1.0 latarbelakang jabatan -...

16
-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011- Program Puncak Jaya 1 1.0 LATARBELAKANG JABATAN 1.1 Nama Jabatan Yayasan Pahang (YP) ditubuhkan pada 29 September 1983 melalui Enakmen Yayasan Pahang Bilangan 6/82 pada 18 Disember 1982. Fungsi utama YP adalah untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang mengurus serta membantu memperkembangkan bidang pendidikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan dalam usaha untuk menyediakan modal insan yang mahir dan berketrampilan dikalangan rakyat negeri Pahang. 1.2 Visi Jabatan Menjadi yayasan negeri yang unggul di Malaysia bagi menaikkan nama Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan tinggi, berkemahiran, matang dan seimbang. 1.3 Misi Jabatan a. Menggalakkan kemajuan dalam bidang pendidikan untuk rakyat negeri Pahang dan rakyat yang menetap di dalam negeri ini sebagai pemangkin dalam melahirkan modal insan negara. b. Memperluaskan peluang-peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti. c. Menggalakkan dan membantu perkembangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, perindustrian, politik, aktiviti komersil, sukan, seni dan kebudayaan, ekonomi dan sosial.

Upload: doandang

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

1

1.0 LATARBELAKANG JABATAN

1.1 Nama Jabatan

Yayasan Pahang (YP) ditubuhkan pada 29 September 1983 melalui Enakmen Yayasan

Pahang Bilangan 6/82 pada 18 Disember 1982.

Fungsi utama YP adalah untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang mengurus serta

membantu memperkembangkan bidang pendidikan, kemasyarakatan, sukan dan

kebudayaan dalam usaha untuk menyediakan modal insan yang mahir dan

berketrampilan dikalangan rakyat negeri Pahang.

1.2 Visi Jabatan

Menjadi yayasan negeri yang unggul di Malaysia bagi menaikkan nama Kerajaan Negeri

Pahang untuk mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan tinggi, berkemahiran,

matang dan seimbang.

1.3 Misi Jabatan

a. Menggalakkan kemajuan dalam bidang pendidikan untuk rakyat negeri Pahang

dan rakyat yang menetap di dalam negeri ini sebagai pemangkin dalam

melahirkan modal insan negara.

b. Memperluaskan peluang-peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti.

c. Menggalakkan dan membantu perkembangan dalam bidang penyelidikan dan

pembangunan, perindustrian, politik, aktiviti komersil, sukan, seni dan

kebudayaan, ekonomi dan sosial.

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

2

2.0 LATARBELAKANG PROGRAM / INOVASI

2.1 Nama Program

Program ini dinamakan Program Puncak Jaya dan dilaksanakan oleh Yayasan Pahang

(YP) melalui Jabatan Bantuan Pendidikan secara tahunan bermula pada tahun 2009.

2.2 Objektif Program

Program ini dilaksanakan dengan objektif utamanya untuk meningkatkan bilangan anak-

anak Pahang di institusi pengajian tinggi dan memastikan golongan pelajar pertengahan

dapat meneruskan palajaran selepas tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.3 Kumpulan Sasaran

Peserta program yang dipilih untuk mengikuti program ini adalah dari kalangan pelajar

halus (Harap Lulus). Golongan ini memiliki tahap pencapaian akademik di paras

pertengahan dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk gagal dalam

peperiksaan. Mereka ini tidak diletakkan harapan tinggi untuk melanjutkan pelajaran

selepas peperiksaan SPM.

Pelajar-pelajar yang dipilih perlu menepati ciri-ciri yang ditetapkan seperti berikut:

* 10% -3A dan 2 kredit

* 20% -2A dan 3 kredit

* 20% -1A dan 4 kredit

* 50% -Pencapaian 5 kredit: asas IPTA

Jika kriteria tersebut tidak dapat dipenuhi, pelajar juga boleh dipilih mengikut kelulusan

seperti berikut:

* Pencapaian 4 kredit dan 1 lulus atau

* Pencapaian 3 kredit dan 2 lulus atau

* Pencapaian 2 kredit dan 3 lulus

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

3

Pemilihan berdasarkan kriteria ini dibuat dengan mengambilkira markah peperiksaan

calon semasa berada di Tingkatan Empat. Data ini diperolehi daripada pihak sekolah

dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) bagi sekolah

harian biasa dan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi sekolah agama.

