wakaf: sumbangan yang dipinggirkan waqf: an...

9
11 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An Abandoned Philanthropy Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin 1 ABSTRAK Wakaf merupakan salah satu bentuk sumbangan yang kurang popular jika dibandingkan dengan sedekah, meskipun kedua-duanya adalah bersifat harus. Sering kali didengar sumbangan untuk sekolah, sedekah untuk masjid, namun jarang disebut wakaf untuk tempat perlindungan wanita, sumbangan untuk kemudahan pelajar-pelajar istimewa dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan masyarakat Islam khususnya sentiasa memberikan sumbangan yang menggalakkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan urusan keagamaan. Kerana dalam semua urusan dunia, Islam (agama) adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan atau diasingkan dalam tatacara kehidupan berbeza dengan agama-agama lain. Banyak kajian telah menunjukkan kebanyakan masyarakat Islam masih beranggapan wakaf dalam bentuk tradisional yang hanya membataskan kepada bidang tertentu sahaja. Sedangkan pada hakikatnya, peranan wakaf dan kepentingannya adalah sangat luas. Kajian ini akan menggunakan kaedah sekunder dengan merujuk perbahasan ulama terdahulu dan terkini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kesempitan pemikiran mengenai wakaf telah mengakibatkan keterbatasan sumbangan yang tidak menyeluruh. Kerana wakaf bukan hanya dimanfaatkan dan dikhususkan kepada orang Islam sahaja bahkan ia menyeluruh kepada semua masyarakat bukan Islam. Wakaf yang dulunya mampu menampung keperluan umum dalam semua bidang tidak dapat dipertahankan dan dikembang luaskan natijah daripada amalan dan pandangan yang terbatas mengenainya. Dalam erti kata yang lain sumbangan wakaf yang di praktikkan masa kini hanya fokus kepada keagamaan sahaja namun bidang lain yang memerlukan sumbangan wakaf masih di pinggirkan. Kata Kunci: Wakaf, Sumbangan, Masjid, Keagamaan dan tradisional. ABSTRACT Waqf is one kind of philanthropy and less popular when compared to sadaqah, although both philanthropies are not compulsory. Waqf is commonly familiar for schools and mosques but rarely popular as beneficiary for women’s home protection or beneficiary of facilities for disabled people. It is undeniable that Muslim society is actively making contributions especially when it relates to religious affairs. This is due to the fact that Islam, which is different from other religions, is a component that cannot be separated from the daily lives of human beings in the world. Many researches show that Muslim society still understand waqf in its limited sense and assume waqf is only applicable to certain fields. Waqf in fact, plays a vital role in almost fields. This research will use secondary method with reference to traditional and contemporary Islamic scholars’ opinions on this topic. The finding shows that the conservative understanding of waqf perspective leads to limited contribution in certain fields. Waqf does not only give benefits 1 Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. [email protected]

Upload: nguyenkiet

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

11

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan

Waqf: An Abandoned Philanthropy

Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin1

ABSTRAK

Wakaf merupakan salah satu bentuk sumbangan yang kurang popular jika dibandingkan

dengan sedekah, meskipun kedua-duanya adalah bersifat harus. Sering kali didengar

sumbangan untuk sekolah, sedekah untuk masjid, namun jarang disebut wakaf untuk

tempat perlindungan wanita, sumbangan untuk kemudahan pelajar-pelajar istimewa dan

sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan masyarakat Islam khususnya sentiasa

memberikan sumbangan yang menggalakkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan

urusan keagamaan. Kerana dalam semua urusan dunia, Islam (agama) adalah komponen

yang tidak dapat dipisahkan atau diasingkan dalam tatacara kehidupan berbeza dengan

agama-agama lain. Banyak kajian telah menunjukkan kebanyakan masyarakat Islam

masih beranggapan wakaf dalam bentuk tradisional yang hanya membataskan kepada

bidang tertentu sahaja. Sedangkan pada hakikatnya, peranan wakaf dan kepentingannya

adalah sangat luas. Kajian ini akan menggunakan kaedah sekunder dengan merujuk

perbahasan ulama terdahulu dan terkini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa

kesempitan pemikiran mengenai wakaf telah mengakibatkan keterbatasan sumbangan

yang tidak menyeluruh. Kerana wakaf bukan hanya dimanfaatkan dan dikhususkan

kepada orang Islam sahaja bahkan ia menyeluruh kepada semua masyarakat bukan Islam.

