zanatonmdnoor.files.wordpress.com · web viewujian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan...

24
PENGGUNAAN ELEKTRIK, AIR DAN PENGENDALIAN SISA MAKMAL DI KOLEJ MARA BANTING (KMB) Majdiyah Omar @ Wahab, Majdiyah Omar @ Wahab, Suheirfiza Mat Jap, Illey Izyani Ibrahim, Pasheena A/P Ramathas, Anusia A/P Radakrishnan, Nurul Huda Yazit @ Yajit, ______________________________________________________________ _____________ ABSTRAK Kajian kualitatif dijalankan melalui pemerhatian di blok jabatan, pentadbiran, banggunan akademik, makmal dan di sekitar Kolej Mara BAnting (KMB). Selain itu temubual tidak berstruktur kepada Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Kerani Kewangan dan Pembantu Makmal Kanan mengenai penggunaan air, elektrik dan pengendalian sisa kimia turut dijalankan. Temubual dilakukan secara tidak berstruktur yakni secara tidak langsung bersama staf pentadbiran dan makmal. Responden yang ditemubual dipilih secara rawak iaitu seramai 5 orang. Pemerhatian terhadap jenis peralatan yang digunakan, cara penggunaan peralatan dibuat secara rawak pada 1 November – 21 November 2016 di blok pentadbiran, jabatan, bangunan akademik, makmal dan persekitaran KMB. Kemudian, temubual dijalankan secara tidak berstruktur kepada staf yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan mendapati KMB perlu membayar bil elektrik sebanyak RM424,430.68 pada tahun 2015 dan RM572,099.10 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan jumlah bil elektrik bagi kedua-dua tahun ini dibayar dengan harga melebihi setengah juta ringgit Malaysia. Hasil temu bual bagi penggunaan air menunjukkan tahap kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan warga Kolej MARA Banting agak merisaukan terutama di kalangan pelajar manakala bagi pengendalian sisa kimia makmal pula tidak dapat dilaksanakan secara sistematik mengikut keperluan perundangan yg sedia ada. Kata Kunci: Penggunaan air, Pengunaan elektrik, Pengendalian sisa kimia makmal ABSTRACT Qualitative study carried out through observations on Department, administration block, banggunan, academic laboratories and around Kolej Mara BAnting (KMB). In addition to unstructured interviews with Assistant Administrative Officer, Senior Financial Clerk and Assistant Senior Laboratory concerning the use of water,

Upload: dinhcong

Post on 08-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

PENGGUNAAN ELEKTRIK, AIR DAN PENGENDALIAN SISA MAKMAL DI

KOLEJ MARA BANTING (KMB)

Majdiyah Omar @ Wahab, Majdiyah Omar @ Wahab, Suheirfiza Mat Jap, Illey Izyani

Ibrahim, Pasheena A/P Ramathas, Anusia A/P Radakrishnan, Nurul Huda Yazit @ Yajit,

___________________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian kualitatif dijalankan melalui pemerhatian di blok jabatan, pentadbiran, banggunan akademik, makmal dan di sekitar Kolej Mara BAnting (KMB). Selain itu temubual tidak berstruktur kepada Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Kerani Kewangan dan Pembantu Makmal Kanan mengenai penggunaan air, elektrik dan pengendalian sisa kimia turut dijalankan. Temubual dilakukan secara tidak berstruktur yakni secara tidak langsung bersama staf pentadbiran dan makmal. Responden yang ditemubual dipilih secara rawak iaitu seramai 5 orang. Pemerhatian terhadap jenis peralatan yang digunakan, cara penggunaan peralatan dibuat secara rawak pada 1 November – 21 November 2016 di blok pentadbiran, jabatan, bangunan akademik, makmal dan persekitaran KMB. Kemudian, temubual dijalankan secara tidak berstruktur kepada staf yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan mendapati KMB perlu membayar bil elektrik sebanyak RM424,430.68 pada tahun 2015 dan RM572,099.10 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan jumlah bil elektrik bagi kedua-dua tahun ini dibayar dengan harga melebihi setengah juta ringgit Malaysia. Hasil temu bual bagi penggunaan air menunjukkan tahap kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan warga Kolej MARA Banting agak merisaukan terutama di kalangan pelajar manakala bagi pengendalian sisa kimia makmal pula tidak dapat dilaksanakan secara sistematik mengikut keperluan perundangan yg sedia ada.

Kata Kunci: Penggunaan air, Pengunaan elektrik, Pengendalian sisa kimia makmal

ABSTRACT

Qualitative study carried out through observations on Department, administration block, banggunan, academic laboratories and around Kolej Mara BAnting (KMB). In addition to unstructured interviews with Assistant Administrative Officer, Senior Financial Clerk and Assistant Senior Laboratory concerning the use of water, electricity and chemical waste handling. Interview done in unstructured which indirectly with administrative staff and laboratory. Respondents interviewed randomly which of five people. Observations on the types of equipment used, how to use equipment made at random on 1st November – 21 November 2016 at the administration block, academic departments, banggunan, laboratory and environmental KMB. Then, interviews carried out in unstructured to relevant staff in order to obtain relevant information. The findings reveal that the KMB has to pay electricity bills amounting to RM424, 430.68 in 2015 and RM572, 099.10 in the year 2016. This shows the total electricity bill for both this year paid a price in excess of half a million Malaysian ringgit. The result of the interview for water use indicate the level of awareness about the importance of water among nationals of Kolej MARA Banting quite troubling, especially among students while for handling chemical laboratory in turn could not be implemented systematically in accordance with the existing legal requirements.

