makalah ybhg. prof. madya dr. tee boon chuan hang tuah

17
KERTAS KERJA WACANA KARYA AGUNG HANG TUAH Tarikh: 13 November 2018 (Selasa) Tempat: Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. Anjuran: Bahagian Penyelidikan Sastera Dengan Kerjasama Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hang Tuah dari Sudut Pandangan Orang Cina Oleh : YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

KERTAS KERJA

WACANA KARYA AGUNG HANG TUAH

Tarikh:

13 November 2018 (Selasa)

Tempat: Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anjuran: Bahagian Penyelidikan Sastera

Dengan Kerjasama Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hang Tuah dari Sudut Pandangan Orang Cina

Oleh :

YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan

Page 2: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

1

Hang Tuah Dari Sudut Pandangan Orang Cina (Kertas Kerja Bersilangan Pantun Berkait Wacana Karya Agung Hang Tuah)

Tee Boon Chuan

Universiti Tunku Abdul Rahman [email protected]

Abstrak

Kertas kerja ringan ini merumuskan keberadaan tiga pandangan utama orang Cina tentang Hang Tuah, iaitu 1) Si Tuah sebagai anak Cina, 2) Hang Tuah sebagai tokoh Melayu berkontroversi dan 3) kesetaraan tokoh Hang Tuah dengan tokoh Guan Yu (关羽, atau Guan Gong 关公, 160 M – 220 M) dalam masyarakat Cina Malaysia. Kertas kerja ini disilangi dengan sebuah pantun berkait tersedia sebelum ianya diperturunkan dalam bentuk prosa sekarang.

Kata Kunci: Hang Tuah, Melayu, Guan Yu, pandangan Cina.

Pendahuluan

Saya yang kebetulan salah seorang pengkaji dari Projek Kajian Perbandingan Karya Agung MelayuCina: Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Tiga Negara, Oktober 2013-Disember 2014 (sedang dalam proses pembukuan), tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka berbesar hati menerima tawaran sekali lagi daripada penaja yang sama bagi tajuk Hang Tuah Dari Sudut Pandangan Orang Cina. Sebelum tawaran itu dikemukakan, saya telah menerima pemerian Dewan ketika dalam perjalanan ke Bandar Sungai Long untuk berpejabat:

1)

Hari itu hari Isnin (bersamaan 8 Okt),

Awan menimbun langit membiru.

Panggilan Dewan memecah hening,

Wacana Hang Tuah nan menyeru.

Page 3: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

2

2)

Awan menimbun langit membiru,

Bandar Sungai Long saya singgahkan.

Wacana Hang Tuah nan menyeru,

Pandangan Cina tuan dipersilakan.

Pandangan orang Cina tentang Hang Tuah? Saya termenung seketika apabila tajuk itu disarankan: pandangan memang ada. Ada yang serius. Ada yang sinis. Cuma selengkap mana yang saya mampu sedia dan kongsikan dalam masa terdekat? Tapi memang ini juga masanya untuk saya menghimpun dan merumuskan pandangan-pandangan orang Cina tentang Hang Tuah dan dihebahkan melalui tajuk Hang Tuah Dari Sudut Pandangan Orang Cina ini. Maka saya pun bersetuju untuk datang ke Dewan bagi perkongsian pandangan tersebut yang dikira sesuai diutarakan dalam tiga bentuk pandangan utama iaitu 1) Si Tuah seorang anak Cina, 2) Hang Tuah sebagai tokoh Melayu berkontroversi dan 3) kesetaraan tokoh Hang Tuah dengan tokoh Guan Yu dalam masyarakat Cina Malaysia.

