© richworks international sdn. bhd

39

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD
Page 2: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Cetakan Pertama Tahun 2020

Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluarkan atau mengambil mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-book dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat pengizinan bertulis dari pihak RichWorks International Sdn. Bhd.

Segala perkongsian yang digariskan dalam e-book ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan. Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini. Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman usahawan-usahawan semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

Diterbitkan Oleh: RichWorks International Sdn. Bhd. No.77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan. Tel: 03 5523 9664 www.richworks.com

Editorial: Team Bina Bisnes Berjaya

Penulis: Datuk Wira Dr Azizan Osman

Page 3: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

Isi Kandungan3 PRINSIPDALAM BINA BISNES BERJAYA

Mentor/ Guru

Ilmu

Team/Pasukan

1

2

3

10 KISAH INSPIRASI ANAK DIDIK DATUK WIRA DR AZIZAN OSMANDALAM BINA BISNES BERJAYAKisah #1 Bermula Dari Sebuah Mesin Jahit, Kini Dah Mampu Buat RM24 Juta Setahun Dan Miliki Kilang Seluas 30 Ribu Kaki Persegi.

Kisah #2 Bermula Dari Ceruk Dapur, Seorang Bekas Penjawat Awam Kini Memiliki 6 Cawangan Bakeri

Kisah #3 Bekas Guru Cipta Rekod Capai Jualan RM21 Juta Setahun Jual Baju Kurung

Kisah #4 Dulu Jual Rumpai Laut, Sekarang Jadi Jutawan Kosmetik Bantu Beribu Suri Rumah

Kisah #5 Pekerja Hanya 8 Orang Sahaja Dah Buat Jualan RM18.3 Juta.

Kisah #6 Bekas Jururawat Jana RM6.9 Juta Dengan Hanya Berniaga Produk Penjagaan Rambut.

Kisah #7 Usahawan Perlu Ada Mentor Dan Ilmu. Najib Asaddok Kongsi Rahsia Apa Perkara Yang Dia Dapat Setelah Berguru Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman Sejak 2012.

Kisah #8 Ilham Bisnes Dari Bilik Tidur, Kini Boleh Buat RM9 Juta Setahun!

Kisah #9 Jutawan Popcorn Pada Usia 21 Tahun.

Kisah #10 Bekas Kerani Sekolah Jual Pekasam Daging Mampu Buat Jualan Lebih RM1 Juta!

6

9

12

15

18

21

24

27

30

33

2

3

4

Page 4: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD
Page 5: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

1

3PrinsipDalam BinaBisnes BerjayaPeniaga yang masih baru dalam dunia perniagaan pasti semangat untuk memulakan perniagaan. Tambah-tambah lagi ianya merupakan hasrat mereka yang dah lama terpendam. Tetapi tahukah anda bahawa nak bina bisnes berjaya ini bukannya mudah seperti yang anda sangkakan.

Ada saja peniaga yang baru berniaga gagal dalam perniagaan mereka. Ini bukan propaganda untuk menakut-nakutkan peniaga baru, malah ini adalah realiti yang perlu peniaga baru ambil perhatian dan tidak melakukan kesilapan yang sama. Macam mana bisnes nak berjaya kalau pakai hentam je buat bisnes? Tetapi, adakah anda tahu bahawa ramai perniaga yang ‘koyak’ dan ‘risau’ untuk memulakan perniagaan?

Untuk buat bisnes berjaya, anda kena fokus kepada tiga prinsip dalam bina bisnes berjaya. Sekiranya anda rasa seperti “stuck”, dan tak boleh pergi lagi tinggi, cuba lihat anda sedang fokus di mana. Mungkin anda memerlukan seorang mentor untuk boleh ‘guide’ anda dan kembalikan fokus anda. Dengan itu anda dapat menambahkan ilmu dalam perniagaan.

Sebagai seorang peniaga, penting untuk anda ada ilmu kerana ianya akan berikan tunjuk arah yang jelas kepada team anda. Hanya jika kita dapat bahagikan masa, fokus dan tenaga kita pada ketiga ini serentak, kejayaan kita sebagai usahawan akan semakin mudah dan cepat dicapai. Nak tahu tiga prinsip bina bisnes berjaya? Antara prinsipnya adalah:

Page 6: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

2

PRINSIP 1Mentor/GuruBercerita berkaitan mentor atau guru yang baik, apa-apa bidang yang kita ceburi kita mesti ada seorang mentor yang dapat bimbing kita. Tunjuk ajar daripada mentor yang dah berjaya dapat dicontohi dengan mempelajari pengalaman mereka.

Sebab apa? Sebab peniaga itu dapat kurangkan risiko kesilapan yang sama berbanding mencuba sendiri. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Bila kita ada mentor, kita boleh pastikan segala perancangan yang kita buat berjalan dengan lancar.