Bagi pihak YP, ini merupakan program pertama yang mensasarkan golongan pelajar ini.

Program-program lain atau terdahulu, baik yang dijalankan oleh pihak YP ataupun JPNP

lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang atau dalam kategori yang lebih

baik.

Sejak tahun 2009, program Puncak Jaya telah disertai oleh 581 orang pelajar dari 55

buah sekolah dari daerah Bentong, Bera, Lipis dan Temerloh. Secara terperinci,

sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :

BIL NAMA SEKOLAH (BENTONG – 2009) BIL. PELAJAR

123456789101112131415

SMK AGAMA PELANGAISMK KATHOLIKSMK SERI PELANGAI SMK CHEMOMOI SMK SERI BENTONGSMK KETARISMK KARAKSMK BUKIT TINGGISMK KUALA REPASSMK TELEMONGSMK (LKTP) KG. SERTIKSMK TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZANSMK BENTONGSMK SULAIMANSMK KHAI MUN

313

20273421151937132623251815327

BIL NAMA SEKOLAH (BERA – 2010) BIL. PELAJAR

12345678910

SMK BANDAR KERAYONGSMK SERI BERA SMK BUKIT MENDI SMK PURUNSMK BERA BANDAR 32SMK TRIANG 3SMK KEMAYANSMK TRIANG SMK TEMBANGAUSMK MENGKARAK

4643463544

43

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

4

BIL NAMA SEKOLAH (TEMERLOH – 2010) BIL. PELAJAR

123456789101112131415161718

SMK BUKIT DAMARSMK SERI BAHAGIASMK LANCHANGSMK ABU BAKARSMK TELUK SENTANGSMK BUKIT CERMINSMK KUALA KRAUSMK TEMERLOHSMK SERI SEMANTANSMK SEBERANG TEMERLOHSM TEKNIK PUTERI TEMERLOHSMK DATUK BAHAMANSMK PAYA PULAISM TEKNIK TEMERLOHSMK KERDAUSMK TEMERLOH JAYASMK HWA LIANSMK SERI TUALANG

97

1038496865

10545

301

19150

BIL NAMA SEKOLAH (LIPIS - 2010) BIL. PELAJAR

123456789101112

SMK SETIA WANGSASMK KERAMBITSMK TEKNIK SHASSMJK CHUNG HWASMK SG KOYANSMK PADANG TENGKUSMK PANGLIMA GARANG ABDUL SAMADSMK KUALA LANARSMK ORANG KAYA HAJISMK BENTASMA AL – ITTIHADIAHSMK MERAPOH

4117566607504

61581

2.4 Jawatankuasa Induk

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan IKIP

International College. Pembentukan modul asal dan konsultan program ini adalah pihak

UiTM sementara IKIP sebagai badan pelaksana. Bermula pada tahun 2011, semua

urusan perundingan dan operasi pelaksanaan telah diserahkan sepenuhnya kepada

pihak IKIP.

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

5

Struktur organisasi Badan Induk untuk program ini adalah seperti berikut :

-

Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Program ini pula adalah seperti berikut :

Penasihat : YAB Menteri Besar Pahang

Pengerusi Bersama : 1. Pengurus Besar Yayasan Pahang

2. Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang

3. Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang

4. Presiden, IKIP International College

Timbalan Pengerusi : 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

2. Koordinator Pendidikan YP

Naib Pengerusi : 1. Pengurus Pendidikan YP

2. Ketua Sektor Pengurusan Akademik,JPNP

3. Naib Presiden Pentadbiran dan Pembangunan, IKIP

Setiausaha : 1. Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan YP

2. Ketua Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan

Akademik JPNP

3. Penolong Pengurus, IKIP

PERUNDINGAN

YAYASAN PAHANG JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG (JPNP)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG (JAIP)

IKIP INTERNATIONAL COLLEGE

OPERASI

1.Pembangunan Modul & Latihan2.Pengumpulan Data & Analisa3.Penyelarasan Aktiviti & Fasilitator

