04 memilih perniagaan yang sesuai · apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? bolehkah...
TRANSCRIPT
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…1
Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X
T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464
E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings
MEMILIH PERNIAGAAN YANG SESUAI
Sebelum mula berniaga anda perlu tahu apa yang ingin dan sesuai untuk anda
perniagakan.
Langkah Pertama
Perkara yang pertama sekali perlu anda lakukan ialah dengan melihat dan mengenali diri
anda sendiri. Proses ini memerlukan anda berada di tempat yang jauh dari gangguan dan
sunyi supaya anda dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kelebihan dan
kekurangan yang ada pada diri anda.
Semua manusia diciptakan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Tidak kira bagaimana
keadaan diri anda hari ini sama ada sempurna atau cacat, kaya atau miskin, berpelajaran
tinggi atau tidak. Akui dan terima hakikat kelebihan dan kelemahan diri anda. Jangan
jadikan keadaan diri anda sekarang sebagai satu alasan atau halangan kepada cita-cita
anda untuk tidak memulakan perniagaan sendiri.
Cuba fikirkan mungkin anda memiliki kelebihan dan minat di dalam bidang-bidang berikut
yang boleh dijadikan sebagai satu usaha perniagaan:-
♦ Menulis
♦ Mengurus kanak-kanak
♦ Mengubah bunga
♦ Mendandan
♦ Memperbaiki peralatan elektrik
♦ Mengajar mata pelajaran khas
♦ Menghias rumah
♦ Bertani dan bercucuk tanam
♦ Menternak
♦ Melukis
♦ Mengurut
♦ atau apa sahaja ilmu pengetahuan khusus yang anda ketahui tetapi tidak ada pada
orang lain.
Langkah Kedua
Setelah anda mengenalpasti bakat atau kebolehan diri, fikirkan bagaimana ianya dapat
dimanfaatkan untuk kehidupan anda. Fikirkan juga sama ada pengetahuan anda dapat
memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Jika ya, bagaimanakah anda dapat
meningkatkan serta memperbaiki pengetahuan yang sedia ada untuk dijadikan idea dan
sumber yang boleh mendatangkan hasil.
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…2
Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X
T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464
E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings
Langkah Ketiga
Lihat pula kepada pengalaman yang ada pada anda. Fikirkan bagaimana pengalaman dan
pengetahuan anda dapat disatukan dan dijadikan sesuatu yang lebih bermakna untuk
anda memulakan perniagaan.
Langkah Keempat
Buat perancangan bertulis tentang apa yang anda cita-citakan dari perniagaan yang bakal
anda mulakan. Sejauh manakah anda ingin pergi dan berjaya. Dapatkan seberapa banyak
maklumat tentang perniagaan yang anda ingin mulakan. Bermula dari pemerhatian sendiri
dan nasihat dari mereka yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan berkaitan.
Perancangan yang dibuat akan melibatkan perancangan dari sudut pengurusan,
kewangan, pemasaran dan juga penghasilan produk yang anda ingin tawarkan.
Adalah penting untuk anda menulis segala idea atau perancangan anda di dalam buku
catatan khas walaupun ianya mungkin kelihatan tidak logik atau tidak masuk akal pada
waktu ini. Di peringkat ini anda hanya perlu mencatatkan semua idea tanpa perlu berfikir
dua kali. Setelah semua idea dicatatkan barulah anda mengambil masa yang secukupnya
untuk membuat penilaian dan memilih idea yang paling baik untuk diusahakan.
Di peringkat penilaian dan pemilihan idea anda perlu mengambilkira kesesuaian idea yang
akan dimajukan dengan melihat kepada perkara perkara berikut:-
♦ Adakah terdapat permintaan masyarakat sekeliling terhadap apa yang hendak anda
tawarkan? Siapa pelanggan sasaran anda? Adakah mereka mampu untuk membeli dari
anda?
♦ Berapakah perbelanjaan awal yang diperlukan untuk melaksanakan idea sama ada
ianya di dalam kemampuan anda atau tidak?
♦ Jika anda tidak mampu, adakah orang lain yang boleh bersama-sama anda membantu
melaksanakan idea tersebut?
♦ Berapa lama masa yang diperlukan sehingga idea boleh dilaksanakan di peringkat
pensampelan atau percubaan?
♦ Apakah risikonya kepada anda jika percubaan pertama anda mengusahakan idea
gagal. Adakah anda mempunyai modal lebihan, pelan susulan atau pelan tindakan luar
jangka?
♦ Adakah idea anda memerlukan sebarang bentuk pembaharuan yang akan
memerlukan perbelanjaan tambahan pada masa ini atau akan datang? Jika ya, berapa
diperlukan?
♦ Di mana dan bila anda perlu menyiapkan idea sebagai perniagaan sepenuhnya?
