yayasan anti rasuah malaysia -...

28
YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - 1

Upload: nguyenanh

Post on 06-Feb-2018

325 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 1

Page 2: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

2 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

Page 3: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 3

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,

TERLAJAK RASUAH TERIMA PADAH…

Julaila SamsudinEditor

Setiap perbuatan pasti bermula dengan niat dan setiap niat yang baik pasti ada rezeki halal. Biar pun tidak ‘mewah melangit’, asalkan hidup

tenteram dan bebas daripada perangkap rasuah. Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Kaedah memberi rasuah juga semakin unik, licik sifatnya dan tidak mudah untuk dibendung. Namun, berbekalkan iltizam dan objektif penubuhan, Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bersedia membantu SPRM mendepani segala cabaran serta rintangan untuk menjadikan Malaysia bersih daripada gejala rasuah.

Akhir kata, saya mengajak anda semua untuk menyahut cabaran dan menyertai yayasan ini bagi membantu kerajaan serta pihak berwajib memerangi rasuah dalam kalangan masyarakat kita. Tindakan melaporkan kes-kes rasuah, mampu menyelamatkan masa depan bangsa dan negara tercinta ini. Jutaan terima kasih di atas kesudian anda membaca setiap helaian buletin ini sebagai tanda sokongan bersama-sama YARM dalam memerangi rasuah.

Presiden Dato’ Sri Haji Zakaria bin Haji Jaffar

Timbalan Presiden Jais bin Abdul Karim

Setiausaha Agung MD Alimuddin bin Rahim

Naib PresidenEzaruddin bin Abd. RahmanMohd Rafee bin Md ArisLim Hui Wei

Bendahari Muhd. Eizaaz bin Dato’ Muhd. Redzuan

KUMPULAN EDITORIAL

Ketua Biro Penerbitan Jais bin Abdul Karim

Editor Julaila binti Samsudin

Pengiklanan Mohsin bin Ghazali

Reka Bentuk Aini Husna binti Molis

HAK CIPTA TERPELIHARATidak dibenarkan setiap bahagian dari penerbitan ini diterbitkan semula atau dipindahkan dalam bentuk lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penerbit hak cipta terlebih dahulu.

PENERBITAN & EDARANYayasan Anti Rasuah MalaysiaNo. B-2-1A, Jalan Prima Saujana 2/GTaman Prima Saujana Seksyen 343000 Kajang, Selangor.Tel: 03-8741 5457 Faks: 03- 8734 0800

DICETAK OLEH:Teja Sinar Enterprise Sdn. Bhd

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIAMALAYSIAN ANTI CORRUPTION FOUNDATION

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIAMALAYSIAN ANTI CORRUPTION FOUNDATION

PENGURUSAN

NOTA EDITOR

Laman WEB: yarm.org.my

Page 4: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

4 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

EKSLUSIF

PROFAIL YARM

ISI KANDUNGAN1

m/s 6

m/s 5

2

3

Setiap daripada kita menginginkan sebuah kehidupan yang selesa. Malah, kekayaan menjadi ukuran kejayaan seseorang individu. Namun

setiap usaha dan tindakan perlu berlandaskan prinsip, ilmu, kesabaran dan batasan agama. Jangan terlalu cepat melatah sekiranya ditawarkan dengan sesuatu yang mampu merosakkan maruah diri, bangsa dan negara.

Prinsip dan amanah setiap individu dalam sesebuah organisasi kepimpinan amat penting dibentuk bermula dari peringkat awal. Peranan semua pihak amat penting bagi membentuk masyarakat yang bijak membuat pilihan dalam menentukan corak kehidupan bebas rasuah.

Saya selaku Ketua Biro Penerbitan dan Timbalan Presiden YARM, mahu segala maklumat penting mengenai info rasuah disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Semoga segala usaha yang dilakukan memberi impak kepada pembaca dan sekali gus menimbulkan rasa tanggungjawab untuk berjuang menangani masalah rasuah di dalam masyarakat dan negara.

TINTA

“BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-

RENANG KE TEPIAN…”

Jais Abdul KarimTimbalan PresidenYayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM)

- Logo & Maksud - Latar Belakang Penubuhan - Senarai Jawatankuasa - Objektif dan Fungsi Penubuhan

Penaung YARM: Sultan Nazrin Shah Saran agar Rakyat Malaysia MelaksanakanTanggungjawab Berkaitan Etika dan Integriti serta ditanam Budaya Benci Rasuah.

- Jawatankuasa Baharu YARM Sesi 2016-2018 Memperkasa Gerakan Kesedaran Anti Rasuah Dalam Kalangan Masyarakat Umum

- Diari aktiviti YARM - YARM & Kerjasama Media Massa

ISU SEMASA

Ketua Biro Penerbitan

m/s 9

Page 5: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 5

EKSLUSIF

PROFAIL YARM

4

5

6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Editorial di atas usaha untuk menghasilkan penerbitan Buletin Yayasan Anti

Rasuah Malaysia edisi pertama dengan jayanya. Saya berharap info yang dikongsi ini memberi manfaat kepada para pembaca bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dan benci rasuah.

Buletin ini akan menjadi salah satu daripada sumber maklumat dalam usaha mencegah rasuah oleh pihak pengurusan YARM. Saya amat mengharapkan sokongan padu dari semua pihak terhadap usaha yayasan ini untuk membimbing masyarakat dalam menjalankan tanggungjawab dengan menggunakan saluran dan prosedur yang betul bagi melaporkan salah laku rasuah.

Bagi mewakili pihak pengurusan YARM, saya mempelawa semua warga Malaysia yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli atau sukarelawan bagi memperkukuhkan organisasi ini untuk membanteras gejala rasuah di negara kita. Akhir kata, saya amat mengalu-alukan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan intergriti demi kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara bersih tanpa RASUAH.

