faizahothman.files.wordpress.com · web viewwalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan...

26
1 FAKULTI PENDIDIKAN MUKA DEPAN TUGASAN SESI: 2010/2011 NAMA DAN NOMBOR PELAJAR: FAIZAH BINTI OTHMAN (P 54507) KOD KURSUS : GGGC 6033 TAJUK TUGASAN : PENGHAPUSAN JAMINAN ( Tugasan Individu) PENEMPATAN GURU PELATIH PENSYARAH : DR. RUSLIN BIN AMIR PENGAKUAN Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya, samada secara eletronik atau cetakan.

Upload: phamkhuong

Post on 26-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

1

FAKULTI PENDIDIKAN

MUKA DEPAN TUGASANSESI: 2010/2011

NAMA DANNOMBOR PELAJAR: FAIZAH BINTI OTHMAN

(P 54507)

KOD KURSUS : GGGC 6033

TAJUK TUGASAN : PENGHAPUSAN JAMINAN ( Tugasan Individu) PENEMPATAN GURU PELATIH

PENSYARAH : DR. RUSLIN BIN AMIR

PENGAKUAN

Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya, samada secara eletronik atau cetakan.

TANDA TANGAN: __________________________ TARIKH: 25 Mac 2011

Page 2: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

2

KANDUNGANHalaman

1.0 PENGENALAN 3

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA

2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka 3-4

2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka 4-7

3.0 SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA 7

4.0 ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN

PENEMPATAN GURU PELATIH 7-8

4.1 Isu-isu yang membawa kebaikan 7 -114.2 Isu-isu yang membawa keburukan 11-15

5.0 KESIMPULAN 15

RUJUKAN 16-17

Page 3: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

3

TAJUK : PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

1. PENGENALAN

Guru pembina bangsa. Itulah yang sering diungkapkan oleh masyarakat. Namun untuk

melahirkan bakal guru bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2007), penghapusan bermaksud perihal (perbuatan,tindakan dan

sebagainya) menghapuskan. Jaminan pula membawa maksud tanggungan. Jaminan atau

tanggungan di sini ditujukan kepada pihak kerajaaan. Manakala penempatan bermaksud

perihal menempati atau menempatkan. Bakal guru ataupun dikenali juga sebagai guru

pelatih adalah terdiri daripada penuntut-penuntut bidang pendidikan sama ada di Institusi

Pendidikan Guru (IPG) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang

menawarkan bidang pendidikan tidak kira jurusan apa sekalipun. Pada masa ini, guru

pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Walau

bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan

Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan

berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Pelbagai isu yang timbul hasil daripada

perubahan dasar yang baru sahaja ditimbulkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang

akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015.

2. SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA.

2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka

Sejarah pendidikan (rendah,menengah dan tinggi) di Malaysia pada umumnya

dipengaruhi oleh gelombang politik yang berlaku di Tanah Melayu dan serantau. Apabila

British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu sejak 1874, sistem pendidikan

tradisional secara beransur-ansur digantikan dengan sistem pendidikan baharu yang

dicorakkan untuk kepentingan British. Kejutan semasa Perang Dunia Kedua,

Page 4: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

4

menyemarakkan kesedaran politik dan menyuntik semangat dalam kalangan penduduk

tempatan agar mereka mengambil berat tentang pendidikan yang bakal menentukan masa

depan nusa dan bangsa.

Berkaitan pendidikan aliran Melayu, sebelum penubuhan Maktab Perguruan

Melaka pada tahun 1901, tidak wujud sebarang latihan formal perguruan di Negeri-

Negeri Selat. Kekurangan guru diatasi dengan mengamalkan sistem mengupah murid

sekolah darjah atas mengajar sebagai guru. Kelemahan sistem ini ialah tiadanya

penyeliaan rapi daripada pihak pengurusan sekolah dan ramai pelajar yang telah

menamatkan kursus dengan baik, akhirnya meninggalkan profesion perguruan kerana gaji

yang rendah. Akibatnya kerjaya guru sebelum tahun 1901 sebahagiannya diisi oleh para

penganggur yang separa terdidik. ( CO 717 Colonial Office – 119/51668 Federated

Malay States Annual Report of the Education for the year 1935: 9).

Penubuhan MPSI di Tanjung Malim pada 23 November 1922 meningkatkan mutu

latihan profesion perguruan aliran Melayu. Dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia,

MPSI bukan sahaja penting sebagai tapak yang melahirkan ramai pejuang kemerdekaan,

tetapi juga sebagai institusi latihan perguruan yang banyak menyumbang kepada

pembangunan pendidikan sehingga zaman setelah merdeka..

2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka.

