international economics

42
1.0 PENGENALAN Peta Negeri Kelantan Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca Leucadendron. Menurut beberapa tokoh mengatakan bahawa nama Kelantan berasal daripada perkataan “kilatan” atau “ kolam tanah”. Selain itu, negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Sejarah awal negeri Kelantan tidak begitu jelas, tetapi menurut penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di Zaman Prasejarah. Pada awalnya, negeri Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Pada tahun 1411, Raja Kumar (Raja Kelantan), telah membebaskan negeri Kelantan dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk islam. Kemudian 1

Upload: suraya-izad

Post on 14-Dec-2014

641 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan di Kelantan

TRANSCRIPT

Page 1: International economics

1.0 PENGENALAN

Peta Negeri Kelantan

Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Melayu

bagi pokok Melaleuca Leucadendron. Menurut beberapa tokoh mengatakan bahawa nama

Kelantan berasal daripada perkataan “kilatan” atau “ kolam tanah”. Selain itu, negeri Kelantan

juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan

Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Sejarah awal negeri Kelantan tidak begitu

jelas, tetapi menurut penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di Zaman

Prasejarah. Pada awalnya, negeri Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan,

Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Pada tahun 1411, Raja Kumar (Raja Kelantan), telah

membebaskan negeri Kelantan dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila

memeluk islam. Kemudian Kelantan menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir

abad ke -15. Pada 1800, Raja Muhammad adalah sultan pertama negeri Kelantan. Pada tahun

1820-an, negeri Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta

negeri termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan

pertikaian yang menimpa negeri- negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan

penting di negeri Kelantan pada abad ke-19. Negeri Kelantan merupakan negeri pertama di

1

Page 2: International economics

Malaya yang ditakluki oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain

menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, negeri Kelantan menjadi salah satu

daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Kelantan Darul Naim atau nama singkatannya Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada

13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Negeri Kelantan mempunyai keluasan

lebih kurang 14,922 km² yang terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan

Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Kelantan ialah sebuah

negeri Agraria atau pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan

perkampungan nelayan. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2010, negeri Kelantan mempunyai

seramai 1539.60 juta orang penduduk di mana menurut statik Bancian Tahun 2010, majoriti

penduduk negeri Kelantan merupakan kaum Melayu sebanyak 1442.5000 juta orang, diikuti

dengan kaum Cina 51.6000 juta orang, kaum India 3.8000 juta orang dan lain-lain kaum 9.2000

juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia ,2010). Terdapat 11 bandar- bandar utama di negeri

Kelantan termasuklah Kota Bharu (Ibu Negeri), Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Tanah

Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Selain itu, Negeri Kelantan merupakan negeri yang kurang maju dan termiskin jika dibandingkan

dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

pada harga malar Negeri Kelantan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM10.004 juta, KDNK per

kapita pada harga semasa Negeri Kelantan ialah RM 8273 juta dan pertumbuhan KDNK Negeri

Kelantan pada 2010 adalah 4.1% (Laporan Kerajaan Negeri Kelantan, 2010).Memang tidak

dinafikan bahawa sektor perindustrian merupakan sektor terpenting bagi perkembangan ekonomi

sesebuah negara dan merupakan tunggak kepada prestasi ekonomi secara keseluruhannya. Bagi

Negeri Kelantan sektor perindustrian terus berkembang dengan bertambahnya bilangan

penubuhan industri di tapak- tapak perindustrian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Tambahan pula, pembangunan sektor perindustrian dapat mengukuhkan ekonomi Negeri

Kelantan yang sebelumnya bergantung semata-mata kepada sektor pertanian tradisional. Sektor

perindustrian ini juga dijangka dapat menyerap guna tenaga yang meningkat dari setahun ke

setahun dan seterusnya dapat mengurangkan masalah pengangguran di Negeri Kelantan dan

2

Page 3: International economics

perkembangan sektor perindustrian ini dapat meningkat pendapatan perkapita rakyat Negeri

Kelantan.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN

Faktor – faktor pengerak bagi sektor perindustrian ini adalah diperlukan untuk pembangunan

yang pesat pada masa akan datang. Negeri Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai

sumber semulajadi yang belum diterokai seperti kayu balak. Dengan pembangunan pesat

dalam sektor perindustrian ia dapat meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan.

2.1 Populasi Di Negeri Kelantan

Populasi merupakan satu agen utama dalam memajukan sektor perindustrian di

Negeri Kelantan. Hal ini boleh dilihat melalui carta 1.0 menunjukkan jumlah

penduduk Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010, pada tahun 2006 ialah

sebanyak 1.53 juta orang, dan meningkat sebanyak 1.56 juta orang, pada tahun 2007,

seterusnya meningkat dari 1.60 juta orang sehingga 1.63 juta orang iaitu pada tahun

2008 sehingga tahun 2009 . Tetapi pada tahun 2010, mendapati bahawa berlaku

penurunan jumlah penduduk Negeri Kelantan iaitu sebanyak 1.54 juta orang. Selain

itu, dalam jadual 1 merupakan jumlah penuduk mengikut etnik di Negeri Kelantan

pada tahun 2006 sehingga 2010. Pada tahun 2006 mendapati bahawa jumlah

penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3156.2 juta orang di mana jumlah

Bumiputera iaitu 16441 ribu orang manakala bagi kaum Cina adalah sebanyak 997.1

ribu orang dan kaum India 194.6 ribu orang dan lain-lain adalah 23.0 ribu orang. Pada

tahun 2007, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3194.4 juta orang, jumlah

Bumiputera adalah 1668.7 ribu orang manakala bagi kaum Cina dan India adalah

sebanyak 1007.9 dan 196.8 ribu orang dan lain- lain adalah sebanyak 24.4 ribu orang.

