handbook: kaedah meningkatkan jualan dengan … · anda dapat berkongsi info terkini terhadap...

40
1 DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN MENGGUNAKAN FACEBOOK

Upload: trinhque

Post on 02-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

1

DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT

HANDBOOK:

KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN

DENGAN MENGGUNAKAN

FACEBOOK

Page 2: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

2

ISI

KANDUNGAN PENGENALAN FACEBOOK 3

RASIONAL FACEBOOK 5

CARA BUAT PAGE 7

TIPS & TRICK 10

JENIS POSTING JUALAN 16

TEKNIK SOFT SELL 17

TEKNIK HARD SELL 20

TEKNIK TEASER 24

CARA BUAT FACEBOOK AD & 32

Page 3: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

3

PENGENALAN FACEBOOK:

1. Facebook (FB) secara dasarnya merupakan satu platform website social

yang anda dapat membentuk komuniti (Friends atau Fans) dengan

mengundang saudara mara, kawan-kawan dan rakan sepejabat untuk

mengikuti dan berinteraksi dengan anda melalui akaun FB yang anda

hasilkan. Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian

anda melalui penulisan, berkongsi gambar, berkongsi video dan

sebagainya bersama komuniti tersebut.

2. Akaun FB boleh dibahagikan kepada:

i. FB Profil:

Akaun individu yang mengandungi latarbelakang individu

tersebut. Akaun FB profil adalah semata-mata untuk tujuan sosial

yang mana ia diikuti oleh “Friends” anda

ii. FB Page:

Adalah akaun yang dihasilkan oleh seseorang individu untuk

tujuan perniagaan.Bagaimanapun, untuk menghasilkan FB page

tersebut, individu tersebut perlu mempunyai FB profilnya sendiri

terlebih dahulu. Mereka yang mengikuti FB page tersebut adalah

terdiri dari kenalan dan juga sesiapa yang berminat untuk

mengikuti FB Page tersebut. Mereka dikenali sebagai “Fans”

3. Jika diperhatikan, adalah amat mudah untuk membesarkan komuniti FB

anda dan ini boleh dicapai dengan

i. Secara langsung iaitu menjemput mereka menekan butang like

pada FB page anda.

ii. Secara tidak langsung di mana anda menyertai mana-mana

komuniti (FB Page) yang berkaitan dengan tujuan untuk

mempromosikan FB Page anda kepada komuniti tersebut

4. Penekanan perlu diberikan kepada perkataan “Komuniti”. Ini adalah

kerana dalam dunia digital yang tiada sempadan, anda mampu

membina sebuah komuniti yang besar dengan mudah berbanding

dengan dunia nyata. Dengan adanya komuniti yang besar, anda lebih

mudah untuk menjenamakan dan memasarkan produk atau

perkhidmatan anda.

Page 4: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

4

CONTOH FACEBOOK PROFILE:

CONTOH FACEBOOK PAGE:

Page 5: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

5

Promosikan produk di FB

page Usahawan

Page Produk Usahawan

Jika berminat mereka

akan bertanya (enquiry)

mengenai produk

melalui:

- FB Messenger

- Whatapps

- SMS

- Wall Posting

Usahawan perlu mahir

melakukan jualan (closing)

dengan pendekatan “soft

sales” yang efektif setelah

enquiry dibuat oleh

pelanggan.

Jualan dihantar melalui

pos.

3

4

RASIONAL FB UNTUK USAHAWAN:

Facebook kini telah berkembang menjadi suatu medan di mana para

usahawan menjadikannya sebagai tempat memasarkan produk perniagaan

mereka. Setelah membina komuniti yang besar, maka adalah lebih mudah

untuk mempromosikan produk-produk yang ingin dijual kepada mereka yang

sudah mengenali anda dalam alam maya.

Di samping itu, FB juga mengadakan perkhidmatan berbayar yang mana anda

boleh mengiklankan produk anda kepada segmen-segmen yang menjadi

sasaran anda. Tetapi apakah sebenarnya yang terjadi apabila anda berniaga

di dunia FB, sila rujuk rajah di bawah;

Kitaran Perniagaan FB:

Promosi usahawan dilihat pada

wall individu tertentu

1

2

Usahawan

Komuniti

anda

melalui

wall feed

(percuma)

Pihak luar

melalui

sponsored

post

(berbayar)

Page 6: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

6

Dari rajah boleh disimpulkan bahawa FB adalah merupakan sebuah medium

penjualan dan promosi yang mudah digunakan tetapi terdapat beberapa

perkara yang perlu diketahui:

1. FB merupakan secara asasnya sebuah laman social dan bukannya

laman untuk berniaga, maka majoriti yang melawat laman tersebut

adalah untuk bersosial.

2. Produk anda adalah satu dari beribu-ribu produk yang dipasarkan

melalui FB

3. Sungguhpun anda ada beribu-ribu kenalan di dalam komuniti (follower)

anda, hanya 3% ke 5% sahaja dari jumlah tersebut yang dapat melihat

posting anda di wall mereka. Anda perlu berbelanja (Boost post) untuk

memastikan semua follower anda dapat melihat posting tersebut

4. Sekiranya anda ingin mempromosikan produk anda ke demografi yang

lebih besar maka anda perlu berbelanja di FB Ads

Oleh itu FB merupakan sebuah platform yang sesuai untuk anda melakukan

penjenamaan (branding) produk anda tetapi untuk memastikan aktiviti promosi

yang menghasilkan jualan, maka anda perlu benar-benar faham:

1. Demografi yang sesuai untuk disampaikan mesej penjenamaan dan

promosi anda

2. Kaedah copywriting yang sesuai untuk menarik perhatian demografi

yang ditujukan untuk berhubung dengan anda (enquiry)

3. Kaedah melakukan closing yang efektif melalui aplikasi komunikasi digital

yang sedia ada

4. Nilai (budget) yang ingin dibelanjakan untuk memastikan kempen

promosi berbayar anda mencapai matlamatnya

5. Penghantaran produk-produk yang telah dijual perlu sampai kepada

pelanggan dalam keadaan yang selamat dan dalam masa yang telah

ditetapkan

Page 7: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

7

CARA BUAT PAGES:

1. Pergi ke https://facebook.com/pages/create

2. Pilih kategori pages. Untuk kategori yang paling sesuai, pilih ‘Brand &

Product’

3. Pilih kategori page, letakkan nama page dan tandakan’ I agree’. Klik Get

Started

Page 8: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

8

4. Masukkan penerangan ringkas kedai, alamat website dan klik Save Info.

Gunakan formula ini:

<Kelebihan kami> + <untuk tempahan, sila hubungi nombor>

5. Masukkan website (jika ada) & alamat FB untuk kedai agar senang orang

nak ingat alamat Facebook untuk kedai kita. Alamat Facebook ini sedikit

sebanyak membantu carian di Google

6. Upload gambar untuk gambar profil page di sini atau skip sahaja untuk

permulaan. Anda boleh ubah gambar profil pada bila-bila masa.

