| rabu, 22 mac 2017 9 gah! - nuh.com.sg and visitors... · yang bimbang oksigen tidak akan...

1
EFARID HAMZAH [email protected] KEBANYAKAN remaja sebayanya tia- da masalah bergolek atas katil semasa mereka tidur. Namun bagi Putera Mahadhir Asyraaf Mohammed Shamsul, 14 tahun, pergera- kannya sering terhad setiap kali tidur pa- da sebelah malam. Sebabnya, dia perlu memakai mesin te- kanan udara yang bertindak selaku rawa- tan terapi bagi masalah apnea (keadaan terhenti atau tersekat pernafasan bebera- pa ketika) semasa tidur. Diberi nama Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP), mesin itu di- gunakannya hampir setiap malam sejak sembilan tahun lalu. MASALAH SERIUS Anak tunggal Cik T. Mazlina T. Mari- dan, 44 tahun, dan Encik Mohammed Shamsul Mohammed Ridzuan, 46 tahun, itu telah menghidap masalah tersebut se- jak usianya lima tahun. Masalah itu dianggap serius sehingga- kan beliau sering terjaga pada sebelah malam – meskipun selepas memakai me- sin tersebut. “Sepanjang tempoh itu saya habiskan masa tidur di sisinya hampir setiap malam. “Kerap kali dia akan tersentak lalu duduk kerana sukar bernafas. “Apabila ini semua berlaku, saya akan pujuk dia agar tidur atau gerakkan tubuh- nya agar dia tersedar. “Boleh dikatakan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak hampir setiap malam,” kata Cik Mazlina. Masalah yang dialaminya bagaikan membuat tubuh remaja itu terus bertam- bah berat. Pada usia semuda itu, Putera Maha- dhir yang kini setinggi 1.83 meter mempu- nyai berat badan sekitar 150 kilogram. “Setiap kali dia tidur, saya akan de- ngar bunyi pengaliran udara pada mesin- nya itu. “Tapi jika tiada bunyi, saya tahu baha- wa dia tidak bernafas,” ujar Cik Mazlina yang bimbang oksigen tidak akan meng- alir pada peparu atau otaknya jika ini ber- laku. PELBAGAI PENYAKIT Menceritakan kisah kesihatan anaknya semasa kecil, Cik Mazlina berkata Putera Mahadhir telah menjalani beberapa pem- bedahan sejak berusia tiga bulan lagi. Ketika itu alat stent terpaksa dipasang pada ginjal bagi menyokong ginjal kanan- nya yang kini hanya 34 peratus berfungsi. Pada usia tiga tahun pula, Putera Maha- dhir perlu menjalani satu pembedahan ba- gi masalah tonsil pada bahagian belakang tekaknya. Semasa usianya mencecah lima tahun pula, mata kirinya perlu dibedah meman- dangkan bebola hitamnya kian juling. Doktor yang bimbang ia boleh membuta- kan matanya, telah menjalankan pembe- dahan tersebut seawal mungkin. Apabila usianya mencecah 12 tahun pula, lutut kanannya hampir dibedah me- mandangkan berat badannya kian bertam- bah hingga memberi tekanan kepada lu- tutnya. Namun keluarganya mengambil kepu- tusan enggan menjalankan pembedahan tersebut. Akibat daripada kesemua yang dilalui- nya itu, Putera Mahadhir juga tidak dapat bersenam secara berlebihan apatah lagi bermain bola sepak. “Guru dan rakannya juga prihatin se- masa dia di sekolah. “Mereka sering ingatkan Mahadhir agar tidak terlalu penat semasa terlibat dalam apa jua kegiatan,” jelas Encik Mo- hammed Shamsul. Putera Mahadhir yang gemar sukan bo- la sepak mengakui kurang ceria setiap ka- li tiba waktu kegiatan luar darjah yang la- sak dilakukan. “Saya tidak seperti rakan-rakan lain dan saya tidak dapat bersukan dengan mereka. MASALAH KEWANGAN “Tapi saya bersabar dan sentiasa ber- doa agar penyakit saya ini akan cepat sem- buh,” ujar anak muda yang pendiam itu la- gi. Kini Putera Mahadhir perlu menjalani pemeriksaan setiap dua bulan bagi masalah ginjalnya dan setiap enam bulan bagi masalah tidurnya. Adakah