anugerah inovasi kerajaan negeri pulau pinang tahun...

10
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 “PEKIS” 1. PENGENALAN i. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan salah sebuah daerah di Negeri Pulau Pinang yang terletak di kawasan tanah besar bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan dan Daerah Kulim (Kedah) di bahagian timur. Daerah SPT meliputi kawasan seluas 238 km persegi meliputi tiga (3) bandar utama iaitu Bukit Mertajam, Perai dan Seberang Jaya. Daerah SPT merangkumi tiga (3) kawasan Parlimen iaitu Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Batu Kawan serta lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir, Dun Penanti, Dun Berapit, Dun Padang lalang, Dun Perai, Dun Machang Bubuk dan Dun Bukit Tengah. Jumlah penduduk daerah SPT berdasarkan Buku Data Asas Sosio Ekonomi Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015/2016 ialah seramai 395,100 orang. Daerah SPT yang merupakan daerah yang ketiga (3) terbesar di Pulau Pinang meliputi 21 Mukim dan 2 Bandar menjadi sebuah daerah yang agresif membangun dengan kepesatan pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan masyarakat sama ada dijana oleh kerajaan mahupun oleh pihak swasta. Dalam memenuhi kehendak stakeholder dan usaha mengatasi segala halangan mendatang, Pelan Inovasi PDTSPT 2015 telah dihasilkan untuk memandu warga PDTSPT berada dalam landasan ke arah pembudayaan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, Pengurusan Sumber Manusia pula dimantapkan dengan penghasilan Dasar Latihan PDTSPT 2015 dan Dasar Pusingan Kerja PDTSPT dihasilkan dalam menghadapi cabaran serta tuntuan pelanggan dan perubahan teknologi dan tahap pemikiran pelanggan . 1

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGTAHUN 2017

“PEKIS”

1. PENGENALAN

i. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merupakan salah sebuah daerah di Negeri

Pulau Pinang yang terletak di kawasan tanah besar bersempadan dengan Daerah Seberang

Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan dan Daerah Kulim (Kedah) di bahagian timur.

Daerah SPT meliputi kawasan seluas 238 km persegi meliputi tiga (3) bandar utama iaitu

Bukit Mertajam, Perai dan Seberang Jaya. Daerah SPT merangkumi tiga (3) kawasan

Parlimen iaitu Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Bukit Mertajam dan Parlimen Batu Kawan

serta lapan (8) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Seberang Jaya, Dun Permatang

Pasir, Dun Penanti, Dun Berapit, Dun Padang lalang, Dun Perai, Dun Machang Bubuk dan

Dun Bukit Tengah.

Jumlah penduduk daerah SPT berdasarkan Buku Data Asas Sosio Ekonomi Negeri

Pulau Pinang bagi tahun 2015/2016 ialah seramai 395,100 orang. Daerah SPT yang

merupakan daerah yang ketiga (3) terbesar di Pulau Pinang meliputi 21 Mukim dan 2 Bandar

menjadi sebuah daerah yang agresif membangun dengan kepesatan pembangunan fizikal

seiring dengan pembangunan masyarakat sama ada dijana oleh kerajaan mahupun oleh

pihak swasta.

Dalam memenuhi kehendak stakeholder dan usaha mengatasi segala halangan

mendatang, Pelan Inovasi PDTSPT 2015 telah dihasilkan untuk memandu warga PDTSPT

berada dalam landasan ke arah pembudayaan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan.

Selain itu, Pengurusan Sumber Manusia pula dimantapkan dengan penghasilan Dasar

Latihan PDTSPT 2015 dan Dasar Pusingan Kerja PDTSPT dihasilkan dalam menghadapi

cabaran serta tuntuan pelanggan dan perubahan teknologi dan tahap pemikiran pelanggan .

1

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

Usaha gigih warga kerja PDTSPT dengan kekuatan seramai 125 orang dari pelbagai

kategori jawatan merangkumi Pentadbiran Daerah dan Tanah dilihat bersama- sama

mengembeling kepakaran dan iltizam yang tinggi dalam meningkatkan kualiti kerja melalui

penjanaan kreativiti dan inovasi dibuktikan dengan pengiktirafan 4 Bintang bagi Penilaian

Sistem Star Rating (SSR) Tahun 2014, Pensijilan 5S mulai 28 April 2016 sehingga 27 April

2017 dan Johan Anugerah Inovasi Pejabat Daerah Dan Tanah (AIPDT) peringkat Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2015. Diharapkan dengan penyertaan AIKNPP

2017 ini akan terus menjadi dorongan kepada warga PDTSPT untuk menghayati budaya

kerja berinovasi agar penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan dengan sumber

yang minimum dan hasil yang optimum.

