pemimpin pakatan, aktivis diancam akta hasutan rocket b… · di kalangan rakyat. dasar...

16
www.dapmalaysia.org RAKYAT masih tidak lupa pengumu- man Perdana Menteri Datuk Seri Na- jib Tun Razak pada malam menjelang sambutan Hari Malaysia pada 15 Sep- tember 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Hari ini, dua tahun selepas komitmen tersebut dilafazkan, Najib memungki- ri janjinya sendiri apabila kerajaannya menyiasat dan mendakwa sepuluh wakil rakyat yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undan- gan pembangkang, selain enam ak- tivis masyarakat, di bawah akta yang diperkenalkan penjajah British itu. Malah, Najib gagal mengotakan jan- jinya sendiri untuk menggantikan un- dang-undang drakonian tersebut den- gan Akta Keharmonian Nasional yang kononnya untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Dasar transformasi yang dicanang Najib kini hanya tinggal retorik politik. Langkahnya nyata sumbang apabila mendiamkan diri dan tidak bertindak terhadap sebarang kenyataan dan aksi kumpulan beberapa NGO konservatif disokong Umno yang melakukan tin- dakan kasar. Jelas, Akta Hasutan kini menjadi senjata terbaru kerajaan pentadbiran Najib Razak. Siasatan dan dakwaan ke atas ahli politik dan aktivis rakyat ha- nya bersifat prosedur. Sedangkan tu- juan akhir di sebalik tindakan itu tidak lain, iaitu mendiamkan musuh politik yang mendedahkan kepincangan pen- tadbiran BN dan memadamkan ker- jaya ahli politik Pakatan Rakyat melalui hukuman di mahkamah dan pemenja- raan. Semua ini bertujuan mengembalikan Malaysia ke zaman gelap. Najib cuba menjadikan ketakutan sebagai iman dan rukun hidup baru rakyat negara ini. Mungkinkah ini hadiah oleh Najib dan barisan kabinetnya sempena ulan- gtahun kemerdekaan ke-57 dan ulang tahun pembentukan Malaysia ke-51? Kita seolah-olah dijajah semula. Cuma bezanya kali ini oleh bangsa sendiri. SEPTEMBER 2014 PERCUMA KDN PP11732/1212012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] Hari Malaysia: Pakatan umum Pelan Borneo Wawancara: DAP, Melayu, Merdeka di mata anak muda Punca kemelut MB Selangor www.roketkini.com REJIM KUKU BESI KEMBALI PEMIMPIN PAKATAN, AKTIVIS DIANCAM AKTA HASUTAN > 10,11 > 3 > 14 Siapa seterusnya...?

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • www.dapmalaysia.org

    RAKYAT masih tidak lupa pengumu-man Perdana Menteri Datuk Seri Na-jib Tun Razak pada malam menjelang sambutan Hari Malaysia pada 15 Sep-tember 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

    Hari ini, dua tahun selepas komitmen tersebut dilafazkan, Najib memungki-ri janjinya sendiri apabila kerajaannya menyiasat dan mendakwa sepuluh wakil rakyat yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undan-gan pembangkang, selain enam ak-

    tivis masyarakat, di bawah akta yang diperkenalkan penjajah British itu.

    Malah, Najib gagal mengotakan jan-jinya sendiri untuk menggantikan un-dang-undang drakonian tersebut den-gan Akta Keharmonian Nasional yang kononnya untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

    Dasar transformasi yang dicanang Najib kini hanya tinggal retorik politik. Langkahnya nyata sumbang apabila mendiamkan diri dan tidak bertindak terhadap sebarang kenyataan dan aksi

    kumpulan beberapa NGO konservatif disokong Umno yang melakukan tin-dakan kasar.

    Jelas, Akta Hasutan kini menjadi senjata terbaru kerajaan pentadbiran Najib Razak. Siasatan dan dakwaan ke atas ahli politik dan aktivis rakyat ha-nya bersifat prosedur. Sedangkan tu-juan akhir di sebalik tindakan itu tidak lain, iaitu mendiamkan musuh politik yang mendedahkan kepincangan pen-tadbiran BN dan memadamkan ker-jaya ahli politik Pakatan Rakyat melalui

    hukuman di mahkamah dan pemenja-raan.

    Semua ini bertujuan mengembalikan Malaysia ke zaman gelap. Najib cuba menjadikan ketakutan sebagai iman dan rukun hidup baru rakyat negara ini.

    Mungkinkah ini hadiah oleh Najib dan barisan kabinetnya sempena ulan-gtahun kemerdekaan ke-57 dan ulang tahun pembentukan Malaysia ke-51?

    Kita seolah-olah dijajah semula. Cuma bezanya kali ini oleh bangsa sendiri.

    SEPTEMBER 2014

    PERCUMAKDN PP11732/1212012 (032229)

    EDISI

    BM

    DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

    facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected]

    Hari Malaysia: Pakatan umum Pelan Borneo

    Wawancara: DAP, Melayu, Merdeka di mata anak muda

    Punca kemelut MB Selangor

    www.roketkini.com

    REJIM KUKU BESI KEMBALIPEMIMPIN PAKATAN, AKTIVIS DIANCAM AKTA HASUTAN

    > 10,11 > 3> 14

    Siapa seterusnya...?

  • 2SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

    RAKYAT Malaysia di Semenanjung perlu memahami bahawa penduduk di Sabah dan Sarawak bukan sahaja telah lama ter-pinggir, tetapi merasakan telah dianiaya terlalu lama oleh kerajaan Pusat BN, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

    Bagi mengubat perasaan marah dan ter-luka yang kemudian dipamer melalui sikap segelintir penduduk Sabah dan Sarawak dengan sikap 'anti-Malaya' yang bermak-na anti-Semenanjung, maka kini menjadi peranan kepada Pakatan Rakyat menghulur salam persahabatan bagi membetulkan sa-lah sangka rakan dan keluarga di Malaysia Timur itu.

    "Kita kena faham bahawa mereka meras-akan bukan sahaja terpinggir, tetapi di-aniaya. Misalnya, hasil minyak dan gas membolehkan pembinaan jalanraya di Se-menanjung, tetapi lebuhraya Pan-Borneo masih belum disiapkan.

    "Jadi siapa yang tidak marah? Kalau kita orang Sarawak pun, kita akan berasa ma-rah," kata Guan Eng dalam temubual bersa-ma Roketkini.

    Ketua Menteri Pulau Pinang itu men-egaskan, BN gagal mentadbir Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan rakyat di kedua-dua negeri terkaya itu ketinggalan dari sudut ekonomi dan pendidikan.

    Lebih mendukacitakan, BN menjadi pun-ca sentimen anti-Semenanjung di kalangan rakyat di kedua-dua negeri itu yang secara pukul rata menyalahkan orang Semenan-jung sebagai punca kemunduran di negeri mereka.

    Justeru itu, kata Guan Eng, sambutan Hari Malaysia tahun ini sangat signifikan, apatah lagi selepas setahun pilihanraya umum ke-13 dan Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka akan dibubarkan tahun hadapan.

    Guan Eng menyeru rakyat di Sabah dan Sarawak menilai semula prestasi BN di neg-eri mereka dan melihat Pakatan Rakyat se-bagai rakan baru yang boleh dipercayai.

    "Ada orang kata, lebih baik kita pilih 'syaitan yang dikenali' berbanding 'malai-kat yang tak dikenali'. Pandangan ini salah. 'Malaikat' tidak akan melakukan kemung-karan," kata Guan Eng membidas hujah pemimpin BN untuk kekal memilih parti

    itu."Kalau tak kenal (Pakatan), maka tak cin-

    ta. Selepas dah kenal, mesti jatuh cinta," katanya.

    Dalam pada itu kata Guan Eng turut mengalu-alukan rakyat Sabah dan Sarawak menyemak secara terperinci dasar, program dan pencapaian Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

    Malah kata Guan Eng, kerajaan Pulau Pinang turut menganjurkan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai tanda solidariti Pu-lau Pinang kepada penduduk di Sabah dan Sabah dalam semangat bersama Persekutu-an Malaysia.

    "Program ini ditaja sepenuhnya oleh ker-ajaan negeri. Kira-kira 5,000 anak Sabah dan Sarawak hadir dalam program yang perta-ma kali dianjurkan tahun ini," kata Guan Eng memaklumkan komitmen kerajaan negeri untu menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan.

    Ketika ditanya potensi DAP sebagai par-ti pilihan dalam pilihanraya negeri yang dijangkakan tahun depan, Guan Eng tidak menolak kemungkinan BN akan menggu-nakan taktik termasuk memperalat 'parti tempatan' untuk membakar sentimen ke-negerian dengan tujuan akhir menolak par-ti-parti Pakatan Rakyat.

    "Itu memang taktik lama BN. Namun yang penting kita kena buat kerja. Jangan omong kosong sahaja. Sebab itu kita jelma-kan projek Impian Sarawak, Sabah dan Ma-laysia. Kena buat kerja. Tak buat kerja, jan-gan harap dapat kemenangan," tegasnya.

    Menyatakan pendirian jelas DAP Guan Eng berkata, rakyat Sabah dan Sarawak wajar mempertimbangkan sebarang idea berhubung kedudukan kedua negeri dalam Persekutuan Malaysia.

    "Saya masih percaya dan yakin dengan prinsip Malaysia, dan Persekutan hanya wujud dengan adanya Sabah dan Sarawak.

    "Sekiranya makna kepada konsep Malay-sia hendak diupayakan semula, kita wajar memastikan keadilan dan kesaksamaan ekonomi dan sosial, mengangkat martabat hidup rakyat. Ini yang mahu kita betulkan. Ini yang mahu kita mulakan," ujar Guan Eng.

    AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer berkata, beliau hanyalah seorang lagi mangsa kerajaan Umno-BN yang menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menekan pemimpin Pakatan Rakyat.

    “Saya tidak terkejut dengan tuduhan ini. Saya percaya ini

    adalah sebahagian daripada siri pertuduhan Akta Hasutan yang dijatuhkan ke atas ahli politik Pa-katan oleh kerajaan Umno BN yang jelas mempunyai agenda politik,” katanya lagi ketika di-hubungi Roketkini.

    Ternyata tindakan itu berten-tangan dengan janji Perdana Men-

    teri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta itu yang asalnya digunakan untuk melawan komunis.

    Walaupun belum dimaklumkan sebab pertuduhan, ia dipercayai berikutan kenyataan ‘Umno cela-ka’ ketika sidang Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Pulau Pinang

    Mei lalu.“Saya hanya dimaklumkan oleh

    polis untuk hadir ke mahkamah esok. Belum jelas pertuduhan itu tentang apa,' katanya lagi.

    Rayer diwakil Ahli Parlimen Pu-chong Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ram Kar-pal Singh.

    Beliau adalah nama terbaru da-lam senarai panjang pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa di bawah akta lapuk itu, antaranya Teresa Kok (Seputeh), N Suren-dran (Padang Serai), Tian Chua (Batu), Nizar Jamaluddin (ADUN Changkat Jering) dan Khalid Sam-ad (Shah Alam).

    AKTA Hasutan diperkenalkan oleh kerajaan kolonial British sebagai Or-dinan Hasutan (Sedition Ordinance) pada tahun 1938 sebagai salah satu cara untuk membendung penentan-gan rakyat terhadap kerajaan penja-jah dan menyekat gerakan kemerde-kaan rakyat yang mula bangkit.

    Akta ini kemudian dipinda pada 1948 untuk menghalang perbincan-gan yang dikatakan sebagai meng-hasut. Pindaan kali ini menjadikan ucapan yang 'mempunyai kecend-

    erungan menghasut' sebagai suatu kesalahan jenayah.

    Menurut NGO hak asasi Lawyers For Liberty dalam hujah di Mah-kamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei 2014, Akta Hasutan tidak mengi-kut lunas Perlembagaan Malaysia kerana tidak pernah dibahas atau diluluskan di Dewan Rakyat.

    Justeru takrifan kecenderungan menghasut mengikut undang-un-dang ini begitu luas, dibimbangi kri-tikan terhadap kerajaan akan diang-

    gap sebagai menghasut.Sekiranya pendakwaan dibuat, ia

    bercanggah dengan Perkara 10 Per-lembagaan Persekutuan iaitu ke-bebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

    Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ma-laysia (SUHAKAM) pada 17 Mei 2014 menyatakan, Akta Hasutan turut bercanggah dengan Artikel 19 Peri-sytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

    Hari Malaysia: Pakatan usaha rapatkan hubungan Semenanjung-Malaysia Timur

    Rayer tidak terkejut jadi mangsa Akta Hasutan BN

    Bercanggah Perlembagaan Persekutuan, hak asasi

    BOLEH DIDAKWA TANPA BUKTI

    Apabila seseorang dihadapkan ke mahkamah atas tudu-han di bawah Akta Hasutan maka prinsip yang dipakai berdasarkan kes-kes akta hasutan sebelum ini ialah:

    l Niat tertuduh tidak perlu dibuktikan

    l Tidak perlu dibuktikan kenyataan yang dikeluarkan bersifat menghasut atau boleh mengancam keamanan negara

    l Pendakwa tidak perlu menyatakan secara terperinci kecenderungan menghasut yang munasabah untuk digunakan terhadap tertuduh

    l Apa yang perlu dibuktikan pendakwa ialah kenyataan tersebut dibuat oleh tertuduh

  • 3SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

    Oleh LIM KIT SIANG

    MALAYSIA sebagai sebuah nega-ra yang berbilang kaum dan bu-daya telah melalui pelbagai ujian dan cabaran.

