zulaiha binti berdu - fp.utm.my · pdf file1.7.3 modul abm berasaskan komputer 9 ... 4.1.5...

27
PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TAJUK PERTUMBUHAN TUMBUHAN, BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA ZULAIHA BINTI BERDU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangtu

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TAJUK

PERTUMBUHAN TUMBUHAN, BIOLOGI KBSM

TINGKATAN LIMA

ZULAIHA BINTI BERDU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48
Page 3: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48
Page 4: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

PEMBANGUNAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BAGI SUB TAJUK

PERTUMBUHAN TUMBUHAN, BIOLOGI KBSM

TINGKATAN LIMA

ZULAIHA BINTI BERDU

Laporan Projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48
Page 6: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

iii

Setulus Kasih......................

Khas buat...

Bondaku yang tersayang ...........

Ayahku yang kukasihi.......

Kakanda dan adinda yang ku rindui selalu......

Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan kalian

Jasa kalian tak dapat ku balas

Kan ku abadikan ia selamanya dalam jiwa....

Setulus ingatan...

Buat teman-teman seperjuangan ...

Khususnya Sahabatku...

Kak Yati, Kak Sha, Yanty, Lynn, Liza, Ayu, Sab, Hani, Jydd, Kun,Ida dan Wan.

Terima kasih di atas segalanya....

Jasa baik sertaKenangan pahit dan manis kita bersama

tidak akan ku lupakan......

Page 7: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu

Tuan Haji Muslim Jonid dan Dr. Arba’at Hasan di atas segala bimbingan, nasihat,

teguran dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan sarjana

muda ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Puan Molilitta Iman dari SMK Dato’

Mohd. Yunus Sulaiman dan Cik Faeizah Ahmad dari SMK Sri Perhentian kerana

terlibat secara langsung dalam menyempurnakan projek ini.

Ribuan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu projek ini.

Page 8: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

v

ABSTRAK

Pembelajaran menggunakan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar

berkomputer merupakan satu kaedah pengajaran yang digalakkan di sekolah. Namun

begitu, keperluannya bagi merealisasikan sekolah bestari yang mula beroperasi akhir

1998 ini merupakan sesuatu yang amat penting kerana Sekolah Bestari merupakan

sekolah yang sepenuhnya menggunakan pengajaran yang berkonsepkan Modul

Perisian Alat Bantu Mengajar. Kekurangan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar

merupakan sesuatu yang perlu diambil berat oleh semua orang. Menyedari tentang

masalah ini, projek mereka bentuk sebuah perisian multimedia telah dihasilkan.

Projek ini bertujuan mereka bentuk sebuah perisian multimedia bagi mata pelajaran

Biologi Tingkatan Lima yang bertajuk ‘Pertumbuhan Tumbuhan’. Modul ABM ini

dibangunkan untuk menghasilkan perisian supaya dapat digunakan di sekolah. Tugas

mereka bentuk diberikan perhatian khusus terlebih dahulu sebelum aktiviti

pembangunan perisian supaya kualiti dapat dijamin. Dalam mereka bentuk Modul

Perisian Alat Bantu Mengajar multimedia ini, ketujuh-tujuh elemen multimedia iaitu

teks, audio, video grafik, animasi, grafik dan interaktif telah di gabungkan mengikut

prinsip reka bentuk. Elemen-elemen ini telah di gabungkan dengan baik supaya

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa tidak dijalankan lagi. Penilaian yang

menguji tahap pembelajaran seseorang pelajar juga turut disediakan dalam mereka

bentuk perisian ini.

Page 9: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

vi

ABSTRACT

Modul ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ is a new approach in teaching that is

encouraged to be implemented in schools. To realise the Malaysian Smart School

project that will be first implemented at the end of 1998, the need to produce

educational software is very important. The lack of quality educational software is

one of the problems that hinder the practices of ‘Perisian Alat Bantu Mengajar’ in

schools. The aims this project is helping to solve this problem. This project is to

design educational software for Form five, Biology subject on ‘Plants Growth’. This

design will be proposed to the programmer to build the software so that it can be

used in schools. The need to carefully design the software before programming is

necessary to ensure the quality of the product. In designing the software, seven

elements of multimedia are considered which are graphics, video, graphic, audio,

animation, text and interactivity. The incorporation of the elements was carefully

blended so that a new approach of learning is different from the normal ‘chalk and

talk’ method. Evaluation of student progress is also included in the design.

