maria chin abdullah · sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke...

4
Hidup Bermartabat Untuk Semua MARIA CHIN ABDULLAH MANIFESTO KEMPEN PRU KE-14 Maria Chin menyokong MANIFESTO PAKATAN HARAPAN

Upload: phamque

Post on 18-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MARIA CHIN ABDULLAH · Sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke arah ... Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial,

Hidup Bermartabat Untuk Semua

MARIA CHIN ABDULLAH

MANIFESTO KEMPEN PRU KE-14Maria Chin menyokong MANIFESTO PAKATAN HARAPAN

Page 2: MARIA CHIN ABDULLAH · Sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke arah ... Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial,

“Seperti anda, saya juga bernasib baik kerana dibesarkan di negara Malaysia yang aman dan inklusif. Malangnya, zaman telah berubah. Setiap hari, kebanyakan dari kita terpaksa bergelut untuk mempertahankan martabat kita.”

Perlaksanaan GST menyebabkan harga barang naik denganmendadak. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, juga jenayah lain,semakin meningkat. Biasiswa semakin sukar diperolehi, dan anak-anak kita tidakdiberikan peluang untuk menerima pendidikan yang berkualiti. Negara kita antara yang paling korup di Asia. Hutan dan tanah adat dirampas oleh pemaju yang korup.Undang-undang yang bersifat menindas menyekat kebebasan kitauntuk bersuara.

Mutu kehidupan kita semakin merosot. Apakah yang boleh kita lakukan? Perubahan ke arah yang lebih baik masih boleh dicapai.

HIDUP YANG BERMARTABAT BERMAKNA:

KITA MAMPU MEMBERI MAKAN MINUM

KEPADA KELUARGA

KITA RASA SELAMAT BERADA DI JALAN RAYA DAN DI TEMPAT AWAM

KITA DAPAT MEMBERI ANAK-ANAK KITA

PENDIDIKAN YANG BAIK UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH

KITA MENGHIRUP UDARA YANG BERSIH DAN ALAM SEKITAR DILINDUNG DAN

DIPELIHARA

KITA BEBAS MELUAHKAN PENDAPAT

TANPA RASA TAKUT

KITA MEMBERI LAYANAN YANG SAMARATA DAN

SALING HORMAT-MENGHORMATI

SESAMA SENDIRI

Page 3: MARIA CHIN ABDULLAH · Sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke arah ... Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial,

1

2

3

4

5

BAGAIMANAKAH MARIA AKAN MENCAPAI MATLAMAT BELIAU?

KERAJAAN YANG BERSIH DAN ADIL

GAJI KEHIDUPAN WAJAR (LIVING WAGE) UNTUK TAHAP KEHIDUPAN YANG SELESA

KESAKSAMAAN DAN KEADILAN UNTUK WANITA

MEMBERDAYAKAN ANAK MUDA

KEADILAN DARI SEGI PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR

Sebuah kerajaan yang bersih dan adil adalah asas negara yang maju dan sejahtera. Pemimpin kita harus dipilih secara bebas, adil dan mengikut undang-undang, pada setiap peringkat kerajaan, di peringkat Persekutuan mahupun tempatan.

Setiap pekerja harus diberikan gaji sara hidup yang adil dan memuaskan yang membenarkan mereka menampung keperluan asas untuk hidup dengan sihat dan bermartabat.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kesaksamaan untuk wanita tetapi kita masih ketinggalan dari segi tindakan yang konkrit ke arah perubahan. Wanita masih menghadapi diskriminasi dan peratusan pemimpin wanita di Malaysia masih sangat rendah dalam semua bidang.

Anak muda adalah aset yang sangat penting. Kita bertanggungjawab untuk memupuk potensi mereka melalui pendidikan yang berkualiti dan mudah diakses, serta membina kemahiran kepimpinan mereka untuk masa depan yang cerah di tempat kerja dan seumur hidup.

Bumi ini sangat berharga dan kritikal untuk kehidupan manusia. Kita perlu melindunginya dan memastikan dasar-dasa pembangunan yang bertanggungjawab.

