sumathi a/p marimuthu...1.0 pengenalan 1 1.1 latar belakang masalah 2 1.2 pernyataan masalah 5 1.3...

24
MASALAH MASALAH DALAM MELAKSAAKA ASPEK ASPEK KESELAMATA DA KESIHATA MEGIKUT AKTA 514 DI IDUSTRI SERVIS AUTOMOTIF DI SEKITAR DAERAH KULAI JOHOR SUMATHI A/P MARIMUTHU UIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA 2009

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MASALAH MASALAH DALAM MELAKSAAKA ASPEK ASPEK

    KESELAMATA DA KESIHATA MEGIKUT AKTA 514 DI IDUSTRI

    SERVIS AUTOMOTIF DI SEKITAR DAERAH KULAI JOHOR

    SUMATHI A/P MARIMUTHU

    UIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

    2009

  • UIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

    CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

    tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,

    penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

    BORAG PEGESAHA STATUS TESIS

    JUDUL : MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSAAKA ASPEK- ASPEK KESELAMATA DA KESIHATA MEGIKUT AKTA 514 DI IDUSTRI SERVIS AUTOMOTIF DI SEKITAR KULAI JOHOR

    SESI PENGAJIAN : 2008/2009

    Saya SUMATHI A/P MARIMUTHU (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

    Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

    pengajian sahaja.

    3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi.

    4. ** Sila tandakan ( √ )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

    kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

    RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

    organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

    TIDAK TERHAD Disahkan oleh

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS)

    Alamat Tetap :

    NO 789 JALAN MANIS 32/1 TAMAN

    MANIS 32/1, TAMAN MANIS, 81030

    KULAI JOHOR

    Tarikh : 25 APRIL 2009

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENYELIA)

    PROF. MADYA DR. ABD. WAHID

    MUKHARI

    NAMA PENYELIA

    Tarikh : 25 APRIL 2009

  • ii

    “ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

    ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

    Tanda tangan : …………………………………….

    Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABD WAHID MUKHARI

    Tarikh : ……………………………………..

  • iii

    MASALAH MASALAH DALAM MELAKSAAKA ASPEK ASPEK KESELAMATA DA KESIHATA MEGIKUT AKTA 514 DI IDUSTRI

    SERVIS AUTOMOTIF DI SEKITAR DAERAH KULAI JOHOR

    SUMATHI A/P MARIMUTHU

    Laporan Projek ini Dikemukakan

    Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2009

  • iv

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

    kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

    telah saya jelaskan sumbernya”.

    Tandatangan : .........................................................

    Nama Pengkaji : SUMATHI MARIMUTHU

    Tarikh : APRIL 2009

  • v

    Buat ibu yang tersayang…

    Kanakahespry Doraisamy

    … terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan sepanjang

    saya menuntut ilmu di UTM

    Buat adik yang dikasihi…

    Siva Marimuthu

    …doa, sokongan dan material yang anda berikan sentiasa dalam ingatan

    Buat teman-temanku yang dikasihi…

    Hema, Thila, Theresa, Shalu

    …segala jasa, pertolongan, bantuan dan sokongan

    kalian dalam membantu kejayaanku,

    ribuan terima kasih ku ucapkan

    dan akan ku kenang

    untuk selamanya.

    DEDIKASI

  • vi

    PEGHARGAA

    Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya saya telah dapat

    menyempurnakan penyelidikan tesis ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat

    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Kemahiran Hidup), di Fakulti

    Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

    Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

    Prof. Madya Dr. Abd Wahid Mukhari, selaku penyelia kajian projek ini, yang

    mana banyak berusaha membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan padu

    yang berterusan kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.

    Ucapan terima kasih kepada majikan-majikan Bengkel Servis Automotif di

    Sekitar Daerah Kulai Johor atas kerjasama yang dijalankan utuk menjalankan kajian

    ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung atau tidak langsung dalam kajian ini, saya merakamkan penghargaan dan

    ucapan terima kasih.

  • vii

    ABSTRAK

    Industri servis automotif adalah satu ruang kerja yang mendedahkan pekerja

    kapada bahaya. Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha telah dan sedang diambil

    untuk menjamin Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Usaha ini termasuklah dengan

    menubuhkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Institusi

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Selain daripada itu, pihak

    kerajaan juga telah mungwujudkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

    bagi memastikan peranan majikan dan pekerja menjaga tempat kerja dengan selamat

    dan sihat. Walaubagaimanapun kemalangan terus juga berlaku di industry

    servisautomotif. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji

    masalah-masalah dalam pelaksanaan aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan

    mengikut Akta 514 di industry servis automotif. Kajian ini turut menilai aspek-aspek

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang seharusnya dipraktikan di industry servis

    automotif. Kajian ini tertumpu kepada 29 industri servis automotif di sekitar daerah

    Kulai, Johor. Daripada hasil kajian didapati majikan-majikan kurang menghadapi

    masalah dalam pelaksanaan aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di

    industri servis automotif di daerah Kulai Johor.

