kajian tindakan faizal bin amran

Upload: faizal-bin-amran

Post on 02-Jun-2018

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    1/26

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

    SEMESTER 2 - SESI 2013/14

    KPS 6 54

    PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

    TAJUK/TUGASAN

    3PENDIDIKAN SIVIK DANKEWARGANEGARAAN

    PELAJAR UPSI

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO.MATRIK

    NO.TELEFON

    FAIZAL BIN AMRAN M20122001710 011-26792133

    PENSYARAH:DR. ABDUL TALIB HASHIM

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    2/26

    1

    1

    Isi Kandugan

    1.0 Pengenalan.1

    2.0Latar Belakang Sekolah......4

    3.0 Kaedah/Rekabentuk Kajian.................................8

    4.0Kumpulan Sasaran9

    5.0Perlaksanaan Kajian.9

    5.1Gelungan 1.10

    5.1.1 Merancang10

    5.1.2 Melaksana.10

    5.1.3 Mencerap..11

    5.1.4 Menganalisis Data dan Mereflek.12

    5.2Gelungan 2.13

    5.2.1 Merancang13

    5.2.2 Melaksana.13

    5.2.3 Mencerap..15

    5.2.4 Menganalisis Data dan Mereflek.15

    5.3Gelungan 3.16

    5.3.1 Merancang16

    5.3.2 Melaksana.16

    5.3.3 Mencerap..18

    5.3.4 Menganalisis Data dan Mereflek.18

    Rumusan..19

    Cadangan Kajian Selanjutnya.20

    Rujukan

    Lampiran

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Siri Ke-1

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Siri Ke-2

    Rancangan Pengajaran Harian (RP) Siri Ke-3

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    3/26

    2

    2

    1.0 Pengenalan

    Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh

    sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya Amir Hasan Dawi, (2002).

    Tylor (1871) mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang

    mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang,

    adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli

    masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di

    mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa

    yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial

    dengan masyarakat sekeliling.

    Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di

    seolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh

    masyarakat. Pelajar-pelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada

    norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka.

    Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan

    material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya.

    Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk

    menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya.

    Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan

    secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya,

    bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan

    ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan

    sebagainya. Sebagai contoh, kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum melayu

    menuturkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup.

    Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    4/26

    3

    3

    mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu. Perbezaan agama

    dan budaya yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk

    kita tidak duduk sana di sekolah atau di tempat kerja mahupun di tempat makan.

    Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan

    bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa

    mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama.

    James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks,( 2003). Beliau juga menyatakan

    bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang

    akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah

    struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan

    struktur pentadbiran turut terjadi.

    Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga

    kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah

    merangka beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian

    masyarakat pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan,

    Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurut Sharifah Alwiah

    Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di dalam masyarakat.

    Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu tidak kira samada

    di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan

    di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa

    kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara

    merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai

    pelbagai budaya dan amalan.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    5/26

    4

    4

    Rancangan pengajaran harian (RPH) ini dibina berdasarkan kepada

    Pengetahuan: Objektif: Pengetahuan tentang kelompok sosial, memahami

    amalannya dan interaksi dalam masyarakat.

    1. Fahami budaya setiap kaum

    2. Tahu asal usul sesuatu budaya

    3. Terima realiti multibudaya

    4. Bertingkah laku sesuai ikut budaya

    Pembinaan RPH ini telah dilakukan dalam perancangan sebuah pengajaran

    yang melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, sasaran ini

    dibuat secara rawak sahaja. RPH ini dibentuk untuk memudahkan proses

    pengajaran dimana RPH ini dijadikan sebagai panduan untuk bantuan pengajaran.

    2.0 Latar Belakang Sekolah

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah

    yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah

    universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133

    bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan

    Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan

    pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib

    Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato) sebagai

    Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof

    Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    6/26

    5

    5

    Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik

    yang kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia,

    UPSI mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni.

    Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan

    pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian

    Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas

    kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan

    perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini.

    Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada

    tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001,

    pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan,

    Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa

    kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan

    beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan

    struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai

    sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi

    ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan

    baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan.

    Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan

    sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains

    Sosial danKesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan

    Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada

    tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan

    Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam

    buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    7/26

    6

    6

    menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik

    dan jumlah pelajar yang kian bertambah.

    Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut

    adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan

    Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan

    Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan

    Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan

    Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK).

    UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program

    Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program

    Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173

    Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).

    Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

    Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka

    Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002. Dalam titah

    perasmiannya baginda telah mengumumkan nama kampus utama UPSI sebagai Kampus

    Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baru di

    Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah.

    Kampus Sultan Azlan Shah

    Kampus Sultan Azlan Shah telah dirancang bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi.

    Dengan adanya kampus baru ini, infrastruktur pengajaran dan pembelajaran di UPSI dapat

    dipertingkatkan ke tahap yang lebih sempurna sejajar dengan kehendak kerajaan bagi

    memperkasa dan meningkatkan mutu pendidikan institut pengajian tinggi awam.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    8/26

    7

    7

    Pada 20 Februari 2012, Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi

    dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains &

    Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10

    untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan

    Panggung Percubaan, Kafetaria, Rotu, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar,

    Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam.

    Kampus ini terletak berdekatan kira-kira 8 km dari kampus sedia ada iaitu Kampus

    Sultan Abdul Jalil Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan

    memberikan satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada

    bandar Proton City. Kampus yang berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan

    Kilang Proton ini juga lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran

    Titiwangsa yang segar dan mengasyikkan. Keindahan sumber alam semulajadi ini akan

    memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses

    pembelajaran pelajar. Kampus baru ini telah dirasmikan dengan jaya dan penuh bersejarah

    oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Jun 2012.

    Jika dilihat dari segi bilangan pengambilan pelajar dalam tempoh lima belas tahun

    (1997 - 2012), peratus pengambilan amat besar jika dibandingkan dengan perancangan

    awal penubuhan universiti ini. Minat pelajar lulusan STPM, Diploma atau yang setaraf

    dengannya amat tinggi sekali dan umum mengetahui bahawa UPSI adalah IPTA paling

    popular menjadi pilihan pelajar. Dari seramai 338 orang pelajar pada tahun 1997, sehingga

    kini (2012) enrolmen pelajar UPSI menjangkau 30,087 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 5,476

    pelajar Diploma Pendidikan, 308 pelajar diploma dan pelajar pasca siswazah seramai 2,164

    orang. Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar UPSI 2012 adalah 29,075 orang.

    Sehingga Istiadat Konvokesyen Ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2012 lalu (1999 2012),

    UPSI telah melahirkan seramai 38,035 graduan sarjana muda, diploma, dan ijazah lanjutan

    (Kedoktoran dan Sarjana).

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    9/26

    8

    8

    3.0 Kaedah/Rekabentuk Kajian

    Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model

    Interacting Spiral.

    Pemerhatian: mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan

    membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual

    peserta kajian dan membuat laporan.

    Berfikir:meneroka (menganalisis) apa yang berlaku

    Bertindak:merancang, melaksana dan menilai

    Secara praktisnya, kajian tindakan boleh menjadi suatu proses yang sangat

    kompleks. Reka bentuk yang dipersembahkan di dalam kajian ini , boleh di

    gambarkan sebagai petunjuk kepada mereka yang mengikuti perjalanan yang

    singkat melibatkan kitaran proses seperti memerhati, mereflek, bertindak, menilai,

    mengubahsuai. Proses ini berlaku secara berterusan. Namun begitu, walaupun kita

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    10/26

    9

    9

    mencapai satu tahap di mana kita berasa apa yang lakukan itu satu kepuasan, tahap

    itu akan membentuk satu masalah atau persoalan lain pula, dan seterusnya kitaran

    tersebut akan bermula lagi.

    4.0 Kumpulan Sasaran

    Menurut Mohd. Majid (1998), populasi ialah satu set ciri yang menunjukkan ucapan

    atau ukuran yang tertentu kepada kumpulan individu atau objek. Populasi ini

    ditentukan dan dikaji dengan teliti supaya keputusan penyelesaian masalah yang

    dipilih berkesan. Populasi adalah sasaran dalam menyelesaikan masalah dan

    penyelidikan hendaklah melibatkan keseluruhan individu dalam populasi kajian.

    Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih

    daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney

    dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji.

    Kumpulan sasaran adalah seramai 6 orang murid yang semuanya terdiri daripada

    pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    5.0 Perlaksanaan Kajian

    Kajian ini telah dijalankan melalui cara kumpulan kecil. Pelajar telah dipilih secara

    rawak untuk tujuan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Objektif untuk

    menambah nilai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia dijalankan melalui RPH

    yang telah dibuat.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    11/26

    10

    10

    5.1 Gelungan 1

    5.1.1 Merancang

    Untuk rancangan pengajaran yang pertama, RPH merupakan rangka kerja aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa

    waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci

    yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan

    guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Pada peringkat perancangan ini, saya telah merancang untuk memasukkan

    elemen seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh dan masa, mata pelajaran, tema

    atau tajuk, bidang pembelajaran kognitif, psikomotor dan afekif, konsep utama,

    bahan dan peralatan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran dan

    penilaian pembelajaran.

