universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · pdf file1.2 latar belakang masalah 1.3 pernyataan...

26
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN PRASEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DI DAERAH SEGAMAT JAYANTHY A/P S. MURUGESU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lekhuong

Post on 05-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KERAJAAN DAN SWASTA DI DAERAH SEGAMAT

JAYANTHY A/P S. MURUGESU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN PRASEKOLAH KERAJAAN

DAN SWASTA DI DAERAH SEGAMAT

SESI : 2008/2009 Saya : JAYANTHY A/P S. MURUGESU

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjan/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institisi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisi ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(Tandatangan Penulis)

JAYANTHY A/P S. MURUGESU

Alamat Tetap:

8,JALAN KASAWARI, TAMAN MEWAH,

85300 LABIS, JOHOR. Tarikh: 30 OKTOBER 2008

(Tandatangan Penyelia)

PROF. MADYA. DR. AZIZI B. HJ. YAHAYA

Alamat Tetap :06010 Changlon, Kedah Darulaman Tarikh : ________________

Disahkan Oleh

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Jayanthy a/p S. Murugesu”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI B. HJ.YA HAYA

Tarikh : ..................................................

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KERAJAAN DAN SWASTA DI DAERAH SEGAMAT

JAYANTHY A/P S. MURUGESU

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER/ 2008

PENGAKUAN

“Saya

akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’.

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : JAYANTHY A/P S. MURUGESU

Tarikh : ................................................

DEDIKASI

Kepada semua ahli keluarga

Sepanjang masa ini memberi kerjasama dan dorongan

Kudoakan kalian sihat sejahtera.

Kepada teman seperjuangan

Bakti dan bantuan kalian

Akan tetap terpahat di jiwa

PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Azizi b. Hj.

Yahaya, selaku penyelia yang membimbing, memberi teguran, pandangan serta

tunjuk ajarnya sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Dr. Yusof Boon selaku

penyelaras PKPGB ambilan 1 dan semua pensyarah UTM yang banyak memberi

bantuan dan semangat serta dorongan kepada saya.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua guru SJK(T) Ldg.Sungai

Muar, Segamat, serta semua rakan-rakan yang sudi membantu menjayakan kajian

latihan ilmiah ini.

Terima kasih khusus kepada suami serta anak-anak yang memahami serta

memberi ruang untuk menyempurnakan kajian ini.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta di Daerah Segamat. Objektif kajian ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap prasekolah kerajaan dan swasta, kemudahan infrastruktur yang disediakan di prasekolah kerajaan dan swasta, pengetahuan guru di prasekolah kerajaan dan swasta, keberkesanan kurikulum di prasekolah kerajaan dan swasta, pencapaian murid prasekolah kerajaan dan swasta dan mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru, kurikulum prasekolah dan pencapaian pelajar dengan persepsi ibu bapa prasekolah kerajaan dan swasta. Kajian ini telah melibatkan seramai 80 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke prasekolah kerajaan dan swasta di Daerah Segamat melalui kaedah soal selidik. Data yang telah dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan kecil antara prasekolah kerajaan dan swasta dari segi faktor-faktor persepsi ibu bapa, kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru, keberkesanan kurikulum dan pencapaian pelajar.

ABSTRACT

This research was done to observe parents’ perception on government and private pre-school education. The objectives of this research were to identify the parents’ perception towards government and private pre-schools, infrastructures provided at government and private pre-schools, level of knowledge among teachers at government and private pre-schools, effectiveness of curriculum in government and private pre-schools, students’ achievement at government and private pre-schools and to identify if there was any significant difference between infrastructures, teachers’ knowledge, pre-schools’ curriculum and students’ performance with the parents’ perception towards government and private pre-schools. This research has been carried out to 80 parents those who send their children to government and private preschool using a set of questionnaires. The data collected has been analyzed by Statistical Packages for Social Science (SPSS) in forms of frequency, percentage and mean value. The findings showed that, there is a minimum different between government and private pre-schools in accordance to parents’ perception, infrastructures provided, level of knowledge among teachers, effectiveness of curriculum and students’ achievement