Pada tahun 2008 pula, jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3231.9

juta orang, di mana jumlah Bumiputera adalah sebanyak 1693.3 ribu orang, bagi

kaum Cina adalah sebanyak 1018.4 ribu orang dan bagi kaum India pula sebanyak

199.1 ribu orang dan lain- lain ialah sebanyak 25.7 ribu orang. Seterusnya, pada tahun

3

Page 4: International economics

2009, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3269.1 juta orang di mana jumlah

Bumiputera pada ketika tahun itu adalah seramai 1718.2 ribu orang manakala jumlah

kaum Cina dan kaum India adalah sebanyak 1028.4 dan 201.2 ribu orang dan lain-

lain adalah sebanyak 27.0 ribu orang. Namun pada tahun 2010, mendapati jumlah

penduduk Negeri Kelantan mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 1539.6

juta orang, di mana jumlah penduduk Bumiputera sebanyak 1442.5 ribu orang,

mengikuti kaum Cina adalah sebanyak 51.6 ribu orang dan kaum India sebanyak 3.8

ribu orang dan seterusnya lain- lain adalah sebanyak 9.2 ribu orang.

Carta 1.0: Jumlah penduduk, Kelantan, 2006-2010.

4

Page 5: International economics

Jadual 1: Jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran dan kumpulan etnik, Kelantan,

2006 – 2010.

Carta 1.1 : Jumlah penduduk mengikut jantina, Kelantan, 2006-2010.

5

Sumber: Data Banci Penduduk dan Perumahan, 2010.

Page 6: International economics

Carta 1.1 menunjukkan bilangan penduduk perempuan adalah kekal melebihi

penduduk lelaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 mendapati bahawa nisbah

jantina ialah 101.0 lelaki bagi setiap perempuan dengan bilangan penduduk lelaki

773.7 ribu orang dan perempuan 765.9 ribu orang. Dalam konteks ini, apabila

populasi di Negeri Kelantan meningkat hal ini dapat meningkatkan pembangunan

perindustrian di Negeri Kelantan kerana penawaran guna tenaga yang murah menjadi

daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian di Negeri

Kelantan. Peningkatan populasi dapat mengeluarkan tenaga buruh yang murah dan

seterusnya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran perindustrian di Negeri Kelantan.

2.2 Kemudahan Sistem Pengangkutan

Bagi menggalakkan perkembangan sektor perindustrian di Negeri Kelantan,

kemudahan infrastruktur amat penting kerana sistem pengangkutan ini juga

merupakan pemacu utama pembangunan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Di

mana komponen sistem pengangkutan terdiri daripada sistem jalanraya, perkhidmatan

keretapi dan perkhidmatan udara. Sistem pengangkutan yang baik adalah penting bagi

6

Page 7: International economics

memasarkan hasil keluaran sektor perindustrian samaada untuk dipasarkan di dalam

negeri atau di eksport terus keluar negeri.

a. Jalanraya

Pada tahun 1993, negeri Kelantan mempunyai sistem jalanraya sepanjang 2316.80

kilometer di mana 81.4% daripadanya sudah berturap. Bagi jalan negeri pula,

meliputi 1314.07 kilometer iaitu kira-kira 57% manakala jalan persekutuan pada

ketika tahun itu adalah sepanjang 1002.73 kilometer atau 43% daripada jumlah sistem

jalanraya di Negeri Kelantan. Pada masa kini jumlah jalan raya yang terdapat di

Negeri Kelantan ialah sepanjang 21,3100 km (UPEN 2004). Terdapat dua lebuhraya

utama di Kelantan iaitu lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Bandar kota

Bharu dengan pelaburan Pulau Pinang dan bandar- bandar lama di Pantai Barat dan

Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sejauh 115km.

b. Perkhidmatan Keretapi

Selain sistem jalanraya, pengangkutan keretapi juga didapati di Negeri Kelantan yang

menghubungkan Kota Bharu dan beberapa bandar lain seperti Tumpat, Pasir Mas,

Wakaf Bharu, Gua Musang terus ke Kuala Lipis, Kuala Lumpur dan Pelabuhan

Klang. Jadual 2 menunjukkan laluan utama keretapi yang menghubungkan Wakaf

Bharu (Kota Bharu) dengan bandar- bandar utama di Semenanjung Malaysia. Secara

amnya, pengangkutan keretapi merupakan salah satu pengangkutan yang efisien

kerana kos yang rendah dapat mengangkut kontena dari bandar ke pelabuhan utama.

Jadual 2 : Laluan Utama Keretapi

Destinasi Masa perjalanan (jam) Jarak (km)

Wakaf Bharu- Kuala Lumpur 13 688

Wakaf Bharu – Port Dickson 12 655

Wakaf Bharu – Johor Bharu 14 708

Wakaf Bharu - Butterworth 17 1078

Sumber: Kelantan; Socio-Economic Profile 1995

7

Page 8: International economics

c. Pengangkutan Udara

Seperti negeri-negeri lain, Kelantan juga mempuntai perkhidmatan pengangkutan

udara iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa

dengan keluasan landasan 1981 meter panjang dan lebar 37 meter dan boleh

mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 737 dan kapal terbang kecil. Melalui

pengangkutan udara, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyediakan lima

penerbangan utama antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan satu penerbangan ke

Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Terengganu. Perkhidmatan yang

disediakan oleh pihak MAS adalah untuk menampung keperluan di Negeri Kelantan

terutama untuk mengeksport hasil perindustrian. Di samping itu, perkhidmatan yang

disediakan oleh pihak MAS bukan sahaja untuk kegiatan mengeksport hasil

perkilangan malah ia juga dapat meningkatkan keperluan penggunaan mengguna

perkhidmatan tersebut.