Page 2: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Keywords: Water usage, Electricity usage, Laboratory chemical waste Handling

Page 3: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

PENGENALAN

Sumber elektrik dan air merupakan sumber-sumber yang penting dalam system

pengoperasian sesebuah bangunan sama ada bangunan kediaman, pejabat ataupun komersial.

Hal ini adalah kerana operasi di dalam satu-satu bangunan adalah bergantung sepenuhnya

kepada bekalan daripada sumber-sumber ini. Aktiviti pengguna akan tergendala serta

keperluan seharian pengguna turut akan terjejas sekiranya ketiadaan kedua-dua sumber ini.

Walau bagaimanapun, menjadi satu yang membimbangkan pada masa kini apabila

penggunaan sumber secara tidak cekap telah memberikan kesan yang tidak baik kepada alam

sekitar dan manusia. Justeru, pengguna harus diberikan pengetahuan mengenai penggunaan

sumber yang cekap di samping kesedaran mengenai kepentingan penjimatan sumber kerana

usaha sebegini dapat menyelamatkan alam sekitar dan menjimatkan kos iaitu penjimatan bil

penggunaannya. Hakikatnya, dunia pada hari ini juga turur mengahadapi dua cabaran yang

utama mengenai sumber tenaga iaitu tenaga elektrik dan air yang tidak mencukupi, harga

yang mahal serta kesan buruk akibat pembaziran sumber-sumber ini ke atas alam sekitar

(Tuan Pah Rokiah et al. 2013). Sehubungan dengan itu, langkah penjimatan terhadap sumber

tenaga elektrik dan air harus dilakukan dengan segera demi kesejahteraan alam sekitar dan

generasi akan datang.

Selain itu, antara bezanya sesuatu institusi itu berkualiti atau tidak berkualiti adalah

bergantung kepada pengendalian atau pengurusan sisa makmal. Pengurusan sisa kimia

dengan sempurna amat perlu diberi perhatiam sebagai langkah bagi memastikan keselamatan

pengguna terjamin.

Pendedahan pada bahaya bahan-bahan kimia dan suasana tempat kerja yang tidak

bersih adalah penting untuk diberi perhatian. Oleh yang demikian pihak-pihak yang berkaitan

perlu memberi tumpuan pada penjagaan kualiti udara dalaman serta pengurusan bahan kimia

yang lebih sistematik. Ini bukan saja mematuhi keperluan perundangan sedia akan tetapi hal

ini menunjukkan sejauh mana semua pihak komited terhadap tanggungjawab social.

Penambahbaikan terhadap pengurusan sisa kimia sedia ada adalah wajar dan tepat pada masa

kini bagi kebaikan semua termasuk terhadap alam sekitar.

KAJIAN LITERATUR

Dasar Kecekapan Tenaga Dan Langkah Penjimatan Yang Telah Dilaksanakan Di

Malaysia

Page 4: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Sumber tenaga adalah satu keperluan kepada manusia dalam melakukan aktiviti kehidupan

seharian. Kecekapan tenaga bermaksud bagaimana tenaga digunakan dengan bijak tanpa

mengurangkan kualiti output yang dihasilkan. Ketidakcekapan dalam penggunaan elektrik

menyumbang kepada perubahan iklim yang ketara kerana tenaga yang digunakan terhasil

melalui proses pembakaran bahan api fosil. Peningkatan penggunaan tenaga elektrik

berikutan daripada harga barangan elektrik yang murah menyebabkan peningkatan kos hidup

dan kesan kepada alam sekitar. Kajian daripada Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment

– LCA) menunjukkan penggunaan peralatan elektrik dan elektronik telah menyebabkan kadar

perlepasan karbon yang paling tinggi. Maka pengurangan kadar pelepasan karbon atau

carbon footprintadalah bergantung penuh kepada penggunaan tenaga elektrik yang cekap

dan pada masa yang sama tidak menjejaskan keselesaan pengguna (Persatuan Penyelidikan

Air dan Tenaga Malaysia, AWER, 2012).

Penggunaan bahan api untuk menjana tenaga bukan sahaja diperlukan untuk kegunaan

domestik tetapi juga untuk kelangsungan ekonomi dan kemajuan negara. Kemajuan ekonomi

sesebuah negara adalah apabila sesebuah negara itu dapat menggunakan semua sumber yang

ada dengan bijak. Ironinya, apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya apabila

kemajuan yang dicapai dilihat telah membawa kemusnahan kepada alam sekitar.

