jawapan dan penerangan yayasan sofa mengenai dakwaan&fitnah dr yusri

41
1 JAWAPAN DAN PENERANGAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (Untuk Ahli Sahaja) Disediakan oleh: Unit Penerangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Upload: nur-safura-cahaya-keemasan

Post on 30-Jul-2015

12.652 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

1

JAWAPAN DAN PENERANGAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

(Untuk Ahli Sahaja)

Disediakan oleh:

Unit Penerangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Page 2: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

2

ر حلهلل رمحل د هلل ر ب احل ر در ر احل ، احل

هلل ار حل هلل ر ا

ر هلل ذر ر حل ر ـ ر الص ر د ر الص ر د ر حللهلل د حل ر

رمص د ر در ، ر ب هلل حل

ر هلل ر حل ر ر حل هلل هلل

ذر اهلل هلل ر ر

Sesungguhnya fitnah, mengadu domba dan menjatuhkan maruah seorang Mukmin adalah di antara dosa dan perbuatan tercela. Maka mengambil bahagian dalam perkara-perkara sebegini melorongkan si pelakunya ke jurang kehinaan dan kebinasaan.

Yang demikian itu kerana perbuatan memfitnah menyebabkan seseorang yang difitnah mengalami kehinaan, kesengsaraan dan kesempitan jiwa di dunia ini, seolah-olah dia telah dibunuh dan ditarik nyawanya berulang-ulang kali.

Beberapa bulan yang lalu, sebuah risalah setebal 16 mukasurat yang ditulis atas nama Yusri Bin Mohamad pada hari Jumaat, 18hb Mei 2012 telah dihantar kepada ikhwan-ikhwan dan ahli Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YAYASAN) yang mana isi kandungannya berunsur tohmahan, fitnah dan tuduhan berat terhadap Dato’ Syeikh Muhammad Fuad al Maliki. Kami telah membaca dengan teliti segala kandungannya dan kami menyangka ia akan habis di situ sahaja. Sangkaan kami ternyata meleset setelah Dr Yusri bertindak lebih liar dengan menghantar surat-surat tersebut menerusi pelbagai medium dan cara kepada ibu bapa pelajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS), Darul Quran Wal Hadith (DAQWAH) dan Kolej Islam As-Sofa (KIS) serta fitnah-fitnah itu menjalar masuk ke laman-laman blog, kotak mail peribadi, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di seluruh negara. Kami menyimpulkan bahawa ia adalah satu usaha terancang bagi menabur fitnah sekaligus menghancurkan semua institusi pendidikan Islam di bawah naungan Yayasan. Pihak YAYASAN tidak memahami mengapa dendam kesumat dan ketidakpuasan hati terhadap sesetengah perkara harus menjalar sehingga ke peringkat ingin merobohkan sekolah-sekolah agama, pusat tahfiz, rumah anak yatim dan kolej pengajian Islam di bawah naungannya. Maka risalah ini adalah suatu tindakan menjawab dan menangkis segala fitnah dan tohmahan Dr Yusri bagi mempertahankan keutuhan dan masa depan sebuah Yayasan Kebajikan Islam iaitu Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Unit Penerangan Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Page 3: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

3

PENGENALAN

Fitnah-fitnah yang dicetuskan jelas menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan Dr Yusri dan rakan-rakannya mengenai sejarah Yayasan. Dakwaannya tidak dibuktikan dengan fakta sejarah dan dokumen-dokumen sebagai bahan bukti. Oleh kerana mereka adalah golongan yang terkemudian menyertai Yayasan dan dilantik dalam pengurusan Universiti, banyak perkara mengenai perjalanan yayasan ini yang terselindung dari kotak fikiran mereka disebabkan mereka tidak mengkaji dan menggali lebih dalam mengenai sejarah, asal-usul penubuhannya.

Kelemahan beliau dalam mengurus tadbir Yayasan selama ini telah diketahui umum. Justeru beliau telah kehilangan mandat hingga tidak mendapat pencalonan bagi jawatan Yang Di-Pertua Yayasan penggal seterusnya. Dengan kata mudah, mutu kerja yang rendah dan kelemahan yang ketara. Yayasan dan ahli-ahlinya berharap keputusan majoriti seumpama ini harus diterima dengan hati terbuka sebagaimana amalan demokrasi biasa. Bagi pihak Dr Yusri pula, pada hakikatnya ia memberi kelebihan dan kebaikan buatnya kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pentadbiran dan pengurusan Universiti sebagai Naib Canselor (NC).

Dr. Yusri dan rakan-rakannya telah dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti menguruskan Universiti dalam segenap aspek. Namun, tanpa pengetahuan Yayasan dan Dato’ Syeikh Fuad, Dr Yusri telah berusaha melobi untuk dirinya dan merundingkan dengan Syarikat Gerbang As-Sofa Sdn Bhd bagi memperolehi habuan gaji dan elaun bulanannya sebagai NC sejumlah lebih RM35,000 sebulan bagi jawatan NC sedangkan jika hendak diukur, ia tidak berpadanan dengan kelayakan akademik dan pengalaman Dr Yusri yang baru beberapa tahun memperolehi ijazah kedoktoran.

Justeru, bermula dari perlantikan itu segala macam cadangan dan arahan dari pihak Dato’ Syeikh Fuad selaku Pengerusi Majlis Universiti adalah urusan di antara MAJIKAN dan PEKERJA. Seorang majikan berhak menegur, mengambil tindakan yang dirasakan perlu dan membataskan tindakan pekerja dalam satu-satu keadaan kerana pekerja dibayar gaji dan terletak di bawah tanggungjawab dan seliaan majikannya.

Atas sebab-sebab yang terbuku di hatinya, Dr Yusri terus menerus mengadu-domba dan cuba sedaya upaya menerbitkan rasa tidak puas hati ahli Yayasan dengan menghasut mereka secara senyap agar meruntuhkan kepercayaan kepada Pengasas Yayasan Dato’ Syeikh Fuad dengan fitnah dan dakwaan tak berasas. Atas fitnah liar dan kenyataan melampaunya itu, dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Yayasan bertarikh 1 Mei 2012, Dr Yusri pun dilucutkan keahlian dari Yayasan atas masalah disiplin.

Bermula dari itu, Dr Yusri menerbitkan atas namanya sendiri surat setebal 16 mukasurat yang disebarkan bagi meruntuhkan kredibiliti Pengasas dan Penasihat Yayasan Dato’ Syeikh Fuad dan turut mengheret Yayasan serta institusi-institusi agama di bawah naungannya. Semuanya dilakukan atas dasar dendam, ego, angkuh dan rasa tidak puas hati yang ingin dilampiaskannya demi menutup segala keburukan, kesalahan dan kelemahannya dalam mentadbir Yayasan dan Universiti.

Bagi memberi penerangan dan menangkis fitnah-fitnah liarnya itu, kami merasa terpanggil untuk menjawab dan menerangkan hakikat sebenarnya agar masyarakat tidak menghukum Yayasan dan Pengasas Yayasan Dato’ Syeikh Fuad yang telah bersusah payah menyemai Yayasan dari sebiji benih, menyiraminya dengan suka duka dan air mata, hingga tumbuh subur membesar menjadi sebatang pohon yang rendang.

Page 4: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

4

BEBERAPA STRATEGI DR YUSRI

Yayasan cuba memetik segala macam tohmahan, fitnah yang cetuskan oleh Dr Yusri dan menjawabnya satu persatu dari sudut fakta dan realiti sebenar. Sebelum meneliti dan mengikuti jawapan-jawapan kami dengan lebih lanjut, kita fahami terlebih dahulu strategi-strategi yang digunakan oleh Dr Yusri dalam surat setebal 16 muka surat yang sarat dengan fitnah-fitnah liar itu:

1- Mengawal fokus pembaca melalui momokan dan kenyataan yang mengelirukan bagi mengambil kesempatan terhadap ketidakfahaman pembaca mengenai realiti sebenar.

2- Cuba sedaya upaya mengaitkan Dato’ Syeikh Fuad dengan kumpulan-kumpulan yang telah diputuskan sesat oleh Majlis Fatwa di peringkat Kebangsaan dan Negeri.

3- Menimbulkan istilah-istilah yang sensitif untuk menarik perhatian Jabatan dan Badan Agama Islam menyiasat Yayasan dan Dato’ Syeikh Fuad.

4- Berusaha sedaya upaya mengalihkan kesalahan dan kelemahannya mengurus tadbir Yayasan dan Universiti ke bahu Dato’ Syeikh Fuad.

5- Berusaha memastikan pendapatnya yang masih di peringkat syak/zan (sangkaan) diangkat dan dilontarkan kepada peringkat yakin.

6- Menampilkan nama-nama individu seramai mungkin bagi mendukung dakwaannya dan menguatkan jentera fitnahnya.

7- Sedaya upaya memaparkan kepada masyarakat umum bahawa mereka teraniaya, difitnah dan dizalimi oleh Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan.

Page 5: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

5

Berikut adalah petikan dakwaan Dr Yusri yang disusuli dengan jawapan dan penerangan dari Yayasan.

Dr. Yusri menulis:

“Ana, Kolonel Nordin, Dr Amran, Amran Che Noh dan ikhwan yang dilihat bersama dengan kami sedang cuba disingkirkan daripada Yayasan dan Universiti.”

Jawapan Yayasan:

Dalam kenyataan ini Dr Yusri cuba mengelirukan pembaca dengan penggunaan bentuk ayat yang menggambarkan bahawa mereka adalah perwira yang memperjuangkan perjuangan sebenar dan ketelusan dalam Yayasan.

Sedangkan mereka memiliki kelemahan dan ketidakcekapan dalam mengurus tadbir institusi di mana banyak perkara dan arahan pihak atasan Universiti gagal mereka sempurnakan walaupun berjaya melobi untuk mendapat kelulusan memperolehi gaji dan elaun lumayan.

Pihak Yayasan membuka peluang kepada mereka untuk berkhidmat dan pihak Universiti membayar gaji mereka berdasarkan kedudukan dan kelayakan akademik mereka. Tidak ada unsur singkir menyingkir di sini melainkan majikan sudah hilang kepercayaan terhadap pekerja kerana gagal menyempurnakan tugas setelah diberi nasihat dan amaran. Mana mungkin ada usaha menyingkir seseorang yang berdisiplin, cekap, memiliki kredibiliti dan kemahiran tanpa sebab yang munasabah kerana ia akan menghancurkan sesebuah institusi itu sendiri. Jika Dr Yusri disingkirkan, itu sudah pasti kesan dan akibat dari kesalahan dan kelemahan Dr Yusri dan rakan-rakan sendiri.

Dr. Yusri menulis:

“Pihak kami pula telah menyimpulkan bahawa ada masalah yang besar dalam Yayasan dan Universiti yang berpunca daripada SF sendiri. Maka kami bertanggungjawab untuk cuba membetulkan keadaan.”

Jawapan Yayasan:

Yayasan menyatakan bahawa tiada masalah besar semenjak bertahun-tahun ia ditubuhkan. Semuanya yang dirancang berjalan lancar dan terhasil. Semenjak 8 tahun Dato’ Syeikh Fuad menjadi Penasihat Yayasan mengendalikan bersama AJKT Yayasan yang lain, dengan saranan dan nasihatnya, Yayasan berjaya menubuhkan STIAS, DAQWAH dan KOLEJ ISLAM AS-SOFA tanpa bantuan Dr Yusri dan rakan-rakannya.

Maka kesimpulan yang diberikan Dr Yusri dan rakan-rakan itu memang tersilap kerana sejarah membuktikan dalam tempoh tersebut, Yayasan dan institusi pendidikan di bawahnya berkembang pesat mara ke hadapan hari demi hari dan tidak pernah mundur walau setapak.

Page 6: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

6

Dr. Yusri menulis:

“Sebahagian maklumat yang menjadi asas pendirian kami diperolehi daripada Dato’ Yahya dan beberapa ikhwan lain. Sebahagian yang lain adalah hasil pengalaman dan pemerhatian kami sendiri. Pendek kata kesimpulan yang dibuat adalah hasil perkongsian maklumat dan pandangan secara kolektif.”

Jawapan Yayasan:

Di sini pembaca cuba dikelirukan melalui helah Dr Yusri yang cuba melibatkan Dato’ Yahya supaya wujud persengketaan dan perbalahan di antara kedua-dua pemegang syer utama iaitu Dato’ Yahya dan Dato’ Syeikh Fuad. Ini merupakan satu usaha yang sangat kotor dan hina. Bagaimana kita boleh mempercayai dakwaan mereka dengan mudah apabila butiran maklumat yang dikatakan diperolehi daripada Dato’ Yahya sendiri tidak mereka jelaskan. Dalam kenyataannya ini, Dr Yusri seolah-olah cuba mengaburkan pandangan umum dengan menunjukkan betapa ramainya ahli Yayasan yang berjuang bersama-sama beliau dalam membanteras sebarang penyelewengan.

Dalam masa yang sama mereka menyatakan bahawa mereka bertindak berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka sendiri. Bagaimana dalam masa sesingkat itu mereka boleh mengaku mempunyai pengalaman terhadap perjalanan Yayasan dan Penasihatnya? Adakah dengan berlonggok bersama empat orang yang masih mentah dan baru dalam Yayasan boleh membuat kesimpulan terhadap setiap inci dan perkara yang berlaku sepanjang Dato’ Syeikh Fuad membangunkan Yayasan dan institusi-institusi agama di bawah naungannya?

Dr. Yusri menulis:

“Oleh kerana pihak penaja utama Universiti telah meragui pihak SF, mereka enggan menuruti tuntutan membayar baki yang terhutang. Ini juga disebabkan mereka sudahpun menyalurkan sejumlah dana yang melebihi persefahaman asal. Selain daripada faktor kos perbelanjaan akhir pelancaran Universiti yang melampaui rancangan serta melibatkan perbelanjaan yang diragui.”

Jawapan Yayasan:

Punca utama masalah timbul apabila pihak Dr Yusri dan rakan-rakannya gagal membentangkan budget sebenar dan sempurna kepada pihak penaja utama. Pelancaran Universiti melibatkan dua budget utama iaitu kos Majlis Pelancaran (Pemasyhuran) dan kos pengubahsuaian bangunan Universiti.

Dr Yusri dan rakan-rakannya hanya membentangkan satu budget kepada Dato’ Yahya iaitu kos Majlis Pelancaran (Pemasyhuran). Malah suntikan dana dari Syarikat Gerbang As-Sofa tidak mencukupi dan ini memaksa Dato’ Syeikh Fuad sebagai pemegang syer terpaksa berikhtiar mengumpulkan sejumlah dana yang besar bagi menampung semua itu. Akibat daripada sikap lepas tangan dan sambil lewa Dr Yusri yang sedia dimaklumi selama ini.

