08 tajuk 2 pro gpi pim3111.pdf

5
25 Tajuk 2 ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW SEBAGAI SEORANG PENDIDIK 2.0 Sinopsis Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Rasulullah s.a.w. sebagai seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w.. Manakala tajuk sahsiah diri Baginda s.a.w perlu dibincangkan secara bersemuka dengan pensyarah. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru mengenai diri dan corak pendidikan yang diamalkan oleh Baginda s.a.w.. Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah Rasulullah s.a.w. sebagai role-model seorang Mahaguru yang terbaik. Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan sahsiah keperibadian Rasulullah s.a.w.. 2. Menghuraikan peranan dan tugas Rasulullah s.a.w.. sebagai seorang pendidik. 3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.. Kerangka Konsep Tajuk ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW SEBAGAI SEORANG PENDIDIK Sahsiah Diri (Bersemuka) Kaedah Penyampaian (Modul)

Upload: musafir-senja

Post on 29-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pim3111,analisi sahsiah rasulullah sebagai pendidik, tajuk3 pim3111

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Tajuk 2 Pro GPI PIM3111.pdf

25

Tajuk 2 ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW

SEBAGAI SEORANG PENDIDIK

2.0 Sinopsis

Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Rasulullah s.a.w.

sebagai seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai

kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w.. Manakala tajuk sahsiah diri Baginda

s.a.w perlu dibincangkan secara bersemuka dengan pensyarah. Pelajaran ini

bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru mengenai diri

dan corak pendidikan yang diamalkan oleh Baginda s.a.w.. Selain daripada itu

pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar

diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah Rasulullah s.a.w.

sebagai role-model seorang Mahaguru yang terbaik.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan sahsiah keperibadian Rasulullah s.a.w..

2. Menghuraikan peranan dan tugas Rasulullah s.a.w.. sebagai seorang

pendidik.

3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah penyampaian yang

dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w..

Kerangka Konsep Tajuk

ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH SAW

SEBAGAI SEORANG PENDIDIK

Sahsiah Diri

(Bersemuka)

Kaedah Penyampaian

(Modul)

Page 2: 08 Tajuk 2 Pro GPI PIM3111.pdf

26

2.1 KAEDAH PENYAMPAIAN

Pelajar-pelajar sekelian !

Cinta kepada Rasulullah s.a.w. ? Kenali Baginda s.a.w.

Tak Kenal Maka Tak Cinta!!

2.1.1. Kaedah Penyampaian RASULULLAH S.A.W.

Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan sukatan pelajaran khas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu wahyu sama ada al-Qur’an dan juga al-hadith khususnya al-hadith al-Qudsi. Ini adalah kerana segala apa yang dipertuturkan oleh Baginda s.a.w. adalah merupakan wahyu Illahi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh umat Baginda s.a.w. Firman Allah Taala di dalam al-Qur’an :

Maksudnya :

“Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunya melainkan hanya wahyu

yang diwahyukan (kepadanya)”

(surah an-Najm (53) :3-4)

Al-Qur’an adalah merupakan kalam Allah yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. melalui Jibril a.s. untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia adalah mukjizat dan membaca al-Qur’an dikira ibadah. Kerana itu al-Qur’an dibaca di dalam solat. ia juga merupakan ‘warkah’, ‘kalam’ atau ‘sms’ daripada Allah Taala kepada individu yang mencintaiNya.

Manakala Hadith Qudsi merupakan hadith yang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah Taala seperti “Allah telah berfirman”. Kadangkala ia juga diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. namun sandaran khabarnya adalah daripada Allah Taala seperti “Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang dikhabarkan daripada Allah.”

Page 3: 08 Tajuk 2 Pro GPI PIM3111.pdf

27

2.1.2. Langkah Pengajaran Rasulullah s.a.w. amat teliti di dalam melaksanakan langkah pengajarannya. Langkah pengajaran bermaksud peringkat-peringkat aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Baginda s.a.w. cukup berhati-hati di dalam menyampaikan pengajaran agar ianya dapat diterima oleh semua pihak yang mendengarnya. Antara ciri-ciri pengajaran Baginda s.a.w. ialah :

1. Menggunakan bahan bantu, ilustrasi dan gerak isyarat yang bersesuaian. 2. Memastikan semua pelajar dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan. 3. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dengan baik. 4. Menghormati dan melayan kerenah setiap pelajar dengan baik. 5. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan. 6. Adil terhadap anak didiknya.

Antara strategi dan pendekatan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Mewujudkan pusat pendidikan 2. Memilih tempat pembelajaran yang sesuai 3. Pengajaran secara berperingkat-peringkat 4. Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran 5. Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat 6. Memastikan pembelajaran berlangsung dalam keadaan aman

2.2.3. Kaedah Penyampaian Rasulullah S.A.W. Kaedah pengajaran bermaksud jalan atau metod yang diikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Syarahan atau khutbah. Ia merupakan satu kaedah mengajar di mana guru memberikan maklumat berkenaan sesuatu topik beserta huraian dan contohnya. Kebiasaannya disampaikan di masjid atau rumah. Khutbah disampaikan pada setiap hari Jumaat.

