jkp 214 - tugasan 1 yusri

Upload: shamlien

Post on 17-Jul-2015

535 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Bincangkan kebaikan dan kelemahan sistem kerajaan parlimen beraja. Analisiskan perkembangan politik negara-negara yang mengamalkan sistem tersebut.

PENDAHULUAN

Definisi Kerajaan, Monarki Dan Monarki Berperlembagaan

Harold Laski menyatakan bahawa kerajaan merupakan satu institusi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah. Beliau juga menyarankan bahawa negara dapat menggunakan paksaan supaya arahan-arahannya dipatuhi oleh rakyat (K. Ramanathan, 2003). Istilah monarki pula berasal daripada dua perkataan iaitu, mono (bermaksud satu) dan cracy (pemerintahan). Selain itu, istilah monarki juga dikatakan berasal dari perkataan latin monos yang bermaksud satu dan archein yang bermaksud pemerintah. Namun begitu kedua-dua istilah ini tetap memberikan definisi yang sama iaitu satu pemerintah. Istilah tersebut telah digunakan oleh pemikir politik untuk menggambarkan corak pemerintahan yang dijalankan oleh seorang pemerintah atau kerajaan / negeri yang diperintah oleh seorang raja. Sistem monarki melambangkan kemegahan seorang raja sebagai simbol dan kedaulatan sesebuah negara. Manakala monarki berperlembagaan pula adalah sistem monarki (beraja) yang tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Dalam sistem ini, raja tidak mempunyai kuasa mutlak dan perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.

Sistem monarki merupakan sistem perintahan yang sudah lama diperkenalkan. Sistem ini meletakkan kuasa negara kepada seorang raja, ratu atau maharaja yang mempunyai hak untuk memerintah seumur hidup dan hak ini merupakan hak turun temurun. Kedudukan 1

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

raja amat dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyatnya. Raja mempunyai kuasa mutlak dan ianya tidak boleh ditandingi oleh orang lain. Keistimewaan yang dimiliki ini dikaitkan dengan konsep ketuhanan dimana raja dikatakan sebagai wakil tuhan dan memiliki kuasa ketuhanan. Dengan kata lain, rakyat terpaksa menun jukkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan menuruti segala titahnya dan ianya akan menjadi kesalahan sekiranya titah itu tidak dipatuhi. Sebagai contoh, masyarakat Jepun percaya bahawa raja mereka berasal daripada keturunan Amaratsu iaitu dewa matahari. Begitu juga di Burma, Siam dan Indocina yang mengangggap raja-raja mereka mempunyai kaitan dengan kesucian dan pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa kedudukan raja akan membantu mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa kini dan mendatang. Keadaan ini juga berlaku kepada Raja Siam yang menganggap dirinya sebagai raja segala raja ataupun Divine Kingship.

Raja dilantik mewarisi jawatan itu secara turun temurun. Kebiasaannya tahta raja akan diambil alih oleh anak lelaki sulung apabila ada kekosongan seperti bersara atau berlaku kematian. Seorang raja dalam sistem monarki mempunyai kuasa mutlak dan juga dianggap mempunyai daulat. Raja juga dianggap sebagai lambang keadilan dan mengiktiraf semua undaang-undang yang diperkenalkan. Dalam melaksanakan pemerintahnnya, raja dibantu oleh perdana menteri dalam menguruskan hal pentadbiran negara. Dengan kata lain, raja bertindak sebagai ketua negara dan perdana menteri bertindak sebagai ketua kerajaan. Sebagai contoh, dalam sistem pemerintahan monarki di Britain, pemimpin parti politik yang memenangi pilihan raya akan dilantik sebagai ketua kerajaan oleh raja. Secara teorinya, raja memegang kuasa tertinggi dan ia adalah mutlak. Sebarang undang-undang yang diluluskan mestilah mendapat perkenan baginda sebelum ia diluluskan. Namun pada hakikatnya kuasa raja telah dihadkan oleh perlembagaan dan baginda hanya dianggap sebagai simbolik kepada 2

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

sesebuah negara sahaja. Malahan sekiranya diamati, kuasa raja sebenarnya tidak boleh mengatasi kuasa ketua kerajaan. Walau bagaimanapun, pengaruh raja masih lagi boleh dilihat di Thailand. Kuasa Raja Thai kadangkala dilihat boleh mempengaruhi keadaan politik di negara tersebut. Rakyat masih melihat raja mempunyai prestasi yang tinggi serta mereka lebih yakin kepada baginda berbanding dengan perdana menteri. Tambahan lagi, pengiktirafan Raja Thai masih diperlukan sebelum perdana menteri dapat menjalankan pemerintahannya terutama semasa berlakunya rampasan kuasa. Sistem pemerintahan beraja kini tidak lagi menjadi pilihan di kebanyakan negara dan hanya sebilangan kecil negara yang masih mengamalkannya.