Sekian, terima kasih.

MD ALIMUDDIN RAHIMSetiausaha Agung Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM)

FOKUS

ILMU & MOTIVASI

SELAYANG PANDANG

- Sergah Minda Generasi Muda ke Arah Meminimal Rasuah Negara

- Diari Aktiviti YARM

- Intergriti Peribadi, Kita Ini Barang Pinjaman - Diari Aktiviti YARM

- Diari Pilihan: Program YARM Negeri“Pencegahan Bermula daripada Rebung”

- Sorotan Pelbagai Aktiviti YARM (Galeri aktiviti)

ISU SEMASA

DARI MEJASetiausaha Agung

m/s 13

m/s 15

m/s 22

Page 6: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

6 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam bicara dimulai dengan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan

Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah di atas perkenan baginda menerima pelantikan sebagai Penaung, Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM).

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Editorial yang berusaha dengan dedikasi untuk memastikan Buletin Yayasan Anti Rasuah Malaysia, edisi pertama diterbitkan dengan jayanya.

Saya berharap agar segala info, intipati program atau aktiviti yang dijalankan oleh YARM didokumentasi menerusi penerbitan seperti ini dan dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Saya juga berharap YARM dapat bertindak dalam kapasiti sebagai badan NGO yang membantu kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan ilmu dan kesedaran mengenai gejala rasuah di samping menjalankan kempen-kempen anti rasuah dengan lebih konsisten.

Hebahan maklumat yang tepat amat penting bagi mengatasi jenayah rasuah dalam kalangan masyarakat kita. Peranan semua pihak amat penting terutamanya ibu bapa, para pendidik dan juga orang awam. Generasi muda juga perlu diberikan ilmu dan pendedahan awal agar tidak membudayakan amalan rasuah dalam kehidupan masa depan mereka.

Pihak YARM sedia berkhidmat demi memastikan negara bebas daripada ancaman rasuah. Dasar dan strategi dibentuk agar memudahkan penyusunan gerak kerja Jawatankuasa lebih efisyen menuju ke arah meminimalkan rasuah dengan efektif.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buletin ini. Sokongan anda sebagai pembaca dan penyampai maklumat yang tepat amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI HAJI ZAKARIA BIN HAJI JAFFARPresiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM)

SELEMBARBicara Presiden

Page 7: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 7

Logo berbentuk tulisan kemas yang berwarna-warni ini menggambarkan kepelbagaian program dan keahlian YARM dalam usaha mencapai

objektif dengan penuh komitmen serta berdisiplin.

• Warna KUNING melambangkan Kedaulatan Diraja yang memayungi perjuangan murni ini.• Warna BIRU melambangkan integriti.• Warna MERAH membawa maksud tekad keberanian dan jiwa perjuangan yang sentiasa membara.

PROFAIL YARM

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIAMALAYSIAN ANTI CORRUPTION FOUNDATION

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIAMALAYSIAN ANTI CORRUPTION FOUNDATION

LOGO DAN MAKSUD MOTO

OBJEKTIF UMUM

MATLAMAT PENUBUHAN DALAM PERLEMBAGAAN YARM (Fasal 3 Perlembagaan YARM)

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

YARM ditubuhkan di atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk memimpin gerakan pelbagai lapisan masyarakat dalam menanggani

isu rasuah. Penyertaan dan pengetahuan masyarakat umum amat penting diperkasa bagi memastikan matlamat pencegahan rasuah dan peningkatan integriti dapat dimaksimumkan.

Ditubuhkan dengan nama “Yayasan Anti Rasuah Kuala Lumpur dan Selangor” (YARKLS) pada 5 Mei 2014. Pertukaran nama kepada “Yayasan Anti Rasuah Malaysia” (YARM) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 9 Disember 2014 dengan nombor pendaftaran PPM-010-14-05052014.

YARM mengamalkan prinsip ‘non partisan’ iaitu tidak terikat dengan parti politik atau agensi kerajaan, berorentasikan program, membuka keahlian kepada berbilang kaum dan agama, serta bersifat mendidik dalam mencapai matlamat penubuhan dan objektif umum semasa serta moto yang ditetapkan.

“Towards Minimum Corruption”“Ke Arah Minimal Rasuah”

1. Bertindak sebagai Badan Bukan Kerajaan yang membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam menjalankan aktiviti kempen anti rasuah kepada setiap lapisan masyarakat.2. Menyediakan pelbagai program kesedaran sivik secara positif yang mengandungi nilai-nilai murni kepada setiap lapisan masyarakat sebagai sistem kawalan dalaman pencegahan perlakuan rasuah.3. Berkecuali dan menyokong program anti rasuah dari agensi kerajaan.4. Mengadakan kempen dan promosi anti rasuah kepada setiap lapisan masyarakat.5. Mengadakan pelbagai program yang berbentuk pendidikan dan kesedaran mengenai rasuah serta kewajipan setiap individu untuk menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah.

1. Bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator dan sekretariat bagi semua NGO yang menjalankan aktiviti anti rasuah di dalam dan luar negara.2. Memberi gambaran sebenar sebagai badan NGO yang berkecuali dan menyokong program anti rasuah dari semua pihak.3. Menyediakan Indeks Rasuah Kebangsaan yang lebih tepat dan relevan berdasarkan cara kita sendiri.4. Memberi pengiktirafan kepada mana- mana individu atau organisasi yang cemerlang memperjuangkan aktiviti anti rasuah.