  • viii

    ABSTRACT

    Workers on the automotive service industry are exposed to occupational

    danger. Realizing of this fact, many effort were taken to ensure the Safety and Health

    of these workers. The efforts including of established of Department of Safety and

    Health (DOSH) and National Institute of Safety and Health (NIOSH). The

    government had also played their role in establishing Workers Safety and Health Act

    1994 for the employers and workers to play their role to ensure work place is Safety

    and Health condition. But still, accidents on service automotive industry are

    continuing being reported. Therefore this study is being conducted to identify the

    problems in implementing Safety and Health aspect according to 514 Act in service

    automotive industry. The study was focused on 29 service automotive industries at

    Kulai Johore. From the study it found all the employers have less problems in

    implementing Safety and Health aspect according to 514 Act in service automotive

    industry at Kulai Johore.

  • ix

    KADUGA

    BAB PERKARA MUKASURAT

    PEGESAHA STATUS TESIS i

    PEGESAHA PEYELIA ii

    HALAMA JUDUL iii

    HALAMA PEGAKUA iv

    DEDIKASI v

    PEGHARGAA vi

    ABSTRAK vii

    ABSTRACT viii

    KADUGA ix

    SEARAI JADUAL xiv

    SEARAI RAJAH xv

    SEARAI SIGKATA xvi

    SEARAI LAMPIRA xvii

    BAHAGIA SATU

    PEDAHULUA

    BAB 1 PEDAHULUA

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Latar Belakang Masalah 2

    1.2 Pernyataan Masalah 5

    1.3 Objektif Kajian 5

  • x

    1.4 Persoalan Kajian 6

    1.5 Kepentingan Kajian 6

    1.6 Batasan Kajian 7

    1.7 Definisi Istilah 8

    1.7.1 Masalah 8

    1.7.2 Pelaksanaan 8

    1.7.3 Aspek 9

    1.7.4 Akta Keselamatan dan Kesihatan 9

    Pekerja (Akta 514)

