103968258 aplikasi pembezaan dalam kehidupan harian

2
Pembezaan yang dikenali sebagai ‘differentiation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran bagaimana sebuah fungsi perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Derivatif boleh dianggap perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti yang lain.Pembezaan merupakan salah satu daripada aplikasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Pembezaan membantu kita dalam menyenangkan kehidupan kita dan membantu dalam pengenalan pelbagai perkara baru dalam matematik dan juga dalam kehidupan harian. Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya adalah dalam bidang ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali keuntungan yang dianggarkan dalam penjualan sesuatu barang atau modal yang perlu dikeluarkan dalam membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah kuantitinya. Pembezaan membantu sesuatu peniaga untuk membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan anggaran yang dibuat berdasarkan persamaan yang dibuat menggunakan pembezaan. Daripada ini juga, kita dapat mencari dan mengelakkan kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu perniagaan. Malah kita juga dapat menganggarkan sama ada sesuatu perniagaan itu akan laris atau tidak berdasarkan pembinaan graf dan menganggarkan keputusan yang boleh berlaku dalam masa depan. Ini amat membantu dalam ekonomi terutamanya pada para usahawan. Disamping itu juga, pembezaan digunakan dalam menganggarkan nilai maksimum dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh adalah menganggarkan kuuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum dan minimum yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian. Dalam pembinaan bangunan, seseorang usahawan perlu tahu kuantiti bahan yang digunakan dan pembezaan membantu dalam mencari nilai maksimum atau minimum bagi memastikan kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masa yang sama kita tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga boleh dianggarkan menggunakan ppembezaan ini. Oleh itu, secara keseluruhannya, penggunaan pembezaan daam ekonomi adalah tidak dapat dielakkan dan semestinya dapat membantu kita dalam meningkatkan kualiti keusahawanan seseorang itu dan membantu dalam membuat keputusan. Selain itu juga, pembezaan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan dan juga sains. Semasa zaman Isaac Newton lagi, pelayaran kapal adalah memang berbahaya kerana kita tidak kenal akan arah membawa kapal dengan betul dan satu-satunya garis panduan yang digunakan adalah melalui bintang dan cara itu juga adalah susahmelihatkan cuaca yang tidak menentu. Dengan adanya kalkulus ini, maka adalah lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah dapat dibaca dan dikenali dengan lebih senang. Selain daripada itu juga, dalam bidang kejuruteraan, pembezaan membantu dengan banyak dimana dalam aplikasi piston, yang banyak digunakan bukan sahaja dalam perkapalan tetapi juga kenderaan. Pembezaan membolehkan kita menemui dan mengaplikasikan piston yang digunakan dalam semua kenderaan. Penemuan ini adalah amat penting dan berguna kepada kita hasil daripada perkembangan pembezaan ini. Disamping itu juga, dalam bidang sains, pembezaan dapat digunakan untuk mencari kadar perubahan atau ‘rate of change’ tidak kira dalam tindak balas kimia mahupun benda lain. Pembezaan membantu seorang untuk mencari kadar tindak balas sesuatu bahan kimia terhadap bahan lain dan ini membantu kita untuk menciptaan pelbagai peralatan atau bahan kegunaan harian. Perubahan dari segi keadaan, suhu dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan ini dan ini amatlah berguna dalam penemuan bahan-bahan baru. Selain itu juga. Pembezaan juga membolehkan kita mengkaji perubahan saiz buih dalam air yang semakin membesar apabila naik ke

Upload: nur-syahmi-za-nazri

Post on 27-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perbezaan dalam kehidupan

TRANSCRIPT

Page 1: 103968258 Aplikasi Pembezaan Dalam Kehidupan Harian

Pembezaan yang dikenali sebagai ‘differentiation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran bagaimana sebuah

fungsi perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Derivatif boleh dianggap perubahan sesuatu

kuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti yang lain.Pembezaan merupakan salah

satu daripada aplikasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Pembezaan membantu kita dalam

menyenangkan kehidupan kita dan membantu dalam pengenalan pelbagai perkara baru dalam

matematik dan juga dalam kehidupan harian.

Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya adalah dalam bidang

ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali keuntungan yang dianggarkan dalam penjualan

sesuatu barang atau modal yang perlu dikeluarkan dalam membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah

kuantitinya. Pembezaan membantu sesuatu peniaga untuk membuat keputusan dalam perniagaannya

berdasarkan anggaran yang dibuat berdasarkan persamaan yang dibuat menggunakan pembezaan.