Cuba bayangkan sekiranya anda baru membuka bisnes ataupun nak kembangkan bisnes anda, tetapi anda buat semua itu secara membuta tuli dan main hentam saja, sudah tentu ‘preparation’ yang anda buat itu hanya sia-sia.

Jadi, mentor yang berpengalaman dalam bidang perniagaan sangat diperlukan untuk elakkan dan kurangkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam perniagaan.

Page 7: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

3

PRINSIP 2IlmuBila dah ada mentor, anda perlu berikan komitmen yang tinggi. Bukan hanya pikir mudahnya apabila sudah ada orang ‘guide’ dalam perniagaan. Walaupun kita tidak perlukan degree atau master untuk berjaya dalam perniagaan namun begitu, kita perlukan ilmu yang banyak dalam perniagaan.

Ramai usahawan yang tidak suka mengambil tindakan selepas mempelajari ilmu sehingga menyebabkan mereka mudah “give up” dalam perniagaan. Untuk mencapai kejayaan, “mind set” yang negative perlu dibuang jauh agar sikap ego tidak menguasai diri kita. Dengan ilmu ianya dapat mudahkan anda untuk jalankan perniagaan dengan betul.

Jadi, jika anda yang jenis suka buat kerja sekerat jalan, kami nasihatkan anda simpan sahaja modal anda. Jika anda mulakan perniagaan kami yakin anda akan gagal kerana perniagaan bukan untuk mereka yang mudah putus asa tetapi hanya mereka yang tabah sahaja mampu berjaya dalam dunia perniagaan.

Page 8: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

4

PRINSIP 3Team/PasukanDalam dunia perniagaan, perkataan yang selalu keluar daripada peniaga adalah penat, serabut, dan tak sempat. Mereka sedaya upaya cuba ‘handle’ kerja yang mereka ada sehingga mereka tidak cukup kaki tangan. Sedangkan ada cara untuk meringankan beban dan menenangkan pikiran anda. Apa caranya?

Masa inilah anda perlu membina team yang dapat bantu anda dalam bina bisnes berjaya. Kalau anda ada team yang hebat, semua kerja yang tengah diusahakan pasti dapat diselesaikan dengan mudah.

Kalau anda nak tahu, bekerja dalam team ni sebenarnya memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri anda dan juga syarikat. Dalam kita mengembangkan perniagaan, kita perlukan pasukan yang hebat untuk membantu kita berkembang dengan jayanya.

Justeru itu, bina bisnes berjaya adalah cara untuk kembangkan potensi bisnes anda. Mari kami kongsikan kepada anda perjalanan kisah #AnakanakdidikDatukWiraDrAzizanOsman yang mulanya daripada ‘zero’ sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Page 9: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

5

10 KisahInspirasiAnak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman Dalam Bina Bisnes Berjaya

Page 10: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

6

KISAH #1Bermula DariSebuah Mesin Jahit, Kini Dah MampuBuat RM24 Juta Setahun Dan Miliki Kilang Seluas30 Ribu KakiPersegi

MOHD SUFIAN SULAIMAN& SITI FATIMAH ABD SAMATSABELLA HOLDING SDN BHD

Page 11: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

7

Berdiri megah kilang ahli Titanium #AnakDidikDrAzizanOsman yang pada asalnya hanya hadir ke Program Richworks dengan jualan dibawah RM30,000 sebulan Perkongsian terbaru Sufian, pada 11 Januari 2020, Sabella berjaya beli Forklift untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat barang-barang tinggi di kilangnya.

Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah pernah berniat, “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang.” Dengan izin Allah, niat yang dilafazkan itu berubah menjadi punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedari. Kini, Sabella berjaya membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen, dropship dan juga kakitangannya.

Mengenang perjalanan bisnesnya, Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka inginkan. Siti bersungguh-sungguh mahu membantu Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.

Page 12: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

8

Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan hidup mereka setakat hidup sahaja. Bukan tak bersyukur, tapi beliau mahukan kehidupan yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga.

Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila order yang mereka terima semakin banyak. Mereka mula mencari MenThor bisnes dan mula bertemu dengan Dr Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks.

Asbab berMenThor dengan Dr Azizan Osman, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja. Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta dalam tempoh 3 tahun setelah berMenThorkan Dr Azizan Osman. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Sabella telah mencecah RM100.2 Juta.

Page 13: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

9

SITI NOOR SABRINA SOBRIMAMASAB INTERNATIONAL SDN BHD

KISAH #2Bermula Dari Ceruk Dapur, Seorang Bekas Penjawat Awam Kini Memiliki 6 Cawangan Bakeri

Page 14: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

10

Wanita hebat ini merupakan bekas penjawat awam yang mampu bina bisnes berjaya hingga mencapai RM500 ribu setahun hanya dari ceruk dapur rumahnya sendiri. Siti Noor Sabrina Sobri adalah Founder kepada Mamasab Bakery yang kini telah pun mempunyai 6 rangkaian cawangan bakerinya sendiri.

