1 faizal bin zainuddin dan alyah agustina [mahkamahtinggi

26
1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil: 10200-012-0161-2013 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)] [30 Jamadilakhir 1435H bersamaan 30 April 2014] Undang-Undang Keluarga – Permohonan Mendaftarkan Pernikahan Poligami – Pernikahan Berlangsung Di Tanjung Bungin, Karangsari, Indonesia – Dokumen Pernikahan Palsu - Samada Pernikahan Menepati Hukum Syarak – Subseksyen 23 (2) - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Pentadbiran – Bidangkuasa Mahkamah- membicarakan kes- sek.61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Pemohon 1 (P1), Faizal Bin Zainuddin (No. K/P : 640826-10-7273) adalah pemastautin Selangor yang tinggal di 14, Jalan Desa 3/8, Bandar Contry Homes, 48000 Rawang dan Pemohon 2 (P2), Aliyah Agustina (No. Pasport : A 4638740) merupakan seorang warganegara Indonesia yang beralamat yang sama dengan P1. [2] P1 dan P2 telah mendakwa bahawa mereka telah bernikah pada 22 April 2012di Tanjung Bungin, Karangsari,Indonesia dan telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Karawang, Indonesia. Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi pihak P1 manakala bagi P2 merupakan perkahwinan kali pertama. Berikutan pernikahan tersebut, Pada 28hb.Mac 2013, P1 dan P2 telah memfailkan permohonan pendaftaran pernikahan poligami bagi

Upload: vokiet

Post on 28-Dec-2016

251 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

1

Faizal Bin Zainuddin

dan

Alyah Agustina

[MahkamahTinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil: 10200-012-0161-2013 (Tuan

Salehan Haji Yatim, HMTS)]

[30 Jamadilakhir 1435H bersamaan 30 April 2014]

Undang-Undang Keluarga – Permohonan Mendaftarkan Pernikahan Poligami – Pernikahan

Berlangsung Di Tanjung Bungin, Karangsari, Indonesia – Dokumen Pernikahan Palsu - Samada

Pernikahan Menepati Hukum Syarak – Subseksyen 23 (2) - Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) 2003.

Undang-undang Pentadbiran – Bidangkuasa Mahkamah- membicarakan kes- sek.61 Enakmen

Pentadbiran Agama Islam(Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Pemohon 1 (P1), Faizal Bin Zainuddin (No. K/P : 640826-10-7273) adalah pemastautin

Selangor yang tinggal di 14, Jalan Desa 3/8, Bandar Contry Homes, 48000 Rawang dan

Pemohon 2 (P2), Aliyah Agustina (No. Pasport : A 4638740) merupakan seorang

warganegara Indonesia yang beralamat yang sama dengan P1.

[2] P1 dan P2 telah mendakwa bahawa mereka telah bernikah pada 22 April 2012di Tanjung

Bungin, Karangsari,Indonesia dan telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Karawang,

Indonesia. Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi pihak P1 manakala bagi P2

merupakan perkahwinan kali pertama. Berikutan pernikahan tersebut, Pada 28hb.Mac

2013, P1 dan P2 telah memfailkan permohonan pendaftaran pernikahan poligami bagi

Page 2: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

2

mengesahkan pernikahan dan bagi mendapatkan kebenaran mendaftarkan pernikahan

tersebut.

[3] Semasa perbicaraan bertarikh 15hb April 2013, Hakim Bicara pada ketika itu

mengarahkan Pemohon-pemohon supaya mengesahkan dokumen pernikahan mereka di

Kantor Urusan Agama di Indonesia mahupun kedutaan. Kemudiannya, pada 21hb. Mei

2013, Peguam Syarie Pemohon-pemohon yang baru dilantik telah memaklumkan kepada

Mahkamah bahawa dokumen pernikahan tersebut adalah disahkan palsu. Namun,

Pemohon-pemohon telah mendakwa bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan dengan

menggunakan wali nasab. Perbicaraan kemudiaanya diteruskan denganpembuktian dan

keterangan bagi mengesahkan nikah tersebut.

Diputuskan

Setelah Mahkamah meneliti Permohonan dan Afidavit Pemohon-pemohon, Afidavit Keterangan

Pemohon-pemhohon, Afidavit dan keterangan lisan Wali, Afidavit Saksi Pertama serta lafaz

sumpah syarie oleh Pemohon-pemohon, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan

memerintahkanseperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan P1 dan P2 berdasarkan peruntukan Seksyen 23(2)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan P1 dan P2 yang telah berlaku pada 22hb. April

2012 di Tanjung Bungin, Karangsari, Indonesia adalah sah mengikut Hukum Syarak

3. Mahkamah memerintahkan P1 dan P2 mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Agama

Islam Daerah yang berdekatan sepertimana tertakluk kepada peruntukan Seksyen 124

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Page 3: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

3

Peguam Syarie

Pemohon-pemohon : diwakili oleh Tuan Mohd Redzuan Bin Ramli @ Man Tetuan Mohd

Redzuan Ramli & Associates.

Surahal-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Ahzab, Ayat : 37.

2. Surah Al-Baqarah, Ayat :282.

3. Surah An-Nur,Ayat :33.

Kitab - kitab yang dirujuk

1. Imam As-Syirazi, Al-Muhazzab, Jilid 5, Dar Al-Qalam; Damsyik Syria.

2. Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin Al-Malibariy, Fathul Mu’in. Maktabah Wa

Matba’ah Dar Al-Ma’arib.