Roberts dan Lansford (1979) turur berpendapat penggunaan sumber daripada alam

sekitar bagi memacu kemajuan ekonomi seebuah negara kebanyakkannya telah mengundang

kebinasaan dan bencana kerana sistem alam sekitar itu sendiri akan bertindak mengubah

struktur mereka secara semulajadi bagi kemandirian mereka sendiri. Bazerman dan Hoffman

(1999) turut mengkategorikan tiga perlakuan tingkah laku yang memusnahkan alam sekitar

iaitu pertumbuhan populasi manusia, penggunaan sumber alam yang berlebihan serta

pencemaran udara, air dan tanah. Justeru peningkatan taraf dan gaya hidup pada masa kini

turut mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih.

Sehubungan dengan itu, di bawah teras keselamatan bekalan, pengeluaran tenaga

elektrik menggunakan loji janakuasa berasaskan teknologi terkini bagi meningkatkan

kecekapan tenaga telah menjadi suatu keutamaan di Malaysia. Hal ini adalah selaras dengan

objektif bekalan di bawah Dasar Tenaga Negara iaitu memastikan penyediaan tenaga yang

mencukupi, selamat dan menjimatkan melalui kepelbagaian sumber; seperti penggunaan

teknologi supercritical dan ultra supercritical dalam pembakaran arang batu untuk menjana

tenaga elektrik. Penggunaan teknologi yang menggunakan suhu dan tekanan tinggi ini telah

Page 5: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

menghasilkan tenaga yang lebih cekap serta sekaligus mengurangkan gas karbon dioksida

yang signifikan (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KeTTHA, 2011). Menurut

Ibrahim (2000), pengurusan alam sekitar yang baik di samping tidak mengabaikannya demi

generasi akan datang perlu dijadikan satu falsafah bagi pembangunan lestari yang mampan.

Pengurusan air yang cekap turut menjadi salah satu proses penting ke arah usaha

memaksimumkan penggunaannya bagi manfaat ekonomi dan sosial secara seimbang tanpa

sesekali menjejaskan keseimbangan ekosistem. Amalan penjimatan air perlu dipraktikkan

demi menyahut amalan bestari yang sekaligus menjaga alam sekitar. Menurut Wahida et al.

(2004) dan Mazaitul Shima et al. (2015), kesedaran terhadap isu- isu alam sekitar dan

kesedaran bahawa alam sekitar perlu dipelihara didapati telah meningkat dalam masyarakat,

akan tetapi penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih

diperingkat rendah.

Selain daripada air boleh diguna semula untuk tujuan domestik seperti mengguna

semula air tadahan hujan untuk tujuan mencuci kereta, sumber air utama turut diberi

perhatian agar sumber air tidak tercemar dan dapat dibekalkan secara maksimum kepada

pengguna. Umumnya, kebersihan air di kawasan sumber air utama berkait rapat dengan

pengurusan pelupusan sisa pepejal atau sisa merbahaya (Zaini et al., 2010). Sistem pelupusan

sisa pepejal yang lemah akan menyebabkan lelehan air mengalir ke dalam sumber air utama

iaitu sungai. Justeru, akta berkaitan dengan pengurusan tapak pelupusan, iaitu Seksyen 34A,

bahagian 18 (b) dan 18 (c) yang menggariskan kepentingan untuk mempunyai sistem

kawalan yang cekap terhadap air lelehan di tapak pelupusan dibentuk. Di bawah Sekatan dan

Pengawalan Pencemaran, Seksyen 25, menyatakan bahan sisa pepejal tidak boleh dibuang ke

dalam sumber air. Hal ini adalah keranan pencemaran air akan menyebabkan negara

mengalami masalah sumber air bersih yang serius.

Amalan pengasingan dan pelupusan sisa makmal turut diambil berat terutama bahan

kimia yang berbahaya. Dalam pengurusan sisa kimia, faktor yang menjadi penghalang adalah

mengenai kos yang tinggi diperlukan bagi pengurusan sisa kimia ini iaitu bermula daripada

kutipan, pengumpulan dan pengangkutan ke tapak pelupusan (Hasnah Ali et al. 2012).

Kegagalan mematuhi jadual pungutan boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran serta

boleh mendatangkan penyakit dan mengganggu kesihatan manusia kerana bahan sisa ini

bersifat racun atau toksik.

Page 6: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Selain itu, penggunaan incinerator mampu mengurangkan jumlah sisa merbahaya

sekaligus mampu mengelakkan pencemaran air kerana tiada air lelehan yang akan terhasil

serta tidak memerlukan ruang yang luas (Zaini, 2007).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama tinjauan ini ialah :

1. Mengenalpasti jumlah penggunaan elekrik dan air di Kolej Mara Banting (KMB).

2. Mengenalpasti kedah pengendalian sisa kimia di Kolej Mara Banting (KMB).

3. Mencadangkan strategi penjimatan penggunaan elektrik, air dan pengendalian sisa

kimia di Kolej Mara Banting (KMB).