Wakaf yang dulunya mampu menampung keperluan umum dalam semua bidang tidak

dapat dipertahankan dan dikembang luaskan natijah daripada amalan dan pandangan

yang terbatas mengenainya. Dalam erti kata yang lain sumbangan wakaf yang di

praktikkan masa kini hanya fokus kepada keagamaan sahaja namun bidang lain yang

memerlukan sumbangan wakaf masih di pinggirkan.

Kata Kunci: Wakaf, Sumbangan, Masjid, Keagamaan dan tradisional.

ABSTRACT

Waqf is one kind of philanthropy and less popular when compared to sadaqah, although

both philanthropies are not compulsory. Waqf is commonly familiar for schools and

mosques but rarely popular as beneficiary for women’s home protection or beneficiary of

facilities for disabled people. It is undeniable that Muslim society is actively making

contributions especially when it relates to religious affairs. This is due to the fact that

Islam, which is different from other religions, is a component that cannot be separated

from the daily lives of human beings in the world. Many researches show that Muslim

society still understand waqf in its limited sense and assume waqf is only applicable to

certain fields. Waqf in fact, plays a vital role in almost fields. This research will use

secondary method with reference to traditional and contemporary Islamic scholars’

opinions on this topic. The finding shows that the conservative understanding of waqf

perspective leads to limited contribution in certain fields. Waqf does not only give benefits

1 Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

[email protected]

Page 2: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

12

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

to Muslims but to the entire society including non Muslims. Waqf which was once used to

manage and afford all kinds of needs cannot be maintained and developed as a result of

this limited understanding among Muslims. In other words, waqf which is being practiced

today only focuses on religious field whereas in other fields that need attention is being

abandoned.

Keywords: Waqf, contribution, mosque, religious and traditional.

Pendahuluan

Wakaf memainkan peranan dalam membangun insan kerana dengan mewakafkan harta

yang disayangi untuk kepentingan umum akan mendidik jiwa agar menjadi orang yang

berjaya mengikis sikap bakhil dan kedekut dan menanam sifat pemurah, menghakis sifat

mementingkan diri sendiri, menanam sifat timbang rasa, kasih sayang pada ummah,

memperteguhkan persaudaraan Islam serta menanam sikap menjadikan harta sebagai

jambatan yang akan menyampaikan kepada keredaan Allah SWT (Ramli, 2005). Wakaf

mencerminkan kekuatan iman seseorang dalam mencintai Allah dan umatnya di atas

kepentingan peribadinya, memandangkan orang yang berwakaf telah mengikhlaskan harta

terbaiknya berubah menjadi milik umat keseluruhannya (Syukriyah, 2012).

Wakaf juga dikenali sebagai salah satu sumbangan yang digalakkan dalam Islam.

Walau bagaimanapun ia tidaklah terkenal dan popular seperti sedekah meskipun kedua-

duanya berbentuk harus. Suatu perkara lumrah jika sumbangan untuk sekolah agama,

sedekah untuk masjid, namun jarang sekali sekolah untuk orang istimewa, tempat

perlindungan wanita di jadikan sebagai penerima manfaat wakaf.

Pengertian

Wakaf berasal dari perkataan Arab iaitu nama terbitan daripada kata kerja waqafa yang

bermaksud tidak bergerak, menahan sesuatu (Akramah, 2008:24) atau memenjarakannya

(Al-Sarakhsi, 1406). Dalam perundangan Islam ia bermaksud sesuatu pemberian yang

ditujukan untuk kebajikan dan keagamaan (Ghurabal. 1972). Pengertian ini lebih mirip

kepada takrifan Kamus Dewan (2007) iaitu sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang

ramai (sebagai derma), atau diperuntukan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama

Islam.

Manakala Sayin (2010) memberi pengertian wakaf sebagai menahan sesuatu harta

semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata’ala demi untuk kepentingan umum tanpa

mengkhususkan kepada umat Islam secara umumnya. Kriteria penting dalam wakaf ialah

menyerahkan aset bagi menghasilkan pendapatan yang kekal. Dan yang lebih penting

hendaklah ia dilakukan bagi tujuan ‘birr’ iaitu kebaikan (Al-Shirazi, n.d).

Sumbangan boleh saja dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk material,

tenaga atau masa. Sesuai dengan takrifan Kamus Dewan sebagai sesuatu yang diberikan

sebagai bantuan, sokongan atau pertolongan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).

