zaman prasejarah merujuk zaman paleoliti1

Upload: akakhmar

Post on 20-Jul-2015

351 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. Pendahuluan :

Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ). Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

Isi : Zaman Prasejarah Awal :

Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

Zaman Paleolitik Awal :

Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting Kayu yang ditutupi dengan rumput. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.

Zaman Paleolitik Akhir

Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus. Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang. Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata.

Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.

Zaman Mesolitik :

Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai. Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik :

Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Kesimpulan :

Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan. Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan : Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates. Isi-isi : Tempat Tinggal / Petempatan : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

Neolitik :

Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )

Kegiatan Ekonomi Utama : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.

Neolitik :

Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru

Teknologi peralatan : Paleolitik :

Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.

Neolitik :

Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam

menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. Organisasi sosial : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas.

Neolitik :

Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.

Agama dan kepercayaan : Paleolitik :

Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini.

Neolitik :

Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-

dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayatmayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. Kesenian / kebudayaan : Paleolitik :

Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri.

Neolitik :

Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual.

Corak hidup : Paleolitik :

Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar

Neolitik :

Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula mencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan

diri. Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. Pengkhususan pekerjaan Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal.

Neolitik :

Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladangladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerjakerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

Institusi Politik : Paleolitik : Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik. Neolitik :

Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untukmengarahkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan denganpertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah. Perkembangan ini menyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh

Kesimpulan :

Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho. * Apa sahaja kesimpulan yang sesuai Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia. Pengenalan : Zaman Prasejarah :

Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi. Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik banyak mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

Zaman Neolitik :

Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang. Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M hingga 3500 S.M. iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk mudah. Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi, sosial, politik, dll.

Konsep masyarakat :

Konsep Manusia Sejarah Manusia Zaman Prasejarah dan contoh-contoh manusia

Isi-Isi : Peranan masyarakat Neolitik Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian :

Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat. Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan. Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

Memajukan aspek teknologi :

Pada zaman Neolitik penciptaan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah. Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

Mewujudkan perkampungan tetap :

Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat. Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka. Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim. Contoh : Perkampungan Jericho dan Jarmo.

Mewujudkan pertambahan penduduk :

Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain. Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik. Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota. Contoh, tanaman bijirin, millet dan gandum.

Mewujudkan pengkhususan kerja :

Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat. Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

Membentuk organisasi sosial :

Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan perlunjukan pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang. Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua anggota masyarakat. Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman. Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan. Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian.

Mewujudkan institusi pemerintahan :

Pada zaman ini juga melahirkan institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana alam (banjir, kemarau). Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya. Contoh, tamadun Mesir penguasaan mutlak Firaun dalam bidang kehakiman, ketenteraan dan pentadbiran

Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan :

Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi dalam tamadun Indus. Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan. Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.

Mewujudkan petempatan bandar :

Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.

Mengasaskan sistem tulisan :

Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan. Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat. Contoh, hieroglif, ceuniform, piktograf dan ideogram.

Kesimpulan :

Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia.

Huraikan bagaimana ahli arkeologi membezakan corak kehidupan manusia dan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik. Pengenalan :

Maksud Paleolitik merujuk kepada zaman batu awal yang wujud kira-kira 500,000 hingga 10,000 sm. Kehidupan mereka dapat dikesan dengan penemuan arkeologi seperti fosil, artifak, peralatan batu. Antara manusia Paleolitik yang dikesan ialah Neanderthal, Java Men dan Peking Man. Neolitik pula merujuk kepada zaman batu baru atau zaman batu akhir yang wujud kira-kira pada 10,000 hingga 3,000 tahun sm. Ciri kehidupan mereka telah maju dan menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan inovatif. Tokoh ahli arkeologi seperti Gordon Chile dan Leonard Woolley, Redfield dan ramai lagi. Ahli kaji purba telah mengenal pasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan Kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan) Eropah Barat( Perancis dan Sepanyol Utara), Asia( Choukoutien, China Utara Pihecantrophus Pekienenis dan Jawa. Bekas fosil manusia dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza Paleolitik awal dan akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo Sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pliestocene.