KAEDAH KAJIAN

Kaedah tinjauan

Reka Bentuk Tinjauan

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kualitatif

dilakukan melalui pemerhatian di blok jabatan, pentadbiran, banggunan akademik, makmal

dan di sekitar KMB. Selain itu temubual tidak berstruktur kepada Penolong Pegawai Tadbir

Kanan, Kerani Kewangan dan Pembantu Makmal Kanan mengenai penggunaan air, elektrik

dan pengendalian sisa kimia.

Peserta Tinjauan

Peserta yang terlibat dalam tinjauan mengenai penggunaan, kaedah penyelenggaraan dan

cadangan penambah baikan penggunaan sumber ialah staf pentadbiran dan makmal. Di

samping itu, pemerhatian turut dilakukan terhadap jenis peralatan di blok pentadbiran,

jabatan, makmal dan banggunan akademik dan sekitar KMB.

Lokasi Tinjauan

Blok pentadbiran, jabatan, makmal, banggunan akademik dan sekitar KMB.

Instrumen

Temubual. Temubual dilakukan secara tidak berstruktur yakni secara tidak langsung bersama

staf pentadbiran dan makmal. Data-data temubual dicatat dan ditulis semula bagi

Page 7: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

mengenalpasti tema utama pendapat responden terhadap peralatan, cara penggunaan dan

penyelenggaraan. Responden yang ditemubual dipilih secara rawak iaitu seramai 5 orang.

Pemerhatian

Pemerhatian. Pemerhatian pula dilakukan terhadap jenis peralatan elekrik yang digunakan

seperti lampu kalimantang, kipas angin, pendingin hawa, mesin pencetak, mesin fotostat di

jabatan dan pentadbiran di samping sistem pengendalian sisa kimia di makmal dan sistem

tadahan air hujan secara tidak langsung. Satu senarai semak dibuat bagi memudahkan catatan

mengenai jenis peralatan yang dilakukan.

Prosedur

Pemerhatian terhadap jenis peralatan yang digunakan, cara penggunaan peralatan dibuat

secara rawak pada 1 November – 21 November 2016 di blok pentadbiran, jabatan, banggunan

akademik, makmal dan persekitaran KMB. Seterusnya, atu temubual dijalankan secara tidak

berstruktur kepada staf yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Analisa

dokumen seperti bil bulanan elektrik dan air dari tahun 2015 dan 2016 termasuk proposal

projek tadahan air hujan dan proposal projek perlupusan sisa kimia turut dilakukan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Penggunaan Elektrik

Penggunaan Elektrik bagi kajian ini pertama sekali diperolehi menerusi analisis dokumen

iaitu rumusan bil bayaran elektrik pada tahun 2015 dan dan 2016 seperti dalam Jadual satu

berikut. Dapatan mendapati KMB perlu membayar bil elektrik sebanyak RM424,430.68 pada

tahun 2015 dan RM572,099.10 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan jumlah bil elektrik

bagi kedua-dua tahun ini dibayar dengan harga melebihi setengah juta ringgit Malaysia.

Jadual 1: Jumlah Bil Elektrik di KMB pada tahun 2015 dan 2016

Tahun Bil Elektrik (RM)

2015 424,430.68

2016 572,099.10

Page 8: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Menerusi pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, penggunaan yang tinggi adalah

kerana perlatan seperti komputer, lampu, penghawa dingin digunakan di semua kawasan

KMB selama 9 jam sehari bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di samping

sepanjang tahun 2016 KMB menjalani beberapa proses pengubahsuaian bangunan,

pembinaan bangunan makmal baharu serta pembinaan kolam renang yang melibatkan

penggunaan elektrik bagi jentera-jentera pembinaan. Dapatan ini turut dapat disandarkan

dengan hasil temubual yang dijalankan mendapati terdapat responden yang menyatakan:

“pendingin hawa dan lampu di sini tidak akan ditutup selagi waktu pejabat belum tamat”

(temubual pada 21 November 2016).

Penggunaan elektrik yang tinggi ini turut dipengaruhi oleh struktur bangunan kerana

kesemua tingkap di bagunan pejabat, bangunan perpustakaan dan bangunan akademik

dipasang dengan bidai penahan cahaya serta terdapat kabinet, almari dan rak buku diletakkan

berhampiran tingkap menyebabkan tingkap sukar dibuka. Oleh yang demikian pencahayaan

di kawasan-kawasan ini bergantung sepenuhnya kepada lampu berbanding cahaya matahari

dan pendingin hawa bagi pengudaraan.

Di samping itu, terdapat banyak pendingin hawa yang digunakan di KMB daripada

jenis lama yang tidak boleh dilaras suhunya. Walaupun sesetengah tempat telah ditukarkan

dengan penghawa dingin dengan teknologi jimat tenaga namun keadaan ini masih belum

dapat menyumbang ke arah penjimatan elektrik kerana masih terdapat penghawa dingin yang

tidak boleh dilaras suhu kepada 24°C. Menurut Haika Khazi (2011), kerajaan akan mampu

menjimatkan perbelanjaan elektrik sehingga RM 100 juta jika semua penghawa dingin di

bangunan kerajaan dapat dilaraskan pada 24°C sepanjang hari operasi.