Daripada ini juga, kita dapat mencari dan mengelakkan kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu

perniagaan. Malah kita juga dapat menganggarkan sama ada sesuatu perniagaan itu akan laris atau tidak

berdasarkan pembinaan graf dan menganggarkan keputusan yang boleh berlaku dalam masa depan. Ini

amat membantu dalam ekonomi terutamanya pada para usahawan. Disamping itu juga, pembezaan

digunakan dalam menganggarkan nilai maksimum dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh

adalah menganggarkan kuuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum dan

minimum yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian. Dalam pembinaan bangunan, seseorang

usahawan perlu tahu kuantiti bahan yang digunakan dan pembezaan membantu dalam mencari nilai

maksimum atau minimum bagi memastikan kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masa

yang sama kita tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga

boleh dianggarkan menggunakan ppembezaan ini. Oleh itu, secara keseluruhannya, penggunaan

pembezaan daam ekonomi adalah tidak dapat dielakkan dan semestinya dapat membantu kita dalam

meningkatkan kualiti keusahawanan seseorang itu dan membantu dalam membuat keputusan.

Selain itu juga, pembezaan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan dan juga sains. Semasa zaman

Isaac Newton lagi, pelayaran kapal adalah memang berbahaya kerana kita tidak kenal akan arah

membawa kapal dengan betul dan satu-satunya garis panduan yang digunakan adalah melalui bintang

dan cara itu juga adalah susahmelihatkan cuaca yang tidak menentu. Dengan adanya kalkulus ini, maka

adalah lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah dapat dibaca dan dikenali dengan lebih senang.

Selain daripada itu juga, dalam bidang kejuruteraan, pembezaan membantu dengan banyak dimana

dalam aplikasi piston, yang banyak digunakan bukan sahaja dalam perkapalan tetapi juga kenderaan.

Pembezaan membolehkan kita menemui dan mengaplikasikan piston yang digunakan dalam semua

kenderaan. Penemuan ini adalah amat penting dan berguna kepada kita hasil daripada perkembangan

pembezaan ini. Disamping itu juga, dalam bidang sains, pembezaan dapat digunakan untuk mencari

kadar perubahan atau ‘rate of change’ tidak kira dalam tindak balas kimia mahupun benda lain.

Pembezaan membantu seorang untuk mencari kadar tindak balas sesuatu bahan kimia terhadap bahan

lain dan ini membantu kita untuk menciptaan pelbagai peralatan atau bahan kegunaan harian.

Perubahan dari segi keadaan, suhu dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan

ini dan ini amatlah berguna dalam penemuan bahan-bahan baru. Selain itu juga. Pembezaan juga

membolehkan kita mengkaji perubahan saiz buih dalam air yang semakin membesar apabila naik ke

Page 2: 103968258 Aplikasi Pembezaan Dalam Kehidupan Harian

permukaan. Tekanan yang semakin berkurangan menyebabkan saiznya semakin membesar dan kadar

buih itu membesar bolehlah disukat menggunakan pembezaaan. Selain itu juga, kadar dimana paras air

menaik dalam bekas yang berbentuk V dimana semakin tinggi air menaik semakin lama untuk paras air

itu meningkat disebabkan oleh luas permukaan yang semakin membesar. Segala-galanya dapat

diaplikasikan dalam penciptaan bahan kegunaan harian yang kita gunakan sekarang. Sebagai contohnya

adalah dalam empangan, paras air boleh disukat dan dikawal dengan menyesuaikan saiz lubang dan ini

dapat disukat menggunakan pembezaan dan ini adalah penting supaya tidak ada tekanan berlebihan

keatas empangan tersebut ataupun juga air yang mengalir secara berlebihan.

Disamping itu juga, pembezaan digunakan dalam aktiviti harian yang kita giat lakukan iaitu bergerak dari

satu tempat ke tempat yang lain. Pencarian arah ke satu tempat menggunakan jalan yang paling cepat

juga dapat dilaksanakan melalui pembezaan. GPS atau Global Positioning System adalah daripada

pengaplikasian pembezaan ini dimana kita mencari jalan cepat dan betul kearah tempat yang dituju.

Pembezaan juga membolehkan kita mengetahui masa yang kita ambil untuk kesatu tempat sekiranya

kita bergerak dalam kelajuan yang tertentu dan juga ini memang diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Contohnya, kita dapat mengetahui jumlah masa yang kita ambil untuk kita sampai ke sesuatu destinasi

dengan hanya melihat kelajuan atau kita juga boleh menganggarkan masa yang akan kita ambil untuk

sampai ke sesuatu destinasi. Walaupun ramai daripada kita tidak sedar atau tidak tahu, pembezaan ini

memang terdapat di sekeliling kita dan memang digunakan dalam kegiatan harian. Ini jelas menunjukan

bahawa kegunaan pembezaan adalah tidak dapat dinafikan dan adalah memang penting dalam

kehidupan kita