3. Imam ‘Alauddin Abi Hassan ‘Ali Bin Khalil Al-Tharabasi Al-Hanafi. Mu’in Al-Hukkam.

Dar Al-Fikr.

4. Sheikh Sulaiman Al-Bujairimi, 1990, Bujairimi ‘Ala Al-Khatib, Jilid 3, Dar Al-Fikr.

5. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, Jilid 5. Dar

Al-Kitab Al-Ilmiah.

6. Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah, Jilid 2. Kaherah : Dar Al-Fath lil- I’lam Al-‘Arabi.

7. As-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, 1998, Bughyah Al-

Murtarsyidin, Dar al-Kutub ; Beirut Lubnan.

Page 4: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

4

Undang - undang yang dirujuk

1. Arahan Amalan No 14 Tahun 2006.

2. Arahan Amalan No 2 Tahun 2006.

3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 -s. 4, s. 11, s. 23, s. 124

dan s.109.

4. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 61.

5. Enakmen Keterangan Mahkamah Syaraih (Negeri Selangor) 2003 - s. 17, s. 57 (a)(iii).

Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.

[4] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat

keputusan bagi kes ini iaitu :

a. Samada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan

kes ini ; dan

b. Sama ada status pernikahan P1 dan P2 sah mengikut Hukum Syarak atau tidak ; serta

c. Adakah keterangan yang dikemukakan mencukupi dan boleh diterima.

Isu Pertama : Samada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan

memutuskan kes ini.

[5] Bidangkuasa seseorang hakim atau satu-satu Mahkamah bukan hanya sekadar merupakan

ketentuan mengikut undang-undang, malah ia juga melibatkan penghakiman mengikut

Hukum Syarak. Dalam Kitab al-Qada’ fi al-Islami oleh Muhammad Salam Madzkur,

terbitan Matba’ah al-‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, halaman 54 ada menyebut :

Page 5: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

5

هو أن خيصص ويل األمر القاضى عند تقليده القضاء أو بعد ذلك بنوع معني من القضايا، كاألحوال الشخصية، أو املدىن، أو التجارى، أو اجلنائى إىل غري ذلك،

اخر غريه فال يصح له أن ينظر ىف نوع Bermaksud :

“Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan

bidangkuasa ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau

selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai

bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan

undang-undang diri, Undang-undang sivil, undang-undang perdagangan

atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian

hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi

bidangkuasa sahaja dan hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa

lain yang tidak diberi kepadanya.”

[6] Secara ringkasnya,Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes Mal berbidangkuasa

mendengar dan memutuskan Permohonan Pendaftaran Nikah Poligami berdasarkan Kuasa

yang diberikan oleh Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut:-

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu

adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan

dengan-

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan

(fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara

yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

(ii) …………………………

Page 6: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

6

(xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa

diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

[7] Dalam kuasa Mahkamah mengeluarkan perintah pendaftaran nikah poligami tanpa

kebenaran Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen 23 (1) dan (2)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:

23 (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh,

kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis

daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan

perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakad nikahkan tanpa kebenaran di bawah

subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika

Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah

mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya

perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

[8] Seterusnya bidangkuasa ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun 2006

yang “mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa bidangkuasa

membicarakan kes poligami dan pengisytiharan peruntukan dan pembahagian harta

sepencarian dan perkara-perkara lain yang berkaitan di bawah Seksyen 23

Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri hendaklah

dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.”

[9] Dari sudut pemastautinan pula, P1 dan P2 tinggal di dalam negeri Selangor sebagaimana

dinyatakan di dalam Afidavit Permohonan P1 dan P2 yang telah difailkan pada 28hb. Mac

2013 yang mana alamat tempat tinggal Pemohon-pemohon di 14, Jalan Desa 3/8, Bandar

Contry Homes, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Ia dikuatkan lagi dengan maklumat

dalam Kad Pengenalan Pemohon 1 seperti yang dilampirkan sebagai Ekhsibit “F-1” di

dalam Affidavit P1. Oleh itu, syarat pemastautinan telah dipenuhi seperti yang

Page 7: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

7

diperuntukan di dalam Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Selangor) 2003 memperuntukan :

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen

ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor

dan bagi semua Orang Islam yang bermastautin dalam negeri selangor

tetapi tinggal di luar Negeri itu.

Isu Kedua :Sama ada status pernikahan P1 dan P2 sah mengikut Hukum Syarak atau tidak.

[10] Permohonan di dalam kes ini adalah berkaitan dengan pengesahan pernikahan yang

dijalankan di antara P1 dan P2 pada di, Indonesia. Merujuk kitab al-Muhazzab karangan

Imam As-Syirazi, jilid. 5 hlm. 543, ada menyebut :

نكحتها بويل : ال يسمع حىت يقول : رمحه اهللا تعاىل فقد قال الشافعي : وإن كان املدعي نكاحا

وشاهدين، ورضاها

Bermaksud :

“Jika sekiranya ia mendakwa bahawa dia sudah berkahwin, maka kata Imam

As-Syafie: Tidak boleh diterima sehingga ia mengatakan: ‘Aku telah

berkahwin dengan Fulanah binti Fulan dengan berwalikan bapanya atau

sebagainya dan dua orang saksi nikah serta kerelaan perempuan tersebut’.”