Kemerdekaan membawa kesan yang besar kepada semangat dan prinsip pendidikan di

Tanah Melayu. Tumpuan kini ialah kepada usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan

kebangsaan tetapi turut membenarkan pengamalan bahasa dan budaya orang bukan

Melayu di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, penubuhan universiti dan kolej di

Malaysia selepas merdeka berkait rapat dengan keperluan guna tenaga manusia dan hal

ini kelihatan dalam semua Rancangan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai

contoh, meskipun objektif utama RMK-1 (1996-1970) adalah untuk mengurangkan

masalah sosioekonomi dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan

jurang pendapatan antara rakyat di negara ini, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan

Page 5: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

5

ekonomi tidak boleh bertunjangkan bekalan bahan mentah sedia ada sahaja tetapi juga

kepada pengemblengan daya cendekia atau kuasa akal penduduknya. Selaras dengan itu,

institusi pendidikan juga ditubuhkan dengan lebih banyak lagi bagi mendidik bakal-bakal

guru dan memenuhi keperluan pendidik di seluruh Malaysia demi melahirkan generasi

yang seimbang dalam aspek yang menyeluruh.

Perkembangan dalam pendidikan tinggi di Malaysia menjadi bertambah rancak

dan berdaya maju apabila pengurusan pendidikan diberi tumpuan khusus dengan

penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi yang tersendiri pada 27 Mac 2004. Salah satu

wawasan pendidikan tinggi Malaysia ialah menyumbang kepada tuntutan untuk

membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan pada peringkat

kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan ini

menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat di dalam graf di

bawah :

Page 6: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

6

Menurut Othman Mustapha (2010), di dalam RMK-10 (2011-2015) pula

memberikan penumpuan kepada lima teras strategis di mana salah satunya adalah

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Rombakan di dalam sistem

pendidikan juga akan dilaksanakan dengan meningkatkan daya tarikan profesion

keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Empat inisiatif utama mempertingkatkan

kualiti guru secara signifikan ialah :

2.2.1 Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran

kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa

2.2.2 Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum

2.2.3 Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

2.2.4 Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam latihan guru

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian

tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara

bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap

perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung

falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,

perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957),

era MPSI (1957 – 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga

memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75

tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti,

apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris

(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997

menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997 (Sumber

: Laman web UPSI). Perubahan demi perubahan dapat dilihat kepada perkembangan

Page 7: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

7

pendidikan tinggi (perguruan) di Malaysia. Ini adalah selaras dengan peningkatan pasaran

global demi memenuhi sumber perkhidmatan perguruan.

3. SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA

Menurut Baharin Abu & Azura Abdul Aziz (2008), isu penempatan guru menjadi isu

yang paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia. Guru pelatih yang berada di tahun terakhir iaitu semasa semester dua tahun

empat, kesemua guru pelatih ini dikehendaki mengisi boring penempatan. Mengikut

prosedur, guru pelatih dikehendaki mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut

kehendak masing-masing. Walaubagaimanapun penentuan lokasi penempatan mengajar

bagi guru pelatih hanya akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh yang demikian berbagai masalah masih juga timbul di mana terdapat guru pelatih

yang engkar dengan penempatan tersebut. Dato’ Noh Omar (Utusan Malaysia, 22 Mac

2007), masih terdapat sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Beliau turut menyatakan

bahawa terdapat guru yang enggan ditugaskan di kawasan luar bandar.

Senario penempatan guru pelatih ini semoga dapat diperbaiki kearah yang lebih

baik dengan adanya pembentangan RMK-10 yang lalu dimana penghapusan jaminan

guru pelatih ini akan dihapuskan. Ini bermakna seandainya penempatan guru pelatih tiada

lagi jaminan dari KPM akan memberikan kesan kepada guru pelatih untuk

mempertingkatkan diri masing-masing dan lebih bersungguh untuk menerima

penempatan di lokasi seluruh Malaysia ini meskipun di kawasan luar bandar.

4. ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN

GURU PELATIH

Setiap sesuatu perlaksanaan dasar yang baru pasti akan menimbulkan beberapa isu yang

akan diperkatakan oleh masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun

Page 8: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

8

tidak. Isu-isu yang timbul terdiri daripada isu-isu yang membawa kepada kebaikan dan

juga keburukan:

4.1 Isu-isu yang membawa kepada kebaikan :

4.1.1 Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan

guru

Menurut Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), bagi

Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak kerajaan telah

menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan

untuk pembangunan tamadun manusia. Buktinya, RMK-9 telah memperuntukkan

sejumlah bajet yang cukup besar (RM 1.15 bilion) bagi membangun dan

menambahbaikkan institusi pendidikan negara di semua peringkat

rendah,menengah dan tinggi. Yang lebih penting lagi, institusi pendidikan tinggi

(IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif utama untuk

memodenkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal

memberikan nilai tambah (value added) untuk program pembangunan negara

menuju wawasan 2020. Sehubungan itu guru-guru pelatih juga tidak terlepas

daripada senario ini. Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan

menjadikan mereka berlumba-lumba untuk memperolehi pencapaian terbaik bagi

mendapatkan penempatan.

