zaman klasik

4
Zaman Klasik Bagi kebanyakan orang, Ludwig Van Beethoven dianggap genius dalam bidang muzik. Keunikan beliau memartabatkan seni muzik setanding dengan Shakepeare dalam bidang kesusateraan ataupun Michelangelo dalam bidang seni lukis dan ukiran. Beliau telah membuka satu lembaran baru dalam ekspresi muzik dan menjadi inspirasi kepada komposer-komposer selepasnya. Komposer pilihan LUDWIG VAN BEETHOVEN Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada 16 Disember 1770. Seperti kebanyakan ahli muzik terkenal yang lain, beliau juga lahir daripada keluarga pemuzik. Datuk beliau, Ludwig adalah seorang pengarah muzik diraja di Bonn. Bapa beliau yang bernama Johann merupakan penyanyi tenor di istana pembesar. Johann seterusnya dapat mengesan bakat besar yang dimiliki oleh anaknya dalam bidang muzik dan berpendapat jika dididik akan memberikan pulangan yang menguntungkan seperti yang dilakukan kepada Mozart. Johann dan seorang rakannya yang juga seorang pemuzik telah melatih Beethoven sejak dari kecil lagi. Terdapat juga cerita mengatakan Johann dan rakannya itu telah melatih Beethoven dengan cara yang keras. Kadang kala mereka berdua yang pulang lewat malam dari sebuah kelab telah mengejutkan Beethoven daripada tidur dan memaksa beliau berlatih bermain piano sehingga ke pagi. Semasa berumur 11 tahun, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu pemain organ istana dan ketika berumur 12 tahun, beberapa ciptaan muzik pianonya telah dijual. Beethoven telah pergi ke Vienna ketika umur beliau 16 tahun. Di sana beliau telah bertemu dengan Mozart yang pada masa itu telah pun terkenal. Mereka bersahabat baik dan bermain muzik bersama-sama. Mozart begitu tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Beethoven dan meramalakan Beethoven bakal menjadi seorang ahli muzik ternama pada suatu hari nanti. Bagaimanapun, persahabatan Mozart dan Beethoven tidak kekal lama

Upload: ilut-johnny

Post on 02-Aug-2015

93 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zaman klasik

Zaman Klasik

Bagi kebanyakan orang, Ludwig Van Beethoven dianggap genius dalam bidang muzik.

Keunikan beliau memartabatkan seni muzik setanding dengan Shakepeare dalam bidang

kesusateraan ataupun Michelangelo dalam bidang seni lukis dan ukiran. Beliau telah membuka

satu lembaran baru dalam ekspresi muzik dan menjadi inspirasi kepada komposer-komposer

selepasnya.

Komposer pilihan

LUDWIG VAN BEETHOVEN

Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada 16 Disember 1770. Seperti kebanyakan ahli muzik

terkenal yang lain, beliau juga lahir daripada keluarga pemuzik. Datuk beliau, Ludwig adalah

seorang pengarah muzik diraja di Bonn. Bapa beliau yang bernama Johann merupakan

penyanyi tenor di istana pembesar. Johann seterusnya dapat mengesan bakat besar yang dimiliki

oleh anaknya dalam bidang muzik dan berpendapat jika dididik akan memberikan pulangan yang

menguntungkan seperti yang dilakukan kepada Mozart. Johann dan seorang rakannya yang juga

seorang pemuzik telah melatih Beethoven sejak dari kecil lagi. Terdapat juga cerita mengatakan

Johann dan rakannya itu telah melatih Beethoven dengan cara yang keras. Kadang kala mereka

berdua yang pulang lewat malam dari sebuah kelab telah mengejutkan Beethoven daripada tidur

dan memaksa beliau berlatih bermain piano sehingga ke pagi. Semasa berumur 11 tahun, beliau

telah berkhidmat sebagai pembantu pemain organ istana dan ketika berumur 12 tahun, beberapa

ciptaan muzik pianonya telah dijual.