[11] Manakala didalam kitab Fathul Muin karangan Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin

Al-Malibariy, hlm. 143, ada menyebut:

ويف الدعوى بنكاح على إمرأة ذكر صحته وشروطه من حنو ويل وشاهدين عدول ورضاها إن شرط بأن

كانت غري جمربة فال يكفي فيه اإلطالق

Page 8: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

8

Bermaksud :

“Dan dakwaan mengenai pernikahan dengan seorang perempuan,

disyaratkan pihak pemohon menyebut bahawa akad pernikahan itu

diyakini sah serta disyaratkan juga pihak pemohon menyebut syarat sah

nikahnya seperti seorang wali, dua orang saksi lelaki yang adil dan juga

keredhaan hati si perempuan (iaitu perempuan yang bukan al-bikru (anak

dara sunti) adapun anak dara, wali mujbir boleh menikahkan anak

perempuannya tanpa keizinan daripada perempuan tersebut) maka tidak

cukup dakwaan pernikahan dengan seorang perempuan hanya sekadar

secara mutlak (tidak terperinci sebagaimana yang tersebut).”

[12] Mahkamah merujuk kitab Mu’in al-Hukkam karangan Imam Alauddin Al-Tarabulsiy,

hlm. 23, ada menyebutkan:

إن أتى بإشكال أمره ببيانه

Bermaksud :

“Apabila dihadapkan dihadapan Hakim bicara, didapati perkara itu ada

kemusykilan maka Hakim akan memerintahkan supaya memperjelaskan

perkara tersebut.”

و إن أ�م جوابه أمره بتفسريه حىت يرتفع اإلشكال عنه

Bermaksud :

“Maka jika jawapan yang diberi ada kesamaran maka Hakim akan

memerintahkan kepada pihak-pihak tersebut supaya menerangkan dengan

jelas sehingga hilang kesamaran tersebut.”

[13] Berdasarkan sudut undang-undang, merujuk kepada peruntukan seksyen 11 dan 109,

EUUKIS 2003 memperuntukkan bahawa :

Page 9: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

9

Seksyen 11 - sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup

semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya

sah.

Seksyen 109 - Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar

Negeri Selangor, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di

sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di

bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud

Enakmen ini jika-

(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau

dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana ia telah dilakukan;

(b) tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu,

keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat

bermastautinnya; dan

(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Selangor,

kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut

Enakmen ini.

[14] Kedua-dua peruntukan di atas mensyaratkan sesuatu perkahwinan terutamanya yang

dilakukan di luar Negeri Selangor itu hendaklah sah menurut Hukum Syarak, barulah

ianya diiktiraf berdasarkan undang-undang. Bagi mempastikan kehendak Hukum Syarak

dipenuhi sebelum sesuatu pengiktirafan undang-undang diberikan, Mahkamah merujuk

kitab Bujairimi ‘Ala Al-Khatib, jilid 3, hlm. 386 - 387, telah menggariskan rukun nikah

mengikut Hukum Syarak seperti berikut:

...صيغة وزوجة وزوج وويل ومها العاقدان، وشاهدان : يف أركان النكاحوهي مخسة : فصل

Bermaksud:

Page 10: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

10

“Fasal pada membicarakan rukun-rukun nikah dan adapun rukun-rukun nikah

itu lima perkara iaitu :sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali.

Pengantin lelaki dan wali adalah pihak-pihak melaksanakan akad nikah

perkahwinan melalui sighah iaitu lafaz ijab dan lafaz qabul.Yang kelimanya

ialah dua orang saksi lelaki.”

[15] Perkara ini juga diterangkan sepertimana nukilan oleh Al-Syarbini Al-Khatib dalam Kitab

Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm.226 iaitu ;

صيغة ، وزوجة ، وشاهدان ، وزوج ، وويل : ركان النكاح وغريها وأركانه مخسة فصل يف أ

Bermaksud :

“Fasal pada membicarakan tentang rukun nikah dan lain-lain.Rukun nikah itu

ada lima iaitu sighah, isteri, dua orang saksi lelaki, suami dan wali.”

[16] Justeru itu, kesemua rukun nikah dalam pernikahan ini akan diteliti di samping

pembuktian yang dikemukakan kepada Mahkamah akan dipertimbangkan dalam

menentukan keesahannya mengikut Hukum Syarak sebelum pengiktirafan

perundangan diberikan.

Rukun Pertama : Pengantin Lelaki (Suami)

[17] Bagi menentukan rukun yang pertama ini, Mahkamah merujuk syarat-syarat berkaitan

dengan pengantin lelaki yang dikemukakan di dalam kitab Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’,

jilid 2, hlm. 246, iaitu:

القول يف شروط الزوج ومما تركه من األركان أيضا الزوج وشرط فيه حل واختيار وتعيني وعلم حبل املرأة له فال

Page 11: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

11

يصحنكاح حمرم ولو بوكيل للخرب السابق وال مكره وغريه معني كالبيع وال من جهل حلها له احتياطا لعقد

النكاح

Bermaksud:

