file · web view1.0 pembuka 2 : pembelajaran elektronik dan bersepadu . ringkasan ....

10
1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu a) Ringkasan Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan. Aliran kerja pembelajaran di mana bahan-bahan dimuat turun apabila sesuatu masalah atau situasi timbul adalah kaedah terkini dalam penghantaran maklumat. Dengan kewujudan teknologi pendidikan yang ada kini , aliran kerja adalah satu realiti. Sejak itu, terdapat kepelbagaian dalam pendidikan termasuklah cetakan berita, telegraf, radio, televisyen, komputer dan internet. John Heyl Vincent menyatakan bahawa satu masa nanti tugasan yang dibuat oleh koresponden adalah melebihi daripada yang dilakukan di dalam bilik darjah oleh ahli-ahli akdemik dan kolej-kolej. Pelaburan yang dilakukan terhadap pembelajaran elektronik adalah tinggi dan pihak kerajaan sedang menyediakan komuniti bagi menghadapi kepesatan teknologi yang berlaku di seluruh dunia. Dunia pendidikan telah mempelbagaikan pembelajaran sejajar dengan penggunaan teknologi terkini. Kepelbagaian ini adalah adalah daripada beberapa faktor termasuklah peningkatan capaian kepada pembelajaran, usaha pembelajaran sepanjang hayat, keperluan pengiktirafan dan imigrasi. Penggunaan teknologi menyebakan tenaga pendidik responsif terhadap persoalan dan pandangan pelajar dengan cepat. 1

Upload: vodat

Post on 28-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu

a) Ringkasan

Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan

dan ketika diperlukan. Aliran kerja pembelajaran di mana bahan-

bahan dimuat turun apabila sesuatu masalah atau situasi timbul adalah

kaedah terkini dalam penghantaran maklumat. Dengan kewujudan

teknologi pendidikan yang ada kini , aliran kerja adalah satu realiti.

Sejak itu, terdapat kepelbagaian dalam pendidikan termasuklah

cetakan berita, telegraf, radio, televisyen, komputer dan internet. John

Heyl Vincent menyatakan bahawa satu masa nanti tugasan yang dibuat

oleh koresponden adalah melebihi daripada yang dilakukan di dalam

bilik darjah oleh ahli-ahli akdemik dan kolej-kolej. Pelaburan yang

dilakukan terhadap pembelajaran elektronik adalah tinggi dan pihak

kerajaan sedang menyediakan komuniti bagi menghadapi kepesatan

teknologi yang berlaku di seluruh dunia.

Dunia pendidikan telah mempelbagaikan pembelajaran sejajar dengan

penggunaan teknologi terkini. Kepelbagaian ini adalah adalah daripada

beberapa faktor termasuklah peningkatan capaian kepada

pembelajaran, usaha pembelajaran sepanjang hayat, keperluan

pengiktirafan dan imigrasi. Penggunaan teknologi menyebakan tenaga

1

Page 2: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

pendidik responsif terhadap persoalan dan pandangan pelajar dengan

cepat.

Pembelajaran inovatif yang diperkenalkan oleh Heppell yang

menyatakan bahawa pelajar peringkat awal boleh mencipta tugasan

multimedia setaraf pelajar universiti sekiranya pelajar tersebut

mempejari sesuatu berdasarkan minatnya. Bagi Illich , terdapat tiga

tujuan sistem pendidikan yang berkesan iaitu :-

i. Pendidikan seharusnya menawarkan sumber-sumber yang tidak

terhad untuk mana-mana pelajar pada bila-bila masa yang

diperlukan.

ii. Ia seharusnya membenarkan mana-mana individu yang mahu

berkongsi pengetahuan atau kepakaran mencari individu lain yang

berminat berkongsi ilmu dengannya.

iii. Sistem pendidikan seharusnya membenarkan mana-mana individu

yang mahu mempersembahkan idea-idea, isu-isu, atau sumber-

sumber kepada masyarakat umum.

Pembelajaran secara di atas talian adalah digunakan untuk pelajar

mencipta luahan , bukannya memaksa mereka membuka helaian

kandungan di dalam buku. Laporan berita harian , kertas putih,

pengumuman persidangan menunjukkan teknologi terkini, seperti

podcasting , coursecasting , wikibooks, video blogs dan pembelajaran

mobil – mencipta peluang pengajaran yang mana tidak dapat

2

Page 3: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

dibayangkan. Kewujudan teknologi terkini dalam pendidikan secara

berterusan dan seiringan dengan aplikasi pengajaran yang digunakan

bersama .

Pembelajaran secara atas talian telah beralih daripada tahap

pertumbuhan kepada tahap kematangan . Bilangan pendidik dan

pelajar dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti dan amalan kursus secara talian

telah meningkat secara mendadak.

