zuraidah binti md. deni - ir.unimas.my sarawak tourism board dalam... · menghidangkan makanan,...

24
PERANAN SARAWAK TOURISM BOARD DALAM MEMPROMOSIKAN RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2005 KEPADA MASYARAKAT UMUM DI SARAWAK ZURAIDAH BINTI MD. DENI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006 1

Upload: voque

Post on 13-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

PERANAN SARAWAK TOURISM BOARD DALAM MEMPROMOSIKAN RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2005 KEPADA MASYARAKAT UMUM

DI SARAWAK

ZURAIDAH BINTI MD. DENI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

1

Page 2: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH S. W. T YANG AMAT PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan Penyelidikan Tahun Akhir saya

dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Cik

Karen Samy. Tidak lupa kepada Dekan Fakulti Seni Gunaan clan Kreatif iaitu Profesor Madya

Mohd. Fadzil Abdul Rahman. Begitu juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang mengajar saya

di sepanjang pengajian saya di Universiti Malaysia Sarawak.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sarawak Tourism Board iaitu Cik

Sarren Micheal Abu dan Encik Benedict Jimbau yang telah sudi memberi kerjasama dalam

penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih kepada ayahanda saya Hj. Md. Deni Bin Abdullah dan bonda saya Mariam Binti Jais serta keluarga saya yang banyak memberi galakan dari segi kewangan

mahupun sokongan moral. Tanpa kalian saya tidak akan berada di tahap ini sekarang. Hanya

Tuhan sahaja yang dapat membalasjasa kalian.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ajees yang sudi memberi sokongan moral

yang jitu terhadap saya. Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak

membantu dari segi pendapat clan galakan kepada saya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung di dalam penyelidikan ini.

iv

Page 3: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

KANDUNGAN

Pengakuan

Penghargaan

Abstrak

Abtract

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pengenalan

1.1.1 Sarawak Tourism Board (STB)

1.1.2 Sarawak Cultural Village (SCV) dan

fungsinya kepada Rainforest World Music

Festival (RWMF)

1.1.3 Rainforest World Music Festival (RWMF)

1.2 Definisi Promosi

1.3 Objektif Kajian

1.4 Hipotesis

1.5 Permasalahan Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.7 Kesimpulan

11

iv

X

RI

I

I

3

5

7

9

10

11

12

13

14

V

Page 4: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Bab 2 Sorotan Kesusasteraan

2.0 Pengenalan

2.1 Definisi clan kaitannya dengan kajian

2.1.1 Festival

2.1.2 Promosi

2.1.3 Pengurusan Acara

2.3 Kesimpulan

Bab 3 Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer

3.3.2 Data Sekunder

3.4 Populasi

3.5 Persampelan

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Limitasi Kajian

3.8 Kesimpulan

15 15

15

19

22

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

vi

Page 5: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Bab 4 Analisa Dan Dapatan Kajian