bebanan kos rawatan menje- jas keluarganya? “Masalah kewangan memang tidak da- pat dielakkan, apatah lagi saya baru diber- hentikan kerja. “Mujur isteri saya rajin mengambil tempahan buat kuih sementara ibu men- tua pula menerima tempahan membuat makanan segera,” ujar Enck Mohammed Shamsul lagi yang masih berusaha men- cari pekerjaan bagi menampung perbelan- jaan keluarga. MASALAH apnea (keadaan terhenti atau tersekat pernafasan be- berapa ketika) semasa tidur, bukan sekadar men jejas golongan de- wasa bahkan ka- nak-kanak. Seperti yang dikata- kan Ketua Divisyen Pul- monari dan Tidur Paedi- atrik di Hospital Univer- siti Nasional (NUH), Dr Mahesh Babu Rama- murthy, pihaknya telah berjumpa beberapa ra- tus kanak-kanak se- panjang tiga tahun lalu yang menghadapi masalah apnea tidur dan berkaitan dengan- nya. Malah, semakin ra- mai kanak-kanak de- ngan masalah apnea ti- dur telah mendapatkan rawatan di situ saban tahun. “Pusat kami juga dirujukkan kes-kes ter- uk berkaitan apnea ti- dur. Ia boleh menjejas semua peringkat usia kanakkanak, namun yang paling biasa ialah golongan berusia antara empat dengan 10 tahun,” katanya. Antara sebab makin ramai kanak-kanak ber- masalah apnea tidur dirujuk pada pihaknya ialah kerana kesedaran ibu bapa dan doktor yang bertambah. “Kami juga lihat per- tumbuhan trend ka- nak-kanak yang meng- hadapi masalah kege- mukan – juga faktor yang berisiko bagi ap- nea. Ini dikesan di ka- langan kanak-kanak de- ngan sesetengah ciri mu- ka. “Antaranya mereka yang mempunyai tu- lang rahang rendah atau kanak-kanak yang pernah menjalani pem- bedahan lelangit rekah. Ia juga menjejas kanak- kanak bermasalah otot seperti distrofi musku- lar Duchenne,” kata- nya dalam e-mel kepa- da Gah! Apnea tidur merupa- kan masalah yang ber- sebab daripada perna- fasan terhenti seka- li-sekala atau perna- fasan singkat. Akibat- nya pesakit tidak boleh tidur nyenyak. Ia tidak menyebab- kan kematian tetapi boleh menjejas kesiha- tan. Apnea tidur juga boleh menjejas kelako- nan akademik dan memori, dan memberi kesan buruk pada fung- si jantung selain menje- jas pertumbuhan dan pembangunan kanak- kanak. Namun masalah itu boleh dirawat. Pesakit dengan ap- nea yang tidak begitu teruk – kadangkala ra- watannya ialah sembu- ran intranasal dan ubat makan bagi merawat alahan saluran udara ba- hagian atas. Tetapi ini perlu dipantau pakar. Mengenai mesin CPAP itu , ia memban- tu menghasilkan tekan- an udara yang bertam- bah dengan menghasil- kan aliran udara yang tinggi. Pada masa ini, seki- tar 100 kanak-kanak perlukan mesin CPAP, kata Dr Mahesh. Mesin bantu tangani masalah nafas tersekat bila tidur Si kecil pun boleh hidapi apnea PERGERAKAN TERBATAS: Putera Mahadhir Asyraaf (atas) tidak dapat bergerak bebas semasa tidur kerana perlu memakai mesin CPAP hampir setiap malam. Kelihatan ibu dan ayahnya, Cik T. Mazlina T. Maridan dan Encik Mohammed Shamsul, yang sentiasa memantau keadaan anak mereka ketika dia tidur dengan menggunakan mesin CPAP itu. – Foto-foto FARID HAMZAH DAN CIK T. MAZLINA T. MARIDAN Berita Harian | Rabu, 22 Mac 2017 9 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: lecong

Post on 18-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: | Rabu, 22 Mac 2017 9 Gah! - nuh.com.sg and Visitors... · yang bimbang oksigen tidak akan meng-alir pada peparu atau otaknya jika ini ber- ... pada ginjal bagi menyokong ginjal kanan-nya

EFARID [email protected]

KEBANYAKAN remaja sebayanya tia-da masalah bergolek atas katil semasa mereka tidur.