Menurut Yayasan Wakaf Kuwait (2010) wakaf dikenali juga sebagai sumbangan yang

mempunyai matlamat yang sama. Namun ia boleh dibezakan seperti pemberian, sedekah,

pinjaman dan wasiat. Dalam erti kata yang lain wakaf ialah sumbangan yang

mengekalkan asetnya dengan tidak membolehkan ia dijual atau ditukar. Di samping itu ia

juga boleh menghasilkan pendapatan dengan mengikut kehendak pewakaf. Pengertian ini

Page 3: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

13

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

lebih komprehensif dan sesuai dengan situasi semasa tanpa mengabaikan kepentingan

umum, meskipun kepentingan umat Islam merupakan suatu keutamaan.

Sumbangan adalah lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan sedekah. Sedekah

merupakan sebahagian daripada sumbangan dan ia lebih fokus kepada keagamaan tetapi

sumbangan kadang-kadang tidak ada kaitan dengan aktiviti keagamaan ( Hj Mohiddin,

2015).

Latar belakang institusi wakaf

Penubuhan institusi wakaf banyak didapati di hampir semua negeri majoritinya masyarakat

Islam, namun ia di kenali dengan pelbagai nama. Masyarakat Muslim yang berpegang

kepada mazhab Maliki yang menetap di Utara dan Barat Afrika menggunakan perkataan

‘hubus’ atau ‘habs’ bagi wakaf, iaitu perkataan yang di gunakan oleh Nabi Muhammad

s.a.w.2 (Cizakca, 1998). Oleh sebab itu di Morocco, kementerian yang menguruskan hal

ehwal wakaf di kenali sebagai Kementerian habas (Zuhaili, 1987). Manakala di Turki pula

di gunakan perkataan ‘vaqf’ merujuk kepada wakaf (McChesney, 1991).

Perkataan wakaf dalam sebutan Melayu membawa salah satu dari dua maksud

bergantung kepada konteks dan kegunaannya. Jika ia digunakan pada sesuatu objek itu

sendiri, ia membawa maksud kerangka bumbung yang terbuka untuk kegunaan awam atau

perabot siar kaki yang digunakan untuk orang ramai berhenti rehat, duduk atau berbaring.

Perabot siar kaki3 atau pavilion ini keseluruhannya diperbuat daripada kayu dengan tiang

minimum empat batang dan mempunyai pelantar kayu yang rendah.

Bagaimanapun jika perkataan wakaf digunakan dengan sesuatu yang lain seperti

harta wakaf atau tanah wakaf atau dalam perkataan diwakafkan, ia membawa maksud

harta atau tanah yang dihadiahkan untuk kegunaan awam atau perbuatan menghadiahkan

harta.

Dalam dunia yang moden ini, wakaf masih digunakan menepati dengan fungsi

asalnya sebagai tempat berlindung dan berehat seketika. Lokasi yang jelas menunjukkan

penggunaan wakaf ialah di sepanjang Lebuh raya Utara Selatan di Malaysia di mana ia

dibina di kebanyakan hentian rehat. Di Kota Bharu, Kelantan, kerajaan negeri telah

mengadaptasikan idea wakaf sebagai perabot siar kaki di bandar pada perhentian bas, tepat

berkumpul dan kedai kecil dalam bentuk binaan tradisional (Mohammad Rasdi, 2007).

Jika di negara Islam ia dikenali sebagai institusi wakaf, namun di negara bukan

Islam ia lebih dikenali sebagai institusi badan amanah (trust), yayasan (Foundation) dan

pertubuhan amal (charity). Walau bagaimana pun kewujudan institusi wakaf yang dikenali

lebih menjurus kepada sentimen keagamaan jika di bandingkan dengan institusi yang

mempunyai matlamat yang sama (Hj Mohiddin, 2016). Charitable trust merupakan istilah

yang paling hampir maksudnya dengan istilah wakaf yang diguna pakai oleh pengamal

undang-undang (Laldin et.al., 2008). Dan pada hakikatnya institusi badan amanah dalam

undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah berasal dan di adaptasi

dari institusi wakaf, yang diceduk oleh orang Eropah ketika mereka berada di negara

2 Hadis tentang hal ini secara lengkap adalah; “Umar memperoleh tanah di Khaibar, lalu dia bertanya kepada

Nabi dengan berkata; Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di Khaibar yang nilainya tinggi dan

tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilainya dari padanya. Apa yang baginda perintahkan kepada

saya untuk melakukannya? Sabda Rasulullah: “Kalau kamu mahu, tahan sumbernya dan sedekahkan manfaat

atau faedahnya.” Lalu Umar menyedekahkan nya, ia tidak boleh dijual, diberikan, atau dijadikan wariskan.

Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang

berperang di jalan Allah, orang musafir dan para tamu. 3 Siar kaki ialah istilah lama yang bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=siarkaki.

Page 4: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

14

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Timur Tengah pada tahun 1219-1220 (Gaudiosi, 1988). Dalam erti kata yang lain, format

institusi pertubuhan amal yang diamalkan pada masa kini adalah terhasil dari kewujudan

institusi wakaf pada masa dulu.

Kepentingan dan kelebihan wakaf

Peranan institusi wakaf ialah mengurangkan bebanan kerajaan dalam membangunkan

negara dan memenuhi keperluan sosial. Ia lebih mudah bagi Kerajaan untuk mengawal

kemerosotan dan meminima kemiskinan jika kesedaran masyarakat mengenai potensi

wakaf ini diperluaskan dan dipertingkatkan (Wan Yon et al., 2008). Wakaf sering

ditujukan bagi pembangunan sosio ekonomi untuk membantu mereka yang memerlukan,

dalam masa yang sama ia juga dikhususkan kepada aspek keagamaan, pendidikan,

persekitaran and perkhidmatan saintifik (Laldin et al., 2008). Mengikut Abdul Karim

(2010) institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan sumbangan

bagi kemajuan masyarakat Muslim di Sinagpura, meskipun ia tidak mampu untuk

menyediakan kewangan bagi keseluruhan ekonomi masyarakat minoriti Muslim di negara

sekular.

Sejak zaman dahulu lagi masyarakat Islam hanya menyumbang kepada membina

masjid, surau dan sekolah agama tetapi mereka tidak terdedah dengan kefahaman

bersedekah dan beramal jariah kepada pembangunan jenis wakaf yang lain. Justeru

kebanyakan tanah wakaf tidak dapat dibangunkan dan masyarakat Islam tidak dapat

manfaat dari kegiatan wakaf (Mohd. Salleh & Muhammad, 2008). Fenomena ini telah

menyebabkan masyarakat Islam tidak dapat memanfaatkan harta wakaf yang masih

banyak belum dibangunkan, walaupun pada hakikatnya mereka mampu melakukannya

(Bahari, 2012).

Ini berdasarkan kepada sistem pengurusan Islam, di mana masjid merupakan

institusi wakaf. Di mana masjid dan wakaf tidak dapat dipisahkan. Masjid dibangunkan

oleh Kerajaan atau diwakafkan oleh individu tertentu kepada institusi kerajaan untuk

diurus dan ditadbir (Hasan, 2008). Masjid merupakan pilihan utama bagi masyarakat Islam

untuk berwakaf (Hassan and Shahid, 2010; Hj Mohiddin, 2015. Hussain, 1999, Jamil,

2007). Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Nagata (2002) yang mana kebanyakan

sumbangan wakaf di Malaysia dan Indonesia terdiri dari tanah untuk kegunaan masjid,

sekolah dan perkuburan. Kenyataan yang sama di per akui oleh Abd Karim (2010) di mana

tujuan utama wakaf di Singapura ialah untuk pembangunan dan kelestarian masjid. Wakaf

dalam bentuk khusus kepada masjid dan surau sememangnya mempunyai faedah yang

besar bagi tujuan menarik masyarakat Islam berjemaah memakmurkan masjid di samping

berusaha untuk meningkatkan sifat takwa agar kecintaan terhadap nikmat dunia dapat

dikurangkan (Osman, 2002).

Walau pun pada realitinya, semua jenis harta yang mampu menghasilkan

pendapatan atau memberikan manfaat boleh dijadikan wakaf seperti tanah pertanian,

tempat kediaman, pusat pengagihan makanan, bilik air dan sebagainya (Siddqi, 1991).

Wakaf untuk kegiatan umum berpotensi tinggi untuk membangunkan kehidupan ekonomi

umat Islam. Bahkan wakaf satu-satunya saluran yang pernah dirintis oleh Rasulullah

dalam usaha memajukan ekonomi dan kerajaan Islam (Osman, 2002). Di tambah lagi

dengan fungsi wakaf yang mampu mengambil alih status zakat dalam memenuhi keperluan

dan kehendak penerimanya seperti orang yang fakir miskin (Hodgson, 1974).

