waj3106 hubungan etnik

46
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL KURSUS WAJIB WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: rosmizaroni-zakaria

Post on 14-Aug-2015

171 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

waj3106

TRANSCRIPT

Page 1: WAJ3106 Hubungan Etnik

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL KURSUS WAJIB

WAJ3106

HUBUNGAN ETNIK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: WAJ3106 Hubungan Etnik

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: WAJ3106 Hubungan Etnik

ii

Institut Pendidikan Guru Malaysia Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan

PANDUAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: WAJ3106 Hubungan Etnik

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kata Alu-Aluan Pengarah iv

Panduan Pembelajaran v

Pengenalan viii

Agihan Tajuk ix

Isi Modul

Tajuk 1 : Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

1

Tajuk 2 : Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

5

Tajuk 3 : Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

8

Tajuk 4 : Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

13

Tajuk 5 : Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

16

Tajuk 6 : Agama dan Hubungan Etnik 19

Tajuk 7 : Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia

22

Tajuk 8 : Hubungan Etnik : Peranan Kerajaan dan Masyarakat

26

Rujukan 29

Panel Penulisan Modul 30

Panel Pemurnian Modul 32

Lampiran A : Ikon

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Page 5: WAJ3106 Hubungan Etnik

iv

Page 6: WAJ3106 Hubungan Etnik

v

Panduan Pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar mengurus aktiviti

pembelajaran dengan lebih berkesan dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran

yang disediakan. Secara keseluruhannya mod pembelajaran yang disarankan

berbentuk akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Dalam konteks ini,

pensyarah memainkan peranan sebagai fasilitator kepada pelajar untuk memberi

penjelasan kepada pelajar berkaitan tugasan yang perlu disediakan oleh pelajar.

Pembelajaran kendiri dengan menggunakan panduan pembelajaran ini memerlukan

penglibatan pelajar untuk membuat perancangan rapi dan keputusan pembelajaran

masing-masing. Adalah lebih berkesan jika pelajar dapat membentuk sasaran

pembelajaran kendiri dan aras pencapaian yang telah diperoleh. Senarai semak

pengetahuan pembelajaran dan “graduate skills” dilampirkan pada bahagian akhir

panduan pembelajaran untuk dijadikan semakan kepada pelajar.

Buku panduan ini ditulis dalam susunan tajuk-tajuk yang terdapat dalam proforma

kursus. Setiap tajuk mengandungi nota ringkas dan tugasan terarah yang perlu

disempurnakan oleh pelajar dan dimasukkan ke dalam portfolio pembelajaran untuk

dinilai. Tugasan-tugasan yang disediakan membantu pelajar menguasai

pengetahuan kandungan dan seterusnya mengaplikasikannya dalam aktiviti

pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pelajar juga disarankan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran terkini dengan

mengintegrasikan kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, dan kemahiran mentaksir dan menilai yang merupakan

kemahiran-kemahiran yang ditekankan dalam abad ke 21. Strategi pembelajaran di

atas boleh dilaksanakan secara kendiri dan juga secara koperatif dengan rakan

sekerja.

Panduan Pembelajaran ini disediakan untuk mencapai beberapa objektif utama iaitu:

untuk memberi panduan pembelajaran kendiri pelajar selaras dengan pendekatan

pembelajaran terkini yang berpusatkan pelajar, meningkatkan pemerolehan ilmu, dan

PANDUAN PELAJAR PANDUAN PEMBELAJARAN

Page 7: WAJ3106 Hubungan Etnik

vi

memantapkan serta mengukuhkan kemahiran keguruan yang sedia ada pada diri

pelajar.

Untuk membantu pelajar menguruskan aktiviti pembelajaran, senarai rujukan

dicadangkan di dalam setiap panduan pembelajaran. Rujukan lain yang berkaitan

boleh digunakan terutama rujukan secara internet. Pelajar juga perlu merujuk

pensyarah melalui e-mail untuk mendapatkan bimbingan dan penjelasan.

Anjakan padadigma dalam sistem penyampaian yang dipraktikkan melalui reka

bentuk panduan pembelajaran ini dapat melahirkan pelajar yang terlibat secara aktif

dalam pembelajaran ( “engage learning”) bertunjangkan pendekatan pembelajaran

berpusatkan pelajar. Di samping itu, pembelajaran secara kendiri berpandukan

panduan pembelajaran yang disediakan membantu pelajar memahami konsep

kemahiran belajar untuk belajar (“learn how to learn”).

