zaman penjajahan dan perjuangan kemerdekaan

28
X PENGENALAN Topik ini pada umumnya membincangkan tentang senario negara kita sejak zaman penjajahan sehinggalah lahirnya bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Antara perkara yang dibincangkan dalam topik ini adalah T T o o p p i i k k 2 2 Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan X HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajah negara kita; 2. Mengenal pasti kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita; 3. Menghubungkaitkan kesan-kesan penjajahan dengan sistem sosio- ekonomi dan politik hari ini; 4. Menilai sebab-sebab utama mengapa rakyat menentang penguasaan asing terhadap pentadbiran politik dan ekonomi negara. 5. Mengenal pasti gerakan-gerakan nasionalisme yang berperanan menentang penjajahan Inggeris; 6. Menganalisis proses-proses mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan 7. Mentafsir faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Upload: nguyenbao

Post on 29-Dec-2016

594 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

PENGENALAN

Topik ini pada umumnya membincangkan tentang senario negara kita sejak zaman penjajahan sehinggalah lahirnya bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Antara perkara yang dibincangkan dalam topik ini adalah

TTooppiikk

22 Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajah negara kita;

2. Mengenal pasti kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita;

3. Menghubungkaitkan kesan-kesan penjajahan dengan sistem sosio-ekonomi dan politik hari ini;

4. Menilai sebab-sebab utama mengapa rakyat menentang penguasaan asing terhadap pentadbiran politik dan ekonomi negara.

5. Mengenal pasti gerakan-gerakan nasionalisme yang berperanan menentang penjajahan Inggeris;

6. Menganalisis proses-proses mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan

7. Mentafsir faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

21

faktor-faktor yang mendorong kuasa luar menjajah negara kita; reaksi rakyat terhadap penjajahan itu; dan kesan penjajahan kepada negara kita. Fokus penjajahan bermula dengan penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan akhirnya Jepun dan ditumpukan pada awalnya terhadap negeri Melaka, dan kemudiannya dikaitkan secara umum dengan negeri-negeri lain, seperti Pulau Pinang, Singapura, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Antara faktor utama penjajahan kuasa luar ini adalah faktor kedudukan dan kekayaan negara. Dari segi reaksi rakyat, anda akan dibawa untuk memahami reaksi rakyat Tanah Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Reaksi ini mencapai kemuncak, misalnya dengan pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, penentangan Tok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, penentangan Mat Salleh di Sabah dan kebangkitan semangat kebangsaan selepas penjajahan Jepun. Dari segi kesan penjajahan, anda dibawa menganalisis kesan penjajahan terhadap sistem politik dan pentadbiran negara, sistem ekonomi negara, sistem pendidikan negara dan cara hidup rakyat secara keseluruhannya. Setelah Malaysia dikuasai dan dijajahi oleh beberapa kuasa asing, pelbagai usaha bagi membebaskan negara ini telah dilakukan. Dalam topik ini, anda juga akan dibawa meninjau usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mencapai kemerdekaan. Antara perkara yang akan anda ikuti adalah kebangkitan semangat nasionalisme; perjuangan menentang penjajahan; kemunculan parti-parti politik; rundingan kemerdekaan; dan pembentukan Malaysia.

FAKTOR PENDORONG PENJAJAHAN

2.1

Penjajahan kuasa asing di negara kita telah memberi pelbagai kesan yang mencorakkan struktur politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Penjajahan telah memberi kesan kepada proses asimilasi dan penyesuaian di kalangan masyarakat. Berdasarkan perkara ini, sejauh manakah kesan ini memberi kebaikan yang telah mengubah struktur pemikiran masyarakat Melayu. Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong hujah-hujah anda.

AKTIVITI 2.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

22

Ada dua faktor utama yang mendorong kuasa luar berminat untuk menjajah Tanah Melayu. Faktor-faktor itu dapat kita bahagikan kepada dua, iaitu:

(a) Kedudukan strategik; dan

(b) Kekayaan negara.

2.1.1 Kedudukan Strategik

Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah sebagai pedagang-pedagang yang hanya berniaga di negeri-negeri Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat beberapa kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah negara kita. Tambahan pula kuasa-kuasa asing memang mempunyai sebab-sebab utama untuk menjajah negara-negara Asia Tenggara. Antara sebab-sebab itu adalah, pertama, cubaan mereka bagi meluaskan jajahan yang boleh memberikan sumber bahan mentah, dan kedua, bagi mengembangkan agama Kristian. Dari segi lokasi, Tanah Melayu terletak di kedudukan yang strategik. Melaka pada zaman kegemilangannya menjadi pusat entrepot yang menghubungkan perdagangan dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur. Melaka berada di pertengahan perjalanan perdagangan antara pedagang-pedagang Barat, Arab dan India di sebelah Barat dengan pedagang-pedagang Cina di sebelah timur.

2.1.2 Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka

Kedudukan Kerajaan Melayu Melaka yang strategik, turut dibantu oleh beberapa faktor lain. Faktor-faktor yang turut menyumbang kepada perkembangan dan keagungan Kerajaan Melayu adalah: (a) Faktor Politik dan Pentadbiran

(i) Mempunyai pemimpin yang cekap mentadbir serta memelihara keamanan, seperti Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah dan sebagainya.

(ii) Hubungan diplomatik dan dasar luar Melaka dengan Kerajaan Siam, Majapahit dan Negeri China memberi kesan yang positif kepada perkembangan Melaka dari segi ekonomi dan politik. Dari segi politik, hubungan diplomatik yang baik dengan China

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

23

menyebabkan Melaka bebas daripada ancaman kerajaan-kerajaan asing di Nusantara.