Page 5: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

15

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Penerima Manfaat Sumbangan wakaf

Hasil dari wakaf boleh dimanfaatkan dalam semua bidang yang mempunyai pelbagai

fungsi. Secara umumnya, hasil dari wakaf selalunya disalurkan atau dibelanjakan bagi

tujuan masjid. Kemudian diikuti oleh pendidikan, sementara orang miskin yang

memerlukan, merupakan jumlah ketiga terbesar dalam senarai penerima manfaat wakaf

(Hassan and Shahid, 2010).

Banyak kajian telah menyatakan bahawa pewakaf lebih berminat untuk

mendermakan harta mereka bagi kegunaan keagamaan terutama sekali dalam bentuk

masjid. Perasaan lebih dekat kepada Allah dan merasa lebih patuh kepada ajaran Nya yang

mendorong ke arah membangunkan masjid melalui wakaf tersebut (Mahamood, 2006). Ini

terbukti dengan banyaknya pembinaan masjid wakaf di seluruh negara Islam seperti di

Kaherah, Istanbul, Bagdad, Tunisia, Hijaz (Kahf, 2011) dan termasuklah di negara Asean.

Sebagai contoh Masjid Sultan Hassanal Bolkiah di Filipina, Masjid Bencoolen di

Singapura dan Masjid Mukim Wakaf Baharu di Kelantan, Malaysia.

Sejarah juga membuktikan bahawa wakaf bukan hanya ditujukan untuk keagamaan

sahaja bahkan bagi tujuan lain untuk memenuhi keperluan ummah seperti pendidikan yang

tidak kurang pentingnya. Institusi wakaf merupakan sumber yang diguna pakai untuk

memenuhi keperluan pendidikan bagi masyarakat Muslim di seluruh negara Islam. Bahkan

kewangan wakaf juga digunakan bagi membiayai dana perpustakaan, buku, tenaga

pengajar, membantu pelajar yang tidak mampu dan termasuklah juga membiayai kos

perbelanjaan tenaga pengajar dalam membuat penyelidikan. Terdapat banyak institusi

pendidikan yang bergantung sumbernya dari wakaf di hampir keseluruhan negara Islam.

Pengajian bukan hanya tertumpu pada pengajian Islam bahkan menyeluruh bidang

pengajian sains, perubatan, undang-undang dan ilmu kimia. Salah satu institusi pengajian

Tinggi yang bersandarkan kepada wakaf yang terkenal dan masih bertahan hingga

sekarang ialah Universiti al-Azhar, di Mesir (Sulaiman and Abd Manaf, 2009; Sa’ati, n.d.).

Universiti al-Azhar ditubuhkan pada tahun 975H merupakan sebuah universiti yang

tertua dan paling berjaya yang diwujudkan melalui sumbangan wakaf. Kos perbelanjaan

bagi universiti ini ditaja sepenuhnya dari hasil wakaf bagi tujuan memberikan pendidikan

percuma kepada masyarakat yang datang dari seluruh dunia. Pada tahun 1986 sahaja,

institusi wakaf sahaja memperuntukkan sebanyak EGP147, 324, 3004 bagi kegunaan

universiti itu termasuklah pembinaan bangunan yang mengandungi 55 fakulti dengan 6154

tenaga pengajar meliputi 849 profesor, 819 penolong profesor, 1517, pensyarah dan 1456

tutor (Kuran, 2011).

Model wakaf pendidikan yang terbaik pada masa kini ialah Pondok Moden

Darussalam Gontor yang terletak di Ponorogo, Indonesia. Pada asalnya pondok ini dimiliki

oleh seorang kiyai sebagai pemilik tunggal namun telah di wakafkan oleh warisnya pada

tahun 1958 dan di kendalikan oleh Badan Wakaf. Pondok pesantren ini telah melahirkan

ramai ulama dan tokoh-tokoh masyarakat. Sistem pengajiannya telah diiktiraf oleh

beberapa institusi luar negera seperti Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti of Punjab