4.1.2 Memastikan penetapan keperluan kualiti minimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti

tenaga pengajar dengan meningkatkan kelayakan guru. Sebelum tahun 1996, guru

pelatih yang mendapat latihan di maktab perguruan dianugerahi sijil. Tetapi sejak

tahun 1996, kursus di maktab perguruan telah dinaikkan taraf yang membolehkan

pelatih dianugerahi diploma setelah tamat kursus. Pada masa yang sama, semua

guru yang telah mempunyai sijil perguruan diberi latihan secara berperingkat

Page 9: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

9

untuk dinaikkan taraf menjadi guru yang mempunyai diploma. KPM telah

mengurangkan jumlah guru yang tidak mempunyai latihan ikhtisas perguruan dan

meningkatkan jumlah guru yang mempunyai ijazah. Menurut sumber Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1990-2000, menunjukkan

pertambahan seramai 42 972 orang guru (163.0%) yang mempunyai ijazah dan

pengurangan seramai 11 302 orang guru (-63.2%) yang tiada latihan pada tahun

2000 berbanding pada tahun 1990. Berlandaskan ini, di dalam perancangan RMK-

10 yang menyatakan bahawa jaminan penempatan kepada guru-guru pelatih akan

dihapuskan memberikan satu pandangan positif bahawa KPM perlu menetapkan

kualiti minimum kepada guru-guru pelatih ini bagi mereka melepasinya sebelum

terpilih untuk menjawat jawatan guru. Ini secara tidak langsung akan menaikkan

lagi kualiti guru-guru di Malaysia.

4.1.3 Meningkatkan lagi persaingan guru pelatih

Satu temuramah yang telah saya lakukan kepada dua orang guru pelatih yang

sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,

Melaka sepakat menyatakan bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh

untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sepanjang pengajian mereka sekiranya

mereka tiada jaminan penempatan dari KPM. Berbanding dengan keadaan

sekarang mereka belajar dalam keadaan yang selesa sahaja tanpa ada kerisauan

untuk memperolehi pencapaian terbaik kerana telah dijamin penempatan kerja

oleh KPM.

4.1.4 Menambahbaik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan

Satu temuramah yang telah saya jalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru

Besar dan Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,

Melaka juga sepakat menyatakan bahawa kualiti sistem pendidikan secara

keseluruhan akan bertambah baik lantaran pasti akan dilaksanakan kajian semula

tentang sistem pendidikan perguruan apabila pembentangan RMK-10 mengenai

Page 10: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

10

penghapusan jaminan guru pelatih ini yang akan dilaksanakan disepanjang

tempoh RMK-10 ini. Menurut Mohammed Sani Ibrahim (2007), di dalam

Standard Kompetensi Bakal Guru diadakan saringan di peringkat awal pemilihan

bakal guru lagi. Iaitu calon-calon yang terpilih mestilah terdiri daripada mereka

yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan guru. Calon-calon ini pula hendaklah

telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan

oleh kementerian sendiri.

4.1.5 Meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada “sistem terbuka”

bagi menambah sumber guru pelatih..

Menurut Jamil Ahmad & Norlia Goolamally (2008), Bahagian Pendidikan Guru

(BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melatih guru-guru

untuk keperluan sekolah rendah dan menengah melalui Program Pendidikan

Perguruan Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan. Kesemua program

dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru-guru yang berketrampilan

tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing , berakhlak mulia, mengamalkan

nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Institut Pendidikan Guru

(IPG) merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab menyediakan

bakal-bakal guru yang terlatih. Selain dari IPG, latihan perguruan juga

dilaksanakan oleh pihak universiti melalui Fakulti Pendidikan masing-masing.

Walau apa jua institusi yang melatih bakal-bakal guru ini, jaminan penempatan

bagi mereka tetap ada. Namun begitu di dalam RMK-10 yang turut

membentangkan mengenai penghapusan jaminan penempatan guru pelatih juga

membawa kepada peralihan system sedia ada kepada “sistem terbuka” dalam

latihan guru. Sudah pastinya lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi

swasta akan wujud bagi mewarnai pertumbuhan sistem pendidikan perguruan di

Malaysia. Bakal-bakal guru juga sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh

bagi melengkapkan diri untuk menempatkan diri masing-masing di dalam

profesion perguruan yang memerlukan sumber tenaga professional.