    5.1.2 Melaksana

    Perlaksanaan RPH berlangsung selama sejam iaitu dimulakan dengan set induksi

    selama 15 minit dimana penghayatan lagu Tanggal 31 yang telah dinyanyikan oleh

    Allahyarham Sudirman iaitu salah satu tokoh malaysia dalam bidang seni. Pelajar

    diminta untuk menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan iringan lagu Tanggal 31.

    Tujuan nyanyian lagu ini adalah untuk memberikan tentang semangat patriotisme

    dalam kalangan pelajar. Setelah didengarkan lagu, pelajar dikehendaki untuk

    melihat video Upin Ipin yang bertajuk 1 Malaysia. Setelah mendengar lagu dan

    menonton klip video, sesi soal jawab telah dilakukan untuk mengetahui tahap

    kefahaman pelajar tentang konsep-konsep kemerdekaan, 1 malaysia dan pelbagai

    budaya secara umum. Kemudian, guru mengaitkan tentang tajuk pembelajaran pada

    hari tersebut.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    12/26

    11

    11

    Pada peringkat langkah yang pertama, masa sebanyak 15 minit

    diperuntukkan untuk pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap

    kumpulan mempunyai dua orang pelajar atau sepasang. Selepas itu, pelajar akan

    diberikan kertas mahjong untuk melakukan akiviti pembelajaran pada hari tersebut.

    Aktiviti yang akan dilakukan adalah melukis bendera Malaysia dengan bahan-bahan

    yang telah diberikan.

    Langkah kedua pula masa sebanyak 15 minit juga diberikan kepada pelajar

    dalam kumpulan yang sama untuk melukis karakter-karakter kaum-kaum di Malaysia

    yang mereka ketahui. Lukisan ini dilukis pada kertas yang berlainan.

    Kemudian, pada peringkat ketiga dalam masa 10 minit, pelajar diminta untuk

    menceritakan pemahaman mereka tentang elemen bendera Malaysia dan hari

    kemerdekaan. Selepas itu, perbincangan tentang konsep juga dilakukan dimana

    guru dan pelajar akan membincangkan tentang konsep kemerdekaan, 1 Malaysia

    dan pelbagai budaya.

    Selepas sahaja guru dan pelajar membincangkan topik-topik perbincangan,

    guru bersama pelajar merumuskan tentang topik yang telah dibincangkan.

    Kemudian, pelajar akan diminta untuk membuat refleksi mereka tentang konsep

    kemerdekaan, 1 Malaysia dan pelbagai budaya. Perbincangan ini mengambil masa

    selama 5 minit sahaja.

    5.1.3 Mencerap

    Mencerap pada asasnya menggunakan pancaindera pendengaran tetapi berlaku

    secara aktif yang memerlukan usaha dan iltizam untuk terlibat dalam keadaan yang

    sukar. Mencerap merupakan proses yang aktif menerima rangsangan yang bukan

    sahaja berbentuk verbal tetai sebarang isyarat yang dikirim melalui udara.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    13/26

    12

    12

    Pencerapan berkualiti akan membantu menjana kognitif terutama untuk

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tindakbalas pencerapan iaitu jika

    kita mencerap mesej orang lain dengan baik tindakbalas mencerap orang lain akan

    turut meningkat. Mengelak kekecewaan kerana mendapat maklumat secara tidak

    pasti.

    Pada peringkat ini, apa yang cuba disampaikan mestilah jelas. Hal ini sangat

    mempengaruhi kefahaman pelajar tentang isu atau topik yang dibincangkan. Apa

    yang dicerap boleh memberi kesan dari segi ingatan dalam jangka masa panjang

    terutama bagi maklumat yang penting. Proses cerapan ini sangat penting dalam

    sesebuah proses pembelajaran. Rancangan pengajaran harian haruslah

    dilaksanakan dengan baik agar kefahaman pelajar tentang sesuatu isu terutamanya

    isu sensitif seperti multibudaya ini haruslah diterangkan dengan jelas agar tidak

    berlaku kesalah fahaman.