Namun bagi Putera Mahadhir Asyraaf Mohammed Shamsul, 14 tahun, pergera-kannya sering terhad setiap kali tidur pa-da sebelah malam.

Sebabnya, dia perlu memakai mesin te-kanan udara yang bertindak selaku rawa-tan terapi bagi masalah apnea (keadaan terhenti atau tersekat pernafasan bebera-pa ketika) semasa tidur.

Diberi nama Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP), mesin itu di-gunakannya hampir setiap malam sejak sembilan tahun lalu.

MASALAH SERIUS

Anak tunggal Cik T. Mazlina T. Mari-dan, 44 tahun, dan Encik Mohammed Shamsul Mohammed Ridzuan, 46 tahun, itu telah menghidap masalah tersebut se-jak usianya lima tahun.

Masalah itu dianggap serius sehingga-kan beliau sering terjaga pada sebelah malam – meskipun selepas memakai me-sin tersebut.

“Sepanjang tempoh itu saya habiskan masa tidur di sisinya hampir setiap malam.

“Kerap kali dia akan tersentak lalu duduk kerana sukar bernafas.

“Apabila ini semua berlaku, saya akan pujuk dia agar tidur atau gerakkan tubuh-nya agar dia tersedar.

“Boleh dikatakan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak hampir setiap malam,” kata Cik Mazlina.

Masalah yang dialaminya bagaikan membuat tubuh remaja itu terus bertam-bah berat.

Pada usia semuda itu, Putera Maha-dhir yang kini setinggi 1.83 meter mempu-nyai berat badan sekitar 150 kilogram.

“Setiap kali dia tidur, saya akan de-ngar bunyi pengaliran udara pada mesin-nya itu.

“Tapi jika tiada bunyi, saya tahu baha-wa dia tidak bernafas,” ujar Cik Mazlina

yang bimbang oksigen tidak akan meng-alir pada peparu atau otaknya jika ini ber-laku.

PELBAGAI PENYAKIT

Menceritakan kisah kesihatan anaknya semasa kecil, Cik Mazlina berkata Putera Mahadhir telah menjalani beberapa pem-bedahan sejak berusia tiga bulan lagi.

Ketika itu alat stent terpaksa dipasang pada ginjal bagi menyokong ginjal kanan-nya yang kini hanya 34 peratus berfungsi.

Pada usia tiga tahun pula, Putera Maha-dhir perlu menjalani satu pembedahan ba-gi masalah tonsil pada bahagian belakang tekaknya.

Semasa usianya mencecah lima tahun pula, mata kirinya perlu dibedah meman-dangkan bebola hitamnya kian juling. Doktor yang bimbang ia boleh membuta-kan matanya, telah menjalankan pembe-dahan tersebut seawal mungkin.

Apabila usianya mencecah 12 tahun pula, lutut kanannya hampir dibedah me-mandangkan berat badannya kian bertam-bah hingga memberi tekanan kepada lu-tutnya.

Namun keluarganya mengambil kepu-tusan enggan menjalankan pembedahan tersebut.

Akibat daripada kesemua yang dilalui-nya itu, Putera Mahadhir juga tidak dapat bersenam secara berlebihan apatah lagi bermain bola sepak.

“Guru dan rakannya juga prihatin se-masa dia di sekolah.

“Mereka sering ingatkan Mahadhir agar tidak terlalu penat semasa terlibat dalam apa jua kegiatan,” jelas Encik Mo-hammed Shamsul.

Putera Mahadhir yang gemar sukan bo-la sepak mengakui kurang ceria setiap ka-li tiba waktu kegiatan luar darjah yang la-sak dilakukan.

“Saya tidak seperti rakan-rakan lain

dan saya tidak dapat bersukan dengan mereka.

MASALAH KEWANGAN

“Tapi saya bersabar dan sentiasa ber-doa agar penyakit saya ini akan cepat sem-buh,” ujar anak muda yang pendiam itu la-gi.