Monarki Mutlak

Terdapat dua jenis monarki iaitu monarki mutlak dan monarki berperlembagaan. Monarki mutlak merujuk kepada sebuah kerajaan di mana seorang raja mempunyai kuasa mutlak dan tidak terbatas utnuk memerintah negaranya. Raja memegang kuasa di semua cabang pemerintahan seperti kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Setiap undangundang yang dibuat dalam sistem ini adalah di bawah kuasa dan kelulusan raja. Baginda juga adalah punca ataupun sumber undang-undang dan mempunyai kedaulatan yang tersendiri. Sistem ini mempunyai kelebihan yang tersendiri di mana sebarang tindakan yang dibuat adalah cepat dan pantas serta mempunyai dasar awam yang lebih konsisten. Antara negara yang masih lagi mengamalkan corak pemerintahan monarki mutlak adalah Oman, Arab saudi, Brunei dan Swaziland.

3

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Monarki Berperlembagaan

Manakala monarki berperlembagaan pula adalah sebuah kerajaan yang mana kuasa seorang raja itu telah ditentukan oleh perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Dalam sistem ini, raja masih lagi bertindak sebagai ketua negara dan dikehendaki menjalankan tugas serta tanggungjawabnya mengikut kuasa yang diberikan di bawah perlembagaan. Pemerintahan dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi dan juga mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu, corak pemerintahan ini juga menjamin hak asasi manusia selain melindungi kepentingan rakyatnya. Raja berperlembagaan perlu berkongsi kuasa dengan pihak lain khususnya wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya untuk memerintah negara. Sebagai contoh, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan ini dan Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara. Baginda menjalankan fungsinya mengikut peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Selain Malaysia, antara negara lain yang masih mengamalkan sistem pemerintahan ini adalah Great Britain, Sweden, Norway, Denmark, Belanda dan New Zealand.

Monarki berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep triace politicia, atau politik tiga serangkai yang bermaksud raja hanyalah ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya dihadkan oleh perlembagaan negara. Pada hari ini, raja berperlembagaan biasanya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih di bawah kuasa rakyat dan raja masih mempunyai peranan tradisional dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya kuasa-kuasa eksekutif dimiliki sepenuhnya oleh perdana menteri dan bukannya raja.

4

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Sesetengah raja berperlembagaan dipilih adalah berlandaskan sistem pewarisan sebagaimana di Bahrain manakala yang lain dipilih melalui sistem demokratik seperti di Malaysia yang mana DYMM Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali. Sistem raja berperlembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorius Revolution pada tahun 1688. Menurut Richard Buskin, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh sejumlah 15,000 orang tentera adalah disebabkan keengganan King Charles mengadakan sidang parlimen kerana khuatir kuasanya akan tergugat. Selepas peristiwa itu, King Charles I telah dihukum pancung dan Oliver Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi negara republik buat seketika. Walau bagaimanapun, Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa, Cromwell telah meninggal dunia. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa tetapi hanya sempat memerintah selama setahun. Sistem beraja telah dipulihkan semula dan King Cahrles II telah diangkat menaiki tahta. Namun pada kali ini, perlantikan King Charles II dibuat adalah melalui persetujuan parlimen dan sehingga itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sehingga ke hari ini.

Sistem beraja mempunyai kelebihan dan kekuatan tertentu berbanding dengan sistem republik. Antara kelebihan tersebut adalah sistem itu terus wujud tanpa henti melalui sistem pewarisan (hereditary). Meskipun ia tidak demokratik ia mempnyai kelebihan daripada segi ketentuan dan kstabilan. Maksudnya pabila raja yang ada itu mangkat, meninggalkan tahta atau hilang kelayakan menjadi raja, seorang raja yang baru boleh terus diangkat dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana waris yang ada boleh dimasyurkan sebagai raja yang baru. Dengan ini sistem beraja yang menjadi tonggak sesebuah negara akan terus kekal dan berterusan walaupun raja mangkat. Selain itu, waris raja yang terdiri daripada ahli keluarga

5

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

dan mempunyai pertalian darah yang sama memastikan sistem tersebut diteruskan oleh orang yang sama.

SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI THAILAND

Pengenalan kepada sistem monarki berperlembagaan pada tahun 1932 di Thailand tidak mengenepikan rasa hormat rakyat kepada raja malah rakyat Thailand masih menghormati baginda sebagaimana yang mereka lakukan ketika era monarki mutlak. Ini menunjukkan institusi raja telah sebati dengan jiwa rakyat Thailand walaupun kuasa raja kini banyak dihadkan oleh perlembagaan negara. Pemerintahan beraja di Thailand bermula sejak zaman era Kerajaan Sukhotai apabila raja Sri Intradhit telah membebaskan kerajaaannya daripada kawalan empayar Khmer. Kerajaan Sukhotai kemudiannya menubuhkan pemerintahan bercorak patriarki iaitu berdasarkan konsep bapa anak. Pemerinthan beraja bertambah kukuh semasa era pemerintahan Raja Ramkhamhaeng. Pengaruh Buddha telah mempengaruhi kosep pemerintahan beraja apabila raja dirujuk sebagai Dharmaraja atau pemerintah yang benar. Malah Raja Ramkhamhaeng telah menetapkan model pemerintahan yang mematuhi moral Buddha. Walau bagaimanapun semasa zaman pemerintahan Kerajaan Ayudhya, konsep pemerintahan telah dicampur adukkan dengan ajaran agama Hindu dan Buddha. Konsep raja mutlak adalah berdasarkan kepada teori Hindu yang menganggap raja sebagai tuhan atau Devaraja. Tetapi konsep tersebut disekat oleh ajaran Buddha melalui konsep Dharmaraja atau raja yang benar.

Sistem monarki mutlak di Thailand telah digantikan dengan sistem raja berperlembagaan setelah berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 1932. Semenjak itu, keadaan politik di Thailand tidak stabil dan sering berlaku perubahan tampok 6

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

pemerintahan negara melalui saluran yang tidak sepatutnya iaitu pilihan raya. Walau bagaimanapun, sistem monarki Thailand masih lagi stabil kerana penduduk Thailand masih menaruh rasa hormat yang tinggi kepada Raja Thai yang mereka anggap sebagai simbol perpaduan negara.

Peranan Raja Thai dalam Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Dalam sistem monarki mutlak Thailand, raja adalah ketua negara. Kedudukan baginda tidak boleh dicabar dan baginda juga tidak boleh didakwa atas apa jua kesalahan. Kesemua fungsi pentadbiran yang merangkumi eksekutif, perundangan dan kehakiman adalah di bawah kuasa baginda. Antara tugas lain baginda adalah :(a) Komander tertinggi angkatan tentera dan bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan (b) Meluluskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh badan perundangan, (c) Melantik perdana menteri setelah mendapat nasihat daripada badan perundangan, (d) Melantik menteri kabinet, pegawai tinggi kerajaan dan ketua angkatan tentera (e) Melantik ketua sami Buddha (f) Memberi pengampunan kepada pesalah / penjenayah

Walau bagaimanapun, selepas rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1932, kuasa raja telah dihadkan oleh perlembagaan negara. Raja tidak lagi bertanggung jawab dalam hal ehwal tentera tetapi masih lagi diberi kedudukan sebagai komander tertinggi pasukan tersebut.

7

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Secara keseluruhannya, peranan yang dimainkan oleh raja Thai dalam menjalankan fungsinya sebagai ketua negara tidak mempunyai banyak perbezaan dengan negara-negara lain yang mengamalkan sistem pemerintahan yang sama. Namun dalam keadaan yang tertentu, raja Thai dilihat telah mencampuri urusan pentadbiran negara bagi memastikan kestabilan dan keamanan Thailand terus berkekalan memandangkan keadaan politik di negara tersebut tidak stabil dan sering kali berlaku rampasan kuasa. Berbeza dengan keadaan politik di negara-negara lain khususnya di barat, kerajaan yang dipilih adalah stabil dan mampu mengendalikan urusan pentadbirannya dengan cekap. Walaupun terdapat bantahan, tunjuk perasaan, rusuhan dan demonstrasi jalanan kerajaan masih mampu menanganinya dengan baik dan raja tidak perlu campur tangan untuk meredakan keadaan tersebut. Keadaan seperti ini tidak berlaku di Thailand dan biasanya rusuhan yang berlaku akan membawa kepada ketidakstabilan politik. Faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan pendirian raja Thai mengenai politik kadang-kala tidak dapat kekal neutral.