    5.1.4 Menganalisis Data dan Mereflek

    Menganalisis dan mereflek adalah perkara penting dalam melihat kejayaan sesuatu

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dilakukan. Analisis perlu dilakukan untuk

    melihat sejauh mana kejayaan yang telah dilakukan. Selain itu, kekurangan juga

    harus dilihat semula supaya dapat melihat kekurangan diri dan apa yang perlu

    ditambah dalam perancangan tersebut. Penambahbaikan adalah perkara penting

    untuk meningkatkan lagi kualiti dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

    Setelah menganalisis kekurangan dan kelebihan, refleksi juga harus dilakukan agar

    kefahaman diri menjadi lebih tinggi dan dapat memperbaiki diri dari semasa ke

    semasa.

    Apa yang dapat dilhat dalam pengajaran dan pembelajaran untuk RPH 1 ini

    adalah semangat patriotisme untuk setiap pelajar tetap ada. Walau bagaimanapun,

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    14/26

    13

    13

    kurangnya kesedaran dalam diri memnyebabkan kita kurang menghargai tentang

    keamanan negara yang telah diperolehi sejak zama merdeka. Konsep 1 Malaysia

    juga penting dalam mewujudkan semangat kekitaan dalam negara Malaysia dimana

    setiap kaum saling menghormati antara satu dengan yang lain. Oleh itu kesedaran

    sivik adalah penting untuk kita memahami tentang budaya orang lain dan

    masyarakat supaya kita boleh hidup dalam keadaan yang aman dan damai secara

    berpanjangan.

    5.2 Gelungan 2

    5.2.1 Merancang

    Untuk rancangan pengajaran yang pertama, RPH merupakan rangka kerja aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa

    waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci

    yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan

    guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Pada peringkat perancangan ini, saya telah merancang untuk memasukkan

    elemen seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh dan masa, mata pelajaran, tema

    atau tajuk, bidang pembelajaran kognitif, psikomotor dan afekif, konsep utama,

    bahan dan peralatan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran dan

    penilaian pembelajaran.

    5.2.2 Melaksana

    Perlaksanaan RPH siri dua juga berlangsung selama sejam iaitu dimulakan dengan

    set induksi selama 10 minit dimana pelajar telah ditunjukkan tayangan gambar

    pakaian-pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. Pada peringkat ini Guru dan

    pelajar bersoal jawab tentang pakaian tradisional dan pengetahuan pelajar tentang

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    15/26

    14

    14

    pakaian tradisional itu tersebut. Setelah bersoal jawab secara ringkas tentang jenis-

    jenis pakaian ini, guru mengaitkan tentang pembelajaran yang akan dilakukan

    dengan tayangan gambar tersebut.

    Pada peringkat langkah yang pertama, masa sebanyak 15 minit

    diperuntukkan untuk pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap

    kumpulan mempunyai dua orang pelajar atau sepasang. Selepas itu, pelajar akan

    diberikan teks ringkas tentang pakaian-pakaian tradisional yang terdapat di

    Malaysia. Pelajar diminta untuk membaca dan memahami petikan teks tersebut.

    Pelajar diminta berbincang dalam kumpulan dan cuba memahami tentang sesuatu

    budaya yang dikaitkan dengan pakaian tradisional.

    Langkah kedua pula masa sebanyak 15 minit juga diberikan kepada pelajar

    dalam kumpulan yang sama untuk berbincang dan menyenaraikan ciri-ciri pakaian

    tradisional dan apa yang mereka faham tentang pakaian yang boleh dikaitkan

    dengan budaya. Pelajar juga dikehendaki untuk mengetahui perayaan yang

    disambut melalui pakaian-pakaian tradisional ini.

    Kemudian, pada peringkat ketiga dalam masa 15 minit, pelajar diminta untuk

    menceritakan pengalaman mereka semasa merayakan sesuatu perayaan.

    Kemudian pelajar juga diminta untuk menerangkan perbezaan pakaian tradisional

    dan perayaan yang di raihkan oleh setiap kaum di Malaysia. Pelajar juga digalakkan

    saling berkongsi pengalaman tentang perayaan yang pernah mereka raihkan.