Lahore, Pakistan, Universiti Damascus, Syria, Universiti Antarabangsa Islam, Islamabad

dan Kerajaan Arab Saudi. Pada peringkat awalnya sistem pendidikan hanya menumpukan

kepada aspek keagamaan sahaja. Walau bagaimanapun sejajar dengan perubahan nama

kepada ‘Moden’, sistem pendidikan baru mula diperkenalkan. Berlandaskan konsep

berdikari melalui pembangunan harta wakaf dan urus tadbir yang telus dan jujur, serta

mempelbagaikan bentuk perniagaan telah berjaya mengeluarkan alumni yang terbukti dari

4 16,588,614.53 USD

Page 6: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

16

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

segi kemampuan intelektual dalam masyarakat Indonesia khususnya dan umat Islam

Nusantara amnya (Mat Rani & Ibrahim, 2008).

Dalam bidang perubatan, Hospital Mansuri di Kaherah yang dibina pada tahun

1248 merupakan hospital terbesar dalam ketamadunan Islam yang menyediakan 8,000

katil. Kos rawatan bagi seluruh pesakit itu tidak terkecuali orang kaya, dibiayai

sepenuhnya oleh wakaf dan hasil pendapatan yang diperoleh oleh wakaf sahaja ialah

berjumlah 1 juta dirham (Nagamia, 2003:24, 2007).

Institusi wakaf dalam konteks sekarang perlu diperluaskan terutama dalam

mendirikan hospital wakaf yang memberi perkhidmatan percuma atau perkhidmatan yang

rendah kosnya sebagaimana yang dilakukan oleh badan-badan non- Muslim menubuhkan

hospital dan pusat- pusat dialisis (Wan Yon et.al.,2008). Seperti mana yang dilaksanakan

oleh Johor Corporation dengan penubuhan Wakaf Hospital an-Nur pada tahun 2007 (Jcorp

Annual Report, 2007). Menghulurkan sumbangan kepada orang miskin yang memerlukan,

merupakan keutamaan dalam misi wakaf yang diperakui oleh syarak. Kerana ini berlaku

jika pewakaf tidak menyatakan siapa yang berhak menerima manfaat wakaf, maka

keutamaan akan diberikan kepada golongan ini.

Kepelbagaian wakaf pada zaman dahulu membuktikan peranan besar institusi

wakaf dalam semua bidang. Ini diperakui sendiri oleh Ibnu Batutah iaitu seorang

pengembara Islam yang melawat Damascus pada tahun 726H. Beliau menyaksikan

kedermawanan masyarakat Muslim pada masa itu dalam membelanjakan harta mereka.

Pelbagai jenis wakaf yang ditawarkan seperti wakaf untuk menunaikan haji, wakaf untuk

perkahwinan, pendidikan, perlindungan, makanan, pakaian, menaik taraf infrastruktur

seperti jalan raya dan banyak lagi yang disediakan untuk mereka yang memerlukan oleh

individu yang dermawan. Wakaf juga digunakan untuk menjaga dan memberikan rawatan

kepada binatang sehingga terbinanya klinik haiwan. (Ibn Batutah, 1929).

Rumusan

Memang tidak dinafikan keterbukaan masyarakat dalam menyumbang untuk wakaf adalah

semakin meningkat. Namun pengkhususan hanya difokuskan untuk pelbagai aktiviti yang

menyangkut keagamaan sedangkan banyak ruang dan aspek lain yang memerlukan

perhatian. Jika pun ada sumbangan yang diberikan bagi aktiviti lain akan tetapi, untuk

menjadikannya sebagai aset yang berkekalan manfaatnya adalah minimum.

Wakaf dianggap sebagai alternatif yang tepat untuk melepaskan kebergantungan

masyarakat terhadap kerajaan dan sebagai pemangkin ekonomi, lebih-lebih lagi dalam

keadaan kemerosotan ekonomi sekarang. Pelbagai prasarana atau kemudahan yang

diperlukan oleh masyarakat umum terutama sekali yang diusahakan oleh Pertubuhan

Bukan Kerajaan yang memerlukan sumbangan wakaf. Seperti Persatuan Kanak-Kanak

Down Syndrome, Persatuan Autisme dan Persatuan Orang Kurang Upaya. Ini

memandangkan pertubuhan ini hanya mengharapkan sumbangan dari orang ramai dan

kurangnya mendapatkan sokongan dari agensi-agensi tertentu. Peningkatan kanak-kanak

yang mengalami masalah kesihatan pada masa kini, memberikan petanda bahawa

golongan sebegini perlu diberikan perhatian. Prasarana dan kemudahan yang bersesuaian

perlu disediakan bagi keselesaan dan pembangunan insaniah golongan yang istimewa.