Perjalanan Sabrina atau mesra dikenali sebagai Mamasab ini bermula dengan program RichWorks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan pada November (IMKK) pada tahun 2016. Setelah hadir ke program itu, Sabrina terus mendaftarkan diri untuk program Titanium dan diterima pada Februari 2017.

Sabrina akui setelah hadir ke program RichWorks beliau bina keberanian beliau untuk mengambil staf dan buka kedai. Keputusan beliau sering dipersoalkan oleh rakan-rakan ‘home-baker’ beliau kerana mereka melihatnya sebagai membina pesaing sendiri kepada bisnes bakerinya. Tapi Sabrina lantas menjelaskan bahawa keberaniannya adalah kerana beliau ada ilmu bagaimana untuk bina bisnes berjaya.

Pada 2019, jualan Mamasab Bakery meningkat sebanyak 183.79% berbanding 2018 iaitu RM5.1 juta pada 2018 kepada RM15 juta pada 2019.

Ditanya bagaimana beliau menguruskan cawangan bisnesnya, Sabrina berkata beliau melantik stokis untuk menjadi ‘mini founder’ bagi menguruskan cawangannya seperti dibimbing oleh MenThor Dr Azizan Osman. Sabrina juga kenal pasti orang yang betul untuk kerja yang betul. Ini sebenarnya tak mudah kerana ianya memerlukan latihan berterusan dan komunikasi serta bimbingan yang betul.

Beliau ada checklist untuk karakter yang beliau mahukan dan beliau tahu bukan semua stokis beliau layak menjadi outlet manager. Beliau memilih manager cawangan bisnes dari kalangan stokisnya sendiri kerana beliau tahu nilai setiap seorang dan bagaimana beliau boleh bantu mereka mencapai impian mereka dan seterusnya membantu mencapai misi dan visi syarikat.

Page 15: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

11

Tambah menarik, Sabrina akui beliau bukanlah seorang founder yang masuk ke pejabat. Beliau kerap mengingatkan co-founder beliau tugasnya untuk bagi perhatian dan latih orang yang bawa masuk keuntungan kepada syarikat iaitu stokis dan ejen. Dan bila bisnes ada duit yang banyak, secara tidak langsung akan menarik orang yang bagus untuk datang bekerja dengan Mamasab Bakery.

Terkini, seorang kakitangan baru Mamasab berkelulusan daripada Amerika Syarikat. Apabila ditanya kenapa beliau memilih untuk menjadi kakitangan Mamasab Bakery sedangkan lebih banyak syarikat besar di luar sana, kakitangan itu berkata Mamasab Bakery telah dinobatkan dengan Nona Best Growing F&B Business Awards 2018 jadi mengapa tidak untuk beliau berkhidmat di Mamasab Bakery.

Selain itu, Mamasab Bakery sering menerima permohonan bekerja daripada pengurus syarikat yang besar-besar yang berminat untuk berkhidmat di Mamasab Bakery. Kesimpulannya, jika kita bina brand yang bagus, company juga akan turut buat duit dan tarik orang yang bagus untuk bekerja.

Memetik kata Dr Azizan Osman, “Kita tidak perlu menjadi bijak, hanya perlu lantik orang yang bijak untuk bina bisnes kita dan pastikan mereka

boleh align dengan misi dan visi bisnes anda.”

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Mamasab Bakeri telah mencecah RM87.6 Juta.

Page 16: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

12

MOHD HASBULLAH AWANG @ HASSAN& NURIAH ZAKARIAHASNURI SDN BHD

KISAH #3Bekas Guru Cipta Rekod Capai Jualan RM21 Juta Setahun Jual Baju Kurung

Page 17: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

13

Kisah mereka bermula pada 2014. Di mana Nuriah mula buat bisnes apabila suaminya, Hasbullah meminta beliau berhenti kerja untuk menjaga anak. Pada ketika itu, beliau buat bisnes sambil jaga anak di butik kecilnya dan jualan hanya bergantung kepada ‘harap-harap ada rezeki’ semata-mata.

Kemudian pada tahun 2015, Nuriah mula berniaga dengan menyertai beberapa event bisnes. Pada ketika itu, mereka lihat hanya itulah cara untuk mereka membina lebih banyak pendapatan setelah Nuriah tidak lagi bekerja demi untuk menjaga anaknya.