Diharapkan Panduan Pembelajaran ini mampu menyediakan pengalaman belajar

yang mendorong ke arah “learn how to learn” tersebut dalam kalangan pelajar.

Beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menguruskan pembelajaran

kendiri dengan menggunakan Panduan Pembelajaran yang disediakan:

i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk

setiap kursus.

ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk

kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal.

iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi

aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat

dan mengaplikasi maklumat.

iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat iaitu pada

pensyarah, bahan rujukan, dan rakan sekerja, pengalaman profesional dan

juga sumber internet.

v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan

pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang 1 tahun

pengajian.

Page 8: WAJ3106 Hubungan Etnik

vii

vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan bertambah.

Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan maklumat dengan

menggunakan kemudahan ICT.

vii. Pengetahuan semula jadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada

pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk

membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah.

Selamat maju jaya.

Page 9: WAJ3106 Hubungan Etnik

viii

Pengenalan Tahniah! anda telah menghayati konsep pendidikan sepanjang hayat. Selaras

dengan konsep tersebut, Panduan Pembelaran ini disediakan untuk membantu anda

mengikuti Modul Hubungan Etnik (2007) dalam Kursus WAJ3106 Hubungan Etnik.

Beberapa maklumat asas mengenai Hubungan Etnik disediakan dalam Panduan

Pembelajaran ini. Satu senarai buku rujukan disediakan di akhir panduan

pembelajaran. Adalah penting untuk anda membuat rujukan terhadap buku-buku

tersebut. Juga disediakan aktiviti di akhir setiap tajuk yang bertujuan untuk

meneguhkan pemahaman anda.

Di samping mendapatkan maklumat-maklumat tambahan di perpustakaan, anda

dinasihatkan untuk selalu mendapatkan pandangan pensyarah. Adakan

perbincangan dua hala dengan menggunakan kemudahan ICT. Maklumat-maklumat

dari internet juga dapat membantu pemahaman anda dengan lebih jelas.

Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan

hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia.

Penekanan kursus ini meliputi perkara berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia,

konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu,

pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan

politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks

hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan

hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.

Kursus ini merangkumi 5 kali interaksi bersemuka dan 25 jam berasaskan kepada

modul.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan yang disediakan, pastikan anda

mengumpulkan segala maklumat dalam portfolio secara kemas dan bersistematik.

Portfolio anda harus mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i) Biodata

ii) Maklumat Sekolah Tempat Mengajar

iii) Proforma Kursus

iv) Aktiviti

v) Penilaian Kendiri

Selamat berusaha.

Page 10: WAJ3106 Hubungan Etnik

ix

AGIHAN TAJUK

Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka

Modul

Jumlah

Hubungan Etnik di Malaysia Latar belakang

- Pengenalan - Pengajaran daripada peristiwa 13

Mei 1969 Kepentingan hubungan etnik

1

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik Konsep Masyarakat Etnik, etnisiti dan etnosentrisme, Ras,

rasisme, prejudis, stereotaip, dan diskriminasi

Konsep Budaya Kebendaan Bukan kebendaan Ciri-ciri budaya

Konsep Perpaduan dan Integrasi Segregasi, akomodasi, akulturasi,

asimilasi, dan amalgamasi

1

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik Pembentukan masyarakat pluralistik di

Alam Melayu Zaman pluraliti

- Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan - Selepas merdeka: politik,

ekonomi, dan pendidikan

2

Page 11: WAJ3106 Hubungan Etnik

x

Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka

Modul

Jumlah

Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Modenisasi

- Eropah - Luar Eropah - Malaysia

Hubungan etnik dalam konteks modenisasi di Malaysia

Acuan ekonomi Malaysia Ciri-ciri etnik dalam konteks majoriti

demografi, politik, dan ekonomi Pembangunan Lima Tahun Isu-isu utama ekonomi

- Agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula masyarakat Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara dan hubungan etnik

2

Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Kemajmukan etnik dalam proses politik di

Malaysia Kerjasama politik dan hubungan etnik

3

Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Konsep perlembagaan

Unsur-unsur dalam perlembagaan - Bahasa Kebangsaan - Agama Persekutuan - Pemerintahan beraja - Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak - Kedudukan kaum lain

Sejarah penggubalan perlembagaan - Perlembagaan Malayan Union - Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1948