    1.7.5 Industri 11

    1.7.6 Servis 11

    1.7.7 Automotif 11

    BAHAGIA DUA

    SOROTA PEULISA

    BAB 2 SOROTA PEULISA

    2.0 Pengenalan 12

    2.1 Sejarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13

    2.2 Gerakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15

    2.3 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 16

    2.3.1 Kandungan Akta 17

    2.3.2 Peraturan Dan Tatamalan 18

    2.3.3 Kewajipan Am 19

    2.3.3.1 Kewajipan Am Pekerja 19

    2.3.3.2 Kewajipan Am Majikan 22

    2.4 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Industri 26

    2.4.1 Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia 26

    2.4.2 Hubungan Industri 27

  • xi

    2.5 Isu Kemalangan Industri Peringkat Global 28

    Dan Lokal

    2.6 Penutup 29

    BAHAGIA TIGA

    PEGAALISAA DATA KAJIA

    BAB 3 METODOLOGI KAJIA

    3.0 Pengenalan 30

    3.1 Rekabentuk Kajian 30

    3.2 Populasi 31

    3.3 Sampel Kajian 31

    3.4 Instumen Kajian 32

    3.5 Prosedur Kajian 34

    3.6 Kajian Rintis 35

    3.7 Kajian Sebenar 36

    3.8 Analisis Data 36

    3.9 Penutup 37

  • xii

    BAHAGIA EMPAT

    AALISIS DA ITERPRETASI DATA

    BAB 4 AALISIS KAJIA

    4.0 Pengenalan 38

    4.1 Analisis Profil Responden 39

    4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39

    4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan 39

    Kelulusan Akedemik

    4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan 40

    Pengkhususan Pekerjaan

    4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan 41

    Jenis Bengkel servis Automotif

    4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan 41

    Bilangan Pekerja Bawahan

    4.2 Analisis Persoalan Kajian 42

    4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 42

    4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 49

    4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 55

    4.3 Penutup 61

  • xiii

    BAHAGIA LIMA

    RUMUSA , PERBICAGA DA CADAGA

    BAB 5 RUMUSA , PERBICAGA DA CADAGA

    5.0 Pengenalan 62

    5.1 Rumusan 63

    5.1.1 Profil Responden 63

    5.1.2 Persoalan Kajian 64

    5.1.2.1 Persoalan Kajian Pertama 64

    5.1.2.2 Persoalan Kajian Kedua 65

    5.1.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 66

    5.2 Perbincangan 67

    5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 68

    5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 69

    5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 70

    5.3 Cadangan 71

    5.3.1 Pekerja 71

    5.3.2 Majikan 72

    5.3.3 Pihak Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan 73

    Pekerjaan

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 74

    5.5 Penutup 75

    BIBLIOGRAFI 76

    LAMPIRA

    LAMPIRAN A 78

    LAMPIRAN B 79

    LAMPIRAN C 84

  • xiv

    SEARAI JADUAL

    O. JADUAL TAJUK MUKASURAT

    3.1 Item-item Yang Mengukur Permasalahan Dalam 34

    Perlaksanaan Aspek-Aspek Keselamatan Mengikut

    Akta 514.

    4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39

    4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik 40

    4.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan 41

    Pekerjaan

    4.4 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Bengkel Servis 41

    Automotif

    4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerja Bawahan 42

    4.6(a) Data Analisis Bagi TahaP Pengetahuan 45

    4.6(c) Data Analisis Bagi Tahap Pengetahuan Mengikut 47

    Peratus “Ranking”

    4.7(a) Data analisis bagi Masalah Berkaitan Kemudahan 51

    4.7(c) Data Analisis Bagi Masalah Berkaitan Kemudahan 53

    Mengikut Peratus “Ranking”

    4.8(a) Data Analisa Bagi Aspek Pekerja Dalam Pelaksanaan 57

    AKKP.

    4.8(c) Data Analisis Bagi Aspek Pekerja Dalam Pelaksanaan 59

    AKKP Mengikut Peratus “Ranking”

  • xv

    SEARAI RAJAH

    O. JADUAL TAJUK MUKASURAT

    4.6(b) Carta Bar Bagi Tahap Pengetahuan 46

    4.7(b) Carta Bar Bagi Tahap Kemudahan 52

    4.8(b) Carta Bar Bagi Aspek Pekerjaan 58

  • xvi

    SEARAI SIGKATA

    DOSH - Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Malaysia

    NIOSH - Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

    AKKP - Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

    AKTA 514 - Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

    MPKu - Majlis Perbandaran Kulai

    SPSS - Statistik Packages for the Social Sciences

  • xvii

    SEARAI LAMPIRA

    LAMPIRA TAJUK

    A Kesahan Dan Kebolehpercayaan

    B Dapatan Kajian

    C Borang Soal Selidik

  • 1

    BAB 1

    PEGEALA

    1.0 Pendahuluan

    Sektor automotif merupakan salah satu sektor yang penting yang

    menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan di sesebuah negara.

    Industri automotif di Malaysia terdiri dari pelbagai jenis iaitu bengkel motor,

    bengkel kereta, bengkel bas dan lori. Industri automotif ini semakin meningkat

    selaras dengan peningkatan taraf hidup masyarakat.

    Automotif atau kenderaan merupakan suatu benda atau mesin yang dinaiki

    oleh manusia untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagai

    pengangkutan. Kebanyakan kenderaan moden di gerakkan dengan kuasa enjin.

    Mengikut wikipedia lagi industri automotif adalah satu industri yang berkaitan

    dengan kenderaan yang berfungsi untuk mencipta dan menjaga sesuatu kenderaan

    tersebut.

    Isu keselamatan di bengkel-bengkel tempat kerja lebih menjadi tumpuan

    utama pada masa kini. Menurut Mohd Asrul (2005), Pertubuhan Buruh

  • 2

    Antarabangsa (ILO) telah menggangarkan seramai 5000 perkerja telah kehilangan

    nyawa semasa berkerja setiap hari. Ini menunjukkan angka kematian yang tinggi di

    tempat kerja. Selain itu kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh kecuaian

    manusia.

    Pada masa kini keuntungan lebih diutamakan sehingga keselamatan

    diabaikan. Angka-angka kematian dan kemalangan di tempat kerja yang semakin

    meningkat dari tahun demi tahun telah membawa banyak kerugian dari aspek

    sumber tenaga kerja. Tanpa disedari Negara juga menanggung kerugian ini untuk

    mendapatkan tenaga kerja yang baru. Ini kerana tenaga kerja yang baru memerlukan

    latihan yang baru dan banyak berbanding tenaga kerja mahir yang hilang di sebabkan

    kemalangan di tempat kerja.