Masalah lain pula timbul bila mereka rasa tak berbaloi dan sangat penat untuk sertai event besar. Jualannya tak seberapa tapi penatnya tak terhingga. Hasbullah yang bekerja sebagai seorang guru tekad menamatkan perkhidmatan di sektor kerajaan demi fokus kepada bisnesnya yang semakin sibuk. Ketika itu Hasnuri giat menyertai event-event besar termasuk event di Singapura dan Brunei.

Ketika bisnes sedang naik, mereka ditimpa ujian besar sehingga menyebabkan mereka membuat keputusan yang juga menjadi ‘turning point’ pasangan ini dalam bisnes dengan menyertai Program anjuran RichWorks, Millionaire Marketing Mastery (MMM).Ketika itu simpanan ratus-ratus ribu ringgit mereka hanya tinggal RM10,000 sahaja.

Keadaan ini mendesak mereka untuk mencari ilmu sehingga sanggup terbang ke Program MMM di Sabah yang sedang diadakan ketika itu. Bermula dari Program MMM, mereka terus belajar ke Program Business Growth Workshop (BGW), mereka hadir lagi ke Program RichWorks yang lain dan pada Disember 2017, dari situ mereka memohon untuk menjadi ahli Titanium.

Perkara amat bernilai bagi Hasbullah dan Nuriah dapat dari didikan Dr Azizan Osman yang tidak ramai usahawan di luar sana titikberatkan adalah leadership. MenThor, Dr Azizan Osman pernah berpesan

Page 18: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

14

kepada pasangan ini sales bergantung kepada emosi dan sikap. Bila team mempunyai sikap dan emosi yang betul, InsyaAllah sales juga akan meningkat.

Pada tahun 2018, jualan Hasnuri hanya sebanyak RM4 juta dan tahun 2019 mencecah RM21 juta! Nampak tak bezanya...Dan Hasnuri bukanlah memasarkan baju kurung yang sangat eksklusif, hanya baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. Tapi kerana mereka jelas dengan sasaran siapa yang mereka boleh bantu, dan dengan team yang kuat mereka dapat capai lebih dari target mereka untuk tahun 2019.

Untuk tahun 2020 sudah semestinya target yang diberikan oleh Dr Azizan Osman kepada mereka lebih tinggi dan Team FLY HIGH Hasnuri sendiri bersedia untuk memberikan yang terbaik!

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Hasnuri telah mencecah RM40.5 Juta.

Page 19: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

15

NUR AINI ZOLKEPELI & SAIFUL ANUAR SELIMANNURRAYSA GLOBAL SDN BHD

KISAH #4Dulu Jual Rumpai Laut, Sekarang Jadi Jutawan Kosmetik Bantu Beribu Suri Rumah

Page 20: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

16

Bermodalkan hanya RM500 yang dipinjam dari suaminya, Saiful Anuar Seliman yang merupakan seorang pemandu excavator, Nur Aini mula menjual rumpai laut dari rumahnya.

Malangnya jualannya makin berkurangan kerana muncul pesaing yang ramai. Untuk terus survive, Nur Aini cuba buat sabun rumpai laut dari dapur rumahnya sendiri. Jualan daripada hasil sabun rumpai lautnya itu mula cecah 5 angka sebulan. Nur Aini, mula terfikir, apa jadi kalau beliau boleh besarkan lagi perniagaannya? Apa akan jadi kalau beliau ada lebih banyak produk? Berapa jumlah jualan yang beliau boleh buat? Tapi macam mana nak mulakan? Macam mana nak buat?

Kehadirannya ke program Program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman yang pernah dianjurkan dulu oleh RichWorks, telah membuka matanya bahawa untuk beliau lebih berjaya, beliau perlu membantu lebih ramai orang. Dari situ timbul idea untuk ‘berniaga berjemaah’ dan beliau mahu bantu suri rumah yang hadapi situasi yang sama sepertinya, yang tercari cara untuk tambahkan pendapatan untuk berniaga bersama-samanya.

Sudah tentu proses yang dilaluinya tak mudah. Nur Aini sedar beliau perlu ada ilmu pemasaran yang betul. Dan oleh kerana beliau pernah hadir ke Program RichWorks dan pernah berguru dengan Dr Azizan Osman, beliau memilih untuk hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Dengan ilmu marketing yang Nur Aini dapat dan praktikkan secara konsisten menyebabkan jualan produk Nurraysa telah melonjak mencecah lebih RM100,000 sebulan! Sales mereka pada tahun 2019 sahaja dah mencecah 13 juta! Hebat ke hebat?Semakin besar cita-cita Nur Aini, semakin besar cabaran dalam bisnes. Dengan tahap ilmu yang beliau ada, beliau tak mampu hendak menghadapi cabaran dalam bisnes yang semakin besar. Beliau tak tahu bagaimana nak menguruskan semua stokis, ejen dan dropshipnya. Masalah dengan pengeluar mula muncul, dan semuanya hanya membuatkan beliau semakin risau dan serabut!

