kajian mengenai penggunaan kemahiran berfikir … · kalkulus dan pembezaan 17 2.5 kepentingan...

23

Upload: trinhdan

Post on 14-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik
Page 2: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik
Page 3: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM

TAJUK PEMBEZAAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

LIMA

NURUL EMAZAH BINTI RAMLI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

Page 4: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik
Page 5: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat keluargaku

Ayah~ Ramli bin Musa

Mak~ Anisah binti Ismail

Along~ Nurul Ernie

Achik~ Nurul ‘Iffah Wadiah

Ateh~ Nurul Syamimi

Ade~Nurul Afina

Abang~ Ahmad Fathu Rahman

Adik~ Nurul Alleya Irdina

Terima kasih kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan.

Doa kalian sentiasa mengiringi kejayaan Angah.

Page 6: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahhim…

Segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana

dilimpahi taufiq nur hidayah-Nya, penulisan ini berjaya disiapkan. Penulis ingin

mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada

semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah

pembimbing bagi projek ini, Prof. Madya Md. Nor Bakar di atas kesudian memberi

tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan menyumbang idea sepanjang projek ini disiapkan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia, pengetua, guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam

projek ini. Alhamdulillah, Projek Sarjana Muda ini disiapkan juga akhirnya dengan

kerjasama anda semua. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan membalas segala jasa

baik anda.

Page 7: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

v

ABSTRAK

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen

yang penting dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, penguasaan kemahiran

berfikir ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pemikiran pelajar kepada lebih

bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Maka kajian ini dijalankan bertujuan

untuk mengenalpasti komponen-komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) yang telah diterapkan dalam tajuk Pembezaan serta penguasaannya

dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga instrumen yang digunakan dalam kajian iaitu

instrumen Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) yang dijalankan dalam

aspek soalan latihan, set soal selidik yang diedarkan kepada 67 orang pelajar tingkatan

lima dan temubual yang dilakukan kepada 6 orang pelajar dalam kalangannya. Data

dianalisis menggunakan perisisan SPSS untuk mencari kekerapan, peratus dan nilai

purata. Hasil kajian mendapati komponen menilai paling kerap diterapkan dalam aspek

soalan latihan dalam tajuk Pembezaan. Manakala terdapat lima komponen yang tidak

langsung diterapkan iaitu menyusun mengikut keutamaan, membuat inferens, meramal,

membuat hipotesis dan mengitlak. Kajian juga mendapati pelajar paling menguasai

komponen mengumpul dan mengelas manakala pelajar paling tidak menguasai

komponen mereka cipta. Secara keseluruhannya didapati penguasaan KBKK pelajar

dalam tajuk Pembezaan berada pada tahap lemah. Bagi meningkatkan tahap penguasaan

pelajar terhadap KBKK, satu contoh rancangan pengajaran bagi tajuk Pembezaan

dikemukakan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan.

Page 8: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

vi

ABSTRACT

Critical and Creative Thinking Skill (CCTS) is an important element in our

educational system. Hence the mastery in Critical and Creative Thinking is expected to

enhance student’s abilities to be more innovative, imaginative and creative. Therefore,

this study was conducted to identify CCTS’s components that had been infused in

Differentiation topic and it mastery levels among students. The research instruments

used in this study are Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) in question and

exercises aspect, questionnaires that had been distributed to 67 form five students and

the interview towards 6 students among them. Raw data were analyzed using SPSS

software to obtain frequencies, percentages and means. The result shows that the

evaluating component is most often used in Differentiation topic. While there are five

components that were never used such as prioritizing, making inferences, predicting,

making hypotheses and making genaralisations. The result also shows that students

master excellently in grouping and classifying while the least mastery in modifying

component. In general, the result of this research shows that the mastery level in CCTS

among students is at a very low level. In order to enhance the mastery level among

students towards CCTS, a lesson plan which incorporates the thinking skills is

introduced as a reference to Additional Mathematics’ teachers.