(iii) Sistem undang-undang yang adil, seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut yang disusun dan dikemaskinikan oleh Sultan Muzaffar Syah telah membuktikan bahawa pihak pemerintah berusaha menjamin ketenteraman Melaka yang menjadi pusat perdagangan terbesar dan terkenal. Justeru, keselamatan pedagang-pedagang asing lebih terjamin.

(iv) Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka dikawal selia oleh seorang Syahbandar. Kekuasaan dan kewibawaan Syahbandar dalam mengendalikan urusan perkapalan merupakan faktor yang membantu kepada pertumbuhan ekonomi Melaka. Hal ini ditambah pula dengan sistem ketenteraan yang kuat.

(v) Kegiatan lanun dapat dihapuskan dengan sistem ketenteraan yang kuat dan peluasan kuasa terhadap negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini sekaligus dapat memperluaskan perdagangan di rantau ini.

(b) Faktor Geografi

(i) Melaka muncul sebagai pusat perdagangan entrepot yang terpenting di Nusantara kerana kedudukannya yang terletak antara Lautan Hindi dengan Laut China Selatan dan terlindung daripada tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Ini menjadi faktor penggalak kepada pelayaran antarabangsa.

(ii) Negeri Melaka mempunyai pelabuhan yang dalam yang sangat

sesuai untuk kapal-kapal berlabuh dan berdagang.

(c) Faktor Ekonomi

(i) Faktor politik dan geografi telah membantu Melaka menjadi pusat tumpuan aktiviti-aktiviti ekonomi. Melaka dapat menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, seperti perdagangan rempah ratus dan pusat perdagangan barangan dari China, India, negara-negara Arab dan Eropah.

(ii) Sistem mata wang sendiri diperkenalkan dalam urusan perdagangan.

Ini memudahkan aktiviti jual beli dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

24

(iii) Kerajaan Melaka turut mewujudkan sistem pungutan cukai yang baik dan diterima oleh pedagang-pedagang asing.

(d) Faktor Sosial

(i) Aspek pendidikan telah diberi penekanan oleh pemerintah Melaka. Kedudukan Melaka sebagai pusat keilmuan berkait rapat dengan pemerintah-pemerintah Melaka yang amat menghormati dan memberi kedudukan yang tinggi kepada golongan ulama. Sultan Mansur Syah, misalnya berguru dengan Kadi Yusuf dan menggalakkan kitab-kitab Islam ditulis dalam bahasa Melayu.

(ii) Kedatangan Islam telah banyak mengubah sistem sosial masyarakat

Melayu. Nilai-nilai persamaan taraf, persaudaraan sesama agama dan perpaduan Islam sejagat adalah pembaharuan yang telah diterapkan dalam cara hidup masyarakat Melayu di Melaka dan seluruh alam Melayu. Konsep hormat-menghormati, bergotong-royong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain adalah ciri-ciri yang diterapkan dalam agama Islam.

(iii) Perkahwinan bermotifkan politik juga telah memberi keuntungan

kepada Melaka. Keadaan ini ditambah dengan perhubungan orang-orang China dan perlindungan daripada Empayar China telah memakmurkan lagi Empayar Melaka. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit, iaitu Raden Galoh Cendera Kirana dan juga dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China.

(e) Faktor Budaya

(i) Negeri Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat menggalakkan lagi perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam daripada India dan negeri Arab.

(ii) Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau „Lingua

Franca„ yang digunakan secara menyeluruh. Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajian yang bersifat ilmiah, penghasilan penulisan-penulisan kesusasteraan, penggunaannya dalam bidang pentadbiran dan hubungannya dengan kuasa-kuasa asing telah meningkatkan pengaruhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

25

Rajah 2.1 menggambarkan Melaka sebagai Pusat Perdagangan Timur.

Raj

ah 2

.1: M

elak

a se

baga

i Pus

at P

erd

agan

gan

Tim

ur

Sum

ber:

Moh

d. J

amil

Mu

kmin

, 199

4, M

elak

a Pu

sat P

enye

bara

n Is

lam

di N

usan

tara

, Nur

in

Ent

erpr

ise,

Ku

ala

Lu

mpu

r

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 7: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

26

ZAMAN PENJAJAHAN

Negara kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British.

2.2.1 Penjajahan Portugis

Portugis telah menjajah negeri Melaka selama hampir 130 tahun. Penjajahan ini bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641. Walau pun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya, terutama bagi menguasai perdagangan rempah di Pelabuhan Melaka. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau, telah gagal. Pengaruh Portugis hanya di sekitar bandar Melaka sahaja. Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berhasil.

2.2.2 Penjajahan Belanda

Pada peringkat awal, kehadiran kuasa penjajah Belanda di Tanah Melayu adalah untuk berdagang di Kepulauan Melayu. Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) yang berpusat di Pulau Jawa adalah pusat perdagangan utama. Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602 dengan tujuan untuk:

(a) Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu; dan

(b) Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Untuk memenuhi hasrat ini, pihak Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Pada tahun 1641, Portugis telah dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Walau bagaimanapun sepertimana Portugis, Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini. Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu menjadi idaman kuasa-kuasa Barat. Faktor yang paling penting adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu.

2.2.3 Penjajahan British

Pada tahun 1600, pedagang-pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Kemudian Syarikat tersebut mula berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu.