Page 7: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

7

Dr. Yusri menulis:

“Oleh kerana adalah tidak mudah untuk memecatkan kami daripada jawatan-jawatan universiti, kami masih secara sahnya bertugas menerajui universiti. Tetapi kerana banyak isu-isu pokok ini belum menemui penyelesaian maka kami sekarang berusaha menyelesaikannya dahulu. Pada masa yang sama, tugas kami juga disukarkan dengan tindakan SF memaksa kami keluar dari pejabat sementara dalam keadaan pejabat di Seremban belum siap sepenuhnya. Kami juga tidak diberikan peranan menguruskan akaun Universiti sehinggakan banyak urusan termasuk gaji bulanan pun tidak selesai.”

Jawapan Yayasan:

Prosedur untuk memecat mereka tidaklah sukar. Hanya dengan persetujuan Majlis Pengarah Universiti, kemudian dimaklumkan pemecatan dan perlantikan baru kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak dipecat terus atas belas ihsan dan simpati dari seorang majikan. Di sini Dr Yusri cuba mengalihkan kelemahan dan ketidakcekapan pengurusannya kepada Dato’ Syeikh Fuad. Setelah dilantik sebagai NC Universiti, sepatutnya beliau harus berusaha berulang alik memantau perkembangan Universiti dari segenap aspek.

Yayasan telah membenarkan mereka menumpang di pejabat Yayasan sehingga suatu tarikh yang ditentukan iaitu sehingga bulan Februari 2012. Namun sikap yang diambil ialah duduk bersenang lenang, santai dan sambil lewa sambil melepaskan tanggungjawab menyiapkan pejabat Universiti kepada Dato’ Syeikh Fuad. Setelah tarikh itu berlalu, tiada tindakan dari pihak Dr Yusri sebagai NC dan rakan-rakan untuk mencari pejabat baru atau mengusahakan bangunan pejabat Universiti disiapkan untuk mereka berpindah ke sana.

Maka arahan untuk mengosongkan pejabat Yayasan BUKAN dari Dato’ Syeikh Fuad dan beliau tiada kaitan dengan perkara ini. Ia adalah arahan yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar Yayasan sendiri. Melemparkan tuduhan kepada Dato’ Syeikh Fuad dalam perkara ini adalah satu bentuk tuduhan melulu dan fitnah yang nyata dari Dr Yusri.

Dr. Yusri menulis:

“Pihak SF menyalahkan kami sepenuhnya atas situasi di atas, terutamanya diri ana dan cuba memberi pelbagai gambaran negatif termasuklah bahawa ini adalah pertembungan peribadi antara dia dan ana, bukannya soal prinsip seperti yang ana sedang dan akan jelaskan.”

Jawapan Yayasan:

Realitinya, tiada sesiapa yang mendakwa ini adalah pertembungan peribadi antara Dr Yusri dan Dato’ Syeikh Fuad. Kerana umum sedia maklum bahawa Dr Yusri bukanlah tandingan Dato’ Syeikh Fuad. Dr Yusri cuba memainkan isu pertembungan peribadi untuk menggambarkan bahawa seolah-olah Dato’ Syeikh Fuad risau mengenai populariti Dr Yusri yang meningkat naik. Ini bukanlah sikap Dato’ Syeikh Fuad semenjak dahulu. Bahkan, Dato’ Syeikh Fuadlah yang telah berusaha keras memulih, membina dan menaikkan imej Dr Yusri sehingga ke peringkat antarabangsa.

Masyarakat umum akan melihat sendiri bahawa, dalam sesuatu majlis atau idea yang dicetuskan oleh Dato’ Syeikh Fuad, beliau akan cuba menonjolkan Dr Yusri di barisan

Page 8: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

8

hadapan dalam upacara perasmian dan pembukaannya tanpa Dr Yusri bersusah payah memikirkannya. Dato’ Syeikh Fuad juga sentiasa bangga jika mana-mana murid atau ahli Yayasan lebih mahir, berkebolehan daripada beliau dalam segenap aspek kerana ia memberi sumbangan dan imej yang baik kepada Islam. Dato’ Syeikh Fuad tidak pernah gusarkan popularitinya menurun kerana beliau hanya mahu melihat Islam dibangunkan, bukan populariti dirinya. Menilai situasi ini, mengingatkan kita kepada maksud sebuah hadith: “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka itu tandanya dia tidak bersyukur kepada Allah.”

Dr. Yusri menulis:

“Oleh kerana aliran kewangan semasa pula bermasalah akibat keraguan yang timbul, SF beralih kepada meminta bantuan dan sokongan kewangan daripada para ikhwan yang lain melalui pelbagai pendekatan. Tanpa memahami situasi sebenar mungkin sahaja ramai ikhwan yang terdorong untuk menghulurkan sumbangan wang dan harta kepada SF.”

Jawapan Yayasan:

Seperti yang telah dijelaskan di atas, puncanya ialah kegagalan Dr Yusri membentangkan budget yang terperinci mengenai dua perbelanjaan besar bagi Majlis Pelancaran (Pemasyhuran) tempoh hari. Disebabkan kesuntukan masa, atas sifat mahabbah, tolong menolong dan bersatu padu ikhwan amat diperlukan di saat-saat genting itu.

Tidakkah Dr Yusri dan rakan-rakannya yang dibayar gaji lumayan merasa bersalah dan berdosa akibat kelemahan urustadbir mereka, menyebabkan beban kerja mereka terpaksa dipikul oleh Dato’ Syeikh Fuad, para sukarelawan dan ahli-ahli Yayasan? Sedangkan mereka bekerja keras siang dan malam untuk menjayakan penubuhan Universiti tanpa menerima bayaran walau sedikitpun.

Dr. Yusri menulis:

“Asas kenapa kami mengambil sikap cuba membetulkan dan kalau perlu menentang SF adalah segala maklumat yang terkumpul pada kami sama ada yang datang dengan sendiri atau hasil kajian kami yang menunjukkan dengan jelas bahawa SF sudah tergelincir daripada perjalanan sebenar para ulama pewaris Nabi yang murni. Kegelinciran asasi beliau ialah tindakannya menggunakan jalan dakwah untuk mendapatkan habuan material duniawi dan peribadi.”

Jawapan Yayasan:

Yayasan ingin bertanya, siapakah Dr Yusri untuk menilai kegelinciran Dato’ Syeikh Fuad? Adakah beliau hanya bersandar dan berhujah dengan pemerhatian singkat, andaian, bisikan-bisikan yang didengari di sekelilingnya?

Dr Yusri cuba mencetuskan momokan agar masyarakat umum menganggap Dato’ Syeikh Fuad mengaut duit ahli-ahli Yayasan untuk memenuhi impian peribadi dan kesenangannya. Sedangkan, Dato’ Syeikh Fuad telah menginfaqkan sejumlah wang yang besar bagi usaha dakwah. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan, menyampaikan ucapan demi mengumpulkan dana membina STIAS, DAQWAH, KIS dan lain-lain lagi. Malahan bagi setiap pembinaan institusinya itu, dimulai dengan sumbangan wang peribadi hasil keuntungan

Page 9: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

9

perniagaan dan hadiah dari teman-temannya.

Sandaran Dr Yusri untuk “MEMBETULKAN DAN MENENTANG” disebabkan kegelinciran Dato’ Syeikh Fuad amatlah rapuh. Kami pun tidak pasti bagaimana suatu dakwaan yang masih di peringkat syak atau zan boleh dijadikan hujah dan dalil untuk MENENTANG Dato’ Syeikh Fuad. Melainkan ia dilakukan oleh Dr Yusri atas dasar hasad dengki, angkuh, kepentingan peribadi dan memandang dirinya sentiasa betul.

Dr. Yusri menulis:

“Oleh kerana kegelinciran ini berlaku banyak kali, di tahap yang serius dan bukannya baru maka ana berpandangan bahawa agak sukar untuk SF mengaku dan membetulkan segala silap beliau.”

Jawapan Yayasan:

Dr Yusri kembali memomokkan pembaca dengan dakwaan kegelinciran yang KERAP dan di tahap SERIUS agar ia menjadi fitnah yang paling berbisa membunuh karektor lawannya. Dakwaan kegelinciran memang sengaja diulang-ulang agar meninggalkan kesan di hati pendengar dan pembaca bahawa Dato’ Syeikh Fuad adalah seorang fasiq, tidak jujur dan pecah amanah lalu menyeret pembaca untuk mengkategorikan Dato’ Syeikh Fuad sebagai ulama’ Suu’ (ulama dunia).

Jikalau dakwaan beliau benar, mengapa Dr Yusri tidak bertindak tegas dan berani ketika menjawat jawatan YDP Yayasan bagi memperbetulkan kesilapan? Kenapa setelah tidak dilantik menjadi YDP akibat hilang mandat dan kepercayaan ahli Yayasan, dilucutkan keahlian dari Yayasan baru hendak melalak ke serata dunia? Apakah beliau hanya ingin menjadi wira setelah kepentingan dunia dan peribadinya terjejas?

Dr. Yusri menulis:

“Harus diingat bahawa sebelum surat ini, kami belum mengambil tindakan yang terbuka terhadap SF kerana ingin memberikan peluang beliau bertaubat dan menyelesaikannya secara tertutup. Perlu juga diketahui bahawa kami hanya mendapat maklumat dan dapat membuat kesimpulan tentang SF sekitar seminggu sebelum pelancaran Universiti iaitu sekitar minggu pertama bulan April. Sebelum saat itu, kami masih tetap menganggap beliau sebagai seorang tokoh Ulama istimewa bahkan seorang Wali besar, sama seperti rasanya tanggapan kebanyakan murid beliau yang lain.”

Jawapan Yayasan:

Kenyataan Dr Yusri adalah satu momokan bagi mengaburi pandangan pembaca mengenai Dato’ Syeikh Fuad. Dato’ Syeikh Fuad tidak memerlukan penyaksian Dr Yusri sebagai ulama’ istimewa dan wali besar. Cukuplah pengiktirafan ratusan ulama dunia Islam sebagai sebaik-baik saksi dari sudut kesungguhannya berdakwah, penubuhan institusi pendidikan Islam di setiap peringkat, penulisan buku-buku ilmiah yang mencecah 250 buah, menyeru manusia ke jalan Allah, mentarbiah dan mendidik mereka.

Manakala dari sudut pengiktirafan kerajaan pula, perlantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ahli Jawatankuasa Syar’iyyah Negeri Sembilan serta anugerah-anugerah yang diterimanya melayakkan beliau diiktiraf sebagai seorang yang

Page 10: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

10

memiliki keistimewaan. Pernah juga diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan Anugerah Khas Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu untuk dianugerahkan kepada Dato’ Syeikh Fuad atas keistimewaannya itu. Adakah itu tidak cukup istimewa bagi Dr Yusri?

Kami di Yayasan sendiri tidak pernah mendakwa Dato’ Syeikh Fuad sebagai Wali besar dan beliau pula tidak sesekali mendakwa dirinya sedemikian. Ia diwar-warkan oleh Dr Yusri di sini bagi mencipta gambaran di fikiran masyarakat umum bahawa wujud unsur pemujaan dan taksub kepada Dato’ Syeikh Fuad di dalam Yayasan.

Dr Yusri menulis:

“Tanggapan bahawa SF adalah Ulama istimewa bahkan wali Allah tidak dapat lagi dipertahankan apabila kami mendapat tahu tentang amalan atau perbuatan beliau (hal) yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah atau tidak selari dengan Syariat.”

Jawapan Yayasan:

Beginilah kenyataan yang terhasil dari seorang yang tidak memiliki autoriti dan ilmu dalam membahaskan hukum hakam agama. Dr Yusri menyangka bahawa apabila seorang yang telah mencapai taraf Ulama istimewa dan wali Allah, maka terhapus segala kemungkinan untuknya melakukan dosa dan kesalahan. Sedangkan I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) menyatakan kebarangkalian terdedahnya golongan selain Nabi dan Rasul, sama ada mereka sahabat, tabi’in, salafussoleh dan wali Allah untuk melakukan dosa dan kesalahan kerana ternafi pada diri mereka sifat maksum.

Dalam kenyataan di atas pembaca cuba dikhayalkan dan dikaburkan oleh Dr Yusri bahawa Dato’ Syeikh Fuad adalah seorang yang bermudah-mudahan melanggar syariat dan memandang ringan perintah al Quran dan Sunnah. Barangkali Dr Yusri juga cuba mengkhayalkan pembaca agar merasakan Dato’ Syeikh Fuad adalah ahli maksiat yang berselindung di sebalik pakaian ulama.

Jika Dr Yusri tidak tenteram jiwa menganggap beliau ulama istimewa atau wali Allah disebabkan sikap egonya, tidak perlulah beliau menghasut dan memecahbelahkan perpaduan ahli Yayasan yang berada di bawah pentarbiahan Dato’ Syeikh Fuad dengan dakwaan mencegah manusia terjerumus ke jurang kemungkaran. Beredarlah dengan tenang di dunia yang luas ini. Itu adalah pilihan jalan penyelesaian secara baik yang Yayasan tawarkan.

Dr Yusri menulis:

“Adapun apa-apa ilham, kashaf, mimpi, waridat atau seumpamanya yang datang kepada seseorang tidak boleh mengatasi dan tidak boleh diutamakan berbanding Al-Quran dan Sunnah.”

Jawapan Yayasan:

Telah menjadi pegangan Yayasan semenjak sekian lama bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sandaran utama. Yayasan tidak pernah sesekali mengiktiqadkan dan mengutamakan

Page 11: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

11

ilham, kasyaf, mimpi dan waridat daripada kedua-duanya. Kalau Yayasan dan Dato’ Syeikh Fuad mengenepikan al Quran dan Sunnah lalu mengutamakan kasyaf dan ilham, mohon Dr Yusri paparkan bukti yang jelas dan terperinci. Pegangan, ilmu dan kefahaman Dr Yusri mengenai perkara ini pun diperolehi oleh Dr Yusri semenjak menceburi dunia Tasawwuf di Yayasan secara serius. Ia sedia dimaklumi dan tidak perlu diperbahaskan lagi.

Akan tetapi Dr Yusri menghebahkan di sini atas satu sebab sahaja. Iaitu ingin mempengaruhi pembaca agar merasakan bahawa Dato’ Syeikh Fuad selama hayatnya sentiasa mengutamakan ilham, kashaf, mimpi dan waridat berbanding al Quran dan Sunnah. Maka tindakan Dr Yusri mengambil kesempatan di atas ketidakfahaman masyarakat mengenai realiti sebenar adalah tindakan yang melambangkan kerendahan moral.

Dr Yusri menulis:

“Jadi, walaupun SF telah membuat pelbagai dakwaan yang tinggi-tinggi berkaitan dengan ehwal keruhanian dan keilmuwan beliau, apabila hal beliau terbukti bercanggah dengan Syariat, kita wajib menolak atau mentohmah dakwaan-dakwaan beliau sebagai suatu yang tidak benar. Tidak benar, sama ada dalam erti kata ia sebenarnya tidak pernah berlaku atau berlaku tetapi bukan ilham, kashaf, mimpi atau waridat yang benar.”