Page 9: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1-11

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah/Operasi

1.7.1 Penguasaan 7

1.7.2 Kemahiran Berfikir 8

1.7.3 Mengumpul Dan Mengelas 8

Page 10: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

viii

1.7.4 Menganalisis 8

1.7.5 Menilai 9

1.7.6 Membuat Kesimpulan 9

1.7.7 Menghubung Kaitkan 9

1.7.8 Mensintesis 9

1.7.9 Mengitlak 10

1.7.10 Membuat Gambaran Mental 10

1.7.11 Mereka Cipta 10

1.7.12 Membuat urutan 10

1.7.13 Menjana idea 11

1.7.14 Pelajar 11

1.8 Penutup 11

2 SOROTAN LITERATUR 12-29

2.0 Pendahuluan 12

2.1 Kerangka Kajian 13

2.2 Pendidikan Matematik Masa Kini 14

2.3 Matematik Tambahan, Kalkulus

Dan Pembezaan 16

2.4 Kesukaran Pelajar Dalam Bidang

Kalkulus Dan Pembezaan 17

2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20

2.6 Berfikir 21

2.7 Definisi Berfikir 21

2.8 Jenis-jenis Pemikiran 22

2.9 Model Kemahiran Berfikir 23

2.9.1 Model CoRT 1 Dan CoRT 4 24

2.9.2 Model KWHL 24

Page 11: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

ix

2.9.2. Model R. Swarts Dan Sandra Parks 25

2.9.3 Model PILTS 26

2.9.4 Model Kemahiran Berfikir

Pusat Perkembangan Kurikulum

(PPK) 27

2.10 Kepentingan Kemahiran Berfikir 28

2.11 Penutup 29

3 METODOLOGI 30-47

3.0 Pendahuluan 30

3.1 Rekabentuk 30

3.2 Tempat/Lokasi Kajian 31

3.3 Sampel Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Instrumen Analisis Penggunaan

Komponen KB 33

3.4.2 Set Soal Selidik Ujian Bertulis 33

3.4.2.1 Bahagian A 33

3.4.2.2 Bahagian B 34

3.4.3 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kritis 36

3.4.4 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kreatif 38

3.4.5 Temu bual 40

3.5 Prosedur Kajian 42

3.6 Kajian Rintis 43

3.7 Analisis Data 44

3.7.1 Kuantitatif 44

3.7.2 Kualitatif 45

3.8 Jangkamasa 46

Page 12: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

x

3.9 Penutup 47

4 ANALISIS DATA 48-82

4.0 Pendahuluan 48

4.1 Analisis Data 48

4.1.1 Analisis Buku Teks 48

4.1.1.1 Komponen Kemahiran

Berfikir Kritis dan Kreatif 49

4.1.1.2 Komponen Kemahiran

Berfikir Kritis 54

4.1.1.3 Komponen Kemahiran

Berfikir Kreatif 55

4.1.2 Kajian Rintis 56

4.1.3 Analisis Penguasaan

Kemahiran Berfikir 58

4.1.3.1 Latar Belakang Responden 58

4.1.3.2 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Keseluruhan Item 59

4.1.3.3 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 1 62

4.1.3.4 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 2 64

4.1.3.5 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 3 65

4.1.3.6 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 4 66

4.1.3.7 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 5 67

4.1.3.8 Tahap Penguasaan KBKK

Page 13: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

xi

Untuk Item 6 68

4.1.3.9 Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 7 70

4.1.3.10Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 8 72

4.1.3.11Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 9 73

4.1.3.12Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 10 74

4.1.3.13Tahap Penguasaan KBKK

Untuk Item 11 75

4.1.3.14Purata Markah Pencapaian 76

4.14 Analisis Temu bual 78

4.2 Penutup 82

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 83-87

5.0 Pendahuluan 83

5.1 Rumusan 83

5.2 Implikasi Kajian 85

5.3 Cadangan 85

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.5 Penutup 87

RUJUKAN 88-95

LAMPIRAN 96-131

Page 14: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan sampel yang digunakan dalam kajian 32