    Perbincangan akhir antara guru dan pelajar ini mengambil masa selama 5

    minit sahaja. Selepas sahaja guru dan pelajar membincangkan topik-topik

    perbincangan, guru bersama pelajar merumuskan tentang topik yang telah

    dibincangkan. Kemudian, pelajar akan diminta untuk membuat refleksi mereka

    tentang konsep kemerdekaan, 1 Malaysia dan pelbagai budaya.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    16/26

    15

    15

    5.2.3 Mencerap

    Tayangan gambar tentang pakaian tradisional kaum-kaum yang ada di Malaysia ini

    adalah salah satu kaedah yang membolehkan pelajar mencerap ilmu pengetahuan

    melalui visual Pada peringkat ini, apa yang cuba disampaikan mestilah jelas. Hal ini

    sangat mempengaruhi kefahaman pelajar tentang isu atau topik yang dibincangkan.

    Apa yang dicerap boleh memberi kesan dari segi ingatan dalam jangka masa

    panjang terutama bagi maklumat yang penting. Rancangan pengajaran harian

    haruslah dilaksanakan dengan baik agar kefahaman pelajar tentang sesuatu isu

    terutamanya isu sensitif seperti multibudaya ini haruslah diterangkan dengan jelas

    agar tidak berlaku kesalah fahaman.

    5.2.4 Menganalisis Data dan Mereflek

    Analisis yang dapat dilhat dalam pengajaran dan pembelajaran untuk RPH siri 2 ini

    adalah tidak semua pelajar tahu tentang pakaian tradisional yang ada di Malaysia.

    Hal ini dapat ditunjukkan melalui pemakaian kaum-kaum minoriti yang ada di

    Malaysia. Selain itu, pelajar juga tidak tahu membezakan tentang perbezaan-

    perbezaan yang terdapat diantara pakaian-pakaian tradisional ini. Terdapat

    kekeliruan yang berlaku apabila cuba membezakan pakaian tradisional. Setiap etnik

    yang ada di Malaysia dapat ditunjukkan melalui keunikan pakaian tradisional

    mereka. Oleh itu, adalah penting untuk pelajar mengetahui serba sedikit tentang

    kaum-kaum yang ada di Mlaysia. Konsep 1 Malaysia melalui pakaian tradisional ini

    juga penting dalam mewujudkan semangat kekitaan dalam negara Malaysia dimana

    setiap kaum saling menghormati antara satu dengan yang lain. Pembelajaran

    tentang kepelbagaian budaya ini penting supaya rakyat dapat menghormati antara

    satu dengan yang lain.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    17/26

    16

    16

    Apa yang dapat direfleksikan disini adalah, pendidikan multibudaya adalah

    penting dalam meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar terutamanya agar

    dapat membentuk komuniti yang sihat untuk generasi akan datang. Matapelajaran

    sivik adalah salah satu medium yang boleh diterapkan dalam pembelajaran untuk

    menambah pengetahuan am pelajar-pelajar disetiap peringkat pendidikan.

    5.3 Gelungan 3

    5.3.1 Merancang

    RPH merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu

    disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan

    pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang

    perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah

    ditetapkan. Rancangan ini sangat penting agar objektif pembelajaran akan tercapai

    dengan mudah apabila mengaplikasikan rancangan yang telah dilakukan.

    Pada peringkat perancangan ini, saya telah merancang untuk memasukkan

    elemen seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh dan masa, mata pelajaran, tema

    atau tajuk, bidang pembelajaran kognitif, psikomotor dan afekif, konsep utama,

    bahan dan peralatan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran dan

    penilaian pembelajaran.

    5.3.2 Melaksana

    Perlaksanaan RPH siri ketiga juga berlangsung selama sejam iaitu dimulakan

    dengan set induksi selama 10 minit dimana pelajar telah ditunjukkan tayangan video

    tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Pada peringkat ini Guru dan pelajar

    bersoal jawab tentang tarian tradisional dan pengetahuan pelajar tentang tarian

    tradisional itu tersebut. Setelah bersoal jawab secara ringkas tentang jenis-jenis

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    18/26

    17

    17

    tarian ini, guru mengaitkan tentang pembelajaran yang akan dilakukan dengan

    tayangan gambar tersebut.

    Pada peringkat langkah yang pertama, masa sebanyak 15 minit

    diperuntukkan untuk pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap

    kumpulan mempunyai dua orang pelajar atau sepasang. Selepas itu, pelajar akan

    diberikan teks ringkas tentang jenis-jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia.

    Pelajar diminta untuk membaca dan memahami petikan teks tersebut. Pelajar

    diminta berbincang dalam kumpulan dan cuba memahami tentang sesuatu budaya

    yang dikaitkan dengan tarian tradisional.