Walau bagaimanapun, ia bergantung pada kejayaan pengurusan serta pengembangan aset

wakaf. Kerana jika pengurusan wakaf tidak ditadbir secara efektif dan efisien, serta tidak

mendatangkan pulangan yang maksimum, bagaimana halnya untuk melebar luaskan

sumbangan dalam bidang yang menyeluruh. Sudah tentu perkara tersebut terlalu sukar

untuk dilaksanakan.

Page 7: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

17

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Syarak tidak menghalang untuk mencipta konsep baru mengenai wakaf bagi tujuan

merangka sistem yang boleh dilaksanakan ibadat wakaf secara lebih berkesan asalkan

matlamat dan tujuan wakaf dapat dipenuhi sebagaimana asalnya iaitu mengumpul dana

dan sumber kukuh yang berterusan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial untuk

kebajikan golongan terpinggir di dalam masyarakat atau lain-lain kebajikan yang

dibenarkan syarak. Ia terbukti berkesan dalam usaha mengurangkan kebergantungan

masyarakat kepada dana pemerintah sekali gus menjimatkan wang Kerajaan (Wan Yon

et.al.,2008).

Penutup

Penerimaan masyarakat mengenai pelbagai sumbangan adalah sangat positif, lebih-lebih

lagi bila menyentuh keagamaan. Banyak kajian menyatakan keagamaan seperti masjid,

kubur dan sekolah agama sememangnya menjadi satu keutamaan dan pilihan pertama bagi

pewakaf. Kerana dalam semua urusan dunia, Islam (agama) adalah komponen yang tidak

dapat dipisahkan atau diasingkan dalam tatacara kehidupan berbeza dengan agama lain.

Wakaf salah satu bentuk sumbangan yang kurang popular di bandingkan dengan

sedekah, meski pun kedua-duanya berbentuk harus. Namun, sejarah telah melakarkan

bahawa wakaf merupakan sebuah institusi yang memberikan sumbangan yang besar

terhadap pembangunan ekonomi bahkan ia menggantikan kedudukan Kerajaan dalam

menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana dengan meluaskan penerima manfaat

wakaf dalam apa jua bentuk. Perspektif masyarakat Islam tentang wakaf pada masa kini

telah membataskan penyaluran penerima wakaf hanya pada aspek tertentu sahaja.

Natijahnya, kesempitan pemikiran mengenai wakaf telah mengakibatkan

keterbatasan sumbangan yang tidak menyeluruh. Kerana wakaf bukan hanya dimanfaatkan

dan dikhususkan kepada orang Islam sahaja bahkan ia menyeluruh kepada semua

masyarakat bukan Islam. Wakaf yang dulunya mampu menampung keperluan umum

dalam semua bidang tidak dapat dipertahankan dan dikembang luaskan hasil daripada

amalan dan pandangan yang terbatas mengenainya. Penerimaan manfaat wakaf seharusnya

di kembangkan dalam usaha sama meningkatkan pembangunan insaniah di kalangan

masyarakat Islam khususnya dan masyarakat non-Muslim umumnya.

Bibliografi

Akramah, Said Sabri. (2008). Al-Waqf Al-Islami baina Al-Nazariyat wa Al-Tatbiq. Jordan:

Dar Al-Nafais.

Al-Sarakhsi, Mohammad b. Ahmad b. Abi Sahal. (1993). Al-Mabsut. Beirut: Dar Al-

Ma’rifat.

Bahari, Zakaria (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi.

International Conference On Religiosity in Development, Medan. USM: Pusat Kajian

Pengurusan Pembangunan Islam.

Ghurabal, Muhammad Shafiq (1972). Al-Mausu’ah al-Arabiyah al-Muyassarah. Kaherah:

Dar al-Shu’ub.

Haji Mohiddin, Hjh Mas Nooraini (2015) Waqf Devepoment in Malaysia and Singapore:

A Comparative Study. Tesis Phd Durham University, United Kingdom.

Hassan, Bahrom (2008) Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan

Ekonomi Ummah, dalam Mohd Ismail, Mustari dan Kamarul Azmi, Jasmi (ed.),

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm 82.