Page 9: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

9

7. Klik ‘Add to Favorite’ untuk memasukkan page kita pada bahagian

Favorite agar senang nak buka kembali page kita. Kemudian klik ‘Next’.

8. Bagagian target audiens sangat penting. Akan dibincangkan kemudian.

Klik Skip

9. Tahniah! Pages kita dah pun siap!

Page 10: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

10

TIPS & TRICK:

1. Set matlamat dan strategi yang jelas

i. Kenapa: Kenapa anda perlu guna Facebook? Cari apa dan di

mana target pasaran produk/servis anda dan fokus pada strategi

berkaitan yang boleh buat duit

ii. Apa: Apa matlamat anda dan apa yang anda mahukan di

Facebook. Adakah anda mahu:

a. Cipta jenama / product awareness?

b. Bina komuniti anda sendiri?

c. Tunjukkan kepakarn dalam bidang anda?

d. Mahu mendidik orang sekeliling tentang produk anda?

e. Supaya orang ramai sentiasa ingat pada produk anda?

f. Menambahkan jaringan prospek?

g. Mahu tarik audiens pergi ke laman web anda?

h. Cari ejen/stokes/investor/rkan kongsi?

i. Jadikan tempat untuk customer servis?

j. Tingkatkan jualan?

iii. Siapa: Siapa kumpulan sasaran prospek yang anda mahu?

Anda harus tahu siapa kumpulan sasaran anda di Facebook. Lebih

banyak cirri-ciri mereka yang anda tahu,lebih senang anda susun

strategi untuk dapatkan mereka

iv. Bagaimana: Bagamana anda mahu capai matlamat anda guna

Facebook? Cari strategi terbaik dengan sentiasa perhati dan kaji

setiap apa yang yang telah anda lakukan. Ulang mana-mana

strategi yang Berjaya dan perbaiki strategi yang gagal. Strategi

berbeza mengikut matlamat anda. Contohnya, kedai kopi ambil

keputusan untuk menambahkan jualan melalui Facebook

sebanyak 10% dalam tempoh 6 buln. Antara strategi yang kedai

tersebut boleh guna ialah:

a. Buat posting setiap pagi mengenai apa menu istimewa hari

tersebut, dengan beri kod kupon supaya jualan dari

Facebook boleh dijejak

b. Pos gambar pelanggan bertuah anda setiap hari & tag

Facebook mereka

c. Galakkan pelanggan pos gambar mereka sendiri di kedai

anda menikmati kopi dan tag FB anda

2. Tukar Nama Username Facebook:

i. Cipta URL khas untuk FAB page anda. Ia akan memudahkan

pelanggan cari anda di Facebook dengan hanya taip

www.facebook.com/namakedaianda.

ii. Facebook Page URL anda penting untuk SEO di Google dan

Facebook. Sekiranya URL anda hanya nombor di belakang

(default), brand anda tidak akan keluar sekiranya pelanggan taip

Page 11: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

11

nam kedai anda untuk cari . Brand/kedai anda juga akan

kelihatan tidak professional sekiranya tidak guna URL yang

diubahsuai khas untuk FB anda.

iii. Untuk ubah URL, pastikan jumlah likes FB page telah mencecah 25

orang dulu barulah boleh tukar. Pergi ke:

https://www.facebook.com/username dan tukar username

kepada nama kedai.

3. Cipta watak/suara di sebalik bisnes anda

i. Pengguna Facebook majority suka berinteraksi dengan orang lain,

bukannya dengan bisnes yang terlalu kaku.

ii. Sesiapa sahaja yang uruskan page anda haru pandai menulis

dengan cara yang santai dan disukai ramai, menggunakan stail

yang melambangkan bisnes anda.

iii. Mereka juga boleh sekali sekala menyuarakan pendapat mereka

sebagai individu yang bersama-sama pelanggan (memahami

dengan seolah-olah berada dalam situasi mereka), bukannya

sebagai wakil syarikat tetapi pendapat tersebut harus positif

kepada bisnes anda.

iv. Jika nak tambah admin, boleh klik Admin Roles pada bahagian

Edit Page > Edit Settings. Hati-hati jangan add orang sesuka hati,

hanya add orang yang boleh menjaga pages kita sahaja.

v. Dan tetapkan peranan orang yang kita jadikan admin itu sebagai

‘Content Creator’ jika tugas dia hanyalah menulis post dan reply

post.

vi. Anda harus bersabar dalam membina hubungan baik dengan

audiens anda, Libatkan diri dalam perbualan dengan ikhlas, dan

beri penghargaan kepada pelanggan tetap di FB untuk bantu

bina hubungan yang positif dengan audiens.

4. Buat posting dengan kerap i. Berbeza dengan media massa seperti majalah, TV, atau media

online yang lain seperti laman web, media sosial dibuat bertujuan

untuk pengguna update dengan kerap.

ii. Statistik menunjukkan dalam 50% pengguna Facebook memeriksa

FB mereka sekurang-kurangnya sekali sehari untuk melihat

sebarang updates dari orang lain yang mereka suka.

5. Rancang kalendar posting anda sendiri

Cara paling senang untuk setiasa terhubung dengan pengikut FB anda

ialah dengan cipta calendar posting anda sendiri. Rancang awal idea

apa yang mahu anda kongsi, bercerita dan sebagainya setiap minggu

Page 12: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

12

dan bulan. Anda juga boleh buat ikut hari, contohnya, hari Isnin ialah hari

untuk berkongsi tips, hari Selasa untuk beri tawaran kupon dan

sebagainya. Kalendar ini terpulang kepada anda untuk corakkannya

berdasarkan pattern ausdiens anda sendiri.