    Langkah kedua pula masa sebanyak 15 minit juga diberikan kepada pelajar

    dalam kumpulan yang sama akan mencabut kertas undian yang mengandungi jenis

    tarian yang telah ditetapkan oleh guru. Kemudian, pelajar ditunjukkan jenis tarian

    yang mereka dapat untuk diikuti. Pelajar diminta menarikan tarian tradisional

    tersebut bersama kumpulan masing-masing.

    Kemudian, pada langkah ketiga dalam masa 15 minit, pelajar diminta untuk

    menceritakan pengetahuan mereka tentang jenis-jenis tarian. Selepas itu, pelajar

    juga diminta untuk menceritakan tentang tarian yang telah mereka lakukan.

    Pengalaman yang telah mereka perolehi ini sangat penting dalam memahami

    konteks multibudaya

    Perbincangan akhir antara guru dan pelajar ini mengambil masa selama 5

    minit sahaja. Guru bersama-sama Pelajar merumuskan bahawa pelbagai perayaan

    yang terdapat di negara kita patut dikenali dan dihormati. Pelajar diminta memahami

    makna disetiap tarian yang telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Guru

    menasihati Pelajar agar mengenali dan menghormati adab kaum lain. Nilai saling

    menghormati adalah sangat penting dalam diri setiap insan.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    19/26

    18

    18

    5.3.3 Mencerap

    Tayangan video dan amali tarian tradisional ini membolehkan pelajar merasakan

    mengaplikasikan tarian tradisional yang ada di negara ini. Perbuatan adalah salah

    satu proses cerapan untuk pelajar mengingati dan menanamkan sesuatu perkara

    dalam diri pelajar. Tarian ini akan menerapkan semangat kemasyarakatan dalam

    kalangan pelajar yang membantu pelajar untuk terus berkembang. Nilai-nilai

    multibudaya dapat ditanamkan apabila pelajar mengetahui tentang sesuatu budaya

    dengan lebih mendalam.

    5.3.4 Menganalisis Data dan Mereflek

    Analisis perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kejayaan yang telah dilakukan.

    Selain itu, kekurangan juga harus dilihat semula supaya dapat melihat kekurangan

    diri dan apa yang perlu ditambah dalam perancangan tersebut. Penambahbaikan

    adalah perkara penting untuk meningkatkan lagi kualiti dalam melaksanakan

    pengajaran dan pembelajaran. Setelah menganalisis kekurangan dan kelebihan,

    refleksi juga harus dilakukan agar kefahaman diri menjadi lebih tinggi dan dapat

    memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

    Daripada analisis yang boleh dibuat, tidak semua pelajar mengetahui jenis-

    jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Tarian-tarian juga melambangkan

    kepelbagaian budaya. Oleh itu, penerapan budaya melalui tarian adalah salah satu

    medium untuk penanaman nilai-nilai menghormati budaya yang ada. Selain itu, bagi

    pelajar yang mempunyai minat menari akan mempunyai nilai kebudayaan yang

    tinggi. Kepelbagaian budaya ini sangat penting dalam diri seseorang individu.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    20/26

    19

    19

    Rumusan

    Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya

    pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran

    dan pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza tentang

    pencapaian pelajar. Begitu juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran

    pelajar yang memberi impak ke atas pemikiran perasaan dan tingkah laku

    seseorang. Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh gaya belajar dan status sosio-

    ekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat

    faktor persekitaran yang tidak sesuai.

    Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia

    terutamanya dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan

    multi-budaya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan

    pendidikan multi-budaya seterusnya membantu dalam penubuhan gagasan satu

    Malaysia. Matlamat utama pendidikan multi budaya adalah untuk membentuk satu

    kesamarataan peluang pelajaran kepada setiap orang pelajar tidak kira kaum, etnik,

    bahasa, dan kelas sosial mereka. Oleh itu, pelajar harus memahami nilai-nilai

    kebudayaan yang ada pada masyarakat majmuk yang ada pada Negara Malaysia.

    Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu

    pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan

    yang menimbangkan individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan

    harmoni dan demokrasi. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat

    penting dalam memantapkan proses pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran

    memerlukan RPH yang baik untuk menggalakkan pembelajaran ini berlangsung

    secara positif.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    21/26

    20

    20

    Cadangan Kajian Selanjutnya

    Beberapa perkara perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa menjalankan

    kajian. Pengkaji perlu merangka reka bentuk kajian, populasi dan sampel.