Page 8: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

8 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

PENAUNG YARM

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFULLAH, SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN (Baginda memberi perkenan menjadi Penaung YARM) PRESIDENDATO’ SRI HAJI ZAKARIA BIN HAJI JAFFAR (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM)

TIMBALAN PRESIDENJAIS BIN ABDUL KARIM (Mantan Presiden GPMS)

NAIB PRESIDEN 1EZARUDDIN BIN ABD RAHMAN (Timbalan Pengarah Ranchan Group)

NAIB PRESIDEN 2MOHD RAFEE BIN MD ARIS (Mantan Pengurus Besar TV3)

NAIB PRESIDEN 3 (W)LIM HUI WEI(Ketua Perhubungan Biro Hal Ehwal Kerajaan dan Exco Pusat Pertubuhan Huazong)

SETIAUSAHA AGUNGMD ALIMUDDIN BIN RAHIM (Mantan Pegawai Kanan SPRM)

PENOLONG SETIAUSAHANOR ZIHAN BINTI SAAD (Ketua Komunikasi Korporat Brothers International)

BENDAHARIMUHAMAD EIZAAZ DATO’ MUHAMAD REDZUAN (Mantan Bendahari Agung GPMS)

AHLI JAWATANKUASA:

1. LEONG SZE KWOK (Ahli Perniagaan)2. DATIN RABIAH HJ MOKHTAR (Pengarah / Pengerusi World International School K.L)3. BALAKRISHNAN @ SRI BALAN A/L KUMARASAMY (Ahli Perniagaan)4. ISHAK BIN ABU BAKAR (Pengurus Kanan PLUS) 5. ABDUH DJABBAR BIN JUSNI (Ahli Perniagaan)6. ROSTAM MUSTAFFA (Ahli Perniagaan)7. DATO’ CHE AB RAHIM BIN CHE DAUD (Bekas Pengarah JPJ)

JURU AUDIT

1. MOHAMAD ZULKARNAIN ISMAIL (Pegawai BSN)2. MOHD IMRAN MOKHTAR (Motivator & Trainer)

PENGERUSI YARM DI PERINGKAT NEGERI:

1. JOHOR: ROSDI AMIR (CEO YGPMS)2. MELAKA: MEOR HASSAN (Aktivis Sosial)3. PAHANG: WAN EMRIL WAN EMBONG (Pensyarah KUISAS)4. NEGERI SEMBILAN: MOHD SYAFIK MOHD TAUFIK (Usahawan)5. SELANGOR: SAJOLI MASDOR (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak)6. PERAK: NORSALEWATI MAT NORWANI (Guru)7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis sosial)8. KEDAH: SUHAIRI ABD. KARIM (Peguam)9. PERLIS: DR. MOHD MIZAN MOHAMMAD ASLAM (Rektor KUIPs)10. KELANTAN: DATO’ WAN ROSDI BIN MAT RASIK (Bendahari DPMM Kelantan) 11. TERENGGANU: MOHD IZHAM AHMAD (Aktivis Belia)12. WILAYAH PERSEKUTUAN, K. LUMPUR: ONG BOON HAI (Tim. SUA Gabungan Per. Hokien)13. WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA: 14. WILAYAH PERSEKUTUAN, LABUAN: RAHIMAH BINTI LAMAT (Pegawai JASA)

ORGANISASI KEPIMPINANYAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA(JAWATANKUASA SESI 2016-2018)

Page 9: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 9

KUALA LUMPUR: Penaung Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah, Sultan Perak ke-35. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

EKSLUSIF

Seluruh warga YARM amat bersyukur dan berterima kasih kerana baginda sudi menerima pelantikan tersebut. Sultan Nazrin amat disenangi rakyat jelata, negeri Perak kerana berjiwa rakyat, sering terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

PENAUNG YARM: Sultan Nazrin Shah Saran agar Rakyat Malaysia Melaksanakan Tanggungjawab berkaitan ETIKA dan INTEGRITI serta ditanam BUDAYA BENCI RASUAH

Titah Perasmian Persidangan Antarabangsa YARM disempurnakan oleh Penaung YARM, Sultan Nazrin Shah.

(Suntingan Editorial: Berdasarkan sumber berita Astro Awani dan Bernama)

Page 10: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

10 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

“Kegagalan memerangi dan membanteras rasuah secara serius, bersungguh-sungguh, berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya. Terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.”

Titah Sultan Nazrin ketika hadir pada Persidangan Antarabangsa YARM 2015 bertemakan “Etika Kerja Dalam Perniagaan dan Kerajaan” di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Semua rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab mengenai perkara berkaitan etika dan integriti sekiranya mereka benar-benar serius untuk menanam etika ke dalam perniagaan dan kerajaan.

.“Unit keluarga sangat penting dalam usaha ini. Sekiranya asas yang dibina di rumah tidak kukuh, maka amat sukar untuk institusi di luar mencapai matlamat. Tahap koheren, kesesuaian dan kesepadanan yang kukuh dari segi amalan etika perlu wujud di rumah, sekolah, tempat kerja dan masyarakat secara menyeluruh.”

Rakyat Malaysia perlu bekerja secara kolektif untuk membina kepercayaan bertahap tinggi dalam

masyarakat. Baginda percaya untuk membina kepercayaan, negara perlu berusaha untuk mengatasi sepenuhnya perpecahan yang wujud dan menjadi semakin parah dalam masyarakat.

“Ini termasuk perpecahan etnik, agama dan wilayah yang lazim berlaku, di samping perpecahan dalam kelas sosial dan ideologi. Kita tidak boleh membina masyarakat berkepercayaan tinggi sekiranya kita terus berpuak-puak dalam banyak perkara, manakala memupuk norma yang bersifat adil dan membina kepercayaan dalam masyarakat boleh memberi banyak manfaat dalam usaha mencapai pertumbuhan serta kemajuan secara saksama,” titah baginda.