Raja Thai boleh menjalankan kuasa moral dan memberi nasihat kepada kerajaan dan pembangkang bagaimana untuk mengekalkan kestabilan negara. Semasa pertempuran antara kumpulan anti kerajaan dan pihak tentera yang berlaku pada tahun 1973 dan 1992, raja Thai telah bertindak untuk campur tangan untuk menamatkan pertumpahan darah yang berlaku di kota Bangkok itu. Baginda telah menasihati pihak yang terlibat untuk menamatkan konflik secara aman. Walau bagaimanapun semasa bantahan yang berlaku ke atas pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada tahun 2006, terdapat di kalangan kumpulan penyokong Thaksin telah cuba untuk mendapatkan sokongan daripada pihak istana untuk mengekalkan pemerintahannya. Namun raja Thai tidak memberi sebarang respon malah dalam ucapan baginda dalam majlis perlantikan hakim-hakim pada April 2006, baginda menyatakan bahawa masalah politik haruslah diselesaikan melalui perlembagaan. Rampasan 8

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

kuasa oleh pihak tentera yang berlaku pada tahun 2006 telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terutama media-media asing yang mengganggap rampasan tersebut mendapat restu atau perkenan daripada pihak istana. Mereka telah mempersoalkan sifat neutral yang sepatutnya dimiliki oleh pihak istana yang dianggap telah mengesahkan rampasan kuasa tersebut.

Menurut Lucian Pye, budaya politik adalah satu set sikap, kepercayaan dan sentimen yang memberi arahan perintah dan makna kepada proses politik dan yang memberi andaian asas serta kaedah-kaedah yang mengawal tingkah laku dalam sistem politik. Definisi tersebut telah memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat hubungan antara budaya politik dan legitimasi politik. Jika kepercayaan politik atau ideologi rakyat selaras dengan proses politik dan skop bidang kuasa raja-raja, maka pemimpin politik akan mendapat legitimasi politik. Dalam masalah rampasan kuasa yang berlaku di Thailand, sekiranya rampasan tersebut tidak mendapat bantahan daripada rakyatnya secara besar-besaran ianya boleh dikatakan sah dan diterima. Sejak tahun 1932, beberapa rampasan kuasa yang berlaku di negara tersebut telah diterima oleh rakyat. Selain itu, pemimpin angkatan tentera juga telah berjaya menaruh keyakinan kepada rakyat bahawa rampasan tersebut adalah sementara. Oleh itu, sama ada rampasan kuasa itu sah atau tidak bergantung pada penerimaan rakyat dan bukannya daripada perkenan raja semata-mata. Malah kedudukan raja Thai yang tinggi mengatasi politik tidak boleh menyuarakan sokongan terhadap mana-mana rampasan kuasa yang berlaku.

Kesimpulannya, sistem monarki berperlembagaan di Thailand masih mendapat tempat di hati rakyat walaupun telah melalui perubahan terutama selepas berlakunya rampasan kuasa pada tahun 1932. Rakyat Thailand sentiasa mengharapkan campur tangan raja apabila negara berada dalam krisis kerana campur tangan pihak tentera kini dilihat 9

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

semakin kurang diterima dan ianya bukanlah satu penyelesaian yang terbaik. Selain itu, institusi raja telah berjaya menyatu padukan rakyat dan secara tidak langsung akan membantu menyelesaikan konflik yang berlaku.

SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

Sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu telah bermula sejak zaman pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 tahun yang lalu oleh Parameswara, seorang putera raja Srivijaya dari Palembang. Meskipun pada suatu ketika Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pernah lumpuh akibat serangan Portugis namun sistem kerajaan dan raja tetap wujud apabila putera Sultan Alaudin Raiyat Shah II iaitu putera Sultan Mahmud Shah menubuhkan Kerajaan Kesultanan Johor di Johor bagi meneruskan legasi Kesultanan Melayu Melaka.