3

Page 12: WAJ3106 Hubungan Etnik

xi

Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka

Modul

Jumlah

- Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum - Perlembagaan Kemerdekaan 1957 - Perlembagaan Malaysia 1963

Agama dan Hubungan Etnik Agama Islam dan agama-agama lain di

Malaysia Asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama Pendekatan Islam Hadhari

- konsep - tujuan - prinsip

4

Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia Cabaran dan implikasi

- Cabaran politik, sosial, ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia - Cabaran globalisasi - Implikasi kepada hubungan etnik

Pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia:

- persefahaman - bekerjasama - persaudaraan - kemesraan - budaya ziarah menziarahi - hormat menghormati

4

Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan dan Masyarakat Peranan kerajaan

- Rukun Negara - Dasar Ekonomi Baru - Dasar Pembangunan Nasional - Dasar Wawasan Negara - Wawasan 2020 - Dasar Pendidikan Kebangsaan - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan - Integrasi nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

- Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

5

Page 13: WAJ3106 Hubungan Etnik

xii

Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka

Modul

Jumlah Jam

- pendekatan-pendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial

Peranan masyarakat - Ziarah-Menziarahi - Rumah Terbuka - Penerimaan Budaya - Rukun Tetangga - Peranan NGO

JUMLAH 5

Page 14: WAJ3106 Hubungan Etnik

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 15: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

1

TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan

kebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budaya

serumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnya

perbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-

konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi,

asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhir

perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.

Hasil Pembelajaran:

1. Mentakrifkan konsep budaya.

2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan.

3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan.

4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat.

5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik.

Page 16: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

2

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya (ii) Konsep Perpaduan dan Integrasi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui mod

modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan

memahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranya

terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung

dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Konsep Budaya

Budaya Kebendaan

Budaya Bukan

Kebendaan

Ciri-ciri Budaya

Segregasi

Amalgamasi Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Konsep Perpaduan

dan Integerasi

Page 17: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

3

Tajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya;

dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincang

semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dan

konsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan dan

integrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan.

Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajuk

yang seterusnya.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang

telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan

Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk

tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab

2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujuk

kepada:

2.3 Konsep Budaya (hlm. 13)

2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15)

2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18)

Aktiviti

Berdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat

20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalam

konteks memupuk perpaduan nasional.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

Page 18: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

4

Peringatan

Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut

hendaklah diambil perhatian;

(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan

dan disimpan dalam portfolio.

(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.

(iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 19: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

5

TAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

Sinopsis

Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukan

masyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermula

dengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India.

Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnya

disentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan Kesultanan

Melayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan

masyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, dan

politik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakat

pluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankan

kepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahaman

pelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktiviti

pengukuhan disediakan.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat

pluralistik di Alam Melayu.

2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah

pembentukan masyarakat pluralistik.

3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada

zaman penjajahan barat.

4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam

proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan.

Page 20: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

6

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu (ii) Zaman Pluraliti

Tajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan Masyarakat

Pluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan Zaman

Pluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasa

interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakat

pluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagian

ini.

Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik

sebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagai

budaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi

lagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di Alam

Melayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujud

dalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahui

dan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Ia

merupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajar

tajuk-tajuk yang seterusnya.

Masyarakat Pluralistik Alam

Melayu

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu

Zaman Pluraliti

- Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan

Page 21: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

7

Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai

konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendaki

merujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26.

Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda

dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29.

3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka

(hlm. 26-27)

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah.

(hlm. 27-29)

Aktiviti

Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang

mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 22: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

8

TAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Perbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepada

Perancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdeka

dan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentang

pengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincangan

seterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumi

agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula

masyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar

Wawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktiviti

latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan

hubungan etnik di Malaysia.

2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks

hubungan etnik di Malaysia.

3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan

dalam konteks hubungan kaum.

Page 23: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

9

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Draf Pembangunan Rancangan

Malaya

1950 - 1955

Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960

Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965

Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970

*Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975

*Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980

*Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985

*Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990

Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995

Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000

Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005

Rancangan

Pembangunan

Lima Tahun

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010

* Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990

Page 24: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

10

Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun (ii) Isu-isu Utama Ekonomi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui

mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari

dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat

masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan

pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnik

dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia;

Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politik

dan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi;

Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi

Malaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telah

dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-

tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberi

tumpuan dalam bahagian ini.

