ifolio.ukm.my · web viewpada awal bulan september yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior...

26
LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH (HHHC 9601): KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN NAMA PELAJAR : FATIN ZAFIRAH BT JUHAR NAWAWI NO MATRIK : A144477 PENSYARAH PENILAI : DR QODRIYAH BT MOHD SAAD

Upload: lamthien

Post on 14-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

LAPORAN

KEMAHIRAN INSANIAH (HHHC 9601): KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

NAMA PELAJAR : FATIN ZAFIRAH BT JUHAR NAWAWI

NO MATRIK : A144477

PENSYARAH PENILAI : DR QODRIYAH BT MOHD SAAD

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH:

KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

PROGRAM : PESTA KONVOKESYEN UKM KALI KE 41

KOD PROJEK : PF/010/000-1213-010

NO KELULUSAN JPPEL : DN 000495/2013

OBJEKTIF:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi mahasiswa/I dengan memberi penerangan

tentang kesihatan kepada masyarakat.

2. Membanty memeperkembangkan sikap professional dalam kalangan mahasiswa/I

FSK dengan menunjukkan imej dan tingkah laku sebagai profession.

3. Menjadi medan untuk para mahasiswa/I mempraktikkan teori telah dipelajari

dalam kuliah supaya lebih berkesan.

4. Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan

keperluan pemeriksaaan kesihatan tahunan.

5. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui tahap kesihatan dengan

melakukan pemeriksaan kesihatan.

6. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UKm dengan masyarakat luar

kampus.

7. Membentuk mahasiswa/I sains kesihatan yang mampu menceburi bidang

keusahawanan terutama selepas bergraduasi.

PERANAN:

Saya telah diberi jawatan sebagai AJK Pemasaran mewakili Fakulti Sains

Kesihatan bagi Pesta Konvo kali Ke-41.Sebagai AJK Pemasaran, saya diberi tugas untuk

mengumpul dana dan mendapatkan sumbangan dari segi kewangan,makanan dan lain-lain

daripada organisasi luar iaitu daripada pihak kerajaan dan swasta.Di samping itu,sebagai AJK

Pemasaran juga,saya diberi tanggungjawab untuk membuat jualan di dalam kawasan Kolej

Tun Syed Nasir(KTSN) dan di Kampus KL bagi menambahkan serba sedikit dana.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

TARIKH MESYUARAT:

Mesyuarat antara Exco dan AJK diadakan pada 21/9/13 , 28/9/13 , 3/10/13 ,

8/10/13 , 15/10/13 , 18/10/13 , 19/10/13 , 23/10/13 , 25/10/13 , 28/10/13 , 29/10/13 dan

26/11/13 . Mesyuarat ini diadakan di lokasi yang berlainan bergantung kepada keadaan.

Perancangan Program

Pada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior

Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah berkenalan dengan

senior Tahun Dua yang juga merupakan Exco Pemasaran Pesta Konvo UKM ,saya telah

memilih untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pemasaran dan

memikul tanggungjawab yang diberi.Semua bukti tarikh mesyuarat dan kandungan mesyuarat

seperti yang terdapat di Lampiran 1.

Pada 21 September 2013 bertempat di Surau D,satu sesi pengenalan diri antara Exco

dan AJK Pemasaran yang lain diadakan. Exco juga memberikan penjelasan yang lebih

mendalam tentang program yang bakal dilangsungkan dan menjelaskan tujuan sebenar

mesyuarat diadakan.Selain itu ,mesyuarat pada hari itu juga diadakan untuk menjelaskan

tentang skop kerja AJK Pemasaran Pesta Konvo UKM dan exco juga membahagikan link

mesej.Perjumpaan ini merupakan perjumpaan pertama saya dalam program di UKM yang

melibatkan diri sebagai AJK Pemasaran.Menepati masa merupakan nilai yang perlu ada

dalam diri setiap pelajar ketika ingin menghadiri mesyuarat.Kami juga dinasihatkan supaya

menguruskan masa dengan cekap agar dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan

sempurna serta mengelakkan melaksanakan tugas pada saat-saat akhir.Selain itu,kami juga

mestilah bertanggungjawab dan bekerjasama antara ahli-ahli yang lain semasa

menjalankan tugas.Melakukan kerja secara berpasukan juga penting supaya melancarkan

perbincangan dan program.