Evolusi Sistem Monarki di Malaysia

Sistem beraja di Malaysia telah mengalami evolusinya yang tersendiri sejajar dengan peredaran masa tanpa menjejaskan keistimewaan dan kedudukan raja-raja Melayu. Dahulu raja mempunyai kuasa yang mutlak. Segala arahan, cadangan dan keputusan dibuat oleh raja kerana pada masa tersebut Dewan Rakyat dan Parlimen belum wujud. Keadaan tersebut jauh berbeza dengan sekarang yang mana segala keputusan mengenai kepentingan negara dan penggubalan undang-undang dibuat di Dewan Rakyat dan Parlimen.

Kewujudan sistem raja berperlembagaan di Malaysia wujud sebaik sahaja perang dunia kedua tamat iaitu sekembalinya British ke tahah Melayu lalu memperkenalkan konsep 10

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Malayan Union. Walau bagaimanpun konsep tersebut telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu dan golongan bangsawan Melayu. Mereka merasa terhina dengan kebiadaban British yang bertindak sesuka hati dalam menentukan pentadbiran Tanah Melayu. Tambahan lagi, British telah menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu bukan sahaja diminta supaya menyerahkan kedaulatan masing-masing malah undang-undang baru juga turut diperkenalkan ke atas mereka. Secara tidak langsung dasar Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu mula hilang sabar dan tercabar apabila maruah raja-raja Melayu diperkotak-katikkan oleh bangsa asing. Fenomena kebangkitan orang Melayu telah memberi kejutan kepada British kerana selama ini orang Melayu mudah menurut perintah.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab merangka Perlembagaan Persekutuan telah mengembalikan semula kedaulatan raja-raja Melayu dengan mewujudkan jawatan Yang Dipertuan Agong. Suruhanjaya tersebut berpendapat Persekutuan Tanah Melayu yang mengecapi kemerdekaan wajar diketuai oleh seorang raja yang berdaulat dan pada Ogos 1957, setelah mendapat perkenan daripada majlis raja-raja, jawatan YDP Agong telah diwujudkan. Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah dilantik sebagai YDP Agong yang pertama.

Peranan Majlis Raja-Raja

Perkara 32 Perlembagan Persekutuan memperuntukkan bahawa majlis raja-raja berperanan untuk melantik YDP Agong selama lima tahun. Jawatan YDP Agong tidak diwarisi secara turun temurun dan ianya dipegang oleh sembilan raja-raja Melayu secara bergilir-gilir yang terdiri daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, 11

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak. YDP Agong bertindak sebagai ketua negara yang memayungi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan taraf kehidupan. Kedudukan Raja dan YDP Agong sentiasa dipelihara serta dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perkara 181 Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin kedaulatan dan kuasa raja supaya terus memayungi negara.

Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutan dan negeri. Pada peringkat persekutuan ketua negara merupakan Seri Paduka Baginda YDP Agong manakala pada peringkat negeri ketua negeri merupakan Sultan, Raja, Yang di Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. YDP Agong bertindak atas nasihat daripada Jemaah Menteri yang diketuai oleh ketua eksekutif iaitu perdana menteri manakala bagi peringkat negeri, ketua negeri bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

YDP Agong adalah lambang keutuhan negara. Sebagai ketua negara YDP Agong mempunyai peranan dan kuasa penting dalam pada pentadbiran negara serta rakyat sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain bertindak sebagai ketua Agama Islam, YDP Agong juga turut berfungsi dalam tiga cabang yang utama iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. YDP Agong berkuasa melantik perdana menteri, berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen serta melantik ketua hakim negara selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja berdasarkan nasihat daripada perdana menteri.

12

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Yang Dipertuan Agong Dan Politik

Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan telah mewajibkan YDP Agong dan ketua negeri supaya menurut nasihat kerajaan. Sebagai raja berperlembagaan, baginda tidak terlibat dalam rutin pentadbiran negara. Selain untuk mengelakkan baginda terlibat dalam kontroversi, peruntukan tersebut juga memanifestasikan demokrasi kerana raja tidak dipilih oleh rakyat. Oleh yang demikian urusan pentadbiran negara hanya akan dilakukan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya umum. Selain itu, perkara 40 (1) juga memberi ruang kepada YDP Agong untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang (check and balance) melalui hak untuk mendapat maklumat dari kerajaan. Ertinya baginda boleh meminta kerajaan memberikan maklumat lanjut mengenai keputusan atau nasihat kerajaan (Abdul Aziz Bari, 2010).