3.2 Taburan item soal selidik mengikut objektif huraian

Sukatan pelajaran 34

3.3 Taburan item soal selidik mengikut KBKK 35

3.4 Petunjuk KB kritis yang terlibat dalam kajian 36

3.5 Petunjuk KB kreatif yang terlibat dalam kajian 38

3.6 Taburan item temu bual mengikut aspek 41

3.7 Jadual spesifikasi tahap penguasaan pelajar dalam

Komponen KB 45

3.8 Jangka masa pelaksanaan kajian 46

4.1 Instrumen analisis penggunaan KB bagi setiap sub-topik 50

4.2 Jadual analisis kajian rintis 57

4.3 Latar belakang responden 58

4.4 Peratus tahap penguasaan KBKK

untuk keseluruhan item 60

4.18 Markah pencapaian responden dalam

set soal selidik ujian bertulis 77

Page 15: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kerangka kajian 13

2.2 Model Kemahiran Berfikir 27

3.1 Prosedur-prosedur kajian 42

4.1 Bilangan komponen KB yang diterapkan

dalam soalan latihan 51

4.2 Peratus kekerapan komponen KB yang diterapkan

dalam soalan latihan mengikut kritis dan kreatif 52

4.3 Peratus kekerapan komponen KB kritis

yang diterapkan dalam soalan latihan 54

4.4 Peratus kekerapan komponen KB kreatif

yang diterapkan dalam soalan latihan 55

4.5 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk

Keseluruhan Item 61

4.6 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 1 62

4.7 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 2 64

4.8 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 3 65

4.9 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 4 66

4.10 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 5 67

4.11 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 6 68

4.12 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 7 70

4.13 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 8 72

4.14 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 9 73

4.15 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 10 74

4.16 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 11 75

4.17 Peratus tahap penguasaan dari aspek

markah pencapaian 77

Page 16: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

xiv

SENARAI SINGKATAN

AK - Analisis Kandungan

CATSS - Content Analysis of Thinking Skills Stella

F - Kemahiran Berfikir Kreatif

KB - Kemahiran Berfikir

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

P - Pengkaji

PMR - Penilaian Menengah Rendah

R - Responden

S - Kemahiran Berfikir Kritis

SPM - Siil Pelajaran Malaysia

Page 17: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

xv

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen analisis penggunaan KBKK 96

B Rancangan pengajaran 105

C Set soalan ujian bertulis 110

D Skema jawapan 116

E Surat Kebenaran Kementerian 126

F Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 127

G Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 128

H Pengesahan Kajian Rintis 129

Page 18: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara

mencapai kejayaan. John Dewey (1977) dalam Sabri Ahamad et all (2006) menjelaskan

bahawa pendidikan ialah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan

daya usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada

pada seseorang individu. Pendidikan dan pengetahuan mempunyai impak yang besar

dalam kehidupan seseorang manusia serta menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan

pertahanan sesebuah negara. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada

masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan

(Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2009).

Pembangunan negara juga bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan. Rakyat

mestilah berintelek, berpengetahuan tinggi dan sentiasa berfikir bagi menjamin

perkembangan negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Asas pembentukan intelek

adalah kemahiran berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Unsur ini mampu mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian,

menganalisa, menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea yang baru dan

bernas (Nazlina, 2006). Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga diberi

penekanan dalam matlamat dan objektif pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Tahap penggunaan kemahiran ini mampu mendorang seseorang

untuk menguji kebenaran keputusan yang dibuat dan mengelakkan penyelesaian masalah

yang salah. Unsur-unsurnya perlu disepadukan dalam semua matapelajaran agar pelajar

Page 19: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

2

dapat meningkatkan daya intelek mereka selari dengan pembentukan jasmani, emosi,

rohani dan sahsiah mereka (Som dan Mohd Dahalan, 2003).

