penghargaan rakyat marhaen terhadap seorang aktivis...

4
YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Tirye 1 CDUti., don CPendidikotl tJ an Sri DatukSeri Panglima Lee Lam Thye dilahirkan pada 30 Disember 1946 di Ipoh, Perak. Membesar dalam sebuah keluarga yang serba sederhana, mematangkan beliau dengan hakikat kehidupan mandiri pada usia muda. Mendiang ayah beliau menyara kehidupan keluarga dengan bekerja sebagai 'fitter' di kilang besi manakala mendiang ibu beliau pula mengambil upah mencuci kain.Beliay sering membantu ibu dengan menghantar kain ke tempat mencuci selepas waktu sekolah. Menyedari bahawa tiada kesenangan yang diperoleh tanpa kudrat sendiri, semasa cuti persekolahan beliau akan memetik buah-buahan seperti rambutan dan jambu di persekitaran rumah mereka dan dijual di pasar Pekan Menglembu bagi menambah pendapatan keluarga. Beliau mendapat pendidikan awal di st. Michael Institution, Ipoh. Beliau mewakili sekolah dalam sukan ping pong badminton, manakala dalam aktiviti kokurikulum, beliau memilih untuk aktif dalam Badan Beruniform Pengakap. Beliau tertarik untuk menyertai kegiatan kokurikulum tersebut kerana nilai-nilai ,yang diterapkan kepada semua ahli Pengakap yang dilatih untuk membantu mereka yang bermasalah dan dalam kesusahan. Malah menurut beliau, kegiatan luar pengakap seperti aktiviti perkhemahan merupakan peluang untuk pelajar mengenali antara satu sama lain, sekali gus memberi ruang mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Seputar waktu persekolahan adalah sangat kondusif untuk menyemai benih perpaduan lantaran pada ketika usia muda sedemikianlah manusia masih lagi tulus bersahabat. Sekolah menjadi ruang pertemuan pelbagai latar manusia dan dalam keghairahan menuntut ilmu dan memahami dunia di luar lingkungan keluarga, perbezaan warna kulit, budaya dan kepercayaan agama bukan lagi aspek yang sa ngat dipentingkan. Perkara ini merupakan antara pandang dunia awal yang banyak mencorakkan pendirian dalam kehidupan mendatang beliau.

Upload: buiminh

Post on 10-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Tirye 1

CDUti., ~U(l/(go don CPendidikotl

tJ an Sri DatukSeri Panglima Lee Lam Thye dilahirkan pada 30 Disember

1946 di Ipoh, Perak. Membesar dalam sebuah keluarga yang

serba sederhana, mematangkan beliau dengan hakikat kehidupan

mandiri pada usia muda. Mendiang ayah beliau menyara kehidupan keluarga

dengan bekerja sebagai 'fitter' di kilang besi manakala mendiang ibu beliau

pula mengambil upah mencuci kain.Beliay sering membantu ibu dengan

menghantar kain ke tempat mencuci selepas waktu sekolah. Menyedari

bahawa tiada kesenangan yang diperoleh tanpa kudrat sendiri, semasa cuti

persekolahan beliau akan memetik buah-buahan seperti rambutan dan jambu

di persekitaran rumah mereka dan dijual di pasar Pekan Menglembu bagi

menambah pendapatan keluarga.

Beliau mendapat pendidikan awal di st. Michael Institution, Ipoh.

Beliau mewakili sekolah dalam sukan ping pong ~an badminton, manakala

dalam aktiviti kokurikulum, beliau memilih untuk aktif dalam Badan Beruniform

Pengakap. Beliau tertarik untuk menyertai kegiatan kokurikulum tersebut kerana

nilai-nilai ,yang diterapkan kepada semua ahli Pengakap yang dilatih untuk

membantu mereka yang bermasalah dan dalam kesusahan. Malah menurut

beliau, kegiatan luar pengakap seperti aktiviti perkhemahan merupakan peluang

untuk pelajar mengenali antara satu sama lain, sekali gus memberi ruang

mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Seputar waktu persekolahan

adalah sangat kondusif untuk menyemai benih perpaduan lantaran pada ketika

usia muda sedemikianlah manusia masih lagi tulus bersahabat. Sekolah menjadi

ruang pertemuan pelbagai latar manusia dan dalam keghairahan menuntut

ilmu dan memahami dunia di luar lingkungan keluarga, perbezaan warna kulit,

budaya dan kepercayaan agama bukan lagi aspek yang sangat dipentingkan.