2.3 Polisi Kerajaan Dalam Sektor Perindustrian

Untuk meningkatkan sektor perindustrian, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu

polisi iaitu memberi galakan supaya pemodal - pemodal tempatan dan asing akan

melabur bersama- sama dalam industri di Malaysia. Di mana pelabur -pelabur ini

bukan sahaja bertindak sebagai pembekal modal tetapi juga memberi pengetahuan

dalam penggunaan teknologi, teknik pengurusan, teknik kemahiran dan memberi

peluang pekerjaan serta pertumbuhan sumbangan industri ke dalam ekonomi

Malaysia termasuk ekonomi Negeri Kelantan. Galakan-galakan ini akan memberikan

pelepasan cukai pendapatan dan pembangunan kepada syarikat- syarikat yang

melabur dalam bidang- bidang baru atau yang mahu mengembangkan perniagaan

yang sedia ada.

Bagi tujuan galakan ini, Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan

Pelaburan (1968) telah diwujudkan. Di dalam Akta Galakan Pelaburan (1968) dan

Akta Penggalakan Pelaburan (1968) terdapat beberapa bentuk galakan dan pelepasan

cukai yang utama iaitu taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun industri, elaun

8

Page 9: International economics

infrastruktur dan galakan eksport .Galakan dan pelepasan cukai ini merupakan

beberapa bentuk insentif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam Akta

Penggalakan Pelaburan 1968.

i. Taraf Perintis (TP)

Sesebuah syarikat yang diluluskan TP boleh menikmati beberapa

pengecualian yang berikut:

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan.

Syarikat akan diberi pengecualian terhadap 70% daripada pendapatan

berkanunnya selama 5 tahun. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya

akan dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikut kadar semasa.

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan.

Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai

Timur Semenanjung Malaysia meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang,

dan daerah Mersing di Johor akan diberikan pengecualian terhadap 85%

daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun.

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi.

Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu

terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang

diluluskan. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai

pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun

(syarikat IKS yang mengeluarkan barangan perantaraan).

Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai

kepentingan nasional termasuk syarikat bertaraf MSC dan keluaran atau

aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf

dunia.

Syarikat penyelidikan dan pembangunan kontrak (syarikat R&D kontrak)

syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan iaitu

terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.

ii. Elaun Cukai Pelaburan (ECP)

9

Page 10: International economics

ECP ialah galakkan yang dibaeri secara pilihan kepada TP dan direka bentuk

untuk projek yang mempunyai modal pelaburan yang besat dan tempoh

pulang modal yang panjang. Seperti TP, syarikat yang diberi ECP akan

menikmati tahap pengecualian yang berbeza bergantung pada jenis keluaran

atau aktiviti yang digalakkan seperti yang berikut:

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan.

Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan

perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, jentera, mesin, dan alat

peralatan lain yang digunakan untuk projek yang diluluskan) yang

dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang

pertama.

Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan.

Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai

Timur Semenanjung Malaysia meliputi kawasan Kelantan, Terengganu,

Pahang, dan daerah Mersing di Johor akan diberi satu kadar elaun

sebanyak 80% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan

dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.

Keluaran atau aktiviti digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi.

Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan

perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari

tarikh perbelanjaan modal yang pertama.

Keluaran yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang

diluluskan.

Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan

perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari

tarikh perbelanjaan modal yang pertama.

Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai

kepentingan nasional termasuk syarikat bertarafkan MSC dan keluaran

10

Page 11: International economics

atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai

taraf dunia;

1. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan

perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari

tarikh yang perbelanjaan modal yang pertama.

2. Syarikat yang telah diberi taraf sebagai Syarikat Koridor Raya

Multimedia (MSC) juag layak mendapat insentif bagi projek strategic

ini di smaping insentif lain di bawah “ Bill of Guarantees”.

3. Syarikat dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang

mengeluarkan barangan perantaraan yang mencapai tarf dunia dari

segi harga,mutu, dan keupayaan pengeluaran adalah layak

memperoleh ECP. Syarikat yang memulakan operasi juga layak tetapi

insentif hanya diberikan atas pelaburan tambahan.

4. Aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), insentif yang

berlainan diberi kepada syarikat yang khusus menjalankan aktiviti

R&D, iaitu insentif bagi “Syarikat R&D” dan insentif bagi “Syarikat

R&D Kontrak”.

5. Syarikat Latihan Teknikal atau Vokasional, syarikat akan diberkan

satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang

layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari dan tarikh perbelanjaan

modal yang pertama.

iii. Elaun Penyelarasan Perindustrian (EPP)

EPP diberkan kepada syarikat dalam sektor perindustrian terpilih (sektor

berasaskan kayu, tekstil, jentera, dan kejuruteraan, pengecapan, acuan,

perkasasan dan cetakan) yang beropersi sebelum 31 Disember 1990 dan telah

terlibat dalam aktiviti penyelarasan perindustrian tertentu seperti penyusunan

semula, pembentukan semula, atau pencantuman di kalangan sektor

berkenaan. Syarikat diberi elaun sebanyak 60% hingga 100% berdasarkan

altiviti penyelarasan perindustrian yang dijalankan. Elaun diberi atas

perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tempoh 5 tahun.

