warta malaya penyambung lidah bangsa melayu, 1930-1941senarai kependekan. . . v sejarahnya i...

10

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • WARTAMALAYA

    PENYAMBUNG LIDAH

    BANGSA MELAYU1930 -1941

    ZULKIPLI BIN MAHMUD

    Jabatan SejarahUniversiti Kebangsaan Malaysia

  • KANDUNGAN

    h.

    Kata Pengantar I

    Dati Penulis III

    Senarai Kependekan . . . V

    Sejarahnya I

    Tokoh-Tokoh 27

    Lidah Pengarang 66

    Warta Malaya,Penyambung Lidah Bangsa Melayu 103

    Rujukan 125

    Lampiran I 134

    Lampiran II 138

    Lampiran III 142

    N

  • Bi!.DBPhhb .JMBRASJSEAHKLKMSLtd.MASMCKKMCSMMMMPSI/SITC

    No.PASPAMPeny.PtSdnterj,UMNOUMVol.WM

    SENARAI KEPENDEKAN

    BilanganDewan Bahasa PustakaHalamanHaribulanJournal of Malayan Branch Royal Asiatic SocietyJournal of South East Asis HistoryKuala LumpurKesatuan Melayu SingapuraLimitedMalay Administrative ServiceMalay College Kuala KangsarMalay Civil ServiceMaktab Melayu MelakaMaktab Perguruan Sultan Idris/Sultan IdrisTraining CollegeNomborPersaudaraan Sahabat Pena Malaya.PenyusunPartSend irianTerj emahanUnited Malay National OrganizationUtusan MelayuVolumeWarta Malaya

    v

  • I

    SEJARAHNYA

    Di tengah-tengah kesebukan kota Singapura yangmerupakan sebuah bandar kosmopolitan itu lahirlah akhbarWarta Malaya(WM). Kemunculannya di Singapura sebagaisalah sebuah negeri anggota Negeri-negeri Selat memang tidakmenghairankan. Ini adalah disebabkan negeri-negeri Selat itusendiri merupakan pusat perkembangan akhbar-akhbar danmajalah mulai tahun-tahun akhir abad kesembilan belas danjuga tahun-tahun awal abad kedua puluh. 1 Ketiadaan undang-undang yang ketat di Negeri-negeri Selat yang menyekatperkembangan akhbar-akhbar ini daripada pentadbir Inggeristelah menyebabkan akhbar-akhbar tumbuh dengan suburbagai cendawan. Disamping itu juga terdapat faktor-faktorseperti kemajuan alat percetakan yang lebih baik di Singapurayang dapat memberi kemudahan dalam urusan percetakan.Bagaimanapun tidak banyak daripada akhbar-akhbar yangterbit itu dapat hidup lama. Selepas beberapa tahunakhbar-akhbar ini diterbitkan , kebanyakannya terhenti begitusaja justeru kerana kekurangan modal, mendapat persainganhebat dari akhbar-akhbar lain yang lebih maju dan jugamungkin disebabkan kehilangan pengarang-pengarang yangbenar-benar berkelibar dan bertanggungjawab bagi memajukanakhbar-akhbar tersebut. Contohnya WM sendiri setelahkeluamya tokoh-tokoh pengarang utamanya seperti AbdulRahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Yusuf Ishak , telahmengalami kemerosotan.

    WM agak beruntung juga nasibnya kerana ia telah dapathidup lebih lama daripada akhbar yang sezaman dengannya.Akhbar ini mulai diterbitkan pada lhb. Januari 1930 danberterusan sehingga ke tahun 1941, iaitu kira-kira dua bulansebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.? Usianya yangmencapai lebih kurang sepuluh tahun itu memang dapat di-banggakan terutama pada period-period 1930an. Zamankemelesetan yang dialami oleh dunia pada masa itu tidak

    Lihat W.R. Roff, Sejarah Surat-surat Khabar Me/ayu, Monograph PersatuanBahasa Melayu Universiti Malaya, No.1, Saudara Sinaran Berhad , 1967, h. 12.