Pandangan I: Peri Si Tuah Seorang Anak Cina

Pandangan orang Cina lantas ke minda saya adalah Si Tuah seorang Cina yang merebak di seluruh Malaysia yang memang telah diketahu dan dinafikan kebenarannya oleh sesetengah sarjana Melayu. Saya sendiri baru dipersoalkan lagi oleh tuan rumah ketika bersidang di Johor Baharu pada bulan Ogos lalu. Saya tidak tahu dari mana dan bilakah perkhabaran ini bermula. Namun kawan saya Encik Lee Eng Kew (李永球) selaku penulis sejarah bebas lagi ternama dari Taiping, Perak tidak terkecuali daripada pengupasan “Benarkah Si Tuah Seorang Cina?” dalam Sinchew Daily pada 1 Nov 2015:

Page 4: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

3

Menurut kupasan Encik Lee, Hang Tuah dikhabarkan sebagai orang Cina atas dua sebab seperti berikut: Pertama, faktor perbahasaan iaitu Hang Tuah berlima adalah mirip kepada nama orang Cina bermarga Hang (melainkan Hang Kasturi berbunyi empat suku kata) apabila dibunyikan menurut dialek Hokkien (Fujian) iaitu dialek utama Cina Melaka ketika itu; Kedua, faktor persejarahan iaitu Hang Tuah berlima, berlandaskan kepada faktor perbahasaan, berkemungkinan adalah hulubalang pengintip yang diutuskan oleh Maharaja Yongle (永乐大帝, bermahkota sepanjang 1402 M – 1424 M) bagi menangkap maharaja buangan yang dipercayai telah melarikan diri ke Asia Tenggara. Namun Encik Lee sendiri telah menasihatkan kita agar berhati-hati tentang perkhabaran tersebut biarpun pemerebakannya adalah meluas di seluruh Malaysia.

Bukti Si Tuah seorang anak Cina merebak hingga ke Sabah negeri di bawah bayu boleh dilayangi menurut contoh berikut (tajuknya berbunyi: “Benarkah Si Tuah Seorang Cina?”):

Page 5: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

4

Perkhabaran ini tetap suatu perkhabaran yang mana kebolehpercayaannya adalah terpulang kepada pihak masing-masing. Barangkali faktor psikologi sepanjang pemerebakan “Si Tuah Seorang Cina” dalam masyarakat Cina di sebalik kebolehpercayaan ini adalah lebih terutama sekali gus mengundangkan suatu pengupasan lanjut. Namun pengupasan ini tidaklah sesuai diutarakan dalam kertas kerja ini:

3)

Bandar Sungai Long saya singgahkan, Bukan kerana durian jatuh ke sana. Pandangan Cina tuan dipersilakan.

Bukan kerana Si Tuah anak Cina.

4)

Bukan kerana durian jatuh ke sana, Di sana hanya orang berdiam. Bukan kerana Si Tuah anak Cina,

Orang Cina bergurauan di kopitiam.

Page 6: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

5

5)

Di sana hanya orang berdiam,

Kediaman tiada saya dudukkan.

Orang Cina bergurauandi kopitiam,

Kopitiam tiada saya dewankan.

6)

Kediaman tiada saya dudukkan,

Duduk saya di Sungai Buloh,

Kopitiam tiada saya dewankan,

Dewan hari ini mencari suluh.

Pandangan II: Si Tuah Tokoh Melayu Berkontroversi

Pandangan pertama orang Cina adalah mengandaikan keberadaan Hang Tuah dalam sejarah dan berkemungkinan merupakan seorang anak Cina. Namun pandangan ini adalah bersifat sinis lagi memberatkan bagi sesetengah pihak dan merupakan “gurauan di kopitiam” semata-mata. Sedangkan pandangan kedua orang Cina tentang Hang Tuah adalah beliau merupakan seorang tokoh Melayu lakaran daripada hebahan sekolah dan masyarakat khususnya yang merupakan pandangan orang Melayu itu sendiri. Pandangan ini jarang menjadi bualan kopitiam orang Cina kerana tidak dianggap suatu bahagian daripada idenditi orang Cina:

7)

Duduk saya di Sungai Buloh,

Bandar Baharu bukan yang tertua.

Dewan hari ini mencari suluh,

Si Tuah itu hantu atau Hang Tuha?

8)

Bandar Baharu bukan yang tertua,

Jiran menjiran adanya cara.

Si Tuah itu hantu atau Hang Tuha?

Masyarakat Cina tiada bicara.