Pada perjumpaan-perjumpaan seterusnya diadakan di tepi DSG ,Exco menerangkan

kepada kami cara-cara yang betul untuk menghubungi syarikat sponsor menggunakan

khidmat i-Talk dan memberi senarai syarikat yang perlu dihubungi oleh setiap AJK.Kami

juga dinasihatkan supaya tidak gementar semasa menelefon syarikat kerana akan

meninggalkan kesan yang negatif.Kami mestilah niat dengan ikhlas dan berani seebelum

melakukan tugas kami agar dijauhi daripada perkara-perkara yang negatif.Kami juga

diajarkan cara menggunakan i-talk.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Selain itu,kami juga mengadakan perjumpaan bersama Exco di Pasaraya Untung

Orang ramai(UO).Perjumpaan diadakan di sini supaya kami dapat saling bantu-membantu

untuk membeli bahan membuat sandwich dan memberi kerepek untuk dijual bagi

menambahkan pendapatan.Walaupun agak janggal dengan setiap perjumpaan ,kami

berusaha untuk membiasakan diri berkomunikasi secara formal supaya tidak kekok untuk

program lain.

Pelaksanaan

Selepas Exco mengagihkan senarai nama organisasi dan menerangkan cara-cara

menggunakan i-Talk dan langkah-langkah yang betul untuk berhubung dengan syarikat,kami

terus menghubungi syarikat berkenaan untuk memohon dana.Setiap AJK mendapat

pembahagian sebanyak sepuluh hingga tiga belas syarikat seorang.Semasa menelefon

syarikat itu,kami dikehendaki bercakap berpandukan kertas yang tercatat berkenaan langkah-

langkah menelefon syarikat seperti di Lampiran 2. Kami merujuk kertas itu supaya tidak

tertinggal mana-mana maklumat yang perlu diketahui seperti email,nombor telefon,nama

bos,alamat yang betul dan lain-lain.Keberanian saya untuk bercakap dalam telefon dengan

orang yang tidak dikenali seperti orang yang ‘in charge’ semakin meningkat.Selepas

beberapa kali menelefon,saya tidak gagap lagi dan bertambah yakin.Pada mulanya agak

susah,tetapi makin lama makin senang dan seronok.Melalui tugas ini,saya dapat belajar

berkomunikasi dan menggunakan bahasa yang betul serta formal.Saya juga mestilah

bersabar dan berusaha sehingga panggilan saya dijawab oleh syarikat.Hal ini

kerana,mereka agak sibuk dan perlu menelefon beberapa kali.Tugasan ini memberi kesan

yang positif kepada saya seperti

sabar,berani,bertanggungjawab,berkepimpinan,berkeyakinan dan sentiasa

professionalisme.Sikap-sikap ini perlu ada dalam diri kami untuk menarik minat syarikat-

syarikat memberi dana malahan sikap ini juga mencerminkan diri kami sebagai pelajar UKM.

Selain menelefon,kami juga diberikan tugas untuk menjual makanan bagi

mengumpulkan dana sebanyak mungkin.Antaranya kami menjual kerepek dan

sandwich.Sebelum menjual makanan,kami bekerjasama membeli kerepek dan bahan-bahan

untuk membuat sandwich di pasaraya UO yang berdekatan dengan Kampus KL.Pada setiap

pagi Sabtu,kami bangun awal untuk sama-sama membuat sandwich dan menjual di sekitar

kolej.Setiap AJK mendapat blok masing-masing untuk menjual bagi menjimatkan masa dan

tidak berlaku penjualan di setiap bilik sebanyak dua kali.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Kami juga menjual kerepek di Kampus KL dan mendapat kebenaran bertulis seperti

di Lampiran 5.Aktiviti jualan ini mengajarkan saya bahawa susahnya untuk mencari duit

dengan tangan sendiri.Hal ini kerana,saya perlu bersedia dan bersabar jika jualan

merosot.Aktiviti ini memberi banyak pengajaran keapad saya supaya sentiasa berfikiran

positif dan tidak mudah berputus asa.

