adab dalam kehidupan harian

Upload: norkamayana

Post on 07-Jan-2016

691 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

adab dalam kehidupan harian

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Agama Islam menganjur umatnya supaya memiliki akhlak yang baik. Akhlak mulia berteraskan amalan adab yang baik dalam kehidupan seharian. Pembinaan akhlak itu sangat penting kerana sesuatu bangsa atau negara akan berjaya apabila warganegaranya terdiri dari orang yang berakhlak luhur. Dalam topik ini kita akan membincangkan mengenai pembinaan akhlak mahmudah melalui adab yang sepatutnya diamalkan oleh setiap muslim dalam

    TTooppiikk

    22 Adab di

    dalam Kehidupan Harian

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan adab dalam kehidupan seharian;

    2. Menghuraikan cara beradab semasa makan dan minum, tidur danbangun tidur serta adab mandi dan bersugi;

    3. Menyenaraikan doa sebelum dan selepas makan, sebelum tidur danselepas bangun tidur;

    4. Menjelaskan beberapa dalil al-Quran atau hadis berkaitan amalandalam adab berkaitan;

    5. Membincangkan kelebihan beramal dengan adab tersebut; dan

    6. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yangbersesuaian.

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 47

    menjalani kehidupan seharian. Perbincangan difokuskan kepada akhlak dan adab, adab dalam kehidupan harian iaitu hubungan adab dan fitrah manusia serta peranan rasul terhadap peradaban manusia. Topik ini juga membincangkan adab dalam kehidupan harian iaitu adab makan dan minum, adab tidur dan bangun tidur serta adab mandi dan bersugi.

    AKHLAK ATAU ADAB

    Adab merupakan satu tatacara atau garis panduan melakukan sesuatu. Sekiranya adab ini sentiasa diamalkan, ia akan menjadi satu kebiasaan. Adab yang digariskan oleh agama Islam perlulah diikuti dan diamalkan oleh setiap penganutnya supaya segala perlakuan atau amalan seharian kita betul mengikut lunas agama serta menjadi satu ibadah yang mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Islam telah menetapkan adab dalam kehidupan seharian yang perlu diikuti. Dalam topik ini kita akan menyentuh adab mulia dari segi makan dan minum, tidur dan bangun tidur serta adab mandi dan bersugi.

    ADAB DALAM KEHIDUPAN HARIAN

    Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang adab dalam kehidupan seharian kita. Apakah yang dimaksudkan dengan adab? Pengertian adab boleh dilihat dari sudut bahasa dan juga istilah seperti dalam Jadual 2.1.

    Jadual 2.1: Pengertian Adab

    Bahasa Adab menurut bahasa bermaksud tingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan.

    Istilah Dari sudut istilah pula, adab Islam adalah merupakan himpunan panduan hidup yang disusun berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. melalui al-Quran dan sunnah serta seharusnya dipatuhi. Sebagai contoh, adab tidur, makan, menuntut ilmu, berjiran dan seumpamanya.

    Adab Islam meliputi semua aspek kehidupan, iaitu dari tikar sembahyang hinggalah ke pintu tandas. Tidak terdapat agama lain yang mempunyai keterperincian hidup sebagaimana terperincinya ajaran Islam. Justeru itu, agama Islam dikenali sebagai satu cara hidup. Adab tersebut pada hakikat sebenarnya adalah merupakan petunjuk Allah s.w.t. kepada makhluk ciptaan-Nya. Dengan mengikuti petunjuk Allah, manusia akan mencapai nikmat hidup yang tinggi. Kerana itulah Allah s.w.t. berfirman:

    2.2

    2.1

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 48

    Maksudnya:

    Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

    (Surah al-Maidah 5:3)