Page 7: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

6

9)

Jiran menjiran adanya cara,

Rukun tetangga sudah sekata.

Masyarakat Cina tiada bicara,

Sambil lalu dongeng dan nyata.

10)

Rukun tetangga sudah sekata,

Diamal tempat sepanjang bayu.

Sambil lalu dongeng dan nyata,

Ayuhai itu sejarah lagikan Melayu!

Masyarakat Cina pada umumnya akan mengisahkan ketokohan Hang Tuah apabila terlibat dalam kedua-dua konteks iaitu 1) pensejarahan Melayu / Malaysia, dan 2) buku pelajaran sejarah darjah empat sekolah rendah. Pandang umum pandangan orang Melayu tentang Hang Tuah tidak lain daripada beliau merupakan seorang tokoh nyata lagi berimej yang positif sama ada sebagai pahlawan Melayu ataupun setiawan raja. Sedangkan pandangan kedua orang Cina adalah Hang Tuah bukan seorang tokoh nyata dan, kalaupun seorang tokoh nyata, tidak berimej positif.

Keberadaan Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memang tidak dapat dimungkiri. Namun keberadaan Hang Tuah dalam dunia nyata adalah dicurigai. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (邱家 金) sejak tahun 2012 telah meriuhkan masyarakat Malaysia bahawa “Hang Tuah Sampai Bila Pun Tidak Dapat Dibuktikan”:

Page 8: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

7

Sedangkan pandangan Hang Tuah suatu tokoh khayalan masih dikekalkan Prof Khoo hingga kebelakangan ini:

Page 9: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

8

Pada masa yang sama, masyarakat Cina berasa kurang lega tentang imej serta pengajaran Hang Tuah yang digambarkan melalui buku pelajaran sejarah darjah empat dalam sekolah rendah. Suatu peralihan imej atau ketokohan Hang Tuah telah dikesani yang mana Hang Tuah dianggap seorang pahlawan Melayu sebelum tahun 80-an, dan setiawan raja semenjak tahun 80-an hingga ke hari ini:

Sebagai seorang setiawan raja, imej baharu tokoh Hang Tuah yang digambarkan menurut unit 11, buku pelajaran sejarah darjah empat sekolah rendah bagi sesetengah pihak adalah “membodohkan” budak sekolah. Ketika mengulas imej sedemikian daripada buku pelajaran sejarah, Puan Zhan Xuemei (詹雪梅) penyunting berita Sarawak, Sinchew Daily baru-baru ini berpendapat bahawa kedua-dua tokoh sultan dan Hang Tuah adalah berimej negatif iaitu raja tidak adil (menjatuhkan hukuman atas fitnah tidak berasas) dan laksamana membabi buta (mematuhi arahan raja tanpa membezakan hitam putih). Bagi Puan Zhan, “Perkara Bodoh Yang Dilakukan Si Tuah” (tajuk ulasan) dan tidak sesuai dijadikan suatu pengajaran murni kepada budak sekolah:

Page 10: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

9

Manakala bagi guru-guru sejarah sekolah rendah, pengajaran Hang Tuah didapati agak rumit untuk diperjelaskan kepada budak pelajar iaitu Hang Tuah bertikaman dengan sahabat baik Hang Jebat atas suruhan raja semata-mata yang padahal hendak menegakkan keadilan untuknya:

Page 11: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

10

Dengan pendek kata pandangan kedua orang Cina boleh dirumuskan sebagai Hang Tuah seorang tokoh Melayu dengan bermasalah dari kedua-dua segi pensejarahan (tokoh khayal) dan pengajaran (berimej negatif).

Pandangan III: Kesetaraan Hang Tuah Dengan Tokoh Cina Guan Yu

Pandangan ketiga orang Cina merupakan lanjutan daripada pandangan kedua di atas yang mendudukkan Hang Tuah seorang tokoh Melayu tanpa memerihalkan isu pensejarahan serta pengajaran yang dikatakan bersifat negatif tersebut. Pandangan ini melihat faktor psikologi Melayu di sebalik Hang Tuah diangkat sebagai pahlawan Melayu (sebelum 80-an) atau setiawan raja (semenjak 80an), dan cuba mengupas kebolehertian psikologi tersebut melalui tokoh Cina yang bersetara.