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1

4

6

6

7

8

8

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi/Istilah Kajian

9

10

1.9.1 Prasekolah

1.9.2 Kanak-kanak Prasekolah

1.9.3 Kurikulum Pendidikan Prasekolah

1.9.4 Kemudahan Infrastruktur

1.9.5 Pengetahuan Guru

1.9.6 Pencapaian Murid

1.9.7 Persepsi

10

11

11

12

12

13

13

BAB II TINJAUAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.1.1 Pendapat Friedrich Froebel (1782-1852)

mengenai prasekolah

2.1.2 Pendapat Maria Montessori (1870-1952)

mengenai prasekolah

2.1.3 Pendapat Al-Ghazali mengenai

prasekolah

14

16

16

2.2 Kajian Dalam Negeri 17

2.2.1 Prasekolah

2.2.2 Kurikulum Pendidikan Prasekolah

2.2.3 Pencapaian Akademik Murid Prasekolah

17

18

18

2.3 Kajian Luar Negeri 19

2.3.1 Kemudahan Infrastruktur

2.3.2 Kelayakan Dan Pengetahuan Guru

2.3.3 Kurikulum Prasekolah

19

20

21

2.4 Pendekatan Teori 22

2.4.1 Teori Keperluan Maslow

2.4.2 Teori Permodelan Bandura

2.4.3 Penggunaan teori-teori ini dalam kajian

ini

22

23

24

2.5 Kerangka kajian 25

BAB III METODOLOGI 26

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan persampelan Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.8 Analisis Data

3.9 Penutup

26

26

27

27

29

32

33

34

36

BAB IV DAPATAN KAJIAN 37

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A (Latar belakang Responden )

37

37

4.2.1 Jantina

4.2.2 Umur

4.2.3 Bangsa

4.2.4 Bilangan Anak

4.2.5 Bilangan Anak Di Prasekolah

4.2.6 Pekerjaan

4.2.7 Kelulusan Akademik

4.2.8 Pendorong Utama Menghantar Anak

Belajar Di Prasekolah

4.2.9 Jenis Prasekolah Anak

38

38

39

40

41

42

43

44

45

4.3 Bahagian B ( Analisis Persoalan kajian ) 45

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah persepsi ibu

bapa terhadap prasekolah Kerajaan dan

46

swasta?

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah kemudahan

infrastruktur yang disediakan di

prasekolah kerajaan dan swasta?

4.3.3 Persoalan kajian 3: Apakah pengetahuan

guru di prasekolah kerajaan dan swasta?

4.3.4 Persoalan kajian 4: Apakah kurikulum

yang terdapat di prasekolah kerajaan dan

swasta?

4.3.5 Persoalan Kajian 5: Apakah pencapaian

pelajar di prasekolah kerajaan dan swasta?

50

54

58

62

4.4 Hipotesis

4.5 Tahap Penerimaan Responden

4.6 Kesimpulan

65

70

71

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 72

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

72

73

5.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah persepsi ibu

bapa terhadap prasekolah kerajaan dan

swasta?

5.2.2 Persoala Kajian 2: Apakah kemudahan

infrastruktur yang disediakan di

prasekolah kerajaandan swasta?

5.2.3 Persoalan Kajian 3: Apakah pengetahuan

guru di prasekolah kerajaan dan Swasta?

5.2.4 Persoalan Kajian 4: Apakah kurikulum

yang terdapat di prasekolah kerajaan dan

swasta?

5.2.5 Persoalan kajian 5 : Apakah pencapaian

murid di prasekolah kerajaan dan swasta?

