mesin pembuka tayar siap

41
BAB I PENGENALAN Rajah 1: Gambarajah penuh mesin Pembuka Tayar Motosikal 1

Upload: aiman-azim

Post on 24-Jun-2015

1.625 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

BAB I

PENGENALAN

Rajah 1: Gambarajah penuh mesin Pembuka Tayar Motosikal

1

1.1 PENGENALAN KEPADA PROJEK

Bila diperhatikan dengan terperinci kita dapat melihat bagaimana para mekanik seringkali menggunakan besi pencungkil tayar motorsikal untuk membuka tayar motorsikal sebelum melakukan kerja-kerja penukaran tiub di dalam tayar motorsikal. Proses membuka tayar ini memakan masa yang lama dan merumitkan para mekanik. Secara keseluruhan masa yang diambil untuk menyiapkan proses ini adalah kira-kira 15 – 25 minit. Selain itu, mekanik memerlukan tenaga yang banyak untuk mencungkil tayar dengan besi pencungkil. Dalam melakukan apa kerja sekalipun kita dilatih untuk menitikberatkan aspek keselamatan .Oleh itu, kami telah diberi satu tugasan iaitu projek akhir. Kami mestilah mencipta suatu projek yang berguna kepada masyarakat di negara kita. Jadi, dari situlah tercetusnya idea kami untuk membuat satu projek yang memudahkan dalam kerja membuka tayar motorsikal. Kami mendapat idea untuk membuat projek ini adalah kerana di dalam negara ini, belum ada lagi yang mencipta alat pembuka tayar motorsikal. Sebelum itu, saya pernah membaiki tayar motorsikal dengan menggunakan besi pencungkil tayar. Besi itu mestilah dimasukkan betul-betul ke celah tayar motorsikal supaya besi itu tidak melenting kerana tayar motorsikal mempunyai sifat kelastikan yang tinggi. Kecederaan mungkin berlaku pada muka atau badan kita. Ini secara langsung boleh mengundang bahaya. Oleh itu, kami telah mengkaji, dan merekacipta suatu alat yang memudahkan dalam kerja membuka tayar motorsikal. Ia akan mempercepatkan kerja ,mesra pengguna, tidak menggunakan tenaga yang banyak dan amat menitikberatkan aspek keselamatan untuk meminimakan risiko berlakunya kemalangan/kecederaan.

2

1.2 OBJEKTIF PROJEK

Bengkel motorsikal adalah suatu bengkel yang banyak menerima pelanggan yang mengalami kerosakan pada tayar motorsikal. Oleh itu, mekanik atau bukan mekanik memerlukan suatu alat pembuka tayar motorsikal yang lebih efisyen. Objektif projek ini adalah :

I. Mekanik tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar motorsikal

II. Alat ini menitikberatkan aspek keselamatan jika dibandingkan dengan menggunakan besi pencungkil tayar yang berisiko tingggi menyebabkan kecederaan kepada mekanik atau pengguna biasa.

III. Mekanik atau pengguna tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikan mesin ini.

IV. Memudahkan atau tidak merumitkan dan mempercepatkan kerja membuka tayar kepada mekanik .

1.2.1 SKOP PROJEK

“Mesin Pembuka Tayar Motorsikal” adalah suatu peralatan membuka tayar motorsikal yang boleh digunakan disemua bengkel membaiki tayar motorsikal dan juga kepada pengguna biasa yang ingin membuka tayar motorsikal sendiri.

3

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sebelum projek ini dimulakan, kami telah membuat kajian yang terperinci tentang masalah yang dihadapi didalam bengkel motorsikal mengenai proses membuka tayar dengan menggunakan besi pencungkil tayar. Sumber kajian yang kami dapati adalah daripada perbincangan dan soal selidik mekanik daripada bengkel yang membaiki tayar motorsikal. Antara masalah yang dihadapi oleh mekanik adalah kesukaran membuka tayar, kemungkinan mengalami kecederaan jika tersalah teknik mencungkil iaitu besi melenting ke muka dan banyak menggunakan tenaga sekiranya mengunakan besi pencungkil tayar. Oleh itu, dari situ kami dapat mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh mereka sekiranya tiada alat pembuka tayar motorsikal seperti yang telah direka ini.

