tetap bertarung dengan jiwaku dan membersihkan diriku dari setiap debu-debu taksub yang telah menutupiku selama ini. Aku akan membebaskan diri aku dari rantai dan pengikat yang telah diikatkan selama lebih dari dua puluh tahun. Hatiku berkata

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 123

Page 124: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kepada mereka: Wahai, alangkah indahnya seandainya kaumku mengetahui akan ampunan Tuhanku kepadaku dan dijadikanNya aku dari golongan orang-orang yang dimuliakan. Wahai, kalaulah kaumku menemukan dunia yang tidak mereka ketahui, dan memusuhinya tanpa mereka kenali ini.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 124

Page 125: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Permulaan Perubahan

Aku tinggal selama tiga bulan didalam kebingungan yang tidak selesai, walaupun didalam tidurku sekalipun. Fikiranku berkecamuk dengan berbagai bayangan. Aku rasakan jiwaku luluh melihat sikap para sahabat yang kehidupan mereka terungkap dalam sejarah yang sedang aku selidiki. Aku berdiri dalam suatu dilemma (pertentangan) yang tidak mudah, kerana sepanjang hidupku, aku dididik untuk memberi penghormatan dan menyucikan wali Allah dan orang-orang soleh dan jika ada sesiapa juga yang mengkritik maka akan dirasakan suatu keresahan yang agak luar biasa.

Aku pernah membaca suatu ketika didalam "Hayat al-Haywan al-Kubra" oleh al-Dimiri [56]: Terdapat seorang lelaki yang menunggang bersama rakan nya didalam satu kafilah, dan semasa didalam perjalanan dia terus mencaci Umar, dan rakannya cuba menghalang dia dari melakukan itu. Apabila dia didalam tandas, saekor ular hitam memagutnya, dan dia mati serta-merta. Apabila mereka menggali kubur untuknya, mereka dapati ular hitam didalamnya; mereka menggali yang lain dan perkara yang sama berlaku. Setiap kali mereka menggali lubang yang baru, mereka dapati ular didalamnya. Lalu seorang ulama’ memberitahu mereka, "Tanamkan dia dimana sahaja yang kamu suka, walaupun kamu menggali seluruh muka bumi kamu akan dapati ular hitam didalamnya. Ini adalah kerana Allah hendak menghukumnya didunia ini sebelum menghukumnya diakhirat, kerana cacian yang dilakukannya terhadap Sayydina Umar".

Itulah sebabnya kenapa semasa saya memaksa diri saya menjalani penyelidikan yang sukar ini, saya merasa takut dan keliru, terutama, sebagaimana yang telah saya pelajari di Kolej al-Zaytuni bahawa khalifah yang paling utama secara sah adalah Abu Bakr al-Siddiq kemudian Umar ibn al-Khattab al-Farooq, pemisah antara yang haq dan yang batil. Selepas itu Uthman ibn Affan Dhul-Noorayn, yang mana malaikat Rahman pun merasa malu kepadanya, dan sesudah dia, Ali ibn Abi Talib, pintu kepada kota ilmu. Sesudah yang empat ini, tinggal yang enam dari yang sepuluh, yang telah dijanjikan syurga, dan mereka itu adalah Talhah, al-Zubayr, Sa’ad, Sa’eed, Abdul Rahman, dan Abu Ubaydah. Sesudah mereka, para-para sahabat yang lainnya, dan setelah kita dinasihatkan oleh ayat al-Quran "Kita tidak membeza-bezakan diantara mereka pensuruh-pensuruh Allah (saw)" sebagai suatu kedudukan dimana kita mesti mengambilnya sebagai asas bahawa kita tidak harus membeza-bezakan penghormatan kita kepada semua para sahabat.

Kerana itulah aku berasa takut terhadap diriku sendiri, dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 125

Page 126: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

meminta ampun kepada Allah didalam banyak keadaan dan situasi, dan sememangnya saya mahu meninggalkan isu-isu yang membuat saya ragu terhadap para sahabat Rasul Allah (saw), dan ianya kemudian akan membuat saya ragu terhadap agama saya.

Namun begitu, di sepanjang setiap diskusiku dengan beberapa orang ulama’, aku dapati jawapan-jawapan mereka sentiasa menemui banyak pencanggahan dan tidak rasional. Mereka mula mengingatkanku bahawa jika aku teruskan dengan penyelidikkanku mengenai para sahabat, Allah akan mencabut nikmatNya dariku dan mungkin juga aku akan mengalami kecelakaan. Dan kerana kuatnya bantahan dan penolakan mereka terhadap apa sahaja pendapatku, maka aku terdorong lagi untuk meneruskan kajian dan penelitianku agar dapat sampai kepada suatu kebenaran yang dicita-citakan.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 126

Page 127: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Dailog dengan Ulama’

Aku katakan kepada seorang ulama’ kami: Apabila Muawiyah membunuh orang yang tidak berdosa dan memalukan orang yang terhormat, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan mendapat satu pahala. Apabila Yazid membunuh keturunan Rasul Allah (saw) dan memberi kuasa menggeledah al-Madinah al-Munawwarah kepada askarnya, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan mendapat satu pahala, sehingga sebahagian kamu juga mengatakan bahawa "al-Husayn dibunuh oleh pedang datuknya" sebagai alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid. Nah, mengapa pula aku tidak boleh berijtihad melalui pengajian ini, yang telah memaksaku untuk meragui niat para sahabat dan untuk membuktikan keburukkan sebahagian dari mereka, yang tidak sama taranya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Muawiyah dan Yazid terhadap keluarga Nabi (saw)? Jika aku benar, aku berhak mendapat dua pahala, dan jika aku tersalah, aku hanya mendapat satu pahala. Bagaimana pun kritikanku terhadap para sahabat, bukan untuk menghina mereka atau mencaci mereka, tetapi ini adalah caranya untuk ku mencapai kebenaran, aku berharap semoga demikian. Siapakah didalam kumpulan yang benar dan siapakah didalam kumpulan yang salah. Ini adalah tugasku dan tugas setiap muslim, dan Allah (awj) mengetahui apa yang didalam diri kita. Ulama’ itu kemudian menjawab, "O anakku, Ijtihad [penghuraian bagi agama Islam] telah tidak diizinkan untuk sekian lama"

Aku bertanya, "Siapa yang menutupnya?"

Dia berkata, "Imam madzhab yang empat".

Aku berkata, "Syukur kepada Allah! Oleh kerana bukan Allah yang menghalangnya, mahupun pesuruhNya (saw), atau pun khalifah yang empat, yang mana kita diarahkan untuk mengikutinya, maka tidak ada halangan pada saya untuk berijtihad, sabagaimana mereka dahulu lakukan".

Dia berkata, "Kamu tidak boleh berijtihad melainkan jika kamu mengetahui tujuh belas cabang ilmu pengetahuan, diantaranya ialah: Tafsir, Lughah, Nahu, syarf, Balaghah, Hadith, Sejarah dan lainnya".

Aku menyampuk dengan berkata, "Ijtihad saya bukan untuk menunjukkan kepada manusia tentang hukum al-Quran dan Hadith nabi (saw), atau untuk menjadi imam kepada Mazhab yang baru. Bukan! Cuma yang saya ingin tahu adalah siapa yang benar dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 127

Page 128: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

siapa yang salah. Sebagai contoh, untuk mengetahui sama ada Imam Ali yang benar atau Muawiyah, saya tidak perlu untuk menguasai ketujuh belas cabang ilmu pengetahun. Apa yang perlu saya lakukan adalah mengkaji corak hidup dan perbuatan setiap dari mereka untuk mengetahui yang benar".

Dia berkata, "Mengapa engkau mahu mengetahui semua itu?" "Ini adalah umat yang telah lama pergi; mereka akan mendapati apa yang mereka kerjakan, dan kamu akan dapati apa yang kamu kerjakan, dan kamu tidak akan dipanggil untuk menjawab apa yang mereka lakukan" [ 2:134]

Aku bertanya, "Bagaimana anda membacanya. Apakah La Tusaloon (kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban) atau La Tas-aloon (jangan kamu tanya)".

Dia menjawab, "Tentu La Tus-aloon".

Aku berkata: Alhamdullilah. jika ayat tersebut dibaca dengan La Tas-aloon maka di sana kita dilarang supaya tidak membuat penelitian. Namun kerana ianya ditulis dengan La Tus-Aloon, maka ianya bermaksud bahawa Allah (awj) tidak akan menghisab kita untuk atas apa yang mereka lakukan. Dan ini sesuai dengan firman Allah (awj), "Setiap diri bertanggungjawab atas apa yang diusahakannya" [74:38]. Dan juga Dia berfirman, "Dan bahawa seorang manusia tidak memperolehi melainkan apa yang diusahakannya" [53:39]

Dan Quran yang suci mengesa kita untuk mengetahui umat yang terdahulu, dan untuk mengambil pengajaran dari sejarah mereka.Allah telah memberitahu kita mengenai Firaun, Haman, Namrud, Quaroon, dan mengenai nabi-nabi terdahulu serta pengikut-pengikut mereka, bukan hanya untuk hiburan, tetapi untuk menunjukkan kepada kita apa yang haq dan apa yang batil.

Dan untuk pertanyaan anda, mengapa saya ingin mengetahui semuanya itu? Kerana ianya amat penting bagi saya untuk mengetahui semuanya itu. Pertama, untuk mengetahui siapa dia wali Allah, supaya saya dapat mewila' (setia) mereka, dan untuk mengetahui siapa dia musuh-musuh Allah, supaya saya harus menentangnya, dan itulah permintaan Quran, atau pun kewajipan yang dipikulkan kepada kita.

Kedua, adalah amat mustahak bagi saya untuk mengetahui bagaimana saya harus menyembah Allah [bersolat] dan menghampirkan diri kepadaNya dengan semua fardhu yang diwajibkanNya, seperti cara yang Dia (awj) inginkan kita lakukan,

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 128

Page 129: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

bukan sebagaimana Malik atau Abu Hanifah atau sesiapa saja mujtahid-mujtahid yang lain. Aku dapati bahawa Malik tidak memilih bacaan Basmallah(Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani) semasa solat, sedangkan Abu Hanifah menganggapnya sebagai sesuatu yang wajib.Yang lain mengatakan solat tidak sah tanpanya. Kerana solat adalah tiang agama, jika diterima amalan lain akan diterima; tetapi jika ianya ditolak, amalan lain akan ditolak. Makanya aku tidak mahu solatku ditolak. Shiah mengatakan bahawa semasa wudu’ kita hendaklah menyapu kaki dengan tangan kita yang basah, sedangkan Sunni berkata bahawa kita hendaklah membasuhnya. Tetapi apabila kita membaca Quran kita dapati, "Sapu tangan dan kaki kamu" ini adalah nyata mengenai sapu. Jadi bagaimana tanggapan tuan - anda inginkan seorang Muslim yang berfikiran rasional menerima pendapat yang satu sementara menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian?"

Dia berkata, "Kamu boleh mengambil apa yang kamu suka dari setiap kepercayaan, kerana kesemuanya adalah kepercayaan Islam, dan kesemuanya datang dari Rasul Allah (saw)"

Aku berkata, aku takut akan menjadi salah satu dari golongan yang Allah nyatakan:"Maka adakah kamu lihat orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui, dan menutup pendengaran dan hatinya dan adakan tutupan diatas pemandangannya. Siapa yang dapat menunjukkinya sesudah Allah? Tidakkah kamu mengambil pelajaran?" [45:23]

Wahai tuan, saya tidak fikir bahawa keempat-empat Mazhab di dalam Islam itu betul, selagi satu darinya menghalalkan sesuatu sedangkan yang lain mengharamkannya; dan ia tidak boleh di terima akal bahawa suatu yang sama diperbolehkan dan ditegah pada masa yang sama. Rasul Allah (saw) tidak pernah berdebat dahulu sebelum menghuraikan hukum ahkamnya, kerana ianya adalah wahyu dari al-Quran.Allah berfirman:"Dan jika sekiranya al-Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan dapati ikhtilaf (pertentangan) yang banyak di dalamnya" [4:82] Oleh kerana terlalu banyak pertentangannya diantara keempat-empat Mazhab di dalam Islam, maka ianya bukanlah dari Allah (awj) atau dari RasulNya (saw), kerana Rasul [saw] tidak mungkin bertentangan dengan al-Quran.

Apabila ulama’ (shaykh) itu mendapati penerangan saya logik (boleh diterima akal) dan nyata, dia berkata, "Saya nasihatkan awak, demi kerana Allah, bahawa bagaimana pun sekali keraguan awak, janganlah meragui keempat-empat khalifah rashidin, kerana

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 129

Page 130: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

mereka adalah keempat-empat tiang Islam, jika satu darinya runtuh, maka seluruh bangunan akan runtuh"

Aku berkata, "Astagfirullah. Tuan, jika mereka adalah tiang agama maka bagaimana pula dengan Rasul Allah (saw)?"

Dia berkata, "Rasul Allah (saw) itu adalah bangunannya, baginda adalah Islam keseluruhannya"

Saya tersenyum apabila saya mendengar penilaian ini, dan berkata, "Astagfirullah. Hai tuan, tanpa anda sedari tuan telah mengatakan bahawa Rasul Allah (saw) tidak dapat berdiri tanpa sokongan dari mereka berempat, sedangkan Allah (awj) berkata: Dia yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang hak, supaya agama itu mengalahkan semua agama. Dan Allah cukup menjadi saksi" [48:28]

Dia mengutus Muhammad dengan pengkhabaran dan tidak melibatkan mana-mana yang empat itu, atau sesiapa pun, dan dalam hal ini Allah berfirman: Sebagaimana kami telah menghantar diantara kamu seorang rasul yang akan membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, membersihkan kamu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada kamu dan apa-apa yang kamu belum tahu" [2:151]

Dia berkata, "Inilah yang kami telah pelajari dari guru agama kami dahulu, dan kami tidak mempertikaikan mengenai apa yang telah diajari kepada kami oleh mereka, sebagaimana kamu generasi baru sekarang. Kamu meragui segalanya, termasuk agama itu sendiri. Ini adalah di antara tanda-tanda Hari Kiamat. Rasul Allah (saw) bersabda: Hari Kamat tidak akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat".

Aku berkata, "Tuan, mengapa mesti marah. Aku berlindung kepada Allah daripada sikap ragu terhadap agama atua membuat keraguan di dalamanya. Aku beriman kepada Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, kepada malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan semua RasulNya. Aku beriman bahawa Sayyidina Muhammad adalah hamba dan RasulNya dan rasul yang terakhir, dan bahawa aku adalah seorang Muslim. Jadi bagaimana kamuanda menuduh saya dengan semua itu?"

Dia berkata, "Saya patutu menuduh andadengan yang lebih dari itu, kerana kamu meragui Sayyidina Abu Bakar dan Umar. Sedangkan Rasul Allah (saw) yang suci bersabda: Jika keimanan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 130

Page 131: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

ummatku dan keimanan Abu Bakar diletak diatas neraca, adalah keimanan Abu Bakar itu lebih berat timbangannya. Rasul (saw) juga berkata sebagai penghormatan kepada Umar: Aku pernah ditunjukkan kepada ummatku, dan setiap mereka memakai baju yang panjang tetapi tidak sampai menutup dada, dan aku ditunjukkan kepada Umar dan dia sedang mengheret bajunya. Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Agama. Tiba-tiba kamu datang hari ini, didalam abad keempat belas [hijri] dan meragui kebenaran para sahabat dan terutama Abu Bakr dan Umar. Tidakkah kamu ketahui bahawa penduduk Iraq, adalah manusia yang berpecah belah, kafir dan munafik!"

Apa yang boleh aku katakan kepada orang ini, yang mengaku berpengetahuan dan ulama ini. Majlis yang tadinya berjalan dengan cara perdebatan yang baik kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luahan emosi di hadapan sekumpulan hadirin yang mengkaguminya. Aku lihat bahawa wajah-wajah mereka merah dan mata-mata mereka terbeliak menunjukkan sikap protes. Tiada cara lain, aku segera pergi ke rumah dan mengambil kitab al-Muwatta karya Imam Malik dan kitab Sahih al-Bukhari. Kemudian aku katakan kepadanya, "Tuan, apa yang membuat aku meragui Abu Bakar adalah Rasul Allah (saw) itu sendiri".

Lalu aku membuka al-Muwatta dan membaca suatu riwayat yang bermaksud Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para syuhuda Uhud, "Aku menjadi saksi bagi mereka". Kemudian Abu Bakar bertanya, "Ya Rasulullah, tidakkah kami saudara-saudara mereka? Tidakkah kami menjadi Muslim sebagaimana mereka? Tidakkah kami berjihad sebagaimana mereka?" Rasulullah(saw) menjawab, "Ya, tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu lakukan sesudah aku".Setelah mendengarkan itu, Abu Bakr menangis tersedu-sedu dan berkata, "Kami melakukan banyak perkara setelah kamu pergi"[57].

Selepas itu saya membuka sahih al-Bukhari dan membaca: Suatu ketika Umar ibn al-Khattab pergi menemui Hafsah dan mendapati bersamanya Asma bint Umays. Apabila Umar melihatnya dia bertanya, "Siapakah dia?" Hafsah menjawab, "Asma bint Umays". Umar berkata, "Adakah dia orang Habsyah itu? Orang laut itu?" Asma' menjawab, "Ya". Umar berkata, "Kami berhijrah sebelum kamu, maka kami lebih berhak kepada rasul Allah dari kamu". Asma' menjadi amat marah, lalu dia berkata: "Tidak demi Allah, kamu berada bersama Nabi.Diberinya kamu makan, dan diajarkannya kamu; sedangkan kami dibumi asing, di Habsyah kerana Allah dan RasulNya semata-mata, dan setiap kali saya makan atau minum apa saja, saya teringat akan Rasul Allah [saw].

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 131

Page 132: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Kami dahulunya diganggu dan ditakut-takutkan. Demi Allah, saya akan nyatakan ini kepada Nabi dan akanku tanya tanpa aku berdusta, menambah atau mengurangkan dari duduk perkara".

Ketika Asma' datang kepada Nabi, dia bertanya,"Ya Nabi Allah, Umar nyatakan begini dan begini". Baginda bertanya, "Apa yang kamu katakan kepadanya?" Asma menjawab, "begini dan begini". Baginda menjawab, "Dia tidak lebih berhak ke atasku lebih daripada kamu". Dia dan para sahabatnya mempunyai satu hijrah, tetapi kamu, penghuni bahtera, mempunyai dua kali hijrah". Asma' berkata, "Saya mendapati Abu Musa dan kawan-kawan sekapal datang menemui saya dalam berkumpulan dan bertanya saya mengenai sabda Nabi tersebut, dan mereka merasa gembira dengan apa yang diucapkan oleh baginda terhadap mereka [58]."

Setelah selesai membacakan hadith, terlihat perubahan pada wajah ulama’ dan para hadirin, mereka saling berpandangan dan menunggu reaksi sang guru yang mati dalil. Apa yang dapat dilakukannya adalah mengangkat kening, sebagai tanda hairan dan kemudian berkata, "Katakanlah,Ya Allah, tambahkan untukku ilmu pengetahuan".

Aku berkata, "Jika Rasul Allah, adalah yang pertama untuk meragui Abu Bakar, dan tidak menjadi saksi baginya, kerana rasul Allah tidak tahu apa yang akan terjadi selepas dirinya; dan jika rasul Allah tidak setuju dengan keutamaan Umar terhadap Asma bint Umays, tetapi mengutamakan Asma daripada Umar; maka ini adalah didalam lingkungan hak saya untuk meragui dan tidak mempunyai keutamaan terhadap sesiapapun sehingga kebenaran itu nampak jelas dan aku ketahui dengan pasti.. Dan jelas sekali bahawa dua hadith ini bertentangan dan menafikan segala hadith yang menyatakan keutamaan Abu Bakr dan Umar, kerana ianya lebih hampir kepada fakta yang diterima akal berbanding dengan hadith-hadith keutamaan yang diduga itu".

Para hadirin berkata, "Bagaimana maksudnya?" Aku menjawab,"Rasul Allah tidak menjadi saksi bagi Abu Bakar". Baginda bersabda: Aku tidak tahu apa yang akan mereka lakukan sepeninggalanku kelak". Ianya adalah logik [boleh diterima akal].Sejarah telah membuktikannya, dan al-Quran yang suci dan sejarah menjadi saksi bahawa mereka telah melakukan perubahan selepas Nabi. Kerana itulah Abu Bakr menangis, kerana dia telah berubah dan membuat Fatimah al-Zahra marah, puteri Nabi marah, sabagaimana kami terangkan dahulu, dan dia berubah sehingga dia menyesal dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 132

Page 133: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Dan bagi hadith: Jika iman ummat ku dan imannya Abu Bakr diletak diatas timbangan, imannya Abu Bakr adalah lebih berat," ianya tidak betul dan tidak munasabah. Ianya tidak mungkin untuk iman seorang, yang telah menghabiskan empat puluh tahun umurnya didalam mempercayai banyak tuhan dan menyembah berhala, menjadi amat berat dari imannya segala ummat Muhammad, yang mempunyai para wali Allah yang solihin, syuhada, dan para Imam, yang menghabiskan masa hidupnya di dalam berjihad di jalan Allah SWT.Bagaimana Abu Bakr boleh sesuai dengan maksud hadith ini? Jika ianya sahih, dia tidak akan, dihari kemudiannya berangan-angan untuk tidak menjadi sebagai seorang manusia. Lebih-lebih lagi, jika keimanannya lebih tinggi dari iman Fatimah az-Zahra, pemuka wanita alam semesta (Sayyidati Nisa Fil-Alamin) maka puteri Rasul itu tentu tidak akan marah kepadanya atau mendoakan keburukan kepadanya".

Orang alim itu tidak berkata apa-apa, tetapi sebahagian dari hadirin berkata, "Demi Allah1 Hadith ini membuat kami ragu" Maka ulama’ itu berkata kepada saya, "Adakah ini yang kamu mahu? Kamu telah membuat mereka ini meragui agama mereka" Memadailah bagi saya, seorang dari para hadirin menjawab dengan berkata, "Tidak, dia benar, kami tidak pernah membaca keseluruhan buku itu didalam hidup kami, kami mengikut kamu membuta tuli dan tanpa sebarang bantahan, dan sekarang telah nampak oleh kami bahawa apa yang al-Hajj katakan adalah benar, dan adalah tugas kami untuk membaca dan menyelidik!" Mereka yang lainnya bersetuju dengan beliau, dan itu adalah kejayaan bagi kebenaran dan keadilan. Ianya bukanlah kejayaan dengan kekerasan, tetapi oleh fikiran yang logik dan pembuktian. Allah berkata, "Katakan, bawalah hujah-hujah kamu, jika memang kamu orang-orang yang benar" [27:64].

Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang tiga tahun lagi. Aku ulangi segala yang aku baca dari awal hingga akhir. Aku baca buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syiah) karya Imam Syarafuddin, dan aku ulangi berkali-kali. Ia telah membuka luas wawasanku dan menyebabkanku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT serta cinta kepada Ahlul Bayt AS.

Aku juga membaca kitab al-Ghadir karya Syaikha al-Amini dan aku ulangi sebanyak tiga kali lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas sekali. Juga kitab Fadak Karya Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr dan kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha al-Muzaffar. Dari dua buah buku ini aku temukan berbagai jawapan yang sangat memuaskan. Juga aku baca kitab as-Nas wal-Ijtihad yang menambahkan lagi keyakinanku. Kemudian kitab Abu

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 133

Page 134: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Hurairah karya Syarafuddin juga, dan Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Misri. Dari sana aku baru mengetahui bahawa sahabat yang melakukan perubahan setelah zaman Rasulullah ada dua kategori. Pertama, yang merubah hukum dengan kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang merubah hukum dengan meletakkan berbagai hadith palsu yang dinisbahkan kepada Rasul SAWA.