    Proses ini telah mematangkan-nya sebagai negara yang mem-punyai kesedaran untuk maju sebagai satu bangsa, tanpa men-gira latar belakang kaum, aga-ma dan warna kulit bagi mem-bina sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan makmur.

    Masalahnya cuma masih ter-dapat beberapa pihak yang cuba mencemarkan keharmonian dan semangat kenegaraan dengan sikap memecah-belah, tidak bertoleransi dan menggunakan nilai-nilai perkauman sebagai senjata politik mereka.

    Rasa sayang dan cinta kepada negara boleh ditunjukkan den-gan banyak cara.

    Mereka yang terdahulu telah berkorban nyawa dan harta-ben-

    da untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan yang kita rasai hari ini.

    Semangat itu harus diteruskan dengan menyambung perjuan-gan mereka menentang ketida-kadilan, kezaliman, dan mengisi kemerdekaan dengan memper-juangkan sebuah negara yang adil, demokratik dan makmur.

    Hari Kemerdekaan mestilah diraikan sebagai satu seruan untuk terus memperjuang-kan kebebasan, demokrasi dan hak asasi seluruh rakyat dalam sebuah negara yang bebas dan bersatu-padu.

    Kita mesti meneruskan usaha untuk terus merdeka dan bebas daripada sebarang penindasan dan penjajahan minda oleh ma-na-mana pihak, serta menghor-mati perbezaan budaya dan ag-ama sebagai suatu ciri istimewa negara Malaysia yang kita cintai.

    Selamat ulang tahun kemerde-kaan yang ke-57.

    TANGGAL 31 Ogos 1964, tertegak Batu Sumpah Peringatan Mengi-kut Perlembagaan di Keningau se-bagai tanda peringatan terhadap jaminan hak-hak Sabah dijaga se-

    lepas penubuhan Malaysia.Namun selepas lebih 50 tahun,

    jaminan tersebut hanya tinggal sebagai kata-kata, apabila rak-yat di sana masih terpinggir dan

    berterusan ditindas oleh kerajaan negeri dan juga persekutuan.

    Kemudahan asas yang da’if, rampasan tanah di kawasan peda-laman dan pencerobohan secara

    sewenang-wenangnya oleh orang asing menjadi mercu tanda kega-galan BN di Sabah dan Sarawak.

    Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2009, Sa-

    bah mendahului senarai negeri termiskin (kadar kemiskinan 19.7 peratus), manakala Sarawak pada kedudukan ketiga (kadar kemi-skinan 5.3 peratus).

    TANGGAL ulang tahun ke-51 ke-merdekaan Sarawak, Pakatan Rak-yat mengumumkan Pelan Borneo bagi mengangkat semula darjat Sa-bah dan Sarawak yang bersama-sa-

    ma Malaya membentuk Malaysia.Tujuh perkara itu diumumkan

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sam-butan ulang tahun itu di Kuching,

    22 Julai lalu.Adun Sri Tanjong Chan Foong

    Hin menyifatkannya sebagai de-tik bersejarah dan membuktikan penghargaan Pakatan Rakyat terh-

    adap peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara.

    “Tidak ada Malaysia tanpa Sar-awak dan Sabah. DAP Sabah akan terus bekerjasama dengan Pakatan

    Rakyat Sabah bagi mendapatkan persetujuan meletakkan kepentin-gan Sabah dan Malaysia menga-tasi perhitungan pilihanraya parti mana pun,” katanya.

    MERDEKA SEBAGAI SERUAN KEBEBASAN

    51 tahun jaminan Batu Sumpah dimungkiri

    Pelan Borneo angkat darjat Sabah, Sarawak

    Tujuh perkara Pelan Borneo

    l Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua warga.

    l Memperakui tiga hari kebangsaan: 31 Ogos (kemerdekaan Malaya dan Sabah), 22 Julai (kemerdekaan Sarawak) dan 16 September (Hari malaysia).

    l Reformasi ekonomi dan pembangunan dengan perkongsian kemakmuran pusat-negeri.

    l Royalti minyak 20 peratus.

    l Pengarah Petronas dari Sabah, Sarawak dan negeri pengeluar lain.

    l Suruhanjaya bagi membetulkan serta mencegah pemberian hak kepada warga asing di Borneo.

    l Hak orang asal terhadap tanah adat dan alam sekitar melalui institusi perwakilan daripada setiap komuniti.

    l Memastikan penglibatan lebih ramai anak Borneo ke dalam pentadbiran dan biasiswa.

    l Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menilai kejayaan dan hubungan antara negeri dan Persekutuan ketika tahun pertama Pakatan mentadbir negara, selama tiga tahun.

    “Hari Kemerdekaan mestilah diraikan sebagai satu seruan untuk terus memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan hak asasi seluruh rakyat dalam sebuah negara yang bebas dan bersatu-padu”

  • 4SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    EDITORIALEDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFIPENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOFGRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS

    facebook/roketkini twitter@[email protected]

    AKHIRNYA Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim men-emui DYMM Sultan Selangor untuk meletak ja-watan. Sekali imbas, krisis kepimpinan di Selan-gor sedang menuju penghujungnya, walaupun keadaan masih rumit.

    Penangguhan perkenan baginda Sultan ter-hadap peletakan jawatan Khalid itu sehingga diputuskan penggantinya tidak rumit atau luar biasa. Sebaliknya, yang menggawatkan Paka-tan Rakyat ialah apabila pimpinan setiap satu parti anggotanya dititahkan menghantar se-kurang-kurangnya tiga nama calon MB.

    Pada malam selepas kenyataan titah dikelu-arkan istana, DAP dan PKR memilih untuk mem-pertahankan prinsip Raja Berperlembagaan dengan tetap mengemukakan hanya satu nama sebagai pengganti MB, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Bagaimanapun, sejak sekurang-kurangnya sebulan lalu, krisis Selangor ini tidak lagi han-ya berkisar pada kerusi MB. Ia sebaliknya telah menyingkap sekian banyak isu yang selama ini hanya merupakan riak di bawah permukaan Pa-katan.

    Antaranya, terdapat kelompok dalam PAS yang cenderung kepada kerjasama dengan Umno demi meneruskan politik perkauman dan keagamaan yang meminggirkan hak kaum dan

    Penegasan semula tekad Pakatan

    NOTA EDITOR

    The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

    Oleh TARMIZI ANUWAR

    “Sistem pendidikan mestilah memainkan per-anan yang penting di samping sistem-sistem negara yang lain. Sistem pendidikan bukan saja mengajar ilmu pengetahuan tetapi mes-tilah juga menciptakan keadaan mental yang bersesuaian dengan masyarakat negara ini. Ianya hendaklah menuju ke arah memben-tuk satu ‘Bangsa’ di mana setiap seorang dap-at melepaskan diri daripada belenggu dan pergeseran akibat tuntutan-tuntutan kaum.” - Mahmod Kitom

    Pada tahun 1968, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah menganjurkan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan. Di sana beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan hasil perbincangan simposium tersebut memberi kesan kepada pembangunan pendidikan dalam negara. Pendidikan merupakan sesuatu yang luhur kerana ia (pendidikan) bisa menjadi agen perpaduan pelbagai kaum khususnya di Ma-laysia tanpa pemaksaan, bahkan dengan rela hati.

    Antara kertas kerja yang penting adalah ‘Pendidikan dan Pembangunan Negara’ oleh Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh. Be-liau meletakkan asas sesebuah negara adalah tanah dan orang. Lanjutnya, Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang pengenalan tanah mendahului pengenalan orang, iaitu Malaysia telah mencapai kemerdekaan teta-pi masih dalam proses pembinaan sebuah negara ‘Bangsa’. Terdapat juga negara yang mencapai tahap pengenalan orang menda-hului pengenalan tanah seperti Israel dan yang mencapai pengenalan tanah dan orang secara bersama seperti Indonesia.

    Malaysia dalam fasa pembinaan orang bagi membina sebuah negara bangsa me-merlukan sistem pendidikan yang bersifat merentasi kaum dalam pelbagai aspek. Awang Had Salleh menyarankan pendidi-kan perlu digerakkan ke arah pembentukan peribadi kanak-kanak perseorangan sesuai dengan masyarakat demokrasi, pemben-tukan satu bangsa yang terdiri daripada berbagai kaum yang masing-masing dapat melepaskan diri daripada belenggu prasang-ka kaum dan pembekalan tenaga manusia untuk kemajuan ekonomi negara.

    Saya berpendapat bahawa setelah 46 ta-hun simposium ini dan Seminar Pendidikan di Malaysia 1968 diadakan, setelah 58 tahun Penyata Razak 1956 diwujudkan, dan setelah 54 tahun Penyata Rahman Talib dipersetu-jui, rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga golongan jenis masyarakat. Golongan per-tama tidak peduli akan perihal yang berlaku di persekitarannya dan hanya sibuk dengan dirinya sendiri. Kedua adalah golongan yang sederhana sifatnya – boleh berkongsi dan bertolak ansur antara kaum. Golongan ket-iga adalah ekstremis atau pelampau yang suka mengambil kesempatan apabila timbul isu melibatkan perselisihan kaum dan aga-ma.

    Saya menyebut Penyata Razak 1956, Pen-

    yata Rahman Talib 1960, Seminar Pendidi-kan di Malaysia 1968, dan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan 1968 kerana keem-pat-empat perkara ini adalah merupakan antara usaha terawal untuk membangun-kan sistem pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. Keempat-empat ini jugalah yang telah melahirkan tiga jenis golongan masyarakat seperti saya nyatakan tadi. Golongan yang pertama dan ketiga ada-lah reaksi negatif, manakala golongan kedua adalah reaksi positif daripada tujuan asal sis-tem pendidikan yang dibina.

    Bagi golongan pertama, mereka biasanya adalah individu yang lebih cenderung untuk menguruskan hal-hal peribadi dan keluar-ga tanpa berminat untuk turut serta dalam pembangunan masyarakat dan negara. Mereka hanya berminat melakukan rutin harian dan hanya akan terngadah apabila sesuatu perkara terkena kepada diri sendiri atau keluarga. Golongan ini tidaklah berba-haya berbanding golongan ketiga, iaitu eks-tremis, kerana golongan ini tidak sibuk men-cari masalah dengan pihak lain.

    Prof. Dr. Yusuf Qardawi menggariskan enam ciri-ciri ekstremis iaitu fanatik den-gan sesuatu pendapat dan tidak mengakui pendapat orang lain; mewajibkan sesuatu kepada menusia sesuatu yang tidak diwajib-kan Allah kepada mereka; memperberatkan yang tidak kena pada tempatnya; sikap kasar dan keras; buruk sangka terhadap manusia; dan terjerumus ke dalam jurang pengkaf-iran. Kebiasaannya di Malaysia pada hari ini kita boleh lihat bagaimana ciri-ciri di atas se-cara jelas berlaku di sekeliling kita.

    Timbul persoalan apakah mereka yang berpegang secara kuat dan serius kepada kepercayaan mereka adalah ekstremis. Sela-gi sesuatu kelompok berpegang kepada ke-percayaan sendiri tanpa memaksa orang lain menerima dan meninggalkan kepercayaan tersebut, mereka tidaklah boleh diang-gap sebagai ekstremis. Biasanya ekstremis merasakan selain daripada dia (atau gurun-ya) adalah salah dan semua perlu mengikuti pandangannya.

    Golongan yang kedua adalah golongan yang diidam-idamkan oleh sistem pendidi-

    kan yang sebenarnya. Tanpa mengira kaum, setiap individu cuba membina sebuah mas-yarakat dan negara yang penuh dengan ke-harmonian dan kesaksamaan. Saya perlu bersetuju apabila Mahmod Kitom menya-takan bahawa sistem pendidikan perlulah membentuk satu ‘bangsa’ di mana setiap seorang dapat melepaskan diri daripada be-lenggu dan pergeseran akibat tuntutan-tun-tutan kaum. Bahkan saya menambah perlu adanya hak sama rata antara rakyat khusus-nya dari sudut kewarganegaraan.