1.3.1 Antara masalah yang dihadapi :

I. Kesukaran untuk membuka tayar motorsikal.

II. Memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar.

III. Kemalangan mungkin berlaku kerana besi pencungkil tayar boleh terpelanting jika tersalah teknik penggunaan besi pencungkil tersebut.

IV. Proses kerja yang lambat dan merugikan masa mekanik.

V. Boleh merosakan rim, tiub dan tayar sekiranya teknik penggunaan besi pencungkil tidak betul.

4

1.4 Konsep

Dalam “Mesin Pembuka Tayar Motorsikal”, konsep yang digunakan diilhamkan daripada mesin pembuka tayar kereta yang terdapat di pasaran kini. Konsep yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan alat membuka tayar kereta. Bezanya ialah alat ini tidak menggunakan sistem hidraulik dan system “air pressure” sepertimana yang terdapat pada alat pembuka tayar kereta, yang mana alat yang kami reka ini hanya menggunakan sistem gear bermotor yang mana lebih ringkas dan kompleks. Ianya juga dibekalkan dengan tapak yang dibuat khas bagi memastikan ianya stabil dan kukuh. “Jaw” juga digunakan pada projek ini berfungsi untuk memegang rim motorsikal semasa proses membuka tayar motorsikal supaya rim tidak bergerak atau berpusing selain rekaan sendiri pada mata alat pembuka yang lebih cekap dan praktikal. Roda juga disediakan pada setiap kaki tapak supaya memudahkan untuk pergerakan. Alat ini amat sesuai dikendalikan secara berseorangan.

5

BAB II – METADOLOGI

2.1 PENGENALAN MESIN PEMBUKA TAYAR MOTOSIKAL

Rajah 2: Gambarajah penuh Mesin Pembuka Tayar Motosikal

Oleh kerana penekanan utama pada projek ini berdasarkan kemudahan pengguna dan keselamatan pengguna(safety), maka rekaan projek ini adalah lebih kepada memudahkan dan menjimatkan masa pengguna/mekanik dengan menitikberatkan aspek keselamatan dalam proses pengendalian ketika proses menukar tiub ataupun menukar tayar motosikal.

Bagi merealisasikan suasana kerja selamat maka penggunaan mesin ini adalah menepati permintaan pada masa ini kerana ini merupakan mesin pertama yang dicipta dan bersesuaian dengan kehendak pemilik bengkel motosikal amnya.

Secara amnya mesin ini berfungsi untuk membuka tayar sepertimana mesin pembuka tayar kereta yang terdapat di pasaran ketika ini. Cuma mesin ini lebih tertumpu pada tayar motosikal kerana kaedah membuka tayar motosikal masih menggunakan kaedah lama dan tidak lagi relevan penggunaan pada masa ini.

6

Dengan terciptanya mesin ini, maka masalah keletihan akibat penggunaan tenaga yang banyak dapat diatasi selain memudahkan proses membuka tayar motosikal.

2.2 CIRI-CIRI PEMBINAANBerikut adalah merupakan penyataan tentang ciri-ciri pembinaan yang meliputi keseluruhan aspek-aspek yang terdapat pada Mesin Pembuka Tayar Motosikal:-

2.2.1 Bentuk pembinaan

i. Mata penaik tayar yang direka khasii. Pemegang rim yang direka khas serta kuat dan cekap bagi mengelakkan rim bergerak

daripada mata penaik tayar ketika rim diputarkan.iii. Penyelarasan mata penaik tayar yang berbentuk bulat. iv. Struktur utama mesin berbentuk segi empat yang kukuh dan stabilv. Roda( Swival rubber ) yang dapat menampung berat mesin dan memudahkan mesin untuk

digerakkan.

2.2.2 JENIS PEMBINAAN

Bahan binaan yang digunakan adalah daripada keluli jenis Mild Steel kerana ianya mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:-

Keluli jenis ini murah dan senang diperolehi. Mudah untuk dikimpal dan dimesin(dipotong) Mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk asalnya tidah mudah berubah.