2.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 8: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

27

Kehadiran Francis Light pada 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang dan kedatangan Stamford Raffles di Singapura pada 6 Februari 1819 telah memberi kesan yang mendalam dalam mencorakkan sejarah Tanah Melayu. Bermula dari sinilah penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu. Setelah berada di Negeri-negeri Selat, British memperluaskan kuasanya ke negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan Inggeris meluaskan kuasa di rantau ini jelas mempunyai motif ekonomi. Perkara ini menjadi lebih mudah untuk dilakukan kerana terdapatnya masalah dalaman yang berlaku di negeri-negeri berkenaan. Inggeris telah campur tangan dalam beberapa hal masalah dalaman yang menyebabkan Inggeris memperluaskan lagi kuasa mereka ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jadual 2.1 menunjukkan kronologi penjajahan British di Tanah Melayu.

Jadual 2.1: Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu

Tahun Peristiwa

1786 Menduduki Pulau Pinang

1819 Menduduki Singapura

1824 Mengambil Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda

1842 James Brooke mengambil Sarawak

1874 Campur tangan Inggeris di Perak. Selangor menerima penasihat Inggeris. Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.

1875 Sultan Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris.

1878 Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris.

1888 Bermula campur tangan Inggeris di Pahang.

1895 Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan) melalui Perjanjian Persekutuan.

1909 Mengikut Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu)

1909 Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan

1914 Johor menerima penasihat Inggeris

1945 Menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA)

1946 Menubuhkan Malayan Union (Kesatuan Malaya)

1948 Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 9: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

28

REAKSI AWAL RAKYAT TEMPATAN

Mari kita lihat reaksi awal rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat dan Jepun.

2.3.1 Reaksi Terhadap Penjajahan Barat

Penjajahan Barat sebenarnya tidak menyenangkan hati orang-orang Melayu. Tahukah anda bahawa penentangan terhadap Barat telah berlaku sejak mula Portugis menakluki Melaka lagi? Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah beberapa kali cuba membebaskan Melaka daripada cengkaman Portugis. Penentangan yang sama turut diperlihatkan terhadap Belanda. Namun begitu, reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang bermula sejak tahun 1974. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja-raja Melayu di Tanah Melayu dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada penentangan secara terbuka. Di Naning, misalnya, Dol Said mengepalai penentangan terhadap pentadbiran Inggeris, DatoÊ Maharajalela mengetuai pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, Sharif Masahor, Rentap dan Banting di Sarawak, Mat Salleh di Sabah, DatoÊ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas kekalahan Jepun. Tentera British telah kembali ke Tanah Melayu untuk memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau bagaimanapun, BMA tidak dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha mengembalikan semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu pusat pentadbiran yang kuat. Pada bulan Mac 1946, BMA telah dibubarkan. Kerajaan baru yang dikenali dengan nama Malayan Union atau Kesatuan Malaya pula ditubuhkan. Mari kita tinjau mengapa Parlimen Britain mengumumkan penubuhan Malayan Union. Antara tujuannya adalah untuk:

(a) Mendirikan satu sistem pemerintahan yang kuat dan cekap melalui penyatuan semua pentadbiran yang ada;

(b) Menyelaras sistem pertahanan secara teratur dan berkesan; dan

(c) Mengembangkan perusahaan getah dan bijih timah untuk faedah ekonomi empayar British.

2.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 10: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

29

Antara ciri-ciri Malayan Union adalah:

(a) Singapura dipisahkan daripada Malayan Union dan diletakkan sebagai „Crown Colony„.

(b) Semua negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British dan diketuai oleh seorang Gabenor.

(c) Gabenor Kesatuan Malaya diletakkan di bawah kuasa Gabenor Jeneral di Singapura.

(d) Gabenor diberi kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis Perundangan yang diwujudkan di peringkat pusat.

(e) Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada wakil-wakil rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya.

(f) Raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu.

(g) Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli. Prinsip ini membolehkan sesiapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di negara ini selama 10 tahun.

Tahukah anda bahawa peristiwa Sultan-Sultan dipaksa menandatangani perjanjian Rancangan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu? Mereka menganggap penjajah Inggeris telah menghina Raja-Raja Melayu. Mereka juga bimbang kedudukan Raja-raja dan orang-orang Melayu akan terancam. Antara manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan Malayan Union adalah:

(a) Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu.

(b) Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Malayan Union.

(c) Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari.

(d) Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar.

(e) Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi Inggeris.

(f) Pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

UMNO terus mendesak supaya Malayan Union ditarik balik. Kerajaan Inggeris mula bimbang huru-hara akan berlaku sekiranya tindakan segera

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 11: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

30

tidak diambil. Kerajaan Inggeris telah mendapati bahawa Sultan-Sultan dan pembesar-pembesar Tanah Melayu akan terus tidak menyokong mereka. Di samping itu ramai pemimpin-pemimpin Cina dan India turut memulaukan Majlis Perisytiharan Malayan Union. Akhirnya, pihak Inggeris terpaksa mengalah dan Malayan Union yang ketika itu baru berusia empat bulan telah dibubarkan.

2.3.2 Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun

Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa tindakan. Parti Komunis Malaya yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum Cina telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Di Pahang pula, orang Melayu telah menubuhkan Tentera Wataniah Pahang. Bekas pegawai-pegawai British yang bersembunyi di hutan telah menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 untuk melatih rakyat tempatan menggunakan senjata api. Sementara itu, rakyat tempatan telah menyertai „Force 136‰ di bawah pimpinan Kapten Spencer Chapman. Pasukan Askar Melayu Setia telah ditubuhkan di Perak pada tahun 1945 yang diketuai oleh Kapten Mohd. Salleh bin Haji Sulaiman. Pasukan-pasukan tentera tersebut telah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera Jepun. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga menghadapi tekanan daripada penjajahan Jepun. Di Sabah dan di Sarawak, orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum Bumiputera menentang Jepun. Dengan ini dapat kita lihat bahawa setiap penjajah yang datang menduduki negara ini menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan.