Perkembangan negara yang sedang pesat membangun sekarang mendorong

kerajaan menyemak semula serta mengubahsuai kurikulum supaya sejajar dengan

kehendak semasa. Kurikulum adalah rancangan operasi yang menghuraikan idea

matematik yang harus diberikan kepada pelajar dan bagaimana pelajar memperoleh dan

menggunakan idea tersebut (Romberg, 1975). Kurikulum Matematik sekolah di

Malaysia sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Negara. Sehubungan dengan itu, penyemakan semula kurikulum dilakukan dengan

tujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada

alaf 21(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020

dan Wawasan Pendidikan, adalah penting semua peringkat sistem pendidikan kita

mendidik dan menghasilkan rakyat yang berpengetahuan, berketrampilan, dan boleh

berfikir secara kritis dan kreatif, serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu, institusi pengajian tinggi memainkan

peranan yang penting dari segi memastikan adanya kesinambungan program

peningkatan kemahiran berfikir yang sedang diusahakan di sekolah rendah dan

menengah kita (Hanafi, 1995). Pelbagai kajian tentang pemikiran serta kemahiran

berfikir telah dilakukan oleh para cendikiawan untuk memperkasakan minda ke arah

berfikir secara berintelek tinggi. Ini jelas menunjukkan kepentingan berfikir dalam

kehidupan seseorang demi memastikan pembangunan negara.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan

daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Mohd Fathi (2004)

Page 20: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

3

salah satu objektif KBSM adalah menjurus kepada perkembangan intelek serta

pemikiran yang rasional. Penggubalan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM)

kepada KBSM merupakan salah satu cara untuk mencapai atau merealisasikan kehendak

negara terutamanya dalam kemajuan negara seperti dalam bidang sains dan teknologi.

Misalnya kurikulum matematik sekolah di Malaysia mengalami beberapa perubahan

yang signifikan. Kurikulum ini telah melalui tiga peringkat iaitu matematik tradisi,

matematik moden dan matematik seperti dalam KBSM yang ada sekarang. Sebelum ini

dikenali sebagai KLSM (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). KBSM juga menekankan

kepada penerapan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam setiap

mata pelajaran yang diperkenalkan seperti Matematik Tambahan. Kepelbagaian aliran

juga diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi kemajuan negara dalam

pelbagai aspek seperti dengan memperkenalkan aliran sains tulen, aliran teknik dan

vokasional dan aliran sastera pada peringkat sekolah menengah. Sehubungan dengan

itu, pelajar yang berada dalam aliran sains tulen di seluruh sekolah di Malaysia

diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan tetapi ia hanyalah subjek

elektif kepada pelajar lain.

Pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik melalui penerapan kemahiran

berfikir semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru adalah individu yang

berperanan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran agar mereka boleh menjana minda pelajar untuk terus berfikir. Guru

perlulah mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam setiap

soalan-soalan yang dikemukakan dan menerapkan teknik-teknik menggunakan

kemahiran berfikir. Maka pelajar akan terus berfikir dalam menjawab semua soalan

bukan sekadar mengingati langkah-langkah untuk memperolehi jawapan tanpa

mengetahui dan memahami soalan tersebut. Menurut Fattima Zahara (2007) kefahaman

dan kemahiran matematik tidak hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algorithma

seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung

dalam tradisi tetapi juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Pelajar pada masa

kini juga membudayakan budaya menghafal lebih berbanding budaya memahami

sesuatu kandungan pelajaran itu sendiri. Dengan menghafal, pelajar sememangnya

Page 21: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

4

dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik tetapi pelajar telah mengabaikan suatu

aspek penting iaitu melatih minda untuk berfikir sedangkan untuk mencapai kemajuan

dalam diri sendiri (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli dalam Fattima Zahara,

2007) memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui

pendidikan KBKK. Sehubungan dengan itu, penyebatian dan penyepaduan unsur-unsur

KBKK dalam semua aktiviti adalah perlu agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek

mereka seiring dengan perkembangan sahsiah pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Pembezaan merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran Matematik

Tambahan tingkatan empat. Pembezaan merupakan satu cabang Kalkulus yang

diperkenalkan kepada pelajar. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan kesukaran

tajuk ini untuk dikuasai oleh pelajar. Antara faktor yang menyumbang kepada

kesukaran pelajar untuk menguasai tajuk ini adalah kerana kurang atau tidak menguasai

sepenuhnya komponen kemahiran berfikir dengan baik.