Pendingin hawa juga perlu dibersihkan secara berkala. Hasil temubual responden

menyatakan:

“penghawa dingin dibersihkan akan tetapi tidak mempunyai jangka waktu yang tetap”

(temubual pada 21 November 2016).

Langkah penjimatan boleh dilakukan jika semua penghawa dingin disetkan kepada ‘ON’

berbanding ‘AUTO kerana pengaliran udara akan menjadi lebih sekata bagi membolehkan

suhu bilik menjadi stabil disamping jumlah bilangan penghawa dingin haruslah bersesuaian

dengan saiz bilik agar tenaga elektrik lebih dijimatkan. Pemerhatian terhadap

penggunaan lampu pula didapati lampu kalimantang/pendaflour yang biasa adalah jenis

lampu yang meluas digunakan di seluruh bangunan di KMB. Keadaan ini menyumbang

kepada jumlah elektrik yang tinggi. Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips

ASEAN, Matthew Cobham menyatakan bahawa penggunaan lampu kalimantang LED dapat

Page 9: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

mengurangkan kos elektrik sebanyak RM195 bilion, iaitu pengurangan sebanyak 245 ton

pengeluaran karbon dioksida setahun, di samping 55 juta tong minyak setahun dapat

dikurangkan termasuk pengurangan 190 tapak pemprosesan tenaga (Adham Shadan 2008).

Walau bagaimanapun, untuk menukarkan lampu kalimantang yang telah sedia ada di KMB

yang telah di pasang sejak sekian lama adalah tidak rasional kerana pasti akan melibatkan

perbelanjaan tinggi. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan setelah pengubahsuaian

pejabat, bangunan makmal baharu dan arena kolam renang siap dibina maka pemasangan

lampu kalimantang LED atau sekurangnya lampu kalimantang kompak/padat harus diberi

keutamaan terutama di sepanjang koridor dan tangga.

Pengubahsuaian dan pembinaan bangunan baru yang sedang dijalankan sekarang

perlu mengambil kira pencahayaan daripada sumber semulajadi bagi usaha menjimatkan

elektrik di waktu siang iaitu tingkap boleh dibuka untuk membolehkan cahaya matahari

masuk tanpa perlu memasang lampu di sepanjang waktu bekerja. Langkah-langkah

penjimatan lain yang boleh diamalkan adalah semua, pelajar, pensyarah dan kakitangan perlu

mengamalkan amalan menutup lampu ketika meninggalkan pejabat, kelas dan unit jika perlu

meninggalkan kawasan-kawasan ini tanpa penghuni. Setiap individu juga bertanggungjawab

menutup suiz lampu di koridor, tangga dan persekitar KMB ketika waktu siang tanpa perlu

menunggu pengawal keselamatan untuk melakukannya. Walaupun, amalan ini diamalkan

dalam kalangan pensyarah dan kakitangan, akan tetapi agak sukar diamalkan oleh pelajar

bertepatan dengan pendapat responden berikut:

“pelajar meninggalkan kelas atau bilik asrama dengan membiarkan lampu dan kipas

terpasang sehingga mereka kembali semula” (temubual pada 21 November 2016).

Seterusnya, penyelenggaraan lampu juga penting agar jangka hayat lebih panjang dan

kualiti pencahayaan yang lebih baik. Temubual menunjukkan tiada jadual pembersihan

lampu atau mentol dilakukan di KMB. Penggunaan sensor berpenghuni bagi lampu boleh

juga dicadangakan kerana sensor ini boleh mengesan pergerakan manusia dan menyala secara

automatik dan terpadam dengan sendiri apabila tiada pergerakan manusia. Alat pengesan

cahaya automatik iaitu yang dapat menyala pada waktu malam dan terpadam pada waktu

siang adalah sesuai di pasang pada lampu koridor, tangga dan jalan sebagai langkah

pengurangan tenaga elektrik.

Peralatan elektrik seperti komputer, mesin cetak, laptop dan measin fotostat yang

dibekalkan di hampir semua jabatan turut menyumbang kepada jumlah bil elektrik yang

tinggi. Justeru, amalan seperti menutup komputer dan laptop perlu dilakukan berbanding

membiarkannya dalam mod ‘standby’ atau ‘hibernate’ kerana pembaziran tenaga elektrik

Page 10: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

masih berlaku. Amalan menutup suis dan mencabut plag peralatan elektrik seperti komputer,

mesin cetak, mesin fotostat perlu dilakukan berserta dengan pemeriksaan dan

penyelenggaraan berkala agar jangka hayatnya lebih lama.

Penggunaan Air

Air adalah sumber kehidupan. Tujuh puluh satu peratus muka bumi dilitupi air namun

begitu hanya 2% daripadanya yang boleh digunakan. Air sememangnya penting dan berharga

akan tetapi dianggap tidak mempunyai “nilai” sehingga manusia dengan sewenang-

wenangnya melakukan pembaziran.

Menerusi temubual yang dijalankan responden menyatakan:

“Tahap kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan warga Kolej MARA Banting

agak merisaukan terutama di kalangan pelajar”.

“Pembaziran air berlaku kerana pekerja menggunakan air yang dirawat untuk aktiviti

seperti membasuh bilik air, menyiram pokok dan lain-lain” (temubual pada 1 November

2016).