Secara umum tokoh Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu atau setiawan raja menurut gambaran Hikayat Hang Tuah adalah dapat diringkaskan seperti berikut:

i) Hang Tuah beraja kepada raja Melaka yang merupakan raja besar lagi “berketurunan”

ii) Hang Tuah berlima berkhidmat di bawah kerajaan Melaka

iii) Hang Tuah terbukti sebagai seorang wira yang penuh taat kepada raja

iv) Hang Tuah tidak mati dengan suatu penurunan Hikayat Hang Tuah

v) Hang Tuah diangkat zaman sekarang sebagai pahlawan bangsa

Sedangkan gambaran sedemikian telah mengingatkan orang Cina peri ketokohan Guan Yu (关羽, atau Guan Gong 关公, 160 M – 220 M) yang sangat akrab perhubungan:

i) Guan Yu beraja kepada raja Shu (蜀) yang juga merupakan raja besar berketurunan dinasti Han (202 SM – 220 M)

ii) Gu Yu berlima membentuk “Panglima Besar Harimau Berlima” (五虎大将) berkhimat kepada kerajaan Shu (empat yang lain adalah Zhang Fei, Zhao Yun, Ma Chao dan Huang Zhong)

iii) Guan Yu terkenal sebagai pahlawan tiada bandingan pada zamannya yang tidak berbelahan kepada raja

iv) Guan Yu tidak mati dan telah didewakan sejak kewafatan (sebabnya digelar Guan Gong) di samping penghikayatan yang menurunkan puluhan salinan dari masa ke semasa

v) Guan Yu telah dimandatkan sebagai Wali Persilatan (武圣) semenjak 1652 M pada dinasti Qing dalam peribadatan Cina hingga ke hari ini (setara dengan Konfucius selaku Wali Peradaban [文圣] yang lebih dahulu dimandatkan)

Kesetaraan ini menyerlah hingga Hikayat Hang Tuah (salinan DBP) terdiri daripada 28 bab boleh juga disetarakan dengan salinan Hikayat Guan Gong iaitu karang Li Yunshu (李云舒

) yang juga terdiri daripada 28 bab:

Page 12: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

11

Hikayat Hang Tuah (DBP)

Hikayat Guan Gong 关公传奇 (Penerbit Shenyang, China)

Yang berbeza adalah Hang Tuah tidak didewakan sebagaimana Guan Yu yang boleh kelihatan di rumah, pejabat, restoran dan tokong dalam masyarakat Cina:

Page 13: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

12

Manakala pendewaan adalah sebahagian daripada pembudayaan Guan Yu yang telah dipestakan setiap tahun di sana sini dari China hingga ke Asia Tenggara. Berikut adalah Pesta Antarabangsa Kebudayaan Guan Gong kawasan Kuala Lumpur yang dihadiri wakil pelbagai negara:

Lantaran gambaran “Si Tuah tidak mati” adalah amat berbeza daripada “Guan Gong tidak mati” dalam kedua-dua masyarakat Melayu dan Cina dari sisi pembudayaan:

Page 14: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

13

11) Diamal

tempat sepanjang bayu,

Bayu meniup ke sana sini.

Ayuhai itu sejarah lagikan Melayu!

Melayu menjangkau ke hari ini.

12) Bayu

meniup ke sana sini,

Kerana Si Monsun tiada bersara.

Melayu menjangkau ke hari ini,

Kerana Si Tuah menjadi wira.

13) Kerana

Si Monsun tiada bersara,

Yang belum suatu pencatatan.

Kerana Si Tuah menjadi wira,

Yang menurun suatu penghikayatan.

14)

Yang belum suatu pencatatan, Peri catat hendaklah berhati-hati.

Yang menurun suatu penghikayatan,

Dalam hikayat Cina bisa mengerti.

15) Peri catat hendaklah berhati-hati, Jangan jadikan cerita berbahang. Dalam hikayat Cina bisa mengerti, Fasal Si Tuah ketua Lima Hang.