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan hendaklah berupaya untuk

    mendapatkan jawapan yang diperlukan bagi menjawab segala objektif pengajaran.

    Cadangan kajian yang paling utama adalah dari segi pembentukan RPH.

    RPH yang dibuat mestilah dapat memenuhi objektif pengajaran yang. Sampel yang

    telah dipilih adalah kelompok kecil sahaja dimana hanya enam orang pelajar sahaja

    yang terlibat dalam pengajaran yang telah dilakukan. Oleh itu, cadangan kajian

    selanjutnya adalah meningkatkan bilangan sampel kajian. Sampel kajian yang ramai

    dapat menentukan sejauh mana rancangan pengajaran ini berjaya. Hal ini kerana,

    sampel yang ramai juga membolehkan guru melihat sejauh mana pelajar boleh

    menerapkan nilai-nilai kebudayaan.

    Aktiviti yang dilakukan didalam kelas juga harus menepati objektif yang ingin

    dicapai. Aktiviti pengajaran haruslah mengandungi unsur-unsur kepelbagaian

    budaya yang harus diterapkan dalam diri setiap individu. Aktiviti juga lebih baik

    sekiranya dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dalam mengikuti aktiviti

    tersebut. Oleh itu, aktiviti yang tidak bosan haruslah dirancang dan dilakukan.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    22/26

    21

    21

    Rujukan

    Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga.

    Tanjong Malim: Quantum Books.

    Banks, J.A. (1999). An Introduction to Multicultural Education (2nd ed.). Boston:

    Allyn and Bacon.

    Banks, James (1984) Teaching Strategies for Ethnic Studies, Newton: Allyn andBacon. Bauman, Zygmunt, (1998) Globalization: The Human Consequences,New York: Columbia University Press.

    Sleeter, C.E. (1992) Restructuring Schools for Multicultural Education, dalam

    Journal of Teacher Education 43, halm. 141-148

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    23/26

    22

    22

    Lampiran

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    Kelas : Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Bilangan Pelajar : 6 orang

    Masa : 30 minit

    Tarikh : 6 Mei 2014

    Tema : 1 Malaysia

    Tajuk : Kami 1 Malaysia

    Kemahiran multibudaya : Pengetahuan:i. Fahami budaya setiap kaum

    ii. Tahu asal usul sesuatu budaya

    iii. Terima reality multibudaya

    iv. Bertingkah laku sesuai ikut

    budaya

    Kaedah Pengajaran : Tayangan video, nyanyian dan perbincangan

    Hasil Pembelajaran :

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, Pelajar dapat:

    i. Memahami sejarah Malaysia

    ii. Memahami budaya Malaysia

    iii. Menunjukkan kerjasama berbilang kaum

    iv. Berinteksi secara sopan dan bertatasusila

    Penerapan nilai-nilai murni:

    Bersyukur, semangat bermasyarakat kerjasama dan bertanggungjawab.

    Unsur patriotisme :

    Bertanggungjawab dalam memahami berkonsep 1 Malaysia.

    Bersyukur menjadi seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum tetapi

    hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

    Pengetahuan sedia ada :

    i) Pelajar mengetahui tentang kemerdekaan Malaysia

    ii) Pelajar melihat tentang kemerdekaan di television.

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    24/26

    23

    23

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SIRI SATU

    Masa/Langkah

    Aktiviti Catatan

    15 Minit

    SetInduksi

    1. Pelajar didengarkan lagu Tanggal 31 nyanyianAllahyarham Sudirman.2. Pelajar ditunjukkan video Upin Ipin

    3. Pelajar dan guru bersoal jawab, tentang apa

    yang Pelajar fahami tentang konsepkemerdekaan, 1 Malaysia dan pelbagai budaya.

    4. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaranpada hari ini.

    BBM:Lagu/lirikTanggal 31

    Laptop ProjectorVideo Upin Ipin

    Nilai:Semangat patriotisme

    15 minit

    Langkah1

    1. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.2. Pelajar diedarkan kertas mahjong3. Pelajar diminta melukis bendera Malaysia.

    BBM:Kertas MahjongWarna lilin

    Nilai:kerjasama

    15 minit

    Langkah2

    1. Pelajar berada dalam kumpulan yang sama.

    2. Pelajar kertas mahjong3. Pelajar dikehendaki melukis karakter kaum-kaum

    di Malaysia yang mereka keatahui.