Isi-isi : Kaedah yang Digunakan : Kaedah Ahli Kaji Purba Mendapatkan Maklumat :

Menggunakan kaedah cari gali (excavation) dan mengesan usia artifak menggunakan Radio Karbon Dating C14. Kedua-dua kaedah ini adalah kaedah kajian moden dan sainstifik yang menggabungkan semua ilmu seperti arkeologi, geologi, kimia, fizik dan sebagainya. Contohnya ahli kaji purba menyifatkan bekas fosil manusia yang dijumpai di zaman paleolitik sebagai makhluk makhluk yang seakan-akan manusia atau homindas dan bukan manusia sebenarnya, iaitu homosapeans. Dari fosil itu didapati gambaran hidup kebudayaan Paleolitik.

Penggunaan Alat Perkakas :

Menggunakan peralatan yang digunakan. Pada zaman Paleolitik, peralatan yang digunakan adalah dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap Paleolitik akhir mulai mempelajari

bagaimana menyesuaikan dirinya kepada persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti pebble: dan flaked tools yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi. Berbanding dengan Paleolitik, banyaknya bilangan tapak serta peralatanmenunjukkan wujudnya bilangan besar orang-orang Neolitik. Terdapat unsur kepelbagaian alat-alat yang lebih luas yang memerlukan kaedah-kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Kebudayan materialnya temasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajarinya. Alatalat baru dibuat dengan sempurna dan pertama kalinya mungkin dipakai untuk mengelakkan nasib buruk. Kegiatan Ekonomi :

Zaman Paleolitik kegiatan ekonomi- memburu dan memungut makanan asas ekonomi tidak dapat menanggung pertambahan bilangan penduduk yang cepat. Manakala zaman Neolitik menyaksikan sesuatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian memburu binatang dan mengutip makanan menjadi kurang penting sedangkan penanaman tanaman-tanaman makanan bijirin menjadi semakin penting. Ia mungkin ada hubungannya dengan perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasa diburu berikut dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim lebih panas serta kemunculan tumbuhan-tumbuhan memaksa manusia mengubahsuai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian.

Penempatan :

Di zaman Paleolitik, kehidupan mereka dapat dikesan melalui gua-gua batu yang menjadi tempat tinggal sementara mereka. Penemuan sisa-sisa makanan dan peralatan batu dapat membuktikan kewujudan mereka. Bagi zaman Neolitik dengan timbulnya kegiatan pertanian, corak hidup yang mengembara pun terhenti dan manusia mula menetap dan membina perkampungan. Kehidupan bermasyarakat membolehkan manusia bekerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak lading, menuai tanam-tanaman dan menternak binatang. Contoh penempatan awal yang di temui ialah di Asia Barat seperti Catal Huyuk(Turki) dan Jericho(Palestine)

Organisasi Sosial :

Adalah pasti kegiatan memburu seperti tergambar dalam lukisan gua telah memperkenalkan suatu jenis organisasi manusia berkumpulan untuk mencapai sesuatu objektif bersama. Pemburuan binatang besar seperti badak berbulu (Wooly rhinocores), gajah besar, dan harimau memerlukan kerjasama sebuah kumpulan yang lebih besar daripada unit keluarga- suatu prinsip yang amat penting dalam evolusi tamadun manusia.

Kepercayaan Agama :

Pada zaman Paleolitik ahli sejarah melihat bentuk agama bersifat unsur ainimisme. Tidak terdapat bukti manusia telah mempunyai agama dan kepercayaan yang tinggi. Contoh manusia takut dengan bunyi guruh dan kilat. Manakala zaman Neolitik manusia telah mempunyai bentuk agama yang tinggi. Manusia sudah percaya kepada dewa dewi dan tuhan tertentu. Proses pemikiran konseptual membolehkan manusia mempertingkatkan

penguasaan lebih berkesan ke atas persekitaran fizikal dan mempercepatkan proses evolusi pemikiran dan agama yang lebih abstrak. Kesenian :

Masyarakat Neolitik mempertajamkan pemikiran konseptual mereka. Dapat diperlihatkan dalam perciptaan seninya yang menandakan satu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang di ilhamkan oleh objek-objek yang ia Nampak. Simbolisme belum wujud. Seni Neolitik seperti yang ditunjukan dalam tembikar-tembikarnya mula menunjukkan permukaan yang dihias oleh pola-pola geometrik dan simbolik.