Agihan Kekayaan

negara

Dasar Wawasan Negara

Dasar Pembangunan

Negara

Dasar Ekonomi Baru

Menyusun Semula

Masyarakat

Membasmi Kemiskinan

Isu-isu Utama Ekonomi

Page 25: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

11

Anda harus faham bahawa konsep modenisasi, hubungan etnik dalam

konteks modenisasi, acuan ekonomi Malaysia dan ciri-ciri etnik dalam

demografi, politik dan ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh. Modenisasi,

ekonomi negara dan hubungan etnik merupakan tiga aspek yang hubungan

timbal balik dan menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara.

Dalam konteks tersebut, pembangunan lima tahun dan isu-isu utama ekonomi

perlu difahami oleh pelajar.

Bahagian ini akan membantu pelajar melihat bagaimana isu-isu

pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa

yang telah anda belajar sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk-tajuk dalam modul ini, anda

perlu merujuk kepada Bab 4 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 50-67.

Antara tajuknya:

4.3.6 Pembangunan Lima Tahun (hlm. 50-53)

4.3.7 Isu-isu Utama Ekonomi (hlm. 53-67)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, jelaskan lima (5) isu-isu

berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalam

bidang ekonomi.

Page 26: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

12

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 27: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

13

TAJUK 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas mengenai kerjasama politik dan kaitannya dengan

hubungan etnik di Malaysia. Kerjasama politik diwujudkan dalam kalangan

rakyat pada asasnya untuk melicinkan proses kemerdekaan yang menjadi

prasyarat utama perlu dilaksanakan. Kerjasama ini diimplimentasikan melalui

penggabungan parti politik yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Bermula

dengan penggabungan Parti MCA dengan UMNO, kemudian penggabungan

antara parti MCA, UMNO dan MIC di bawah satu pakatan iaitu Parti

Perikatan. Konsep kerjasama ini diperluaskan kepada parti yang mewakili

kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Perbincangan juga menyentuh tentang

pemupukan hubungan etnik secara formal dan bentuk hubungan selepas

penubuhan Malaysia. Pada akhir topik disediakan aktiviti perbincangan untuk

memantapkan lagi kefahaman pelajar mengenai isi kandungan yang

dipaparkan dalam topik ini.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks

hubungan kaum di Malaysia.

2. Menyenaraikan faktor-faktor yang menjurus ke arah pemupukan

hubungan etnik secara formal.

Page 28: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

14

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk dalam Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran Tajuk 4 melalui mod modul ini, adalah

diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul

ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami

modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan

Etnik yang berkaitan.

Tajuk 4 ini mengandungi dua sub-tajuk iaitu Kemajmukan Etnik dalam Proses

Politik di Malaysia dan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik. Sub-tajuk

mengenai kerjasama politik dan hubungan etnik diberi tumpuan dalam

bahagian ini.

Namun begitu, anda harus faham mengenai kemajmukan etnik dalam proses

politik di Malaysia sebelum membaca meneruskan pembacaan mengenai

kerjasama politik dan hubungan etnik. Aspek demografi yang mencorakkan

kemajmukan masyarakat Malaysia perlu difahami oleh pelajar kerana

Kerjasama Politik

Parti Perikatan

Parti UMNO

Parti MCA

Parti MIC

Page 29: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

15

demografi turut menunjukkan komposisi etnik di Semenanjung Malaysia,

Sabah dan Sarawak. Pengetahuan tentang kemajmukan masyarakat

Malaysia adalah penting untuk memahami kerjasama politik dan hubungan

etnik di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang

telah anda belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk Kerjasama Politik dan

Hubungan Etnik, anda perlu merujuk kepada Bab 5 Modul Hubungan Etnik

(2007), halaman 76 – 84.

5.5 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik (hlm. 76-84)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan soalan no. 4 dari Soalan-

soalan Perbincangan di ms 89. Anda perlu huraikan bagaimana proses dan

tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia

khususnya di sekolah anda.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 30: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

16

TAJUK 5 PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas tentang sejarah pengubalan perlembagaan yang merujuk

kepada perlembagaan Malayan Union, perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1948, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, Perlembagaan

Kemerdekaan 1957, dan Perlembagaan Malaysia 1963. Latihan kendiri

disediakan pada akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman anda

mengenai isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia

2 Menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan

3 Membanding bezakan antara ciri Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu 1948 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957

4 Menganalisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang

menyentuh mengenai hubungan antara kaum.