Persekitaran yang bersepadu mendatangkan manfaat kepada kedua-

dua pembelajaran bersemuka dan kaedah secara talian menghasilkan

faedah kepada sistem penghantaran yang lain. Berdasarkan kepada

perkembangan terkini, lebih ramai pendidik dan pelajar perlu untuk

memahami pencapaian yang boleh dikecapi dengan persekitaran

tersebut. Kursus dan program-program yang bersesuaian untuk

persekitaran secara talian adalah kandungan yang sentiasa berubah

seperti di dalam ilmu perubatan , pengurusan dan kejuruteraan.

Bagi pengajar , ia memerlukan perubahan paradigma terhadap

pemikiran yang berkaitan dengan amalan pengajaran dan interaksi

dengan pelajar. Pembelajaran elektronik merupakan satu komponen

yang perlu ada dalam perkhidmatan pendidikan tinggi. Pembelajaran

bersepadu telah digabungkan dalam misi pembelajaran institusi

pendidikan tinggi telah berkembang sejajar dengan evolusi internet

yang mana telah mencipta revolusi pembelajaran semasa.

3

Page 4: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

Pendidikan secara talian telah dipraktikkan secara meluas seluruh

dunia dan terdapat permintaan yang tinggi terhadap pendidikan

berbentuksecara talian dan bersepadu . Para pendidik seharusnya

menerokai pendidikan dan latihan elektronik bagi memastikan dunia

pendidikan mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

4

Page 5: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

b) Contoh aplikasi pembelajaran elektronik dan pembelajaran bersepadu

i. Adobe InDesign

Alamat laman web iaitu InDesign |

adobe.comwww.adobe.com/

Adobe InDesign merupakan satu perisian yang dihasilkan

oleh Adobe.

Ia digunakan untuk membuat poster, risalah , brosur,

majalah, suratkhabar dan buku.

Ia boleh juga dipamerkan kandungannya dalam peralatan

tablet bersama-sama dengan Adobe Digital Publishing Suite.

Pereka grafik dan produksi merupakan pengguna utama di

dalam melaksanakan tugasan mereka antaranya ialah

mencipta dan mambuat lakaran untuk cetakan dan poster.

Ia juga menyokong perpindahan dan perkongsian maklumat

kepada format EPUB dan SWF bagi mencipta penerbitan

digital dan kandungan yang sesuai untuk penggunaan gajet

tablet komputer.

The Adobe InCopy memproses teks dengan menggunakan

format yang serupa dengan InDesign.

5

Page 6: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

ii. Adobe Photoshop

Produk versi terbaru iaitu Adobe Photoshop CS5 dan perisian

edit gambar.

Alamat laman web iaitu

www.adobe.com/products/photoshop.htmlAdobe Photoshop

CS5

Adobe Photoshop adalah satu program pengeditan grafik

yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems

Incorporated.

iii. AutoCAD – 2D and 3D CAD Design and Documentation Software

Alamat laman web iaitu usa.autodesk.com/autocad/

AutoCAD merupakan satu perisian aplikasi untuk “computer-

aided design”(CAD) dan melakar dalam 2D dan 3D.

Ia telah dibangunkan dan diedarkan Autodesk, Inc.

Kali ia dikeluarkan pada December 1982 oleh Autodesk.

AutoCAD merupakan satu daripada program CAD untuk

dijalankan dalam komputer peribadi seperti IBM PC.

Pada ketika itu, kebanyakan program CAD yang lain

beroperasi dalam komputer rangka utama atau komputer

mini yang disambungkan kepada terminal komputer grafik

untuk setiap pengguna.

6

Page 7: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

2.0 Pembuka 3 : Kebolehdapatan Perisian Percuma dan Sumber-Sumber Secara

Terbuka

Semua pengguna internet pada masa kini boleh mendapatkan perisian yang

percuma dan secara terbuka. Perkara ini telah berlaku secara meluas dalam

beberapa tahun kebelakangan ini. Kos untuk mendapatkan perisian adalah

semakin murah dan kebanyakannya boleh didapati secara percuma . Justeru

itu , dunia pendidikan di dalam arus kepesatan teknologi mampu untuk

menjadi satu dunia perkongsian ilmu secara percuma dan mudah diakses

oleh semua golongan terutama golongan pendidik dan pelajar.

Falsafah perisian yang terbuka mermaksud keterbukaan dalam kod

pengkomputeran yang dicipta untuk pengedaran atau penggunaan di antara

rakan sejawat dalam sesuatu organisasi. Memandangkan bajet untuk

pendidikan adalah terhad dan kos yang ditanggung untuk menyediakan

pendidikan semakin meningkat, maka minat untuk menghasilkan sumber-

sumber terbuka semakin meluas. Dalam organisasi latihan dan pendidikan,

sebahagian alat-alat sumber-sumber terbuka boleh di dapati untuk

penggunaan pentadbiran dan birokratik bagi urusan pengambilan pelajar,

pengurusan pembelajaran dan sistem kewangan . Alat-alat bagi sumber

terbuka yang lebih menjurus kepada proses pengajaran dan pembelajaran

adalah seperti “podcasting”, wiki dan blog.