    2.2.1 Hubungan Adab dan Fitrah Manusia

    Sebagai agama yang syumul, Islam bukan sahaja memberi fokus terhadap aspek kepercayaan, amalan dan ibadah, bahkan turut menyusun atur tindak tanduk dan perwatakan manusia sesuai dengan tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Islam meletakkan pelbagai panduan atau adab yang perlu diikuti oleh umat manusia. Adab tersebut adalah untuk menjaga kesejahteraan dan kesempurnaan nikmat Allah terhadap umat manusia. Sekiranya manusia melanggar adab dan panduan yang digariskan oleh Islam, pastinya mereka akan berhadapan dengan masalah, kesempitan dan kepincangan hidup. Sebagai contoh, umpamakan diri anda adalah sebuah kereta yang dikeluarkan oleh kilang tertentu. Syarikat yang mengeluarkan kereta tersebut menyediakan panduan atau manual penjagaan dan pengendalian kereta tersebut. Ditetapkan kadar kekerapan penyelenggaraan, penggunaan minyak, kelajuan, muatan dan bebanan yang munasabah, tahap isian angin di dalam tayar kereta dan sebagainya. Setiap peraturan dan panduan yang diberikan mempunyai kepentingan tertentu. Semua panduan tersebut perlu dipatuhi bagi menjaga kestabilan dan keselamatan penggunaan kereta tersebut serta mengelakkan semua bentuk bahaya yang boleh mengancam pihak lain. Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, pasti akan menjejaskan keberkesanan dan ketahanan kereta tersebut, bahkan boleh membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Pihak syarikat pengeluar yang bertanggungjawab mereka cipta kereta tersebut lebih mengetahui kelemahan dan keperluan kereta tersebut berbanding pengguna kereta itu sendiri. Sekiranya pengguna kereta mengikuti panduan yang diberikan oleh pengeluar kereta tersebut, pasti ia dapat meminimumkan kemungkinan berlaku kerosakan dan masalah yang dijangkakan berlaku.

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 49

    Sebagai pengguna kereta, kita seharusnya mematuhi semua panduan yang diberikan sekalipun tidak mengetahui kepentingan panduan tersebut. Begitu juga halnya dengan manusia yang dicipta oleh Allah. Setiap adab dan peraturan yang digariskan oleh syarak adalah untuk faedah dan kebaikan manusia sendiri. Allah sebagai pencipta manusia tahu tentang kelemahan dan keperluan manusia untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Dengan mengikut adab dan panduan syarak, manusia akan terselamat daripada bala bencana dan ancaman yang boleh menjejaskan kebahagiaan hidup manusia. Bukan sahaja untuk keselamatan hidup di dunia, malah juga memastikan keselamatan hidup di akhirat kelak. Kebiasaannya manusia ingkar dengan perintah Allah kerana tidak menyedari kepentingan dan faedah daripada adab yang digariskan oleh syarak. Kerana itu, sesiapa yang melanggar peraturan Allah s.w.t. akan menghadapi kehidupan yang sempit dan sukar walaupun pada zahirnya nampak senang dan bahagia. Ianya bertepatan dengan janji Allah di dalam al-Quran, firman-Nya:

    Maksudnya:

    Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

    (Surah Taha 20: 124) Manusia pasti terselamat daripada kesempitan hidup sekiranya menerima dan mengamalkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah, sekalipun tidak tahu tentang hikmah dan kepentingannya. Sesungguhnya manusia dijadikan dalam fitrah asal ciptaannya. Persekitaran yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga, jiran dan masyarakat berperanan mempengaruhi pembentukan keperibadian, akhlak bahkan akidahnya juga. Sehubungan itu, petunjuk hidayah Allah dapat mengembalikan manusia kepada fitrah asal penciptaannya. Kesukaran dan kesempitan hidup yang ditanggung oleh manusia adalah implikasi daripada kepincangan fitrah manusia.

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 50

    2.2.2 Peranan Rasul Terhadap Peradaban Manusia

    Allah s.w.t. dengan kebijaksanaan-Nya mengutus para rasul untuk menyampaikan hidayah Islam yang meliputi aspek akidah, syariat dan akhlak kepada umat manusia. Rasulullah s.a.w. sendiri di samping menyampaikan risalah tauhid, juga mempunyai misi khas, iaitu untuk meninggi dan melengkapkan akhlak (peradaban) manusia. Sehubungan itu diriwayatkan melalui sebuah hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Maksudnya:

    Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sehubungan itu, sewajarnya umat Islam mendalami dan menghayati adab dan akhlak Islam yang ditonjolkan oleh keperibadian Rasulullah s.a.w. di sepanjang hayat Baginda. Aisyah r.a. apabila ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah, beliau menjawab: Akhlak Baginda s.a.w adalah akhlak al-Quran. Justeru, sudah memadai bagi umat Islam untuk meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, ikutan, idola dan teladan yang baik bagi umat manusia. Al- Quran telah merakamkan pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w. melalui firman-Nya:

    Maksudnya:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

    (Surah al-Ahzab 33:21)

    1. Bincangkan bagaimana adab berperanan dalam mengembalikanfitrah manusia.

    2. Apakah kaitan antara para Rasul dengan adab?

    AKTIVITI 2.1

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 51

    ADAB MAKAN DAN MINUM

    Makanan dan minuman merupakan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Dalam masalah makan dan minum, Rasulullah s.a.w. telah memberikan batasan yang jelas, yang mana antaranya makanan yang akan kita makan mestilah baik, halal, bersih dan terhindar dari hal yang haram. Berikut adalah contoh makanan atau minuman yang haram dan mesti dihindari:

    (a) Najis atau haram, contohnya darah yang mengalir, daging babi dan lain-lain;

    (b) Mutanajjis - contohnya, mentega yang terkena bangkai tikus;

    (c) Membahayakan, contohnya, racun tanah, debu, arang, asap yang dapat membahayakan diri seseorang;

    (d) Memabukkan, contoh arak, ganja dan semua yang sejenis dengan keduanya;

    (e) Hak milik orang lain, contohnya makanan yang diperolehi dengan cara mencuri;

    (f) Haiwan yang diharamkan iaitu anjing, babi, binatang dua alam dan binatang beracun; dan

    (g) Rezeki yang diperolehnya perlu melalui jalan haram seperti melakukan pekerjaan mencuri, merompak, menipu orang dan lain-lain.

    Islam adalah agama yang amat menitikberatkan perlakuan yang sopan. Oleh itu dalam menjamu selera, Islam juga menggariskan adab yang perlu diikuti oleh setiap muslim supaya sahsiah kita sentiasa dijaga sepanjang masa. Rasulullah s.a.w. menjelaskan adab yang perlu diikuti sebelum, semasa dan selepas makan dan minum. Sebelum makan dan minum, kita hendaklah berpakaian bersih. Kebersihan dituntut dalam Islam termasuk dari segi pakaian. Cuba kita bayangkan sekiranya seseorang yang memakai pakaian yang kotor makan bersama-sama, tentulah akan menimbulkan perasaan jijik dan kurang berselera untuk menjamu hidangan.

    2.3

    Kita hendaklah sentiasa menjaga pemakanan supaya halal danseimbang. Jelaskan ciri-ciri makanan yang haram di sisi Allah.

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 52

    Membasuh tangan sebelum makan adalah penting bertujuan agar bersih dari kotoran setelah bekerja dan terhindar dari penyakit yang berasal dari kotoran yang melekat pada tangan. Selepas itu duduklah menghadap hidangan dengan tertib. Cara duduk Rasulullah s.a.w. digambarkan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Basyir yang bermaksud:

    Mungkin Rasulullah s.a.w. duduk berlutut pada ketika makan dan duduk di atas kedua kakinya dan mungkin menegakkan kaki kanannya dan duduk di atas kaki kirinya.

    (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Seterusnya membaca Bismillah sebagaimana Abu Umamah r.a. menceritakan:

    !" #$ %" &'( )*" + +, -./0 )*)234 5*(Segala pujian yang banyak, yang tulus penuh barakah bagi Allah, dalam keadaan kami yang masih mengharapkan rezeki yang berterusan dan ia bukanlah rezeki terakhir bagi kami dan kami sangat mengharapkannya, wahai Tuhan kami.

    Selepas membaca Bismillah hendaklah membaca doa makan iaitu:

    +4 78, +9* +/9: +4 ;

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 53

    Rajah 2.1 di bawah menunjukkan ringkasan adab sebelum makan.