Post Moterm

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat melaksanakn program ini

dengan jayanya.Melalui program ini,saya belajar banyak benda baru.Pertama,saya belajar

cara-cara dan bahasa yang betul semasa bermesyuarat.Antaranya memulakan dengan doa

dan mengakhirinya juga dengan doa.Saya juga belajar untuk keluar dari mesyuarat dengan

cara yang betul seperti memohon kebenaran daripada pihak Exco dan ahli-ahli lain.Saya juga

tahu beradab dan bersopan semasa bermesyuarat seperti tidak bermain telefon dan bercakap

kosong dengan kawan-kawan lain.

Selain itu,saya juga tahu cara untuk menggunakan i-Talk kerana inilah pertama kali

saya menelefon menggunakan i-Talk yang ternyata lebih jimat.semasa menghubungi syarikat

juga,saya tahu cara untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa yang formal semasa

bercakap.Contohnya dimulai dengan kata ‘salam’ dan ‘selamat sejahtera’.Saya juga tahu

untuk membuat surat rasmi dengan betul beserta dengan logo UKM dan FSK.Saya juga tahu

cara untuk menghantar surat melalui faks kerana tidak pernah melakukannya.

Di samping itu,saya juga dapat belajar membuat sandwich dengan mudah dan cepat

serta hanya memerlukan sedikit bahan seperti mayonis,telur dan mentega.Semua sandwich

dan kerepek cepat dibungkus apabila bekerjasama dan lakukan kerja dalam kumpulan

dan pasukan antara ahli.Hal ini kerana,tiada kemudahan dapur di kolej.Kami hanya

memerlukan pemanas air sahaja.Saya juga dapat mengetahui bahawa ada jalan terdekat yang

menghubungkan setiap blok G,H dan J.Saya tidak perlu naik turun tangga beberapa kali

untuk dari blok G ke Blok H.

Saya juga mengetahui cara pembahagian masa dengan betul seperti menjadualkan

setiap syarikat yang dihubungi melalui ulasan seperti Lampiran 4.Cara ini penting supaya

setiap tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan supaya tiada syarikat yang

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

tercicir atau tertinggal untuk dihubungi.Kaedah ini penting untuk menyempurnakan tugas

dengan jayanya.

Akhir sekali,saya dapat berkenalan dengan ramai orang semasa melakukan

penjualan kerepek dan sandwich.Hubungan juga makin rapat tidak kira bangsa dan warna

kulit.Sillaturahim dapat dieratkan dengan hanya melakukan perniagaan secara

kecilan.Program ini amat menyeronokkan dan saya dapat belajar banyak perkara baru.Saya

harap dapat menyertai sebagai Exco Pemasaran untuk membimbing bakal mahasiswa/I Tahun

Satu tahun hadapan.

PEMBUKTIAN

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 1,2,3 dan 4 menunjukkan gambar mesyuarat dan perjumpaan kami di surau D pada 21/9/2013.Kami diingatkan supaya menepati masa dan sampai tepat pada pukul 8.30 malam supaya semua ahi memahami tugas masing-masing.Kami juga hendaklah sentiasa berdisiplin dan menggunakan bahasa yang sopan untuk bertanya kepada Exco.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Gambar 3

Gambar 4

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 5 dan 6 menunjukkan bukti semasa kerjasama saya menjual kerepek dan sandwich di KTSN.Gambar 7 ialah kawan setugas yang diamanahkan untuk bekerjasama dengan saya untuk menjual di blok-blok yang ditetapkan

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

LAMPIRAN 1

LAPORAN SEKRETARIAT PEMASARANGERAI PAMERAN DAN PERKHIDMATAN

FAKULTI SAINS KESIHATAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-41

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

EXCO : 1. Nur Syairah bt. Mohamad Sabri (A140914) 2. Nor Salwani bt. Rosli (A142356)

AJK: 1. Nabilah bt Rosney (A144455) 2. Nur Hidayah bt Mohamad Pauzi (A144456) 3. Nur Aishah Nadjwa bt. Noor Azhar (A144491) 4. Fatin Zafirah bt Juhar Nawawi (A144477) 5. Khadijah Kamil Bt Shaharuddin (A146639) 6. Nur Fatihah Ainun Binti Hamzah (A144479) 7. Leu Yee Ven (A144480) 8. Nurazilah Samsudin (A144487)

GERAK KERJA:

BIL.