74

74

76

78

79

5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kepada Pihak/Guru Prasekolah

5.3.2 Cadangan Lanjutan

5.4 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

81

81

82

83

84

SENARAI JADUAL

NO

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Bilangan pelajar dan ibu bapa di empat buah prasekolah

yang dipilih untuk kajian

28

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan,

D.W

28

3.3 Bilangan Sampel 29

3.4 Skala Pemeringkatan Likert 30

3.5 Aspek Persoalan Kajian Dan Ringkasan Kandungan Item

Soalan Bagi Bahagian B

31

3.6 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 33

3.7 Nilai kebolehpercayaan setiap skala persepsi ibu bapa

terhadap Prasekolah kerajaan dan swasta

34

3.8 Pemilihan statistik berasaskan skala perukuran 35

4.1 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

jantina

38

4.2 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

umur

38

4.3 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

bangsa

39

4.4 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

bilangan anak

40

4.5 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

bilangan anak di prasekolah

41

4.6 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

pekerjaan

42

4.7 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

kelulusan akademik

43

4.8 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

pendorong utama menghantar anak belajar di prasekolah

44

4.9 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

jenis prasekolah anak

45

4.10 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Persepsi ibubapa bagi prasekolah kerajaan

46

4.11 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Persepsi Ibubapa bagi prasekolah swasta

47

4.12 Taburan Min dan perbezaan min Responden Mengikut

Persepsi Ibubapa

48

4.13 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Kemudahan Infrastruktur bagi prasekolah

kerajaan

50

4.14 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Kemudahan Infrastruktur bagi prasekolah

Swasta

51

4.15 Taburan min dan perbezaan Min Responden Mengikut

Kemudahan Infrastruktur

52

4.16 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Pengetahuan Guru bagi prasekolah kerajaan

54

4.17 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Pengetahuan Guru bagi prasekolah Swasta

55

4.18 Taburan min dan perbezaan Min Responden Mengikut

Pengetahuan Guru

56

4.19 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Kurikulum Sekolah bagi prasekolah Kerajaan

58

4.20 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Kurikulum Sekolah bagi prasekolah Swasta

59

4.21 Taburan min dan perbezaan Min Responden Mengikut

Kurikulum Sekolah

60

4.22 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden

Mengikut Pencapaian Pelajar bagi prasekolah Kerajaan

62

4.23 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden 63

Mengikut Pencapaian Pelajar bagi prasekolah Swasta

4.24 Taburan min dan perbezaan Min Responden Mengikut

Pencapaian Pelajar

64

4.25 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

Kemudahan Infrastruktur dengan persepsi ibu bapa

prasekolah kerajaan dan swasta

66

4.26 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

Pengetahuan Guru di prasekolah kerajaan dan swasta

67

4.27 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara

Kurikulum Prasekolah dengan persepsi bu bapa

prasekolah kerajaan dan swasta.

68

4.28 Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara

Pencapaian Pelajar dengan persepsi bu bapa prasekolah

kerajaan dan swasta

69

4.29 Tahap Penerimaan Responden 70

SENARAI RAJAH

NO

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Hierarki Keperluan Maslow mengikut peratusan

anggaran kepuasan individu

22

2.2 Kerangka Kajian Mengenai Persepsi ibu bapa Terhadap

Keberkesanan Prasekolah Kerajaan dan Swasta di

Daerah Segamat

25

Senarai Lampiran

Lampiran

a. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia.

b. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah oleh Jabatan Pelajaran

Negeri Johor.

c. Borang Soal Selidik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara Malaysia akan menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun

2020. Untuk merealisasikan wawasan ini modal insan perlu diperkembangkan

dengan sebaiknya.

Faktor utama ke arah pembentukan dan perkembangan modal insan ialah

pendidikan. Proses pendidikan inilah yang membentuk dan mencorak personaliti

seseorang individu.

Kanak-kanak pada hari ini akan menjadi dewasa kelak. Sebahagian daripada

mereka diharap mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Masyarakat menghadapi cabaran untuk melahir dan membesarkan anak-anak untuk

menjadi cerdas, dinamik, progresif, mantap, kreatif dan sihat. Penglibatan ibu bapa

secara posititif melalui proses bimbingan dan pembangunan anak-anak dapat

mewujudkan masyarakat maju yang berfikir secara kreatif,progresif dan dinamik

dalam budaya sains dan teknologi di samping mengekalkan cirri-ciri kekeluargaan

yang baik.

