xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/23233843/100661408/name/laporan... · web viewlain 5.1 pn. betty...

5
LAPORAN MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL. 1/2012 Tarikh: 23.01.2012 Hari : Isnin Masa: 2.30pm Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Baeufort II. Agenda: 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 3. Pengurusan Pentaksiran 2012 4. Taklimat pentaksiran 5. Hal-hal lain Kehadiran:- 1. En.Mohd Noorzam Yusoff 2. En. Jaafar Marlan 3. En. Abdullah Sarudin 4. En Rahim Ghapar 5. Cik Dg Kasum Julai 6. Pn. Norimah Sadih 7. Pn. Masrijah Shamsuddin 8. Pn. Suriyah Salleh 9. Pn.Betty Stephen 10. En. Leo Ansie 11. 11. Cik Mardianah Guldam 12. Pn. Dora Parmin 13. Cik Nur Zuraimi Zam Jamar 14. Pn. Hasnah Hashim 15. En. Martin Wong 16. En. Leo ak Nicholas Ansie 17. En. Ishak Tajuddin 18. Cik Rosyati Mat Zaini 19. Cik. Nur Zuraimi Zam Jamar 20. Cik. Juliza Francis 21. En. Verilya @Veronica Junim

Upload: phungtram

Post on 15-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/23233843/100661408/name/LAPORAN... · Web viewlain 5.1 Pn. Betty mengemukakan permasalahan air yang menyebabkan kesukaran pelajar melaksanakan amali

LAPORAN MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL. 1/2012

Tarikh: 23.01.2012Hari : IsninMasa: 2.30pmTempat: Bilik Mesyuarat, SMK Baeufort II.

Agenda:1. Ucapan Pengerusi2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu3. Pengurusan Pentaksiran 20124. Taklimat pentaksiran5. Hal-hal lain

Kehadiran:-1. En.Mohd Noorzam Yusoff2. En. Jaafar Marlan3. En. Abdullah Sarudin4. En Rahim Ghapar5. Cik Dg Kasum Julai6. Pn. Norimah Sadih7. Pn. Masrijah Shamsuddin8. Pn. Suriyah Salleh 9. Pn.Betty Stephen10. En. Leo Ansie 11. 11. Cik Mardianah Guldam 12. Pn. Dora Parmin13. Cik Nur Zuraimi Zam Jamar14. Pn. Hasnah Hashim15. En. Martin Wong16. En. Leo ak Nicholas Ansie17. En. Ishak Tajuddin18. Cik Rosyati Mat Zaini19. Cik. Nur Zuraimi Zam Jamar20. Cik. Juliza Francis21. En. Verilya @Veronica Junim22. Pn. Jenny Lau Siu Yiu23. En. Rahman Masian24. En. Agus Sofyan Shah Abd Latif25. Pn. Suraya Tajul26. Cik Ballinah Bongkol

Page 2: xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/23233843/100661408/name/LAPORAN... · Web viewlain 5.1 Pn. Betty mengemukakan permasalahan air yang menyebabkan kesukaran pelajar melaksanakan amali

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan terima kasih kepada semua yang hadir kerana meluangkan masa untuk membincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2012 semua pelajar tingkatan satu akan menjalani pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) 100% yang akan dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing di dalam dan di luar kelas. Peperiksaan PMR akan dihapuskan dan perlaksanaan pentaksiran akan bermula pada tahun 2014.

Tindakan: Makluman semua guru

1.3 Pengerusi juga mngambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kejayaan cemerlang dalam keputusan PMR yang telah diumumkan dan menegaskan bahawa sedikit sebanyak kejayaan tersebut juga adalah sumbangan daripada pentaksiran / kerja kursus yang dilaksanakan oleh pelajar.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 Cik Juliza Francis mencadangkan supaya minit mesyuarat ini diluluskan dan disokong oleh cik Mardianah Guldam

3.0 Pengurusan Pentaksiran 2012

3.1 Pengerusi meminta semua guru yang terlibat dalam melaksanakan kerja kursus/pentaksiran agar mengemaskini maklumat atau fail masing-masing untuk mengahadapi kehadiran nazir/LPM jika ada pemantauan dilakukan. Dapatkan maklumat pentaksiran daripada penyelaras kerja kursus PMR/SPM atau daripada setiausaha peperiksaan.

Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran

3.2 Pengerusi turut mengingatkan bahawa semua penilaian dalam pentaksiran berkenaan perlu direkodkan dalam bentuk eviden dan adalah amat penting bagi guru memastikan bahawa setiap maklumat berkaitan dengan markah pelajar hendaklah diperiksa dan diberi. Ibu bapa boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya berlaku keciciran markah pelajar.