1. Penyelarasan Operasi 2. Logistik & Pentadbiran3. Pengangkutan & Penginapan4. Makanan, Cenderahati, Promosi dll.

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

6

2.5 Kaedah Pelaksanaan

Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa seperti berikut iaitu :

a. Fasa 1

Program Puncak Jaya Fasa 1 dijalankan dengan objektif seperti berikut :

i. Membentuk motivasi diri ke arah kecemerlangan rohani dan akademik

pelajar.

ii. Meningkatkan kemahiran pengendalian tugas individu dalam setiap diri

pelajar

iii. Memberikan pendedahan suasana belajar di IPT

iv. Meningkatkan pengetahuan dalam pemilihan kerjaya

Pengisian bagi Fasa 1 ini adalah :

i. Unfreezing and Team Building Game

ii. Latihan Dalam Kumpulan

iii. Ceramah Motivasi dan Permainan Minda

iv. Analisis Diagnostik Pelajar 1 & 2

v. Stail Pembelajaran

vi. Program Pembangunan Diri 1 (Pengurusan Masa)

vii. Bengkel Keperluan Akademik

viii. Kemahiran Pembelajaran

ix. Kerohanian

x. Tayangan Video

xi. Sukan

KETERANGAN 2009 2010 2011Tarikh 9 – 11 Jun 2009 14 - 16 Jun 2010 17 – 19 Jun 2011Tempat SMK Seri Bentong UiTM Jengka Politeknik Muadzam Shah

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

7

b. Fasa 2

Program Puncak Jaya Fasa 2 dijalankan dengan objektif seperti berikut :

i. Memberikan pendedahan suasana belajar di IPT kepada pelajar yang

terlibat dalam program tersebut.

ii. .Meningkatkan pengetahuan dalam pemilihan kursus kerjaya yang

ditawarkan IPT.

iii. Mengenalpasti kursus yang dipohon dan mempelajari teknik yang betul

dalam pengisian borang kemasukan ke IPT.

iv. Pengukuhan sahsiah dan pembangunan diri dalam menghadapi

temuduga ke IPT.

Pengisian bagi Fasa 2 ini ialah:

i. Group Dynamic ( Team Building)

ii. Pemilihan Kursus

iii. Teknik Mengisi Borang

iv. Ceramah Kerjaya

v. Ceramah Motivasi

vi. Latihan Dalam Kumpulan

vii. Bengkel Menghadapi Temuduga

viii. Dialog bersama Tokoh Anak Pahang

ix. Sukan

KETERANGAN 2009 2010 2011Tarikh 1 – 3 Nov. 2009 15 - 17 Okt. 2010 Belum dijalankanTempat UiTM Puncak Alam UiTM Puncak Alam &

UiTM Puncak

Perdana

Belum dijalankan

c. Fasa 3 – Online Application

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

8

Objektif Program Puncak Jaya Fasa 3 ini adalah untuk :

i. Membantu peserta-peserta Puncak Jaya telah menerima keputusan

peperiksaaan SPM untuk mengisi borang kemasukan ke IPTA/S secara

online.

ii. Memberikan taklimat dan garis panduan cara pemilihan kursus yang betul

berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi.

iii. Memberikan khidmat nasihat dan kaunseling dalam pemilihan kursus

yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan dan minat pelajar.

iv. Memastikan peserta-peserta Puncak Jaya mengisi borang permohonan

online dengan tepat untuk memastikan fasa terakhir diikuti seterusnya

melengkapkan proses keseluruhan progrsam dan objektif utama program

dicapai.