2

Kanak-kanak merupakan satu-satunya golongan yang amat peka pada alam

sekitar. Oleh itu kanak-kanak perlu diasuh, dididik dan dijaga agar perkembangan

jasmani, rohani dan inteleknya dapat disediakan sebelum mereka memasuki alam

persekolahan formal iatu darjah satu Fried Withem Froebel (1782-1850).

Perlu diketahui bahawa peranan pendidik dalam pembangunan sumber

tenaga manusia bukan hanya bermula apabila seseorang kanak-kanak itu menjejak

kaki ke sekolah rendah, malah lebih awal lagi.

Kanak-kanak mula diasuh oleh ibubapa sejak kecil lagi. Bak kata pepatah

Melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pepatah ini menunjukkan betapa

mustahaknya pendidikan kanak-kanak bermula dari awal lagi.

Pendidikan prasekolah adalah merupakan waktu yang baik bagi membentuk

dan memupuk perkembangan kecerdasan dan potensi kanak-kanak. Ia juga

merupakan kesinambungan dari pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan

prasekolah amat penting bagi seorang kanak-kanak kerana ia berfungsi sebagai

institusi awal yang membentuk akhlak, tabiat perlakuan dan budi bahasa dari

peringkat awal lagi.

Menurut Rohaty (1979) mengulas kenyataan Bloom bahawa perkembangan

intelek kanak-kanak pada umur empat tahun adalah 50 peratus, dari empat hingga ke

lapan tahun perkembangan inteleknya adalah 30 peratus dan lapan hingga ke tujuh

belas tahun adalah 20 peratus. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak diberi kasih

sayang, pendidikan dan penjagaan yang sempurna kerana kegagalan dalam

melaksanakan tanggungjawab ini akan membawa akibat yang tidak baik apabila

mereka meningkat dewasa kelak.

Masalah dalam pendidikan tidak pernah ada kesudahannya, di mana ia

sentiasa mengalami arus perubahan supaya ia lebih dinamik dan berkualiti untuk

melahirkan generasi muda berwawasan. Pendidikan menjadi asas penting dalam

melahirkan masyarakat berpengetahuan untuk menguasai pelbagai bidang ilmu bagi

menerajui pembangunan dan kemajuan negara.

3

Menurut Mohd.Amin(1977), Pertumbuhan yang pesat bagi kanak-kanak

berlaku di peringkat umur prasekolah iatu lima hingga enam tahun. Oleh itu

pendidikan yang sempurna di peringkat prasekolah penting bagi pertumbuhan diri

yang seimbang dan sempurna.

Penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti di prasekolah membolehkan

mereka mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu, bau

dan sentuh. Bukan itu sahaja, kanak-kanak dapat berinteraksi dengan alam sekeliling

secara menyelidik, menyiasat dan mencuba sesuatu dengan penuh minat dan kreatif

dalam suasana gembira (Asiah 1987).

Memandangkan pertumbuhan prasekolah di Malaysia berlaku seperti

cendawan yang tumbuh selepas hujan, maka wujudlah persaingan antara prasekolah-

prasekolah ini dari aspek objektif, strategi,misi dan visi serta kurikulum. Ini

memberikan alternatif kepada para ibubapa dalam memilih prasekolah bagi anak-

anak mereka. Ibubapa tidak harus terpengaruh dengan aspek-aspek luaran seperti

bayaran yang tinggi dan bangunan yang cantik semata-mata.

Pihak-pihak prasekolah perlu merancang,mengkaji dan membuat penilaian

tentang persekitaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bukannya mementingkan

keuntungan semata-mata. Ini kerana kanak-kanak belajar melalui pengalaman

mereka terhadap persekitaran. Apa yang dilihat, didengar dan dialami oleh mereka

akan diterima dan ditafsir mengikut tahap pemikiran mereka sendiri. Cara mereka

mentafsir lebih kepa imaginasi dan tanggapan mereka sahaja (Singer dan Revenson,

1978).