Kemudian aku baca kitab al-Imam as-Sadiq wal Mazahib al-Arba'ah karya Asad Haidar. Dari sana aku kenal perbezaan antara ilmu mauhub (yang dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru tahu perbezaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki, dan dari sikap berlagak berilmu, dan berijtihad dengan pendapat peribadi yang menjauhkan ummat ini dari jiwa Islam yang sebenarnya.

Aku membaca juga berbagai buku karya Sayyid Ja'far Murtadha al-Amili, Sayyid Murtadha al-Askari, Sayyid al-Khui, Thabatabai, Syaikh Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abil Hadid al-Mu'tazili dalam bukunya Syarah Nahjul Balaghah, Taha Husayn dalam bukunya al-Fitnah al-Kubra. Dari buku sejarah aku baca kitab Tarikh al-Tabari, Tarikh Ibnul Athir, Tarikh al-Masudi dan Tarikh al-Ya'qubi. Dan banyak lagi buku-buku lain yang aku baca sehingga aku merasa betul-betul puas bahawa Syiah Imamiyyah ini adalah yang benar. Dari situ kemudiannya aku mengikut Madzhab Syiah, dan dengan rahmat Allah aku mengikut Bahtera Ahlul Bayt serta aku pegang erat-erat tali wila' mereka kerana aku dapati Alhamdulillah, merekalah sebaga alternatif dari sebahagian sahabat yang terbukti kepadaku telah berbalik ke belakang, dan tiada yang terselamat melainkan sekelompok kecil sahaja. Kini aku menggantikan mereka dengan Ahlul Bayt Nabi yang telah Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan disucikan mereka dengan sesuci-sucinya, bahkan diwajibkan kepada seluruh ummat manusia untuk mencintai mereka. Shia bukanlah, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari ulama’ kita, orang Farsi dan Majusi yang mana kuasa dan kebanggaan mereka telah dihancurkan oleh Umar didalam peperangan al-Qadisiyyah, dan itulah sebabnya mereka membenci Umar!

Jawapan saya kepada itu bagi mereka yang tidak tahu adalah bahawa Syiah Ahlul Bayt tidak terhad kepada orang-orang Farsi sahaja, kerana terdapat Shiah di Iraq, Hijaz, Syria, Lebanon, dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 134

Page 135: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kesemuanya adalah Arab. Sebagai tambahan kepada itu, terdapat juga Shiah di Pakistan, India, America, dan kesemuanya ini bukanlah dari bangsa Arab ataupun Farsi.

Jika kita bataskan Shiah hanya bagi Iran sahaja, maka hujah kita akan menjadi lebih kuat lagi kerana saya dapati bahawa orang Farsi mempercayai didalam kepimpinan dua belas Imam, dimana kesemuanya adalah Arab dari Quraysh dari Bani Hashim, keluarga rasul. Jika orang Farsi mempunyai sikap fanatik dan membenci orang Arab, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian mereka [ulama’ Sunni], tentu mereka telah mengambil Salman al-Farisi sebagai Imam mereka, kerana beliau adalah sahabat yang agung dan dihormati oleh Shia dan Sunni. Disebaliknya pula saya dapati bahawa kebanyakkan imam-imam Sunni yang utama adalah orang Farsi, seperti Abu Hanifah, al-Nisa’i, al-Tirmidhi, al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Farabi dan banyak lagi. Jika Syiah berasal dari Farsi, lalu mereka membenci Umar yang telah menghancurkan keagungan mereka dahulu, jadi bagaimana kita menerangkan penolakan terhadap Umar oleh orang-orang Syiah Arab yang bukan Farsi? Itu suatu contoh dakwaan tanpa dalil. Penolakan terhadap Umar adalah kerana peranannya didalam menyingkirkan Amirul Mukminin, Ali ibn Abi Talib, dari khalifah setelah pemergian rasul, dan kerana peperangan saudara yang trajis dan jatuhnya suatu ummah. Bagi seorang peneliti yang ohjektif dan rasional, memang dia akan mengambil sikap sedemikian jika tabir sejarah yang menutupinya terungkap, tanpa perlu memiliki rasa permusuhan sebelumnya.

Adalah benar bahawa Shiah, sama ada mereka itu Arab atau Farsi atau apa juga bangsanya, tunduk kepada nas-nas al-Qur'an dan Hadith Nabawi. Mereka patuh pada imam-imam yang menunjukkan mereka jalan yang lurus. Mereka tidak rela dengan selain daripada mereka (Ahlul Bayt as) walaupun dengan polisi paksaan dari Umayyah dan kemudian Abbasiyyah selama tujuh abad. Dimasa itu, mereka memburu Shiah dimana sahaja; mereka membunuhnya; mereka jadikanya tanpa kediaman; mereka menafikan hak-haknya dari Baitul Mal dan mereka dilemparkan dengan berbagai tuduhan dan tohmahan yang menimbulkan rasa marah orang kepada mereka sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun orang-orang Shiah tetap kukuh dengan pendirian mereka. Mereka bersabar dan dan memegang erat kebenaran yang dipercayai mereka tanpa memperdulikan cacian sesiapa pun. Dan nilai kekukuhan ini memang mereka nikmati sehingga kehari ini. Saya mencabar mana-mana ulama’ kita untuk

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 135

Page 136: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

berdiskusidengan ulama’ mereka. Tentu mereka keluar setelah itu sebagai seorang yang mendapatkan bimbingan.

Kini, aku telah menjumpai pilihan yang lain, dan syukur kepada Allah yang memanduku kepadanya, kerana aku tidak akan sampai kesana tanpa bimbinganNya. Syukur dan puji bagi Allah yang telah memandu saya kepada golongan yang selamat, yang mana saya mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Saya tidak mempunyai keraguan bahawa mereka berpegang pada kepada Ali dan Ahl al-Bayt yang bermakna mereka telah berpegang pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus selama-lamanya. Terdapat banyak bukti dari nas Nabi yangdisepakati oleh semua Muslim. Dan akal sahaja sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bagi sesiapa juga yang bijak dan teliti. Ijmak umat mengatakan bahawa Ali adalah sahabat yang paling berpengetahuan dan tentunya yang paling berani.Dua ini sahaja telah cukup sebagai bukti akan keutamaan Ali dibandingkan dengan orang lain atas hak khilafah.Allah (awj) berfirman: "Berkata nabi mereka kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus Thalut menjadi raja untukmu. Berkata mereka itu: Bagaimanakah ia menjadi raja diatas kami, sedang kami lebih patut menjadi raja daripadanya, dan dia tidak mempunyai harta yang banyak? Berkata nabi: Sesungguhnya Allah telah memilih dia diantara kamu, serta menambahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat dan Allah memberikan kerajaanNya kepada siapa yang dikehendakkiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Lagi Maha Mengetahui [2:247]

Dan Rasul Allah (saw) bersabda, "Sesungguhnya Ali adalah dariku, dan aku adalah dari Ali, dan dia adalah wali bagi setiap mukmin selepasku [59]."

Al-Zamakhshari berkata didalam sebahagian dari syairnya: Telah banyak keraguan dan perselisihan Semua mendakwa berada di jalan yang lurus Aku pegang erat-erat dengan Laila Ha illa-Llah Dan cinta kepada Ahmad dan Ali Telah selamat anjing lantaran cinta kepada Penghuni Gua Bagaimana aku akan celaka dengan cinta pada keluarga NabiAlhamdulillah, kini aku telah menemui alternatif. Selepas Rasulullah aku menjadi pengikut Amirul Mukminin, Singa Allah al-Ghalib al-Imam Ali ibn Abi Talib, juga kepada kedua-dua pemuka pemuda-pemuda disyurga cahaya mata Nabi, al-Imam Abu Muhammad al-Hasan al-Zaki dan Imam Abu Abdullah al-Husayn; dan juga kepada darah dagingnya baginda Rasulullah SAWA ibu kepada zuriat Nubuwwah, ibu kepada seluruh imam, sumber

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 136

Page 137: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Risalah dan Allah, yang mana Allah marah kerana kemarahannya, wanita alam semesta, Sayyidah Fatimah al-Zahra AS.

Aku telah menukar Imam Malik, dengan gurunya para imam, dan guru kepada ummah keseluruhan, Imam Ja’far al-Sadiq AS. Aku berpegang kepada sembilan imam yang maksum dari zuriat Husayn AS, imam-imamnya kaum Muslimin dan wali-wali Allah as-Solihin.

Aku juga telah menukarkan para sahabat yang berpaling seperti Muawiyah, Amr ibn al-As, al-Mughira ibn Shu’bah, Abu Hurayrah, Ikrimah, Ka’b al-Ahbar dan yang lainnya kepada para sahabat yang bersyukur kepada Tuhannya, dan tidak pernah memungkiri janji yang telah diberikan kepada Rasul Allah seperti Ammar ibn Yasir, Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghafiri, al-Miqdad ibn al-Aswad, Khuzayma ibn Thabit – dhu al-Shahadatain, Ubay bin Ka'ab dan yang lainnya.Segala puji bagi Allah di atas petunjukNya.

Aku juga telah menukar para ulama tempatku yang telah menjumudkan akal-akal kami yang kebanyakannya mengikut para penguasa di setiap zaman dengan ulama-ulama Syiah yang solihin, yang tidak pernah menutup pintu ijtihad, tidak pernah merasa hina atau meminta kasihan dari pemimpin-pemimpin yang zalim ini.

Ya, aku telah menukar alam fikiranku yang sempit dan taksub, yang percaya dengan berbagai khurafat dan kontradiktif dengan alam fikiran yang cerah, terbuka, bebas dan percaya pada setiap dalil dan hujah. Atas dengan kata lain, aku telah membasuh otakku dari daki-daki kesesatan Bani Umaiyyah yang telah membekas sepanjang tiga puluh tahun, dan kini mensucikannya dengan aqidah orang-orang yang maksum yang Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan mensucikan mereka dengan sesuci-sucinya.

Ya, Allah. Hidupkanlah kami di atas agama mereka. Matikan kami di atas sunnah mereka. Bangkitkanlah kami bersama-sama mereka. Kerana NabiMu telah bersabda,"Seseorang kelak akan dibangkitkan dengan orang-orang yang dicintainya".

Dengan demikian maka aku kini kembali ke akar umbi asalku. Ayah dan paman-pamanku dahulu pernah mengatakan kepada kami bahawa asal mulanya kami adalah dari golongan sayyid-sayyid yang lari dari Iraq lantaran tekanan Bani Abbasiyyah. Kemudian meminta perlindungan di Afrika Utara sehingga akhirnya menetap di Tunisia yang sehingga kini masih meninggalkan bekas-bekas sejarah. Di Afrika Utara sendiri banyak as-Asyraf lantaran keturunannya dari salasilah Ahlul Bayt yang suci. Namun mereka telah banyak yang tenggelam dalam kesesatan Bani Umaiyyah dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 137

Page 138: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Bani Abbasiyyah. Tiada tersisa dari mereka suatu kebenaran sedikitpun melainkan sikap hormat dan penuh takzim yang ditunjukkan orang ramai kepada mereka sahaja. Segala puji bagi Allah kerana hidayahNya ini. Segala puji bagi Allah kerana petunjukNya kepadaku ini dan kerana dibukakanNya mataku dan pemahamanku untuk mengetahui suatu kebenaran.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 138

Page 139: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Sebab-sebab Aku Mengikut Madzhab Ahlul Bayt AS

Banyak sebab yang mendorongku untuk mengikuti madzhab Ahlul Bayt (Syiah). Dan tidak mungkin bagiku menyebutkan secara terperinci di sini kecuali sebahagian sahaja.

1. Nas Khalifah

Aku telah berjanji pada diriku ketika memasuki perbahasan ini untuk tidak berpegang kepada mana-mana dalil kecuali ianya benar dipercayai oleh kedua madzhab, dan membiarkan mana-mana dalil yang hanya diriwayatkan oleh satu madzhab sahaja. Lalu aku mengkaji suatu subjek tentang keutamaan antara Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib; dan khalifah (kekhalifahan) pada dasarnya adalah hak Ali jika dilihat dari segi nas sebagaimana yang didakwa oleh Madzhab Syiah; sementara madzhab Sunnah mendakwa bahawa khalifah ditentukan dengan pilihan dan syura.

Mereka yang mengkaji subjek ini jika benar-benar tulus untuk mencari kebenaran maka mereka akan mendapati bahawa nas yang mengatakan Ali sebagai khalifah adalah sangat jelas sekali. Seperti sabda baginda SAWA:"Siapa yang menganggapku aku sebagai maulanya (pemimpin) maka inilah Ali sebagai maulanya". Beliau sabdakan ini setelah beliau kembali dari hajinya yang terakhir yang dikenal dengan Hujjahtul Wada'. Lalu berduyun-duyunlah orang datang mengucapkan tahniah kepada Ali, hatta Abu Bakar dan Umar sendiri. Mereka berkata:"Tahniah, tahniah untukmu wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi maula setiap Mukmin lelaki dan perempuan"[60].

Nas ini telah disepakati oleh madzhab Syiah dan Sunnah. Yang aku sebutkan dalam kajianini hanyalah buku-buku rujukan Ahlul Sunnah sahaja. Itupun bukan semua kerana ianya jauh lebih banyak dari apa yang aku sebutkan. Untuk mendapatkan dalil-dalil yang lebih terperinci aku mengajak para pembaca menelaah kitab al-Ghadir karya al-Allamah al-Amini. Buku ini setebal tiga belas jilid di mana penulisnya telah menyenaraikan para perawi hadithnya dari golongan Ahlul Sunnah yang cukup banyak.

Adapun ijmak yang didakwa sebagai asas terpilihnya Abu Bakar di Saqifah Bani Sa'idah lalu kemudian dibaiah di masjid adalah dakwaan yang tidak berasas. Bagaimana itu boleh dikatakan ijmak sedangkan beberapa orang sahabat terkemuka seperti Ali, Abbas, dan Bani Hasyim yang lain tidak ikut serta membaiahnya. Begitu juga Usamah bin Zaid, Zubair, Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghaffari, Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir, Abu Ayyub al-Ansari, Jabir bin Abdullah, Khalid bin Saad dan banyak lagi [61].

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 139

Page 140: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Mana ijmak yang diperkatakan itu wahai hamba-hamba Allah? Seandainya hanya Ali sendiri yang tidak membaiah, maka itu sudah cukup sebagai bukti tercelanya ijmak seumpama itu. Ini kerana beliau adalah satu-satunya calon khalifah yang ditunjuk oleh Rasulullah SAWA, jika katakanlah tiadanya nas yang terang-terangan menunjukkannya sebagai khalifah.

Sesungguhnya bai'ah Abu Bakar berlaku tanpa musyawarah. Ianya berlaku ketika manusia-manusia sekitarnya sedang bingung dan sibuk terutamanya Ahlul Halli Wal Aqdi (orang-orang yang pakar yang utama dan berkeupayaan) di mana mereka sedang sibuk mengurus jenazah Nabi SAWA dan mengkebumikannya. Waktu itu penduduk kota Madinah sedang dikejutkan dengan wafatnya Nabi mereka, lalu selepas itu mereka dipaksa untuk membai'ah sang khalifah [62]. Hal ini dapat kita rasakan dari cara ugutan mereka untuk membakar rumah Fatimah jika orang-orang yang ada di dalamnya enggan memberikan bai'ah. Nah, lalu bagaimana dapat kita katakan yang ianya berlaku secara musyawarah dan ijmak?

Umar sendiri telah mengatakan bahawa bai'ah yang diambil waktu itu adalah tergesa-gesa, di mana Allah telah menjaga kaum Muslimin dari kejahatan.Beliau mengatakan lagi bahawa siapa sahaja yang mengulangi cara pembai'atan seperti itu maka mereka mestilah dibunuh atau bai'ahnya tidak sah dan tidak diperakui [63].

Imam Ali telah berkata tentang haknya ini:"Demi Allah, Ibnu Abi Qahafah (Abu Bakar) telah memakainya (hak khalifahku) sedangkan beliau tahu bahawa kedudukanku dengan khalifah ini bagaikan kedudukan kincir dengan roda"[64].

Sa'ad bin Ubadah seorang pemuka kaum Ansar yang menyerang Abu Bakar dan Umar di hari Saqifah dan berusaha bermati-matian untuk mecegah mereka dari jawatan khilafah, namum beliau tidak mampu disebabkan beliau sakit dan tidak dapat berdiri, beliau berkata setelah kaum Ansar membaiah Abu Bakar:"Demi Allah, sekali-kali aku tidak akan membai'ah kalian sehinggalah aku lemparkan anak-anakku dan aku lumurkan tombakku serta aku hayunkan pedangku dan aku perangi kalian bersama-sama keluargaku dan kaumku. Demi Allah, seandainya manusia dan jin berkumpul untuk membaiah kalian maka aku tetap tidak akan membai'ah sehinggalah aku berjumpa dengan Tuhanku". Sa'ad bin Ubadah tidak solat bersama-sama mereka dan ikut serta berkumpul bersama-sama mereka bahkan tidak mengerjakan haji bersama-sama mereka. Seandainya ada sekumpulannya orang mahu memerangi mereka maka ia akan membantu dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 140

Page 141: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

seandainya ada orang yang membaiahnya untuk memerangi mereka maka ia akan perangi. Begitulah keadaannya sehingga beliau wafat di Syam pada masa pemerintahan Umar [65].

Jika bai'ah ini dilakukan tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara kaum Muslimin dari kejahatannya seperti yang dikatakan oleh Umar sendiri, seorang arkitektur yang rancangan ini dan tahu akibat-akibat yang akan dialami oleh kaum Muslimin kerananya.

Dan jika khilafah ini merupakan "pakaian" Abu Bakar sahaja, seperti yang diibaratkan oleh Imam Ali mengingatkan bahawa dialah yang tuan empunya yang sah. Dan diba'iah ini diambil secara zalim seperti yang dikatakan oleh Sa'ad bin Ubadah, pemuka kaum Ansar yang memisahkan diri dari jamaah kerananya. Dan jika bai'ah ini tidak sah secara syariat mengingatkan sahabat-sahabat yang besar seperti Abbas paman Nabi tidak memberinya, lalu apa hujah keabsahan khilafah Abu Bakar? Jawabnya: tidak ada hujjah dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Dengan demikian maka benarlah hujjah Syiah dalam hal ini kerana nas tentang kekhilafahan Ali nyata ada di dalam Ahlul Sunnah sendiri. Mereka telah menakwilkannya kerana ingin menjaga kemuliaan sahabat. Namun bagi orang yang insaf dan adil, maka dia tidak akan mendapatkan alasan lagi kecuali mesti menerima nas ini terutamanya jika ia mengetahui peristiwa-peristiwa yang menyelubungi lam sejarah ini [66].

2. Perselisihan Antara Fatimah Dan Abu Bakar

Subjek ini juga disepakati kesahihannya oleh dua madzhab, Sunnah dan Syiah. Orang yang insaf dan berakal tidak akan dapat lari kecuali harus mengatakan aygn Abu Bakar telah bersalah walaupun dia tidak mengiktiraf sikap zalimnya terhadap Penghulu Wanita ini. Mengingatkan bahawa mereka mengkaji tragedi ini dan mengetahui seluk-beloknya secara terperinci dia akan tahu pasti bahawa Abu Bakar sengaja mengganggu Siti Zahra' dan mendustakannya agar beliau tidak dapat berhujah dengan nas-nas al-Ghadir dan lainnya akan kesahihan hak khilafah suaminya dan putra pamanya Ali. Kamu menemui bukti-bukti yang cukup tentang hal ini. Antara lain apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa Fatimah Zahra', semoga Allah mencucurkan kesejahteraan kepadanya, pernah mendatangi tempat-tempat pertemuan kaum Ansar dan meminta mereka membantu dan membai'ah Ali. Mereka menjawab:"Wahai putri Rasulullah, kami telah memberikan bai'ah kepada orang ini (Abu Bakar), seandainya suamimu dan putra

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 141

Page 142: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

pamanmu mendahului Abu Bakar maka kami tidak akan berpaling darinya. Lalu Ali berkata: Apakah aku akan tinggalkan Rasulullah SAWA di rumahnya dan tidak mengurus jenazahnya, lalu keluar dan melawan mereka tentang pemerintahan? Fatimah menyahut:Abul Hasan (Ali) telah melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan; sementara mereka telah melakukan sesuatu di mana Allah akan menjadi Penghisab dan Penuntutnya [67].

Seandainya Abu Bakar memang berniat baik dan tersilap maka hujah-hujah Fatimah telah menyedarkannya. Tetapi Fatimah tetap marah kepadanya dan tidak berbicara dengannya sehinggalah beliau wafat. Ini kerana Abu Bakarmenolak setiap dakwaan Fatimah dan tidak menerima kesaksiannya bahkan kesaksian suaminya. Ini semua menyebabkan Fatimah begitu marah kepada Abu Bakar sehingga beliau tidak izinkan Abu Bakar menghadiri pemakaman jenazahnya seperti yang diwasiatkannya kepada suaminya Ali agar menguburkankan di waktu malam secara sembunyi [68].

Tentang pengkebumikan Fatimah AS secara rahsia di waktu malam ini, aku sendiri - dalam masa-masa pengkajianku telah berangkat ke Madinah untuk memastikan kebenaran ini. Di sana aku dapati bahawa:

Pertama: Kuburan Fatimah az-Zahra' tidak diketahui oleh sesiapapun. Sebahagian berkata: ada di Kamar Nabi (Hujrah Nabawiyah), sebahagian yang lain berkata di rumahnya berhadapan dengan Kamar Nabi; yang ketiga berkata di Baqi' di tengah-tengah kuburan Ahlul Bayt tetapi tidak pasti tempatnya.

Hakikat pertama yang aku simpulkan adalah beliau, Fatimah Zahra' ingin agar generasi kaum Muslimin di masa-masa berikutnya bertanya-tanya tentang sebab kenapa beliau meminta agar suaminya mengkebumikannya di waktu malam dan secara rahsia tidak dihadiri oleh sesiapa pun. Ini memungkinkan seorang muslim untuk sampai pada kebenaran melalui pengkajian-pengkajian di dalam sejarah.

Kedua: Aku dapati bahawa orang yang ingin berziarah ke kuburan Uthman bin Affan terpaksa berjalan cukup jauh untuk sampai ke penghujung kawasan Baqi'. Di situ dia akan dapati kuburan Uthman berada di bawah sebuah dinding, sedangkan kebanyakan sahabat dikuburkan di tempat yang berhampiran dengan pintu masuk Baqi'. Hatta Malik bin Anas, imam Madzhab Maliki, seorang Tabi'it-Tabi'in (generasi keempat selepas Nabi SAWA) dikuburkan dekat dengan isteri-isteri Nabi.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 142

Page 143: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Disini jelas bagiku apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa Uthman telah dikuburkan di Hasy Kaukab, iaitu sebidang tanah yang dimiliki oleh orang Yahudi. Disebabkan kaum Muslimin pada waktu itu telah melarangnya untuk dikebumikan di Baqi' Rasul SAWA. Ketika Muawiyah menjadi khalifah maka dia telah membeli tanah itu dari orang Yahudi tersebut lalu dimasukkannya sebagai sebahagian daripada kawasan Baqi' agar kuburan Uthman juga termasuk di dalamnya. Bagi mereka yang berziarah ke Baqi' maka dia akan melihat hakikat ini dengan jelas sekali.

Aku berasa bertambah hairan ketika aku mengetahui bahawa Fatimah Zahra AS adalah orang yang pertama menyusul ayahnya. Antara wafat Rasul dengan wafatnya Fatimah AS hanya dipisahkan dengan enam bulan sahaja (mengikut pendapat yang paling lama) tetapi beliau tidak dikebumikan di sisi ayahnya!