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945 telah memberikan kesan yang cukup bermakna terhadap perkembangan semangat kebangsaan dan seterusnya menyumbang kepada kemerdekaan negara?

SEMAK KENDIRI 2.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 12: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

31

KESAN-KESAN PENJAJAHAN

2.4.1 Kesan Penjajahan Portugis

Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga ke hari ini adalah:

(a) Kewujudan masyarakat Serani hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan;

(b) Pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu. Wujud perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis seperti palsu, almari, jendela, garpu dan tuala.

(c) Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau.

2.4.2 Kesan Penjajahan British

Mari kita pelajari kesan penjajahan British dari segi komposisi penduduk dan sistem politik. (a) Komposisi Penduduk

Dari segi komposisi, penduduk negara kita terdiri daripada penduduk berbilang kaum. Dengan pembukaan ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah, penjajah Inggeris telah menggalakkan kemasukan orang-orang dari negeri China dan India secara besar-besaran. Keadaan ini menyebabkan pertambahan penduduk menjadi begitu pesat. Budaya dan kegiatan ekonomi penduduk yang baru datang ini sangat berbeza dari segi budaya dan kegiatan ekonomi orang-orang tempatan. Orang-orang Cina menguasai sektor moden di bandar-bandar dan di kawasan perlombongan, orang India menguasai sektor perladangan dan tinggal di estet-estet, manakala orang-orang Melayu menguasai sektor pertanian tradisi dan tinggal di kawasan desa. Perbezaan antara kumpulan ini mewujudkan jurang sosial yang dibayangi oleh perasaan perkauman dan prasangka. Keadaan ini memang telah dijangkakan oleh penjajah kerana dengan wujudnya perpecahan di kalangan rakyat akan lebih memudahkan penjajah untuk memerintah dan seterusnya mengeksploit ekonomi negara ini.

(b) Sistem Politik

Dari segi politik, sistem masyarakat yang dahulunya taat setia dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan berubah dengan adanya campur tangan penjajah Inggeris. Kuasa raja dan sultan dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang negeri atau negara. Permulaannya ialah dengan

2.4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 13: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

32

memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kemudian diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kedua-dua sistem ini telah mula mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Fungsi Residen dan Penasihat British ialah menasihati raja-raja Melayu, tugas yang dahulunya dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu.

2.4.3 Kesan Penjajahan Jepun

Perang Dunia Kedua telah mengubah senario penjajahan Barat di Tanah Melayu. Sebuah negara Asia dari negeri matahari terbit, iaitu Jepun mempunyai matlamat untuk menguasai dan membebaskan negara-negara Asia daripada pengaruh penjajahan kuasa Barat. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula dari 15 Februari 1945 hingga 12 September 1945.

Pengeboman ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika telah menyebabkan pihak Jepun mengaku kalah. Peristiwa ini menyebabkan orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September 1945. Beberapa peristiwa bersejarah telah berlaku, antaranya:

(a) Pihak Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA);

(b) Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah ditubuhkan; dan

(c) Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah aktif sehingga pihak Inggeris terpaksa mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 17 Jun 1948.

Selama lebih kurang tiga setengah tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah meninggalkan banyak kesan negatif dan positif, antaranya ialah:

(a) Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura.

(b) Singapura pula diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.

(c) Orang-orang Cina di Tanah Melayu ditindas oleh Jepun, manakala orang Melayu telah mendapat layanan yang agak baik. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina terhadap orang Melayu dan permusuhan berlaku.

(d) Telah wujud kesedaran politik yang mendalam di kalangan orang Melayu.

(e) Orang-orang Melayu mula mempunyai keyakinan untuk memerintah sendiri hasil pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran semasa zaman pemerintahan Jepun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 14: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

33

(f) Orang Cina dan orang India di Tanah Melayu bertambah giat mengukuhkan ciri-ciri kecinaan dan keindiaan mereka.

(g) Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada tindakan Jepun meniupkan lagi semangat Kongres Melayu.

(h) Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi parti terkuat pada tahun-tahun 1945 sehingga 1948.

KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME

Tahukah anda bahawa semangat kebangsaan atau nasionalisme itu merujuk kepada satu keyakinan dan usaha menegakkan autonomi, kesepaduan dan keperibadian bagi satu kelompok sosial yang membentuk sebuah negara-bangsa atau nation? Sebarang asas kesepaduan kumpulan, persamaan keturunan, persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa, malah persamaan agama boleh menjadi asas kepada gerakan semangat kebangsaan. Kita harus sedar bahawa gerakan kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh kejayaan Jepun yang mengalahkan Rusia dalam peperangan Rusia-Jepun. Dalam masa yang sama, perjuangan nasionalis Indonesia menentang Belanda turut menjadi penggalak kepada nasionalis di Tanah Melayu. Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal juga menjadi inspirasi untuk perjuangan mencapai kemerdekaan tanah air. Semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 banyak dibangkitkan oleh media seperti akhbar dan majalah. Media-media ini memberi ruang kepada orang ramai untuk memberi dan mendapatkan maklumat penting daripada tokoh-tokoh pemimpin rakyat.

2.5

1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan Melaka mencapai kegemilangannya pada abad ke-16 Masihi hingga dicemburui oleh kuasa asing?