    Dr. Jasser Auda semasa memberikan uca-pan peluncuran buku terjemahan Mudahn-ya Maqasid Syariah di UNITEN pada 30 Mei 2014 tempoh hari menyatakan bahawa isu kalimah Allah di Malaysia ini hanya isu yang terpencil pada pandangannya. Banyak isu yang lebih besar perlu diberikan perhatian seperti kemiskinan, kesihatan awam dan kewarganegaraan. Dalam isu kewarganega-raan tidak perlu lagi ada warganegara kelas pertama atau kelas kedua tetapi semuanya perlu sama rata. Dalam konteks Malaysia, semua kaum – Melayu, Cina, India, atau apa sahaja kaum yang lahir dan hidup berpuluh tahun bersama – sewajarnya perlu diberikan hak yang sama rata.

    Dasar pendidikan yang dijalankan di Ma-laysia ini masih memerlukan penambahbai-kan dari semasa ke semasa. Mutu pendidi-kan yang diidamkan masih belum mampu untuk dicapai. Kondisi demokrasi dan per-hubungan kaum masih boleh dipersoalkan akan kemurniannya. Kita memerlukan lebih ramai orang dalam tanah Malaysia ini ter-us berfikir secara rasional dan bersangka baik antara satu sama lain, melihat bahawa dasar-dasar yang pernah dilaksanakan sebe-lum ini sebagai sesuatu yang anjal dan bukan statik melalui konsep demokrasi yang luhur.

    Rujukan:- Dasar Pendidekan Di-Malaysia: Apa PBMUM dan PKPIM Persoalkan (1969).- Yusuf Qardawi, Islam ‘Ekstrem’: Suatu Analisis dan Cabaran Terhadap Kebangkitan Islam (2002).

    PENDIDIKAN DAN BANGSA MALAYSIA

    Krisis Selangor ini tidak lagi hanya berkisar pada kerusi MB. Ia sebaliknya telah menyingkap sekian banyak isu yang selama ini hanya merupakan riak di bawah permukaan Pakatan.

    UTAMA

    penganut agama lain.Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang sendi-

    ri dilaporkan mengakui dalam mesyuarat Ja-watankuasa PAS Pusat pada malam 25 Ogos lalu bahawa beliau telah menawarkan Timbal-an Presiden PKR Mohamad Azmin Ali untuk menyertai PAS dan menjadi menteri besar me-nerusi kerjasama dengan Adun PAS, Umno dan Khalid. Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada petang 26 Ogos.

    Perkembangan sebegini menyebabkan keper-cayaan masyarakat, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat, terhadap PAS semakin luntur. Paling dipersoalkan, komitmennya terhadap pembentukan sebuah negara yang memelihara hak dan kebajikan semua warga secara saksa-ma, tanpa mengira keturunan dan agama.

    Walhasil, perkara yang paling menjadi per-soalan sekarang ialah masa depan Pakatan Rakyat. Jika krisis ini berjaya diharungi dengan mengekalkan Selangor di bawah penguasaann-ya sekali pun, yang akan tinggal hanya jasad Pa-katan – melainkan jika ruh dan semangat yang menyalakan Pakatan sejak awal pembentukan-nya dihidupkan semula menerusi proses pem-benahan diri setiap parti, pengukuhan kerjasa-ma dan penegasan semula komitmen terhadap usaha pembentukan negara yang makmur dan adil untuk semua.

  • 5SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIARENCANA

    Oleh MUJAHID YUSOF RAWA

    PAKATAN RAKYAT (PR) mempunyai masa depan depan yang cerah, namun kenyataan ini tidak datang tanpa sebarang syarat dan cabaran.

    Setakat ini mekanisme untuk perubahan politik berjaya dimainkan oleh PR walaupun terdapat beberapa kocakan di sana-sini ter-masuk krisis di Selangor.

    Proses perubahan politik di Malaysia tidak akan lari dari membawa bersamanya pakej perpaduan kerana dinamik kemajmukan kaum di Malaysia merupakan ciri utama ne-gara ini.

    Mengapa perlu perubahan?

    Persoalan ini bermula sebagai langkah awal untuk menentukan langkah-langkah selanjutnya. Sepanjang sejarah politik Ma-laysia, pembangkang tidak berhenti untuk bersaing dengan parti pemerintah, na-mun persaingan dahulunya adalah dalam kerangka pemikiran ‘pembangkang’. Dengan kata lain, proses persaingan kuasa secara demokratik tertumpu pada poket-poket ta-pak kuasa yang berselerak. Paling besar pun penguasaan PAS ke atas Kelantan dan be-berapa penguasaan DAP ke atas kerusi-keru-si panas di Pulau Pinang, Melaka dan Perak sebelum era PR.

    Hari ini PR telah berjaya menyusun kes-elerakan ini dengan menyatukan langkah, bukan hanya untuk menjadi pembangkang, tetapi telah berganjak untuk persaingan kua-sa ke pemerintahan di Putrajaya.

    Anjakan pemikiran ini telah cukup men-yatakan desakan kepada perubahan politik kini menjadi agenda rakyat terbanyak ker-ana rejim lama Barisan Nasional (BN) telah membiarkan isu rasuah, kroni, dan perkau-man sempit menular dalam sistem pemerin-tahan. Walaupun usaha membanteras per-masalahan itu dibuat tetapi parahnya tidak terubat lewat azam politik BN.

    Pakej perpaduan

    Perpaduan nasional menjadi dasar wajib bagi setiap proses politik di negara ini dan mana-mana parti yang tidak mendepani keperluan ini secara meyakinkan akan gagal melakukan perubahan.

    Selama ini BN membawa konsep pecah dan perintah melalui peranan parti-par-ti politik berasaskan perkauman seperti UMNO menjaga kaum Melayu, MCA menja-ga kaum Cina manakala MIC melihat keperl-uan kaum India.

    Sabah dan Sarawak pula diwakili oleh par-ti lokal yang memperjuangkan nasib suku kaum masing-masing dan bergabung den-gan BN. Dominasi UMNO adalah atas asas negara mempunyai majoriti Melayu dan menjadi faktor penentu.

    Model PR pula membuat percubaan baru dengan melihat kepentingan setiap kaum tidak diagih-agihkan melalui parti-par-ti politik kaum tertentu tetapi setiap parti komponen PR mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap semua kaum di Malaysia.

    Rakyat berbilang kaum mempunyai pel-uang lebih luas untuk menyokong mana-ma-na parti yang mereka suka tanpa rasa bersa-lah. Percubaan ini mudah dilakukan oleh PR kerana kenyataannya ialah DAP, PKR dan PAS pada asasnya bukanlah parti perkauman.

    Kerangka negara yang mengidamkan set-iap rakyat tidak dicamkan melalui kaumnya tetapi melalui kerakyatannya sebagai orang Malaysia sudahpun ada acuannya dalam proses politik PR.

    Mengekalkan asas kenegaraan kitaTerbinanya Malaysia adalah atas asas seja-

    rah dan budaya yang panjang. Debat naratif kemunculan negara ini tetap menjadi per-debatan akademik sehingga terbawa-bawa kepada modal politik.

    Namun adalah penting untuk kita meneri-ma titik persefahaman bersama dalm perde-batan naratif kita, iaitu asas Perlembagaan Persekutuan dan asas sosio-budaya yang memandu polemik perkauman di negara ini.

    PR telah sampai kepada tahap kesedaran yang tinggi terhadap keperluan ini apabila satu Kerangka Dasar Persefahaman Bersa-ma (CPF) telah ditandatangani oleh ketiga-ti-ga parti pada tahun 2009 di Shah Alam.

    Ini penting untuk diingatkan berulangkali bahawa penegasan konsep asas kenegaraan menjadi agenda utama untuk mencapai maksud perpaduan nasional dalam usaha PR membawa perubahan politik di negara ini.

    Islam dan kebebasan beragama, Melayu dan Raja-Raja Melayu serta Bahasa Malaysia adalah asas negara ini yang diperjuangkan oleh ketiga-tiga parti, sekaligus menjawab fitnah bahawa PR akan mengubah struktur dan prinsip kewujudan negara ini.

    Advokasi dasar dan perpaduan

    Kesedaran kepada perubahan politik dan keyakinan PR kepada kerangka asas nega-ra ini tidak cukup tanpa pengisian kepada dasar-dasar pemerintahan yang mahu me-martabatkan hak rakyat dan memperbaiki tiga rangkai asas kepemerintahan.

    PR telah memperkenalkan Buku Jingga dan kemudiannya Manifesto Bersama da-lam promosi politik mereka dan telah ber-jaya membawa debat rakyat pada tahap advokasi dasar dan bukan debat sentimen.

    Ia telah berjaya menarik minat rakyat berbilang kaum untuk tertumpu kepada me-menuhi keperluan asas daripada diseret dan diheret kepada perdebatan destruktif per-kauman dan prejudis.

    Secara tidak langsung PR berjaya memec-ahkan kecenderungan pengundi daripada mengundi atas sentimen perkauman ke-pada mengundi atas keyakinan dasar yang diperkenalkan.

    Secara praktikal, peralihan ini telah men-gurangkan situasi meruncing perkauman le-wat corak pengundian, dan ini terbukti apa-bila calon Melayu daripada PR boleh menang selesa dalam kawasan bercampur-aduk pen-gundinya dan begitu juga sebaliknya.

    Sabah dan Sarawak

    Istilah integrasi nasional dalam pemaha-man dasar perpaduan adalah dirujuk kepa-da Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak perlu menjadi sebahagian dari agenda besar perubahan politik.

    Pendekatan PR ialah cuba untuk meyak-inkan orang Sabah dan Sarawak bahawa mereka memerlukan parti bersifat nasional untuk memperjuangkan nasib mereka kera-na ia akan menjadi lebih kuat untuk Sabah dan Sarawak diintegrasikan.

    PR telah membawa hasrat ini dalam me-letakkan calon-calonnya, dan agenda pem-bangunan PR di Sabah dan Sarwak ialah mengembalikan kekayaan negeri itu untuk dibangunkan infrastruktur dan jalanraya yang masih ketinggalan.

    Dasar kebebasan beragama yang lebih progresif oleh PR memberi peluang kepada Sabah dan Sarawak untuk disatukan, ber-beza dengan dasar BN terhadap kebebasan beragama dan isu kalimah “Allah” yang telah mencederakan proses integrasi nasional.

    Hambatan

    Tidak mudah untuk peralihan proses politik ini berlaku dengan licin dan lancar

    kerana kebiasaan budaya politik yang ter-pakai selama ini.

    Namun, untuk memudahkan proses, PR juga perlu cepat memperbaiki cara ketiga parti menguruskan permasalahan mereka, khususnya dalam negeri yang PR kuasai.

    Tahap retorik bahawa PR ada ‘tongkat sakti’ untuk menyembuhkan segalanya su-dah berlalu kerana pengundi PR mahu me-lihat semua dasar yang diperjuangkan dap-at dipraktikkan di negeri yang dikuasai PR.

    Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan senantiasa diperhatikan sejauh manakah PR dapat “walk the talk”.

    Kedua, ketautan ketiga-tiga parti dalam semangat PR mesti dikekalkan kerana ke-gagalan hanya akan mengiyakan tangga-pan bahawa PR lemah dalam kesatuan mereka dan ini satu isyarat tidak baik untuk persepsi rakyat.

    Permasalahan struktural di setiap per-ingkat juga perlu diselesaikan kerana da-lam budaya tidak ada parti yang dominon perundingan dan persefahaman amat diperlukan.

    Bagaimana ini akan berlaku jikalau PR gagal membentuk struktur yang menjadi medium segala permasalahan untuk diba-wa ke meja rundingan?

    Ketiga, usaha PR akan senantiasa di-ganggu oleh kumpulan perosak bangsa dan negara yang mahukan negara ini ter-us bersengketa melalui perkauman sempit mereka.

    Kad perkauman sentiasa di dada mereka menanti waktu untuk dikeluarkan dengan harapan itulah peluangnya yang terakhir untuk terus kekal berkuasa.

    Malangnya ada pihak yang bersedia dila-curkan untuk menjadi lidah penyambung cetusan kebencian dan menyemai bibit perpecahan.

    Oleh itu, setiap parti PR kena tegas dan tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang memperjuangkan nilai ra-sisme di negara ini.

    Kempat, untuk memastikan perpaduan terus kekal, PR mesti konsisten menyata-kan sikap mereka terhadap budaya eks-tremisme merentasi semua kaum dan ag-ama.

    PR harus jujur untuk tidak meletakkan budaya perosak ini atas kaum atau agama tertentu sahaja. Penyakit ekstremisme wu-jud di mana-mana platfom, termasuk eks-tremisme sekular-liberal sebagai pemikiran.

    Akhirnya semua ini tidak akan mencapai kata sepakat dalam penyelesaiannya selagi parti masing-masing gagal menyesuaikan kepentingan partinya dengan kerangka yang lebih besar pembinaan gagasan nega-ra bangsa.

    Di sinilah setiap parti politik perlu melaku-kan reformasi dalaman dari sudut struktur, sumber manusia, budaya dan politik dala-mannya.