Mencemar duli ke Persidangan Antarabangsa YARM di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

“Terdapat trend yang menggalakkan dalam pertumbuhan perniagaan dan bertanggungjawab dari segi sosial, Keusahawanan Sosial serta membantu memulihkan kepercayaan dalam perniagaan. Beta melihat Kewangan Islam sebagai kewangan yang beretika. Oleh itu, mengamalkan prinsip kewangan Islam dalam sistem kewangan kita bererti mengamalkan kod etika, sesuatu yang sudah lama diabaikan,” titah baginda. Selain itu, Sultan Nazrin bertitah agar rakyat diasuh dengan budaya benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.

“Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik. Ruangan yang meningkatkan kesedaran tentang rasuah hendaklah disediakan. Contoh tokoh-tokoh yang bersih rasuah boleh dijadikan teladan sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan,” titah baginda lagi.

Page 11: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 11

SELANGOR: 19 Mac yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) kali ke-3, berlangsung dengan jayanya di Dewan Kolej Komuniti, Hulu Langat. Secara rasminya Jawatankuasa baharu bagi sesi 2016-2018 dilantik dengan peranan masing-masing.

Jawatankuasa baharu sesi 2016-2018.

Sesi taklimat oleh Setiausaha Agung.

JAWATANKUASA BAHARU YARM SESI 2016-2018 MEMPERKASA GERAKAN KESEDARAN ANTI RASUAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT UMUM

(Disediakan oleh: Jais bin Abdul Karim, Timbalan Presiden YARM)

Pelantikan Presiden, Ahli Jawatankuasa baharu YARM Kebangsaan dan Pengerusi Negeri dapat mengukuhkan perlaksanaan untuk memperkasa gerakan serta kempen kesedaran anti rasuah dalam kalangan masyarakat umum. Gerak kerja dan pelan tindakan diperkasakan menerusi pembentukan Dasar dan Strategi YARM Kebangsaan. Pelantikan Pengerusi YARM Negeri adalah untuk memudahkan gerak kerja program anti rasuah diadakan di seluruh negara. Dasar dan strategi disusun dengan teratur bagi memudahkan setiap Jawatankuasa menjalankan amanah. Mereka juga wajib menghadiri TOT yang dianjurkan oleh YARM Kebangsaan dengan kerjasama pihak SPRM. Pihak YARM Kebangsaan berhasrat untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai menerusi program-program anti rasuah yang berimpak tinggi bagi mencapai matlamat meminimalkan salah laku amalan rasuah dalam

ISU SEMASA

Page 12: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

12 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

kalangan masyarakat. Gerak kerja tersebut bermula pada bulan Mac dan April 2016 di sebelah utara yang meliputi empat buah negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pada awal Mei pula, TOT dan ceramah diadakan di sebelah Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aktiviti ini akan diadakan dari masa ke semasa di seluruh tanah air. Mesyuarat juga akan diadakan mengikut jadual untuk memastikan wujud keselarasan dalam penyampaian maklumat mengenai peraturan dan panduan langkah-langkah pencegahan rasuah.

Pihak YARM juga mengharapkan sokongan dan kerjasama masyarakat awam terutamanya penjawat awam atau swasta yang pernah berhadapan dengan situasi yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan perlakuan rasuah. Tindakan melapor kepada pihak yang berkenaan akan membantu negara kita bersih daripada AMALAN RASUAH.

Di antara perancangan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah seperti berikut:

i. Penerbitan Buletin YARM – dua kali setahun. Memperbanyakkan penulisan dan karya yang berkaitan. Pembukuan.ii. Siri latihan TOT di peringkat zon. Diwajibkan kepada semua ahli.iii. Menyediakan modul ceramah dan skrip untuk kegunaan ahli semasa memberi ceramah atau pembentangan forum. Termasuk modul kursus Kesedaran Anti Rasuah selama tiga hari dua malam.iv. Mengadakan penyelidikan dan membuat laporan yang bersesuaian.v. Mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan meja bulat di atas isu yang bersesuaian.vii. Menggunakan media sosial sebagai medium laporan pelbagai bentuk rasuah sebagaimana yang dilaksanakan oleh NGO di luar negara.viii. Menambah jumlah sukarelawan (seramai mungkin) dan ahli (minimum 50 orang di setiap negeri).

PERANCANGAN AKTIVITI YARM 2016 / 2018

ix. Mendapatkan dana yang sesuai bagi memastikan program yang berimpak tinggi seperti di atas dapat dilaksanakan.

Mesyuarat pertama AJK bagi sesi 2016-2018.

TOT induk yang diadakan di MACA, Kuala Lumpur untuk menambah kefahaman dan info ahli YARM.

TOT YARM di sebelah Pantai Timur.

Page 13: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 13

KUNJUNGAN HORMAT

KUALA LUMPUR: 7 Ogos 2016 yang lalu, Mesyuarat Jawatankuasa YARM diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Beberapa agenda dibincangkan terutamanya berkaitan perlaksanaan program dan mempertingkatkan hebahan maklumat kepada masyarakat menggunakan saluran media massa. Kerjasama pihak media amat diperlukan untuk mencapai matlamat membanteras rasuah. Agenda pada mesyuarat kali ini diakhiri dengan penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi YARM Negeri dan Exco Kebangsaan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Semoga watikah ini menjadi suntikan semangat untuk berbakti kepada negara.

SHAH ALAM: Pada 17 Ogos 2016, Tan Sri Dr. Hj. Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pusat Governans dan Integriti di UiTM, Shah Alam, bersetuju menerima pelantikan sebagai Ketua Penasihat YARM. Tan Sri

Jawatankuasa YARM Kebangsaan dan negeri yang sentiasa komited.

Watikah pelantikan Pengerusi YARM Negeri Pahang.