Page 21: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

17

Nur Aini sedar, hanya Dr Azizan Osman yang telah membantu ramai usahawan berjaya dalam bisnes. Dari situ beliau mula sertai kumpulan Titanium pada tahun 2016 yang mendapat mentoring dan coaching tentang bisnes secara dekat dengan Dr Azizan Osman. Bukan bimbingan saja, beliau juga dapat teguran dan nasihat secara terus dari Dr Azizan Osman.

Menurut pengasas Nurraysa Beauty ini, tanpa bimbingan MenThor Dr Azizan Osman, mungkin bisnes Nurraysa tidak wujud sehingga mencapai level sekarang. Produk yang terkenal dengan mengeluarkan barangan kecantikan mesra wuduk yang bermula dari rumah, kini dah jadi jenama terkenal dengan jumlah stokis, ejen dan dropship mencecah 6,000 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Nurraysa Beauty telah mencecah RM28.2 Juta.

Page 22: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

18ERIYCA BAIDURI ABD RASHIDNOIR HEALTH AND BEAUTY SDN BHD

KISAH #5Pekerja Hanya 8 Orang Sahaja Dah Buat Jualan RM18.3 Juta

Page 23: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

19

Minat usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook. Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan beliau yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir,” jelas Eriyca.Tergiang-giang di telinga Eriyca kata-kata MenThornya Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”. Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Eriyca mendorong para pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari.

Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan. Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang.

Page 24: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

20

Eriyca Baiduri atau mesra dipanggil Madammu ini turut membantu 3,000 orang ejen dan 120 orang stokisnya untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Eriyca bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM3.3 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017. Akui Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik. Yang paling berharga, pandangannya dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.

Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini dah terpampang 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia. Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen. Eriyca semakin yakin dengan bimbingan secara dekat dari Dr Azizan Osman bisnes beliau akan meningkat dan mencapai sasaran bisnes pada tahun 2020.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Noir telah mencecah RM28.3 Juta.

Page 25: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

21

SITI MARIAM ABD SAMAD& MUHAMAD ABDUL HALIM BAHADORISAMCTYMARY RESOURCES SDN BHDFAITH FLEUR BY CTYMARY

KISAH #6Bekas Jururawat Jana RM6.9 Juta Dengan Hanya Berniaga Produk Penjagaan Rambut

Page 26: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

22

Pada Disember 2019, jenama Faith Fleur by Ctymary telah menerima 2 anugerah di Asia Pacific Top Excellence Brand - Book of The Top iaitu Top Excellence Brand dan Top Beauty, Slimming & Hair Trusted Brand. Inilah antara kejayaan pasangan suami isteri Siti Mariam Abd Samad dan Muhamad Abdul Halim Bahadorisam membina bisnes produk penjagaan rambut Faith Fleur mereka.

Untuk mereka bina bisnes hingga ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah. Ketika Siti Mariam berusia 24 tahun, beliau mulai sedar bahawa hidupnya sarat memikul beban hutang. Hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang kedai perabot dan hutang Ah Long yang kesemuanya berjumlah lebih dari RM100,000.

Walaupun Siti Mariam ketika itu bekerja sebagai jururawat, bebanan hutang itu menyebabkan gaji yang diperoleh setiap bulan tak cukup. Jadi, beliau cuba untuk berniaga produk orang. Tapi malangnya, rasa malu menghalang beliau untuk buka mulut dan buat marketing. Suaminya, Halim pula mencari pendapatan sebagai peniaga pasar malam. Jika tidak berniaga di pasar malam, beliau akan bekerja di kedai makan ibunya dengan gaji RM50 sehari.

Lebih menyakitkan apabila di awal perkahwinan, Siti Mariam ambil keputusan berhenti kerja tanpa berfikir akibat yang akan dihadapi. Setiap hari beliau terpaksa terima panggilan telefon dan amaran dari ‘debt collector’ kerana tak mampu nak bayar hutang. Tertekan dengan situasi yang berlaku, Siti Mariam mula menjadi ejen kepada perniagaan orang lain.

Dari sini beliau mula berbisnes dan kembali bekerja sebagai jururawat. Tapi malang tetap datang satu persatu. Hutang tetap bertambah dan kehidupan yang tertekan menyebabkan Halim pernah bekerja sebagai ‘pomen motor’ dengan gaji hanya RM20 sehari.

Page 27: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

23

Selepas hadir ke Program RichWorks perjalanan bisnesnya mula menjadi semakin senang. Beliau mula ada jenama sendiri, permintaan terhadap produknya bertambah dan bilangan ejennya juga semakin ramai sehingga mampu membuat jualan jutaan ringgit setahun.