Kini Putera Mahadhir perlu menjalani pemeriksaan setiap dua bulan bagi masalah ginjalnya dan setiap enam bulan bagi masalah tidurnya.

Adakah bebanan kos rawatan menje-jas keluarganya?

“Masalah kewangan memang tidak da-pat dielakkan, apatah lagi saya baru diber-hentikan kerja.

“Mujur isteri saya rajin mengambil tempahan buat kuih sementara ibu men-tua pula menerima tempahan membuat makanan segera,” ujar Enck Mohammed Shamsul lagi yang masih berusaha men-cari pekerjaan bagi menampung perbelan-jaan keluarga.

MASALAH apnea (keadaan terhenti atau tersekat pernafasan be-berapa ketika) semasa tidur, bukan sekadar men jejas golongan de-wasa bahkan ka-nak-kanak.

Seperti yang dikata-kan Ketua Divisyen Pul-monari dan Tidur Paedi-atrik di Hospital Univer-siti Nasional (NUH), Dr Mahesh Babu Rama-murthy, pihaknya telah berjumpa beberapa ra-tus kanak-kanak se-panjang tiga tahun lalu yang menghadapi masalah apnea tidur dan berkaitan dengan-nya.

Malah, semakin ra-mai kanak-kanak de-ngan masalah apnea ti-dur telah mendapatkan rawatan di situ saban tahun.

“Pusat kami juga dirujukkan kes-kes ter-uk berkaitan apnea ti-dur. Ia boleh menjejas semua peringkat usia kanakkanak, namun yang paling biasa ialah golongan berusia antara empat dengan 10 tahun,” katanya.

Antara sebab makin ramai kanak-kanak ber-masalah apnea tidur dirujuk pada pihaknya ialah kerana kesedaran ibu bapa dan doktor yang bertambah.

“Kami juga lihat per-tumbuhan trend ka-nak-kanak yang meng-hadapi masalah kege-mukan – juga faktor yang berisiko bagi ap-nea. Ini dikesan di ka-langan kanak-kanak de-ngan sesetengah ciri mu-ka.

“Antaranya mereka yang mempunyai tu-lang rahang rendah atau kanak-kanak yang pernah menjalani pem-bedahan lelangit rekah. Ia juga menjejas kanak-kanak bermasalah otot seperti distrofi musku-lar Duchenne,” kata-nya dalam e-mel kepa-da Gah!

Apnea tidur merupa-kan masalah yang ber-sebab daripada perna-fasan terhenti seka-li-sekala atau perna-fasan singkat. Akibat-nya pesakit tidak boleh tidur nyenyak.

Ia tidak menyebab-kan kematian tetapi boleh menjejas kesiha-tan.

Apnea tidur juga boleh menjejas kelako-nan akademik dan memori, dan memberi kesan buruk pada fung-si jantung selain menje-jas pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak. Namun masalah itu boleh dirawat.

Pesakit dengan ap-nea yang tidak begitu teruk – kadangkala ra-watannya ialah sembu-ran intranasal dan ubat makan bagi merawat alahan saluran udara ba-hagian atas. Tetapi ini perlu dipantau pakar.

Mengenai mesin CPAP itu , ia memban-tu menghasilkan tekan-an udara yang bertam-bah dengan menghasil-kan aliran udara yang tinggi.

Pada masa ini, seki-tar 100 kanak-kanak perlukan mesin CPAP, kata Dr Mahesh.

Mesin bantu tangani masalah nafas tersekat bila tidur

Si kecil pun boleh hidapi apnea

PERGERAKAN TERBATAS: Putera Mahadhir Asyraaf (atas) tidak dapat bergerak bebas semasa tidur kerana perlu memakai mesin CPAP hampir setiap malam. Kelihatan ibu dan ayahnya, Cik T. Mazlina T. Maridan dan Encik Mohammed Shamsul, yang sentiasa memantau keadaan anak mereka ketika dia tidur dengan menggunakan mesin CPAP itu. – Foto-foto FARID HAMZAH DAN CIK T. MAZLINA T. MARIDAN

Berita Harian | Rabu, 22 Mac 2017 9

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan