warkah daripada ibu

2
Warkah daripada Ibu (Rohani Deraman) Cerpen ini mengisahkan seorang gadis remaja bernama Mira yang telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Perkara yang ibunya mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang dia miliki. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Mira akhirnya dapat memahami perkara yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira. Tema: Pengorbanan ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan. Persoalan: 1. Tanggungjawab dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. 2. Kepentingan nilai agama dan moral dalam kehidupan. 3. Masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama. Amira Anak sulung daripada tiga beradik. Kakak kepada Aidil dan Manja. Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya. Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup. Sangat menyayangi ibu dan ayahnya. Ibu Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja. Seorang yang lemah lembut. Setia kepada suami. Merupakan anak tunggal. Seorang ibu yang penyayang. Nenek Tinggal di kampung. Menjaga dan mendidik cucu- cucunya dengan penuh kasih sayang. Sangat mementingkan didikan agama. Masa 1. Waktu malam- Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya. 2. Waktu siang- Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Tempat 1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu 2. Di rumah datuk dan nenek Mira. 3. Di Kedai Pak Uda Usop. Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan nilai agama dan moral dalam kehidupan. 2. Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. SINOPSIS TEMA & PERSOALAN WATAK & PERWATAKAN LATAR NILAI

Upload: aku-insan-biasa

Post on 14-Aug-2015

618 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Antologi Gema Sepi Gadis Genius

TRANSCRIPT

Page 1: Warkah Daripada Ibu

Warkah daripada Ibu (Rohani Deraman)

Cerpen ini mengisahkan seorang gadis remaja bernama Mira yang telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu.

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas

tangan dan melupakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Perkara yang ibunya mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang dia miliki. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Mira akhirnya dapat memahami perkara yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.

Tema: Pengorbanan ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.

Persoalan:

1. Tanggungjawab dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.2. Kepentingan nilai agama dan moral dalam kehidupan.3. Masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.

Amira

Anak sulung daripada tiga beradik. Kakak kepada Aidil dan Manja. Seorang anak yang patuh dan taat

kepada ibu dan ayahnya. Seorang yang tabah dalam

menghadapi kesukaran hidup. Sangat menyayangi ibu dan

ayahnya.

Ibu

Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja. Seorang yang lemah lembut. Setia kepada suami. Merupakan anak tunggal. Seorang ibu yang penyayang.

Nenek

Tinggal di kampung. Menjaga dan mendidik cucu-

cucunya dengan penuh kasih sayang.

Sangat mementingkan didikan agama.

Masa1. Waktu malam- Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.2. Waktu siang- Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.

Tempat1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu

SINOPSIS

TEMA & PERSOALAN

WATAK & PERWATAKAN

LATAR

Page 2: Warkah Daripada Ibu

2. Di rumah datuk dan nenek Mira. 3. Di Kedai Pak Uda Usop.

Masyarakat1. Masyarakat yang mementingkan nilai agama dan moral dalam kehidupan.2. Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral.

1.Kasih sayangContoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya dan berharap anak-anaknya menjadi insan yang berguna.

2. PengorbananContoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira dapat memahami betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.

3. KepatuhanContoh: Nilai ini dapat dilihat apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.

1. Kita hendaklah sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai sesuatu tujuan yang murni.

2. Kita perlulah menghargai jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.

3. Kita mestilah mementingkan dan mengamalkan nilai agama dan moral dalam kehidupan.

NILAI

PENGAJARAN