2. Penaklukan Tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945 telah meninggalkan rahmat yang tersembunyi kepada penduduk Tanah Melayu. Huraikan kenyataan ini berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

SEMAK-KENDIRI 2.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 15: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

34

Antara akhbar-akhbar yang berpengaruh adalah seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Akhbar-akhbar sebelum Merdeka

Akhbar Pengasas Tahun dan Tempat Penerbitan

Al-Imam Syed Syeikh al-Hadi 1906, Singapura

Utusan Melayu Abdul Rahim Kajai 1907, Singapura

Neracha Haji Abas Taha 1911, Singapura

Saudara Syed Syeikh al-Hadi 1928, Pulau Pinang

Warta Malaya DatoÊ Onn Jaafar 1930, Singapura

Majlis Abdul Rahim Kajai 1931, Singapura

GERAKAN BERORGANISASI YANG MENENTANG PENJAJAHAN

Cuba lihat senario pergerakan organisasi di Tanah Melayu dalam usaha meniupkan semangat nasionalisme. Beberapa kelab, persatuan dan kesatuan diwujudkan pada peringkat nasional dan negeri. Antara kelab dan persatuan yang berpengaruh adalah:

2.6.1 Kesatuan Melayu Singapura

Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1926 oleh golongan muda Singapura yang berpendidikan Inggeris yang diketuai oleh Mohammad Eunos Abdullah. Perjuangan kesatuan ini adalah untuk:

(a) Membaiki taraf sosio-ekonomi dan politik orang Melayu; dan

(b) Menjadi penghubung dengan pihak British.

2.6.2 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

Persatuan yang ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu pada tahun 1934 ini, bertujuan memperbaik taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Ahli-ahlinya terdiri daripada sebahagian besar ahli-ahli kesusasteraan yang pro kaum muda.

2.6

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 16: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

35

2.6.3 Persatuan Melayu Perak

Ditubuhkan pada 1937 di Ipoh, Perak, persatuan yang diketuai oleh Wan Mohd. Nur Wan Nasir ini berjuang untuk:

(a) Meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat di Perak; dan

(b) Mempertahankan kepentingan Melayu dalam pentadbiran negara.

2.6.4 Kesatuan Melayu Selangor

Kesatuan ini ditubuhkan pada bulan Jun 1938 di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin. Kesatuan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik bagi mencapai hasrat yang berikut:

(a) Mendesak British menambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam;

(b) Mengesyorkan pemberhentian penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu; dan

(c) Mendesak kerajaan menambah peluang pendidikan bagi orang Melayu.

2.6.5 Persatuan Melayu Semenanjung

Penubuhan persatuan ini pada tahun 1939 diusahakan oleh Kesatuan Melayu Selangor. Usaha murni persatuan ini ialah untuk menyatupadukan semua persatuan di Tanah Melayu yang menemui kegagalan. Ini dikatakan berpunca daripada semangat kenegerian yang kuat antara persatuan-persatuan Melayu negeri.

2.6.6 Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Kesatuan ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Sebahagian besar ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Sultan Idris Training College (SITC). KMM merupakan pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu. Antara matlamat KMM adalah bagi:

(a) Menggabungkan semua negeri Melayu;

(b) Memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu;

(c) Menggulingkan Inggeris;

(d) Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan

(e) Memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep „Melayu Raya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 17: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

36

Di Sabah pula, terdapat beberapa persatuan yang bersifat sosio-ekonomi dengan memperjuangkan kepentingan sosial dan ekonomi penduduk tempatan. Sementara itu di Sarawak pula, Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1939. Persatuan ini bermatlamat untuk memajukan orang-orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, serta memupuk semangat kerjasama di kalangan mereka.

KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI

Semangat bagi menentang Malayan Union, memerdekakan tanah air dan memelihara kebajikan kaum, merupakan asas penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, mari kita tinjau penubuhan parti-parti utama di Tanah Melayu ketika itu.

2.7.1 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah parti yang ditubuhkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu. Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan diketuai oleh Datuk Onn Jaafar. Beliau merupakan Presiden pertama UMNO dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1951. Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union. Tujuan utama penubuhan parti ini adalah bagi memerdekakan Tanah Melayu dan mewujudkan kerajaan sendiri. UMNO juga ditubuhkan bagi menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu, terutama dalam penentangan terhadap Malayan Union. Pada tahun 1948, UMNO secara rasmi menjadi sebuah parti politik. Sehingga tahun 1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dan keahlian UMNO menjangkau 100, 375 orang. Ketika itu, UMNO mempunyai dua buah badan di bawahnya, iaitu Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

2.7.2 Kongres India Malaya (MIC)

Bagi masyarakat India pula, Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dengan John Thivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu serta mewakili kaum India dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan. Sehingga tahun 1949, ahli MIC telah mencapai 7,000 orang dan meningkat kepada 20,000 orang ahli pada tahun 1955.

2.7

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 18: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

37

2.7.3 Persatuan Cina Malaya (MCA)

Persatuan Cina Malaya (MCA) pula secara rasmi telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden pertamanya. Matlamat penubuhan parti ini adalah bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina. Pada samping itu MCA berhasrat untuk berjuang bagi memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu. MCA ditubuhkan pada mulanya hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan. Pada tahun 1952, persatuan ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik. Sehingga tahun 1949, keahlian MCA adalah seramai 100,000 orang dan meningkat menjadi 188,000 orang pada tahun 1951.