Page 31: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

17

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Salam sejahtera. Kita bertemu lagi melalui mod modul ini. Adalah diharapkan

agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami Tajuk 5 modul ini

dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami

modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan

Etnik yang berkaitan.

Tajuk 5 ini mengandungi empat sub-tajuk iaitu Konsep Perlembagaan;

Unsur-unsur dalam Perlembagaan; Sejarah Penggubalan Perlembagaan

dan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan yang menjadi Asas kepada

Hubungan Etnik di Malaysia. Sub-tajuk ketiga iaitu Sejarah Penggubalan

Perlembagaan diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham konsep perlembagaan dan unsur-unsur dalam

perlembagaan sebelum membaca sejarah penggubalan perlembagaan. Ini

kerana perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi yang

menjadi penjamin kepada pembangunan sesebuah negara. Kepentingan

Sejarah Pengubalan

Perlembagaan

Perlembagaan Malayan Union

(1946)

Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu (1948)

Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu (1957)

Perlembagaan Persekutuan

Malaysia (1963)

Page 32: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

18

perlembagaan lebih ketara terutamanya kepada negara Malaysia yang terdiri

daripada berbilang kaum dan etnik. Aspek konsep perlembagaan dan unsur-

unsur perlembagaan perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah

kursus semasa interaksi bersemuka sebelum memberi tumpuan kepada

sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang

telah anda belajar sebelum tajuk ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sejarah Penggubalan

Perlembagaan, anda perlu merujuk kepada Bab 6 Modul Hubungan Etnik

(2007), halaman 93 - 104.

6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia (hlm. 93-104)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubalan

perlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 33: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

19

TAJUK 6 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang agama dan ajaran utama yang dianuti di

Malaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Perbincangan menyentuh

latar belakang dan ajaran-ajaran penting dalam setiap agama. Walaupun

terdapat perbezaan bagi setiap agama / ajaran tetapi ada juga nilai-nilai

sejagat yang boleh dikongsi bersama. Maka setiap warganegara sewajarnya

menghormati agama / ajaran penganut lain selain dengan Prinsip Rukun

Negara yang pertama iaitu ”Kepercayaan Kepada Tuhan” dan Perkara 3

Ceraian (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menegaskan Islam sebagai

agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Pada akhir

topik ini disertakan soalan latihan kendiri dengan tujuan untuk menguji

kefahaman pelajar konsep-konsep dan isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan agama / ajaran utama di Malaysia.

2. Menjelaskan nilai-nilai sejagat agama / ajaran utama di

Malaysia.

3. Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama

/ ajaran utama di Malaysia.

4. Menghubungkait hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat

Malaysia.

Page 34: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

20

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Agama Islam dan Agama-agama Lain di Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran ini melalui mod modul, adalah

diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul

ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami

modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan

Etnik yang berkaitan.

Tajuk 6 ini mengandungi empat (4) sub-tajuk iaitu Agama Islam dan Agama-

agama Lain di Malaysia; Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama;

Pendekatan Islam Hadhari dan Membincangkan Prinsip-prinsip Islam Hadhari

dalam Pembentukan Masyarakat. Sub-tajuk pertama dalam tajuk ini diberi

tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham peranan agama dalam mengeratkan hubungan etnik di

negara kita. Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-

agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan. Agama juga menjadi

penanda jati diri masyarakat Malaysia.

Agama-agama di Malaysia

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

Page 35: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

21

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang

telah anda faham dan tahu mengenai Agama Islam dan agama / ajaran

lain di Malaysia dan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama /

ajaran yang terdapat di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini, anda perlu merujuk

kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 143 – 151.

8.2 Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia (hlm. 143-151)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan lima (5) nilai sejagat yang

dikongsi bersama oleh agama / ajaran anda anuti dalam menyatupadukan

masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam bentuk grafik.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 36: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

22

TAJUK 7 CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini menjelaskan tentang elemen pemupukan hubungan etnik dalam

masyarakat Malaysia. Pemupukan hubungan etnik ini dapat dicapai sekiranya

wujud persefahaman, semangat bekerjasama, persaudaraan, kemesraan,

budaya ziarah menziarahi dan hormat menghormati antara kaum di negara

ini. Kesemua elemen yang dijelaskan di atas perlu dihayati dan amalkan oleh

rakyat Malaysia dalam proses untuk mencapai perpaduan antara kaum. Pada

akhir topik ini disertakan dengan soalan-soalan untuk latihan kendiri bertujuan

untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep dan fakta-

fakta yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan

yang erat antara kaum.