Bagi mengukuh dan memantapkan urustadbir PDTSPT dalam menyampaikan

perkhidmatan kepada semua pelanggan, seluruh warga kerja PDTSPT digerak dan dipacu

menggunakan beberapa garis panduan dan norma kerja yang diwujudkan supaya hala tuju

organisasi lebih terarah seperti mana berikut:

VISI PDTSPT

Menjadi Pentadbir Daerah Yang Unggul Di Malaysia

MISI PDTSPT

Terunggul Di Malaysia Dalam Pengurusan Tanah dan Pembangunan

Daerah

ii. Piagam Pelanggan Berkaitan Projek Inovasi

Penyusunan kerusi untuk majlis yang diadakan di dewan akan menjadi lebih cepat dan

tepat.

2

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

iii. Objektif

a) Mengekal dan mewujudkan kepimpinan yang berkesan di antara kerajaan dengan

rakyat dan koordinasi antara jabatan-jabatan kerajaan dengan agensi kerajaan lain

melalui semangat perpaduan di bidang keselamatan,kemajuan masyarakat,

muhibbah dan lain-lain bidang.

b) Melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui

kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan badan–badan sukarela.

c) Memulakan rancangan-rancangan menyelaras dan melaksanakan program-

program kemajuan masyarakat di peringkat daerah.

d) Melaksanakan undang-undang tanah selaras dengan kehendak Kanun Tanah

Negara serta peraturan dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

e) Mendapatkan punca-punca hasil yang baru disamping memaksimakan kutipan

hasil dari punca-punca tanah.

f) Membantu jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan bagi

penggunaan tanah untuk tujuan awam.

b) Pengenalan Inovasi

PDTSPT mempunyai Dewan Serbaguna yang lazimnya akan digunapakai ketika

program-program atau majlis seperti seminar/kursus/bengkel yang diadakan oleh

warga PDTSPT sendiri mahupun pihak luar termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Pulau Pinang dan agensi jabatan yang lain, pihak NGO dan pihak YB yang

memerlukan penggunaan kerusi sehingga 100-600 unit dalam satu masa.

3

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

i) Tujuan Projek Inovasi

Bagi memudahkan penyusunan kerusi dengan jarak seragam ,teratur dan cepat

PEKIS iaitu ”Penyusunan Kerusi Sistematik” dicipta oleh Pembantu Operasi dan

idea asal oleh pihak pengurusan atasan menggunakan bahan yang mudah didapati

dan murah. Di samping itu, urusetia yang terlibat tidak perlu untuk mengemaskini

kedudukan kerusi satu persatu kerana dengan dengan menggunakan sistem ini jarak

antara kerusi menjadi seragam dan ianya mengambilkira ruang yang selesa kepada

peserta.

ii) Proses Pelaksanaan

Projek ini dibuat secara in-house di mana pada mulanya idea untuk memudahkan dan

mempercepatkan penyusunan kerusi adalah dengan menggunakan kayu. Penggunaan

kayu adalah tidak sesuai kerana agak berat untuk menyusun kerusi mengikut barisan.

Justeru timbul idea pihak atasan untuk menggunakan paip PVC yang agak ringan dan

ianya mudah didapati serta murah. Paip PVC disambung untuk memuatkan empat (4)

biji kerusi serentak.

iii) Tempoh Pelaksanaan

Projek ini telah digunapakai mulai Ogos 2016 dan akan dinaiktaraf dari semasa ke

samasa.

iv) Peringkat Pelaksanaan

PEKIS digunakan oleh Bahagian Pengurusan Daerah PDTSPT sepenuhnya apabila

sesuatu program atau majlis diadakan di Dewan Serbaguna PDTSPT yang

melibatkan program dalaman mahupun program yang dianjurkan oleh pihak luar terdiri

daripada agensi kerajaan yang lain, Badan-Badan Sukarelawan (NGO), pihak YB

kawasan dan lain-lain lagi.

4

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

v) Implikasi Kewangan

i. Kos bayaran untuk tuntutan elaun lebih masa dapat dikurangkan kerana

kakitangan tidak perlu membuat kerja lebih masa; dan

ii. Kos untuk menghasilkan PEKIS adalah rendah. Ini kerana hanya menggunakan

barang-barang yang murah.

vi) Kaedah Pencetusan Idea

Pengurusan Atasan dan Warga Agensi

vii) Kategori Inovasi

Administrative and Organizational innovation

viii) Indikator Inovasi

Measurable dan Cost Effective

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Bil Impak Sebelum Impak Selepas

1 Kerusi disusun secara manual iaitudengan meletak satu persatu di setiapbarisan

Kerusi diletakkan di antara ruangan PEKISsebanyak empat (4) unit dan ditolak secaraserentak untuk disusun.