2.7.4 Parti Perikatan

Kerjasama antara UMNO dan MCA bermula ketika pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Kepimpinan UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur telah bersetuju membentuk kerjasama. Dalam pilihan raya itu, pakatan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pakatan ini kemudian diperluaskan dalam pilihan raya kerajaan tempatan di beberapa bandar utama, seperti pilihan raya Majlis Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka. Pakatan kedua-dua parti itu di peringkat negeri telah mendorong Presiden UMNO, Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock bagi membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955. MIC kemudiannya menyertai pakatan ini pada bulan April 1955. Pembentukan Parti Perikatan memperlihatkan kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah Melayu. Hasilnya, pada pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu, 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini juga menjadi penggerak kepada kerjasama yang lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari 1956, Y. M. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini dianggotai

2.8

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 19: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

38

oleh empat orang wakil Parti Perikatan, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kembali dari London. Ekoran daripada rundingan ini, sebuah suruhanjaya perlembagaan baru Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Antara kandungan Perlembagaan Tanah Melayu itu adalah:

(a) Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu;

(b) Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat;

(c) Sebuah Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk;

(d) Syarat kewarganegaraan diperketat;

(e) Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan; dan

(f) Agama Islam menjadi agama Persekutuan dan agama lain dibenarkan.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Untuk makluman anda, cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia telah disuarakan oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Perkara ini telah dinyatakan dalam satu ucapan penting di Singapura pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa gagasan penubuhan Malaysia dapat menguatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei selaras dengan perkembangan yang berlaku di rantau Asia Tenggara ketika itu.

2.9

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 20: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

39

Rajah 2.2: Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 - 1990), Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan

Malaysia, dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970 Sumber: http://agrolink.moa.my/iadp/johor/khas/pm1.html

Selepas Tunku Abdul Rahman (Rajah 2.2) berucap di Singapura, beliau berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah pada Jun 1961 dan Brunei pada Julai 1961 bagi tujuan menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. Cadangan ini, walau bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi. Perundingan juga diadakan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan Pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan di Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Antara peranan JPPK adalah bagi:

(a) Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia;

(b) Mengumpulkan pandangan penduduk; dan

(c) Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali; di Jesselton, Sabah (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu); di Kuching, Sarawak; di Kuala Lumpur dan akhirnya di Singapura. Brunei hanya menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada Februari 1962 anggota mesyuarat bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang dibentuk oleh kerajaan British. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang berkaitan dengan pandangan dan rasa hati penduduk Sarawak dan Sabah bagi menganggotai persekutuan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 21: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

40

Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan penubuhan gagasan Malaysia serta membuat penilaian telah mengemukakan laporan bahawa penduduk di sana menyokong penubuhan gagasan Malaysia dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi. Berdasarkan laporan itu, SC mencadangkan beberapa perkara, iaitu:

(a) Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957.

(b) Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya..

(c) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.

(d) Jaminan diberi terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak.

(e) Menyokong pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

REAKSI NEGARA JIRAN TERHADAP PEMBENTUKKAN MALAYSIA

Sekarang mari kita lihat reaksi Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia.

2.10.1 Reaksi Indonesia dan Filipina

Menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju MALAYSIA ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun tentangan daripada Indonesia dan Filipina menyulitkan pembentukan itu. Bagi mengurangkan ketegangan tersebut, perjumpaan ketiga-tiga pihak yang melibatkan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina telah diadakan. Sidang kemuncak antara ketua-ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman (mewakili Tanah Melayu), Presiden Sukarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina) telah diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos 1963. Sidang kemuncak itu walau bagaimanapun gagal merungkaikan penentangan kedua-dua negara tersebut.

2.10

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang Penubuhan Persekutuan Malaysia? Silalah berkunjung ke laman web berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

AKTIVITI 2.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 22: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

41

Kerajaan Indonesia dan kerajaan Filipina merasakan bahawa mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menentang penubuhan gagasan Malaysia. Pada tanggapan mereka, kerajaan Tanah Melayu seharusnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan.

Para penganalisis sejarah mentafsirkan tindakan Presiden Sukarno menentang penubuhan Malaysia ini adalah atas sebab-sebab berikut:

(a) Presiden Sukarno berhasrat untuk menubuhkan sebuah empayar yang dikenali sebagai Indonesia Raya. Cita-cita penyatuan ini akan hancur kerana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang besar dan kuat.

(b) Penentangan ini juga dianggap sebagai percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyatnya daripada masalah dalaman, iaitu kemerosotan ekonomi, krisis kepimpinan yang dialaminya dan ancaman keselamatan.

Lantaran itu Indonesia melancarkan penentangan yang dikenali sebagai „Konfrontasi„. Pada 20 Januari 1963, Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrontasinya dengan slogan „Ganyang Malaysia„. Cadangan pembentukan Malaysia ini tidak dipersetujui oleh Presiden Sukarno kerana beliau berkecil hati Tanah Melayu tidak terlebih dahulu berunding dengan Indonesia, sebuah negara yang lebih besar yang juga berhampiran dengannya. Sukarno juga mendakwa Malaysia akan menjadi satu bentuk penguasaan politik baru yang akan menggugat kepentingan Indonesia dan sekaligus akan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu yang cuba dipupuk selama ini. Penentangan Filipina pula berpunca daripada hasrat presidennya, iaitu Presiden Macapagal untuk menarik Sabah ke dalam wilayah Filipina. Beliau mendakwa Sabah asalnya adalah sebahagian daripada milik Filipina. Sebelum Sabah dijajah oleh British, Sabah (pada waktu itu Borneo Utara) diperintah oleh Sultan Sulu yang memperoleh Sabah daripada Sultan Brunei. Untuk makluman anda, Sulu adalah sebahagian daripada wilayah Filipina. Oleh yang demikian jika Sabah menerima cadangan untuk memasuki pembentukan Malaysia, sudah tentu akan menyulitkan tuntutannya.