Kalendar posting bukan sahaja bantu mudahkan cari bahan untuk

posting, malah akan buatkan post anda menarik, teratur & dirancang

dengan baik. Cari frekuensi yang sesuai paling sesuai untuk audiens

anda.

6. Beri nilai dalam posting

i. PERATURAN 80/20.

Cuba untuk beri content original dan bermanfaat kepada

pengikut anda dalam 80% dan tidak lebih dari 20% sahaja content

untuk menjual (hardsell)

ii. CONTENT YANG RELEVAN

Beri pelbagai content berlainan tetapi relevan dengan produk

atau servis anda. Jangan menyimpang terlalu jauh dari matlamat

utama anda buat FB page untuk bisnes anda!

iii. APA KEBAIKAN UNTUK MEREKA?

Setiapkali buat posting, anda harus ingat, audiens mahukan

sesuatu kebaikan untuk diri mereka sendiri, bukan semata-mata

hanya bercerita mengenai anda sahaja.

7. Galakkan komen dan reply secepat mungkin

i. Minta audiens untuk beri maklumbalas dan kongsi pendapat

mereka tentang produk dan servis anda. Secaraa tak langsung

anda juga akan dapat dengar dari pihak mereka dan

memperbaiki segala kekurangan bisnes anda yang mereka lihat.

ii. Posting sedemikian akan membuatkan merek rasa dihargai dan

dekat dengan anda, seterusnya jadikan mereka pelanggan setia

anda.

iii. Cuba Tanya soalan. Di hujung posting anda, jangan lupa seltkan

soalan supaya mereka beri responssamada komen, like atau

share.Apabila mereka beri respon, segera balas semula untuk

jadikan perbualan itu berterusan – seboleh-bolenya dalam tempoh

24 jam. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kebarangkalian

untuk mereka berinteraksi dengan anda semula jadi lebih rendah

dan buatkan mereka lari dari bisnes anda.

iv. Pastikan setting anda (di bahagian Manage Permission) benarkan

audiens untuk post di FB page anda, dan beri mereka untuk hantar

private message kepada anda.

Page 13: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

13

8. Guna gambar & video

i. Gambar & video merupakan cara pantas untuk dapat attention

dari audiens dan bantu mesej anda menyerlah di ruangan News

Feed.

ii. Anda boleh gunakan gambar untuk buat posting jualan soft sell

atau hardsell atau teaser untuk mendapat impak yang maksimum.

iii. Posts dan iklan FB bergambar biasanya dapat engagement yang

lebih tinggi.Gunakan sehingga 6 keping gambar untuk iklan anda

dan kaji gambar jenis macam mana yang beri impak paling baik

iv. Untuk iklan bergambar, biarkan teks kurang dari 20% sahaja dari

keseluruhan atau ia tidak akan muncul dlam ruangan News Feed.

v. Gambar lifestyle sentiasa jadi pilihan audiens FB. Cuba kongsikan

gambar pelanggan anda sedang menikmati produk anda.

Contoh selain gambar lifestyle:

a. Behind the scene: Peniaga pakaian boleh pos gambar stok

yang baru tiba.

b. Tutorial: Personal trainer boleh pos video tutorial bagaimana

nak buat senaman tertentu yang betul

vi. Jangan pos gambar anda sahaja. Tunjukkan produk anda sedang

dipakai/diguna oleh pelanggan yang berpuas hati dan gembira

dengan produk tersbut.

vii. Cover image size: 851 pixels by 315 pixels and may not include

more than 20% text. Your Cover Should Talk. It is prime real estate

on your Facebook Page and it’s the first thing your Page visitors will

notice. Your Cover image should express who you are as a business

and your Page visitors should understand what your business is

about at a glance.

viii. Profile image size: Upload images 180 pixels by 180 pixels (shows at

160 pixels by 160 pixels)

9. Pin post yang penting ke bahagan paling atas page anda.

i. Apabila anda buat psoting baru, post yang lama akan turun ke

bawah dan semakin jauh dari timeline utama anda. Bagi post

yang penting, pin ke bahagian atas supaya ia kekal dapat dilihat

oleh audiens.

ii. Contoh posting yang sering di pin ialah new lead-gen offers, events

akan datang, atau pengumuman produk yang penting.

iii. Untuk pin post, klik anak panah di bahagian kanan atas post

tersebut dan klik ‘pin to top’. Ia akan muncul di bahagian atas dan

Page 14: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

14

ada tand bookmark kecil warna oren. Anda hanya boleh pin SATU

sahaja pos dalam satu masa.

10. Promote your Facebook page

Sentiasa promote FB page anda di medium lain seperti laman web,

instagram, kad bisnes, letterhead dan sebagainya

11. Lebih interaktif dengan promosi, peraduan, games, surveys, etc.

i. Pengguna amat suka apabila Facebook menjadi ‘Fun” terutama

jika ada sesuatu yang menyebabkan mereka menjadi ketagih

untuk sentiasa melawati dan mengunakannya.

ii. Penyelidikan menunjukkan koupon dan barangan percuma

adalah antara sebab utama seseorang melawati dan follow

sesebuah page bisnes Facebook.

iii. Facebook juga boleh digunakan untuk kaji selidik. Kaji selidik

perlulah pendek dan mempunyai ‘link’ untuk pengguna menjawab

dan boleh juga dikongsi (share)

iv. Sentiasa mengadakan tawaran istimewa (masa terhad) untuk

menarik pengguna melawati page disamping membantu jualan.

Pastikan ‘link’ untuk “call to action’ mudah untuk digunakan

12. Guna Facebook Insights untuk mengenali pelanggan anda

i. Facebook Insights membantu untuk mengenali siapa yang

sebenarnya melawati page anda. Laporan segementasi yang jelas

akan membantu anda menghasilkan sesuatu tawaran yang kena

dengan citarasa meraka

ii. Contohnya, sekiranya laporan segementasi menunjukkan majority

yang melawat page anda berumur 18 ke 20 tahun, wanita dan

duduk dibandar. Maka pastikan jenis buku yang dijual kena

kepada segmentasi tersebut.