Bermenthorkan Dr Azizan Osman, Siti Mariam dan Abdul Halim tak gentar dengan persaingan. Dr Azizan Osman sentiasa menasihati dan membimbing mereka untuk kembangkan bisnes sehingga kini dah ada 700 stokis serta ejen dan lebih dari 50 billboard sedangkan tak sampai 5 tahun dulu pasangan ini hidup dikelilingi hutang keliling pinggang.

Pada tahun 2018 ketika beliau menjadi ahli Titanium Circle jualannya RM3.9 juta dengan hanya 300 orang ejen dan stokis. Setelah menjadi ahli Titanium Premier yang boleh dapat bimbingan dan coaching yang lebih rapat dan akses lebih personal dari Dr Azizan Osman, pada 2019 salesnya meningkat naik sebanyak 72.8% iaitu RM6.9 juta.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Faith Fleur telah mencecah RM18 Juta.

Page 28: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

24

NAJIB ASADDOKCEO - MOMENTUM INTERNETSDN BHD

KISAH #7Usahawan Perlu Ada Mentor Dan Ilmu. Najib Asaddok Kongsi Rahsia Apa Perkara Yang Dia Dapat Setelah Berguru Dengan Dr Azizan Osman Sejak 2012

Page 29: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

25

Sejak tahun 2012, Najib menyimpan setiap barang-barang program yang diperolehinya setiap kali menyertai program RichWorks. Bagi beliau, semua itu adalah peringatan tentang bagaimana beliau bermula dahulu. Menceritakan kisah perjalanan beliau bersama RichWorks, Tuan Najib bermula dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada Mei 2012.

Menurut Tuan Najib, pada ketika itu beliau mengalami kesukaran kehidupan akibat tidak habis belajar dan kerap memikirkan nasib keluarga memandangkan beliau merupakan anak sulung dalam keluarga.

“Kesusahan ini menyebabkan saya nekad ke program RichWorks untuk belajar kerana merasakan dirinya tidak ada apa-apa atau dengan kata lain “Zero”. Dulu saya hadir ke program hanya memandu kereta Kancil dan pernah diuji dengan kereta rosak dan pernah duduk hotel yang entah mana-mana, tapi saya yakin MenThor, Dr Azizan Osman adalah guru yang boleh membantu saya,” cerita Najib tentang permulaannya mengenai RichWorks. Akui Tuan Najib, ketika pertama kali ke program RichWorks, beliau hanya fikirkan mahu mencapai jualan sebanyak RM30 ribu sebulan. Tapi ternyata beliau silap kerana apa yang diajar oleh MenThor adalah tentang nilai dalam hidup dan bukan cara menarik pelanggan semata-mata. Ilmu ini berbeza dari apa yang ada di internet dan pengajarannya tak sama dengan tempat lain.

Najib telah menghadiri semua program RichWorks dan sepanjang bersama RichWorks, beliau juga telah ke Program Millionaire Marketing Mastery lebih 20 kali. Beliau juga telah berada di dalam Titanium Circle sejak 6 tahun lepas namun beliau masih merasakan diri beliau ibarat budak darjah 6 yang masih lagi bertatih dan perlukan banyak ilmu lagi untuk sentiasa tingkatkan diri dan bisnes.

Beliau yang juga merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama ini berasakan disebabkan dirinya tidak pandai, Najib konsisten datang ke kelas dan belajar, fokus dan ikut apa saja yang diajar Dr Azizan Osman.

Page 30: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

26

Bagi beliau berguru dengan MenThor adalah pelajaran yang mahal kerana berada dalam kalangan Titanium Circle, beliau boleh nampak sesuatu peluang tanpa perlu mengeluarkan kos.

Jika dulu, bisnes beliau hanya dibantu oleh 2 orang staf sahaja tetapi sekarang sudah memiliki 20 orang staf dan nama Momentum Internet semakin dikenali. Antara anugerah yang diperolehi Tuan Najib adalah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada tahun 2017 dan The Best Social Media Trainer Award 2018 daripada Majalah Nona.

“Satu perkara yang saya sentiasa ingat ialah pesan Dr Azizan Osman untuk sentiasa rendah diri, tidak bongkak dan sombong kerana sifat ini boleh menyebabkan beliau hilang dari industri,” kata

Najib.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Momentum Internet telah mencecah RM16.5 Juta.

Page 31: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

27

BANTAL HOTEL DAGDAS ABDUL GLOBALSDN BHD

KISAH #8Ilham Bisnes Dari Bilik Tidur, Kini Boleh Buat RM9 Juta Setahun!

Page 32: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

28

Siapa yang tak kenal dengan billboard seorang lelaki memeluk bantal berderet di highway sepanjang perjalanan di lebuh raya. Pasti orang lihat lelaki ini sangat hebat kerana berjaya bina empayar bisnes, namun tak semua tahu kenapa beliau memulakan perjalanan sebagai seorang usahawan.