Jawapan Yayasan:

Kami merasakan bahawa Dr Yusri cuba menjadi hakim dan juara bagi isu ini. Kami mengajak sidang pembaca bertanya kepada Dr Yusri, apakah dakwaan Dato’ Syeikh Fuad itu? Dan apakah pula hal Dato’ Syeikh Fuad yang didakwa bercanggah dengan syariat itu sehingga mewajibkan masyarakat menolak atau mentohmah dakwaan-dakwaan Dato’ Syeikh Fuad?

Di dalam Islam, apabila seseorang memperolehi mimpi, ilham dan kasyaf, maka tanggungjawab itu kembali kepada dirinya. Ia hanya milik insan yang mengalaminya sahaja. Dr Yusri tidak berhak menjadi hakim bagi menentukan kewujudannya bahkan kesahihannya.

Jika benar Dato’ Syeikh Fuad memperolehi ilham, kasyaf dan mimpi sekalipun, di sisi beliau ia hanyalah sebagai khabar gembira dan tidak pernah mewajibkan murid-murid dan ahli Yayasan beramal dan berhujah dengannya.

Di sini Dr Yusri sebenarnya telah menzahirkan kecetekan ilmu dan pemikirannya sendiri. Penilaian terhadap ilham, kasyaf, mimpi itu sama ia benar atau tidak benar, bukan terletak pada sifat dan perilaku atau peribadi seseorang. Akan tetapi penilai sebenar adalah al Quran dan Sunnah. Berapa ramai ahli maksiat, pelaku dosa-dosa besar memperolehi mimpi atau ilham yang baik, setelah mimpi dan ilhamnya itu dinilai oleh ulama secocok dengan al Quran dan Sunnah, maka ia diterima dan boleh diamalkan. Tidak pula ahli ilmu Islam menyatakan bahawa mimpi dan ilham mereka itu tidak boleh diamalkan kerana mereka fasiq dan ahli maksiat.

Maka penentu bagi suatu ilham, kasyaf dan mimpi itu sama ada ia boleh diamalkan atau tidak, TIDAK bergantung kepada peribadi Dato’ Syeikh Fuad, Dr Yusri atau sesiapa sahaja. Bahkan ia bergantung kepada sejauh mana ia secocok dengan ajaran al Quran dan Sunnah

Nabi .

Page 12: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

12

Dr Yusri menulis:

“Di sini kita tidak dapat bersetuju dengan saranan SF dalam kuliahnya dan ketika pertemuan empat mata bahawa kita harus mengikut cakapnya bukan perbuatannya!...”

Jawapan Yayasan:

Di sini menzahirkan kedangkalan Dr Yusri dalam mengenalpasti sikap tawadhu’ seorang ulama. Kebanyakan ulama menyatakan sedemikian atas dasar merasakan bahawa mereka adalah insan yang berdosa dan hina di sisi Allah, kurang amalan, tidak soleh dan seumpama dengannya. Mereka khuatir jika mereka terlanjur melakukan perbuatan melanggar syariat, maka perbuatan maksiatnya itu diikuti dan diamalkan oleh orang yang melihatnya.

Oleh yang demikian, perkataan seumpama ini adalah sebagai timbangan dan peringatan bagi seorang murid atau masyarakat Islam agar tidak mencontohi perbuatan salah yang dilakukan ulama, akan tetapi mengikut hukum sebenar yang ditetapkan oleh ulama tersebut berdasarkan nas-nas syara’. Perbuatan ulama bukanlah hujah. Akan tetapi al Quran dan Sunnah adalah hujah.

Dr Yusri menulis:

“Mereka yang sudah lama mengaji dengan SF dan memberi perhatian akan tentu ingat pelbagai dakwaan tentang ketinggian maqam ilmu dan keruhanian beliau yang pernah dibuat oleh SF sama ada dalam kuliah terbuka mahupun percakapan seharian. Pada masa yang sama kita dapat melihat dan akhirnya mendapat tahu dengan pasti bahawa pelbagai dasar dan amalannya adalah bercanggah dengan Syariat dan prinsip-prinsip agama.”

Jawapan Yayasan:

Dato’ Syeikh Fuad menceritakan kepada muridnya mengenai nikmat yang Allah kurniakan sebagai tanda bergembira, berkongsi nikmat dengan mereka. Perkara ini walau sejauh mana sekalipun bangkangan pembangkang, ia tidak dapat untuk menolak keharusannya berdasarkan firman Allah:

ثحل ببكر فر ر ب رةهلل مر حل ر ر ص بهللنهلل

“Dan apa jua nikmat Tuhanmu kurniakan itu, maka ceritakanlah.”1

Dalam dunia intelektual Islam semenjak zaman salafussoleh, terdapat banyak riwayat yang menyatakan bahawa mereka mengalami pengalaman rohani yang luar biasa. Imam Malik ibn Anas diriwayatkan bermimpi bertemu Nabi pada setiap malam. Al Imam Suyuti

mendapat nikmat bermimpi berjumpa Nabi sebanyak 73 kali. Semua ini adalah

pengalaman rohani mereka dan mustahil untuk kita ketahui pada hari ini jika mereka tidak menceritakannya ketika hayat mereka.

1 Al Dhuha: 10

Page 13: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

13

Sudah tentu mereka menceritakannya dalam apa jua bentuk penyampaian untuk berkongsi kegembiraan dan nikmat itu dengan murid-murid dan para pengikut mereka. Manakala Dato’ Syeikh Fuad TIDAK PERNAH sesekali mewajibkan murid-muridnya percaya dan mengamalkan mimpi-mimpi yang beliau perolehi tersebut kerana ia tidak boleh dijadikan dalil atau hujah. Ia terhenti untuk diamalkan oleh dirinya sahaja setelah dirujuk dan dilakukan timbangan dengan al Quran dan Sunnah.

Dr Yusri menulis:

“Adalah mustahil bahawa seorang ulama hebat atau seorang Wali akan turut pada masa yang sama terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja. Kegelinciran yang akan kami sebutkan dibawah tidak dapat kita terima jika dilakukan oleh Ustaz biasa apatah lagi seorang yang mendakwa mencapai satu tahap ilmu dan ruhani yang tinggi.

Jawapan Yayasan:

Kenyataan Dr Yusri di sini amat merbahaya dan melibatkan iktiqadnya. Bagaimana seorang pemilik ijazah kedoktoran dalam bidang Undang-undang seperti Dr Yusri boleh tergelincir dalam kenyataannya sehingga mengiktiqadkan MUSTAHIL ulama hebat atau seorang Wali terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja.

Sedangkan Iktiqad ASWJ yang benar ialah: “TIDAK MUSTAHIL seorang ulama hebat atau seorang Wali terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja.” Kami berharap agar Dr Yusri menarik balik kecacatan pegangan dan pendapatnya ini kerana menafikan kebarangkalian para ulama’ dan wali terdedah melakukan dosa.

Sedangkan Nabi bersabda:

ر الص ص بد حل ر د ل حلر ص اهلل د احل رحل خر بحل د آر ر خر ص اد حل ر ر

“Setiap anak Adam itu melakukan dosa kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa kesalahan itu ialah orang-orang yang bertaubat.”

Di sini juga pembaca terus dikhayalkan oleh Dr Yusri bahawa Dato’ Syeikh Fuad adalah ahli maksiat. Janganlah kita lupa dan terpedaya bahawa tuduhan PELANGGARAN terhadap prinsip agama pada awal perbicaraan tadi masih tidak jelas dan dakwaannya sangatlah longgar serta dilontarkan oleh Dr Yusri pada kedudukan syak/zan (sangkaan, rasa-rasa, andaian).

Sungguh mengaibkan apabila seseorang yang melakukan dakwaan atau tuduhan terhadap kegelinciran seseorang, akan tetapi pada hakikatnya dirinya sendiri yang tergelincir lebih dalam lagi. Seperti yang kami nyatakan tadi, mengambil kesempatan terhadap ketidakfahaman pembaca terhadap punca, realiti dan rentetan sesuatu perkara serta mengheret mereka untuk menjadi penyebar fitnah adalah tindakah yang melambangkan kerendahan akhlak dan moral.

Page 14: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

14

Dr Yusri menulis:

“Jadi kita tiada pilihan melainkan mengutamakan hal keadaan atau amalan sebenar SF berbanding dakwaan-dakwaannya yang masih mungkin benar ataupun salah. Lalu, walaupun berat, kita tiada pilihan selain mengaku bahawa kita sudah tersilap nilai siapa sebenarnya SF selama ini dan terpaksa menyimpulkan bahawa dakwaan-dakwaan beliau adalah sama ada tidak benar, separuh benar atau khayalan yang menipu.”

Jawapan Yayasan:

Sekali lagi Dr Yusri bertindak sebagai penilai bagi kredibiliti dan kualiti hidup seorang ulama’ seperti Dato’ Syeikh Fuad. Semoga Allah merahmati ilmu dan ulama’. Pada hari ini seolah-olah sudah tiada ulama’ ASWJ yang mengiktiraf kedudukan ilmu, ketinggian azam dan kesungguhan Dato’ Syeikh Fuad dalam usaha dakwah, ilmiah dan tarbiahnya. Di mana pula pengiktirafan Prof Dr Sayyid Muhammad Alawi al Maliki, Prof Dr Faruq Hamadah, al Muhaddith Dr Mahmud Said Mamduh, Tuan Guru Hj. Tajuddin dan ratusan lagi terhadap kedudukan Dato’ Syeikh Fuad hinggakan seorang penerima ijazah Ph.D seperti Dr Yusri pula ditauliahkan secara automatik sebagai pemilik autoriti bagi menghakimi segala perbuatan dan perkataan Dato’ Syeikh Fuad.

Dr Yusri menulis

“Perlu diingat bahawa dalam dunia keruhanian dan tariqat, sering terjadi seseorang yang mengaku Syeikh tetapi tergelincir oleh kerana tersalah tanggapan terhadap pengalaman ruhani yang dialaminya. Terutama apabila orang tersebut tidak lagi mempunyai rujukan untuk mengesahkan hakikat pengalaman ruhani beliau itu. Itulah antara kemungkinan punca kegelinciran SF. Apapun punca sebenarnya, hakikatnya, apabila menilai dirinya secara menyeluruh dan objektif, kita teringat kepada kategori ulama yang diistilahkan dalam ilmu Islam sebagai ulama yang jahat (Ulama Suu’) atau ulama dunia.”

Jawapan Yayasan: Ini adalah salah satu kenyataan liar dan jahat yang terhasil dari buruk sangka Dr Yusri terhadap para mursyid dan pembimbing tariqat di dunia. Oleh yang demikian kita mendapati bahawa beliau menggunakan perkataan “sering terjadi seseorang yang mengaku Syeikh tetapi tergelincir oleh kerana tersalah tanggapan terhadap pengalaman ruhani yang dialaminya” yang dalam masa yang sama menghukum kebanyakan Syeikh-syeikh tariqat di dunia kerapkali atau sering tergelincir dari landasan al Quran dan Sunnah. Kenyataan ini menzahirkan sangka buruk Dr Yusri terhadap pembimbing-pembimbing tariqat di serata dunia. Perlantikan dan pentauliahan Dato’ Syeikh Fuad sebagai pembimbing (mursyid) bukan atas dasar dakwaan dan pengakuannya seperti yang dinyatakan oleh Dr Yusri. Bahkan ia adalah kurniaan dan anugerah guru-guru Dato’ Syeikh Fuad kepadanya. Dato’ Syeikh Fuad tidak pernah memintanya atau membuat sebarang dakwaan kosong tanpa asas tentang masalah ini.

Page 15: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

15

Ini juga adalah satu usaha dan niat jahat Dr Yusri untuk menggandingkan nama Dato’ Syeikh Fuad setaraf dengan pemimpin-pemimpin tariqat menyeleweng yang lain. Mengulang-ngulang dakwaan kegelinciran itu mengajak kita kembali mengingati dakwaan Dr Yusri terhadap kegelinciran Dato’ Syeikh Fuad yang dilemparkan olehnya pada kedudukan syak/zan yang mungkin beliau tersalah menilainya. Bagaimana dakwaan yang berada pada tahap syak/zan ini menjadi asas bagi mentohmah semua perkara berkenaan Dato’ Syeikh Fuad. Sedangkan di dalam al Quran Allah menyatakan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Dr Yusri menulis:

“Seorang ulama hakiki tidak akan hilang punca bila berbuat salah, diketahui kesalahannya dan cuba ditegur. Sebaliknya, SF terus mengambil langkah segera dan agresif cuba mencantas dan memburuk-burukkan dengan pelbagai tuduhan palsu mana-mana individu yang dirasakan sudah mengetahui atau cuba membetulkan kesalahannya.”

Jawapan Yayasan:

Dr Yusri sekali lagi cuba memutarbelit kenyataan dan memanipulasi keadaan seolah-olah beliau dizalimi oleh Dato’ Syeikh Fuad. Seorang majikan logiknya tidak akan mengambil tindakan melainkan jika seseorang pekerja itu melanggar arahan, disiplin, dasar sesebuah pertubuhan dan mengkhianati kepercayaan majikan terhadapnya.

Dr Yusrilah yang sebenarnya kehilangan punca menghadapi situasi ini telah menjadikan surat-surat berunsur fitnah untuk menipu dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat. Dr Yusri jugalah pada hakikatnya yang cuba mencantas kepercayaan dan keyakinan ahli Yayasan dan memburuk-burukkan Dato’ Syeikh Fuad dengan fitnah pelbagai tohmahan.