Beethoven telah pergi ke Vienna ketika umur beliau 16 tahun. Di sana beliau telah bertemu

dengan Mozart yang pada masa itu telah pun terkenal. Mereka bersahabat baik dan bermain

muzik bersama-sama. Mozart begitu tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Beethoven dan

meramalakan Beethoven bakal menjadi seorang ahli muzik ternama pada suatu hari nanti.

Page 2: Zaman klasik

Bagaimanapun, persahabatan Mozart dan Beethoven tidak kekal lama disebabkan Beethoven

terpaksa pulang ke Bonn kerana ibunya sakit tenat. Ibu beliau meninggal dunia tidak lama

selepas itu. Bapa beliau, Johann telah menjadi kaki botol dan pemabuk menyebabkan beliau

telah dipecat daripada menjadi penyanyi istana. Pada umur semuda 18 tahun, Beethoven terpaksa

mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga dengan menjaga dua orang adiknya yang masih

kecil. Ketika itu, beliau bekerja sebagai pemain organ dan viola istana. Beliau bertanggungjawab

untuk mencipta dan membuat persembahan kepada pembesar untuk menyara keluarganya.

Beethoven merupakan orang yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang

dilakukan. Beliau sanggup belajar dengan sesiapa sahaja dan berlatih dengan gigih untuk

mencapai tahap kesempurnaan dalam bidang yang diceburi. Disebabkan sifat yang dimilikinya

ini, beliau telah meningglkankota Bonn ke Vienna sekali lagi pada tahun 1792 untuk berguru

dengan Joseph Haydn. Beethoven yang ketika itu berumur 22 tahun telah mengabadikan diri

menuntut ilmu muzik daripada Haydn yang telah terkenal sebagai seorang komposer. Demi

meluaskan ilmu muzik, Beethoven telah belajar dengan seorang lagi guru muzik tanpa

pengethuan Haydn. Beliau terus belajar walaupun telah berjaya menghasilkan beberapa karya

yang bermutu.

Sepanjang tujuh tahun pertama di Vienna, Beethoven telah bekerja keras untuk memartabatkan

dirinya serta muzik yang dihasilkan. Hasilnya, beliau telah berjaya menjadi seorang yang

berkeyakinan, beridentiti serta mendapat pujian ramai. Kerja-kerja yang dihasilkan oleh beliau

berjaya memukau masyarakat kota Vienna yang sememangnya menggemari seni muzik.

Kebanyakan peminat beliau adalah daripada golongan atasan dan aristokrat. Mereka terpegun

dengan permainan piano dan ekspresi muzik Beethoven yang luar biasa. Ini mengeratkan

persahabatan antara Beethoven dan para pembesar Vienna.

Selain berbakat dalam bidang muzik, Beethoven juga seorang pejuang keadialan. Belai

berpendapat seniman juga patut dilayan sama seperti orang kenamaan. Pernah suatu ketika

semasa beliau mengadakan persembahan piano, beliau telah terganggu oleh percakapan kuat

anak seorang pembesar. Beliau terus bangun dan berhenti bermain piano. Beliau dengan tegas

berkata bahawa beliau tidak akan meneruskan persembahan sekiranya hadirin tidak menghormati

Page 3: Zaman klasik

persembahannya. Selepas itu, beliau terus dihormati sehinggakan seorang putera raja telah

mengarahkan orang gajinya supaya melayan Beethoven terlebih dahulu sebelum melayan

baginda pada satu majlis kebesaran diraja. Seterusnya, para aristokrat telah menghadiahkan

Beethoven dengan hadiah-hadiah berharga. Beliau juga mendapat upah yang lumayan sebagai

guru pianoserta mengadakan konsert untuk keluarga golongan atasan. Para penerbit juga berebut-

rebut membeli hasil ciptaan beliau dan ini menjadikan Beethoven seorang ternama dan kaya-

raya.

Ketika berumur 29 tahun, sesuatu yang aneh telah menimpa Beethoven. Dunia dirasakan

semakin sunyi. Jika sebelum ini beliau dapat menikmati segala bunyi-bunyian, kini kenikmatan

tersebut semakin hilang. Doktor yang merawat beliau telah mengesahkan bahawa deria

pendengaran beliau telah rosak hingga akhirnya menjadi pekak. Ini menyebabkan emosinya

tertekan.