YDP Agong juga berperanan melantik perdana menteri dan kuasa ini bersifat budi bicara sebagaimana yang dinyatakan oleh perkara 40 (2) (a) Perlembagaan persekutuan. Bagaimanapun, dalam sistem demokrasi berparlimen kuasa ini tidak harus dilihat sebagai kuasa peribadi dan perlantikan tersebut haruslah dibuat oleh baginda berasaskan kepada peruntukan perlembagaan. Kuasa budi bicara ini perlu dilaksanakan mengikut ketetapan yang disebut oleh perkara 43 (2) (a) yang mana YDP Agong perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti ahli-ahli dewan tersebut. Undang-undang yang sama juga turut terpakai diperingkat negeri sebagaimana yang dinyatakan oleh jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan iaitu Seksyen 1(2) (a) dan 2(2)(a) dan juga peruntukan khusus dalam undang-undang tubuh negeri dalam persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2010).

13

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI BRITAIN

Raja berperlembagaan telah bertapak di Britain sejak sekian lama. Sehingga akhir abad ke ke-17, raja-raja British adalah raja eksekutif iaitu mereka mempunyai hak untuk membuat dan meluluskan perundangan. Hari ini monarki di Britain telah disekat kuasanya oleh Perlembagaan Britain yang dibentuk melalui sumber-sumber berikut :-

(a) Undang-undang statut, undang-undang individu atau juga dikenali sebagai akta parlimen (b) Common Law (c) Konvesyen iaitu adat resam, tradisi dan amalan lama (d) Karya-karya sejarah, dan (e) Perjanjian antarabangsa

Magna Carta yang ditandatangani oleh King John pada 1215 juga telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Britain kerana ianya mengandungi prinsip kedaulatan undang-undang seperti hak kepada yang dituduh melakukan kesalahan jenayah untuk dibicarakan secara bebas dan adil. Selain itu, ianya juga memperkenalkan konsep di mana tiada seorang pun yang immune atau mengatasi undang-undang.

Konsep raja berperlembagaan yang amalkan di United Kingdom tidak mengikut teori pemisahan kuasa yang diperkenalkan oleh montesquieu tetapi mengamalkan konsep percantuman kuasa sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Ratu Elizabeth II mempunyai kuasa prerogatif termasuklah :-

14

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

(a) Melantik Bishops di gereja England (b) Kuasa untuk melantik kerajaan (c) Memanggil dan membubarkan parlimen (d) Mengisytiharkan perang (e) Melantik ahli-ahli dewan negara (f) Mengawal angkatan tentera (g) Melantik hakim-hakim

Sistem pemerintahan yang diamalkan di Britan adalah sistem Kabinet Berparlimen. Pada dasarnya, sistem pemerintahan ini mempunyai dua dewan iaitu dewan bawah yang biasanya dianggotai oleh wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya. Manakala Dewan Atas pula dianggotai oleh anggota yang dilantik oleh ketua negara. Dewan perundangan terdiri daripada House Of Commons dan House Of Lords.

Ratu memerintah di bawah sistem monarki berperlembagaan. Kabinet yang juga dikenali sebagai jemaah menteri terdiri daripada beberapa orang ahli parlimen yang dipilih oleh ketua kerajaan iaitu perdana menteri untuk menyelia kementerian yang

dipertanggungjawabkan

kepadanya. Perdana Menteri Britain adalah ahli parti yang

menguasai parlimen setelah memenangi pilihan raya.

Jawatan yang dipegang oleh jemaah menteri adalah selama lima tahun ataupun pada satu jangka masa yang ditetapkan. Jemaah Menteri harus bertanggung jawab dan bekerjasama dalam menguruskan hal-hal pemerintahan dan sistem ini sebenarnya telah menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan memerintah negara melalui parlimen (K. Ramanathan, 2003).