    2 Nik Ahmad bin Haji Nik Hassan, "The Malay Press," JMBRAS, Vol. 36 , Pt.I , No. 201, 1963, h. 24.

  • begitu menjejaskan penerbitannya.Akhbar WM pada awalnya adalah dikeluarkan oleh

    sebuah syarikat penerbitan yang dipanggil sebagai Anglo-Asiatic Press yang terl etak di North Bridge Road , Singapura.Tetapi empat tahun kemudian iaitu mulai daripada l hb.Januari 1934, Anglo-Asiatic Press telah bertukar namakepada Warta Malaya Press Limited sebagaimana yang ditulisdi dalam rencana pengarangnya iaitu:

    "Tiada suatu benda atau perkara baharu yang terlepas daripadamenerima perubahan menuru t peredaran masa. Demikianlah"Anglo-Asiatic Press" terpaksa mengikut peredaran masazaman kemajuan sekarang ini mengubah keadaannya denganbersalin nama baharu yang telah dipilih dengan pemerhatiandan timbangan dengan cermat dan panjang masanya, iaitudengan nama "Warta Malaya Press Limited" nama yang akandikenali akan dia dengannya selama-lamanya dan akan jadipengecap dan penerbit suratkhabar Warta Malaya mulai darilhb, Januari 1934 ini',.3

    Di dalarn bulan Januari 1930 iaitu lebih kurang setahunselepas penubuhan Anglo-Asiatic Press, Syed Hussain bin AliAI-Sagoff telah menerbitkan akhbar WM. Beliau adalahmerupakan seorang yang berketurunan Arab lang telahberhijrah ke Singapura sejak ia masih kecil lagi. Apa yangtemyata pada period-period sebelum Perang Dunia Keduaialah kebanyakan daripada akhbar-akhbar yang diterbitkanadalah kepunyaan atau terbitan orang-orang peranakan. 5Mereka yang biasanya rarnai terdapat di Pulau Pinang atauSingapura adalah merupakan pakar-pakar pemiagaan yangmempunyai modal yang banyak.f disarnping mendapatpelajaran yang lebih tinggi . Dengan itu golongan mereka

    3 Rencana Pengarang, Warta Malaya , 1 Jan. , 1934.

    4 Syed Hussain telah mendapat pendidikan di Sekolah Arab AI-Sagoff (AI-Sagoff Arabic School) dan juga Raffles Institution. Keluarga AI-Sagoff adalahmerupakan satu keluarga keturunan Arab yang terkenal kaya di Singapura padamasa itu. Dengan sebab itulah mereka berkemampuan untuk menubuhkan suatupemiagaan yang besar dengan modal yang banyak.Lihat Nik Ahmad bin Haji Nik Hassan, "The Malay Press" h. 23.

    5 W.R. Roff, Sejarah Surat-surat Khabar Melayu, h. 12.

    6 Ibid.

    2

  • ....u: ~\.. ,;,.{J ,-,-'J:-~ Jo:r-r: "oJ..;" J:- W'-:·rJ'.J.J~'-J .:.jJ ~· , ..~

    .lo" ;'" .,! ,! ;1 J,!;,~,.- I';'J ..r·1:J,JI.- .ll

    J~.",IS..).;.~;J'

    ', -;:-' ~-u. J-'f ';1.1.' .;;'! .j'~j~

    Yo$)""~j.)1..

    -J K5"r. ,:,1y'"LS IJ::.i; .Jr-I ':'1,:::~b ;,,- ,,:, . I, .~.f '-"j .r'-:' ~" ....:1· 4 . ..l-4· '~ ..JJ~ . ,~- J~ ~ 4~ ~~.:..;.' -r ~~~ iJ-'~ .JI.. .,:.....l.....• ..,; b

    . ,=.'r-. ,..,.. "'IS.. ...,~ -j'~- ;Po;"..r7- 4-- ..u}J .:"I,..}J .:... , .. 1J":',s.~ .. .,j l.lll r\;,Ii

    .J,LC.. .:..',... 10$' ,"p~ ~ ~.r!"- ,...,... ..:l:.~';-, . ;"l.J ..J,r r ~-:,-. iJl 4.l1.ll1.rv.~,~ "'~..rAS ."" )1.,-.:,.11".;U" .Jr. ~!f. ..w.. ,:,I~,:,b ;..,-; JI~ .y..;;l5";,b

    .':''; ;.~ y~LS rY."} ';'>' .?' .)'1~I, ",' o,~ , "'"..PO.!:.'!') ,;,":-';"j- J:-:- ,... .rS j,. H

    Muka depan Warta MalayaGambar Ihsan Arkib Negara Malaysia,Kuala Lumpur.

    3

  • ·inilah yang ramai berusaha bagi menerbitkan akhbar-akhbardan majalah teru tama bagi bacaan penduduk di negeri-negeriSelat.