Page 15: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

15

FLOW MEMBUAT JUALAN DI FACEBOOK:

Check gambar resit, nombor,

tarikh & waktu pembayaran

Soft Sell, Hard Sell, Teaser

Buat posting jualan

Promote Post Engagement,

Get More Like, Clicks to Website

Pembaca berminat, dia

akan:

PM kita untuk ketahui

cara bayaran.

SMS kita untuk tahu cara

bayaran.

Pergi website untuk

membeli.

Tulis ayat closing sale dan

balas melalui:

PM

SMS

Letak ayat closing sale

di website

Closing Sales

Buat iklan di Facebook Ads

Pembeli baca iklan

Terima bukti pembayaran

Pos barang & hantar nombor

tracking kepada pembeli

Hantar barang

Page 16: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

16

JENIS POSTING JUALAN

Posting jualan di Facebook biasanya terdiri daripada 3 jenis:

1. Soft sell

Soft Sell ialah teknik di mana kita berkongsi ilmu dulu, lepas tu baru menjual.

Kalau buat banyak kali pun tak ada masalah, selagi share ilmu, tak ada

masalah nak menjual selepas sharing.

2. Hard sell

Hard sell ialah teknik di mana kita terus menjual. Itu saja.

3. Teaser

Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan sedikit

preview apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai digunakan semasa

kita nak keluarkan produk/koleksi baru.

Page 17: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

17

TEKNIK SOFT SELL

1. Soft sell ialah teknik berkongsi maklumat terlebih dahulu barulah menjual.

Dengan soft sell, kita boleh guna banyak kali sebab orang ramai suka

baca maklumat.

Contohnya:

i. Menjual dalam diam (stealth selling)

ii. Bercerita sambil menjual

iii. Berkongsi baru menjual

iv. You give first, and then you receive

2. Soft sell sesuai untuk menaikkan kepercayaan pelanggan terhadap kita

kerana dengan berkongsi maklumat, kita akan dapat:

i. Menunjukkan kepakaran

ii. Menaikkan kepercayaan

iii. Mengajar prospek akan produk kita

iv. Memudahkan produk dikenali

3. Di Facebook, cara yang paling sesuai untuk tulis post ialah:

TAJUK

PENGENALAN CERITA

PENCERITAAN BUAT DALAM

BULLET POINT

CALL TO ACTION

Page 18: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

18

Contoh Posting Jualan Teknik Soft Sell

TEKNIK SOFT SELL TANPA MENJUAL DI POSTING YANGSAMA

>> RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam 3 HARI <<

Ramai orang yang ada masalah kulit yang tak

cantik tapi malu nak mengaku. Selalunya mereka

selalu salah beli barang sebab tu pakai asyik tak

menjadi saja.

Sebab muka orang kan lain-lain.

Jadi, cara untuk mendapatkan kulit cantik yang

tak ramai orang tahu ialah:

1) Basuh muka setiap hari

Jika anda rasa muka baru bangun pagi atau

muka berminyak, basuhlah muka dengan air

bersih selalu. Kulit kita ni kalau kena air, dia akan

segar secara selalu.

2) Gunakan sabun pencerah muka

Zaman sekarang ni banyak sabun pencerah muka

yang best, so gunakan sebaik mungkin!

Ingin mencerahkan lagi dan mencantikkan lagi

muka dengan cepat?

Like FB page <Nama FB Page> untuk mengetahui

pelbagai tips lain yang lebih menarik!

TAJUK - Tulisan besar & simbol

panah untuk penegasan

- Beri tempoh masa untuk

tawaran lebih

menggiurkan

PENCERITAAN Kongsi tips penyelesaian.

Buat dalam bentuk bullet.

1. Point pertama

Terangkan point di atas

2. Point kedua

Terangkan point di atas

PENGENALAN - Cerita masalah berkaitan

yang dihadapi oleh target

- Beri sebab mengapa solusi

sedia ada tidak cukup

CTA (Call to Action) - CTA untuk promo laman

web atau FB page tanpa

perlu menjual (hardsell)

- Bole juga minta audiens

share post kepada kawan-

kawan lingkungan

mereka.

PENCERITAAN - Tanya soalan berdasarkan

tips sebelum ni untuk solusi

lebih baik

Page 19: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

19

Contoh Posting Jualan Teknik Soft Sell

TEKNIK SOFT SELL DENGAN MENJUAL DI POSTING YANGSAMA

>> RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam 3 HARI <<

Ramai orang yang ada masalah kulit yang tak

cantik tapi malu nak mengaku. Selalunya mereka

selalu salah beli barang sebab tu pakai asyik tak

menjadi saja.

Sebab muka orang kan lain-lain.

Jadi, cara untuk mendapatkan kulit cantik yang

tak ramai orang tahu ialah:

1) Basuh muka setiap hari

Jika anda rasa muka baru bangun pagi atau

muka berminyak, basuhlah muka dengan air

bersih selalu. Kulit kita ni kalau kena air, dia akan

segar secara selalu.

2) Gunakan sabun pencerah muka

Zaman sekarang ni banyak sabun pencerah muka

yang best, so gunakan sebaik mungkin!

Ingin mencerahkan lagi dan mencantikkan lagi

muka dengan cepat?

Dapatkan muka cantik dan berseri dengan SABUN

CERAH MUKA ABC!

Dengan produk ini, anda akan dapat:

1) Menjadikan kulit PUTIH dan BERSERI SERTA-

MERTA!

Hanya dengan penggunaan setiap hari, anda

akan mendapat hasil yang cepat dan berkesan!

2) HARUM dan WANGI!

Sekali pakai, bukan saja muka cantik, malah bau

pun WANGI seharum KASTURI!

Berminat?

Jika berminat, sila klik sini

https://www.facebook.com/messages/namakedai

dan tulis “Saya berminat dengan <produk>”.

TAJUK - Tulisan besar & simbol

panah untuk penegasan

- Beri tempoh masa untuk

tawaran lebih

menggiurkan

PENCERITAAN Kongsi tips penyelesaian.

Buat dalam bentuk bullet.