11

Page 12: International economics

iv. Elaun Infrastruktur (EI)

EI diberikan kepada mana- mana syarikat pemastautin di Malaysia yang

menjalankan aktiviti perkilangan, hotel, pelancongan, atau lain-lain aktiviti

perdagangan dan perindustrian di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai

Timur, Semenanjung Malaysia. Syarikat akan diberikan elaun sebanyak 100%

berdasarkan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur (seperti

pembinaan semula, penambahan, atau pembaikan mana- mana struktur kekal

termasuk jambatan, jeti, pelabuhan atau jalanraya).

v. Potongan Dua Kali Bagi Penggalakkan Eksport

Insentif ini diberi kepada mana- mana syarikat permastautin di Malaysia yang

mencari peluang eksport bagi barangan perkilangan, barangan perkhidmatan,

dan barang pertanian. Perbelanjaan yang layak untuk potongan dua kali ialah:

a) Pengiklanan di luar negeri

b) Pembekalan sampel percuma ke luar negeri

c) Penyelidikan pasaran eksport

d) Penyediaan tender untuk membekalkan barangan keluar negeri

e) Penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri

f) Barangan- barangan pameran dan atau penyertaan dalam pameran

perdagangan atau perindustrian yang di adakan dalam negeri diluluskan

oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

g) Tambang perjalanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atau urusan

perniagaan

h) Perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga- peniaga

Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan perniagaan tertakluk

kepada maksimum RM 200 sehari; dan

12

Page 13: International economics

i) Kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi menggalakkan

eksport.

2.4 Modal

Faktor modal juga merupakan satu faktor asas untuk menggerakkan sektor

perindustrian di Negeri Kelantan. Kepesatan sektor perindustrian di Kelantan

sebahagian besarnya digerakkan oleh modal dari Kerajaan Persekutuan untuk

membiayai projek-projek di Negeri Kelantan. Kestabilan politik jangka panjang di

Malaysia dan di Negeri Kelantan telah menarik kemasukkan modal tempatan

mahupun asing untuk melabur didalam pelbagai jenis sektor perindustrian di

Malaysia mahupun di Negeri Kelantan. Hal ini menyebabkan dana tempatan daripada

pinjaman Kerajaan Persekutuan dan intitusi kewangan setempat juga semakin

meningkat.

3.0 SUMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN

3.1 Peluang Pekerjaan dan Arah Aliran Tenaga Kerja

Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh apabila majoriti penduduk

Kelantan bekerja di pelbagai sektor bagi mengurangkan masalah pengangguran.

Secara keseluruhan, sektor perkilangan di Kelantan meningkatkan jumlah tenaga

buruh daripada 319.4 ribu orang pada tahun 1982 kepada 554.3 ribu orang pada tahun

2011dan peratusan kadar pengangguran jatuh kepada 2.0 peratus daripada 4.8 peratus

iaitu sebanyak 15.2 ribu orang bilangan penganggur pada tahun 1982 kepada 10.8

ribu orang bilangan penganggur bagi tahun 20111. Tahun 2007 dan 2008, Kelantan

mencatat peningkatan hasil daripada pengilangan produk makanan dan minuman

dengan 20.4 peratus (RM 398.9 juta) kepada 34.3 peratus (RM 884.2 juta). Jumlah ini

tidak keseluruhan penduduk Kelantan memonopoli pasaran pekerjaan terutama dalam

sektor perkilangan kerana tahun 2008-2009 menunjukkan peningkatan ketara pada

1 Jadual 1: Perangkaan utama tenaga buruh, Kelantan, 1982-2011 (hal. 4). Unit Perancangan Ekonomi Negara

13

Page 14: International economics

bilangan pekerja asing perempuan iaitu sebanyak 2074 orang yang mana merangkumi

hampir 73 peratus bilangan keseluruhan pekerja asing di negeri Kelantan2(lampiran).

Jadual 2: Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Kelantan, 2008-2011

Tahun

Bilangan / Number (‘000) %

Tenaga buruh

Labor force

Bekerja

Employment

Penganggur

Unemployed

Luar

tenaga

buruh

Outside

labor force

Kadar

penyertaan

tenaga buruh

Labor force

participate

rate

Kadar

pengangguran

Unemployment

rate

2008 500.9 486.4 14.5 418.5 54.5 2.9

2009 517.8 505.2 12.6 432.7 54.5 2.4

2010 547.2 534.2 13.1 412.1 57.0 2.4

2011 554.3 543.5 10.8 431.7 56.2 2.0

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negara (keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran)

Guna tenaga dalam IKS/PKS menerusi Projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali

mewujudkan peluang pekerjaan dengan penglibatan pengusaha-pengusaha IKS

dengan penglibatan sektor pengeluaran makanan hasil laut (kilang pemprosesan hasil

laut). Sumbangan sektor perkilangan membawa kepada potensi mengusahakan

kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) walaupun penglibatan pengusaha tempatan

menjalankan kegiatan dengan saiz modal yang kecil sebagai penyumbang terbesar

dalam guna tenaga.

Bilangan pekerja mengikut pekerjaan di negeri Kelantan adalah menerusi pekerjaan

pengeluaran dan yang berkaitan, operator peralatan pengangkutan dan buruh mencatat

bilangan 79.9 ribu orang tahun 1982 yang seterusnya peningkatan secara fluctuate.

Pada tahun 1999 dan 2000 kategori pekerjaan ini memonopoli pasaran pekerjaan di

negeri Kelantan masing-masing dengan jumlah 122.2 ribu orang dan 119.6 ribu

orang. Pekerjaan operator loji dan mesin serta pemasang meningkat daripada 32.4

ribu kepada 38.0 ribu orang pada tahun 2009-20113. Ini adalah hasil daripada

2 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011.(hal.56-57)

14

Page 15: International economics

sumbangan guna tenaga dalam PKS dan seterusnya meningkat kepada 38.0 ribu orang

pada tahun 20114.