Page 8: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

18

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Hassan, Abul. and Shahid, M. A. (2010). Management And Development Of The Awqaf

Assets. Seven International Conference-The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf

Economy (pp. 309–328). Bangi: Institute Of Islam Hadhari, UKM.

Hussain, J. (1999). Islamic Law And Society An Introduction. Sydney: The Federation

Press.

Ibn Battuta. (1929). Travel in Asia and Africa 1325-1354. London: George Routledge &

Sons Ltd

Jcorp Annuar Report (2007).

Kuran, T. (2001). The provision of public goods under Islamic law: origins, impact, and

limitations of the waqf system. Law society review, 35(4), 841–897. Retrieved from

http://www.jstor.org/stable/3185418.

Kahf, M. (2011). Waqf and its Sociopolitical Aspects. In S. M. Kahf, Monzer and

Mahamood (Ed.), Essential Readings in Contemporary Waqf Issues (pp. 15–58).

Kuala Lumpur: CERT Publisher Sdn Bhd.

Kuwait Awqaf Public Foundation. (2010). Al-Amanah al-'Ammah li al-Awqaf. Retrieved

January 11, 2011, from http://www.awqaf.org.kw/

Arabic/Aboutendowment/Fiqhofwaqf/pages/default.aspx.

Laldin, Mohamad Akram. and Mahmud, Mek Wok. and Sawari, M. F. (2008). Maqasid

Syariah Dlm Pelaksanaan Waqaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 1–24.

Mahamood, Siti Mashitoh. (2006). Waqf in Malaysia Legal and Administrative

Perspectives. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Mat Rani, Mohd Afandi. Ibrahim, Mohd Takiyuddin. (2008). Waqaf Pendidikan :

Pengalaman di Pondok Moden Darussalam Gontor Pnonrogo Indonesia. Dlm B.

Sayin (Ed.), Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf (pp. 203–220). Selangor: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Mohd. Salleh, Sohaimi & Muhammad, Syarqawi (2008). Wakaf Development in

Malaysia: Issues and Challenges. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(1).Kuala Lumpur:

JAWHAR.

Mohammad Rasdi, Mohammad Tajuddin (2007). Wakaf Bukti Islam Bertamadun. Utusan

Malaysia. 12 July 2007.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0712&pub=Utusan_Malaysi

a&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4LhN5ywbc

Nagamia, H. (2007). Charity in Islam. KHAASBAAT, Publication for Indian Americans in

Flourida. Retrieved March 5, 2014, from

http://www.khaasbaat.com/jun2007/faith.htm.

Osman, Sabran (2002) Pengurusan Harta Wakaf. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Wan Yon, Wan Ariffin. and Abdul Latif, Mohd Syahiran. and Bahrom, H. (2008).

Mekanisme Wakaf: Gagasan Awal Terhadap Pembangunan dan Pembiayaan Pusat

Penyelidikan dan Perkembangan Islam Borneo. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 63–

86.

Ramli, Abdul Halim (2005). Islam Hadhdari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Waqaf

di Malaysia. UPENA UITM.

Sa’ati, Y. M. (n.d.). Kitab al-Waqf wa Bunyatu. Al-Maktabah al-Arabiyah.

Sayin, Baharuddin (2010). Konsep Waqaf Dalam Islam. Dalam Waqaf Konsep dan

Aplikasi, edt. Bahrom,Hasan. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.hlm 1-22.

Siddiqi, M. N. (1991). The Role of Voluntary Sector in Islam. In M. Ariff (Ed.), The

Islamic Voluntary Sector in Southeast Asia (pp. 6–30). Singapore: Institute of

Southeast Asian Studies.

Page 9: Wakaf: Sumbangan Yang Dipinggirkan Waqf: An …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_002... · undang-undang common law yang dikenali hingga sekarang adalah

19

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Sulaiman, Norsiah. and Abd Manaf, F. (2009). Peranan Harta Wakaf dlm Bidang

Pembangunan Dan Pendidikan Ummah: Fokus Dlm Bidang Perubatan. Jurnal

Pengurusan Jawhar, 3(1), 1–30.

Syukriyah, Kiky (2012). Paper Wakaf Di Singapura Fixed.

https://www.scribd.com/doc/95040481/Paper-Wakaf-Di-Singapura-Fixed.

Zuhaili, Wahbah (1987). Al-Wasaya wa Al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami. Damascus: Dar al-

Fikr.

_____________(2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.