7

Page 8: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

“Free and Open Source Software” (FOSS) merupakan satu pergerakan yang

melibatkan pergerakan perisian percuma di mana mendokong falsafah

kebebasan dan pergerakan sumber-sumber secara terbuka di mana

menerapkan kerjasama antara rakan sejawat di dalam sesebuah organisasi.

Nama-nama pengerak tersebut iaitu Eric Raymond, Linus Torvalds dan Martin

Dougigmas telah menghasilkan kajian yang telah banyak memberi

sumbangan terhadap banyak pihak untuk melengkapkan projek berkaitan

dengan pembangunan teknologi terkini.

Pergerakan ini mula menyedari perbezaan dalam bidang pendidikan ketika

penghasilan FOSS bagi memantapkan lagi penggunaan teknologi baru dalam

dunia pendidikan. Namun begitu, institusi pendidikan masih lagi tidak

menfokuskan sepenuhnya kepada penggunaan perisian percuma dan

sumber-sumber secara terbuka bagi kemanfaatan dunia pendidikan.

Organisasi pendidikan menyedari kelebihan penggunaan perisian secara

percuma dan terbuka. Perkongsian maklumat boleh mencetuskan idea dan

inovasi yang memberi faedah kepada pelajar melebihi jangkaan matlamat asal

dan niat para pencipta perisian tersebut. Oleh itu, sesiapa sahaja yang

mempunyai idea dan memahami proses untuk menghasilkan perisian

pendidikan dapat menyumbangkan kebaikan dalam dunia pendidikan

menerusi perisian percuma tersebut.

8

Page 9: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

Sistem perisian yang telah dicipta bagi penggunaan dunia pendidikan

mempunyai tiga kebaikan iaitu :

i. Membenarkan sesebuah organisasi dan institusi menawarkan kursus

dan program yang menjimatkan kos di mana kursus dan program

tersebut melibatkan kos yang banyak sekiranya dilaksanakan secara

kenvensional.

ii. Mereka mampu membuat lebih banyak kandungan yang boleh didapati

oleh setiap individu yang mengakses maklumat tersebut.

iii. Mereka boleh mewujudkan satu komuniti yang mempunyai pemikiran

seperti pendidik yang boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran

yang boleh mendatangkan kemanfaatan kepada manusia sejagat.

Salah satu perisian iaitu perisian Ning yang berfungsi untuk membuka

para pendidik kepada pembelajaran seantero. Ini bermakna , para

pendidik dan jurulatih tidak hanya berpuas hati dengan pandangan dan

ulasan yang diperolehi di pejabat , sekolah dan persekitaran sahaja

malah mereka boleh mengemukakan di dunia jaringan Ning serta

mendapatkan maklumbalas daripada pihak yang berkaitan di dunia luar

sana . Oleh itu, perkembangan teknologi telah menambah pilihan

dalam dunia pendidikan bagi kebaikan manusia sejagat pada masa kini

dan masa hadapan.

9

Page 10: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

c) Contoh aplikasi perisian percuma

i. Google SkecthUp

Alamat laman web iaitu Google SketchUp

sketchup.google.com/

Perisian 3D komunikasi yang dicipta untuk rekacipta dan

Kejuruteraan professional.Perisian ini amat mudah dan

sempurna membolehkan para pelajar dan pengajar mencipta, mengubahsuai

dan berkongsi 3D model.

ii. Citcat Free Online Text and Website Translation, Online

(Laman web terjemahan percuma)

Alamat laman web iaitu www.citcat.com/

“Transcending Language, Connecting Communities

Citcat” menawarkan perkhidmatan percuma dari segi

terjemahan teks dan laman web, kamus secara atas talian

dan offers free, online text and website translation,

pelbagai gajet terjemahan daripada Bahasa Inggeris

kepada Bahasa Melayu , Bahasa Melayu kepada Bahasa

Inggeris, Bahasa Inggeris kepada Bahasa Indonesia dan

Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina .

10

Page 11: file · Web view1.0 Pembuka 2 : Pembelajaran Elektronik dan Bersepadu . Ringkasan . Pekerja masa kini memerlukan pembelajaran berdasarkan permintaan dan ketika diperlukan

iii. 4sharedfile

4shared.com - perkongsian dan simpan fail secara

percuma

Alamat laman web iaitu www.4shared.com/

Pendaftaran yang mudah .

Muatnaik fail progressor.

Perpindahan jumlah fail yang banyak .

Muatturun yang cepat.

11