habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1699-modul-p... · web viewv.projek...

5
MODUL P-FORENSIC DALAM SISTEM i-PANTAU UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU JPM) PENGENALAN P-Forensic adalah salah satu kaedah pemantauan projek RMLT dalam fasa pembinaan yang dikategorikan sebagai Projek Sakit iaitu projek yang mengalami kelewatan kemajuan fizikal melebihi dua (2) bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak memperbaiki prestasinya. Objektif pelaksanaan lawatan P-Forensic ialah bagi memastikan projek-projek yang dikategorikan sakit dapat diselesaikan samada kembali mengikut jadual / Dahulu Jadual / Lewat Jadual (kurang daripada 20%) / Siap Sepenuhnya / Mansuh. Kriteria projek-projek P-Forensic ialah: i. Projek fizikal binaan ii. Mengalami kelewatan 20% atau 2 bulan iii. Projek sedang dilaksanakan dalam fasa pelaksanaan (projek dalam pembinaan) iv. Projek telah tamat tempoh belum siap v. Projek yang mempunyai jadual kerja yang tidak realistik (contoh: backloading) Modul P-Forensic merupakan sebuah sistem secara web-base yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pegawai pemantau teknikal di Ibu Pejabat mahupun di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP) ICU JPM mengisi, menyemak dan memperoleh maklumat berkaitan lawatan P-Forensic dengan cepat, mudah dan efisyen. LAPORAN INOVASI Tujuan Projek Inovasi a. Memastikan data P-Forensic sentiasa mudah untuk dicapai bagi membolehkan pegawai pemantau samada di ibu pejabat mahupun di negeri membuat pemantauan projek ditapak bina secara berkesan. b. Mempercepat dan memudahkan pengemaskinian laporan aktiviti lawatan P-Forensic yang telah dijalankan. c. Sebagai pusat rujukan data bagi memantapkan pemantauan projek melalui lawatan-lawatan projek yang lalu. Proses Pelaksanaan Inovasi Proses pelaksanaan dilaksanakan secara In-House oleh Bahagian NADI ICU JPM.

Upload: dangthuan

Post on 25-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MODUL P-FORENSIC DALAM SISTEM i-PANTAU

UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU JPM)

PENGENALAN

P-Forensic adalah salah satu kaedah pemantauan projek RMLT dalam fasa pembinaan yang dikategorikan sebagai ’Projek Sakit’ iaitu projek yang mengalami kelewatan kemajuan fizikal melebihi dua (2) bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak memperbaiki prestasinya.

Objektif pelaksanaan lawatan P-Forensic ialah bagi memastikan projek-projek yang dikategorikan sakit dapat diselesaikan samada kembali mengikut jadual / Dahulu Jadual / Lewat Jadual (kurang daripada 20%) / Siap Sepenuhnya / Mansuh.

Kriteria projek-projek P-Forensic ialah:

i. Projek fizikal binaan

ii. Mengalami kelewatan 20% atau 2 bulan

iii. Projek sedang dilaksanakan dalam fasa pelaksanaan (projek dalam pembinaan)

iv. Projek telah tamat tempoh belum siap

v. Projek yang mempunyai jadual kerja yang tidak realistik (contoh: backloading)

Modul P-Forensic merupakan sebuah sistem secara web-base yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pegawai pemantau teknikal di Ibu Pejabat mahupun di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP) ICU JPM mengisi, menyemak dan memperoleh maklumat berkaitan lawatan P-Forensic dengan cepat, mudah dan efisyen.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasia. Memastikan data P-Forensic sentiasa mudah untuk dicapai bagi membolehkan pegawai

pemantau samada di ibu pejabat mahupun di negeri membuat pemantauan projek ditapak bina secara berkesan.

b. Mempercepat dan memudahkan pengemaskinian laporan aktiviti lawatan P-Forensic yang telah dijalankan.

c. Sebagai pusat rujukan data bagi memantapkan pemantauan projek melalui lawatan-lawatan projek yang lalu.

