yusri m20141000731 gruopa(m142)

9
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KURSUS: KPT 6044 Pengajaran berasaskan elektronik dan web TAJUK TUGASAN: ANALISIS JURNAL PENSYARAH: PROF.MADYA DATO` DR. ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR NAMA: YUSRI BIN OTHMAN NO MATRIK M20141000731

Upload: yusri-othman

Post on 08-Aug-2015

49 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Yusri m20141000731 gruopa(m142)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KURSUS:KPT 6044

Pengajaran berasaskan elektronik dan web

TAJUK TUGASAN:ANALISIS JURNAL

PENSYARAH: PROF.MADYA DATO` DR. ABDUL LATIF BIN HJ

GAPOR

NAMA: YUSRI BIN OTHMAN

NO MATRIKM20141000731

ALAMAT [email protected]

Page 2: Yusri m20141000731 gruopa(m142)

Tajuk Jurnal : Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif

Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar Sekolah

Rendah Malaysia

Sumber : Jurnalteknologi.utm.my / eISSN2180-3722 / 61:1(2013)

Penyelidik : Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrir,

Mohd Shahrizal Nasir

PENGENALAN

Jurnal ini menyatakan tentang pembelajaran menggunakan bahan pengajaran berasaskan web

bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah seluruh Malaysia, iaitu Web EZ-Arabic.

Penyelidik ialah Mohg Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrir dan Mohd Shahrizal Nasir.

Disiarkan dalam Jurnalteknologi.utm.my oleh penerbit utm press 2013 e-ISSN2180-3722 /

61:1 (2013).

PERSOALAN

ICT memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa kini. Menyedari

kepentingan pelbagai usaha untuk menggalakkan guru-guru untuk mengintegrasikan ICT

dalam proses PdP. Penyelidik berpendapat ICT mendatangkan kebaikan seperti pelajar

mudah untuk mengakses maklumat dan bahan pengajaran melalui web, aktiviti pembelajaran

maya dan sebagainya. Menjelaskan bahawa Web ez-arabic berfungsi sebagai rangka kerja

yang boleh digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran berpusatkan pelajar

menggunakan internet.

Page 3: Yusri m20141000731 gruopa(m142)

PERNYATAAN MASALAH

Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih

menekankan kominiti pembelajaran melalui web log.Mengapa kajian ini dilakukan tidak

dipersoalkan kerana tiada pernyataan masalah secara khusus yang dituliskan dalam jurnal

research ini.. Asas-asas teori yang digunakan lebih menekankan amalan yang berlaku dalam

komuniti pembelajaran melalui web log.

Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menjelaskan apa yang ia tidak

ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita mentakrif

tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk khayalan.Merangkumi matlamat umum dan

matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman (2000).Kerlinger (1986) menyatakan soalan

mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam bentuk kaitan antara

pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga, memungkinkan ia dikaji secara

empirikal(mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah untuk dijawab.

KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walau pun terdapat

pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan

tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan yang lain juga tidak

jelas dan tidak mengikut kronologi. Antara sorotan yang telah dibuat, mengenai Komuniti

pembelajaran web. Namun saya sebagai pembaca menghadapi kesukaran untuk memahami

tujuan kajian kerana pengkaji banyak menceritakan tentang kaedah pembinaan web dari

menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan web. Untuk itu saya sebagai pembaca

terpaksa membuat rujukan dan bacaan tambahan melalui artikel yang ditulis oleh Gahazali

Bunari dalam artikelnyaWeb Realiti: Mempromosi Pembelajaran Dalam Komuniti Online

Geng Jurnal.

KAEDAH

Dijalankan dalam dua fasa : Fasa pembangunan sistem PdP berasaskan web EZ-Arabic.

(analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi, penilaian) Fasa penilaian sistem PdP

berasaskan web. (antara muka webquest, isi kandungan web, struktur PdP web) Instrumen :

soal-selidik bagi mengukur persepsi pelajar terhadap web.