15

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

KEBAIKAN SISTEM KERAJAAN PARLIMEN BERAJA

Sistem kerajaan parlimen beraja mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antaranya ialah wujudnya semak dan imbang (Check and balance) dalam pentadbiran sesebuah negara. Kuasa pemerintahan sesebuah negara tidak berpusat kepada seseorang individu (raja) dan cabang pemerintahan utama seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dipegang oleh individu yang berlainan walaupun di sesetengah negara ketua eksekutif dan perundangan adalah orang yang sama. Sistem Monarki memberi lebih kuasa kepada raja untuk menggubal undang-undang dan membuat keputusan yang akhirnya mendorong kepada wujudnya unsurunsur tirani. Namun dalam sistem monarki berperlembagaan ini undang-undang akan digubal oleh pihak perundangan yang kemudiannya akan dikuatkuasakan oleh badan eksekutif sebelum ianya ditafsirkan oleh badan kehakiman.

Walaupun dalam sistem ini raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak namun baginda merupakan simbol utama perpaduan sesebuah negara. Raja bertanggung jawab memayungi rakyatnya tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan tahap kehidupan rakyat. Ini kerana raja tidak dipilih oleh rakyat dan jawatannya itu diwarisi secara turun temurun melalui sistem pewarisan tahta. Walaupun jawatan YDP Agong tidak diwarisi secara turun temurun namun ianya telah dibuat secara giliran oleh sembilan raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja. Selain itu, raja juga merupakan institusi terakhir bagi menentukan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Sebagai contoh di Thailand pengaruh raja masih kuat di kalangan rakyat dan kerajaan akan berusaha mendapatkan sokongan daripada raja untuk terus kekal berkuasa.

16

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Dalam sistem ini, pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan rakyat yang semestinya memahami kehendak-kehendak rakyat. Masalah-masalah rakyat akan disuarakan di Parlimen (Dewan Rakyat) untuk dibahaskan dan kemudiannya mencari jalan penyelesaian terbaik. Justeru undang-undang yang digubal serta polisi-polisi kerajaan yang dibentuk mestilah mempunyai kaitan dengan kepentingan rakyat. Tambahan lagi, sekiranya pemimpin yang dilantik tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan, mereka boleh digugurkan sama ada melalui pilihan raya ataupun tidak lagi dicalonkan sebagai calon pilihan raya. Sistem ini juga boleh dikatakan dari rakyat untuk rakyat.

KELEMAHAN SISTEM KERAJAAN PARLIMEN BERAJA

Sistem kerajaan parlimen mempunyai beberapa kelemahan seperti raja tidak lagi mempunyai kuasa yang mutlak. Raja hanya diberi peruntukan dalam beberapa perkara seperti sebagai ketua agama, ketua turus angkatan tentera dan mempunyai kuasa-kuasa dalam perlantikan perdana menteri, ketua hakim negara melalui peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutan. Kuasa yang dimiliki raja sebenarnya telah dipindahkan kepada ketua eksekutif negara iaitu perda menteri. Raja tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran negara dan hanya berfungsi di majlis-majlis rasmi kerajaan. Pendek kata, raja hanyalah simbolik kepada kewujudan sesebuah negara.

Sistem kerajaan parlimen beraja dilihat tidak begitu stabil di sesetengah negara seperti di Thailand. Kerajaan sering bertukar tangan melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera terutama semenjak negara tersebut mengamalkan sistem kerajaan berperlembagaan pada tahun 1932. Sekiranya rakyat yang tidak berpuas dengan polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan maka akan berlakulah rusuhan, tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan mendesak 17

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

kerajaan tersebut dijatuhkan. Konflik tersebut biasanya akan menyebabkan ratusan nyawa orang awam terkorban yang akhirnya menuntut campur tangan raja dalam memastikan keamanan negara dapat dikembalikan. Ini kerana Raja Thailand masih mendapat kepercayaan dan rasa hormat yang tinggi dalam masyarakat. Campur tangan baginda dilihat boleh mempengaruhi pergolakan politik di negara tersebut. Campur tangan tersebut sebenarnya dilihat telah mencabuli konsep / sifat neutraliti yang sepatutnya dipegang oleh institusi raja supaya tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Selain itu, raja-raja tidak lagi mempunyai immuniti dan boleh didakwa di mahkamah khas. Sebagai contoh, kenyataan Tengku Muhammad Faris Petra, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan secara terbuka mengingatkan orang-orang bukan Melayu supaya jangan menuntut kedudukan sama rata dengan orang-orang Melayu dan menegaskan bahawa Malaysia bukanlah negara sekular. Titah Tengku Mahkota Kelantan itu mendapat bantahan keras daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang kemudiannya telah membuat laporan polis kerana mendakwa titah berkenaan mengandungi unsur-unsur hasutan. Pada dasarnya titah berkenaan tidaklah mengandungi unsur-unsur hasutan sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh kerana perkara berkenaan sememangnya jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2010). Tindakan tersebut mencerminkan seolah-olah raja-raja Melayu tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan orang-orang Melayu dan agama Islam di mana Raja-Raja Melayu adalah penaungnya. Sistem ini sebenarnya telah mendedahkan raja-raja kepada tindakan sedemikian yang dianggap mencemarkan kedaulatan raja-raja yang dimiliki sejak sekian lama serta berkemungkinan akan kehilangan kekuatan dan karismanya.