Jika Fatimah Zahra' yang berwasiat agar dikebumikan secara rahsia, dan tidak dikuburkan dekat dengan kuburan ayahnya seperti yang disebutkan di atas, lalu apa pula terjadi dengan jenazah putranya Hasan yang tidak dikuburkan dekat dengan datuknya Nabi SAWA? (Ummul Mukminin) Aisyah telah melarangnya untuk dikebumikan di sana. Ketika Husayn datang untuk mengkebumikan abangnya Hasan di sisi kuburan datuknya Nabi SAWA, Aisyah datang dengan menunggang baghalnya dan berteriak: Jangan dikuburkan di rumahku orang yang tidak aku sukai. Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim telah berbaris hampir berperang, tetapi Imam Husayn berkata kepada Aisyah bahawa dia akan membawa jenazah abangnya sahaja ke kuburan datuknya, lalu akan dikuburkan di Baqi'. Imam Hasan berpesan agar jangan tertumpah setitis pun darah kerananya.

Ibnu Abbas mendendangkan syairnya kepada Aisyah: Kau tunggangi unta [69] Kau tunggani baghal [70] Kalau kau terus hidup Kau akan tunggangi gajah Sahammu kesembilan dari seperlapan tapi telah kau ambil semuanyaIni adalah contoh dari rangkaian hakikat yang sungguh menghairankan. Bagaimana Aisyah mewarisi pusaka semua rumah Nabi sementara isteri-isteri baginda berjumlah sembilan, seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Abbas di atas.

Jika Nabi tidak meninggalkan waris seperti yang disaksikan oleh Abu Bakar dan melarangnya dari Fatimah, lalu bagaimana Aisyah mewarisi pusaka Nabi? Apakah ada di dalam al-Qur'an suatu ayat yang memberikan hak pusaka kepada isteri dan menyekatnya dari

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 143

Page 144: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

anak perempuan? Ataukah politik yang merubah segala sesuatu sehingga mengharamkan si anak perempuan dari menerima segala sesuatu dan memberikan kepada si isteri segala sesuatu?

Di sini saya akan bawakan suatu kisah yang disebutkan oleh sebahagian ahli sejarah dan ada kaitan dengan cerita tentang harta pusaka ini.

Ibnu Abil Hadid al-Mu'tazili di dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah berkata:"Aisyah dan Hafsah mendatangi Uthman di masa kekhalifahannya. Mereka meminta agar pusaka Nabi tersebut diberikan kepada mereka. Sambil membetulkan cara duduknya, Uthman berkata kepada Aisyah:"Engkau bersama orang yang duduk itu pernah datang membawa seorang Badwi yang bersuci dengan air kencingnya dan menyaksikan bahawa Nabi SAWA bersabda:"Kami para Nabi tidak meninggalkan apa-apa warisan. Maka apa yang kalian minta ini? Dan jika memang Nabi meninggalkan warisan pusaka, kenapa kalian larang haknya Fatimah? Lalu Aisyah keluar dari rumah Uthman sambil marah-marah dan berkata: Bunuhlah si Na'thal ini, dia telah kufur" [71].

3. Ali Lebih Utama Untuk Diikuti

Di antara sebab yang mendorongku untuk mengikut madzhab Syiah ini dan meninggalkan tradisi para leluhur adalah pertimbangan akal dan naql (aqliyah dan naqliyah) antara Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar.

Seperti yang aku sebutkan pada halaman-halaman yang lalu bahawa aku sesungguhnya sepenuhnya berpegang kepada ijmak yang sepakati oleh Ahlul Sunnah dan Syiah. Dan ku telah mengkaji di berbagai kitab dua madzhab ini, dan tidak aku temui ijmak atau persepakatan pendapat melainkan berkenaan Ali bin Abi Talib. Sunnah dan Syiah telah bersepakati tentang keimamahannya Ali sebagaimana yang dicatatkan di dalam nas-nas berbagai kitab rujukan dua madzhab itu.Sementara tentang keimamahan Abu Bakar hanya dikatakan oleh sekelompok tertentu kaum Muslimin sahaja. Di atas telah kami sebutkan ucapan Umar tentang pembai'ahan terhadap Abu Bakar.

Demikian juga tentang keutamaan dan keistimewaan Abi bin Abi Talib yang diriwayatkan oleh Syiah di dalam kitab-kitab mereka mempunyai sanad dan kesahihannya yang tidak dapat digugat seperti di dalam kitab-kitab Sunnah juga. Bahkan ianya diriwayatkan melalui berbagai jalur yang tidak dapat diragukan lagi. Banyak sahabat telah meriwayatkan hadith berkenaan keutamaan Ali ini, sehingga Ahmad bin Hanbal mengatakan:"Tidak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 144

Page 145: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

satu pun sahabat Nabi yang memiliki keutamaan sebagaimana Ali bin Abi Talib"[72].

Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata:"Tidak satupun hadith-hadith keutamaan sahabat yang diriwayatkan dengan isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali" [73].

Melihat kaum Bani Umaiyyah telah memaksa setiap orang yang berada di Barat dan di Timur untuk mencaci dan melaknatnya serta tidak menyebutkan tentang keutamaan Ali, bahkan melarang sesiapa pun daripada menggunakan namanya, bagaimanapun keutamaan-keutamaannya tetap memancar dan menyerlah keluar. Imam Syafie berkata berkenaan dengan ini:"Aku sungguh hairan akan seseorang yang kerana dengki musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya dan kerana takut pencinta-pencintanya tidak menyebutkannya namun tetap sahaja ianya tersebar dan memenuhi buku-buku".

Berkenaan dengan Abu Bakar juga telah aku kaji dengan teliti di dalam berbagai kitab dua madzhab itu. Tetapi kitab-kitab Sunnah yang menyebutkan tentang keutamaan-keutamaannya juga tidak dapat menyamai atas menyaingi keutamaan-keutamaan Imam Ali bin Abi Talib.Itupun diriwayatkan sama ada oleh puterinya Aisyah yang kita kenal sikapnya terhadap Imam Ali, dimana beliau berusaha sekuat tenaga untuk menonjolkan ayahnya walau dengan menciptakan hadith-hadith yang palsu; atau diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dimana beliau juga diantara orang-orang yang menjauhkan diri daripada Imam Ali. Abdullah bin Umar ini pernah menolak membai'ah Imam Ali setelah semua kaum Muslimin sepakat untuk mengangkatnya sebagai Imam, dan pernah berkata bahawa orang yang paling utama setelah Nabi adalah Abu Bakar kemudian Umar dan kemudian Uthman, lalu tiada seorang pun yang lebih utama daripada yang lainnya, semua adalah sama [74]. Yakni, Abdullah bin Umar ingin menyatakan bahawa Imam Ali adalah manusia awam biasa yang tidak mempunyai apa-apa keutamaan. Lalu bagaimana Abdullah bin Umar dapat menyembunyikan dirinya dari hakikat-hakikat yang telah dinyatakan oleh pemuka-pemuka ummah bahawa tiada suatu hadith pun berkenaan dengan sahabat yang diriwayatkan secara isnad yang hasan (baik) sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali bin Abi Talib? Apakah Abdullah bin Umar tidak pernah mendengar satu keutamaan pun tentang Ali bin Abi Talib? Demi Allah beliau pernah mendengarnya. Tetapi politik, ya politik, yang pernah memutar belit segala kebenaran dan menciptakan berbagai keanehan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 145

Page 146: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Orang-orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar antara lain Amr bin As, Abu Hurairah. Urwah bin Zubair dan Ikramah. Sejarah menyingkapkan bahawa mereka adalah lawan-lawan Ali dan memeranginya. Sam ada dengan sejata atau menciptakan berbagai keutamaan untuk musuh-musuh dan lawan-lawannya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata:"Ali banyak mempunyai musuh. Musuh-musuh itu cuba untuk mencari sesuatu yang mungkin boleh mencelanya, namun tidak mereka menjumpai. Kemudian mereka mencari seorang yang pernah memeranginya lalu diciptakanya keutamaan-keutamaan itu sebagai sikap tipu-daya mereka terhadap Ali"[75]. Tetapi Allah berfirman:"Sebenarnya mereka merancangkan tipu-daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu barang sebentar (S:86: 15-17).

Sungguh merupakan mukjizat Allah keutamaan-keutamaan Ali dapat terserlah atau mencelah setelah enam abad pemerintahan-pemerintahan yang zalim menzalimi dirinya dan kaum kerabatnya. Dinasti Bani Abbas tidak kurang dari Bani Umaiyyah di dalam membenci, dengki dan menipu-helah kaum kerabat Nabi SAWA sehingga Abu Faras Hamdani berkata:

"Apa yang dilakukan oleh putera-putera Banu Harb terhadap mereka Walau sungguh dahsyat Tetapi tidaklah sedahsyat kezaliman kalian lakukan Berapa banyak pelanggaran terhadap agama yang kalian lakukan Berapa banyak darah keluarga Rasulullah yang kalian tumpahkan Kalian mengaku sebagai pengikut Sementara tangan kalian penuh berlumuran darah anak-anaknya yang suci".

Setelah ucapan-ucapan itu semua dan setelah segala kekaburan menjadi terang maka biarlah Allah menjadi Hujjah Yang Unggul, dan manusia tidak lagi mempunyai alasan di hadapanNya.

Walaupun Abu Bakar adalah khalifah pertama dan mempunyai kekuasaan seperti yang kita ketahui, walaupun pemerintahan Umaiyyah menyogokkan segala bonus dan upah kepada setiap orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, walaupun riwayat-riwayat keutamaan Abu Bakar diciptakan begitu banyak dan memenuhi lembaran-lembaran buku, walau itu semua namun ianya tidak dapat menyamai hatta sepersepuluh dari keutamaan Ali.

Bahkan jika anda kaji hadith-hadith yang diriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar maka anda akan dapati bahawa ianya tidak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 146

Page 147: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

sejalan dengan apa yang dicatatkan oleh sejarah tentang berbagai tindakannya yang bercanggah dengan apa yang diperkatakan tentang keutamaan itu; bahkan bercanggah dengan akal dan syarak. Dan ini telah kami jelaskan ketika membicarakan hadith yang bermaksud:"Seandainya iman Abu Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan lebih berat". Seandainya Rasulullah SAWA tahu bahawa iman Abu Bakar sedemikian hebatnya maka baginda tidak akan meletakkannya di bawah pimpinan komandan tentera Usamah bin Zaid, dan baginda tidak akan enggan untuk memberikan kesaksian kepadanya sebagaimana yang baginda pernah berkata kepadanya: sungguh aku tidak tahu apa yang akan kau lakukan sepeninggalanku kelak, sehingga Abu Bakar menangis" [76]. Baginda juga tidak akan mengutus Ali bin Abi Talib untuk mengambil Surah Bara'ah yang telah diberikannya kepada Abu Bakar dan melarangnya membacakannya [77]. Baginda juga tidak akan berkata pada hari pemberian panji untuk peperangan Khaibar:"Akan aku berikan panji ini esok kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya. Dia terus akan maju dan tidak pernah akan berundur. Allah telah menguji hatinya dengan keimanan". Lalu baginda telah memberikannya kepada Ali dan memberikannya kepada Abu Bakar" [78].

Seandainya Allah Tahu bahawa imannya Abu Bakar sedemikian tinggi dan imannya itu melebihi iman semua ummat Muhammad SAWA maka Allah tidak akan pernah mengecamnya untuk menggugurkan amal-amalnya ketika beliau mengangkat suara lebih dari suara Nabi SAWA [79]. Seandainya Ali dan sahabat-sahabatnya tahu bahawa Abu Bakar memiliki keimanan yang sedemikian tinggi maka mereka tiada alasan untuk menolak bai'ah kepadanya. Seandainya Fatimah Zahra', Penghulu Semua Wanita, mengetahui ketinggian darjat imanya Abu Bakar maka dia tidak akan pernah marah kepadanya dan tidak akan enggan berbicara dengannya, menjawab salamnya dan mendoakan kecelakaannya pada akhir setiap solatnya [80]. Lalu beliau tidak mengizinka Abu Bakar (seperti yang diwasiatkannya) untuk menghadiri pemakaman jenazahnya. Seandainya Abu Bakar sendiri tahu tentang ketinggian imannya maka beliau tidak akan memecah (pintu) rumah Fatimah Zahra' walau mereka telah menutup pintunya sebagai protes. Abu Bakar juga tidak akan membakar al-Fuja'ah al-Salami, dan tidak akan menyerahkan kepada Umar atau Abu Ubaidah perkara khalifah pada hari Saqifah itu [81].

Orang yang mempunyai darjat iman demikian tinggi dan lebih berat dari iman semua ummat yang ada tentu tidak akan pernah menyesal di akhir-akhir hayatnya atas perbuatannya terhadap Fatimah dan tindakannya yang membakar al-Fuja'ah asl-Salami

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 147

Page 148: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

serta kekhalifahan yang dipegangnya. Sebagaimana dia juga tidak akan pernah berangan-angan untuk tidak menjadi manusia, dan sekadar menjadi sehelai rambut atau kotoran haiwan. Apakah iman orang seperti ini setaraf dengan iman umat Islam bahkan lebih berat lagi?

Jika kita kaji hadith yang bermaksud:"Seandainya aku harus mengambil seorang sahabat (kholil) maka aku akan ambil Abu Bakar sebagai "kholilku" maka ianya serupa dengan hadith sebelum ini. Mana Abu Bakar pada hari penyaudaraan-kecil (Muakhoh-sughro) di Mekah sebelum Hijrah, dan pada hari peryaudaraan-besar (Muakho-kubro) di Madinah setelah Hijrah. Di dalam dua peristiwa ini, Rasulullah hanya menjadikan Ali sebagai saudaranya, sehinggalah baginda bersabda:"Engkua adalah saudaraku di dunia dan di akhirat [82]. Baginda tidak menoleh kepada Abu Bakar dan enggan mengikat tali persaudaraan-akhirat dengannya sebagaimana baginda enggan mengikat tali persaudaraan dengannya di dunia.

Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan permasalahan ini dengan lebih panjang lagi, dan saya cukupkan sekadar membawa dua contoh di atas yang saya kutip dari buku-buku Ahlul Sunnah sendiri. Adapun Madzhab Syiah memang menolak kesahihan hadith ini, dan mengatakan dengan hujah-hujah yang sangat kuat bahwa ianya diciptakan tidak lama setelah kematian Abu Bakar.

Jika kita tinggalkan sifat-sifat yang utama dan mengkaji tentang dosa-dosa yang pernah dilakukan, maka kita tidak akan menemukan satu dosa pun yang dilakukan oleh Ali bin Abi Talib yang tercatat di dalam buku dua madzhab ini. Sementara kita menemukan orang-orang selainnya melakukan dosa-dosa tersebut, sebagaimana yang tercatat di dalam berbagai buku-buku Ahlul Sunnah seperti Kutub Sihah dan berbagai kitab sejarah.

Itu bererti bahawa ijmak dua madzhab hanya mengkhususkan Ali sendiri yang tidak melakukan apa-apa dosa sebagaimana sejarah menegaskan bahawa bai'ah yang benar hanya bai'ah yang diberikan kepada Ali semata-mata. Beliau enggan menerima jawatan khalifah, namun dipaksa oleh Muhajirin dan Ansar. Beliau juga tidak memaksa orang yang enggan memberikan bai'ah kepadanya. Sementara bai'ah Abu Bakar dilakukan sangat tergesa-gesa yang Allah telah pelihara kaum Muslimin dari keburukannya sebagaimana yang diistilahkan oleh Umar. Dan khalifah Umar dilakukan berdasarkan penobatan yang diberikan oleh Abu Bakar kepadanya, sementara pengangkatan Uthman sebagai khalifah semacam suatu sejarah komedi. Lihatlah, Umar menamakan enam orang sebagai calon khalifah dan mewajibkan mereka memilih satu

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 148

Page 149: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

di antara mereka. Beliau berkata: jika empat bersepakat dan dua menentang maka bunuhlah yang dua; dan jika enam orang ini berpecah tiga - tiga dan membentuk dua kelompok; maka pilihlahpendapat kelompok yang di dalamnya ada Abdul Rahman bin Auf. Dan jika masa telah berlalu sementara mereka belum bersepakat juga maka bunuhlah mereka semua. Ceritanya panjang dan aneh sekali.

Al-hasil, Abdul Rahman bin Auf memilih Ali dengan syarat memerintah berdasarkan panduan Kitab Allah, Sunnah Nabi, dan Sunnah Syaikhain, yakni Abu Bakar dan Umar. Ali menolak syarat ini dan Uthman menerimanya. Maka jadilah Uthman sebagai khalifah. Ali keluar dari majlis itu, dan beliau telah tahu natijah yang akan terjadi. Hal ini diucapkannya di dalam khutbahnya yang terkenal dengan nama as-Syiqsyiqiyah.

Setelah Ali maka Muawiyah yang "memegang" jabatan khalifah. Di tangannya khalifah telah digantikan dengan dinasti kekaisaran (raja-raja) yang berpindah-tangan dari generasi ke generasi Bani Umaiyyah. Kemudian berpindah pula ke tangan Bani Abbas.

Khalifah berikutnya hanya dipilih dengan ketentuan sang khalifah atau dengan kekuatan pedang atau penggulingan. Sistem bai'ah yang benar di dalam sejarah Islam tidak pernah wujud, bermula dari zaman para khalifah sehingga ke zaman Kamal Atarturk, melainkan bai'ah yang pernah diberikan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.

Hadith-hadith Berkenaan Dengan Ali Menyirat Erti Wajib Ikut

Di antara hadith-hadith yang mengikatku dan mendorongku untuk mengikut Imam Ali adalah hadith yang diriwayatkan oleh berbagai Kitab Sihah Ahlul Sunnah yang telah dijelaskan kesahihannya; sementara hadith-hadith di dalam Madzhab Syiah sendiri mereka memiliki hadith-hadith serupa itu berlipat ganda jumlahnya. Namun aku - seperti biasa - tidak akan berhujah dan berpegang kecuali kepada hadith-hadith yang telah disepakati oleh kedua madzhab. Di antara hadith-hadith tersebut adalah:

1. Hadith:"Aku kota ilmu dan Ali pintunya" (Ana Madinatul ilm wa Aliyyun babuha) [83].

Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menentukan teladan yang mesti dikuti selepas Nabi SAWA. Mengingatkan bahawa orang yang berilmu adalah lebih utama untuk diikuti jika dibandingka dengan orang yang jahil. Allah berfirman:"Katakanlah apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu". Dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 149

Page 150: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

firmanNya:"Apakah seseorang yang menunjukkanmu kepada kebenaran lebih utama untuk diikuti ataukah orang yang tidak membimbingmu kecuali ia perlu dibimbing. Maka bagaimana kalian membuat keputusan?" Jelas bahawa orang alimlah yang tahu membimbing sementara orang jahil perlu mendapatkan bimbingan, bahkan ia perlu bimbingan lebih dari orang lain.

Dalam hal ini sejarah telah mencatatkan kepada kita bahawa Imam Ali adalah sahabat yang paling alim tanpa sedikitpun bantahan. Dahulunya mereka merujuk kepada Ali di dalam perkara-perkara yang pokok. Dan kita tidak pernah tahu yang Ali pernah merujuk kepada mereka walau satu kali sekalipun. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Abu Bakar:"Semoga Allah tidak menetapkanku di suatu tempat yang ada masalah kalau Abul Hasan (Ali) tidak hadir di sana". Umar berkata:"Kalaulah Ali tiada maka celakalah Umar" [84]. Ibnu Abbas berkata:"Apalah ilmuku dan ilmu sahabat-sahabat Muhammad dibandingkan dengan ilmu Ali. Perbandingannya bagaikan setitis air dengan tujuh samudera".

Imam Ali sendiri berkata:"Tanyalah aku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah, tiada soalan yang kalian hadapkan padaku sehingga hari kiamat kecuali aku beritahu kalian apa jawapannya. Tanyalah kepadaku tentang Kitab Allah. Demi Allah, tiada suatu ayatpun kecuali aku tahu apakah ianya diturunkan di waktu malam atau siang, di tempat yang datar atau di pergunungan"[85].

Sedangkan Abu Bakar ketika ditanya, makna Abban dari firman Allah, beliau berkata:"Langit mana yang dapat melindungiku, bumi mana yang dapat aku jadikan tempat berpijak daripada berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang tidak aku ketahui.

Umar bin Khatab berkata:"Semua orang lebih faqih daripada Umar, hatta perempuan-perempuan". Ketika beliau ditanya tentang suatu ayat di dalam Kitab Allah, beliau sangat marah sekali kepada orang yang bertanya itu, lalu memukulnya dengan cambuk sehingga melukainya. Katanya:"Jangan kalian tanya tentang sesuatu yang jika nampak kepada kalian, maka kalian akan terasa tidak enak [86]. Sebenarnya beliau ditanya tentang makna Kalalah tetapi tidak tahu menjawabnya.

Di dalam tafsirnya, Tabari meriwayatkan dari Umar yang berkata:"Seandainya aku tahu apa makna kalalah maka itu lebih aku sukai daripada memiliki seperti istana-istana di Syam".

Ibnu Majah di dalam Sunannya meriwayatkan dari Umar bin Khatab yang berkata:"Tiga hal yang jika Rasulullah SAWA telah

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 150

Page 151: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menjelaskannya maka itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya: al-kalalah, ar-riba, dan al-khilafah.

Subhanallah! Mustahil Rasulullah diam di dalam perkar-perkara itu dan tidak menjelaskan maksudnya.

2. Hadith: "Hai Ali, kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku".

Hadith ini seperti difahami oleh orang-orang yang berakal menyirat makna keutamaan dan kekhususan Amir al-Mukminin Ali di dalam menyandang kedudukan wazir, wasi dan khalifahnya Musa ketika beliau berangkat menemui Tuhannya. Ia juga menyirat erti bahawa kedudukan Imam Ali adalah umpama kedudukan Harun AS. Kedua-duanya sangat mirip sekali melainkan kenabian saja seperti yang dikecualikan oleh hadith itu sendiri. Ia juga bermakna bahawa Imam Ali adalah sahabat yang paling utama dan paling mulia selepas Nabi SAWA itu sendiri.

3. Hadith: "Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Alilah maulanya (pemimpin). Ya Allah, bantulah mereka yang mewila'nya, dan musuhilah mereka yang memusuhinya. Jayakanlah mereka yang menjayakannya, dan hinakanlah mereka yang menghinanya, dan liputilah haq bersamanya dimana jua dia berada".

Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menolak dugaan orang yang mengutamakan Abu Bakar, Umar dan Uthman di atas seseorang yang telah dilantik oleh Rasulullah SAWA sebagai pemimpin kaum Mukminin selepasnya. Tidak ada makna mereka yang mentakwilkan maksud hadith ini sebagai pencinta dan pembantu agar memalingkannya dari maknanya yang asal seperti yang dimaksudkan oleh Nabi SAWA dengan alasan untuk menjaga kemuliaan martabat sahabat. Ini kerana Nabi SAWA ketika berdiri berkhutbah dalam keadaan panas terik itu berkata:"Bukankah kalian menyaksikan bahawa aku adalah lebih utama dari orang-orang Mukminin terhadap diri mereka sendiri? (Alasta aula-bikum min-anfusakum) Mereka menjawab:"Ya, Rasulullah. Kemudian beliau SAWA bersabda lagi:"Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya maka inilah Ali maulanya...."(man kuntu maulahu fa-haza Aliyyin maulahu).