4.0 Pengenalan

4.1 Borang Soal Selidik

4.1.1 Bahagian A: Ciri-ciri Demografi

37

4.1.1.1 Analisa Jantina Responden 38

4.1.1.2 Analisa Umur Responden 39

4.1.1.3 Analisa Bangsa Responden 40

4.1.1.4 Analisa Taraf Pendidikan Responden 41

4.1.2 Bahagian B

4.1.2.1 Analisa kenal RWMF 42

4.1.2.2 Analisa Pendapat umum tentang RWMF 43

4.1.2.3 Analisa Bayaran Kemasukan ke RWMF 45

4.1.2.4 Pendapat Responden Tentang Lokasi RWMF 47

4.1.2.6 Analisa Tentang Penyertaan Responden ke RWMF 48

4.1.2.7 Analisa tentang acara yang menarik di RWMF 49

4.1.3 Bahagian C

4.1.3.1 Analisa Tentang Promosi Sebagai Elemen Penting 50

Untuk Memperkenalkan RWMF

4.1.3.2 Analisa tentang pendapat responden sama ada 52

informasi mengenai RWMF mudah diperolehi

4.1.3.3 Analisa Bagaimana Responden mendapatkan 53

maklumat tentang RWMF

vii

Page 6: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

4.1.3.4 Analisa Tentang Informasi yang Diperolehi Melalui 54

Iklan RWMF

4.1.3.5 Analisa Tentang Media yang Sesuai Untuk 55

Mempromosikan RWMF

4.1.3.6 Analisa Siaran Televisyen yang Menjadi 56

Pilihan Responden

4.1.3.7 Analisa Stesen Radio yang Menjadi Pilihan Responden 57

4.1.3.8 Analisa Akhbar yang kerap di langgani 58

4.1.3.9 Analisa Kerjasama daripada pihak kerajaan 59

dalam mempromosikan RWMF

4.1.3.10 Analisa Promosi Pihak STB perlu dipertingkatkan 60

4.1.3.11 Analisa pendapat responden sama ada RWMF harus 61

diadakan bergilir-gilir di setiap negeri

4.1.4 Bahagian D

4.1.4.1 Analisa pendapat responden sama ada Festival 62

kaum etnik di Sarawak perlu dikomersialkan

4.1.4.2 Analisa media yang sesuai mempromosikan 63

sesebuah festival

4.2 Hasil Temu ramah 64

4.3 Pengujian Hipotesis 69

4.4 Limitasi Kajian 70

4.5 Kesimpulan 71

viii

Page 7: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Bab 5 Rumusan dan Cadangan

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Cadangan

5.4 Cadangan untuk Kajian Akan Datang

5.1 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

72

72

75

80

80

81

84

85

91

ix

Page 8: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

ABSTRAK

Rainforest World Music Festival (RWMF) yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak

merupakan satu persembahan muzik antarabangsa yang menarik pemuzik dan peminat muzik

etnik dari seluruh dunia. Promosi merupakan elemen penting dalam memperkenalkan dan

menarik pelancong supaya menyertai festival ini. Penyelidikan ini adalah merupakan salah satu

kajian mengenai peranan Sarawak Tourism Board dalam mempromosikan RWMF 2005 kepada

masyarakat umum di Sarawak.

x

Page 9: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

ABSTRACT

The Rainforest World Music Festival (RWMF) which is held at the Sarawak Cultural

Village has become a truly international musical event, attracting performers and ethnic music

lovers from all corners of the world. Promotion is an important element in introducing and

attracting tourists to participate in this festival. This research examines the role of the Sarawak

Tourist Board in promoting RWMF to the public.

xi

Page 10: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik mengenai

Peranan Sarawak Tourism Board (STB) dalam mempromosikan Rainforest World Music

Festival 2005 kepada masyarakat umum di Sarawak. Penyelidik akan menyelidik tentang

keberkesanan promosi yang telah dijalankan sebelum ini.

Festival yang bertaraf antarabangsa ini memerlukan promosi yang baik untuk

memastikan misinya tercapai. Keunikan festival ini juga merupakan salah satu daya tarikan yang

kuat untuk menarik orang ramai datang untuk menyaksikannya. Pelbagai strategi promosi telah

dijalankan oleh pihak penganjur iaitu Sarawak Tourism Board (STB) dalam mempromosikan

festival ini.

1.1.1 Sarawak Tourism Board (STB)

Sarawak Tourism Board (STB) telah ditubuhkan pada Julai 1995. STB mewakili

Kementerian Pelancongan Sarawak dalam menguruskan bahagian promosi dan pemasaran

Sarawak kepada masyarakat umum. Selain daripada itu, STB juga bekerjasama dengan

Kementerian Pelancongan Malaysia.

I

Page 11: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Setiap organisasi mempunyai objektifnya yang tersendiri untuk memastikan matlamatnya

tercapai. Begitu juga dengan STB yang mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu: -

" Membentuk kesedaran kepada dunia perniagaan, media dan masyarakat tentang

keunikan Sarawak sebagai pusat perlancongan di peringkat tempatan dan

antarabangsa.

  Meletakkan Sarawak sebagai tempat destinasi pertama untuk budaya, alam semula

jadi dan perlancongan yang penuh cabaran kepada masyarakat tempatan dan

antarabangsa.

STB berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mempergiat dan mempromosikan

Sarawak sebagai sebuah destinasi perlancongan yang ideal di samping menganjur dan menarik

segenap masyarakat di Malaysia dan luar Negara untuk melancong ke Sarawak. '

Pihak STB telah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap promosi RWMF. Pelbagai

strategi promosi telah dijalankan. Antaranya promosi melalui media massa seperti Internet, radio

dan televisyen. Pihak STB telah memilih saluran Cats FM dan Light And Easy untuk

mengiklankan RWMF di dalam radio. Bagi pengiklanan di dalam televisyen pula STB telah

memilih saluran TV3 dan Astro. Manakala promosi yang berbentuk media cetak pula, pihak STB

telah memilih majalah, surat khabar seperti The Star, News Straits Times dan semua Surat khabar

tempatan Sarawak serta risalah. Pada mulanya, promosi utama RWMF adalah melalui 'word of

mouth' iaitu orang yang mula-mula dan pernah megikuti festival ini akan memberitahu kepada

I http//www. sarawaktourismboard. com. my

2

Page 12: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

orang lain supaya menyertai RWMF. Pihak STB tidak menetapkan golongan sasaran mereka.