    Asas rejuvenasi (peremajaan) parti-par-ti dalam PR ialah mempunyai kepimpinan yang mampu mengekalkan ideologi partin-ya dan mengadaptasi dirinya dalam suasa-na perubahan dan desakan munculnya poli-tik baharu negara Malaysia.

    Mengimbangi dua keadaan ini memerlu-kan azam politik yang tinggi dan cara ‘men-gurus kejutan’ yang efektif.

    *Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS

    PAKATAN RAKYAT DAN MASA DEPAN PERPADUAN

    Proses perubahan politik di Malaysia tidak akan lari dari membawa bersamanya pakej perpaduan kerana dinamik kemajmukan kaum di Malaysia merupakan ciri utama negara ini.

  • 6SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAWAWANCARA

    Terbaru, kerajaan Pulau Pinang cuba untuk mengembalikan semu-la pilihanraya kerajaan tempatan. Bagaimana hasilnya dan apa reaksi orang ramai terhadap usaha penglib-atan secara bersama dalam proses membuat keputusan?

    Itu kemuncak usaha kita untuk kemba-likan demokrasi kepada rakyat. Sungguh pun tidak berjaya di mahkamah untuk memastikan ahli majils dilantik mel-alui pilihanraya kerajaan tempatan, kita teruskan usaha libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan. Contohnya projek perumahan PPR di Jalan Sungai, George Town. Dahulu jika mengecat ban-gunan, warna dipilih pentadbir, tapi kali ini rakyat yang membuat pilihan. Kita membuat keputusan berdasarkan pilihan majoriti. Kita bantu orang ramai pulih-kan, hidupkan dan mencantikkan semula PPR dengan kos RM2.3 juta.

    Saya rasa hampa usaha kita gagal di peringkat akhir. Tapi kita akan terus li-batkan rakyat dalam proses membuat keputusan. Kita takkan putus asa, kerana ini adalah prinsip dan asas demokrasi. Kalau kita boleh memilih Perdana Men-teri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Un-dangan Negeri, mengapa kita tidak boleh pilih Datuk Bandar atau Ahli Majlis? Ini perjuangan demokrasi untuk memart-abatkan kuasa rakyat.

    Pulau Pinang mengangkat golongan minoriti dalam dasarnya sehingga

    dihormati kawan dan disegani lawan politik. Apa yang dilakukan kerajaan negeri sehingga orang ramai sering menyebut Pulau Pinang sebagai mod-el baik pentadbiran?

    Kita mendapat sambutan yang sangat baik dari pihak swasta dan kementerian tertentu. Contohnya Kementerian Pelan-congan. Dahulu hubungannya tidak be-rapa baik, tetapi sekarang menterinya lebih matang. Peningkatan pelancong ke Pulau Pinang sebenarnya menguntung-kan Kerajaan Pusat. Maka, kementerian tersebut memutuskan, mengapa tidak jika diadakan kerjasama?

    Begitu juga usaha menarik pelabur ke Pulau Pinang. Yang mendapat man-faat besar melalui cukai dan sebagainya adalah kerajaan Pusat. Dalam perkara ini tidak usah kita bermain politik, kelak memakan diri. Kita jangan bersikap ‘meludah ke langat, nanti jatuh ke muka sendiri’.

    Untuk mengangkat hak minoriti, Pu-lau Pinang contohnya menubuhkan Pu-sat Dialisis CAT. Kita negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan pusat di-alisis untuk mereka yang kurang berke-mampuan. Malah, kita bercadang untuk menubuhkannya di setiap daerah dan bermula di kawasan kampung di Balik Pulau. Pada awalnya orang ramai ragu-ragu. Namun atas kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta, langkah ini kemudiannya dipuji.

    Kerajaan Pulau Pinang turut menyum-

    bangkan wang bantuan kepada pemandu teksi sebanyak RM600 setahun. Kita sa-tu-satunya negeri di Malaysia yang men-jalankan dasar ini sampaikan pemandu teksi di negeri lain ‘merah mata’. Dalam masa sama mereka kagum dengan cara Pulau Pinang mengambil berat terhadap kebajikan pemandu teksi. Begitu juga dengan bantuan RM100 sebulan kepada penarik beca.

    Usaha ini kita lakukan secara berper-ingkat. Yang penting kita gigih dan ber-tegas untuk terus mara dan mencapai matlamat.

    Bagaimana hubungan kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti yang dengan berbeza dengan kerajaan Persekutuan? Apakah Pulau Pinang dianaktirikan, atau geran tahunan Pusat kepada negeri dilewatkan sep-erti yang berlaku kepada Kelantan sebelum ini?

    Bergantung kepada jenis kementerian. Ada kementerian tertentu yang sedikit payah – ‘Siapa makan cili, dia rasa pedas’. Tetapi kita mencapai kemajuan yang ke-tara dari sudut peningkatan pelancong asing dan pelaburan. Pulau Pinang me-mentingkan pelaburan berkualiti supaya rakyat ditawarkan pekerjaan berpendap-atan tinggi. Contohnya industri kreatif dan sektor perkhidmatan.

    Kerajaan Pusat hanya menyerahkan (geran tahunan) mengikut apa yang din-

    yatakan dalam undang-undang. Sekadar itu sahaja. Berbanding kerajaan Pusat, Pulau Pinang masih ada lebihan. Bonus yang Pulau Pinang beri kepada kakitan-gan kerajaan negeri lebih tinggi berband-ing yang diberikan kerajaan Pusat. Tahun ini Pusat, memberikan bonus RM500, sebaliknya Pulau Pinang memberikan bonus setengah bulan gaji, atau minima RM600.

    Umno merasa terancam dengan kem-pen keahlian baru yang giat dijalan-kan sehinggakan ‘duta’ DAP calon PRK Teluk Intan Dyana Sofya, Young Sepura, bahkan Sekolah Demokrasi anjuran Roketkini.com diserang me-dia Umno-BN. Apa pandangan Sau-dara berhubung perkara ini?

    Kita ada rekod untuk membuktikan ba-hawa kita boleh membawa perubahan. Apa gunanya jika anda sebagai sebuah parti Malaysia yang terdiri dari semua kaum tiada satu pun rekod dan bukti kukuh bahawa parti anda boleh memba-wa perubahan positif kepada rakyat?

    Bagi DAP, kita di Pulau Pinang ada re-kod. Pentadbiran kita adil untuk semua. Terbaru, kerajaan negeri menyumbang-kan RM1,000 kepada pelajar baru yang mengikuti kursus peringkat diploma dan sarjana muda. Bantuan ini telah dijalan-kan selama tiga tahun. Begitu juga un-tuk bantuan lain untuk warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

    Pelbagai dasar pro-rakyat dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang, antaranya belanjawan peka gender, usaha mengem-balikan pilihanraya kerajaan tempatan dan pewartaan Enakmen Kebebasan Mak-lumat 2010. Semuanya diusahakan demi mewujudkan pentadbiran yang cekap, ber-tanggungjawab dan telus.

    Paling jelas usaha melibatkan orang ra-mai dalam proses membuat keputusan. Namun hasil yang terpapar diperoleh bu-kan semudah yang disangka. Laluan getir merencana dasar, selain diplomasi dan budi-bicara bersama rakyat perlu dipertim-bangkan.

    Ikuti temubual Roketkini dengan Sau-dara Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, yang membicarakan isu politik pen-tadbiran, cabaran terhadap DAP, peranan negeri dalam semangat Persekutuan selain peranan pengundi muda dalam konteks cabaran politik masa depan.

    “MUAFAKAT SANGAT PENTING DI KALANGAN KELUARGA PAKATAN”

  • 7SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAWAWANCARA

    Program ini memberikan manfaat kepada hampir semua rakyat di Pulau Pinang. Mereka buat perbandingan an-tara sekarang dan dahulu. Walaupun kita tak dapat bantuan dari kerajaan Pusat, tetapi oleh kerana Pulau Pinang adalah kerajaaan yang bersih, kita dapat menji-matkan wang untuk kegunaan rakyat.

    Bermakna asas sokongan untuk kita kukuh. Masalahnya hanya orang di Pulau Pinang sahaja yang tahu mengenai per-kara ini. Kemudian mereka cuba fitnah, tetapi tindakan itu takkan berhasil. Kera-na jika kita bertanya sendiri kepada pen-duduk Pulau Pinang, mereka akan men-jawabnya dan mentertawakan fitnah itu.

    Oleh itu, kita memerlukan muka-muka baru yang boleh menarik perhatian dan menawan hati. Dulu mungkin tak ada pihak yang boleh hebahkan perkara ini. Itu yang membuatkan mereka rasa ter-ancam. Maka digunakan isu perkauman, namun tetap tak berjaya, lebih-lebih lagi di Pulau Pinang.

    Kita buat risalah, tetapi macam tak sampai ke sasaran. Baik, sekarang kita manfaatkan muka baru yang menyer-tai DAP dan tahu prestasi kita di Pulau Pinang. Mereka boleh menceritakan ke-jayaan kita di kawasan-kawasan lain. Langkah ini ada kesannya, tapi bukan sehari dua. Kita boleh melihat pemba-haruan namun memerlukan masa yang panjang.

    Itulah makna perjuangan. Kata Soekar-no, “berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku goncangkan dunia.”

    Bagaimana strategi untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Pa-katan Rakyat secara umum dan DAP secara khusus? Cabaran ini dirasai aktivis akar umbi terutamanya ber-depan warga tua dan pengundi luar bandar, dan bagaimana Pakatan Rak-yat mengupayakan sayap pemuda?

    Ada dua syarat, iaitu ‘syarat negatif dan syarat positif ’. Syarat positif ialah mem-perkasakan organisasi dan publisiti par-ti. Syarat negatif ialah kita perlu ingat-kan kepada rakyat Malaysia bagaimana mungkarnya pentadbiran BN. Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, masa-lah integriti dan akhlak. Itu yang perlu kita terus usahakan. Tentulah ini kerja yang sukar, namun tidak ada jalan pintas.

    Menyebut usaha memperkasakan jen-tera, kita tahu media BN akan digunakan, dan DAP tidak boleh bergerak sendirian. Ia memerlukan bantuan parti rakan PKR dan PAS. Lebih-lebih lagi dalam perse-diaan menuju pilihanraya umum ke-14 dan pilihanraya negeri Sarawak.

    Ketua pemuda parti-parti Pakatan Rak-yat – Teo Kok Seong, Nik Nazmi, dan Su-haizan Kayat – saya yakin mereka mampu bekerjasama sebagai satu pasukan. Un-tuk orang muda, isunya masih sama iaitu masalah ekonomi. Mahasiswa yang ta-mat pengajian susah mendapatkan kerja. Kalau dapat kerja tak cukup untuk berbe-lanja. Isu seperti ini yang perlu diperluas dan selalu diberi tumpuan.

    Kita lihat kepada dasar bersama Paka-tan Rakyat. Ada banyak idea-idea baru

    yang bernas. Saya rasa Pakatan Rakyat perlu lebih banyak membuat penjela-san dengan menumpukan kepada isu ekonomi. Muafakat sangat penting di kalangan keluarga Pakatan Rakyat. Mua-fakat kita berdasarkan prinsip bersama demi rakyat.

    Konvensyen DAP baru-baru memba-wa tema ‘Politik Baru’. Barangkali pada pandangan anak-anak muda, ‘Politik Baru’ mungkin kebebasan mutlak sehingga melanggar disiplin dan Whip parti. Apakah politik baru yang dimaksudkan DAP?

    Saya rasa yang itu bukan politik baru, itu politik lama, mungkin politik mu-nafik. Politik baru yang kita maksudkan adalah yang ‘cakap serupa bikin’. Akhirn-ya apabila kita membuang undi, mereka pun tertakluk kepada Whip.

    Politik baru ini untuk rakyat. Apa guna kita cakap-cakap tapi kehidupan rakyat tak terjamin. Yang kedua, berikan pel-uang kepada wanita serta orang muda. DAP memberi peluang besar kepada orang muda dan wanita yang tidak per-nah diberikan sebelum ini. Inilah dia politik baru yang kita ketengahkan.

    Bagaimana Saudara sebagai Setiau-saha Agung DAP melihat masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan seka-rang yang seakan-akan sukar untuk bersama kerana perbezaan ideologi dan fraksi-faksi tertentu, contohnya dalam PAS sendiri?

    Saya tidak mahu komen tentang per-kara-perkara yang berkaitan dengan par-ti rakan. Biasalah politik, ada naik dan turunnya. Kadang-kadang masa akan menyembuh dan merawat semua masa-lah itu. Saya rasa keadaaan masih belum jelas lagi. Biarlah kita tunggu seketika, ‘mungkin hari lebih siang, embun akan hilang’.

