05_urbanisasi1.ppt

8
URBANISASI *DEFINISI *URBANISASI DI NEGARA MAJU *URBANISASI DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN *URBANISASI DI ASIA TENGGARA *KESAN DAN LANGKAH MENGATASI

Upload: tengjclow

Post on 12-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 05_urbanisasi1.ppt

URBANISASI*DEFINISI*URBANISASI DI NEGARA MAJU*URBANISASI DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN*URBANISASI DI ASIA TENGGARA*KESAN DAN LANGKAH MENGATASI

Page 2: 05_urbanisasi1.ppt

.*Berlaku kerana faktor tarikan iaitu proses perindustrian .*Perindustrian yang berlaku di Barat adalah disebabkan daripada revolusi perusahaan menyebabkan keperluan tenaga kerja yang banyak di bandar.*Penggunaan jentera dalam sektor perladangan menyebabkan banyak tenaga kerja tidak diperlukan lagi pada masa yang sama perindustrian yang pesat memerlukan tenaga kerja yang banyak kerana banyak kilang didirikan khasnya di kawasan lombong arang batu.*Berlakulah perpindahan penduduk dari kawasan pertanian di luar bandar ke bandar.*Inovasi teknologi membawa kepada pertumbuhan perkilangan,perdagangan dan perkhidmatan dan tidak bergantung kepada tanah sebagai pengeluaran tetapi hanya menggunakan tapak yang kecil.*Revolusi perusahaan telah membawa kepada pemusatan penduduk di bandar dan juga memperkenalkan pembaikan dalam teknologi yang membolehkan pertambahan produktiviti pertanian.

URBANISASI DI NEGARA MAJU

Page 3: 05_urbanisasi1.ppt

URBANISASI DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN.

*Berlaku selepas perang dunia kedua. *Perpindahan kemiskinan dari kawasan luar bandar ke bandar. *Dinamakan urbanisasi palsu. *Peluang pekerjaan terhad kerana kekurangan industri. *Migrasi yang amat besar ini tidak dapat diserap oleh kilang yang

sememangnya kurang. *Banyak yang terlibat dalam sektor tertier. *Kemiskinan penduduk bandar di negara sedang membangun kian bertambah. *Kegagalan mengubah struktur pertanian di negara-negara sedang

membangun memburukkan lagi keadaan kemiskinan di luar bandar. *Keadaan ini memaksa penduduk bermigrasi ke bandar yang sedia padat. *Bandar terus berkembang walaupun gagal membangunkan sektor

perusahaan/ perkilangan.

URBANISASI DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN.*Berlaku selepas perang dunia kedua.*Perpindahan kemiskinan dari kawasan luar bandar ke bandar.*Dinamakan urbanisasi palsu.*Peluang pekerjaan terhad kerana kekurangan industri.*Migrasi yang amat besar ini tidak dapat diserap oleh kilang yang sememangnya kurang.*Banyak yang terlibat dalam sektor tertier.*Kemiskinan penduduk bandar di negara sedang membangun kian bertambah.*Kegagalan mengubah struktur pertanian di negara-negara sedang membangun memburukkan lagi keadaan kemiskinan di luar bandar.*Keadaan ini memaksa penduduk bermigrasi ke bandar yang sedia padat.*Bandar terus berkembang walaupun gagal membangunkan sektor perusahaan perkilangan.

Page 4: 05_urbanisasi1.ppt

URBANISASI DI ASIA TENGGARA.*Urbanisasi telah berlaku sejak dahulu lagi di Asia Tenggara.*Migrasi luar bandar ke bandar serta kadar pertumbuhan semula jadi di bandar mempercepatkan lagi proses perbandaran.*Urbanisasi di Asia Tenggara boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu:a)Bandar pelabuhan seperti Yangdon (Rangoon),Manila,Singapura dan Bangkok.Bandar pelabuhan ialah bandar pelbagai fungsi.b)Bandar bukan pelabuhan (biasanya terletak di pedalaman) yang merupakan pusat perlombongan dan pentadbiran seperti Kuala Lumpur.