Jadual 3: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2000

Tahun

Year

Bilangan / Number (‘000)

Jumlah

Total

Kategori pekerjaan / Category of Occupation¹

6(Pekerja dari sektor

primer;pertanian)

7(Pekerja dari sektor

kedua;perkilangan)

1982 304.3 123.8 79.9

1990 377.7 145.5 98.8

2000 425.7 110.9 119.6

Nota:¹ Pekerjaan dikelaskan mengikut “Kamus Pengelasan Pekerjaan, 1980”.(keseluruhan jadual

tahun 1982-2011 di lampiran)

Bilangan mengikut industri, sektor perkilangan mencatatkan 34.6 ribu orang pekerja

pada tahun 1982 dan tahun 201l sebanyak 51.0 ribu orang5. Tingkat gunatenaga bagi

industri tekstil dan sumbangannya adalah tertinggi iaitu sebanyak 25 peratus bagi

tahun 2005-2010 (Jan-Apr), industri produk elektrik dan elektronik sebanyak 23

peratus yang tertumpu di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa I dan II. Tempoh

tahun 2009,guna tenaga mencatat peningkatan sebanyak 40.32 peratus iaitu seramai

682 guna tenaga berbanding dengan tahun sebelumnya, 485 guna tenaga bagi semua

jenis industri perkilangan6. Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan

berubah pada tahun 2009 apabila peratusan tertinggi adalah daripada pembuatan

komponen dan papan elektronik sebanyak 10.8 peratus, pembuatan produk plastik

pada peratusan kedua tertinggi dengan jumlah pekerja mencatat 114 914 orang iaitu

6.8 peratus.

3.2 Pelaburan Asing dan Tempatan

3 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 1998”.4 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 2008”5 Jadual 12: Bilangan penduduk bekerja mengikut industri, Kelantan, 1982-2011. Industri dikelaskan mengikut “Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008”6 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 37-39)

15

Page 16: International economics

Pelaburan berperanan membawa masuk aliran dana ke dalam setiap sektor,

terutamanya sektor perkilangan yang disasarkan melalui pelaburan domestik dan

“Foreign Direct Investment” (FDI) dengan menyokong inovasi dan meningkatkan

produktiviti. Sehingga Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan

sebanyak RM 2.54 bilion yang mana sejumlah RM 2.45 bilion (lebih 97%) adalah

pelaburan swasta dan RM 82 juta adalah pelaburan asing. Di dalam 19 projek yang

diluluskan oleh Kerajaan Negeri, 1 projek adalah meliputi projek kilang simen7.

Menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)8 yang meliputi negeri Kelantan,

Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor adalah destinasi pelaburan yang

distingtif, dinamik da kompetitif yang menawarkan pakej komprehensif kepada para

pelabur dari seluruh dunia yang menggariskan lima kelompok ekonomi utama dan

salah satu daripadanya adalah sektor pembuatan (perkilangan). Hal ini berikutan

pelaksanaan projek Taman Halal Pasir Mas, Kelantan yang dibiayai kerajaan Pusat

bernilai RM63.16 juta.

Sumbangan sektor perkilangan di negeri Kelantan dari sudut pelaburan

memperlihatkan pelbagai insentif-insentif fiskal ECER ditawarkan, termasuklah,

pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun, Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak, pengecualian cukai

jualan dan juga diberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat berdasarkan merit

bagi setiap kes. Kerajaan pusat turut menawarkan insentif bukan fiskal kepada

kerajaan negeri ECER dari segi pemberian kadar diskaun untuk premium tanah, cukai

dan taksiran, jaminan bagi tempoh pajakan tanah untuk tempoh waktu tertentu dan

kelonggaran khas dalam pengambilan tenaga kerja ekspatriat (orang yang

berkewarganegaraan asing tinggal di sesuatu negara). Sehubungan dengan itu juga,

Bank Negara Malaysia menawarkan secara eksklusif terhadap para pelabur

menikmati kelonggaran khas dalam pertukaran matawang asing menerusi melabur di

syarikat-syarikat berstatus ECER yang menerima insentif fiskal. Ini menarik minat

7 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.51-52)8 Laporan Tahunan 2009. ECERDC. (hal. 91-95)

16

Page 17: International economics

pelabur-pelabur dalam dan luar untuk terus melabur di dalam sektor pembuatan

(perkilangan) negeri Kelantan.

Pada tahun 2009, pertumbuhan pelaburan dalam sektor pembuatan (perkilangan)

dengan nilai modal pelaburan sebanyak RM 110.7 juta bagi pelaburan luar dan RM

16.23 juta adalah pelaburan domestik9. Bagi tahun tersebut, empat (4) projek yang

telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)10. Prestasi

pelaburan meningkat sepanjang tahun 2010 yang mencatat 6 projek telah diluluskan

sepanjang tahun 2005-2010 (Jan-Apr) bagi industri tekstil dan produk tekstil.

Tambahan pula menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutamanya di

negeri Kelantan yang memfokuskan pengeluaran perkilangan bagi produk asas tani,

produk halal, membaiki dan membina sampan, getah-kayu berasaskan kluster dan

kraftangan, tekstil serta pakaian11.