    Bagaimana Saudara melihat pentad-biran negeri Selangor ketika ini yang kita tahu dalam suasana tidak stabil? Sebagai Setiausaha Agung parti, apa-kah arahan tertentu dari Saudara?

    Saya selalu melihat kepimpinan dari sudut semangat berpasukan. Kalau kita ingat seorang boleh ambil semuanya, pemimpin macam ni kena ‘tapau’ lah. Tidak ada seorang pun yang boleh bek-erja seorang diri. Tengok Perlis, kenapa perlu sampai 10 orang ahli Exco?

    Sebab itu saya selalu mementingkan dan memberi keutamaan kepada seman-gat berpasukan. Sama-sama membuat keputusan kepimpinan secara kolektif ia lebih berkesan. Saya rasa kejayaan ini adalah hasil dari usaha kerja berpasukan yang kita miliki. Memang saya memikul tanggungjawab paling besar, tapi ‘team work’ yang membawa kita mencapai ke-jayaan. Sama juga dalam DAP dan lain-lain.

    Dalam aspek ini, saya rasa terpulanglah kepada pemimpin, Menteri Besar, untuk mewujudkan ‘team work’ . Pertama, mes-

    ti ada ‘team work’, kedua macam mana untuk memastikan ‘team work’ dapat bekerja dengan lancar supaya kita dap-at integrasikan semua portfolio. Itulah tugas paling utama untuk Ketua Menteri atau Menteri Besar.

    Katakan selepas ini, Datuk Seri Wan Azizah akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Apakah peranan DAP jika berlaku penentangan terhadap-nya dari PAS dan PKR sendiri atas perlantikan itu?

    Saya rasa kita tidak boleh memberitahu bagaimana keputusan parti secara dala-man dibuat. Kita hanya boleh memasti-kan keutuhan DAP kekal. Lebih daripa-da itu bukan urusan kita untuk campur tangan. Tapi tentulah dalam Pakatan, kita akan cuba cari ruang-ruang perpaduan yang sedia ada supaya kita boleh per-banyak kepelbagaian (pandangan) dan perbaiki kesatuan negeri. Itulah peranan yang kita boleh mainkan. Kalau semua tiga-tiga pecah kerana masalah dalaman, habislah.

    Kerajaan hanya boleh dibentuk dengan tiga parti secara bersama. Kurang satu pun jatuh. Mesti tiga parti bersama. Saya selalu melihat di belakang setiap krisis, ada peluang. Kalau krisis ini dapat diata-si dengan baik, itu akan mengutuh dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat. Tentu ada risiko besar, tapi di belakang risiko, ada peluang.

    Kalau kita boleh utuhkan lagi, ber-makna kita sudah berjaya lepasi satu ujian oleh BN yang berniat untuk meme- cah-belahkan kita.

    Menjelang PRU ke-14, difahamkan lebih 60 peratus senarai daftar pemilih akan terdiri dari pengundi muda. Pemuda BN dilihat giat untuk

    mendapatkan sokongan orang muda termasuk golongan profesional. Apa-kah Pakatan Rakyat perlu berasa se-lesa memandangkan peranan media sosial masih berpihak kepadanya?

    Kita perlu kembali kepada asas dan prinsip pentadbiran yang bersih. Sebagai contoh, pentadbiran CAT (competency, accountability, transparency).

    Saya tak rasa pendekatan Pemuda BN itu sebagai sesuatu yang baru, bahkan ‘indah khabar dari rupa’. Apa yang di-usahakan mereka hanyalah percubaan ‘menutup sepuluh lubang dengan lapan penutup’. Mereka hanya bermain menu-tup lubang tetapi tidak dapat menutup kesemuanya. Apakah dua perkara yang gagal ditutup itu? Rasuah dan kronisme. Puncanya ialah kerana mereka gagal un-tuk menyelesaikan perkara pokok.

    Apakah mereka berani untuk meng-kritik isu rasuah? Apakah mereka berani untuk mengisytiharkan harta peribadi? Apakah mereka berani menyatakan ba-hawa semua ahli keluarga ahli politik tak boleh berurusniaga dengan kerajaan? Mereka tak berani.

    Sungguhpun kadang kala kempen mereka akan menarik perhatian, selagi perkara pokok tak diuruskan, apa yang dilakukan hanya kempen ‘syok sendiri’. Hanya perubahan yang dapat menyele-saikan masalah.

    Apa yang dilakukan hanyalah meng-gunakan wang dan jentera kerajaan. Apa yang dilakukan hanyalah dengan bijak memaksimakan sumber dalam kerajaan agar pakej kelihatan lebih baik. Malang- nya pakej itu cantik di luar, tetapi busuk di dalam. Ini tidak mengubah apa-apa.

    Kita tidak memandang rendah potensi orang muda. Tetapi kita perlu berpegang dengan pandangan: ‘Mengharap yang terbaik dan bersiap sedia untuk yang ter-buruk’.

    “DAP memberi peluang besar kepada

    orang muda dan wanita yang tidak

    pernah diberikan sebelum ini. Inilah dia

    politik baru yang kita ketengahkan”

  • 8SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

    MarudiMiri

    Bintulu

    Kapit

    Mukah

    SarikeiPakan

    Betong

    Sri Aman

    KotaSamarahan

    Serian

    KuchingLundu

    Bau

    Projek: Penyambungan air paipLokasi: Lubok Tuan, Limbang

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Kg Bunan Tembawang, SerianProjek: Pembinaan rumah gawai

    Lokasi: Kg Serikin, Bau

    Projek: Pembinaan rumah untuk ibu tunggalLokasi: Kg Perigi, Sematan

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Ulu Wak, Pakan

    Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kuala Sigu, Bintulu

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Kg Merutop, Limbang

    Projek: Pembinaan jambatanLokasi: Salim Belalang, Sibu

    Sibu

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Amut, Pakan

    Projek: Pembinaan jetiLokasi: Sungai Rasau, Sibu

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Rantau Kurra, Limbang

  • 9SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Kg Samparita Laut, Kota Marudu

    Kota Marudu

    Kota Kinabalu

    Sandakan

    SempornaTawau

    Tenom

    Lawas

    Limbang

    Ba’ Kelalan

    Bario

    Mulu

    Marudi

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Kg Pangi, Tenom

    Projek: Penyambungan air paipLokasi: Lubok Tuan, Limbang

    Projek: Pembinaan jalan kampung Lokasi: Kg Kiding, Kuching

    Projek: Penyambungan air paipLokasi: Rumah Gerik Ak Tom, Betong

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Lawas

    Projek: Bekalan air paip gravitiLokasi: Kg Sait-Muk Ayun

  • 10SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAANAK MUDA

    Kenapa masuk DAP yang dianggap sebagai ‘parti Cina’?

    Nunu: Tak macam MCA. DAP tak sebut hanya Cina boleh masuk parti. Sebenarnya orang yang sengaja menampakkan DAP ini sebagai parti Cina. Kita masuk DAP untuk menolak persepsi orang. Tak semestinya Cina sahaja yang kena masuk DAP.

    Dan DAP lebih berdisiplin dan kurang kontroversi.

    Saudara Iskandar, sebagai orang yang dah lama menyertai DAP, betulkah DAP ini berdisiplin dan kurang kontroversi?

    Iskandar: Mana-mana parti pun akan ada kontroversi dan juga masalah disiplin. Tetapi dalam DAP kita dapat lihat adanya disiplin dan tatacara dalam meluahkan pendapat masing-masing. Walaupun ada banyak pendapat, kita dapat muafakat, duduk bersama-sama untuk mencapai satu kata sepakat.

    Dalam jangka dua tahun saya bersa-ma DAP, saya lihat bahawa apa-apa yang dikhabarkan oleh media atau tohmah yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong BN dan puak ekstremis, semuanya adalah fitnah semata-mata dan sekadar untuk mengalihkan pandangan daripada isu-isu yang lebih penting seperti kenaikan kos sara hidup, kelemahan polisi dan pelaksanaan yang telah gagal.

    Jadi dalam dua tahun ini, memang yakin betul lah dengan DAP?

    Iskandar: Parti politik yang akan menjadi parti politik masa depan adalah parti politik yang mendakap politik dasar dan menjau-hkan diri daripada politik perkauman. DAP telah memperjuangkan politik dasar sejak lama dahulu. Apabila kita dapat melangkaui politik perkauman barulah kita dapat mem-bincangkan politik dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat.

    Masalah di Malaysia ini bukan semuanya berpunca daripada masalah etnik. Seseo-rang itu tidak miskin kerana dia berasal dari sesuatu kaum. Seseorang itu jadi miskin kerana ada polisi dan pelaksanaan yang telah gagal. Polisi mungkin baik, pelaksan-aan mungkin tidak baik; dan sebaliknya.

    Dari segi dasar, DAP adalah sebuah parti demokrasi sosial dan berfungsi dalam

    kerangka ideologi itu. Apa yang menarik minat saudara Zulfadli dari segi dasar-dasar DAP?

    Zul: Saya nampak DAP lebih memahami dan mendekati rakyat dalam soal dasar. Ia tidak sewenang-wenangnya mengenepikan suara rakyat dan sebaliknya mengambil kira mood rakyat, itu yang paling penting. Ia bu-kan satu parti ‘syok sendiri’ yang merangka dasar yang dirasakan baik untuk rakyat.

    Dan DAP dilihat lebih laju buat kerja. Programnya berjalan dengan lebih lancar; walaupun mungkin ada sedikit cacat celan-ya, tetapi kita dapat melihat hasil. Itu yang paling penting. Dan bila disebut ‘Democratic Action Party’ itu, bahagian A untuk ‘action’ memang boleh dapat gred A betul.

    Saudara Hiro, setuju dengan saudara Zul bahawa DAP itu aksinya lebih, kurang bercakap?

    Hiro: Saya setuju. Sebenarnya saya sendiri telah mengalami bagaimana DAP bekerja dengan rakyat dan bagaimana ia berinter-aksi dengan rakyat. Apabila ia merangka sebarang program untuk berkhidmat kepa-da rakyat, ia betul-betul bertindak – sesuai dengan nama parti.

    Jadi itu yang menarik minat untuk menyertai DAP?

    Hiro: Ya, DAP sememangnya sebuah parti yang matang sejak ia tubuh beberapa tahun selepas merdeka. Sambil ia matang, pastinya ada beberapa konflik yang berlaku. Itu lumrah bagi sebuah parti politik. Tetapi fokusnya terhadap rakyat sememangnya menjadi keutamaan.

    KETUANAN MELAYU

    Dalam keadaan politik semasa, sampai bila agak-agaknya kita akan masih ter-lungkup dalam kerangka politik ketua-nan Melayu?

    Nunu: Sepatutnya dah berakhir. Dengan slogan 1Malaysia Perdana Menteri, sepatut-nya ide ketuanan Melayu ini sudah berakhir lama. Rakyat semua bangsa sudah sama-sa-ma memajukan negara, semuanya sudah bersatu. Sepatutnya ide ketuanan Melayu itu sudah lama selesai. Namun sentimen itu masih dimainkan oleh pihak-pihak seperti ISMA dan UMNO terutamanya.

    Kenapa tak masuk ISMA? Sebagai wanita bertudung, berkeluarga, kenapa tidak?

    Nunu: Haha. Kita tengok dasar. DAP sampai setakat ini tidak menimbulkan provokasi menggunakan agama. Tetapi parti-parti lain sering sahaja mengaitkan DAP dengan agama dan bangsa, sedangkan DAP sendiri tidak pernah mainkan sentimen agama dan bangsa.

    Bagaimana dengan saudara Raja Iskan-dar Fareez, sebagai orang memiliki susur galur raja-raja Melayu, apa pendapat anda tentang ketuanan Melayu?

    Iskandar: Dalam abad ke-21, kita sudah sepatutnya boleh melihat melangkaui pemikiran yang merangkumi hanya kaum, bangsa atau warna kulit. Tahun depan kita akan melihat berlakunya gagasan AEC 2015 (Asean Economic Community). Dalam keadaan begini adakah masuk akal sekiran-

    ya kita hanya berfikir dalam kerangka satu kaum, kerana kita akan bersaing dengan negara-negara lain di rantau ini di atas platform yang seimbang tanpa layanan istimewa.

    Bagaimana kita mahu kerangka kaum untuk berfungsi dalam kerangka ekonomi baru pada masa akan datang? Tidak wajar sekiranya kita sekadar berwacana tentang politik perkauman sempit.

    Kalau perkauman yang tak sempit, tak apa?

    Zul: Kita terlebih dahulu perlu faham apa itu perkauman yang tidak sempit. Namun kita kena tahu apa itu perkauman yang tidak boleh, iaitu apabila kita menyokong kaum sendiri walaupun kaum kita berbuat salah. Itu asabiyah, itu dah selesai.

