1.0 pendahuluan kt

3
1.0 PENDAHULUAN. Kajian tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan pengkaji sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Masalah ini akan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. 1.1 PENGENALAN. Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam setiap mata pelajaran, terutamanya dalam Bahasa Malaysia. Bagi menguasai bacaan yang baik, murid haruslah menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana hal ini merupakan asas yang perlu dikuasai oleh seseorang murid. Kemahiran membaca perlu dititikberatkan dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa kanak- kanak adalah asas perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh pengetahuan melalui pengalaman membaca. Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan membawa kesan yang berlanjutan terutamanya dari segi pemerolehan pengetahuan. Jadi, kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang lemah membaca tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat yang diperoleh dalam pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek dalam kehidupan dan pelajar yang menghadapi masalah membaca sukar untuk

Upload: farah-fazley

Post on 05-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

we

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Pendahuluan Kt

1.0 PENDAHULUAN.

Kajian tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan

pengkaji sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Masalah

ini akan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak

mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan

diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut.

1.1 PENGENALAN.

Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam setiap mata pelajaran,

terutamanya dalam Bahasa Malaysia. Bagi menguasai bacaan yang baik, murid haruslah

menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana hal ini merupakan asas yang perlu

dikuasai oleh seseorang murid. Kemahiran membaca perlu dititikberatkan dalam pendidikan

terutamanya pada peringkat awal persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai

hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa kanak-kanak adalah asas

perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh pengetahuan melalui

pengalaman membaca. Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan membawa kesan

yang berlanjutan terutamanya dari segi pemerolehan pengetahuan. Jadi, kelemahan

penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang lemah membaca tidak boleh

dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat yang diperoleh dalam pembacaan boleh

digunakan untuk pelbagai aspek dalam kehidupan dan pelajar yang menghadapi masalah

membaca sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran (Tamam et al.

2010).

Menurut Yahya Don (2005),matlamat utama dasar bahasa Melayu dalam sistem

pendiikan adalah membina tenaga manusia berilmu yang cekap bahasa Melayu bagi

membangunkan atau memajukan negara.Namun begitu,dalam era globalisasi ini beberapa isu

dan cabaran melibatkan bahasa Melayu itu sendiri termasuklah kekurangan guru opsyen dan

krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami penjenamaan semula kepada bahasa Malaysia

kembali semula kepada bahasa Melayu.

Kemahiran membaca yang lemah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengikuti

pembelajaran formal. Malah, kegagalan membaca akan membawa kepada risiko kegagalan

Page 2: 1.0 Pendahuluan Kt

semasa di sekolah (Mercer 2005). Kajian mengatakan kanak-kanak memperoleh kemahiran

kesediaan membaca yang menyeluruh mendapat keputusan yang baik pada tahap tinggi dan

mampu memberi respons yang memberangsangkan (Rita Kurnia & Rohaty 2009). Kanak-kanak

yang mahir membaca lebih terdedah dengan pembacaan buku yang ditentukannya sendiri.

Menurut Saayah et al. (2010), interaksi buku dan rakan sebaya dapat memberi peluang kepada

kanak-kanak meneroka dunia buku mengikut citarasa mereka iaitu mereka dapat mencuba

membaca dan mengenali konsep membaca bersama rakan-rakan sebaya.

Menurut Ang Jit Eng ( 2007 ),kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca ini

adalah sebab dan punca utama murid menimbulkan masalah disiplin dengan tujuan untuk

menarik perhatian guru atau rakan-rakannya.Kajian ini memberi tumpuan kepada proses

membaca pada peringkat asas iaitu membatangkan suku kata bagi kemahiran membaca suku

kata KVK + KVK murid.

Bahasa Melayu ialah matapelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua

peringkat persekolahan.Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

( 2003 ),terdapat tiga kemahiran utama yang difokuskan iaitu kemahiran lisan , kemahiran

membaca dan kemahiran menulis.Dasar ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan

keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras tujuannya sebagai bahasa ilmu.