“Pernyataan dalam syarat-syarat suami dan perkara yang tidak dinyatakan

(oleh pengarang- Abi Syuja’) daripada rukun-rukun nikah mengenai suami: dan

syarat pada suami itu hendaklah ia halal berkahwin, sukarela, dan tertentu,

dan mengetahui tentang halalnya perempuan yang dinikahinya. Justeru tidak

sah nikah suami yang dalam ihram walaupun melalui perantaraan wakil

berdasarkan kepada hadith yang lalu, dan tidak sah nikah suami yang dipaksa,

dan tidak ditentukan berdasarkan kepada qiyas atas hukum jual beli dan tidak

sah nikah suami yang tidak mengetahui halalnya perempuan yang dinikahinya

atas dasar berihtiyat (berwaspada) dalam melakukan akad nikah”

[18] P1 dalam Afidavit Keterangannya bertarikh 21 Oktober 2013 ada menyatakan bahawa pada

15hb. April 2012 dengan menaikikapal terbang, P1 telah pergi ke Indonesia seorang diri

untuk bernikah dengan P2 yang sememangnya telah berada di Indonesia.

[19] Berdasarkan keterangan P1 disamping qarinah dari salinan dokumen Kad Pengenalan P1 di

dalamekshibit ″A-2″ dalam Afidavit P2, Mahkamah berpuashati bahawa P1 adalah

pengantin lelaki (suami) semasa majlis pernikahan yang berlangsung pada 22hb. April 2012.

Rukun Kedua : Pengantin Perempuan (Isteri)

[20] P2 dalam Afidavit Keterangan bertarikh21Oktober 2013 ada menyatakan bahawa P2 telah

bernikah dengan Faizal bin Zainuddin (P1) pada 22hb. April 2012 di Tanjung Bungin,

Karangsari, Indonesia.P2 dalam Afidavit tersebut juga menyatakan sebelum pernikahan

beliau sememangnya telah berada di Indonesia.

Page 12: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

12

[21] Di dalam keterangan itu juga P2 ada menyatakan bahawa pernikahan mereka telah

diwalikan oleh Wali Nasab yang bernama Carum (NIK : 3201072403600002)iaitu anak

lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa sebagai wali nasab yang paling layak.Ketika

pernikahan, status P2ketika itu adalah anak dara seperti yang telah dinyatakan di dalam

Afidavit Keterangan P2 pada soalan ke 10 Peguam Syarie Pemohon-pemohon.

[22] Berdasarkan kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid. 5, hlm. 234 menerangkan rukun nikah

berkaitan dengan “isteri” seperti berikut:

ها من الموانع اآلتي بـيانـها في باب محرمات النكاح إن شاء … عالى -الله الزوجة ، ويشتـرط فيها خلو ويشتـرط -تـ

عيين كل من الزوجين تـ

Bermaksud :

“…isteri, disyaratkan padanya hendaklah dia bebas daripada sebarang

halangan berkahwin yang akan diterangkan dalam bab perempuan yang

diharamkan berkahwin- Insya-Allah, dan disyaratkan supaya ditentukan setiap

daripada suami dan isteri itu.”

[23] Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa rukun kedua iaitu pengantin perempuan (isteri)

dalam pernikahan ini telah dipenuhi.

Rukun Ketiga : Wali

[24] Rukun nikah berkaitan dengan wali ini merupakan rukun yang paling asas dalam menilai

keesahan sesuatu pernikahan. Perkara ini ditegaskan melalui Hadis Rasulullah s.a.w

menyatakan :

ال نكاح اال بويل

Bermaksud :Tiada nikah tanpa wali

Page 13: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

13

[25] Dalam Afidavit Keterangan P1 telah menyatakan bahawa wali pernikahan adalah wali nasab

P2 iaitu anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa P2 bernama Carum Bin Karwita

(NIK : 3201072403600002) yang turut menikahkan Pemohon-pemohon. Perkara ini tidak

bercanggah dengan keterangan daripada P2 dalam Afidavit Keterangannya serta keterangan

daripada Afidavit Wali bertarikh 21 Oktober 2013 yang turut menyatakan perkara yang

sama.Wali dalam perenggan kedua Afidavit Keterangannya turut mengakui beliau yang

telah menikahkan P1 dan P2 di Tanjung Bungin, Karangsari, Indonesia.

[26] Di dalam kes ini bapa P2 telah meninggal dunia pada waktu pernikahan dan perkara ini

disokong oleh keterangan wali pada perbicaraan bertarikh 21hb.Oktober 2013.Menurut

keterangan wali di dalam Mahkamah juga menjelaskan bapanya adalah adik beradik kepada

bapa P2 dan adik beradik bapa P2 yang masih hidup hanyalah saudara perempuan. Ayah

kepadawali juga telah meninggal dunia pada tahun 1992. P2 hanya mempunyai seorang

abang seibu dan seorang kakak seibu sebapa.

[27] Oleh kerana dalam kes ini wali terdekat P2 adalah anak lelaki bapa saudara sebelah bapa

seibu sebapa (sepupu lelaki sebelah bapa seibu sebapa),Mahkamah ingin mengulas

mengenai susunan wali yang dipetik daripada kita Fiqh al-Manhaji, karya Dr.Musthofa al-

Khin dan Dr.Musthofa al-Bugha, Cet. Ketiga, Damsyik : Dar al-Falah Jil.4 hlm. 62-63 :

Page 14: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

14

Bermaksud :

”Wali-wali dalam perkahwinan adalah mengikut susunan berikut:

1. Bapa.

2. Datuk.

3. Adik beradik lelaki seibu sebapa.

4. Adik beradik lelaki sebapa.

5. Anak saudara kepada adik beradik seibu sebapa.

6. Anak saudara kepada adik beradik sebapa.

7. Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa seibu

sebapa).