2. Menjelaskan bagaimana elemen-elemen pemupukan hubungan

etnik dapat diimplimentasikan dalam masyarakat Malaysia.

Page 37: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

23

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran melalui mod modul ini, adalah

diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami modul

ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami

modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan

Etnik yang berkaitan.

Persefahaman

Budaya Ziarah

Menziarahi

Hormat

Menghormati

Kemesraan

Persaudaraan

Kerjasama

Elemen Pemupukan Hubungan

Etnik

Page 38: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

24

Tajuk 7 ini mengandungi tiga (3) sub-tajuk, iaitu cabaran dan implikasi;

pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia; dan bagaimanakah

cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia?. Sub-tajuk

kedua mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia

diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus fahami cabaran dan implikasi sebelum meneruskan pembacaan

mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Ini

kerana cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik serta cabaran globalisasi

turut memberi kesan kepada hubungan etnik di negara ini. Dalam konteks ini,

pemupukan hubungan etnik adalah penting dan menjadi asas kepada

hubungan sosial yang harmoni.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apakah

usaha yang telah anda lakukan sebagai guru untuk membawa

generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk ini mengenai

pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia, anda perlu merujuk

kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 161 – 165.

8.5 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat

Malaysia (hlm. 161)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, sediakan satu pelan tindakan tentang

usaha anda untuk mengeratkan perhubungan antara etnik murid kelas di

sekolah anda.

Page 39: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

25

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 40: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

26

TAJUK 8 HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN

MASYARAKAT

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang peranan masyarakat dalam proses

pembentukan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan diberi kepada peranan

masyarakat dalam proses integrasi nasional, penubuhan Jabatan Perpaduan

Negara, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan pendekatan-

pendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Persoalannya

sejauhmana peranan masyarakat melalui faktor-faktor yang telah

dibincangkan di atas memberi kesan kepada proses pembentukan hubungan

etnik di Malaysia. Pada akhir topik ini disedia aktiviti latihan kendiri dengan

tujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar terhadap perkara

yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan

hubungan etnik di Malaysia.

2. Menilai keberkesanan peranan masyarakat dalam proses

pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan

yang telah diperkenalkan.

Page 41: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

27

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Peranan Masyarakat

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran tajuk terakhir melalui mod modul ini

adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan

memahami modul Tajuk 8 ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat

masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan

pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 8 ini mengandungi dua (2) sub-tajuk, iaitu Peranan Kerajaan dan

Peranan Masyarakat. Peranan masyarakat diberi tumpuan dalam bahagian

ini. Namun begitu, anda harus fahami peranan kerajaan yang perlu

dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksi

bersemuka sebelum meneruskan pembacaan mengenai peranan masyarakat

dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

Dalam konteks tersebut, pelajar perlu memahami peranan yang dimainkan

oleh kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di negara ini. Walaupun

kerajaan telah merancang dan melaksanakan dasar dan langkah-langkah

Peranan

Masyarakat

Budaya Zairah-

Menziarahi

Rukun Tetangga

Penerimaan Budaya

Rumah Terbuka

Peranan NGO

Page 42: WAJ3106 Hubungan Etnik

WAJ3106 Hubungan Etnik

28

secara teratur tetapi rakyat sebagai kumpulan sasaran perlu memainkan

peranan dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga dan

terpelihara.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang

telah anda belajar mengenai peranan yang telah dimainkan oleh

kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia khususnya

dalam sistem pendidikan kita agar keharmonian antara etnik sentiasa

terpelihara.

Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan oleh

masyarakat dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, anda perlu merujuk

kepada Bab 9 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 182 – 187.