Kebanyakan pengunjung yang datang adalah 'returned visitors'. Hal ini bermaksud, para

pengunjung yang pernah menyertai RWMF pada tahun sebelumnya akan membawa bersama

pengunjung barn iaitu ahli-ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Selalunya, promosi RWMF

ini dijalankan sebulan sebelum bermulanya festival diseluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak. Promosi ini dijalankan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa

dan agama. Pihak STB juga telah mengiklankan RWMF ini dalam majalah contohnya majalah

FROOTS yang merupakan majalah dari luar Negara iaitu dari United Kingdom (UK)' dan

majalah tempatan pula 'Consumer And Trade'. Di samping itu, pihak STB juga menjalankan

promosi di luar negara seperti di Hong Kong, Australia, United Kingdom dan China. Promosi ini

dilakukan apabila terdapat kakitangan STB yang menghadiri kursus di sana. Peluang ini telah

diambil oleh pihak STB untuk mengedarkan risalah sebagai teknik promosi RWMF.

1.1.2 Sarawak Cultural Village (SCV) dan fungsinya kepada Rainforest World Music

Festival (RWMF)

Sarawak terletak di Asia Tenggara dan mempunyai keluasan sebanyak 48,000 batu

persegi.; Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan merupakan salah satu bandar yang menarik di

Asia Tenggara. Di samping itu, Kuching juga telah diisytiharkan sebagai salah sebuah bandar

yang bersih oleh WHO (World Health Organisation). 4

2 Buku program-Rainforest World Music Festival 2005 (2005) Risalah-The Village of Seven Houses-The First Ten Years. Risalah-Kuching Tourist Map

3

Page 13: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Kampung Budaya Sarawak dikenali sebagai `muzium hidup'. Ini kerana setiap replika

rumah-rumah kaum etnik ini terdapat orang yang memakai pakaian tradisional mengikut jenis

etnik masing-masing.. Di samping itu, mereka akan menyambut tetamu yang datang dengan

menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat

persembahan. Ini merupakan keunikan dan daya tarikan Kampung Budaya Sarawak berbanding

muzium-muzium lain yang terdapat di Malaysia. Jika kita lihat kebanyakkan muzium akan

menggunakan patung-patung untuk memperagakan pakaian tetapi di Kampung Budaya Sarawak

pakaian etnik ini akan dipakai oleh manusia.

Di Kampung Budaya Sarawak ini, para pengunjung boleh mengenali budaya, seni dan

kraftangan Sarawak serta terdapat juga beberapa replika buah rumah kaum-kaum etnik di

Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Penan, orang Cina dan Melayu.

Keluasan SCV sebanyak 7 hektar yang terletak di kaki Gunung Santubong dapat memberi

peluang kepada para pengunjung untuk mengenali dan merasai keadaan sebenar kehidupan kaum

etnik di Sarawak. Para pengunjung yang datang berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang

disediakan di setiap rumah etnik yang terdapat di sini. Setiap hari para pengunjung juga akan

dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang berbentuk nyanyian clan tarian selama 45

minit. 5

Risalah-Damai dan Santubong

4

Page 14: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Sejak RWMF diadakan, Kampung Budaya telah dipilih sebagai tempat yang ideal untuk

menjalankan festival setiap tahun. Persembahan RWMF diadakan di kawasan yang terbuka di

mana sebuah pentas didirikan di dalam kawasan Kampung Budaya.

1.1.3 Rainforest World Music Festival (RWMF)

Rainforest World Music Festival (RWMF) telah bermula sejak tahun 1998. ' Idea

penubuhan RWMF ini dicetuskan oleh Randy Raine-Reusch. Beliau merupakan seorang

pemuzik dan `multi-instrumentalist' yang berasal daripada Kanada. Berikutan itu, RWMF ini

telah diadaptasikan daripada sebuah festival iaitu Winnipeg Folk Festival. Konsep festival ini

adalah mengetengahkan muzik tradisional penduduk tempatan ke peringkat antarabangsa serta

memberi peluang kepada pemuzik tempatan membuat persembahan seiring dengan pemuzik

antarabangsa. Bagi RWMF yang telah diadakan pada tahun ada tahun 2005, tiket untuk orang

dewasa adalah RM60.00 sehari dan bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun adalah

RM30.00 sehari.