Hakikatnya keadaan ini bukan hanya berlaku di KMB. Rakyat Malaysia umumnya

mempunyai kesedaran yang rendah mengenai isu-isu air. Menurut kajian oleh Meng (2011)

didapati kebanyakan daripada kita tidak tahu berapa banyak air yang mereka gunakan

seharian kerana bayaran bil air hanyalah satu komponen kecil daripada perbelanjaan isi

rumah bulanan mereka. Menurut kajian beliau juga, didapati 88.8% pengguna tidak tahu

berapa banyak jumlah air yang digunakan dalam satu bulan. Hal ini menunjukkan pengguna

air domestik tidak

ambil berat tentang penggunaan air kerana kadar tarif air yang murah iaitu hanya RM 0.31

bagi 1000 Liter. Diisebabkan kadar air yang mudah serta senang didapati dimana sahaja

dengan hanya membuka paip dan air akan mengalir tanpa had, telah menyebabkan pengguna

tidak lagi menghargai sumber yang bernilai ini.

KMB telah mengalami krisis air yang agak teruk pada 1 Mac 2014 disebabkan oleh

penutupan Loji Air Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia selama hampir dua bulan.

Akibatnya, kolej ditutup selama 2 minggu untuk pelajar tahun 2 dan 4 minggu untuk pelajar

Keadaan ini telah menyebabkan gangguan kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Di

samping itu, pihak kolej telah mengalami kerugian hampir RM65,000.00 bagi membeli air,

menyewa tangki dan bekas tadahan air. Kerugian dari segi masa dan tenaga pelajar dan

Page 11: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

kakitangan untuk “mencari air” juga berlaku sebelum KMB mengambil keputusan menutup

operasi kolej buat sementara waktu.

Masalah krisis air yang melibatkan Loji Air Bukit Tampoi tidak berakhir pada tahun

2014 sahaja kerana sehingga kini krisis air ini masih berlaku beberapa kali dalam tempoh

setahun. Sehubungan sengan itu, bagi mengatasi masalah ini KMB telah mengambil inisiatif

membina Sistem Tadahan Air Hujan. Sistem ini dibina hasil analisa maklumat terperinci

dengan mengambil kira taburan hujan di KMB yang mempunyai taburan hujan yang tinggi

sepanjang tahun. Stesen ID terdekat (48650) iaitu terletak di Sepang KLIA melaporkan

taburan hujan harian di kawasan KMB adalah 2.00 (mm). Laporan ini menguatkan lagi

hasrat KMB untuk menjayakan Sistem Tadahan Air Hujan. Sistem tadahan air hujan ini siap

dibina pada tahun 15 September 2014. Sebagi permulaan air hujan yang ditadah ini hanya

disalurkan ke tanda-tandas di bangunan akademik. Sehingga ke hari ini penjimatan air untuk

kerja-kerja pencucian telah dapat dilakukan. Terdapat 12 tandas di blok akademik KMB.

Sebuah tandas menggunakan 30 liter air untuk kerja mencuci. Oleh kerana terdapat 12 tandas

kesemuanya bermakna 360 liter air digunakan setiap hari. Justeru, sistem tadahan ini telah

menjimatkan sebanyak 360 liter air sehari iaitu bersamaan dengan RM 3,348 bayaran bil air

telah dapat dikurangkan sebulan sehingga kini. Di samping itu, responden kajian ini juga

mencadangakan agar kesemua tandas turut menggunakan sistem curahan rendah iaitu

menggunakan enam liter air bagi pengepaman penuh dan tiga liter bagi pengepaman separuh.

Hal ini kerana penggunaan sistem curahan rendah boleh menjimatkan sebanyak 35,000 liter

air setahun bersamaan dengan RM 10,850 setahun.

Selain mempunyai sistem tadahan air, antara langkah lain yang boleh diambil untuk

menjimatkan lagi penggunaan air dalam kalangan warga terutama sekali pelajar-pelajar KMB

adalah seperti memberi taklimat mengenai penggunaan air secara berhemah. Rekod bil air di

asrama perlu didedahkan kepada para pelajar agar mereka menyedari sikap mereka dalam

menggunakan air sehar-hari. Pelajar perlu diberi kesedaran untuk menutup air ketika

bersyampu, memberus gigi, membuka paip hanya mengikut kadar keperluan kerana amalan

sebegini boleh menjimatkan sehingga 12,000 liter air setahun (Grace et al. 2013). Pelajar juga

boleh dinasihatkan agar tidak mandi melebihi 5 minit. Walaupun, usaha ini Nampak kecil

akan tetapi dengan menghadkan masa mandian kepada 5 minit, sebanyak 17,000 liter air

dapat dijimatkan setahun (Grace et al. 2013).