3. Point pertama

Terangkan point di atas

4. Point kedua

Terangkan point di atas

PENGENALAN - Cerita masalah berkaitan

yang dihadapi oleh target

- Beri sebab mengapa solusi

sedia ada tidak cukup

CTA (Call to Action) - CTA untuk promosi produk

dengan guna hasil untuk

tarik minat . Cth: Dapatkan

<HASIL> dengan

<PRODUK>

PENCERITAAN - Tanya soalan berdasarkan

tips sebelum ni untuk solusi

lebih baik

PUJUK DENGAN BERI

KELEBIHAN Selepas perkenalkan

produk, terangkan

kelebihan produkdalam

bentuk bullet point untuk

memujuk psikologi audiens

CTA UNTUK CLOSING - CTA untuk close sale. Beri

arahan apa yang perlu

mereka buat sekiranya

berminat . Cth: Klik <link>

untuk dapatkan

<PRODUK>

Page 20: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

20

TEKNIK HARD SELL

A - Attention

I - Interest

D - Desire

A – Action

1. ATTENTION

Secara ringkasnya kita TARIK PERHATIAN. Tak kisahlah dalam apa jenis

pengiklanan sekalipun, mula-mula sekali mesti tarik perhatian.

Gunakan magic words untuk menjadikan ayat iklan lebih menarik seperti

Rahsia, Strategi, Teknik, Taktik, Panas, Percuma, Diskaun, Terhad,

Bagaimana, Penggunaan Nombor

2. INTEREST

INTEREST ni ialah menarik minat, kita tarik minat untuk orang terus

mendengar apa yang kita nak sampaikan.

3. DESIRE DESIRE ialah menyenaraikan FAEDAH produk kita kepada pelanggan

supaya mereka lebih tertarik dan ingin memilikinya.

Ingat! Jangan ceritakan CIRI-CIRI, sebaliknya ceritakan FAEDAH-FAEDAH

yang boleh pelanggan dapat apabila menggunakan produk kita.

4. ACTION Letak CTA (Call to Action) untuk suruh mereka beli. Contoh teknik:

i. Teknik Terus Letak Harga dan Cara Beli

Kebaikan:

a. Memudahkan orang mengetahui cara membeli dengan

cepat.

b. Keburukan:

c. Terus letak harga akan membuatkan orang lari walaupun dia

berminat pada awalnya.

d. Tiada orang komen dan like jika berminat (tiada interaksi dengn

audiens).

ii. Teknik PM/SMS untuk mendapatkan harga

Kebaikan:

a. Mudah untuk tahu ada orang berminat atau tidak dengan

produk kita.

Page 21: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

21

b. Memudahkan kita dapat likes & komen (Interaksi dengan

audiens tinggi)

c. Keburukan:

d. Orang mungkin malas nak PM/SMS

Seeloknya kita minta dia PM kita untuk harga barulah kita bagitahu

cara untuk membuat pembayaran. Jika dia berminat dengan

produk kita, dia akan terus PM/SMS untuk tahu lebih lanjut.

iii. CTA untuk suruh orang beli

a. Suruh orang PM kita jika berminat.

b. Letakkan link yang membawa pembeli ke ruangan mesej.

iv. Bonus

Untuk menguatkan lagi post jualan, berikan BONUS untuk pembeli

terawal.

v. Jaminan

Letakkan jaminan supaya pelanggan rasa selamat apabila

membeli produk kita.

vi. Reminder

Letakkan peringatan yang offer yang berikan ini mungkin akan

tamat bila-bila masa sahaja.

Page 22: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

22

Contoh Posting Jualan Teknik Hard Sell

Contoh 1

>>INGIN KURUS CEPAT?<<

-Anda mengalami masalah berat badan?

-Runsing makan sikit tapi berat naik jugak?

-Ingin jadi kurus seperti Nielofa?

Ramai yang menghadapi masalah nak turun

berat badan tapi tak tahu caranya.

Macam kawan saya dulu nak turun berat

badan memang susah, tapi lepas dah cuba

<produk> ini barulah dia boleh turun berat badan.

Iaitu..

UBAT KURUS BADAN XYZ!

Dengan ubat kurus ni, anda akan dapat:

1) KURUS serta merta!

Dengan produk XYZ ini, anda dah tak perlu

pergi ke gym sebab hanya dengan sekali makan

sahaja, terus kurus!

2) < Terangkan kelebihan >

< Jelaskan kelebihan >

Berminat?

Jika berminat, sila klik sini

https://www.facebook.com/messages/namakedai

dan tulis "Saya berminat dengan <produk>".

BONUS untuk 10 pembeli terawal iaitu <HADIAH>

bernilai RMXXX!

Produk ini dijamin berkesan atau wang anda akan

dikembalikan dalam masa 30 hari!

P/S: Offer ini mungkin akan ditarik balik pada bila-

bila masa sahaja.

CEPAT BERTINDAK SEKARANG!

Like page kami untuk lebih banyak lagi! ->Nama

Page

ATTENTION - Tulisan besar & simbol

panah untuk penegasan

- Soalan pendek (3 patah

perkataan) untuk tarik

perhatian dengan cepat

INTEREST - Tanya masalah mereka

untuk kekalkan minat

orang baca

- Beri situasi berkaitan

masalah

- Kaitkan dengan orang

sekeliling & bagaimana

mereka berjaya atasinya

ACTION - Beri CTA untuk beli

- Teknik PM/SMS untuk

mendapatkan harga

- Beri bonus untuk pembeli

terawal (tambah urgency)

- Letak jaminn supaya

orang lebih yakin

- Letak tempoh had masa

offer (tambah lebih

urgency)

- -CTA supaya bertindak

sekarang

DESIRE - Perkenalkan produk

- Beritahu apa faedah yang

akan mereka dapat

dengan produk & jelaskan

kelebihan

- Buat dalam bullet point

Page 23: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

23

Contoh 2

INTEREST - Berkongsi gambar /

testimonial dari pelanggan

terdahulu untuk tarik minat

& keyakinan audiens

ACTION - Beri CTA untuk terus beli

- Teknik letak harga dan

terus bawa ke link jualan

ATTENTION & DESIRE - Gambar merupakan salah

satu cara terbaik untuk

tarik perhatian audiens

- Gambar produk dipakai

buatkan audiens boleh

lebih teringin untuk

memilikinya

Page 24: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

24

TEKNIK TEASER

Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan sedikit preview

apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai digunakan semasa produk kita

baru lagi nak launch.

1. Tajuk menarik

Letakkan tajuk yang menarik contohnya:

i. AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI

ii. RAHSIA <PRODUK> AKAN DITERBITKAN!

iii. BAKAL DIBONGKARKAN!