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…3
Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X
T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464
E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings
♦ Adakah terdapat orang lain yang sudah pun melakukan idea yang sama? Jika ada,
apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah anda mengatasi
masalah-masalah tersebut?
♦ Apakah kelebihan idea anda berbanding pesaing sedia ada?
♦ Jika idea anda mendapat sambutan, adakah anda mampu meneruskan penawaran
produk? Adakah anda mempunyai tenaga, kakitangan, keupayaan dan modal sendiri
yang mencukupi atau perlukah anda memohon bantuan kewangan dari pihak lain?
♦ Bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tetapi pada masa yang sama
mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dan operasi?
♦ Persoalan yang paling penting, adakah anda benar-benar berminat serta yakin dengan
idea yang ingin diusahakan dan yakin anda tidak akan mudah merasa bosan
melakukannya walaupun dalam jangkamasa yang panjang?
Jangan biarkan segala idea, cita-cita dan rancangan anda tinggal berlegar-legar di fikiran
kerana impian yang tidak dibuat secara bertulis hanyalah satu angan-angan. Oleh itu
mulalah berfikir sekarang. Dapatkan sebuah buku catatan/diari dan catatkan apa yang
anda mahu dari kehidupan ini dan bagaimana anda akan berusaha ke arah mencapai cita-
cita tersebut.
Proses Memilih Perniagaan Yang Sesuai
Sebelum anda boleh membuat keputusan mengenai jenis perniagaan yang ingin diceburi,
anda perlu memahami terdapat 4 kategori utama sektor perniagaan:
1. Peruncitan (Retailling)
Contoh : kedai runcit, jualan langsung, pasaraya kecil, kedai roti , restoran, gerai
makan.
2. Perkhidmatan (Service)
Contoh: kedai gunting rambut, kedai jahitan, perkhidmatan perakaunan, tuisyen.
3. Pembuatan (Manufacturing)
Contoh: kilang membuat mee, biskut, pembinaan.
4. Pemborongan (Wholesale)
Contoh: pasaraya hyper seperti GIANT, TESCO, pemborong kain yang membeli secara
pukal dan menjual kepada orang tengah
Soalan-soalan untuk membantu anda membuat pemilihan:-
♦ Apakah 3 jenis kemahiran bekerja/perniagaan utama yang pernah anda tunjukkan
sepanjang pekerjaan/karier anda? Contoh kemahiran: membuat jualan, perakaunan,
pemasaran, pengurusan, menulis, berkomunikasi, membuat penganalisaan, melantik
dan melatih pekerja, memotivasi individu, membangunkan produk, memberi
perkhidmatan pelanggan, menjalankan tugas secara cekap dan fokus serta lain-lain
lagi kemahiran yang positif.
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…4
Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X
T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464
E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings
♦ Dengan menggunakan senarai contoh di atas, apakah kemahiran-kemahiran yang
anda paling lemah dan perlu diperbaiki?
♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa),
apakah 3 pekerjaan yang sangat anda minati dan kenapa?
♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa),
apakah 3 pekerjaan yang anda TIDAK minati dan kenapa?
♦ Pada keseluruhannya apakah 3 jenis kemahiran peribadi penting yang anda miliki?
Contoh kemahiran: kepimpinan, komunikasi, semangat, kerajinan, kebijaksanaan,
merancang, inovasi, kaunseling, mendengar, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
♦ Jika anda berpeluang untuk membuat pilihan, apakah 3 jenis industri yang anda ingin
ceburi? Contoh industri: sukan, muzik, filem, makanan, pertanian, kewangan, hartanah,
insurans, fesyen, plastik dan sebagainya.
♦ Adakalanya hobi boleh dijadikan sumber pendapatan. Apakah 3 jenis kegemaran atau
hobi anda yang mungkin boleh dijadikan satu peluang perniagaan?
♦ Berdasarkan pengetahuan anda mengenai bidang peruncitan, perkhidmatan,
pembuatan dan pemborongan, senaraikan mengikut pilihan atau keutamaan minat
anda.
Membuat Pilihan Anda
Jika anda masih belum membuat keputusan atau telah pun memilih jenis perniagaan yang
anda ingin ceburi, anda perlu menilai keputusan anda dengan menjawab soalan-soalan di
bawah untuk memastikan anda telah membuat keputusan yang betul.
Adakah perniagaan yang dipilih sesuai dengan pesonaliti anda?
Peruncitan - Sesuai dengan anda sekiranya anda gemar berjumpa orang ramai, tiada
masalah untuk untuk bekerja lebih dari waktu biasa serta boleh bekerja di satu tempat
yang tetap untuk jangkamasa yang panjang. Jangan melibatkan diri di dalam bidang
peruncitan jika anda tidak sanggup menghadapi keadaan-keadaan di atas.