Pengendalian Sisa Kimia Makmal

Page 12: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

KMB dan adalah di bawah Institut Pendidikan MARA yang terlibat dalam penyediaan

pendidikan asas untuk pelajar-pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di universiti

tempatan dan luar negara dalam bidang perubatan, kejuruteraan, sains gunaan, pergigian,

biologi dan lain-lain. Pelajar-pelajar yang menamatkan disini akan menyambung pengajian

mereka di universit-universiti tempatan atau luar negara. Oleh itu pembelajaran dalam bidang

sains menyumbang penyediaan keperluan alatan sains dan penggunaan bahan kimia untuk

amali.

“KMB secara amnya tidak dapat melaksanakan Pengurusan Sisa Bahan Kimia atau

Buangan Terjadual secara sistematik mengikut keperluan perundangan yang sedia ada”.

“Senarai Jenis Sisa (Jadual Pertama) dan Inventori Buangan Terjadual (Jadual Kelima)

tidak dilaksana kerana pengurusan sisa dibuat berasingan oleh pusat-pusat pendidikan

MARA” (temubual pada 10 November 2016).

Hal ini menunjukkan bahawa Peraturan Buangan Terjadual yang menetapkan sisa

terhasil mestilah dilupus dalam tempoh 180 hari dari tarikh sisa tersebut dihasilkan serta sisa

tidak boleh disimpan melebihi kapasiti dalam satu masa masih tidak dilakukan secra

menyeluruh di KMB.

“Dalam hal ini sudah semestinya satu tindakan perlu dirancang oleh pengurusan MARA

bagi mengendalikan dan melupuskan bahan buangan terjadual yang dihasilkan semua

pusat pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk KMB bagi kebaikan warga KMB

khususnya dan alam sekitar amnya” (temubual pada 10 November 2016).

Sememangnya melalui pemerhatian pengkaji, pusat pengumpulan sisa bahan kimia

tidak wujud di KMB. Malah sisa yang dibuang di dalam sinki mengalir ke dalam longkang

yang bersambung dengan longkang blok pentadbiran. Sehubungan dengan itu, terdapat dua

kaedah utama boleh dilaksankan dalam menjalankan pengurusan buangan terjadual. Kaedah

pertama ialah pengumpulan bahan-bahan buangan terjadual pepejal dengan kaedah

pengumpulan dan simpanan di Stor Pusat Buangan Terjadual. Sebuah Stor Pusat Buangan

Terjadual perlu dibina berasingan dari bangunan yang ada bagi tujuan memindah semua

Bahan Kimia Terpakai dan Kimia luput tempoh penggunaan daripada setiap makmal,

mengumpul, menstor dan melabel sisa pepejal dan cecair dlm bekas-bekas sebelum dilupus

dipremis berlesen.

Page 13: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Manakala kaedah yang kedua ialah kaedah pembentungan dengan menggunakan

penyambungan paip-paip ke semua sinki-sinki dari bilik penyediaan dan makmal yang

terlibat dengan ujikaji kimia. Saluran paip dari sinki ini disambungkan ke satu saluran utama

yang ke satu kolah pengumpulan. Dengan kaedah ini, bahan kimia dari ujikaji boleh dibuang

terus ke sinki. Manakala bahan kimia yang tamat tempoh tidak digalakkan untuk dibuang

melalui sinki.

Stor Pusat Buangan Terjadual yang akan dibina hendaklah diletakkan berhampiran

dengan kolah. Lokasi yang dipilih hendaklah jauh dari laluan utama pelajar dan kakitangan.

Lokasi tersebut juga mestilah jauh dari sebarang laluan air seperti longkang dan parit. Tujuan

stor pusat ini adalah untuk mengumpul buangan yang dihasilkan disamping memindahkan

bahaya dan risiko buangan terjadual dari pelajar dan kakitangan makmal di KMB. Stor yang

ingin dibina juga hendaklah mempunyai laluan untuk kenderaan pengangkut sisa dan jauh

dari laluan utama. Kawasan tersebut hendaklah mempunyai peredaran udara yang baik dan

tidak digalakkan berada di antara bangunan lain yang lebih tinggi.

Pelupusan sisa dari kolah akan dibuat setiap 3 bulan. Sampel dari kolah akan diambil

sebelum pelupusan untuk menentukan samada ianya bersifat asid atau mempunyai peratusan

pelarut yang tinggi. Jika lebih kepada asid ianya akan dilupuskan sebagai SW301 dan jika

pelarut akan dilupuskan sebagai SW322 (Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

2013). Ujian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada

bersifat pelarut atau asid.

“Makmal-makmal di KMB juga memerlukan penambahan sistem pengalihudaraan

kerana makmal-makmal yang sedia ada memerlukan” (temubual pada 10 November

2016).

Oleh itu, pemeriksaan semula peralatan pengudaraan di semula makmal KMB oleh pihak

pengurusan MARA juga perlu dilakukan secara berkala sebelum menentukan samada sistem

pengudaraan perlu dinaiktaraf atau sebaliknya.

Penambahbaikan ini bertujuan untuk memastikan persekitaran kerja KMB selamat

untuk kakitangan dan pelajar. Pembinaan stor pusat dan saluran paip sisa kimia ke kolah akan

memantapkan lagi proses pembelajaran Para pelajar juga akan didedahkan kepada

pengurusan buangan terjadual dan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan

pelajar dalam memelihara dan menjaga alam sekitar. Hal Ini juga diharap dapat menjadikan

Page 14: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

pelajar di KMB lebih peka dengan keselamatan dan kesihatan semasa di belajar di Institut

Pengajian MARA dan seterusnya dijadikan amalan di alam pekerjaan nanti.