Kesimpulan : Berdasarkan usaha ahli arkeologi, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk membandingkan antara masyarakat paleolitik dengan neolitik. Kaedah yang paling utama adalah melalui kaedah excavation. Ini kerana kaedah ini amat penting untuk memberi maklumat tentang perkembangan pemikiran dan kebudayaan manusia dan asas kewujudan tamadun manusia.

Sejauhmanakah Revolusi Pertanian Menjadi Titik Tolak Kepada Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Pengenalan : Latar Belakang Zaman Neolitik :

Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan,kebendaan, dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapatperbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsurunsur kehidupan. Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarah dan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Zaman ini menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang dikenali sebagai revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corak masyarakatnya. Revolusi pertanian telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks dan memberikan satu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat Bandar yang bertamadun.

Konsep Tamadun :

Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memajukan tahap kehidupan.

Interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna. Pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan. Ciri-ciri tamadun lain turut berkembang seperti sains dan teknologi, kesenian, agama dan sebagainya.

Isi : Konsep dan Kepentingan Revolusi Pertanian Terhadap Kemunculan Tamadun :

Revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkannya secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun awal manusia. Kemajuan yang dicapai oleh manusia melalui revolusi pertanian membuka jalan kepada berkembangnyatamadun manusia. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka menguasai alam sekeliling mereka. Kawasan perkampungan pula makin berkembang dan akhirnya sekitar tahun 3000 4000 SM, muncul bandar-bandar sebagai pusat kehidupan manusia yangbertamadun.

Perubahan Corak Petempatan :

Manusia tidak lagi berpindah randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak penempatan adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupan. Ini mungkin ada hubungannya dengantamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panasserta kemunculan pelbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubah suai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Pada zaman ini, pertanian, penenunan, dan penternakan binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya hidup menetap bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamaduntamadunyang bersifat urbanisasi.

Pertambahan Penduduk :

Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciriciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah, dan kemahiran menenun. Pertambahan penduduk menyebabkan lahirnya keperluan hidup berorganisasi yang akhirnya mendorong kemunculan tamadun awal dunia.

Perkembangan dan Kemajuan Kegiatan Ekonomi :

Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran misalnya tamaduntamadun awal terletak di tebing sungai besar seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus, dan Hwang Ho. Peningkatan dan kemajuan ekonomi turut mendorong kemunculan tamadun awal dunia kerana kehidupan masyarakat bertambah baik dan kompleks. Contoh-contoh tanaman : gandum, filet, pokok papyrus, dan lain-lain.

Kemajuan Peralatan dan Teknologi :

Kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus danjuga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Hal ini menunjukkan manusia Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian. Contohnya syaduf, penggunaan baja, dan benih tanaman. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barangbarang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

Wujud Organisasi Sosial :

Institusi keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil telah wujud dan mempunyai ketua bagi menjamin keselamatan kelompok. Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan masyarakat hidup lebih sistematik dan berlakunya pembahagian kerja dan hieraki masyarakat iaitu golongan atasan seperti raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan seperti golongan professional, artisan, pedagang, dan golongan bawahan seperti rakyat biasa dan hamba. Kesannya, masyarakat hidup lebih selesa dan produktif serta mendorong kepada kemunculan tamadun awal manusia.

Permulaan Pengkhususan Kerja :

Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan pembahagian tugasan harian. Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang, golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Terdapat golongan yang menumpukan urusan penghasilan alat-alat baru pertanian seperti golongan petukang. Pembahagian tugasan kerja mempercepat perkembangan masyarakat bertamadun.

Perkembangan Sistem Kepercayaan :

Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Kehidupan beragama menyebabkan masyarakat hidup lebih teratur dan sentiasa patuh kepada peraturan hidup. Kesannya, lahirlah masyarakat yang bertamadun dan hidup berperaturan. Contohnya, tamadun Mesir mempercayai bahawa firaun menguasai segala sumber alam semulajadi dan dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amon-re).