TARIKH/LOKASI

AKTIVITI TINDAKAN

1.Tarikh : 13/9/13

Lokasi : Plazarah

- Persiapan surat-surat yang akan digunakan untuk memohon sumbangan kepada syarikat sponsor.

- Mencari dan mengumpul senarai syarikat sponsor seberapa banyak yang boleh melalui pelbagai medium.

- Pembahagian senarai syarikat sponsor untuk exco.

EXCO PEMASARAN

2.Tarikh : 15/9/13

Lokasi : Plazarah

- Berbincang mengenai strategi dalam menghubungi syarikat sponsor.

- Berbincang mengenai strategi jualan yang akan dibuat bersama-sama dengan ajk nanti.

EXCO PEMASARAN

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

3.Tarikh : 17/9/13

Lokasi : Pasaraya OU

- Membeli keperluan untuk menghantar surat kepada penaja seperti sampul surat dan setem.

- Membeli kad i-Talk bertujuan memudahkan lagi exco dan AJK untuk menghubungi syarikat penaja.

EXCO PEMASARAN

4.Tarikh : 21/9/13

Lokasi : Surau D

- Sesi pengenalan diri antara exco dan AJK.- Penjelasan lebih mendalam tentang program

yang bakal dilangsungkan.- Exco menjelaskan tujuan sebenar mesyuarat

diadakan.- Penjelasan lebih mendalam tentang skop

kerja ajk pemasaran pesta konvokesyen.- Pembahagian link mesej.

.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

5.Tarikh : 28/9/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco memberi tutorial langkah-langkah untuk menghubungi syarikat sponsor.

- Exco memberi ajk senarai syarikat penaja yang akan dihubungi.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

6.Tarikh : 3/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Pengumpulan jadual kelas semua exco dan AJK untuk tujuan pembahagian jadual bertugas untuk membuat survey harga barang jualan, pembelian barang-barang jualan dan pembahagian untuk menghantar surat ke pejabat pos.

- Exco memberi pandangan tentang penyusunan jadual bertugas dan AJK juga memberi maklum balas yang positif tentang idea penyusunan jadual bertugas tersebut..

EXCO DAN AJK PEMASARAN

7.Tarikh : 8/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco menerangkan semula tentang penyusunan dan pembahagian jadual yang dilakukan pada mesyuarat yang lepas.

- Beberapa perubahan pada jadual bertugas tersebut dilakukan atas persetujuan bersama.

- Exco mengemaskini gerak kerja setiap AJK dalam menghubungi syarikat sponsor.

- Exco meminta supaya setiap ahli jawatankuasa untuk memberikan saiz dan jenis baju masing-masing untuk ditempah dan dihantar pada Exco Tugas-Tugas Khas.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

8.Tarikh : 15/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco mengemaskini semula semua gerak kerja exco dan AJK dalam menghubungi syarikat sponsor.

- Exco berbincang mengenai isu-isu yang berbangkit.

- Exco membuat perancangan seterusnya sebagai sokongan apabila terdapat masalah dalam strategi yang sedang dilakukan.

EXCO PEMASARAN

9.Tarikh : 18/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco dan AJK yang bertugas seperti yang telah dijadualkan dalam jadual tugasan keluar melakukan survey harga kerepek di kedai-kedai berhampiran.

- Exco dan AJK membeli beberapa jenis kerepek dan barang-barang keperluan jualan.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

10.Tarikh : 19/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco memberi penerangan mengenai harga baju yang telah ditempah.

- Exco dan AJK membuat pembungkusan kerepek yang akan dijual.

- Pembahagian kerepek kepada semua exco dan AJK untuk dijual.