Perkhidmatan - Sesuai jika anda gemar berjumpa dengan orang ramai dan bekerja di
dalam keadaan-keadaan di atas. Perniagaan perkhidmatan juga memerlukan anda
mempunyai kemahiran tertentu yang jarang ada pada orang lain.
Pemborongan - Sesuai jika anda seorang yang boleh menguruskan stok/barangan di
dalam kuantiti yang besar dengan cekap, gemar melakukan tugas-tugas penyeliaan dan
sanggup mengambil risiko kerana menyimpan stok/barangan di dalam kuantiti yang
besar.
Pembuatan - Sesuai jika anda seorang yang sangat menjaga kualiti, teliti dan suka
mencipta sesuatu yang berkaitan dengan teknikal atau memerlukan kemahiran. Anda juga
perlu mempunyai kemahiran untuk menguruskan keseluruhan proses pembuatan dan
kakitangan yang terlibat.
Tambahan kepada di atas:
Siri Panduan Bisnes #04: Memilih Perniagaan Yang Sesuai…5
Hakcipta Terpelihara ©2011 SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN 983-41926-9-X
T: 03-89221842, 019-2816520 F: 03-89251464
E: [email protected] www.sprintholdings.wordpress.com facebook: sprintholdings
♦ Jika anda gemar bekerja dengan angka, mungkin bidang perakaunan, kewangan atau
percukaian sesuai untuk anda ceburi.
♦ Jika anda tiada masalah untuk bekerja di luar waktu-waktu biasa dan panjang,
mungkin bidang restoran atau hiburan sesuai untuk anda ceburi.
♦ Jika anda boleh melakukan tugas-tugas di dalam pejabat dalam jangkamasa yang
panjang, mungkin perniagaan perkhidmatan perunding atau kaunseling sesuai untuk
anda.
Persoalan-persoalan Untuk Pemilihan
♦ Adakah anda mempunyai kemahiran di dalam bidang perniagaan yang dipilih?
Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Jika anda tiada pengalaman,
anda mungkin tidak akan mempunyai daya saing untuk menghadapi pesaing-pesaing
di pasaran dan menyukarkan anda untuk menyakinkan pelanggan.
♦ Adakah perniagaan yang dipilih sesuatu yang mampu untuk dimulakan?
Perkhidmatan merupakan bidang perniagaan yang memerlukan modal paling rendah
untuk anda bermula. Ini diikuti dengan bidang peruncitan, pemborongan dan yang
memerlukan modal terbanyak ialah bidang pembuatan. Anda perlu melihat kepada
keupayaan kewangan anda serta peluang membuat pinjaman sebelum menceburi
bidang perniagaan yang bermodal besar.
♦ Bolehkah anda menghadapi risiko dari perniagaan yang ingin diceburi? Semakin besar
modal yang diperlukan maka semakin besarlah risiko yang ada. Lihat kepada
keupayaan perniagaan anda. Jika anda perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk
mengumpul modal tambahan, anda perlu mencari rakan niaga yang sesuai.
♦ Adakah anda selesa dan yakin dengan industri yang anda ingin ceburi? Pilih
perniagaan yang dapat memberi anda kepuasan bekerja dan ketenangan semasa
menjalankannya. Tidak semua orang boleh menjalankan perniagaan seperti
perkhidmatan mengutip hutang, menjual rokok, menarik kereta dan seumpamanya.
♦ Adakah industri yang dipilih tidak mempunyai terlalu ramai pesaing dan tidak
didominasi oleh beberapa syarikat besar sahaja? Melalui pengamatan adakah anda
berpeluang membuat keuntungan jika anda menceburi sesuatu perniagaan yang
sedia ada didominasi oleh beberapa syarikat besar. Anda perlu bersedia untuk
bersaing dari segi kualiti produk, imej profesionalism, bilangan kakitangan, lokasi yang
strategik dan harga yang kompetitif. Semua ini melibatkan penggunaan modal yang
agak banyak.
♦ Adakah pesaing anda mempunyai kelebihan dalam perniagaan yang anda ingin
ceburi? Jika ya, anda perlu merancang untuk mengatasi kelebihan mereka dan
menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan. Adakah anda perlu bersaing
dari segi kualiti, perkhidmatan atau harga?
♦ Adakah perniagaan ini akan membolehkan anda menjadi seorang pakar? Peluang
anda untuk berjaya adalah lebih besar jika anda menjadi pakar dalam bidang anda.
Jika anda cuba melakukan semua perkara pada masa yang sama, anda akan
kehilangan tumpuan dan besar kemungkinan menawarkan produk yang sedia ada
banyak dalam pasaran serta kurang menguntungkan.