Dr Yusri menulis: “Menilai Siapa Sebenarnya SF. Di antara dakwaan-dakwaan SF: 1. Penyandang pangkat Al-Musnid, Musnid Mashriq atau seorang Ahli Hadith”

Jawapan Yayasan: Perlu dijelaskan bahawa sepanjang pengetahuan kami, Dato’ Syeikh Fuad tidak pernah mencanang beliau adalah seorang al Musnid, Musnid Mashriq atau seorang Ahli Hadith. Mungkin beliau ada menyebut di dalam kuliah pengajiannya, dengan niat berkongsi kegembiraan dari nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Beliau juga tidak pernah menulis di pangkal namanya sebagai al Musnid/Musnid al Masyriq. Bahkan di kulit buku-buku tulisan dan muqaddimahnya, yang sering digunakan ialah al Faqir ilallah, al Haqir ilallah al Ghani

Page 16: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

16

dan seumpama dengannya. Namun apabila gelaran itu dikurniakan sendiri oleh al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh lantas kami murid-murid dan ahli Yayasan mengetahuinya, maka dalam makalah, bunting, banner yang dihasilkan oleh Yayasan, kami meletakkan gelaran itu. Bermakna gelaran itu kami yang menggunakan dan mencanangkannya, bukan Dato’ Syeikh Fuad. Kami paparkan keratan manuskrip ijazah khat tulisan tangan al Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh di sini untuk dikongsi bersama:

“Sesungguhnya Sayyidi al Fadhil al Mu’tani Musnid al Masyriq Sayyidi Syeikh Muhammad Fuad al Malizi al Syafii telah membaca di hadapan saya dalam satu majlis kitab mukhtasar yang berkat ini, yang demikian itu di rumah saya di Kaherah di Hayy Madinah Nasr pada Safar al Khair tahun 1431..” Jika benar Syeikh Fuad mahu menggunakan sendiri gelaran al Musnid selepas ia dianugerahkan dan diiktiraf oleh Syeikh Mahmud Said Mamduh, itu pun tiada masalah dan tak perlu menjadi bahan pertikaian sebagaimana Dr Yusri sendiri menggunakan gelaran DR di pangkal nama Dr Yusri sebagai pengiktirafan dari UIA. Jika ingin bermain isu tawadhu’, merendah diri, kami rasa Dr Yusri pun tak boleh guna gelaran DR di pangkal nama Dr Yusri sendiri. Seingat kami Dr Yusri adalah orang yang pertama menggelarkan Dato’ Syeikh Fuad di khalayak ramai dalam satu majlis yang dihadiri oleh Sayyid Ahmad ibn Muhammad Alawi al Maliki dengan rela hati kerana beliau merasakan Dato’ Syeikh Fuad layak untuk digelar sedemikian. Namun kini segalanya berubah. Apabila nikmat habuan dunianya hilang dan segala keistimewaannya ditarik akibat masalah disiplinnya, maka Dr Yusri pula yang memfitnah Dato’ Syeikh Fuad mendakwa dirinya adalah seorang al Musnid. Kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan.

Page 17: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

17

Dr Yusri menulis: “2. Sebagai Khalifah atau wakil utama Tariqah Al-Maliki, 3. Sebagai Syeikh Tariqah Ahmadiyyah Muhammadiyyah dan Mujaz Bi jamii` Turuq Sufiyyah (Mempunyai ijazah dan boleh memimpin semua Tariqah yang ada)”

Jawapan Yayasan: Nama tariqat al Maliki adalah ciptaan Dr Yusri sendiri yang direka-reka untuk mendukung dakwaannya dan sehingga kini tidak terdapat di dunia ini sebuah tariqat yang dinamakan Tariqat al Maliki. Kami juga ingin memperbetulkan kesilapan Dr Yusri terhadap kefahaman Bahasa Arabnya. Kami tidaklah menyalahkan beliau sepenuhnya kerana kami sedia maklumi, walaupun beliau sering digelar sebagai Ustaz, namun hakikatnya beliau tidak mempunyai asas Bahasa Arab dalam dunia pelajaran dan akademiknya. Dr Yusri menterjemahkan Mujaz Bi jamii` Turuq Sufiyyah dengan maksud Mempunyai ijazah dan boleh memimpin semua Tariqah yang ada. Ada unsur tokok tambah dalam terjemahan tersebut di mana maksud mujaz hanya terhenti kepada mempunyai ijazah/diijazahkan sahaja. Dr Yusri dengan menokok tambah dengan katanya: BOLEH MEMIMPIN SEMUA TARIQAH YANG ADA. Ini adalah satu bentuk tohmahan terhadap Dato’ Syeikh Fuad demi mengambil kesempatan terhadap ketidakfahaman pembaca. Memang sedia dimaklumi semenjak tahun 2003 lagi bahawa al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki telah melantik Dato’ Syeikh Fuad sebagai khalifahnya di Malaysia dan mengizinkan beliau mentalqinkan zikir, mengijazahkan koleksi wiridnya dalam kita Syawariq al Anwar dan salawat-salawat kepada mereka yang berhasrat untuk menjalani manhajnya. Perkara ini dimaklumi sehingga anakandanya Sayyid Ahmad al Maliki turut mengakuinya. Sememangnya dokumen-dokumen pengesahan melalui manuskrip ijazah menunjukkan bahawa Dato’ Syeikh Fuad mendapat ijazah dari ramai guru yang berlainan tariqat. Di antaranya ialah Syeikh Muhammad Hani’ al Kahil telah mengijazahkan Dato’ Syeikh Fuad ijazah tariqat-tariqat utama di dunia. Demikian juga Dato’ Syeikh Fuad turut menerima ijazah 40 buah tariqat di dunia dari gurunya Sayyid Malik ibn al Arabi al Sanusi di Madinah Munawwarah di mana sanad-sanad itu dapat dirujuk dari sebuah kitab yang ditulis oleh al Imam Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi yang bertajuk al Salsabil al Mu’in ila Tara’iq al Arba’in. Dato’ Syeikh Fuad menyatakan sesiapa yang ingin mengambil ijazah mana-mana tariqat tersebut, boleh mengambil daripadanya sebagai salah satu sanad periwayatan. Tidak pernah pula beliau mendakwa bahawa beliau adalah mursyid dan khalifah bagi semua tariqat di

Page 18: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

18

Malaysia. Jika ada, sudah pasti itu adalah fitnah dan dakwaan tak berasas Dr Yusri sendiri.

Dr Yusri menulis: “Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Nabi (SAW), a. Menerima kompilasi salawat (Raudh al-Anwar) terus daripada Nabi SAW. (mimpi atau yaqazah), b. Ada mengarang qasidah khusus untuk Nabi SAW dan telah membacanya di hadapan Nabi SAW.(mimpi atau yaqazah), c. Nabi SAW pernah mencadangkan tajuk salah satu buku beliau. (mimpi atau yaqazah), d. Pelbagai mimpi Nabi SAW yang memberi pelbagai isyarat. 5. Mendapat ijazah kitab Fadhilat Salawat oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad Al-Siddiq Al-Ghumari (1910-1993M) secara langsung daripada beliau dalam mimpi.” ” Jawapan Yayasan: Yayasan menegaskan bahawa sepanjang 15 tahun mengajar dan berdakwah, Dato’ Syeikh

Fuad TIDAK PERNAH sama sekali mendakwa bertemu Nabi secara yaqazah. Adapun

bermimpi menerima suatu salawat, amalan, qasidah, memberi tajuk buku dan sebagainya adalah perkara yang harus berlaku seperti mana Imam Malik bermimpi bertemu Rasulullah

dan Baginda menamakan kitab hadithnya dengan al Muwatta’.

Maka diketahui di sini bahawa Dr Yusri sedaya upaya menimbulkan isu yaqazah agar masyarakat Islam menganggap bahawa Dato’ Syeikh Fuad ini memiliki pembawakan dan halatuju yang sama seperti kumpulan-kumpulan Islam yang telah difatwakan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan suatu ketika dahulu, terutama kumpulan-kumpulan yang terlibat dengan isu kontroversi yaqazah (bertemu Nabi secara jaga).

Mengenai keharusan bertemu Nabi dalam mimpi pula telah masyhur mengenai

keharusannya berlaku. Maka tidak perlulah ia menjadi bahan pertikaian kerana ia disebut sendiri dalam hadith-hadith yang banyak.

Dr. Yusri menulis: Hal (Gaya hidup, Amalan dan Dasar) 1. Melampau-lampau dalam bermewah dan berbelanja, “a. mengumpul koleksi jam, cincin, pen, pakaian, wangian yang termahal sambil cuba terus menambah koleksi. (contoh: beli seutas jam 50K baru2 ini yang ditunjuk-tunjukkan dalam kuliah, kain jubah di Dubai bernilai lebih RM1 ribu semester, minyak wangi dibeli ketika rombongan umrah sekitar RM50 ribu, sebentuk cincin dibeli di Kelantan melebihi 20 ribu, cuba meminta dibelikan jam Rolex bernilai sekitar RM370 ribu ketika di Dubai)”

Jawapan Yayasan: Di dalam Islam, tidak semua perkara yang seseorang dengari, boleh sewenang-wenangnya disebarkan. Ini kerana barangkali perkara itu adalah fitnah, tohmahan, berlaku atau tidak

Page 19: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

19

berlaku. Sekiranya semua perkara yang seseorang itu dengar disebarkan, maka dia terdedah kepada tuduhan berdusta jika sesuatu yang disebarkan itu tidak benar-benar berlaku. Oleh

yang demikian, Rasulullah pernah bersabda:

ى فر ثر ب ر ر ب بب ر حل د ر هللهلل ر بهللكد ب دحل ر حلا

مهلل ر ر

“Cukuplah bagi seseorang itu dianggap pendusta apabila dia menceritakan semua yang dia dengari.” Bahkan, Imam Malik pernah menyatakan bahawa jenis manusia seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin atau ketua selama-lamanya seperti katanya:

كد حل د إهلل ر ب ربر ب الر ير ، ر رمهلل ثر بهللكد ب ر ر حر ص جر لرمد ر لحل لرمحل ر ص د ار حلسر ير حل

هلل

“Ketahuilah bahawa tidaklah elok bagi seorang lelaki yang menghebahkan setiap perkara yang dia dengari, dan dia tidak layak menjadi seorang ketua selama-lamanya.” Abdurrahman ibn Mahdi pula berkata:

ر مهلل كر بهللكد ب ر ر

لهلل محل لصى يد حرى بهلل هلل لر ر قحل جد د إهلل ر ب يد كد حل د ا ص الر ير

“Seorang lelaki itu tidak akan menjadi seorang ketua yang diikuti (ditaati) melainkan dia memegang (mengawal/merahsiakan) segala yang dia dengari.” Dr Yusri tidak mahu beramal dengan semangat hadith ini disebabkan sama ada beliau tidak menjumpainya atau mengabaikan saranannya. Lalu Dr Yusri memaparkan semua desas-desus yang beliau pernah dengari mengenai Dato’ Syeikh Fuad berdasarkan koleksi catatan, perbualan dengan ahli-ahli yang belum tentu benar, bahkan perkara-perkara gurauan pun turut dijadikan fakta oleh Dr. Yusri. Sikap Dr Yusri ini telah menunjukkan kepada kita siapa dirinya yang sebenar yang sebenarnya tidak layak menjadi ketua atau pemimpin. Tidak pernah wujud seutas jam tangan Dato’ Syeikh Fuad berharga RM50 ribu seperti yang didakwa. Jika ada sekalipun, hukumnya adalah harus dan tiada sesiapa yang boleh menghukumkannya sebagai haram. Manakala dakwaan cuba meminta dibelikan jam Rolex bernilai RM370, 000 di Dubai adalah satu FITNAH yang nyata dari Dr Yusri sendiri. Sekiranya benar, Yayasan mencabar Dr Yusri agar menyatakan butiran perkara ini serta memaklumkan kepada sidang pembaca siapakah insan yang diminta oleh Dato’ Syeikh Fuad agar membelikannya jam tersebut? Di dalam prinsip Islam, pihak yang mendakwa adalah pihak yang wajib mengemukakan bukti. Perbelanjaan harta dan hak untuk menggunakannya ke arah mana sekalipun adalah hak pemilik harta tersebut yang tidak boleh kita pertikaikan. Sebanyak mana sekalipun ia dibelanjakan, selagi ia adalah hakmilik peribadi yang sah maka tiada sebab untuk seseorang mempertikaikannya. Dato’ Syeikh Fuad memiliki perniagaan dan barangkali pelaburannya

Page 20: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

20

tersendiri dalam mana-mana perusahaan. Beliau mengajar, membentangkan kertas kerja di pelbagai peringkat, di merata-rata tempat serta menerima saguhati dari pembentangannya itu secara sah dan halal. Dari hasil semua itu beliau membelanjakan dan membeli segala keperluannya. Maka adakah itu salah dan orang lain berhak mempertikaikannya? Mengapa ramai ulama Islam di dunia juga hidup dalam kemewahan hasil titik peluh mereka akan tetapi tidak dikecam oleh Dr. Yusri? Sebaliknya hanya menghalakan serangan kepada Dato’ Syeikh Fuad? Ini bermaksud Dr Yusri berniat memburuk-burukkan beliau dan melampiaskan dendam yang khusus terhadap Dato’ Syeikh Fuad. Jika tidak, Dr Yusri seharusnya mencari seluruh ulama’, pensyarah-pensyarah agama, ustaz-ustaz di Malaysia dan Dunia Islam untuk ditujukan kecaman dan dakwaannya pada kedudukan yang sama. Semasa berada di dalam Yayasan dan menjawat jawatan YDP Yayasan, Dr Yusri juga pernah menerima jam tangan mewah, tiket penerbangan first class, elaun dan beberapa keistimewaan lain. Akan tetapi ia tidak pula disebut-sebut sebagai bermewah-mewah dan menyalahi syariat. Maka apabila hilang jawatan dan kepentingan peribadi, Dr Yusri mula menyalak siang dan malam. Perbuatan ini mengingatkan kita kepada kata orang-orang lama bahawa semakin luas seekor buaya membuka mulut, semakin terserlah bau busuk yang keluar daripada mulutnya.

Dr. Yusri menulis: “b. Memiliki beberapa kenderaan mewah. Cuba mendapatkan melalui ikhwan kereta yang lebih mewah lagi termasuk dalam satu kes meminta untuk dibelikan sebuah kereta Bentley. c. Memiliki rumah-rumah dan pejabat yang mewah dan perhiasan dalaman yang mewah.”

Jawapan Yayasan: Berkenaan dengan kenderaan, Dato’ Syeikh Fuad memulakan kerjaya dakwahnya dengan menunggang motosikal, kemudian kereta Proton Saga 1.5 second hand. Kami menyaksikan perkara itu dengan mata kepala kami. Ia telah menjadi sejarah dan sejarah tidak akan menipu. Apabila dikurniakan rezeki yang lebih hasil dari titik peluhnya, apakah salah Dato’ Syeikh Fuad membeli kereta-kereta mewahnya dengan wang simpanan peribadi melalui pinjaman bank untuk memudahkan urusan dakwah, berulang alik melawat institusi yang diasaskannya di Rembau dan Kuala Lumpur. Bahkan kereta-kereta ini jugalah yang digunakan oleh Yayasan untuk menjemput para ulama’, tetamu kehormat yang dijemput atau datang menziarahi Yayasan untuk memberi keselesaan kepada mereka. Dato’ Syeikh Fuad juga sentiasa berusaha keras memartabatkan ilmu dan ulama’ di samping untuk memastikan penerimaan dan keberkesanan dakwahnya kepada pelbagai peringkat usia dan taraf hidup masyarakat Islam. Kami tidak menemui satu pendapat ulama’ pun yang mendukung tindakan Dr Yusri mengalihkan permasalahan harus ini kepada haram sehingga beliau tergamak

Page 21: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

21

mengkategorikan perkara harus itu sebagai melanggar syariat. Seperti dinyatakan di atas, tiada salahnya memiliki kereta, rumah, pejabat dan hiasan dalaman yang mewah. Ia adalah perkara harus di sisi Islam. Melainkan jika ia dibina dengan harta yang dicuri, dirampas dan seumpama dengannya. Sepanjang 15 tahun, Dato’ Syeikh Fuad membina pejabat dan perpustakaannya dengan wang peribadi dari tabungnya. Dan jika ia dibina dalam mana-mana premis institusi, ia adalah peruntukan yang diberikan kepadanya sebagai pengasas, pengerusi institusi atau penasihatnya. Dakwaan Dato’ Syeikh Fuad cuba mendapatkan melalui ikhwan kereta lebih mewah dan Bentley adalah satu lagi contoh fitnah yang keji. Di sini Dr Yusri menggunakan perkataan “cuba mendapatkan” untuk mengaburi mata pembaca dan umat Islam bahawa Dato’ Syeikh Fuad berusaha melobi, memujuk dan berikhtiar untuk mendapatkan sebuah kereta Bentley. Sedangkan itu tidak pernah berlaku. Di sini Dr Yusri bijak mempergunakan ketidakfahaman pembaca tentang realiti sebenar. Beliau akan cuba menggunakan setiap patah perkataan dan baris ayat Dato’ Syeikh Fuad yang didengarinya suatu ketika dahulu untuk diputar (spin) menjadi suatu yang tidak elok didengari dan menjatuhkan maruah.