Kebiasaannya, Festival ini diadakan tiga harf berturut-turut di Kampung Budaya Sarawak

setiap tahun sehingga sekarang. RWMF merupakan sebuah festival yang merangkumi7 : -

i. konsert mini.

ii. bengkel muzik dan tartan.

iii. persembahan jamming.

6 http: //www. rainforestworldmusicfestival. com. my ' http: //www. Rainforestworldmusicfestival2005. com. my

5

Page 15: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

iv. bengkel kanak-kanak.

v. Persembahan ahli muzik dari serata dunia.

Kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan di RWMF 2005 termasuklah8 : -

i. Acquaragia Drom dari Italy.

ii. Faiz Ali Faiz dari Pakistan.

iii. Tuku Kame dari Sarawak.

iv. Jerry Kamit dari Sarawak.

v. Marcin Ruminski dari Poland.

vi. Pya Kajan dan Westi Laweng dari Sarawak.

vii. Florencio Mess dan The Maya K'ekchi' Strings dari Belize.

viii. Tabuh Pak Ainal dari Sarawak.

ix. Baun Lenjau dari Sarawak.

X. Chulalongkorn University Ensemble dari Thailand.

xi. Sarawan dari Iran dan Kurdestan.

xii. Tabuh Pak Ainal dari Sarawak.

xiii. Old Spice Boys dari Sarawak.

xiv. The Foghorn Stringband dari Amerika Syarikat.

xv. Yelemba D'Abidjan dari Ivory Coast.

xvi. Shannon dari Poland.

xvii. Djamel Larousi dari Algeria.

xviii. Namgar dari Buryatia.

8 Buku Program-Rainforest World Music Festival 2005 (2005)

6

Page 16: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Persembahan ini diadakan pada waktu malam dengan diiringi lampu-lampu yang

berwarna-warni. Selain daripada membuat persembahan, RWMF diadakan bertujuan untuk

mempromosikan Sarawak secara tidak langsung. Memandangkan Sarawak mempunyai kaum

etnik yang pelbagai, hal ini menjadi satu daya tarikan yang unik pada pelancong dari dalam dan

luar Negara.

Rentetan daripada itu, terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi daripada festival

tersebut. Antaranya dapat mengenali budaya dan kepelbagaian kaum etnik di Sarawak. Semasa

festival ini dijalankan terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata seperti t-shirt, topi, payung,

CD, kasut dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai kenangan. Terdapat juga gerai yang

menjual hasil kraftangan masyarakat Sarawak seperti kuih-muih tradisional, perkhidmatan tattoo

dan ukiran inai.

1.2 Definisi Promosi

Menurut Engel, Warshow dan Kinner perkataan promosi berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud `bergerak ke depan'. Definisi promosi pula ialah "Komunikasi yang

digunakan untuk menerima orang lain dalam jualan barang, idea dan konsep". (James F, 1994: 5)9

Manakala menurut Zainal Abidin Mohd. Said meyatakan "Promosi merupakan kunci

kepada perancangan strategi yang harus dilihat sebagai faktor penggerak untuk merebut peluang

e Promotion Strategy (1994)

7

Page 17: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

pasaran dalam suatu strategi pemasaran. Promosi boleh diarah atau ditujukan kepada sesuatu

sasaran pasaran". (Zainal Abidin, 1998: 17)10

Selain daripada mempromosikan RWMF melalui Internet, bahagian pemasaran di STB

telah memilih kaedah promosi lain yang berbentuk media massa seperti radio dan television.

Saluran radio yang dipilih oleh STB untuk mempromosikan RWMF ialah Cats FM dan Light

and Easy. Cats FM merupakan saluran radio tempatan Sarawak. Manakala saluran TV3 dan

Astro telah dipilih untuk mempromosikan RWMF di televisyen. Di samping itu, periklanan

dalam bentuk media cetak juga digunakan. Promosi media cetak yang digunakan oleh STB untuk

mengiklankan RWMF adalah melalui majalah, Surat khabar dan risalah. Pihak STB juga telah

mengiklankan RWMF ini dalam majalah FROOTS yang merupakan majalah luar Negara iaitu

dari United Kingdom. Terdapat juga banner yang digunakan sebagai salah satu kaedah promosi.