    Rajah 2.1: Adab sebelum makan

    Sumber: http://cikgudieba.blogspot.com/2012/02/adab-adab-makan.html Semasa makan dan minum kita hendaklah makan menggunakan tangan kanan. Sebuah hadis dari Salamah bin al-Aku r.a. menceritakan:

    Ada seorang lelaki makan di hadapan Rasulullah s.a.w. dengan menggunakan tangan kirinya, kemudian Baginda bersabda: Makanlah dengan tangan kananmu! Orang itu menjawab: Aku tidak boleh. Rasulullah s.a.w. berkata: Tidak mampukah kamu. Yang menghalangi tidak lain adalah kesombongan. Seketika itu juga orang tadi tidak dapat menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

    (Hadis Riwayat Muslim) Sekiranya makanan masih panas, maka tunggulah sampai sejuk sedikit sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadisnya yang bermaksud:

    Janganlah kamu makan makanan dalam keadaan panas dan jangan ditiup.

    (Hadis Riwayat Ibn Adiy) Kita dilarang memakan makanan yang masih panas kerana boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan meniup makanan menyebabkan kuman disebarkan kepada makanan tersebut. Bila memulakan mengambil makanan hendaklah mengambil makanan yang paling hampir dengan kita kemudian

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 54

    barulah berubah kepada hidangan lain. Umar bin Abi Salamah menceritakan bahawa pernah Baginda Rasulullah s.a.w. memerintahkan melalui sabdanya yang bermaksud:

    Wahai anak muda, bacalah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada dekatmu.

    (Hadis Riwayat Muttafaqun alaih) Semasa makan atau minum, makanlah dengan tenang dan tidak gelojoh serta elakkan makan hingga terlalu kenyang. Walaupun kadangkala makanan yang dihidangkan tidak menepati selera kita, elakkan daripada mencela makanan kerana semua itu adalah rezeki dari Allah. Makanlah dalam keadaan tenang, kurangkan berbual semasa makan tetapi sekiranya berbual hendaklah perbualan tersebut berkisar kepada perkara yang berfaedah dan bertujuan mengeratkan silaturrahim. Rajah 2.2 di bawah menunjukkan ringkasan adab ketika makan.

    Rajah 2.2: Adab ketika makan

    Sumber: http://cikgudieba.blogspot.com/2012/02/adab-adab-makan.html

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 55

    Selepas selesai makan bersihkan makanan yang melekat pada jari dan sisa makanan pada pinggan. Hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    Apabila salah seorang antara kamu makan, maka hendaklah dia menjilat jarinya kerana dia tidak mengetahui pada makanannya yang mana terdapat berkat.

    Setelah sisa makanan dibersihkan barulah kita membasuh tangan dengan bersih. Sebagaimana disunatkan berdoa sebelum makan hendaklah membaca doa selepas makan supaya rezeki yang kita dapat diberkati oleh Allah. Berikut adalah lafaz doa selepas makan:

    ! >=0? @ +=A* BCD* +E F84 Maksudnya:

    Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami dari kalangan orang Muslimin.

    Rajah 2.3 di bawah menunjukkan ringkasan adab selepas makan.

    Rajah 2.3: Adab selepas makan

    Sumber: http://cikgudieba.blogspot.com/2012/02/adab-adab-makan.html Adakah anda tahu faedah sekiranya kita mengamalkan adab makan dan minum seperti yang dijelaskan sebelum ini? Terdapat banyak kelebihan sekiranya setiap Muslim mengamalkan adab makan dan minum. Salah satu kelebihannya ialah sentiasa dalam keadaan beradab akan melatih sikap disiplin dalam segala perbuatan. Makan mengikut masa serta tidak terlalu kenyang atau tidak gelojoh akan menyebabkan sistem penghadaman

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 56

    teratur dan serterusnya menyihatkan tubuh badan. Kelebihan utama ialah apabila kita sentiasa ikhlas mengikut adab yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. bermakna kita mengamalkan sunnah Baginda. Sesiapa yang mengamalkan sunnah rasul akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