2 Susunan tidak selari dan perlu ditariksatu persatu mengikut barisan untukmenyamakan barisan

Kerusi yang disusun akan selari mengikutbarisan

3 Penyusunan kerusi sebanyak 500-600unit mengambil masa lebih kurangdua(2) jam

Penyusunan kerusi sebanyak 500-600 unitmengambil masa lebih kurang satu(1) jam

5

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

Gambar 1 : Sesi pemasangan Penyusunan Kerusi Sistematik dengan menggunakan PVC

paip 'ELBO' (Penyambung Paip), Penyambung T, roda, skru, bolt dan nut. Kos yang

digunakan sebanyak RM50.00 sahaja.

Gambar 2 : PEKIS yang telah siap dipasang

6

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

Gambar 3 : Cara penggunaan PEKIS

Gambar 4 : Jarak yang seragam di antara barisan kerusi yang disusun dengan

menggunakan PEKIS

7

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

Gambar 5 : Kerusi yang telah siap disusun

3. IMPAK INOVASI

Dengan terhasilnya PEKIS, penyusunan kerusi di Dewan Serbaguna PDTSPT dapat

dijalankan dengan mudah, cepat, teratur dan jarak adalah seragam. Ini dapat memberikan

imej yang baik kepada jabatan terutamanya apabila majlis-majlis yang diadakan adalah

anjuran Agensi luar. Walaupun ianya nampak mudah, sistem ini ternyata membantu urusan

penyusunan kerusi (terhad hanya kerusi plastik) menjadi lebih efisien di samping terdapat

elemen penjimatan kos meliputi kewangan dan faktor masa.

Apabila menyentuh implikasi kewangan, lazimnya sebelum adanya sistem PEKIS ini

Pentadbiran ini memerlukan tenaga kerja sebanyak 3 hingga 4 orang dalam satu masa bagi

menyusun kerusi dalam anggaran maksimum 500-600 unit kerusi.

Lazimnya kerja-kerja menyusun kerusi ini akan dibuat selepas waktu pejabat. Ini kerana,

pentadbiran ini tidak mengkhusus kakitangan khas untuk mengendalikan persiapan majlis.

Sebarang persiapan majlis akan dilaksanakan oleh Pembantu Awam yang sememangnya

8

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

mempunyai tugas hakiki mereka masing- masing semasa waktu pejabat. Justeru, kerja- kerja

persiapan majlis akan dilakukan selepas waktu pejabat dan petugas akan dibayar elaun lebih

masa.

Namun dengan adanya PEKIS ini, bilangan petugas untuk menyusun kerusi ini dapat dihad

kan kepada 1 hingga 3 petugas sahaja dengan mengambil masa sehingga 1 jam dan

bayaran elaun lebih masa juga dapat dikurangkan.

4. ELEMEN INOVASI

i) Inovatif/Kreativiti

Konsep yang diperkenalkan melalui PEKIS ini dilihat sebagai satu inovasi yang

menarik. Walaupun ianya nampak mudah, namun keupayaan mencipta PEKIS ini

menekankan aspek kreativiti dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah

didapati dan tidak menggunakan kos yang tinggi. Ianya juga tidak digunakan di pejabat

atau agensi-agensi yang lain.

ii) Keberkesanan

Apabila sistem yang dicipta ini memudahkan tugas harian, ianya sudah tentu

menampakkan hasil yang positif. PEKIS dapat mempercepatkan tugas penyusunan

kerusi dalam skala yang banyak untuk majlis-majlis yang diadakan di Dewan

Serbaguna PDTSPT. Di samping mempercepatkan susunan kerusi, PEKIS juga dapat

menyeragamkan jarak antara kerusi- kerusi yang disusun dan mengambilkira laluan

yang selesa kepada peserta yang memenuhi kerusi-kerusi berkenaan.

iii) Signifikan dan Relevan

PEKIS ini amat relevan kerana PDTSPT mempunyai Dewan Serbaguna sendiri dan

banyak majlis diadakan di dewan tersebut. PEKIS dapat menyelesaikan masalah

9

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 PDTSPT

penyusunan kerusi dalam skala yang banyak dalam satu masa dan dapat disiapkan

dalam tempoh masa yang cepat.

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

i. Johan Kategori Teknikal Pertandingan Innovation Blast Peringkat Negeri Pulau

Pinang Tahun 2016

ii. Membantu PDTSPT mendapat Johan Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah

dan Tanah (AIPDT) 2015

6. PENUTUP

Penggunaan PEKIS atau ”Penyusunan Kerusi Sistematik” dilihat dapat membantu

PDTSPT menguruskan persiapan majlis di Dewan Serbaguna dengan lebih efisien

dan bersistematik. Walaupun adakalanya permohonan untuk menganjurkan majlis di

maklumkan dalam tempoh masa yang singkat , PEKIS membantu merialisasikannya

dalam tempoh masa yang pantas, mudah dan kemas dan ini sudah tentu memberikan

imej yang baik kepada PDTSPT. PEKIS akan dinaik taraf dari semasa ke semasa

selari dengan keperluan akan sentiasa ditambah baik.

10