Selalunya banner ini digantung di Waterfront, sekitar bandaraya Kuching, Universiti Malaysia

Sarawak dan di sekitar Sarawak yang menjadi tumpuan ramai.

Selain promosi secara bentuk media cetak dan elektronik, promosi berbentuk `mouth of

mouth ' telah digunakan. Promosi 'mouth of mouth' adalah apabila terdapat pelancong yang telah

menyertai festival ini, mereka akan memberitahu kepada sahabat, kaum keluarga atau orang lain

tentang keunikan festival ini dan mencadangkan supaya menyertai festival ini.

10 Pengurusan Pemasaran (1998)

8

Page 18: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Menurut buku Rujukan Asas Pemasaran, promosi boleh didefinasikan sebagai "Salah

satu elemen di dalam pemasaran campuran. Ianya boleh didefinasikan sebagai komunikasi yang

digunakan oleh pemasar-pemasar untuk memberitahu, menggalakan dan meyakinkan pembeli-

pembeli yang berpotensi supaya mereka mencuba dan membeli keluaran yang dipasarkan.

Campuran promosi terdiri daripada gabungan (2002: 141) '' : -

1) Pengiklanan

2) Penjualan peribadi

3) Promosi jualan

4) Perhubungan awam

5) Pemasaran langsung

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji Peranan Sarawak Tourism

Board (STB) dalam mempromosikan Rainforest World Music Festival kepada masyarakat umum

di Sarawak. STB telah menjalankan strategi promosi RWMF dalam bentuk media cetak dan

media massa. Penyelidik akan menyelidik tentang keberkesanan promosi yang telah dijalankan.

Selain itu kajian ini juga adalah untuk :-

9 Mengkaji keberkesanan promosi yang dilakukan oleh pihak STB samada ianya

mendatangkan kesan negatif atau positif pada masyarakat umum di Sarawak.

ii Asas Pemasaran (2002)

9

Page 19: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

" Mendapatkan maklumat mengenai kaedah promosi RWMF yang telah dilakukan oleh

Kementerian Pembangunan dan Perlancongan Sarawak sebelum ini.

" Mengkaji keberkesanan promosi terhadap golongan sasaran di Sarawak

" Mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh pihak STB sepanjang menjalankan promosi

RWMF.

" Mendapatkan kaedah untuk menghebahkan keunikan kepelbagaian etnik dan budaya di

Sarawak khususnya kepada masyarakat umum.

" Mendapatkan maklum balas daripada pengunjung-pengunjung mengenai strategi-strategi

periklanan yang dilakukan oleh pihak STB.

1.4 Hipotesis

Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan strategi

pomosi yang dijalankan oleh Sarawak Tourism Board dalam mempromosikan Rainforest World

Music Festival 2005 kepada masyarakat umum di Sarawak. Ini bermakna pengkaji akan

mengkaji strategi promosi yang telah dijalankan berjaya atau tidak. Jika strategi-strategi promosi

yang dijalankan ini tidak berjaya, pengkaji akan mengkaji apakah faktor yang menyebabkan

kegagalan tersebut.

10

Page 20: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

1.5 Permasalahan Kajian.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji mengenai keberkesanan strategi promosi

yang telah dijalankan oleh pihak penganjur. Di samping itu juga, sepanjang festival ini diadakan

terdapat masalah utama yang dihadapi. Masalah tersebut adalah tempat penginapan yang tidak

mencukupi untuk menempatkan pengunjung-pengunjung RWMF dari dalam dan luar Negara.

Permasalahan yang timbul dalam kajian ini ialah promosi yang dijalankan oleh pihak

STB tidak sampai kepada golongan sasaran mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh promosi

yang telah dibuat tidak mendapat tindak balas daripada golongan sasaran mereka.

Rentetan itu, di awal penubuhan festival ini terdapat permasalahan dari segi promosi

yang timbul. Hal ini di mana, RWMF kurang mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar

clan bantuan kewangan memandangkan RWMF pada masa itu belum dikenali ramai.

Selain itu, promosi RWMF yang dilakukan oleh pihak STB hanya diadakan pada

beberapa bulan sebelum festival bermula. Promosi yang berbentuk iklan jangka masa pendek

telah digunakan dan bukannya pengiklanan yang berterusan. Hal ini menyebabkan pihak

penganjur sukar untuk mendapatkan sambutan yang lebih efektif dan berjaya.