    ADAB TIDUR DAN BANGUN TIDUR

    Tidur adalah satu cara untuk merehatkan fizikal kita setelah berpenat lelah pada siang hari. Ianya boleh menjadi ibadah kepada kita jika kita mengikut adabnya. Seseorang Muslim juga disunatkan untuk bangun tidur pada awal pagi, sebaik-baiknya sebelum terbit fajar dan segera bersiap untuk menunaikan solat Subuh. Untuk menjadikan tidur anda sebagai masa untuk berehat dengan sebenar-benarnya, anda dianjurkan supaya mengamalkan adab tidur sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam. Sebelum tidur seelok-eloknya kita mencuci kedua-dua kaki supaya kotoran yang melekat dapat dibersihkan. Selepas itu disunatkan berwuduk kerana tidur merupakan satu kematian sementara kerana pada waktu itu roh akan keluar dari jasad. Sekiranya kita mati maka mati kita dalam keadaan berwuduk. Pastikan sebelum tidur kita tidak mengambil makanan berat kerana tidak elok tidur dalam keadaan terlalu kenyang. Pakaian tidur juga perlu sesuai. Pakai pakaian yang longgar dan kemas. Sebaik-baiknya tidur berbaring di atas rusuk kanan kerana mengingati semasa kematian kita juga dibaringkan dalam liang lahad di atas rusuk kanan seperti dalam Rajah 2.4.

    Rajah 2.4: Contoh adab tidur

    2.4

    Senaraikan lima adab sebelum dan semasa makan.

    SEMAK KENDIRI 2.2

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 57

    Sebelum melelapkan mata baca doa sebelum tidur dengan lafaz seperti dalam Rajah 2.5.

    Rajah 2.5: Lafaz doa sebelum tidur

    Selepas membaca doa berniatlah di dalam hati untuk melakukan kebaikan apabila bangun dari tidur. Pada masa yang sama amalkan zikir bagi mengingati Allah sehingga terlelap. Apabila sedar dari tidur ingatlah kepada Allah dan berdoalah sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya kerana menghidupkan kita semula dan dapat meneruskan hari baru. Lafaz doa seperti dalam Rajah 2.6.

    Rajah 2.6: Lafaz doa bangun tidur

    Pada awal pagi tanamkan azam untuk menjadi seorang yang baik akhlaknya dan akan melakukan perbuatan yang mulia dan terpuji. Selepas bangun dari katil bersegera mengemas tempat tidur dan tidak meninggalkan katil kita berselerakan kerana akhlak seseorang dapat dilihat melalui perlakuannya.

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 58

    Setelah selesai mengemas, bersiaplah pergi ke bilik air untuk membersihkan badan bagi mengerjakan solat.

    Apabila kita beramal dengan adab baik sebelum tidur dan selepas bangun tidur maka kita akan merasai kebaikan pada diri kita sendiri khususnya serta mendatangkan kegembiraan kepada orang lain. Amalan adab mulia ini akan menjadikan kita seorang yang berdisiplin dan pembersih. Kebersihan ini meliputi kebersihan diri kerana kita membasuh kaki sebelum tidur, keselesaan badan dengan memakai pakaian tidur yang sesuai serta disiplin diri dengan mengemas tempat tidur setiap hari dan bangun awal dalam keadaan sihat. Tidur yang menepati cara yang dianjurkan dapat memberi kerehatan yang sebenar kepada fizikal, mental dan rohani kita. Dari segi mental, otak kita dapat berehat dengan sempurna kerana sebelum tidur kita tidak memikirkan masalah dunia, hanya mengingati Allah semata-mata. Fizikal pula sihat kerana keadaan tidur yang selesa dan tenang. Amalan seperti berwuduk sebelum tidur, berzikir memberi ketenangan kepada jiwa.

    ADAB MANDI DAN BERSUGI

    Umat Islam sentiasa dinasihatkan agar menjaga kebersihan diri supaya mencegah diri dari kuman, penyakit serta kekotoran yang menjijikkan. Kebersihan amat dititikberatkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Kebersihan itu separuh dari iman.

    2.5

    Senaraikan tiga perkara yang menjadi amalan anda sebelum tidur danselepas bangun tidur.