18

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

KESIMPULAN

Sistem monarki mutlak mempunyai banyak kelemahan daripada kebaikan. Antaranya ialah sekiranya sesebuah negara itu diperintah oleh seorang raja yang lemah ia akan menyebabkan sesebuah negara itu hancur dan mudah ditakluki oleh negara asing. Selain itu, ketiadaan pihak yang boleh dipertanggungjawabkan boleh mendorong kepada kewujudan pemerintahan yang zalim kerana raja mempunyai kuasa yang mutlak. Keadaan ini boleh menyebabkan raja boleh digulingkan oleh rakyatnya sendiri seperti mana yang berlaku di Rusia. Oleh itu, pengenalan kepada monarki berparlimen dilihat sesuai dan tepat selain ianya dilihat sebagai salah satu langkah penambahbaikan kepada sistem monarki mutlak. Walaupun kuasa raja telah disekat namum kedudukan raja di sesebuah negara itu dijamin dalam perlembagaan negara.

Sistem kerajaan parlimen beraja sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri untuk memastikan urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan keamanan serta kestabilan negara dapat dikekalkan. Sistem monarki mempunyai kekuatan sejarahnya yang tersendiri walaupun kedudukannya kini kian tercabar dalam sistem negara berperlembagaan. Di sesetengah negara, rakyat melihat sistem tersebut sebahagian daripada sistem yang korup dan membebankan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani dengan berkesan lama-kelamaan akan terhapus seperti mana yang berlaku di Iran pada tahun 1979 di mana telah tercetusnya revolusi Iran pada ketika itu (Abdul Aziz Bari, 2010).

Sistem ini seharusnya dipertahankan kerana ianya melambangkan identiti sesebuah negara. Sebagai contoh di Malaysia, kedudukan raja-raja Melayu terlalu istimewa dan disebabkan itu kedudukannya telah dijamin dalam perlembagaan persekutan. Walaupun telah 19

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

terdapat desakan dan kritikan daripada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mengenai kedudukan raja-raja Melayu ianya tidak boleh dijadikan asas untuk mengkaji semula keistimewaan yang dimiliki itu. Apa yang penting semua pihak haruslah memahami intipati perlembagaan negara yang telah menggariskan dengan jelas prinsip-prinsip dan hak yang perlu dipatuhi oleh semua.

Sebagai

kesimpulannya,

sistem

monarki

telah

melalui

sejarahnya

dan

pembaharuannya yang tersendiri di beberapa buah negara sehingga terbentuknya sistem monarki berperlembagaan. Apa yang dapat diperkatakan adalah sistem ini merupakan penambahbaikan kepada sistem monarki mutlak yang dilihat oleh ramai pihak sebagai satu sistem yang bercorak tirani kerana memusatkan kuasa kepada seorang (raja). Walaupun pada dasarnya kuasa raja telah dikurangkan dan dipindahkan kepada perdana menteri, namun kedudukan raja di sesebuah negara masih diperlukan kerana baginda adalah simbol kepada perpaduan negara selain menunjukkkan identiti sesebuah negara.

20

JKP 214 Politik Perbandingan Sistem Kerajaan Parlimen Beraja

Bibliografi

Abdul Aziz Bari, (2010) Perspektif Perlembagaan Selepas Tsunami 2008, Kuala Lumpur; Institute For Democracy And Economic Affairs (IDEAS)

K. Ramanathan, (2003) Asas Sains Politik Edisi Ketiga, Shah Alam, Fajar Bakti Sdn Bhd

International Law Book Services (2010) Undang-undang Am Malaysia Jilid 1, Petaling Jaya; International Law Book Services

21