Pengisian bagi Fasa 3 ini ialah:

i. Khidmat nasihat kaunseling secara berkumpulan dan peribadi

ii. Taklimat kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPT dan pusat-pusat

kemahiran

iii. Pendaftaran ke IPT secara ‘online’ menggunakan komputer yang

disediakan

KETERANGAN 2009 2010 2011Tarikh 17 & 18 Mac 2010 29 & 30 Mac 2011 Belum dijalankanTempat 1. SMK Ketari,

Bentong

2. SMK Seri

Pelangai,

Bentong

1. SMV Sultan Hj.

Ahmad Shah,

Lipis

2. SMK Abu Bakar,

Temerloh

Belum dijalankan

3.0 MASALAH - MASALAH YANG DIHADAPI

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

9

Masalah-masalah yang dihadapi yang menyebabkan program ini perlu dijalankan adalah

seperti berikut :

3.1 Tidak Ada Kursus Khas Untuk Golongan Pelajar Pertengahan

Sebahagian besar kursus akademik lebih menumpukan kepada dua golongan pelajar

iaitu :

a. Golongan pelajar cemerlang yang diharapkan dapat mencapai keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan SPM

b. Golongan pelajar lemah yang seringkali gagal dan kursus diberikan dengan

harapan golongan ini akan lulus dalam peperiksaan SPM mereka.

Ini menyebabkan golongan pertengahan terabai dan tidak menerima perhatian

sewajarnya. Mereka jua tidak dapat menerima kursus untuk pelajar cemerlang atau

lemah kerana tahap pemikiran yang berbeza. Kurangnya perhatian terhadap golongan

ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk gagal berbanding untuk berjaya dalam

pelajaran dan masa hadapan mereka.

3.2 Tahap Motivasi Yang Rendah

Berikutan kegagalan mereka dalam pelajaran dan kurangnya perhatian diberikan

kepada mereka, golongan ini selalunya mempunyai tahap motivasi yang rendah dan

tidak bersemangat tinggi untuk belajar. Keadaan ini akan menyebabkan mereka gagal

mencapai kecemerlangan akademik secara terus menerus kerana merasakan tidak

mempunyai harapan untuk berjaya sepertimana pelajar lain yang lebih cemerlang.

3.3 Pencapaian Keputusan SPM Yang Rendah

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

10

Berdasarkan rekod-rekod lepas, sebahagian besar dari golongan pelajar ini selalunya

gagal meneruskan pelajaran walaupun ke Tingkatan Enam kerana mendapat keputusan

peperiksaan SPM yang rendah. Harapan untuk melanjutkan pengajian adalah amat tipis

dan selalunya sebahagian mereka memilih untuk mencari kerja dengan hanya

menggunakan keputusan SPM.

3.4 Pilihan Kerjaya Yang Sukar

Oleh kerana keputusan peperiksaan yang rendah dan kegagalan melanjutkan pelajaran

ke peringkat yang lebih tinggi, golongan ini seterusnya akan menghadapi masalah

membuat pilihan kerjaya yang baik untuk mereka. Pilihan yang ada pada mereka adalah

lebih kecil dan berpendapatan rendah serta tidak mempunyai laluan kerjaya yang baik.

3.5 Kurang Jaminan Masa Hadapan

.Dengan pilihan dan laluan kerjaya yang sukar, jaminan masa hadapan golongan ini

adalah lebih rendah berbanding pelajar yang lebih baik. Ini akan menyebabkan potensi

sebenar mereka tidak dapat diteroka dan dibunakan dalam masyarakat dan ekonomi.

Negara akan mengalami kerugian modal insan akibat berlakunya keadaan ini.

4.0 KEDUDUKAN SEBELUM DAN SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

11

Berdasarkan kriteria pemilihan peserta program, sebahagian besar mereka hanya

memperolehi 5 kredit dalam peperiksaan semasa di Tingkatan 4. Oleh yang demikian,

peluang mereka untuk berjaya dalam SPM seterusnya melanjutkan pelajaran adalah

rendah.

Bagaimanapun, perubahan yang amat ketara dapat dilihat selepas mereka mengikuti

program ini. Kenaikan yang ketara jelas dapat dilihat dalam gred matapelajaran semua

peserta yang terlibat. Secara ringkas, peningkatan gred matapelajaran ditunjukkan

dalam jadual berikut.

GRED 2009 2010TING. 4 SPM +/- % TING. 4 SPM +/- %

A

B

C

D

E

G

262

354

493

336

305

652

538

590

564

388

206

116

276

236

71

52

-99

-536

105%

67%

14%

16%

-32%

-82%

157

188

193

75

92

177

329

247

196

96

37

9

172

59

3

21

-55

-168

109%

31%

2%

28%

-59%

-95%

Nota : Jumlah peserta bagi 2009 ialah 327 orang dan bagi 2010 ialah seramai 253 pelajar.