Nas ini sangat jelas di dalam melantik Ali sebagai khalifah untuk umatnya. Orang yang berakal, adil dan insaf tidak dapat menolak maksud hadith ini lalu menerima takwilan yang direka-reka oleh sebahagian orang demi menjaga kemuliaan sahabat dengan mengorbankan kemuliaan Rasul SAWA. Mengingatkan bahawaa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 151

Page 152: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

penakwilan seumpama ini bermakna meremehkan dan mencela kebijaksanaan Rasul yang telah menghimpun ribuan manusia di dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan panas itu hanya sekadar ingin mengatakan bahawa Ali adalah pencinta kaum Mukminin dan pembela mereka. Bagaimana mereka akan menafsirkan ucapan tahniah yang diberikan oleh deretan orang-orang Mukminin kepada Ali selepas perlantikan itu, yang sengaja diciptakan oleh Nabi SAWA? Mula dari isteri-isteri Nabi lalu kemudian Abu Bakar, dan Umar yang berkata:"Tahniah, tahniah untukmu wahai putra Abu Talib. Kau kini telah menjadi pemimpin orang-orang Mukminin, lelaki atau perempuan".

Fakta dan sejarah telah menyaksikan bahawa orang-orang yang mentakwil adalah orang-orang yang berdusta.Celakalah apa yang mereka tulis denga tangan mereka. Firman Allah:"Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui" (Al-Baqarah: 146).

4. Hadith: "Ali dariku dan aku dari Ali. Tiada siapa pun yang mewakili tugasku kecuali aku sendiri atau Ali"[87].

Hadith ini juga dengan jelas menyatakan bahawa Imam Ali adalah satu-satunya orang yang diberikan kepercayaan oleh Nabi untuk mewakili tugasnya. Baginda menyatakan ini ketika mengutusnya untuk membacakan Surah Bara'ah yang mula-mula Nabi serahkan kepada Abu Bakar. Abu Bakar kembali dan menangis. Katanya: Ya Rasulullah, apakah ada ayat turun berkenaan dengannya? Rasulullah menjawab:"Sesungguhnya Allah menyuruhku atau Ali saja yang melaksanakan tugas ini".

Hadith ini juga mendukung sabda Nabi yang lain kepada Ali:"Engkau hai Ali menjelaskan kepada umatku apa yang mereka perselisihkan setelah ketiadaanku" [88].

Jika tiada orang yang diberikan kepercayaan oleh Rasulullah kecuali Ali, dan beliaulah yang sepatutnya menjelaskan kepada umat ini segala perselisihan mereka, maka bagaimana orang yang tidak mengetahui makna kalimat abba dan kalimat kalalah boleh menyingkirkannya? Sungguh ini merupakan musibah besar yang menimpa ke atas umat ini,dan yang menghalangnya dari menjalankan tugas penting yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tetapi cukup hujjah Allah, hujjah RasulNya dan hujjah Amirul Mukminin. Mereka yang engkar dan tidak patuh ini mesti mengajukan hujjah kelak di hadapan Alla SWT. Allah berfirman:"Apabila dikatakan kepada mereka marilah mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah dan mengikuti Rasul. Mereka menjawab: cukup untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 152

Page 153: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kami mengerjakannya.Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walau pun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk" (Al-Maidah: 104).

5. Hadith al-Dar Yaum al-Indzar

Bersabda Nabi SAWA sambil menunjuk kepada Ali:"Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku, dan khalifahku selepasku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya" [89].

Hadith ini juga terbilang di antara hadith-hadith sohih yang dinukil oleh ahli-ahli sejarah ketika menceritakan peristiwa-peristiwa pertama yang berlaku di masa awal kebangkitan Nabi SAWA. Mereka menganggapnya sebagai bahagian dari mukjizat Nabi SAWA. Tetapi politik telah merubah dan memalsukan kebenaran-kebenaran dan fakta-fakta.Tidak, memang aneh. Kerana apa yang pernah berlaku di zaman kegelapan tersebut kini berulang lagi di zaman sekarang. Lihatlah Muhammad Husain Haikal. Beliau telah menuliskan hadith ini secara sempurna di dalam bukunya "Kehidupan Muhammad" pada halaman 104, cetakan pertama tahun 1334H tetapi di dalam cetakan kedua dan seterusnya sebahagian dari isi hadith Nabawi ini, yakni kalimat "wasiku dan khalifahku" dihapuskan dan dipadam. Mereka juga telah menghapuskan dari kitab TafsirTabari Jilid 19, halaman 121 bahagian dari sabda Nabi berikut "Wasiku dan khalifahku" dan menggantikan dengan kalimat "Inilah saudaraku dan begini dan begitu....!" Mereka lalai bahawa Tabari telah menyebutkan hadith itu secara sempurna di dalam kitab sejarahnya Jilid ke-2, pada halaman 319. Lihatlah betapa mereka telah merubah-rubah kalimat dari tempatnya yang asal dan memutar-balik fakta-fakta. Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tetap akan menyalakan cahayaNya....

Ketika aku masih mengkaji aku ingin menyaksikan dengan mataku sendiri apa-apa yang telah terjadi. Aku cari buku Kehidupan Muhammad cetakan pertamanya. Akhirnya aku temui juga setelah mengharungi berbagai lilu-liku yang sulit dan melelahkan. Alhamdulillah, atas semua ini. Yang penting aku telah saksiakan sendiri perubahan itu. Aku bertambah yakin bahwa tangan-tangan jahat cuba dengan segala usaha untuk menghapuskan kebenaran-kebenaran yang memang telah terbukti wujud. Kerana mereka menganggap bahawa ini adalah hujjah kuat yang akan digunakan oleh "musuhnya!"

Tetapi bagi seseorang pengkaji yang adil ketika menyaksikan perubahan seumpama ini dia akan berasa bertambah yakin. Tanpa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 153

Page 154: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

ragu-ragu lagi dia akan berkata bahawa sebenarnya di pihak lain tidak mempunyai hujah yang kuat melainkan berusaha juga untuk menggunakan tipu helaj dan memutarbelitkan fakta-fakta yang ada dengan cara dan bagaimana mahal sekalipun.Mereka telah mengupah penulis-penulis tertentu dan menghulurkan kepada mereka berbagai kekayaan, gelaran, ijazah-ijazah perguruan tinggi yang palsu, agar mereka dapat menuliskan segala sesuatu yang mereka inginkan sama ada buku atau makalah-makalah tertentu. Yang penting tulisan itu mencaci Syiah dan mengkafirkan mereka, serta membela dengan sedaya upaya (walau itu batil) "kemuliaan" sebahagian sahabat yang telah menyeleweng dari kebenaran dan yang telah merubah yang hak menjadi batil selepas ketiadaan Rasulullah SAWA. Firman Allah SWT:"Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin" (Al-Baqarah: 118) Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 154

Page 155: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Hadith-hadith Sahih Yang Mewajibkan Ikut Ahlul Bayt AS

1. Hadith al-Thaqalain (Dua Pusaka Berat)

Bersabda Rasulullah SAWA:"Wahai manusia, aku tinggakan kepada kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh kepadanya, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya: Kitabullah dan Itrahku, Ahlul Baytku."

Sabdanya lagi:"Utusan Tuhanku tidak lama lagi akan datang, dan aku segera menyahutinya. Sungguh, aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat (thaqalain): pertama Kitab Allah. Di dalamnya, ada petunjuk dan cahaya. Kedua: Ahlul Baytku. Aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baytku ini, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baytku ini" [90].

Jika kita renungkan makna hadith yang mulia ini, yang diriwayatkan oleh buku-buku hadith sahih Ahlul Sunnah Wal Jamaah, maka kita dapati bahawa hanya Syiah sahaja yang mengikuti Thaqalain ini: Kitab Allah dan keluarga Nabi yang suci. Sementara Ahlul Sunnah ikut kata-kata Umar:"Cukuplah untuk kami Kitab Allah sahaja."

Oh, alangkah bahagianya jika mereka benar-benar ikut Kitab Allah, tanpa menakwilkannya mengikut hawa nafsu mereka. Jika Umar sendiri tidak faham apa makna kalalah, tidak tahu ayat tayammum dan berbagai hukum-hukum yang lain, maka bagaimana mereka yang datang kemudian lalu mentaklidnya (mengikutnya) tanpa berijtihad, atau berijtihad dengan pandangannya semata-mata di dalam nas-nas Qurani.

Mereka tentu akan menjawabku dengan suatu hadith yang diriwayatkan di sisi mereka:"Aku tinggalkan kepada kalian Kitab Allah dan Sunnahku"[91].

Hadith ini kalaulah sohih dari segi sanadnya, maka ia benar di dalam maknanya meingatkan makna Itrah di dalam sabda Nabi SAWA di dalam Hadith as-Thaqalain di atas adalah merujuk kepada Ahlul Bayt agar mereka mengajarkan kepada kalian pertamanya - Sunnahku, atau mereka akan meriwayatkan kepada kalian hadith-hadith yang sahih. Mengingat mereka adalah orang-orang suci dari segala sifat dusta dan Allah telah mensucikan mereka dengan ayat Tathirnya. Kedua; agar mereka menafsirkan kepada kalian makna-makna ayat dan maksud-maksudnya, mengingat Kitab Allah semata-mata tidak cukup sebagai bimbingan. Betapa banyak golongan-golongan yang sesat berhujah dengan Kitab Allah. Sebagaimana juga sabda Nabi SAWA:"Betapa banyak pembaca al-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 155

Page 156: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Qur'an sementara al-Qur'an sendiri melaknatnya". Kitab Allah bersifat diam dan membawa berbagai tafsiran. Di dalamnya ada yang mutasyabih dan ada juga yang muhkamat. Untuk memahaminya mesti merujuk kepada orang-orang yang rusukh di daam ilmunya - ikut istilah al-Qur'an - dan ikut bimbingan Ahlul Bayt Nabi seperti yang ada di dalam hadith-hadith Nabi SAWA.

Syiah merujuk segala sesuatu kepada para imam yang maksum dari kalangan keluarga Nabi SAWA. Dan mereka tidak berijtihad melainkan jika memang tidak ada nas berkenaan dengannya. Sementara kita merujuk segala sesuatu kepada sahabat, sama ada di dalam tafsir al-Qur'an atau Sunnah Nabawi. Kita telah tahu sikap-sikap sahabat, apa yang mereka lakukan dan ijtihad dengan menggunakan pandangan mereka semata-mata yang bertentangan dengan nas-nas yang jelas. Jumlahnya ratusan. Dan kita tidak boleh berpegang kepada seumpama itu setelah diketahui apa yang mereka lakukan.

Jika kita tanyakan ulama-ulama kita sunnah apa yang mereka ikuti? Mereka akan menjawab: Sunnah Rasulullah SAWA. Sementara fakta sejarah mengingkari kenyataan itu. Mereka meriwayatkan bahawa Rasul bersabda:"Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Rasyidin selepasku. Peganglah ia demikian kuat bagaikan mengigit dengan gigi geraham kalian."Dengan demikian sunnah yang diikuti kebanyakannya adalah sunnah para Khulafa Rasyidin hatta sunnah Rasul sendiri yang mereka katakan itu adalah riwayat dari jalur mereka.

Kita juga meriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis sahih bahawa Rasul pernah melarang mereka menuliskan sunnahnya agar kelak tidak bercampur dengna ayat-ayat al-Qur'an. Demikianlah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar semasa pemerintahannya. Dengan demikian ucapan kita "Aku tinggalkan kepada kalian Sunnahku..."[92] tidak mempunyai hujah yang kuat lagi.

Contoh-contoh yang aku sebutkan ini dan yang tidak aku sebutkan jumlahnya jauh berlipat ganda - sudah cukup untuk menolak hadith ini. Mengingatkan bahawa dari sunnahnya Abu Bakar, Umar dan Uthman bercanggah dengan Sunnah Nabi bahkan membatalkannya sama sekali seperti yang nampak jelas.

Peristiwa pertama yang berlaku segera selepas wafatnya Nabi SAWA yang dicatatkan oleh Ahlul Sunnah dan ahli sejarah adalah kritik Fatimah Zahra terhadap Abu Bakar yang berhujah dengan sebuah hadith "Kami para Nabi tidak meninggalkan warisan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 156

Page 157: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

pusaka. Apa yang kami tinggalkan adalah sadaqah".

Hadith ini ditolak oleh Fatimah Zahra berdasarkan Kitab Allah. Beliau berhujah kepada Abu Bakar bahawa ayahnya Rasulullah tidak mungkin akan menyalahi Kitab Allah yang diturunkan kepadanya. Allah berfirman:" Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan" (Al-Qur'an Surah al-Baqarah: 11). Ayat ini umum dan meliputi para Nabi dan bukan nabi. Fatimah juga berhujah dengan firman Allah "Dan Sulaiman telah mewarisi Daud "(Surah 27:16). Dan kedua-dua mereka adalah nabi. Juga firman Allah "Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub, dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku, seorang yang diredhai" (Surah 19:5-6)

Peristiwa kedua yang berlaku di zaman pertama khilafah Abu Bakar dan dicatat rapi oleh ahli-ahli sejarah yang bermadzhab Sunnah adalah perselisihannya dengan orang yang paling rapat dengannya iaitu Umar bin Khattab.

Secara ringkas, Abu Bakar mengambil keputusan untuk memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat sementara Umar menentang pendapatnya. Umar berkata: mereka tidak wajar diperangi kerana aku dengar Nabi SAWA bersabda:"Aku diperintahkan untuk memerangi melainkan sehingga mereka mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Siapa yang mengucapkannya maka nyawa dan hartanya selamat dan hisabnya pada Allah semata-mata."

Berikut adalah nas yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya:"Dalam peperangan Khaibar. Rasulullah telah menyerahkan kepada Ali bendera (kepimpinan). Ali bertanya kepada baginda: Ya Rasulullah, berdasarkan apa aku perangi mereka? Baginda menjawab:"Perangi mereka sehingga mereka mengucapkan kalimah Asyadu An Lailaha illa-Allah wa-Asyadu Anna Muhammadar Rasulullah. Jika mereka ucapkan ini maka nyawa dan harta mereka terselamat kecuali benar-benar kerana haknya. Dan hisab mereka ada pada sisi Allah"[93]. Tetapi Abu Bakar enggan menerima hadith ini. Beliau berkata:"Demi Allah, aku akan perangi orang yang memisahkan solat dengan zakat, kerana zakat adalah haknya harta". Atau beliau berkata:"Demi Allah, jika mereka menolak memberikan kepadaku tali, sedangkan dahulunya mereka memberikannya kepada Rasulullah maka aku akan perangi mereka kerana sikap penolakannya itu". Kemudian Umar bin Khattab merasa puas dengan hujah Abu Bakar, dan berkata:"Setelah aku ketahui bahawa Abu Bakar bersungguh-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 157

Page 158: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

sungguh di dalam rancangannya itu, maka hatiku pun terasa gembira sekali".

Aku tidak mengerti bagaimana hati seseorang merasa gembira melihat sunnah Nabinya diengkari? Takwil mereka ini tidak lebih dari sekadar mencari alasan untuk memerangi kaum Muslimin yang Allah sendiri telah mengharamkannya. Firman Allah di dalam Surah an-Nisa':94:"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepadaa orang yang mengucapkan "salam" kepadamu:"Kamu bukan seorang Mukmin "(lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia ini, keana di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".Maha Benar Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Agung.

Bagaimanapun mereka yang enggan memberikan zakat kepada Abu Bakar sebenarnya tidak mengingkari hukum wajibnya zakat itu sendiri. Mereka memperlambatkan kerana ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya. Orang-orang Syiah mengatakan bahawa mereka terkejut dengan terlantiknya Abu Bakar sebagai khalifah. Kerana di antara mereka ada yang hadir bersama-sama Rasulullah di Haji Terakhir (Hujjatul Wada') dan mendengar sendiri khutbah Nabi yang mengangkat Ali bin Abi Talib sebagai khalifah setelahnya. Mereka cuba untuk menunggu sehingga keadaan sebenarnya dapat diketahui tetapi Abu Bakar ingin membungkamkan mereka dari mengetahui keadaan sebenarnya ini.

Mengingatkan bahawa aku tidak mahu berhujah dengan apa yang dikatakan oleh Syiah, maka aku serahkan kepada pembaca yang ingin mencari kebenaran untuk mengkaji masalah ini.

Aku juga tidak lupa untuk mencatatkan di sini suatu cerita berkenaan dengan Rasulullah dan Tha'labah. Suatu hari Tha'labah memohon kepada Rasulullah untuk mendoakannya agar ia menjadi kaya. Dia mendesak Rasulullah dan berjanji kepada Allah akan bersadaqah jika dia kaya kelak. Rasulullah mendoakannya dan Allah pun memperkayakannnya. Disebabkan banyaknya unta dan kambing ternakannya, kota Madinah yang luas akhirnya terasa sempit baginya. Dia berpindah dari kota Madinah dan tidak lagi menghadiri solat Juma'at. Ketika Rasulullah mengutus para Amilin (pengutip zakat) untuk mengambil zakat darinya, Tha'labah menolak untuk memberikan. Katanya: Ini ufti (jizyah) atau sejenisnya. Tetapi Rasulullah tidak memeranginya dan tidak juga

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 158

Page 159: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

memerintahkan orang untuk memeranginya. Berkenaan dengan ini Allah turunkan ayat berikut:"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah:"Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersadaqah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling. Dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)" (At-Taubah: 75-76).

Setelah turunnya ayat ini: Tha'labah kemudian datang sambil menangis. Dia minta kepada Rasulullah untuk menerima zakatnya kembali tetapi Rasulullah enggan menerimanya seperti yang dikatakan oleh riwayat.

Jika Abu Bakar dan Umar benar-benar mengikuti sunnah Rasul, kenapa ia menyalahinya dalam tindakan ini dan menghalalkan darah kaum Muslimin yang tidak berdosa semata-mata kerana alasan enggan memberikan zakat. Setelah cerita Tha'labah di atas yang mengingkari kewajipan zakat dan bahkan menganggapnya sebagai ufti, maka tidak ada lagi alasan untuk mempertahankan dan menjustifikasikan kesalahan yang dilakukan oleh Abu Bakar atau mentakwilkannya dengan mengatakan bahawa zakat adalah haknya harta. Siapa tahu mungkin Abu Bakar dapat menyakinkan sahabatnya Umar untuk memerangi orang-orang ini, khuatir sikap mereka ini akan diketahui oleh negeri-negeri Islam yang lain yang dapat menghidupkan kembali nas-nasnya al-Ghadir yang memilih Ali sebagai khalifah. Itulah kenapa Umar sangat gembira sekali untuk memerangi mereka kerana beliau sendirilah yang pernah mengancam untuk membunuh orang-orang yang enggan memberikan bai'ah di rumah Fatimah dan membakar mereka.

Insiden ketiga yang berlaku di zaman pertama khalifah Abu Bakar adalah perselisihannya dengan Umar bin Khattab, ketika beliau mentakwilkan nas-nas al-Qur'an dn hadith-hadith Nabawi. Ringkasan ceritanya, Khalid bin Walid membunuh Malik bin Nuwairah dan meniduri isterinya di malam itu juga. Umar berkata kepada Khalid:"Wahai musuh Allah, engkau telah bunuh seorang Muslim dan meniduri isterinya. Demi Allah, aku akan rejam engkau dengan batu" [94]. Tetapi Abu Bakar membela Khalid dan berkata:"Biarkanlah hai, Umar. Khalid telah mentakwil tetapi tersalah. Tutup mulutmu Khalid".

Ini adalah musibah dan aib lain yang telah dilakukan oleh seorang sahabat besar yang telah dirakam oleh sejarah. Orang ini jika kita sebut, sentiasa menyebutnya dengan penuh horma dan kesucian. Bahkan kita memberikannya gelaran "Pedang Allah Yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 159

Page 160: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Terhunus!!!"

Apa yang harus aku katakan tentang sahabat yang melakukan tindakan keji seperti ini: membunuh Malik bin Nuwairah seorang sahabat agung, pemimpin Bani Tamim dan Bani Yarbu'; seorang yang dijadikan perumpamaan di dalam kemurahan dan keberanian. Ahli-ahli sejarah telah mencatatkan bahawa Khalid membunuh Malik dan sahabat-sahabatnya setelah mereka meletakkan senjata dan bersolat berjamaah. Sebelum itu mereka diikat dengan tali. Ada bersama mereka Laila bin Minhal, isteri Malik, seorang wanita yang sangat terkenal dengan kecantikannya. Khalid sangat terpikat dengan kecantikannya ini. Malik berkata kepada Khalid: Hai Khalid, bawa kami kepada Abu Bakar, biar dia yang memutuskan perkara kita ini. Abdullah bin Umar dan Abu Qatadah al-Ansari mendesak Khalid agar membawa mereka berjumpa dengan Abu Bakar tetapi ditolak oleh Khalid. Katanya: Allah tidak akan mengampuniku jika aku tidak membunuhnya. Kemudian Khalid melihat isterinya Laila dan berkata kepada Khalid: kerana dia engkau akan bunuhku? Lalu Khalid menyuruh untuk dipancung lehernya, dan menawan isterinya Laila. Kemudian di waktu malam, Khalid menidurinya [95].

Biarlah di dalam melihat peristiwa yang terkenal ini kita nukilkan pengakuan Ustaz Haikal di dalam bukunya as-Sidiq Abu Bakar. Di dalam bab Pendapat Umar Dan Hujjahnya Dalam Suatu Perkara, Haikal menulis:"Adapun Umar, beliau adalah model atau perumpamaan di dalam keadilan dan ketegasan. Beliau melihat bahawa Khalid telah melakukan kezaliman terhadap seorang Muslim dan tidur dengan isterinya pula sebelum habis masa edahnya. Dengan demikian ia tidak layak kekal di dalam kepimpinan ketenteraan, agar perkara itu tidak berulang lagi dan merosak kehidupan kaum Muslimin serta merosak kedudukan mereka di mata orang-orang Arab. Katanya lagi: Khalid tidak boleh dibiarkan tanpa pengajaran atas apa yang dilakukannya terhadap Laila.

Seandainya dia telah mentakwil di dalam perkara Malik dan tersilap - alasan yang tidak dapat diterima oleh Umar - namun biarlah hukum hudud itu berjalan atas apa yang dilakukannya terhadap isterinya Laila. Sebagai "Pedang Allah" dan sebagai pemimpin pasukan yang menentukan kemenangan, sangatlah tidak layak sekali melakukan apa yang dia telah lakukan itu. Kalau tidak maka orang-orang seperti Khalid nantinya akan menyalahgunakan semua peraturan. Dan ini akan menjadi perumpamaan yang sangat buruk terhadap kaum Muslimin di dalam menghormati Kitab Allah. Itulah kenapa Umar terus mendesak Abu Bakar sehingg Khalid dipanggil dan dimarahi [96].

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 160

Page 161: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Bolehkah kita bertanya kepaa Ustaz Haikal dan ulama-ulama seumpamanya yang berusaha menjaga "kemuliaan" sahabat, kenapa Abu Bakar tidak melaksanakan hukum hudud terhadap Khalid? Seandainya Umar seperti yang dikatakan oleh Haikal - adalah model keadilan dan ketegasan, kenapa beliau puas hati dengan sekadar menyingkirkan Khalid dan kepimpinan ketenteraan dan tidak melaksanakan hukum hudud syarie terhadapnya, agar ianya tidak menjadi contoh yang buruk yang akan dilemparkan kepada kaum Muslimin di dalam menghormati Kitab Allah, seperti yang disebutkannya? Apakah mereka telah menghormati Kitab Allah dan melaksanakan hudud-hududNya? Tidak, sama sekali. Inilah mangsa politik dan korban permainan yang licik.Ianya telah menciptakan berbagai keanehan dan memutar-belitkan berbagai kebenaran. Sebagaimana ia juga telah membuang nas-nas Qur'an jauh sekali.