DIARI AKTIVITI: MESYUARAT BULANAN JAWATANKUASA YARM KEBANGSAAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

berkata, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip memerangi rasuah bersama YARM di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa perlunya akar umbi dalam menyokong YARM dan SPRM sebagai penguatkuasa untuk membanteras gejala rasuah.

Dalam perbincangan tersebut, YARM akan menumpukan program Tunas Integriti di peringkat sekolah dan universiti. Kakitangan kerajaan, swasta dan masyarakat awam juga perlu diberikan kesedaran dengan lebih teliti menerusi Projek Cermin Diri yang akan dijadikan sebagai kempen pencegahan rasuah oleh YARM untuk semua jabatan kerajaan atau swasta yang menyertai dalam usaha memerangi rasuah sebagai ‘Smart Partner’ YARM.

Page 14: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

14 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di bawah Biro Media mengambil insiatif mengadakan kerjasama dengan pihak media massa sebagai

langkah terbaik untuk membuat publisiti mengenai peranan YARM dalam memerangi rasuah kepada masyarakat umum. Selain itu, hebahan ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai menjadi ahli seumur hidup atau sukarelawan YARM dalam usaha membanteras amalan rasuah dengan cara yang betul.

Pihak media perlu mengetahui perkara sebenar mengenai isu rasuah yang berlaku di dalam negara agar tidak tersalah melaporkan berita berdasarkan spekulasi semata-mata. Minda masyarakat Malaysia akan lebih terbuka tanpa ada syak wasangka terhadap sesuatu pihak dan tidak mudah terpengaruh dengan isu rasuah yang dipolitikkan atas kepentingan peribadi.

YARM & KERJASAMA MEDIA MASSAOleh: Julaila Samsudin

Sejak penubuhan YARM, Berita Harian, Utusan Malaysia, BERNAMA dan beberapa media lain memberikan kerjasama yang baik. Pihak stesen radio dan televisyen seperti Saluran IKIM, Salamfm, TV1, TV3, juga banyak membantu pihak YARM memberi

penyampaian maklumat dengan bahasa mudah yang boleh difahami oleh orang ramai. Amalan rasuah harus dijauhi dan dipupuk kesedaran bermula daripada diri sendiri. Dato’ Sri Zakaria mempunyai kisah-kisah menarik untuk dikongsikan berdasarkan pengalaman beliau selama 33 tahun dalam perkhidmatan SPRM.

11 Ogos yang lalu, Timbalan Presiden dijemput ke stesen radio, Salamfm untuk mengutarakan pandangan mengenai pembabitan beliau sebagai orang awam di dalam YARM.

“Persepsi berdasarkan spekulasi atau maklumat rambang mengenai isu rasuah di dalam negara akan menjatuhkan status dan imej negara kita sendiri.” Ujar Jais Abdul Karim selaku Timbalan Presiden YARM.

Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia kita tidak perlu cepat melatah mengikut rentak permainan segelintir parti politik atau individu yang tidak bertanggungjawab “mempolitikkan isu rasuah” atas kepentingan peribadi semata-mata.

Kita perlu pupuk kesedaran yang tinggi dalam jiwa anak-anak muda agar tidak mudah terjebak dengan rasuah. Masa depan negara bergantung kepada generasi muda yang ada pada hari ini. Asas dan pegangan agama yang kukuh amat penting untuk membentuk sahsiah serta peribadi mulia bagi semua kaum di Malaysia. Jangan terlalu mudah dibuai mimpi kemewahan dengan menggunakan jalan pintas. Pihak YARM di seluruh negara sentiasa bersedia untuk membimbing masyarakat untuk membebaskan diri daripada kehidupan berunsurkan rasuah.

Bual Bicara bersama Presiden YARM, Dato’ Sri Zakaria yang diadakan di IKIM FM pada 1 Ogos 2016 lalu membawa impak kepada pendengar.

Page 15: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 15

Kebelakangan ini kita sering disogokkan dengan isu rasuah yang mengaitkan status kepimpinan dan ekonomi negara, malah dipaparkan secara

meluas di dada akhbar mahupun di laman media sosial. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan pengguna media sosial adalah daripada kalangan generasi muda. Melayari internet ataupun khususnya media sosial tidak salah, pucuk pangkalnya mestilah berdasarkan nilai-nilai positif dan sewajarnya mengikut peraturan serta had tertentu. Minda generasi muda perlu dididik dan dibentuk berdasarkan kaedah yang betul. Sudah semestinya jiwa muda mereka inginkan sesuatu yang mencabar pemikiran.

Sehubungan itu, Penubuhan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) didasarkan kepada keperluan sahsiah dan tanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah dalam masyarakat bermula dari seawal usia remaja lagi. Sergah minda menerusi program kesedaran dan benci rasuah perlu diadakan dari masa ke semasa di semua institusi pendidikan awam dan swasta.

Generasi muda perlu dididik agar membenci rasuah dari peringkat awal dengan harapan mereka akan

memiliki sikap telus, jujur dan amanah. Sikap ini dapat membentuk peribadi mulia dan melahirkan masyarakat bersih daripada amalan rasuah.

Pihak YARM sentiasa bersedia tampil ke hadapan untuk membimbing dan mendidik masyarakat dengan melaksanakan kempen serta ceramah yang berterusan bagi memastikan amalan rasuah dapat dihapuskan. Kerajaan juga melaksanakan pelbagai langkah dan strategi pemantapan undang-undang dengan menubuhkan agensi khas untuk menangani kes-kes rasuah yang masih membelenggu negara kita.

Masyarakat kita mudah terjebak dengan amalan memberi dan menerima rasuah tanpa disedari terutamanya kaedah pemberian hadiah yang akhirnya secara tidak langsung membentuk budaya tidak sihat dan memusnahkan masa depan negara.

