068 pembinaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (lampiran)

3
Lampiran 3.8 PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.8.0 Pengenalan Keberkesanan sesuatu pengajaran turut bergantung kepada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian dengan kumpulan dan keperluan murid. Tujuan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah: i. Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid. ii. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid. iii. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran. iv. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. v. Memberi keseronokan belajar dan keinginan untuk berjaya dalam pembelajaran kepada murid. Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek seperti berikut: i. Umur murid ii. Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid. iii. Tahap keupayaan intelek murid. iv. Jangka masa bahan digunakan. v. Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas. Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawa bahan sumber tersebut menepati beberapa ciri-ciri seperti berikut: i. Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk 3D . ii. Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak di sampaikan. iii. Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi. iv. Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan. 3.8.1 Jenis-jenis bahan sumber untuk pemulihan Bahasa Melayu

Upload: asmiaty-asis

Post on 03-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: 068 Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Lampiran)

Lampiran

3.8 PEMBINAAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.8.0 Pengenalan

Keberkesanan sesuatu pengajaran turut bergantung kepada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian dengan kumpulan dan keperluan murid.

Tujuan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah:

i. Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid.

ii. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid.

iii. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran.

iv. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.

v. Memberi keseronokan belajar dan keinginan untuk berjaya dalam pembelajaran kepada murid.

Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek seperti berikut:

i. Umur murid

ii. Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid.

iii. Tahap keupayaan intelek murid.

iv. Jangka masa bahan digunakan.

v. Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas.

Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawa bahan sumber tersebut menepati beberapa ciri-ciri seperti berikut:

i. Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk ‘3D’.

ii. Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak di sampaikan.

iii. Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi.

Page 2: 068 Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Lampiran)

Lampiran

iv. Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan.

3.8.1 Jenis-jenis bahan sumber untuk pemulihan Bahasa Melayu

i. Carta abjad kecil

ii. Carta abjad besar

iii. Carta abjad besar dan kecil

iv. Carta abjad bergambar

v. Set kad abjad kecil : jenis biasa, jenis bertebuk, jenis timbul (3D)

vi. Set kad abjad bergambar : satu huruf satu gambar, satu huruf banyak gambar,

vii. Set kad suku kata : suku kata kv, suku kata kvk, suku kata vk & vkk,

viii. Kad perkataan anika peringkat : v + kv , kv + v , kv+kv , kvk , v + kvk , kv+kvk , kvk+kv , kvk+kvk , kvkk , v+kvkk , kv+kvkk , kvkk+kv , kvk+kvkk , kvkk+kvk, kvkk+kvkk

ix. Kad-kad ayat :

x. Papan landas & kad landas

xi. Kad suaian : abjad dengan gambar, suku kata dengan gambar, perkataan dengan gambar,

xii. Kad (permainan) suaian : tapak kad suaian, kepingan kad huruf untuk suaian, kepingan kad perkataan untuk suaian.

xiii. Peti pos : untuk abjad dengan gambar, untuk suku kata dengan gambar,

xiv. Kad selit : abjad, suku kata,

xv. Kad sorong tarik : gambar dengan huruf, suku kata dengan suku kata, gambar dengan perkataan,

xvi. Kad lipat

3.8.2 Jenis-jenis permainan untuk pemulihan Bahasa Melayu

i. Permainan memancing

ii. Permainan Lotto / Binggo : gambar, suku kata, perkataan,

Page 3: 068 Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran (Lampiran)

Lampiran

iii. Permainan Domino : gambar dengan gambar, gambar dengan huruf, huruf dengan huruf, suku kata dengan suku kata, suku kata dengan gambar, perkataan dengan perkataan, perkataan dengan gambar,

Latihan 1

Secara individu rancang dan bina bahan sumber berdasarkan kumpulan pelajar yang terdapat dalam RPH yang telah disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Latihan 2

Secara berkumpulan sediakan satu set permainan bahasa yang lengkap dengan peraturan penggunaannya.