8. Bapa saudara sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa sebapa).

9. Sepupu (anak lelaki kepada bapa sebapa seibu sebapa).

10. Sepupu (anak lelaki kepada bapa sebapa sebapa)

Jika kesemua wali di atas tiada maka wali adalah wali sultan.”

[28] Seterusnya, Mahkamah juga merujuk kepada kitab Fiqh al-Sunnah karya Al-Sayyid Sabiq,

Juzu’ 2, Kaherah : Al-Fath Li al-I’lam al-’Arabiy di halaman 87menyatakan seperti berikut

:

Bermaksud :

”Tertib wali menurut al-Syafi’i diwajibkan sebagai berikut : ayah, kemudian

datuk, kemudian saudara lelaki sebapa seibu, kemudian saudara lelaki,

kemudian anak saudara lelaki sebapa seibu, kemudian pakcik sebelah bapa,

kemudian anak pakcik sebelah bapa, kemudiannya hakim”.

[29] Oleh kerana dalam kes ini, P2 telah diwalikan dan dinikahkan sendiri oleh wali nasab

beliau (sepupu lelaki sebelah bapa seibu sebapa)maka Mahkamah perlu meneliti syarat-

Page 15: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

15

syarat wali pernikahan sepertimana yang dijelaskan di dalam Kitab Fiqh al-Islami Wa

Adillatuh, Jilid 7, muka surat 195 dan 196 yang menyatakan bahawa :

:يشرتط ىف الويل شروط متفق عليها بني الفقهاء وهي

بالبلوغ والعقل واحلرية : كمال األهلية ) ا

. فال والية لغري املسلم على املسلم، وال للمسلم على غري املسلم: اتفاق دين الويل واملوىل عليه ) ب

Bermaksud :

“Ada beberapa syarat wali yang disepakati oleh para fuqaha’ iaitu:

i. Sempurna keahlian; hendaklah baligh, berakal, merdeka.

ii. Persamaan agama antara wali dengan waliannya. Oleh itu tiada

perwalian bagi orang bukan Muslim dan sebaliknya tidak ada perwalian

bagi orang Muslim ke atas bukan Muslim.”

[30] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh wali di dalam perbicaraan di dalam

Mahkamah pada 21hb. Oktober 2013, Mahkamah mendapati bahawa syarat-syarat wali itu

telah sempurna dan rukun nikah berkaitan dengan wali di dalam pernikahan ini secara

langsung juga telah dipenuhi.

Rukun Keempat : Sighah

[31] Merujuk keterangan wali di dalam perbicaraan bertarikh 21hb. Oktober 2013, lafaz ijab

yang dilafazkan adalah seperti berikut “Saya menikahkan dan mengahwinkan adik saudara

saya Aliyah Agustina Binti Carba dengan Faizal Bin Zainuddin dengan mas kahwin gelang

emas 10gram dibayar tunai”. Lafaz ijab ini juga selari dengan perenggan 8 Afidavit P1 dan

juga Afidavit P2.

[32] Kemudiannya, lafaz qabul yang dijawab oleh P1 pula berbunyi seperti berikut “Saya terima

nikah dan kahwinnya Aliyah Agustina Carba dengan mas kahwin 10gram gelang emas

Page 16: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

16

dibayar tunai”. Berkenaan lafaz qabul ini, Mahkamah turut merujuk di perenggan 4

Afidavit Saksi Pertama dan Afidavit Saksi Kedua yang turut menyatakan mereka

mendengar lafaz ijab qabul yang sama.

[33] Mengenai lafaz aqad yang dipersetujui oleh para fuqaha’ untuk perkahwinan ialah “Aku

Nikahkan dan “Aku Kahwinkan”. Penerimaan kedua-dua perkataan ini sebagai lafaz aqad

nikah disebabkan perkataan tersebut telah didatangkan sendiri oleh Al-Quran seperti firman

Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab, ayat 37 :

......$yγs3≈ oΨô_ ¨ρy— ......∩⊂∠∪

Bermaksud :…Kami kahwinkan engkau dengannya…

[34] Merujuk kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm. 226,

mengenai “sighah” sepertimana berikut:

ا يصح النكاح بإجياب ، وهو ( بأن (وهو ) وقـبول ( ابـنيت مثال إخل ) زوجتك أو أنكحتك ( قـول الويل ) إمن

ها إخل ، وحذف المصنف مفعول هذين الفعلني مع أنه ال بد ) أو نكحت ( ها ) يـقول الزوج تـزوجت

).أو قبلت نكاحها ( صحة النكاح لما يشري إليه قـوله منه يف

Bermaksud :

“Sesungguhnya sah nikah itu dengan ijab iaitu perkataan wali “aku

nikahkan engkau” dengan anak perempuanku sebagai contoh, dan qabul

iaitu dengan perkataan suami aku nikahi (nya), adapun pengarang sengaja

tidak menyebutkan ‘maf’ul’ (objek) bagi kata kerja ini, padahal ia hendaklah

disebutkan bagi menjadikan nikah sah berdasarkan isyarat yang ditunjukkan

dalam katanya, yakni, atau “aku terima nikahnya”.”