Page 10: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

vii

KANDUNGAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

BAB PERKARA MUKASURAT

KANDUNGAN

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Projek 5

1.4 Kepentingan Projek 6

1.5 Skop dan batasan Projek 6

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Definisi Modul 8

Page 11: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

viii

1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9

1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9

1.8 Penutup 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Ciri-ciri ABM

2.1.1 Ciri-ciri ABM yang baik 12

2.1.2 Ciri-ciri ABM yang kurang baik 13

2.1.3 Jenis-jenis ABM 14

2.2 Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) 15

2.2.1 Perbezaan diantara PBK dengan

Modul ABM berasas komputer 16

2.3 E-book 17

2.3.1 Perbezaan diantara PBK dengan

Modul ABM berasas komputer 18

2.4 Kebaikan ABM Berasas Komputer 19

2.5 Kelemahan ABM Berasaskan Komputer 23

2.6 Teori Pembelajaran Dalam ABM

Berasaskan Komputer 24

2.6.1 Teori Behaviorisme 25

2.6.2 Teori Kognitivisme 26

2.7 Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM

Berasaskan Komputer 27

2.8 Penutup 29

Page 12: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

ix

BAB III REKA BENTUK MODUL ABM

3.0 Pengenalan 30

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 31

3.1.1 Analisis 32

3.1.2 Rekabentuk 32

3.1.3 Pembangunan 32

3.1.4 Perlaksanaan 33

3.1.5 Penilaian 33

3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop Pembangunan 34

3.2.1 Objektif Pengajaran 34

3.2.2 Kumpulan Sasaran 35

3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 35

3.3.1 Kelebihan Powerpoint XP 36

3.3.2 Kelemahan Powerpoint XP 37

3.3.3 Perisian Multimedia 37

3.4 Pemilihan Perkakasan 39

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum

Pengguna 40

3.4.2 Persekitaran Pengguna 40

3.5 Carta Alir 41

3.5.1 Carta Alir Umum 41

3.5.2 Carta Alir Terperinci 42

3.6 Penutup 46

Page 13: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

x

BAB IV PEMBANGUNAN ABM

4.0 Pengenalan 47

4.1 Struktur Asas 48

4.1.1 Paparan Tajuk 48

4.1.2 Paparan Panduan Pengguna 50

4.1.3 Paparan Menu 50

4.1.4 Paparan Topik 51

4.1.5 Paparan Soalan 53

4.1.6 Paparan Laman Web 57

4.1.7 Paparan Glosari 57

4.2 Pempakejan Perisian 58

4.3 Cara Menggunakan Perisian 59

4.4 Penutup 60

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 61

5.1 Perbincangan 61

5.1.1 Kekuatan Modul ABM 62

5.1.2 Kelemahan Modul ABM 63

5.1.3 Kekangan 64

5.2 Cadangan 66

5.3 Kesimpulan 67

RUJUKAN 70

Page 14: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan PBK dengan Perisian Modul ABM 16