- Jualan di sekitar kediaman pelajar Kolej Tun Syed Nasir 1 dijalankan oleh exco dan ajk mengikut jadual yang telah disusun.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

11Tarikh :23/10/13

Lokasi : Tepi DSG

- Exco memaklumkan harga baju yang perlu dibayar oleh setiap exco dan AJK, dan bayaran ini hendaklah dilakukan pada perjumpaan yang seterusnya.

- Exco mengemaskini gerak kerja jualan dan juga perkembangan dalam menghubungi syarikat sponsor.

- Perbincangan isu-isu berbangkit antara exco dan AJK dalam gerak kerja jualan dan dalam menghubungi syarikat sponsor.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

12Tarikh : 25/10/13

Tempat : Pasaraya UO

- Exco dan AJK keluar membeli barang- barang untuk membuat sandwich di Pasaraya Untung Orang ramai(UO).

EXCO DAN AJK PEMASARAN

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

13 Tarikh : 28/10/13

Tempat : Blok G

- Menyediakan sandwich untuk dijual pada waktu pagi.

- Jualan diagihkan kepada setiap exco danAJK mengikut blok-blok yang ada di KTSN.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

14.Tarikh : 29/10/13

Tempat : Tepi DSG

- Exco mengemaskini gerak kerja jualan dan juga perkembangan dalam menghubungi syarikat sponsor.

- Perbincangan isu-isu berbangkit antara exco dan AJK dalam gerak kerja jualan dan dalam menghubungi syarikat sponsor.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

15.Tarikh : 26/11/13

Tempat :Tepi DSG

- Mengadakan mesyuarat antara exco dan AJK untuk berbincang mengenai laporan postmortem secretariat pemasaran pesta konvokesyen.

EXCO DAN AJK PEMASARAN

LAMPIRAN 2

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENELEFON SYARIKAT UNTUK MEMOHON SUMBANGAN

1. Call syarikat2. Kenalkan :

Lampiran 1 menunjukkan bukti kehadiran AJK Pemasaran,tarikh-tarikh mesyuarat dan pembahagian tugas setiap AJK pada setiap kali mesyuarat.Kehadiran setiap AJK akan diambil.Setiap kali perjumpaan diadakan exco akan memantau setiap tugas yang diberikan kepada AJK.AJK hendaklah melakukan tugas dengan amanah,jujur,bertanggungjawab serta mempunyai sikap akauntabiliti yang tinggi.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

a.Ucapan salam atau selamat sejahterab.Nama pemanggilc.Fakulti Sains Kesihatan,UKMd.Beritahu “Kami akan mengadakan Pesta Konvo UKM ke-41,jadi kami ingin memohon sumbangan daripada syarikat encik.”

3. Tanya bagaimana saya hendak memohon sumbangan ini.

4. [disambungkan kepada pegawai yang in-charge]

5. Ulang ayat yang sama (No. 2&3).

6. Pertanyaan tambahan:

a.Cara nak hantar kertas kerja dan surat rasmi

b.Nak hantar melalui?Email/pos/faks,-terustanyakan email/alamat/nombor faks.7. Selepas hantar surat rasmi dan kertas kerja pemasaran,call dan mesej pegawai yang

in-charge untuk memaklumkan dia.Sebelum tamatkan panggilan,tanya bila boleh follow up untuk call semula(untuk konfemkan semula sumbangan yang akan diberi).

8. Jika masih belum dapat sebarang kata setuju,call semula selepas beberapa hari.(3 hari)

9. Kalau dan setuju,tanya berapa dan bentuk sumbangan yang diberi kerana nilai sumbangan yang diberikan menentukan kelebihan yang akan diberikan kepada syarikat.

10. Kelebihan faedah tajaan boleh dirujuk dalam kertas kerja pemasaran yang telah dihantar.

11. Andai kata,terdapat syarikat yang beri sumbangan jumlah yang banyak (cth;RM2000 keatas),maklumkan bahawa “kami akan konfemkan urusan mengenai sumbangan encik dan kelebihan syarikat encik peroleh dengan exco kami”-beritahu dengan Exco Pemasaran 1(Fadhil).