Dr. Yusri menulis: “d. Sentiasa membeli tiket first atau business class dan memilih hotel-hotel mewah ketika bermusafir.”

Jawapan Yayasan: Sebelum mengupas, Yayasan menegaskan dalam berbelas-belas orang ahli rombongan Dato’ Syeikh Fuad ke Turki, hanya Dr Yusri seorang yang menaiki penerbangan First Class. Yang lain kebanyakannya menaiki penerbangan Economy Class. Dato’ Syeikh Fuad memulakan aktiviti dakwahnya dengan kesusahan dan kesederhanaan. Bermusafir dengan tiket Economy Class selama bertahun-tahun dan menginap di rumah penginapan yang amat sederhana. Apabila beliau mendapat rezeki yang lebih atas usaha titik peluhnya, apakah salah beliau memilih sesuatu yang lebih selesa dan menjamin kesihatan dan kecergasannya? Ini adalah satu lagi contoh dakwaan kotor yang tidak mempunyai niat lain selain melampiaskan dendam dan membunuh karektor pihak lawan. Seperti yang kami nyatakan tadi, perbelanjaan harta dan hak untuk menggunakannya ke arah mana sekalipun adalah hak pemilik harta tersebut yang tidak boleh kita pertikaikan. Sebanyak mana sekalipun ia dibelanjakan, selagi ia adalah hakmilik peribadi yang sah, maka tiada sebab untuk seseorang yang lain mempertikaikannya. Malangnya kebanyakan musafir-musafir itu ia turut disertai oleh Dr Yusri dan Dr Yusri dibelikan oleh Dato’ Syeikh Fuad tiket First Class dan turut menginap di hotel-hotel mewah. Akan tetapi ia tidak pernah menjadi bahan pertikaian. Hanya apabila kepentingan dan habuan lumayannya terancam, Dr Yusri pun melalak-lalak dan semuanya dibangkitkan tanpa

Page 22: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

22

menyebut sedikit pun tentang dirinya yang turut berada ditempat kejadian pada ketika itu.

Dr. Yusri menulis: “f. Menyewa kereta Bentley (lebih RM5 ribu sehari tak campur overtime. Jumlah kos sekitar RM60 ribu) dan bilik hotel mewah ketika program pelancaran Universiti dan tanda tangan MOU dengan Al-Azhar sebelum ini.”

Jawapan Yayasan: Kami akan memperincikan di sini kisah dan fakta sebenar sehingga pembaca akan mendapati bagaimana kejinya perbuatan orang yang memfitnah, mengadu domba dan merobohkan maruah seorang mukmin. Bagi Majlis Pemasyhuran Universiti, Dato’ Syeikh Fuad meminta agar ahli-ahli yang mempunyai kenderaan besar dan selesa meminjamkan kepada Universiti untuk membawa 20 orang Penasihat Akademik Universiti yang terdiri daripada ulama ASWJ dunia Islam. Dato’ Syeikh Fuad selaku Pengerusi Majlis Universiti pula akan menggunakan keretanya sendiri. Nama-nama ahli Yayasan yang bermurah hati untuk meminjamkan kenderaan mereka telah dicatat berserta nombor plat kereta masing-masing. Mereka berbesar hati untuk meminjamkan kenderaan-kederaan mereka untuk digunakan oleh para ulama dan peminjaman itu atas dasar muafakat dan tolong menolong, demi membantu menjimatkan kos perbelanjaan Majlis Pemasyhuran Universiti. Selepas cadangan Dato’ Syeikh Fuad ini diajukan kepada Pengarah Urusan Gerbang As-Sofa, beliau tidak bersetuju kerana ingin menjaga nama baik Universiti dan kedudukannya. Maka Pengarah Urusan mengarahkan untuk menyewa kereta-kereta mercedes termasuk kereta Bentley untuk membawa Dato’ Syeikh Fuad bersesuaian dengan kedudukan dan pangkatnya sebagai Pengerusi Majlis Universiti. Ini juga termasuk segala kemudahan-kemudahan lain seperti penginapan beliau yang bersesuaian dengan kedudukannya itu. Maka adakah segalanya itu boleh menjadi bahan tohmahan terhadap Dato’ Syeikh Fuad? Yang kemudiannya menjadi hujah Dr Yusri bagi menilai kegelinciran Dato’ Syeikh Fuad? Sememangnya pembunuhan karektor atas dasar hasad dengki dan dendam adalah modal bagi mereka yang ketandusan hujah.

Dr Yusri menulis: “2. Pembaziran, a. Ubahsuai yang mahal terhadap premis sewaan, b. Ubahsuai yang kerap dan ad-hoc terhadap premis-premis, c. Program sambutan Rektor Al-Azhar, rombongan kerja ke Mesir dan Dubai serta Program Pelancaran universiti yang berlebih-lebihan dan terlampau mewah..”

Jawapan Yayasan: Suka kami nyatakan bahawa semua di atas mengikut keadaan dan kesesuaian. Tidak ada dalam dunia hari ini mengubahsuai ruang pejabat bertingkat yang besar dapat dilakukan

Page 23: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

23

dengan kos ratusan ringgit. Sudah pastilah ia melibatkan kos puluhan ribu ke atas. Sudah menjadi kebiasaan dan adat Yayasan mempersembahkan institusi agamanya dengan persembahan yang terbaik, kemas dan teliti. Kerana ia melambangkan keindahan dan kecantikan Islam itu sendiri. Kedudukan Rektor atau Presiden al Azhar adalah setaraf dengan kedudukan seorang menteri. Maka sambutan ketibaannya haruslah bersesuaian dengan pangkat dan jawatannya itu. Apatah lagi beliau adalah seorang ulama’ Islam yang menguruskan Universiti Islam yang terulung di dunia. Sebagai Penasihat Yayasan, apakah salah Dato’ Syeikh Fuad menyarankan agar segala yang berkaitan dengan sambutan, keperluan dan penginapan Rektor al Azhar dibuat sebaik mungkin bagi menghormati kedudukan Rektor dan Universiti al Azhar? Manakala lawatan kerja ke Mesir dan Dubai mengiringi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz selaku Canselor Universiti. Apakah Dr Yusri tidak tahu menghormati dan mengenali kedudukan seorang Raja dan Canselor Universiti tempat beliau bekerja? Yayasan menjunjung kasih dan rela berkorban lebih dari itu bagi mempertahankan kedaulatan DYMM sebagai payung dan ketua Agama Islam negeri. Malangnya Dr Yusri juga turut menyertai lawatan kerja itu dan menikmati kemudahan yang selayaknya sebagai seorang NC. Mengapa Dr Yusri tidak menegur pembaziran yang berlaku ketika itu? Mengapa hanya setelah dilucutkan keahlian akibat masalah disiplin juga merasakan peluang untuk memiliki gaji dan elaun bulanan lumayan semakin tipis, barulah Dr Yusri terpekik terlolong berjuang membanteras pembaziran?

Dr Yusri menulis: “3. Salah guna Dana dan Aset. a.Mengumpul dana untuk projek Tahfiz bersama dengan Masjid Taman TAR yang akhirnya digunakan untuk premis sendiri (Darul Maliki).”

Jawapan Yayasan: Yayasan menjelaskan bahawa Dato’ Syeikh Fuad tidak terlibat sebagai AJKT projek Tahfiz Masjid Taman TAR. Projek Tahfiz bersama dengan Masjid Taman TAR dirancang pada era Dr Yusri menjawat jawatan YDP Yayasan dan beliau sendiri dilantik menjadi Pengerusi AJKT yang menjayakan projek tahfiz ini. Segala macam urusan, pembatalan, pengalihan dana dan aset adalah dengan persetujuan Dr Yusri sebagai Pengerusi Projek. Jika ada dana dan aset yang dialihkan kepada kepada pusat Tahfiz Darul Maliki, ia adalah berdasarkan persetujuan dan kebenaran daripada Pengerusi Projek Tahfiz Darul Maliki iaitu Dr Yusri sendiri dan beliau harus bertanggungjawab mengenai semua itu. Akan tetapi, orang yang hasad dengki sememangnya memiliki hobi suka meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Yayasan juga suka memaklumkan bahawa Dato’ Syeikh Fuad sendiri telah melancarkan sumbangan permulaan bagi projek tahfiz ini dengan wang peribadinya sebanyak RM100,000. Kami ingin menegaskan juga bahawa Darul Maliki bukanlah premis sendiri milik Dato’ Syeikh

Page 24: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

24

Fuad seperti yang didakwa oleh Dr Yusri. Sekiranya inginkan kepastian, Dr Yusri dan para pembaca boleh menyemak sendiri status pemilik tanah Darul Maliki itu dan akan mendapati ia kekal milik pemiliknya yang asal. Meskipun ia bukan premis milik peribadinya, akan tetapi Dato’ Syeikh Fuad tetap membangunkan dengan penuh kesungguhan dan keazaman sebagai mercu tanda Ahli Sunnah berterusan sebagai bangunan pengajian dan penginapan penuntut-penuntut Darul Quran Wal Hadith yang mencecah bilangan ratusan orang. Justeru, dakwaan Dr Yusri bahawa Darul Maliki adalah milik peribadi Dato’ Syeikh Fuad adalah satu bentuk fitnah nyata dan pendustaan.

Dr Yusri menulis: “b. Pembelian secara tunai 3 unit rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM350 ribu setiap satu. Didaftarkan atas nama 2 isteri dan ibu SF. Projek Tabung Haji Properties berdekatan dengan Lebuhraya Lekas.”

Jawapan Yayasan: Ini adalah satu contoh penipuan yang keji dan fitnah yang hina yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Dr Yusri terhadap Dato’ Syeikh Fuad. Pada hakikatnya, tiada

pembelian tiga unit rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM350 ribu setiap satu yang kemudiannya didaftarkan atas nama dua isteri dan ibu Dato’ Syeikh Fuad. Tiada juga projek Tabung Haji Properties seperti yang didakwa atau apa-apa pembelian yang didaftarkan atas nama dua isteri dan ibu Dato’ Syeikh Fuad. Yayasan ingin bertanya kepada Dr Yusri, adakah ini contoh-contoh dakwaan kegelinciran Dato’ Syeikh Fuad yang menghalalkan Dr Yusri mentohmah dan melabelkan beliau sebagai ulama suu’? Perbuatan hina Dr Yusri yang tidak mencerminkan akhlak dan ijazah kedoktorannya ini mengingatkan kita kepada hadith Nabi yang berbunyi:

حل ر نر حل ر هلل لر هلل فر حل حل رلحل ر ر

إهلل

“Apabila anda tiada rasa malu, maka lakukanlah apa yang anda ingin lakukan.”

Dr Yusri menulis: “c. Sumbangan RM100k sebulan daripada Dato’ Yahya sejak hujung 2010 atas dasar menampung overhead dimasukkan ke akaun peribadi dan digunakan tanpa dasar yang telus.”

Jawapan Yayasan: Sumbangan RM100 ribu sebulan dilakukan atas dasar kepercayaan Dato’ Yahya kepada Dato’ Syeikh Fuad. Sekiranya beliau ingin memasukkannya ke dalam akaun Yayasan atau Universiti, maka beliau akan memasukkannya sendiri. Perkara ini dilakukan atas dasar saling percaya mempercayai dan Dr Yusri tidak berhak mempertikaikannya. Kita sendiri tidak

Page 25: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

25

mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh Dr Yusri dengan dakwaannya ‘digunakan tanpa dasar yang telus’. Jika Dr Yusri mendakwa tiada ketelusan dalam hal ini, Dr Yusri diminta untuk mengemukakan bukti ketirisan dan penyelewengan, bukan hanya sekadar tulisan dan dakwaan kosong. Sekali lagi kami tegaskan bahawa prinsip Islam dalam sebarang pendakwaan dibina dengan hadith:

إهلل ص ي ر لحلمد ص هللذر ر حل ر حلكر ر احل ر ر ر اهلل ر ر حل

ر احل رمهلل

“Sesungguhnya bagi orang yang melakukan dakwaan itu, hendaklah dia mengemukakan bukti, dan sumpah bagi orang yang mengingkari dakwaan itu.” Apakah maruah diri, sifat amanah seorang Mukmin seperti Dato’ Syeikh Fuad suatu barang mainan yang boleh dimainkan sesuka hati? Kalau Dato’ Syeikh Fuad tidak telus dan jujur menguruskan sesuatu dana dan aset yang diamanahkan, nescaya tidak akan terbina Yayasan Sofa dan kompleksnya, STIAS, DAQWAH, KIS dan lain-lain institusi yang berada di bawah naungannya.

Dr Yusri menulis: “e. Kebanyakan aset yang diwaqafkan atau dibeli atas nama Yayasan dan dakwah didaftarkan atas nama Syeikh atau orang kepercayaan.”

Jawapan Yayasan: Dr Yusri mendakwa bahawa beliau dan rakan-rakan ‘sudah bertahun-tahun di dalam Yayasan’ dan sudah ‘banyak berkorban’. Akan tetapi tempoh bertahun-tahun yang didakwanya itu tidak menjadikan beliau lebih mendalami sejarah awal dan asal-usul Yayasan. Oleh yang demikian, bicaranya menggelincirkan beliau dari fakta sejarah. Sebelum Yayasan ditubuhkan sendiri oleh Dato’ Syeikh Fuad, segala sumbangan dana disalurkan sebagai amanah atas nama Dato’ Syeikh Fuad kerana tiada yayasan yang bertindak sebagai badan menjaga amanah tersebut. Bahkan sekeping tanah 5 ekar yang dibina di atasnya Madrasah Hasaniah, Bangunan Pusat Penyelidikan (Bistro) dan kompleks STIAS sekarang ini adalah hadiah peribadi Hj Lasim bin Azis kepada Dato’ Syeikh Fuad. Selepas Yayasan ditubuhkan, tanah yang pada asalnya dihadiahkan kepada Dato’ Syeikh Fuad itu telah ditukar dan didaftarkan atas nama Yayasan dengan persetujuan Dato’ Syeikh Fuad sendiri yang ingin melihat kejayaan yayasan sebagai kejayaan dirinya. Maka dari sudut apa, bukti dan fakta mana Dr Yusri mengambil maklumat bahawa aset dan waqaf atas nama Yayasan ditukar milik atas nama Dato’ Syeikh Fuad atau orang kepercayaannya? Maka selepas penerangan mengenai fakta ini, tidak perlu lagi kita kepada penerangan yang lain.