2.10.2 Reaksi Sabah dan Sarawak

Pada peringkat awal, masyarakat Melayu berasa bimbang dengan cadangan kemasukan Singapura ke dalam persekutuan ini, di mana keadaan ini akan membawa kepada kebanjiran orang-orang Cina melebihi masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini dapat diredakan dengan cadangan bahawa Borneo Utara atau Sabah dan Sarawak juga akan menyertai Persekutuan itu. Dengan itu, diharap akan dapat memulihkan imbangan etnik bumiputera

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 23: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

42

dengan bukan bumiputera di dalam Persekutuan Malaysia nanti. Mereka menyedari penyertaan ke dalam Malaysia bererti mereka akan membebaskan diri daripada kuasa British. Secara tidak langsung, penggabungan Sabah dan Sarawak ini akan membawa perubahan kepada struktur penduduk. Bagaimanapun, wujud juga kebimbangan tertentu, misalnya, rakyat negeri-negeri Borneo bimbang mereka akan hilang kekuatan kerana akan didominasi oleh orang-orang Persekutuan. Orang-orang bukan Melayu khususnya khuatir mereka akan mengalami diskriminasi, iaitu tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan curiga timbul kerana mereka mengandaikan kuasa politik akan tertumpu di Kuala Lumpur. Seperkara lagi yang membimbangkan orang Cina di Sabah dan Sarawak ialah mereka akan ketinggalan dalam persaingan ekonomi dengan kaumnya di Singapura. Penentangan awal kepada idea persekutuan umumnya, berjaya didamaikan, dan ia bertukar menjadi „plus-factor„ kepada proses politik nasional yang sedang berlangsung. Penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sikap dan aspirasi penduduk Sabah dan Sarawak, yang cenderung kepada konsep Malaysia, membantu pemupukan persekutuan yang sedia wujud.

2.10.3 Reaksi Brunei

Pada mulanya, rakyat Brunei menyambut baik cadangan menyertai Malaysia. Namun ada sebahagian rakyat Brunei yang ingin bersatu dengan Malaysia hanya setelah Brunei mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu. Sultan Omar Ali Sarifuddin sendiri sangat berminat dan menganggap penubuhan Malaysia adalah satu idea yang baik. Hasrat bagi bergabung dengan Malaysia, walau bagaimanapun mendapat tentangan daripada pihak Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Parti ini inginkan Brunei digabungkan dengan Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara. Penentangan ini membawa kepada pemberontakan bersenjata yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu dapat dipatahkan oleh Sultan dengan sokongan British. Dalam pada itu, Sultan Brunei menetapkan beberapa tuntutan bagi merealisasikan penyertaan negaranya dalam Persekutuan Malaysia. Mari kita tinjau tuntutan-tuntutan tersebut.

(a) Brunei diberi sekurang-kurangnyanya sepuluh kerusi parlimen;

(b) Brunei dibenarkan terus menguasai hasil minyak;

(c) Brunei memegang autonomi kewangan di peringkat awal;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 24: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

43

(d) Brunei mengekalkan semua pelaburannya;

(e) Brunei mengekalkan percukaian yang rendah;

(f) Meneruskan program pendidikan dan kebajikannya; dan

(g) Mengiktiraf kekananan baginda dalam Majlis Raja-raja diambil kira dari tarikh baginda menjadi Sultan Negeri Brunei (1950), dan bukan dari tarikh Brunei masuk ke dalam Malaysia.

Beberapa rundingan telah diadakan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut dan pada akhirnya semua tuntutan itu dapat diselesaikan kecuali, isu minyak dan isu senioriti atau kekananan baginda. Tunku Abdul Rahman, pada dasarnya bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan-tuntutan Sultan Brunei secara kompromi. Walau bagaimanapun, dua tuntutan yang dianggap penting bagi baginda, iaitu soal kekananan dan soal minyak tidak dapat dipersetujui. Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Malaysia sehari sebelum Perjanjian Malaysia dijadual untuk ditandatangani di London. Baginda dikatakan tersinggung kerana soal senioriti baginda tidak dipertimbangkan dengan secukupnya.

2.10.4 Reaksi Singapura

Pada amnya, idea penubuhan Malaysia disambut baik oleh penduduk Singapura. Lee Kuan Yew sendiri sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikatakan paling berminat dengan idea tersebut. Walau bagaimanapun, sokongan kuat yang diberikan pada peringkat awal telah berubah pada awal tahun 1961. Perubahan pendirian ini adalah berpunca daripada perubahan politik yang berlaku di Singapura. Parti serpihan PAP, iaitu sebuah parti sosialis United PeopleÊs Party (UPP) telah menyatakan tentangan hebat terhadap penyertaan Singapura dalam Malaysia. Hal ini demikian kerana UPP mempunyai hasrat untuk membawa Singapura merdeka melalui cara dan ideologi yang lain. Sungguhpun begitu, Lee Kuan Yew masih berhasrat untuk bercantum dan berada dalam Malaysia. Di sini dapat kita lihat bahawa perkara ini tidak melemahkan keputusan Singapura untuk bersama dalam Malaysia. Bagi Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew, masalah yang dihadapi menguatkan lagi cita-cita mereka ke arah pembentukan Malaysia.