12. Hantarkan borang salinan no.akaun bendahari UKM

13. Minta ,pegawai in-charge untuk hantar semula salinan Slip bank-in duit.

Lampiran 2 di atas menunjukkan langkah-langkah untuk memohon sumbangan daripada syarikat.Sebagai exco,kami hendaklah melakukannya secara professionalism iaitu sentiasa yakin dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas.Hal ini kerana,kami perlu melakukannya demi universiti dan untuk kebaikan semua.Keyakinan,kejujuran dan berdisiplin harus ditunjukkan kerana kami membawa nama baik UKM.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

LAMPIRAN 3

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Rujukan: UKM3.3.1/8/PMFSK1314/KONVO41/5.94)

Tarikh : 2 Oktober 2013

Eye Street Optometrist,Unit S-2-26 ,Kompleks Rimbun Scott,289 Jalan Kelang Lama,58100 Kuala Lumpur,Malaysia.

Melalui,

Dr. Nihayah Bt. MohammadPenasihat IIPensyarahFakulti Sains Kesihatan BersekutuUniversiti Kebangsaan Malaysia

TUAN,

MEMOHON TAJAAN DAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJALANKAN PROGRAM GERAI PAMERAN DAN PERKHIDMATAN FAKULTI SAINS KESIHATAN PESTA KONVOKESYEN KALI KE-41

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Kami mahasiswa/i dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan (PMFSK) Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan gerai pameran dan perkhidmatan pesta konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-41. Program ini melibatkan pengunjung yang dianggarkan seramai 5000 orang.Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi Fakulti Sains Kesihatan UKM bagi memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan kepada masyarakat.

3.Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:

Program : Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-41

Tarikh : 24 Oktober hingga 27 Oktober 2013

Fakulti Sains Kesihatan Persatuan Mahasiswa Fakulti

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Tempat : Dewan Gemilang Tapak Pesta Konvokesyen ke-41 Universiti Kebangsaan Malaysia

4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk sudi menaja dan memberikan sumbangan bagi menampung perbelanjaan dan perjalanan untuk menjayakan program ini.

5. Sekiranya pihak Prof. Dr. mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, boleh berhubung dengan Saudari FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI (AJK Pemasaran PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-41) di talian 0132532211. Kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Fatin……………………….

( FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI )AJK Pemasaran Gerai Pameran dan Perkhidmatan FSK, Pesta Konvokesyen UKM ke-41,Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN 3 menunjukkan salah satu contoh surat rasmi yang disediakan oleh saya untuk dihantar kepada setiap syarikat tajaan.Surat ini mesilah disediakan dalam format surat rasmi yang betul dan menggunakan bahasa yang betul unuk menambahkan keyakinan kepada syarikat tajaan untuk memberi sumbangan.

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Ulasan Syarikat (bagi memohon sumbangan)

FATIN ZAFIRAH BINTI JUHAR NAWAWI(NEW)

Nama Syarikat Ulasan

1. KOPERASI KASIH ANANA KUALA LUMPUR BERHADAlamat: No 13,Mezzanine Floor,Jalan Medan Tuanku,50300 Wilayah Persekutuan ,Kuala Lumpur.No Tel: 019-3382315

3/10/13.Perlu pos surat rasmi kepada Pengarah Urusan.panggilan ‘Tuan’

11/10/13.Follow up call tidak dijawab

17/10/13.Follow up call dijawab tapi diminta call pada minggu hadapan kerana office belum buka

23/10/13.Reject call

2. Siemens Malaysia Sdn.BhdAlamat: Corporate Communication,Level 1,Reception CP Tower,No 11, Seksyen 16/11 Off Jalan Damansara, Petaling Jaya,Selangor.

No tel: 03-7952 5555

3/10/13. Perlu pos surat rasmi kepada Pengarah Urusan

11/10/13.Follow up call tidak dijawab

17/10/13.Follow up call tidak dijawab

23/10/13.katanya pihak beliau tidak menerima sebarang surat dari UKM.

3. Eye Street Optometrist, Unit S-2-26 ,Kompleks Rimbun Scott, 289 Jalan Kelang Lama, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia.