Pelaburan terbaru iaitu menerusi 5 projek telah diluluskan pada tahun 2011 yang

bernilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM 128 591 573 dan tahun 2012 , projek

9 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.37)10 Laporan Sektor Perkilangan dan Perkhidmatan 2009 (hal.24-25)11 http://www.ecerdc.com.my/ecerdc/manufacturing.htm

17

Page 18: International economics

yang diluluskan berkurang kepada 4 projek yang mencatatkan nilai pelaburan

domestik RM 4 386 555 dan bagi pelaburan asing adalah sebanyak RM 110 700

00012. Nilai pelaburan asing bagi tahun 2012 meningkat daripada RM 38 650 994

pada tahun 2011. Pada Januari-Disember 2012 dan 2011, pelaburan domestik

menunjukkan penurunan sebanyak RM 85 554 024 iaitu tahun 2011 mencatatkan

nilai pelaburan domestik adalah yang paling tinggi iaitu RM 89 940 579 berbanding

pelaburan asing. Penempatan strategik kilang-kilang dalam kawasan perindustrian

secara sistematik13 adalah insentif dari Kerajaan Negeri untuk tarik pelabur ke

Kelantan contohnya melalui Projek pelabuhan Tok Bali yang menelan belanja RM

3.2 bilion menerusi pelaburan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 230 juta dan

RM 3 bilion pelaburan dari syarikat swasta14.

3.3 Perkembangan Infrastruktur

Pertambahan sektor perkilangan di negeri Kelantan, kerajaan negeri menaiktaraf

rangkaian jalanraya dan jalan kereta api yang diselenggarakan apabila kemudahan

tersebut merupakan jalan alternatif bagi kenderaan industri perkilangan beroperasi.

Contohnya; Lebuh Raya Timur-Barat yang melibatkan kos pembinaan adalah RM

296 juta adalah merupakan infrastruktur terbaik yang dibina bagi memudahkan sistem

pengangkutan dan perhubungan Gerik (Perak) dengan Jeli (Kelantan). Lebih banyak

industri atau perniagaan iaitu diwujudkan kawasan-kawasan Bandar dan kilang

kerana pengguna boleh sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah. Jalan

raya di Gua Musang adalah jalan alternatif yang digunakan oleh industri perkilangan

balak menghantar barangan ke luar dari negeri tersebut. Begitu juga lain-lain industri

perkilangan. Perkongsian jalan alternatif tersebut dengan lain-lain pengguna adalah

bahaya sama sekali, jadi kerajaan negeri dengan bantuan JKR negeri Kelantan

membina Lebuhraya Timur-Barat khas bagi lain-lain pengguna.

12 Projek yang diluluskan mengikut negeri, Januari-Disember 2012 dan 2011 (dalam RM), yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).13 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan 14 Utusan Kelantan- Tok Bali pemangkin Ekonomi

18

Page 19: International economics

Pembangunan projek Halal Hub melalui Industri Marin di Tok Bali yang

dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan memberi

kemudahan penyewaan ke atas lot-lot, bangunan kilang dan mesin peralatan. Ini selari

dengan menggalakkan produktiviti dari pengusaha-pengusaha Bumiputera memenuhi

piawaian dan keperluan masyarakat Islam dan juga antarabangsa15. Ini seterusnya

sebagai landasan industri gas, minyak dan luar pantai beroperasi. Pelabuhan Tumpat

dan Kuala Krai dijadikan sebagai alternatif sistem pengangkutan untuk hasil simen,

marmar dan granite yang diusahakan di Gua Musang. Pelabuhan di Pantai Senok,

Bachok dijadikan sebagai pengkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia.

Peruntukan Kerajaan Pusat adalah untuk membina infrastruktur asas bagi Taman

Halal Pasir Mas, Kelantan dan juga pembinaan kilang-kilang operasi. Hal ini

bertujuan membantu PKS meningkatkan pasaran produk halal yang menepati

piawaian antarabangsa serta memperkenalkan ke peringkat persada global. Selain itu

juga untuk menarik ramai pelabur-pelabur domestik dan asing melabur ke atas projek

terutamanya dalam sektor perkilangan.

3.4 Peratusan Sumbangan dalam KDNK

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kelantan pada tahun 2008 telah

menyumbang RM 9273 juta atau 1.76 peratus kepada KDNK Malaysia dan

mencatatkan sektor pembuatan (perkilangan) menyumbang kepada ekonomi negeri

Kelantan sebanyak 4.31 peratus selepas sektor pertanian. Pengkhususan dalam kilang

pembuatan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi kriteria penting

dalam menjana produktiviti dan inovasi. Menurut perangkaan ini, KDNK negeri

Kelantan merekod pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus sehinggakan kadar kemiskinan

jatuh kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada tahun 200716.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Negeri Kelantan

mencatatkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga unjuran 2015 iaitu RM 353 juta

15 Melalui laman web : www.pkink.gov.my16 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 24-25)

19

Page 20: International economics

kepada RM 525 juta. Tahun 2007 mencatat sebanyak RM 369 juta sehingga

bertambah kepada RM 400 juta (RM 9273 juta jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi).

Sumbangan kepada KDNK oleh sektor ini masih rendah berbanding lain-lain negeri.

Data menunjukkan negeri Kelantan lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan

pertanian.

Peratusan Sumbangan Aktiviti Ekonomi Mengikut Negeri pada Harga Malar 2000

Tahun 2010

Menerusi jadual di atas, peratusan sumbangan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri

Kelantan pada tahun 2000 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 4.7

peratus iaitu peratusan yang terendah berbanding lain-lain negeri. Aktiviti ekonomi di

negeri Kelantan mulai meningkat kepada sektor perkhidmatan yang mencatatkan 73.8

peratus iaitu mencatatkan peratusan yang ketiga tertiga mengikut negeri. Sektor

kedua tertinggi di negeri Kelantan adalah pertanian yang mencatatkan bilangan 19.4

peratus.