Page 26: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

26

Dr Yusri menulis: “f. Menggunakan dana yang sepatutnya khusus untuk Pelancaran Universiti untuk mengubahsuai secara mewah dan melampau rumah Darul Maliki. Antara sebab utama defisit dalam perbelanjaan Pelancaran Universiti.”

Jawapan Yayasan: Pada hakikatnya, umum telah mengetahui bahawa peruntukan untuk Universiti sendiri tidak mencukupi. Maka bagaimana Dr Yusri boleh mendakwa bahawa dana itu untuk mengubah suai secara mewah dan melampau rumah Darul Maliki. Tuduhan ini seumpama menuduh seorang fakir miskin yang tidak memiliki wang sedikitpun yang cuba membina sebuah istana indah. Ia adalah tuduhan yang tidak masuk akal. Yayasan mengajak sidang pembaca kembali kepada permasalahan kelalaian dan kelemahan Dr Yusri dan rakan-rakannya dalam menunaikan tanggungjawab membentangkan budget yang lengkap. Dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan, mereka hanya membentang budget bagi Majlis Pemasyhuran Universiti dan membiarkan budget Pengubahsuaian Bangunan Universiti terperap di dalam fail, yang akhirnya menyebabkan defisit melanda. Kelemahan dan kelalaian mereka ini menyebabkan Dato’ Syeikh Fuad terpaksa berikhtiar mengumpul dari sumbangan ahli-ahli Yayasan atas dasar muafakat bagi menampung defisit tersebut. Dari usaha dan pengorbanan itu pun semua sukarelawan, ahli-ahli Yayasan termasuk Dato’ Syeikh Fuad tidak meminta dibayar satu sen pun. Berbanding Dr Yusri yang sepatutnya dipertanggungjawabkan mengurus tadbir semua urusan dan meminta dibayar RM35,000 sebulan bagi gaji dan elaunnya.

Dr. Yusri menulis:

“c. Janji untuk bantuan RM5000 sebulan kepada Habib Muhammad Al-Attas, murid Abuya Sayyid Muhammad Al-Maliki untuk menampung belanja madrasahnya di Kuching, Sarawak. Janji dibuat ketika ke Kuching untuk program Kuching Berselawat, akhir 2010. Bayaran hanya selama tiga bulan kemudian tidak disambung lagi.”

Jawapan Yayasan: Alhamdulillah, dalam kes ini Dr Yusri masih mengakui ada bayaran yang telah dilakukan oleh pihak Dato’ Syeikh Fuad atau Yayasan selama 3 bulan. Kisah ini semuanya berlaku dalam tempoh Dr Yusri menjawat jawatan YDP Yayasan dan dalam pertemuan dengan Habib Muhammad al Attas itu, beliau turut hadir. Maka segala urusan pembayaran, penangguhan dan tidak menyambung balik pembayaran tersebut terletak di bawah kuasa, budi bicara dan arahan YDP Yayasan iaitu Dr Yusri sendiri. Sebagai YDP juga Dr Yusri kena sedia maklum dan menyemak perkembangan urusan pembayaran ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sementara Dato’ Syeikh Fuad hanyalah sebagai Penasihat Yayasan yang tidak mempunyai

Page 27: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

27

kuasa menghenti dan meneruskan pembayaran. Akan tetapi seperti yang kami pernah nyatakan, sikap santai dan bersahaja Dr Yusri sebagai YDP memberi impak negatif Yayasan. Mengapa perlu menutup kelemahan urus tadbir sendiri dengan menuding jari kepada orang lain? Sebagai YDP Yayasan yang mempunyai kuasa, kenapa Dr Yusri tidak mengeluarkan arahan kepada Pengurus Besar Yayasan agar disegerakan pembayaran kepada pihak madrasah Habib Muhammad al Attas?

Dr. Yusri menulis:

“d. Membuat keuntungan dalaman dengan cara mark-up dan out-source melalui syarikat milik peribadi Sofa Productions Sdn Bhd.”

Jawapan Yayasan: Perlu didedahkan di sini bahawa syarikat Sofa Production Sdn Bhd adalah pembantu dan pendukung utama kepada Yayasan dan institusi-institusi pendidikan di bawah naungannya sama ada dalam bentuk pemberian bantuan atau pinjaman. Jika sesuatu syarikat mengaut keuntungan dalaman dengan cara mark-up, maka ia adalah strategi mana-mana syarikat yang ingat menghasilkan keuntungan bagi syarikatnya. Ia tidak melanggar undang-undang kerana tiada unsur paksaan dan memaksakan setiap orang berurusniaga dengannya. Cuma Yayasan menggalakkan institusi di bawah naungannya berurusan dengan Sofa Production Sdn Bhd atas dasar tolong menolong dan saling membantu yang digalakkan di dalam Islam serta mengelakkan pengaliran wang keluar secara deras. Dalam banyak keadaan KIS, DAQWAH dan STIAS tidak berurusan dengan Sofa Production dalam mencetak keperluan mereka, bahkan terus berurusan dengan syarikat percetakan tanpa melalui Sofa Production. Ia tidak menjadi bahan pertikaian dan perbalahan antara kami kerana kadangkala kesuntukan waktu menghalang mereka berurusan dengan Sofa Production atau pihak Sofa Production sibuk menguruskan urusan perniagaannya yang lain. Kenapa sepanjang 15 tahun pihak Dato’ Syeikh Fuad dan Sofa Production menginfaqkan buku-buku kepada ribuan penuntut ilmu, menghadiahkan bahan-bahan cetakannya kepada ulama dan para tetamu Yayasan, membantu cetak dan menerbitkan pelbagai bahan dengan percuma tidak disebut oleh Dr Yusri? Memang sudah menjadi strategi pembunuh karektor menyebut kekurangan, memfitnah dan mengadu domba. Adapun sumbangan melangit dan menggunung kepada Islam, dipandang sepi atau cuba dilenyapkan. Menilai sikap Dr Yusri ini, mengingatkan kita kepada perkataan Sayyiduna Abdullah ibn al Mubarak yang berbunyi:

نر د ر هلل حل ر حل د حل ر ار د ر ر

لر هلل ظرلرمحل ر رخر كر إهلل ر ر حل د د ر

“Engkau telah menzalimi saudara engkau jika engkau hanya menyebut keburukannya dan tidak langsung menyebut kebaikan-kebaikan yang dilakukannya.”

Page 28: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

28

Dr Yusri menulis: “e. Menyewa Bentley untuk mengelabui mata Rektor Al-Azhar.”

Jawapan Yayasan: YAYASAN menyatakan bahawa sewaan kereta Bentley adalah arahan dari Pengarah Urusan Gerbang As-Sofa bagi membawa Pengerusi Majlis Universiti dalam urusannya dengan Rektor al Azhar. Ini bukan permintaan dan kehendak Dato’ Syeikh Fuad sendiri. Maka jelas di sini tujuan dan niat asal Dr Yusri menimbulkannya hanya kerana ingin memburuk-burukkan Dato’ Syeikh Fuad. Ini adalah suatu perbuatan hina dan keji yang menggambarkan betapa busuknya hati Dr Yusri terhadap seorang ulama’ Islam.

Dr Yusri menulis: f. Rumah Darul Maliki dan rumah-rumah lain yang dibeli di Taman TAR asalnya atas alasan untuk pengajian dan tahfiz DAQWAH akhirnya digunakan sebagai rumah dan disebut sebagai ‘rumah ana’.

Jawapan Yayasan: Kalam Dato’ Syeikh Fuad ini berbentuk majaz (kiasan). Kami tidak pasti jika dibentangkan permasalahan majaz, adakah Dr Yusri mampu memahaminya atau tidak. Semua institusi yang diasaskan, maka pengasasnya itulah digelar tuan rumah. Menyandarkan semua institusi itu kepada nama Dato’ Syeikh Fuad adalah sandaran majaz semata-mata. Contohnya jika keluar negara, kita ditanya tentang Malaysia, maka kita akan menjawab ‘negara saya’. Bukan kita memaksudkan bahawa kita adalah pemilik mutlak bumi, tanah, negeri dan hasil-hasil bumi Malaysia, akan tetapi sebagai penyandaran semata-mata. Kami tidak pasti adakah Dr Yusri mempelajari asas ilmu Balaghah atau Majaz semasa belajar di sekolahnya dahulu. Namun, sekecil-kecil penuntut ilmu Balaghah memahami kaedah berbicara seperti ini.

Dr Yusri menulis: “g. Memburuk-burukkan pengurusan Universiti As-Sofa tanpa asas berkemungkinan demi untuk mendominasi pelbagai aspek projek universiti terutamanya kewangan. Taktik yang sama pernah digunakan dalam institusi Yayasan yang lain seperti DAQWAH. Kelemahan pengurusan sedia ada direka-reka atau diperbesar-besarkan sebagai alasan untuk melakukan pertukaran pengurusan.”

Jawapan Yayasan: Dato’ Syeikh Fuad menggagaskan, mengasaskan dan mengusahakan penubuhan Universiti. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa dan pemegang syernya dalam syarikat

Page 29: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

29

Gerbang As-Sofa Sdn Bhd. Beliaulah adalah di antara mereka yang telah bersusah payah untuk menegakkannya. Beliau juga melantik Dr Yusri sebagai NC atas kepercayaan beliau kepadanya. Adalah tidak masuk akal apabila Dato’ Syeikh Fuad pula yang cuba memburuk-burukkan pengurusan Universiti kerana ini menunjukkan beliau seolah-olah mahu meruntuhkan institusi yang dibinanya sendiri. Kritikan, teguran dan nasihat seorang MAJIKAN kepada PEKERJA adalah untuk kebaikan institusi, syarikat atau masa depan pekerja itu sendiri. Seperti yang telah kami sebut sebelum ini, hubungan antara Dato’ Syeikh Fuad dan Dr Yusri serta rakan-rakan pengurusannya adalah hubungan di antara MAJIKAN dengan PEKERJA seramai 4 orang yang dibayar gaji sejumlah lebih kurang RM100,000 sebulan. Ia melibatkan kos besar yang perlu ditanggung oleh Syarikat Gerbang As-Sofa milik Dato’ Syeikh Fuad. Sedangkan mutu kerja, kelemahan urus tadbir, sikap santai dan sambil lewa Dr Yusri berlaku dari semasa ke semasa. Mana mungkin Dato’ Syeikh Fuad mahu mendominasi urusan kewangan Universiti kerana ia adalah seperti membakar dan meruntuhkan universiti yang diasaskannya sendiri. Mustahil Dato’ Syeikh Fuad mereka-reka atau memperbesar-besarkan kelemahan pengurusan Dr Yusri dan rakan-rakan kalau bukan itulah sebenarnya yang disifatkan sebagai kegagalan membentang budget yang sempurna, kecuaian, kelewatan menyiapkan tugas sebagaimana yang dijadualkan.

Dr Yusri menulis: “a. Merendahkan dan memperlekehkan tokoh-tokoh dan organisasi Ahlus Sunnah yang lain.”

Jawapan Yayasan: Pertuduhan ini amat kontra dengan realiti sebenar dalam sejarah hidup Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan. Dato’ Syeikh Fuad adalah insan yang mempelopori usaha-usaha menjemput, memperkenalkan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah di mata Malaysia. Bahkan beliau adalah insan yang kuat mengangkat dan menjulang maruah ulama ASWJ ke peringkat yang tertinggi di Malaysia. Dengan saranan dan usaha beliau itu, Yayasan telah menjemput ratusan ulama’ ASWJ sebagai tetamu dalam majlis-majlis dan seminar yang dianjurkannya di mana ramai di kalangan ulama’ dunia Islam hadir ke Malaysia buat pertama kali atas jemputan Dato’ Syeikh Fuad. Di antaranya Prof. Dr Faruq Hamadah, al Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim al Kattani, Dr. Sayyid Abdul Mun’im al Ghumari, Prof Dr Saad Jawish, al Muhaddith Dr Mahmud Said Mamduh, Sayyid Idris ibn Mustafa al Hasani dan ramai lagi. Demikian juga Dato’ Syeikh Fuad mempersembahkan khidmat bakti dengan membantu mencetak kitab-kitab tulisan mereka, membiayai pembinaan madrasah-madrasah mereka di luar negara dan mengorbankan masa, harta dan tenaga bagi memartabatkan kedudukan mereka selaku ulama Ahli Sunnah di mata dunia.

Page 30: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

30

Dato’ Syeikh Fuad tidak pernah merendahkan dan memperlekehkan mana-mana tokoh atau organisasi Ahli Sunnah seperti dakwaan Dr Yusri. Jikalau ada, jelaslah di sini bahawa ia adalah fitnah dan pendustaan yang dicetuskan oleh Dr Yusri sendiri.

Dr Yusri menulis: “b. Sering mendakwa dan mengisytiharkan secara terbuka dan tertutup pelbagai kehebatan diri dari segi ruhani, ilmu, keturunan, kebolehan, pengaruh, kekayaan dan seumpamanya.”

Jawapan Yayasan: Sepanjang 15 tahun bersama Dato’ Syeikh Fuad, kami mendengar sebutan mengenai perkara itu. Ia termasuk di dalam bab menceritakan nikmat Allah dan bersyukur atasnya, bukan dengan niat berbangga-bangga. Perkara tersebut juga tidak diisytiharkan di hadapan pentas umum, melainkan dalam majlis yang diatur untuk kehadiran murid-murid dan ahli pengajiannya yang khusus. Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti pernah mengisytiharkan bahawa beliau dikurniakan limpahan ilmu dan keluasannya dalam segenap bidang ilmu. Al Imam Abdul Wahhab al Sya’rani pernah menulis satu jilid tebal kitab bertajuk al Minan al Kubra yang menceritakan segala kelebihan dan nikmat Allah kepadanya dari keturunan, nasab dan ilmunya. Al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari pernah menulis sendiri biografi mengenai dirinya yang bertajuk Sabil al Taufiq fi Tarjamah Abdillah ibn al Siddiq dan mengisytiharkan segala-galanya di dalam kitab tersebut mengenai segala aspek yang berkaitan dengan dirinya dari nasab keturunan, taraf pengetahuan, keilmuan dan kelebihannya yang lain. Menceritakannya tidaklah salah. Akan tetapi yang salah ialah menggandingkan penceritaan itu dengan rasa ujub, takbur dan riak.