7

2.2.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBUATAN

Penerangan berserta gambarajah berikut menerangkan tentang bahagian-bahagian binaan pada Mesin Pembuka Tayar Motosikal:-

Rajah 3 :- Struktur utama mesin berbentuk segi empat

Struktur utama mesin berbentuk segi empat – memberikan kestabilan pada keseluruhan projek untuk menampung keseluruhan berat mesin.

Bahan binaan terdiri daripada:-

Mild steel plate saiz 500x500x6mm Mild steel Square tube 50x50x450x3mm Mild steel Square tube 50x50x350x3mm Pipe ϴ45x3x315mm Pipe ϴ45x3x710mm Pipe ϴ50x3x200mm Pipe ϴ50x3x200mm Plate bar 100x100x6mm

8

Rajah 4: Jaw dan kuku pemegang rim

Jaw dan kuku pemegang rim – Membuat modifikasi daripada “jaw” yang terdapat pada mesin larik (scrap). Terdapat penambahan pada kuku asal dengan menambahkan kuku yang lebih besar bukaannya bagi menepati aplikasinya pada rim motosikal.Pemegang rim direka khas agar kuat dan cekap bagi mengelakkan rim bergerak daripada mata penaik tayar ketika rim diputarkan.

Rajah 5: Motor elektrik dan gear

Motor elektrik dan gear – penggunaan motor sangat praktikal untuk mengalihkan kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan rim dengan bantuan gear.Sistem gear sangat praktikal pada projek ini kerana mesin ini memerlukan tenaga yang banyak kerana wujud geseran yang kuat diantara mata penaik tayar dan tayar yang semulajadinya mempunyai sifat keelastikan yang cukup besar.

9

Rajah 6: Mata penaik tayar

Mata penaik tayar – Mata penaik tayar ini direka khas dengan bentuk yang bersesuaian untuk membolehkannya menaikkan dan memasukkan tayar apabila dikehendaki.Diperbuat daripada gabungan rod bar dan plat bar 12mm

Rajah 7: Pelaras mata penaik tayar

Pelaras mata penaik tayar - Rekaannya membolehkan mata penaik tayar boleh dilaraskan ketinggiannya serta jarak mata penaik tayar mengikut saiz rim yang digunakan.Gabungan antara 2 saiz paip yang berbeza yang dilekatkan antara satu samalain membolehkan paip yang terdapat didalamnya dilaraskan mengikut kedudukan yang dikehendaki.Bagi menetapkan kedudukan jarak mata penaik, ketatkan nat yang disediakan pada pelaras tersebut.

10

Rajah 8: Motor speed controller box

Motor speed controller box – Dibekalkan bersama-sama motor untuk membolehkan motor bergerak secara 2 hala dan mengikut kelajuan yang boleh dilaraskan.

11

2.3 PERLAKSANAAN PROJEK2.3.1 JADUAL PERANCANGAN PROJEK MESIN PEMBUKA TAYAR MOTOSIKAL

Jadual 1 : Jadual perancangan projek.

12

2.3.2 BILL OF MATERIAL

Jadual 2 : B.O.M

13

2.3.3 CARTA ALIRAN KERJA

Carta Aliran kerja bagi membuat “ Mesin Pembuka Tayar Motosikal “

Reject

Reject

Reject

Rajah 3: Carta aliran projek

14

MENERIMA TUGASAN

Membuat Perbincangan Dengan Penyelia

BOM / BQ

Menempah Barang

Merekabentuk Lukisan Projek

Fabrication Project (marking, Cutting, forming)

Menerima barang

QC Check

QC Check

Fit Up / Joining

QC Check

Painting

Pembentangan Projek

Hantar Report

Welding Process

Membuat Report

2.4 Peralatan dan kelengkapan yang digunakan

Dalam pembinaan projek “Mesin Pembuka Tayar Motosikal” peralatan dan kelengkapan yang

terlibat adalah seperti berikut:

1. Pelindung keselamatan (google, head Shield, glove, safety shoes, dan jaket) bertujuan

untuk keselamatan

2. Grinding machine – digunakan untuk membuat kemasan dan mencanai bendakerja bagi

menepati ukuran yang dikehendaki.