[35] Berdasarkan keterangan wali dan juga Afidavit Pemohon-pemohon serta sokongan

daripada Afidavit Saksi Pertama dan Kedua, Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan

yang diakadkan antara mereka berdua telah memenuhi rukun sighah iaitu ijab dan qabul

Page 17: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

17

seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

Rukun Kelima : Saksi

[36] P1 menyatakan dalam keterangannya di perenggan 7 bahawa saksi pernikahan mereka

adalah dua orang lelaki warganegara Indonesia yang bernama Amsor Bin Warta dan Heri

Heryanto. Mahkamah mendapati bahawa keterangan P1 ini selari dengan keterangan P2

dalam perenggan 7 Afidavit Pemohon 2

[37] Mahkamah juga merujuk kepada perenggan 4 Afidavit Saksi Pertama bertarikh 18hb

November 2013 yang mengesahkan bahawa SP1 telah mendengar dan menyaksikan akad

pernikahan tersebut. Mahkamah seterusnya mendapati SP2 turut mengakui perkara yang

sama sepertimana di perenggan 4 Afidavit Saksi Kedua jug bertarikh 18hb November 201.3

[38] Isu mengenai saksi diterangkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji, jilid 2, hlm. 66-67, ada

menyebut matan hadis Rasullullah S.A.W. berbunyi:

وماكان غري ذلك فهو باطل, ال نكاح اال بويل وشاهدي عدل

Bermaksud :

“Tidak sah nikah kecuali dengan wali dan dua orang saksi yang adil, apapun

rupa nikah selain memakai wali dan dua saksi yang adil pasti batal.”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

[39] Syarat menjadi saksi turut dijelaskan dalam kitab Fiqh al-Sunnah.Sayyid Sabiq, Jilid 6,

hlm.74, antaranya adalah berakal sihat, dewasa dan mendengar lafaz dari kedua-dua

pihak yang beraqad dan memahami bahawa ucapan-ucapan itu maksudnya adalah sebagai

ijab qabul perkahwinan.

[40] Oleh yang demikian, Mahkamah berpuashati bahawa rukun nikah mengenaidua orang

saksi pernikahan di dalam pernikahan ini adalah memenuhi kehendak Hukum Syarak.

Page 18: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

18

Isu Ketiga : Adakah keterangan yang dikemukakan mencukupi dan boleh diterima.

[41] Keterangan yang ada di dalam kes ini adalah keterangan daripada P1 dan P2 serta

keterangan wali di samping beberapa dokumen yang dikemukakan kepada Mahkamah

untuk penelitian dan pertimbangan Mahkamah sebelum membuat pengiktirafan terhadap

pernikahan tersebut.P1 dan P2 juga telah mengemukakan keterangan SP1 dan SP2yang

merupakan saksi pernikahan mereka secara affidavit.

[42] Mengenai keterangan dokumentar, terdapat dalil yang menunjukkan bahawa dokumentar

sebagai satu keterangan yang membuktikan ketulinan satu-satu kes, adalah berdasarkan

firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 282 :

$y㕃 r' ¯≈ tƒ š Ï% ©!$# (#þθ ãΖtΒ#u #sŒÎ) ΛäΖtƒ#y‰ s? Aø y‰Î/ #’n< Î) 9≅y_r& ‘wΚ |¡ •Β çνθ ç7 çFò2 $$sù 4

Bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah secara tidak

tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya.

Hadis Nabi s.a.w :

ما حق إمرئ مسلم له شئ يريد : أن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قال : عن عبد اهللا بن عمر رضى اهللا عنه ان يوصي فيه يبيت ليلتني إال ووصيته مكتوبة عنده

Bermaksud :

“Dari Abdullah bin Umar katanya, bahawa adalah baginda Rasulullah s.a.w

bersabda : “Tidak tidur seorang muslim itu pada waktu malamnya melainkan ia

sudah menulis wasiat disisinya”.” Riwayat Imam Muslim

Page 19: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

19

Berdasarkan Hadis di atas, kata Imam Ibnu Qaiyyim :

لو مل جيز اإلعتماد على اخلط مل تكن لكتابة وصيته فائدة

Bermaksud :

“Sekiranya tidak boleh berpegang kepada tulisan sebagai bahan pembuktian

sudah tentu perintah Rasulullah s.aw menulis wasiat sebelum tidur tidak

memberi faedah.”

[43] Mahkamah juga merujuk kitab Majallah Al-Ahkam ‘Adliah, Madah 69 yang

memperuntukkan bahawa tulisan adalah salah satu cara pembuktian sebagaimana berikut:

الكتاب كالخطاب

Bermaksud : Tulisan itu seperti percakapan.

[44] Pembuktian dengan dokumentar adalah tidak bercanggah dengan Hukum Syarak

sebagaimana yang telah ditegaskan didalam kitab Bughyah Al-Murtarsyidin karangan

As-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, hlm. 341 menyebut:

وحكي عن احلسن وسوار القاضي وعبد اهللا العنربي أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه ، له أن

يقبله

Bermaksud :

“Pandangan ini dipetik daripada Imam Hassan dan Shuwar al-Qadhi dan

Abdullah al-Anbariy, mereka berpendapat bahawa seorang Qadhi boleh

menerima pembuktikan dokumentar sekira ia kenal tulisan dan cop rasmi di

dalam dokumen tersebut.”