2. Preview

Usik sedikit pelanggan dengan letakkan ayat-ayat yang menarik minat

dia untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Elok letakkan benefit/apa

yang orang akan dapat dengan produk ini.

3. Tanya ada yang berminat tak?

Tanya soalan untuk menggalakkan pembaca mengambil bahagian

dalam post kita. Lagi best kalau letak offer yang diorang tak boleh tolak

kalau tempah awal-awal dengan kita

Page 25: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

25

Contoh Posting Jualan Teknik Teaser

Contoh 1

Contoh 2

Page 26: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

26

PENGENALAN FACEBOOK ADS

Sekarang anda dah tahu selok belok tentang Facebook, lihat pula bagaimana

anda mahu melonjakkan potensi FB page anda kepada audiens.

Salah satu cara untuk menjadikan FB page anda lebih ‘wow’, ialah dengan

mengeluarkan sedikit jumlah duit untuk membuat FB Ads (iklan FB berbayar).

Ramai yang tidak gemar dengan idea untuk bayar iklan di FB. Jadikan bajet

untuk FB Ads sebagai salah satu bil utility anda – kos yang perlu anda bayar

untuk berbisnes di Facebook!

Kelebihan FB ads berbanding iklan platform lain, anda boleh target audiens

yang anda mahu dalam pelbagai kategori dengan tujuan pengiklanan yang

berlainan, hanya dengan sejumlah kecil wang.

CARA BUAT FACEBOOK ADS

Untuk membuat Facebook Ads, ada 3 bahagian yang perlu anda faham dan

timbangkan iaitu:

1. Jenis pengiklanan

2. Target audiens – Kumpulan sasaran

3. Kos iklan

Page 27: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

27

CARA BUAT FACEBOOK ADS

1. Klik butang gear atau panah di bahagian kanan atas dan klik ‘Create

Advert’ atau anda boleh taip URL: https://facebook.com/ads/create

2. Tentukan tujuan utama anda buat iklan. Adakah anda mahukan trafik ke

laman web anda? Lebih banyak ‘likes’ di Facebook page? Lebih

engagement dengan fans? Setiap metric di bawah ada nilai kelebihan yang

tersendiri, jadi anda harus pilih betul-betul objektif utama anda mahu buat

iklan sebelum memulakannya.

Antara objektif & jenis kempen iklan popular yang sering digunakan ialah:

i. Promote Page - Page Likes

ii. Boosted Posts – Page Post Engagement

iii. News Feed Ads

Sekiranya anda masih baru kepada iklan FB dan tidak tahu di mana hendak

bermula, dicadangkan untuk mula dengan kempen Facebook Likes.

Page 28: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

28

KEMPEN PAGE LIKES

Sesuai digunakan untuk:

1. Mendapatkan lebih banyak likes. Lebih ramai orang like page anda,

buatkan page anda kelihatan lebih popular dan menyebabkan orang lain

like page anda jugak (domino’s effect)

2. Memberi kesedaran tentang produk kita (brand awareness). Sebagus mana

pun produk anda, tetapi audiens tidak tahu kewujudannya/kelebihan,

produk anda tidak akan ke mana-mana

Cara buat iklan Page Likes:

3. Klik Promote your Page (Page Likes) & pilih page yang ingin kita promosikan

3. Pilih 6 keping gambar yang berasingan.

Page 29: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

29

3. Headline & ayat promosi.

i. Headline

Apabila anda iklankan FB page, tajuk headline iklan anda akan

secara automatik sama seperti nam FB page anda. Tukarkan nama

tersebut kepada headline iklan anda sendiri untuk menjadikan iklan

terssebut lebih mengujakan. Selain dari pilihan gambar, Headline

juga adalah salah satu kriteria utama yang akan menentukan iklan

anda akan berjaya beri impak pada audiens atau tidak.

Masukkan headline yang menarik perhatian pembaca untuk tajuk

iklan kita. 3 patah perkataan pun sudah cukup. Maksimum 25 huruf.

a. Ingin fesyen cantik?

b. Ingin duit lebih?

c. Mahukan kulit muda?

ii. Ayat iklan

Beri arahan CTA. Letakkan ayat yang boleh membuatkan orang klik

contohnya:

a. Adakah anda inginkan <hasil produk>? KLIK SEKARANG!

b. Ketahui bagaimana anda boleh <dapat hasil>. KLIK SINI!

c. Dapatkan <produk> terkini! KLIK SEKARANG!

HEADLINE

AYAT IKLAN

Page 30: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

30

KEMPEN PAGE POST ENGAGEMENT

1. Sesuai digunakan untuk:

i. Membuat sales

ii. Mengajak orang berinteraksi dengan page anda

2. Kempen boost post akan menaikkan reach sesuatu post dengan cepat,

namun ianya memakan duit. Tapi reach yang diperolehi adalah sangat

banyak.

3. Teknik ini hanya digunakan oleh orang yang sudah biasa bermain ads.

Jika ada duit, boleh guna.

4. Syarat menggunakan BOOST POST:

i. Iklan mesti bagus.

ii. CTR mesti tinggi.

5. Cara buat iklan Page Post Engagement:

i. Klik Boost your post (Page Post Engagement) & pilih page yang ingin

kita promosikan

ii. Sekiranya anda ingin boost posting yang sedia ada, pilih sahaja

posting tersebut. Sekiranya belum, anda boleh klik icon ‘+’ untuk

membuat posting baru untuk tujuan iklan.

Page 31: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

31

iii. Sebaiknya masukkan sekali gambar kerana post bergambar akan lebih

mudah menarik perhatian audiens.

iv. Gunakan teknik soft sell ( rujuk mukasurat sebelum ini)

v. Cara lain untuk boost post:

a. Boost post boleh dibuat melalui page kita, pada post yang kita

ingin boost post akan ada satu butang Boost Post.

b. Klik dan pilih harga untuk mendapatkan pendedahan.

Page 32: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

32

CARA BUAT FACEBOOK ADS

1. Target Audiens

i. Gunakan kelebihan pilihan advanced targeting yang disediakan

Facebook. Anda tidak akan jumpa kelebihan seperti ini di tempat

yang lain. Pengguna FB Ads boleh pilih untuk target audiens

berdasarkan lokasi, umur, jantina, status perhubungan, kerja,

bahasa, pelajaran dan macam-macam lagi.

ii. Pilih audiens ideal anda berdasarkan interest targeting (minat).