Perjuangan melawan kekecewaan telah merubah gaya ciptaan muzik Beethoven. Kerja-kerja

yang dihasilkan lebih bertenaga dan bersifat heroisma. Dari tahun 1803 sehingga tahun 1804,

beliau telah mencipta simfoni ketiga bertajuk ‘Eroica’, satu mercu tanda dalam sejarah muzik.

Kebanyakan teman rapat yang mengenali Beethoven memuji beliau kerana memiliki konsentrasi,

bertenaga dan berkuasa dalaman. Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dan hanya

belajar sendiri. Selain itu, beliau berpengetahuan luas kerana banyak membaca, terutamanya

karya Shakespeare dan klasik purba tetapi lemah dalam Matematik. Beliau menggalakkan prinsip

moral yang tinggi dalam diri seseorang tetapi kerap bersikap kasar apabila berurusan dengan

pihak penerbit muzik. Walaupun kemas dan tersusun apabila berpakaian serta tinggal di

apartment yang kotor dan berselerak. Sepanjang tempoh 35 tahun tinggal di Vienna, beliau telah

berpindah-randah sebanyak 40 kali.

Sepanjang hayatnya, beliau tidak pernah berkahwin walaupun pernah mempunyai hubungan

cinta dengan beberapa orang wanita yang kebanyakannya daripada keluarga kenamaan.

Kegagalan dalam percintaan dan kekecewaan peribadi menjadikan beliau lebih rapat dengan

alam semula jadi. Idea-idea untuk mencipta muzik muncul apabila beliau berjalan-jalan di sekitar

perkampungan Vienna sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Page 4: Zaman klasik

Walaupun diminati oleh golongan atasan dan aristokrat, Beethoven tidak pernah berkhidmat

sepenuh masa dengan mereka. Minat masyarakat setempat terhadap muzik yang semakin

berkembang pada waktu itu menjadikan beliau mampu hidup mewah dengan hanya menjual

ciptaan muzik kepada para penerbit sahaja. Apabila beliau menyatakan hasrat untuk

meninggalkan Vienna pada tahun 1809, tiga orang kenamaan Vienna termasuk seorang murid

beliau telah menawarkan pendapatan tetap serta beberapa keistimewaan lain, asalkan beliau

sanggup menetap di ibu negara Austria itu. Keistimewaan ini tidak pernah dirasai oleh mana-

mana tokoh sejarah muzik.

Setelah pendengaran Beethoven semakin lemah, permainan piano dan pengarahan beliau juga

menjadi lemah. Ketika berumur 44 tahun, beliau terpaksa berhenti membuat persembahan piano

di khalayak ramai. Bagaimanapun, beliau tetap ingin mengendalikan orkestra. Namun pemain-

pemain orkestra sering kali terkeliru dengan gerak badan Beethoven. Mereka tidak faham dengan

arahan-arahan yang diberikan oleh beliau menyebabkan persembahan kerap menjadi kucar-

kacir. Akibatnya semakin lama Beethoven merasakan dirinya semakin terasing disebabkan oleh

kecatatannya itu. Rakan-rakan beliau terpaksa menggunakan alat pendengaran yang dipanggil

‘trompet telinga’ untuk berkomunikasi dengan beliau. Sepanjang tempoh lapan tahun terakhir

hayatnya, Beethoven terpaksa membawa sebuah buku nota bagi membolehkan orang lain

menulis sesuatu yang hendak disampaikan kepada beliau.

Selepas tahun 1818, walaupun dihimpit pelbagai masalah dalaman Beethoven tetap memerah

kreativiti dan telah menghasilkan beberapa ciptaan muzik yang hebat seperti ‘The Ninth

Symphony’ yang dihasilkan dalam keadaan beliau telah pekak sepenuhnya. Simponi ini menjadi

satu keajaiban dalam penerokaan bunyi yang baru. Akhirnya beliau meninggal dunia pada tahun

1827.