No tel: 010-2212185No faks:03-79820276

3/10/13.Perlu faks surat rasmi ke no 03-79820276

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

LAMPIRAN 5

Lampiran 4 di atas menunjukkan ulasan syarikat yang disediakan oleh saya.Ulasan ini bertujuan untuk memudahkan kami mengetahui tindkan seterusnya setelah membuat panggilan.Jika pada panggilan pertama ,syarikat menolak permohonan kami,kami diminta untuk memotong nama syarikat daripa senarai syarikat yang perlu dihubungi.Ini merupakan cara merancang program kami dengan sempurna.

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah
Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Lampiran 5 menunjukkan surat kebenaran pungutan derma termasuklah kebenaran mengadakan jualan di kampus dan kolej.Surat ini sebagai bukti kami mematuhi peraturan kolej dan sikap professional dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewPada awal bulan September yang lalu,satu perjumpaan antara pelajar senior dan junior Audiologi telah diadakan di Surau D KTSN.Ketika majlis ini , saya telah

Penambahan Laporan1)Adakah Fatin menghadiri kesemua perjumpaan/mesyuarat seperti tarikh yang tersenarai?

Tidak.Saya tidak menghadiri kesemua perjumpaan pada tarikh yang tersenarai seperti di Lampiran 1.Hal ini kerana,tiga tarikh perjumpaan pertama iaitu 13,15,17 September 2013 merupakan mesyuarat antara pihak Exco sahaja dan saya selaku AJK tidak terlibat.Saya menghadiri kesemua perjumpaan seterusnya yang melibatkan AJK.

2)Laporan atau reflektif mengenai ‘Menunjukkan kesan ekonomi,alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan professionalisme”.

Program ini banyak memberi kesan kepada saya daripada segi ekonomi,alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan profesionalisme.Antaranya ialah saya dapar mengeratkan hubungan antara saya dengan kaum lain.Contohnya,apabila mengeuk pintu bilik saya kan pastikan dulu bangsa pelajar itu.Kemudian saya akan memulakan penjualan dengan memberi salam seperti ‘Assalamualaikum’ bagi pelajar Islam dan ‘Selamat pagi’ atau ‘Selama sejahtera’ bagi yang berlainan agama dan bangsa.Dari segi ekonomi,saya dapat mempelajari cara penjualan secara ringkas dan menguntungkan.Jika bakat keusahawan dan kesabaran ini dikembangkan dalam diri setiap pelajar,saya yakin dapat menguntungkan negara.Dari segi alam sekitar pula,saya dapat mempelajari cara memastikan kebersihan dan kesegaran makanan supaya tidak berlaku keracunan makanan kepada pembeli.Bagi menjaminkan kebersihan alam sekitar,apabila sandwich sudah rosak saya membunagnya ke dalam tongsampah supaya tidak menganggu orang lain dan pembeli tidak membeli makanan yang rosak.

3)Masalah dan mengendalikan masalah secara beretika dan sikap professionalisme.

Antara masalah yang dihadapi ialah apabila nombor telefon syarikat sponsor tamat perkhidmatan atau salah nombor.Cara saya mengendalikan masalah ini secara professionalisme iaitu dengan melayari internet dan mencari nombor pejabat syarikat yang berkenaan.Saya mencari nombor telefon itu dengan menaipkan alamat dan nama penuh syarikat itu supaya talian tidak disambungkan ke cawangan yang lain.Hal ini kerana,setiap syarikat mempunyai banyak cawangan.Kesabaran perlu ada untuk mengedalikan masalah ini.Masalah seterusnya apabila berlaku lebihan makanan seperti sandwich yang merupakan makan tidak tahan lama.Apabila masih ada lebihan sandwich walaupun telah dijual di setiap bilik,saya meninggalkan sandwich itu di tempat yang sesuai dan ramai pelajar melalui kawasan itu iaitu di kawasan ‘vanding machine’.Jika masih ada lebihan sandwich pada petang hari saya meminta kebenaran EXCO Pemasaran untuk membuang sandwich itu kerana lapisan telurnya sudah berbau menandakan sandwich itu rosak.