Perkembangan Pemikiran Secara Konseptual :

Dapat dilihat dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu perkembangan baru. Seni Paleolitik bersifat realisme yang diilhamkan melalui objek-objek nyata atau nampak. Seni Neolitik pula bersifat simbolisme seperti seni dalam penghasilan tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewa untuk menjamin hasil pertanian berlipat ganda. Perkembangan ini mendorong kemunculan tamadun awal manusia.

Penciptaan Sistem Tulisan :

Penciptaan sistem tulisan menjadi asas kepada kemunculan tamadun dan berlakunya penambahan pengetahuan serta melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan digunakan untuk mencatatkan peristiwa seharian, keagamaan, perdagangan, undang-undang, dan lain-lain.

Bentuk Muka Bumi/Lokasi/Iklim/Tanah-tanih :

Kemunculan tamadun turut didorong oleh keadaan bentuk muka bumi, lokasi, iklim, dan tanah-tanih. Sejak zaman Neolitik, masyarakat sudah bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Mereka memilih petempatan di tepi-tepi sungai, tepi pantai, dan tanah pamah. Pemilihan kawasan lembahlembah sungai sebagai kawasan petempatan disebabkan kawasan ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan serta perdagangan. Di samping itu, mereka menguasai ilmu tentang iklim dan jenis tanaman.

Penghijrahan (Migrasi dan Imigrasi) :

Kemunculan dan perkembangan tamadun awal manusia turut didorong oleh penghijrahan iaitu imigrasi dan migrasi penduduk. Mobiliti penduduk berlaku apabila sesuatu kawasan pertanian dan petempatan yang lebih luas diperlukan kesan pertambahan penduduk. Migrasi penduduk turut berlaku akibat kegiatan perdagangan dan kemajuan teknologi pengangkutan seperti roda, layar kapal, kapal layar, dan sebagainya.

Tenaga Angin :

Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan serta memperkayakan ciri-ciri kebudayaan, akibat pertukaran fikiran, dan teknik perindustrian.

Kesimpulan :

Apa-apa yang berkaitan. Huraikan ciri-ciri utama kebudayaan Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan :

Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara, di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

Isi-isi : Petempatan : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

Neolitik :

Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )

Kegiatan Ekonomi Utama : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri. Neolitik : Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru Peralatan : Paleolitik : Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap peralatan masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif. Neolitik : Berbeza dengan peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi

dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat. Hidup berkelompok : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Neolitik : Pada zaman Neolitik yang telah mula membentuk organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan. Agama dan kepercayaan : Paleolitik : Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini. Neolitik : agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayatmayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut

memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme. Kesenian / kebudayaan Paleolitik : Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak realisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentukbentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Neolitik : Kesenian pada zaman Neolitik lebih bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran konseptual. Corak hidup : Paleolitik : Pada zaman ini masyarak Paleolitik berpakai yang ringkas dengan menggunakan kulit-kulit kayu dan binatang. Mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan simple maka mereka tiada barangbarang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki harta. Neolitik : Masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak terputus. Masyarakat ketika ini sudah memiliki pakaian yang lengkap. Golongan wanita mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan. Pembahagian kerja mengikut gender : Paleolitik : Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal.

Neolitik Masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja menikut gender. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian. Peningkatan tahap pemikiran pada zaman Neolitik Berlakunya peningkatan pemikiran konseptual dikalangan masyarakat Neolitik

Kesimpulan : Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho. Huraikan ciri-ciri tamadun awal India di tapak Mohenjodaro dan Harappa. Pengenalan :