Proses Pelaksanaan InovasiProses pelaksanaan dilaksanakan secara In-House oleh Bahagian NADI ICU JPM.

Proses pelaksanaan memakan masa lebih kurang satu tahun dimana pelaksanaannya melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Pembangunan templat laporan.ii. Pelaksanaan modul oleh pihak NADI.iii. Ujicuba.iv. Penambahbaikan dan pemurnian modul.v. Hands-on.vi. Muat naik dalam Sistem i-Pantau.vii. Modul sedia digunakan dalam Sistem i-Pantau.viii. Taklimat penggunaan modul kepada pengguna sistem.

Proses Sebelum dan Selepasa. Sebelum

Bagi memastikan pemantauan projek sakit dijalankan secara berterusan, pegawai pemantau teknikal ICU JPM perlu membuat laporan lawatan P-Forensic secara berterusan. Sebelum modul ini dibangunkan pegawai perlu mengemaskini maklumat berdasarkan lawatan secara manual iaitu menerusi Microsoft Excel.

b. SelepasPegawai pemantau dapat mengemaskini maklumat projek yang dilawat secara terus atas talian.

Elemen Penurunan Kuasa

(Tiada)

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/Perkhidmatan/Agensi/Negara :a. Elemen Inovatif/Kreativiti

Pegawai pemantau projek dapat mengisi maklumat lawatan melalui penggunaan templat pelaporan Modul P-Forensic Sistem i-Pantau dan laporan lawatan dapat dijana terus dari sistem.

b. Elemen KeberkesanPelaksanaan Modul P-Forensic telah berjaya mempercepatkan proses penghasilan laporan lawatan kerana pegawai pemantau dapat mengemaskini maklumat projek secara terus atas talian. Oleh yang demikian, pegawai pemantau dapat menghasilkan laporan lawatan projek P-Forensic dengan lebih cepat berbanding kaedah manual.

c. Elemen SignifikanModul ini juga dapat menjimatkan masa dari segi pencarian laporan lawatan projek-projek yang lama kerana data disimpan secara dalam talian didalam server i-Pantau.

Dari segi penjimatan kos, penggunaan modul ini dilihat membantu dalam mengurangkan kos cetakan laporan untuk diedarkan ke setiap bahagian memandangkan laporan boleh terus dijana melalui sistem. Oleh itu, kos kertas dan toner pencetak dapat dikurangkan dan menjadikan ia sebagai salah satu paperless report.

d. Elemen RelevanPenggunaan Modul P-Forensic telah berjaya meningkatkan bilangan laporan lawatan projek sakit dan seterusnya membantu jabatan melalui pemantauan projek terutamanya bagi projek sakit. Maklumat projek sakit juga mudah dicapai dan membantu dalam membuat mengemaskini status tindakan yang perlu diambil dalam memastikan projek kambali mengikut jadual.

Pengiktirafan Yang Diterima

(Tiada)

Gambar-Gambar Berkaitan

Modul P-Forensic telah dimuat naik dalam Sistem iPantau dan boleh

diakses di “Menu Utama”

Tarikh Lawatan terkini

Carian melalui Kod SPPII atau Nama Projek

Klik pada tab senarai projek untuk paparan lawatan P-

Forensic yang telah dilaksanakan.

Implikasi Kewangan

(Tiada) – Kerana dibangunkan secara In-House

Bahagian (PTP) hanya boleh view sahaja (diisi

oleh BKRT)

Klik untuk maklumat tambahan berkaitan laporan

Klik tab ini untuk cetak laporan P-forensic

PENUTUP

Modul P-Forensic merupakan tools kepada inisiatif pemantauan projek sakit dan berupaya membuat pengemaskinian data dengan cepat, mudah dan teratur di atas talian.

Selaras dengan tugas utama ICU JPM iaitu sebagai pemantau projek, modul ini sewajarnya digunakan secara meluas bagi membantu penyelarasan projek-projek sakit.