    Perkauman, atas fitrahnya manusia ini memang akan mengikut yang sejenis dengannya. Ras ini bukan sahaja pada kulit tetapi juga pada bahasa. Contohnya, orang Arab akan lebih cenderung untuk berkawan dengan orang yang pandai berbahasa Arab, kerana bahasa ini dekat dengan lenggok budaya sesuatu kelompok masyarakat. Mungkin sesuatu itu sesuai dengan budaya kita, tetapi dengan budaya kelompok lain tidak.

    Jadi perkauman sempit ialah perkauman yang dipergunakan untuk tujuan-tujuan politik dan ekonomi yang sebenarnya untuk menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

    Dengan asas bahawa DAP bukan parti perkauman, setuju kalau saya katakan DAP adalah parti politik masa depan?

    Hiro: Pastinya saya percaya bahawa DAP

    DAP, MELAYU DAN MERDEKA:

    LETAK DUDUKNYA DI MATA ANAK MUDA

    Roketkini mendudukkan empat anak muda Melayu yang baru sahaja menyertai DAP dan bertanyakan soalan-soalan susah ten-tang politik, ekonomi dan kemerdekaan bangsa.

    Dalam wawancara berjamaah ini, kita berbicara bersama saudari Nurul Hasfifi Is-mail, 27 tahun, suri rumah sepenuh masa; suaminya, Anwar Hiro Rapaiee, 31 tahun, seorang arkitek; Raja Ahmad Iskandar Fareez, 25 tahun, seorang perunding per-hubungan awam; dan juga Mohd Zulfadli Abd Halim, 31 tahun, seorang jurutera pe-sawat.

  • 11SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAANAK MUDA

    bukan setakat parti masa depan, tetapi parti masa kini yang menggalakkan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malay-sia, tanpa mengira apa latar keturunan atau agama.

    Kalau nak dibanding dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat contohnya, saya rasa parti-parti lain patut lebih belajar dengan DAP dan melihat bagaimana DAP bekerja, selain DAP juga perlu melihat bagaimana parti-parti kawan dalam Pakatan bekerja.

    EKONOMI RUMAH TANGGA

    Saudara Hiro, sebagai seorang ketua keluarga, boleh ke hidup dalam keadaan ekonomi sekarang ni?

    Hiro: Saya sudah bekerja selama lima tahun dan kini sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak. Sejujurnya kita hidup dalam ekonomi keberhutangan – dari segi hartanah, perbelanjaan harian dan terpaksa meminjam untuk meneruskan kehidupan.

    Sebagai seorang arkitek, saya sendiri tidak mampu untuk membeli unit kondominium yang saya sendiri reka. Keadaan pentadbi-ran ekonomi yang bobrok kini berada pada satu tahap yang amat serius.

    Iskandar, rasa bersyukur tak kerana masih bujang?

    Iskandar: Haha. Sebenarnya soalan ekonomi begini tidak boleh diletakkan dalam lingkungan kahwin atau bujang. Isi rumah Malaysia ada banyak jenis, termasuk bujang tetapi tinggal bersama keluarga, bujang di perantauan, kahwin tetapi tinggal bersama keluarga mertua, kahwin dengan hanya salah seorang pasangan bekerja dan sebagainya.

    Majoriti akan berpendapat bahawa ke-hidupan dalam keadaan ekonomi sekarang membebankan. Apabila menikah, perbe-lanjaan akan bertambah secara mendadak berbanding hidup bujang. Peratusan pendapatan yang lebih besar akan terpak-sa disalurkan kepada biaya sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya. Sebenarn-ya makin susah untuk rakyat Malaysia berumahtangga dalam keadaan ekonomi sebegini.

    Zul, bersyukur tidak kerana cuma ada seorang isteri? Anak berapa sekarang? Rasa terbeban tidak dengan keadaan ekonomi sekarang?

    Zul: Anak empat. Isteri tetap seorang. Untuk orang macam saya, nak hidup memang boleh. Tetapi kualiti kehidupan tu belum tentu. Dan kerisauan saya yang utama bukanlah keadaan sekarang, tetapi keadaan di masa depan, untuk pendidikan anak-anak contohnya. Perlu ada simpanan untuk pendidikan mereka dan, kedua, simpanan untuk kehidupan selepas bersara.

    Maka perjuangan kita sekarang bukan un-tuk selesaikan masalah hari ini, tetapi untuk dua puluh tahun lagi. Risau kita bayangkan bagaimana kehidupan anak-anak dengan masa depan yang belum tentu. Sekarang pun contohnya, kita boleh makan ayam; tapi ayam sejuk beku, ‘ayam zombie’. Kha-siatnya entah ada entah tidak. Kualiti hidup jadi kerunsingan utama.

    Selain daripada ayam dan pendidikan, apa lagi yang membeban kehidupan saudara?

    Zul: Kita ada bahaskan tentang pusat jagaan anak-anak. Saya ada empat orang anak. Taska ni ikut tahap umur, makin kecil anak, makin mahal; sekurangnya-kurangnya RM250 seorang satu bulan. Itu belum lagi taska yang berlesen bawah JKM. Taska yang tidak berlesen ni setakat kita boleh tawakal sajalah, kalau jadi apa-apa kepada anak, tak boleh buat apa-apa kerana tak ada lesen.

    Jadi saya yang ada empat orang anak berlainan usia akan membelanjakan lebih RM600 hanya untuk anak saya tumpang duduk pada siang hari beberapa jam. Jadi kalau ditolak jumlah ini daripada pendapa-tan bulanan, berapa sahaja yang tinggal.

    Nunu, sebagai seorang ibu, setuju? Kasi-han tak dengan suami? Nunu sekarang tak kerja ‘kan?

    Nunu: Kasihan. Dan sebab isu yang Zul tim-bulkan tadilah saya berhenti kerja selepas melahirkan anak yang pertama. Selepas kita tengok kes-kes kematian anak di taska, buat kita rasa takut nak hantar anak ke tangan orang lain. Suami saya (Hiro) yang kerja se-bagai arkitek pun gajinya tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Sekarang kami tinggal dengan ibu-bapa Hiro, jadi jimatlah tidak perlu bayar sewa rumah dan bil. Tapi kami masih perlu makan dan bergerak ke sana ke mari. Kami masih rasa terbeban, biar pun tinggal bersama mak-ayah. Rasa terbeban kerana gaji kekal rendah, tetapi harga barang semua mahal belaka.

    Tetapi Iskandar, janganlah takut untuk beru-mah tangga. Rezeki tu Allah bagi.

    Iskandar, orang kata zaman ini orang menikah bukan kerana cinta tapi kerana ekonomi, setuju?

    Iskandar: Bergantung jugalah. Menikah untuk meringankan beban atau menam-bahkan beban. Haha. Kita kena bezakan juga ekonomi negara dan agihan kekayaan negara. Kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi negara bertambah dari tahun ke tahun, tetapi kita sebagai rakyat tidak merasakan manfaat yang diuar-uarkan oleh media dan kerajaan tentang pertumbuhan ekonomi tersebut.

    Ini mungkin kerana sistem yang kita pakai di mana mereka yang ada modal akan ber-oleh keuntungan yang lebih besar berband-ing dengan mereka yang hanya membeka-lkan tenaga buruh. Di situ persimpangannya untuk kita balik berbincang tentang dasar.

    MERDEKA, MALAYSIA

    Kita bakal menyambut Hari Malaysia ke 51, Nunu dan Hiro, sebagai orang Sar-awak, ada sebarang rasa kesal dengan cara Sarawak dilayan sepanjang penubu-han Malaysia?

    Nunu: Rasanya selepas 51 tahun, kita tengok taraf hidup rakyat di Sabah dan Sarawak tidak semaju Semenanjung. Se-dangkan Sarawak ada hasil bumi yang kaya, tetapi agihan kekayaan itu tidak diuruskan dengan baik.

    Tapi kan Taib Mahmud dah tak ada?

    Nunu: Saya tahu. Sebab dialah yang jadi begini sekarang ni. Kampung saya sendiri, dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, asal saya balik kampung saja mesti tak ada air, kadang kalau ada pun air warnanya kuning. Takkan saya nak bagi anak-anak minum air yang begitu. Bekalan elektrik pun masih ada yang tak sampai. Kadang-kadang siang sahaja ada elektrik, malam perlu guna ‘generator’.

    Hiro nampak stress betul bila sebut ten-tang Sarawak. Ada nak tambah?

    Hiro: Mari kita lihat kembali kepada sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, bila Sarawak merdeka dan bergabung bersama Sabah, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia. Sarawak mendapat kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dan sebenarnya sebuah negara berdaulat pada waktu itu, sebelum membentuk Malaysia. Selepas 16 Septem-ber 1963, sekadar beberapa bulan selepas Sarawak merdeka, ia sekadar menjadi sebuah negeri anggota.

    Selepas 51 tahun menjadi negeri anggota Persekutuan Malaysia, Sarawak sebagai negeri paling kaya hasil bumi, masih ada penduduk Sarawak masih lagi buta huruf; rakyatnya masih lagi distereotaip sebagai masih tinggal di hutan dan masih berca-wat. Walhal ia negeri yang menyumbang berbilion ringgit daripada hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi pada masa yang sama ia masih miskin. Jadi itu antara ketidakadilan yang sedang berlaku di Sarawak.

    Nunu: DAP sedang membantu rakyat Sarawak, sejak 2013 dengan projek Impian Sarawak. Kita nampak hasilnya.

    Hiro: Apa yang dilakukan oleh DAP sebagai sebuah parti politik, seolah-olah mengesa-mpingkan kalimat politik, dan datang untuk semata-mata membantu rakyat Sabah dan Sarawak di peringkat akar umbi. DAP sebagai parti yang berideologi membina

    hubungan rapat dengan kawasan luar ban-dar sebagai sebahagian daripada semangat solidariti kemanusiaan. Saya juga dengar DAP sedang bekerja untuk menambahkan royalti minyak Sarawak sehingga 20%, sehinggakan BN Sarawak pun turut men-erima usul DAP. Itu sebabnya saya percaya bahawa DAP ialah parti yang tepat untuk memimpin di Sarawak.

    Iskandar: Keadaan di Sarawak dan di seluruh negara sebenarnya sedang beran-sur baik kerana rakyat sedang mengambil tindakan. Dalam apa jua masalah pun, kita seharusnya bergerak secara tersusun. Seorang individu tidak boleh mengubah dunia, tetapi dengan bantuan seorang lagi, pastinya akan ada sedikit perubahan.

    Dalam hal Sarawak ini, saya rasa kita perlukan tingkatkan kesedaran di kalangan orang Semenanjung supaya mereka tahu apa yang sedang berlaku di Sarawak dan kemudian menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kezaliman yang berlaku.

    Bangsa Malaysia, selepas 51 tahun, ada-kah ini sedang berlaku atau sekadar ilusi sahaja? Bagaimana pula dengan Merde-ka, setelah 57 tahun, apa ertinya?

    Nunu: Sepatutnya lebih banyak penekanan terhadap Hari Malaysia. Bila sebut Merde-ka ni, Malaya sahaja yang merdeka. Kalau benar kita hargai Sabah dan Sarawak, se-harusnya lebih banyak perhatian diberikan kepada 16 September. 31 Ogos sekadar perayaan Malaya.

    Kita perlu buka minda ramai pihak yang masih tertutup tentang Sabah dan Sarawak, terutamanya yang masih percaya orang Sa-bah dan Sarawak masih tinggal atas pokok dan bercawat.

    Iskandar: Merdeka ada erti, tarikh yang mana pun kita terima, itu tarikhnya kita mendapat peluang untuk menentukan masa depan sendiri. Usia sekitar lima puluh tahun adalah sangat muda bagi sebuah negara, pastinya akan ada masalah – seperti anak kecil yang baru tumbuh gigi untuk kita hadapi sebelum kita matang sebagai sebuah negara berdemokrasi.

    Kerana hakikatnya demokrasi ini pun sesuatu yang kita dapat secara warisan oleh sebuah kerajaan yang tidak pernah kita lantik. Kita dapat kerajaan itu lebih 50 tahun lalu, dan dia datang bersama demokrasi. Kita tidak kenal betul dengan demokrasi, tidak tahu apa baik dan buruk demokrasi. Namun seburuk-buruk demokrasi, ia adalah sistem yang paling kurang jahatnya.

    Zul: Saya rasa Merdeka perlu ‘dimilikrakyat-kan’ semula. Kita boleh melihat sekarang ini, Merdeka itu simbol-simbolnya meru-juk ke arah Umno – Umno lah yang bagi kita merdeka, jadi kita kena undi Umno. Sedangkan tidak sedikit pejuang-pejuang kemerdekaan (di luar Umno) yang mati demi mendapatkan kemerdekaan.

    Nama-nama Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako betul-betul bersepakat untuk menolak British, tapi malangnya sejarah-sejarah ini semacam ditimbus demi memperbesarkan jasa-jasa Umno. Jadi bagi saya, merdeka yang sebenar ialah apabila kita dapat men-erima siapa diri kita yang sebenarnya dan mengakui sejarah kita yang sebenar. Bukan sekadar pacak bendera dan pergi konsert. Sekiranya kita malu untuk mengakui sejarah kita sendiri, itu bagi saya masalah yang sangat besar.