Saya akan berusaha untuk membawa perubahan di sisi undang-undang dengan menubuhkan:• Suruhanjaya Siasatan Diraja

untuk mengkaji sistem dan proses pilihanraya

• Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Saya akan berusaha ke arah:• Gaji kehidupan wajar bagi

membolehkan tahap kehidupan yang selesa, termasuk keseimbangan kerja-hidup

• Membina jaringan keselamatan sosial

Saya akan berjuang untuk: • Undang-undang kesaksamaan

gender untuk menghormati dan melindungi hak kesemua wanita di Malaysia

• Melatih lebih ramai wanita supaya bersedia untuk memimpin dan menjadi ahli politik

Saya akan bersuara untuk: • Pendidikan yang berkualiti

untuk semua• Pusat-pusat pembelajaran

untuk anak-anak muda yang terpinggir dan kurang bernasib baik

Saya akan bersuara untuk: • Kemajuan yang melibatkan

semua dan inklusif, yang menitikberatkan pengurangan kesan buruk dan melindungi keselamatan serta hak punca pencarian hidup

• Proses penggunaan dan pengeluaran yang mampan

• Pengurusan sumber alam sekitar yang bertanggungjawab

MATLAMAT SAYA KEPERCAYAAN SAYA BAGAIMANA SAYA AKAN MELAKUKANNYA

Page 4: MARIA CHIN ABDULLAH · Sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke arah ... Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial,

Maria berasal dari Kampar, Perak dan telah dididik di Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya, Selangor. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Applied Economics daripada University of East London dan Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang Urban Planning daripada University of London.

Sebagai seorang aktivis hak wanita, beliau telah bekerja dalam bidang ini selama lebih dari 30 tahun. Beliau memainkan peranan utama dalam usaha melobi Akta Keganasan Rumahtangga 1994, dan undang-undang lain yang berkaitan dengan keganasan terhadap wanita. Beliau juga terlibat dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dalam usaha membela kesaksamaan gender.

Sebagai mantan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), beliau pernah bekerja dengan komuniti-komuniti terpinggir seperti wanita berpendapatan rendah dan golongan Orang Asli.

Sebagai mantan Pengerusi Coalition for Good Governance, Maria pernah bekerjasama dengan penduduk Petaling Jaya serta organisasi masyarakat madani pada 2008 untuk berusaha ke arah pentadbiran yang demokratik serta pilihanraya kerajaan tempatan.

Maria adalah seorang pejuang yang mantap bagi pembaharuan sistem dan institusi pilihanraya. Sebagai Pengerusi Bersih 2.0, beliau telah memimpin pergerakan himpunan Bersih 4 dan Bersih 5 untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Sebaik sebelum perhimpunan Bersih 5, Maria telah ditahan tanpa bicara secara perseorangan (solitary confinement) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 11 hari.

Maria adalah ibu kepada tiga orang anak, juga seorang yang bertungkus lumus dalam perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara yang inklusif. Beliau menegakkan prinsip-prinsip pilihanraya yang bersih dan adil, hak wanita, penyertaan anak muda, dan keadilan dari segi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

“Kemasukan saya ke arena politik bertujuan untuk mencetuskan perubahan. Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial, matlamat saya adalah untuk mengukuhkan agenda reformasi demokratik – iaitu nadi penggerak segala usaha masyarakat madani – melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam aspek-aspek perubahan yang utama.” Maria Chin Abdullah, Mac 2018

LATAR BELAKANG MARIAD

iceta

k d

an

dite

rbit o

leh

Maria

Ch

in A

bd

ulla

h, A

-1-09

, Merc

han

t Sq

uare

, Jala

n T

rop

ican

a S

ela

tan

1, 47

410

Peta

ling

Jaya, S

ela

ng

or.

HIDUP BERMARTABATUNTUK SEMUA

Facebook: TheRealMariaChin | Twitter: @MariaChin | IG: TheRealMariaChin