Kesedaran membenci rasuah perlu ditanam di dalam diri mereka dengan membina jati diri dan integriti yang tinggi bermula dari awal pendidikan. Anak-anak muda perlu didedahkan dengan bahan bacaan berkaitan gejala rasuah agar minda mereka lebih terbuka. Persatuan-persatuan di sekolah juga boleh mengadakan aktiviti dan kempen anti rasuah secara bulanan untuk meminimumkan kadar rasuah dalam masyarakat bermula dari akar umbi.

Oleh: Rosdi Amir, Pengerusi YARM Johor

SERGAH MINDA GENERASI MUDA KE ARAH MEMINIMALKAN RASUAH

Presiden YARM berdialog dengan pelajar KUPTM mengenai peranan pelajar dalam menangani rasuah di kolej.

Peranan rakan sebaya perlu dititikberatkan.

FOKUS

Page 16: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

16 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

Pendedahan awal mengenai gejala rasuah ini boleh diterapkan menerusi mata pelajaran Pengajian Islam, Pendidikan Moral, Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai pendekatan awal “cegah sebelum parah”. Pendidikan cara ini juga mampu mewujudkan kesedaran dalam diri guru-guru agar menjauhi amalan rasuah demi

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu, mesyuarat penubuhan YARM Negeri Pulau Pinang diadakan di Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar,

UiTM Permatang Pauh. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan ialah:

1. Taklimat mengenai peranan dan fungsi YARM.2. Pelantikan pemegang jawatan YARM Negeri Pulau Pinang dan penyerahan watikah.3. Perbincangan plan strategik YARM Pulau Pinang untuk tahun 2016-2017. Dialog bersama Presiden YARM - Dato’ Sri Zakaria Jaffar dengan kehadiran pegawai SPRM Negeri Pulau Pinang.

memastikan kualiti intergriti institusi perguruan dan pihak sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak pernah mengabaikan kepentingan pendidikan mengenai isu rasuah ini. Ini dapat dibuktikan berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 yang dikeluarkan pada 14 Ogos 1998 agar elemen rasuah dimasukkan dalam kurikulum pendidikan sebagai usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar bagi mencegah diri mereka daripada terlibat dengan rasuah.

Justeru, peranan pihak KPM, SPRM dan YARM amat penting untuk menyediakan segala bentuk bantuan agar pihak sekolah dapat menjalankan program berkaitan demi menyelamatkan masyarakat kita daripada terus dibelenggu oleh gejala negatif ini sehingga merosakkan nama negara di mata dunia. Ceramah yang diadakan di Pusat Koreksional, Perlis.

DIARI AKTIVITI: MESYUARAT PENUBUHAN YARM NEGERI PULAU PINANG

Lantikan jawatankuasa negeri diserahkan kepada Pengerusi Negeri di bawah seliaan Timbalan Presiden YARM.

Page 17: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 17

DALAM kehidupan seharian, saya selalu berpegang kepada konsep “kita ini hanya barang pinjaman”. Allah meminjamkan kita

satu benda dengan harapan kita melakukan sesuatu yang baik di dunia. Maka, sepanjang hayat, kita perlu melakukan yang terbaik. Malah perkara ini ditekankan oleh Islam. Ali Imran ayat 109 dengan jelas menyebut, “Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.” Sebagaimana saya sebutkan dalam tulisan sebelum ini dan saya menekankan dalam hampir setiap ceramah bahawa pegawai SPRM ini mempunyai tugas yang berat iaitu mencegah seseorang itu daripada melakukan rasuah. Itu peranan SPRM. Maka, kerja pegawai SPRM sesuatu yang murni. Ibadah namanya! Begitu juga anggota masyarakat yang lain. Tidak kira pangkat dan kedudukan. Sama ada yang berkuasa atau rakyat pun biasa. Mereka perlu ada integriti peribadi.

Integriti peribadi yang memastikan dan memandu kita agar tidak melakukan kemungkaran yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain, juga negara. Dalam memastikan integriti peribadi ini menjadi kenyataan dan dijadikan amalan dan budaya, kita perlu melakukan tiga perkara dalam memperlihatkan “diri kita ini satu barang pinjaman.” Pertama: Kita perlu sedar bahawa kita ini lahir hasil kuasa ‘Creator’ atau ‘Pencipta’. Kita ada Pencipta yang perlu dijadikan panduan dalam setiap tindak-tanduk kita. Pencipta tidak mahu kita melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kita perlu sedar bahawa di atas kita ada seorang yang bernama Pencipta. Kedua: Mengambil berat atau menjaga persekitaran yang diamanahkan. Kita, sebagai barang yang dipinjamkan, perlu menjadi menjaga atau mengambil berat akan dunia dan mereka yang di sekeliling kita dengan menggunakan panduan dan manual yang disediakan. Sama ada manual agama atau bukan agama seperti undang-undang ciptaan manusia. Kita juga ada kepercayaan. Kita perlu mengelakkan perkara-perkara yang ditegah oleh undang-undang dan agama. Sudah pasti dalam perkara ini perlakuan rasuah adalah mustahak. Kita harus mengelak dan menjauhi jenayah rasuah. Ketiga: Kita sebagai ‘barang pinjaman’ akan diambil semula oleh Pencipta pada bila-bila masa. Kita perlu bersedia untuk diambil pada bila-bila masa untuk kembali ke tempat asal mengikut kehendak Pencipta. Kita perlu redha kepada kehendak ini. Ini mandatori. Kita akan diambil semula sama ada secara sekali gus, beransur-ansur, atau sama ada dengan ‘notis’ atau tanpa ‘notis’. Dengan mengambil kira konsep “barang pinjaman”, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang masa. Tidak kira sebagai atas kapasiti diri sendiri ataupun atas kapasiti .