Bolehkah kita bertanya kepada sebahagian ulama kita yang menuliskan di dalam berbagai kitab mereka tentang bagaimana Rasulullah SAWA sangat marah sekali kepada Usamah yang datang untuk menjamin seorang perempuan bangsawan yang telah melakukan jenayah mencuri. Nabi SAWA berkata:"Celaka engkau, apakah engkau akan memberikan jaminan di dalam hukum hudud Allah. Demi Allah, seandainya Fatima mencuri maka aku akan potong tangannya. Orang-orang sebelum kamu celaka lantaran jika kaum bangsawannya mencuri dari golongan yang lemah maka mereka lakukan kepadanya hukum hudud ".

Bagaimana mereka diam pada seseorang yang telah membunuh kaum Muslimin yang tidak berdosa, lalu meniduri isterinya di malam itu juga sementara ia masih menderita kerana kematian sang suami. Baik kalau mereka diam. Bahkan mereka berusaha mencari alasan untuk membenarkan tindakan Khalid ini dengan menciptakan berbagai kebohongan dan keutamaan-keutamaannya sehingga menggelarkannya dengan sebutan "Pedang Allah Yang Terhunus".

Seorang sahabatku yang terkenal dengan gelagatnya yang lucu dan pandai bermain bahasa, pada suatu hari hadir di majlisku yang pada waktu itu aku sedang menceritakan tentang keutamaan-keutamaan Khalid bin Walid. Aku katakan bahawa Khalid bin Walid adalah Pedang Allah Yang Terhunus. Sahabatku menjawab: Dia adalah Pedang Syaitan Yang Berlumuran (Darah). Aku terkejut sekali waktu itu. Namun setelah mengkaji, akhirnya Allah bukakan pandanganku dan dikenalkannya aku pada nilai mereka yang pernah memegang kekuasaan dan merubah hukum-hukum Allah, meliburkannya serta melampaui batas-batasnya.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 161

Page 162: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Khalid bin Walid juga menyimpan cerita yang terkenal di zaman Nabi SAWA. Suatu hari baginda mengutusnya pergi ke Bani Juzaimah menyeru mereka kepada agama Islam dan tidak memerangi mereka. Kabilah ini tidak fasih di dalam menyebutkan Aslamna (kami telah masuk Islam). Mereka menyebutnya: Saba'na, saba'na.Lalu Khalid membunuh mereka dan menawan mereka. Sebahagian tawanan diserahkannya kepada sahabat pasukannya dan menyuruh mereka membunuhnya. Tetapi mereka enggan kerana tahu yang mereka telah menganut Islam. Ketika kembali dan diceritakan kepada Nabi, beliau berdoa kepada Allah:"Ya Allah, aku bermohon perlindunganMu dari apa yang telah dilakukan oleh Khalid bin Walid", dibacanya dua kali [97]. Kemudian baginda mengutus Ali bin Abi Talib pergi menemui kabilah Bani Juzaimah sambil membawa harta untuk membayar gantirugi nyawa dan harta yang telah terkorban, hatta tempat jilatan anjing sekalipun. Rasulullah.berdiri menghadap Kiblat sambil mengangkat kedua tangannya ke langit sehingga nampak bahagian ketiaknya. Baginda berdoa: Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari apa yang telah dibuat oleh Khalid bin Walid".Dibacanya sehingga tiga kali [98].

Bolehkah kita bertanya, maka letakknya keadilan sahabat yang disangkakan itu? Seandainya Khalid bin Walid, seorang yang dianggap sebagai tokoh agung kita sehingga kita memberinya gelaran sebagai Pedang Allah, apakah Tuhan kita telah menghunuskan pedangnya dan membenarkannya menguasai kaum Muslimin, orang-orang yang tidak berdosa dan kaum wanita sehingga dia bebas memperlakukan apa sahaja? Ini bercanggah sama sekali. Mengingatkan bahawa Allah melarang tindakan membunuh suatu nyawa dan mencegah perlakuan munkar, keji dan kezaliman.Tetapi Khalid telah menghunuskan pedang kezalimannya untuk menceroboh kaum Muslimin dan menghalalkan darah dan harta mereka serta menawan wanita dan anak-anak mereka. Ini adalah suatu ucapan yang zalim dan rekaan yang sangat dahsyat. Maha Suci Engkau hai Tuhan kami. Kau lebih Mulia dan lebih Tinggi dari itu semua. Maha Suci Engkau, tiada Engkau ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya dengan sia-sia. Demikianlah dugaan orang-orang kafir. Dan neraka Waillah tempat mereka kembali.

Bagaimana Abu Bakar, khalifah Muslimin boleh berdiam diri setelah mendengar perlakuan-perlakuan jenayah tersebut. Bahkan menyuruh Umar bin Khattab menutup mulutnya tentang perkara Khalid, dan marah kepada Abi Qatadah kerana sikapnya yang mencemuh kelakuan Khalid. Apakah beliau benar-benar yakin yang Khalid melakukan takwil dan tersilap? Hujah apa kelak akan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 162

Page 163: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dikatakan kepada orang-orang penjenayah dan fasik jika mereka melanggar hukum-hukum dan mengatakan telah tersalah takwil?

Aku secara peribadi tidak percaya bahawa Abu Bakar melakukan takwil terhadap kes Khalid ini, yang dikatakan oleh Umar bin Khattab sebagai "musuh Allah". Umar berpendapat bahawa Khalid mestilah dihukum bunuh kerana dia telah membunuh seorang Muslim, atau merejamnya dengan batu kerana dia telah berzina dengan Laila, isteri Malik. Namun tidak satupun tuntutan Umar tersebut terlaksana. Bahkan Khalid keluar sebagai pemenang atas dakwaan Umar tersebut. Mengingatkan bahawa Abu Bakar berdiri membelanya, padahal beliau sangat mengetahui Khalid lebih dari orang lain.

Ahli-ahli sejarah telah mencatatkan bahawa Abu Bakar telah mengutus Khalid setelah insiden yang memalukan itu ke Yamamah di mana dia kembali dengan kemenangan. Di sana Khalid juga telah meniduri seorang perempuan sama seperti yang dia lakukan terhadap Laila sebelumnya, sedangkan darah kaum Muslimin dan darah pengikut-pengikut Musailamah belum lagi kering. Abu Bakar sangat marah sekali pada Khalid lebih dari waktu dia melakukan skandal yang sama terhadap Laila [99].

Tidak syak lagi bahawa perempuan ini juga mempunyai suami. Kemudian dibunuhnya oleh Khalid dan isterinya diperlakukan seperti Laila isteri Malik. Kalau tidak maka Abu Bakar tidak akan memarahinya lebih keras dari waktu dia melakukannya terhadap Laila. Para ahli sejarah mencatat teks surat yang diutus Abu Bakar kepada Khalid waktu itu:"Demi nyawaku hai putra ibunya Khalid. Sungguh engkau tidak melakukan apa-apa melainkan menikahi perempuan sahaja, sedangkan di halaman rumahmu darah seribu dua ratus kaum Muslimin masih belum kering lagi [100]. Ketika Khalid membaca kandungan surat ini, dia berkata:"Ini mesti ulah si A'saar", yang dimaksudkan adalah Umar bin Khattab.

Inilah di antara sebab yang kuat kenapa aku tidak begitu memberikan penghormatan kepada sahabat-sahabat seumpama ini, pengikut-pengikut mereka rela atas perbuatan mereka dan yang membela mereka dengan begitu gigih sekali sehingga mereka mentakwilkan nas-nas yang jelas dan menciptakan berbagai riwayat yang khurafaat. Semua ini untuk membenarkan tindakan-tindakan Abu Bakar, Umar, Uthman, Khalid bin Walid, Muawiyah, Amr bin Ash dan saudara-saudaranya.

Ya Allah, aku bermohon ampun dariMu dan bertaubat kepadaMu. Ya Allah aku bermohon lindunganMu dari segala perbuatan dan ucapan mereka yang meyalahi hukum-hukumMu, menghalalkan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 163

Page 164: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

hukum-hukum haramMu dan melampaui batas-batasMu. Ya Allah aku bermohon lindunganMu dari pengikut-pengikut mereka, syiah-syiah mereka dan orang-orang yang membantu mereka dengan penuh pengetahun dan kesadaran. Ampunkanlah aku kerana dahulunya aku mewila' mereka sedangkan aku masih dalam keadaan jahil. Sementara RasulMu telah bersabda:"Orang jahil tidak akan dimaafkan kerana kejahilannya".

Ya Allah, pemuka-pemuka kami telah menyesatkan jalan kami dan telah menutupkan kami tabir kebenaran. Meeka telah menggambarkan kepada kami para sahabat yang berpaling dari kebenaran sebagai makhluk yang paling mulia setelah NabiMu. Dan para leluhur kami juga adalah mangsa penipuan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Ya Allah, ampunkanlah mereka ampunkanlah kami. Engkau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dan apa yang tersirat di sebalik dada. Cinta mereka dan penghormatan mereka kepada sahabat-sahabat seumpama itu tidak lain kecuali bertolak dari sangka baik yang mereka adalah pembela-pembela serta pencinta-pencinta RasulMu Muhammad SAWA. Dan Kau juga Maha Mengetahui wahai Tuhanku, aku rasa cinta mereka dan kami atas Itrah keluarga Nabi yang suci, para imam yang telah Kau bersihkan mereka dari segala nista dan mensucikan mereka sesuci-sucinya. Terutamanya pemuka kaum Muslimin, Amirul Mukminin, Pemimpin Ghur al-Muhajjalin dan Imam Para Muttaqin, Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Jadikanlah aku, wahai Allah di antara syiah-syiahnya dan di antara orang-orang yang berpegang-teguh kepada tali wila' mereka dan yang berjalan di atas jalan mereka. Jadikanlah aku ya Allah di antara orang-orang yang bernaung di bawah naungan mereka, dan di antara orang-orang yang masuk dari pintu-pintu mereka, sentiasa mencintai mereka, mengamalkan ucapan dan teladan mereka serta bersyukur atas kemurahan dan anugerah mereka. Ya Allah, bangkitkanlah aku di dalam gologan mereka. kerana NabiMu SAWA telah bersabda:"Seseorang akan dibangkitkan bersama orang yang dia cintai".

2. Hadith Bahtera

Bersabda Nabi SAWA:"Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baytku di sisi kalian adalah umpama bahtera Nabi Nuh di sisi kaumnya. Siapa yang menaikinya akan selamat dan yang tertinggal akan tenggelam" [101].

"Dan sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baytku di sisi kalian bagaikan Pintu Pengampunan bagi Bani Israel. Siapa yang memasukinya maka dia akan diampuni"[102].

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 164

Page 165: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ibnu Hajar telah meriwayatkan hadith ini di dalam kitabnya al-Sawaiq al-Muhriqah dan berkata:"Dasar keserupaan mereka dengan bahtera (Nabi Nuh) bermakna bahawa sesiapa yang mencintai mereka dan mengagung-agungkan mereka sebagai tanda terima kasih atas nikmat kemuliaan mereka, serta sebagai ikut bimbingan ulama mereka maka akan selamat dari kegelapan perselisihan, sementara mereka yang tidak ikut akan tenggelam di dalam lautan kekufuran nikmat dan akan celaka di bawa arus kezaliman. Adapun alasan keserupaan mereka dengan pintu pengampunan - pintu Ariha atau pintu Bayt al-Muqaddis - dengan sikap rendah hati dan memohon ampunan sebagai sebab pengampunanNya. Dan Dia juga telah menentukan untuk umat ini bahawa mencintai Ahlul Bayt Nabi SAWA sebagai sebab diampuninya mereka."

Ingin aku tanyakan Ibnu Hajar, apakah beliau di antara mereka yang ikut bahtera itu dan masuk pintu ampunan serta ikut bimbingan para ulama mereka? Atau apakah beliau di antara mereka yang mengatakan sesuatu tetapi tidak mengamalkannya, bahkan mengingkari apa yang dipercayainya. Banyak sekali mereka yang kabur ketika aku tanyakan dan berhujah dengan mereka tentang Ahlul Bayt, mereka menjawabku:"Kami adalah orang yang lebih utama terhadap Ahlul Bayt dan Imam Ali daripada orang-orang lain, Kami menghormati mereka dan menjunjung tinggi kedudukan mereka. Tiada siapa pun yang mengingkari keutamaan-keutamaan mereka".

Ya, mereka mengatakan sesuatu yang tidak sama dengan isi hati mereka, atau menghormati dan menjujung tinggi Ahlul Bayt namun dalam amalannya tetap ikut dan taklid kepada musuh-musuh mereka serta orang-orang yang memusuhi dan menentang mereka. Atau seringkali mereka tidak kenal siapa itu Ahlul Bayt. Dan jika aku tanyakan mereka menjawab secara spontan: Ahlul Bayt adalah isteri-isteri Nabi yang telah Allah bersihkan mereka dari nestapa dan disucikanNya sesuci-sucnya.

Ketika aku bertanya kepada salah seorang di antara mereka tentang Ahlul Bayt, dia menjawab: Ahlul Sunnah wal-Jamaah semua ikut Ahlul Bayt. Aku rasa hairan sekali. Aku bertanya bagaimana itu? Jawabnya: Nabi SAWA pernah bersabda:"Ambillah separuh dari agama kalian dari Humaira' ini, yakni Aisyah".Nah, kami telah ambil separuh dari agama kami daripada Ahlul Bayt.

Dengan demikian dapatlah dimengertikan sejauh manakah mereka menghormati dan menyanjung Ahlul Bayt. Namun jika aku soal tentang imam dua belas, mereka tidak mengenalnya melainkan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 165

Page 166: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ali, Hasan, dan Husayn.Itupun mereka tidak mengiktiraf keimamahannya Hasan dan Husayn ini. Merea juga menghormati Muawiyah bin Abi Sufian yang telah meracuni Hasan hingga syahid. Bahkan mengatakan yang Muawiyah adalah penulis wahyu sebagaimana mereka juga menghormati A'mr bin Ash seperti mereka menghormati Ali bin Abi Talib.

Sungguh ini adalah percanggahan dan percampuran antara yang hak dengan batil; suatu usaha untuk menutupi yang terang dengan kegelapan. Kalau tidak maka bagaimana mungkin hati seorang Mukmin dapat menghimpun rasa cinta kepada Allah dan cinta juga pada syaitan. Allah berfirman di dalam KitabNya: "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah, dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya sekalipun orang-orang itu bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung" (Al-Mujadalah: 22).

FirmanNya lagi:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhKu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu" (Al-Mumtahanah: 1).

3. Hadith: Siapa Yang Ingin Hidup Seperti Hidupku

Bersabda Nabi SAWA:"Siapa yang ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku, tinggal di syurga Ad'n yang ditanam oleh Tuhanku maka jadikanlah Ali sebagai walinya selepasku dan mewila' walinya serta ikut Ahlul Baytku yang datang selepasku. Mereka adalah Itrah keluargaku, diciptakan dari bahagian tanahku dan dilimpahkan kefahaman serta ilmuku. Maka celakalah orang-orang yang mendustakan keutamaan mereka dari umatku yang memutuskan tali perhubungan kasih sayang dengan mereka. Kelak Allah tidak akan memberikan syafaatku kepadanya" [103].

Hadith ini seperti yang kita perhatikan tergolong di antara sejumlah hadith yang tegas yang tidak dapat ditakwilkan. Ia juga

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 166

Page 167: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

tidak memberikan hak untuk memilih kepada seorang Muslim, bahkan menafikan sebarang alasan. Jika ia tidak mewila' Ali dan ikut Itrah keluarga Nabi maka dia akan diharamkan dari mendapat syafaat datuk mereka Nabi SAWA.

Perlu aku katakan di sini bahawa pada mula kajianku dahuku aku meragukan tentang kebenaran hadith ini. Aku merasa berat untuk menerimanya lantaran ia menyirat suatu ancaman kepada mereka yang bertentangan dengan Ali dan keluarga Nabi khasnya hadith ini juga tidak dapat ditakwilkan. Kemudian aku rasakan agak ringan ketika aku baca pendapat Ibnu Hajaral al-Asqalani di dalam kitabnya al-Isabah. Antara lain beliau berkata:"Di dalam sanadnya ada Yahya bin Ya'la al-Muharibi, seorang yang lemah". Pendapat Ibnu Hajar ini telah menghilangkan sbahagian keberatan yang ada dalam benakku kerana aku fikir Yahya bin Ya'la al-Muharibilah yang membuat hadith ini dan kerananya ia tidak dapat dipercaya. Tetapi Allah SWT ingin menunjukkanku pada kebenaran dengan sempurnanya.

Suatu hari aku terbacaa sebuah yang berjudul Munaqasat Aqaidiyah Fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan [104]. Buku ini telah menyingkap kebenaran dengan begitu jelasnya. Dikatakan bahawa Yahya bin Ya'la al-Muharibi adalah di antara perawi-perawi hadith yang thiqah (dipercayai) yang dipegang oleh Bukhari dan Muslim.Kemudian aku jejaki dan aku dapati bahawa Bukhari telah meriwayatkan hadithnya di dalam Bab Ghazwah al-Hudaibiyah Jilid Ketiga di halaman 31. Muslim juga telah meriwayatkan hadithnya di dalam Bab al-Hudud Jilid Kelima di halaman 119. Az-Zahabi sendiri betapapun ketatnya menganggapnya sebagai perawi yang thiqah. Para imam al-Jarh wa at-Ta'dil menganggapnya sebagai thiqah, bahkan Bukhari dan Muslim sendiri berhujah dengan riwayatnya.

Nah, lalu kenapa pendustaan, pembalikan fakta, dan menuduh orang yang thiqah yang dipercayai oleh ahli-ahli hadith berlaku? Apakah kerana ia telah menyingkap kebenaran tentang wajibnya ikut Ahlul Bayt, lalu Ibn Hajar mengecapnya sebagai lemah dan tidak dipercayai? Ibnu Hajar telah lalai bahawa di belakangnya ada sejumlah ulama yang pakar yang akan menilai setiap karyanya, kecil ataupun besar. Mereka akan menyingkap segala taksub dan kejahilannya kerana mereka ikut cahaya Nubuwwah dan berjalan di bawah bimbingan Ahlul Bayt AS.

Setelah itu aku ketahui bahawa sebahagian ulama kita berusaha bersungguh-sunguh untuk menutupi kebenaran agar tidak

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 167

Page 168: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

terungkap masalah-masalah sahabat dan para khalifah yang menjadi pemimpin dan teladan mereka. Itulah kenapa kadang-kadang mereka mentakwilkan hadith-hadith yang sahih dengan mentafsirkannya dengan makna yang tidak tepat; atau kadang-kadang mendustakan hadith-hadith yang bercanggah dengan madzhab mereka walau ianya tertulis di dalam buku-buku sahih mereka dan dibawa oleh sanad-sanad mereka. Atau kadang-kadang mereka menghapuskan setengah atau sepertiga isi hadith dan menggantikannya dengan kata-kata begitu dan begini!!! Atau kadang-kadang mereka meragukan para perawi yang dipercayai lantaran meriwayatkan hadith-hadith yang tidak sesuai dengan kehendak mereka. Atau kadang-kadang mereka menulis suatu hadith di dalam cetakan pertama dari suatu buku, kemudian menghapuskannya di dalam cetakan ulangan berikutnya tanpa memberikan apa-apa alasan, betapapun diketahui sebab-sebabnya oleh para pemerhati!

Semua ini telah aku saksikan sendiri ketika aku masih mengkaji dan mencari kebenaran. Dan aku mempunyai dalil-dalil yang kuat atas apa yang aku katakan ini. Aku harap mereka tidak mengulangi lagi usaha yang sia-sia ini sekadar untuk menjustifikasi tindakan para sahabat yang telah berpaling itu. Ini kerana ucapan-ucapan mereka saling bercanggah dan bahkan bercanggah dengan fakta sejarah. Cubalah mereka mengikuti yang benar (al-haq), walaupun ianya pahit. Kerananya mereka akan bahagia dan membahagiakan orang lain juga, dan bahkan menjadi sebab perpaduan ummah yang telah bercerai -berai ini.

Bahkan sebahagian sahabat generasi pertama juga tidak jujur di dalam meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAWA. Mereka telah menafikan hadith-hadith yang tida sejalan dengan kehendak nafsu mereka khasnya jika ianya tergolong di antara hadith-hadith wasiat yang diwasiatkan oleh baginda Nabi SAWA di masa-masa sebelum wafatnya. Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWA berwasiat sebelum wafatnya dengan tiga perkara:1. Keluarkan kaum musyirikin dari Jazirah Arab 2. Berikan hadiah kepada para utusan (delegasi) seperti yang aku lakukan.Lalu perawi berkata: Aku lupa yang ketiga [105].

Apakah diterima oleh akal bahawa para sahabat yang hadir yang mendengar tiga wasiat Nabi itu lupa pada wasiat yang ketiga sedangkan mereka adalah orang-orang yang menghafal syair-syair panjang setelah mendengarnya sekali sahaja? Tentu tidak sama sekali. Hanyalah politik yang memaksa mereka melupakannya dan tidak menyebutnya. Dan ini merupakan musibah lain yang ada pada sahabat-sahabat itu. Tidak ragu-ragu lagi bahawa wasiat yang dimaksudkan Nabi tersebut adalah perlantikannya kepada Ali

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 168

Page 169: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

sebagai khalifah setelahnya. Tetapi perawi itu tidak menyebutnya.

Seseorang yang mengkaji permasalahan ini merasakan yang wasiat itu sebenarnya berupa perlantikan baginda kepada Ali, walau ianya ditutup-tutupi. Bukhari dan Muslim dalam Bab al-Wasiyah meriwayatkan bahawa Nabi berwasiat untuk Ali di tengah kehadiran Aisyah [106]. Lihatlah betapa Allah pancarkan cahayaNya walau orang-orang zalim cuba untuk menutupinya.

Aku ulangi lagi bahawa jika para sahabat tidak thiqah di dalam meriwayatkan wasiat-wasiat Nabi SAWA, maka tidak hairan kalau itu berlaku pada Tabi'in dan Tabi' Tabi'in (generasi selepas sahabat).

Jika Aisyah, Ummul Mukminin, tidak dapat menahan dirinya mendengar nama Ali disebutkan dan tidak merasa senang, seperti yang dikatkan oleh Ibnu Saa dalam Tabaqatnya [107], dan Bukhari dalam kitabnya Bab Nabi Sakit Dan Wafat; dan jika Aisyah sujud syukur apabila mendengar kewafatan Ali, maka bagaimana dapat diharapkan yang beliau meriwayatkan wasiat Nabi kepada Ali, sementara beliau sangat dikenal oleh kalangan khusus dan umum tentang permusuhan dan kebenciannya terhadap Ali dan anak-anaknya serta Ahlul Bayt Nabi SAWA.

Fala Haula Wala Quwwata illa billa al-A'li al-A'zim.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 169

Page 170: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Musibah Kita: Ijtihad Melawan Nas

Dari kajianku ini dapat disimpulkan bahawa musibah umat Islam sebenarnya bertolak dari keberanian sahabat berijtihad di hadapan nas-nas yang sangat jelas maknanya. Lantaran itu maka batas-batas hukum Allah telah dilampaui dan sunnah-sunnah Nabi dilanggar. Para ulama dan imam yang datang selepas sahabat mengambil qiyas dan ijtihad para sahabat, dan kadang-kadang menolak nas Nabi jika ianya bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh seseorang sahabat, bahkan menolak nas al-Qur'an. Aku bukan mahu mengada-adakan atau berlebih-lebihan. Dan telah aku contohkan di atas betapa mereka membelakangi nas al-Qur'an dan nas Nabi tentang perkara tayamum, dan berijtihad meninggalkan solat kerana tiadanya air. Dan Abdullah bin Umar telah menjustifikasikan ijtihadnya ini dengan cara yang kita sebutkan di atas tadi.