Sir Mortimer Wheeler dan Sir John Marshall merupakan dua ahli kaji purba yang mengkaji secara mendalam tamadun Harappa pada awal kurun ke-20M. Daripada kajian itu, mereka mendedahkan sebuah tamadun yang terletak di sekitar Lembah Indus di India Utara. Petempatkan tamadun itu terdiri daripada dua pusat utama iaitu Mohenjodaro yang terletak di tebing kanan sungai Indus di daerah Larkana, Sindh dan Harappa di sebelah Sungai Ravi di negeri Punjab. Kedua-dua pusat itu dikelilingi oleh beberapa lagi tapaktapak kecil yang terjalin rapat dengan Mohenjodaro dan Harappa melalui suatu sistem perjalanan sungai. Daripada bukti-bukti kaji purba, ahli sejarah berjaya membina semula ciri-ciri bandar Harappa dan Mohenjodaro serta aspek-aspek kehidupan masyarakat Harappa seperti makanan, pakaian dan barang perhiasan, agama, alat-alat senjata, kesenian, hubungan dengan tamadun lain seperti Sumber ekonomi, pertanian dan perdagangan dan sebagainya. Tambahan pula, pelbagai taksiran juga dibuat tentang kebudayaan Harappa, misalnya, asal-usul penduduk Harappa, pertembungan dengan tamadun lain dan hubungan kebudayaan Harappa dengan tamadun Vedic dan kebudayaannya yang di bawah oleh orang Arya pada tahun 1500SM

Isi : Ciri-ciri Bandar : Daripada kajian tinggalan kota Mohenjodaro dan Harappa, adalah diketahui bahawa kedua-dua bandar mempunyai ciri persamaan dari segi perancangan bandar yang teliti. Terdapat dua bahagian iaitu kubu kota dan bandar di luar kubu itu. Di dalam kubu ciri yang nyata sekali ialah wujudlah sebuah kolam mandi yang mungkin digunakan untuk amalan agama ritual dan juga sebuah jelapang (Great Granary) yang terletak di atas sebuah podium yang berukuran 150 kaki lebar dan 200 kaki panjang. Jelapang itu adalah digunakan oleh pemerintah untuk menyimpan bijibijirin yang merupakan hasil berlebihan pertanian. Bahagian bandar yang wujud di luar kubu membayangkan juga perancangan sistematik. Dalam tapak pelan bandar, adalah diketahui bahawa jalan-jalan dan rumah batu adalah dirancang secara teratur. Menurut ahli kaji purba, unsur keseragaman perancangan bandar adalah disebabkan Mohenjodaro dan Harappa merupakan dua pusat pemerintahan yang dikendalikan oleh raja atau golongan paderi. Masyarakat Heterogenous : Daripada kajian hampir 50 rangka manusia yang digali dari Mohenjodaro, Harappa dan Chanhu Daro, ahli kaji purba telah mengenal pastikan tiga jenis kumpulan etnik. Pertamanya, jenis ProtoAustraloid yang serupa dengan orang asli di Australia pada masa kini; kedua, jenis Mediterranean yang dipercayai memberi sumbangan kepada perkembangan bandar dan pertanian dan, ketiga, jenis Mongoloid yang mungkin berasal dari Nepal atau Assam. Jadi, dari segi komposisi etnik tamadun Harappa, boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk Harappa tidak bersifat kehomogenan. Ekonomi Pertanian : Daripada penemuan serpihan tembikar, adalah diketahui gandum dan barli merupakan sumber makanan utama penduduk-penduduk Harappa. Wujudnya jelapang di Mohenjodaro dan Harappa boleh disimpulkan bahawa lebihan biji-bijian gandum dan barli disalurkan kedua-dua pusat pemerintahan untuk menampung keperluan masyarakat Harappa. Serpihan tekstil yang dijumpai memberi bukti bahawa kapas ditanam dan, kemungkinan besar, kain kapas merupakan barang eksport. Berdasarkan bukti-bukti tulang binatang adalah jelas kaum petani menternak lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi, anjing dan gajah. Ekonomi Perdagangan dan Hubungan dengan Tamadun Lain : Tamadun Harappa, nampaknya, tidak berkembang dalam keadaan terpencil. Manik-manik dan cap mohor yang ditemui di Sumeria menunjukkan bahawa Harappa terjalin hubungan dengan Mesopotamia. Cap mohor, biasanya digunakan oleh para pedagang untuk menandakan pemilikan harta. Kebanyakan artifak yang dibuat daripada emas, perak, plumbum, bitumen, alabaster, dan tembaga menunjukkan hubungan perdagangan Harappa dengan Parsi, Badahsha, Dekkan dan Rajputana. Jadi, boleh diandaikan bahawa hubungan perdagangan telah berjaya mewujudkan bukan saja segulungan saudagar tetapi juga pusat-pusat perdagangan seperti Sutkagon-Dor. Tulisan :