3. Peralatan kimpalan SMAW – untuk membuat kimpalan penyambungan tetap pada

projek

4. Alat pengukur – mengukur bendakerja sebelum penandaan, mengukur tempat

pemasangan serta mengukur ketepatan ukuran serta ketepatan pemasangan bahagian-

bahagian pada projek

5. Lifting Equipment – untuk mengendali dan memindahkan beban semasa membawa

plate ke tempat pemotongan serta mengangkat projek untuk tujuan pemasangan

bahagian lain

6. Shearing machine – berfungsi sebagai pemotong plate untuk menyenangkan proses

pemotongan bagi mempercepatkan penyiapan projek

7. Mesin gerudi – membuat lubang drill pada plate bar 9mm yang berfungsi sebagai lifting

legs

8. Peralatan memotong oksi-asetilin – bagi meemotong bahagian penandaan yang sukar

dan kecil

9. Cut off machine – bagi memotong bendakerja seperti MS hollow, MS Plate bar serta C

Channel dan lain-lain

15

BAB III

3.1 KEPUTUSAN

Setelah projek ini siap dibina, kami telah melakukan beberapa ujian untuk menguji projek ini. Setelah ujian dilakukan kami mendapati semua kriteria pengujian Berjaya diperolehi dan mencapai objektif kecuali terdapat 2 permasalahan kecil iaitu masalah pengimbangan dan lebihan daya yang digunakan.

Walaubagaimanapun ianya berjaya diatasi melalui penambahbaikan yang telah dibuat seperti di bawah:-

3.1.1 Masalah Pengimbangan.

Terdapat beberapa masalah pada projek kami apabila proses membuka tayar dilakukan iaitu projek yang kami bina tidak mempunyai keseimbangan. Projek kami akan bergerak apabila proses membuka tayar dijalankan. Oleh itu kami telah melakukan pengubahsuaian pada struktur sokongan asasnya dengan menambah lebar dan panjang platform dari 300x300 kepada 500x500mm dan menggantikan angle ion 25x25 kepada square tube 50x50mm sebagai tapak projek. Dengan penambahbaikan ini maka projek kami dapat mencapai keseimbangan yang dikehendaki.

3.1.2 Masalah Lebihan Daya

Kedua kami perlu mengatasi masalah lebihan daya yang digunakan ketika menggerakkan mata pembuka tayar ketika menjalankan proses membuka tayar. Sebelum ini kami menstatikkan tayar dan mata pembuka digerakkan secara membulat dengan menggunakan daya kilasan. Didapati kaedah ini menggunakan tenaga yang banyak, sekaligus tidak menepati konsep utama yang kami ketengahkan iaitu penjimatan tenaga.Maka dengan itu kami menukar konsep kerja projek kami dengan menggantikan daya kilasan dengan sistem gear. Ternyata sistem gear lebih menjimatkan tenaga dan menepati teorinya iaitu gear pemacu yang kecil apabila dipadankan dengan gear penurut yang lebih besar akan memindahkan tenaga yang kecil kepada tenaga yang besar. Oleh itu kami mengubah konsep projek kami dengan menstatikkan mata pembuka tayar dan menggerakkan tayar dengan menggunakan sistem gear dengan bantuan motor.

16

3.2 CARA PROJEK BERFUNGSI

Rim dimasukkan pada kedudukan yang disediakan dan diketatkan dengan jaw. Mata pembuka tayar dilaraskan mengikut saiz rim yang digunakan. Tayar dicungkil naik pada mata pembuka tayar dan suis dihidupkan dan jaw berserta rim akan berputar. Dengan hanya 1 putaran lengkap maka tayar akan terpisah dari rim.

3.2.1 CARA MENGGUNAKANNYA

i. Rim yang telah di keluarkan daripada motosikal dimasukkan padakedudukannya pada jaw.

ii. Gunakan chulk untuk menggerakkan kuku pada jaw bagi memegang rim daripada bergerak.

iii. Gunakan pencungkil yang disediakan bagi mencungkil tayar agar berada diatas mata pembuka tayar.

iv. Hidupkan suis pada suis box.

v. Tayar telah terpisah dari rim dengan hanya 1 putaran lengkap.