    AKTIVITI 2.3

    Tuliskan beberapa kelebihan beramal dengan adab tidur dan banguntidur.

    SEMAK KENDIRI 2.3

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 59

    Mandi dan bersugi termasuk dalam perlakuan yang membawa kepada tubuh badan yang sihat. Mandi penting untuk membersih dan menyegarkan diri manakala bersugi penting untuk menjaga gigi supaya bersih dan tidak mudah rosak. Islam juga menggariskan adab yang perlu diamalkan semasa mandi dan bersugi. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    GH4 I +, J(04 KL M #=, NOE PE ) (4

    Adab bersugi telah digariskan oleh Islam bertujuan untuk menjaga kebersihan gigi khususnya. Bersihkan gigi dahulu dengan kayu siwak atau berus gigi, kemudian berkumur dan menyedut sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya. Semasa menggosok gigi pegang berus gigi menggunakan tangan kanan dan gosok perlahan-lahan supaya tidak berlaku kecederaan pada gusi. Pastikan kita memiliki dan menggunakan berus gigi sendiri. Berkongsi berus gigi sangat perlu dielakkan kerana tidak terjamin kebersihan dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit tertentu. Selepas menggosok gigi pastikan berkumur dan menyimpan berus gigi di tempat yang sesuai dan selamat dari kekotoran. Untuk menjaga kebersihan badan, kita perlu mandi dua atau tiga kali sehari. Mandi bukan setakat mencurah air ke badan tetapi memastikan kekotoran seperti daki dibersihkan. Sebelum mandi disunatkan memulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Kita hendaklah mandi di tempat yang tertutup untuk menjaga aurat kita. Pastikan tidak mandi bertelanjang. Kita haruslah memakai kain basahan walaupun kita berada dalam bilik air yang tertutup rapat. Malaikat tidak akan mendekati orang yang mandi bertelanjang. Semasa mandi, cuci dan buang segala kotoran yang terdapat pada badan dan meratakan air bersih ke seluruh badan. Gunakan wangian seperti sabun untuk mengharumkan badan. Semasa sedang mandi, elakkan menyanyi-nyanyi dan bercakap. Selesai mandi berwuduklah untuk menandakan bahawa kita telah yakin bersih dan sememangnya disunatkan kita berwuduk setiap masa.

    Anda tentu biasa mendengar hadis ini. Cuba berikan maksud hadis tersebut secara ringkas dan kaitkan dengan kepentingan bersugi.

    AKTIVITI 2.4

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 60

    Rajah 2.7: Contoh adab mandi dan bersugi

    Bersugi dan mandi penting kerana ianya satu latihan ke arah mendisiplinkan diri supaya sentiasa menjaga kebersihan (lihat Rajah 2.7). Selain itu, mandi bertujuan menyegarkan badan dan menjaga badan supaya terhindar dari penyakit.

    CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Rajah 2.8 menunjukkan kaedah yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini.

    Rajah 2.8: Kaedah pengajaran dan pembelajaran Topik 2

    Jadual 2.2 menerangkan secara ringkas kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi Topik ini. Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijelaskan.

    2.6

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 61

    Jadual 2.2: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Topik Adab di dalam Kehidupan Harian I

    Kaedah Huraian

    Penerangan Konsep adab: Guru menerangkan pengertian dan konsep adab

    Pelajar diminta mengenal pasti beberapa adab Islam yang diamalkan seharian

    Guru menjelaskan hubungan adab dan fitrah manusia

    Guru menghuraikan peranan Rasul terhadap peradaban manusia

    Guru membacakan dalil al-Quran tentang keindahan akhlak Rasulullah sebagai model ikutan dan menerangkan pengertiannya

    Guru mengaitkan hubungan ayat tersebut dengan akhlak dan adab Islamiah

    Adab makan dan minum:

    Guru memberi penerangan berkaitan adab memilih makanan iaitu menjelaskan kepada pelajar tentang makanan yang halal dimakan dan makanan haram dimakan

    Guru meminta pelajar memberi beberapa contoh makanan yang halal dan haram

    Semasa soal jawab dengan pelajar, guru menunjukkan beberapa gambar makanan yang berkaitan menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar foto, slaid atau paparan power point.