KESIMPULAN

Pengurusan atau penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan air serta pengurusan sisa bahan

kimia yang berkesan di KMB memerlukan kerjasama dan rasa bertanggungjawab dalam

kalangan pihak pengurusan KMB sendiri, pensyarah dan juga para pelajar (pengguna). Aspek

kebertanggungjawabn ini akan muncul sekiranya kesedaran dalam diri pengguna terhadap

kepentingan penjimatan elektrik, air dan menguruskan sisa bahan kimia dengan baik di pupuk

sedikit demi sedikit. Apabila dua aspek ini digabungkan iaitu kesedaran dan tanggungjawab

yang tinggi dalam kalangan pengguna, maka tidak mustahil tenaga elektrik dan air dapat

dijimatkan di KMB dan sekaligus mengurangkan bayaran bulanan yang melebihi jutaan

ringgit serta mengurangkan risiko bahaya dan penyakit apabila pengurusan bahan kimia

diuruskan dengan baik. Sebagai pengguna yang berhemah sumber-sumber yang sedia ada

tidak seharusnya dibazirkan agar pengguna kelak juga dapat menikmati kemudahan dan

rezeki daripada sumber alam ini. Hal ini kerana tenaga elektrik yang digunakan adalah dijana

daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah dan arang batu.

Sumber-sumber ini adalah satu bentuk tenaga lazim yang akan luput mengikut peredaran

masa kerana ia tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, setiap individu perlu menggunakan tenaga-

tenaga ini digunakan secara berhemat dan bijaksana.

RUJUKAN

Adham Shadan. 2008. Lampu LED Lebih Hijau. Harian Metro. Dimuat turun daripada http://

www. mymetro. com.my pada 2 November 2016.

Bernama. 2011. Lampu LED jimat 50% bil api jalan. Sinar Harapan. Dimuat turun daripada:

http:// www.kkr.gov. my/files/008_5.pdf pada 2 November 2016.

Bernama. 2011. Pengguna tidak tahu hargai tenaga elektrik. Berita Harian. Dimuat turun

daripada http://www.bharian.com.my pada 2 November 2016.

Bazerman, M.H. & Hoffman, A.J. (1999). Sources of environmentally destructive behaviour:

Individual, organization and institutional perspectives. Research in Organizational

Behaviour. 21, 39- 79.

Page 15: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Haika Khazi. (2011). Jimat Elektrik RM 100 juta setahun. Dimuat turun daripada

http://www.bharian.com.my pada 2 November 2016.

Hasnah A., Dody D., Noraziah A., Maznah I., & Sarifah Y. (2012). Geografia Online

Malaysia Journal of Society and Space. 8th ed. Masyarakat Ruang dan Alam Sekitar

(MATRA). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian

komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. 5 (64-75). ISSN 2180-

2491.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). 2011. Soalan Parlimen. Dimuat

turun daripada www.kettha.gov.my pada 2 Disember 2016.

Maziatul Shima M., Shahirah Umamah A.M., & Er A.C. (2015). Geografia Online

Malaysian Journal of Society and Space. 11th ed. Attitudinal and Institutional

Dimensions of Malaysia’s Development. Faktor sikap dalam peningkatan tahap

kelestarian kampus: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia. 8 (52- 65). ISSN 2180-

2491.

Meng Yew Choong. 2011. Malaysia Faces Looming water crisis. Dimuat turun daripada

http://www.thestar.com.my pada 2 November 2016.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). 2012. Kecekapan tenaga di

Malaysia. Pembuatan dan penggunaan lestari: Menghentikan penggunaan produk-

produk tidak cekap tenaga secara berperingkat di Malaysia. Dimuat turun daripada

www.awer.org.my pada 2 Disember 2016.

Roberts, W.O. & Lansford, H. (1979). The Climate Mandate. San Francisco: W.H. Freeman

and Company.

Tuan Pah Rokiah S.H., Hamidi I., & Mat Khalid M.N. (2013). Prosiding PERKEM ke 8. Jld

2. Kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik dan kelestarian alam sekitar. 977-

990. ISSN 2231- 962X.

Zaini Sakawi (2007) Tapak pelupusan di Malaysia. Masalah dan alternatif bagi pengurusan

sisa buangan pepejal di Malaysia. In: Hairy Ibrahim et al. (eds) Isu-isu dan pengurusan

alam sekitar fizikal, pp. 147-164. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung

Malim.

Page 16: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB

Zaini, S., Mohd Hairimi, M. A., Katiman, R. & Abd Rahim, M.N. (2010). Geografia Online

Malaysian Journal Society and Space. 6th Ed. 50- 59. Bangi, Malaysia. ISSN 2180-249

Page 17: zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada bersifat pelarut atau asid. “Makmal-makmal di KMB