    Menurut Mohd Asrul (2005), keadaan kerja yang selamat perlu diwujudkan

    dalam mengatasi masalah kemalangan di bengkel kenderaan. Pengurangan isu

    kemalangan di tempat kerja terutamanya bengkel dapat meningkatkan produktiviti,

    daya saing serta imej industri automotif. Sesungguhnya keselamatan perkerja

    mempunyai kaitan rapat dengan produktiviti. Oleh itu pengurusan keselamatan

    sesebuah bengkel penting dalam mengwujudkan organisasi yang berkesan. Ini

    kerana organisasi yang baik dapat mewujudkan suasana kerja yang selamat. Dengan

    ini, kajian ini dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh industri servis

    automotif dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (akta

    514).

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Menurut Mohd Asrul (2005), Industri servis automotif telah berkembang

    pesat sejajar dengan perkembangan ekonomi Negara yang mula berkembang sejak

    1988 lagi. Pada masa ini peningkatan pada kenderaan yang menjadi satu kehendak

    masyarakat yang penting, telah membantu dalam pertumbuhan industri

  • 3

    perbengkelan. Industri servis automotif mununjukkan peningkatan yang

    menggalakkan selepas negara mengalami kegawatan ekonomi yang merungsingkan

    pada 1998 (Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Malaysia (DOSH)).

    Jika di teliti banyak kes yang melibatkan industri servis automotif yang

    mengorbankan nyawa yang berlaku di Negara kita. Kemalangan ini banyak

    disebabkan kecuaian dari pelbagai pihak yang mengorbankan nyawa pekerja.

    Mengikut graf dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Perkerja Malaysia

    (Dosh), angka kemalangan di tempat kerja masih menunjukkan angka yang tinggi.

  • 4

    Jika diperhatikan kemalangan mengikut negeri pada tahun 2006, Johor

    mencatat angka yang tertinggi iaitu 1178 kes tanpa hilang upaya kekal, 37 kes hilang

    upaya kekal dan 34 kes maut. Dan keseluruhan angka kemalangan masih lagi tinggi.

    Industri servis automotif juga terkenal sebagai salah satu bidang yang

    terkenal dengan kemalangan. Menurut Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Perkerja

    Malaysia (Dosh) contoh kes yang terbabit dengan kemalangan di bengkel ialah kes

    yang terjadi di bengkel Kuala Lumpur pada 25 march 2007 dimana seorang perkerja

    kimpalan maut akibat dihempap pintu “tailgate” lori sampah. Selain itu kes kedua di

    Pulau Pinang pada 03 oktober 2006 di mana seorang perkerja kilang maut apabila

    lori trailer yang mengundur telah menghimpit mangsa yang sedang melakukan

    pemeriksaan terhadap jentera forklift. Mangsa yang tersepit antara lori dan forklift

    meninggal dunia selepas beberapa hari di hospital. Kes seterusnya di kilang kereta

    pada 31 oktober 2004 dimana seorang juruteknik telah meninggal dunia setelah

    terjatuh dari pelantar setinggi 11 kaki ke atas lantai simen. Pelantar tersebut

    digunakan sebagai pejabat walaupun belum siap sepenuhnya yang hanya lantai,

    tangga pelantar dan terdapat pagar (pipe railings) yang dipasang pada sebahagian

    daripada kawasan pelantar tersebut. Mangsa meninggal dunia di hospital tiga (3) hari

    kemudian (Dosh).

  • 5

    Penekanan kepada aspek keselamatan di tempat kerja dapat membantu

    mengurangkan kemalangan di bengkel kenderaan. Pengurangan kemalangan juga

    akan mengwujudkan suasana kerja yang selamat.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah untuk

    melaksanakan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan mengikut Akta 514 dalam

    industri servis autmotif di kalangan majikan bengkel kenderaan di sekitar daerah

    Kulai Johor.

    1.3 Objektif Kajian

    Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dibincangkan di atas,

    maka secara khususnya objektif kajian ini adalah bertujuan untuk

    1.4.1 Mengenalpasti masalah kekurangan pengetahuan mengekang dalam

    industri servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514).

    1.4.2 Mengenalpasti masalah kekurangan kemudahan mengekang dalam

    industri servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514).

    1.4.3 Mengenalpasti masalah kekurangan aspek pekerja mengekang dalam

    industri servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514).

  • 6

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah

    dalam perlaksanaan aspek-aspek keselamatan pekerja di industri automotif di sekitar

    daerah Kulai Johor:

    1.5.1 Apakah masalah kekurangan pengetahuan mengekang dalam industri

    servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514)?

    1.5.2 Apakah masalah kekurangan kemudahan mengekang dalam industri

    servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514)?

    1.5.3 Apakah masalah kekurangan aspek pekerja mengekang dalam industri

    servis automotif dalam melaksanakan peraturan-peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (Akta 514)?