2.10.5 Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Tarikh pembentukan Malaysia yang pada awalnya dirancangkan pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Hal ini berlaku disebabkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 25: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

44

kelewatan laporan PBB disiapkan, serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir. Secara amnya, konsep persekutuan ini boleh dianggap sebagai satu prinsip organisasi, iaitu suatu kompromi yang dicapai antara tuntutan-tuntutan secara bersama bagi membentuk kesatuan dan juga keseragaman (diversity) wilayah dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat dicapai dengan cara penubuhan sebuah sistem politik yang tunggal. Pada waktu tersebut, Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British. Singapura pula adalah koloni British. Kemasukan negeri-negeri itu ke dalam Malaysia, dianggap sebagai satu cara untuk membebaskan diri daripada kuasa asing. Malah, bagi pemimpin dan rakyat negeri-negeri tersebut, pembebasan daripada pengaruh kuasa asing menjadi pendorong utama untuk mereka menyertai pembentukan Malaysia. Faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia boleh kita simpulkan seperti yang berikut:

(a) Menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak;

(b) Mewujudkan keseimbangan kaum dan mengukuhkan perpaduan;

(c) Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri- negeri anggota; dan

(d) Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya.

Lebih kurang dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu dan Cina di Semenanjung dan Singapura mengalami pembahagian pengkelasan kaum yang berbahaya. Perbalahan mula berlaku melalui saluran PeopleÊs Action Party (PAP) di Singapura dan Parti Perikatan di Semenanjung, yang akhirnya bertukar menjadi konflik. Menjelang bulan Julai 1964, ketegangan hubungan kaum memuncak hingga mencetuskan rusuhan sebanyak dua kali, iaitu pada 21 Julai 1964 dan 2 September 1964. Kesan-kesan rusuhan tersebut adalah:

(a) Memburukkan persefahaman antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew;

(b) Hubungan Lee Kuan Yew dengan pemimpin-pemimpin MCA terjejas; dan

(c) Mendorong Tunku Abdul Rahman memikirkan pemisahan Singapura dari Malaysia sebagai jalan penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 26: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

45

Konsep „Malaysian Malaysia„ yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew pada bulan April 1965 merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keresahan orang-orang Melayu di Semenanjung. Slogan tersebut mengajak rakyat Malaysia, khususnya orang-orang bukan Melayu memperjuangkan bahawa tiada sebarang kaum di Malaysia yang boleh mengaku lebih asli daripada kaum-kaum lain. Dengan kata lain, semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa adalah sama rata. Tiada konsep keistimewaan kepada orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Slogan tersebut juga semakin menyatukan orang Cina untuk memusuhi orang Melayu. Dalam waktu yang sama, masyarakat Melayu pula menganggap slogan itu secara langsung mencabar status ketuanan mereka. Beberapa usaha dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun semuanya gagal kerana Singapura terus memburukkan keadaan. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia. Singapura kemudiannya menubuhkan sebuah Republik, iaitu setelah menganggotai Malaysia selama dua puluh tiga bulan sahaja.

1. Idea gagasan Malaysia ini telah cuba meletakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi daripada kemunculannya pada tahun 1957 selepas kemerdekaan. Huraikan kesan-kesan yang timbul daripada idea ini dan apakah bentuk-bentuk ancaman yang mungkin berlaku selepas penubuhan gagasan ini.

2. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Persekutuan Malaysia. Sejauh manakah faktor-faktor ini menjadi asas utama ke arah pembentukan tersebut?

SEMAK KENDIRI 2.3

Singapura telah dipisahkan daripada Malaysia setelah berlaku beberapa konflik yang boleh menimbulkan masalah yang besar kepada Malaysia. Bincangkan sejauh manakah isu keselamatan nasional, khususnya keselamatan dalaman dan luaran telah memainkan peranan besar terhadap keputusan yang telah diambil.

AKTIVITI 2.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 27: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

46

• Kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita terdiri daripada

Portugis, Belanda dan British.

• Faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajahi negara kita ialah faktor politik dan pentadbiran, faktor geografi, faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor budaya.

• Kewujudan Malayan Union, Kesatuan Melayu dan penentangan kaum Melayu telah meninggalkan kesan-kesan penjajahan kepada sistem sosio-ekonomi dan politik pada hari ini.

• Dalam topik ini, telah dinyatakan bahawa usaha-usaha mencapai kemerdekaan tidak melalui jalan yang mudah.

• Cadangan serius penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Singapura pada 27 Mei 1961.

• Cadangan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak, walaupun sebahagian besar daripada rakyat negeri-negeri asal (Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak) berminat.

• Brunei, misalnya menarik diri pada saat akhir sebelum Persekutuan Malaysia diisytiharkan. Singapura pula menimbulkan masalah selepas menganggotai Malaysia. Indonesia dan Filipina pula menentang usaha penubuhan gagasan ini.

Autonomi

Entrepot

Gerila

Kemerdekaan

Kesatuan/Persatuan

Kongres

Nasionalisme

Persekutuan

Residen

Abdullah Ahmad. (1987). Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia

1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 28: Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

TOPIK 2 ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

47

Andaya, B.W., & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan. Buyung Adil. (1973). Sejarah Melaka dalam zaman kerajaan Melaka. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyung Adil. (1985). Perjuangan orang Melayu menentang penjajahan: Abad 15-

19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mackie, J.A.C. (1974). Konfrantasi: The Indonesia Malaysia dispute 1963-1966.

Kuala Lumpur: Oxford University Press. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2004). Pengajian Malaysia. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti. Mohd Idris Saleh, Che Su Mustafa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah pembangunan

bangsa dan negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam

Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian tentang tradisi

sejarah Melayu nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1992). The Malay sultanate of Malacca. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shellabear, W.G. (1978). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Press. Syed Muhammad Naquib Al-Atas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan

Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)