Di antara sahabat pertama yang membuka pintu ini adalah khalifah kedua, yang menggunakan pendapatnya setelah wafatnya baginda tadi, walau ianya bertentangan dengan nas Qur'an. Beliau telah memberhentikan saham muallaf yang telah Allah wajibkan di dalam al-Qur'an di dalam pembahagian saham zakat. Katanya: kami tidak perlu lagi dengan kalian.

Adapun ijtihadnya di dalam nas-nasnya Nabi SAWA sungguh banyak. Beliau telah berijtihad di masa hidupnya baginda sendiri, dan pernah menentangnya beberapa kali. Di atas telah kita contohkan pertentangannya dengan Nabi dalam kes perdamaian Hudaibiyyah, melarang Nabi menulis wasiat, katanya: cukuplah kita dengan Kitab Allah. Dan juga telah berlaku kepadanya suatu peristiwa dengan Rasulullah SAWA yang mungkin akan memberikan kepada kita gambaran jelas tentang peribadi Umar yang merelakan dirinya membantah dan menentang utusan Allah ini. Insiden ini disebut dengan istilah berita-gembira perihal syurga.

Waktu itu Nabi mengutus Abu Hurairah berkata kepadanya:"Siapa sahaja yang engkau temui menyaksikan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dengan keyakinan sepenuhnya, maka berilah beria gembira padanya perihal syurga. Abu Hurairah keluar untuk membawa berita gembira ini. Di jalan beliau berjumpa dengan Umar. Umar melarangnya, bahkan memukulnya sehingga jatuh. Abu Hurairah kembali menemui Rasulullah sambil menangis. Diberitahunya tentang apa yang dilakukan oleh Umar kepadanya. Nabi bertanya kepada Umar alasan apakah yang menyebabkan ia memperlakukan Abu Hurairah sedemikian? Jawab Umar: apakah anda telah mengutusnya untuk memberitahu khabar gembira kepada setiap orang yang mengatakan Lailaha Illallah dengan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 170

Page 171: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

penuh keyakinan? Ya, jawab Nabi. Lalu Umar menjawab: Jangan kau lakukan, kerana aku khuatir manusia nantinya akan bersandar pada Lailaha Illallah saja!! Dan lihatlah pula puteranya, Abdullah bin Umar, yang khuatir manusia akan bersandar pada tayamum lalu menyuruh mereka meninggalkan solat.

Bukankah baik seandainya mereka membiarkan nas-nas itu seperti adanya, dan tidak merubah-rubahnya dengan ijtihad mereka yang tumpul itu, yang menyebabkan terhapusnya syariah dan terlanggarnya ketentuan-ketentuan Allah serta terpecahnya umat ke dalam berbagai madzhab, golongan, dan pendapat.

Dan sikap-sikap Umar terhadap Nabi dan sunnahnya dapat difahami bahawa beliau sebenarnya tidak sehari pun percaya Nabi itu bersifat Maksum bahkan beliau melihat bahawa Nabi adalah manusia biasa yang boleh salah dan benar.

Dan dari sinilah timbulnya gagasan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bahwa Nabi itu maksum hanya di dalam menyampaikan al-Qur'an sahaja. Selainnya Nabi kadang-kadang melakukan kesalahan, seperti manusia lain. Mereka berhujah bahawa Umar pernah membetulkan baginda di dalam banyak perkara.

Jika Rasulullah SAWA seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian orang yang jahil - menerima ajakan syaitan di rumahnya, ketika baginda terbaring di sana dan (menyaksikan) wanita-wanita memukul gendang sementara syaitan menari-nari dan bergembira di sisinya, sehinggalah ketika Umar masuk maka larilah syaitan dan para wanita menyembunyikan gendang-gendangnya, lalu Nabi berkata kepada Umar: Apabila syaitan melihatmu berjalan di suatu jalan, maka dia terus lari mencari jalan lain, jika itu semua berlaku maka tidak hairanlah kalau Umar mempunyai "hak-berpendapat" di dalam urusan agama, dan mengizinkan dirinya untuk menentang Nabi di dalam urusan politik, dan bahkan agama seperti kes di atas.

Dan dari gagasan ijtihad dan hak-berpendapat yang bertentangan dengan nas inilah maka muncullah atau terbentuklah sekelompok sahabat yang dipimpin oleh Umar bin Khattab. Seperti yang kita lihat, mereka menyokong pendapat Umar di dalam Tragedi Hari Khamis, walau ia jelas bertentangan dengan nas Nabi SAWA. Dan dari sini juga kita dapat simpulkan bahawa mereka sebenarnya tidak pernah menerima nas al-Ghadir, dimana Nabi melantik Ali sebagai khalifah selepasnya. Sikap penolakan ini benar-benar ditunjukkannya di saat wafatnya baginda SAWA. Kes-kes seperti perhimpunan di dalam Saqifah Bani Saidah serta pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah adalah hasil dari ijtihad seumpama ini.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 171

Page 172: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Ketika kedudukan mereka kukuh dan orang banyak telah lupa akan nas-nas Nabi yang berkenaan dengan khalifah khasnya maka mereka mulai berijtihad di dalam segala perkara, sehingga hukum-hukum di dalam al-Qur'an sekalipun. Mereka telah menghentikan beberapa hukum hudud, dan merubah beberapa hukum ahkam.

Di antara ijtihad yang bertentangan dengan nas adalah Tragedi Fatimah Az-Zahra yang dihadapinya setelah tragedi suaminya yang dirampas dari jabatan khilafah. Kemudian tragedi pembunuhan orang-orang yang enggan membayar zakat, pengangkatan Umar bin Khattab sebagai khalifah, di mana Abu Bakar berijtihad dengan pendapatnya dan menjatuhkan konsep syura yang dijadikannya hujah untuk keabsahan khilafahnya dahulu. Lebih jauh lagi setelah Umar menjawat jabatan khalifah, dihalalkannya apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya [108] serta diharamkannya apa yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNya SAWA [109].

Ketika Uthman memerintah pada zaman berikutnya, beliau telah pergi lebih jauh lagi dari dua khalifah sebelumnya sehingga ijtihadnya telah banyak mempengaruhi kehidupan politik dan agama secara am, dan mengakibatkan munculnya revolusi menentangnya sehingga beliau terbunuh akibat ijtihadnya.

Ketika Imam Ali memegang kekuasaan dan menjadi khalifah, beliau mendapatkan kesukaran yang amat sangat di dalam mengembalikan kaum Muslimin kepada sunnah Nabi dan pangkuan al-Qur'an. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam menghilangkan segala jenis bid'ah yang telah dimasukkan ke dalam agama, namun sebahagian mereka berteriak: sunnah Umar, sunnah Umar!!!

Aku hampir pasti bahawa mereka yang memerangi Imam Ali dan yang menentangnya adalah kerana Ali AS cuba untuk membawa mereka kepada jalan yang asal dan mengembalikan mereka kepada nas-nas yang sahih, mematikan segala bid'ah,dan ijtihad yang telah dilekatkan pada agama sepanjang seperempat abad. Bid'ah-bid'ah ini telah sebati dengan orang ramai, khasnya mereka yang mengikut hawa nafsu dan ketamakan dunia, yang telah menyalahgunakan harta Allah dan memprhambakan hamba-hambaNya, yang telah memanipulasi emas dan perak dan mengharamkan orang-orang yang lemah dari hak-hak mereka yang ditentukan oleh Allah dan Islam walau kecil sekalipun.

Kadang-kadang kita dapati bahawa para mustakbirin di setiap zaman sangat cenderung untuk berijtihad, kerana ianya membuka mereka jalan untuk dapat sampai kepada cita-citanya dengan cara

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 172

Page 173: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

bagaimanapun juga. Sementara nas-nas ini akan menghambat cita-cita itu dan bahkan menghalanginya. Lalu ijtihad ini mendapatkan sokongan di setiap zaman dan tempat, hatta golongan mustadha'fin sekali pun. Ini kerana ianya mudah dipraktikkan dan tidak memiliki suatu komitmen yang tegas. Sementara nas memiliki ketegasan dan ketidakbebasan. Orang-orang politik kadang-kadang menamakannya dengan istilah hukum teokrasi, yang bermakna hukum Allah. Tetapi kerana ijtihad memiliki kebebasan dan tidak komitmen, maka mungkin mereka mengistilahkannya dengan hukum demokrasi yakni kuasa rakyat.

Mereka yang berhimpun di Saqifah setelah wafatnya Nabi SAWA telah menghapuskan kekuasaan teokrasi yang di asaskan oleh Nabi SAWA berdasarkan nas-nas al-Qur'an, dan menggantikannya dengan kekuasaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat, untuk memilih ketua yang dianggapnya layak untuk memimpin. Namun para sahabat waktu itu belum mengenal istilah demokrasi, kerana ianya bukan bahasa Arab. Yang mereka ketahui hanyalah konsep syura?

Mereka yang tidak menerima adanya nas di dalam perkara khilafah hari ini, adalah pendukung-pendukung demokrasi. Mereka sangat bangga sebagai pendokong demokrasi ini. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama pertama yang melaksanakan konsep demokrasi ini. Mereka adalah pendokong-pendokong ijtihad dan pembaharuan, yang hari ini lebih dekat dengan konsep-konsep barat. Itulah kenapa hari ini kita dengar dunia barat memuji mereka dan menamakan mereka sebagai kaum Muslimin yang modernis dan toleran.

Adapun Syiah adalah pendokong-pendokong teokrasi, atau kekuasaan Allah. Mereka menolak ijtihad yang bertentangan dengan nas dan memisahkan antara kekuasaan Allah dan konsep syura.Bagi mereka syura tiada kena mengena dengan nas.Syura dan ijtihad boleh dilakukan dalam perkara-perkara yang tidak ada nas di dalamnya. Bukankah anda lihat bahawa Allah SWT yang telah memilih RasulNya Muhammad SAWA tetapi Dia juga berfirman:"Dan musyawarahilah (syura) mereka di dalam perkara". Adapun berkenaan dengan pemilihan kepimpinan yang akan memimpin manusia, Allah berfirman:"Tuhan kamu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih (apa yang Dia kehendaki). Mereka (manusia) tiada hak memilih".

Syiah ketika menyatakan bahawa Ali adalah khalifah setelah Nabi SAWA, ini adalah kerana mereka berpegang pada nas. Dan ketika mereka sebahagian sahabat, yang dicela adalah mereka yang telah menggantikan nas-nas dengan ijtihad, lalu mereka mensia-

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 173

Page 174: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

siakan hukum Allah dan RasulNya serta melukai agama Islam yang sampai sekarang belum sembuh.

Itulah kenapa dunia barat dan para pemikir mereka cuba mendiskreditkan Syiah dan menamakannya sebagai madzhab yang fanatik atau reaksioner. Ini kerana mereka ingin kembali kepada al-Qur'an yang menghukum potong tangan pada pencuri, merejam si penzina dan memerintahkan berjihad di jalan Allah SWT. Bagi barat semua ini adalah barbarisme dan ganas.

Dari kajianku ini juga aku dapat memahami kenapa sebahagian ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah menutup pintu ijtihad sejak kurun kedua Hijrah. Ini mungkin kerana ijtihad seumpama itu mengakibatkan malapetaka bahkan pertumpahan darah yang tidak sedikit ke atas umat ini. Ijtihad seumpama itu telah merubah umat yang terbaik ini menjadi umat yang saling berperang, penuh dengan perselisihan dan fanatik kesukuan dan merubahnya dari Islam kepada Jahiliyyah.

Adapun Syiah masih membukan pintu ijtihad selagi nas-nasnya ada. Tiada siapapun yang boleh merubahnya. Dan mereka dibantu dengan wujudnya dua belas imam yang mewarisi ilmu datuknya Nabi SAWA. Mereka berkata bahawa semua permasalahan ada hukumnya di sisi Allah, dan telah dijelaskan oleh Nabi SAWA.

Dan dapat difahami juga bahawa Ahlul Sunnah Wal Jamaah ketika mengikut para sahabat yang "mujtahidin" yang melarang penulisan sunnah Nabi SAWA, akhirnya mereka dapati diri mereka terpaksa melakukan ijtihad dengan pendapat atau qiyas atau istishab atau sad bad zara'ik dan sebagainya ketika nas-nas Nabi tiada. Sementara kita juga faham sikap Syiah yang duduk di sekitar Ali, seseorang yang dikatakan sebagai Pintu Kota Ilmu dan pernah berkata:"tanyakan aku segala sesuatu kerana Nabi telah mengajarku seribu bab ilmu dan setiap bab dapat membuka seribu bab yang lain"[110].Sementara orang-orang bukan Syiah berkisar di sekitar Muawiyah bin Abi Sufian yang mengetahui sunnah Nabi hanya sedikit sekali.

Imam golongan yang baghi (zalim-pemberontak) ini akhirnya menjadi Amirul Mukminin setelah wafatnya Imam Ali AS. Dia telah campur adukkan agama Allah ini dengan pendapatnya lebih dari orang-orang sebelumnya. Ahlul Sunnah menganggapnya sebagai Penulis Wahyu, dan di antara ulama yang mujtahid. Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya sedangkan dia telah meracun Hasan bin Ali dan membunuhnya sedangkan Hasan (seperti sabda Nabi) adalah Penghulu Pemuda Syurga. Mungkin mereka juga akan berkata: Ini juga di antara ijtihadnya, tetapi tersalah!!!!

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 174

Page 175: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya sedangkan dia telah mengambil baiah dari umat secara terpaksa, sama ada untuk dirinya atau untuk puteranya Yazid; lalu dia yang merubah konsep "syura" kepada "kerajaan" dan kekaisaran (konsep kerajaan di Rom). Bagaimana mereka menghukumkan ijtihadnya dan bahkan memberikannya satu pahala, sedangkan dia telah mengajak orang ramai melaknati Imam Ali AS dan keluarga Nabi dari atas mimbar dan bahkan telah menjadi tradisi Umaiyyah sepanjang enam puluh tahun.

Bagaimana mereka menamakannya sebagai Penulis Wahyu sedangkan wahyu turun kepada Nabi SAWA sepanjang dua puluh tiga tahun dan sebelas tahunnya Muawiyah masih dalam keadaan syirik. Ketika beliau masuk Islam, kita tidak dapati satu riwayatpun yang mengatakan bahawa Muawiyah tinggal di Madinah, sementara Nabi SAWA tidak pernah tinggal di Mekah selepas Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah). Bagaimana Muawiyah dapat menyandang gelaran Penulis Wahyu? La Haula Wala Quwwata Illa Billa Al-'Ali al-'Azim.

Pertanyaan yang terus menggugat: Mana satu kelompok yang benar dan mana yang batil? Sama ada Ali dan Syiahnya adalah orang-orang yang zalim dan dalam keadaan batil ataukah Mauwiyah dan pengikutnya-pengikutnya?

Sebenarnya Rasulullah SAWA telah menjelaskan segala sesuatu secara sempurna. Namun sebahagian orang yang mendakwa diri mereka sebagai Ahlul Sunnah telah mentafsirkannya secara salah. Sepanjang kajianku dan pembelaanku dahulu terhadap Muawiyah aku dapati bahawa mereka sebenarnya bukan sebagai pengikut sunnah tetapi pengikut Muawiyah dan Bani Umaiyyah. Khasnya setelah aku kaji secara teliti sikap-sikap mereka yang membenci Syiahnya Ali dan bergembira di hari Asyura serta membela para sahabat yang pernah mengganggu Rasulullah SAWA di masa hayatnya dan selepas wafatnya. Mereka tetap sahaja membenarkan kesalahan sahabat-sahabat seumpama ini dan cuba menjustifikasikan tindakan-tindakan mereka.

Cuba anda renungkan bagaimana anda mencintai Ali dn Ahlul Bayt Nabi sementara anda juga dalam masa yang sama rela kepada musuh-musuhnya dan pembunuh-pembunuhnya? Bagaimana anda mencintai Allah dan RasulNya sementara dalam masa yang sama anda juga membela mereka yang merubah-rubah hukum Allah dan RasulNya serta berijtihad dan menakwilkan dengan pendapatnya apa-apa yang ada dalam hukum ahkam Allah? Bagaimana anda menghormati orang yang tidak menghormati Rasulullah, bahkan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 175

Page 176: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

menuduhnya dengan kata-kata yang 'mempertikaikan' dalam perlantikannya? Bagaimana anda mematuhi para pemimpin yang dilantik oleh kerajaan Umaiyyah dan kerajaan Abbasiyyah lalu meninggalkan para imam yang telah dilantikoleh Rasulullah SAWA lengkap dengan bilangannya [111] dan nama-nama mereka [112].Bagaimana anda mematuhi orang yang tidak mengenal Nabi dengan sempurna lalu meninggalkan Pintu Kota Ilmu dan seorang yang seumpama Harun di sini Musa?

Siapa yang menciptakan istilah Ahlul Sunnah Wal Jamaah?

Aku telah cuba mengkaji di dalam sejarah tetapi tidak aku dapati. Yang ada hanyalah mereka sepakat menamakan tahun pengambil-alihan kekuasaan oleh Muawiyah sebagai Tahun Jama'ah. Mengingatkan bahawa umat Islam pada waktu itu terbahagi kepada dua kelompok: pengikut Ali dan pengikut Muawiyah. Ketika Imam Ali syahid dan Muawiyah mengambil-alih kekuasaaan setelah perdamaian dengan Imam Hasan, maka Muawiyah menjadi Amirul Mukminin.Tahun itu dinamakan sebagai Tahun Jama'ah.

Nah, dengan demikian penamaan Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah menunjukkannya sebagai pengikut Sunnah Muawiyah dan sepakat menerimanya sebagai pemimpin; bukan pengikut Sunnah Rasulullah SAWA. Para Imam keturunan Nabi dan Ahlul Baytnya lebih tahu periha Sunnah datuknya dari bekas-bekas tawanan perang ini. Tuan rumah lebih tahu akan isi rumahnya. Dan penduduk Mekah lebih tahu akan selok-belok negerinya. Namun kita telah membelakangi dua belas imam yang telah disabdakan oleh Nabi SAWA itu dan mengikut para musuh mereka.

Walaupun kita mengakui keabsahan hadith yang bermaksud ada dua belas imam selepas Nabi, kesemuanya mereka dari kalangan Quraisyu, namun kita selalu terhenti pada empat khalifah sahaja. Mungkin Muawiyah yang menamakan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah bermaksud sebagai kesepakatan kepada sunnahnya di dalam mencaci Ali dan Ahlul Bayt Nabi yang berpanjangan sehingga enam puluh tahun. Hanya Umar bin Abdul Aziz RA sahaja yang mampu menghilangkan sunnah yang buruk ini. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa golongan Umaiyyah berpakat untuk membunuhnya, walau pun beliau adalah dari kalangan keluarga yang sama. Ini kerana beliau mematikan sunnah mereka yakni melaknat Ali bin Abi Talib.

Wahai sahabat-sahabatku. Marilah kita mencari kebenaran di bawah bimbingan Allah SWT.Buanglah jauh-jauh segala jenis taksub dan fanatik buta. Kita adalah korban Bani Abbasiyyah, korban sejarah yang gelap, korban kejumudan berfikir yang

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 176

Page 177: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dipaksakan oleh generasi sebelum kita.Tidak syak lagi kita juga adalah korban makar perbuatan Muawiyah, Amr bin Ash, Mughirah bin Syu'bah dan sejenisnya.

Kajilah fakta sejarah Islam kita agar kalian dapat menemukan kebenaran dan Allah akan melipatgandakan pahalaNya kepada kalian. Semoga Allah menyatupadukan umat yang telah bercerai-berai menjadi tujuh puluh tiga puak. Marilah kita menyatupadukannya di bawah bendera Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah, dan patuh pada Ahlul Bayt Nabi yang telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk diikuti. Nabi bersabda:"Jangan kalian melebihi dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ketinggalan dari mereka kerana kelak akan celaka, dan jangan ajari mereka kerana mereka lebih tahu dari kalian"[113].

Jika kita amalkan ini maka Allah akan mengangkat murkaNya dari kita, dan menggantikan rasa takut kita kepada kedamaian, dan menempatkan kita dibumiNya sebagai khalifah-khalifahNya serta memunculkan kepada kita pilihanNya Imam Mahdi AS seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi SAWA yang kelak akan mengisi dunia ini dengan keadilan setelah ianya penuh dengan kezaliman dan penindasan. Dan Allah kelak akan memancarkan cahayaNya di segenap penjuru.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 177

Page 178: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Teman Diskusi

Perubahan itu adalah bermulanya suatu kegembiraan jiwa. Aku rasakan jiwaku yang tenang dan dada yang lapang atas madzhab-hak yang aku temukan ini atau katakanlah agama Islam yang tulen yang tiada keraguan sama sekali. Aku sungguh berbahagia dan bangga atas nikmat, petunjuk dan bimbingan yang Allah limpahkan kepadaku. Dan aku tidak dapat berdiam diri atau menyembunyikan apa yang sedang bergolak di dadaku. Aku katakan kepada diriku: aku mesti ungkapkan kebenaran ini kepada orang-orang lain juga. Firman Allah:"Adapun tentang nikmat Tuhanmu maka ucapkanlah". Sementara ini adalah nikmat yang paling agung di dunia dan di akhirat". Orang yang diam atas kebenaran adalah syaitan yang bisu", dan tiada sesuatu selain dari yang hak melainkan kesesatan semata-mata.

Yang menambahkan keyakinanku lagi untuk menyebarkan kebenaran ini adalah kedudukan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang tidak berdosa itu. Mereka mencintai Rasulullah dan Ahli Baytnya. Bagi mereka cukup dihilangkan tabir yang telah ditenun oleh sejarah sahaja, agar mereka ikut yang haq. Dan ini berlaku pada diriku sendiri. Allah berfirman:"Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu, maka telitilah.."(An-Nisa':94)

Suatu hari aku menjemput empat temanku yang sama-sama mengajar di kolej. Dua dari mereka mengajar subjek pendidikan agama, yang satu lagi mengajar subjek bahasa Arab, dan yang terakhir guru dalam bidang falsafah Islam. Mereka bukan dari Qafsah, tetapi dari Tunis, Jammal, dan Soseh. Aku ajak mereka untuk sama-sama mengkaji subjek yang penting ini. Aku beritahu mereka bahawa aku tidak mampu memahami sebahagian makna (nas) dan ragu-ragu dalam sebahagian masalah. Mereka pun menerima jemputanku dan bersedia untuk datang ke rumah setelah tamat waktu kerja.

Aku biarkan mereka membaca kitab al-Muruja'at di mana pengarangnya menulis berbagaia perkara yang aneh dan asing di dalam agama. Tiga dari mereka telah menghabiskan buku itu dan yang satu lagi, guru yang mengajar subjek bahasa Arab, telah menarik diri setelah hadir empat atau lima kali majlis yang kami adakan. Beliau berkata: orang-orang barat kini telah sampai ke bulan, sementara kalian masih membahas tentang perkara khilafah Islamiyyah!!!

Setelah satu bulan mengkaji maka tiga dari mereka telah mengikut madzhab Syiah ini. Dan aku telah banyak membantu mereka untuk

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 178

Page 179: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dapat sampai kepada kebenaran itu dari jalan yang paling dekat, mengingatkan bahawa pengajianku dulu memakan masa bertahun-tahun lamanya telah memberikan aku pengetahuan yang cukup banyak dalam bidang ini.

Aku merasakan betapa manisnya hidayah Allah. Aku sangat optimis dengan masa depan madzhab ini. Setiap kali aku mengajak sebahagian teman-teman dari Qafsah, dan mereka yang hadir di majlis-majlisku di masjid, atau mereka yang mempunyai hubungan denganku kerana tarekat sufi yang sama serta sebahagian murid-muridku yang sering menemaniku, semua mereka menyahuti ajakanku. Sehingga dalam masa satu tahun sahaja bilangan kami yang mewila'(ikut) Ahlul Bayt cukup ramai. Kami mewila' kepada mereka yang mewila' Ahlul Bayt dan memusuhi mereka yang memusuhi Ahlul Bayt. Kami bergembira di hari-hari raya mereka, sebagaimana kami juga bersedih di hari-hari Asyura dan mengadakan majlis-masjlis tazkiyah.