Menyedari akan kepentingan prasekolah ini, semakin ramai ibubapa

menghantar anak mereka ke pusat prasekolah. Kewujudan prasekolah sudah menjadi

suatu realiti yang tidak dapat diketepikan lagi.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan kanak-kanak prasekolah menjadi semakin penting bagi

menyediakan kanak-kanak berumur dari lima hingga enam tahun kepada suasana

persekolahan sebenar sebelum memasuki alam persekolahan.

Pendidikan awal kanak-kanak terutamanya diperingkat prasekolah penting

untuk perkembangan yang sempurna di masa akan datang. Pendidikan prasekolah

tidak semata-mata berfungsi untuk pertumbuhan sosial dan kestabilan emosi kanak-

kanak sahaja.

Atan (1973) menyatakan ‘persekitaran yang melingkungi kanak-kanak

terutamanya diperingkat awal mempunyai kesan yang besar terhadap keupayaan

intelek mereka’. Rohaty (1979) pula membuat rumusan bahawa persekitaran kanak-

kanak prasekolah seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalamannya dan

ini dapat menggalakkan pencapaian mereka.

Ibubapa perlu dan sewajarnya membuat pertimbangan sebelum memilih

prasekolah untuk anak-anaknya. Proses mengasuh dan mendidik kanak-kanak

menjadi generasi berguna kepada bangsa dan agama bukanlah semudah menabur

wang ringgit di kaki mereka. Tugas mengasuh akan menjadi lebih mencabar

sekiranya pihak ibubapa yang bertanggungjawab untuk memikul tugas tersebut

terpaksa keluar bekerja. Faktor yang perlu dipertimbangkan oleh ibubapa semasa

memilih institusi prasekolah bukan saja kepada cara melaksanakan penggunaan

kurikulum prasekolah yang sesuai dengan kehendak mereka tetapi yang patut

dipertimbangkan tentang sejauhmanakah keberkesanannya dalam menyediakan

pengalaman yang dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak.

Persoalannya adalah kemudahan infrastruktur, kelayakan dan pengetahuan

guru dan kurikulum memenuhi program-program di dalam prasekolah yang

disediakan hanya sekadar menarik minat ibubapa atau benar-benar bermutu dan

sesuai untuk perkembangan mental dan fizikal serta pembentukan sikap ke arah

kesempurnaan.

5

Proses perkembangan mental kanak-kanak berlaku mengikut peringkat-

peringkat yang tertentu. Dalam kebanyakan kajian,peringkat-peringkat ini dikaitkan

mengikut keupayaan mental dan umur kanak-kanak. Namun begitu kanak-kanak

boleh di didikan dan diajar serta dibentuk untuk memahami sesuatu perkara. Kanak-

kanak boleh menerima sesuatu perkara yang baru diajar. Ini bergantung kepada

didikan yang diberikan kepadanya, kerana kanak-kanak diperingkat prasekolah

mempunyai sikap ingin tahu. Kanak-kanak selalu menyoal individu yang rapat

dengannya terutama ibubapa dan guru mereka. Soalan-soalan yang diajukan oleh

kanak-kanak ini perlulah diberi perhatian yang sewajarnya dan layanan yang sesuai

oleh ibubapa dan guru. Pengaruh dan peranan ibubapa,ahli keluarga dan masyarakat

serta sumbangan mereka sangat di perlukan semasa kanak-kanak membesar untuk

memupuk perasaan yakin diri dan mendorong meningkatkan perkembangan

kecerdasan.