ILMU & MOTIVASI

INTERGRITI PERIBADI, KITA INI BARANG PINJAMAN(Artikel dipetik untuk perkongsian dari Malaysia Gazette)

Dato’ Sri Zakaria tidak jemu berkongsi ilmu sambil beramal.

Page 18: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

18 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

jawatan, kedudukan dan autoriti yang diberikan. Atas konsep ini, kita perlu melakukan yang terbaik untuk mencegah rasuah sama ada dengan menyampaikan mesej menjauhi dan mencegah rasuah atau menguatkuasakan undang-undang pencegahan rasuah.

Kita tidak tahu masa yang ada kepada kita. Kalau seorang pegawai badan pencegahan rasuah, sudah pasti kita boleh menjangkakan sama ada usia 58 atau 60 tahun sebagai masa persaraan. Itu pun kalau Pencipta tidak membawa kita kembali kepada-Nya sebelum tempoh perkhidmatan berakhir.

KUALA LUMPUR: Pada 18 Julai 2016 yang lalu, Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) dijemput khas bersama para pelajar Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Mengenalpasti Punca dan Menyemai Kesedaran Bahana Rasuah Menurut Perspektif Islam”. Semasa sesi ceramah diadakan, Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM, berdialog bersama pelajar-pelajar kolej yang inginkan jawapan mengenai isu rasuah.

Di samping bertukar-tukar pendapat, ceramah ini juga bertujuan untuk membangkitkan kesedaran di atas kesan dan akibat pengambilan rasuah terutamanya kepada golongan generasi Y. Belajar dalam zon bebas daripada unsur-unsur perlakuan rasuah akan melahirkan mahasiswa cemerlang yang bersahsiah tinggi dan amanah.

Kini saya ada masa selepas bersara pada 12 Oktober lalu. Saya sedang menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah. Pentingnya membenci rasuah. Rumusannya, saya sentiasa menekankan keperluan bahawa kita boleh mengatasi isu rasuah jika menggunakan konsep “kita ini barang pinjaman”. Dipinjamkan untuk melakukan yang terbaik di dunia ini sepanjang tempoh pinjaman, yang kita sendiri tidak tahu berapa lama. Pesanan saya tingkatkan integriti peribadi demi semua!

DIARI AKTIVITI: CERAMAH KESEDARAN DAN AKTIVITI RASUAH UNTUK GENERASI Y

Dato’ Sri Zakaria dan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nasir bin Hj. Saludin, Timbalan Naib Canselor KUPTM membincangkan aktiviti berterusan yang perlu disediakan untuk para pelajar.

Presiden YARM bersama Penasihat Kelab SPRM KUPTM.

Page 19: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 19

TEMERLOH: Wacana & Majlis Penerangan SPRM - Majlis Belia Pahang - Yayasan Anti Rasuah Malaysia merupakan program pertama YARM Pahang. Penyerahan 300 borang keahlian Sukarelawan YARM Negeri Pahang, Wan Emril Nizam bin Wan Embong selaku Pengerusi pertama YARM Pahang kepada Timbalan Presiden, Jais Abdul Karim.

Pendidikan dan kesedaran rasuah perlu dipupuk dari seawal usia remaja. Pembabitan belia di bandar ataupun desa dalam program-program seumpama ini akan melahirkan generasi muda yang lebih beretika tinggi.

YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan Yaakob bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin

DIARI PILIHAN: PROGRAM YARM NEGERI “PENCEGAHAN BERMULA DARIPADA REBUNG”

Menteri Besar Pahang turut hadir memberikan sokongan demi membanteras rasuah di dalam negara.

Pengerusi YARM Pahang menyerahkan borang keahlian sukarelawan.

dan YB Dato’ Mohd Johari Hussain di antara pemimpin utama Negeri Pahang yang turut hadir bagi menyokong penubuhan YARM di Pahang serta menyatakan komitmen untuk berganding dalam usaha membanteras jenayah RASUAH.

Menteri Besar Pahang memuji SPRM dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu rasuah. Hala tuju YARM Pahang adalah menggembleng tenaga sebagai NGO untuk menangani rasuah berdasarkan peranan efektif dari akar umbi masyarakat. YARM Negeri Pahang percaya dengan sokongan dan keprihatinan ahli-ahli yang terdiri daripada berbagai latar belakang dapat memberi sumbangan mendidik masyarakat melalui program yang akan dijalankan ke arah meminimal rasuah.

Page 20: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

20 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

DIARI AKTIVITI: KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dalam satu sesi pertemuan ringkas, membincangkan perihal rasuah dan berkongsi pandangan serta idea dalam Pencegahan Rasuah.

Bersama mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Muhamed.

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN KETUA PESURUHJAYA SPRM

Page 21: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 21

PUTRAJAYA: Kunjungan hormat ini diadakan pada 12 Ogos 2016, sebagai tanda sokongan pihak YARM di atas pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad. Beliau amat mengalu-alukan kerjasama pihak YARM untuk berganding bahu dalam usaha membanteras jenayah rasuah terutamanya bagi mengadakan program-program kesedaran dan benci rasuah untuk kelompok belia.

