08 (a) isi pelajaran -interaksi 5.docx

4
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan TOPIK 5: Tajuk 8: Pemantauan Dan Penilaian Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penekanan perkembangan kanak-kanak diberikan secara menyeluruh dari segi penjagaan kesihatan. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid- murid sekolah mencapai peringkat optimum potensinya supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara). Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Membincangkan teknik dan gaya pengajaran; 2. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan hasil pengajaran; 3. Menjelaskan kepentingan kesihatan dan bentuk penilaian; dan 4. Mengaplikasikan kaedah atau teknik yang bersesuaian. Kerangka 54

Upload: khuzairi-atan

Post on 20-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TOPIK 5: Tajuk 8: Pemantauan Dan Penilaian

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penekanan perkembangan kanak-kanak diberikan secara menyeluruh dari segi penjagaan kesihatan. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai peringkat optimum potensinya supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara).

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:1. Membincangkan teknik dan gaya pengajaran;2. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan hasil pengajaran;3. Menjelaskan kepentingan kesihatan dan bentuk penilaian; dan4. Mengaplikasikan kaedah atau teknik yang bersesuaian.

Kerangka

8.0Pemantauan Dan PenilaianKementerian Pendidikan Malaysia merangka serta menyediakan pentaksiran bagi bertujuan untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektif-objektifnya pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Berikut adalah senarai pemantauan dan penilaian bagi Pendidikan Kesihatan.a. Pendidikan Kesihatan Formal Ujian bertulis selepas topik/penggal/tahunan; Ujian lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan; Kajian semula kurikulum sekolah yang formal; Skor tingkah laku berkala; Laporan untuk setiap projek; dan Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan.b. Pendidikan Kesihatan Tidak Formal Laporan Tahunan oleh: Jawatankuasa Kesihatan Sekolah; Kelab Kesihatan Sekolah; dan Biro Kesihatan. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah. Skor pemeriksaan kesihatan diri. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. Skor tingkah laku selepas kaunseling

8.1.RekodKaedah yang mudah serta lebih praktikal untuk pemantauan adalahdengan menggunakan kaedah Rekod.

8.1.1.Rekod Kesihatan Murid (RKM 1):a. Mengandungi maklumat penting tentang kesihatan murid bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatannya.b. Hendaklah disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa.

8.2.Pemantauan Dan PenilaianPemantauan ke atas sekolah-sekolah berdasarkan kepada program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun berdasrkan takwim dan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Progran dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah akan dipantau dan dinilai oleh pihak PPD secara berterusan dan mengikut kaedah dan menggunakan instrumen penilaian yang telah ditetapkan samada di dalam pelan tindakan yang telah dicadangkan pasukan penilai akan datang ke sekolah dan membuat penilaian dan akan menyediakan satu bentuk laporan .

56