2. Dialog atau perbincangan. Perbincangan dalam bentuk berdakwah supaya

menerima Islam dengan prinsip yang betul. Corak pengajaran dua hala, iaitu interaksi guru dengan murid.

3. Soal Jawab. Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman

atau pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersoal jawab dengan malaikat Jibril a.s. tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan Ihsan. Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti wajib

Page 4: 08 Tajuk 2 Pro GPI PIM3111.pdf

28

pengajaran pembelajaran antara guru dengan murid. Baginda s.a.w. juga sering bersoal jawab dengan para sahabat setiap kali selepas solat subuh.

4. Imla’. Kaedah ini memerlukan murid menulis apa yang diajarkan

terhadapnya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid akan mencatat setiap kata-kata yang didengari. Mengikut nas al-Qur’an, kaedah Imla’ berlaku antara malaikat Jibril a.s. dengan Rasulullah s.a.w. semasa Jibril mengajarkan ayat al-Qur’an dan diikuti oleh Rasulullah. Rasulullah s.a.w.menuturkan ayat-ayat yang berbentuk berita kepada sahabat-sahabat beliau. Para sahabat mendengar dan terus menghafalnya.

5. Hafazan. Kaedah hafazan digunakan untuk mengingat sesuatu fakta.

Rasulullah s.a.w. menghafaz wahyu yang diturunkan kepada Baginda.

6. Perdebatan atau mujadalah. Kaedah prdebatan digunakan untuk menjawab persoalan dengan menggunakan hujah-hujah yang logik sebagai bukti.

7. Gaya isyarat. Kaedah pengajaran ini menggunakan isyarat dengan

gerakan anggota badan seperti isyarat tangan, muka, mulut dan sebagainya.

8. Bercerita. Kaedah bercerita digunakan bagi mengambarkan kisah-kisah

yang terdapat dalam al-Qur’an. Bercerita merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa sama ada ia benar-benar berlaku ataupun direka-reka. Cerita disampaikan untuk mendidik manusia dengan membei penekanan kepada teladan yang patut diikuti.

9. Lukisan atau lakaran. Melukis di atas tanah untuk menggambarkan sesuatu atau menjelaskan lagi satu-satu penerangan kepada para sahabat. Rasulullah sering melukis dan melakarkan di atas tanah bagi memahamkan para sahabat.

10. Demontrasi atau tunjukcara. Ia merupakan satu kaedah pengajaran di

mana seorang individu membuat sesuatu di hadapan individu yang lain untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan pemerhatian murid kepada langkah atau perbuatan bagi menghasilkan sesuatu. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan qudwah hasanah untuk teladan para sahabat serta menunjukcara melakukan sesuatu.

11. Halaqah. Murid-murid mengelilingi guru dalam bentuk separa bulatan.

Guru berada di tengah dan menyampaikan pengajaran.

12. Talaqi Musyafahah. Ia merupakan pendekatan pengajaran al-Qur’an. Para pelajar dikehendaki berdepan terus dengan guru dalam mempelajari al-Qur’an. Guru akan memberi contoh bacaan kepada beberapa orang murid. Kemudian murid akan mengikuti contoh bacaan guru secara individu dan

Page 5: 08 Tajuk 2 Pro GPI PIM3111.pdf

29

beramai-ramai. Guru membaca, kemudian murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah menghafaz ayat-ayat yang disampaikan oleh Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada para sahabat secara talaqqi musyafahah.

13. Tikrar atau ulangan. Bacaan dilaksanakan secara berulang kali untuk

memastikan kefasihan, menguatkan ingatan serta mengingati sesuatu ayat atau fakta. Selepas guru membaca, murid-murid akan mengikut bacaan tersebut atau seorang membaca dan yang lain mendengar. Guru perlu mendengar bacaan murid sambil mengenalpasti kelemahan bacaan yang perlu dilatih tubi. Guru akan menyebut atau membaca perkataan yang perlu ditikrarkan. Manakala murid-murid pula diminta mengulanginya.

14. Tasmi’. Kaedah ini dipraktikkan bagi pengajaran tilawah dan juga hafazan.

Seseorang murid akan membaca ayat al-Qur’an di hadapan guru. Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan terus memperbaiki serta menegur setiap kesalahan itu.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran

tajuk ini dengan jayanya!

.

~ Selamat Membaca ~

@r@

Jelaskan perbezaan kaedah penyampaian Rasulullah s.a.w.

dengan guru masa kini. Bincangkan!