20

Page 21: International economics

Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

Berdasarkan jadual di atas, pembahagian peratusan mengikut aktiviti ekonomi bagi

negeri Kelantan pada tahun 2010 khusus sektor pembuatan (perkilangan)

mencatatkan 0.3 peratus iaitu menyaksikan bahawa tiada perubahan dalam peratusan

berbanding tahun 200917 (jadual di lampiran). Begitu juga bagi lain-lain sektor di

negeri Kelantan yang rata-rata adalah mencatat peratusan yang sama pada tahun

2009.

17 http://www.statistics.gov.my

21

Page 22: International economics

4.0 PROSPEK

Dalam tahun 2013, dijangka iklim pelaburan dalam sektor perindustrian Negeri Kelantan

akan bertambah rancak terutama sektor perkilangan. Hal ini kerana banyak projek yang

dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan beserta dengan bermodalkan pelabur domestik dan asing

mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan iaitu terutamanya penduduk Negeri

Kelantan. Penduduk Negeri Kelantan yang rata-ratanya adalah penduduk yang mengerjakan

aktiviti ekonomi tradisional baik sebagai nelayan mhupun petani. Jadi, dengan pelaksanaan

projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali serta projek yang berkait rapat dengan sektor

pembuatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Program Wilayah Ekonomi

Pantai Timur (ECER) dijangka dapat menampung kapasiti lebih dari 2000 tenaga buruh bagi

mengelakkan pengangguran.

Walaubagaimanapun, sumbangan aktiviti perindustrian adalah relatif rendah. Aktiviti

perindustrian masih lagi bergantung kepada industri kotej, berskala kecil dan berskala

sederhana. Bilangan industri berskala besar adalah kecil dan tertumpu di Kota Bharu dan

Kuala Krai. Isu utama dalam perindustrian ialah kurang kemasukan pelaburan. Kebanyakan

pengusaha perindustrian adalah pengusaha tempatan yang menjalankan kegiatan dengan

bersaiz modal yang kecil. Malahan, aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya tertumpu dan

lebih kepada memenuhi permintaan tempatan serta sekitar dalam negara. Dari segi

infrastruktur, amatlah diperlukan yang sebenar-benarnya mampu menampung jumlah

kepadatan penduduk negeri Kelantan.

22

Page 23: International economics

Kelantan mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal. Kos hidup di negeri ini

masih rendah berbanding negeri-negeri perindustrian di wilayah barat. Dengan keluasan

tanah di Kelantan mampu menampung keperluan sektor perindustrian. Kelantan masih lagi

mempunyai kawasan-kawasan perindustrian yang belum dimajukan.

5.0 MASALAH

Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh Negeri

Kelantan dalam mempertingkatan dan memajukan Negerinya dalam sektor

perindustrian yang dikatakan kurang membangun daripada negeri-negeri yang lain di

Malaysia. Industri di negeri Kelantan lebih berintensifkan buruh berbanding yang

kawasan yang terdapat di pantai barat Semenanjung Malaysia.

5.1 Kemudahan Infrasturuktur

Antara salah satu masalah yang berlaku di Kelantan menyebabkan negeri ini kurang

membangun daripada negeri maju yang lain ialah kemudahan infrasturuktur yang

sangat terbatas. Negeri ini tidak mempunyai tempat pergudangan dan pelabuhan yang

besar contohnya pelabuhan udara,air dan darat seperti yang terdapat di Negeri

Selangor iaitu Pelabuhan Port Klang, Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan di

Pulau Pinang Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan pusat pedagangan yang

utama di Malaysia. Lokasi perairan yang strategik menyebabkan pedagang membuat

pelabuhan persinggahan yang bagi kapal-kapal yang singgah diperairan untuk

penyimpanan dan pengagihan barang dagangan mereka. Kelantan hanya mempunyai

pelabuhan darat yang terhad di Kuala Krai untuk menyokong kegiatan pengeksportan

dan pengimportan melalui laluan kereta api. Namun, Pelabuhan Kuantan dan

Pelabuhan di Kemaman Pahang telah disediakan untuk member khidmat kepada

23

Page 24: International economics

pedagang-pedagang yang beroperasi di sekitar kawsan koridor pantai timur. Kedua-

dua pelabuhan ini pelabuhan yang khusus dan tidak mampu untuk mengendalikan

barang-barang tertentu.

5.2 Jaringan Jalan Raya

Kurangnya jaringan jalan raya yang mencukupi dan terhad, antara penyebabkan

masalah bagi negeri Kelantan ini kurang membangan daripada negeri yang lain.

Negeri di kawasan Selatan, barat dan utara Malaysia mempunyai kemudahan jaringan

jalan raya yang baik dan cekap contohnya Lebuh Raya Utara-Selatan. Jaringan jalan

raya merupakan salah satunya model pengangkutan yang terpenting kepada

pemangkin pembangunan ekonomi Negara bagi menghubungkan kawasan pertanian,

perikanan dan kawasan perindustrian dan perlombongan dengan bandar-bandar yang

besar. Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan

kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri di Kelantan terbantut.

Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa

masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran

dengan cepat dan berkesan. Ini akan merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu

adalah barangan yang cepat rosak dan tdak tahan lama.

5.3 Pengendalian Kargo

Kelantan tidak mempunyai perkhidmatan pengendalian kargo udara. Kebanyakan

pengendalian kargo dilakukan melalui jalan raya. Oleh kerana tiada kemudahan

pelabuhan dan kemudahan kargo udara, negeri ini tidak memenuhi syarat untuk

membina kawasan perindustrian perdagangan bebas cukai (free trade zone, FTZ).