2.2 Perbezaan E-Book dengan Perisian Modul

ABM 18

Page 15: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 31

4.1 Struktur Asas 48

4.2.1 Paparan Tajuk 49

4.2.2 Paparan Tajuk Sub-menu Pertumbuhan

Tumbuhan 49

4.3 Paparan Panduan Pengguna 50

4.4.1 Paparan Menu Utama 51

4.4.2 Paparan Menu Pertumbuhan Tumbuhan 51

4.5.1 Paparan Topik Pertumbuhan Sekunder

(pengetahuan Sedia) 52

4.5.2 Paparan Topik Pertumbuhan Primer

(analogi) 52

4.5.3 Paparan Video Menunjukkan Proses

Pertumbuhan Sekunder 53

4.5.4 Paparan Demonstrasi 53

4.6.1 Paparan Soalan Pengenalan 45

4.6.2 Paparan Soalan Pertumbuhan Primer 45

4.6.3 Paparan Soalan Pertumbuhan Sekunder

(Soalan Formatif) 55

4.6.4 Paparan Jawapan Pertumbuhan Sekunder

(Ganjaran Positif) 55

4.6.5 Paparan Jawapan Pertumbuhan Sekunder

(Ganjaran Negatif) 55

Page 16: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

xiii

4.6.6 Paparan Soalan Sumatif 56

4.6.7 Paparan Ganjaran Positif Sumatif 56

4.6.8 Paparan Ganjaran Negatif Sumatif 56

4.7 Paparan Laman Web 57

4.8 Paparan Glosari 58

4.9.1 Pack And Go 58

4.9.2 Icon Selepas Pack And Go 59

4.10 Menu Run 60

Page 17: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 72

B Borang Soal Selidik 74

Page 18: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan

Dewasa ini, istilah komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet tidak lagi

asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita mendengar pelbagai maklumat

tentang perkembangan teknologi pengkomputeran di seluruh dunia.

Malah pelancaran Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali Multimedia

Super Corridor (MSC) pada tahun 1995, telah mempengaruhi bidang komputer dan

teknologi komunikasi. MSC adalah salah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke

mercu kejayaan dengan memiliki teknologi yang canggih dan setanding dengan negara-

negara yang telah mendahului dalam bidang IT. Dalam MSC terdapat tujuh aplikasi

perdana iaitu kerajaan elektronik, tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan

pembangunan, kad pelbagai guna kebangsaan, pengeluaran seluruh dunia web, pusat

pemasaran tanpa sempadan dan sekolah bestari.

Page 19: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

2

Dalam era baru, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan hakikatnya

ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup masyarakat kita secara

lebih mendalam serta menyeluruh.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru

dalam sejarah perkembangan komputer. Pelbagai ciptaan mikrokomputer telah banyak

mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran pendidikan. Kemajuan

pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen seperti teknologi

maklumat khususnya komputer dan telekomunikasi. Selain itu, perkembangan teknologi

peralatan dan perisian komputer memainkan peranan penting terhadap penggunaan

komputer dalam dunia pendidikan.

Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan sahaja melibatkan pengurusan

pendidikan dan pendokumentasian maklumat pelajar tetapi ia juga boleh digunakan oleh

guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Oleh kerana komputer hanyalah satu media dan alat yang membantu dalam

proses P&P maka, guru hendaklah memainkan peranan dalam membina perisian sebagai

Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang

produktif dan berkesan. Oleh itu, seseorang guru haruslah membuat keputusan untuk

memilih perisian yang harus digunakan dan bagaimana untuk mempersembahkan

pengajarannya.

Page 20: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020. Dalam

MSC terdapat tujuh aplikasi perdana dan salah satu daripadanya ialah sekolah bestari.

Kewujudan sekolah bestari di Malaysia telah membawa perubahan besar kepada

penduduk negara ini. Dalam dunia pendidikan, konsep pengajaran dan pembelajaran

(P&P) sekolah bestari bukanlah satu perkara yang baru di negara-negara maju.

Kewujudan sekolah bestari ini disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat.

Dengan kewujudan sekolah bestari ini, ia sekaligus membawa perubahan kepada

peranan guru. Peranan guru adalah jauh lebih luas daripada penyampai ilmu. Jika

dahulu, guru menjadi pemberi ilmu dan kemahiran kerana jumlah ilmu dan kemahiran

yang terhad, sekarang semua maklumat mungkin sudah tidak dipunyai oleh guru. Maka

pelajar perlu memainkan peranan dalam mendapatkan maklumat daripada pelbagai

sumber.Selaras dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran turut mengalami

transformasi. Hal ini dapat di lihat dari segi penggunaan unsur multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Pengajarandan pembelajaran yang menggunakan unsur-unsur multimedia adalah

lebih berkesan kerana ia menggabungkan pelbagai elemen seperti audio, grafik, video,

animasi dan teks. Hal ini berlaku adalah kerana untuk mengenali sesuatu objek dan

keadaan yang berlaku disekelilingnya, seseorang akan menggunakan kelima-lima alat

deria. Peratus penglibatan deria adalah seperti berikut: 1% melalui rasa, 1.5% melalui

sentuhan, 3.5% melalui hidung, 11% melalui pendengaran dan 83% melalui penglihatan.