[45] P1 dan P2 telah mengemukakan dokumen iaitu “Kutipan Akta Nikah” yang dilampirkan

sebagai ekshibit “F-3” di dalam Afidavit P1 dan ekshibit bertanda “A-4” di dalam

Afidavit P2. Bagi mengulas berkenaan dokumen ini, Mahkamah merujuk peruntukan

Page 20: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

20

Seksyen 57(a)(iii) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

yang mana ada menjelaskan berkaitan dokumen awam seperti berikut:

Dokumen yang berikut ialah dokumen awam –

(a) Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan –

(i) kuasa pemerintah berdaulat;

(ii) badan rasmi dan tribunal; dan

(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada

bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing;

[46] Adalah jelas bahawa jika dirujuk berdasarkan peruntukan di atas, dokumen Kutipan Akta

Nikah tersebut boleh dikategorikan sebagai dokumen awam walaupun dikeluarkan oleh

sebuah badan di negara asing kerana ia adalah berkaitan rekod dan daftar yang disimpan

berkaitan pernikahan orang-orang Islam yang dijalankan di sana. Namun untuk

Mahkamah menerima dokumen tersebut seterusnya memakainya memerlukan dokumen

itu diakui sah terlebih dahulu tentang kesahihan dokumen itu sendiri.Tatacara bagi

pembuktian bagi dokumen rasmi tertentu seperti pembuktian bagi dokumen awam negara

asing hendaklah dibuktikan sepertimana dikehendaki di dalam peruntukan subseksyen

61(1)(e) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu:

Dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara asing, melalui

dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang

sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai notari awam

atau pegawai konsul Malaysia bahawa salinan itu diperakui dengan

sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas

dokuman asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut

undang-undang negara asing itu.

[47] Adalah jelas bahawa pembuktian sesuatu dokumen rasmi negara asing hendaklah

mematuhi dan memenuhi dua (2) elemen berikut :

Page 21: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

21

i. Dokumen itu boleh dikemukakan samada melalui dokumen asal ataupun

salinan diperakui oleh penyimpannya yang sah. Di dalam permohonan ini ianya

dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

ii. Bersama dokumen itu hendaklah disertakan suatu perakuan notari awam atau

perakuan pegawai Konsul Malaysia bahawa dokumen itu telah diperakui

dengan sewajarnya oleh pegawai yang menjaganya.

[48] Hakim Bicara yang mendengar permohonan sebelum ini telah mengarahkan Pemohon-

pemohon supayan mengesahkan dokumen Kutipan Akta Nikah yang telah dikemukakan.

Namun pada perbicaraan bertarikh 21hb. Mei 2013 Peguam Syarie Pemohon-pemohon

telah menyatakan kepada Mahkamah bahawa dokumen tersebut telah disahkan palsu.

[49] Oleh yang demikian, Mahkamah meneruskan untuk mendengar keterangan wali nasab

yang mewalikan dan mengakadnikahkan pernikahan tersebut bagi membuktikan sama

ada pernikahan tersebut adalah sah di sisi Hukum Syarak. Keterangan Wali secara lisan

telah diambil pada perbicaraan bertarikh 21 Oktober 2013 di samping keterangan secara

Afidavit yang telah difailkan pada 21hb.Oktober 2013.

[50] Mahkamah juga menerima ikrar P2 selaku pihak isteri yang dibuat berdasarkan kepada

affidavit permohonan bahawa P2 sendiri mengakui fakta pernikahannya dengan P1.Ini

kerana pengakuan atau ikrar seseorang perempuan yang telah baligh dan berakal bahawa

dia telah berkahwin dengan seseorang lelaki adalah boleh diterima menurut pandangan

al-jadid dalam Mazhab Syafi'i.Perkara ini dijelaskan di dalam kitab Mughni Al-Muhtaj,

jilid.5, hlm. 245 seperti berikut :

قـها ع من ) بالنكاح ( احلرة ولو سفيهة فاسقة بكرا كانت أو ثـيبا ) ويـقبل إقـرار البالغة العاقلة ( لى زوج صد

ر كفء بـها الويل والشاهدان إن عيـنتـهما ، أو قال الويل ) على اجلديد ( ذلك ولو غيـ ما رضيت إذا : وإن كذ

ر كفء ؛ ألن النكاح حق الزوجني فـثبت بتصادقهم ا كغريه من العقود ، والحتمال نسيان الويل كان الزوج غيـ

Page 22: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

22

قـرار فـتـقول �م ، وال بد من تـفصيلها اإلزوجين منه وليي حبضرة عدلني ورضائي إن كانت ممن : والشاهدين وكذ

يـعتبـر رضاها

Bermaksud :

“Dan diterima pengakuan seorang perempuan yang telah baligh, berakal dan

merdeka walaupun dia seorang yang dungu atau fasiq sama ada anak dara

atau janda bahawa dia telah bernikah dengan seorang suami yang juga

membenarkan pernyataannya mengenai perkahwinan itu, walaupun suami itu

tidak sekufu menurut pendapat al-jadid (baru) meskipun perkara itu didustakan

(tidak diakui) oleh wali dan kedua-dua saksi setelah diminta pengesahan

mereka. Atau berkata wali: Aku tidak redha jika suami itu tidak sekufu (maka

pengakuan si isteri tentang pernikahan itu tetap diterima) kerana pernikahan

adalah hak kedua-dua suami isteri, maka hendaklah ia disabitkan atas

wujudnya saling percaya mempercayai dalam dakwaan kedua-dua mereka

(diqiyaskan) seperti akad-akad yang lain, dan kerana wujud ihtimal

(kebarangkalian) terlupa di pihak wali atau kedua-dua saksi atau pendustaan

mereka. Maka hendaklah diperincikan pengakuan tersebut dengan kata

perempuan itu: Waliku telah menikahkan aku dengannya di hadapan dua

orang saksi lelaki yang adil dan dengan keredaanku” (sekiranya perempuan

itu terdiri daripada orang yang diambil kira keredaannya).”