Perkara ini merupakan antara pandang dunia awal yang banyak mencorakkan

pendirian dalam kehidupan mendatang beliau.

2 Penerima ijazah Kehormat Doktor Fa/safah

Semasa berada di Tingkatan Tiga, beliau bercita-cita menjadi seorang juruterbang kerana amat berminat dengan kapal terbang. Pun demikian, takdir telah menentukan jalan yang lebih besar untuk beliau hadapi. Pada akhir Tingkatan Empat, beliau telah mulai menunjukkan minat dalam politik. Semasa itu, beliau melihat politik sebagai wadah di mana beliau boleh berkhidmat untuk masyarakat dan bangsa, seterusnya menyuarakan harapan dan aspirasi rakyat.

Hanya selepas tujuh tahun bergiat aktif di pentas politik barulah Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye bertemu jodoh dengan isteri beliau iaitu Puan Sri Yap Kooi Foong. Bak kata pujangga, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdirinya seorang wanita. Beliau amat menghargai kasih sayang, kesetiaan dan kesabaran isteri yangtabah menghadapi apajua bentuk cabaran, seterusnya telah memungkinkan beliau mampu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan berkesan, baik semasa menjadi ahli politik ataupun sebagai aktivis sosial. Perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Lee Hsein Loong dan Lee Hsein Meng. Anak sulung beliau telah memilih bidang kewangan dan perakaunan dan bekerja dalam sektor swasta di Kuala Lumpur, manakala anak bongsu yang berkelulusan Sains Aktuari dari London School of Economics, kini bekerja di United Kingdom. Pada ketika ini, kedua-dua anak beliau menumpukan kepada kerjaya masing-masing dan belum lagi menunjukkan minat dalam bidang politik.

Penghargaan rakyat marhaen terhadap seorang aktivis sosial.

4 Penerima ljazah Keharmat Doktor Fa/safah

Dalam setiap janji, setiap pertimbangan keputusan dan sumpah

kesetiaan, faktor masa lazimnya menjadi penentu sejauh mana manusia

berpegang pada janjinya.Dua dekad berlalu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee

Lam Thye kekal dengan keputusan untuk bersara selamanya daripada dunia

politik. Beliau tidak menafikan bahawa memang pada peringkat awal beliau

pernah dirisik untuk menyertai parti politik lain tetapi risikan tersebut ibarat

bertepuk sebelah tangan. Lamaran takkan bersambut lantaran pilihan hatinya

sudah ada. Falsafah beliau dalam politik cukup mudah, parti politik pilihan

cuma satu. Tidak ada galang gantinya.

Digelar 'Mr Typewriter', legasi mengusung mesin taip Olivetti Lattera

25 dan beg berisi borang sekitar Bukit Bintang pada zaman beliau berpolitik itu

telah menjadikannya sebagai seorang ikon masyarakat yang begitu disegani.

Apabila diajukan persoalan tentang pengundurannya dari bidang politik,

beliau menyatakan, " .. saya bukanlah seorang ahli politik yang mahir bermain

politik. Justeru itu saya memilih untuk bersara dari politik ... " (temu bual, 27

September 2012).

Ahli Falsafah Greek Heraclitus menyatakan bahawa""tiada yang abadi kecuali

perubahan." Setiap detik dalam kehidupan pasti ada perubahan. Setiap

permulaan pasti ada pengakhiran. Begitu jugalah penglibatan Tan Sri Datuk Seri

Panglima Lee Lam Thye dalam kancah politik nasional. Seawal usia 23 tahun

beliau telah beraksi di pentas politik Malaysia dan ketika berumur 44 tahun

beliau memilih untuk bersara dari politik. Pada mata kasar; perubahan rentak

tari perjuangan daripada irama politik kepada irama kemanusiaan kelihatan

agak canggung memandangkan ia adalah peralihan dari dua pentas yang amat

berbeza. Namun demikian, Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye tidak

sedikit pun kekok dengan peralihan tersebut, malah ia memberi ruang dan

masa yang lebih fleksibel untuk berbakti kepada masyarakat. Tambah beliau

lagi, semasa menjadi ahli politik, beliau selalunya membantu secara individu

namun apabila menjadi aktivis S9sial, beliau membantu Organisasi Bukan

Kerajaan (NGO).