Page 11: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

11

4.1.6 Kredebiliti profesion perguruan dipandang tinggi.

Penghapusan jaminan guru pelatih juga akan membawa kepada peningkatan

kredibiliti profesion perguruan itu sendiri di mana graduan-graduan yang lahir

dari institusi-institusi perguruan adalah mereka yang mencapai prestasi yang baik

sama ada keputusan akademiknya mahupun latihan perguruannya. Terdapat

perbezaan di antara guru yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Menurut

dapatan kajian oleh Halimah harun dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006:83-96)

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia menggariskan ciri guru

pelatih yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Guru pelatih yang berprestasi

baik mempunyai sikap yang tidak menyalahkan orang lain jika ada kesilapan,

rajin, dedikasi dan selalu buat perubahan dalam pengajaran, seronok bekerja,

mengharap yang terbaik dan mengambil nasihat dan maklumbalas manakala sikap

guru yang berprestasi lemah adalah selalu menyalahkan pelajar jika hadapi

masalah dalam kelas, kecewa dengan kerjaya guru, tidak mendapat kepuasan,

menyatakan kerjaya guru membosankan dan tidak seronok, tidak mengambil

maklum balas daripada pengalaman lepas, malas, degil dan tidak mengambil

nasihat dan tidak menggalakkan pelajar untuk belajar.

4.2 Isu-isu yang membawa kepada keburukan :

4.2.1 Meningkatkan pengangguran kepada guru pelatih yang tidak mempunyai

keputusan yang baik.

Masalah siswazah menganggur merupakan satu isu yang member cabaran besar

terhadap perkembangan pendidikan tinggi Negara semasa. Walaupun jumlah

mereka yang menganggur tidak dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak

rasmi menunjukkan jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan

11 peratus daripada jumlah yang menganggur ( MTEN 2001, Ishak Yusoff et al.

2004, Zulkifly Osman & Ishak Yusoff 2005, Utusan Malaysia 2005a, Utusan

Page 12: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

12

Malaysia 2005b) dalam Zulkifly Osman et al. (2006). Kadar pengangguran ini

adalah secara global tanpa mengambil kira bidang pengajian. Namun adakah

dengan adanya penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan

mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran dalam bidang perguruan pula?

Ini sudah pasti akan berlaku kepada guru pelatih yang tidak mempunyai

keputusan yang baik. Ini dipersetujui oleh seramai 40 orang rakan guru dan 8

orang pula mengatakan tidak pasti berdasarkan soalselidik yang saya lakukan di

SK Batu Berendam 2, Melaka.

4.2.2 Peningkatan gejala sosial

Menurut Ab. Rahman Ismail (2008), gejala sosial adalah perlakuan negatif

anggota masyarakat yang tidak memberi manfaat kepada kekuatan amalan sistem

sesebuah negara. Justeru, ia akan menjejaskan keseimbangan pembangunan

negara. Senario gejala sosial sejak akhir-akhir ini berlaku dengan berleluasa. Ini

berkait rapat juga dengan pengangguran di kalangan guru pelatih. Kesan daripada

pengangguran guru pelatih yang tidak mendapat penempatan mengajar ini juga

akan mengakibatkan gejala sosial semakin meningkat. Ini adalah disebabkan

mereka tiada pekerjaan yang tetap dan juga desakan ekonomi yang memuncak.

4.2.3 Standard Kompetensi Bakal Guru yang lebih ketat

Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria

seperti tapisan pertama: peringkat awal permohonan, tapisan kedua: ujian

kecergasan pelbagai (multiple intelligent test), tapisan ketiga: temuduga dan

tapisan keempat: pemeriksaan perubatan. Bakal-bakal guru juga perlu melepasi

Standard Kompetensi Bakal Guru, merupakan pernyataan-pernyataan yang

menjelaskan penghasilan yang perlu dicapai iaitu standard 1: kelayakan

akademik, standard 2: kepelbagaian kemahiran dan standard 3: Sahsiah dan

keterampilan ( Mohammed Sani Ibrahim, 2007). Sehubungan itu dengan

terlaksananya penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan

Page 13: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

13

mengenengahkan “sistem terbuka” di bidang pendidikan perguruan maka sudah

pastilah segala tapisan dan standard-standard yang perlu dipenuhi oleh bakal-

bakal guru menjadi lebih ketat untuk dilepasi kerana persaingan yang lebih

banyak perlu ditempuhi.