    BBM:

    Kertas MahjongWarna lilin

    Nilai:KerjasamaSemangatbermasyarakat

    10 minit

    Langkah3

    1. Dalam kumpulan yang sama Pelajar dimintamenceritakan pemahaman mereka tentangelemen bendera Malaysia dan harikemerdekaan.

    2. Menceritakan pemahaman mereka tentangkonsep kemerdekaan, 1 malaysia dan pelbagaibudaya.

    Nilai:Semangatbermasyarakat

    5 minit

    Penutup

    1. Guru bersama-sama Pelajar merumuskantentang apa yang telah dibincangkan

    2. Pelajar diminta membuat refleksi tentangkonsep kemerdekaan, 1 Malaysia dan pelbagaibudaya.

    Nilai:

    Semangat 1 Malaysia

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    25/26

    24

    24

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SIRI DUA

    Masa/Langkah

    Aktiviti Catatan

    10 Minit

    SetInduksi

    1. Pelajar ditunjukan gambar pakaian tradisional rakyat

    Malaysia.

    2. Pelajar dan guru bersoal jawab mengenai gambar-gambar yang ditayangkan.

    3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran pada hari

    ini.

    BBM:

    Laptop

    Projector

    Gambarpakaian rakyatMalaysia

    15 minit

    Langkah1

    1. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.2. Pelajar diedarkan teks ringkas mengenai pakaian

    tradisional rakyat Malaysia.3. Pelajar diminta membaca dan memahami petikan teks

    tersebut dalam kumpulan.

    BBM:TeksKertas grafik

    Nilai:kerjasama

    15 minit

    Langkah

    2

    1. Pelajar berada dalam kumpulan yang sama.2. Pelajar dikehendaki membincangkan dan menulis ciri di

    ciri pakaian tradisional di kertas mahjong yang diberikan .

    BBM:Teksskrip,Kertas

    mahjongNilai:KerjasamaSemangatbermasyarakat

    15 minit

    Langkah3

    1. Pelajar diminta menceritakan pengalaman mereka apabilameraikan perayaan dan melihat perayaan kaum lain yang ada diMalaysia

    Nilai:Bertanggung-jawab

    5 minit

    Penutup1. Guru bersama-sama Pelajar merumuskan bahawa

    pelbagai jenis pakaian tradisional dan perayaan yang adadi Malaysia ini.

    2. Guru menasihati Pelajar agar mengenali danmenghormati adab kaum lain.

    Nilai:

    Menghormati

  • 8/11/2019 Kajian Tindakan Faizal Bin Amran

    26/26

    25

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SIRI TIGA

    Masa/Langkah

    Aktiviti Catatan

    10 Minit

    SetInduksi

    1. Pelajar ditunjukkan video beberapa jenis tarian

    tradisional di Malaysia.

    2. Pelajar dan guru bersoal jawab tentang video yangditunjukkan

    3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran padahari ini.

    BBM:

    Laptop

    Projector

    15 minit

    Langkah1

    1. Pelajar dibahagikan mengikut pasangan.2. Pelajar diedarkan teks tentang tarian tradisional.3. Pelajar diminta membaca dan memahami petikan

    teks tersebut dalam pasangan

    BBM:Teks

    Nilai:kerjasama

    20 minit

    Langkah2

    1. Pelajar berada dalam pasangan yang sama.2. Mencabut keratan kertas undi yang mengandungi

    jenis tarian3. Pasangan ditunjukkan jenis tarian yang mereka

    dapat daripada keratan kertas undi.4. Pelajar diminta menarikan tarian tradisional tersebut

    bersama pasangan.

    BBM:Kertas A4

    Nilai:

    Kerjasama

    Semangatbermasyarakat

    15 minit

    Langkah3

    1. Dalam kumpulan yang sama Pelajar dimintamenceritakan pengetahuan mereka tentang jenistarian.

    2. Pelajar juga diminta menceritakan tentangpengalaman mereka menarikan tarian tradisional.

    Nilai:BersyukurBertanggung-jawab

    5 minit

    Penutup

    1. Guru bersama-sama Pelajar merumuskan bahawapelbagai perayaan yang terdapat di negara kitapatut dikenali dan dihormati.

    2. Pelajar diminta memahami makna disetiap tarianyang telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

    3. Guru menasihati Pelajar agar mengenali danmenghormati adab kaum lain.

    Nilai:

    Menghormati