Menurut Mohd Fauzi Said (2000) diperingkat sekolah rendah mahupun di

peringkat sekolah menengah, rungutan daripada guru-guru tentang kelemahan murid-

muridnya dalam Matematik memang sering kedengaran. Kelemahan murid-murid

didapati lebih ketara apabila menghadapi topik-topik yang lebih sukar, contohnya dalam

tajuk pembezaan. Mengikut Faridah (1996) kebanyakan pelajar lemah dalam tajuk

Pembezaan, walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia.

Kesulitan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik ialah

kesulitan bahasa matematik. Menurut Orton (1983) dalam Wan Norliza Wan Bakar

(2004) pelajar kalkulus tidak berupaya untuk memahami kalkulus kerana mereka lemah

Page 22: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

5

dalam konsep fungsi disiplin tersebut. Menurut Orton (1983) lagi, kajian yang

dijalankan olehnya mengenai kefahaman pelajar kalkulus tentang konsep pembezaan

dalam kadar perubahan menunjukkan mereka menganggapnya sebagai nombor nisbah.

Menurut White (1996) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pula, pelajar-pelajar

kalkulus hanya menggunakan simbol untuk dimanipulasikan dan bukan mencari

perkaitan antaranya.

Selain menghadapi kesukaran untuk memahami istilah matematik, pelajar

kalkulus juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah kalkulus kerana tidak

mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Menurut Sabri Ahmad et all (2006) majoriti

pelajar di sekolah tidak dapat menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi

membantu mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan yakin

dan berkesan dalam mata pelajaran lain dalam bidang sains tulen. Masalah ini dapat

diatasi dengan penerapan kemahiran berfikir dengan baik bermula dari pihak guru-guru

dan seterusnya disampaikan kepada pelajar-pelajar. Maka disini wujudlah

kesinambungan antara guru-guru dan pelajar-pelajar, di mana asas yang betul telah

diterapkan kepada guru untuk disalurkan kepada pelajar dalam melahirkan insan yang

berdaya intelektual yang tinggi pada masa hadapan. Saraswathi (2004), turut

mencadangkan kemahiran berfikir disebatikan dalam dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar-pelajar dapat berfikir apa yang mereka telah pelajari dan

seterusnya meminimumkan kesilapan berfikir.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Mengkaji komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan

dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan.

Page 23: KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR … · Kalkulus Dan Pembezaan 17 2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20 2.6 Berfikir 21 2.7 Definisi Berfikir 21 ... set soal selidik

6

1.3.2 Mengkaji tahap penguasaan pelajar menggunakan kemahiran berfikir

semasa menjawab soalan berkaitan tajuk Pembezaan.

1.3.3 Mencadangkan rancangan pengajaran (lesson plan) yang menerapkan

kemahiran berfikir bagi tajuk Pembezaan.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, pengkaji berharap dapat menjawab persoalan-

persoalan berikut:

1.4.1 Apakah komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan

dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan?

1.4.2 Apakah tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan aspek kemahiran

berfikir semasa menjawab soalan bagi tajuk Pembezaan?

1.5 Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk untuk mengetahui tahap penguasaan

pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. Selain

itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kemahiran

berfikir yang diterapkan dalam buku teks bagi tajuk Pembezaan dalam elektif mata

pelajaran Matematik Tambahan bagi tingkatan empat. Setelah mengenal pasti

komponen yang tidak dan kurang diterapkan dalam buku teks serta berdasarkan soal

selidik ke atas responden, pengkaji akan mengutarakan rancangan, satu modul ringkas