Dr Yusri menulis: “6. Mengutamakan kebajikan diri, mengabaikan kebajikan penyokong dan ahli. Para penyokong dan pendokong kuat termasuklah Hj Rahim, Kak Shidah, Ustaz Salahuddin, Abang Jalil Kitab dibiarkan hidup ala-kadar sedang SF dan keluarga hidup mewah. Sebahagian daripada mereka ini diketahui secara pasti menghadapi masalah kewangan kronik seperti sewa rumah dan hutang kereta yang lama tertunggak tetapi tidak dibantu dengan serius oleh SF yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 100k sebulan.”

Jawapan Yayasan: Yayasan telah bertemu dengan penama-penama yang dinamakan oleh Dr Yusri di atas dan mereka kesemuanya melahirkan rasa tersinggung dan marah dengan kenyataan Dr Yusri yang mengaib dan menjatuhkan maruah mereka di khalayak umum. Perlu disebut di sini bahawa mereka yang dinamakan oleh Dr Yusri di atas adalah staf yang digajikan oleh Yayasan. Maka kebajikan mereka terletak di bawah tanggungjawab, kuasa dan budi bicara Dr Yusri selaku YDP Yayasan ketika itu. Jika Dr Yusri mendakwa mereka hidup tertekan, ala kadar dan seumpama dengannya, maka itu adalah kesalahan Dr Yusri sendiri kerana mereka

Page 31: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

31

berada di bawah tanggungjawab Dr Yusri sebagai YDP Yayasan. Maka mengapa perlu meletakkan beban dan kesalahan ini ke bahu Dato’ Syeikh Fuad? Dr Yusri sendiri tidak mengetahui sejarah bagaimana sesetengah ahli-ahli Yayasan yang terlibat dalam kemalangan parah dan bala bencana, hutang piutang. Segala macam kebajikan mereka diurus oleh Dato’ Syeikh Fuad sendiri dan segala macam keperluan hidup dan yuran persekolahan anak-anak mereka ditanggung oleh Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan sehingga kini. Jikalau kami hendak menyenaraikan di sini amal kebajikan, sumbangan dan infaq yang dihulurkan sebagai tanda keprihatinan Dato’ Syeikh Fuad kepada Islam dan kaum muslimin, sudah tentu ia memerlukan helaian yang banyak. Allah jualah sebaik-baik saksi atas semua itu.

Dr Yusri menulis: “c. Tidak menggalakkan bahkan melarang ikhwan menghadiri atau bertemu para ulama lain. “d. Menggalakkan situasi mengagungkan dan memuja SF melalui majlis-majlis hari jadi, hantaran dan sambutan ketika musafir, gambar foto, gelaran panggilan dan sebagainya.”

Jawapan Yayasan: Perlu diketahui bahaa larangan Dato’ Syeikh Fuad ini ditujukan kepada ulama’ yang berfahaman menyeleweng atau ahli bid’ah. Sekiranya ulama’ itu dari kalangan ASWJ, Dato’ Syeikh Fuad tidak pernah melarangnya. Semenjak 15 tahun lalu Dato’ Syeikh Fuad telah mengatur pertemuan dan menjemput ratusan ulama’ dunia Islam ke majlis-majlis anjuran Yayasan untuk santapan ilmu ahli dan para muridnya. Ini bukan satu usaha mewujudkan suasana taksub yang melampau seperti mana dakwaan liar Dr Yusri dan konco-konconya. Dr Yusri sendiri telah dibawa oleh Dato’ Syeikh Fuad untuk bertemu ratusan ulama’ ASWJ dari seluruh pelusuk dunia Islam. Bahkan Dr Yusri turut mendapat manfaat ilmu dan ijazah daripada pertemuan itu. Adakah Dr Yusri mampu menafikan sejarah dan fakta itu sedangkan sejarah tidak akan menipu? Seeloknya Dr Yusri meninggalkan dakwaan kosong dan tak bermakna seperti ini, sebagai beramal dengan satu hadith yang bermaksud: “Di antara baiknya keislaman seseorang, dia meninggalkan apa-apa yang tidak bermakna buat dirinya.” Yayasan juga mengingatkan pembaca agar memerhatikan perkataan Dr Yusri iaitu “mengagungkan dan memuja” di mana beliau cuba mengaburi mata pembaca bahawa terdapat unsur pelampauan dan pemujaan terhadap Dato’ Syeikh Fuad secara berlebihan yang menatijahkan ketaksuban yang tercela. Kami menyatakan di sini bahawa Dato’ Syeikh Fuad tidak meminta murid-murid mengagungkan dan memuliakannya. Beliau tidak pernah menganjurkan majlis hari jadi bahkan majlis hari jadi itu adalah anjuran dan inisiatif murid-muridnya dan pihak Yayasan sendiri. Seingat kami Dr Yusri ketika menjadi YDP Yayasan juga pernah memuji Dato’ Syeikh Fuad dengan rangkap-rangkap sajak yang Dr Yusri tulis sendiri dalam keadaan tiada sesiapa yang memaksa Dr Yusri memuji beliau. Ia datang dari keinginan Dr Yusri sendiri yang merasakan

Page 32: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

32

bahawa memuji insan yang mempunyai kelebihan dan kedudukan lebih-lebih lagi dari sudut agama adalah diharuskan sebagaimana para sahabat menitipkan bait-bait syair memuji Rasulullah . Rasulullah tidak memarahi mereka bahkan membalas mereka dengan

hadiah dan mendoakan mereka. Demikian juga hantaran dan sambutan ketika musafir, tidak pernah ada unsur paksaan untuk menghantar dan menyambut beliau ketika musafir. Bahkan ia datang dari keinginan murid-murid mereka sendiri sebagai tanda menghormati dan meraikan pemergian dan kepulangan gurunya. Manakala gelaran dan sebagainya, tidak pernah didengari semenjak 15 tahun yang lalu Dato’ Syeikh Fuad memaksa orang lain memanggilnya dengan gelaran ‘Syeikh’. Hanyalah apabila masyhur para ulama memanggil beliau dengan ‘Syeikh’ dan ulama-ulama tersebut menulis ijazah kepadanya dengan nama ‘Syeikh Muhammad Fuad’, maka ia digunakan oleh ahli-ahli Yayasan sebagai panggilan. Buktinya hari ini masih kekal di kalangan muridnya yang memanggil beliau dengan gelaran Ustaz atau Tuan. Manakala anak-anak muridnya di STIAS dan DAQWAH memanggil mereka dengan panggilan Walid yang bermaksud bapa.

Dr Yusri menulis: “e. Selalu menegaskan dan menuntut ketaatan dan khidmat yang mengatasi ketaatan dan khidmat kepada ibu bapa dan keluarga sendiri.”

Jawapan Yayasan: Sepanjang pengalaman kami yang belajar dengan beliau, Dato’ Syeikh Fuad memerintahkan kami melakukan kebaikan kepada ibubapa dan dalam sesetengah keadaan beliau mendesak sesetengah kami pulang ke kampung menziarahi dan menjenguk kedua ibubapa masing-masing apabila mendapati kami sudah lama tidak pulang ke kampung. Bahkan, Dato’ Syeikh Fuad pernah menulis dan menerbitkan sendiri sebuah buku bertajuk Doa Untuk Ibubapa dan Anak-anak dan memerintahkan murid-muridnya agar mengamalkan doa tersebut dengan penuh konsisten. Mungkin dalam sesetengah keadaan beliau tidak melepaskan muridnya pulang bercuti ke kampung kerana pada waktu itu ada satu program besar yang memaksa tenaga mereka diperlukan lalu cuti mereka dibekukan. Dalam situasi lain, sesetengah pekerja memiliki waktu terluang untuk pulang ke kampung menjenguk ibubapa masing-masing akan tetapi tidak digunakan peluang itu. Sesetengah mereka mahu pulang ke kampung pada saat kesibukan yang teramat sangat seperti Majlis Pemasyhuran Universiti, maka cuti pekerja dibekukan serta merta. Lalu diambil kesempatan ini oleh orang yang hasad dengki bagi memanipulasi keadaan untuk mendakwa Dato’ Syeikh Fuad tidak mengizinkan seseorang balik ke kampung menziarahi, berbuat baik kepada ibubapa dan menuntut ketaatan mutlak kepadanya lebih dari ibubapa.

Page 33: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

33

Dr Yusri menulis: “d. Keputusan mengadakan dan kemudian membatalkan cawangan Tahfiz DAQWAH Seremban.”

Jawapan Yayasan: Setiap projek memerlukan perancangan. Projek Tahfiz DAQWAH Seremban masih di peringkat cadangan dan perancangan awal. Pihak Yayasan berhak meneruskan atau membatalkan rancangannya bergantung kepada situasi-situasi tertentu seperti kewujudan beberapa halangan atau kekangan kewangan, keselamatan premis baru yang tidak terjamin dan apa-apa sahaja alasan yang dirasakan perlu bagi Yayasan menangguhkan sesuatu projeknya. Telah dimaklumkan kepada kami di antara sebab projek itu dibatalkan adalah kerana kos pengubahsuaian premis yang sangat mahal.

Dr Yusri menulis: “e. Mencadangkan idea 2 universiti supaya mendorong dibeli sebidang tanah lain selain daripada tanah kurniaan kerajaan negeri di Ulu Bendul. Sebidang tanah telah dikenal pasti untuk dibeli di Port Dickson berharga sekitar RM 16 juta.”

Jawapan Yayasan: Pihak Dato’ Syeikh Fuad hanya merancang dan bersedia bagi segala kemungkinan yang melanda. Memang pada awalnya hanya sebuah universiti ditubuhkan iaitu Universiti As Sofa. Manakala Kuliah al Azhar akan dimasukkan di dalam salah satu fakultinya. Akan tetapi kemungkinan terjadi bahawa Universiti al Azhar tidak mahu meletakkan kuliahnya itu di bawah sebuah fakulti dan inginkan sebuah universiti lain yang khusus untuknya, maka 2 lesen berasingan perlu dipohon oleh pihak Gerbang As-Sofa yang pastinya menjurus kepada 2 universiti dan lokasi yang berasingan. Sebagai seorang NC yang meminta dibayar gaji dan elaun melebihi RM35,000 sebulan, sepatutnya Dr Yusri maklum mengenai perkara ini. Akan tetapi sifat pada dirinya membuatkan beliau tidak mengetahui banyak butiran perkara dan urusan yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Dr Yusri menulis: “f. Ustaz-ustaz lulusan Darul Mustafa diberi kata dua dan sebahagiannya diberhentikan dengan notis pendek apabila meminta penjelasan tentang kenyataan berunsur penghinaan terhadap Habib Umar dalam kuliah SF.”

Jawapan Yayasan: Dato’ Syeikh Fuad sentiasa menyanjung dan memuliakan kedudukan Habib Umar. Secara peribadinya beliau menyatakan bahawa Habib Umar adalah tokoh idolanya terutama dari sudut kehebatan pidato dan gaya ceramah. Syeikh Fuad mengiktiraf Habib Umar sebagai guru ijazahnya dan Habib Umar sendiri pernah berbesar hati memberikan tajuk bagi salah

Page 34: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

34

satu buku tulisan Dato’ Syeikh Fuad bertajuk Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam. Maka bagaimana pula Dato’ Syeikh Fuad boleh dengan sengaja menghina Habib Umar dalam keadaan penghormatan yang sehebat ini. Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan amat memandang tinggi kedudukan Darul Mustafa dan Pengasasnya Habib Umar Ben Hafiz. Walaupun Darul Mustafa adalah pusat pengajian tradisional di Tarim Yaman dan sijilnya masih belum mendapat pengiktirafan JPA dan Kerajaan Malaysia, akan tetapi Dato’ Syeikh Fuad meletakkan kedudukan institusi dan penuntut lepasan Darul Mustafa tinggi di mata masyarakat. Sehinggakan penuntut lepasan Darul Mustafa yang bekerja sebagai guru di bawah institusi Yayasan dibayar gaji seumpama gaji penjawat awam, berserta elaun dan bonusnya. Ada juga dari kalangan mereka tidak lulus dan diberhentikan dari Darul Mustafa disebab kegagalan dalam peperiksaan, turut mendapat pandangan hormat dari Dato’ Syeikh Fuad dengan dilantik menjawat jawatan utama dalam pentadbiran institusi. Demikianlah bagaimana kedudukan mereka dimartabatkan oleh Yayasan dan Dato’ Syeikh Fuad. Namun ramai manusia kurang menghargai nikmat dan tidak mahu bersyukur atas penghormatan orang lain. Oleh kerana ingin mempertahankan sentimen dan keegoan masing-masing, mereka mengenepikan sikap profesional dalam bekerja dan tanggungjawab terhadap majikan dengan mempertikaikan dasar-dasar institusi Yayasan, menghasut pelajar-pelajar DAQWAH bagi menerbitkan rasa sangsi dan benci kepada Dato’ Syeikh Fuad dan staf-staf Yayasan. Bukti-bukti tersebut telah dicatat dengan kemas dan teliti di mana para pelajar mencatatkan tiap-tiap bentuk hasutan mereka dan menyerahkan kepada Yayasan untuk tindakan lanjut. Atas sebab melanggar disiplin, menghina dan mengaibkan institusi serta mempertikaikan dasar-dasar Yayasan, mereka mengalami apa yang dialami oleh mana-mana pekerja di dunia iaitu mendapat notis pemberhentian. Ia adalah prosedur biasa. Cuma ia digembar-gemburkan oleh Dr Yusri di sini untuk menambahkan lagi kelazatan aroma fitnah dan tohmahannya terhadap Dato’ Syeikh Fuad. Yayasan juga memandang tinggi kedudukan Habib Umar dan Darul Mustafa kami adalah badan NGO yang pertama bekerjasama menerbitkan rencana dokumentari mengenai Darul Mustafa kemudian ditayangkan dalam saluran TV Astro Oasis suatu ketika dahulu dengan memberikan gambaran baik, mempromosi dan juga memperkenalkan Darul Mustafa kepada masyarakat Malaysia.

Dr Yusri menulis:

“Begitu juga para ikhwan sedia maklum bahawa mimpi adalah antara faktor penting yang mengikat dan membentuk ketaatan dan keta`suban pengikut kepada SF.”

