1 masalah kajian

12
BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 PENDAHULUAN Sains adalah merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk manusia mencari perjelasan yang rasional tentang alam. Ini termasuklah kajian tentang rasional tentang fenomena alam yang berlaku yang melibatkan kehidupan di dalam alam biologi, unsur-unsur dalam alam fizikal dan saling berhubung antara satu sama lain. Strategi pengajaran dan pembelajaran Sains menekankan pendekatan inkuiri penemuan sama ada secara induktif atau deduktif yang berpusatkan aktiviti pelajar. Pembelajaran Sains menjadi lebih menarik dan bermakna jika idea-idea dan kebolehan , sikap,nilai serta pengalaman pelajar diberi perhatian dan layanan sewajarnya dari guru. Pelbagai pengalaman harus disediakan oleh guru bagi mewujudkan pembelajaran efektif. Dalam konteks pendidikan sains para guru seharusnya memulakan pengajaran dengan mengenal pasti konsep-konsep sains yang sedia ada pada diri pelajar dan merancang aktviti yang sesuai supaya dapat distruktur semula konsep-konsep sains tersebut ke arah konsep sains yang sebenar. Mengikut teori Aussubel , pengetahuan awal pelajar sebagai faktor penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Sementara John Dewey mengatakan bahawa guru yang cekap seharusnya melaksanakan pengajaran dan

Upload: mridzuanaptb

Post on 16-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan: Masalah Kajian

TRANSCRIPT

MASALAH KAJIAN /PENDAHULUAN

BAB 1

MASALAH KAJIAN 1.1PENDAHULUANSains adalah merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk manusia mencari perjelasan yang rasional tentang alam. Ini termasuklah kajian tentang rasional tentang fenomena alam yang berlaku yang melibatkan kehidupan di dalam alam biologi, unsur-unsur dalam alam fizikal dan saling berhubung antara satu sama lain. Strategi pengajaran dan pembelajaran Sains menekankan pendekatan inkuiri penemuan sama ada secara induktif atau deduktif yang berpusatkan aktiviti pelajar. Pembelajaran Sains menjadi lebih menarik dan bermakna jika idea-idea dan kebolehan , sikap,nilai serta pengalaman pelajar diberi perhatian dan layanan sewajarnya dari guru. Pelbagai pengalaman harus disediakan oleh guru bagi mewujudkan pembelajaran efektif.

Dalam konteks pendidikan sains para guru seharusnya memulakan pengajaran dengan mengenal pasti konsep-konsep sains yang sedia ada pada diri pelajar dan merancang aktviti yang sesuai supaya dapat distruktur semula konsep-konsep sains tersebut ke arah konsep sains yang sebenar. Mengikut teori Aussubel , pengetahuan awal pelajar sebagai faktor penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Sementara John Dewey mengatakan bahawa guru yang cekap seharusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman pelajar secara berterusan. Proses pembelajaran yang menitikberatkan idea, pengalaman atau konsepsi tentang sesuatu disebut sebagai konstruktivitisme .

Konstruktivisme merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut fahaman konstruktivisme ilmu pengetahuan tidak harus dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang sempurna. iaitu diibaratkan bekas kosong sementara guru berperanan menuangkan khazanah ilmu ke dalam mental pelajar. Guru memberi-pelajar menerima, guru memberi arahan pelajar akan melaksanakan arahan guru, tidak lebih dari itu. Budaya bilik darjah yang sunyi sepi dan beku dianggap terkawal dan berdisiplin. . Guru bukan lagi sebagai sumber segala maklumat tetapi sebagai satu dari sumber maklumat atau pengetahuan.

Oleh yang demikian, dengan menggunakan BBM yang menarik dan sesuai merupakan satu alternatif terbaik dalam bindang pendidikan kini. Abdul Rahim Saad(1987) pernah mengatakan bahawa proses pembelajaran boleh dijadikan mudah seronok sekiranya terdapat penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.. Selain itu, kebosanan murid terhadap sesuatu subjek yang mereka tidak gemari dapat dikurangkan malah mungkin dapat menarik minat mereka terhadap subjek tersebut. Ini sekaligus dapat meningkatkan tumpuan murid terhadap pelajaran dan seterusnya menjana kemajuan pelajaran mereka kelak

1.2 LATAR BELAKANG MASALAHBanyak kajian dalam dekad 90-an mengenai bagaimana kanak-kanak belajar Sains selalunya dikaitkan dengan contructivist view(Angguire, Haggerty dan Linder, 1990)Hasil kajian Agguire et al ( 1990 ) mengenai pembelajaran sains mempunyai banyak tanggapan, tidak faham konsep yang diajar dan pelajar-pelajar kurang didedahkan maklumat yang rigid dan tepat mengenai topik yang diajar serta kurang memahami isitilah-istilah sains.