Pemilihan berdasarkan interest merupakan salah satu senjata yang

hebat dalam proses pengiklanan.

iii. Bina rangkaian kawan yang baru atau fokus kepada yang sedia

ada.Anda boleh target FB Ads anda ekslusif untuk ppengguna

dalam kelompok rakan FB anda, atau anda boleh pilih untuk target

mereka dan kawan-kawan mereka, ataupun sesiapa sahaja yang

tiada kaitan dengan rangkaian network anda. Semakin luas jaringan

yang ada mahu target, semakin tinggi kos iklan anda

2. Cara cari targeted Interest Pelanggan Di Facebook

Taip : “Pages like by people who like <nama page>”

Gantikan <nama page> tu dengan nama page anda. Sekiranya page

masih baru, ganti dengan nama page pesaing terdekat produk anda.

Bila kita search, kita akan dapat banyak senarai orang yang like page

kita/pesaing. Gunakan hasil search ini untuk menambahkan senarai

targeted interest semasa buat Facebook Ads.

Page 33: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

33

3. Cara isi targeting di FB Ads

Berdasarkan kajian ringkas yang anda buat sebelum ini, mulakan isi cirri-

ciri target audiens yang anda mahu iklan anda disampaikan

i. Pilih lokasi untuk keluarkan iklan di ‘Location’. Pilih ‘City’ untuk

memilih lokasi yang lebih kecil contohnya bandar-bandar utama

ii. Tukar lingkungan umur dari 25 ke 55 tahun. Dan pilih jantina untuk

target prospek kita.

iii. Pilih target pelanggan jika nak.

iv. Pilih jenis hubungan prospek dengan page kita.

v. Pilih kecenderungan minat prospek di bahagian More

Demographics.

vi. Pilih target bahasa (selalunya dibiarkan).

Page 34: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

34

CARA BUAT FACEBOOK ADS

KOS IKLAN

1. Masukkan nama kempen, bajet seharian dan tempoh iklan berjalan (jika

perlu)

Pilih bajet iklan setiap hari (per day) atau bajet sepanjang masa(lifetime):

Pilihan bajet seharian memblehkan anda kawal berapa jumlah kos iklan

yang anda mahu gunakan untuk kempen tersebut setiap hari. Contoh

jika anda letak RM15, sebaik sahaja kos iklan anda hit jumlah RM15, iklan

FB anda akan dihentikan dan bermula semula keesokan harinya. Kitaran

ini akan berterusan sehingga habis tempoh iklan yang anda tetapkan.

Bajet sepanjang masa pula membolehkan anda kawal berapa jumlah

keseluruhan kos iklan yang anda mahu labor sepanjang tempoh masa

yang telah anda tetapkan. Setiap bajet yang anda pilih ini tertakluk

kepada satu jenis kempen iklan sahaja.

2. Klik Show Advanced Options untuk lihat jenis bayaran yang kita buat di

Facebook.

Bidding option: Anda boleh pilih pelbagai cara bidding untuk kawal kos

iklan FB. Anda boleh bid untuk clicks, impressions, atau objektif iklan anda

(cth: FB page post engagement). Jika anda pilih recommended (pilih

berdasarkan default), bidding anda akan secara automotik dibuat untuk

bantu anda capai objektif iklan anda.

Tempoh iklan berjalan

Nama kempen iklan

Bajet seharian

Page 35: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

35

i. COST PER IMPRESSION (CPM) – Lajukan iklan yang keluar

CPM ialah Cost per Impression atau dengan kata lain teknik

pengiklanan di mana kita hanya bayar satu harga sahaja untuk

setiap 1000 kali iklan itu keluar.

Ada beza dengan CPC:

a. CPC (Cost Per Click): 1 klik = kos

b. CPM (Cost Per Thousand Impressions): 1000 kali keluar iklan =

kos

Kelebihan teknik ini ialah iklan kita cepat tersebar kepada orang

lain. Kekurangannya ialah iklan kita boleh cepat naik dan boleh

cepat turun. Sangat berisiko.

ii. Teknik mengunakan CPM

a. Pastikan CTR iklan kita mencecah 4% ke atas (dan mempunyai

sales yang bagus) Jika kita pilih CPC (costs per clicks): Iklan kita

banyak orang klik dan banyak orang membeli (sehingga CTR

mencecah 4% ke atas), dicadangkan tukar daripada CPC ke

CPM. Supaya iklan kita akan keluar dengan lebih cepat lagi

dengan kos yang lebih rendah.

b. Tengok prestasi iklan kita setiap hari

Jika iklan kita berjalan dan mempunyai respon/sales, biarkan

iklan berjalan. Jika sudah tiada respon, hentikan iklan dan buat

yang baru

Page 36: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

36

CARA KETAHUI IKLAN BAGUS

1. Sekiranya kita dah buat iklan, dah tarik ramai orang dan banyak iklan

sudah dihantar. Bagaimana nak periksa samada iklan kita itu bagus serta

effektif ataupun tidak?

2. Ini dapat diperiksa dengan memeriksa peratusan CTR. CTR ialah Click

Through Rate, dimana ianya ialah peratusan klik yang diperolehi

daripada orang yang tengok iklan kita.

3. Peratusan CTR yang elok

i. Jika CTR ialah 0.4% ke atas, itu bermakna ianya cukup OK.

ii. Jika CTR ialah 2% ke atas, bermakna iklan kita sudah bagus dan

boleh diteruskan.

iii. Jika CTR ialah 4% ke atas, itu bermakna iklan kita adalah sangat

bagus dan boleh terus gunakan teknik CPM atau BOOST POST jika

diperlukan.

4. Apa yang menjadi keutamaana ialah tahap ROI (Return On investment)

Apa yang paling penting bila kita buat iklan ialah, bukannya teknik yang

digunakan, bukanlah berapa bajet yang dikeluarkan, bukanlah benda-

benda itu semua, tetapi berapa Pulangan Pelaburan (ROI) iklan kita

i. Berapakah pulangan yang kita dapat?

ii. Berapakah keuntungan yang kita dapat dari hasil pelaburan iklan?

Berapa Kita Labur VS Berapa Kita Dapat?

Page 37: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

37

TEKNIK CLOSING SALE

Closing sale adalah sangat penting untuk membuat jualan. Oleh itu, susunannya

perlu mengikut turutan dan meyakinkan. Ini caranya:

1. BERI SALAM

Mulakan reply dengan beri salam.

Jika non muslim, boleh tulis “Salam sejahtera <nama >”

2. TERIMA KASIH

Kemudian ucapkan terima kasih sebab dia PM kita dan berminat dengan

produk kita.

3. TERANGKAN PRODUK/SERVIS SEKALI LAGI

Terangkan sekali lagi dengan detail tentang produk kita. Apa yang dia

akan dapat, apa pilihan yang ada dan lain-lain. Terangkan sampai habis.

4. BERIKAN TESTIMONY (JIKA ADA)

Testimoni adalah sangat POWERFUL. Sangat meyakinkan pelanggan. Jika

ada testimoni, tulis macam ni:

Jika kita ada screenshot/gambar testimoni lebih baik kerana impak dari

testimonial bergambar lebih meyakinkan dan dekat dengan pembeli

UPSELL

Beri salam

Terima kasih

Terangkn produk / servis sekali

lagi

Beri testimoni

Letak kredibiliti

Bonus

Jaminan

Cara Bayaran

Sense of Urgency

Page 38: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

38

5. LETAKKAN KREDIBILITI

Kredibiliti ialah bukti kepercayaan orang terhadap produk. Jika

produk/servis kita pernah keluar dalam TV misalnya, produk kita akan

Nampak lebih credible

6. BONUS (JIKA ADA)

Untuk mengikat pelanggan dengan produk kita, masukkan bonus! Sebab

bonuslah yang membezakan kita dengan orang lain.

7. JAMINAN

Tambahkan lagi keyakinan pelanggan dengan meletakkan jaminan

pulangan wang! Untuk meyakinkan pelanggan yang wang mereka

selamat dilaburkan.

8. CARA BAYARAN

Ini ialah bahagian paling PENTING sekali! Iaitu bahagian pembayaran.

Terangkan bagaimanakah caranya untuk membuat pembayaran

seringkas dan semudah yang mungkin.

9. SENSE OF URGENCY

Masukkan elemen yang memaksa orang untuk bertindak cepat.

Contohnya:

i. Teknik produk nak habis

ii. Produk ini hanya tinggal <bilangan> unit je lagi

iii. Teknik masa terhad

iv. Promosi hanya sah sehingga <tarikh> sahaja

v. Teknik gunakan masalah pelanggan

vi. Adakah <nama> ingin tunggu lama lagi untuk selesaikan

<masalah>? Tempah sekarang kalau nak hilangkannya dengan

segera!

10. UPSELL

Jika kita ada produk tambahan yang BOLEH MENAMBAH NILAI PEMBELI,

maka jualkan sekali sebagai UPSELL. Kebanyakan orang yang membeli

akan memilih upsell sebanyak 70%. Rugi jika tak buat upsell.

11. CTA SURUH BELI

JANGAN TUNGGU LAGI DAN BERTINDAK SEKARANG!!

Sila like page kami untuk lebih banyak lagi

Page 39: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

39

CONTOH AYAT CLOSING SALE

Assalamualaikum/Salam sejahtera <nama>.

Terima kasih <nama> kerana berminat dengan

<produk>.

Untuk pengetahuan <nama>, produk ini

didatangkan dengan:

1) Video tutorial bagaimana menjual baju kurung

Dalam video ini <nama> akan belajar macamana

nak jual baju kurung dengan senang.

2) Video tutorial bagaimana membina website.

Video ini pula menunjukkan bagaimana membina

website untuk menjual baju wanita.

Untuk pengetahuan <nama>, produk ini sudahpun

mendatangkan hasil 5 angka kepada seorang

pengguna kami. Ini testimoninya:

“Wah sekali tengok terus pandai jual baju!

Memang power!” – Cik Tipah

Dan satu lagi >> http://website.com/testimoni.jpg

Produk ini sudahpun keluar dalam TV3 disebabkan

keberkesanannya membantu orang ramai.

Dan BONUS untuk pembeli produk ini, <nama>

akan dapat VIDEO BONUS bernilai RMXXX secara

PERCUMA!

Produk ini juga didatangkan dengan jaminan

pulangan wang sebanyak 100% selama 30 hari.

Berminat?

Harga asal produk ini ialah RMXXX tetapi <nama>

tak perlu bayar RMXXX, <nama> hanya bayar

RMXX sahaja.

Jika berminat:

1. Buat pembayaran di <nombor akaun> dan

hantarkan bukti pembayaran ke <email>

2. Kami akan sahkan pembayaran.

3. Produk dihantar menggunakan <cara

penghantaran produk>

Untuk pengetahuan <nama>, produk ini hanya

tinggal <bilangan> unit je lagi/promosi hanya sah

sehingga <tarikh> sahaja. Lebih baik tempah

sekarang sebelum habis.

BERI SALAM

TERIMA KASIH

TERANGKAN PRODUK - Buat dalam bullet point

- Ceritakan kelebihan atau

hasil yang akan mereka

dapat dengan produk

anda

BERI TESTIMONI

BERI KREDIBILITI - Produk pernah keluar TV

BERI BONUS - Bonus percuma atau free

gift untuk pembeli

JAMINAN - Tambah keyakinan untuk

beli sebab penjual tidak

akan tawarkan gantirugi

kecuali mereka betul-betul

yakin produk berkesan

CARA BAYARAN

SENSE OF URGENCY - Buatkan mereka rasa perlu

beli secepat mungkin

Page 40: HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN … · Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian anda melalui penulisan, berkongsi gambar, ... Jangan pos gambar anda

40

Adakah <nama> berminat dengan teknik

pemasaran di Internet? Dengan teknik ini, <nama>

akan dapat memasarkan website <nama>

dengan lebih berkesan lagi.

Harga asal ialah RMXXX tetapi <nama> hanya

perlu tambah RMXX sahaja untuk

mendapatkannya.

JANGAN TUNGGU LAGI DAN BERTINDAK

SEKARANG!!

Sila like page kami untuk lebih banyak lagi

page>

UPSELL

CALL TO ACTION - Suruh mereka beli

sekarang