(Dr. Baharuddin et.al, 2000)

Page 21: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

4

Oleh itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar yang berasaskan komputer amatlah

digalakkan bagi mencapai matlamat pendidikan.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam menyampaikan isi sesuatu pelajaran, penggunaan bahan dan alat yang

sesuai dan menarik adalah amat penting walaupun ia bukan kemestian. Dalam situasi di

Malaysia, alat bantu mengajar adalah digalakkan dalam pengajaran untuk mancapai

objektif pembelajaran.

Sesetengah mata pelajaran di sekolah, seperti mata pelajaran Biologi tidak dapat

dapat diterangkan dengan jelas khususnya isi pelajaran yang berbentuk abstrak. Hal ini

mungkin mendatangkan masalah kepada guru untuk menerangkan isi pelajaran dan

pelajar pula menghadapi masalah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Disini pembelajaran yang bermakna tidak berlaku.

Menurut Faeizah iaitu guru dari Sek. Men. Keb. Sri Perhentian, isi pelajaran

yang abstrak seperti tajuk “Pertumbuhan Tumbuhan” dapat diatasi dengan menggunakan

ABM berkomputer. Menurutnya lagi, langkah-langkah pertumbuhan boleh ditunjukkan

dengan jelas secara grafik. Penyataan ini disokong oleh Molilitta iaitu guru dari Sek.

Men. Keb Dato’ Mohd. Yunus Sulaiman iaitu penggunaan ABM berkomputer dapat

menjadikan suatu sesi pembelajaran itu lebih realistik dengan menggunakan teknik

animasi.

Page 22: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

5

Menyedari hakikat ini, pengaplikasian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan

komputer adalah perlu dilaksanakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, setiap guru haruslah menggunakan Alat Bantu mengajar (ABM) yang

berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring dengan situasi semasa. Dengan

teknologi sudah tentu menolong guru merancang pengajaran mereka termasuk

perancangan sebelum, semasa, dan selepas menerbitkan bahan pengajaran contohnya

penggunaan modul ABM. Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada

kreativiti guru,bukan penggunaan ABM semata-mata, lebih lagi dengan wujudnya

keperluan pelajar yang pelbagai.

1.3 Objektif Projek

Objektif projek ini ialah:

i) Membina modul ABM yang interaktif berasaskan Powerpoint XP bagi topik

Pertumbuhan Tumbuhan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima.

ii) Menyediakan satu perisian multimedia yang menarik di mana

menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, audio dan video.

iii) Menambah bilangan perisian ABM bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan

Lima yang berunsurkan ciri-ciri tempatan, dalam Bahasa Melayu.

Page 23: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

6

1.4 Kepentingan Projek

Modul ABM ini dibangunkan adalah satu usaha untuk mengatasi masalah

kekurangan bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri-ciri interaksi yang tinggi di

pasaran. Modul ABM ini juga membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

dalam menyediakan bahan dan alat bantu mengajar dan kos dapat dikurangkan.

Di samping itu, ia dapat membantu guru dan pelajar meningkatkan

pengajarandan pembelajaran yang biasanya dijalankan secara tradisional iaitu satu hala.

Modul ABM ini juga dapat memberi idea dan pengetahuan tambahan kepada guru-guru

dan pengguna untuk mengajar sistem pertumbuhan tumbuhan.Dengan adanya modul

ABM ini, guru dapat mengatasi beberapa kekangan ABM yang berasaskan bahan

cetakan iaitu dari segi kos yang tinggi, sukar dibawa dan mudah rosak.

1.5 Skop dan Batasan Projek

Modul alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer ini dibangunkan

berdasarkan mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima. Tajuk yang dipilih satu sub topik

dalam bab pertumbuhan iaitu “Pertumbuhan Tumbuhan”. Isi kandungan modul ABM ini

meliputi pengenalan pertumbuhan tumbuhan, pertumbuhan primer dan pertumbuhan

sekunder.