Melalui kajian ini, pelajar-pelajar akan dapat mempelajari pelbagai proses Sains dalam memperkembangkan minda mereka yang mengatakan sains adalah satu mata pelajaran yang sukar difahami.Mereka akan didedahkan dengan pelbagai teknik dan tunjuk ajar yang berkesan untuk menguasai satu bidang atau elemen Sains yang dipelajari dengan mudah berkesan. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempelajari mata pelajaran lain dan ia amat menyeronokkan dan menimbulkan minat pelajar-pelajar terus mencuba untuk mendapatkan maklumat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut kamus komputer ( 1993 ) , sistem pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu susunan objek atau komponen untuk membentuk sesuatu kesatuan, satu set fakta,prinsip, peraturan dan sebaaginya yang diklasifikasi serta disusun mengikut susunan yang logik serta bersandarkan antara satu sama lain.( Pressman 2001 ). Sistem yang dimaksudkan dalam bahagian ini ialah sistem pengajaran seperti perisian pengajaran bantuan komputer (PPBK), modul pembelajan atas talian, modul bercetak atau pelbagai bahan atau media pengajaran yang digabungkan untuk membentuk satu sistem pengajaran.1.3PERNYATAAN MASALAHTahap pendidikan Sains di kalangan pelajar melayu terutama pelajar-pelajar di luar bandar menjadi satu masalah. Minat yang tinggi dipercayai datangnya dari pembentukkan sikap positif oleh satu kenyataan yang ditegaskan oleh Khuler( 1951) minat merupakan salah satu aktiviti yang ingin dilakukan bagi menghasilkan kerja yang baik. Menurut Tylor( 1973 ) menyatakan bahawa kesedaran terhadap pertumbuhan memerlukan perhatian yang teliti kebolehan afektif untuk mencapai objektif pendidikan yang ditetapkan.

Malahan , rata-rata pelajar pada hari ini, tidak memahami konsep, istilah dan fakta-fakta yang diberi secara langsung semasa proses pengajaran-pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Adakah kelemahan penyampaian dan kaedah yang digunakan oleh guru adalah penyebab kepada kegagalan pelajar-pelajar memahami konsep, istilah Sains dengan lebih tepat?Selain itu, bersesuaian dengan matlamat kerajaan ingin menjadi negara maju 2020, langkah ini bertepatan untuk melahirkan generasi berlimu dan bertunjangkan sains dan teknologi standing dengan negara-negara lain. Ini merangsang mereka untuk terus belajar dan mendalami Sains sebagai landasan untuk mencapai hasrat murni kerajaan tadi.

1.4 KERANGKA KONSEP

Penggunaaan nota ringkas model konstruktivisme Meningkatkan daya

ingatan dan minat pelajar

Kaedah mengajar konsep berat dan jisim

dalam bidang Sains

lebih menyeronokkan

Sikap dan minat pelajar

Berdasarkan jadual rangka konsep di atas pembelajaran konstruktivisme dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu pembeloh ubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar merujuk kepada kaedah atau teknik konstruktivisme yang digunakan sama ada memberi kesan atau tidak kepada pelajar-pelajar untuk mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Sains adalah salah.Manakala pembolehubah bersandar pula merujuk pancapaian pelajar-pelajar dalam pra ujian dan pos ujian. .Pembolehubah bersandar juga merujuk kepada pencapaian yang diperoleh oleh kelas rawatan dan eksperimen sebelum dan selepas kaedah konstruktuvisme diterapkan kepada pelajar-pelajar sama ada meningkat atau tiada sebarang perubahan pencapaian mereka.1.5TUJUAN KAJIAN1.5.1 Objektif kajian ini secara amnya bertujuan untuk:

1. mengenalpasti sama ada kaedah konstruktivisme dapat meningkatkan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran khususnya berkaitan dengan konsep

berat dan jisim

2.Menilai kemahiran pelajar-pelajar membuat bandingbeza antara konsep berat dengan jisim.

3. Menilai keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam mempengaruhi minat pelajar-pelajar terhadap Sains.

1.5.2Persoalan Kajian

1. Adakah pencapaian pelajar-pelajar ini berubah setelah keadah konstruktivisme

diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam topik berkenaan?

2.Adakah pelajar dapat membuat bandingbeza maksud berat dengan jisim?