Ketidaksempurnaan perkembangan kecerdasan kanak-kanak di peringkat

prasekolah ini boleh membawa akibat yang kurang baik apabila kanak-kanak ini

meningkat remaja. Menurut Abdul Manaf (1986), kanak-kanak yang lambat

mengalami perkembangan mental akan sukar menerima pelajaran yang diajar

dengan kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru kepada murid-murid. Kanak-

kanak yang mengikut program di prasekolah menghabiskan sepertiga daripada

kehidupan hariannya. Ini bermakna sebahagian besar daripada proses pembelajaran

dan perkembangan kanak-kanak yang optimum,prasekolah perlulah mempunyai

segala kemudahan yang diperlukan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi

dengan alam sekeliling secara menyelidik,menyiasat dan mencuba. Bagi mengatasi

masaalah ini ibubapa perlu berwaspada dalam memilih prasekolah untuk anak-anak

mereka. Ibubapa tidak patut terpedaya dengan iklan-iklan dan tarikan oleh mana-

mana pihak.

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian merupakan satu tinjauan persepsi keatas ibu bapa terhadap

keberkesanan pendidikan prasekolah kerajaan dengan swasta. Kajian ini juga

dijalankan untuk meninjau kenapa begitu ramai di kalangan ibubapa masa kini amat

gemar menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan prasekolah swasta

berbanding ke prasekolah yang dianjurkan oleh kerajaan. Apa yang menyebabkan

ibubapa ini tidak berminat menghantar anak mereka ke prasekolah kerajaan,

sedangkan prasekolah kerajaan tidak mengenakan bayaran. Apakah tahap

kemudahan infrastruktur, kurikulum dan pengetahuan guru yang disediakan adalah

berbeza atau pencapaian pelajar menjadi agenda yang terpenting. Kemampuan anak-

anak menguasai sesuatu ilmu yang bukan ditahap mereka akan menjadi suatu

kebanggaan kepada para ibubapa sedangkan prasekolah kerajaan mengajar sesuatu

yang relevan dengan usia anak-anak ini. Kajian ini akan mengurangkan skop kajian

dan cuba melihat kepada pencapaian pelajar dan apakah ia juga menjadi penyebab

kenapa ibubapa gemar menghantar anak mereka ke prasekolah swasta.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan pendidikan

prasekolah kerajaan dan swasta mengikut persepsi ibubapa. Kajian ini menumpukan

empat faktor iaitu pencapaian pelajar, kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru

dan kurikulum prasekolah. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap prasekolah kerajaan dan

swasta.

1.4.2 Untuk mengenal pasti kemudahan infrastruktur yang disediakan di

prasekolah kerajaan dan swasta.

7

1.4.3 Untuk mengenal pasti pengetahuan guru di prasekolah kerajaan dan swasta.

1.4.4 Untuk mengenal pasti keberkesanan kurikulum di prasekolah kerajaan dan

swasta.

1.4.5 Untuk mengenal pasti pencapaian murid di prasekolah kerajaan dan swasta.

1.4.6 Untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru, kurikulum prasekolah dan

pencapaian pelajar dengan persepsi ibu bapa prasekolah kerajaan dan swasta.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pencapaian pelajar, kemudahan infrastruktur, pengetahuan

guru dan kurikulum prasekolah menjadi pembolehubah yang utama dalam

mempengaruhi keberkesanan pendidikan prasekolah. Berikut adalah antara

persoalan kajian yang ingin dikaji dalam kajian ini:

1.5.1 Apakah persepsi ibu bapa terhadap prasekolah kerajaan dan swasta?

1.5.2 Apakah kemudahan infrastruktur yang disediakan prasekolah kerajaan dan

swasta?

1.5.3 Apakah pengetahuan guru di prasekolah kerajaan dan swasta?

1.5.4 Apakah keberkesanan kurikulum di prasekolah kerajaan dan swasta?

1.5.5 Apakah pencapaian murid di prasekolah kerajaan dan swasta?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan infrastruktur,

pengetahuan guru, kurikulum prasekolah dan pencapaian pelajar dengan

persepsi ibu bapa prasekolah kerajaan dan swasta?