24

Page 25: International economics

Walau bagairnanapun, terdapat beberapa kilang di Pengkalan Cepa yang diberikan

status Pengilang Berlesen (Licensed Manufacturing Warehouses, LMW) yang

membebaskan mereka dari cukai import dan eksport terhadap bahan dan barangan

yang diperdagangkan.

5.4 Kurang Keyakinan Pelabur

Kelantan kurang mendapat keyakinkan kepada para pelabur bahawa negeri ini dapat

menawarkan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memuaskan dari segi

perindustrian. Ini kerana lokasinya yang kurang strategik dengan kemudahan

infrasturuktur yang terhad menyebabkan Kelantan kurang pelabur yang datang untuk

melabur di kawasan berkenan untuk mempertingkatkan dan memajukan lagi kawasan

perindustrian di negeri tersebut. Rata-ratanya pelabur lebih meminati untuk melabur

dikawasan yang mempunyai lokasi yang strategik untuk membangunkan suatu

kawasan perindustrian. Ini bertujuan untuk pelabur dapat memaksimumkan

keuntungan syarikat mereka sendiri dalam pada masa yang sama dapat

meminimumkan kos output dan input.

25

Page 26: International economics

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dapat dijelaskan bahawa Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh

memandangkan jumlah penduduknya yang ramai. Maka wujudnya sektor-sektor seperti

perkilangan dan IKS di sana telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,

sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti yang dijelaskan oleh Hukum Okun,

dengan pengurangan kadar pengangguran akan meningkatkan KDNK Negara tersebut. Hukum

itu terpakai untuk negeri Kelantan juga, sekaligus memberikan kesan kepada KDNK Negara.

Pengurangan kadar pengangguran menyebabkan ekonomi negeri tersebut meningkat.

Selain faktor buruh, penglibatan pelaburan asing dan tempatan serta perkembangan infrastruktur

memainkan peranan dalam meningkatkan perkembangan ekonominya.

Selain itu juga, dapat disimpulkan disini bahawa sektor pekerjaan dalam bidang pertanian

menurun daripada tahun 1990 sehingga 2000 manakala daripada sektor pengeluaran pulang

meningkat daripada tahun 1982 sehingga tahun 2000 (rujuk Jadual 2). Hal ini mungkin kerana

perubahan peredaran masa daripada sektor pertanian kepada sektor industri. Selain itu juga

minat yang kurang daripada golongan muda untuk terus mewarisi kemahiran pertanian nenek

moyang mereka dan lebih selesa memilih untuk berimigrasi ke bandar dan mencari peluang

pekerjaan di sana.

26

Page 27: International economics

7.0 CADANGAN

Daripada apa yang telah kami kaji dan perolehi maklumat mengenai negeri Kelantan ini, kami

dapati terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan Kelantan terus maju

dan dapat memberi sumbangan kepada KDNK Negara selain daripada dapat meningkatkan lagi

pencapaian ekonomi mereka.

6.1 Kemudahan infrastruktur

Dengan memperbanyakkan kemudahan infrastruktur yang bersesuaian dengan lokasi,

ia dapat memudahkan perhubungan Kelantan dengan negeri lain dan sekaligus dapat

meningkat ekonomi negeri. Sebagai contoh, dengan pembinaan lebuhraya dan

menghubungkan Kelantan dengan negeri lain daripada segi pengangkutan misalnya.

6.2 Pengendalian kargo

Apabila pengendalian karrgo ini dibina, maka ia akan memudahkan perantaraan

perhubungan daripada pelabuhan laut dan udara. Dengan wujudnya kargo sebegini,

ia memudahkan pelabur misalnya untuk terus tiba di Kelantan tanpa perlu singgah di

tempat lain secara berperingkat hanya untuk memastikan dapat membuat urusan

perniagaan dengan Kelantan.

6.3 Menarik minat pelabur tempatan dan asing

27

Page 28: International economics

Kajian mendapati pelabur kurang berminat serta tidak yakin untuk melabur di

Kelantan. Hal ini mungkin mereka merasakan tidak akan mendapat keuntungan yang

lumayan apabila melabur di Kelantan akibat kekangan faktor-faktor lain. Maka

Kelantan harus menarik minat pelabur agar yakin dan berminat untuk melabur di

Kelantan dengan menawarkan keuntungan yang lumayan selain faktor persekitaran

yang sejahtera. Contohnya, menarik minat pelabur melalui sektor pelancongan

seperti membangunkan zon pelancongan pantai di Pantai Cahaya Bulan dan Pantai

Mek Mas yang terletak di Kota Bharu.

6.4 Meningkatkan pembangunan di kawasan pusat

Dengan pembangunan di kawasan pusat yang strategik, ia dapat menjamin

penglibatan pelabur serta meningkatkan banyak peluang pekerjaan di negeri tersebut

dan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, dengan memberi tumpuan

kepada pembangunan di Kubang Kerian dalam sektor pendidikan. Tambahan pula

Kubang Kerian sememangnya di kenali sebagai pusat pendidikan di sana dengan

tertubuhnya institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu,

memberi tumpuan pada pembangunan di Kuala Krai yang terkenal dengan kemahiran

buruh mereka dalam seni kraftangan. Selain Kubang Kerian dan Kuala Krai,

Pengkalan Chepa juga antara pusat yang strategik untuk dibangunkan oleh kerajaan

pusat, memandangkan dengan terbinanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di

sana.

28

Page 29: International economics

29