11

Page 21: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

1.6 Skop Kajian

Pengkaji menjalankan kajian di Sarawak Tourism Board (STB) untuk mendapatkan

maklumat yang terperinci. Hal ini kerana, STB merupakan penganjur utama RWMF. Penyelidik

mendapatkan maklumat seperti sejarah penubuhan, latar belakang, kaedah promosi yang

dijalankan dan pengurusan RWMF.

Pengkaji juga akan memfokuskan perhatian terhadap kajian strategi-strategi promosi

yang dijalankan oleh pihak STB samada strategi promosi yang telah dijalankan ini

mendatangkan kesan yang negatif atau positif. Strategi promosi RWMF yang digunakan oleh

pihak STB ialah periklanan yang berbentuk media massa dan media cetak.

Di samping itu, penyelidik akan mengkaji tentang RWMF itu sendiri. Penyelidik akan

mengkaji dari segi konsep persembahan, aktiviti-aktiviti yang diadakan, kumpulan muzik yang

membuat persembahan, sambutan pengunjung dan sebagainya.

Selain itu, penyelidik akan menjalankan kajian di beberapa kawasan di Sarawak seperti di

Kuching, Sibu dan Miri. Perolehan maklumat yang berbentuk borang soal selidik diedar untuk

menambah maklumat yang sedia ada. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada orang awam

di sekitar Kuching dan kakitangan di STB. Manakala di Sibu pula penyelidik mengedarkan

borang soal selidik di Pejabat PERKESO dan di Miri borang soal selidik diedarkan di Syarikat

12

Page 22: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

Petronas. Melalui borang soal selidik ini penyelidik akan mengkaji sambutan yang diterima

setelah promosi yang diadakan dan pendapat responden tentang RWMF.

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana

keberkesanan strategi promosi yang telah dijalankan oleh pihak STB dalam mempromosikan

RWMF. Hal ini kerana RWMF ini mempunyai nilai komersial dan nilai seni yang sangat tinggi

. Jadi, dengan adanya promosi yang hebat dan berterusan, festival ini pasti akan dapat

diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, diharap pihak STB akan dapat

mempromosikan RWMF kepada masyarakat umum di Sarawak dengan lebih efisyen lagi. Ini

kerana, melalui kajian yang telah dijalankan dapat membantu pihak STB mengenalpasti masalah

atau kekurangan strategi promosi yang telah dijalankan.

Seterusnya, melalui kajian ini penyelidik berharap dapat mengenalpasti strategi promosi

yang lebih efektif untuk RWMF dalam meningkatkan pemasaran produknya. Kaedah promosi

yang dicapai dapat digunakan oleh pihak STB untuk mempromosikan RWMF diSeluruh

Malaysia clan luar Negara.

13

Page 23: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

1.8 Kesimpulan

Secara konklusinya, bab ini menerangkan secara mendalam aspek-aspek yang berkaitan

dengan tujuan penyelidikan ini dilakukan. Oleh yang demikian, kajian ini lebih memberi

penekanan kepada strategi promosi yang dilakukan oleh pihak STB dan memberi tumpuan

kepada kaedah dan medium promosi yang digunakan.

Penghuraian aspek-aspek seperti latar belakang kajian, latar belakang STB, latar belakang

RWMF, definisi promosi, objektif kajian, permasalahan kajian, skop kajian, dan kepentingan

kajian secara ringkas dan padat dapat memberikan gambaran sepintas lalu mengenai

penyelidikan ini.

14

Page 24: ZURAIDAH BINTI MD. DENI - ir.unimas.my Sarawak Tourism Board dalam... · menghidangkan makanan, bermain alat muzik, bermain alat-alat untuk memburu atau membuat ... Sarawak seperti

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan

Di dalam bab ini pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Antaranya kaedah internet, risalah, bahan bacaan, jurnal-jurnal yang lepas dan bahan

rujukan yang lain untuk mendapatkan maklumat kajian. Walaubagaimanapun, kaedah bahan-

bahan bacaan merupakan kaedah utama yang digunakan oleh penyelidik di dalam kajian ini.

2.1 Definisi dan kaitannya dengan kajian

2.1.1 Festival

Menurut kamus dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, festival ialah "Sesuatu yang

berkaitan dengan perayaan atau harf besar yang dirayakan dalam suasana yang meriah".

(1999: 474)12

Jelasnya RWMF merupakan satu aktiviti yang berbentuk hiburan yang diadakan di dalam

suasana yang meriah clan dikunjungi ramai pengunjung. Sejak diadakan pada tahun 1998,

RWMF diadakan setiap tahun di Kampung Budaya (SCV). Hal ini secara tidak langsung

12 Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (1999)

15