Page 15: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

14

16)

Jangan jadikan cerita berbahang,

Santunkan cerita dengan irama.

Fasal Si Tuah ketua Lima Hang,

Ibarat Guan Yu berlima panglima.

17)

Santunkan cerita dengan irama,

Menjadi puisi penuh gubahan.

Ibarat Guan Yu berlima panglima.

Wira raja tiada berbelahan.

18)

Menjadi puisi penuh gubahan,

Dibaca orang entah berhenti.

Wira raja tiada berbelahan,

Roh Guan Yu entahkan mati.

19)

Menjadi puisi penuh gubahan,

Dibisik mulut jangankan senyap.

Roh Guan Yu entahkan mati,

Jiwa Hang Tuah tidaklah lenyap.

20)

Dibisik mulut jangankan senyap,

Karya agung itu datangnya.

Jiwa Hang Tuah tidaklah lenyap,

Wira bangsa itu ceritanya.

Page 16: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

15

21)

Karya agung itu datangnya.

Timur ada Barat pun ada.

Wira bangsa itu ceritanya.

Melayu ada Cina pun ada.

22)

Timur ada Barat pun ada.

Tahu Timur tahulah Barat.

Melayu ada Cina pun ada,

Tahu Surat tahulah sirat.

23)

Tahu Timur tahulah Barat,

Cita ini orang angankan.

Tahu Surat tahulah sirat,

Pandangan ini saya kongsikan.

Akhirul Kalam

Berdasarkan kepada keberadaan ketiga-tiga pandangan utama orang Cina tentang Hang Tuah, jelaslah bahawa tiada kesatuan pandangan orang Cina tentang tokoh yang dipandang selama ini. Di samping kecurigaan tentang kenyataan tokoh Hang Tuah menurut pandangan kedua tersebut, pandangan lawan iaitu Hang Tuah sebagai anak Cina hendak diputuskan sebagai salah barangkali juga bermasalah. Dewasa ini sebuah buku penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia yang berjudul Kapitan Melayu (2015) telah didapati tokoh berkenaan sebenarnya adalah anak Cina. Memang sinis rasanya ketika isu “Benarkah Si Tuah Seorang Cina?” itu diutarakan, namun kebenaran itu hanya boleh diputuskan melalui bukti dan bukan emosi atau stereotaip. Manakala pandangan ketiga telah menunjukkan kesetaraan tokoh dan permasalahan, kalau bermasalah, yang tersirat di sebalik kepelbagaian dan perbezaan pandangan Melayu-Cina tentang ketokohan Hang Tuah ini.

Page 17: Makalah YBhg. Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan Hang Tuah

16

Kapitan Melayu (PSM)

_________________________________________

Biodata: Tee Boon Chuan, anak Johor berijazah doktor falsafah dalam bidang pengajian falsafah China dan Islam China dari National Central University, Taiwan. Kini bertugas sebagai professor madya dalam Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman merangkap timbalan dekan Institut Pengajian Cina dari universiti yang sama.

Bidang pengajian termasuk sejarah intelektual Asia Timur dan Kepulauan Indo-Malaysia serta dialog peradaban. Dua buah buku terbitan tahun ini adalah Sanskrit Loanwords in Malay Today (edisi Cina, PJ, 2018) dan Sejarah Intelektual Konfusianisme Malaysia, 1800-2018 (edisi Cina, Beijing, 2018). Makalah kerjasama dengan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) termasuk ‘Isu-Isu Perdebatan Samkhya-Hindu dan Yogacara-Buddhism Pada Zaman Pra-Islam Melayu’ dalam Wacana Sains dan Teknologi Malayonesia III (2017) dan ‘Malay Classification of Buddhist Knowledge’ dalam Jurnal Kesturi, 2015: 2 (Jul-Dec 2015).

Dr Tee juga merupakan ahli panilai panel MQA dan MyRA dalam Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai profesor lawatan kepada Hengyang Normal University, Qufu Normal University dan ahli lembaga kepada International Confucian Association (ICA) khususnya dari China.