Jawapan Yayasan: Yayasan dan murid-murid Dato’ Syeikh Fuad kekal menjadi pengikutnya, membantu dan menyangganya kerana mereka melihat kesungguhan beliau dalam berdakwah, ketinggian

Page 35: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

35

ilmunya, pengorbanannya dalam medan ilmu, jihad ilmiah serta wawasannya yang tinggi. Dato’ Syeikh Fuad juga melengkapkan aspek-aspek ilmu yang kurang dalam diri seorang murid serta memimpin mereka ke jalan iman, amal dan taqwa. Bahkan Dato’ Syeikh Fuad mengiringi murid-muridnya yang telah meninggal dunia sehingga ke kubur mentalqin dan mendoakan mereka. Dari curahan kasih sayang, keprihatinan, keikhlasannya itu, Allah mencampakkan perasaan kasih dan taat ke dalam hati anak-anak muridnya sehingga ke hari ini. Adalah satu bentuk penghinaan dan fitnah yang keji apabila Dr Yusri menyatakan bahawa ahli Yayasan dan murid-murid Dato’ Syeikh Fuad hanya bergantung harap, mengikat diri dan memberikan ketaatan hanya kerana percayakan mimpi. Tuduhan ini pada hakikatnya adalah satu bentuk penghinaan Dr Yusri yang jelas terhadap maruah dan harga diri seluruh ahli, murid dan pengiktu Dato’ Syeikh Fuad.

Dr Yusri menulis: “Sebenarnya, apabila sahaja perjalanan zahir seseorang atau kumpulan keruhanian bercanggah dengan Sunnah maka kita sudah boleh menyimpulkan bahawa apa-apa pengalaman ruhani, ilham, mimpi atau kasyaf yang ada bukannya yang benar. Kesimpulan ini disokong oleh beberapa dapatan kajian ana termasuk testimoni beberapa bekas murid SF yang menghadapi masalah gangguan.”

Jawapan Yayasan: Di sini Dr Yusri menghakimi kebenaran Dato’ Syeikh Fuad sedangkan masyarakat tidak pernah meminta beliau menjadi hakim. Maka beliau melantik dirinya sebagai hakim untuk menghakimi benar atau tidaknya seseorang. Telahpun kami jelaskan sebelum ini dakwaan ‘bercanggah dengan sunnah’ Dr Yusri terhadap Dato’ Syeikh Fuad adalah longgar. Dato’ Syeikh Fuad hanya melakukan perkara-perkara harus di sisi Islam, akan tetapi ditonjolkan seolah-olah melakukan kemaksiatan dosa besar (al Kaba’ir) sehingga layak ditohmah kebenaran dan dicalarkan kredibilitinya. Kemudian Dr Yusri melantik pula dirinya sebagai pengkaji, penyelidik dan penyiasat persendirian dengan mengumpul testimoni beberapa bekas murid Dato’ Syeikh Fuad yang menghadapi masalah gangguan. Pada hemat kami, Ini adalah salah satu bentuk momokan Dr Yusri bagi memburukkan dan merendah-rendahkan kedudukan Dato’ Syeikh Fuad.

Dr Yusri menulis: “Para ikhwan harus faham bahawa adalah suatu fakta ilmiah bahawa memang ada caranya bagi seseorang mempengaruhi seorang yang lain melalui mempengaruhi mimpinya. Dan ini sering terjadi dalam kumpulan-kumpulan bermasalah seperti Al-Arqam dan seumpamanya.”

Jawapan Yayasan:

Page 36: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

36

Maha Suci Allah, terzahir sudah niat dan hasrat utama Dr Yusri dalam koleksi fitnahnya ini iaitu mencipta titik pertemuan dan persamaan Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan dengan kumpulan Al Arqam yang diharamkan suatu ketika dulu. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian badan-badan agama kerajaan untuk melakukan siasatan dan mendakwa Dato’ Syeikh Fuad dan Yayasan.

Dr Yusri menulis:

“Apa pun, ana nasihatkan para ikhwan untuk tidak meremehkan aspek ini dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pendinding dan mendapatkan rawatan jikalau merasakan ada gangguan. Tidaklah salah malah adalah bijak jika kita beringat-ingat dalam hal ini…”

Jawapan Yayasan: Semenjak sekian lama Dato’ Syeikh Fuad telah menterjemah dan menerbitkan banyak amalan pendinding (husun) untuk diamalkan oleh para muridnya sebagai pendinding dari gangguan jin dan syaitan. Di antaranya beliau menerbitkan kitab Duru’ al Wiqayah Bi Ahzab al Himayah (Perisai Pelindung dengan Hizib-hizib Pemelihara) milik al Muhaddith Prof Dr Sayyid Muhammad Alawi al Maliki yang terkandung di dalamnya pelbagai amalam pelindung dari segala kejahatan, gangguan jin dan manusia. Adakah dapat diterima akal jika seseorang yang dituduh dan difitnah memelihara jin oleh Dr Yusri untuk mempengaruhi pengikutnya, dalam masa yang sama menerbitkan amalan pendinding dari jin dan syaitan? Ini adalah kerja sia-sia. Kerana apabila seseorang murid beramal dengan amalan yang disarankan oleh Dato’ Syeikh Fuad dan berjaya mendinding dirinya, maka bagaimana jin dan khadam itu mampu pula mempengaruhinya bagi mempersembahkan ketaatan dan ketaksuban kepada Dato’ Syeikh Fuad? Kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan dari fitnah keji dan hina sebegini.

Dr Yusri menulis: “Mereka yang lama dalam Yayasan akan sedia maklum bahawa orang lain tidak akan berani melakukan sesuatu tanpa arahan atau restu beliau. Masa depan Yayasan dan Universiti tergantung kepada jalan yang beliau pilih.”

Jawapan Yayasan: Dalam setiap keadaan Dato’ Syeikh Fuad menasihatkan agar AJKT Yayasan bermesyuarat bagi mendapatkan kata putus dan sepakat. Beliau sering menasihatkan agar AJKT dan YDP harus berani membuat keputusan dan mencetuskan idea-idea yang baru dan bernas bagi meneruskan kesinambungan Yayasan Sofa, berani mencuba, berani menanggung risiko dan bersedia untuk ditegur apabila melakukan kesalahan. Malangnya sifat-sifat mulia di atas tiada dalam diri Dr Yusri yang menyebabkan beliau tidak maju dan berganjak mengorak langkah ke hadapan dalam tanggungjawab pentadbirannya.

Page 37: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

37

Yayasan dan institusi pendidikan naungannya diasaskan dan ditubuhkan oleh Dato’ Syeikh Fuad. Itu adalah fakta sejarah. Tiada sesiapa yang mampu menafikannya. Walaupun beliau hanya menjadi penasihatnya, pandangan dan saranannya diambil kira berdasarkan kedudukannya sebagai Pengasas Utama (The Founder).

Dr Yusri menulis: “Ana sudah pun cuba menyampaikan pilihan yang lebih aman dan menutup aib dalam pertemuan dan komunikasi langsung dengan beliau iaitu pilihan berupa pakej taubat dan pemulihan bagi diri beliau. Memang itulah satu-satunya pilihan yang ada menurut panduan agama bagi seseorang yang terlanjur ke tahap sebegini. Beliau sudah hilang kelayakan untuk memimpin dan membimbing selagi diri beliau tidak dipulihkan. Ini tidak bererti ana berhasrat menggantikan tempat beliau seperti yang cuba digambarkan.”

Jawapan Yayasan: Pakej taubat hanya ditawarkan oleh paderi-paderi dalam agama Kristian kepada penganutnya yang melakukan dosa. Jika Dr Yusri bertegas juga mengenai kewujudannya dalam Islam, maka Dr Yusri telah mengiktiraf agama Kristian dengan memasukkan unsur-unsurnya kesesatannya ke dalam Islam. Maka fahaman Dr Yusri ini tidaklah jauh bezanya dengan fahaman pluralisme yang ditentang dan disesatkan oleh Dr Yusri. Fakta dan sejarah menyatakan bahawa Dr Yusri secara sukarela dan redha menjadikan Dato’ Syeikh Fuad sebagai guru mursyid dan murabbinya. Ini bermaksud beliau redha dinasihati, ditegur dan dimarahi jika bersalah. Demikian juga hubungan dengan Dato’ Syeikh Fuad sebagai pekerja dan majikan. Akan tetapi sukarela dan redhanya itu tidak disertakan dengan ketahanan menghadapi ujian dalam berguru. Apabila hilang jawatan, kedudukan dan nikmat dunia yang dipohonnya dari Universiti akibat kelemahan dan sikapnya sendiri, tiba-tiba beliau menawarkan pakej taubat dan pemulihan kepada Dato’ Syeikh Fuad. Yayasan menegaskan, selagi Dr Yusri kekal dengan sikap sebegini, beliau akan terus berhadapan dengan masalah yang sama dengan mana-mana institusi atau agensi tempat beliau berkhidmat selepas ini. Pada awalnya Dr Yusri melantik dirinya sebagai peguam atau pendakwaraya, kemudian beliau melantik pula dirinya sebagai hakim yang menghakimi dan menjatuhkan hukuman kepada Dato’ Syeikh Fuad, kemudian beliau melantik pula dirinya sebagai doktor atau kaunselor untuk memulihkan Dato’ Syeikh Fuad. Yayasan menyatakan dengan penuh hemah, jika Dr Yusri ada berhasrat menggantikan tempat beliau, penuhilah diri dengan ilmu, amal dan akhlak yang mulia, kesungguhan dan keikhlasan dalam berdakwah, bukan dengan cara menabur fitnah dan mengadu domba seumpama ini.

Page 38: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

38

Di sini juga, kami paparkan print screen dari email yang dikirim oleh Dr Yusri kepada Dato’ Syeikh Fuad sebagai penilaian tambahan sidang pembaca:

Page 39: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

39

Dr Yusri menulis:

“Malangnya beliau telah menolak pilihan yang walaupun pahit dan perit tetapi amat perlu bagi diri beliau tersebut. Maka kami tiada pilihan melainkan meneruskan kewajiban dan amanah Nahy Mungkar atau Taghyir (mengubah) Mungkar ini. Beliau perlu cuba dihentikan daripada terus menzalimi dan memanipulasi orang lain jika beliau enggan berhenti atas kesedaran sendiri. Kezaliman berterusan terutama aspek manipulasi kewangan para ikhwan perlu dihentikan segera sebelum lebih ramai ikhwan terzalimi.”

Jawapan Yayasan:

Dr Yusri seharusnya bermuhasabah tentang sikap dan prestasi dirinya sendiri. Kembalilah merenung apakah sumbangan dan rekod cemerlang yang anda persembahkan sepanjang dan Yayasan. Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Malahan setelah menjauhkan diri dari Yayasan, Dr Yusri pula tergamak memburuk-burukkan dan memperlekehkan jemaah dan pimpinan Yayasan. Kami tidak pasti pihak atau pertubuhan mana yang akan disertai oleh Dr Yusri yang bakal menerima nasib yang sama selepas ini. Kenyataan Dr Yusri di atas sama seperti kenyataan-kenyataan yang lalu di mana Dr Yusri cuba membuktikan betapa mungkarnya perbuatan dan tindakan Dato’ Syeikh Fuad. Sedangkan kemungkaran dirinya dengan memfitnah orang mukmin tidak disedarinya. Demikianlah keadaannya apabila Dr Yusri apabila berada dipuncak kuasa dan jawatan serta merasakan dirinya telah mendapat sokongan akar umbi ahli Yayasan, maka dikhayalkan kepada dirinya tentang keburukan orang lain dan lalu tergambar kotak fikirannya bahawa fitnah kejinya itu sebagai Nahy Mungkar atau Taghyir Munkar. Tiada daya upaya dan tiada yang dapat membantu melainkan Allah .

Page 40: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

40

Isu Jin dan Khadam Yayasan ingin menarik perhatian pembaca mengenai perkara ini di mana dalam pertemuan Dr Yusri dengan salah seorang murid Dato’ Syeikh Fuad di UIAM, beliau menyatakan bahawa terdapat unsur ‘warisan’ (saka) dalam diri Dato’ Syeikh Fuad iaitu dengan kata lain Dr Yusri menyimpulkan bahawa Dato’ Syeikh Fuad menggunakan jin dan khadam bagi menarik perhatian umat manusia untuk berkhidmat kepadanya. Tindakan itu dibuktikan lagi dengan usaha Dr Yusri menghubungi pengamal perubatan Islam untuk menguatkan lagi dakwaannya itu, akan tetapi jawapan yang diterima mengecewakannya. Jadi dari sudut apa dan bukti mana yang Dr Yusri mendakwa Dato’ Syeikh Fuad menggunakan Jin dan Khadam? Maka tinggal kepada kita dua jawapan atau kebarangkalian sahaja:

Pertama: Ia datang dari syak wasangka dan sangka buruknya kepada Dato’ Syeikh Fuad. Ini semestinya tertolak di sisi Islam kerana pendakwaan dilakukan pada kedudukan syak atau zan, tanpa sebarang bukti.

Kedua:

Dr Yusri sendiri mendakwa mampu melihat sendiri saka, jin atau khadam yang mendampingi Dato’ Syeikh Fuad. Sekiranya ini benar, tiada jawapan ilmiah yang dapat kami berikan melainkan penegasan Imam Syafii seperti dalam riwayat di bawah: Harmalah berkata, saya mendengar Imam Syafii berkata:

“Barangsiapa di kalangan seorang yang adil (ahl al ‘adalah yang bermaksud layak menjadi saksi dan diterima kesaksiannya) mendakwa melihat jin, maka kami membatalkan kelayakannya untuk memberi penyaksian, berdasarkan firman Allah:

“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.”2

Melainkan golongan para Nabi.”3 Justeru, Dr Yusri perlu membuat pengakuan kepada masyarakat Islam sama ada tuduhannya itu bersandarkan kepada sumber/dalil pertama atau kedua di atas.

2 Al A’raf: 27

3 Tabaqat al Syafi’iyyah al Kubra

Page 41: Jawapan Dan Penerangan Yayasan Sofa Mengenai Dakwaan&Fitnah Dr Yusri

41

KESIMPULAN

Selepas penerangan panjang lebar ini, sukacitanya kami ingin menarik perhatian masyarakat Islam kepada beberapa penegasan:

1- Dakwaan-dakwaan tanpa asas dan fitnah keji Dr Yusri ini adalah satu pelampauan. Sekiranya beliau tidak menariknya, mengumumkan kesilapannya serta memohon maaf dari individu-individu atau kelompok masyarakat yang difitnahnya, maka beliau akan dipersoalkan di akhirat kelak atas setiap inci perkataan dan tohmahannya.

2- Yayasan Sofa menegaskan bahawa kesalahan dan dosa memfitnah itu itu turut mengheret sama sesiapa sahaja yang menyebarkannya dalam apa jua bentuk bahan sebaran dan medium perantaraan serta akan dihadapkan di hadapan Allah kerana menyebarkan suatu perkara tanpa usul periksa.

3- Tindakan mengekal dan meneruskan usaha penyebaran surat berbentuk

fitnah ini terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yayasan yang dirasakan perlu bagi menjaga imej dan nama baiknya di mata masyarakat.

ر حلر هلل ر حل

ر ر حل هلل هللذر اهلل هلل ر ر

رمص د ر دذر ر ب هلل ذص د ر ر ر