Page 5: 05_urbanisasi1.ppt

SEBAB BERLAKUNYA URBANISASI DI ASIA TENGGARA.*Faktor berlakunya urbanisasi di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:a)Tahap pertama – antara tahun 1945 hingga 1970b)Tahap kedua - selepas tahun 1970-an*Pada tahap pertama migrasi luar bandar ke bandar adalah faktor yang terpenting dalam proses urbanisasi.*Ini terjadi kerana kurang peluang pekerjaan, guna tenaga rendah,dan lebihan tenaga buruh di kawasan pertanian serta ketidakstabilan politik di luar bandar ( 1950-an)*Ia juga disebabkan oleh pembangunan perusahaan di bandar yang membuka peluang pekerjaan.*Pada tahap kedua,ia menampakkan pertumbuhan penduduk pribumi serta migrasi luar bandar ke bandar.*Di Singapura perancangan bandar baru dan proses perindustrian menyumbangkan proses urbanisasi .*Kemajuan sektor industri telah memainkan peranan yang besar dalam proses urbanisasi terutamanya bandar-bandar utama di Malaysia,Thailand,Filipina dan Singapura.

Page 6: 05_urbanisasi1.ppt

d)Imigrasi dari luar bandar.*Kawasan bandar akan sentiasa menjadi tumpuan penduduk luar bandar dan luar negara kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan.*Contoh:Kuala Lumpur mempunyai sektor perkilangan,perdagangan dan perkhidmatan yang pesat membangun dan menawarkan banyak peluang pekerjaan.*Kesemua faktor ini mendorong kedatangan imigran dari luar hampir setiap masa.e)Faktor politik.*Pada zaman darurat ( 1948 – 1960 ) kerajaan British di tanah Melayu telah membina sebanyak 480 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu.*Dalam jangka panjang,kampung-kampung Melayu ini akan berkembang dan menjadi bandar.*Contoh:Kampung Baru Salak Selatan dan Jinjang di Kuala Lumpur.

Page 7: 05_urbanisasi1.ppt

KESAN URBANISASI.1)Kegiatan industri semakin berkembang maju.*Pertambahan penduduk telah meluaskan pasaran untuk bahan-bahan makanan,kegunaan awam dan perkhidmatan awam.Ini mendorong kepada lebih banyak industri sekunder dan tertier untuk memenuhi keperluan penduduk terhadap barangan tersebut.2)Taraf hidup semakin meningkat.*Pelbagai kemudahan awam disediakan di bandar.Penduduk bandar menerima pendapatan yang tetap dan semakin meningkat.3)Kadar pengangguran meningkat.*Urbanisasi menyebabkan lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar.Kebanyakan penduduk yang berhijrah terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai kelulusan,kemahiran dan pengalaman.Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengangguran.*Urbanisasi juga menyebabkan penghijrahan penduduk yang ramai.Apabila jumlah penduduk melebihi peluang pekerjaan,maka masalah pengangguran timbul.4)Masalah tenaga kerja.*Ramai penduduk berhijrah ke bandar menyebabkan kurangnya tenaga kerja dalam sektor pertanian.Tumpuan penduduk di bandar telah menjejaskan perusahaan pertanian menyebabkan keluaran perkapita sehektar menurun kerana kekurangan pekerja.

Page 8: 05_urbanisasi1.ppt

LANGKAH MENGATASI URBANISASI.1)Memajukan kehidupan penduduk luar bandar dengan pembangunan sektor primari dan memberi kemudahan seperti yang terdapat di bandar.Hal ini demikian untuk menggalakkan mereka agar menetap di tempat asal dan memajukan sektor luar bandar.2)Menyediakan kemudahan-kemudahan seperti perumahan,pelajaran dan kesihatan kepada penduduk bandar.Kerajaan juga membentuk agensi-agensi khas untuk memperbaiki masalah yang berlaku seperti pengangguran dan pencemaran.3)Rancangan-rancangan pembukaan tanah baru seperti KEJORA ,DARA,KETENGAH dan Jengka Tiga Segi dan lain-lain telah dapat mengalihkan perhatian penduduk di luar bandar daripada berpindah ke bandar-bandar besar.Hal ini dilakukan dengan menyediakan segala kemudahan ekonomi dan sosial di rancangan pembukaan tanah tersebut setanding dengan yang ada di bandar.4)Membina bandar-bandar baru yang jauh daripada bandar besar untuk memberi peluang kepada penduduk bergiat dalam bidang perdagangan,perniagaan,perindustrian dan sebagainya.5)Modenisasi dan pembangunan ke atas penduduk desa tidak mungkin mencapai matlamat sekiranya terus menerus bergantung kepada sektor pertanian.Memperkenalkan aktiviti bukan pertanian di kawasan luar bandar seperti menubuhkan pusat-pusat industri di kawasan luar bandar seperti di Selangor dan Perak