Wujudlah tulisan Harappa adalah diketahui daripada inskripsi pada cap mohor tetapi sehingga masa kini skrip itu tidak dapat dinyahkodkan (decipher). Menurut ahli sejarah skrip Harappa tidak sema sekali berunsur kesamaan dengan sesuatu skrip kuno di Asia Barat atau lain-lain tempat. Daripada analisis skrip Harappa, didapati 250 simbol yang terbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda dan boleh disimpulkan bahawa skrip itu dibaca mengikut amalan boustrophedon iaitu dibaca dari kanan ke kiri dan kiri ke kanan. Adalah diandaikan bahawa simbol-simbol dalam skrip Harappa mewakili nama atau gelaran seorang. Kesenian : Kesenian Harappa dapat dikaji dengan merujuk kepada artifak seperti cap mohor, manik-manik, patung-patung, serpihan barang kemas, subang, permainan, bangunan-bangunan dan tembikar. Berbanding dengan Mesopotamia atau Mesir, monumen-monumen yang besar atau seni arca yang mengagumkan tidak wujud di Harappa. Corak kesian tamadun Harappa adalah statik, langsung tidak inovatif dan sama sekali bersifat praktikal dan utilitarian. Sifat-sifat negatif yang disebutkan di atas boleh dibuktikan, misalnya dengan merujuk kepada perancangan dan bentuk struktur bangunan-bangunan Mohenjodaro dan Harappa yang hanya mementingkan tujuan utilitarian saja. Kepercayaan dan Agama : Menurut ahli sejarah, wujudnya banyak patung-patung wanita di Mohenjodaro dan Harappa menunjukkan, kemungkinan besar, amalan pemujaan Dewi-Ibu. Pemujaan Dewi adalah suatu konsep agama yang biasanya diamalkan dalam Hinduisme di kawasan desa pada masa kini. Tambahan pula, ahli kaji purba juga menjumpai suatu cap, mohor yang menunjukkan suatu dewa yang bertanduk serta bermuka, tiga dan kelilingi oleh empat ekor binatang iaitu gajah, harimau, badak sumbu dan kerbau. Adalah tidak dinafikan bahawa dewa itu ialah prototaip, atau pelapor Shiva (Lord of the Beasts) dalam agama Hinduisme. Di samping itu, masyarakat Harappa juga mengamalkan kepercayaan animisme iaitu menyembah batu-batu, pokok-pokok dan binatangbinatang yang dianggap tempat kediaman roh sama ada baik atau jahat. Daripada penjelasan tersebut, boleh disimpulkan bahawa agama Hinduisme yang muncul pada zaman Vedas ada kaitan dengan agama masyarakat Harappa.

Kesimpulan : Berdasarkan ciri-ciri yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat India di tapak Mohenjodaro dan Harappa adalah mencapai satu kemajuan peradaban yang tinggi.

Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Pendahuluan :

Tamadun secara ringkas difahami sebagai peningkatan kebudayaan sesebuah bangsa.

Menurut ahli sejarah tamadun merupakan keadaan sejarah dimana keadaan masyarakat yang mengalami perubahan dan kemajuan dari pelbagai bidang dgn kecenderungan terhadap urbanisasi. Menurut Prof M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm btk kota,skrip, kesenian, seni bina, agama undang-undang dan politik iaitu satu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dalam oleh masyarakat. Perspektif Islam memaksudkan tamadun sbg pembangunan material dan spiritual dgn prinsip yg berperanan memenuhi tuntutan fitrah manusia yang mempunyai jasad dan roh. Dlm Islam tamadun mempunyai konsep yg universal. Sayyid Quttub mengatakan tamadun itu merupakan segala bentuk kemajuan oleh sekumpulan masyarakat dlm segala bidang yg berteraskan syariat Islam. Terdapat bbrp asas tam. Islam spt akidah,akhlak dan ilmu. Selain itu kemajuan yg dicapai oleh umat Islam haruslah disusuli dgn akhlak yg baik.