Ini kisah Das Abdul, pemilik Das Abdul Global yang hanya mula berniaga bantal di ‘car boot sales’ dan beliau kini sudah pun mempunyai sebuah gudang sendiri serta pekerja, ejen dan stokis yang ramai. Tidak dinafikan, kejayaan Das Abdul membuka mata ramai pihak kerana berjaya membawa pulang anugerah berprestij.

3 tahun lepas bila Das Abdul mula datang ke Program RichWorks, pasti semua orang akan fikir “Allah...Susahnya keadaan dia”. Sehingga ke hari ni tak tahu nak gambarkan semula keadaan lelaki ini pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke program RichWorks. Air mukanya penuh dengan kerisauan dan langsung tak ada keyakinan dalam diri.

Mulanya beliau dibesarkan dalam keluarga yang lengkap serba serbi, berkemampuan dan mempunyai impian yang sangat cerah. Kerjayanya sebagai seorang engineer bukanlah penyebab beliau nak hidup dalam keadaan selesa sahaja. Nekadnya lelaki ini berhijrah bersama keluarganya dari Kelantan ke Johor selepas pelbagai masalah yang berlaku. Tambahan lagi, isterinya baru sahaja 41 hari bersalin, mereka terpaksa bawa bayi kecil untuk berhijrah ke tempat baru.

Sebulan selepas berhijrah, ketika bayinya baru berumur 2 bulan, beliau mula menjalankan perniagaan car boot sale. Beliau hanya jual bantal setakat 20 biji sahaja sebulan. Tapi, apa yang hebatnya Das Abdul adalah seorang yang sangat kuat dan gigih.

Tak mudah berputus asa, malah perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya sendiri. Das Abdul betul-betul NEKAD nak ubah hidup beliau dan keluarga. Alhamdulillah, pada satu malam beliau dipertemukan’ dengan video dari Dr Azizan Osman di Facebook.

Page 33: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

29

Kata Das, “MenThor saya cakap, nak mula berniaga guna apa ada di tangan. Maksud dia apa yang mudah dan kita tahu buat..”Walaupun sukar pada mulanya tapi beliau tetap percaya dan terus mencuba. Apatah lagi Das Abdul selalu dilihat memegang bantal setiap kali hadir Program RichWorks. Bila ditanya kenapa, beliau kata itu cara nak orang kenal beliau.

Alhamdulillah, Das bersyukur dapat jumpa guru dan MenThor, Dr Azizan Osman yang curah ilmu dan teknik dalam marketing dan bisnes sehingga sekarang beliau dapat bina bisnes dari 20 bantal hingga ratus ribu. Purata bantal terjual capai 30,000 ke 40,000 biji sebulan. Beliau juga dah ada gudang bantal sendiri, dengan ejen dan stokis yang seramai 3,000 orang.

Bantal Hotel DAG telah memenangi Anugerah Superbrands Malaysia 2019. Ini semua adalah rezeki dari Allah atas usaha, komitmen, dan kerja keras beliau yang komited datang berguru dengan MenThor, Dr Azizan Osman.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Bantal Hotel DAG telah mencecah RM10.3 Juta.

Page 34: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

30

MOHAMAD SHAZARUL ISMAILENG’S POP CORN

KISAH #9Jutawan Popcorn Pada Usia 21 Tahun

Page 35: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

31

Mohamad Shazarul Ismail, pemilik Eng’s Pop Corn mula bekerja di pasar pagi dengan bapa saudaranya dengan gaji hanya RM900 sahaja. Pada waktu itu, beliau dah tak dapat nak lanjutkan pelajaran. Beliau rasa sedih sebab banyak benda dalam hidup beliau tak dapat capai termasuk nak bantu keluarga.

Bayangkanlah, dengan jumlah pendapatan sebanyak RM900, apa sangat yang kita boleh dibeli pada zaman yang semua benda nak kena guna duit. Memang tak cukup! Shazarul mula cari jalan untuk ubah nasib kehidupan beliau. Apatah lagi bila beliau berazam nak bantu ibunya untuk keluar daripada belenggu kehidupan.

Kisah bermula apabila beliau ternampak mesin buat popcorn milik ibunya dan beliau pun cuba buat popcorn untuk makan sendiri. Tapi lain pula yang jadi, beliau mula mendapat idea untuk menjual popcorn tersebut. Ditambah dengan rasa popcorn yang sedap dan bau yang wangi, popcorn mendapat permintaan daripada jiran-jiran. Sambutan memang meriah dan menggalakkan. Dah beli satu, jiran datang beli lagi. Dari situlah beliau mula berniaga popcorn.