3.3 Pengerusi turut mencadangkan pelajar yang bermasalah displin atau mempunyai rekod kedatangan sekolah yang tidak baik agar dikumpul dan di minta menyiapkan kerja kursus lebih awal.

Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran

Page 3: xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/23233843/100661408/name/LAPORAN... · Web viewlain 5.1 Pn. Betty mengemukakan permasalahan air yang menyebabkan kesukaran pelajar melaksanakan amali

3.4 Pengerusi mengingatkan juga bahawa semua hasil kerja kursus pelajar boleh dihapuskan setelah 6 bulan daripada keputusan dikeluarkan. Manakala fail markah/eviden hendaklah disimpan oleh panitia masing-masing atau diserahkan kepada SUP sekolah utuk disimpan.

3.5 Pengerusi memaklumkan jawatankuasa pentaksiran bagi tahun 2012 dan terdapat beberapa perubahan berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, pengerusi juga menyerahkan watikah perlantikan ketua pentaksir dan pentaksir mata pelajaran kepada semua guru yang terlibat.

3.6 Pengerusi juga menegaskan bahawa setiap penilaian dan pentaksiran yang dijalankan adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Perkara ini telah dipesan oleh ketua sektor peperiksaan dan penilaian supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa.

4.0 Taklimat pentaksiran

4.1 Pn. Suraya Tajul dan Cik Ballinah membentangkan cara perlaksanaan pentaksiran berasaskan Sekolah dalam mesyuarat berkenaan sebagai pendedahan awal berkaitan pentaksiran kepada semua guru.

4.2 Pn. Suraya menegaskan bahawa pentaksiran akan dibuat di dalam dan luar kelas dengan pertambahan beberapa mata pelajaran yang ada pentaksiran. Manakala markah pelajar akan diberi dalam bentuk band iaitu band 1 hingga band 6.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pn. Betty mengemukakan permasalahan air yang menyebabkan kesukaran pelajar melaksanakan amali ERT untuk pentaksiran/kerja kursus. Pelajar terpaksa mengangkut air dari tangki yang ada dan mengambil masa yang lama sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Pn. Betty mencadangkan pihak sekolah agar memperbaiki paip yang ada atau menyediakan tangki yang berdekatan dengan bilik ERT.

5.2 Cik Mardianah meminta kerjasama semua guru yang menghadapi masalah pelajar yang tidak melaksanakan kerja kursus agar memaklumkan lebih awal kepada pihak kaunseling agar tindakan boleh diambil dengan segera

Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran

5.3 En. Rahim memaklumkan bahawa semua guru tingkatan satu pada tahun ini 2012 akan dipanggil menghadiri kursus pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah secara berperingkat-peringkat. Selain itu beliau juga memberitahu bahawa markah setiap pelajar tingkatan satu akan dimasukkan secara on-line dalam program Sistem Pentaksiran Berasaskan Penilaian Sekolah (SBPS) oleh guru mata pelajaran masing-masing.

5.4 En. Rahim meminta guru-guru menyemak semua lampiran jawatankuasa pentaksiran dan surat perlantikan pentaksiran. Seandainya ada permasalahan perlulah memaklumkan seberapa segera untuk diambil tindakan.

5.5 Cik Zuraimi meminta pihak sekolah tidak menerima pelajar masuk ke sekolah ini jika maklumat berkaitan dengan kerja kursus tidak ada atau tidak lengkap di bawa oleh pelajar.

Page 4: xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/23233843/100661408/name/LAPORAN... · Web viewlain 5.1 Pn. Betty mengemukakan permasalahan air yang menyebabkan kesukaran pelajar melaksanakan amali

5.6 Pn. Betty membangkitkan tentang pelajar yang telah menolak daripada mengambil mata pelajaran tertentu tetapi dalam peperiksaan awam sebenar masih terdapat nama pelajar berkenaan mengambil mata pelajaran berkenaan.

5.7 En. Rahman meminta agar pihak SUP menyediakan surat pemberitahuan kepada ibubapa tentang perlaksanaan kerja kursus/pentaksiran.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00 pm.

Disediakan Oleh:

_______________

(RAHIM GHAPAR)Setiausaha KurikulumSMK Beaufort II, Beaufort.Sabah.

Disemak Oleh :

_______________________(EN.MOHD NOORZAM YUSOFF)Penolong Kanan Pentadbiran,SMK Beaufort II, Beaufort,Sabah.