Page 24: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih untuk membangunkan modul ABM ialah Pertumbuhan

Tumbuhan. Tajuk ini dipilih adalah kerana isi pelajaran tajuk ini berbentuk abstrak di

mana, ia perlu divisualkan supaya pelajar lebih faham dan dapat menguasai konsep

pertumbuhan tumbuhan dengan baik. Pengajaran yang abstrak akan menyebabkan

timbulnya masalah salah konsep dalam minda pelajar. Hal ini berlaku disebabkan tahap

imaginasi dan kognitif pelajar yang berbeza.

Tajuk yang dipilih ini disokong oleh Faeizah iaitu guru dari Sek. Men. Keb. Sri

Perhentian, langkah-langkah pertumbuhan khususnya pertumbuhan sekunder memakan

masa yang lama sekiranya pembelajaran dijalankan dengan kaedah inkuiri.

Di samping itu, untuk melihat struktur dalam tumbuhan, pelajar perlu

menjalankan eksperimen. Walaupun begitu, pelajar mungkin tidak dapat melabelkan

struktur tumbuhan sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Oleh itu,

dengan modul ABM ini, struktur tumbuhan boleh ditunjukkan dengan jelas secara grafik

semasa pengajaran.

Dengan adanya modul ABM berasas komputer ini ia dapat memudahkan tugas

guru dalam pengajaran dan sekaligus dapat menarik minat pelajar mempelajari topik ini

kerana ABM ini diterapkan unsur-unsur multimedia seperti grafik, animasi, audio dan

lain-lain lagi.

Page 25: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

8

1.7 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu dipermudahkan dalam tajuk projek seperti

istilah modul dan alat bantu mengajar supaya pengguna lebih faham dan jelas. Definisi

istilah modul dan alat bantu mengajar (ABM) adalah seperti di bawah.

1.7.1 Definisi Modul

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) terdapat dua definisi ‘modul’. Definisi

pertama menyatakan bahawa modul adalah unit atau bahagian tersendiri yang lengkap

dengan komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan

unit-unit lain di dalam sesuatu yang besar.

Definisi yang kedua ialah kursus, pelajaran (latihan dan seumpamanya) yang

dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau

kemahiran.

Di sini, definisi ‘modul’ boleh disimpulkan bahawa ia merupakan unit atau

bahagian kursus atau pelajaran yang lengkap dengan komponen yang dapat dilaksanakan

secara sendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.

Page 26: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

9

1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM)

‘Alat’ dalam Kamus Bahasa Malaysia edisi pelajar (1986), bermaksud apa-apa

yang diperlukan dan digunakan apabila melakukan sesuatu perkerjaan; perkakas. ‘Alat

mengajar’ pula bermaksud perkakasan yang diperlukan ketika mengajar. Perkataan

‘bantu’ pula bermaksud memberi pertolongan.(Kamus Bahasa Malaysia edisi pelajar,

1986)

Secara umumnya, Alat Bantu Mengajar (ABM) didefinisikan sebagai peralatan

atau perkakasan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam proses

pengajaran yang tidak termasuk peralatan asas.

Bahan dan alat bantu mengajar amatlah penting untuk membantu guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran supaya bentuk pengajaran menjadi lebih

menyeronokkan seperti yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel (1764-1852).

(Kamruddin Hj. Husin, 1988)

1.7.3 Modul ABM Berasas Komputer

Modul ABM berasaskan komputer dapat dinyatakan sebagai unit atau bahagian

kursus atau pelajaran yang lengkap dengan peralatan yang digunakan oleh guru untuk

membantunya dalam proses pengajaran (tidak termasuk peralatan asas) dan dapat

dilaksanakan secara sendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran

Page 27: ZULAIHA BINTI BERDU - fp.utm.my · PDF file1.7.3 Modul ABM Berasaskan Komputer 9 ... 4.1.5 Paparan Soalan 53 4.1.6 Paparan Laman Web 57 ... 4.1 Struktur Asas 48

10

1.8 Penutup

Justeru itu, setiap guru haruslah berpandangan jauh dan membuat perubahan

pada pengajaran mereka iaitu menggunakan Alat Bantu mengajar (ABM) yang

berteknologi tinggi berasaskan komputer seiring dengan situasi semasa. Hal ini dapat

membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan objektif pengajaran dan pembelajaran

akan tercapai dengan cepat.