Alhamdulillah, sekarang beliau dah mampu ada kilang kecil dengan 30 orang kakitangan. Bagi seorang anak muda yang berusia 22 tahun yang dulunya pernah kerja di pasar pagi, kejayaan adalah sesuatu yang membanggakan bila beliau mampu buat peningkatan jualan yang sangat besar selepas sertai Program RichWorks.

Dikenali sebagai Shazarul, beliau ditemubual oleh team RichWorks akui beliau sangat pemalu dan masih perlu belajar banyak perkara untuk menjadi usahawan berjaya. Yang paling membuatkan kami terharu, apabila beliau berkata beliau melihat RichWorks sebagai sekolah dan pusat pengajian tinggi yang beliau tak dapat nak pergi satu masa dulu.

Page 36: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

32

Setiap perkara yang kita buat mesti ada sebabnya, BIG WHY. Pada waktu semua remaja yang seusia dengan beliau masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran, Shazarul berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarganya. Hasil usaha yang beliau dapat pada hari ini sangat berbaloi dengan pengorbanan yang beliau lakukan.

Pada awal tahun 2018 hingga Jun 2018, beliau mampu buat RM152 ribu sahaja. Tapi setakat Disember 2019, beliau dah mampu buat RM2.8 juta dengan hanya jual popcorn. Macam tak boleh nak brain sahaja baca kisah beliau ni kan! Dan lebih membanggakan kini beliau telah berjaya keluarkan kereta untuk syarikat beliau sendiri! Hebat sangat anak muda ni!

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Eng’s PopCorn telah mencecah RM6.1 Juta.

Page 37: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

33

BALKIS BT MOHD SOIBAFIQ DANISH GLOBAL ENT (HAKAK MANEH)

KISAH #10Bekas Kerani Sekolah Jual Pekasam Daging Mampu Buat Jualan Lebih RM1 Juta!

Page 38: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

34

Bermula dari tengok video Dr Azizan Osman sahaja bekas kerani ini dah mula berniaga dan dapat idea nak berniaga pekasam daging.

Beliau kata dalam video itu cakap, “Kalau nak berbisnes, mulakan dengan apa yang ada di tangan”....Dan ketika beliau tonton video tu, apa yang ada ditangan beliau adalah Pekasam Daging yang beliau tengah makan. Kebetulan beliau tahu buat pekasam daging. Jadi beliau pun buat beberapa pek untuk cuba-cuba nak tanya ada tak kawan-kawan yang nak beli!

Itulah bagaimana wujudnya bisnes Pekasam Daging Hakak Maneh. Dipendekkan cerita, pemilik produk ini Balkis Mohd Soib ini bermula dengan 50 pek. Bukan sahaja habis dijual tapi tidak cukup!

Dan bermulalah beliau buat dan menjual pekasam daging sambil belajar melalui video-video percuma MenThor Dr Azizan Osman sebelum buat keputusan hadir ke program RichWorks seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang banyak membantu berikannya ilmu dan strategi untuk melonjakkan jualan sampai cecah RM80,000 sebulan.

Balkis sebenarnya nak mulakan bisnes berbisnes sejak 2 tahun lepas, setelah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori asyik kemalangan akibat tertidui ketika memandu hingga patah-patah tulang. Keadaan ini menyebabkan beliau sangat sedih dan beliau nak ubah hidup beliau serta beliau nak suami beliau ada pendapatan lain tidak perlu memandu lori lagi!

Page 39: © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD

35

Sekitar November 2018, beliau telah berhenti daripada kerjaya seorang untuk fokus sepenuh masa kepada bisnes pekasam daging. Bukan itu saja, perkara paling penting yang Balkis dapat capai selepas dah ada bisnes sendiri adalah dapat bantu suaminya yang dulu bekerja teruk sebagai pemandu lori sehingga banyak kali kemalangan akibat keletihan.

Sekarang, Alhamdulillah dengan bisnes yang dah makin naik. Beliau juga sudah boleh lantik suaminya sebagai pengurus kilang pekasam daging mereka. Tambah beliau, bila mak ayah minta apa saja, mereka boleh tunaikan, dah tidak perlu fikir alasan apa nak beri seperti masa tidak ada duit dulu-dulu.

Sekarang, Balkis juga sudah menjadi ahli Titanium RIchWorks dan berMenThorkan Dr Azizan Osman. Dan, pada penghujung tahun 2019, di saat bisnes lain buat jualan murah untuk habis stok, tanpa diduga beliau keluar produk baru iaitu Daging Salai.

Lebih mengejutkan, ketika itu jualan untuk daging salai belum keluar sudah terjual RM34 ribu lebih. Pada 2018, jualan produk beliau adalah RM402 ribu, kemudian meningkat sebanyak 210.48% kepada RM1.5 juta pada 2019.

Sehingga hari ini, 29 November 2020, jualan Pekasam Daging Hakak Maneh telah mencecah RM3.3 Juta.