    Adab tidur dan bangun tidur:

    Guru menerangkan kebaikan dan kelebihan adab tidur dan bangun tidur

    Guru menerangkan maksud doa tidur dan bangun tidur Adab mandi dan bersugi:

    Guru menjelaskan maksud bersugi sebagaimana yang dituntut oleh Islam

    Guru memaparkan hadis Rasulullah tentang suruhan supaya sentiasa bersugi pada kertas sebak dan meminta seorang murid membaca hadis tersebut

    Guru memberi penerangan ringkas tentang maksud hadis tersebut

    Guru menjelaskan adab bersugi dan minta supaya murid

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 62

    mengamalkan adab tersebut

    Guru menyoal beberapa orang murid untuk mendapat maklum balas tentang kefahaman mereka

    Simulasi (Tunjuk cara)

    Konsep adab:

    Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil (tiga atau empat orang)

    Setiap kumpulan diberikan beberapa keping gambar kereta

    Pelajar diminta mengenal pasti ciri khusus sebuah kereta dari sudut, muatan, bahan bakar, kelajuan dan penjagaan rutin

    Pelajar diminta menjelaskan akibat daripada penggunaan kereta yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan

    Pelajar diminta mengaitkan keadaan manusia dengan adab kehidupan dan juga fitrah

    Guru perlu berperanan sebagai fasilitator yang bertindak membimbing pelajar

    Adab makan dan minum:

    Guru meminta lima orang pelajar untuk melakonkan watak ahli keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, nenek, abang, kakak dan seorang adik

    Guru menerangkan lakonan mereka berdasarkan situasi sedang menjamu hidangan dan lakonan bertumpu kepada perbuatan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas makan

    Pelajar lain diminta memberi perhatian terhadap lakonan tersebut dan mencatatkan perlakuan beradab dan tidak beradab yang ditunjukan oleh pelakon tersebut

    Guru membuat pemantauan semasa aktiviti sedang berjalan Adab tidur dan bangun tidur:

    Guru meminta seorang pelajar ke hadapan untuk menunjuk cara tidur sambil berbaring di atas rusuk kanan

    Guru membimbing dan membetulkan kesalahan pelajar

    Selepas itu guru meminta dua orang pelajar lagi menunjukkan cara tidur sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka

    Adab mandi dan bersugi:

    Dua orang pelajar diminta ke hadapan kelas

    Seorang membuat simulasi adab bersugi dan seorang lagi membuat simulasi amalan beliau semasa mandi

    Guru meminta pelajar lain memberi perhatian

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 63

    Perbincangan (Sumbangsaran)

    Konsep adab:

    Guru menjelaskan beberapa model ikutan remaja yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islamiah

    Pelajar diminta mengenal pasti ciri-ciri yang bercanggah dengan akhlak dan adab Islam

    Adab makan dan minum:

    Guru berbincang bersama pelajar tentang lakonan yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

    Beberapa orang pelajar diminta memberikan pendapat mereka

    Guru mencatatkan jawapan pelajar pada papan hitam

    Guru merumuskan jawapan pelajar dan menerangkan adab yang perlu diamalkan sebelum, semasa dan selepas makan dan minum

    Guru mempamerkan fakta tersebut yang tercatat sama ada pada kertas sebak atau papan gulung atau menggunakan LCD

    Adab tidur dan bangun tidur:

    Guru mengemukakan soalan kepada pelajar berkaitan amalan sewaktu hendak tidur dan sewaktu bangun dari tidur

    Pelajar diminta memberi idea mereka tentang amalan seharian mereka berkaitan dengan tidur dan bangun tidur

    Guru mencatatkan jawapan pelajar pada papan hitam

    Guru merumuskan jawapan pelajar

    Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar supaya melekatkan kad jawapan (kad manila) pada papan hitam

    Semua pelajar diminta membaca fakta pada kad manila itu bersama-sama

    Adab mandi dan bersugi:

    Berdasarkan simulasi amalan mandi yang ditunjukkan oleh seorang pelajar, guru meminta sumbangsaran daripada rakannya tentang perlakuan tadi