Surat pertamaku yang membawa berita kesyiahanku kepada Sayyid al-Khui dan Sayyid Muhammd Baqir as-Sadr adalah suratku sempena Hari Raya Eidul Ghadir. Waktu itu untuk pertama kalinya kami merayakan hari itu di Qafsah. Perkara kesyiahanku dan aktivitiku mengajak orang ikut madzhab Syiah keluarga Rasul ini telah diketahui oleh kalangan masyarakat khusus dan umum. Maka mulalah berbagai tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadaku. Mereka bilang aku adalah mata-mata Israel yang bekerja menggoyangkan agama masyarakat; aku mencaci sahabat dan sumber fitnah serta lain-lainnya.

Di ibu kota Tunisia aku menghubungi dua temanku Rasyid al-Ghannusyi dan Abdul Fattah Moro. Penentangan mereka terhadapku sangat keras sekali. Di dalam suatu perbincangan kami di rumah Abdul Fattah, aku berkata bahawa sewajarnya kita sebagai kaum Muslimin merujuk kitab-kitab kita dan mengulangkaji sejarah kita. Aku ambil contoh kitab Sahih Bukhari misalnya yang memuatkan berbagai perkara yang bertentangan dengan akal dan agama. Tiba-tiba saja emosi mereka melonjak sambil berkata kepadaku: siapa anda sehingga boleh mengkritik Bukhari? Aku berusaha dengan berbagai upaya untuk menyakinkan mereka supaya dapat membahas berbagai perkara. Tetapi mereka menolak dan berkata: jika anda telah ikut Syiah maka jangan syiahkan kami. Kami memikul sesuatu yang lebih penting lagi dari itu, yakni menentang pemerintahan yang tidak melaksanakan Islam. Aku bertanya apa faedahnya jika kalian dapat berkuasa. Mungkin kalian akan melakukan sesuatu yang lebih dari mereka selagi kalian tidak mengetahui kebenaran Islam ini. Bagaimanapun pertemuan kami itu berakhir dengan rasa saling

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 179

Page 180: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

jengkel.

Setelah itu bertambahlah tuduhan dan fitnah terhadap kami dari pihak sebahagian pengikut Ikhwan Muslimin yang waktu itu belum kenal Harakah al-Ittijah al-Islami. Mereka sebarkan fitnah mengatakan yang aku adalah agen kerajaan yang berkerja memporak-perandakan agama kaum Muslimin sehingga mereka lupa akan perjuangan pokok mereka: menentang pemerintahan.

Mulalah aku mengasingkan diri dari pemuda-pemuda yang aktif dalam Ikhwan Muslimin dan dari Syaikh-syaikh yang ikut tarekat sufi. Dalam masa tertentu akhirnya kami hidup terasing dan sangat sukar di sekitar kampung kami dan di sekitar saudara-mara kami sendiri. Tetapi Allah SWT akhirnya menggantikan kepada kami dengan orang-orang yang lebih baik dari mereka. Sebahagian pemuda-pemuda dari berbagai kota datang kepada kami dan bertanya tentang kebenaran ini. Aku berusaha sebaik mungkin menjawab soalan-soalan mereka sehingga sejumlah mereka dari ibu kota Qairawan, Souseh, dan Sayyidi Bu zeid ikut madzhab yang haq ini.

Di dalam perjalananku ke Iraq di suatu musim panas, aku singgah ke Eropah. Di sana aku berjumpa dengan sebahagian teman-teman di Perancis dan Belanda. Di sana juga aku berbincang tentang perkara ini dengan mereka sehingga mereka mendapat hidayah Allah ini. Alhamdulillah atas semua ini.

Betapa gembiranya hatiku ketika berjumpa dengan Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr di Najaf al-Asraf. Waktu itu sekumpulan ulama berada di sekelilingnya. Sayyid Sadr memperkenalkanku kepada mereka dan mengatakan bahawa aku adalah benih Ahlul Bayt Nabi di Tunisia. Beliau juga bercerita bahawa beliau menangis terharu ketika membaca suratku yang membawa berita tentang perayaan kami atas Eidul Ghadir untuk pertama kalinya serta keluhanku akan berbagai derita, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kami di Tunisia.

Sayyid berkata antara lain:"Mesti menanggung semua derita ini kerana jalan Ahlul Bayt sukar dan sulit. Pernah seorang datang kepada Nabi dan berkata:"Ya Rasulullah aku mencintaimu" Rasulullah menjawab:"Maka bersedialah akan banyaknya ujian". Katanya lagi:"Aku juga mencintai anak pamanku Ali". Rasulullah menjawab:"Maka bersedialah akan banyaknya musuh."Katanya lagi:"Aku mencintai Hasan dan Husayn". Jawab Nabi:"Maka bersedialah akan kefakiran dan banyaknya ujian".Apa yang telah kita berikan di dalam menyeru jalan kebenaran ini, di mana Abu Abdillah Husayn AS telah mengorbankan nyawanya, keluarganya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 180

Page 181: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

dan anak keturunannya serta sahabat-sahabatnya. Begitu juga Syiahnya di sepanjang sejarah dan sehingga kini masih terus membayar dengan harga yang mahal lantaran wila' mereka kepada Ahlul Bait. Maka sudah semestinya ya akhi menanggung sedikit kesusahan dan pengorbanan di dalam jalan yang hak ini. Kalau seseorang mendapatkan hidayah Allah lantaran usahamu maka itu lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya.

Syed Sadr juga menasihatkan ku agar tidak menyendiri dan bahkan lebih mendekat pada saudara-saudaraku Ahli Sunnah setiap kali mereka berusaha menjauhiku. Beliau juga menyuruhku agar solat di belakang mereka sehingga tidak terputus tali hubungan antara sesama, mengingat mereka adalah orang-orang yang tak berdosa. Mereka adalah korban sejarah dan propaganda murahan. Dan manusia adalah musuh kejahilan.

Syed Khui juga menasihatiku hampir sama. Begitu juga Syed Muhammad Ali Thabathabai al-Hakim yang sentiasa menyurati kami dengan nasihat-nasihatnya yang banyak membimbing perjalanan saudara-saudara Syiah kami di sana.

Begitulah akhirnya aku seringkali berziarah ke Najaf al-Asyraf dan sempena mengunjungi ulama-ulama di sana di dalam berbagai sempena. Aku berazam untuk menggunakan masa cuti musim panasku setiap tahun di "pangkuan" Imam Ali; serta menghadiri pelajaran-pelajaran Syed Muhammad Baqir as-Sadr yang banyak sekali bermenafaat bagiku. Aku juga berazam untuk menziarahi tempat-tempat suci Imam dua belas. Dan Allah telah mencapaikan cita-citaku itu hatta makam Imam Redha sekalipun yang terletak di Masyhad, suatu negeri yang berhampiran dengan perbatasan Rusia di Iran. Di sana juga aku berkenalan dengan berbagai ulama yang agung sambil banyak belajar dari mereka.

Syed Khui, marja' yang kami taklid, juga memberiku izin untuk menggunakan wang khumus dan zakat yang kami terima, serta menggunakannya untuk kepentingan syiah-syiah yang ada di sekitar kami seperti keperluan buku dan sebagainya. Di sana aku juga telah mendirikan suatu perpustakaan yang menghimpun buku-buku rujukan serta berbagai buku dari kedua mazhab. Nama perpustakaan itu adalah Perpustakaan Ahlul Bait a.s. Dan Alhamdulillah telah banyak memberi faedah kepada orang ramai.

Allah juga telah menambah kegembiraan dan kebahagiaan kami berlipat ganda. Sekitar lima belas tahun yang lalu, Allah telah takdirkan nama jalan tempat tinggalku sebagai Jalan Imam Ali Bin Abi Thalib a.s. Nama jalan ini telah dipersetujui oleh ketua kampung Qafsah. Aku pun tidak lupa untuk mengucapkan rasa

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 181

Page 182: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

terima kasihku kepada ketua kampung itu, seorang yang cukup kuat berpegang dengan agama dan memiliki rasa cinta yang dalam terhadap Imam Ali a.s. Lalu kuberikan kepadanya kitab Dialog Sunnah Syiah, yang kemudian dia tunjukkan rasa cintanya dan sikap hormatnya yang lebih dalam terhadap kami. Semoga Allah membalas kebaikannya ini dengan setimpal dan mencapaikan apa yang dicita-citakannya.

Sebahagian orang-orang yang menaruh rasa dendam berusaha mengubah nama jalan ini, namun Allah menginginkannya tetap ada dan kekal. Begitulah sehingga surat-surat yang datang kepada kami dari segenap penjuru dunia menggunakan nama jalan Imam Ali bin Abi Thalib a.s. , yang kerana namanya maka kota kami yang indah dan nyaman diberkati.

Berpandukan pada nasihat-nasihat para Imam Ahlul Bait a.s. dan ulama-ulama di Najaf, maka kami sentiasa mendekat pada saudara-saudara kami dari berbagai mazhab yang lain. Kami juga ikut solat berjemaah bersama mereka. Dengan itu maka ketegangan terasa lebih reda; dan kami juga berhasil meyakinkan sebahagian pemuda-pemuda di sekitar dari soalan-soalan mereka tentang cara solat, wudhu' dan akidah kami.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 182

Page 183: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Petunjuk Kebenaran

Di sebuah desa selatan Tunisia, ketika berlangsungnya sebuah kenduri, wanita-wanita yang hadir sedang asyik membincangkan tentang seorang isteri dari suami si Fulan. Seorang wanita tua yang berada di sekitar mereka sangat terkejut mendengar berita perkahwinan dua orang ini. Ketika ditanya kenapa dia tekejut, dijawabnya bahawa dua suami isteri tersebut sebenarnya pernah menyusu darinya; dan mereka adalah adik beradik dari satu ibu susu.

Berita besar ini dibawa pulang oleh wanita-wanita yang hadir kepada suami mereka. Kaum lelaki yang ada di sekitar ingin membuktikan kebenaran berita ini. Akhirnya ayah si perempuan menyaksikan bahawa anak perempuannya memang pernah menyusu dari ibu susu yang terkenal ini; sebagaimana ayah si lelaki ini juga menyaksikan kebenaran kata-kata si ibu tua ini. Akibatnya dua suku ini berperang dengan tongkat dan kayu. Masing-masing menuduh yang lain sebagai sebab musibah yang akan menyebabkan turunnya bala Allah ini. Apatah lagi perkahwinan itu telah berusia sepuluh tahun dan telah menghasilkan tiga orang anak.

Mendengar berita ini, si isteri lari ke rumah ayahnya. Dia tidak mahu makan dan minum. Bahkan dia berusaha bunuh diri lantaran tidak tahan menerima "bencana" yang sangat besar itu. Bagaimana dia dapat menerima kenyataan bahawa suaminya adalah saudaranya sendiri dan telah melahirkan anak-anak pula. Bilangan korban yang luka berjatuhan di kedua belah pihak, sehinggalah orang tua yang disegani menghentikan peperangan dan menasihati mereka agar menanyakan para alim ulama tentang hukumnya dan mencari jalan keluar.

Mulalah mereka pergi ke kota-kota besar yang berhampiran menanyakan para ulamanya tentang jalan keluar dari perkara ini. Setiap kali mereka bertanya, jawapan mereka adalah perkahwinan tersebut adalah haram dan suami isteri wajib dipisahkan seumur hidup. Mereka juga wajib membayar fidyah dengan membebaskan hamba sahaya atau puasa dua bulan berturut-turut atau fatwa-fatwa sejenisnya.

Mereka juga pergi ke Qafsah dan menanyakan soalan tersebut kepada alim ulamanya. Namun jawapan mereka tetap sama. Mengingat ulama-ulama mazhab Maliki menghukumkan muhrim pada setiap anak susuan walau sekadar satu titis sekalipun ; berdasarkan pendapat Imam Malik yang mengkiaskan air susu dengan arak. Dalam hukum arak dikatakan bahawa "jika

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 183

Page 184: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

banyaknya memabukkan maka sedikitnya juga haram." Dengan itu maka menyusui, walau setitis sekali pun adalah berhukum muhrim.

Seorang yang hadir mencelah dan menunjukkan mereka rumahku. Katanya: "Tanyakan pada Tijani masalah-masalah seperti ini kerana beliau mengetahui pendapat semua mazhab.Aku saksikan beliau berhujah dengan ulama-ulama tadi berkali-kali dan bahkan dapat mematahkan dalil mereka."

Ketika ku ajak mereka masuk ke dalam perpustakaanku, si suami menceritakan segalanya kepadaku secara terperinci, dia juga berkata demikian: "Tuan, isteriku mahu bunuh diri dan anak-anak tidak terurus. Kami tidak mendapatkan apa-apa penyelesaian dari kemusykilan ini. Mereka telah tunjukkanku alamatmu, dan aku sangat yakin kerana melihat buku-buku yang sebegini banyak di perpustakaan ini yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Mudah-mudahan saja anda dapat menyelesaikan perkaraku ini."

Kemudian aku hidangkan secawan kopi untuknya dan aku berfikir sejenak, lalu kutanyakan kepadanya bilangan susu yang dia hisap dari si ibu tua itu. Beliau menjawab: "Aku tidak pasti berapa tetapi isteriku menyusu dari orang tua itu dua kali atau tiga kali sahaja. Ayahnya juga menyaksikan bahawa dia hanya dua atau tiga kali saja membawanya pergi ke tempat orang tua itu." Lalu ku jawab: "Jika ini memang betul, maka kalian bukanlah adik-beradik dan perkahwinan kalian adalah sah." Mendengar ini lelaki tersebut terus menerpaku dan mencium-cium kepalaku dan tanganku. Katanya: semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Anda telah membukakan pintu kedamaian di hadapanku". Dia terus pergi dan tidak sempat menghabiskan kopinya, bahkan tidak bertanya lagi perinciannya atau dalil dariku. Dia hanya meminta izin untuk pulang agar dapat segera menemui isterinya dan membawa berita gembira untuknya, anak-anaknya serta kaum kerabatnya.

Namun esoknya dia kembali bersama tujuh orang lelaki yang lain. Katanya: "Ini ayahku dan ini ayah isteriku. Yang ketiga itu ketua desa dan keempat Imam Jum'ah dan Jama'ah, kelima Penghulu agama, keenam ketua suku dan ketujuh ketua sekolah. Semua mereka datang untuk bertanya tentang masalah menyusui tersebut dan dengan alasan apa anda menghalalkannya?

Semua aku ajak masuk ke dalam perpustakaanku dan aku memang menduga yang mereka akan mendebatku. Ku hidangkan mereka minuman kopi dan kusambut mereka dengan mesra. Mereka berkata: "Kami datang untuk bertanya akan fatwamu yang menghalalkan susuan itu sementara Allah telah mengharamkannya di dalam alQuran dan telah diharamkan juga

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 184

Page 185: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

oleh RasulNya, dengan sabdanya: "Telah diharamkan dengan susuan segala apa yang diharamkan dengan cara nasab. Begitu juga Imam Malik telah mengharamkannya."

Aku berkata: "Wahai tuan-tuan, kalian Masya Allah lapan orang dan aku seorang. Jika aku berbicara dengan kesemua kalian maka aku tidak akan dapat meyakinkan kalian dengan hujahku dan diskusi kita nantinya akan berlarutan. Aku usulkan kalian memilih salah seorang di antara kalian sebagai juru cakap sehingga aku senang berdiskusi dengannya dan yang lainnya menjadi hakim kami."

Mereka terima usul tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada penghulu agama sebagai wakil kerana lah yang paling alim dan paling arif di antara mereka. Maka penghulu pun mulailah memulakan pertanyaannya mengapa aku menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, RasulNya dan para Imam?

Aku jawab: "Aku berlindung kepada Allah danri berbuat demikian. Allah mengharamkan susuan dengan ayat yang mujmal(ringkas) dan tidak menjelaskan secara terperinci. DiserahkanNya kepada Rasul cara dan bagaimana perincian hukumnya." - "Tetapi Imam malik menghukumkan muhrim hatta dari setitis air susu." - "Aku tahu. Namun Imam Malik bukanlah hujah kepada semua kaum Muslimin. Kalau tidak maka bagaimana pendapat anda dengan imam-imam yang lain?" - "Semoga Allah meredhai mereka. Kesemua mereka mengambil dari Rasul saw." - "Lalu bagaimana nantinya hujahmu di sisi Allah atas taklidmu kepada pendapat Imam Malik yang bercanggah dengan nas Nabi ini?" - "Subhanallah" katanya sambil merasa hairan. "Aku tidak pernah tahu yang Imam Malik, Imam Dar al-Hijrah, menyalahi nas-nas Nabi."

Yang hadir juga kehairan dengan kata-kataku ini. Mereka sangat terkejut atas sikapku yang sangat 'berani" terhadap Imam Malik yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini dari ulama-ulama yang lain. Kemudian aku menambah lagi: - "Apakah Imam Malik dulunya dari kalangan sahabat?" - "Bukan." Jawabnya. - "Apakah beliau dari kalangan Tabi'in?" - "Bukan. Bahkan dari kalangan Tabi'it-Tabi'in, generasi keempat setelah Nabi saw." - "Mana yang lebih dekat kepada Rasul; Imam Malik atau Imam Ali bin Abi Thalib?" - "Imam Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah satu dari empat

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 185

Page 186: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Khulafa' Rasyidin." Salah seorang dari yang hadir berkata : - "Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu adalah gerbang kota ilmu." - "Mengapa kalian tinggalkan gerbang kota ilmu dan ikut seorang bukan sahabat dan bukan Tabi'in sekalipun. Bahkan seorang yang dilahirkan setelah berlakunya berbagai pertelingkahan antara kaum muslimin, dan setelah kota Madinah Nabi dicabuli oleh tentera Yazid dan diperlakukan sedemikian rupa sehingga sahabat-sahabat yang terbaik terbunuh, para wanita diperkosa dan sunnah-sunnah Nabi diubah. Bagaimana seseorang boleh percaya sepenuhnya kepada imam-imam yang dipersetujui oleh para penguasa saat itu, yang memberikan fatwanya mengikut persetujuan mereka." Salah seorang dari mereka berkata: - "Memang kami pernah dengar yang anda adalah seorang Syiah yang menyembah Imam Ali." Serta merta sahabat yang duduk di sampingnya manamparnya dengan agak kuat, lalu berkata: - "Diam. Apakah anda tidak malu berkata seperti ini kepada seseorang yang terhormat seperti beliau. Aku banyak kenal ulama, tetapi aku tidak pernah melihat perpustakkan sebesar ini. Beliau berbicara dengan pengetahuan yang dalam dan penuh keyakinan." Aku jawab: - "Memang benar saya seorang Syiah. Tetapi Syiah tidak menyembah Ali. mereka ikut Imam Ali sebagai ganti dari ikut Imam Malik. Kerana Ali adalah gerbang kota olmu seperti yang kalian saksikan." Penghulu agama berkata: "Apakah Imam Ali menghalalkan perkahwinan dua adik-beradik susuan?" - "Tidak. Beliau menghukum-muhrimkannya jika si bayi menyusu sebanyak lima belas kali dengan kenyang dan berturut-turut atau sehingga menumbuhkan daging dan tulang." Mendengar ini ayah si isteri merasa sangat lega dan berkata: - "Alhamdulillah. Anakku hanya menyusu dua atau tiga kali sahaja. Fatwa Imam Ali ini adalah jalan keluar bagi kami dari kemusykilan ini dan rahmat Allah kepada kami setelah puas kami mencari dan hampir-hampir putus asa." Penghulu berkata: "Berikan kami dalilnya agar kami berpuashati." Lalu kuberikan kepada mereka kitab Minhaj as-Sholihin, fatwa Syed al-Khui. Dibacakannya Bab Hukum Menyusui kepada mereka. Semua mereka sangat gembira terutama si suami yang takut kalau-kalau saya tida mempunyai dalil yang memuaskan. Mereka memohon agar aku meminjamkan buku tersebut kepada mereka agar dapat berhujah kelak di kampungnya. Lalu ku serahkan buku tersebut setelah mereka meminta izin untuk pulang.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 186

Page 187: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Setelah mereka keluar dari rumahku mereka berjumpa dengan seseorang yang akhirnya membawa mereka kepada beberapa ulama-upahan. Diugutnya mereka dan dikatakan yang aku adalah agen Israel, kitab Minhaj as-Solihin yang kuberikan itu adalah sesat, penduduk Irak semuanya kafir dan munafik, dan Syiah adalah Majusi yang menghalalkan perkahwinan adik beradik. Kerana itu tidak hairan kalau aku menghalalkan perkahwinan antaara adik beradik susu dan berbagai tuduhan lain yang mengarut. Sedemikian rupa ancaman mereka sehingga kesemuanya kembali seperti semula dan tidak percaya akan kebenaran pendapat yang ku berikan.

Dipaksanya sang suami mengangkat perkara ini ke mahkamah negeri di Qafsah. Ketua mahkamah meminta mereka pergi ke pusat dan meminta penyelesaian dari Mufti Besar Negara. Maka pergilah orang yang malang ini ke sana dan menunggu selama satu bulan penuh untuk dapat menghadap mufti. Diveritakannya masalahnya dari awal hingga akhir. Mufti bertanya tentang pendapat ulama yang menganggap sah perkahwinan mereka. Katanya tiada siapa pun yang mengatakan demikian kecuali seorang yang bernama at-Tijani as-Samawi. Mufti mencatat namaku dan berkata kepada orang ini: "Pulanglah! Aku akan kirimkan sepucuk surat kepada ketua mahkamah negeri di Qafsah."

Tidak lama selepas itu tibalah sepucuk surat dari Mufti Besar. Kemudian wakil orang ini memberitahunya bahawa mufti juga menghukumkan haram perkahwinan mereka dan dianggap tidak sah.

Itulah apa yang diceritakan oleh orang yang malang dan lemah ini kepadaku. Dia meminta maaf kerana telah menyebabkanku susah dan terganggu. Aku juga berterima kasih kepadanya atas timbang rasanya yang tinggi. Tetapi aku hairan kenapa mufti besar menganggap perkahwinan seumpama itu tidak sah. Aku minta orang ini mendapatkan lembaran tulisan yang dikirimkan oleh mufti kepada mahkamah di sini agar aku dapat memuatnya di akhbar-akhbar Tunisia. Aku ingin katakan bahawa mufti tidak mengetahu mazhab-mazhab Islam dan jahil akan perbedaan-perbedaan fiqh mereka di dalam perkara susu-menyusu ini.

Orang ini berkata bahawa dia tidak dapat melihat fail perkaranya, apalagi untuk mendapatkannya. Akhirnya kami berpisah.

Setelah beberapa hari sepucuk surat panggilan datang kepadaku dari mahkamah. mereka memerintahkanku agar datang membawa rujukan dan hujah atas keabsahan perkahwinan "dua adik-beradik

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 187

Page 188: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

susu" ini. Aku datang dengan membawa berbagai buku rujukan yang telah ku teliti sebelum ini. Setiap Bab Menyusui ku letakkan tanda agar mudah dapat mengenalnya kelak. Aku pergi pada waktu dan jam yang ditentukan itu. Sekretari ketua mengambil kedatanganku dan memintaku masuk ke ruang bilik pejabat ketua. Di sana aku dikejutkan dengan kehadiran ketua mahkamah negeri, ketua mahkamah kampung dan wakil dari pusat beserta tiga anggotanya yang lain. Semua mereka mengenakan pakaian kebesaran mahkamah yang seakan-akan mereka sedang berada dalam satu perjumpaan resmi. Aku perhatikan juga di sana ada lelaki yang malang itu duduk di sisi lain. Aku ucapkan salam kepada semua. Semua mereka memandangku dengan sikap menghina dan jengkel. Ketika aku duduk , ketua mereka berbicara kepadaku dengan nada yang kasar: - "Anda Tijani Samawi?" - "Ya." Jawabku - "Anda yang memberi fatwa akan sahnya perkahwinan ini? - "Bukan saya. Tetapi Imam-imam fiqh dan ulama kaum Muslimin yang memberikan fatwa akan sahnya perkahwinan tersebut." - "Itulah kenapa kami memanggilmu. Anda sekarang dalam tuduhan. Jika anda tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan anda makan anda akan dihukum penjara. Dan dari sini anda akan terus diiring ke penjara."