Isi : Ciri-ciri masyarakat bertamadun menurut sarjana Barat :

Manusia mula tinggal menetap dlm sebuah komuniti di sebuah kawasan. Pengkhususan kerja-setiap kumpulan dan lapis masyarakat mempunyai tugas yg berlainan yang telah ditentukan. Organisasi sosial yang lengkap Wujud sistem politik dan pemerintahan atau sebuah kerajaan. Wujud tulisan dan bahasa. Aktiviti perdagangan dan pertanian. Kemajuan sains dan teknologi untuk memudahkan kehidupan seharian serta perkembangan ilmu pengetahuan. Agama dan kepercayaan ( memadai jika wujudnya kepercayaan-kepercayaan yg berkaitan animisme atau penyembahan dewa-dewa )

Ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut sarjana Islam. Bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah :

Tidak sahaja berasaskan pembangunan material tapi merangkumi kerohanian dan moral. Menurut Ibnu Khaldun, ajaran Islam itu sendiri melahirkan manusia bertamadun Islam menekankan konsep akidah dan pengabdian diri kpd Allah sbg asas tamadun. Akhlak dan moral Islam berjaya meningkatkan tamadun.

Mempunyai bentuk yg tetap dan tdk dipengaruhi hawa nafsu.

Bentuk-betuk tamadun Islam bersandarkan kepada Allah . Tamadun Islam tidak menolak segala btk yg tdk bertentangan dgn Islam tetapi nilai-nilai yg buruk diketepikan. Contohnya aktiviti ekonomi, Islam mengiktiraf pencapaian ekonomi yg maju. Islam menggalakkan aktiviti perdagangan, penggunaan matawang, cukai dan lain-lain.

Sikap terbuka kepada semua tamadun :

Perkembangan tamadun Islam bertaut dengan perkembangan tamadun lain. Contohnya dalam bidang seni bina tamadun Islam mengambil budaya Parsi, Yunani dan Rom. Kubah berasal daripada seni bina Graceo Rom Sistem diwan ( jabatan ) zaman Khalifah Umar al-Khattab ditiru daripada sistem pemerintahan Parsi. Ini menunjukkan unsur-unsur yang tidak baik daripada tamadun lain ditolak. Cth: seni muzik yang melalaikan, ukiran patung dan lain-lain.

Pendidikan dan ilmu.

Islam menekankan ilmu dan pendidikan. Wahyu pertama konsep baca (Iqra) menekankan pendidikan . Rasulullah pernah memberi tawaran kpd tawanan prg Badar supaya mengajar membaca dan menulis 10 org kanak-kanak Islam Masjid dijadikan tpt dakwah dan pendidikan. Universiti pertama yg pernah dibina ialah Jamiah al-Qurawin di kota Fars, Maghribi. Lahir intelektual Islam yg terkenal dlm pelbagai bidang spt Ibnu Sina, al-Biruni dll

Kerajaan dan perbandaran :

Bandar merupakan pusat pemerintahan di samping pusat pendidikan, pertahanan dan lainlain. Bandar Madinah dan Mekah menjadi pusat penyebaran Islam. Khalifah Umar al-Khattab membina bandar-bandar di wilayah baru seperti Basrah, Kufah dan lain-lain.

Kepimpinan :

Tamadun Islam dpt dilihat melalui keperibadian pemimpin Islam itu sendiri. Cth: keperibadian Rasulullah, para sahabat dan lain-lain. Sayyid Qutub menganggap kepimpinan adalah penggerak utama tamadun Islam. Tamadun Islam juga tidak menolak corak kepimpinan yang lain asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Tamadun Islam tidak mengiktiraf kehebatan zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Abbasiah dan Uthmaniah sebagai zaman gemilang tamadun Islam kerana pemimpim kurang menepati kehendak Islam seperti mengamalkan sistem monarki.

Kesimpulan :

Berdasarkan pendapat tokoh sarjana Islam terdapat perbezaan di antara tamadun barat dengan tamadun Islam. Tamadun barat lebih mementingkan ciri-ciri luaran seperti seni bina, tugu dan lain-lain, manakala tamadun Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material dan akidah.