[51] Iqrar yang dibuat oleh Pemohon Kedua ini adalah selari dengan pengertian iqrar yang

dinyatakan dalam seksyen 17 (1), (2) dan (3) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003 :

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis

atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi

atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan sesuatu

hak.

Page 23: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

23

(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat—

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki

yang aqil, baligh dan ‘adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau

fakta relevan ialah qarinah.

[52] P1 dan P2 juga mengemukakan keterangan dua orang saksi lelaki (SP1 dan SP2) secara

afidavit yang merupakan saksi pernikahan mereka berwarganegara Indonesia. Mahkamah

mendapati bahawa pembuktian dan juga keterangan-keterangan yang telah dikemukakan

oleh Pemohon-pemohon perlu dikuatkan lagi dengan Lafaz Sumpah Syarie (Yamin

Mutammimah). Oleh yang demikian, Mahkamah memerintahkan P1 dan P2 bersumpah

dengan Lafaz Sumpah Syar’ie iaitu Yamin Mutammimah sepertimana di dalam Arahan

Amalan No.2 Tahun 2006 :

1. Hak-hak yang boleh menerima pakai sumpah

(a) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, nusyuz atau apa-apa

perkara yang berkaitan dengan hubungan suami isteri.

6. Kuasa Mahkamah Mengarahkan Pihak Bersumpah Al-Mutammimah.

Walau apapun peruntukan Amalan 5, Hakim, boleh mengarahkan mana-

mana pihak bersumpah al-Yamin al-Mutammimah.

Al-Yamin al-Mutammimah ertinya sumpah yang dilaksanakan oleh mana-

mana pihak setelah diarahkan oleh Hakim untuk menguatkan perintahnya.

Page 24: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

24

[53] Justeru itu, berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan bersama Lafaz

Sumpah Syarie ini, Mahkamah berpuashati bahawa keterangan di dalam kes ini

mencukupi dan boleh diterima oleh Mahkamah.

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah meneliti Permohonan dan Afidavit Pemohon-pemohon, Afidavit Keterangan

Pemohon-pemhohon, Afidavit dan keterangan lisan Wali, Afidavit Saksi Pertama serta lafaz

sumpah syarie oleh Pemohon-pemohon, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan

memerintahkanseperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan P1 dan P2 berdasarkan peruntukan Seksyen 23(2)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan P1 dan P2 yang telah berlaku pada 22hb. April

2012 di Tanjung Bungin, Karangsari, Indonesia adalah sah mengikut Hukum Syarak

3. Mahkamah memerintahkan P1 dan P2 mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Agama

Islam Daerah yang berdekatan sepertimana tertakluk kepada peruntukan Seksyen 124

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Disediakan oleh :

(SALEHAN BIN HAJI YATIM)

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Tarikh : 30 April 2014

Page 25: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

25

Amalan Sumpah Mahkamah Syariah

(Amalan 8 (2)(a))

Lafaz Sumpah Al-Mudda’i

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku Aliyah Agustina (No. Pasport : A

4638740) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya keterangan yang diberikan

bagi pihak aku berhubung perkahwinan aku dengan Faizal bin Zainuddin (No.

KP: 640826-10-7273) pada 22 April 2012 berwalikan sepupu sebelah bapa

seibu sebapa bernama Carom bin Karwita yang merupakan wali nasab

terdekat. adalah benar dan jika aku berdusta pada sumpah aku nescaya dimurkai

Allah dan azabNya di atas aku dunia dan akhirat.

Bertarikh pada 30 haribulan 04 tahun 2014 .

…………………………………………….

Tandatangan Orang Yang Bersumpah

Di hadapan :

……………………………………..

( Tandatangan Hakim )

Page 26: 1 Faizal Bin Zainuddin dan Alyah Agustina [MahkamahTinggi

26

Amalan Sumpah Mahkamah Syariah

(Amalan 8 (2)(a))

Lafaz Sumpah Al-Mudda’i

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku ), Faizal Bin Zainuddin (No. K/P :

640826-10-7273) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya keterangan yang

diberikan bagi pihak aku berhubung perkahwinan aku dengan Aliyah Agustina

(No. Pasport : A 4638740) pada 22 April 2012 berwalikan sepupu sebelah bapa

seibu sebapa bernama Carom bin Karwita yang merupakan wali nasab

terdekat adalah benar dan jika aku berdusta pada sumpah aku nescaya dimurkai

Allah dan azabNya di atas aku dunia dan akhirat.

Bertarikh pada 30 haribulan 04 tahun 2014 .

…………………………………………….

Tandatangan Orang Yang Bersumpah

Di hadapan :

……………………………………..

( Tandatangan Hakim )