    Guru menyoal pelajar tentang adab mandi berasaskan pengetahuan sedia ada mereka

    Guru mengulas jawapan pelajar dan memaparkan gambar berserta pernyataan adab mandi melalui LCD

    Pelajar diminta mengulang kembali adab yang perlu diamalkan semasa mandi

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 64

    Latih tubi Konsep adab: Guru meminta beberapa orang pelajar mengulang semula

    pengertian adab

    Guru meminta lima orang pelajar membaca ayat al-Quran berserta maksudnya iaitu Surah al-Ahzab, ayat 21

    Adab makan dan minum:

    Guru meminta pelajar menyenaraikan lima adab yang perlu diikuti ketika makan dan minum

    Semua pelajar diminta menghafal doa sebelum makan dan selepas makan

    Guru mendengar setiap orang pelajar membaca doa sebelum makan dan selepas makan

    Adab tidur dan bangun tidur:

    Guru memaparkan doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur menggunakan paparan LCD atau kertas manila

    Guru membaca lafaz doa tersebut sebanyak dua kali dan pelajar diminta mendengar dengan teliti

    Guru meminta pelajar membaca lafaz doa tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu

    Pelajar diberi latih tubi membaca doa tersebut sehingga bacaan mereka betul dan fasih

    Guru meminta beberapa orang pelajar memperdengarkan bacaan doa tidur dan doa bangun tidur di hadapan kelas

    Adab mandi dan bersugi:

    Pelajar diminta menyenaraikan lima adab mandi dan bersugi yang betul

    Dalam bahagian yang terakhir ini, kita telah meneliti cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu terikat dengan kaedah yang disediakan tersebut kerana ia hanyalah satu cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi mana-mana kaedah lain yang sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut objektif pengajaran, kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan tahap kebolehan serta kemampuan murid anda. Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan di atas hanyalah merupakan contoh semata-mata. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dengan melakukan tokok tambah mengikut kesesuaian dalam situasi sebenar. Namun begitu, rancanglah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 65

    menarik dan menyeronokkan. Pastikan pelajar terlibat sepenuhnya di dalam kelas. Pilih kaedah dan teknik yang sesuai dengan topik dan kemahiran yang hendak diajar. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada buku pedagogi berkaitan.

    Adab merupakan anugerah Allah untuk menjaga kesejahteraan dan kesempurnaan nikmat Allah terhadap umat manusia. Melanggar adab dan panduan yang digariskan oleh Islam akan mengundang masalah, kesempitan dan kepincangan hidup.

    Setiap adab dan peraturan yang digariskan oleh syarak adalah untuk faedah

    dan kebaikan manusia sendiri. Allah sebagai pencipta manusia tahu tentang kelemahan dan keperluan manusia untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

    Rasulullah s.a.w. berperanan sebagai contoh, ikutan, idola dan teladan yang

    baik bagi umat manusia. Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini diberikan akal fikiran dan

    hawa nafsu. Namun, hawa nafsu manusia lebih cenderung kepada kejahatan dan perlu dibendung.

    Islam sebagai agama yang sempurna telah mengatur adab tertentu dalam

    soal makan dan minum, tidur dan bangun tidur serta mandi dan bersugi. Menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.

    Adab

    Akhlak

    Bersugi

    Fitrah

    Hidayah

    Mahmudah

    Rohani

    Sunnah

  • TOPIK 2 ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 66

    Al-Quran al-Karim. Rasm Uthmani.

    Abu Bakr Jabir al-Jazairi. (1996). Pedoman hidup Muslim. (Terj). Kuala Lumpur, Malaysia: Victory Agency.

    Abu Hassan Din al-Hafiz. (1995). Islam dan anda. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Al-Bukhari, Abi Abdillah Muhammad Ismail Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr: Mustafa al-Babiyy wa Awladuhu.

    Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam Islam. (Terj). Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). KBSM: Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.

    Ghazali Sharif, Husaimi Uthman, & Usrati Mahdi (pnys). (2007). Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Muslim Hajjaj. (t.th). Sahih Muslim. Beirut, Lubnan: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi.