10-peralatan-pengujian

11
1. Sit and reach box Ujian sit and reach digunakan untuk mengukur kelenturan. Bahagian badan yang telibat dapat mengukur kelenturan ini ialah otot belakang dan hamstring. Prosedur: 1. Pelajar dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan 2. Letakkan kotak tepat ke dinding. 3. Pelajar duduk melunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan lurus kehadapan. 4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. 5. Keuda-dua jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. 6. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat. 7. Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan. Pemberian skor: Penilaian Lelaki (cm) Perempuan (cm)

Upload: farah-najwa-ahmad-puad

Post on 24-Sep-2015

79 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

10-peralatan-Pengujian

TRANSCRIPT

1. Sit and reach box

Ujian sit and reach digunakan untuk mengukur kelenturan. Bahagian badan yang telibat dapat mengukur kelenturan ini ialah otot belakang dan hamstring.

Prosedur:1. Pelajar dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan

2. Letakkan kotak tepat ke dinding.

3. Pelajar duduk melunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan lurus kehadapan.

4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri.

5. Keuda-dua jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak.

6. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat.

7. Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan.

Pemberian skor:

PenilaianLelaki (cm)Perempuan (cm)

Sangat baik88.8981.27

Baik88.89-82.5581.27-77.47

Sederhana82.54-74.9377.46-67.31

Kurang baik74.92-67.3167.30-61.60

Sangat kurang baikKurang dari 67.31Kurang dari 61.60

2.Pengukur lipatan kulit (Lafayette) Prosedur:

1. Penguji hendaklah terlebih dahulu menentukan bahagian badan mana yang hendak diukur.

2. Cubit lipatan kulit yang hendak diukur dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

3. Kaliper dikepitkan 1 cm dari ibu jari dan ibu telunjuk.

4. Pengukuran dijalankan di bahagian kanan subjek yang berdiri.

5. Bacaan diambil selepas 2 hingga 5 ketipan dibuat.

6. Rekod bacaan pada 0.1 cm yang terdekat.

7. Proses ini diulang sebanyak 3 kali.

Peringatan:

1. Mengikut Jackson and Pollock, bacaan bagi lelaki diambil pada dada, abdomen dan peha manakala perempuan bacaan diambil pada tricep, supraillium dan peha.

2. Dapatkan titik tengah pada setiap bahagian yang hendak diukur dan tandakan dengan x.

3. Cubit sedikit kulit pada bahagian yang bertanda x dan kepitkan kaliper pada bahagian tersebut.

Butiran lokasi lipatan:

1. Triceps:

i) Tangan kanan dikendurkan.

ii) Lipatan kulit diukur pada bahagian lengan di pertengahan jarak antara proses acromion dan proses alekranon.

iii) Bacaan diambil 1 cm di atas lipatan dan selari dengan paksi memanjang di bahagian lengan.

2. Quadricepsthigh:

i) Keadaan peha hendaklah relaks dan berat badan dipindahkan ke kaki kiri.

ii) Pengukuran lipatan dibuat pada pertengahan jarak antara tulang pinggul dan permukaan patella sebanyak 1 cm dengan paksi memanjang peha.

3. Abdominal:

i) Lipatan diambil secara melintang 3 cm dari pusat, 1 cm ke bawah.

4. Pectoralis major:

i) Pengkuran lipatan kulit diambil pada pertengahan jarak antara aksil dan puting dada setinggi yang boleh pada lipatan axilarry interior.

ii) Ukuran diambil secara melintang sebanyak 1 cm di bawah tempat cubitan.

Pengukuruan:

1. Skor diambil dari purata untuk 3 kali percubaan.2. Terdapat dua cara untuk menentukan peratus lemak badan iaitu:

a) Nomogram:

Tandakan umur subjek pada skala umur.

Tandakan jumlah purata lipatan kulit pada skala jumlah lipatan kulit.

Dengan menggunakan pembaris dan pensel, sambungkan titik umur kepada tikit jumlah lipatan kulit.

Titik dimana garisan sambungan itu merentasi skala peratus lemak badan adalah nilai peratus lemak badan subjek itu.

b) Formula regress peratus badan dari jumlah lipatan kulit 3 tempat.

Catatan:

1. Penguji perlu berkemahiran dan berpengetahuan dalam menggunakan peralatan pengukuran.

2. Penggunaan alat tidak piawai atau yang telah diubahsuai boleh mempengaruhi keputusan ujian.

3.Ujian Helmas

Penguji dapat mengenal pasti tahap pencapaian bagi subjek untuk reaksi masa

Prosedur:

1. Naik atas lantai sensor.

2. Letakkan kad pada alat mesin helmas.

3. Baca arahan yang tertera pada mesin dan dengar arahan.

Jangan lompat terlalu tinggi.

Lompat selepas bunyi beep.

Lompat selaju mungkin.

4. Tekan butang mula dan berdiri dalam keadaan bersedia.

5. Tunggu bunyi beep dan lompat selaju mungkin. Ujian ini perlu dilakukan sebanyak dua kali dalam waktu yang ditetapkan oleh mesin antara cepat atau lambat.

Norma ujian:

Catatan masa:

Tahap pencapaianLelaki (saat)Perempuan (saat)

Cemerlang1.50 ke bawah1.70 ke bawah

Baik1.51-2.781.71-2.90

Sederhana2.792.91

Lemah3.003.20

Sangat lemah4.00 ke atas4.20 ke atas

4.Balance board (one foot standing balance feet)

Mengukur dirian imbangan subjek dengan satu kaki sambil berdiri di atas permukaan yang tidak stabil.

Prosedur:

1. Subjek meletakkan papan imbang di tengah kotak segiempat yang terletak di atas permukaan yang stabil.

2. Subjek kemudian meletakkan sebelah kaki di tengah papan imbangan mengangkat kaki yang sebelah lagi dari lantai dan mengimbangi badannya seberapa lama yang boleh.

3. Masa diambil dari saat kaki kedua diangkat dari lantai.

5.Kayu bass melintang

Kayu bass melitang digunakan untuk mengukur tahap keseimbangan statik. Pelaku perlu berada di atas permukaan bebola kaki.

Ukuran kayu bass:

Tebal: 3.5 cm

Lebar: 9.8 cm

Panjang: 152 cm

Prosedur:

1. Subjek berdiri dengan meletakkan bahagian bebola kaki yang dominan di atas kayu bass secara melintang.

2. Subjek mendepakan tangan dan mengangkat sebelah kaki dari lantai, sambil cuba mengimbangkan badan setiap kali selepas isyarat diberikan oleh penguji.

3. Bacaan masa akan dimulakan dan penguji akan membaca skor untuk setiap saat bacaan.

Norma Ujian

Tahap pencapaianLelakiPerempuan

Cemerlang225 ke atas180 ke atas

Baik165-224140-179

Memuaskan65-16460-139

Lemah15-6415-59

Sangat lemah0-140-14

6. Karada scan

Fungsi utama karada scan ialah untuk mengetahui kandungan lemak dalam badan

Prosedur:

1. Tekan butang on/off untuk menghidupkan karada scan.

2. Masukkan maklumat diri mengikut arahan alat tersebut. Pengukuran akan dimulakan apabila peserta berdiri dengan kedua-dua kaki berada di atas alat tersebut.

3. Peserta perlulah meletakkan kedua-dua tapak tangan pada pemegang elektrod dengan jari tengah berada di alur pemegang. Lengan peserta perlulah berada pada sudut 90 darjah dan dilarang bergerak semasa proses pengukuran dilakukan.

4. Setelah mengesahkan maklumat peserta dengan tepat, perkataan ready akan terpapar pada skrin alat tersebut dan tekan butang start untuk memulakan proses pengukuran.

5. Paparan di skrin akan berkelip dari kiri ke kanan dan menunjukkan keputusan dalam masa 7 saat. Satu lagi pengukuran peserta yang sama boleh dimulakan apabila perkataan ready dipaparkan.

6. Setelah selesai, tekan butang on/off untuk mematikan alat tersebut.

Norma ujian komposisi berat badan menggunakan karada scan

LelakiPerempuan

UmurPeratusUmurPeratus

20-398.0-19.9 %20-3921.0-35.9%

40-5911.0-21.0 %40-5923.0-33.9%

60-7924.0 -35.9 %60-7924.0-35.0%

7. Reaction time stick

Reaction time stick digunakan untuk mengukur kepantasan reaksi tangan apabila rangsangan diberikan.

Prosedur:

1. Subjek duduk dikerusi dalam keadaan rehat.

2. Tangan yang dominan diletakkan di atas meja. Subjek akan disapu dengan kapur penanda pada ibu jari dan jari telunjuk. Kedudukan jari terkeluar 3-4 inci dari sisi meja.

3. Kedudukan jari subjek seperti bersedia dengan jarak menyepit di antara ibu jari dan jari telunjuk seluas 1 inci.

4. Penguji memegang kayu pengukur pada bahagian atas dan biarkan kayu pengukur tergantung diantara ibu jari dengan jari telunjuk.

5. Subjek menumpukan perhatian kepada bahagian yang ditandakan pada alat pengukur.

6. Seterusnya, penguji berkata SEDIA dan melepaskan kayu pembaris diantara ibu jari dan jari telunjuk subjek pada bila-bila masa dengan selang masa yang berbeza-beza.

7. Subjek menyepit kayu pembaris dengan keadaan tangan kekal di atas meja.

8. Subjek diberikan percubaan 3-4 kali sebelum diuji.

Norma skor ujian:

Tahap pencapaianCatatan masa (saat)

Cemerlang0-0.13

Sangat baik0.14-0.19

Baik0.20-0.23

Sederhana0.24-0.27

lemahLebih dari 0.28