17

3.3 KESIMPULAN

Oleh itu kami telah bersependapat bahawa rekabentuk seperti yang telah dilukis adalah

memenuhi segala aspek-aspek yang kami kehendaki seperti :

a. Bahan yang digunakan tidak terlalu berat dan bersesuaian dengan beban yang

ditanggung oleh “ Mesin Pembuka Tayar Motosikal “.

b. Rekabentuk ringkas dan mudah mengendalikannya.

c. Tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar.

d. Memenuhi kehendak pengguna.

Kesimpulan dari perlaksanaan tugasan projek akhir ini, ianya banyak memberikan manfaat

kepada kami kerana kami dapat mengumpulkan banyak pengetahuan melalui penyelidikan

yang dilakukan. Selain itu ianya dapat meningkatkan kemahiran kami dalam bidang ini.

Daripada pemerhatian dan perkara-perkara yang telah dipelajari sepanjang latihan projek akhir

ini ialah:-

i. Melalui kajian yang dilakukan, kami dapat mengembangkan minda kami dalam

menghasilkan projek yang belum pernah diperkenalkan. Ianya satu inovasi dalam

industri mesin di Malaysia.

ii. Dapat mengenalpasti kriteria yang perlu ada untuk mereka “ Alat Pembuka Tayar

Motosikal “ seperti :-

a. Flexible

b. Menjimatkan kos rekaan

c. Mesra pengguna

d. Komponen standart mesti digunakan

iii. Melatih seseorang individu berfikir dan merancang penghasilan projek yang kreatif dan

boleh dikormesilkan.

18

iv. Dapat mempelajari teknik-teknik kemahiran bukan sahaja dalam kursus sendiri malah

juga di bengkel-bengkel lain seperti penggunaan mesin larik di bengkel Tool & Die

v. Mempelajari teknik penulisan laporan yang betul serta penggunaan bahasa yang

berkesan.

19

BAB IV

4.1 SARANAN DAN CADANGAN

Bagi saranan dan cadangan berikut kami nyatakan cadangan kami berkenaan Projek Tahun

Akhir kami ini seperti :-

i. Gear penurut yang terdapat pada bawah platform tayar boleh digantikan dengan gear

penurut yang lebih besar bagi menambah kekuatan pusingan tayar.

ii. Pada panel suis kawalan motor boleh ditambah atau ditukarkan komponen

elektroniknya untuk menambahkan kelajuan putaran tayar.

iii. Motor yang digunakan sekarang boleh ditukar kepada motor yang lebih ringan sekaligus

dapat mengurangkan berat keseluruhan projek.

20

5.1 As-built-drawing

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

5.2 Bukti berperingkat pembangunan projek

BAB V

31

5.2 BUKTI PERINGKAT PEMBANGUNAN PROJEK

GAMBARAJAH KETERANGAN

Fabrication Project ( marking )

Membuat penandaan pada material.

Fabrication Project ( cutting )

Memotong material dengan menggunakan cut-off

Mengubahsuai dan memasang kuku pemegang pada jaw

32

Membuat kimpalan pada struktur asas projek

Membuat kiraan dan penandaan untuk posisi tapak support motor elektrik dan sistem gear

Memasang motor dan sistem gear

33

Menggerudi lubang bolt pada pelaras mata penaik tayar

Memeriksa pendawaian pada “ motor speed controller box”

Melakukan proses “buffing” bagi menghilangkan kotoran sebelum proses mengecat dijalankan

Bahagian-bahagian projek yang telah

34

siap di cat dan dikeringkan

Proses pemasangan semula keseluruhan komponen projek yang telah siap di cat

Gambar keseluruhan projek yang telah siap

35

RUJUKAN

1. AME SEC IX ADD BPVC Section IX - Qualification Standart For Welding and Brazing Procedure, Welder, Brazers, and Welding Brazing Operators – Non – Interfiled, July 1999 Andella.

2. Google search

3. Bengkel Tayar DUNLOP Balok Pantai, Gebeng, Kuantan Pahang.

4. Bengkel Tayar DUNLOP Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan Pahang.

5. Kedai MAJU SPORT RIMS Balok Sejahtera, Kuantan Pahang

36