Aku sedar bahawa aku kini dalam suatu tuduhan. Bukan kerana aku memberikan fatwa tersebut, tetapi ada beberapa ulama jahat yang mengatakan kepada penguasa bahawa aku adalah penyuluh fitnah , mencaci sahabat dan menyebarkan Syiah Ahlul Bait Nabi. Ketua mahkamah berkata bahawa jika ada dua saksi yang membuktikan kesalahanku maka dia akan memasukkanku ke dalam penjara.

Di sisi lain, Jama'ah Ikhwan Muslimin memanipulasi fatwa ini. Mereka sebarkan kepada kalangan umum dan khusus bahawa aku menghalalkan nikah antara adik-beradik. Dan ini adalah pendapat Syi'ah. Begitulah dugaan mereka.

Semua ini aku sedari ketika Ketua Mahkamah mengancamku dengan penjara. Tiada lain bagiku waktu itu kecuali menentang dan mempertahankan deri dengan penuh keberanian. Kukatakan kepada ketua: "Apakah saya boleh bercakap dengan terus terang dan tanpa takut?" - "Bercakaplah. Tetapi anda tidak mempunyai pembela." - "Pertama-tama, aku tidak mengangkat diriku sebagai mufti. Ini suami perempuan itu berada di hadapan kalian dan tanyakan kepadanya. Dialah yang datang ke rumahku dan bertanya

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 188

Page 189: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kepadaku. Sudah tentu aku wajib mengjawabnya mengikut apa yang aku tahu. Aku tanyakan kepadanya berapa kali dia minum susu tersebut. Ketika diberitahunya bahawa isterinya menyusu dua atau tiga kali sahaja maka aku memberitahu kepadanya hukum Islam yang benar. Dalam hal ini aku bukan seorang yang mujtahid dan bukan pula seorang yang mengadakan syariat baru." - "Aneh. Anda sekarang mendakwa yang anda tahu akan hukum Islam dan kami jahil." - "Astaghfirullah. Aku tidak bermaksud demikian. Semua orang di sini tahu apa pendapat mazhab Imam Malik dan hanya berhenti pada pendapatnya saja, sementara aku menelitinya dalam berbagao mazhab dan mendapatkan cara penyelesaiannya di sana." - "Di mana anda dapatkan jalan penyelesaiannya?" tanya ketua. - "Sebelum itu bolehkah aku bertanya satu soalan hai ketua?" - "Tanyakanlah apa yang kau mahu." - "Apa pendapat anda tentang mazhab-mazhab Islam yang lain?" - "Semua benar. Semua mereka mengambilnya dari Nabi; dan perselisihan yang ada adalah rahmat." - "Kalau demikian maka kasihanilah orang yang malang ini (sambil menunjuk ke arah orang tersebut) yang telah dua bulan lebih berpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Padahal di sana ada mazhab Islam lain yang memberinya penyelesaian."

Dengan nada marah ketua itu berkata: - "Bawakan dalilnya dan jangan berdolak dalik. Kami telah berikan hak kepadamu untuk membela dirimu; dan sekarang kau mahu membela orang lain."

Kuberikan kepadanya kitab Minhaj as-Solihin, fatwa Syed al-Khui. Kukatakakan kepadanya bahawa ini adalah mazhab Ahlul Bait. Di dalamnya memuat berbagai dalil. Kemudianbeliau memotong kata-kataku: "Jangan libatkan kami dengan mazhab Ahlul Bait. Kami tidak mengenalnya dan tidak beriman kepadanya."

Aku memang menduga demikian. Kerana itu aku bawa bersamaku beberapa buku rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah ku kaji dan ku susun sejauh pengetahuanku. Kuletakkan Sahih al-Bukhori di bahagian pertama. Kemudian Sahih Muslim. Lalu kitab fatwa Syaltut, Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid karangan Ibnu Rushd, kitab Zad al-Masir Fi I'lmi at-Tafsir karangan Ibnu al-Jauzi dan beberapa buku rujukan lain dari kalangan Ahli Sunnah.

Ketika pengetua menolak kitab Syed al-Khui, kutanyakan keadanya kitab apa yang beliau pegang dan jadikan rujukan. "Bukhori dan Muslim," katanya. Lalu ku ambil kitab Sahih al-Bukhori dan

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 189

Page 190: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

kubukakan halaman yang telah ku tandakan. "Silakan baca hai yang arif." kataku mempersilakan. "Engkau baca." Mintanya kepadaku. Lalu kubaca: "Telah diriwayatkan oleh Fulan daripada si Fulan dan daripada A'isyah Ummul Mukminin yang berkata: "Rasulullah saw meninggal dan tidak menjatuh-muhrimkan susuan melainkan setelah lima susuan atau lebih."

Maka pengetua tersebut mengambil buku itu dariku dan membacanya. Kemudian diberikannya kepada wakil dari pusat yang duduk di sampingnya. Lalu dibacanya dan diberikannya pula kepada orang yang duduk di sisinya. Kemudian aku keluarkan pula kitab Sahih Muslim dan kubukakan pula hadis yang sama. Lalu kitab Fatwa Syaikh al-Azhar Mahmud Syaltut, di mana beliau telah menjelaskan berbagai perbezaan pendapat para imam fiqh tentang perkara susu-menyusu ini. Ada sebahagian pendapat mengatakan bahawa ia akan jatuh muhrim setelah lima belas kali susuan; pendapat lain mengatakan setelah tujuh kali susuan, dan pendapat berikutnya di atas lima kali susuan. Melainkan Imam Malik yang menyalahi nas dan menjatuh-muhrimkan walau satu titis sekalipun. Kemudian Syaltut berkata: "Aku condong pada pendapat yang tengah, yakni tujuh kali susuan atau lebih."

Setelah ketua mahkamah mengetahui semua itu, beliau berkata: "Cukuplah." Kemudian beliau memandang pada suami wanita tersebut dan berkata: "Engkau pergi dan bawa ayah isterimu ke mari untuk menyeksikan di hadapanku bahawa anaknya menyusu hanya dua atau tiga kali saja. Kalau betul maka kau boleh ambil isterimu semula hari ini juga.

Orang yang malang ini pun pergi. Wakil dari pusat dan hadirin yang lain meminta izin keluar meneruskan tugas masing-masing. Ketika majlis itu lengang, pengetua tersebut menghadapku sambil meminta maaf. Katanya: "Maafkan aku hai Ustaz. Mereka telah mengelirukan aku tentang dirimu. Mereka berkata tentang hal yang aneh-aneh atas dirimu. Sekarang aku tahu yang mereka hasad dan dengki kepadamu."

Hatiku sangat gembira melihat perubahan kilat seperti itu. Aku berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanku di tanganmu hai pengetua yang arif." - "Aku dengar anda juga mempunyai buku Hayat al-Hayawan al-Kubro karya ad-Dumairi?" Tanyanya kepadaku. - "Ya." Jawabku. - "Bolehkah anda pinjamkan padaku? Telah dua tahun aku mencari buku itu." - "Ia adalah milikmu bila saja kau mahu." - "Apakah anda mempunyai masa untuk datang ke pejabatku

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 190

Page 191: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

agar kita berbincang dan belajar darimu." Pintanya. - "Astaghfirullah. Saya yang seharusnya belajar darimu. Anda adalah orang yang lebih tua dan lebih agung dariku. Saya ada empat hari cuti dalam seminggu. Saya sentiasa hadir menerima jemputanmu."

Akhirnya kami sepakat setiap hari Sabtu untuk dapat duduk bersama, kerana hari itu beliau tidak disibukkan dengan urusan mahkamah. Setelah beliau memintaku meninggalkan kitab Bukhori dan Muslim serta kitab Fatwa Syaltut untuk dapat disalinnya semua nas-nas yang ada, beliau sendiri berdiri dan menghantarku pulang sehingga pintu tanda satu penghormatan.

Aku keluar dengan hati yang sangat gembira sambil memuji-muji Allah atas kejayaan ini di mana sebelumnya aku masuk dalam keadaan takut dan diancam penjara. Kini aku keluar dari mahkamah dan pengetuanya telah menjadi seorang sahabat yang dekat, menghormatiku dan memintaku menemaninya agar dapat "belajar". Semua ini adalah berkat Ahlul Bait yang tiada akan rugi orang yang berpegang kepada mereka dan akan aman orang yang merujuk kepada mereka.

Suami yang malang tadi menceritakan semua apa yang dilihatnya kepada penduduk desanya sehingga berita itu tersebar ke seluruh pelusuk desa yang ada di sekitarnya. Dia kini kembali bersama-sama isterinya dan perkara perkahwinannya dianggap sah. Prang-prang mula berkata yang aku lebih alim dari semua, hatta dari mufti besar sekalipun.

Si suami ini kemudian datang ke rumahku dengan keretanya yang besar, ingin mengajak aku dan keluargaku ke desanya. Dia memberitahuku bahawa semua keluarganya sedang menunggu kedatanganku. Mereka akan sembelih tiga ekor anak unta sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan. Tetapi aku meminta maaf kerana tidak dapat hadir lantaran kesibukanku di Qafsah. Kukatakan kepadanya bahawa aku akan mengunjungi kalian di masa lain Insya Allah.

Lalu pengetua mahkamah tadi pun menceritakan kejadian itu kepada sahabat-sahabatnya sehingga tersebarlah cerita itu dan Allah telah menolak tipu daya orang-orang yang menipu. Sebahagian mereka datang meminta maaf dan sebahagian lagi Allah bukakan hatinya untuk menerima hidayat dan kebenaran sehingga mereka ikut mazhab Ahlul Bait dan menjadi orang-orang yang mukhlisin. Semua ini adalah kurnia Allah yang Dia berikan kepada mereka yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Pemberi Kurnia Yang Agung.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 191

Page 192: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Wa Akhiru Da'wana Anil Hamdulillahi Rabbil A'lamin. Wa Sollallahu A'la Sayyidina Muhammadin Wa A'la A;lihi at-Thayyibin Wat Tahirin.

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 192

Page 193: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Nota Kaki

1. Sahih Bukhari J.2; Sahih Muslim J. 5, hlm. 75; Musnad Ahmad bin Hanbal J.1 hlm.355; J.5, hlm. 116; Tarikh Tabari, J. 3, hlm. 193; Tarikh Ibnu Athir, J.2, hlm. 320. 2. Tabaqat Ibnu Saad, J.2, hlm. 190; Tarikh Ibnu Athir, J.2 hlm. 317; Sirah Halabiyyah, J.3, hlm. 207; Tarikh Tabari, J.3, hlm. 226. 3. Lihat al-Khilafah Wal Muluk oleh al-Maududi dan Yaum al-Islam oleh Ahmad Amin. 4. Syarah Nahjul Balaghah Oleh Ibnu Abil Hadid, J.8, hlm.111. 5. Tarikh Ya'qubi, J.2, hlm. 106. 6. Futuh al-Buldan, hlm. 437. 7. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 52. 8. Tarikh Tabari Dan Tarikh Ibnu Athir. 9. Al-Imamah Wa Siasah oleh Ibnu Qutaibah. 10. Lihat an-Nas Wal-Ijtihad oleh Syarafudin al-Musawi. 11. Sahih Bukhari, J.4 hlm. 94-96; J.3 hlm. 32; Sahih Muslim, J.7, hlm. 66. 12. Sahih Bukhari, J.4, hlm. 100-101 13. Muruj az-Zahab oleh Masudi, J.2, hlm. 341. 14. Ibid. 15. Ibid. 16. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 122. 17. Al-Khalifah Wal Muluk oleh al-Madudi, hlm. 106 18. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61. 19. Sahih Bukhari, J.2, hlm. 305; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109. 20. Sahih Bukhari, J.1, hlm. 76; Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 300; Sahih Ibnu Majah, J.1, hlm. 44. 21. Sahih Muslim, J.1, hlm. 61; Sunan an-Nasai, J.6, hlm. 117. 22. Sahih Tirmidzi, J.5, hlm. 201; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 126. 23. Musnad Ahmad bin Hanbal, J.5, hlm. 25; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 134. 24. Sahih Muslim, J.2, hlm. 362; Mustadrak al-Hakim, J.3, hlm. 109; Musnad Ahmad bin Hanbal, J.4, hlm. 281. 25. Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 121;Khasais, al Nasai, ms 24;Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 6 ms 33;Al Manaqib, al Khawarizmi, ms 81;Al Riyadh al Nadira, Tabari, jild 2 ms 219;Tarikh, as Suyuti, ms 73. 26. Sahih, Bukhari, jilid 1, ms 74 27. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 154 ;Sahih, Muslim, jilid 1 ms 260 28.Sahih, Muslim, jilid 2 ms 134 29. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 54 30. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 135 31.Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 32 32. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 201 33. Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 131; Hilyat al Awliya, Ibn Abi Nuaym, jilid 1 ms 52

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 193

Page 194: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

34. Tarikh, Tabari, ms 4;al Riyadh al Nadira, jilid 1 ms 134; Kanz al Ummal, ms 361 Minhaj as Sunnah, Ibn Taymiyya, jilid 3 ms 120 35. Tarikh Tabari hlm. 41; Riyadh an-Nadhirah, J.1, hlm. 134; Kanzul Ummal, hlm. 361; Minhaj as-Sunnah Oleh Ibnu Taimiyyah, J.3, hlm. 120 36. Sahih Bukhari, J.2, ms 206 37. al Imamah Was Siyasah, Ibn Qutaybah, jilid 1ms 20; Muhammad Baqir al Sadr, Fadak dalam Sejarah, ms 92 38. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 127, 130, jilid 2 ms 126, 205 39. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39 40. Tarikh al Khulafa, Ibn Qutaybah, jilid 1 ms 20 41. Sahih, Muslim, jilid 7 ms 121, 130 42. Tarikh al Khulafa, jilid 1 ms 20 43. Ibid. 44. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 39 45. Tarikh, Tabari, jilid 4 ms 407;Tarikh, Ibn Athir, jilid 3 ms 206; Lisan al Arab, jilid 14 ms 193; Taj al Arus, jilid 8 ms 141; Al Iqd al Farid, jilid 4 ms 290 46. al Imamah was Siyasah 47. Al Tabari, Ibn al Athir dan ahli sejarah yang lainnya yang menulis mengenai kejadian didalam dalam tahun ke 36 selepas hijrah 48. Sahih, Bukhari, jilid 1 ms 48 49. Al Tabari, Ibn al Athir, yang menulis kejadian didalam tahun ke 40 hijrah 50. Ibid Tahun 36H. 51. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 161 52. Sahih Bukhari, jilid 2 ms 128 53. Sahih al Tirmidhi; al Istiab, Ibn Abd al Barr, Biography of Safiyya 54. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 68 55. Baca Khalifah Dan Kerajaan oleh Syed Abdul A’la Maududi 56. Hayat al Haywan al Kubra, al Damiri 57. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307; Maghazi,al Qawidi, ms 310 58. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 307 59. Sahih, al Tirmidhi, jilid 5 ms 296; Khasai’s, al Nasai, ms 87; Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 110 60. Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 4 ms 281; Siyar al Amin, al Ghazali, ms 12;Tadhkirat al Awas, Ibn al Jawzi, ms 29;Al Riyadh al Nazarah, al Tabari, jilid 2 ms 169;Al Bidayah wan Nihayah, jilid 5 ms 212;Tarikh, Ibn Asakir, jilid 2 ms 50;Tafsir, al Razi, jilid 3 ms 63;Al Hawi Lil Fatawi, al Suyuti, jilid 1 ms 112 61. Tarikh, al Tabari;Ibn al Athir;Suyuti;Baghdadi 62. Tarikh al-Khulafah oleh Ibnu Qutaibah, J.1, ms 18 63. Sahih, Bukhari, jilid 4 ms 127 64. Sharh, Muhammad Abduh, jilid 1 ms 34, sermon as

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 194

Page 195: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

Shaqshaqiyah 65. Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 17 66. al Saqifah wal Khulafah oleh Abdul Fattah Abdul Maqsood 67.Tarikh, Qutaybah, jilid 1 ms 19;Shahrah, Ibn al Hadid 68. Sahih, Bukhari, jilid 3 ms 36;Sahih, Muslim, jilid 2 ms 72 69. Dengan rujukkan dia menunggang unta semasa peperangan jamal 70. Dengan rujukkan dia menunggang keldai pada hari dia menghalang pengkemumian al-Hasan bersebelahan datukandanya 71.Sharh Nahj al Balagha, Ibn al Hadid, jilid 16 ms 220 - 223 72. al Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 107;al Manaqib, al Khawarizmi, ms 3 dan ms 9;Tarikh, Suyuti, ms 168;Al Sawaiq al Muhriqah, Ibn Hajar ms 72;Tarikh, Ibn Asakir, jilid 3 ms 63;Shawahid at Tanzil, al Haskani al Hanafi, jilid 1 ms 19 73. Qadi Ismail, al-nasa’I dan Abu Ali al-Naisaburi berkata: Tidak ada para sahabat yang mempunyai sebanyak kemuliaan yang diucapkan kepadanya sebagaimana Ali 74. Sahih, Bukhari, jilid 2 ms 202 75. Fath al Bari [Sharah al Sahih Bukhari] jilid 7 ms 83;Tarikh, Suyuti, ms 199;Al Sawaiq al Muhriqah, ms 125 76. Muwatta, Malik, jilid 1 ms 307 ;Maghazi, al Waqidi ms 310 77.Sahih, al Tirmidhi, jilid 4 ms 339;Musnad, Ahmed Hanbal, jilid 2 ms 319;Mustadrak, al Hakim, jilid 3 ms 51] 78. Sahih Muslim 79. Sahih Bukhari, J.4. hlm. 184 80. al Imamah was Siyasah, Qutaybah, jilid 1 ms 14;al Jahiz, ms 301;A’alam al Nisa, jilid 3 ms 1215 81. Tarikh al-Tabari, J.4, hlm.52; Imamah wal-Siyasah, J.1, hlm. 18; Tarikh Masudi, J.1, hlm. 414 82. Tazkirah al-Khawas, hlm. 23; Tarikh ibnu Asakir, J.1, hlm.107; Manaqib al-Khawarizmi, hlm.7; Fusul al-Muhimmah oleh al-Maliki, hlm.21 83. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 48; Tarikh Ibnu Kathir, J.7, ms 358 84. Al-Isti'ab, J.3, ms 39; Manaqib al-Khawarizmi, ms 48; Riyadh Nadhirah, J.2, ms 194 85. Ibid, J.2, hlm.198; Tarikh al-Khulafa, ms 124; Al-Itqan, J.2, 319; Fath al-Bari, J.8, 485 86. Sunan ad-Darimi, J.1, ms 54; Tafsir Ibnu Kathir, J.4, ms 232; Ad-Dur al-Manthur, J.6, ms 111 87. Sunan Ibnu Majah, J.1, ms 44; Khasais Nasai, ms 20; Sahih Tirmidzi, J.5, ms 300; Jami Saghir oleh Suyuti, J.2, ms 56; Riyadh Nadhirah, J.2, ms 229 88. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 448; Kunuz al-Haqaiq oleh al-Maulawi, ms 293; Kanzul Ummal, J.5, ms 33 89. Tarikh Tabari, J.2, ms 319; Tarikh Ibnu Athir, J.2, ms 62; As-Sirah al-Halabiah, J.1, ms 311; Syawahid at-Tanzil oleh Hasakani, J.1, ms 371; Kanzul Ummal J.15, ms 15; Tarikh Ibnu Asakir, J.1, ms

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 195

Page 196: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

85; Tafsir al-Khazin oleh Alauddin as-Syafie, J.3, ms 371; Hayat Muhammad oleh Hasanain Haikal Edisi Pertama 90. Sahih Muslim, J.5, ms 122; Sahih Turmidzi. J.5, ms 328; Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 17 91. Lihat Sunan Nasa'i, Turmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Daud. 92.Kata-kata "sunnahku" tidak diriwayatkan oleh mana-mana kitab hadith yang enam (Sahih as-Sittah).Ianya diriwayatkan hanya dalam al-Muwatta Imam Malik bin Anas. Hatta Tabari ketika meriwayatkan hadith ini beliau merujuk kepada kitab Imam Malik ini. 93. Sahih Muslim, J.8, ms 151 94. Tarikh Tabari, J.3, ms 280; Tarikh al-Fida, J.1,ms 158; Tarikh al-Yaqubi, J.2, ms 110; Al-Isabah, J.3, ms 336 95. Tarikh al-Fida, J.1, ms 158; Tarikh Yaqubi, J.2, ms 110; Tarikh Ibnu Shihnah, J.11, ms 114; Wafayat al-A'yam, J.6, ms 4 96. As-Siddiq Abu Bakar oleh Haikal, ms 151 97. Sahih Bukhari, J.4, ms 171 98. Sirah Ibnu Hisham, J.4, ms 53; Tabaqat Ibnu Saad; Usud al-Ghabah, J.3, ms 102 99. As-Siddiq Abu Bakar, ms 151 100. Tarikh Tabari, J.3, ms 254; Tarikh al-Khamis, J.3, ms 343 101. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms 151; Yanabi al-Mawaddah, ms 30, 370; Sawaiq al-Muhriqah, ms 184, 234 102. Lihat Is'af ar-Raghibin dan Jami' as-Saghir 103. Mustadrak al-Hakim, J.3, ms151; Jami' al-Kabir oleh Tabrani; al-Isabah; Kanzul Ummal, J.6, ms 155; al-Manaqib oleh Khawarizmi, ms 34;Yanabi al-Mawaddah, ms 149; Hilyah al-Auliya', J.1, ms 86; Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 95 104.Munaqasyat Aqaidiyah Fi Maqalat Ibrahim al-Jabhan, ms 29 105. Sahih Bukhari, J.7, ms 121; Sahih Muslim, J.5, ms 75 106. Sahih Bukhari, J.3, ms 68; Sahih Muslim, J.2, ms 14 107. Tabaqat Ibnu Saad, Bhg.2, ms 29 108. Seperti perkara talak tiga - lihat Sahih Muslim Bab Talak Tiga, juga lihat Sunan Abi Daud,J.1, ms 344 109. Seperti perkara larangan atas muta'ah Haji dan muta'ah wanita - lihat Sahih Muslim Bab haji dan Bukhari bab Tamattu'. 110. Tarikh Ibnu Asakir, J.2, ms 484; Maqtal Husayn oleh Khawarizmi, J.1, ms 38; Al-Ghadir oleh al-Amini, J.3, ms 120 111. Sahih Bukhari, J.4, ms 164; Sahih Muslim, ms 119 112. Yanabi al-Mawaddah oleh al-Qunduzi al-Hanafi 113. Ad-Dur al-Manthur oleh Suyuti, J.2., ms 60; Usud al-Ghabah, J.3, ms 137; Sawaiq al-Muhriqah ,ms 148, 226; Yanabi al-Mawaddah, ms 41, 335; Kanzul Ummal, J.1, ms 168; Majma az-Zawaid, J.9, ms 163

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 196

Page 197: AKHIRNYA KU TEMUI KEBENARAN - AHMAD TIJANI

AKHIRNYA AKU TEMUI KEBENARANPustaka Pribadi Notaris Herman ALT Page 197