Page 4: Yusri m20141000731 gruopa(m142)

Pengumpulan data : pelajar tahun 1 hingga 6 sekolah rendah, dua buah sekolah yang

mengambil mata pelajaran ICT, homogenous dari aspek umur, kemudahan prasana sekolah

dan tenaga pengajar terlatih. Terdapat 55 komen dan cadangan dan 48 like yang perlu

diproses.

Analisis kajian menggunakan program SPSS Versioan 11.5 Menggunakan statistik deskriptif

untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan

demogradi dan persoalan kajian yang dikemukakan.

HIPOTESIS

Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam kajian kualitatif untuk menyatakan perhubungan

dan perbezaan antara variable-variabel. Ia juga merupakan ramalan yang dibuat pengkaji

tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan inferensi sebelaum data

dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan hipotesis yang berkaitan dengan

kajiannya.

POPULASI

Dalam penulisan ini juga ada dinyatakan tentang populasi dengan jelas iaitu sampel murid

sekolah rendah tahun ketiga yang didaftarkan dalam kursus Teknologi dalam Pendidikan

Rendah. Subjek akan terlibat dalam kajian ini dari permulaan semester, melibatkan kelas

yang mempunyai tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh

kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka

sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan

nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga

penghujung kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang

semester yang bersamaan empat belas (14) minggu.

Menurut Cohen(1977), memilih satu sample yang mewakili populasi adalah lebih baik

daripada memilih satu sample yang besar tetapi bias. Pemilihan sample dibuat menggunakan

teknik persampelan sistematik. Persampelan ini bermaksud setiap unit atau subjek data

populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.Kaedah ini

adalah yang paling mudah. Langkah prosedur persampelan sistematik ialah menyenaraikan

subjek-subjek populasi menggunakan angka,menentukan bilangan responden kajian,

menentukan nilai gandaan n dan memilih responden.

Page 5: Yusri m20141000731 gruopa(m142)

INSTRUMEN

Tidak terdapat satu Instrumen kajian yang dilampirkan bersama jurnal ini.. Penyelidik juga

tiada menyatakan mengenai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen.

DAPATAN KAJIAN

Persepsi pelajar terhadap webquest adalah tinggi. Responden memberikan respon yang baik

dan menyatakan ia sesuai dan menarik perhatian pengguna. Rekabentuk antara muka

pengguna yang konsisten memudahkan pengguna sistem P&P berasaskan web EZ-Arabic.

Web ini mesra pengguna kerana butang kawalan yang digunakan mudah dinavigasikan.

Pelajar seronok kerana web mengaplikasikan unsur- unsur hipermedia seperti animasi, grafik,

bunyi dan warna.

RUMUSAN

Pada pendapat saya, tajuk kajian adalah sangat jelas dan relevan kepada perbincangan jurnal

kerana ICT memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan pada masa kini. Penyelidik

telah membincangkan dan mengenalpasti kebaikan penggunaan web dalam PdP sekiranya

guru bijak mengintegrasikan PdP dengan teknologi untuk penggunaan pelajar. Saya bersetuju

dengan pendapat penyelidik yang menyatakan bahawa semua pihak terlibat secara langsung

dalam bekerjasama menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.

RUJUKAN

Abd. Rahman Daud. 2000. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan (ATP) dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru Sekolah Rendah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning: Strategising Teaching and Learning in the 21st Century. 2: 772–784.

Mohd Feham Md. Ghalib & Isarji Sarudin. 2000. On-line Arabic: Challenges, Limitations and

Recommendations. National Conference on Teaching and Learning in Higher Education, Universiti Utara Malaysia.

Muhammad Sabri Sahrir & Ghazali Yusri. 2012. Online vocabulary games for teaching and learning Arabic. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies. 12(3): 961–977.

Muhammad Sabri Sahrir, Mohd Firdaus Yahaya & Mohd Shahrizal Nasir. 2012. EZ-Arabic for Children: A Virtual Learning Resource Tool For Malaysian Primary Schools. In: 6th International Conference on University Learning and Teaching, 20-21 November 2012, Concorde Hotel Shah Alam, Selangor.

Page 6: Yusri m20141000731 gruopa(m142)