3.Sejauhmanakah keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam mempengaruhi minat mereka dalam mata pelajaran Sains?1.5.3Hipotesis

Terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian antara mereka

Berhubung dengan konsep berat dan jisim

Terdapat perkaitan signifikan antara kandungan konsep berat dan jisim

dalam membuat hubungkait bandingbeza.

1.6 KEPENTINGAN KAJIANWalau bagaimana pun, kajian ini juga amat penting secara keseluruhannya terhadap pengkaji, guru dan orang lain sebagai sumber rujukan mereka . Antaranya ialah sikap pelajar terhadap guru yang mengajar serta keadaan persekitaran pembelajaran perlu diambil kira bagi menentukan pencapaian objektif pelaksanaan mata pelajaran tersebut.

Bagi Crow dan Crow ( 1983 ) mengatakan bahawa segala aturan pembelajaran adalah digunakan untuk membangkitkan minat dan kecekapan pelajar, tetapi gerak balas pelajar dalam menghadapi pelajaran adalah merupakan asas kepada sifat dan jenis pembelajaran berlaku.

Akhir sekali semoga hasil kajian yang dibentangkan, dapat memberi panduan serta kesedaran positif kepada semua pihak yang terlibat untuk pendidikan dalam meningkatan prestasi dan minat pelajar dapat diteruskan dalam mata pelajaran Sains terutama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terutama di kawasan luar bandar.

1.7BATASAN KAJIANKajian ini hanya melibatkan pembelajaran konstruktivisme dan diajar untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 PPK dan 1 KRK yang terdiri daripada 71 orang pelajar iaitu 30 lelaki dan 41 pelajar perempuan .dan tidak melibatkan secara keseluruhan pelajar SMK Ceneh Baru.Tajuk yang dipilih ialah berat dan jisim. Pelajar-pelajar dibahagikan dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan terkawal.

1.8DEFINISI ISTILAH & OPERASI

Pembelajaran Konstruktivitisme

Ia merupakan pembelajaran yang menekankan pembinaan pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran lama dengan pembelajaran baru. Unsur yang paling penting ialah pelajar membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membanding maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Pelajar boleh merancang , menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Guru berperanan sebagai fasilatator , pembimbing atau pengurus di dalam bilik darjah masing-masing.

( Pedagogi Sains 2, Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains, Oleh: Poh Swee Hiong, 1997 )

KeberkesananKebekesanan ini merujuk kepada pemahaman seseorang terhadap sesuatu konsep atau cara bagi meninigkatkan pencapaian dalam pembelajaran.Gagne( 1977 ) telah menghuraikan pembelajaran konsep sebagai proses mengenal diri yang sama daripada objek atau konsep. Pembelajaran ini adalah bertentangan dengan perbezaan yang berterusan untuk mencari ciri-ciri yang berbeza.

Kamus dewan ( 1989 ) , perihal laksananya ( sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya ).Tetapi menurut konteks kajian keberkesanan ialah sesuatu perkara atau perubahan yang membawa kepada tingkahlaku positif seperti yang dikehendaki.Pengajaran

Pengajaran adalah segala usaha yang dipelajari atau diajar, ilmu pengetahuan ( yang diperolehi ) proses ( usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan ( ilmu pengetahuan ) yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan.

Pembelajaran

Merujuk kepada Crow et. Al ( 1983 ) pembelajaran ialah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Pemahaman Konsep

Pemahaman konsep boleh didefiniskan sebagai satu idea atau gambaran mental yang dihasilkan oleh otak. Ia boleh dibandingkan sebagai satu penerimaan kemahiran baru sesuatu aliran fikiran yang terbentuk dalam otak.

1.9RUMUSAN

Pembelajaran konstruktivisme boleh menjadi katalis dan motivasi kepada pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran terutama untuk subjek sains kerana terdapat integrasi di antara pengalaman sedia ada( konsep-konsep lama ), pengalaman baru ( konsep-konsep baru ), penglibatan aktif aktiviti berasaskan hand on and minds on, ketrampilan guru dan keakraban guru-pelajar.

BBM yang disediakan oleh pihak sekolah kini bukanlah kuno untuk kita gunakan, malah ia seiring dengan kehendak dan keadaan masa kini. Guru-guru juga harus memberi penekanan kepada mutu pengajaran mereka agar boleh mewujudkan komunikasi sihat dengan pelajar agar ilmu yang disampaikan diterima dengan mudah.

Ujian Pra( Pencapaian Semasa Murid )

Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme

Ujian Pos( Pencapaian Selepas Rawatan )

Pencapaian Pelajar ( Pengutipan Data )

PAGE 8

_1288446691.unknown

_1288446733.unknown