9.3 Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik (hlm 182-187)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satu

laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda

dalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 43: WAJ3106 Hubungan Etnik

1

PANDUAN INTERAKSI WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2012

Bil Topik / Tajuk Interaksi

Catatan

1

Hubungan Etnik di Malaysia Latar Belakang

- Pengenalan - Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei

1969 Kepentingan Hubungan Etnik

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik Konsep Masyarakat

Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme Ras, Rasisme, Prejudis, Stereotaip dan

Diskriminasi Konsep Budaya

Kebendaan Bukan Kebendaan Ciri-ciri Budaya

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan Amalgamasi

Interaksi Pertama

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

2

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

Konsep Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu

Zaman Pluraliti - Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan - Selepas Merdeka: Politik dan Ekonomi dan Pendidikan.

Interaksi Kedua

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

3

Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Konsep modenisasi dan pembangunan- Eropah - Luar Eropah - Malaysia

Hubungan etnik dalam konteks modenisasi di Malaysia

Acuan ekonomi Malaysia Ciri-ciri etnik dalam konteks majoriti

demografi, politik dan ekonomi Pembangunan lima tahun sebelum

1970 Rancangan Pembangunan Lima Tahun

yang bermula pada 1950-55, 1956-63, 1964-kini

Interaksi Kedua

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

Page 44: WAJ3106 Hubungan Etnik

2

Bil Topik / Tajuk Interaksi

Catatan

Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Pembangunan lima tahun selepas 1970 sehingga hari ini

Isu-isu utama - Agihan kekayaan negara,

membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, krisis kewangan 1985-86, 1997-98

Interaksi Kedua

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

4 Pembangunan Politik dalam konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia

Konsep perlembagaan Sejarah penggubalan perlembagaan

- Perlembagaan Malayan Union - Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1948 - Jawatankuasa Hubungan Antara

Kaum - Perlembagaan kemerdekaan 1957 - Perlembagaan Malaysia 1963

Kerjasama politik dan hubungan etnik

Interaksi Ketiga

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

5 Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Unsur-unsur dalam perlembagaan - Bahasa Kebangsaan - Agama Persekutuan - Pemerintahan beraja - Kedudukan istimewa Orang Melayu

dan Bumiputera Sabah dan Sarawak - Kedudukan Kaum Lain

Interaksi Ketiga

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

6 Agama dan Hubungan Etnik:

Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia

Asas-asas Hubungan Etnik dalam konteks Agama

Pendekatan Islam Hadhari - Konsep - Tujuan - Prinsip

Pembentukan masyarakat hadhari

Interaksi Keempat

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

Page 45: WAJ3106 Hubungan Etnik

3

Bil Topik / Tajuk Interaksi

Catatan

7 Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia

Cabaran dan Implikasi - cabaran politik, sosial, ekonomi dan

hubungan etnik di Malaysia - Cabaran globalisasi - Implikasi kepada hubungan etnik

Interaksi Keempat

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

8 Hubungan Etnik: Peranan Masyarakat dan Kerajaan

Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat Malaysia - persefahaman - bekerjasama - persaudaraan - kemesraan - budaya ziarah-menziarahi - hormat-menghormati - Budaya ziarah-menziarahi - Rumah Terbuka - Penerimaan budaya - Rukun tetangga - Peranan NGO

Interaksi Kelima

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

9 Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan

Pendekatan mengeratkan hubungan etnik: - Integrasi nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan

Negara - Pelaksanaan Program Latihan

Khidmat Negara - Pendekatan-pendekatan lain dalam

bidang politik, ekonomi dan sosial Dasar-Dasar untuk memupuk

perpaduan - Rukun Negara - Dasar Ekonomi Baru - Dasar Pembangunan Nasional - Dasar Wawasan Negara - Wawasan 2020 - Dasar Pendidikan Kebangsaan,

PIPP

Interaksi Kelima

Strategi: Perbincangan Penerangan Persembahan power point Rujukan pelbagai sumber

Page 46: WAJ3106 Hubungan Etnik

PANEL PENGGUBAL MODUL WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 

 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2012 

 

BIL  NAMA  KELULUSAN 

1.  DR RAMLI BIN SAADON JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, JALAN LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR e‐mail: [email protected] 

BA. HONS SEJARAH (UNIVERSITI MALAYA) SARJANA PENDIDIKAN(UNIVERSITI MALAYA) PHD SEJARAH(UNIVERSITI MALAYA) DIPLOMA PERGURUAN ASAS 

2.  ROHIMI BIN JAMEL JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG KAMPUS BAHASA MELAYU JALAN LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR e‐mail: [email protected] 

SARJANA KESUSASTERAAN MELAYUUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARJANA MUDA SASTERA (SEJARAH) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DIPLOMA PERGURUAN