Jadual di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara bagi gred A dalam kedua-dua tahun

program ini dijalankan. Bagi tahun 2009, jumlah gred A semasa peperiksaan di Tingkatan 4

adalah sebanyak 262 unit. Selepas mengikuti program ini, jumlah gred A meningkat kepada 538

unit iaitu peningkatan sebanyak 276 unit atau 105% daripada jumlah asal. Gred B, C dan D juga

meningkat pada kedua-dua tahun program ini dijalankan.

Lebih membanggakan, gred E dan G menurun dengan banyak untuk kedua-dua tahun program

berlangsung. Penurunan kedua-dua gred ini adalah selaras dengan peningkatan gred A, B, C

dan D.

Peratusan peserta yang berjaya melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM bagi tahun

2009 dan 2010 ditunjukkan dalam jadual berikut :

STATUS 2009 2010BIL % BIL %

Melanjutkan pelajaran ke IPTA

Melanjutkan pelajaran ke IPTS

97

28

29.7

8.6

79

5

31

2

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

12

Memasuki pusat latihan GIATMARA

Memasuki Institut Kemahiran MARA

Melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti

Melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi

Melanjutkan pelajaran ke Politeknik

Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 (Pra-Universiti)

Menunggu Tawaran Kedua ke IPT

Bekerja

3

1

4

0

0

143

40

11

0.9

0.3

1.2

0

0

43.7

12.2

3.4

0

13

73

78

0

5

0

5

29

31

0

2JUMLAH 327 100 253 100

Berdasarkan Jadual di atas, bagi tahun 2009, seramai 276 orang (84.4%) peserta telah

meneruskan pengajian mereka. Jumlah terbesar meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 (pra-

universiti) diikuti ke IPTA dan IPTS. Sebahagian besar pelajar yang melanjutkan pelajaran ke

Tingkatan 6 adalah dari pelajar sekolah agama. Ini berkemungkinan kerana pelajar dari aliran

agama pada kebiasaannya akan menduduki peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

sebelum mengikuti program yang berkaitan di universiti. Tidak semua IPTA tempatan yang

menerima pelajar lepasan SPM, sehubungan itu, meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam

dan mengambil peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) adalah cara yang terbaik

untuk memohon dan mengikuti program tertentu di IPT.

Lebih membanggakan, bagi tahun 2009 ini, seramai 15 orang peserta program ini telah terpilih

sebagai pelajar terbaik SPM di sekolah masing-masing, sekalipun mereka pada asalnya adalah

pelajar golongan sederhana sahaja. Kesemua 15 pelajar tersebut adalah:

BIL NAMA PELAJAR SEKOLAH KEPUTUSAN SPM

STATUS

1

2

3

4

Norhayati Din

Nur Hanani

Muhammad Afzani

Gayathri

SMK Sulaiman

SMK Bentong

SMK Seri Bentong

SMK Ketari

9A1B

8A1B1C

8A1B1C

7A3B1C

Uni. Islam Antarabangsa

Uni. Malaya (Asasi Sains)

Matrikulasi

Tawaran Kedua IPT

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

13

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Chung Jun Kee

Noor Rashidah

Nor Hidayah Bt. Arbain

Komathy A/P Mani

Zarith Marissa Mustafa

Safwan Shamsuddin

Nur Akmal Iman

Muhammad Syukri Fikri

Nurhanini Mohd Hanif

Siva Das A/L Mena Some

Sew Wern Khai

SMK Seri Pelangai

SMK LKTP Kg. Sertik

SMK Chemomoi

SMK Kuala Repas

SMKT Tg. Ampuan Afzan

SMK Agama Pelangai

SMK Khai Mun

SMK Bukit Tinggi

SMK Karak

SMK Telemong

SMK Katholik

7A2C

7A2B2C1G

6A1B2C

6A2B1D

6A2B1D

6A2B1C2D

4A1B3C

4A1C3D

4A1B1C3D1E

3A2B2C2D

3A2B2C1D1E

Tingkatan 6

Uni. Darul Iman

Matrikulasi

Tingkatan 6

Uni. Teknologi MARA

Uni. Teknologi Malaysia

Tingkatan 6

Uni. Teknologi MARA

Uni. Teknologi MARA

Maktab Perguruan

Tingkatan 6

Bagi tahun 2010 pula, seramai 248 orang (98%) peserta telah melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi. Jumlah terbesar melanjutkan pelajaran ke IPTA (31%) dan

Tingkatan 6 (pra-universiti) (31%) diikuti oleh politeknik (29%).