    Apabila Anglo-Asiatic Press berubah nama menjadi WartaMalaya Press Limited, Syed Hussain tetap menjadi penguasa-nya dan beliau dikatakan telah mengadakan perkongsiandengan saudaranya Syed Abdullah dan juga sepupunyaShaikhah bagi membiayai pemodalan penerbitan akhbarWM.7 Walaupun perubahan berlaku dari segi penerbitanakhbar tersebut tetapi perubahan itu tidak menggangguasas tujuan akhbar WM itu sendiri, sebagaimana yang di-nyatakan iaitu:

    "Dengan perubahan pada mendirikan syarikat dengantanggungan yang berhad ini tidak sekali mengganggu ataumengubah muslihat Warta Malaya ini yang sememangnya darisemenjak hari mula jadinya berdiri bagi memarakkan nasihat-nasihat muslihat-muslihat bagi kemajuan kaum Melayu didalam siasah negerinya, di dalam pergaulan hidupnya, di dalampelajarannya dan di dalam lain-lain".

    Kenyataan yang dibuat ini adalah mungkin bertujuan untukmengekalkan kepercayaan pembaca akhbar tersebut bahawamutu berita yang disiarkan dan juga tujuan akhbar itu di-tubuhkan tidak akan turut berubah walaupun penerbitannyaberubah nama. Warta Malaya Press Limited yang bam di-tubuhkan disamping mencetak akhbar WM sendiri, jugabersedia menerima sebarang hasil-hasil tulisan terjemahansarna ada dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu ataupunsebaliknya, dan bersedia mengambil upah untuk menjilidkitab-kitab ugama.? Jadi tugas yang dilakukan oleh badanpenerbitan baru ini adalah luas, tidak hanya terhad padapenerbitan akhbar saja.

    Kembali semula pada akhbar WM, didapati ia adalahmerupakan sebuah akhbar harian tetapi tidak ada diterbitkanpada hari Ahad. Dengan ukuran lebamya 10.2 inci dan

    7

    8

    9

    Nik Ahmad bin Haji Nik Hassan, op, cit.• h. 23.

    Rencana Pengarang, Warta Malaya, 1 Jan., 1934.

    Ibid.

    4

  • GE\ (UL JOB P1~TERS. 800K BI l' DERS.

    J').lO o$}~J

    -:.:.. :IS;"~

    .l J';""':- " ~~ "

    .27~- J ::ab j~..J ,,~_)l; ' ,) ,j;," "t )L..C_;

  • panjang 14.5 inci ,10 WM telah diterbitkan pada peringkatpennulaannya sebanyak sepuluh hingga dua belas halamanpada tiap-tiap keluaran. Tetapi lebih kurang sebulan daripadatarikh ia mula diterbitkan, akhbar ini telah dikeluarkandengan enambelas halaman dengan mengadakan ruangantambahan bagi iklan dan berita-berita tempatan di sekitarTanah Melayu dan Singapura. Mulai tahun 1934, akhbar inikadang-kadang dikeluarkan sebanyak duapuluh halamandan ini telah berterusan buat beberapa tahun.

    Sebahagian besar daripada keluarannya, WM memaparkaniklan di muka hadapannya dan kadang-kadang ruangan iklanini berterusan pada halaman dua dan tiga. Boleh dikatakanseparuh daripada keluaran akhbar ini terutama padaperingkat-peringkat pennulaannya dipenuhi dengan iklan-iklan dan seterusnya diakhiri dengan iklan juga pada halamanyang penghabisan.l ! Sebenarnya WM memang merupakansebuah akhbar yang mementingkan iklan dan ini ternyatapada kita apabila melihat akhbar tersebut pada tiap-tiapkeluarannya. Sesungguhnya iklan adalah memainkan perananyang penting dalam membantu menghidupkan sesebuahakhbar dan ini terbukti jika dilihat akhbar-akhbar yangterdapat pada masa ini. WM sendiri mengakui akan kepenting-annya sebagaimana yang dinyatakan dalam rencanapengarangnya:

    " .. . Sekarang ini tidak ada lagi sangka-sangka diantarapembaca suratkhabar iaitu banyak iklan itu mencacatkan rupasuratkhabar itu lebih-lebih lagi kebanyakan pembaca-pembacamenyambut iklan-iklan itu dengan girang yang di dalarnnyamereka akan terpandu ten tang di mana hendak membeli jam,basikal, SUSU, ubat-ubat yang telah sedia yang berkhasiat,bagus, dan lain-lain ...Satu suratkhabar sebenamyalah tiada lengkap kiranya tiadaia mengiklankan barang-barang kerana mengiklankan barang-barang itu ialah mensiarkan perkhabaran-perkhabaran

    10 Ini adalah merupakan ukuran WM sebelum pendudukan Jepun tetapi apabilaJepun masuk, ukurannya adalah tidak tetap. Iskandar Haji Ahmad, Pesurat-khabaran Melayu (1876-1968), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1973 , h. 23.

    II Lihat Lampiran 3.

    6

    COVER PAGE TITLE PAGE KANDUNGANSENARAI KEPENDEKANSEJARAHNYA