    “MERDEKA PERLUDIMILIKRAKYATKANSEMULA”

  • 12SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

    Oleh EDRY FAIZAL

    Duit seringkali menjadi pertimbangan banyak orang apabila merancang untuk melakukan suatu ke-giatan ‘memandaikan’ anak bangsa Malaysia. Na-mun tidak semua kegiatan perlukan dana permulaan atau perancangan maha besar. Memadai daya kreatif, kes-ungguhan, dan sifat mahu memberi dengan melaburkan sedikit masa dan minyak kenderaan.

    Suatu usaha kadangkala tidak memerlukan permulaan yang rumit dan penuh romantis atau modal yang besar. Tidak keterlaluan jika dikatakan begitulah permulaan Buku Jalanan TITI (BJ TITI), cawangan Buku Jalanan yang bergerak di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

    Seringkali permulaan itu mengingatkan kepada per-temuan Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei dalam San Guo Yan Yi (Kisah Tiga Kerajaan). Tidak saling mengenali, ber-tembung, saling berkongsi harapan perjuangan, dalam masa singkat langsung bersumpah setia sebagai saudara dan berjuang bersama-sama.

    “Kami tidak harap untuk lahir pada hari yang sama, bu-lan yang sama dan tahun yang sama. Kami harap dapat mati pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama,” adalah lagenda sumpah setia mereka di bawah pohon pic yang terus dikenang merentasi zaman.

    BJ TITI juga tercetus dari pertemuan dua orang insan yang tidak saling mengenali di Buku Jalanan Shah Alam. Keduanya berkongsi hasrat yang sama dan tidak mengam-bil masa lama untuk melaksanakan apa yang pada awaln-ya sekadar borak-borak.

    Matlamat awalnya cukup tawaduk dan harapannya tida-klah menggunung tinggi. Matlamat yang disepakati para penggerak adalah untuk membawa keluar buku dari rak-rak penuh eksklusif dan diletakkan di ruang awam agar dapat dinikmati setiap warga. Hak membaca adalah hak semua.

    Maka BJ TITI membawa buku kepada alam dengan hara-pan membawa manusia kepada buku. Sehingga ke hari ini

    masih tercatat di laman Facebook BJ TITI, “Tiada dinding, hanya ada pohon-pohon rendang. Tiada permaidani ma-hal, hanya ada empuk rerumput hijau. Tiada penghawa dingin, hanya ada hembusan angin tasik. Membaca buku bersama alam.”

    Peribahasa Inggeris ada menyebut, “Kita boleh pimpin kuda ke tasik namun tidak mampu memaksanya minum.” Barangkali usaha BJ TITI cocok dengan perlambangan ‘membawa sebaldi air kepada kuda’. Kita tidak boleh me-maksa sesiapa untuk membaca. Akan tetapi buku yang ‘dihamparkan’ boleh mengusik jiwa-jiwa yang dahagakan bahan bacaan.

    Pengunjung boleh meminjam dua buku untuk dua min-ggu. Syaratnya peminjam cuma perlu meninggalkan buti-ran nama, nombor telefon dan alamat rumah, itu saja. Cu-baan mengurangkan birokrasi ini seringkali mengundang skeptis. Para penggerak acapkali ditanya pengunjung apakah tindakan yang bakal dikenakan kepada peminjam yang tidak memulangkan semula buku. Seringkali dijawab semula dengan senyuman, “Mereka BELUM pulangkan buku.”

    Sebagaimana kemunculan sekumpulan pencinta buku di Taman Tasik Titiwangsa petang Ahad, dua kali sebulan, mungkin menjadi kejutan buat pengunjung, BJ TITI sendi-ri kadangkala dikejutan apabila usaha baik itu menerima sambutan segenap lapisan masyarakat.

    Buku dipinjam kanak-kanak, begitu juga yang telah berusia. Daripada Pakcik peniaga warung yang tidak per-nah jemu bertanyakan buku tentang pantun, sehinggalah Kakak yang menjual sate ikan. Tiada batas usia, tiada pe-misah kelas. Buku untuk semua!

    Selain menyediakan buku-buku untuk pinjaman, pel-bagai kegiatan lain turut diadakan sebagai ‘menemani’ perpustakaan jalanan yang dibuka. Antaranya bedah buku, kuliah pendek, kupasan rencana, persembahan muzik, pembacaan puisi dan banyak lagi.

    “Baca dan bangkit!” menjadi slogan baru BJ TITI dan

    bakal memandu langkah-langkah seterusnya. Kata ‘bang-kit’ lazim digunakan untuk menggambarkan satu keadaan keluar dari kedudukan yang tidak giat atau lena. Mem-baca saja tidak memadai sekiranya pembaca kembali dibuai hingga lena oleh suhu dingin pembodohan yang seringkali lebih enak dan menyenangkan.

    Dengan menetapkan slogan itu, BJ TITI mahu menyum-bang kepada sesuatu yang lebih besar. Dari permulaan yang tawaduk BJ TITI dalam fasa metamorfosis untuk menjadi lebih ligat dan berani. Ini kerana kebangkitan tidak dapat digerakkan dengan dodoi dan henjut lembut buaian.

    Di saat kebanyakan modus operandi untuk member-dayakan masyarakat semakin klise dan kadangkala ter-jerumus dalam kancah syok sendiri. Cabaran para peng-gerak BJ TITI seterusnya adalah adalah untuk mengajukan masalah, menakrifkan masalah, menganalisis masalah dan fikirkan cara segar menyelesaikan masalah.

    Hakikatnya cabaran itu bukanlah cabaran BJ TITI sendi-rian kerana setiap yang mahu terlibat dalam gerakan memberdayakan masyarakat harus merenungnya.

    Demi melihat satu kebangkitan.

    *Penulis merupakan salah seorang pengasas Buku Jalanan TITI.

    PERUBAHAN UTUH: TAK RUMIT MEMBUKA LANGKAH

    Matlamat awalnya cukup tawaduk dan harapannya tidaklah menggunung tinggi. Matlamat yang disepakati para penggerak adalah untuk membawa keluar buku dari rak-rak penuh eksklusif dan diletakkan di ruang awam agar dapat dinikmati setiap warga. Hak membaca adalah hak semua.

    Setengah orang fikir yang karu,Tidak mengikut pengajaran guru,Tutur dan kata haru-biru,Kelakuan seperti anjing pemburu.

    Tingkah dan laku tidak kelulu,Perkataan kasar keluar selalu,Tidak memikirkan orang empunya malu,Bencilah orang hilir dan hulu.

    Itulah orang akalnya kurang,Menyangka dirinya pandai seorang,Takbur tidak membilang orang,Dengan manusia selalu berperang.

    - Karangan Raja Ali Haji

    SYAIR NASIHAT

  • 13SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

    Oleh ALIFF FIKIRI

    Ismail Hashim, nama ini tidak pernah saya kenali apatah lagi untuk mengeta-hui apa yang pernah dibuat dan dilaku-kan serta memperakui kewujudan serta kehebatannya sebagai jurugambar.

    Saya tidak tahu sejak bila kewujudan dan keberadaan sudah menjadi barang yang mual. Mungkin kerana terlalu menga-mini kata Jean Paul Sartre dalam esei “Be-ing and Nothingness” yang berbunyi:

    "I exist, that is all, and i find it nauseat-ing."

    Atau mungkin terlalu banyak ke acara seni dengan struktur operasi (pentas teat-er, tayangan filem), hingga menjadikan otak lebih mengarah ke pameran dalam bentuk teks budaya kerana ia lebih cepat buat naik 'syeh'.

    Pulau Pinang pada fikiran ini hanya ada rumah agam, bangunan tinggalan sejarah, Chowrasta dan Nasi Kandar Tajuddin Hus-sain, sehinggalah seorang teman mem-bawa saya ke pameran Unpack-Repack: Sebuah Tribut untuk Ismail Hashim di The Whiteways Arcade, Lebuh Pantai, acara satelit sempena George Town Festival 2014.

    The Whiteways Arcade, sebuah bangu-nan dua tingkat tinggalan kolonial, terletak di antara Lebuh Bishop dan Lebuh Gere-ja, dulunya di era pentadbiran Inggeris dikenali sebagai The Whiteways dan Laid-law General Store.

    Sebaik melangkah kaki ke sini, saya terbayangkan keriuhan pegawai-pegawai British, termasuk Kapten Francis Light me-neguk anggur merah, bersuka ria, memberi arahan kepada soldadu dan hamba-ham-ba. Saya masuk ke tempat pameran tribut yang dipecahkan kepada lima bilik. Bilik pertama dengan tema “Penghormatan”, kedua “Going Bananas”, ketiga “Melihat Ke Luar”, keempat “Melihat Ke Dalam” dan terakhir “Peredaran Masa Kebenaran dan Keindahan Usaha-Usaha Terakhir”.

    Jenuh mendongak dan menunduk di kelima-lima bilik, saya secara rasminya memilih bilik pertama, kedua dan ketiga sebagai paling menarik.

    Memasuki bilik pertama jurugambar terkenal Pulau Mutiara dan Pengasas NGO Reformasi 'Aliran' ini, saya tertarik pada kar-ya beliau yang bertajuk We Shall Overcome (1975). Imej foto seorang gadis sedang ber-lari sambil memegang payung dan latarnya dipenuhi jalur-jalur air menurut pendoku-men Nur Hanim Khairuddin adalah kelibat Ismail sebagai pendokong humanisme dan pemerhati masyarakat.

    Saat ternampak pintu bilik kedua “Going Bananas”, perkara pertama yang muncul dalam kepala adalah imej wanita, mung-kin pekerja sosial, sedang mengintip-gintip pisang penyedap malam supaya senang tidur. Mohon maaf jika ini dianggap mem-perlekeh wanita atau menaikkan kemara-han penyanjung Naomi Wolf atau sesiapa saja yang bertuankan kata “tidak ada so-sialisme tanpa pembebasan perempuan.”

    Padahal sebagai manusia, semua in-dividu tidak akan terlepas pada sepuluh huruf 'Voyeurisme', dorongan tidak ter-kawal untuk secara diam-diam mengintip

    atau melihat seseorang berlainan jenis atau sejenis tergantung orientasi untuk memperoleh kepuasan seksual.

    Tapi tekaan saya silap, 'Going Bananas' rupanya gambar yang segalanya bertema-kan pisang adalah kiasan Ismail tentang kegilaan, metafora tepat tentang artis yang naik gila dan nanar terhadap praktis kese-nian serta misteri alam. Seorang anggota 'working class' seperti Ismail juga tidak ge-mar kesucian 'kelas pekerja' diromantiskan dan beliau mengistilahkan segala yang ro-mantis sebagai 'batang pisang'.

    Kegilaan beliau terhadap pisang dibuk-tikan menerusi proses kerjanya yang teliti dan cermat di dalam menghasilkan ceta-kan lekap, serta memilih menyimpan nega-tif, cetakan ujian dan karya lengkap.

    Di bilik ketiga, “Melihat Ke Luar”, apa yang menarik perhatian saya di ruangan ini bukanlah gambar tapi terjemahan Ul-ysses dari Lord Alfred Tennyson oleh Ismail sendiri. Rangkapnya seperti berikut:

    "...aku tidak boleh berhenti mengem-bara..kerana aku sentiasa merayau dengan jiwa yang dahaga."

    Dalam ruang mirip koridor ini, Ismail, pengembara yang resah Melihat Ke Luar untuk menjengah dunia dan penuh empati mengungkap keagaman bumi serta peng-huninya sambil menganalisa dunia sosial dan alam fizikal lalu 'merayau dengan jiwa yang dahaga'.

    Di bahagian Manusia dan dan Peker-jaan (bilik sama), Ismail merakam kegiatan pekerjaan masyarakat majmuk Malaysia serta kegiatan masa lapang mereka dalam keadaan berehat atau bergerak. Beliau mencari secara visual hal-hal terkait den-gan jerih perih kehidupan natijah dari ke-gigihan meneruskan kelangsungan hidup dengan memanfaatkan apa sahaja. Paling ketara tertera pada karya Standing on Your Feet on Two Wheels (1977), sebuah foto berbentuk kolaj yang menampilkan imej penjaja kecil membawa barangan jualan di

    atas basikal mencari sesuap rezeki.Setelah sejam lebih menatap, rakan

    saya mengingatkan bahawa masa sudah tiba untuk bergegas menghantar saya ke feri. Sebelum balik, saya disapa seorang gadis, dia bertanya “Hey! do you like The Big Durian?” Tidak sempat menjawab, ha-nya memberikan senyuman, saya menuju ke kereta.

    Banyak acara menarik di George Town Festival yang tidak sempat saya pergi, mungkin kerana beberapa halangan. An-tara yang menarik dan wajib dihadiri (ket-ika catatan ini ditulis) adalah Short Sweet Malaysia 2014, Teater At Home At The Zoo, tayangan filem pendek Hai Ki Xin Lor, persembahan Hindi Ghazal, pameran seja-rah boria dan lain lagi.

    Dalam feri, sambil melihat laut saya masih memikirkan apakah simbolik kepa-da pertanyaan tentang filem dokumentari The Big Durian? Dan saya kini seperti Ten-nyson dan Ismail 'merayau dengan jiwa yang dahaga'.

    GEORGE TOWN FESTIVAL: ISMAIL HASHIM, MERAYAU DENGAN JIWA YANG DAHAGA

    Festival George Town ada-lah festival kesenian yang ber-langsung selama sebulan dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2014. Fes-tival bertujuan mengangkat seni budaya tempatan dan antara-bangsa di Kota Warisan Unesco ini telah dimulakan pada tahun 2010.

    Sejak tahun 2010 sehingga kini, pelbagai acara dan pertun-jukkan bertaraf dunia yang mer-angkumi kolaborasi lintas bu-daya kreatif, seni eksperimental, seni pertunjukan tradisional dan kontemporari, termasuk keseni-an masyarakat setempat serta instalasi awam, telah diadakan.

    Misi penganjuran festival ini adalah untuk menjadi platform seni dan budaya di Asia Tenggara dengan sudut pandang unik kota George Town.

    Sebaik melangkah kaki ke sini, saya terbayangkan keriuhan pegawai-pegawai British, termasuk Kapten Francis Light meneguk anggur merah, bersuka ria, memberi arahan kepada soldadu dan hamba-hamba.

  • 14SEPTEMBER 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

    KEMELUT Menteri Besar (MB) Selangor ber-punca dari kedegilan dan sikap keras kepala. Semuanya berakar dari isu akauntabiliti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sejak dari dahulu tidak mahu dipertanggungjawab-kan kepada sesiapa pun. Namun pastinya apa-bila dilaporkan media, ia kelihatan seolah-olah parti-parti politik mahu campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri, padahal hakikatn-ya tidak begitu.

    Seorang MB harus bertanggungjawab ter-hadap parti politik yang melantiknya, kerana parti tersebut perlu bertanggungjawab pula kepada rakyat dan pengundi yang memilihn-ya. Parti politik berkempen dengan platform parti, dan pastinya nanti parti politik itu juga yang akan dihukum oleh para pengundi dan rakyat sekiranya MBnya tidak menghormati manifesto dan etika parti.

    “Siapa pun dia, betapa bagus pun dia, ses-eorang itu masih perlu bertanggungjawab ke-pada sesebuah organisasi. Kuasa boleh mero-sakkan seseorang. Jika kita fikir kita lebih tinggi martabatnya dari orang lain, dan walaupun kita tidak rasuah, korupsi boleh berlaku den-gan banyak cara.”

    Demikian peringatan yang diberikan Rafizi Ramli dalam wawancara eksklusif berhubung permasalahan MB Selangor yang hampir sa-haja memecahkan pakatan politik enam tahun Pakatan Rakyat.

    “Keengganan untuk bertanggungjawab ke-

    pada kepimpinan dan rakan-rakan dalam parti adalah suatu bentuk korupsi,” tambahnya ber-hubung kedegilan Khalid yang akhirnya men-cambahkan kemelut berpanjangan. Menurut Rafizi, sudah sememangnya sikap Khalid un-tuk tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun.

    Di sepanjang interaksi parti bersama Khalid Ibrahim, PKR sudah pun faham sikapnya yang tidak akan beralah dan mengalah, kerana be-liau merasakan bahawa beliau tidak perlu memberi penerangan dan laporan kepada se-siapa pun. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menangani masalah ini? Setelah orang ramai kini dapat melihat sikapnya dengan lebih jelas – apabila Khalid bertindak memecat Exconya dan kekal berpaut pada jabatan MB walaupun sudah jelas kehilangan majoriti Dewan Negeri Selangor – bagaimana lagi untuk menukar MB seperti ini?

    Disuruh letak jawatan dengan baik pun sudah. Memintanya berunding dengan wak-il-wakil parti dalam urusan negeri pun sudah. Disuruh datang mesyuarat enggan, diberi keputusan di peringkat Pakatan juga tidak di-endahkan.

    “Dalam isu kenaikan gaji contohnya, Paka-tan membuat keputusan bertentangan den-gan pendirian Khalid. Keputusan tersebut dis-ampaikan kepadanya, namun beliau langsung tidak endah,” kata Rafizi.

    Ini semua perkara yang berlaku di balik tabir politik dan tidak kelihatan di mata orang

    ramai. Malahan sekarang pun, di saat beliau kehilangan majoriti Dewan dan beliau seorang Adun Bebas, beliau masih lagi enggan mele-takkan jawatan.

    Menurut Rafizi lagi, dalam keadaan seka-rang, apa yang wajar dilakukan ialah untuk mempersembahkan bahawa majoriti sudah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah se-bagai pengganti, dan mengizinkan proses un-dang-undang berjalan secara betul.

    Kenapa Azizah?

    “Jika Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.”

    “Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkua-sa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh peng-libatan politik anak-anak pimpinan kanan Pa-katan dalam PAS dan juga DAP.

    Namun apa yang lebih penting kata Rafizi ialah apa yang boleh ditawarkan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.

    Menurut Rafizi, Selangor memerlukan se-orang MB yang mampu mentadbir secara berpasukan dan mengambil kira pandangan semua pihak.

    “Calon mesti diterima semua pihak dalam Pakatan sebagai simbol dan sosok perpaduan.

    Apa yang kita benar-benar perlukan sekarang ialah kepimpinan berkonsensus dan mampu mengharmonikan semua pihak,” ujar Ahli Par-limen Pandan itu.

    Kata beliau lagi, berikutan perpecahan aki-bat pentadbiran Khalid, Selangor benar-benar memerlukan pemimpin yang boleh menjanji-kan perpaduan.

    “Kak Wan boleh menawarkan pentadbiran yang lebih inklusif dan konsultatif,” ujarnya sambil menambah hanya Wan Azizah sahaja yang diterima ketiga-tiga parti Pakatan untuk menjadi calon MB yang baru.

    “Kalau pun kita ada calon yang mungkin leb-ih baik, tetapi jika DAP tidak mahu, atau PAS tidak mahu atau sebahagian PKR tidak setuju, (maka) tidak selesai juga,” tambah beliau lagi.

    Khalid akhirnya meletakkan jawatannya dalam satu pertemuan dengan Sultan Selan-gor 26 Ogos. Tuanku kemudian menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk diper-timbangkan.

    DAP dan PKR tetap akan menghantar satu nama - Wan Azizah. Perkara sama dilakukan ketika melantik Khalid selepas PRU13.

    Menurut Rafizi, banyak pihak memandang rendah potensi Wan Azizah untuk memenangi sokongan pengundi wanita – segmen pengun-di yang kurang dipujuk dalam kempen Paka-tan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

    Akar kemelut MB Selangor

    Ada kerjasama erat serta keinginan berat di peringkat akar umbi supaya Pakatan Rakyat berkekalan jodohnya. Ramai yang mahu PAS terutamanya kekal dalam Pakatan, tidak kira lah apa pun perkelahian di peringkat pucuk pimpinan. Terla-lu banyak kisah setiakawan di kalangan anggota par-ti yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya.

    Kisah-kisah ini memberikan harapan untuk meli-hat kerangka yang lebih besar di saat berdepan krisis yang menguji persaudaraan. Kisah yang ini dikongsi-kan oleh Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.

    Saya ingin memberi penghormatan kepada dua rakan Pakatan Rakyat yang berani membuat kepu-tusan untuk hadir ke sidang media bagi menyatakan sokongan terbuka menolak Khalid Ibrahim. Tinda-kan mereka itu telah menyebabkan Pakatan Rakyat kekal tidak berpecah di tengah-tengah kemelut Men-teri Besar Selangor.

    Saya adalah antara 30 orang Adun yang menan-datangani kenyataan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Namun sehingga saat pagi sebelum sidang media tersebut, saya begitu ri-sau kita tidak cukup bilangan bagi membuktikan ba-hawa kita memiliki majoriti.

    DAP mempunyai 15 Adun, manakala PKR 13, kami cuma ada 28 orang. PAS pula belum membuat kepu-tusan. Saya dengar khabar dua orang Adun dari PAS akan hadir, tetapi saya tidak betul-betul pasti bahawa mereka benar-benar akan datang.

    Tahukah apa akibat engkar kepada parti? Kerjaya politik dalam parti mungkin berakhir (hampir pasti anda tidak akan dicalonkan bagi penggal seterusnya) atau sekurang-kurangnya dihantar ke jawatankuasa disiplin parti.

    Kemudian saya lihat YB Hasnul tiba. Beliau tersenyum, namun saya dapat melihat dari riak wa-jahnya bahawa beliau memang gemuruh. Seperti seorang anak kecil yang baru melanggar peraturan. Beliau kelihatan berlegar-legar dan cuba untuk keli-

    hatan tenang.Waktu terus berlalu, dan saya terus menantikan se-

    orang lagi Adun PAS untuk tiba.Saya dengar bahwa YB Saari akan hadir. Beliau se-

    memangnya telah menjadi contoh bagi saya sejak saya mengenalinya. Beliau Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Syarikat Terkait Kerajaan, yang mana saya menjadi anggotanya. Seorang bekas tahanan ISA dan juga seorang penulis, beliau seorang yang lemah lembut, tenang dan berilmu, tegas dan berprinsip. Saya sentiasa memandang tinggi beliau dan cuba belajar darinya. Tetapi adakah beliau akan memper-judikan kerjaya politiknya dan hadir sama? Itu saya tidak begitu pasti.

    Kemudian saya nampak YB Saari tiba. Seperti bia-sa, beliau membawa beg sandang dan berjalan perla-han dan tenang sekali. Isterinya tetap di sisi dan ber-kata kepada saya bahawa perasaannya sama seperti yang dirasai ketika YB Saari hendak ditahan di bawah ISA dulu.

    Demikian hebatnya tekanan yang timbul daripa-da tindakan sedemikian bagi keluarga. Saya begitu tersentuh, air mata mula bergenang tetapi saya seka dengan cepat. Saya berasa malu untuk terlalu berem-osi dalam keadaan sekarang.

    Di tengah demikian banyak kekecewaan, saya me-lihat rakan-rakan seperjuangan yang begitu berani untuk menyatakan pendirian demi mengekalkan Pa-katan Rakyat supaya tidak berpecah, dan untuk men-yatakan pendirian demi mengekalkan demokrasi dua parti di Malaysia.

    Apa sahaja keputusan PAS, kita pasti akan hadap-inya. Perjalanan masih jauh dan kita baru berada di garis mula. Namun saya tetap akan mengingati hari tersebut, ketika dua lelaki membuat keputusan yang begitu payah dan memberi inspirasi bagi saya mel-angkah lebih jauh.

    Terima kasih YB Hasnul dan YB Saari. Saya akan ceritakan kisah keberanian kalian kepada anak cucu saya nanti.

    ‘Pakatan Rakyat: Dibunuh tak mati-mati’27 Januari - Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang

    26 Februari - Khalid Ibrahim tandatangan MoU penstrukturan semula air Selangor bersama Kerajaan Persekutuan

    26 Jun -Khalid tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

    21 Julai - PKR umumkan Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi pengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor

    22 Julai - Khalid berkeras mahu kekal sebagai MB25 Julai - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk terus berkhidmat sebagai MB

    1 Ogos - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan sokongan terhadap Azizah sebagai MB yang baru

    4 Ogos - Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan laporan empat puluh muka mengenai persoalan integriti Khalid Ibrahim

    5 Ogos - Khalid menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin PKR

    9 Ogos - Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR11 Ogos - Sultan Selangor memberi perkenan kepada Khalid untuk terus kekal sebagai MB

    12 Ogos - Khalid memecat kesemua enam Exco daripada PKR dan DAP, namun mengekalkan empat orang Exco PAS

    14 Ogos - 30 Adun Selangor mengadakan sidang media bagi menafikan majoriti Dewan Negeri Selangor yang didakwa milik Khalid Ibrahim

    17 Ogos - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat putuskan Wan Azizah calon tunggal menggantikan Khalid Ibrahim

    26 Ogos - Khalid Ibrahim meletakkan jawatan Menteri Besar. Sultan menitahkan setiap parti dalam Pakatan memberikan sekurang-kurangnya 3 nama.

    PKR dan DAP memutuskan untuk tetap menghantar 1 nama - Wan Azizah.

    KRONOLOGI

  • Nama: ____________________________________________________Alamat Emel: ____________________________________________________________________________Alamat: _________________________________________________________________________________Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

    Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

    Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

    anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran isti