Jadual ini juga menunjukkan peningkatan peserta yang melanjutkan pelajaran meningkat

sebanyak 13.6% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Pencapaian ini merupakan satu

rekod yang membanggakan dan perlu dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang.

Secara graf, pencapaian bagi kedua-dua tahun program ini dijalankan ditunjukkan seperti

berikut :

Status Pelajar PPJ 2009Daerah Bentong

3.4

43.7

1.2 1.28.6

29.7

01020304050

KERJA/ TING 6 KOLEJKOMUNITI

GIATMARA &IKM

IPTS IPTA

Status

Pera

tus

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

14

5.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

5.1 Program Pertama Mensasarkan golongan pelajar GALUS

Program Puncak Jaya ini merupakan program pertama yang mensasarkan kepada

golongan pelajar kategori galus iaitu golongan pelajar yang pencapaian akademiknya

Status Pelajar PPJ 2010Daerah Temerloh, Bera & Lipis

2 2

29

5

31 31

05

101520253035

KERJA/ IPTS &INSTITUT

KEMAHIRAN

POLITEKNIK MATRIKULASI TINGKATAN 6(PRA U)

IPTA

Status

Pera

tus

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

15

adalah sederhana. Program-program anjuran YP sebelum ini lebih banyak tertumpu

kepada golongan pelajar yang pencapaian akademiknya lebih baik dan diharapkan

mampu untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang.

5.2 Penggunaan Kaedah Diagnostik

Kaedah diagnostik digunakan dalam program ini untuk mengukur kekuatan dan

kelemahan seseorang peserta. Data yang dapat dikumpul melalui kaedah diagnostik ini

antaranya adalah :

• Profil Demografik Pelajar

Maklumat jantina, etnik, sosio ekonomi dan lain-lain.

• “Field Dependency” Pelajar

Kecenderungan pelajar kepada matapelajaran tertentu

Mengenalpasti kaedah pembelajaran pelajar

• Lokus Kawalan Pelajar

Keupayaan pelajar untuk mengawal diri serta impak persekitaran

• “Multiple Intelligency” Pelajar

Tahap kepintaran pelajar

Jenis kepintaran pelajar

• Skala Motivasi Pelajar

Tahap motivasi dan kecenderungan pelajar untuk Berjaya

• Penguasaan ( Mastery ) Matapelajaran

Keupayaan untuk menguasai sesuatu matapelajaran dengan cemerlang

Keputusan diagnostik ini dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan peserta

seterusnya dapat membantu peserta memberi tumpuan kepada subjek yang sesuai

dengan mereka untuk membuat pilihan kursus ke IPT dan menentukan kerjaya yang

sesuai untuk mereka.

5.3 Pembinaan Modul Baru

-Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011-Program Puncak Jaya

16

Memandangkan program untuk golongan ini belum pernah dijalankan dan golongan ini

mempunyai tahap pemikiran yang berbeza daripada kumpulan sasaran yang lain, modul

baru bagi keseluruhan program ini perlu dibuat. Modul baru yang dibina mencakupi

ketiga-tiga fasa dalam program ini.

Pengisian dalam setiap modul juga perlu dilakukan dengan teliti agar dapat dicapai dan

memenuhi tahap pemikiran mereka. Pengisian ini turut melibatkan Latihan Dalam

Kumpulan, Team Building, Ceramah, Kuliah Agama dan aktiviti sukan.

5.4 Program Yang Tidak Mengajar Matapelajaran

Pelajar sebaliknya lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah, motivasi,

mengenal kekuatan dan kelemahan diri untuk membina kerjaya masa hadapan serta

peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pilihan mereka tanpa

langsung menyentuh atau mengajar sebarang mata pelajaran.