Datuk Dzulkifli menyatakan bahawa usaha mencegah jenayah rasuah akan dilaksanakan secara holistik, SPRM kini memberi fokus kepada usaha-usaha dan tindakan merampas semula harta-harta yang diperoleh hasil gejala rasuah berdasar peruntukan undang-undang sedia ada. Antara tindakan awal, beliau berhasrat untuk membersihkan perkhidmatan awam dari penyakit rasuah yang semakin menular terutama dalam kalangan para pegawai kanan kakitangan awam dan swasta. YARM menyokong tindakan ini agar salah laku rasuah dapat diatasi sebelum meninggalkan kesan kepada generasi akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) YANG BAHARU

Page 22: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

22 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

Kuala Kangsar, 25 Jun 2016: Jawatankuasa Tertinggi YARM dijemput bagi menghadiri Majlis Iftar bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Penaung Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), di Istana, Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Aturcara majlis iftar bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Media, Belia ini disusun dengan penuh tertib. Majlis dimulakan dengan penyampaian zakat daripada badan-badan korporat, berbuka puasa dan seterusnya bertarawih bersama Tuanku.

DIARI PILIHAN: MAJLIS JEMPUTAN ISTANA ISKANDARIAH

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan daripada 12 syarikat bagi tahun kewangan 2015 berjumlah RM5.53 juta dan kemudiannya menyerahkan

cek-cek pembayaran zakat tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Jemputan ini merupakan satu penghargaan tinggi bagi pihak YARM Kebangsaan. Dato’ Sri Zakaria bersama Kepimpinan Tertinggi YARM tidak melepaskan peluang meraikan kemeriahan Ramadhan bersama Sultan Nazrin. Selesai solat tarawih berjemaah Tuanku juga berkenan beramah mesra dan berbicara mengenai pelbagai isu berkaitan negara bersama para pemimpin NGO yang hadir pada majlis ini.

Kepimpinan Tertinggi YARM.

SUA dan Naib Presiden ll .

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin menerima cek pembayaran zakat daripada Sultan Nazrin.

Page 23: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 23

SHAH ALAM, 24 Ogos 2016: Menerima jemputan sebagai panel Program Peningkatan Integriti anjuran Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM Shah Alam. Ceramah bertajuk “Melonjak Integriti Dalam Budaya Kerja Warga FKE” disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Zakaria Haji Jaafar, Presiden YARM. Beliau juga berdialog berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran fakulti dan tahap integriti kakitangan fakulti terhadap tugasan mereka.

JOHOR: Pada 29 Ogos 2016, Presiden YARM Dato’ Sri Haji Zakaria bertemu Pengarah SPRM Negeri Johor, YBhg Datuk Simi Abd Ghani di Ibu Pejabat SPRM Batu Pahat, sehari sebelum menyampaikan ceramah kepada pemimpin komuniti luar bandar, imam-imam sekitar Batu Pahat dan Kluang anjuran Unit PENMAS, SPRM Johor.

SELANGOR, 1 September 2016: Tn. MD Alimuddin Rahim, Setiausaha Agung YARM memberi taklimat kepada AJK Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia di PJS8/2. Usaha untuk menarik semua kontraktor berdaftar dengan TNB menyertai YARM dan berkongsi cara penyampaian maklumat serta salah laku rasuah.

PANEL JEMPUTAN PROGRAM INTEGRITI, UiTM, SHAH ALAM.

YARM BERSAMA UNIT PENMAS, SPRM JOHOR

TAKLIMAT KEAHLIAN YARM

Page 24: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

24 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

1. Beberapa pemimpin NGO dipanggil bermesyuarat kali pertama di Putrajaya untuk memastikan penubuhan YARM benar-benar berfungsi dan dapat mengatasi masalah rasuah negara. Idea asal Tan Sri Abu Kassim adalah untuk melibatkan pemimpin NGO sebagai orang awam yang berganding bahu dalam usaha memerangi rasuah.

2. Tunku Abdul Aziz adalah Presiden YARM yang pertama. Sewaktu pentadbiran beliau, Persidangan Antarabangsa YARM diadakan bagi membincangkan pelbagai isu rasuah termasuklah langkah-langkah terbaik dalam menangani gejala rasuah di peringkat antarabangsa. Program tersebut berjaya menaikkan imej YARM di mata masyarakat dan media.

3. Perasmian pejabat operasi Yayasan Anti Rasuah Malaysia oleh Dato’ Muhamad Khairun Aseh, Setiausaha Politik Perdana Menteri.

SEKITAR AWAL PENUBUHAN YARM

PROGRAM GENEXTER: LAWATAN Y.A.B PERDANA MENTERI MALAYSIA DI TAPAK PAMERAN YARM

SELAYANG PANDANG

Page 25: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 25

JELAJAH & KUNJUNGAN HORMAT

Kunjungan hormat di SPRM P.Pinang menemui Dato’ Samarajoo Manikam dan En. S.M Idris, di Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Presiden YARM, Dato’ Zakaria bersama kepimpinan Yayasan Anti Rasuah Negeri Perlis dan sesi temuramah bersama wartawan.

Kepimpinan YARM Negeri Kelantan dan kunjungan hormat di Pejabat SPRM Kelantan.

Kepimpinan Tertinggi YARM bersama barisan Jawatankuasa YARM Negeri Perak.

Page 26: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

26 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A

AKTIVITI AHLI: CERAMAH, SUKAN & FORUM

TOT pertama diadakan di MACA, Kuala Lumpur dan sesi bengkel ahli YARM di Pantai Timur.

Boling persahabatan YARM dan SPRM HQ

Jadual Presiden, Dato Sri Zakaria sentiasa penuh dengan jemputan berceramah dan forum

Perbincangan kerjasama YARM bersama SPRM di Ibu Pejabat Putrajaya dan Negeri Pahang.

Page 27: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A - 27

Page 28: YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA - yarm.org.myyarm.org.my/wp-content/uploads/2016/09/BULETIN-YARM2-EDISI-1-20… · (Guru) 7. PULAU PINANG: ONG CHUAN JIN (Aktivis ... “Kegagalan memerangi

28 - YA YA S A N A N T I R A S U A H M A L A Y S I A