4.2.4 Bidang perguruan semakin ditakuti untuk diceburi

Laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2010 menyatakan, jika anda

bercita-cita dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda

berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.Nyata sekali, UPSI tidak

pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya.

Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus

yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia.

UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab

itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam

menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan

kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-

sekolah. Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih

boleh menjadi pensyarah di politeknik. Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang

berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya

tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh

menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang

akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Dari laporan yang dinyatakan oleh pihak akhbar, akan menjadikan bidang

perguruan ini semakin ditakuti untuk diceburi oleh bakal-bakal graduan kita. Ibu

bapa juga yang dahulunya menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan pertama

untuk membuat pilihan bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, kini

Page 14: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

14

menjadi pilihan yang lebih ke bawah ataupun boleh menjadi pilihan terakhir jika

isu ini berlanjutan.

4.2.5 Sistem pendidikan tinggi yang tidak terkawal

Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan, masyarakat masih

beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan

Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan

di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin

melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin

ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru. UPSI

meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan

berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan

semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran

sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan

melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan

Manusia. Senario yang berlaku ini menjadi satu kebimbangan pada seluruh

masyarakat lebih-lebih lagi di dalalam pelaksanaan penghapusan jaminan

penempatan guru pelatih di dalam tempoh RMK-10 ini.

4.2.6 Tiada lagi jaminan kerjaya bagi graduan pendidikan

Di dalam satu laporan akhbar Berita Harian Online bertarikh 10 Disember 2010,

yang menyentuh tentang “Memartabatkan profesion guru bukan dengan

penyerapan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menyatakan meskipun GSTT

banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke

jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang

berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Dengan penyerapan

GSTT ke jawatan tetap akan menyebabkan lebih ramai bakal guru untuk

Page 15: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

15

mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Ini

menunjukkan graduan pendidikan tiada lagi jaminan kerjaya perguruan bagi

mereka kerana terpaksa bersaing dengan pelbagai pihak termasuklah GSTT.

Segala isu yang timbul ekoran daripada penghapusan jaminan penempatan

guru pelatih berdasarkan sepanjang pelaksanaan tempoh RMK ke-10 ini sama ada

baik atau pun buruk perlulah dipandang positif oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Segala perancangan dan pelaksanaan bagi setiap pembaharuan yang ingin

dilaksanakan adalah bermotifkan kearah yang lebih baik dan dipandang tinggi

oleh seluruh dunia terhadap perkembangan pendidikan negara kita.

5. Kesimpulan

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik memerlukan

profesion perguruan membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Anjakan

secara holistik yang harus diketengahkan ini perlu bersifat proaktif di mana semua

pihak turut terlibat sama ada diperingkat dasar, institusi pendidikan, bakal-bakal

guru dan juga masyarakat. Ini adalah bagi memastikan profesion ini kekal sebagai

profesion yang mulia, profesional dan akan terus mendapat tempat dalam

masyarakat. Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka

tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat

relevan sekali.Oleh itu apa juga perubahan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh

kerajaan perlulah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakannya

demi mempertingkatkan taraf profesion perguruan di Malaysia.

Page 16: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

16

Rujukan

Ab. Rahman Ismail. 2008. Gejala sosial remaja: implikasi terhadap keselamatan negara.

Jurnal YADIM Bil 10: 240 – 255.

Bahrin Abu dan Azura Abdul Aziz. (2008). Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM

Berkhidmat di Sabah Dan Sarawak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

Berita Harian Online. 10 Diseber 2010

CO 717 Colonial Office. Federate Malay States Education Policy in Malaya 1920-an –

1950-an).

Halimah Harun. Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 2006 83-96.

http://www.tutor.com.my/

http://www.upsi.edu.my/

Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem

Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Open University Malaysia.

Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan sosial dan

impaknya terhadap pembentukan modal insan menurut Ibn Khaldun. Jurnal

Hadhari Bil 1: 45-76

Page 17: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

17

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.th.). Pembangunan pendidikan 2001-2010

perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan.

Othman Mustapha. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Pendidikan:

Matlamat dan Teras. Program Seminar Siswazah Universiti Malaya.

Utusan Malaysia 5 Julai 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.

Utusan Malaysia 22 Mac 2007 http://www.utusan.com.my/utusan/info

Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Graf pertumbuhan RMKe-

9.

Zailan Moris. (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (2957-

2007). Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Zulkifly Osman, Ishak Yussof dan Zainizam Zakaria. (2006). Hala Tuju dan Cabaran

Pendidikan Tinggi Negara di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-

2010).

Page 18: faizahothman.files.wordpress.com · Web viewWalau bagaimanapun jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh

18