ifolio.ukm.my · web viewantara slot yang telah dijalankan ialah slot saintis cilik yang...

7
HP8 : Creative and Innovative Skills Pada tanggal 9 November 2013 yang lalu , Kelab Mikrobiologi Tahun 1 UKM sesi 2013/2014 telah mengadakan program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Tautan Mesra bertemakan “Satu Pemberian, Sejuta Perkongsian”. Saya memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Program bagi Program Jalinan Kasih Tautan Mesra ini. 1.0 BUTIRAN PROGRAM a) Nama Program : Jalinan Kasih Tautan Mesra b) Penganjur : Pelajar Tahun 1 Program Mikrobiologi dan Kelab Mikrobiologi c) Tarikh : 9-10 November 2013 d) Tempat : Rumah Bakti Al-Kausar,Bangi e) Jumlah Peserta : 40 orang ahli kelab (termasuk penyelia) f) Perasmi : Dr Farah Diba Binti Abu Bakar (perasmi pembukaan) Program ini merupakan program tradisi Kelab Mikrobiologi , Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar tahun 1 . Program ini bertujuan untuk melatih dan mendidik mahasiswa/i agar lebih peka serta prihatin kepada keadaan masyarakat di sekeliling. Di samping itu, semangat kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa/i dapat dipupuk

Upload: dinhmien

Post on 01-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HP8 : Creative and Innovative Skills

Pada tanggal 9 November 2013 yang lalu , Kelab Mikrobiologi Tahun 1 UKM sesi 2013/2014 telah mengadakan program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Tautan Mesra bertemakan “Satu Pemberian, Sejuta Perkongsian”. Saya memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Program bagi Program Jalinan Kasih Tautan Mesra ini.

1.0 BUTIRAN PROGRAM

a) Nama Program : Jalinan Kasih Tautan Mesra

b) Penganjur : Pelajar Tahun 1 Program Mikrobiologi dan Kelab

Mikrobiologi

c) Tarikh : 9-10 November 2013

d) Tempat : Rumah Bakti Al-Kausar,Bangi

e) Jumlah Peserta : 40 orang ahli kelab (termasuk penyelia)

f) Perasmi : Dr Farah Diba Binti Abu Bakar

(perasmi pembukaan)

Program ini merupakan program tradisi Kelab Mikrobiologi , Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar tahun 1 . Program ini bertujuan untuk melatih dan mendidik mahasiswa/i agar lebih peka serta prihatin kepada keadaan masyarakat di sekeliling. Di samping itu, semangat kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa/i dapat dipupuk selain mengeratkan lagi hubungan di antara mahasiwa/i Kelab Mikrobiologi tahun 1 dan 2.

Sepanjang proses perlaksanaan program , kami telah memikirkan slot dan aktiviti yang sesuai untuk program ini dimana aktiviti yang dijalankan diturut sertakan dengan nilai-nilai kreatif dan inovatif bagi menarik minat anak-anak yatim tersebut dalam melakukan aktiviti yang dijalankan.

Antara slot yang telah dijalankan ialah slot saintis cilik yang mengandungi 3 aktiviti yang melibatkan eksperimen ringkas dan menarik seperti Belon Ajaib, Gunung Berapi dan Telur Terapung serta slot sukaneka yang melibatkan aktiviti bola beracun , bowling dan sebagainya. .

Disini saya sertakan beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al Kausar. (saya bertudung coklat, dua dari kiri)

Slot kreatif dan inovatif , aktiviti : Saintis Cilik – Gunung Berapi

Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan letusan daripada serbuk soda, cuka dan sebagainya.

Aktiviti saintis cilik- Telur terapung

Para peserta mempelajari tentang ketumpatan air dan sebagainya daripada aktiviti ini.

Slot Riadah, sukaneka – bowling botol

Barang yang boleh dikitar semula seperti botol plastik boleh disimpan dan digunakan untuk bermain permainan bowling sebagai aktiviti riadah.

Aktiviti riadah-Bola beracun

Aktiviti ‘Saintis Cilik’ ini telah dipilih dan dilaksanakan kerana aktiviti ini boleh memperkenalkan peringkat asas atau peringkat awal sains kepada para peserta berkaitan apa dan kenapa sesuatu tindak balas berlaku dan kaitannya dengan sains dan persekitaran mereka. Aktiviti seumpama ini mampu membuka minda dan membantu para peserta untuk berfikir lebih meluas secara kreatif. Dari pihak saya pula, saya boleh mempelajari dan mampu berfikir secara lebih kreatif dalam setiap perkara dan ini mampu mengembangkan tahap pemikiran saya secara lebih unik dan meluas.

Selain itu, pemikiran kreatif juga telah digunakan dalam menyiapkan banner bagi program ini. Hasilnya, banner yang telah siap dihasilkan tampak menarik dan bersesuai corak dan warnanya dengan program yang dijalankan.

Dari setiap slot dan aktiviti yang telah diadakan, saya yakin nilai-nilai kreatif dan inovatif dapat diterapkan dalam diri setiap peserta dan fasilitator yang terlibat.

Kesimpulannya,kami telah memulakan perancangan awal program ini hampir sebulan dengan pelbagai perancangan idea yang kreatif , unik dan bersesuaian dan persediaan awal yang terancang. Prosedur-prosedur yang melibatkan pihak atasan seperti memohon kebenaran membuat program daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar, dan segala urusan surat-menyurat melibatkan pihak-pihak tersebut dilakukan dengan seberapa segera bagi mengelakkan sebarang masalah dalam perjalanan program. Pendek kata, Kelab Mikrobiologi Tahun 1, UKM dengan jayanya telah menganjurkan Program Interaksi Bersama Penghuni Rumah Bakti Al-Kausar.